Cerpen : Jodoh Ramadhan

20 December 2014  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Syah Eida

Hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam berpuasa. Syukur Alhamdulillah kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan bulan penuh berkat. Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta makna buat diriku yang serba kekurangan. InsyaAllah.

Tahun ini seperti biasa aku berpuasa bersama mak dan abah. Adik-adik semuanya berada di tempat belajar masing-masing. Suami? Jodoh belum sampai.. Haish kawan-kawan semua dah kahwin dan beranak pinak. Tinggal aku je yang masih bujang trang tang tang..

Jam di dinding pejabat sudah menghampiri ke angka 4.45 petang. Lima belas minit lagi sebelum tamat waktu pejabat. Aku sudah berjanji dengan mak mahu balik memasak untuk juadah berbuka nanti. Memandangkan hanya tinggal aku, mak dan abah sahaja di rumah maka tak perlulah aku masak dalam kuantiti yang banyak. Melainkan keempat-empat orang adik manjaku itu pulang dari tempat belajar masing-masing.

“ Weh ni minggu last puasa nanti kita ada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim tau. Wajib! Pembekal-pembekal syarikat kita pun akan turut serta tau..” Hilmi menyampaiakan berita yang baru diterimanya daripada bos. Makanya ada yang seronok dan tidak kurang juga ada yang tidak suka mungkin kerana sudah ada perancangan balik kampung atau sebagainya ketika itu.

“Kau lagi wajibbbbbb pergi tau Najjah..” Aku mengangkat kening. Helmi cekak pinggang.

“Kau kan pekerja kesayangan bos..” sambung Helmi ala-ala lembut gitu. Aku hanya tersenyum mendengarnya. Kesayangan la sangat kan…

Setibanya di rumah, aku segera membersihkan diri serta menunaikan solat asar sebelum memulakan aktiviti memasak di dapur. Hari ini aku akan masak mee goreng mamak. Abah memang suka sangat makan mee mamak. Sejak berpencen ni jarang-jarang abah dapat menikmati mee goreng mamak di warung tempat kerjanya.

“ Mak dah kupas bawang dengan goreng cabai. Kamu tumis la ye..” Sempat juga mak kupaskan bawang. Ini yang buat aku sayang sangat kat mak ni.

“Mak pi rehat dulu la.. Biar kakak buat semua ni..” Aku membantu mak ke ruang tamu. Membiarkan mak menonton televisyen bersama abah.
“Najjah.. mak usu kamu datang tadi. Dia tanya nak tak dia tolong carikan calon suami untuk kamu?” Sudah masuk dua kali mak usu menawarkan untuk mencari jodoh. Bukannya aku tak mahu tetapi entahlah…

“Tak nak lah mak..” Mak memandang abah yang sedang asyik memonton rancangan Jejak Rasul itu. Pastinya mak ingin menyampaikan rasa kekecewaannya kepada abah. Namun abah hanya buat tak tahu sahaja.Hihii

Abah sebenarnya tidak kisah soal jodoh kahwin kami adik beradik. Cuma pesan dia carilah yang betul-betul sesuai dengan kami dan baik. Tapi dalam usia yang semakin menghampiri ‘three series’ ni takkan aku tak teringin nak berlaki kan. Mesti mak dengan abah sunyi tak ada cucu.
**********

2 Ramadhan.

Aku membelek-belek baju kurung di dalam butik itu sebelum seorang jurujual mengambilnya dari gantungan. Alahai baru nak berkenan dah ada orang cop ke..huhh

“Maaf cik. Baju ni dah ada yang beli.. Itu encik di sana..” Tunjuk jurujual itu ke arah seorang lelaki yang memakai kemeja lengan panjang di kaunter pembayaran itu. Lelaki itu kemudian memandang ke arah kami. Wow hensemnya.. Najjah ooii, bulan puasa jangan buat hal.

Lelaki tadi kemudian datang ke arah kami. Pastinya dia ingin mengambil baju yang dibelinya tadi daripada jurujual.

“ Ni bajunya tuan..” Beg kertas bertukar tangan. Aku hanya melihat dengan perasaan penuh hampa. Yela dah lama aku dok intai baju tu. Tapi dek kerana belum cukup bajet aku tangguhkan dulu hasrat nak beli baju kurung limited edition tu. Hai sungguh kecewa…

“Err.. cik pun berkenan dengan baju ni jugak ka?” Soal lelaki itu dengan tiba-tiba.

“Ehh takpe.. tak ada rezeki saya..” Lain yang di tanya lain pula yang aku jawab. Macam nak meraih simpati pulak kan.

“Kalau cik sudi saya gantikan dengan yang lain..” Betul ke apa yang aku dengar ni? Ke aku tengah bermimpi ni. Najjah jangan Najjah.. buat malu saja ok.

“Eh tak apa encik.. saya cari yang lain dan saya bayar sendiri..” jawabku dengan penuh kejujuran.

Akhirnya aku dapat blous free hari ni. Memang pandai memujuk mamat tu sampai aku ‘cair’. Opss bukan cair jatuh cinta ok..
**********

5 Ramadhan.

Selesai membeli barang dapur, aku menolak troli ke kaunter pembayaran. Nadia pula sudah lesap ke kedai buku. Adik aku yang sorang ni memang ‘hantu buku’. Pantang ada saja kedai buku mesti dia orang yang paling happy.. Terloncat-loncat macam budak-budak.

“Eh jumpa lagi..” Hai macam berjodoh pulak kan. Hiii

“Awak.. nak minta tolong kejap.” Katanya lagi sambil tersenyum malu.

“Ada apa..?” Tak pula nampak dia sedang di dalam kesusahan. Cuma yang aku perasan trolinya masih kosong.

“Teman saya beli barang kejap. Tak pandai la bab-bab ni..ni ada list sekali mama saya kirim..” Dia mengeluarkan sekeping kertas dari poket seluarnya.

“Ok kejap. Saya bayar dulu..” Tak tergamak pulak nak menolak permintaannya.

“Takpe saya bayarkan..” Pantas saja aku menolak. Banyak ke duit dia nak tolong bayarkan? Kelmarin pun cukup-cukup je duit dia tolong bayarkan baju untuk aku, nasiblah aku pilih blous RM 40 ja. Ish takkan nak suruh dia bayar lagi, jumpa pun baru dua kali. Kalau fikir balik macam seram je… Nanti tak pasal-pasal dia minta balas kebaikan dia dengan benda-benda tak patut habis la aku. Ya Allah aku tak berniat nak buruk sangka dengan dia.

Semua barang yang tercatat dalam list akhirnya selamat dibeli. Tiada satu pun yang tertinggal. Bukan main banyak barang yang di pesan oleh mamanya. Macam nak buat kenduri doa selamat saja.

“Biasalah mama saya tu. Asal semua balik berkumpul ada ja benda yang nak dimasaknya untuk berbuka.. special la sikit.” Aku membantunya memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta. Kereta kancil je ok. Macam tak muat pula aku tengok..

Melihat pada penampilannya, biasa-biasa saja. Katanya dia kerja kilang. Tapi orangnya hensem juga, ada iras pelakon Shukri Yahaya tu. Sukanyee.. Eh dah kenapa kau ni Najjah!

“Terima kasih awak. Oh lupa pulak nak kenalkan diri.. aishh. Em saya Khairul Lutfi. Panggil Lut boleh, Fie boleh.. nak manja lagi panggil abang pun ok ja..” Amboi dah pandai gurau kan.

“Saya Najjah. Najjah Fatiha.. Ok la awak, saya gerak dulu. Adik saya dah tunggu dekat kereta..”

“Ok. Till we meet again.. Selamat berpuasa.” Pandai pula dia cakap omputeh kan.

Aku menghampiri Myvi SE ku. Nadia kelihatan kepenatan.

“Lamanya kak. Penat tau.. Bagitau mak kot kak dating bulan-bulan posa ni..” Mula dah si Nadia buat perangai. Huhu.

“Dah jom-jom. Kita singgah beli kfc jap ok..” Aku cuba mengumpannya. Bukannya aku tak tahu si Nadia ni peminat setia ayam kfc.

Hari demi hari aku semakin rapat dengan Lutfi. Aku tidak kisah walaupun dia hanya kerja kilang dan berkerata kancil saja ok. Harta boleh dicari kan. Tapi yang penting kejujuran.

“Kau tu kerja elok, dia kerja kilang je. Mak kau tak kisah ke..” tanya mak usu.

“Najjah tak kisah la mak usu.. janji bahagia sudah la..” jawabku. Malas nak bertekak dengan mak usu. Pastinya dia sudah ada calon untukku.

“Sekarang ni semua nak pakai duit. Boleh ke dia sara kamu nanti. Silap-silap kamu yang sara dia..” Mak usu belum puas membuat bantahan.

“InsyaAllah Najjah yakin dia mampu..” Confident sungguh jawapan aku. Padahal aku dengan Lutfi baru berkawan saja.

Sebenarnya itu hanya alasan aku untuk mengelak daripada calon mak usu itu. Bukannya aku tak kenal dengan anak Datuk Kassim yang kaki perempuan tu.

“Kau memang tolak tuah Najjah. Aku punya cari calon baik untuk kau, kau tolak. Hai kak long, mimpilah kau nak dapat menantu kaya raya..” perli mak usu.

“Aku tak kisah Timah. Dengan sapa pun janji dia bahagia..” Yes nampaknya mak memihak padaku. Sayang mak.
************

19 Ramadhan.

Hari ini aku menemani Lutfi membeli baju melayu. Katanya nak aku yang pilihkan. Mengada-ngada pulak mamat ni kan.

“ Warna palevioletred ni sesuai untuk awak..”

“Ok saya try dulu..”

Akhirnya dia membeli baju melayu yang aku pilih tadi. Selesai membeli belah kami terus ke restoren untuk berbuka puasa. Nak belanja katanya. Tapi restoren yang kami masuk ini macam tempat orang-orang kaya saja.

“Awak.. mahal kot makan dekat sini.” Kesian Lutfi terpaksa menghabiskan duit gajinya demi untuk belanja aku makan di restoren mahal.

“Ala bukan selalu. Najjah dah banyak tolong Lutfi.. Lutfi seronok dapat kawan macam Najjah.” Kawan je ke? Huhuhuu.

“Lagipun mungkin ni kali terakhir kita boleh keluar macam ni..” sambungnya lagi. Wajahku mulai berubah.

“Lutfi nak kahwin lepas raya ni.” Benarkan apa yang aku dengar ini? Rupanya selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan.
“Yeka.. tak bagitau pun..” Aku cuba menyembunyikan kesedihanku.

“Lupa nak khabarkan.. Tunang Lutfi study kat oversea.. sebab tu jarang dapat bersama.” Terasa diriku seperti dipermainkan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau ikutkan hati mahu saja aku beredar dari situ namun aku haruslah bersikap profesional.

Sampul surat berisi kad jemputan bertukar tangan. Menggigil tangan aku untuk menerimanya.

Salahku juga kerana terlalu cepat menyayanginya.

Malam itu aku menangis sepuas-puasnya. Hanya padaNYA tempat aku mengadu.
**********

26 Ramadhan.

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan lancar untuk fasa pertama ni. Tetamu kehormat hari ini adalah pembekal-pembekal untuk syarikat kami.

“Wow hensemnya mamat tu..” Henna menunjukkan ke arah seorang lelaki yang segak berbaju melayu warna pinkvioletred itu. Yang lain-lain turut memandang ke arah lelaki tersebut tidak terkecuali Helmi.

“Itu kita punya main supplier. Koramg kena layan dia elok-elok ok..” ujar Gina yang duduk berhadapan denganku.

“Selamat datang diucapakan kepada Encik Muhammad Khairul Lutfi Bin Datuk Khair..” Seperti pernah mendengar nama itu. Tapi di mana. Otakku ligat berfikir.. Oh ya Lutfi.. Terus sahaja aku memandangnya yang sedang berbual mesra dengan tetamu di meja sebelah.

“Selamat datang encik..” ucap Helmi selaku wakil di meja kami.

Aku hanya menundukkan wajah. Enggan dia mengecam ku.. sebenarnya sejak dia mengkhabarkan kepada bahawa dia akan berkahwin aku tidak lagi menghubunginya. Aku tidak kuat untuk menemuinya.

Rupanya selama ini dia bukanlah pekerja kilang seperti yang dikhabarkan.

“Apa khabar Cik Najjah?” Lutfi berhenti betul-betul di sebelahku. Jantungku mulai berdegup kencang. Dah kenapa mamat ni berhenti kat sini pulak.

“Err .. khabar baik cik..” Lidahku seakan kelu. Terasa janggal pulak berdepan dengannya.

“Jumpa kat luar nanti.. please..” bisiknya.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kelat.

“Wow.. dia kenal kau la.. dengan aku pun dia tak kenal walaupun selalu berurusan..” jelas Gina.

Selesai majlis, aku terus melulu keluar. Sebenarnya aku ingin lari daripada terserempak dengan Lutfi.

“Hai nak ke mana tu..” Lutfi menarik lembut lengan baju kebayaku. Aku terpaksa mematikan langkah.

“Kenapa nak dari dari Lutfi ni..”

“Err tak ada apa-apa.. saja.. awak kan dah nak kahwin. Tak manis kalau kita still berhubung..” jawabku ringkas.

“Awak memang suka buat keputusan terburu-buru kan.. Sampai hati awak buat saya macam ni..” Dah kenapa mamat ni, feeling pulak. Sepatutnya aku yang cakap macam tu.

“Jom kita bincang dekat tempat lain.” Dia sekali lagi menarik lembut lengan bajuku ke arah keretanya. Ingatkan kancil rupanya Evo.

“Cakaplah apa awak nak cakap..” terlepas terawih la nampak gayanya aku malam ni.

Kereta meluncur laju menuju ke dalam kawasan masjid.

“Kita solat dulu.. jangan nak lari pulak. Saya pegang beg tangan awak..” Jahatnya mamat ni. Huhu

Usai solat tarawih lapan rakaat, aku menunggunya di kereta. Beberapa minit kemudian dia datang bersama seorang lelaki dan wanita sebaya mak dan abahku.

“Mama papa, ni lah Nurul Najjah Fatiha .. bakal isteri Lutfi..” Terkejut aku mendengar pengakuannya.

“Apa kahabr auntie, uncle..” Aku bersalaman dengan mama Lutfi.

“Usah ber untie, uncle la .. panggil mama dan papa ja. Tak lama lagi nak jadi anak mama dengan papa jugak kan..” Aku semakin keliru. Permainan apakah ini..
**********

27 Ramadhan.

Aku memandang ke arah tasik yang terbentang luas itu.

“Saya dah jatuh hati dengan awak waktu mula-mula kita jumpa dulu lagi..” jelas Lutfi.

“Memang padan la muka saya kan sebab awak kenakan saya..” Mahu saja aku merajuk.

“Sapa suruh tak buka kad tu.. kan dah rugi, berbaldi buang air mata tu..” Aku sendiri lupa di mana aku simpan kad itu selepas malam terakhir pertemuan kami haritu. Rupanya sepupunya yang akan berkahwin. Kebetulan nama mereka hampir sama.

“Jahat tau awak ni.. dah la tipu saya kata kerja kilang, tu kereta kancil tu awak pinjam mana..?”

“Haha.. saja nak tengok awak ni macam mana orangnya. Nak pilih isteri bukan boleh pilih macam tu ja.. cantik saja buat apa.. Tup tup dia lari pulak kan.. Anyway kancil tu kereta pertama saya. Sayang nak jual..”

“Yela ingat memang awak nak kahwin.. serius je tengok.”

“Dah suka tak nak cakap.. kan dah sakit..”

Aku tersenyum malu. Ya Allah jika benar dia jodohku dekatkan dia denganku. Amin

“Ni nak tak dengan abang ni.. kot la Najjah dah reject abang..”

“Gatal..” Malunya aku.

“Tolong la garukan..haha” Boleh pula dia ketawa.
***********

Alhamdulillah akhirnya aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Khairul Lutfi Bin Khair. Ramadhan kali ini cukupe bemakna buat diriku. Hanya dengan perkenalan singkat kami bersatu mebina sebuah keluarga. Kepada mak, abah, dan adik-adikku Nazim, Nasuha, Najib, Nadia terima kasih sebab banyak beri sokongan pada kakak.

Syukur ya Allah. Sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang lagi maha mengasihi. Terima kasih ya Allah kerana telah makbulkan doaku.

“Termenung apa lagi sayang.. Jom masuk. Semua dah tunggu kita..” Lutfi menarik lembut tanganku.

“Abang.. terima kasih.” Lutfi mengangkat kening. Pipiku diusap lembut.

“For what? Abang terima sayang dengan seikhlas hati abang..” Diusap lembut jari jemariku.

“Kita bina keluarga kita bersama.. Dah jom, semua dah tunggu pengantin perempuan nak buka hadiah tu..”

Alunan lagu Cinta Hingga Ke Syurga nyanyian Amar dari corong radio di dalam kamar cuba ku hayati..

Sudah tertulis pertemuan ini
Fitrah insan kurnia Ar-Rahman
Kembara rusuk bertemu pemilik
Bersatu di atas lafaz yang suc
Kita pernah berjanji
Cinta ini selama-lamanya
Bukan sekadar di dunia
Bahkan hingga akhirat sana

Cinta hinggalah ke syurga
Apakah yang menjadi syaratnya
Kau dan aku saling mentaati
Menjunjung perintah-Nya

Cinta hinggalah ke syurga
Memang ada onak dan duka
Sabar pasti diberi ganjaran
Berpandulah sunnah rasul-Nya

Terimalah kekuranganku
Ku tak pedulikan apa celamu
Bersama mendamba kasih redha-Nya
Menuju kehidupan indah takkan berakhir
Destinasi cinta kita hingga ke syurga yang abadi

Ya Allah berkatilah ikatan perkahwinan kami ini. Semoga kebahagian menjadi milik kami hingga syurga. Amin

-Nurul Najjah Fatiha Binti Ahmad L.O.V.E Muhammad Khairul Lutfi Bin Khair-


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

27 ulasan untuk “Cerpen : Jodoh Ramadhan”
  1. Yuyui says:

    Torbaikkk !!! Keep it up . Xsama mcm cerpen2 yg dah pernah baca . Teruskan berkarya . Wish you luck writter :)

  2. chinta says:

    tersangat best

  3. liyana says:

    ni klau buat novel pun best ! 😀 keep it up!thumbs up to you!

  4. sha_era says:

    salam..best.. :)

  5. Normah Hashim says:

    Tahniah,seronok membaca nya terus kan usaha good luck

  6. imaizham says:

    ok..best…

  7. nanana says:

    Shukri yahya . . hehehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.