Cerpen : Hati Anak

28 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Fitri Al-Bebiri

AZAN asar berkumandang. Berpusu-pusu umat Islam berjalan dan menuju ke masjid mahupun surau berdekatan untuk solat berjemaah. Tidak ketinggalan juga Pak Cu dan Pak Man.Seketika mereka berdua meninggalkan kerja-kerja penanaman di ladang untuk menunaikan kewajiban sebagai hamba Allah. Solat lima waktu yang termaktub pada rukun Islam yang ke dua selapas mengucap dua kalimah syahadah.

“Ayah kamu mana Cinta?” Tanya Mak Embun kepada Cinta yang sedang menelaah buku rujukan di ruang tamu.Dia baru sahaja pulang dari pekan bersama Along, adik dan ucu. Di tangannya masih lagi menjinjit beg plastik biru gelap. Apa isi dalamnya dia tidak tahu.

“Ayah ke masjidlah mak. Dengan Pak Cu.” Jawab Cinta dengan hemat.

“Hem.”Mak Embun terus berlalu meninggalkan Cinta di ruang tamu sendirian. Adik beradiknya yang lain masing-masing dah masuk ke dalam bilik usai sahaja mereka sampai ke rumah.Dapat di lihat bertapa gembiranya Along, adik dan ucu dengan beg plastik masing-masing. Kiranya di fikiran Cinta, beg plasrik yang di pegang oleh emaknya adalah untuk dirinya.

“Mak beli apa dekat pekan?” Tanya Cinta ingin tahu apabila Mak Embun lalu di ruang tamu.

“Barang sikit. Ni kamu dah masak ke belum? Aku belum makan lagi dengan adik-adik kamu tu.”

“Dah mak.”Mak Embun terus keluar tanpa pedulikan Cinta lagi.

Itu bukan kali pertama emaknya memperlakukannya sedemikian. Tetapi sudah kerap. Kenapa, tidak pula dia ingin bertanya lanjut. Petang itu usai sahaja dia menyiapkan kerja kursus matapelajaran geografi tingkatan lima sains sosial, dia keluar ke sungai hujung kampung. Sudah menjadi kebiasaan dirinya waktu-waktu begini dia akan ke sana seorang diri. Melihat air yang mengalir menenangkan dirinya. Itupun kalau semua kerja-kerja sekolah dan kerja rumah telah pun dia siapkan.

“Hoi!” Sergah Mei Wei dari belakangnya.

“Hei, korang bila sampai?” Tanya Cinta.

“Kita orang dah sampai sejak tadi. Nampak kau duduk sorang-sorang dekat sini, tu sebablah kami datang.” Jawab Haziq.

“Ye ke? Tak perasan pun.” Betah Cinta.Memang sejak tadi dia duduk, tak perasankan kawan-kawannya ini datang. Hanya dia seorang sahaja yang berada di batu air. Merendam kakinya.

“Macam mana kau nak perasan, berkhayal je kerjanya.” Marah Mei Wei.

“Kau kenapa? Muka muram je. Ada masalah lagi ke dekat rumah tu?” Tanya Mei Wei prihatin.

“Yelah. Muka kau kalau cemberut macam ni tak lain tak bukan mesti Mak Embun marah kau kan?” Potong Haziq.

Bukan mahu membuka aip keluarga sendiri, tetapi memang sejak mula lagi dia masuk ke dalam keluarga ini, macam-macam hal yang jadi. Apatahlagi status dirinya yang sebenar membuatkan along dan Mak Embun membencinya.Hanya Haziq dan Mei Wei saja yang tahu perihal rahsia ini. Jadi mereka berdua lebih tahu kenapa Cinta selalu ada di sini membawa diri melayan perasaannya di sini.

“Tak lah. Mana ada gaduh lagi. sejak Pak Cu tinggal sekali dengan kami, okeylah.” Lemah sahaja jawapan yang di berikan.

“Okeylah..? Bunyi macam tak okey lah. Kan Haziq?”

“Ye. Betul tu Mei Wei. Cinta.. kau janganlah simpan dalam hati sorang-sorang. Kau tahukan kita orang sentiasa ada untuk kau. Ceritalah apa masalahnya?”

“Tak ada apa. Cuma aku rindukan ibu aku.”Cinta cuba menahan sebak di dada. Ya, dia memang rindukan ibunya. Ibu yang melahirkan dirinya dan telah pun menghadap Ilahi sejak dia berusia tiga tahun. Kemudian, ayahnya pula pergi mengikut ibu setahun kemudian.

“Cinta..janganlah kau bersedih. Esok lepas habis sekolah kita pergi kubur ibu kau tu ya.” Mei Wei cuba memujuk.

“A’ahlah Cinta. Esok kita orang temankan kau nak? Boleh juga aku melawat kubur Nek Zah.” Haziq mnegiayakan cadangan Mei Wei.Air mata di seka. Terubat juga pedih di hatinya walaupun itu hanya biasan untuk menutup keresahan dan kegundahan di hatinya agar perasaan dia yang sebenarnya tidak dapat di baca oleh dua sahabat ini.ALONG berlalu ke dapur. Perutnya sedari tadi berkeroncong lapar. Dia membuka tudung saji di atas meja.

“Telur goreng je?”Ditutup kembali tudung saji ke tempat asal.

“Mak!!” Jerit along dari dapur.

“Mak!!!!” sekali lagi dia menjerit apabila Mak Embun masih lagi belum menjengahkan dirinya ke dapur setelah beberapa kali di panggil.

“Mana mak ni.” along membebel seorang diri.Dia berlalu meninggalkan dapur dan mencari emaknya serata rumah. Tak ada.Lalu dia keluar. Takut-takut emaknya berada di ladang, menolong ayahnya.

“Yang kamu ni terjerit-jerit dari tadi tu dah kenapa? Ingat mak pekak ke?” Marah Mak Embun yang baru sahaja keluar dari reban ayam.

“Mak, lauk tak ada ke?” Ngadu along.

“Manalah aku tahu. Aku kan baru balik dengan kau orang semua.” Jawab Mak Embun.

“Cinta tak masak ke mak?” Sengaja nama Cinta di lontarkan.

“Katanya dah masak tadi. Pergilah kau masak apa-apa yang ada dekat dapur tu.” Saran Mak Embun.

“Ish! Mak ni. manalah along pandai masak. Masak air boleh lah.” Along menjawab cakap Mak Embun.

“Kamu tu perempuan. Sampai bila nak mengharapkan si Cinta tu masak? Kalau mak, umur macam kamu ni dah ada anak pinak tahu.” Mak Embun masih lagi membebel.Along mencebikkan mulutnya. Sejak bila mak pandai puji budak tu?

“Hah! Lawa sangatlah muka kamu tu mencebik mak kamu ni. dosa tahu?”

“Alah..mak. jomlah masak kejap. Along lapar ni.”

“Hish, anak dara sorang ni. kalau ada lelaki masuk pinang kau, aku kahwinkan aje kau ni. senang cerita. Bila lah kau nak pandai serba-serbi? Nak tunggu mak mertua kau ajar?” Mak Embun masih lagi terus-terusan membebel.Namun, langkah kakinya sudah pun berada di luar reban ayam.Hati along bersorak gembira. Dia tahu yang emaknya memang sayangkan dirinya lebih dari adik-adik yang lain. Terutama Cinta.Cis! Meluap kebenciannya apabila teringatkan Cinta. Kalau bukan sebab Cinta, sudah pastinya dia akan mendapatkan perhatian ahli keluarganya lebih. Semakin lama dia berada di depan mata along, selagi itulah kebenciannya terhadap Cinta tak pernah padam!

SEDANG elok Cinta bermain tenteng di halaman rumahnya seorang diri. Datang pula along mengacaunya.

“Eii! Cinta bodoh! Cinta bodoh!” Along mengejek.Cinta hanya diam tidak berkutik. Hatinya tidak rasa untuk menangis. Tetapi ingin membaling batu yang berada di tanganya ke arah along.

“Hei! Kau ingat ea, dalam rumah ni hanya aku je yang boleh dapatkan semua. Bukan kau. Sedar diri kau tu. Anak kutip!” Jerkahan along mengundang kemarahan Cinta waktu itu.Secara spontannya, Cinta membaling batu sebesar ibu jari ke dahi along. Darah mengalir dari dahi along.Tangisan along mula kedengaran di telinga Mak Embun. Yang ketika itu sedang memberi ayamnya makan di reban.Dengar sahaja jeritan dari along, Mak Embun segera mendapatkan anaknya. Apabila dia sampai ke arah along, dia melihat darah banyak keluar dari dahi along.

“Ya Allah! Kenapa ni? Sapa buat along?” Tanya Mak Embun.Cinta hanya melihat. Tanpa rasa bersalah langsung. Dia mendiamkan diri.

“Cinta mak.. Cinta..” Jawab along dalam esak tangisannya.

“Anak tak guna. Kau buat apa dengan anak aku hah! Dasar tak sedar diri. Aku kutip kau duduk dalam rumah ni, kau pukul anak aku. Nak kena kau ni!” Marah Mak Embun.Matanya melilau mencari apa-apa barang yang boleh di buat objek untuk memukul Cinta. Kebetulan waktu itu dia melihat sebatang paip yang panjangnya lebih sedepa.Di libasnya Cinta tanpa rasa kasihan.

“Sakit mak! Sakit!” Jerit Cinta.Dia menahan kesakitan batang paip yang menyinggah di tubuhnya.

“Mak!!” Jerit Cinta.Hatinya kian di mamah kesakitan. Dirinya terhukum tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu.Matanya bergenang dengan air mata, namun masih lagi dia mampu melihat senyuman along ketika itu. Dia tersenyum ke arah Cinta yang ketika itu seakan berada di nyawa-nyawa ikan.Tangannya berbilai merah. Bibirnya pecah kerana sepakan Mak Embun yang kuat.Suara Cinta terus-terusan menjerit kesakitan. Namun, Mak Embun tidak pula mahu melepaskan Cinta semudah itu. Selagi hatinya belum puas!

“Ya ALLAH! Embun!! Sudahlah! Kamu nak bunuh budak ni ke!” Jerit Pak Man.Cangkul di tangannya terlepas bila melihat Cinta seakan tidak bermaya lagi di tangan isterinya yang sudah keraskukan syaitan sahaja.

“Biarkan saya bang! Biar saya ajar budak tak guna ni! hidup menyusahkan saya je!” marah Mak Embun lagi.Kali ini Cinta terselamat kerana kehadiran Pak Man tepat pada masanya. Kalau lambat, sudah pastinya ke liang kuburlah Cinta tidur malam ini.

“Awak dah gila ke Embun? Awak nak bunuh budak ni?” Tanya Pak Man.

“Awak cakap saya gila? Awak tanya budak tak guna tu. Apa dia buat dengan anak kita ni? sampai berdarah dahi along, awak cakap saya gila!” marah Mak Embun lagi.

“Kut ya pun, janganlah awak pukul budak ni samapai macam ni sekali. Separuh mati awak pukul dia, kalau ada orang nampak awak pukul dia sampai macam ni, awak kena tangkap. Duduk dalam balai sana.”Mak Embun terdiam.

“Jom Cinta kita naik ke atas. Ayah ubatkan luka kamu tu.”Pak Man memapah Cinta yang mulai longlai untuk berdiri. Namun begitu, dengan bantuan Pak Man, dia mampu berjalan walaupun seluruh tubuhnya terasa sakit yang teramat sangat.

“HUI. Jauh termenung.” Adik menegur. Beberapa kali dia melambaikan tangannya di hadapan muka kak Cintanya, namun tiada reaksi dari Cinta.

“Adik.. terkejut akak” Sapa Cinta.Sejak kebelakangan ni dia kerap bermenung. Buktinya, petang tadi sahabatnya datang pun dia tak sedar. Sekarang pula, adik di depan mata.

“Hem, mana tak terkejutnya. Dari tadi adik tengok kak Cinta termenung je. Sampai nak terjojol biji mata tu. Tenungkan pokok rambutan macam nampak hantu.”Indah, anak ke tiga dalam keluarga ini. Mulutnya memang petah bercakap. Jarak antara dia dan Indah hanyalah dua tahun. Tidak hairan juga kalau mereka berdua agak rapat berbanding dengan Along, Isma.

“Ye ke. Akak tak nampak pun.” Jujur Cinta berkata.

“Ha ha ha. Akak ni, betullah. Dari tadi adik berdiri depan akaka. Siap lambai-lambai depan muka akak pun akak sama je tenungnya. Akak fikir apa?” Tanya Indah.

“Tak ada apalah dik. Akak teringat SPM. Lagi berapa bulan lagi. lepas tu apa akak nak buat sementara tunggu keputusan tu keluar.” Bohong Cinta.Sedangkan tadi fikirannya jauh teringatkan kisahnya dengan along sewaktu kecil.

“Alah kak. Akak kan pandai, mestilah lepas SPM akak masuk universiti. Nanti adik bolehlah jumpa akak dekat sana.” Gurau adik dalam keseriusan mencorak masa depan.

“Ish adik ni. ada ke nak ikut akak.” Di hujung katanya dia tertawa.

“Betullah. Kita belajar lah dekat sama tempat. Nanti kalau nak balik kampung kita boleh balik sama-sama.” Kali ini tiada raut senyuman di wajah adik. Nampaknya, adik serius.

“Boleh adik. Tapi akak tak tahulah kalau mak dengan ayah bagi akak sambung belajar lagi lepas ni.”

“Kenapa cakap macam tu?”

“Yelah. Macamlah adik tak tahu. Bagi ke mak kak Cinta nak sambung belajar? Sedangkan selama akak belajar di sekolah pun kerap mak larang akak pergi. Kalau bukan sebab Pak Cu dengan ayah yang marah mak, akak tak sekolah sampai sekarang tau.”

“Alah kak. Masa tu akan berlalu. Sama juga dengan manusia ni. lama kelamaan, dia akan belajar untuk menerima. Sesuatu yang baik tukan selalunya datang bila kita perlukan di waktu yang betul.”Lama wajah adik di renung. Kenapalah along tak macam adik dengan ucu. Kalaulah along sama dengan mereka, mungkin waktu ni lapang dadanya untuk menetap di sini bersama.

“Kak Cinta!”Sergahan adik membuatkan Cinta kembali semula ke alam maya. Mujur dia belum berlepas lagi dengan roket khyalan.

“Apa dik..” Cinta terketawa sendiri. Tersedar yang dia baru saja lepas berkhyal lagi. adus..

“Ni, mak ada belikan akak jam. Nah.” Adik menghulurkan satu kotak yang telah pun siap cantik bersampul.

“Mak belikan?” Tanya Cinta minta kepastian.

“Yep.”

“Komfem ke mak yang belikan. Ke adik yang suruh mak beli?” Tanya Cinta. Matanya tepat memandang ke arah anak mata adik.

“Betullah kak. Apa akak ingat mak tu jahat sangat ke dengan akak?” Terdiam Cinta mendengar kata-kata adik.

“Mak yang belikan. Akak jangan risau okey.”Lama Cinta merenung kotak yang kini berada di tangannya.

“Akak takutlah kalau akak terima jam ni nanti ada yang persoalkan mana dapat. Nanti satu kes pulak kena marah dengan mak. Tak nak lah macam tu.” Jelas Cinta.Dia tak mahu adik tersalah faham dengan pendiriannya.Cukuplah satu waktu dulu dia di ftnah mencuri barang along. Sedangkan ucu yang beri kepadanya sebagai hadiah hari lahirnya yang ke 16 tahun.Baju kurung Kedah yang di berikan kepadanya adalah duit hasil simpanan adik dan ucu. Apabila ayah menyoal anak-anak mereka, barulah along kembalikan semula kepadanya.Namun, baju kurung Kedah itu tak sampai 24jam bersamanya apabila along kembali rampas baju itu ke esokannya dan membakar baju tu depan matanya sendiri.Bertapa hancurnya hatinya ketika itu. Hanya ALLAh sahaja yang tahu bertapa sakitnya hati dia.Kalau di ikutkan perasaan, dia ingin baling sahaja mata lembing yang tercacak di tanah, yang ayah selalu guna untuk mengupas kelapa ke muka along.Tahap kesabarannya dah hampir ke penghujungnya. Sapa pun yang berada di tempatnya akan melakukan hal yang sama bila di perlakukan sedemikian.

ROMBONGAN meminang sudah pun memenuhi ruang tamu rumah Pak Man. Terkejut Cinta dan adik-adiknya melihat orang ramai berada di dalam rumah. Dia ketika itu baru sahaja balik dari sekolah menemani Indah untuk mengambil keputusan PT3.

“Kenapa orang ramai kak?” Tanya adik.

“Entah. Macam orang nak masuk meminang je..” Cinta menjawab sambil matanya meliar memandang ke muka pintu.

‘Sapa eak?’ Cinta cuba memerhatikan wajah-wajah mereka yang hadir dalam rombongan itu.

“Jomlah kak kita masuk dapur. Takkan nak lalu depan pulak kan?” Cadang adik. Sememangnya itulah yang terbaik. Tak manis kalau lalu dekat ruang tamu. Lagipula, dalam keadaan majlis yang sebegini.Malam itu adik dengan gembiranya bernyanyi dengan riang gembira. Keputusan PT3nya agak memberangsangkan. Walau hanya mendapat 4A, namun itu akan menjadi sebahagian kepada semangatnya untuk lebih berusaha di tahun hadapan.

“Alhamdulillah.” Ucap ayah ke hadrat Ilahi. Tak menyangka yang adik akan dapat keputusan sebaik ini.

“Adik tak sangka dapat keputusan macam ni ayah.” Adik tiba-tiba berkata sedemikian. Kata-kata yang membuatkan Cinta dan ayahnya terpinga seketika.

“Kenapa cakap macam tu dik?” Tanya Cinta.

“Yelah, masa percubaan itu hari satu A pun tak ada. Yang ada pun D. Setakat lulus je.” Luah adik.

“Jangan cakap macam tu adik. Adik nak tahu tak, keputusan yang adik dapat masa PT3 ni adalah usaha gigih adik sendiri. Adik yang jawab soalan tu. Kami yang ada di sini hanya mendoakan adik berjaya.” Ayah berkata.

“Betul tu cakap ayah dik. Berjaya atau tak itu semua terpulang kepada diri kita sendiri. Macam mana kita nak berjaya? Kena usaha lebih. Yang penting solat jangan lupa. Doa, minta kepada DIA. Haya DIA sahajalah yang boleh menolong adik.” Sambung Cinta pula.

“Baiklah kak. Adik janji lepas ni adik lebih usaha. Adik nak belajar pandai-pandai, masuk universiti lepas tu cari kerja, lepas tu dapat duit banyak-banyak, lepas tu boleh tolong ayah dengan mak. Lepas tu adik nak..”

“Dah-dah. Jangan nak lepas tu sangat. Dah pukul berapa dah ni? Pergi masuk tidur sana.” Ayah memotong cakap adik yang sudah berangan-rangan.

“Alah ayah. Kejap lagi lah.” Rengek adik.

“Kenapa pulak..” Tanya ayah.

“Macam mana nak tidur kalau mak dengan along tak habis-habis berbual dalam bilik tu. Ketawa macam nak pecah rumah.” Jawab adik.

“Hem.. mak kamu tu excited sangat nak dapat menantu.” Keluh ayah.

“Mak gembira anak dia ada orang pinang.” Sampuk Cinta.

“Memang lah. Tapi ayah tak berapa berkenan dengan Mukriz tu.”

“Kenapa pulak ayah..” Tanya adik.Siapa yang tak kenal Mukriz tu. Anak usahawan kaya dekat sini.

“Tak ada apalah. Dah-dah,pergi masuk tidur sana.” Dalih ayah.Cinta faham apa yang ayah rasakan sekarang. tapi siapa dia untuk mempersoalkan siapa bakal suami along. Jadi, dia ambil keputusan untuk mendengar dan melihat. Mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan keluarga ni.

PANAS terik di waktu tengahari tidak di hiaraukan. Demi membantu ayah dan Pak Cu di ladang. Untuk menacari rezeki yang halal. Lebih-lebih lagi along akan bernikah lagi beberapa bulan akan datang.Sudah tentunya ayah dan Pak Cu membanting tulang membantu keluarga ini. Keluarga mereka. Kalau bukan Pak Cu dan ayah yang bekerja, siapa lagi? Nak harapkan along, sudah terang lagi bersuluh. Tolong ayah di ladang pun dia tak mahu.

“Cinta, bila keputusan SPM keluar?” Pak Cu tanya. Peluh di dahinnya di seka.Panas terik yang melanda di Malaysia kini ujian buat mereka untuk meneruskan kehidupan dalam mencari sesuap nasi. Walau apa pun mereka redha.

“Em, kalau tak silap cikgu ada bagitahu dalam sebulan lagi. mungkin bulan depan kut. Apa-apa nanti keluar dekat berita.” Jawab Cinta.

“Yelah..”Jawab Pak Cu sebelum dia menyambung kembali kerjanya.

“Nanti kalau keputusan kamu dah keluar, buatlah keputusan dengan bijak. Demi masa depan kamu jugak.” Sambung Pak Cu lagi.Sayu hati Cinta mendengarnya. Apakah mungkin dia akan sambung pengajiannya lagi? Dengan keadaan sekarang ni? Ekonomi makin tak menentu. Hasil dari penanaman sayur ayahnya jugak kadang baik dan kadang tidak.

“Jauh kamu termenung. Menungkan apa Cinta?” Tanya Pak Man.

Sedari tadi dia melihat, anak perempuannya itu hanya diam. Entah kemana melayang fikirannya memikir. Di panggil beberapa kali, tidak di sahutnya pula panggilan ayah.

“Ayah..” Cinta menyapa.

“Kamu menungkan apa sampaikan ayah panggil kamu diam aja.” Tanya Pak Man.Kemudian, dia meletakkan tikar mengkuang di tanah di bawah pokok kelapa. Di hamparkan tubuhnya di tikar. Beristirehat seketika sementara menunggu azan zuhur berkumandang setengah jam lagi.

“Apa yang kamu menungkan Cinta?” Tanya Pak Man lagi.

“Tak ada apa ayah..” Jawab Cinta perlahan.

“Ayah tahu. Cinta pendamkan sesuatu kan.” Pak Man mengipas-ngipas wajahnya topi yang menjadi penutup kepalanya sewaktu bekerja.

“Ayah.. tak ada apa yang Cinta fikirkan.” Jelas Cinta lagi.

Tidak tega rasanya hati untuk mengatakan apa yang sedangkan di fikirkan. Takut pula nanti ada yang menuduhnya tidak sedar diri. Sudahlah menumpang kasih di tempat orang.

“Usah kamu runsingkan fikiran. Kalau soal nak sambung belajar, insya Allah. Ayah masih mampu untuk tanggung kamu nanti di universiti.” Kata Pak Man.Terkejut Cinta mendengarnya. Seakan memahami apa yang sedang bergejolak di fikiran Cinta saat ini.

“Tapi ayah..”

“Sudahlah. Ni, kamu pergi balik rumah dulu. Kejap lagi dah masuk zuhur. Lepas zuhur balik semula ke sini tolong ayah dengan ucu. Boleh?” Pinta Pak Man.

Cinta menjawab pertanyaan ayahnya dengan anggukan. Seketika kemudian, Cinta berlalu meninggalkan Pak Man dan Pak Cunya di kebun.Di pertengahan jalannya, Cinta di tahan oleh sebuah kereta Toyota Hilux hitam. Terkejut Cinta dengan tindakan drastik pemandu kereta tersebut yang tiba-tiba menghalangi perjalanannya untuk pulang ke rumah.

“Hai.” Mukriz menyapa dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

“Ada apa abang Mukriz?” Tanya Cinta ragu-ragu.Tak pernah-pernah Mukriz nak bertegur sapa dengannya. Apatahlagi memandang wajahnya. Setahunya, Mukriz paling benci dengan dirinya. Apatahlagi bila dia mengetahui yang Cinta bukan anak kandung Mak Embun dan Pak Man. Kebenciannya meluap-luap!

“Eh, jangalah takut-takut. Kitakan dah nak jadi satu keluarga nanti.” Jelas Mukriz.

“Er, Cinta dari mana ni? Dan nak ke mana? Kalau tak keberatan boleh abang tumpangkan?” Mukriz terus-menerus memancing perhatian Cinta yang sememangnya sukar untuk mana-mana lelaki dekat.

“Tak payah. Saya boleh balik sendiri. Lagipun, saya nak cepat.” Jawab Cinta.Sebenarnya, dia cuba untuk mengelak dari bertembung dengan tunang along. Kalaulah along tahu, pasti teruk dia di kerjakan. Bukannya dia tidak tahu perangai along macam mana. Kuat cemburu. Apa sahaja yang Cinta ada, dia pasti mahu juga. Dan kalau boleh mahu lebih dari itu!

“Kalau macam tu, biarlah abang hantarkan. Naik kereta baru abang tu. Baru seminggu abang beli. Kalau Cinta sudi, Cintalah perempuan yang pertama yang abang bawa naik kereta abang tau.” Jelas Mukriz lagi. dia cuba memegang lengan Cinta. Namun, Cinta mengelak.

“Tak payah. Saya pergi dulu.” Cinta terus berlalu tanpa membiarkan Mukriz berterusan mengambil kesempatan keatasnya.Fitnah boleh berlaku di mana-mana. Maka, lebih elok sekiranya dia segera pergi dari situ.

“Cinta!! Cinta!!” Mukriz memanggil nama Cinta yang sedang berlari meninggalkannya di sini.Sia-sia dia menjerit nama gadis itu. Sedangkan gadis itu langsung tidak mengendahkannya langsung.Di sebalik semak yang memisahkan dua insan yang baru sahaja bertemu itu, ada seseorang yang ralit menyaksikan adegan itu. Sakit hatinya dengan apa yang berlaku. Tahulah dia macam mana nak ajar Cinta!

TERCUNGAP-CUNGAP Cinta berlari sekuat hatinya untuk segera sampai ke rumah. Sewaktu dia melarikan diri dari Mukriz, masih dapat dia mendengar suara lelaki itu memanggil namanya.Mujur dia tidak mengendahkan panggilan itu. Kalau dia bersetuju untuk di hantar pulang oleh Mukriz, pasti akan ada sesuatu yang buruk berlaku.Sudah-sudahlah dia seringkali bercakaran dengan along, dia sudah penat untuk bergaduh lagi. biarlah dia penat berjalan kaki balik ke rumah,asalkan dia tidak penat untuk menghadap along dan mendengar dia menyindir. Mungkin juga akan bergaduh.Along sudah menantinya di tangga. Dengan wajah yang mencebik dan bengis along memanggil namanya.

“Cinta! Kemari kau!” Panggil along sambil bercekak pinggang.Dapat Cinta rasakan, ada sesuatu yang tak kena. Kalau tidak masakan kepulangannya di sambut?

“Ada apa long?” Tanya Cinta. Dia berdiri di tanah terpaksa mendongak sedikit memandang along di atas tangga.

“Apa kau dah buat? Kau cuba goda Mukriz ye?” Tuduh along.

“Eh! Mana ada long. Tadi abang Mukriz yang…”

“Oh, jadi betullah. Aku ingatkan aku salah pandang tadi. Apa yang kau nakkan dari dia hah!” Along sudah berada di hadapannya dengan wajah yang membengis.

“Tak. Semua tu bukan macam along fikir.” Cinta cuba memberi penjelasan.

Pak!

Sepakan maut mengena di pipi Cinta. Merah wajahnya menahan sakit. Terasa kebas di pipi.

“Dengar sini baik-baik. Mukriz tu tunang aku. Jadi kau tak payah nak menggatal nak goda dia. Aku takkan lepaskan kau kalau kau berani buat pada dia! Ingat, ni amaran terakhir aku.”

Tin!tin! bunyi hon kereta.

Mereka berdua menoleh ke arah datangnya bunyi hon kenderaan itu. Mukriz!Cinta sudah berlari masuk ke dalam. Tak sanggup untuknya menatap wajah lelaki yang bertamu di rumah keluarganya.

“Abang..” Berubah rona dan rentak alunan kata along apabila Mukriz sudahpun berada di hadapannya.

“Aisyah, ibu awak ada tak? Saya ada bawakkan sedikit makanan untuk dia. Umi pesan suruh bagi pada ibu awak.” Bungkusan di tangan Mukriz di rampas oleh along.

“Ibu? Ibu tak ada. Dia keluar tadi pergi beli lauk sikit. Baru je keluar. Eh, abang, jomlah masuk. Boleh kita berbual-bual kejap dekat dalam.”Pelawa along.

“Tak palah. Ibu awak tak ada, rasanya tak manis kalau saya masuk. Lain kali jelah.”Mukriz meminta diri untuk pulang. Namun di halang oleh tunangnya.

“Awak! Kejaplah. Jom lah kita masuk dulu. Saya buatkan awak air ye.” Along sekali lagi memujuk.

“Tak palah. Lagipun saya ada kerja nak buat. Lain kali ye. Assalamualaikum.” Mukriz terus menaiki kenderaannya dan berlalu tanpa memperdulikan tunangnya yang sedari tadi menjerit memanggil namanya.

“Ish! Dia ni!” Along marah.

‘YA ALLAH! Macam manalah ibu boleh suka dengan dia ni? Bukan ke Cinta yang sepatutnya yang jadi tunang aku? Perangai yang macam tu ke yang ibu nakkan jadi ibu kepada cucu dia? Ibu.. tolong Mukriz bu. Mukriz tak da perasaan langsung dengan dia bu. Mukriz cintakan Cinta. Bukan Aisyah.’Penghawa dingin di dalam keretanya seolah tidak berfungsi langsung. Kemarahan yang membara di jiwanya tidak mampu untuk di padamkan lagi.Laju sahaja keretanya meluncur laju ke ladang tempat ayah Cinta bekerja. Ini sahaja jalan yang dia ada. Semuanya harus di perbetulkan semula.Dia yakin, pasti ada yang tidak kena sewaktu majlis merisik dan bertunang tempoh hari.

“Assalamualaikum pakcik.” Mukriz bersalaman dengan Pak Cu Cinta.

“Wa’alaikumsalam. Hai, macam pelik je pakcik nampak kamu di sini. Ada apa?” Tanya Pak Cu.Memang sesuatu yang pelik kalau Mukriz datang ke mari. Lagi pula, dia datang seorang diri macam sekarang. Lagi pelik.

“Eh, mana ada pelik pakcik. Saya ni saja je datang nak lawat Pak Man.” Jawab Mukriz. Bagi menutup segala resah dan gejolak di dalam hatinya.

“Pak Man? Oh, ada. Dekat bawah pokok nun sana. Dia tengah berehat. Kamu nak jumpa dia ke? Pergilah sana.” Balas Pak Cu.Lalu dia meninggalkan Mukriz kerana dia hendak pergi ke kedai membeli sesuatu.Mukriz berjalan menuju ke arah pokok yang di maksudkan oleh Pak Cu tadi. Kelihatan Pak Man sedang leka dengan pembaringannya.

“Assalamualaikum Pak Man.” Mukriz memberi salam sekali lagi. tapi kali ini dengan Pak Man pula. Ayah Cinta.

“Ha. Wa’alaikumsalam. Mukriz…” Pak Man memanggil.

“Ada apa kamu datang ke mari? Tak pernah-pernah kamu ke sini. Mesti ada hajat.” Pak Man terrtawa kecil sambil berhasa.Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan merasa aneh dengan kehadiran Mukriz di kebunnya yang tak seberapa luas ini.

“Er, pakcik. Saya ada benda yang saya nak bincangkan dengan pakcik. Tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan.” Mukriz mula berbicara.Pak Man memperbetulkan duduknya yang tadinya dia menyandar di batang pokok, kini dia menyelesakan duduknya secara bersila.

“Ada apa Mukriz? Ceritalah pada Pak Man, kalau Pak Man dapat tolong insya Allah, Pak Man bantu.” Sungguh luhur kata-kata yang Pak Man lontarkan.

“Ia berkaitan apa?” Tanya Pak Man lagi. ‘Masakan anak sepertinya kekurangan duit? Tak mungkin pasal duit. Sedangkan keluargaya terlalu kaya. Dia juga punya syarikat kecil-kecilan. Pasti ia bukan berkait dengan duit. Apa masalah anak ini ya…’ fikir Pak Man.

“Saya nak cakap pasal Cinta.” Perlahan suara Mukriz menyatakannya.

“Cinta? Apa yang dia sudah lakukan?” Risau Pak Man mendengarnya.Adakah anak dia itu telah melakukan hal-hal yang tak munasabah sehingga datangnya amarah pada lelaki ini? Apa yang Cinta sudah lakukan nak…?

“Sebenarnya Pak Man, saya sukakan Cinta.” Tulus dia mengakui hal sebenarnya.

“Astaghfirullah hal’azim!” Terus mengucap Pak Man mendengar pengakuan anak ini.

“Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni Mukriz?” Tanya Pak Man serius.

‘Lupakah anak ini yang dia susah pun bertunang dengan kakak Cinta? Masakan hal sedemikian dia buat gurauan?’ Marah Pak Man. Namun hanya di dalam hati.

“Saya sedar dan saya masih waras lagi Pak Man. Pak Man, jujur saya katakan, saya memang sukakan Cinta sejak di bangku sekolah lagi. tapi masa saya dekat luar bandar hari tu ibu cakap dia dah jumpa jodoh yang sesuai dengan saya. Katanya dari keluarga Pak Man.” Mukriz menjelaskan hal yang sebenar.

“Habis, kamu setuju buta-buta?” Tanya Pak Man inginkan kepastian.

“Bila saya tahu yang ibu nak pinang tu anak Pak Man, terus saya setuju. Sebab terlampau gembira. Saya asyik fikirkan itu adalah Cinta. Bukan Aisyah!” Jelas Mukriz lagi. Tergamam Pak Man mendegarnya. Hati tuanya sedikit terluka. Namun tidak lama luka itu di simpan di hati. Jodoh ajal maut semuanya di tangan Allah.Apa yang berlaku bukan kehendak mereka semua. Pasti terselit juga hikmahnya. Insya Allah..

“Kenapa kamu tak tanya betul-betul dengan ibu kamu sebelum kamu setuju di tunangkan dengan Aisyah? Kamu ni, cuba berfikir panjang.” Nasihat Pak Man.Mukriz hanya menundukkan kepalanya. Dia tahu, dia bersalah. Dia terlalu ikutkan nafsunya tanpa berfikir waktu itu. Kerana ikutkan perasaan dan gelora cintanya pada Cinta, akhirnya dia merana kerana hakikatnya dia bukan milik Cinta, tetapi Aisyah.

“Hem.. Habis, sekarang ni kamu nak Pak Man buat apa?” Tanya Pak Man lemah.Bukan hanya nada suaranya yang menunjukkan kelemahannya, tetapi seluruh urat sarafnya dan tulang belikatnya seakan kendur dan rapuh.Sudah tentunya hajat si Mukriz adalah inginkan Cinta menjadi isterinya. Dan memutuskan hubungan bersama Aisyah.

‘Allah!’

“Saya tak tahu macam mana nak cakap. Serba salah. Kalau boleh saya nak peristerikan Cinta dan putuskan tali pertunangan ni dengan Aisyah.” Sakit telinga yang mendengar, tak terluah juga ungkapan ini dari bibir. Namun, ia melibatkan masa depan, dia terpaksa menyatakannya.

“Saya tahu saya salah Pak Man. Saya minta maaf. Tapi saya betul-betul tak ada hati dan perasaan pada Aisyah. Saya hanya cinta dan sayangkan Cinta seorang.” Jelas Mukriz lagi. Pak Man tak mampu berkata apa. Di renungnya wajah anak lelaki ini. Penuh keikhlasan di wajahnya.SEMENTARA itu, di rumah teruk Cinta di maki hamun oleh Aisyah yang cemburu dengan apa yang dia nampak tadi.Segala tohmahan dan cacian keluar dari mulut Aisyah. Tak cukup dengan itu, habis semua pakaian Cinta di humban keluar dan di sepahkan. Di pijak-pijak demi memuaskan amarahnya.

“Kau ingat aku tak tahu yang kau pun suka dengan si Mukriz tu! Argh!!” Semua yang tercapai di tangan di balingnya ke dinding.Cinta melihat.
Perasaan takut dan gerun datang menyelinap di hatinya. Dia tak menyangka yang along akan bertindak sedemikian rupa. Hanya kerana mencemburui dirinya yang kononnya suka dengan Mukriz tunangan along. Oh, tak mungkin!

“Along! Takkanlah Cinta nakkan si Mukriz tu. Along ingat Cinta ni bodoh sangat ke?” Entah kenapa, petang itu Cinta berani melawan kata alongnya.Sungguh berbeza Cinta pada hari itu apabila di amuk dengan perlbagai tuduhan yang tak berasaskan langung.

“Oh, kau dah pandai melawan rupanya.” Along kembali ke arah Cinta dengan lagkah kasarnya.

“Kau dah pandai melawan cakap aku ye. Hah!”Pantas tangan along menarik rambut Cinta yang ketika itu sedang berpaling darinya untuk keluar seketika dari rumah.

“Along!! Sakitlah!!” Jerit Cinta.

“Sakit? Tahu pula kau sakit! Hati aku yang sakit ni kau tahu tak!” Marah along.

Kali ini api kamarahannya tidak dapat di bendung lagi. Api cemburu yang menguasai hatinya sehingga dia terlupa cara untuk dirinya bertenang.

“Along!!” Cinta terus-terusan menjerit. Sakit di kepalanya usah di kata. Perit rasanya. Tarikan along yang sedang dalam kemarahan membuatkan tenaganya berlipat kali ganda lebih kuat kalau di ikut dari susuk tubuhnya.

“Along ni kenapa! Lepaslah!!” Sekali lagi Cinta menjerit memohon alongnya melepaskan genggaman tangan yang menarik rambutnya.Malah alongnya makin asyik dengan perilakunya yang seakan ke rasukan sahaja. Dengan hilaian tawanya seperti pontianak.

“Kenapa kau tak mampos je hah! Menyusahkan betullah kau ni.”Akhirnya, along melepaskan juga genggaman tangannya yang menarik rambut Cinta.

“Kenapa dengan along n? Cuba dengar dulu penjelasan orang.” Berjujuran airmata Cinta.Berpadu dengan rasa sakit di kepalanya. Denyutan di segenap ruangan kepala usah di kata. Rasa macam nak di hempuk je si along dengan batu giling di dapur. Biar dia rasa sakitnya pula.

“Kau ingat aku nak percaya cakap kau ke setan!” sekali lagi along menjerit.

“Kalau along nak cakap pasal kami terserempak tadi di jalan, along dah salah faham. Kami tak ada buat apa-apa dan tak cakap apa-apa. Dia hanya..”

Pang!
Satu tamparan hebat menyelinap di pipi Cinta. Berdarah bibirnya. Tergamam Cinta di buatnya.

“Kau ingat aku nak percaya cakap kau? Kau degar sini baik-baik ye perempuan.” Perlahan sahaja suara along berkata. Seakan berbisik di telinga Cinta.

“Aku boleh biarkan kau terus duduk dekat dalam rumah ni. tapi bukan bermakna aku akan biarkan kau sewanang-wenangnya berkeliaran depan mata aku.Kalau kau rasa nak tinggal lagilah dekat sini. Tapi kalau kau dah tak nak, kau boleh berambus! Berambus cari mak bapak kau yang tinggalkan kau dekat dalam rumah ni.”

“Kau dengan keluarga kau tak habis-habis nak menyusahkan aku, keluarga aku untuk tanggung hidup kau. Sampaikan nenek mati sebab kau! Kau tak tahukan pasal ni?”Tajam renungan along. Kali ini dia tidak dapat menahan dirinya untuk berkata hal yang sebenarnya kepada Cinta. Cukuplah selama berbelas tahun dia asyik di marahi oleh ayah dan maknya supaya merahsiakan perkara ini.Sampaikan satu tahap, dia di pukul oleh ayahnya kerana mengejek Cinta dengan kata-kata yang menghina.Kasih sayang ayah lebih kepada Cinta berbanding dirinya dan adik-adiknya yang lain. Dan kerana itu jugalah api cemburunya makin meluap-luap bersama kebencian di hati.

PETANG itu, segalanya terjadi. Rasanya itu bukanlah untuk kali pertama pipi Mak Esah menadah lempangan Pak Mail. Tetapi acap kali.Bibirnya juga berdarah bila tangan Pak Mail hinggap di pipi isterinya.

“Kalau awak bencikan saya, kenapa tak awak lepaskan saya je.” Perlahan suara Mak Esah. Namun masih dapat di dengari oleh Pak Mail yang sedang berdiri di muka pintu rumah mereka.

“Kenapa? Supaya senang kau nak menggatal dengan jantan dalam wechat kau tu!” Tuduh Pak Mail.

“Apa masalah awak kalau saya nak berwechat dengan kawan-kawan wechat saya tu? Yang awak siang malam asyik dengan telefon. Wechat betina dalam tu, bawak dia balik rumah. Tu apa pulak?”Mak Esah bertentang mata dengan Pak Mail yang ketika itu memandang ke arah isterinya.

“Aku lelaki. Boleh kahwin sampai empat. Itu hak aku! Suka akulah!” Pak Mail menundukkan sedikit wajahnya.Mak Esah hanya memandang wajah suaminya dengan berani. Kali ini tiada lagi istilah takut. Malahan dia makin berani.Hakikatnya dia sudah tidak tahan lagi hidup begini. Acap kali di salahkan. Atas apa jua keadaan jika di mata suaminya ada perkara yang tak kena.

“Kahwin empat konon. Anak bini sorang pun tak terjaga. Kerja pun tak tetap. Macam tu ke awak kata nak kahwin empat? Perempuan mana yang buta mata dia yang nak kahwin dengan awak. Cuba awak bagitahu saya!”

“Ish! Ada jugak karang…”Anak mereka di dalam buaian menangis. Terkejut dengan suara ibu bapanya yang kuat menjerit di ruang tamu.Mak Esah berlari mendapatkan anaknya di dalam bilik. Di dalam buaian yang sedang menangis. Pak Mail merenggus geram. Kata-kata isterinya itu membuatkan ego lelakinya tercabar.Sudah tiga hari Pak Mail tidak pulang kerumah. Anak bininya menanti kedatangan Pak Mail, dengan harapan Pak Mail akan membawa sedikit beras untuk di masak. Lagipula keperluan dapur semuanya sudah habis.Takkan pula dia hendak pergi ke rumah kakaknya, Mak Embun untuk meminta sedikit beras? Rasanya bulan ini hanya tiga empat hari sahaja wajahnya dan anaknya menjengah rumah Mak Embun untuk meminjam sedikit beras buat alas perut yang kosong.Naifnya kehidupan mereka kala ini. Seperti bergantung tak bertali. Perit rasanya kehidupan sebegini.Usai sahaja mendodoikan anaknya di buaian, Mak Esah duduk di tangga rumah. Merenung jauh. Jauh dari kampungnya.

“Aku tak setuju! Kalau jantan ni yang kau nak sangat jadi laki kau, aku tak setuju. Jangan harap aku restu hubungan kau orang berdua!”Begitu dalam rasanya amarah Mak Teratai kepada anak bongsunya itu. Entah apa yang di bomohkan lelaki itu kepada anaknya sampaikan anaknya terlalu gilakan dia.

“Mak.. tolonglah mak.. Esah tak sanggup berjauhan dengan dia mak..” Esah marayu.

“Ramai lagi lelaki dalam kampung ni yang sukakan kau. Kenapa kau tak memilih mereka, kenapa kau pilih dia?” Tanya Mak Teratai.Sedari tadi Mak Teratai hanya duduk memandang luar tingkap. Ssikit pun dia tidak memandang anaknya yang sedang melutut merayu padanya.

“Sebab Esah cintakan bang Mail mak. Tolonglah mak faham perasaan ini.” Sayu hati seorang ibu mendengarnya.Cinta? Ada apa dengan cinta? Bolehkah cinta itu memberi kau makan kelak? Lelaki yang sebegitu yang kau mahukan jadi laki. Entah kelak kau ke mana, rumah tangga kau kemana.

“Mak…”Mak Teratai masih membisu. Entah apa lagi yang mahu di katakan. Benarlah kata orang tua-tua dulu. Bela lembu sekandang lebih senang berbanding menjaga seorang anak dara.

‘Ya Allah, kau bukakanlah mata hati anak ku ini. Agar dia melihat sebenar-benarnya siapa si Mail itu.’ Doa Mak Teratai dalam sujudnya.Wajah tuanya makin jelas kelihatan dengan kerut-kerut di wajahnya. Seminggu lagi anaknya yang bongsu ini akan bernikah dengan lelaki pilihan hatinya.

“Mak…” Panggil Esah di muka dapur.Mak Teratai sahut tidak, memandang juga tidak. Masih fokusnya pada kerja-kerja menyiapkan telur pindang di dapur.

“Mak, Esah nak minta maaf. Salah silap Esah, mohon mak maafkan. Kelak Esah akan bernikah dengan bang Mail. Restu mak adalah kebahagiaan Esah, mak.” Esah merapati Mak Teratai yang kini duduk di bangku meja dapur. Mengupas bawang merah untuk di masak petang nanti.

“Mak, janganlah mak mendiam begini.” Esah cuba memujuk. Walau dia tahu yang hati emaknya itu kini amat terluka.Hatta, semuanya sudah terlalu lambat untuk di kesali. Dia harus menerimanya.

“Aku tak tahu apa lagi yang hendak di kata. Cuma aku doakan kebahgiaan kau orang kekal hingga ke akhirat.” Itulah pesanan Mak Teratai kepada ankanya, Esah.Setahun sudah berlalu. Dan selama setahun jugalah segala kebenaran yang pernah di perkatakan oleh Mak Teratau adalah benar.Hanya dirinya sahaja yang buta kerana cinta yang di madu-madukan oleh suaminya dulu.Sekejap sahaja Mail membuat kerjanya. Habis semua barang kemas mak mertuanya di curi.Dia tahu, cukup tahu. Kebarangkalian mak mertuanya menghalang memang takkan berlaku kerana keuzurannya. Dan isterinya juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih dalam pantang.Maka dengan itu, dia harus pantas dalam membuat kerja. Nak hidup dengan ketagihan berjudi di bandar.Malam itu, Cinta asyik merengek. Menangis tidak henti-henti. Puas Esah memujuk anaknya, dengan memberikan susu badan. Namun di tolak anaknya yang terus-terusan meragam.Esah bangkit untuk ke dapur. Mencari air suam di dapur, menghilangkan dahaga di tekak.Hampir-hampir dia terjatuh terjelopok di tangga apabila dia melihat maknya terlentang di lantai, penuh dengan darah di kepala.Dari Allah kita datang, dan kepada-Nya jugalah kita kembali..

“Assalamualaikum..” Salam di berikan.Sedari tadi Embun memerhatikan sahaja adiknya merenung di tangga. Entah apa yang dia fikirkan sampaikan salamnya tidak di sahut.Berat sungguhkah masalah yang menimpanya kala ini?

“Sah? Oh.. Sah.” Panggil Embun.

“Kak. Bila akak sampai?” Soal Esah.Di seka airmatanya yang jatuh. Risau akan membuahkan satu persepsi yang negetif pada pandangan kakaknya yang memang terkenal mulut laser.

“Bila aku sampai? Aku dari tadi dah sampai. Kau je yang tak nampak aku ni, hah. Kau fikir apa sampaikan aku panggil kau berkali-kali tak menyahut?” Bertalu-talu soalan di ajukan.Embun mengambil tempat di sisi adiknya. Duduk di atas anak tangga rumah.

“Tak ada fikirkan apalah kak. Kau nak minum ke kak?” Tanya Esah cuba mengalihkan perhatian kakaknya dari ketahuan hal yang sebenarnya.

“Hem.. rumah kau ni ada air ke untuk aku minum?”

Dush! Seperti peluru berpandu tanpa henti menempak tepat ke jantungnya!

“Kak..” Lembut sahaja suaranya.Ingin di luahkan kekusutan hati, takut pula kelak kakaknya ini akan menentang hebat. Tetapi tidak di luah dia yang makan hati. Aduh! Kenapa ye sukar untuk dirinya membuka bicara. Sedangkan hajatnya ini sudah lama di pendam. Apatahlagi sekarang suaminya seperti menggantungkan dirinya tanpa tali.Keputusan harus di buat. Tidak boleh tidak. Apa nak jadi, jadilah! Dia sudah tidak perduli lagi.

“Kenapa? Kau nak pinjam duit lagi? aku tak ada duit lagi. tu hah, kebun sayur laki aku tu belum ada hasilnya. Ruginya selalu.” Bebel Embun.Lain yang hendak di katakan, lain pula yang kakaknya omelkan.Ya, dia akui dia sering meminjam pada kakaknya duit. Itu adalah salah satu perkara yang sering dia lakukan. Terutama sekali saat keperluan asasnya sudah kehabisan.

“Bukan. Bukan itu yang saya mahu cakap.”

“Habis tu. Kalau bukan duit kau mahu pinjam beras pula ke?” Soal Embun lagi.

“Juga bukan.” Jawab Esah.

“Habis, kalau bukan itu apa lagi yang kau mahukan dari aku?” Tanya Embun serius.Dalam kepalanya tiada apa lagi yang dapat difikir. Kalau bukan dua perkara yang wajib, perkara yang selalu di minta oleh adiknya ini, apa lagi?

“Aku mahu keluar kota. Mahu kerja.”Ternganga mulut Embun mendengar butir bicara adiknya. Setahunya, Esah tidak pernah ke luar kota. Ke pekan juga jarang sekali. Hidupnya banyak di kampung ini.Bolehkah adiknya itu ke kota untuk bekerja? Ah! Tentunya Esah berncanda dengan aku.

“Kau nak ke luar kota? Kau yakin? Dengan keadaan kau macam ni, dengan anak kau yang masih menyusu badan. Kau sanggup ke tinggalkan Cinta?”Bertalu-talu soalan di ajukan kepada Esah, adiknya. Tiba-tiba hatinya di serang serumpun perasaan takut.Dirinya sendiri pun masih ragu-ragu mahu ke bandar, inikan pula yang langsung tak tahu bagaimana dunia luar mahu lebih jauh dari dirinya. Ah sudah!

“Kau tolong jagakan Cinta. Untuk aku.”Embun hanya terdiam. Tidak mampu berkata apa. Nekad sungguh adiknya kala ini.

“Sekarang kau tahukan. Kaulah punca segalanya! Sekarang, Mukriz tunangan kakak kau sendiri pun kau nak rampas? Kasih sayang emak dan ayah aku kau curi, segala yang ada bersama aku semuanya kau nak bolot!”Kali ini along benar-benar marah. Tiada lagi kata yang mampu di katakan oleh Cinta. Hanya tangisan yang menjadi nada kala suaranya hilang di saat bibir dan lidah kelu membisu.

“Astaghfirullah hal’azim! Cinta! Aisyah!” Mengucap panjang Mak Embun dan Pak Man. Tergeleng-geleng kepalanya melihat keadaan rumahnya yang macam tongkang pecah.Pasti sesuatu telah terjadi. Sampaikan keadaan rumah jadi huru-hara macam ni. tak habis-habis Cinta dan Aisyah asyik bertelagah sesama mereka. Apa nak jadilah dengan anak-anak dia ni.

MALAM itu, Cinta mendapatkan Mak Embun di dapur. Ketika itu Pak Man juga ada sekali bersama isterinya yang sedang duduk minum kopi di meja dapur.

“Mak, Cinta nak tanya sesuatu.” Perlahan suaranya. Memang sengaja dia berkata sedemikian perlahan agar tiada sesiapa yang mendengar, melainkan hanya mereka.

“Kamu nak tanya apa?” Soal Pak Man.Cinta menarik kerusi bersebelahan dengan Mak Embun. Hatinya berdetik ingin tahu. Benarkah segala apa yang di katakan oleh along tadi? Tentang dirinya yang sebenarnya. Dan nama ayahnya Mail, bukan Sulaiman seperti yang tertera di surat beranaknya.

“Mak dengan ayah Cinta.. mana dia orang?” Tanya Cinta.

Mak Embun tidak menjadi mahu menghirup kopi panasnya di cawan. Di letakkan semula cawan itu ketempat asalnya.

“Cinta..kenapa kamu tanya pasal mak ayah kamu? Kamikan keluarga Cinta.” Pak Man berkata.

“Nama ayah Cinta, Mail kan? Nama mak Cinta pula Esah.” Langsung tidak dia terus menjawab pertanyaan Pak Man, tetapi masih merenung wajah Mak Embun yang mendiamkan dirinya.

“Mana kamu tahu semua ni?” Tanya Pak Man lagi.

“Along dah beritahu Cinta semuanya. Dia dah tunjukkan surat beranak Cinta yang asli.”

“Apa yang kau nak tahu dari aku?” Tanya Mak Embun.

Akhirnya, Mak Embun bertanya. Itulah peluang yang dia tunggu-tunggu. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Apatahlagi bila dia melihat gambar-gambar yang di simpan oleh Mak Embun dengan dirinya.Dia dapat rasakan yang Mak Embun menyanyangi dirinya. Bukan seperti yang dia tunjukkan di depan semua. Segalanya berbeza.

“Mak dengan ayah Cinta. Dia orang dekat mana?” Bercahaya mata Cinta. Sama sepertinya cahaya bulan yang menerangi malam.

“Esok pagi, kau ikut. Aku tunjukkan kau mana mak ayah kau sekarang.”Terus sahaja Mak Embun berlalu meninggalkan dapur. Walau banyak yang ingin di persoalkan, dia menahankan sahaja suara hatinya.Dia akan sabar menantikan hari esok. Hari yang bakal menemukan dia dan insan yang amat dia rindu. Nur Fasehah atau lebih manja di panggil Esah. Sepeti yang di janjikan oleh Mak Embun malam tadi, dia di bawa ke satu tempat. Tempat yang di beri nama Kampung Pertanian. Tanah perkuburan, Kampung Pertanian.Cinta tidak banyak kata mahupun ingin bertanya lanjut. Di fikirannya sudah tersedia maklum, orang tuanya sudah meninggal dunia.

“Ni, kubur adik aku. Esah. Mak kandung kau.” Mak Embun terduduk di depan kubur adik kesayangannya.Bertapa rindunya dia terhadap Esah, hanya Allah sahaja yang tahu. Mujur Cinta bersamanya. Setidaknya, lepas jua kerinduannya terhadap adiknya.

“Mak.. Cinta datang mak…” Cinta berkata.Perlahan-lahan dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Mak Embun yang sedang membaca surah Yassin.

“Mak.. Cinta, Cinta rindukan mak. Cinta rindukan mak, rindu sangat-sangat mak..” Rintih Cinta. Berjujuran airmatanya mengalir. Hatinya di paut rasa pilu dan sayu.

“Mak, kenapa mak pergi cepat? Belum sempat Cinta nak bermanja dengan mak. Kenapa mak pergi? Mak tak sayangkan Cinta lagi ye. Cinta jahat ye mak masa kecil. Sebab tu mak tak nak jumpa Cinta lagi.” Cinta bercakap, seoalah Mak Esah berada di depannya.Bacaan Yassin Mak Embun jadi tersekat-sekat. Di selang-selikan dengan esak tangisnya yang pilu melihat anak saudaranya itu. Kasihan.

“Mak.. nanti mak tunggu Cinta ye dekat sana. Cinta nak jumpa mak. Cinta nak manja-manja dengan mak. Cinta janji, Cinta tak nakal lagi. Cinta akan jadi anak yang dengar cakap mak.Tapi, mak pun kena janji dengan Cinta juga. Yang mak takkan tinggalkan Cinta lagi. cinta tak sanggup kehilangan mak. Janji ye mak.” Berjujuran airmata Cinta mengalir membasahi bumi.Inilah kali pertama dalam hidupnya yang telah mencecah lapan belas tahun, dia bertemu dengan mak kandungnya setelah dia di serahkan kepada Mak Esah untuk di jaga.Cinta membuka Yassin di tangannya. Perlahan-lahan dia memulakan bacaan. Walau matanya masih lagi bergenang dengan airmata, hatinya masih lagi sedih dia gagahi juga tekadnya.Dalam perjalanan pulang ke rumah, Cinta sempat bertanyakan Mak Embun sesuatu.

“Mak, kubur ayah Cinta mana?”Langkah kaki Mak Embun terhenti. Dia memandang wajah anaknya itu.

‘Patut ke aku beritahu dia di mana ayah dia yang sebenar? Dia boleh terima ke hakikat ini?’

“Mari sini. Kita berbual sekejap.” Mak Embun mengajak Cinta duduk seketika di pondok kayu tidak jauh dari simpang rumahnya.Cinta dengan penuh sabar menanti jawapan dari Mak Embun.

“Ayah kau belum meninggal dunia.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Mak Embun.Alangkah gembiranya hati si anak, tatkala mendengar ungkapan itu dari mulut Mak Embun.

“Jadi, ayah kandung Cinta masih hidup?” Sekali lagi Cinta bertanya hakikat yang baru sahaja Mak Embun katakan.

“Betul. Ayah kau masih hidup.”

“Dia dekat mana mak?” Tanya Cinta. Tidak sbar rasanya dia ingin bertemu dengan ayah kandungnya.

“Dia dekat penjara. Di ibu kota.”Seraya kata-kata itu di ungkap, mati senyuman Cinta yang berkobar-kobar mahu bertemu ayahnya.

“Ke..kenapa ayah Cinta dekat pejara?”

“Sebab.. dia, dia yang tertikam mak kamu.”

‘Ya Allah! Ujian apakah ini? Ujian apakah yang telah Kau berikan kepada aku, hamba-Mu yang lemah ini.Baru sahaja aku hendak merasakan sedikit kemanisan kasih sayang kedua orang tuaku, kau ambilnya pergi buat selamanya. Kau hukum aku dengan ujian ini. Yang menyeksakan batinku.Ya Allah! Sentiasalah Kau bersama ku di sini. Melewati hari-hariku yang penuh kepedihan hidup ini.Berilah aku kekuatan, walau hanya secebis kasih sayang-Mu agar aku tetap tabah dalam ujian ini. Aku tak kuat, Ya Allah. Aku tak kuat lagi..’ Rintih Cinta di dalam hatinya.

“Apa yang terjadi sampai ayah bunuh mak?”Mak Embun memandang tepat ke wajah anaknya itu. Mungkin dah tiba waktunya, Cinta bertemu ayahnya yang sebenarnya di penjara di ibu kota sana.

PERTELINGKAHAN di antara dua insan ini telah menjadikan anak kecil yang baru sahaja berusia sepuluh bulan sebagai saksi perpisahan mereka pagi itu.Bunyi tangisan anak kecil yang dalam ketakutan, seakan memahami sistuasi kedua orang tuanya.

“Kau ni dah gatal sangat ke sampai nak ke kota sana kerja? Hah!” Tanya Mail.Isterinya hanya mendiamkan diri. Tidak mampu untuk dia membuka mulut, menjawab pertanyaan si suami.

“Kau pekak ke aku tanya kau ni!” Bukan sekadar jerkahan dari lelaki itu, tetapi di tonjol-tpnjol kepala si isteri.

“Awak ni dah kenapa hah! Dah tak ada adab lagi ke?” Esah akhirnya akur dengan takdir.Dia nekad, untuk berpisah dengan suaminya. Derita batinnya makan hati dengan si suami yang langsung tak pernah perdulikan rumah tangga mereka sejak dia di sahkan hamil.

“Oh.. dah pandai menjawab rupanya! Menjawab lah lagi! jawablah kalau kau nak aku bunuh kau!” Ugutan Mail mengecutkan hati Esah.Esah terus berlalu meninggalkan suaminya yang tengah berang di ruang tamu rumah mereka.Terus dia mendapatkan anaknya yang menangis di buaian kerana terkejut mungkin dengan jerkahan dan pertelingkahan dia dan suami. Jadi tidak nyenyak untuk anaknya itu lena.Sekejap sahaja suasana di dalam bilik ini menjadi sunyi sepi. Cinta kini sedang lena di dalam pelukan maknya.Kegusaran di hati Esah makin menjadi. Hendak dia minta suaminya untuk melepaskan dirinya, takut. Takut dengan ugutan yang belum sampai sejam tadi.

“Aku nak duit.”

Tiba-tiba sahaja suaminya itu berdiri di tengah pintu bilik mereka.Akibat terkejut dengan suara suaminya itu, Esah hampir-hampir menjatuhkan Cinta dari dakapannya.

“Kau pekak ke? Aku cakap aku nak duit.” Sekali lagi Mail mengulangi kata-katanya.

“Saya mana ada duit. Awak mana pernah bagi saya duit.” Jawab Esah.

“Kau jangan nak kelentong aku. Kau ingat aku tak tahu? Tanah arwah mak Kak Embun dah cagarkan dekat bank. Separuh duit tu dia bagi pada kau.” Mail memberitahu.Terdiam Esah dengan kata-kata suaminya sebentar tadi. Mana dia dapat tahu hal ni? mesti ada yang beritahu. Dasar tak guna!

“Saya tak ada duitlah. Awak tak dengar ke saya cakap?”

“Kau jangan nak membohonglah dengan aku. Aku tahu, kau sorokkan duit tu dekat mana? Cepat!” Tengking Mail.Sekali lagi Cinta menangis. Esah cuba mententeramkan anaknya. Namun si suami masih berterusan bertanya.Kerana tidak puas hati dengan jawapan si isteri, dia terus menyelongkar kawasan bilik pula. Habis semua kain baju mereka di geledah.

“Mana duit tu bodoh!” Mail masih mencari. Seperti kucing yang kelaparan untuk mendapatkan ikan di bawah tudung saji.

“Saya cakap tak ada. Tak adalah!” Esah pula meninggikan suaranya.Dia tidak betah dengan suasana di sini. Dia ingin pergi, pergi jauh dari lelaki ini yang menghuru-harakan dunianya.

“Kau tengking aku? Berani kau tengking aku!” Mail mendapatkan isterinya yang sedang duduk di katil bersama anaknya.

“Abang!! Sakit!!”Kuat tarikan rambut Esah mail tarik. Rasanya ada jugalah rambut yang tercabut. Sampaikan anaknya terelepas dari dakapan emaknya sendiri.

“Sakit bang.. lepaskanlah saya…” Rintih Esah dalam rayuannya. Namun sia-sia sahaja.

“Kau memang nak mampuskan! Kau dengan anak kau tahu menyusahkan aku je!”Genggaman pada rambut Esah di lepaskan. Namun bisanya masih terasa lagi di kepala.

“Baik kau beritahu aku, mana kau simpan duit tu.” Sekali lagi Mail bertanya Esah.

“Ada. Dekat.. dekat bawah gerobok tu.” Esah menunding jari ke gerobok pakaian mereka.Dengan langkah yang tergopoh-gapah, Mail ke tempat yang di maksudkan oleh isterinya.Begitu juga dengan Esah. Dia juga tergopoh-gapah mencapai anaknya yang merengek di katil, keuar dari bilik.Namun nasibnya tidak baik kerana keadaan itu di sedari oleh Mail. Sepantas kilat Mail mendapatkan isterinya yang sudah lari dari bilik bersama anak mereka.Kerana berang dengan sikap isterinya yang cuba melarikan diri, sempat lagi Mail mencapai gunting pemotong baju yang tajam di atas laci solek.Niatnya hanya ingin menggertak, namun segalanya berubah bila dia dengan tak sengajanya menikam isterinya. Di depan kakak dan abang iparnya.Sebelum kejadian tikaman itu, berlaku pergelutan dan pertengkaran yang membuatkan Mail tanpa sedar telah menusukkan gunting itu ke perut Esah.Berjujuran airmata Cinta saat mendengarkan pengakuan yang di katakan oleh Mak Embun sebentar tadi.Serasa tidak percaya. Atau mungkin semua ini hanyalah rekaan semata?

“Jadi ayah Cinta sudah mati? Mana kuburnya mak?” Tanya Cinta.Ingin benar dia bertemu ayah kandungnya. Setelah sekian lamanya, baru hari ini Mak Embun sudi bercerita hal yang sebenar.

“Belum.” Pendek jawapan Mak Embun.

“Belum? Bukankah hukuman untuk seorang pembunuh adalah hukuman gantung?” Soal Cinta bingung.

“Pada mulanya, ayah Cinta di sabit kesalahan hukman gantung sampai mati di bawah seksyen 302. Tetapi selepas beberapa hari kemudian, ayah Cinta di bicarakan semula. Dan dia di sabit kesalahan di bawah seksyen 304 kanun keseksaan. Penjara selama 25 tahun atas pertuduhan membunuh tanpa niat.Budi bicara di mahkamah itu luas. Dia akhirnya di berikan hukuman sekadar 19tahun penjara sahaja Cinta.” Jelas Mak Embun panjang lebar. Siap dengan fakta-fakta yang masih lagi segar bermain di fikirannya bagaimana hakim di mahkamah memutuskan setakat itu sahaja hukuman yang di berikan kepada pembunuh adiknya.

“Kalau macam tu, mak izinkan Cinta jumpa dengn ayah Cinta ye mak.” Penuh dengan pengharapan di hati Cinta.Mak Embu sekadar mendiamkan dirinya. Tidak pula dia terus menjawab pertanyaan si anak. Risau di hatinya, takut Cinta tidak akan kembali kepadanya lagi.

“BANG, tadi saya beritahu Cinta hal yang sebenar.” Mak Embun membuka bicara.Di dalam bilik ini hanya ada mereka berdua sahaja. Jadi memudahkan dia untuk berterus terang dengan Pak Man perihal Cinta.Kalau bukan sebab along yang bercerita tentang kehidupan Cinta di masa lalu, mungkin saat ini Cinta tidak akan mendesaknya untuk bertemu dengan ayah kandungnya. Ah! Memang patut pun Cinta tahu yang sebenar. Itulah perjanjian mereka bersama Mail sewaktu di penjara. Cukup sahaja umur Cinta lapan belas tahun, dia mengharapkan bahawa Cinta sudah cukup matang dan bersedia menerima berita ini.

“Apa yang dia mahu?” Tanya Pak Man.Masak sangat dah dengan ayat bunga-bunga isterinya. Tidak perlulah bercerita sepenuhnya sedangkan pagi tadi dia sudah memberi kebenaran isterinya untuk menziarahi pusara iparnya.

“Dia nak jumpa dengan ayah kandung dia bang. Dekat penjara sana.” Akhirnya, terluah juga keresahan di jiwanya sejak pagi tadi menahan rasa. Pak Man terdiam. Sama seperti Mak Embun ketika Cinta meminta izinnya bertemu ayah kandungnya di penjara. Keesoakan paginya, Cinta tidak turun ke ladang membantu Pak Man. Tetapi dia asyik termenung dan berkurung di dalam biliknya sahaja. Perkara ini berlarutan sehingga sebulan lamanya. Dan ia di sedari oleh Pak Mail dan Mak Embun. Kerisauan dan perasaan serba salah menerjah di hati mereka berdua. Patutkah dia menemukan dua beranak itu?

“Cinta…” Panggil Mak Embun.Dia mengambil tempat duduk di sisi Cinta yang sedang terbaring lesu di katil. Rasanya hampir seminggu anaknya itu tidak menjamah nasi walau hanya sebutir.Along juga perasan akan perubahan Cinta. Pernah juga along memujuk Cinta, meminta maaf atas keceluparan mulutnya mengherdik Cinta. Dan dialah punca Cinta jadi sebegini.

“Cinta, makanlah sikit. Kalau kau tak makan, macam mana kau nak jumpa ayah kau dekat penjara?” Along sekali lagi cuba memujuk Cinta.Di pegang erat pinggan yang berisi bubur ayam bersama kentang lenyek untuk di suakan kepada Cinta.

“Aku tak lapar..” Itulah kata-kata yang sering keluar dari mulut Cinta.

“Cinta makanlah sikit. Kalau Cinta dah ada tenaga, dah sihat mak janji bawak Cinta jumpa ayah Cinta. Ye sayang..”Sedikit sebanyak pujukan Mak Embun termakan juga oleh Cinta. Dia kembali bangun dari pembaringannya.

“Betul ke mak? Mak janji ye dengan Cinta.” Sepeti tubuhnya kembali segar semula. dia mengambil pinggan yang di pegang oleh along setelah Mak Embun mengiyakan kata-katanya.Dua bulan berlalu. Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba. hari ini adalah hari pembebasan ayah Cinta.
Dengan hati yang bernunga-bunga dan riang, Cinta menanti dengan penuh sabar.

“Ayah izinkan ayah Cinta tinggal bersama kami. Lagi pula rumah dia tu di belakang rumah kami. Jadi senanglah sikt Cinta nak menjenguk dia.” Pak Mail berkata sewaktu mereka dalam perjalanan pergi ke penjara ibu kota, Penjara Johor Bahru.Selesai sahaja urusan pembebasan ayah Cinta dari penjara, dia di bawa pulang ke rumah.

“Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Kerana abang dengan kakak masih sudi menerima saya di sini. Jaga anak saya. Terima kasih bang. Kakak.” Pak Mail berkata.Walau di hati Mak Embun tidak punya rasa suka dengan kehadiran bekas adik iparnya itu, tetapi dia terpaksa memaniskan wajah kerena pesanan suaminya agar menghormati tetamu.

Tiga bulan kemudian…

KECOH malam itu dengan berita yang mengejutkan semua penduduk kampung di sini. Berita kematian Mail, ayah Cinta sekejap sahaja menular hingga ke kampung sebelah.

“Bang..” Mak Embun memanggil suaminya yang berada di sisinya.Beberapa orang kampung mula mendail nombor telefon pihak berkuasa. Sekeliling rumah Pak Mail di kepung.Pembunuh ayah Cinta masih ada di dalam rumah. Masih memegang sebilah pisau pemotong daging di tangan yang masih berdarah.Siren kereta polis kedengaran memasuki kawasan kampung ini. Banyak yang terkejut dengan berita ini, namun tiada siapa lagi dapat membantu.Mayat Pak Mail di bungkus dan di hantar ke hospital Sultan Ismail bagi melalukan siasatan ke atasnya. Pembunuh Pak Mail juga telah di berkas. Apa yang merunsingkan Mak Embun dan Pak Man serta seisi kampung ini adalah, pembunuh itu tidak melarikan diri setelah melakukan jenayah kejam itu. Hari perbiicaraan sudah pun sampai. Keputusan dari mahkamah ke atas pembunuh Pak Mail adalah di bawah akta seksyen 302 kanun keseksaan. Hukuman gantung sampai mati.

“Bang..” Mak Embun memanggil perlahan suaminya yang duduk di sebelah.Hampir jatuh jantungnya ke bumi. Tak sanggup dia melihat anaknya berada di kandang salah. Suasana di dalam bilik mahkamah ini menjadi riuh seketika. Namun kerana budi bicara, tertuduh di ringankan hukuman. Doktor Mazlina. Mak Embun membaca nama dokter yang merawat anaknya di suruh masuk untuk membincangkan perihal anaknya. Seperti yang di ketengahkan semasa di dalam mahkamah tadi.

“Silakan encik, puan.” Doktor Mazlina mempelawa dua orang tetamunya duduk di depannya.

“Seperti yang peguam tadi katakan, kami sudah menjalankan siasatan dan juga pemeriksaan sepenuhnya kepada anak makcik. Dan.. dia di dapati mengalami simptom skizofrenia. Atau lebih di kenali dengan sakit jiwa. Penyakit ini untuk pengetahuan puan dan encik banyak sebabnya sehingga ia terjadi. Salah satunya adalah tekanan emosi yang terlalu tinggi sehinggakan anak puan tidak mampu atasinya.” Satu persatu Doktor Mazlin menerangkan punca-puncanya yang menyebabkan Nurul Cinta Diyana di masukkan ke dalam hospital Tampoi ini. Setelah di beri penerangan terhadap kes Cinta, mereka di bawa di mana Cinta dikurung di dalam satu bilik. Hanya dia seorang. Kerana Cinta belum lagi pulih. Sayat pilu hati Mak Embun melihat anaknya. Bercakap seorag diri. Dan tiba-tiba Cinta cuba untuk mencederakan dirinya sendiri.

‘Ya Allah, semua ini salah mereka. Kerana kebencian terhadap ayah Cinta, anaknya juga menjadi mangsanya.’

“Penyakit Cinta termasuk di dalam kumpulan delusi kawalan. Maksudnya, pesalah mempercayai bahawa perbuatan, kemahuan, dan perasaan menjadi pasif dan hanya di kawal oleh kuasa luar tanpa kehendak diri. Siasatan keatas mayat ayah Cinta juga terdapat kesan lebam di leher mangsa. Mungkin berlaku pergelutan waktu itu. Dan di bawah sedar Cinta melihat ayahnya yang dulu. Yang cuba membunuhnya.” Mak Embun dan Pak Man mendengar dengan teliti butir kata Dokter Mazlin.

“Masa lampau Cinta hampir di bunuh ayahnya sendiri juga boleh diambil dan di jadikan satu fakta. Memandangkan ayahnya telah terlepas hukuman 302 kanun keseksaan itu, dibawah sedar dia membuat satu spekulasi untuk membalas dendam.”Terngiang-ngiang suara Dokter Mazlin di telinga Mak Embun. Sayu hatinya tidak dapat melepaskan Cinta.Membiarkan Cinta hidup di dalam bilik kurungan ini menambahkan lagi kepedihan yang belum berpenghujung.

“Moh le kita balik. Hari dah jauh petang. Esok kita datang lagi jenguk Cinta. Si Ucu pun nak jenguk Cinta esok.”

“Yelah bang..” Mata Mak Embun belum lagi lari dari melihat keadaan Cinta yang sedang terbaring membelakangi mereka berdua.

“Mak balik dulu ye sayang. Esok mak datang lagi dengan Pak Cu.” Mereka berdua jalan meninggalkan Cinta.Di dalam bilik, mata Cinta terpejam rapat. Cuba menghalau suara-suara yang menengkingnya.Suara along jelas kedengaran. Mukriz juga sedang tertawakannya. Mata yang terpejam rapat pantas di buka.

“Sayang.. mak datang ni sayang..” Mak Esah datang dengan senyuman di bibir.Cinta yang melihat kelibat arwah maknya datang menghampiri. Makin lama makin dekat. Dan dekat..

“Argh!!!” Cinta menjerit kerasukan.Lehernya di cekik kuat oleh Mak Esah yang tiba-tiba berubah menjadi along. Makin lama, lehernya makin perit dengan cekakkan yang kuat.

“Mampos kau! Hahaha!” Along terus-terus mencekik Cinta tanpa belas kasihan.Cinta makin tidak terdaya. Nafasnya makin lama makin perlahan. Dan perlahan. Sehinggakan dia pengsan.Jururawat yang sedang melalui jalan itu melihat kelibat Cinta yang sudah terbaring di lantai.Segera dia mendapatkan dokter Mazlin yang belum pulang ketika itu sementara menantikan dokter gantian masuk.

“Ke..kena..pa…?” Tanya Cinta longlai.

“Kau yang patut mati! Mati dalam pembunuhan yang tak di sengajakan sembilan belas tahun yang lalu. Tapi kenapa mak kau selamatkan kau!Kali ini aku takkan biarkan kau hidup! Kau mesti mati! Mati!!”Sekali lagi Cinta di serang oleh ayahnya. Cengkaman yang kuat mencekik batang leher Cinta. Sehingga nafasnya yang terakhir…Berpusu-pusu beberapa orang jururawat dan Doktor Mazlin datangke bilik Cinta.Bila di periksa nadinya, Cinta sudah tidak bernafas.. Doktor Mazlin melihat di batang leher Cinta, terdapat kesan lebam.Apa mungkin pesakitnya membunuh diri? Dia datang lagi mengganggu pesakitnya? Bukankah Cinta sudah di beri ubat penenang. Tapi kenapa dia boleh jadi begini.Siapa dia tu sampaikan dia mahu akhiri hidup Cinta?Ya Allah, persoalan yang masih belum terjawab. Sampai di sini sahaja kau memberi kami pinjam insan yang bernama Nurul Cinta Diyana ini.Pemeriksaan keatasnya belum selesai. Namun KAU telah selesaikan urusannya dengan mudah.Allahhu akhbar! Semoga tenang roh mu di sana, Nurul Cinta Diyana..


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.