Cerpen : Jodoh Kau Adalah Aku

25 October 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : addinfarhani

Pang!! Pang!!

Dua kali muka Puan Aini ditampar suaminya, Encik Azlan. Puan Aini yang jatuh terjelepok di hadapan suaminya hanya mampu memegang pipi. Darah mula mengalir dari hujung bibir Puan Aini.

“Kau dah pandai melawan ya sekarang!… “ Encik Azlan menuding jari ke arah Puan Aini.

“Siapa yang ajar kau melawan ni? Asmah? Khalid?…” Encik Azlan merengus kuat. Puan Aini menangis. Tiba-tiba, Puan Aini terpandang anak-anaknya, Syafiq dan Syafira yang berselindung di sebalik dinding di hadapan pintu bilik Puan Aini. Syafira dan adiknya, Syafiq terkejut apabila kelibat mereka dilihat ibu mereka.

“Tak habis-habis jaga tepi kain orang… Sudahlah, aku nak keluar, serabut kepala aku lama-lama duduk dalam rumah ni… Lagi satu! Kau ingat tak hari ni berapa haribulan? Faham-faham je lah… Semua bil tu aku dah letak atas meja, nanti kau settlekan!!…” Encik Azlan berlalu ke ruang tamu selepas menuturkan arahan itu. Direntapnya kunci kereta lalu keluar dari rumah itu. Pintu rumah pula dihempasnya kuat.

“Ibu… Ibu..” Syafiq berlari ke arah Puan Aini sambil menangis. Puan Aini kalut mengelap darah di bibir dengan lengan bajunya kerana tidak mahu Syafiq melihatnya. Lalu dia memeluk Syafiq. Syafira pula terduduk di situ apabila terlihat tompokan darah di lengan baju ibunya. Air matanya mengalir mengenangkan perbuatan ayahnya.

*****

“Aini.. kau sihat ke tidak ni? Akak tengok lemah je…” Puan Asmah meletakkan tangannya di dahi Puan Aini. Puan Aini hanya tersenyum.

“Aini sihat… Biasalah kak, sekarang pun kan musim panas… sebab tu saya cepat letih..” jawab Puan Aini.

“Suami kau macam mana?” nada Puan Amah berubah. Terselit kebencian pada nada itu.

“Err.., abang Azlan macam biasalah kak.. kerja pagi, baliknya petang.. Kalau sibuk, balik malam.. Macam saya jugak..” jawab Puan Aini tergagap-gagap. Sebolehnya, Puan Aini tidak mahu perihal keluarganya yang selama ini disorok, diketahui Puan Asmah.

“Kau jangan nak berselindung Aini… Akak tahu apa yang jadi.. Akak ni dah kenal keluarga Aini sejak Aini menetap di sini lagi. Setiap malam akak dengar, abang Khalid pun sama….” Puan Asmah berterus terang. Sememangnya dia tidak sanggup lagi mendengar jerkahan Encik Azlan setiap malam.

“Malam tadi, kau kena tampar kan? Ikutkan hati dah lama akak serang laki kamu tuu.. Tapi akak ni orang luar.. Tak sepatutnya campur hal rumah tangga kamu…” Puan Asmah mengeluh sebentar.

“Kamu kerja siang malam, dia pun kerja siang malam.. tapi kenapa duit kamu juga yang dia nak?? Dia yang sepatutnya bagi nafkah dekat kamu…” bebel Puan Asmah lagi. Puan Aini hanya menunduk kepalanya.

“Tak apalah kak, saya ikhlas…” jawab Puan Aini perlahan.

“Hmm… tak apalah, Aini.. Akak masuk dalam dulu lah… Dah nak senja pun… Abang Khalid kamu tu balik lewat hari ni…” Puan Asmah berdiri sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Puan Aini tersenyum menyambut huluran itu.

“Apa-apa hal jangan segan untuk beritahu akak ya…” Puan Asmah berpesan sebelum melangkah ke dalam rumahnya.

Puan Aini tersenyum pahit mendengar pesanan Puan Asmah itu. Tiba-tiba dia terkenangkan Aisyah, sahabat rapatnya yang menjadi tempat dia meminta pertolongan dan meluahkan rasa di hatinya.

*****

“Ibu, kenapa dengan ayah sebenarnya?… Betulkah bos baru ayah tu perempuan? Muda lagi dari ayah?… hmm…” Syafira mengeluh. Dia kini sedang cuti semester.

“Entahlah Fir… Ibu pun tak tahu…. Tapi yang pasti memang bos baru ayah kamu tuu perempuan..” kata Puan Aini sambil membuat kerjanya. Syafira pula sedang melihat Syafiq membuat kerja sekolah.

“Ayah mana ibu?” Syafira bertanya. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 9 malam.

“Macam biasalah Fir, keluar…” Jawab Puan Aini. Syafira mengeluh perlahan.

“Hmmm… Entah-entah ayah dengan bos baru tuu….” Syafira tidak dapat menahan dirinya dari memikirkan perkara buruk.

Syafira tahu, adik-adiknya, Syazwan dan Syafiq lebih faham dengan perubahan ayahnya kerana ketika ayahnya mula berubah, dia berada di asrama. Apabila habis PMR, baru Syafira mendapat tahu bahawa ayahnya hanya akan ketawa dan bercakap lembut apabila dia pulang ke rumah pada hujung minggu. Kemudian apabila dia kembali ke asrama, ayahnya kembali marah-marah.

“Entahlah Fir… Penat ibu fikir masalah ni..” ujar Puan Aini lemah. Puan Aini tersenyum pahit. Sebenarnya, dia sendiri bersependapat dengan Syafira, tambah-tambah lagi apabila rakannya turut memaklumkan perihal yang sama tentang suaminya.

*****

Sebulan kemudian….

“Ibu, kakak balik tak hari ni?” tanya Syazwan sambil menuang air sejuk ke dalam cawan. Cuti sekolah telah bermula kelmarin. Seperti biasa Syazwan yang sekolah berasrama akan pulang ke rumah. Puan Aini yang sedang menggoreng nasi memandang Syazwan.

“Kakak kamu balik esok.. Petang ni dia ada kelas lagi.. Jarang di ada kelas hari Sabtu… Hmm.. Wan, kamu pergi kejutkan Syafiq… Nasi pun dah siap goreng ni..” pinta Puan Aini sambil menyenduk nasi ke dalam mangkuk besar. Syazwan melangkah ke bilik Syafiq. Di pertengahan jalan, dia terpandang Encik Azlan yang melangkah keluar dari bilik tidur.

“Makan, bang…” ujar Puan Aini apabila melihat kelibat suaminya. Encik Azlan menarik kerusi lalu duduk tanpa berkata apa-apa walau sepatah. Wajahnya yang masam mencuka membuatkan Syafiq yang baru bangun tidur berlindung di belakang abangnya, Syazwan. Syazwan yang melihat muka masam ayahnya berjalan buat tak tahu.

Puan Aini mengambil tempat di sebelah kanan suaminya manakala Syawan di sebelah kiri ayahnya. Syafiq pula duduk di sebelah ibunya.

“Semalam kamu menggatal dengan siapa pula?” tanya Encik Azlan dengan suara mendatar. Suapan Puan Aini terhenti manakala Syazwan merenung tajam ayahnya.

“La.., kan saya ada hantar mesej semalam, yang saya ada meeting dengan wakil dari Jepun. Saya call, abang tak jawab. Banyak kali saya call…” Puan Aini menjawab berani.

Selalunya Puan Aini hanya mendiamkan diri apabila suaminya bertanya di hadapan anak-anaknya. Dia hanya akan menjawab apabila anak-anaknya tiada berhampiran dengan dia dan suaminya. Puan Aini tidak mahu, anak-anaknya, tambah-tambah lagi Syafiq, yang masih kecil melihat pergaduhan dia dan ayah mereka.

“Betul ke ada meeting? Entah-entah meeting sampai ke bilik…” sindir Encik Azlan. Puan Aini terkejut melihat suaminya sanggup merendahkan maruahnya di hadapan Syazwan dan Syafiq. Syazwan yang mendengar kata-kata ayahnya itu, menggenggam erat tangannya menahan geram.

“Ayah ni pekak ke apa? Ibu dah kata ada meeting, ada meetinglah… Ayah pula ke mana semalam?” Syazwan menengking Encik Azlan. Geram akan perangai ayahnya yang semakin lama semakin teruk.

Sememangnya, apabila dia tiba di rumah semalam, hanya adiknya menyambut kepulangannya dari asrama. Ibunya sudah memberitahunya bahawa dia tidak dapat menjemputnya pulang kerana ada meeting dan adiknya, Syafiq pula dijaga sementara oleh Puan Asmah.

Mendengar tengkingan Syazwan, Encik Azlan bangun dari duduknya. “Hei, siapa yang ajar kamu bercakap begini? Kamu tahu tak dengan siapa kamu bercakap ni? Ni ayah kamu tahu… Kurang ajar punya budak…” Encik Azlan mengangkat tinggi tangannya ingin menampar Syazwan.

“Abang!!” jerit Puan Aini sambil memegang tangan Encik Azlan untuk menghalang dari mengena pipi Syazwan. Melihatkan tindakan ayahnya yang ingin menampar dirinya, Syafiq berdiri sambil menahan amarah.

“Ayah yang ajar Wan… Jangan ingat Wan tak tahu apa yang jadi dalam keluarga kita ni. Memang Wan baru 16 tahun,.. tapi Wan bukan budak-budak lagi ayah…” jawab Syazwan. Hari ini, dia tidak sanggup lagi mendengar ayahnya mencaci, memaki dan menghina ibunya.

“Wan, ibu kecewa dengan sikap kamu.. ibu tak pernah ajar kamu berperangai seperti ini… Sudah, bawa Syafiq masuk bilik… pergi masuk!” Puan Aini memandang Syazwan tajam.

“Ibu… tapi.. tapi..” Syazwan terkedu mendengar kata-kata Puan Aini.

“Masuk bilik!” tegas Puan Aini bersuara. Syazwan melangkah perlahan sambil menarik tangan Syafiq yang sedari tadi hanya melihat pertengaran antara ayah dan abangnya.

Encik Azlan menarik kasar tangannya dari pegangan Puan Aini. “Cuba kau tengok anak-anak kau… Kurang ajar semuanya… sama macam kau..” kata Encik Azlan lagi.

“Abang, Aini tak sangka abang sanggup rendahkan maruah Aini depan anak-anak… Kenapa abang susah sangat nak percaya Aini? Kenapa sekarang abang tuduh Aini bukan-bukan?…” lirih suara Puan Aini bertanya.

“Arggh.. sudahlah… Jangan kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat, Aini… perempuan murah!!…” sekali lagi Encik Azlan menuduh Puan Aini.

“Abang! Sampai hati abang tuduh Aini ada hubungan dengan lelaki lain. Bukan abang tak tahu kerja Aini… Kerja..” kata-kata Puan Aini dipotong.

“Kau ingat aku bodoh sangat? Sudahlah… meluat aku dengar suara kau!! Oh ya, nanti settlekan bil.. Aku tak ada duit…” ujar Encik Azlan selamba.

Puan Aini tercengang mendengar arahan Encik Azlan. “Abang, itu tanggungjawab abang.. bukan Aini.. Mana duit gaji abang?” tanya Puan Aini hilang sabar.

“Kau jangan sibuk tentang duit aku.. Lagi satu, ikut suka hati akulah nak buat ke tak… Kubur kita lain-lain, jangan menyibuklah…” Encik Azlan mula panas hati apabila isterinya mula bertazkirah.

“Jangan-jangan, abang ada perempuan lain? Dah ramai kawan-kawan saya beritahu saya yang mereka nampak abang keluar dengan bos abang, berkepit ke sana sini… Aini ni isteri abang… bukan perempuan tu…” ujar Puan Aini serius.

Muka Encik Azlan menjadi merah apabila mendengar kata-kata isterinya. “Apa kau cakap? Aku ada perempuan lain?” Encik Azlan mula memukul isterinya. Dia menghentak kepala isterinya ke dinding. Dia sebenarnya panik apabila rahsianya sudah diketahui isterinya.

“Ayah!!” Syazwan meluru ke arah ayahnya. Syazwan menolak ayahnya kuat. Encik Azlan yang tidak dapat mengimbangi badannya jatuh terduduk. Syazwan meluru ke ibunya. Darah di dahi ibunya membuat Syazwan terkedu. Puan Aini memegang dahinya sambil menangis. Syazwan bangun menghadap ayahnya yang baru saja berdiri.

“Ayah! Sanggup ayah buat ibu macam tu… Itu ibu…, isteri ayah!…” tengking Syazwan. Sebaik sahaja Syazwan berkata demikian, tiba-tiba ada sesuatu mengena mukanya.

Pangg!!

Encik Azlan menampar Syazwan kuat. Syazwan yang tidak bersedia, menganjak kebelakang namun nasibnya kurang baik apabila dia terpijak kaki ibunya lantas dirinya jatuh ke belakang. Kepalanya mengena bucu kabinet dapur. Puan Aini terlopong melihat Syazwan.

“Wan!!” jeritan seorang perempuan mengejutkan Encik Azlan

Syafira yang hadir bersama Puan Asmah dan Encik Khalid terkejut melihat tindakan ayahnya. Encik Khalid dan Puan Asmah menyerbu masuk ke dalam rumah. Puan Asmah membantu Puan Aini mengangkat Syazwan. Manakala Encik Khalid meluru ke arah Encik Azlan. Dia memulas tangan Encik Azlan ke belakang untuk mengelak daripada Encik Azlan menyerang Puan Aini lagi. Syafira melangkah menghampiri ayahnya.

“Apa ayah buat ni? Nasib baik kelas Fir batal hari ni… Ni kenapa ayah pukul Wan pula? Tak cukup dengan ibu, ayah pukul Wan… Kenapa tak pukul Fir sekali?” soal Syafira dengan suara garang sambil melangkah menghampiri ayahnya. Encik Azlan terdiam mendengar kata anak sulungnya. Puan Aini yang melihat Syazwan berlumuran darah berusaha bangun menghadap suaminya. Syazwan pula memegang kuat kepalanya.

“Hari ini, saya nak, depan kak Asmah, abang Khalid, dan Fir, abang ceraikan saya… sekarang!” tengking Puan Aini. Selama ini dia bersabar dengan sikap suaminya, namun hari ini dia tidak dapat bersabar lagi apabila melihat anaknya cedera kerana tindakan suaminya.

Encik Azlan yang terdiam dengan kehadiran anak sulungnya dengan jirannya berasa tercabar mendengar permintaan Puan Aini.

“Kau nak sangat cerai ni kan…? Aku pun dah muak menghadap muka kau setiap hari… Baik, aku ceraikan kau talak satu..” senafas Encik Azlan menuturnya. Sesudah melafazkan kata cerai itu, Encik Azlan melangkah keluar dari rumah itu tanpa menghiraukan Syafiq yang berlindung di sebalik kain langsir antara ruang dapur dan ruang tamu.

Syafira dan Syazwan terkedu mendengar lafaz cerai ayah mereka. Begitu juga dengan Puan Asmah dan Encik Khalid. Syafiq yang melihat orang-orang di hadapannya terdiam berjalan ke arah ibunya yang terduduk.

*****

Kenangan pahit yang melayari fikiran Syafira terganggu apabila ada suara yang menyapa telinganya.

“Oit, kau berangan ke?” Linda, rakan sekerja Syafira menyoal. Syafira membetulkan duduknya.

“Tak ada apalah.. Kenapa kau datang ni?” tanya Syafira sambil membelek fail di hadapannya. Dia menyeka perlahan hujung matanya. Peristiwa hitam itu sering hadir dalam khalayannya.

“Aku datang ni ada hajat la…” ujar Linda, sengaja ingin menarik perhatian Syafira.

Hajat? Syafira duduk tegak.

“Kau ni… asal sebut ja tentang hajat mesti buat gaya tu.. terkejut semedang ja… Cir Fir, sila lihat jam anda sekarang. Tak mahu lunch ke?” Linda menarik kerusi lalu duduk di hadapan Syafira.

“Hah, Ya Allah!… dah pukul 12.30.. cepatnya masa.. Kau ni Lin, cuba la beritahu aku yang kau dah ready.. Tunggu sekejap, nak kemas fail ni.. Ingatkan hajat apa tadi…” Syafira mengemas fail-fail yang berselerakan di atas mejanya.

“Itulah, kau berangan ja tadi… Aku panggil pun kau buat tak tahu saja…” balas Linda sambil ketawa perlahan.

“Okey, jom makan…” Syafira menarik tangan Linda keluar dari biliknya.

“Kita makan dekat nasi kandar nak? Aku teringinlah… lama tak makan…” pinta Linda sambil melangkah masuk ke dalam lif.

“Kau ni, macam orang mengandunglah… Teringinlah, kempunanlah, macam-macam…” Syafira menekan butang lif untuk turun ke ground floor.

*****

“Ala… kedai tutup la… Fir, hari ni hari apa? Kenapa tutup Fir? Kenapa?” Linda mula berdrama.

“Kau jangan buat macam tuu, boleh tak?… Nak termuntah aku dibuatnya… Macam la tak ada kedai lain.. Linda.. Linda…” Syafira ketawa.

“Kau ni, bukan senang nak tengok bakat terpendam aku tau.. Eh, jom try kedai tu!… Keluarga Mama..” Linda menunjuk salah satu gerai makanan di medan selera itu.

“Keluarga Mama? Jom.. macam sedap ja.. orang pun ramai..” Syafira melangah keluar dari kereta. Mereka jalan beriringan melangkah ke arah kedai Keluarga Mama. Rambang mata Linda dan Syafira melihat beraneka jenis lauk-pauk yang disediakan.

Selesai sahaja memilih lauk, mereka duduk di meja yang berhampiran dengan tangga lalu memesan air. Belum sempat Syafira menjamu selera, dia berasa kakinya ditendang dari bawah meja lalu memandang Linda.

“Kenapa?” Syafira bertanya. Linda tidak menjawab sebaliknya membuat isyarat mata ke arah luar kedai.

“Apa?” tanya Syafira sambil melihat ke arah luar kedai. Tiba-tiba dia terdiam apabila melihat gerangan orang yang dimaksudkan Linda. Tangan Syafira digenggam erat oleh Linda.

“Kau okey ke?” tanya Linda. Syafira mengangguk perlahan.

*****

Syafira duduk di sofa sambil memandang kosong ke arah televisyen. Dia memegang kepalanya yang mula berdenyut. Dia teringat perbualannya dengan Syazwan di hospital dahulu, hari ayahnya melafazkan cerai.

“Wan, selalu ke ayah buat ibu macam siang tadi? Kakak tahu ayah selalu tampar ibu, tapi tadi sampai hentak kepala ibu ke dinding… Huh! Kenapa Wan tak telefon kakak?” Syafira memandang tajam adiknya, Syazwan. Syazwan hanya memandang kosong sambil menghirup air teh suam.

“Ibu yang larang Wan beritahu kakak. Kakak kan dah final year. Nanti terganggu pelajaran…” Syazwan membela dirinya.

“Wan pun sekolah lagi kan? Sama macam kakak…” Syafira membalas. “Syafiq ada ke tadi bila ayah tampar Wan?” Syafira risaukan keadaan adik kecilnya itu. Pada usia yang muda, Syafiq terpaksa mendengar dan melihat pergaduhan ibu dan ayahnya.

“Wan dah tarik Syafiq masuk bilik bila ibu dan ayah mula bertengkar…” Syazwan membalas lemah.

“Betul ke, ayah dengan bos dia ada hubungan?” soal Syafira perlahan. Syazwan mengangguk. “Wan tak percaya tapi tadi Wan ada dengar ibu cerita dekat Mak Cik Asmah..” ujar Syazwan. Syafira menggeleng perlahan.

“Lepas ni, kalau ayah kacau ibu lagi, beritahu kakak… Jangan sembunyikan apa-apa lagi, faham?” tegas Syafira bersuara. Syazwan mengangguk.

*****

Syafira tersentak apabila bahunya disentuh seseorang.

“Fir… Kau okey ke tidak ni? Dari lepas lunch, sampai sekarang, diam je…” Linda melabuhkan punggungnya di sebelah Syafira. Dia melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 10 malam.

“Aku okey… Jangan risau…” balas Syafira lemah.

“Aku tanya ni, kau jangan marah ya, Fir…” ujar Linda perlahan. Syafira mengangkat kepalanya.

“Tanyalah…” Syafira duduk menghadap Linda.

“Apa yang kau rasa sekarang? Tolonglah Fir.. Jangan simpan seorang diri…” Linda bertanya. Syafira terdiam sebentar.

“Jujur aku cakap dekat kau, susah untuk aku maafkan ayah… Selepas ayah aku ceraikan ibu, dia ada pergi jumpa ibu, paksa untuk rujuk balik. Dia kata perempuan tu tipu dia.. Kau tahu, ayah aku dah lain macam, mula-mula memanglah cakap lemah lembut, tapi lama-lama, mula berkasar dengan ibu… Nasib baik sekarang, Wan tinggal dengan ibu, mengajar di sekolah dekat dengan taman tu…” lirih Syafira bersuara.

“Sampai sekarang aku masih terbayang bagaimana ayah aku tu tampar si Syazwan… Macam manalah agaknya waktu aku tiada di rumah? Entah-entah lagi teruk Wan dan ibu kena belasah… Nasib baik Syafiq duduk diam dalam bilik. Kalau tak berada dalam bilik, dia sembunyi belakang tirai… mesti dia takut…” air mata Syafira mengalir perlahan. Linda menenangkan sahabatnya itu.

“Sorry Fir.. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih… Aku.. aku..” Linda kehabisan kata bila melihat air mata Syafira. Dia berasa bersalah. Linda hanya mendiamkan diri, membiarkan Syafira menangis sepuas hatinya. Beberapa minit kemudian, Syafira mengangkat kepalanya.

“Hmm.. dah ringan sikit kepala aku ni…” ujar Syafira sambil menyeka air matanya. Sudah lama dia ingin meluahkan rasa yang terbuku di dadanya. “Thanks Lin… Aku faham…” Linda menarik nafas lega mendengar kata-kata Syafira itu.

“Lepas ni, kalau kau nak luahkan apa yang kau rasa, kau ceritalah dekat aku… Aku pun dah lama kenal kau… Dari kita di sekolah menengah lagi kan…” Linda memandang Syafira, mengharapkan agar Syafira bersetuju dengan cadangannya. Syafira mengangguk perlahan seraya tersenyum.

*****

Keesokan harinya…

“Lin, aku ingat nak balik rumah ibu, esok dan lusa kan cuti… kau nak ikut?” soal Syafira sambil menjamah ayam KFC di hadapannya.

“Bila kau nak balik?” tanya Linda kembali sambil menghirup minumannya.

“Petang ni dalam pukul 5… Kau nak ikut?” jawab Syafira. Linda mengangguk.

“Boleh juga… Dah lama aku tak jumpa mak kau…” Linda bersetuju.

“Aku ingat nak cari something untuk ibu dan adik-adik aku…” balas Syafira sambil memikirkan barangan yang ingin dibeli untuk ibu dan adik-adiknya.

“Belilah something yang mereka guna hari-hari..” cadang Linda.

“Okey juga idea kau tuu… Lagipun, waktu rehat lambat lagi nak habis…” Syafira bersetuju. Linda mengerling jam di tangannya. Baru 12.30 tengah hari. Usai menjamu selera, Syafira dan Linda keluar dari premis KFC itu lalu berjalan ke arah kedai-kedai yang terdapat dalam hypermarket itu.

Syafira menarik sepasang baju kurung berwarna biru lembut. “Cantik kan?” tanya Syafira kepada Linda. Linda yang sedang asyik membelek sehelai baju kurung di hadapan Syafira menoleh.

“Waa… cantik.. cantik… kau tolong pilihkan untuk aku juga..” pinta Linda. Laju tangan Syafira memilih sepasang untuk dirinya dan Linda.

“Ini?” tanya Syafira sambil menayang baju kurung moden yang berwarna peach yang dihiasi labuci dan manik. “Waa.. cantiknya.. aku suka.. kau memang pandai pilih Fir.. Erm.. kau ambiklah jenis yang sama dengan aku tapi warna lain.. Nanti, kita pakai pergi office…” cadang Linda apabila melihat Syafira masih sibuk mencari.

“Tak apa ke aku pakai baju kurung sama jenis dengan kau?” Syafira sengaja mengusik Linda.

“Kau ni, bukan sama pun, warna lain… Lagipun kita ni kan ‘kembar tak seiras’… haha..” balas Linda. Syafira menggeleng perlahan lalu menarik sepasang baju kurung moden berwarna biru turquoise.

“Jom, bayar dulu, then kita cari t-shirt pula…” ujar Syafira sambil melangkah menuju ke kaunter. Selesai membuat bayaran, Syafira dan Linda menuju ke kawasan t-shirt lelaki.

“Fir, aku nak ke tandas la.. sakit perut pula.. kau jalan dulu, nanti aku call..” Linda melangkah laju ke tandas. Syafira menggeleng kepalanya seraya melihat jam tangan.

“Hmm… dah pukul 1… kena pilih cepat ni…” kata Syafira seorang diri. Ketika dia ingin memasuki sebuah kedai, seorang lelaki yang kebetulan keluar dari kedai tersebut melanggarnya.

Bukk!!

“Hahahaha…” kedengaran kuat ketawa sekumpulan lelaki.

“Hai, Is… taktik baru ke?” kata salah seorang dari mereka. Syafira lantas bangun sambil mengambil beg kertasnya. Lelaki yang melanggarnya turut bangun berdiri.

“Alamak, mat motor laa…” bisik Syafira dalam hati.

“Adik manisss… Bro kita ni memang selalu langgar orang…” ujar salah seorang rakan lelaki itu.

“Is, aku tahulah kau tengah pikir jalan nak halang rancangan mak kau.. tapi takkan kau nak tangkap muat je.. terdesak sangat ke weyhh…” sampuk seorang lagi.

“Diamlah Karim!!… Aku guna taktik lapuk ni? Tolong sikit ok..” Selesai sahaja berkata demikian, lelaki itu berlalu pergi tanpa rasa bersalah. “Lain kali jalan guna mata, jangan guna lutut…” sempat lelaki itu berbisik kepada Syafira.

“Hoi.. cakap baik-baik sikit ya… Siapa langgar siapa sebenarnya?” garang Syafira menjawab. Namun lelaki itu buat tidak tahu saja. “Jom, gerak…” Lelaki itu berjalan mendahului ahli kumpulannya yang lain.

“Huh!! Berlagak!! Salah kau lah, bukan aku.. Dia yang jalan guna lutut… Huh!!” bebel Syafira seorang diri sambil melangkah memasuki kedai. Selesai memilih beberapa helai t-shirt untuk Syazwan dan Syafiq, Syafira melangkah ke kaunter bayaran. Sedang dia membayar, telefonnya berdering.

“Linda, kau tunggu di keretalah, aku dah nak bayar ni…” ujar Syafira mendatar. Selesai membayar, dia melangkah ke tempat letak kereta. Linda yang sedang bersandar di kereta melihat sahabatnya pelik.

“Kau kenapa? Marah aku ke? Aku sakit perutlah, sebab tu lambat..” terang Linda senafas. Syafira menyimpan barang di tempat duduk belakang lantas masuk ke tempat pemandu. Linda yang melihat rakannya memasuki kereta turut berbuat demikian. Tiba-tiba Syafira terlihat akan lelaki yang melanggarnya tadi.

“Bukanlah!!.. Aku tengah geram ni.. Cuba kau tengok lelaki tuu.. Kau tahu tak…” Syafira menceritakan kejadian tadi kepada Linda. Linda tekun mendengar sambil menoleh ke arah lelaki yang dimaksudkan Syafira.

*****

“Eh, Is, tu bukan minah garang tadi ke? Dia dengan kawan dia rupanya…” kata Zaki sambil melangkah menghampiri Iskandar. Karim di sebelahnya mengiakan. Iskandar hanya mendiamkan diri apabila dia melihat gadis yang dimaksudkan Zaki. Dia sebenarnya rasa bersalah. Dek kerana malu dengan sindiran kawannya, dia sengaja membuatkan perempuan yang dilanggarnya itu marah.

*****

“Fiq, kakak balik dulu… kalau nak kena beli buku lagi, beritahu kakak.. Jangan boros sangat..” ujar Syafira ketika Syafiq bersalam dengannya.

“Wan, apa-apa hal telefon kakak… Jaga ibu dan Syafiq baik-baik.. Duit bulan ni, kakak dah bank-in…” pesan Syafira kepada Syazwan sambil menghulur tangannya. Linda di sebelah hanya tersenyum memandang.

“Kakak pula, jangan lupa cari bakal abang ipar Wan.. asyik kerja ja.. Kak Linda, tolong cari somebody untuk kakak… Kak Linda pun dah bertunang, kakak bila lagi?..” usik Syazwan sambil menyambut huluran Syafira. Syafiq dan Puan Aini tersenyum mendengar.

“Kak Linda dah cari dik oii… tapi kakak kamu ni, susah….” Linda menggeleng perlahan kepalanya. Syafira mengerling tajam sahabatnya. Puan Asmah dan suaminya yang turut berwada di situ tersenyum.

“Betul tu Fir. Pak cik pun dah siap cipta satu juadah special khas untuk kenduri Fir…” ujar Encik Khalid. Puan Asmah di sebelah hanya mengangguk. “Pak cik dengan mak cik pun sama.. Nak kenakan Fir.. Fir kahwin selepas Kak Syiqin kahwin.. haha..” balas Syafira tak mahu kalah. Syiqin adalah anak tunggal pasangan Puan Asmah dan Encik Khalid. Encik Khalid dan Pun Asmah ketawa kecil.

“Fir balik dulu ibu.. Nanti bila-bila Fir call..” ujar Syafira. “Iyalah.. bawa kereta elok-elok… Jumpa sesiapa di jalan nanti, berkenalanlah.. kut-kut melekat…” Puan Aini turut mengusik anak sulungnya.

“Ibu ni..” Syafira menarik muncung. Linda, Syazwan dan Syafiq ketawa besar. “Bawa kereta elok-elok…” ujar Puan Aini ketika Syafira dan Linda memasuki kereta.

Usai melambai tangan ke arah keluarga sahabatnya, Linda mengalihkan pandangannya ke hadapan. “Kau ni Lin, ada ke patut gelakkan aku…” Syafira merengus apabila melihat Linda masih tersenyum.

“Betul apa Wan cakap tadi.. Umur kita ni semakin hari, semakin bertambah… abang Razak kau tolak, abang Firdaus tuu pun kau tolak..” bebel Linda. Syafira mengeluh panjang. Linda terdiam.

“Aku tahu apa yang kau fikir Fir… Tapi kau kena ingat, tak semua lelaki macam ayah kau… Kau tolak abang Razak, aku tak kisah, dia tu buaya… tapi abang Firdaus, aku tengok dia tu tak seperti yang kau sangkakan.. Aku tahu, jauh di sudut hati kau, kau sukakan abang Firdaus kan? Tapi kau nafikan perasaan tu, sebab kau takut dia berubah nanti… “ lembut Linda menuturnya.

Syafira tersenyum kelat. “Entahlah Lin.. aku tak tahu nak buat apa sekarang.. abang Firdaus pun dah bertunang dengan pilihan keluarganya, kau tahu kan? Tak apalah Lin… lama-lama nanti sampailah jodoh aku…” ujar Syafira untuk menyedapkan hatinya. Linda mengangguk.

*****

“Is, cafe macam mana?” tanya Datuk Kamal. Datin Aisyah memandang Iskandar di sebelahnya.

“Minggu ni, Is tutup cafe tu.. nak renovate sikit…” ujar Iskandar tersenyum bangga. Datuk Kamal turut tersenyum mendengar perkembangan cafe anaknya.

“Sebab tu abang nampak kau melepak dengan geng kau semalam…” celah Syamsul sambil menarik kerusi di hadapan Datin Aisyah. Zatul yang sedang mengendong Haikal pula duduk di sebelah Syamsul.

“Wa’alaikumsalam, along, kak long…” perli Iskandar. Syamsul dan Zatul tersengih cuma.

“Mama, kenapa diam je?” Zatul bertanya. Datuk Kamal memandang isterinya.

“Entahlah Zatul… Orang di sebelah mama ni asyik fikir cafe ja… Tak pun melepak dengan kawan… Dah berbuih mulut mama ni suruh cari sorang yang dia berkenan, sampai sudah tak ada seorang pun yang dia bawa balik rumah ni…” Datin Aisyah mengerling ke arah Iskandar.

Iskandar tersedak apabila semua orang di meja makan memandangnya. Cepat tangannya mengambil air suam lalu diteguk laju. “Is muda lagi lah mama.. along pun kahwin bila umur dia 29…” Iskandar membela diri.

“Habis, sekarang umur Is berapa?” tanya Syamsul.

“Err..err.. 29..” Iskandar menggaru kepala. “Bukan along baru kahwin ke?” soal Iskandar blur.

“Abang kamu tu kahwin 2 tahun lepas. Tu anak buah kamu tu, umurnya dah nak masuk 2 tahun pun…” jawab Datuk Kamal. Zatul ketawa perlahan mendengar jawapan bapa mertuanya.

“Mama tak kira, mama bagi tempoh dekat Is sampai hujung tahun ni je… Kalau tak, mama paksa Is kahwin dengan pilihan mama…” Datin Aisyah memberi keputusan muktamad. Datuk Kamal dan Syamsul ketawa melihat muka berkerut Iskandar.

*****

“Eh, Lin… nak ke mana? Awal lagi la nak ke pejabat…” tanya Syafira apabila melihat Linda sudah bertudung dan bergegas turun menuruni tangga melangkah ke arahnya yang sedang menggoreng nasi di dapur.

“Sorry Fir… Aku tak sempat nak beritahu kau… Tadi, adik aku call… Mak aku demam, sudah 2 hari… aku tak sedap hati… aku nak balik tengok mak aku…” balas Linda sedih. Dia menuang air ke dalam gelas lalu meneguknya.

“Ya ka?… Hmm.. tak apa… Kau baliklah.. Sorry tak dapat nak temankan kau… Minggu lepas kau dah temankan aku balik rumah ibu…” Syafira melangkah mendekati Linda.

“It’s ok… Lagipun kau ada meeting kan hari ni..” Linda tersenyum.

“Nanti kirim salam dekat mak kau… Hati-hati tau…” Syafira menghantar Linda ke muka pintu.

“Insya-Allah.. Nanti aku call kau bila sampai.. Aku gerak dulu..” ujar Linda sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Syafira mengunci pintu rumah seraya melangkah ke dapur, menyambung semula kerjanya yang terhenti tadi.

*****

Tengah hari itu…

“Bang, Aisyah nak balik kampung sekejap, boleh? Dah lama Aisyah tak jumpa sahabat lama Aisyah…” tanya Datin Aisyah sambil menyenduk nasi untuk suaminya, Datuk Kamal. Hari itu, Datuk Kamal hanya kerja setengah hari.

“Bila? Petang ni abang free…” soal Datuk Kamal sambil memandang isterinya.

“ Jom kita balik petang ni.. sekejap ja…” pinta Aisyah. Datuk Kamal ketawa perlahan melihat wajah ceria isterinya.

“Awak ni.. Cuba beritahu abang, siapa kawan Aisyah tu?.. Lelaki ke perempuan?..” terselit nada cemburu pada suara Datuk Kamal. Datin Aisyah ketawa melihat Datuk Kamal.

“Abang ni… Perempuan laa… Aini namanya.. Abang ingat kan?” Datin Aisyah menggeleng perlahan.

“Aini? Ooo, budak yang selalu jalan dengan Aisyah dulu.. Abang ingatkan siapa tadi.. Macam mana ya dia sekarang? Abang ingat lagi dia menangis bila abang bawa Aisyah balik rumah abang…” ujar Datuk Kamal.

“Dia dah kahwin.. Kalau tak silap dia ada 3 orang anak… perempuan seorang, dua lagi lelaki.. Entah lah… lama tak dengar cerita dia.. Boleh lah ya?…” Datin Aisyah membuat muka kasihan.

“Okey.. Lepas Asar kita bertolak… Nanti beritahu Syamsul dan Iskandar.. Tercari-cari pula mereka nanti…” ujar Datuk Kamal. Datin Aisyah tersenyum.

*****

“Hmm.. mana rumah Aini ni bang.. Tak ada pun… Mengikut alamat yang jiran lama Aini beri ni, betullah taman ni..” soal Datin Aisyah sambil memandang Datuk Kamal yang sedang memandu. Datuk Kamal sengaja memandu sendiri memandangkan sudah lama dia tidak memandu.

“Hmmm.. Jom kita tanya orang di kedai tu, manalah tahu, mereka boleh tunjukkan jalan…” Datuk Kamal membuka pintu kereta lalu melangkah ke gerai di tepi jalan itu. Datin Aisyah turut mengekori suaminya itu. Nasib mereka baik apabila tuan gerai itu tahu alamat tersebut.

Setelah bersalaman dengan tuan gerai itu, Datuk Kamal dan Datin Aisyah melangkah ke kereta lalu menuju ke arah yang ditunjukkan oleh tuan gerai tadi.

“Eh, itu Aini lah bang.. Jom…” datin Aisyah tersenyum panjang melihat Puan Aini yang sedang membuang sampah. Datuk Kamal memberhentikan keretanya di hadapan rumah Puan Aini.

“Siapa pula ni?” soal Puan Aini sendirian. Tidak pernah dia melihat kereta mewah seperti itu. Sebaik sahaja melihat gerangan orang yang keluar dari perut kereta itu, mulutnya terlopong.

“Aisyah!!” Puan Aini meluru ke arah Datin Aisyah lalu memeluk sahabat lamanya itu. Datin Aisyah turut menghampiri Aini lalu membalas pelukan Puan Aini. Mereka menangis kegembiraan. Datuk Kamal yang melihat pertemuan dua sahabat itu hanya tersenyum panjang.

“Macam mana kau cari aku?” soal Puan Aini dalam tangisan. “Aku tanya jiran lama kau.. Dia yang beri alamat ni..” balas Datin Aisyah. Mereka berpelukan seketika.

“Eh! Jomlah masuk ke dalam… Tak kan berdiri di sini sahaja… Masuklah Aisyah, Kamal..” ajak Puan Aini sambil mengelap air matanya. Datuk Kamal dan Datin Aisyah mengangguk lalu mengekori Puan Aini.

“Duduklah dulu, Aini buatkan air..” ujar Puan Aini sambil berlalu ke dapur. Datin Aisyah menyuruh Datuk Kamal duduk di ruang tamu sementara dirinya mengekori Puan Aini ke dapur. Datuk Kamal membawa diri ke ruang tamu sambil melihat foto-foto yang menghiasi ruang itu.

“La… kamu tu tetamu, pergilah duduk di depan Aisyah oii…” ujar Puan Aini yang terkejut dengan kehadiran Datin Aisyah.

“Alah, kau ni… Bukan selalu aku datang… Hmm.. Kau macam mana sekarang?” soal Datin Aisyah.

“Alhamdulillah, sihat.. masih seperti dulu.. Kau? Aku dengar dah jadi datin kau ya..” tanya Puan Aini.

“Haha.. Nama ja ada datin, tapi aku ni masih macam dulu…” Datin Aisyah tersenyum. “Jom, kita borak kat depan…” ujar Puan Aini sambil membawa dulang yang berisi 3 gelas kosong, sejug air oren sejuk dan sepiring kek buah. Datin Aisyah mengekori Puan Aini.

Sambil Puan Aini menuang air oren ke dalam gelas, Datin Aisyah menolong mengangkat piring kek buah untuk diletakkan di atas meja. Kemudian, Datin Aisyah mengambil tempat di sebelah Datuk Kamal, berhadapan dengan Puan Aini.

“Anak-anak buat apa sekarang, Aini?” soal Datuk Kamal.

“Yang sulung, si Syafira tu dah kerja. Dia tinggal di rumah sewa dengan kawan dia. Syazwan pula baru sahaja mula bekerja… jadi cikgu.. Dia tinggal dengan Aini sekarang… Syafiq saja yang masih belajar… anak Kamal dan Aisyah pula?” ujar Puan Aini.

“Syamsul tu memang tolong abah dia di pejabat, dia dah kahwin, dengan cikgu.. Zatul namanya… Iskandar pula buka cafe…” cerita Datin Aisyah. “Abang Azlan macam mana sekarang?” soal datuk Kamal.

“Err.. err.. Hmm.. Jodoh kami tak panjang Kamal.. Aisyah…” jawab Puan Aini perlahan. Datuk Kamal dan Datin Aisyah berpandangan. Sebak mula bertamu di dada Puan Aini, apabila mengenangkan bekas suaminya, Encik Azlan.

“Eh! Kenapa ni Aini?” terkejut Datin Aisyah apabila melihat air mata Puan Aini yang bertakung. Kebetulan, telefon Encik Kamal berbunyi. Datuk Kamal bangun lalu menjawab panggilan itu di luar rumah.

“Ceritalah dekat aku apa yang jadi..” pujuk Datin Aisyah. Puan Aini terus menceritakan apa yang terjadi. Datin Aisyah turut menangis mendengar cerita Puan Aini. Dia tidak sangka, Encik Azlan, yang juga senior Datuk Kamal di sekolah dahulu tergamak meninggalkan Puan Aini.

*****

Syafira menghidupkan enjin kereta lalu memasang penghawa dingin. Dia mengurut lehernya. Letih. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Linda!

“Sorry Linda… ” terkejut Syafira melihat senarai missed call dalam telefon bimbitnya. Dia terlupa untuk mengubah mode silent selepas usai meeting tengah hari tadi. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Linda terlebih dahulu memandangkan ketika itu sudah 6 petang.

“Assalamualaikum Linda…” ujar Syafira apabila Linda menjawab panggilan.

“Wa’alaikumsalam…” kedengaran suara Linda di corong telefon.

“Sorry tak angkat call kau.. Aku silentkan fon tadi, lepas meeting terlupa nak ubah… kenapa suara kau pelik?” tanya Syafira.

“Tak apa, Fir… Aku dah agak.. Hmmm… Aku demam la…” balas Linda lemah. Linda terbatuk-batuk.

“Linda… Linda… Mak kau pula?” tanya Syafira.

“Demam mak aku dah kebah dah…” jawab Linda. Entah mengapa, tengah hari tadi, setibanya dia di rumah orang tuanya, dia berasa tidak sedap badan.

“Okey lah Lin, aku tak nak ganggu kau… rehat tau… Jangan lupa makan ubat..” ujar Syafira lalu memutuskan talian.

“Lin… Lin…” Syafira menggeleng kepalanya mengenangkan tabiat Linda ketika demam, manja….

“Hmmm… Aku makan luar sajalah hari ni…” kata Syafira sendirian. Dia mula meronda mencari kedai makan yang jarang dimasukinya.

“Macam sedaplah pula aku tengok gambar tuu..” Syafira tidak dapat melepaskan matanya dari gambar bihun bandung yang dipamerkan oleh sebuah cafe. Syafira lantas memberhentikan keretanya di kawasan tersembunyi tidak jauh dari cafe itu memandangkan kawasan tempat letak kereta yang disediakan sudah penuh. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam cafe dan memilih meja di bahagian dalam cafe.

“Saya nak bihun bandung satu dan sirap limau satu..” Syafira membuat pesanan. Sambil menunggu pesanannya tiba, dia ralit memerhati hiasan cafe itu. Sememangnya dia sukakan hiasan cafe itu yang hanya menggunakan warna hitam dan merah. Kena dengan cita rasanya yang sangat menggemari warna merah.

Dia lantas menjamu selera sebaik sahaja pesanannya tiba. Sedang dia menjamu selera, dia terpandangkan seseorang.

“Alamak, dia pun makan di cafe ni?” bisik Syafira apabila melihat lelaki yang pernah melanggarnya berjalan masuk ke dalam cafe itu. Tiba-tiba lelaki tu turut menoleh ke arah Syafira. Syafira lantas melarikan pandangannya lalu menyambung kembali suapannya.

“Ehemm…” suara seorang lelaki mengejutkan Syafira. Syafira mengangkat kepalanya.

Hah!! Ayah!!

“Hai Fir…” sinis suara Encik Azlan sambil menarik kerusi di hadapan Syafira.

“Apa ayah buat di sini?” tenang Syafira bertanya. Dia membetulkan duduknya. Hilang seleranya untuk menjamah makanan.

“Aku tahu kau anak yang baik… Sebab itu kau selalu beri apa yang aku nak..” kata-kata Encik Azlan terhenti di situ. Tanpa pengetahuan Puan Aini, Syazwan, Syafiq dan Linda, Syafira sebenarnya turut memberi wang kepada Encik Azlan memandangkan Encik Azlan sering mengekorinya.

“Kali ni ayah nak apa pula?… Fir kan bank-in duit yang abah nak…” ujar Syafira garang.

“Aku nak RM 200000 lagi… Dan aku nak duit itu esok…” tegas Encik Azlan bersuara.

“Apa? RM 200000? Ayah ingat Fir ni apa? Tidak cukup lagikah duit yang Fir bank-in minggu lepas?” Syafira hilang sabar. Dia penat menurut segala arahan ayahnya. “Ya, lelaki ini tak layak jadi ayah aku..” bisik Syafira.

“Kalau aku ada duit, aku tak minta dekat kau… Ingat, dulu apa saja yang kau minta, aku tunaikan!!..” Encik Azlan menahan marah. Marah kerana Syafira meninggikan suaranya.

“Fir tak ada duit…” Syafira bangun lalu berjalan ke arah kaunter. Penat dia mendengar alasan lelaki di hadapannya yang asyik mengungkit.

Dia meletakkan not RM20 di hadapan juruwang sambil berkata, “Simpan bakinya..”. Pantas Syafira keluar dari cafe dan berlari menuju ke kereta. Terkebil-kebil mata juruwang itu melihat tindakan Syafira. Melihatkan Syafira yang keluar dari cafe, Encik Azlan pantas bangun mengejarnya anaknya. Hanya Syafira sahaja harapannya untuk membantu dirinya lari dari gangguan Ah Long.

“Auuu…” Syafira mengaduh kesakitan. Tangan Syafira ditarik kuat.

“Kau ingat kau boleh lari? Hey, dengar sini, aku ayah kau..” Encik Azlan tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Syafira memotong.

“Kau bukan ayah aku… Seorang ayah tak akan ugut anaknya untuk menyakiti ibunya semata-mata kerana duit!!” Syafira menengking Encik Azlan.

“Anak tak kenang budi.. Hei!! Kau jangan ingat kau garang, aku takut dengan kau, kau tu perempuan!!” jerkah Encik Azlan. Kedudukan mereka yang agak terlindung dari orang ramai menyebabkan Encik Azlan bertindak untuk memukul anaknya.

“Ayah, Fir sakit ayah… Fir sakit…” Syafira menangis perlahan apabila Encik Azlan memukul tanpa belas kasihan. Dahinya yang berdarah dipegang kuat. Tudung yang menutup kepalanya mula dihiasi tompokan darah.

“Sakit? Tahu pun sakit… Kau nak beri tak apa yang aku mintak? Hah!!” Encik Azlan menarik Syafira supaya berdiri. Syafira yang kesakitan tidak mendengar soalan ayahnya. Encik Azlan bertambah marah melihat anaknya hanya mendiamkan diri. Dia mengambil sebatang kayu yang kebetulan ada di sebelah tempat dia berdiri lalu mengangkatnya tinggi.

Syafira berdoa agar ada orang yang tergerak hati untuk pergi ke kawasan tersembunyi itu. Jauh di sudut hatinya, dia berasa menyesal kerana meletakkan kereta di kawasan itu.

*****

“Ya Allah!!..” Iskandar yang berlindung di sebalik semak terkejut. Dia sebenarnya telah mengekori gadis itu sementelah melihat ada seorang lelaki mengejarnya. Dia keluar dari tempat persembunyiannya untuk menolong gadis itu.

“Tunggu!!!” jeritnya sambil memegang kayu di tangan Encik Azlan. Encik Azlan terkejut melihat Iskandar. Syafira yang tidak berdaya hanya memandang Iskandar. “Dia?” bisik Syafira perlahan.

“Pak cik dah gila ke? Dia anak pak cik!!” Iskandar merenung tajam Encik Azlan. Serba sedikit dia tahu hubungan lelaki di hadapannya dengan gadis yang dipanggil Fir.

“Ooo.. Ada hero datang nak selamatkan kau…” ujar Encik Azlan sambil ketawa sinis ke arah Syafira lalu dilemparnya kayu di tangannya berhampiran dengan Syafira. Dia menoleh ke arah Iskandar. “Kau!! Ini hal keluarga aku… tepi!!” Encik Azlan menolak Iskandar kuat. Iskandar yang tidak bersedia terduduk akibat tolakan kuat itu.

“Is!!” tempik Zaki, apabila melihat rakannya ditolak kasar. Zaki memandang Karim, memberi isyarat supaya bergerak ke belakang Encik Azlan. Zaki dan Karim yang baru tiba di cafe terkejut apabila juruwang memberitahu perihal bosnya, Iskandar telah mengekori seorang gadis dan seorang lelaki ke kawasan tersembunyi itu.

“Kau dan ibu kau sama ja.. Jantan keliling pinggang..” ujar Encik Azlan sambil menjauhkan diri dari Syafira. Encik Azlan sedar dirinya tidak mampu melawan tiga pemuda di hadapannya itu, lalu bertindak melarikan diri. Encik Azlan sempat berpesan kepada anaknya. “Ingat apa yang mintak!!.. Kalau tak,..”

Syafira yang mendengar ugutan ayahnya terkedu. Iskandar bangun berdiri. Dia menoleh ke arah Syafira. Zaki dan Karim mendekati Iskandar.

“Eh, ni bukan minah ..” ayat Karim terhenti melihat jelingan Zaki. Zaki hanya mengangguk mengiakan.

“Ermm… Fir? Boleh bangun ke ni?” tanya Iskandar. Syafira menoleh kepalanya memandang Iskandar lalu mengangguk perlahan.

Syafira memegang kuat pintu keretanya untuk berdiri. Melihatkan keadaan Syafira yang lemah, Iskandar, Karim dan Zaki jalan mendekati gadis itu.

“Tak apa, saya okey… Terima kasih…” ujar Syafira sambil membuka pintu kereta.

“Eh, tapi luka-luka tuu…” Karim tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila telefon Syafira berbunyi. Iskandar tidak sangka gadis di hadapannya mampu bertahan dengan kecedaraan seperti itu.

“Hello, Assalamualaikum, ibu.. ada apa? Ibu sihat?” tanya Syafira tergesa-gesa.

“Tak ada apa-apa.. Ibu sihat.. Fir di mana ni?” tanya Puan Aini risau. Puan Aini menarik nafas lega mendengar suara Syafira. Entah mengapa, hatinya risau akan anak gadisnya itu.

“Fir ada di kedai makan ni.. Linda balik kampung… Jadi Fir malas nak masak..” jawab Syafira sambil menyeka air matanya yang mengalir perlahan. Dia melangkah perlahan ke arah bahagian belakang kereta. Iskandar, Zaki dan Karim terkedu melihat keadaan Syafira.

“Di kedai makan rupanya.. Tak apalah Fir, ibu saja telefon… Tiba-tiba teringatkan kamu… Bawa kereta tu elok-elok sikit…” pesan Puan Aini.

“Err.. baik ibu… Ibu, Fir nak cakap dengan Wan sekejap.. Wan dah sampai rumah kan?” pinta Syafira. Ada sesuatu yang perlu dia pastikan.

“Ada di tepi ni, tunggu sekejap.., Wan..” Puan Aini menyerahkan telefon kepada Syazwan. Syazwan memandang pelik. “Kakak kamu nak cakap dengan kamu.. Ada apa-apa rahsia ke?” usik Puan Aini. Dia tahu hubungan Syafira dan Syazwan memang rapat. Syazwan tersenyum.

“Assalamualaikum kakak.. ada apa?” soal Syazwan.

“Wan.. dengar apa yang kakak cakap ni… Mulai malam ni, jangan keluar malam… Syafiq pun sama… Wan duduk rumah jaga ibu…” Syafira menangis lagi. Syazwan yang mendengar esakan Syafira terkejut. Dia bangun menuju ke ruang tamu. Puan Aini yang melihat Syazwan melangkah ke ruang tamu tersenyum. “Ada rahsia la tu..”

“Kenapa ni kak? Kakak di mana ni? Hello.. Hello..” ujar Syazwan berulang kali apabila mendengar bunyi jatuh.

Iskandar, Zaki dan Karim meluru ke arah Syafira apabila gadis itu jatuh menyembah bumi. Zaki mengambil telefon bimbit Syafira.

“Hello..” Zaki bersuara. Iskandar mengangkat Syafira masuk ke dalam kereta sambil dibantu Karim.

“Eh, ni siapa? Mana kak Fir..?” tanya Syazwan garang. “Ni lelaki mana pula?” bisik Syazwan sendirian.

“Err.. err.. Is, kau jawab…” Zaki memberi telefon kepada Iskandar. Terkelu lidahnya apabila mendengar jerkahan si pemanggil. Iskandar menyambut huluran telefon itu.

“Helo..,” Iskandar menjawab panggilan sambil memandang Zaki dan Karim meminta idea. Namn, Zaki dan Karim hanya mendiakan diri. Masing-masing tidak menyangka yang gadis itu akan pengsan di hadapan mereka.

“..Macam ni.. Fir pengsan di cafe abang… Jangan risau, nanti abang tolong Fir.. Satu lagi dik, jaga ibu adik..” jawab Iskandar senafas. Dia yakin gadis yang dipanggil Fir ini pasti mahu merahsiakan kejadian tadi dari pengetahuan keluarganya.

“Err.. Err..” Syazwan teragak-agak untuk mempercayainya.

“Jangan risau dik. Abang hanya nak tolong saja..” ujar Iskandar apabila si pemanggil mendiamkan diri. Dia tahu adik gadis itu keraguan menerima bantuannya.

“Kalau macam itu, baiklah.. Terima kasih bang.. Tapi ingat, apa-apa jadi dekat kakak, saya akan cari abang sampai lubang cacing!!!” ugut Syazwan. Iskandar mengangguk-angguk lalu memutuskan talian setelah memberi nombor telefon, alamat dan nombor IC kepada Syazwan. Dia menyalin nombor adik Fir.

“Apalah budak tu.. Boleh pula dia percaya cakap kau Is? Kita nak tolong kakak dia, dia tak percaya pula…” rungut Zaki.

“Agak-agaklah, dia mana kenal aku, sebab tu lah dia ragu-ragu… Biarlah, janji niat aku baik… Sama ada dia percaya ke tidak, aku tak kisah, janji kita tolong budak ni dulu.. kalau budak ni lelaki pun aku akan tolong…” balas Iskandar. Itulah sikap Iskandar. Suka membantu orang walaupun tidak kenal. Cuma satu sahaja sikap Iskandar yang merisaukan mereka berdua, pantang dicabar.

“Huh!! aku ingatkan dalam drama ja ada ayah macam tu, sekali depan mata aku!! depan mata kau tuu, aku jumpa sorang spesis macam tu… ” ujar Iskandar serius. Zaki dan Karim hanya menggeleng kepala mengingatkan sikap lelaki tadi.

“Macam mana sekarang ni?” tanya Iskandar. Dia tidak mampu berfikir lagi. Dia meletakkan telefon bimbit milik Syafira di dalam beg tangan lalu membelek pula dompet gadis itu.

“Nur Syafira Binti Mohd. Azlan..” Iskandar membaca kuat nama yang tertera di kad pengenalan.

“Nak hantar hospital ke?” soal Karim kembali. Zaki di sebelah mengangkat bahu. “Nanti, banyak hal pula nak kena settle… Dikatanya kita mendera dia… Cuba tengok luka-kuka tu..” komen Zaki.

“Macam ni. Zaki, kau tolong jaga cafe. Aku bawa dia pergi hospital sajalah. Nanti aku settle hal dia. Karim, kau bawa kereta aku, ikut aku..” ujar Iskandar. Karim dan Zaki bersetuju.

*****

Datin Aisyah melangkah menghampiri Datuk Kamal yang sedang menonton televisyen. Dia duduk di sebelah suaminya itu. Datuk Kamal hanya memandang wajah sedih isterinya.

“Aisyah tak sangka bang… Abang Azlan sanggup buat Aini dan anak-anaknya macam tu…” Datin Aisyah mengeluh.

“Itulah.. Abang pun terkejut… Nasib baik Aini dan Wan tak cedera teruk. Kesian Syafiq waktu tu..” Datuk Kamal turut mengasihani nasib Puan Aini.

“Hmm.. tapi Aisyah rasa kalau Syafira tuu ada waktu itu, mesti abang Azlan tak berani buat Aini dan Wan macam itu.. Syafira kan garang dan tegas..” ujar Datin Aisyah lagi.

“Hmm.. tak apalah Aisyah.. Yang lepas tu lepaslah.. Dah takdirnya begitu.. Apa yang penting, sekarang Aini dah tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu.. dan mereka anak-beranak hidup gembira sekarang…” komen Datuk Kamal. Datin Aisyah mengiakan.

“Eh, Is tak balik lagi ke? Dah lewat ni..” soal Datin Aisyah pelik. DatuK Kamal turut mengerling jam di tangan. “Betul jugak.. Eh! Syamsul, Zatul dan Haikal pula pergi mana?” tanya Datuk Kamal.

“Abang ni, mereka kan bermalam di rumah Zatul… Hah!! Panjang umur Is…” Datin Aisyah tersenyum melihat Iskandar.

“Eh, darah apa tu Is?” Datin Aisyah dan Datuk Kamal berdiri serentak.

“Hah!! Darah? Err..” Iskandar memandang bajunya. “Fir..” bisik Iskandar perlahan. Tanpa menghiraukan pertanyaan Datin Aisyah dan Datuk Kamal, dia memanjat tangga lalu melangkah ke biliknya. Datin Aisyah memaksa Datuk Kamal bercakap dengan Iskandar.

“Pergilah tanya dia bang… entah-entah..” Datin Aisyah tidak dapat menghabiskan ayatnya. Macam-macam benda buruk yang menyerang fikirannya. Datuk Kamal menurut saranan isterinya. Tiba sahaja di hadapan bilik Iskandar, Datuk Kamal membuka pintu yang tidak berkunci.

“Is.. Abah nak masuk ni..” suara Datuk Kamal memecah sunyi. Iskandar yang sudah menyalin baju bersih duduk bersandar di katilnya. Dia mengangguk memandang abahnya yang melangkah ke katilnya. Datuk Kamal menarik kerusi di tepi katil Iskandar.

“Is tahu abah nak tanya tentang darah tadi kan..? Tu bukan darah Is.. tu darah kawan Is.. Dia kena pukul..” terang Iskandar tanpa dipinta. Dia tahu tujuan abahnya. Datuk Kamal menarik nafas lega.

“Tapi kenapa Is sedih pula?.. Is bergaduh dengan dia ke?” soal Datuk Kamal pelik.

“Tak.. Kawan Is kena pukul dengan ayahnya… Teruk!!.. sebab duit…” cerita Iskandar. “Duit?” Datuk Kamal terkejut. Hanya sebab duit sanggup bergaduh dengan anak sendiri.. Manusia zaman sekarang…

“Sepatutnya, mereka kena berbincang baik-baik… Memanglah dua-dua lelaki, tapi ini bukan cara untuk menyelesaikan masalah… orang kita macam itulah, bila dua orang lelaki ada masalah, bergaduh jugalah jalan penyelesaian yang dipilih, macam dah tak ada jalan lain dah….” bebel Datuk Kamal.

“Kawan Is tu perempuan…” lemah suara Iskandar menyambung katanya. Datuk Kamal terkedu.

*****

Silauan cahaya yang terang membuatkan Syafira susah untuk membuka mata. Dia memegang kepalanya yang terasa pedih. Tidak lama kemudian, Syafira berjaya membuka mata. Dilihat dirinya sedang terbaring di sebuah bilik. Manakala tangannya pula dicucuk air. Sementara dahinya berbalut.

“Hospital?” tanya Syafira sendirian. Dia bangun lalu duduk bersandar di kepala katil. Perlahan-lahan kejadian semalam melayari fikirannya. Terketar-ketar tangannya memegang dahi. Air matanya menitis. Kesan-kesan lebam di tangannya dipandang sayu. Dia membetulkan anak tudung yang tersarung di kepalanya. Tudungnya yang sudah bersih tersidai di kerusi.

“Sanggup ayah pukul kakak macam ni..” rintih Syafira. “Hah!!” Tiba-tiba, Syafira teringat sesuatu. “Ibu!..” Syafira menjerit perlahan. Tergesa-gesa dia mengambil telefon bimbitnya untuk melihat jam.

“Ya Allah!! dah tengah hari…” ujar Syafira sambil menyarung tudungnya. Kemudian, dia menarik perlahan jarum di tangannya namun perbuatannya terhenti dek deringan telefon bimbitnya. Syafira panik. Takut ayahnya yang menelefon. Selalunya, ayahnya akan mengeluarkan duit yang di bank-in pada waktu tengah hari.

“He.. Helo…” terketar-ketar Syafira bersuara.

“Kakak!” suara Syazwan melegakan Syafira. “Kakak ada di mana ni?” tanya Syazwan.

“Kakak ada di rumah.. kenapa Wan?” bohong Syafira.

“Rumah? Abang semalam hantar kakak ke rumah ke? Bukan kakak pengsan ke semalam?” tanya Syazwan bertalu-talu. Risau dirinya memikirkan perihal kakaknya yang seorang diri di negeri orang.

Syafira kehairanan. “Macam mana Wan tahu ‘dia’ tolong aku? Mesti ‘dia’ ada cakap dengan Wan…” bisik Syafira sendirian.

“Taklah. Kakak drive sendiri. Tak lama selepas Wan cakap dengan abang tu kakak tersedar…” tipu Syafira.

“Macam mana boleh sampai pengsan ni?.. Nasib baik ibu tak tanya apa-apa…” Syazwan menarik nafas lega.

“Semalam kakak tak sempat nak lunch… Hah.. hari ni Wan jangan pergi mana-mana ya.. Duduk rumah…” pinta Syafira.

“Kak, sekarang Wan di sekolah la.. Kalau Wan tak mengajar, kesian budak-budak tu..” Syazwan menggeleng perlahan. Syafira menepuk perlahan dahinya.

“Macam manalah aku boleh lupa si Wan ni cikgu sekolah..” sekali lagi Syafira bermonolog. “Ibu mesti ada seorang diri di rumah…”

“Tak apalah Wan. Kakak ada hal ni… Assalamualaikum…” ujar Syafira lalu memutuskan talian. Syazwan kehairanan.

“Kenapa dengan kakak? Kalut saja?” Syazwan berasa tidak sedap hati.

“Err.. Asslamulaikum cikgu…” suara budak lelaki memeranjatkan Syazwan yang sedari termenung. Syazwan berdehem sambil membetulkan duduknya.

“Wa’alaikumsalam Aizat…” ujar Syazwan sambil tersenyum. Aizat melangkah menghampiri meja Syazwan.

“Macam ni cikgu…” Aizat mula menerangkan maksud kehadiran dirinya ke bilik guru itu. Buat sementara, Syazwan melupakan sebentar perihal kakaknya.

*****

“Eh, cik.. cik..” seorang jururawat perempuan menghampiri Syafira yang sedang berusaha mengeluarkan jarum di tangan.

“Erm.. saya dah sihat.. Saya dah boleh balik kan?” tanya Syafira kalut.

Belum sempat jururawat perempuan itu menjawab, Iskandar menolak daun pintu. “Eh, ni nak ke mana?” soal Iskandar pelik.

“Haa!!… Bang, Fir dah sihat ni.. Err.. bayaran macam mana?” tanya Syafira apabila melihat kehadiran lelaki yang menolongnya. Iskandar memandang jururawat perempuan tadi.

Jururawat perempuan itu melangkah mendekati Syafira yang duduk di atas katil. Dia membantu menanggalkan jarum di tangan Syafira. Kemudian, jururawat itu mencatat sesuatu lalu diberikan kepada Iskandar.

“Nanti bayar di kaunter hadapan ya..” ujar jururawat itu sambil tersenyum memandang Syafira dan Iskandar. Iskandar menyambut huluran itu lalu melangkah menghampiri Syafira.

“Erm.. nak tengok sekejap bil tuu..” pinta Syafira. Iskandar menghulur kepada Syafira. Syafira mengeluarkan wang dari beg duitnya lalu diselitkan dalam genggaman Iskandar.

“Ni dah betul sihat ke?” soal Iskandar. Namun soalannya tidak dijawab.

“Boleh tak abang tolong bayarkan.. terima kasih banyak-banyak sebab tolong Fir semalam.. Fir kena cepat ni.. nanti dia…” kata-kata Syafira terhenti apabila dia menyedari yang tidak sepatutnya bercerita masalahnya kepada orang luar. Lantas dia keluar dari bilik itu.

Iskandar tergamam memandang langkah tergesa-gesa Syafira keluar dari bilik itu. Beberapa minit kemudian, dia tersedar sesuatu lantas mengekori Syafira.

*****

Syafira ingin pulang ke rumah ibunya. Dia menghidupkan enjin kereta lantas menuju ke bank untuk mengeluarkan duit yang diminta ayahnya. Namun dia hanya mampu menyediakan RM 10000 sahaja. Selesai sahaja berurusan dengan pihak bank, dengan memegang briefcase yang mengandungi duit, dia melangkah keluar dari bank itu. Sambil Syafira melangkah ke kereta, dia menghubungi Kak Ina, rakan sekerjanya.

“Assalamualaikum, kak..” ujar Syafira apabila panggilannya disambut.

“Wa’alaikumsalam.. Haa, Fir… Kau di mana? Linda cuti… Kau pun cuti?” tanya Kak Ina sambil ketawa kecil.

“Kak, Fir ada emergency ni. Ermm.. Fir nak minta cuti sampai lusa… boleh tolong beritahu bos tak?…” pinta Syafira. Turun naik nafasnya kepenatan. Di hidupnya enjin kereta lalu memasang air-con.

“Eh, kenapa ni Fir? Yer lah, akak beritahu bos nanti…” balas Kak Ina.

“Erm.. ada hal family.. Thanks Kak Ina… Assalamualaikum…” Syafira memutuskan talian. Kemudian, dia menghubungi ibunya.

“Kenapa tak angkat ni..? Nak telefon Wan, dia ada kelas… Syafiq pun ada kelas.. mcam mana ni?” resah melanda hatinya. Tanpa membuang masa dia memecut laju ke rumah ibunya. Dia berasa tidak sedap hati.

*****

“Eh, dia nak ke mana bawa briefcase tu?…” tanya Iskandar sendirian. Entah mengapa dia nekad untuk mengekori Syafira. Dia berasa sesuatu yang buruk bakal terjadi. Melihat Syafira mula memecut keretanya, dengan pantas dia mengekori lagi.

*****

Syafira menghentikan keretanya di hadapan rumah ibunya. Dia keluar dari kereta kehairanan. “Pelik, kenapa sunyi je ni?”.

“Eh! Jarang ibu biarkan pintu tak berkunci…” ujar Syafira sendirian sambil membuka pintu rumah yang tidak berkunci. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Di ruang tamu pun kosong..” bebel Syafira sendirian. Elok sahaja dia melangkah ke ruang tengah rumah, dia ditarik kuat ke belakang. Pada masa yang sama, dia melihat ibunya diikat.

Puan Aini yang melihat dahi Syafira yang berbalut tidak dapat menahan sebak di dada. Air matanya mengalir lagi. “Abang, tolong bang… Jangan pukul Fir, bang…” rayu Puan Aini. Dia tidak sangka selama ini, Syafira diugut bekas suaminya. Syafira menoleh belakang melihat oarang yang menariknya tadi. Seperti yang disangka, ayahnya yang menarik dirinya tadi.

“Ayah, Fir dah ada duit yang ayah nak tu.. tapi bukan RM 200000… Fir tak ada duit sebanyak itu…” beritahu Syafira. Encik Azlan yang mendengar melonggarkan pegangan tangannya.

“Berapa kau ada?” tanya Encik Azlan kasar.

“Err.. Err.. RM 10000…” jawab Syafira terketar-ketar. Encik Azlan memandang Syafira terkejut.

“RM 10000? Kau dah berani langgar arahan aku ya.. Kau ingat aku main-main? Tu!! Kau nampak tak siapa tu? Nampak tak!!” jerkah Encik Azlan di telinga Syafira sambil tangan kirinya memegang kuat dagu Syafira. “Nampak..” jawab Syafira perlahan. Air matanya mengalir perlahan melihat ibunya diikat.

“Kalau kau tak nak benda buruk berlaku dekat dia, aku nak duit RM 200000 itu, petang ni pukul 6.. Aku perlukan duit…!!” kata Encik Azlan sambil menarik Syafira ke muka pintu. Lalu ditolaknya Syafira ke luar rumah. Pintu rumah dihempas kuat dan dikunci dari dalam. Syafira pantas bangun berdiri.

“Ayah! Buka pintu ni, ayah! Ibu…” jerit Syafira sambil mengetuk pintu kuat. Syafira menoleh ke rumah Encik Khalid yang kelihatan sunyi itu. Kebetulan hari itu, Keluarga Encik Khalid pulang ke kampung. Syafira melangkah ke kereta sambil menekan-nekan telefon bimbitnya.

“Linda.. tolong aku Linda… Aku perlukan duit…” tanpa salam, Syafira terus meminta pertolongan Linda. Syafira menangis teresak-esak.

“Fir? Kenapa ni? Duit? .. Hello.. Fir.. Fir..” Linda terkejut mendengar esakan Syafira. Namun panggilan Syafira terputus. Linda lantas bersiap mahu pulang ke rumah sewanya.

“Ni kenapa menangis pula? Nak ke mana ni? Demam kamu tu tak kebah lagi Linda oiii…” ujar Puan Azni yang sedang berehat di dalam biliknya.

“Mak.. Lin nak balik rumah sewa.. Fir.. Dia telefon.. Dia menangis…” Linda turut menangis mengenang sahabatnya itu. Dia tahu, Syafira pasti dilanda masalah besar, kerana Syafira seorang yang jenis menyelesaikan masalahnya sendiri. Jarang sekali dia meminta pertolongan.

“Ya.. ya,.. Lin, pandu kereta hati-hati…” balas Puan Azni sambil menghantar anaknya ke muka pintu. Dia turut mengenali Syafira, teman rapat anaknya itu.

*****

“Hah!! Bateri habis?? Macam mana ni? Dah pukul 2 petang..” Syafira terduduk di atas rumput sambil bersandar di pintu kereta. Dia duduk sambil memeluk lututnya. Tanpa dia sedari, ada seseorang menghampirinya.

“Fir, kenapa ni?” soal Iskandar. Dia tidak sanggup lagi memerhati dari jauh. Melihatkan Syafira hanya mendiamkan diri, dia menarik Syafira mengikutnya ke kereta yang diletakkan tidak jauh dari rumah Puan Aini. Dibukanya pintu dibahagian sebelah pemandu lalu menyuruh Syafira masuk. Kemudian, dia melangkah masuk ke bahagian pemandu seraya menghidupkan enjin kereta dan keluar dari kawasan perumahan itu.

Syafira yang masih menangis mengenangkan ibunya. Entah mengapa Syafira rela mengikut segala arahan Iskandar. Iskandar menghulur tisu kepada Syafira. Syafira menyambutnya.

“Eh! Kenapa kita ke tasik?” soal Syafira terkejut. Kenapa lelaki itu membawa dia ke tasik? Dah la tengah hari. Iskandar hanya mendiamkan diri.

“Wan…” Syafira terkejut melihat adiknya, Syazwan sedang menanti di meja batu di bawah pohon yang rendang itu. Syafira menoleh ke arah lelaki di sebelahnya.

“Tadi, adik Fir telefon.. Syazwan kan nama dia..” beritahu Iskandar. Dia memberhentikan keretanya di kawasan tempat letak kereta. Syafira mengangguk lemah lalu membuka pintu kereta. Iskandar mengekori Syafira. Syazwan terkejut melihat kotoran di baju Syafira. Syazwan berdiri sambil menahan geram.

“Kakak.. kenapa tak beritahu Wan?” belum sempat Syafira duduk, Syazwan mula menyoal. “Kalau ayah buat lagi teruk dari semalam, macam mana? Kakak ni berani sangat… Wan tahu ayah tak berani sangat dengan kakak sebab kakak garang, tapi itu dulu.. bukan sekarang!!!” merah muka Syazwan menahan geram.

“Nasib baik abang Is beritahu Wan, kalau nak harapkan kakak, sampai sudah kakak tak cerita.. and nasib baik Wan tergerak hati nak telefon abang Is selepas kelas tadi…” Syazwan memarahi Syafira. Syafira memandang tajam ke arah Iskandar. Melihat pandangan Syafira, Iskandar hanya mengangguk.

“Wan…” Iskandar bersuara. Kasihan dia melihat Syafira dimarahi. Syazwan hanya menggeleng kepalanya sambil meraup mukanya.

“Kakak tahu kakak salah… Tapi, kalau kakak beritahu Wan, nanti ayah apa-apakan ibu!.. Ayah apa-apakan Wan… Ayah apa-apakan Syafiq…” terang Syafira.

“Tapi, kalau kakak beritahu Wan, at least Wan boleh tolong kakak… Tengok sekarang, apa dah jadi?” tanpa berfikir panjang Syazwan meluahkan amarahnya. Syafira tergamam mendengar kata-kata adiknya Syazwan.

“Wan salahkan kakak?… Jadi semua ni, salah kakak… kalau macam itu, tak apalah, biar kakak selesaikan masalah ni sendiri…” tegas Syafira bersuara. Dia bangun seraya merampas kunci kereta Syazwan. Syazwan terpana. Dia sedar keceluparannya.

“Kakak.. kak.. tunggu dulu…” Syazwan melangkah mengejar Syafira. Iskandar menggeleng melihat dua beradik itu. “Orang muda…” ujarnya sambil melangkah ke gerai makanan yang berhampiran lalu membeli tiga bungkus air sirap.

“Lepaskan tangan kakak… Sakit Wan.. Lepas..” Syafira menarik kasar tangannya dari cengkaman Syazwan. Syazwan melepaskan cengkamannya dengan segera. Syafira mengurut perlahan tangannya.

“Bukan itu maksud Wan.. Wan..” Syazwan kehilangan kata. Secara tidak sengaja dia terlihat kesan lebam di lengan Syafira. Iskandar melangkah mendekati dua beradik itu.

“Jom kita minum dulu… panas sangat hari ni…” ujar Iskandar sambil berlalu ke meja batu tadi. Syafira dan Syazwan yang memang dahaga hanya menurut.

“Abang Is, tak apa ke hari ni abang tak jaga cafe?” tanya Syazwan.

“Tak apa Wan.. Abang dah beritahu pekerja abang.. Zaki pun ada untuk tengokkan cafe tu.. Dia tu rakan kongsi abang…” balas Iskandar. Syafira memandang Iskandar pelik.

“Err.. err.. kenapa Fir?” tanya Iskandar ragu-ragu.

“Cafe tu cafe awak?” tanya Syafira. Iskandar tersenyum. Syazwan teragak-agak untuk menegur kakaknya.

“Kakak, Wan tak bermaksud.. err… Wan minta maaf…” Syazwan mengeluh. “Cuma Wan tak sangka kakak sanggup rahsiakan perbuatan ayah semalam…” ujar Syazwan. Syafira mengangguk.

“Kakak tahu… Kakak minta maaf juga. Kakak tak sangka akan jadi seperti ini. Lagipun bulan ni, kakak dah bank-in dekat ayah… Ingatkan ayah dah tak ganggu kakak…” balas Syafira perlahan. Syazwan dan Iskandar berpandangan.

“Ayah mintak dari kakak? Setiap bulan?” tanya Syazwan. Syafira mengangguk. Syazwan mengepal penumbuknya.

“Sejak bila?” mendatar suara Syazwan bertanya. Iskandar hanya memegang bahu Syazwan supaya bersabar.

“Dua tahun lepas..” balas Syafira tanpa memandang adiknya.

“Dua tahun!!” Syazwan mengucap panjang. Iskandar menggelengkan kepalanya.

“Fir, awak tak sepatutnya merahsiakan hal ini daripada Wan. Apa-apa hal, dia ni adik awak juga…” nasihat Iskandar.

Syafira menjeling Iskandar. “Eh, lelaki ni!!” bisik Syafira perlahan.

“Kau siapa? Apa yang kau tahu? Jangan tunjuk baiklah kat sini!!” Syafira memandang tajam ke arah Iskandar. Iskandar teringat kejadian di hadapan kedai pakaian dulu.

“Kakak… kenapa pula marah abang Is? abang Is kan tolong kakak semalam?…” pelik Syazwan melihat kakaknya.

“Memanglah.. Sebelum tu, dia malukan kakak di hadapan kawan-kawan dia..” balas Syafira tidak puas hati. Syazwan memandang Iskandar. “Malukan kakak?” soal Syazwan sambil merenung Iskandar.

“Wan, dengar dulu apa yang abang nak cakap.. Fir, awak dah salah faham.. Is minta maaf sebab langgar dan perli Fir masa itu.. memang salah Is.. Kawan-kawan Is hanya melawak sahaja sebab hanya Is sahaja yang tak berkahwin lagi… Lagipun orang tak ramai waktu tu..” terang Iskandar laju. Iskandar menoleh ke arah Syazwan memohon kepercayaannya. Syazwan tersenyum memandang Iskandar.

“Kakak, Wan percayakan abang Is..” bisik Syazwan perlahan ke telinga kakaknya. Syafira merengus perlahan apabila adiknya membela Iskandar. Iskandar menarik nafas lega kerana Syazwan mempercayai dirinya.

“Apa yang ayah mintak kali ni?” soal Syazwan apabila melihatkan kakak dan Iskandar hanya mendiamkan diri.

“RM 200000.. Ayah nak sebelum 6 petang ni..” jawab Syafira. “Akak cuma ada RM 10000 ja…” sambung Syafira lagi.

“RM 200000!” Syazwan terkejut.

“Mana duit tuu?” soal Iskandar hairan. Seingatnya tadi, ketika Syafira masuk ke dalam rumah, dia tidak membawa briefcase bersamanya.

“Dalam kereta…” balas Syafira.

“Wan cuma ada RM 5000…” Syazwan mengeluh.

“Tak apa, yang kurang tuu, abang tolong… Jom, kita ke bank…” Iskandar bangun melangkah ke kereta. Syafira dan Syazwan berpandangan.

Syafira melangkah ke kereta Syazwan. Lima minit kemudian, kereta milik Iskandar dan Syazwan keluar dari kawasan tasik itu. Dalam kereta, Syafira menghubungi Linda dengan menggunakan telefon bimbit adiknya. Linda yang mendengar suara Syafira mengucap syukur. Setelah meminta Linda agar tidak merisaukan dirinya, Syafira memutuskan panggilan. Ketika itu mereka sudah tiba di hadapan bank.

Syazwan mengekori Iskandar ke bilik 2 untuk membuat pengeluaran segera. Syafira hanya menunggu di tempat duduk. Selesai sahaja urusan mereka, dengan memegang beberapa briefcase, mereka keluar dari bank.

“Kakak, abang Is tu siapa?” soal Syazwan pelik. “Cara dia bercakap tadi macam… entahlah.. macam dah biasa…” sambung Syazwan. Syafira hanya menggeleng kepalanya. Dia sendiri tidak sangka lelaki itu ada duit sebanyak itu.

Iskandar mengekori Syazwan memecut kereta ke rumah ibunya memandangkan hanya 30 minit sahaja lagi jam 6 petang. Tiba sahaja di rumah, Syazwan dan Syafira membawa semua briefcase ke muka pintu, sementara Iskandar bersembunyi di semak di hadapan rumah.

“Ayah! Buka pintu ni… Ayah..” Syafira mengetuk kuat. Seketika kemudian, Encik Azlan membuka pintu rumah. Terkejut dia melihat Syazwan di sebelah Syafira.

“Oo… budak kurang ajar ni pun ada…” sinis Encik Azlan bersuara. Syazwan merenung tajam ayahnya. Syafira menggenggam kuat tangan adiknya yang kemarahan itu.

“Kau berdua masuk dulu.. Duit-duit tuu letak di sofa dulu..” arah Encik Azlan. Syafira dan Syazwan hanya menurut.

“Syazwan!!” panggil Encik Azlan lagi apabila melihat Syafira dan Syazwan selesai menyusun briefcase di sofa. Puan Aini yang melihat kehadiran Syazwan menangis lagi.

“Duduk di sini!!..” arah Encik Azlan. Puan Aini dan Syazwan berpandangan. Syafira yang berdiri tidak jauh dari situ turut memandang pelik.

“Aku suruh kau duduk, duduklah!! Yang kau tengok aku macam tu kenapa?” kuat suara Encik Azlan memecah kesunyian tadi. Syazwan yang teragak-agak untuk duduk akhirnya menurut sahaja kerana risau ibunya di apa-apakan. Lalu tangan Syazwan diikat seperti Puan Aini. Syazwan mula meronta-ronta.

“Kalau kau tak nak tengok aku terajang ibu kau, kau duduk diam-diam!!” bisik Encik Azlan perlahan di telinga Syazwan. Syazwan terkedu. Encik Azlan tersenyum menang melihat Syazwan menuruti arahannya.

“Kau pula, masukkan semua duit-duit itu dalam kereta aku.. sekarang!!” arah Encik Azlan. Pantas Syafira melakukan seperti yang diarah. Iskandar yang masih bersembunyi hanya memandang Syafira memasukkan semua briefcase ke dalam sebuah kereta hitam. “Mana Wan?” tanya Iskandar pelik.

Selesai sahaja membuat tugasnya, Syafira melangkah masuk semula ke dalam rumah. Dia menghampiri Syazwan dan ibunya. Melihatkan ibunya dan Syazwan terbaring di dalam rumah, membuatkan tubuhnya menggeletar. Tali yang digunakan untuk mengikat tangan Syazwan dan ibunya terlonggok di satu sudut.

Tiba-tiba ada seseorang yang memeluknya dari belakang. Mulutnya ditutup. Syafira meronta kuat. Dirinya ditarik masuk ke dalam bilik ibunya. Sebaik sahaja tangan yang menutup mulutnya dilepaskan, dia menoleh ke belakang. Alangkah terkejut dirinya melihat pandangan pelik ayahnya.

“Apa ni ayah? Ayah nak buat apa ni?…” ujar Syafira ketakutan sambil melangkah menjauhi ayahnya. Pintu bilik itu dikunci dari dalam. Encik Azlan menyeringai memandang Syafira yang ketakutan.

“Kenapa kau lari? Kau kan dah pandai melawan sekarang, jadi kenapa tak lawan saja aku?” sinis Encik Azlan bersuara sambil mendekati Syafira. Melihatkan ayahnya mula melangkah ke arahnya, Syafira memegang kuat pasu bunga kecil yang ada di meja solek lalu menghempasnya di atas lantai.

“Kalau kau nak hempas semua barang dalam bilik ni, silakan… sebab tak ada sesiapa yang akan tolong kau…” Encik Azlan ketawa kuat. Syafira mula menghempas barang-barang yang ada dalam bilik ibunya di satu sudut. Disebabkan ketakutan yang amat sangat, dirinya tidak berdaya untuk menjerit meminta tolong.

Sedang Syafira menghempas barang, tubuhnya di lemparkan ke atas katil. Bajunya direntap kasar. Syafira hanya mampu berdoa memohon pertolongan dari-Nya.

*****

If there are images in this attachment, they will not be displayed. Download the original attachment

Iskandar yang sudah duduk bersila masih sabar menanti. Tiba-tiba sebuah motosikal menuju ke arahnya. “Itu pasti Syafiq..” ujar Iskandar sendirian. Syazwan telah menceritakan segalanya tentang keluarganya kepadanya.

Iskandar melambai tangannya. Syafiq yang melihat lelaki asing di rumahnya terkejut. Lantas dia memberhentikan motosikalnya.

“Abang ni siapa?” tanya Syafiq pelik. Baru sahaja Iskandar ingin membuka mulut, tiba-tiba kedengaran bunyi kaca dihempas. Iskandar dan Syafir berpandangan.

“Ibu!!” Syafiq menongkat motosikalnya lalu meluru masuk kedalam rumah.

“Fir! Wan!” Iskandar turut mengekori Syafiq. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Syafiq memandangnya pelik.

“Apa yang abang buat dengan keluarga saya? Jawab!!” soal Syafiq sambil melangkah menghampiri Syafiq. Iskandar keliru.

“Tapi abang kawan Syafira..” balas Iskandar. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Syafiq kehairanan. Iskandar berasa tidak sedap hati. Iskandar tergamam melihat Syazwan dan Puan Aini yang terbaring.

“Kakak? Kakak mana ada di sini..” Syafiq hanya memandang langkah Iskandar. Tiba-tiba matanya tertancap sebuah kereta yang dikenalinya, kereta kakaknya. Tiba-tiba kedengaran lagi bunyi barang-barang dihempas. Iskandar terus memeriksa setiap bilik sambil dibantu Syafiq.

“Abang!! Bilik ni..” panggil Syafiq. Iskandar melangkah ke arah bilik yang paling belakang.

“Kakak!! Fiq dengar suara kakak!! Suara ayah!!” kalut Syafiq memberitahu. Iskandar cuba untuk membuka pintu bilik. Namun berkunci.

“Syafiq! Telefon polis sekarang… Abang nak pecahkan pintu ni..” arah Iskandar tegas. Syafiq segera mendail nombor polis. Sementara Iskandar merempuh pintu bilik itu. Jelas kedengaran suara Syafira meminta tolong. Iskandar mula mendidih kemarahan. Akhirnya, rempuhan kali ketiga Iskandar membuahkan hasil.

“Kakak! Ayah!” jerit Syafiq lantas berlari ke arah kakaknya. Encik Azlan yang terkejut hanya memandang Syafiq meluru masuk. Syafiq menarik kain tuala di belakang pintu lalu menutupi badan kakaknya yang terdedah.

“Fiq… tolong kakak…” Syafira menangis ketakutan. Syafiq memeluk kakaknya. Iskandar yang sedari tadi berdiri kaku di muka pintu melangkah masuk menghampiri Encik Azlan.

“Jantan tak guna!!” Iskandar menumbuk kuat muka Encik Azlan. Tumbukan padu Iskandar berjaya menjatuhkan Encik Azlan. Syafira hanya memandang Iskandar. Encik Azlan terkejut dengan kekuatan Iskandar kerana sangkanya Iskandar lemah memandangkan ketika bertemu dahulu, Iskandar langsung tidak melawannya.

Iskandar menarik Encik Azlan supaya berdiri. “Itu anak kau… Kau yang kena lindungi dia bukan menghancurkan dia!!”. Iskandar menumbuk lagi muka Encik Azlan. Encik Azlan tidak mampu membalas serangan Iskandar. Iskandar terus membelasah Encik Azlan. Syafiq segera mendekati Iskandar.

“Cukup bang.. cukup…” ujar Syafiq sambil menarik Iskandar menjauhi ayahnya. Encik Azlan tidak mampu lagi untuk berdiri. Iskandar meraup mukanya. Syafiq duduk di hadapan kakaknya. Iskandar memandang Syafira. Syafira hanya menunduk apabila sedar Iskandar memandangnya.

“Jangan bergerak!! Kami polis!!” Tiga orang lelaki muncul di muka pintu sambil mengacu sepucuk pistol. Ternyata mereka turut terkejut melihat keadaan di dalam bilik itu. Dengan kaca-kaca yang memenuhi di satu sudut, dengan tompokan darah di atas lantai…

“Saya yang telefon tadi..” Syafiq bersuara. Salah seorang dari anggota polis tadi memandang Syafiq. Syafiq memandang ayahnya yang terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah. Seakan memahami, anggota polis tadi memberi arahan kepada dua rakannya. Iskandar menganjak ke tepi memberi laluan kepada anggota polis itu utuk menahan Encik Azlan.

“Encik berdua juga perlu ke balai untuk beri keterangan. Termasuk cik itu. Harap dapat memberi kerjasama…” ujar polis itu sambil keluar dari bilik itu. Iskandar mengangguk lalu berlalu keluar dari bilik. Di ruang tengah, Puan Aini dan Syazwan diusung lalu di masukkan ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Syafira menangis teresak-esak. Syafiq yang tidak sanggup melihat kakaknya menangis membawa diri keluar dari bilik itu lalu terduduk di ruang tamu. Iskandar yang melihat Syafiq terduduk di ruang tamu mendekatinya.

“Fiq kena kuat.. Fiq lelaki… Suruh kakak bersiap, kita ke balai. Balik nanti, abang tolong kemas sekali…” nasihat Iskandar. Syafiq hanya mengangguk memandang Iskandar. “Terima kasih bang…” ujar Syafiq perlahan.

Iskandar bersimpati dengan Syafiq. “Dengan usia yang masih muda pasti membuatkan dia panik menghadapi situasi ini. Abang dan ibunya pula tiada di sisi. Kakak nya pula…” Iskandar tidak sanggup lagi menghabiskan ayatnya.

*****

“Is…” suara Datuk Kamal memecah sunyi. Datin Aisyah berdiri di sebelah suaminya. Iskandar menyalami abah dan mamanya. Syafira turut berdiri. Kini, dia sudah mengetahu siapa sebenarnya Iskandar. Lelaki itu rupanya anak orang yang berpengaruh. Syafiq yang berdiri tidak jauh dari situ berjalan mendekati kakaknya.

“Datuk.. Datin..”ujar Syafiq perlahan. Syafira hanya tersenyum pahit. Datin Aisyah mendekati Syafira. Sedih dia melihat keadaan Syafira.

“Datuk..” ujar pegawai polis yang perasan akan kehadiran Datuk Kamal. Datuk Kamal, Iskandar dan Syafiq melangkah mendekati meja polis itu. Tidak lama kemudian, Datuk Kamal berdiri, diikuti Iskandar dan Syafiq lalu bersalaman dengan pegawai polis itu. Mereka bertiga melangkah keluar dari balai lalu duduk di meja batu yang disediakan di luar balai itu. Datin Aisyah dan Syafira turut melangkah ke arah yang sama.

“Apa yang terjadi ni, Is…?” soal Datin Aisyah. Terkejut dia dan suaminya mendapat panggilan dari balai polis. Iskandar memandang Syafira meminta izin. Syafira hanya mengangguk.

Iskandar menceritakan segala yang terjadi. Datuk Kamal dan Datin Aisyah terdiam. Ternyata Syafiq turut terkejut mendengar cerita dari mulut Iskandar. Dia memandang kakaknya tajam.

“Jadi, selama ni, kakak tipu Fiq? Tipu abang Wan? Tipu ibu?” mendatar Syafiq bertanya. Syafira terdiam mendengar soalan Syafiq. Syafiq tidak puas hati.

“Kenapa kakak diam? Kenapa kakak tanggung seorang diri? Kakak buat macam Fiq dan abang Wan lemah sangat…” suara Syafiq meninggi. Iskandar membisu.

“Fiq… ada sebab kenapa kakak Fiq terpaksa buat macam tuu…” kata Datin Aisyah perlahan. Syafira tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia bangun lalu menuju ke arah kereta Iskandar. Sebentar tadi Iskandar tidak mengizinkan dirinya memandu kereta sebaliknya Iskandar yang akan membawa dia dan adiknya ke balai. Datin Aisyah mengekori Syafira. Cuaca yang mendung seolah-olah memahami perasaan Syafira ketika itu.

“Fiq tak sepatutnya cakap macam tuu…” kata Datuk Kamal lalu duduk di sebelah Syafiq. Iskandar turut duduk di sebelah Syafiq.

“Fiq tak terfikir ke yang Fiq sepatutnya bangga kerana mempunyai kakak seperti kak Fir… Dia sanggup rahsiakan tentang ugutan ayah Fiq selama 2 tahun… dan selama 2 tahun itulah, kak Fir memastikan ayah Fiq tak menganggu ibu Fiq lagi…” ujar Iskandar pula.

“Habis, apa gunanya kami, anak lelaki ibu? Nampak macam kami ni pengecut sangat!!” Syafiq masih tidak berpuas hati. Iskandar kehabisan idea.

“Ini bukan soal siapa berani dan siapa pengecut… Pak cik faham kenapa kakak kamu buat begitu. Memanglah, sepatutnya dia perlu memberitahu hal yang sebenarnya sama ada pada Fiq atau pada Wan, ataupun kedua-duanya sekali.. Tetapi, kalau dia buat macam tu, Fiq rasa, sekarang ni apa agaknya yang terjadi pada Syafiq? Pada abang Wan? Pada ibu Syafiq? Yang penting sekali pada diri dia sendiri?..” tenang Datuk Kamal bersuara. Syafiq membisu.

“Fiq kena fikir juga tentang keselamatan kakak kamu tuu.. Pak cik rasa kalau ayah Fiq dapat tahu yang Fir bocorkan rahsia tentang ugutannya itu, lagi buruk keadaan Fir daripada apa yang terjadi sekarang ini. Lagipun, dia tu perempuan, duduk jauh dari Fiq dan Wan..” sambung Datuk Kamal lagi. Air mata Syafiq gugur juga akhirnya.

“Sekarang ni, Fiq kena kuat. Fiq tahu kan apa yang terjadi pada kakak? Fiq tak sepatutnya marah tadi,.. Abang yakin pasti kakak masih trauma dengan kejadian tadi.. Fiq patut berasa bertuah kerana ada kakak yang berani macam kak Fir.. banyak risiko yang perlu ditanggungnya…” ujar Iskandar pula. Syafiq tidak dapat lagi menahan rasa bersalahnya. Dia bangun lalu menuju ke arah kakaknya yang ditemani Datin Aisyah.

“Kakak… Fiq minta maaf.. Fiq tak patut marah kakak tadi..” ujar Syafiq dalam tangisan. Syafira terkejut dengan kehadiran Syafiq yang menyambar tangannya untuk bersalam. “Terima kasih sebab jaga kami…” sambung Syafiq lagi. Syafira memeluk adiknya.

“Bukan salah Fiq.. Kakak pun nak minta maaf Fiq… Kakak tahu kakak tak sepatutnya berahsia tetapi percayalah, kakak memang tak mahu sesuatu berlaku pada Fiq, Wan dan ibu… Kakak duduk jauh dari kamu semua.. Hanya itu sahaja jalannya untuk memastikan ayah tak ganggu kita lagi. Untuk memastikan kamu selamat, untuk memastikan kakak dapat tidur lena setiap malam… Kakak sayangkan kamu semua…” ujar Syafira. Datin Aisyah menangis sambil memerhati dua beradik itu.

“Bertuah ibu Fir dapat anak macam Fir…” kata Datin Aisyah. Syafiq menggangguk mengiakan. Syafira tersenyum. Datin Aisyah masih tidak tahu bahawa ibu kepada dua beradik di hadapnnya itu adalah rakannya, Puan Aini.

*****

“Bangga abah dengan kamu Is…” sambung Datuk Kamal. Iskandar memandang Datuk Kamal, tidak mengerti.

“Dah matang rupanya kamu ni… Cara kamu bagi nasihat tadi…” terang Datuk Kamal sambil tersenyum. Iskandar hanya tersengih.

“Is kesian dekat Fiq tu.. abang dengan ibunya ada di hospital. Kakak dia pula jadi macam tuu.. Hmm..” keluh Iskandar.

“Kesiankan Fiq ke kakak Fiq?” sengaja Datuk Kamal menduga. Iskandar memandang abahnya. Datuk Kamal menarik senyum nipis sambil berdiri melangkah ke arah isterinya.

“Eh, abah ni, ke situ pula…” Iskandar mula tidak senang duduk. Di hatinya terdetik satu perasaan. Iskandar tersenyum panjang sambil mengekori ayahnya.

“Selepas ni, macam mana?” tanya Datuk Kamal. Syafira segera memandang Syafiq. Syafiq mengangguk faham.

“Erm.. kalau boleh Fiq dengan kak Fir nak tengok ibu dan abang Wan..” Syafiq berterus terang. Datin Aisyah berasa sebak melihat air mata Syafira yang bertakung.

“Jom lah, mak cik pun nak tengok keadaan ibu Fiq…” ujar Datin Aisyah. Datuk Kamal mengangguk bersetuju. Iskandar memberitahu nama hospital kepada pemandu abahnya.

Syafiq membuka pintu kereta bahagian belakang mengisyaratkan kakaknya untuk masuk. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Iskandar yang sudah menghidupkan enjin kereta. Lalu Iskandar mamandu mengekori kereta Datuk Kamal.

*****

“Kagum Aisyah pada Fir bang…” ujar Datin Aisyah tiba-tiba. Datuk Kamal yng berada di sebelah mengangguk setuju.

“Budak itulah yang Is tolong tempoh hari..” ujar Datuk Kamal. Datin Aisyah mengangguk faham. Tiba-tiba dia tersenyum.

“Kenapa Aisyah senyum pula?” Datuk Kamal kehairanan. Namun belum sempat isterinya menjawab, Datuk Kamal menyambung, “Saya faham maksud senyuman tu.. Saya pun berkenan dengan budak tuu… Saya tengok Is pun macam suka ja dekat Fir… Tapi tak sedar..”. Datuk Kamal dan Datin Aisyah ketawa perlahan.

Sampai sahaja di hospital, mereka berlima berjalan mendekati pintu masuk. Syafiq terus meluru ke arah katil yang menempatkan abang dan ibunya. Datuk Kamal bercakap dengan doktor yang bertugas tanpa melihat siapa ibu Syafiq.

“Sebelum ke balai tadi, ada check doktor tak?” soal Datin Aisyah. Syafira dan Iskandar menggeleng. Melihat gelengan itu, Datin Aisyah menyarankan Syafira membuat pemeriksaan doktor. Syafira mengangguk bersetuju. Iskandar menemani Syafira mengekori doktor yang bertugas itu. Manakala Datuk Kamal dan Datin Aisyah mendekati katil yang menempatkan ibu dan abang Syafiq.

Langkah Datin Aisyah terhenti. Mulutnya pula terlopong. Begitu juga dengan Datuk Kamal.

“Aini…” Datin Aisyah menangis. Puan Aini terkejut melihhat sahabatnya ada di situ. Syazwan memandang adiknya, Syafiq.

“Ibu, abang Wan… ni parents abang Is…” terang Syafiq. Syazwan mengangguk. Syazwan mengangguk faham. Air mata Puan Aini mengalir deras. Datin Aisyah mendekati Puan Aini lalu memeluknya erat.

“Jadi, ini anak-anak Aini? Fir tu Syafira?” soal Datuk Kamal tidak percaya. Puan Aini mengangguk laju.

“Wan, Fiq… ni kawan ibu.. Aisyah dan Kamal.. Kawan ibu yang ibu cerita semalam…” Puan Aini memberitahu anak-anaknya. Datin Aisyah duduk di sebelah Puan Aini.

“Mana Fir?” soal Puan Aini tiba-tiba. Dia mencari anak gadisnya itu. Syazwan merenung adiknya. Syafiq terdiam.

“Fiq, beritahu ibu… Mana kakak? Jawab lah!!..” Puan Aini memukul tangan Syafiq memaksa Syafiq memberitahu. “Kakak jumpa doktor..” laju jawapan itu keluar dari mulut Syafiq.

“Dia tak apa-apa kan? Syafiq!! Jawab soalan ibu.. Aisyah!! Anak aku Aisyah!! Kenapa dengan dia?” Puan Aini menangis.

Datuk Kamal mengangguk ke arah Datin Aisyah. “Aini.. Fir tak apa-apa.. abang Azlan….” Datin Aisyah menceritakan semula apa yang terjadi. Syazwan mengenggam penumbuknya. Puan Aini menutup mulutnya.

“Tak guna!!!” Syazwan menumbuk kuat dinding disebelahnya. Datuk Kamal menenangkan Syazwan.

“Maafkan Fiq, ibu.. bang Wan.. Fiq lambat sampai rumah hari ini… kalau Fiq sampai awal hari ni, mesti ayah tak buat macam tu dekat kakak…” perlahan suara Syafiq mencelah. Puan Aini memandang Syafiq.

“Bukan salah Fiq, nak.. bukan..” ujar Puan Aini sambil memeluk Syafiq. Air mata Syazwan menitis jua. Datin Aisyah mengelap air matanya. Datuk Kamal pula memandang ke luar tingkap.

*****

“Fir, Fir okey ke ni?” soal Iskandar. Ketika itu Syafira baru sahaja selesai membuat pemeriksaan. Syafira hanya mengangguk. Meereka berjalan ke arah wad yang menempatkan ibu dan abang Wan.

“Bang, terima kasih sebab tolong tadi… Maaf sebab tuduh abang bukan-bukan petang tadi…” ujar Syafira perlahan. Iskandar tersenyum apabila Syafira mahu bersuara.

“Tak apa.. Abang faham Fir tertekan waktu itu…” balas Iskandar. Syafira pantas mendapatkan ibu dan Wan apabila tiba di wad. Syazwan meluru ke arah kakaknya yang melangkah masuk ke dalam wad itu. Syafira hanya mengangguk memandang Syazwan.

“Fir…” Puan Aini memeluk anak gadisnya. “Fir tak apa-apa kan?” soal Puan Aini. Syafira mengangguk. Iskandar mendekati Syazwan apabila melihat Syazwan masih menggenggam buku limanya.

“Semua dah selesai…” ujar Iskandar perlahan. Syazwan tersenyum pahit. “Thanks bang…”

*****

Sebulan kemudian…

Kelihatan enam orang lelaki sedang bersila menghadap tasik. Adli, Saiful, Asyraf, Karim, Iskandar dan Zaki. Masing-masing memakai topi dengan tangan yang memegang air tin. Di hadapan mereka pula terdapat pelbagai jenis makanan ringan.

“Is, aku rasa pagi ni cuaca punyalah baik, angin sepoi-sepoi bahasa lagi… tapi kenapa diam je?” tanya Adli.

Saiful menyiku Adli. “Bro kita ni dah dilamun cinta weyhh…”. kata-kata Saiful disambut gelak tawa dantepukan dari Adli, Asyraf dan Zaki.

“Aku teringin nak tengok rupa perempuan tu..” sambung Saiful pula. Iskandar menarik senyum.

“Ehem.. Ehem.. ingat sikit ya, Pul.. Kat rumah tuu siapa….” sengaja Zaki menyoal Saiful merangkap adik iparnya.

“Maaf ya abanggg… hanya satu di hati adik anda ini…” Saiful sengaja menekan perkataan abang.

“Uihh… jangan dok ber’abang’ sangat.. geli aku dengar.. Kak Siti kau panggil aku abang tak apa…” balas Zaki sambil mengurut lehernya. Ketawa Adli, Asyraf, Karim, Iskandar dan Saiful bersatu.

“So, sekarang apa jadi dengan ayah Fir?” tanya Karim. Zaki, Adli, Saiful dan Asyraf memandang Iskandar menanti jawapan. Iskandar membetulkan duduknya.

“Dia dah terima hukuman. Penjara seumur hidup…” jawab Iskandar. Rakan-rakan Iskandar yang lain mengangguk bersetuju dengan hukuman itu. Tiba-tiba Zaki teringatkan sesuatu.

“Tapi Is, kau kata ayah Fir dikejar Ah Long kan? Nanti Ah Long tu pasti mencari…” Zaki tak dapat menghabiskan ayatnya. Iskandar terkejut.

“Macam manalah aku lupa… Jom ikut aku..” ujarnya tergesa-gesa.

*****

“Fir, ibu nak pergi pasar dengan Mak Cik Asmah kamu.. Kunci pintu ni…” ujar Puan Aini kepada Syafira sambil memegang pintu pagar.

“Iyalah bu, Fir kunci ni…” kata Syafira sambil menarik tuala menutup kepalanya. Mak Cik Asmah sudah bersedia menunggu Puan Aini. Dia menunggu sehingga kelibat ibu dan jirannya itu hilang dari pandangan matanya. Setelah mengunci pintu pagar dia melangkah masuk ke dalam rumah. Syazwan sudah pun berada di sekolah waktu itu manakala Syafiq pula baru sahaja ke kelas.

Syafira teringat akan malam kepulangan dia, Syazwan, Syafiq dan ibunya dari hospital. Mereka berempat dihantar oleh Datuk Kamal. Kebetulan, ketika mereka tiba di rumah, keluarga Encik Khalid baru pulang dari kampung.

“Aini, betulkah apa yang orang taman ni beritahu aku?” tanya Puan Asmah kalut. Encik Khalid dan Kak Syiqin melangkah menuju ke arah mereka. Anggukan Puan Aini menyebabkan keluarga Encik Khalid terdiam.

*****

“Siapa pula yang ketuk pintu ni? Ibu ke? Sekejapnya pergi pasar..” Syafira menuju ke pintu rumah. Dia menarik tudung di sofa lalu menyarung di kepalanya. Risau juga dirinya manalah tahu jirannya yang datang melawat.

Hah? Siapa tuu? Kelihatan 3 orang lelaki berbadan tegap dengan muka bengis sambil memegang bekas berbentuk silinder.

“Cari siapa?” tanya Syafira berani.

“Lu tak kenal gua.. Tapi gua kenal lu.. Gua rasa lu kenal sama orang yang namanya Azlan… Hah!! orang itulah yang beri gua alamat ni…” jawab seorang lelaki yang bercermin mata bulat.

“Ah Long!!” bisik Syafira. Terketar-ketar lutut Syafira mendengar jawapan lelaki itu. Sungguh dia lupa akan urusan yang masih belum selesai itu.

“So, ini gua mahu kasi amaran sama lu… sudah sebulan, ayah lu tak bayar… Tuan pun sudah bising..” lelaki bercermin mata itu berdiri di hadapan Syafira..

“Tapi ayah dah dipenjara… Lagipun, dia yang berhutang, bukan kami…” Syafira memandang tajam lelaki bercermin mata itu.

“Gua tahu ayah lu sudah masuk penjara… dan gua tahu ayah lu yang pinjam sama kami bukan lu.. tapi ada gua kisah… Ayah lu yang beri alamat ni…” jawab lelaki itu sinis. Dua rakannya ketawa kuat. Syafira terdiam.

“Berapa lagi?” Syafira mengalah akhirnya. Dia tahu, lambat laun, pasti dia perlu membayarnya juga.

“Tak banyak… RM 200000 saja… tambah RM5000 sebab lambat…” ujar lelaki itu bersahaja.

“Apa!! RM 205000… Saya mana ada duit!!…” Dek kerana terkejut, Syafira menengking. Lelaki itu mula hilang sabar.

“Itu gua tak mahu tahu.. Yang penting sebelum hujung bulan ni, lu bayar…” lelaki itu membuat isyarat tangan kepada dua rakannya. Dua rakannya mengangguk. Syafira terkejut melihat dua lelaki itu menconteng dinding rumahnya dengan cat merah, menyuruhnya membayar hutang. Usai saja berbuat demikian, mereka bertiga ketawa kuat lalu berlalu dari situ.

Syafira tergamam. “Hujung bulan ni? Lagi 25 hari ja..” Dia terduduk di muka pintu. Kepalanya mula berasa pening memikirkan cara untuk mendapatkan wang sebanyak RM 205000.

Tiba-tiba Syafira terdengar bunyi motor memasuki halaman rumah. Di sangkanya Syafiq, namun melihat sahaja gerangan orang yang menunggang motosikal itu, dirinya melopong. Ada enam buah motosikal memasuki halaman rumahnya.

“Is…” bisik Syafira perlahan. Air matanya mengalir. “Kenapa Is selalu muncul bila Fir perlukan seseorang…?” soalnya di dalam hati. Iskandar melangkah menghampiri Syafira yang terduduk di muka pintu. Rakan-rakannya hanya terpaku di sebelah motosikal masing-masing melihat contengan di dinding.

“Fir… are you okey?” tanya Iskandar kerisauan. Syafira memandang kosong ke arah Iskandar.

“Mana Wan? Fiq? Mak Cik Aini?” tanya Iskandar lagi apabila Syafira tidak menjawab pertanyaannya.

“Is…” Karim memanggil. Iskandar menoleh ke arah Karim. “Kau baca tu..” tunjuk Karim ke arah dinding rumah Syafira. Iskandar melangkah ke arah dinding itu lalu membacanya. Dia melalukan jari telunjuknya di atas tulisan itu.

“Basah lagi…” kata Iskandar. Yang lain hanya memandang Iskandar melangkah ke arah Syafira semula.

“Apa yang mereka nak Fir?” soal Iskandar dengan suara tertahan-tahan. Syafira bangun lalu duduk di meja batu di halaman rumahnya. Iskandar mengekori langkah Syafira.

“Cakaplah Fir!! Kenapa diam saja!!…” kuat suara Iskandar menampar telinga Syafira. Syafira tersentak mendengar jerkahan itu. Rakan-rakan Iskandar yang sedari tadi berdiri kaku hanya memandang dari jauh. Zaki melngkah ke arah Iskandar.

“Is…” Zaki memegang bahu Iskandar. Iskandar menepis kuat tangan Zaki.

“Is, Fir bukan tak mahu beritahu. Tapi kali ini biarlah Fir selesaikan masalah ni dengan adik-adik Fir. Dah banyak kali Fir susahkan Is dan keluarga Is…” ujar Syafira perlahan.

“Fir tahu Is simpati dengan keluarga Fir, lebih-lebih lagi bila Is sendiri nampak apa yang ayah buat dekat Fir malam tu.. Macam yang Fir cakap malam tu, Fir sangat-sangat berterima kasih dekat Is dan family Is sebab tolong keluarga Fir.. Siap tolong kemas lagi.. Fir hargai semua tu.. Cuma untuk kali ini, biarlah kami satu keluarga cari jalan penyelesaian sendiri…” sambung Syafira lagi dalam sedu-sedannya. Rakan-rakan Iskandar terdiam.

“Kalau Fir rasa Is bantu Fir sebab simpati, Fir silap… Fir silap!…” Iskandar melangkah ke motosikalnya lemah. Lalu dia berlalu keluar dari halaman rumah Syaira.

“Fir, awak silap… Is bukan simpati pada awak… Dia buat semua ni sebab dia sukakan awak.. Dia ikhlas…” Zaki bersuara perlahan lalu mengekori rakannya yang lain yang melangkah ke motosikal. Syafira hanya mampu menangis melihat satu persatu motosikal itu menghilang dari pandangan matanya.

“Saya bukan untuk awak Is…” bisik Syafira dalam hati. Dia menangis perlahan.

*****

Beberapa bulan kemudian…

“Mama.. Mak Cik Aini macam mana sekarang?” soal Syamsul memecah sunyi di meja makan. Ketika itu, keluarga Datuk Kamal sedang makan malam. Iskandar hanya mendiamkan diri mendengar soalan alongnya itu. Datin Aisyah meneguk air sebelum menjawab soalan anaknya itu.

“Baru Zatul ingat, rupanya Syafira tu pekerja di syarikat ayah kawan Zatul… Dia tu penolong akauntan… Tapi, dia dah letak jawatan…” celah Zatul. Suapan Iskandar terhenti.

“Mereka dah pindah, 2 bulan lepas…” ujar Datin Aisyah perlahan. Jauh di sudut hatinya, dia terkilan apabila Iskandar langsung tidak bertanya tentang keluarga kawannya itu. Apabila dia dan suaminya pergi melawat, rumah kawannya itu sudah kosong. Nasib baik Puan Aini ada mengirim alamat baru kepadanya melalui Puan Asmah.

“Is dah kenyang… Naik dulu mama, abah…” Iskandar bangun lalu melangkah ke biliknya. Datuk Kamal dan Datin Aisyah berpandangan. Syamsul dan Zatul hanya mendiamkan diri.

*****

“Is…” Datuk Kamal menghampiri Iskandar. Iskandar yang sedang duduk termenung di balkoni mengangkat mukanya memandang Datuk Kamal.

“Kenapa sejak akhir-akhir ni abah tengok kamu macam ada masalah saja?” tanya Datuk Kamal sambil menarik kerusi di sebelah Iskandar yang sedang bersandar di rest chair.

“Is okey abah…” jawab Iskandar pendek. Dia menutup matanya sambil menikmati tiupan angin pada malam itu.

“Is dengan Fir apa cerita?” tanya Datuk Kamal lagi. Iskandar terkejut.

“Jangan buat muka macam tu… Abah ada jumpa Zaki. Dia dah beritahu abah…” tenang Datuk Kamal bersuara.

“Is nak tolong dia, dia tak mahu… Dia pindah pun tak beritahu Is…” Iskandar bersuara akhirnya.

“Is.. Is tak kenal lagi Syafira.. Syafira tu memang seperti ibunya tetapi lebih garang dan tegas… Mak Cik Aini memang susah untuk menerima pertolongan orang lain selagi dia mampu menyelesaikan masalah tu sendiri. Dan abah yakin, Syafira pun macam tu…” komen Datuk Kamal.

“Abah tak tahu apa yang Azlan dah buat pada Fir, tapi apa yang abah tahu, kesan itu amat mendalam pada Fir.. Fir perempuan dan dia bertudung.. pasti dia malu apabila Is melihat keadaan dirinya tika itu… Fir mesti fikir yang dia tak sesuai untuk Is…” sambung Datuk Kamal lagi.

“Is tak peduli semua tu… Bagi Is, dia seorang yang bertanggungjawab dan kuat semangat.. Ya, mulanya Is mengaku yang Is hanya kagum akan dirinya tetapi lama-kelamaan Is mula menyayanginya… dia bukan seperti perempuan lain.. dia tak tahu pun Is ni anak datuk sehinggalah pegawai polis tuu telefon abah…” terang Iskandar bersungguh-sungguh. Datuk Kamal hanya memandang anaknya.

“Betul ke tidak apa yang Is buat sekarang ni…?” Iskandar bertanya lemah.

“Is dah buat istikharah?” soal Datuk Kamal. Iskandar mengangguk. “Is yakin jodoh Is adalah Fir.. tetapi, Fir macam tak sukakan Is, macam tak ada perasaan langsung terhadap Is…”.

“Is ada cakap tak Is sayangkan dia?” soal Datuk Kamal. Iskandar menggeleng perlahan kepalanya.

“Is kena ingat, dia masih mentah ketika lelaki yang dia percaya dan sayang, iaitu ayahnya berubah sikap.. Dan bila ayah dia menceraikan ibunya, kepercayaan terhadap lelaki itu hilang namun masih ada rasa sayangnya terhadap lelaki itu, kerana walau apa yang terjadi, lelaki itu tetap ayahnya…”

“Tapi bila ayah dia cuba untuk meragut kehormatan dirinya, rasa sayang itu terus lesap… semua insan yang berjantina perempuan di bumi ini pasti menganggap kebanyakkan lelaki adalah sama jika melalui pengalaman pahit itu….” Datuk kamal berhenti seketika untuk melihat riak wajah Iskandar.

“Is orang luar.. Is pula langsung tidak memberitahu dia yang Is sayangkan dia.. Kalau Is nak dia faham sendiri, tak mungkin Is.. sebab dia ada kenangan buruk dengan lelaki yang paling dia percaya dan sayang., iaitu ayahnya..” sambung Datuk Kamal.

“Dan Fir pasti tidak membenarkan hatinya mempunyai perasaan sayang kepada Is sebab dia yakin dia tak sesuai dengan Is.. tetapi Is pula berfikir sebaliknya… Abah yakin Is belum mengenali Fir lagi.. Jika Is betul-betul menyanginya, hati budinya dan cara pemikirannya, itu yang Is perlu ambil tahu…” tenang Datuk Kamal menuturnya. Iskandar mengangguk perlahan. Dia kini sedar bahawa dia masih belum mengenali Syafira sepenuhnya..

“Abah, hujung minggu ni kita pergi rumah Mak Cik Aini…” pinta Iskandar dengan maksud tersirat. Datuk Kamal tersenyum panjang faham kehendak anaknya.

“Mama kamu mesti gembira bila dapat tahu keputusan Is ni…” ujar Datuk Kamal sambil melangkah keluar dari bilik Iskandar. Iskandar bangun menuju ke bilik air lalu mengambil wudhuk.

*****

“Fir marahkan ibu ke?” tanya Puan Aini sambil mendekati anak gadisnya yang sedang membuat air. Masam wajah Syafira ketika itu.

“Macam mana mereka tahu rumah ni?” soal Syafira tanpa menjawab soalan ibunya. Terkejut dirinya menerima kunjungan Datuk Kamal sekeluarga pagi itu.

“Ibu kirim dekat Mak Cik Asmah… Aisyahlah satu-satunya orang yang ibu masih ada selain anak-anak ibu…” lirih Puan Aini bersuara. Sengaja dia membuat begitu untuk menyejukkan hati anaknya. Syafira mula berasa bersalah.

“Ibu, bukan itu maksud Fir.. Fir cuma tak mahu mereka asyik hulur bantuan ja, sedangkan Fir mampu lagi… Fir nak kalau boleh bila ada masalah, kita selesai anak-beranak… Nanti apa kata orang luar, macam Fir pula nak sangat bantuan dari keluaga Datuk Kamal… Fir harap sangat ibu faham kehendak Fir, Fir tahu gaji Fir kecil berbanding dulu tapi masih cukup kan?… Fir pun boleh buat simpanan lagi…” terang Syafira. Hilang sudah muka masamnya tadi. Puan Aini menarik senyum.

“Ibu faham.. Ibu bangga ada anak seperti Fir… sudahlah, ibu nak ke depan dulu. Nanti bawa air ni ke depan ye.. Fir, Is…” ujar Puan Aini sambil melangkah ke arah ruang tamu.

“Is? Ibu ni… sengajalah tu.. Mana dia dengar, dia ada di depanlah…” omel Syafira perlahan.

“Betullah tu apa yang Mak Cik Aini cakap…” Iskandar bersuara sambil bersandar di peti sejuk. Syafira yang sedang memegang cerek air panas terkejut.

“Aduh!!” jerit Syafira perlahan. Iskandar segera merampas cerek dari pegangan Syafira.

“Sorry.. Sorry..” kata Iskandar kalut. Syafira membuka paip air sambil melalukan tangannya yang terkena air panas. Dia merenung tajam Iskandar.

“Terkejut ke?” sengaja Iskandar bertanya. Syafira membisu sambil menyambung kerjanya tadi. Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Angkat dulang tu ke depan…” arah Syafira yang mahu Iskandar keluar dari dapur itu segera. Iskandar memandang pelik. “Fir kan tak buat air lagi?”

Syafira merengus perlahan. Dia berasa segan kerana hanya dirinya dan Iskandar sahaja di dapur tika itu. “Pasti dia dengar apa yang aku cakap dekat ibu tadi…” bebel Syafira dalam hati. Setelah selesai membuat air, Syafira membawa seteko air teh lalu melangkah ke ruang tamu.

“Tunggu sekejap Fir,.. Is nak cakap something…” halang Iskandar. Langkah Syafira terhenti. Dia meletakkan teko air di atas meja.

“Is tak tahu nak buat macam mana lagi supaya Fir percaya yang apa sahaja Is buat sebelum ni bukan sebab simpati…” Iskandar menarik nafas seketika, mencari kekuatan.

“Is sayangkan Fir… Is nak jaga Fir… Is tak kisah apa yang terjadi dekat Fir sebelum ni… Dan ini bukan sebab simpati.. sebabnya jodoh Fir adalah Is…” ujar Iskandar ikhlas. Syafira memandang Iskandar tanpa berkelip.

“Apa yang Is cakap ni?” soal Syafira keliru.

“Is serius Fir… Bukan main-main.. Sebab tu family Is datang hari ni…” Iskandar melangkah menghampiri Syafira.

“Sudahlah… Fir..” kata-kata Syafira dipotong.

“Wan setuju kalau abang Is jaga kakak…” ujar Syazwan yang muncul tiba-tiba di dapur. Iskandar tersenyum. Mereka membalas pandang.

“Apa yang Wan cakap ni?” Syafira rimas. Syazwan mengeluh.

“Kakak, cuba buang sikit sikap degil dan keras hati kakak tu.. Wan percayakan abang Is… Abang Is bukan seperti ayah..” tegas Syazwan membalas.

“Itu kakak tahu… Tetapi kakak yakin ada yang lebih baik dari kakak, yang lebih sesuai untuk abang Is…” ujar Syafira tanpa menoleh belakang lagi. Dia membawa teko air ke ruang tamu. Nak tak nak Iskandar terpaksa menuju ke ruang tamu sambil membawa dulang yang berisi cawan-cawan dan sepinggan kuih-muih. Syazwan menggeleng kepalanya perlahan.

Syafira membawa diri ke beranda rumah apabila selesai menuang teh ke dalam cawan. Syafiq mengekori kakaknya.

“Kakak..” panggil Syafiq. Syafira menoleh sambil tersenyum pahit.

“Kenapa kakak buat abang Is macam tu? Tu, family abang Is masih ada di ruang tamu, kenapa kakak keluar pula?” tanya Syafiq.

“Entahlah Fiq.. Kakak pening sekarang ni…” ujar Syafira lalu duduk di kerusi. Syafiq duduk di sebelah kakaknya.

“Apa yang kakak fikir?” soal Syafiq.

“Kakak sebenarnya malu dengan abang Is..” luah Syafira lalu menangis perlahan. Kejadian pahit yang menimpa dirinya itu kembali melayari fikirannya. Hanya dengan Syafiq sahaja dia mampu bercakap soal itu kerana Syafiq ada ketika kejadian itu berlaku.

“Ya Allah!! Kakak… kakak masih ingat kejadian itu lagi ke? Kan Syafiq dah kata jangan fikir lagi, jangan ingat lagi tentang kejadian tuu..” Syafiq bersandar. Tiba-tiba ada tangan yang mencuit bahu Syafiq. Syafira yang masih menangis tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.

“Kakak cuba lupakan kejadian tu, tapi meskipun kakak lupakan kejadian tu, tak semestinya abang Is turut melupakan kejadian itu… kakak malu dengan diri kakak, hari tu sepatutnya kakak kena kuat, tapi bila nampak ibu dan Wan baring tak sedarkan diri, kakak jadi takut… kakak..” Syafira menangis sambil memeluk lututnya.

“Fir, bohonglah kalau Is kata Is dah lupakan kejadian tuu.. Is masih ingat lagi..” suara Iskandar mengejutkan Syafira. Syafira mengangkat kepalanya dan alangkah terkejutnya dia apabila di sebelahnya kini bukan lagi Syafiq, tetapi Iskandar. Mukanya kemerahan.

“Atas sebab itulah, Is nekad dengan keputusan ni…. Is dah pun istikharah… Is nak jaga Fir… nak lindungi Fir…seumur hidup Is… Is nak bahagiakan Fir…” ujar Iskandar sambil memandang tepat ke dalam mata Syafira. Syafira terdiam.

Syafira terharu mendengar kata-kata Iskandar. Hatinya yang keras tadi mulai lembut melihatkan sinar keihklasan dalam mata Iskandar.

“Is janji Is tak buat Fir macam ayah buat dekat ibu kan?” soal Syafira setelah lama mendiamkan diri. Iskandar mengucap syukur mendengar soalan Syafira.

“Insya-Allah.. Is tak akan sia-siakan Fir…” ujar Iskandar lembut. Dia mengangkat ibu jari ke arah Syafiq yang sedang berdiri berhampiran dengan mereka. Dengan segera, Syafiq menuju ke arah ibunya.

“Setuju..” ujar Syafiq sepatah. Semua yang ada di situ mengucap syukur. Datuk Kamal membetulkan duduknya.

“Kalau macam itu, bulan depan kami datang lagi untuk meminang… selesai juga hal budak-budak ni…” ujar Datuk Kamal. Datin Aisyah tersenyum. Puan Aini mengangguk bersetuju. Syazwan dan Syafiq menarik nafas lega.

*****

“Macam mana dengan Ah Long? Mereka ada buat kacau lagi tak?” tanya Iskandar apabila Syafira tidak lagi menangis.

“Ibu dah jual rumah taman tu untuk bayar duit Ah Long… Rumah ni pula rumah pusara…” terang Syafira.

“Sekarang Fir buat apa? Adik-adik Fir?” soal Iskandar lagi. Banyak yang perlu dikoreknya hari ini.

“Fir sekarang kerja di kedai bunga depan kampung… Wan mengajar di sekolah kampung ni…. Fiq pula ulang-alik dari kolej…” terang Syafira.

“Fir kerja apa di kedai bunga? Gubah bunga ke?” soal Iskandar tanpa henti, ingin menjerat Syafira.

Syafira ketawa perlahan. “Kesian bunga-bunga tu kalau Fir yang gubah… Fir kerja di bahagian akaun juga…”

“Sejak bila Fir suka Is?” soal Iskandar sambil tersenyum. Terluah jua soalan yang bermain-main di kepalanya.

“Erm.. sejak Is tolong Fir dari kena pukul dengan ayah…” Syafira menutup mulutnya apabila menyedari dirinya terjerat.

“Ooo.. dah lama dah…” Iskandar buat tak tahu. Syafira mengerling geram. Syazwan dan Syafiq yang sedari tadi bersembunyi, ketawa kuat. Terkejut beruk Syafira melihat adik-adiknya. Iskandar yang sudah tahu akan kehadiran adik-adik Syafira hanya tersenyum.

*****

“Ayah minta maaf Fir…” ujar Encik Azlan perlahan sambil diiringi seorang anggota polis. Dengan pengaruh Datuk Kamal, Encik Azlan diberi pelepasan selama 1 jam untuk menikahkan sendiri Syafira dan Iskandar.

“Fir sudah maafkan ayah… ayah tetap ayah Fir…” Syafira menyalami ayahnya. Terasa tenang hatinya kini setelah memaafkan ayahnya.

“Is, ayah percayakan Is… jaga anak ayah baik-baik.. lindungi dia, ibu dan adik-adiknya.. ayah telah hancurkan harapan mereka…” pesan Encik Azlan kepada menantunya, Iskandar. Encik Azlan tahu, sebenarnya Iskandarlah yang meminta dirinya untuk menikahkan puterinya itu. Syafira pada mulanya tidak setuju akhirnya bersetuju setelah dipujuk oleh Iskandar.

“Insya-Allah, ayah.. maafkan Is juga ayah, sebab tumbuk…” Iskandar tidak dapat meneruskan ayatnya.

“Kamu tak salah. Kalau bukan kerana kamu, apalah nasib puteri ayah sekarang.. maafkan ayah Is, Fir..” sekali lagi Encik Azlan meminta maaf. Kemudian dia berlalu pergi menemui bekas isterinya; Puan Aini, dan anak-anaknya; Syazwan dan Syafiq.

“Terima kasih bang, hati Fir rasa lapang sangat… Betul kata abang, memaafkan memang susah, tetapi apabila kita dapat memaafkan, tak ternilai kesannya…” ujar Syafira perlahan. Iskandar menyeka air mata isterinya.

“Walau apa pun yang terjadi, dia tetap ayah Fir… dan abang minta Fir berilah ayah peluang kedua.. Setiap orang tidak terlepas dari membuat salah… Abang pun pernah buat salah…” nasihat Iskandar. Syafira mengangguk. Bangga dia mempunyai suami seperti Iskandar. Dia memandang ibu dan ibu mertuanya yang sedang berbual dengan tetamu yang hadir.

“Kak, abang.. jom tangkap gambar family…” Syafiq menggamit tanggan ke arah Syafira dan Iskandar. Syafira mengangguk sambil menarik tangan Iskandar lalu mendekati keluarganya dan keluarga mertua yang sedang menanti kehadiran dirinya dan suami.

Usai menangkap gambar, pasangan pengantin mula beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Tiba-tiba Syafira terpandangkan rakannya, Linda.

“Tahniah Fir… akhirnya tiba juga jodoh kau…” ujar Linda yang hadir sambil ditemani suaminya, Rashdan. Rashan bersalaman dengan Iskandar.

“Thanks Lin sudi hadir walaupun perut dah besar macam ni.. Abang, inilah Linda..” ujar Syafira sambil mengusap perut Linda yang sudah 7 bulan hamil anak pertama. Iskandar hanya tersenyum memandang sahabat isterinya itu.

“Kenduri kau, wajib aku datang…” balas Linda sambil menggenggam erat tangan Syafira. “Eh, kau dah makan ke?” tanya Syafira. Linda menggeleng kepala.

“Aku nak jumpa kau dulu… Makan, bila-bila aku boleh makan.. Is, jaga kawan saya ni elok-elok.. Kalau awak buat kawan saya ni sedih, saya boleh rasa tau… Kami ni ada telepati.. Fir sedih, saya pun boleh rasa sedih..” ajar Linda serius. Syafira terharu mendengar pesanan Linda kepada suaminya.

“Uih, tak kan saya nak bagi dia sedih.. penat tau saya nak dapatkan kawan awak ni..” seloroh Iskandar. Rashdan ketawa perlahan mendengar balas Iskandar.

“Saya tahu… Dia ni memang keras kepala sikit.. Degil…” kutuk Linda. Syafira menjegilkan matanya.

“Orang yang cakap tu pun sama ja…” sampuk Rashdan. Syafira ketawa kuat melihat perubahan muka Linda.

“Rashdan, Lin.. korang makan dulu ya.. aku nak ke sana sekejap..” ujar Syafira.

“Jemput makan Rashdan, Linda..” ujar Iskandar pula.

Syafira dan Iskandar melangkah ke hadapan khemah lalu memotong kek untuk dibahagikan kepada tetamu yang hadir.

“Terima kasih Kak Long, Bang Long… Sedap kek laici ni…” puji Syafira sambil memandang Zatul dan Syamsul. Terdapat buah laici di bahagian dalam kek fondant yang sebesar meja belajar itu.

“Kek ni khas untuk adik ipar Kak Long..” balas Zatul sambil memegang tangan anaknya, Haikal. Syafira menghulur pinggan berisi kek kepada Haikal.

“Hah, Haikal.. ni Mak Su.. isteri Pak Su…” kata Iskandar kepada anak buahnya. Haikal tersenyum memandang Syafira. Syafira menarik tangan Haikal perlahan untuk bersalaman. Haikal ketawa.

“Is, lepas ni dah tak boleh nak lepak-lepak dah… Buang perangai budak-budak tu.. Dah boleh jadi bapak orang dah…” usik Syamsul sambil menepuk bahu adiknya lalu meninggalkan pasangan itu. Zatul dan Haikal mengekori Syamsul ke meja makan.

“Kak Long duduk dulu.. Si kecik ni nak makan kek…” sempat Zatul berkata kepada Syafira. Syafira tersenyum sambil mengangguk.

“Along ni.. rosak mood la…” Iskandar mencebik.

“Betul la apa yang Bang Long cakap tu.. Kena matang sikit…” sengaja Syafira berkata sedemikian. Iskandar menjeling isterinya.

“Yer lah.. kita ni budak-budak lagi.. tak matang..” rajuk Iskandar.

“Ish.. Ish.. huduhlah buat muka macam tu.. suami siapalah ni…” Syafira masih mengusik suaminya. Iskandar yang melayan usikan Syafira mula menjeling.

“Abang ni.. malulah.. cuba tengok, orang dah gelak…” pantas Syafira bersuara apabila perasan senyuman para tetamu yang hadir.

“Biarlah.. kita ni kan budak-budak lagi…” balas Iskandar selamba. Syafira tidak daa menahan ketawa melihat wajah suaminya.

“Abang ni.. Fir lawak ja lah… Fir bangga tau dapat suami macam abang.. kalau serius 24 jam, tak normal tu..” ujar Syafira lagi.

“Kira abang normal lah ni…” tanya Iskandar. Syafira ketawa perlahan mendengar soalan suaminya. Syafira bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Iskandar. Ibunya dari tadi tidak menang tangan melayan tetamu yang hadir sambil dibantu ibu mertua dan ayah mertuanya. Adik-adiknya pula masing-masing sibuk melayani rakan yang hadir pada majlisnya. Manakala Bang Long dan Kak Longnya sibuk melayan kerenah si kecil Haikal. Syafira gembira melihat orang yang dia sayangi tersenyum bahagia hari itu.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

98 ulasan untuk “Cerpen : Jodoh Kau Adalah Aku”
  1. 1234 says:

    best lah.. ar ah, memang banyak sgt watak smpi otak pon biul. Tapi best apa. Hohoho

  2. NurAnis says:

    wow best cita,,hehe mengalir air mata..teruskan menulis ya,,good luck.

  3. norsofia_smile says:

    siyezz..memang best sangt..good job writer..;)

  4. nisha says:

    Best.gaya penulisan sgt matang.xdela bosan nk bce

  5. missdimple says:

    nice story :) thumbs up.

  6. annaf says:

    bolehlah,tapi panjang gila .jenuh skip saya

  7. best baca cerita nie

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.