Cerpen : Hey kau!

28 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Izni Alia

“Hey kau!!! Dah langgar orang lepas tu buat derkkk je. Dah la tak bayar insurans aku!” Kasar bahasa Yana.

“ Assalammualaikum makcik, tak pernah pulak saya dengar langgar bahu pun kena bayar insurans” Bidas Razif. Waalaikumussalam, baik pulak laki ni boleh dijadikan calon suami ni..eh apa aku mengarut ni Yana. Bicara hati Yana sambil menjeling Razif. Razif dengan selamba sound

“Apahal usha – usha aku pulak ni, dah la tak jawab salam aku!”

“Aku jawab dalam hati, pakcik! Aku nak kau bayar ganti rugi, kau dah langgar bahu aku”, puas hati aku panjang lebar aku bidas, kata hati yana.

“Kenapa pulak aku kena bayar? Kau ada luka ke? Aku tengok macam sihat walafiat je. Takkan tersentuh sikit dah sakit, kau tu lembut sangat!”

“Memang la aku lembut dah aku perempuan!!”

“La..perempuan rupanya! Aku ingat lelaki suara tinggi sangat tadi, dah macam menyalak!!” eh mamat ni cakap banyak pulak, bidas hati Yana.

“Biarlah nak menyalak ke apa, kisah pulak aku! Cepat kau kena bayar sekarang juga!!” bukan susah pun nak minta maaf bukan kena bayar sejuta. Bentak hati Yana.

“Dah la aku malas nak layan kau, aku ada urusan lagi penting dari kau.” Dengan selamba Razif berlalu pergi tinggalkan Yana yang masih terpinga-pinga. Tersedar dari lamunan baru Yana perasan Razif dah berlalu pergi. Cepat – cepat Yana berlari mengikut Razif yang ke arah kafe. Sampai sahaja Yana disisi Razif..

“Hai Razif, you bawa tunang ke?”, sapa Julia.

“Takk saya…,” belum sempat Yana habiskan ayat.

“Oh! Makcik ni!” sambil tangan Razif menunjuk ke arah Yana berada sebelah dia sebab Yana lebih kecik dari dia. Serentak itu Yana menolak tangan razif, dah la suka-suka hati panggil aku makcik. Aku ada nama ok!, kata hati Yana.

“Ya! Dia my future wife and…” Lantas tangan Yana mencubit Razif, sambil menjeling Razif. Ouch! Terkejut Razif dengan tangan ketam tadi, Lantas Razif sambung ayat,

“Kitorang akan kahwin lagi dua hari, you dah dapat kad kan? Jemputlah datang nanti, kan Yana.” Tangan ketam Yana kembali berjalan. Lagi kuat dari tadi dia cubit. Terjerit kuat Razif. eh! mana dia tahu nama aku? Berfikir panjang Yana. Sambil melihat keletah merpati sejoli didepan mata, Julia rasa ingin segera tinggalkan mereka berdua.

“Ya, I dah dapat, InshaAllah nanti I datang. Ok lah I kena pergi dulu, jumpa masa wedding you nanti. Bye Yana” sambil bersalam dengan Yana. Yana yang masih berfikir. Terkejut apabila Razif menyiku dia, tersedar sahaja Julia sudah menghulur tangan untuk bersalam. Yana masih lagi teragak – agak, Razif menyiku buat kali kedua, tangan Julia terus disambut. Selepas bersalaman Julia terus berlalu pergi, mata Yana terus tertumpu kearah Razif. Dengan laju tangan kecil Yana terus menampar bahu Razif. mengaduh Razif sambil menarik kerusi untuk duduk. Yana turut serta duduk.

“Wei kau sesuka hati cakap aku akan kahwin dengan kau lagi dua hari, siap dah edar kad. Lagi satu, mana kau tahu nama aku yana!?” Marah Yana yang tahap dewa. Dengan senyum Razif keluarkan kad kahwin dari poket baju, terus dilempar atas meja kafe. Sepantas kilat tangan Yana mengambil kad dan terus membaca nama pengantin perempuan yang tertera disitu. Liana binti faiz perlahan- lahan Yana sebut nama kad. Hati Yana terus mengulas nama aku dengan kad tak ada kena memgena pun, mamat ni main – main dengan aku ke?

“Apa kaitan kad ni dengan saya?” Terus disoal Razif. bahasa pun dah berubah untuk mempercepat masalah mereka.

“Saya? Memang ada kaitan, awak akan mengganti nama orang yang tertera dalam kad tu. Dan lagi satu nama awak Yana ke? Tadi saya tembak je tak sangka pulak mengena, terror jugak saya.” Razif pun telah menukar bahasanya.

“Kenapa pulak saya kena ganti nama dalam kad ni?” Marah Yana. yana pun berubah panggilan.

“Mudah saja jawapannya, awak kan nak saya bayar ganti rugi so saya bayar cara ni la. Simple kan!?”

“Simple awak cakap!!! Suka- suka buat keputusan sendiri saya pun ada maruah, ada keluarga. Mana future wife awak? Lari ke? Kesian muka hensem kalah aaron aziz cuma tinggi je sama.”

“Oh ada keluarga. Awk kerja apa? Pinjam handphone kejap!”

“Kerja saya pun nak tahu. Arkitek. Nak buat apa handphone saya?”

“Bagi la kejap!” Ragu – ragu Yana keluarkan handphone dari handbag. Phone kat tangan Yana terus disambar Razif. Dengan segera Razif menyentuh screen handphone Samsung milik Yana sambil sebelah tangan lagi pegang iphone 6s miliknya dan menekan sesuatu di iphone. Selepas selesai di godek Samsung Yana dipulangkan. Razif terus membuat panggilan melalui iphone miliknya. Yana berdiam diri setelah melihat Razif mebuat panggilan.

“Assalamualaikum, ni ayah Yana ke?” Kata Razif sambil bangun dari duduk dan terus berjalan. Tersentak Yana terus menjeling Razif kerana ingin tahu kenapa ayahnya dihubungi lelaki yang berada dihadapannya. Yana setia menanti Razif ditempat dudukmya. Setelah selesai menghubungi ayah Yana, Razif kembali ke tempat duduk dia.

“Kenapa awak call ayah saya?” Tak sabar Yana menanti jawapan yang keluar dari mulut Razif. Tiba – tiba Samsung miliknya menyanyi Love Yourself by Justin Bieber. Tertera nama ayah, dengan segera diangkat panggilan itu. Sambil bercakap dengan ayah dia sempat dijeling Razif dihadapannya.Tamat panggilan terasa ingin menyumpah seranah leleki didepannya yang buat – buat sibuk iphone.

“Awak!!!” Terjerit Yana.

“Kenapa awak cakap saya kena pindah pulau pinang untuk urus projek kat sana 6 bulan. Bagi alasan sayakena kawin sebab takut diambil orang lain. Lepas tu awak cakap dah lama kenal saya. Kita baru kenal 17 minit lalu. Awak dah melampau!!! Saya balik dulu malas saya melayan meroyan awak.” Setelah panjang lebar dilempar amarahnya, terus digalas handbag. Baru nak bangun terus ditahan Razif.

“Awak tunggu dulu, awak kena tolong saya”. Pinta Razif

“Kenapa pulak saya kena tolong awak. Kita bukan kenal pun!”

“Sebab tak ada orang lain yang boleh tolong saya selain awak, kad saya dah edar. Macam yang awak lihat tadi. Kalau awak bantu, saya akan bayar mengikut permintaan awak.” Pinta Razif

“Sebuah perkahwinan bukan untuk dibuat jenaka!” Lagak ustazah dah keluar hahaha macam menarik je tawaran ni. Kata hati Yana

“Saya serius la pasal perkahwinan ni, lagipun ayah awak dah setuju untuk berbincang tinggal nak bawa family saya sahaja.” Dengan yakin Razif bersuara.

“Betul ke? Mudah betul ayah saya percaya cakap awak, siapa anak ni? Bagi saya masa! Bukan mudah buat keputusan dalam masa 2 hari.”

“Dah tak cukup masa untuk fikir lagi. Jom ikut saya.” Dengan segera Razif bangun, Yana turut mengikut dibelakang.

“Awak nak bawa saya ke mana?” Soal Yana semasa di dalam kereta Razif, tapi Razif berdiam diri.

“Jumpa family saya. Lepas ni kita jumpa family awak. Saya nak percepatkan urusan kita, tak sangka rumah family awak berdekatan dengan rumah keluarga saya. Memang berjodoh!” Ni yang dipanggil jodoh! Mungkin kot.

“Tapi kan baju kawin semua saya tak de. Awak untung la ada persiapan, saya apa pun tak de.” Penat nanti nak kena bersoal jawab dengan orang ramai sebab kahwin mengejut.

“Zaman sekarang mudah, cakap ja bila nak ambik baju nanti diorang siapkan megikut tarikh kita. Sama jugak dengan hantaran semua tu. Awak tak perlu risau apa- apa pun, awak cuma perlu ada sewaktu hari akad nikah kita nanti.” Kereta milik Razif menyusuri masuk ke banglo yang tersergam indah. Hati Yana terus berdebar – debar sewaktu melangkah keluar dari kereta bmw x6 milik Razif. Masuk sahaja banglo itu, mata Yana terus meneroka keadaan rumah Razif.

“Besar jugak rumah awak.” Bisik Yana

“Biasa je la”. Balas Razif, Razif melangkah kehadapan kedua ibu bapa Razif sambil diekori Yana dibelakang. Yana dibelakang terus kaku terpaku melihat orang tua Razif serta ada tetamu lain didalam rumah banglo itu.

“Macam mana ayah dan ibu ada disini?” Soal Yana seraya menyalam ibu bapanya serta ibu Razif dan mengangguk kepala kepada bakal bapa mentuanya.

“Saya yang jemput mereka ke sini. Awak kan bakal menantu kami.” Jawab Datuk Izuddin, ayah Razif. Datin Maya hanya tersenyum. Selesai sahaja perbincangan antara kedua-dua pihak. Razif menghantar ibu bapa serta Yana pulang ke rumah kerana tadi driner mereka yang hantar. Sepanjang dalam kereta hanya lagu sahaja yang menjadi tumpuan Yana, apa yang disembangkan antara Razif dengan orang tuanya sudah tidak diambil tahu lagi. Sampai sahaja dihadapan rumah kedua orang tua Yana meminta diri dulu, maka tinggal la Yana dengan Razif. Razif terus menyua tangannya dihadapan Yana seakan seperti meminta sesuatu,

“Awak nak apa?” Tanya Yana.

“Handphone awak.” Selamba sahaja Razif menjawab.

“Nak call sapa lagi?” Sambil menyua handphonenya. Tiba – tiba handphone Razif berbunyi, baru dia tahu..

“Nah! Nombor awak je tak sempat nak ambil tadi. Thank you! Tak nak turun ke cik adik?”

“Nak turun la ni!”

“Good night! Tidur bagi cukup esok banyak urusan yang perlu diselesaikan.”

“Ok!” Dengan wajah serius

“Ok je!! Dah pergi masuk rumah.” Razif mengarah.

“Ok bye.” Terus melangkah tanpa menoleh lagi. Selesai upacara pembatalan air sembahyang, kedua mempelai keluar melayan tetamu yang terdiri daripada adik beradik, jiran dan kawan terdekat sahaja, kerana sebelah malam majlis persandingan mereka. Sebaik tetamu dah berkurang, Razif meminta diri dan membawa Yana sekali. Tanpa banyak bicara Yana terus ikut suami. Akhirnya aku dah kahwin tak percaya pun ada, bisik hati Yana.

“Rasa macam kahwin lari pun ada.” Suara Yana memecah kesunyian mereka didalam kereta.

“Kenapa pulak kahwin lari, kita dah kahwin dan awak dah jadi isteri saya, sayang…” sambil memberi senyum kepada Yana.

“Jangan senyum nanti tergoda saya. Awak nak kena mana ni rumah pun tak sempat kemas awak dah ajak keluar.” Tertanya Yana.

“Pergi hotel.” Balas Razif sambil fokus pada pemanduan.

“Kenapa? Awal lagi nak bersiap untuk majlis malam ni atau ada masalah kat sana?” bertalu-talu soalan Yana dengan wajah ingin tahu. Razif tertawa melihat wajah Yana.

“Kenapa gelak?” Tak puas hati Yana tengok Razif gelak.

“Kita nak pergi tengok persiapan dah siap ke belum, lepas tu saya nak tidur kejap semalam tidur dua jam je takut malam ni pengsan pulak.” Jelas Razif sambil mengurut belakang leher. Secara spontan tangan Yana tolong mengurut belakang leher Razif. Razif tersenyum pada Yana, seakan mengucap terima kasih.

“Awak buat apa tidur dua jam je? Takut nak pegang tangan tok kadi ke? Haha.” tiba masa Yana gelak, tangannya telah berhenti mengurut sebaik sahaja terdengar bunyi mesej masuk.

“Hey tengok orang la tak ada masa nak takut- takut ni, saya buat persiapan la. Siapa yang mesej tu? Tanya Razif bila melihat Yana tak respon percakapannya dengan bersahaja Razif menarik tangan Yana menyuruh mengurut lehernya lagi.

“Hah..kawan-kawan mesej bagi ucapan dan doa buat kita. Mengantuk ke?” Tanya Yana menunjukkan sikap prihatinnya. Razif mengangguk sahaja.

“Saya pun tak tengok handphone dari tadi, entah bateri ada lagi ke tak semalam lupa nak cas.”

“Tadi tak cakap kalau tak saya boleh memandu. Sibuk betul awak semalam nanti dah sampai awak tidur terus lepas tu baru kita pergi tengok persiapan macam letih sangat saya tengok awak ni.”

“Tak! Kita pergi tengok persiapan dulu nanti boleh tidur lama sikit.” Jelas Razif sambil melawan ngantuk.

“Ok.” balas Yana sambil kedua tangan dah mula fokus untuk membalas mesej sahabatnya. Suasana sepi sehingga tiba diperkarangan hotel. Keluar dari kereta kedua pasangan megatur langkah menuju ke kaunter untuk mengambil kunci bilik. Kemudian terus melawat dewan persandingan. Pelamin yang tersergam indah membuat Yana teruja untuk mendudukinya.

“Cantiknya pelamin.” bisik pada Razif. Razif yang ketika itu berbual dengan perancang majlis hanya balas dengan senyuman. Selesai raptai barulah mereka dapat berehat dekat bilik yang disediakan oleh pihak hotel. Razif terus merebahkan badan dikatil bersaiz king. Yana pula meneroka sekitar bilik yang mewah itu.

“Awak!” Jerit yana. Razif terus berdiri terkejut dengan jeritan itu dan terus disoal “kenapa?”

“Awak jangan baring lagi biar saya ambil gambar pemandangan bilik dan deko kat atas katil ni. Cantik tahu tak.”

“Ingatkan kenapa awak menjerit satu bilik ni. Cepat la ambik saya dah mengantuk sangat ni.” Dengan segera Yana mengambil gambar.

“Dah ke?” Tanya Razif.

“Dah. Awak kalau saya nk tidur sekali boleh tak? Saya pun letih ni.” Tanya Yana.

“Boleh, tapi jangan lupa kunci jam takut terlepas majlis malam ni pulak.”

“Ok! Tapi kalau kita terlewat bangun pun mesti diorang akan ketuk pintu bilik macam nak pecahkan. Haha” Balas Yana. Malamnya majlis berjalan dengan lancar. Tetamu datang memenuhi dewan, ramai yang memuji kecantikkan dan kekacakkan kedua mempelai bagai pinang dibelah dua dalam persalinan songket mereka. Selepas tetamu berkurang mereka menyambung makan, biasalah makan dimeja beradab tak terasa sangat apa yang dimakan.

“Berapa bayaran awak nak tuntut?” Tanya Razif bagi memecah kesunyian ketika makan.Hahaha Yana tergelak mendengarkan soalan Razif.

“Kenapa gelak?” hairan Razif

“Sebenarnya saya nak minta bayaran maaf dari awak ja sebab lepas awak terlanggar bahu saya, awak terus pergi macam tu je.” Terang Yana.

“Itu je, ok saya minta maaf.”

“Dah lama saya maafkan awak” senyum Yana pada Razif.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.