Cerpen : Hati Yang Kau Tinggalkan

23 June 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh:oh hana parker

HATI YANG KAU TINGGALKAN

H
ati yang kau tinggalkan menyingkap memori yang tersimpan.Entah hendak dihujungkan sebagai kisah suka mahupun duka.Aku sendiri tidak tahu.Apa yang penting sebagai seorang hamba pada yang Maha Memiliki.Wajib bagiku percaya pada kehendak qada’ dan qadarnya.Imbalan pahala satu-satunya jalan yang menjadi penyejuk dari semua cerita ini.

Umpama topeng yang menutupi wajah pemilik sebenar.Begitu juga tentang keadaan jiwaku pada ketika ini.Orang mengira aku kalis cinta.Padahal hanya Allah dan aku sahaja yang mengetahuinya.Aku tetap manusia yang memerlukan kehadiran cinta.

Aku berjalan sambil melayani perasaan yang semakin resah dan berkecamuk.Sementara Hidayah,rakan karibku sedang berada dikantin.Kekacauan yang bersarang diminda terhenti seketika.Aku melihat seorang wanita yang cukup ayu dengan kurung birunya itu.Tidak seindah warna dan corak yang ada pada bajunya.Wanita itu cukup bengis dan apa yang penting ada sahaja yang tidak layak untuk matanya.

Aku beristighfar.Aku harus sedar tiada adat mahupun agama yang menuntut seseorang murid atau pelajar menderhaka pada guru yang telah mengajarnya.Ya,kali ini aku bersalah!.Bersama dalam kelompok pelajar-pelajar yang lain kerana mengelarnya wanita bengis.

Walaupun cuma ucapan di jiwa.Selayaknya sebagai seorang guru biarlah kena dengan gayanya,kerana menegur juga ada caranya.Ustaz Ismail guru pengajian Syariahku menghampiri wanita itu.Dia cuba mendamaikan hati perempuan itu.Dengan kebijaksanaan dalam menuturkan kata.Akhirnya wanita itu terpangil untuk melupuskan helaian-helaian dalam buku amarahnya kepada pelajar yang bermata bundar itu.

Walaupun berjaya melepaskan diri daripada terus dimarahi.Pelajar itu berlalu sambil menunduk tanda malu.Tanpa disedari dia telah berjalan menghadapku.Terlalu dekat.Sehingga jika dijulurkan jari pada wajahnya dari wajahku pasti tersentuh.Mujur ketinggianku menjadi penyelamat.

Seraya aku berkata.”Opps..Dik jalan tengok mana ni?”Sekali lagi lelaki muda ini bertambah malu.Mungkin didalam benaknya hari ini nasibnya sungguh malang.Sudahlah dimarahi dihadapan khalayak ramai malah ditambah dengan teguranku kepada dirinya.Dengan gaya tersipu-sipu.Selamba dia menjawab “Maaf kak”.Aku bertanya lagi “Kenapa?”.Seperti memahami maksud yang tersirat.

Lelaki muda itu cuma membalas “Macam biasa”,ketika ini budak tingkatan 2 itu cuba memperbetulkan songkok dikepalanya.Aku tahu perbuatan ini bagi mengelak matanya menatap mataku .Mata-mata yang berada disekitar kami hanya berdiam diri.Aku pula pada ketika itu cuma mampu menganguk tanda memahami.Guru wanita ini memang pantang mendengar ada pelajar yang berani bermain cinta atau berita-berita yang mengaitkan hubungan baik diantara lelaki dan perempuan.

Sementara menunggu Hidayah.Aku terus ke padang sekolah.Setibanya disana aku terus duduk ditempat biasa.Disitulah tempat yang mendamaikan bagi diriku dan Hidayah.Setelah separuh daripada waktu kami dihabiskan dimeja belajar.Seronok rasanya memerhati burung-burung yang menari-nari di awan membiru.Dalam asyik melayan pemandangan yang indah itu.Gigitan seekor semut,memang benar-benar terasa.Mana tidaknya mereka juga terdiri daripada keluarga Formisidae.Ingatanku terus menyorot seraut wajah wanita tua.Hari-harinya dipenuhi kesakitan.Sangat menyiksakan!.Dialah nenekku.

Satu-satunya nenek yang masih kekal di dunia ini.Penyakit Osteoarthritis(OA) yang dihidapnya sejak beberapa tahun ini,membataskan pergerakkanya.Walaupun setiap pagi aku,ibu dan ayah harus bergilir-gilir menguruskan dirinya.Kami tetap menyayangi wanita separuh abad itu tanpa rasa dibebani.Sekali lagi lamunanku terhenti dengan sapaan rakan yang aku kasihi.
S
uara menutup salam mengiringi lampu dipadamkan.Aisyah berjalan menuju ke lorong pejalan kaki untuk tiba ke kereta Perdana V6 berwarna Ungu miliknya.Hari ini tidak seperti biasa dia pulang.Disebabkan di tadika tempat dia mengajar sedang menganjurkan hari ‘Maulidurrasul’.

Maka waktu pulangnya juga lebih awal.Menunggu enjin dipanaskan Aisyah membelek-belek sebuah kad bewarna Biru.Tertera alamat dan pemiliknya disitu.Hanya sekentum senyuman yang terukir jelas ketika Aisyah meneliti kad biru itu.Tak terasa hari-hari telah berlalu meninggalkan sepi zaman persekolahanya.Padahal baru semalam Aisyah terkenang kisah lama.Ya.sebuah cerita lama yang memalitkan kudis untuknya.Kudis yang membuatkan dia trauma tentang rasa yang bernama cinta.

Cinta terhadap manusia yang punya gelaran .Adam adalah kaumnya.Sejarah yang silam bukanlah dendam tapi jiwanya cukup berwaspada andai datang keadaan itu semula.Meninggalkan kisah 8 tahun lalu.Aisyah kini redha dan bersedia menghadapi kehidupan yang baru.Kini dia bakal menjadi suri.Dalam doa cinta yang dipintanya setiap hari.Berkumandang bait-bait rasa yang berbaur agar cintanya diberi ketika dia sudah siap dinikahi.

Amirul itu takdirnya kini.Lelaki yang tertera namanya pada kad yang dilihatnya sekarang..Lelaki tersebut adalah jodoh yang ditentukan keluarga.Insyallah Aisyah tidak pernah menyesal menuruti kehendak keluarga tercinta.Namun dalam waktu yang sama ada bisik yang bersembunyi dihatinya.

Taaruf yang kupinta sesuai hajatnya
Pintu Jannah adalah musababnya
Sekeping hati bernama manusia
Tetap ku harap jalan cintanya.

Dalamku mencari yang halal
Tak akanku tipu ada yang tersimpan
Menanti sebuah rasa
Cinta sejati penghujung cerita

Islam itu agamaku
Nilai halal itu mengejarku
Menanti disana sebuah syurga
Jawapan tepat seorang manusia

M
enyaksikan tenunan songket yang cantik.Memerlukan kesabaran dalam membuatnya.Malah bukan itu sahaja ketelitian juga nadi pengerak utama.Ini kerana jika tidak,bukan sahaja hasilnya tidak molek dipandang malah jari-jemari yang bekerja juga akan menerima padahnya.Aku mendengar dengan teliti kata-kata pengacara popular yang segak berbaju melayu hitam itu.Aku mula memperlahankan suara di televisyen.Lalu meletakkan kembali Remote biru itu ketempat asal.Entah mengapa sejak dua menjak ini.Hatiku mudah terasa.

Kenangan yang lama meneggelamkan aku kembali.Sebelum Hidayah tiba,ketika aku cuba membunuh semut itu.Deria pendengaranku bagai ditarik-tarik.Untuk kedepan.Mataku yang rabun.Tidak berapa pasti siapakah manusia-manusia yang berada disana kerana kelibat yang ada cuma terlihat dari belakang.Jadi tidakku tahu siapakah mereka.

Belum pun sempat berfikir.Kakiku terlebih dahulu memulakan pintu jawapan.Aku berjalan berhati-hati kerana tidak mahu ada sesiapa yang mengetahui.Aku melihat seorang lelaki tegap dan berbaju hijau.Ya pengawas.Seperti aku mengenalinya.Ada keganjilan yang menerpa diminda mengapa lelaki itu menjauhkan diri dari tempat khalayak ramai.Bukankah dia sendiri tidak menyukai fitnah?.

Gerak langkahku diatur dengan cermat.Sesekali aku mengangkat kain yang melabuh hingga ke buku lali kerana lelaki ini semakin cuba menghindar!.Sehinggalah suatu saat lelaki ini berhenti juga.Aku melihat dia sedang merenung tepat pada mata seorang gadis kecil dihadapanya.Malah dia menambah.Dia tidak pernah menyukai sesiapa.Melihat dan mendengar kata-kata itu,membuatkan aku kembali ditempat istirehatku sebelum ini.Rasanya gigitan seekor semut itu tadi tidaklah begitu teruk.Berbanding sakitnya hatiku saat itu.Remuknya rasa dijiwa kerana dia lelaki pertama yang aku suka!.

Aku harus mengikhlaskan luka yang jelas nampak basah warna merahnya,semua ini angkara keberaniaanku menepis undang-undang manusia.Kelihatan Aisyah cuba menahan sebak didada,selepas apa yang dilihatnya.Ditahannya air mata sekuat tenaga agar tak satu pun berderai jatuh ketanah sehingga boleh menjadi pertanyaan daripada teman baiknya.Biar dia mempersalahkan diri sendiri daripada menunjuk kearah orang yang disayangi.Pujuk Aisyah didalam hati.

Tirai sepi Aisyah disingkap dengan gadis benama Hidayah.Sangkaanya Aisyah yang telah ditemani sejak sekian lama sedang beradu dengan sebuah pemilihan.Pemilihan yang mencipta kebingungan sama ada mengetuai rombongan pertandingan nasyid peringkat daerah diantara sekolah-sekolah menengah agama Johor Bahru atau meneruskan ujian saringan yang dapat melayakkan esei warkah Siti Aisyah Muhamad atau Aisyah dipaparkan disebuah tabloid terkenal.

Walhal dalam hakikat yang sebenar hanya Aisyah dan sang penilai hati sahaja yang mengetahui tentang apa yang tersirat didalam buku yang bernama jiwa pada petang itu.Hidayah menguis-nguis bahu Aisyah dengan jari runcing miliknya,sambil disebelah tangannya terlihat pula 2 bungkus air sirap yang nampak sedap warnanya.Sebungkus sirap disedut-sedut airnya.Tekaknya betul-betul kering kerana sibuk latihan suara bagi pertandingan nasyid peringkat daerah itu nanti.Sementara disisi lain Aisyah yang dilihat duduk dibangku panjang biru tua ,sedang sibuk menguruskan air-air yang bertakung dikelopak mata.Bukan niat untuk berbohong pada teman baik yang berada disampingnya.

Tetapi baginya dengan masalah-masalah yang dihadapi pada waktu ini akan bertambah lagi bebannya jika dia membeberkan kisah duka yang terjadi.Aisyah masak benar dengan watak Hidayah yang mudah terpujuk untuk membela nasib rakan-rakan di sekolah.Lebih-lebih lagi pada insan-insan yang teraniaya.Haru-biru jadinya kalau Hidayah temannya, mengetahui keadaan yang sebenar.Dengan perlahan-lahan Aisyah memalingkan bola matanya.Ditatap wajah Hidayah selama yang mampu.Hal ini menjadi persoalan buat rakan baiknya.Ragam Aisyah membuatkan Hidayah terus berkata.”Wei….Sedara kau ni dah kenapa?, tak kan otak kau tu dah tepu memikirkan jalan mana kau nak pergi.Sampai tengok aku macam orang dah tak makan seminggu”.

Hidayah yang bertubuh tinggi dan berkulit hitam manis mengakhirkan pertanyaan tadi dengan gelak ketawa.Aisyah memang seorang yang bijak.Bijak bersandiwara.Setiap kali menghadapi kerumitan dalam diri.Aisyah akan menampilkan perangai yang tidak seperti biasanya.Baginya itu sahajalah jalan yang dia ada untuk mengaburkan mata-mata yang ada disekitarnya.Ucapan ringkas terpacul dimulut Aisyah bahawa dia memilih untuk menjalani ujian saringan esei terlebih dahulu dan selepas itu andai masih ada rezeki untuknya, dia akan mengetuai rombangan nasyid itu nanti.Hidayah yang mendengar hanya diam seribu bahasa namun terselit juga pertanyaan dibenaknya.Tidak mahu membebani rakan baiknya, Hidayah menarik Aisyah untuk masuk ke dewan semula.
A
isyah menghidangkan secawan kopi buat ayah.Kepenatan jelas kelihatan pada wajah ayahnya.Selepas pulang daripada kerja tengahari tadi.Aisyah membawa keluarganya terus ke pasar.Selepas itu,kereta dipandu terus menghala ke rumah bakal menantu Hj Muhamad.Hj Muhamad itu ayah Aisyah.Seorang ayah yang tidak berminat mengahwinkan anak daranya sebelum ini.Namun berbeza pula pada kali ini.Sebelum tiba dirumah bakal menantunya.Hj Muhamad sekeluarga singgah sebentar ke Rumah Anak Yatim Semarak Kasih.Untuk mengagihkan barangan keperluan dapur bersempena ramadhan yang mulia.

Walaupun sama-sama keletihan.Aisyah mengagahi kudrat yang ada agar masih mampu membuatkan secangkir kopi kampung kepada bapa tercinta.Itulah kebiasaan untuk Aisyah setiap kali melihat ada garis-garis keletihan diwajah ayahnya.Sesudah itu Aisyah terus meluru ke biliknya.

Aisyah mengibas-ngibas tempat tidurnya.Itulah petua sebelum tidur yang masih segar dalam ingatanya.Walaupun nenek dikasihi telah pergi meningalkanya kira-kira 8 tahun yang lalu.Aisyah tidak pernah lupa.Perbuatan yang dilakukan tadi, tapi tidak bermakna Aisyah mahu tidur kerana matanya belum tertarik lagi.Seharian berjalan tidak membuatkan jiwa dan akalnya lesu.Hatinya benar-benar berdebar dan tidak sabar untuk menyaksikan buku hasil nukilanya diterbitkan esok.Sebuah impian yang sudah diimpikan sejak kecil.Bergelar sebagai penulis!.

Jejaknya yang pertama adalah menulis sebuah novel.Novel yang dikaranganya berbunyi Hati yang kau tinggalkan adalah inspirasi daripada pengalaman yang dilalui oleh pengarangya sendiri.Sebuah novel yang ada kait-mengait tentang kisah hidupnya.Namun tidaklah semua daripada isi cerita itu.Beza yang jelas dalam kisah ini.Wanita yang digambarkan sudahpun melabuhkan kembara cintanya pada seorang pemuda.Pemuda yang baru saja memeluk islam.Istimewanya cerita ini.Cinta yang bersatu adalah hasil daripada ketulusan dan keimanan.Apa-apa pun keindahan yang terpampang didalam kisah ini.Hanyalah sebuah cerita yang dikarang oleh Aisyah.Dia sendiri tukang penceritanya,masih terus menanti siapakah perlabuhan terakhir masa bujangnya ini.

P
agi yang cerah disambut dengan gembira.Aisyah mengucapkan rasa syukur tidak terhingga kepada yang Maha Kuasa serta kepada pendokong kuat untuk dirinya selama ini.Terutama ayah,ibu dan adik.Kesejukkan yang dibawa dari beberapa penghawa dingin yang ada didalam dewan hotel terkemuka itu.Membuatkan Aisyah sesekali membetulkan lengan bajunya.Pada akhir majlis pelancaran novelnya.Aisyah mendeklemasikan sebuah sajak sebagai tanda tersurat tentang apa yang ada didalam Hati Yang Kau Tinggalkan.

Dalam lafaz yang kau rungkaikan
Tak satu pun seindah impian
Mimpi ngeri yang kau tinggalkan
Menyaksikan diri bergelumbang kesedihan

Menatap hiba mengenang rindu
Dalam kasih adanya pilu
Tak perlu ku ucap satu-persatu
Mengiringi waktu nanti kau tahu

Mengapa kau biar cinta berlalu
Tak mungkin bertaut seperti dulu
Bukan dendam membalas cintamu
Tingkahlakumu perit bagiku

Menatap sepi diwajahmu
Irama mengasihani mengiringi dirimu
Aku tidak seperti dulu
Teratak jiwaku sudah berpenghulu

Walau memori menjadi pacu
Tiada lagi makna untukku
Dalam doa pengubat rindumu
Kudoakan agar ada pengganti semanis bayangmu

Berakhirnya deklemasi sajak daripada Aisyah.Matanya terpana pada seorang jejaka.Untuk beberapa minit seketika. Memang benar dan tidak salah lagi!.Dialah Aiman.Lelaki yang telah membina kolam-kolam derita buat Aisyah.Walaupun air dikolam-kolam itu sudah surut.Namun bekas tapaknya tetap ada.Mungkin peristiwa diakhir tingkatan 5 itu boleh dimaafkan.Kerana semua itu hanya salah faham.Namun pertunangan yang tercipta diusia Aisyah ke-21.Benar-benar pengalaman yang perit untuk diterima.Sudahlah nenek yang tersayang meninggalkannya ketika itu.Putusnya tali pertunangan selepas sehari pemergian neneknya Nuraminah,memang tidak pernah dibayangkan.Perbuatan ini semuanya atas tiket dendam yang dibuat Aiman.

Aiman terlalu percaya fitnah rakan baiknya sendiri berbanding Aisyah.Tengelamnya Aisyah dalam kenangan tidaklah lama.Semua itu kerana Allah tidak pernah lupa pada janjinya.Keikhlasan dan keredhaan adalah tanggungjawab kita sebagai hamba dalam menerima suratan takdir yang telah tercipta.Kedatangan Amirul yang baru sahaja tiba.Melenyapkan memori yang hiba.Ukiran senyuman jelas menyinarkan lagi,wajah ayu yang dimilikinya.Detik-detik ini Aisyah sempat berkata-kata didalam hati.”Manusia selalu meminta cerah.Tanpa diduga hujan turun dengan lebatnya.Tetapi adakah manusia pernah menjangka akan muncul sebuah pelangi yang cukup sempurna susunan warna dan kilauanya”.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.