Cerpen : Karmila Emilia

26 December 2010  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : TinTa Biru

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Terkumat-kamit mulut aku menyanyi-nyanyi lagu Tomok ni. Best betul lagu ni. Suka sangat aku. Hihi
Ye la, menyanyi ni salah satu cara aku nak release tension. Ehh, tension ke aku ni. Tak pun. Aku cuma nak lari dari kesedihan. Malas la nak mengenangkan nasib diri aku ni. Kisah hidup aku ni sedih juga la, tapi aku tahu ada orang yang lagi sedih kisahnya dari hidup aku. Masa aku baru lahir je, mak ayah aku dah bercerai. Ayah ada perempuan lain. Mak pula tak suka aku sebab aku anak dia dengan ayah. Kalau boleh dia tak nak ada apa-apa kenangan pun dengan ayah. Mak aku pun kahwin lain. Kecil-kecil lagi aku dah duduk dengan nenek. Nasib baik la ada nenek yang menyara aku dari kecil sehingga la dah besar panjang ni. Sampai berjaya juga aku menjejakkan kaki ke menara gading walaupun dengan pinjaman PTPTN. Huhu

“Hoooiiiii”
“Opocot mak kau!!!. Ya Allah kau ni, terkejut aku tau tak. Agak-agak la, masuk tu bagi la salam dulu. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak bukan setakat 3 kali Jumaat, 1 kali Jumaat pun tak sempat” marah betul dengan gelagat Julia ni. Tambah sakit hati aku tengok dia tersenyum-senyum macam kerang separuh masak tu. Jenuh la aku mengurut-ngurut dada.
“Tu la kau Mila, aku bagi salam punya la kuat tapi kau ni aku tengok bukan main syok lagi layan lagu. Mana nak sedar aku masuk”
“Amboi, banyaknya shoping. Ni pakwe kau yang mana lak sponsor ni” sambil membelek-belek barang yang dibeli oleh Julia, roomate aku.
“Ala.. ni Hafiz yang beli. Budak senior tu. Tu la kau, rugi tak ikut. Aku ajak tadi tak nak. Ikmal member Hafiz tu kan syok kat kau. Kalau kau ikut kitorang tadi, dia pun mesti join sama”
“Malas la Jue, aku tak suka la keluar dengan orang sebarangan ni. Bahaya. Lagipun Ikmal tu buaya. Bukan setakat buaya darat, dah jadi buaya tembaga dah pun. Tak kuasa aku. Kau tu, hati-hati sikit. Bukan main berani aku tengok keluar dengan mana-mana lelaki. Loaded lak tu. Kau ambil duit diorang, takut nanti tergadai body” mula la aku berceramah persis Ustazah tak bertauliah ni. Tak tau nak nasihat macam mana lagi dengan si gadis cantik yang materialistik ni. Dah berbuih-buih mulut aku.
“Dah berapa kali aku cakap kat kau Mila, jangan campur hal aku. Aku tau la jaga diri aku. Tengah orang nak kat aku ni la aku gunakan diorang. Alaaa, lagipun tak luak duit diorang belanja aku. Lagipun bukan duit diorang, duit mak bapak diorang”
“Sebab duit mak bapak diorang la.. lagi kau tak boleh buat cam tu. Sian kat mak bapak diorang penat-penat cari duit tapi anak-anaknya perhabis buat joli tak tentu hala. Kau ingat senang ke nak cari duit”
“Alaa.. ada aku kisah. Lagipun mak bapak diorang tu datuk-datuk, datin-datin. Apa salahnya aku poww anak diorang. Aku pun pandai pilih la” gerutu Julia sambil mencapai tuala
Dummmmmm
Pintu bilik ditutup kuat. Mak oii minah ni, marah kat aku la tu. Setiap kali aku bagi ceramah je, mesti jadi camni. Nampaknya aku ni kena ambil kursus kaunseling ni, baru boleh nak tarbiah orang. Hmmm,
dah la, malas nak fikir masalah orang. Tidur lagi baik.

Ala Liza ni tak datang pula. Terpaksa la aku keseorangan hari ni. Selalunya kalau ada kelas mesti aku selalu pergi dengan Liza. Tak sihat pula sahabat baik aku ni.

Buupppp
“Adoooiiii sakitnya bontot aku ni”
Macam mana pula boleh tak perasan tangga ni. Dah macam nangka busuk aku jatuh. Mana taknya sambil berjalan sambil menaip mesej untuk Liza. Huhu, malu siot. Muka ni tak tau la merah takat mana dah. Dah rasa tebal berapa inci pun ada. Aku yang berbaju kebaya ni kontrol ayu menuruni tangga dan terus mencapai kasut tumit tinggi yang dah terpelanting ke depan. Apasal la banyak tangga kat Fakulti Sastera ni. Mana taknya, tanah tak sama tinggi. Aku tengok sekumpulan pelajar di pondok tergelak-gelak ternampak aku jatuh. Eeee geramnya aku. Tak pernah tengok orang jatuh ke. Jakun. Tambah geram bila tengok Ikmal pun gelak sama. Menyampah

“Haaaii makan sorang je, boleh join sekali”
“Kalau rasa tak malu duduk la”
Memang tak malu betul si Ikmal ni. Aku pelawa ajak-ajak ayam aje, dia duduk betul-betul pula kat depan aku ni. Isshhh ni yang buat aku tak selera nak makan ni. Aku setakat memain-mainkan mee goreng di pinggan. Selera aku hilang tiba-tiba, tadi bukan main perut aku ni berdendang lagu yang cukup rancak. Semua jenis rentak ada. Menandakan lapar yang teramat sangat. Serentak aku mengangkat muka.
Zuuppppp.. berderau darah aku. Ikmal dari tadi asyik memerhatikan aku sambil tersenyum. Ntah apa yang difikirkannya aku pun tak tahu.
“Kenapa tak makan”
“Dah kenyang” aku menjawab bodoh. Aku tak boleh la nak makan depan kaum Adam ni. Gemuruh sikit.
“Malu ke?”
Aku diam tak terkutik. Cepatla si Ikmal ni pergi. Dah banyak kali dia kacau aku. Tak jemu-jemu. Aku pula naik bosan. Mungkin dia nak mencuri sekeping hati aku yang tersimpan hanya untuk insan bergelar suami. Aku tak suka nak bercintan-cintun ni. Aku lebih suka cinta lepas kahwin. Ntah la, aku ni pelik sikit. Tambah pula si Ikmal ni. Banyak aku dengar cerita pasal dia. Sekejap dengan perempuan ni, esok dengan orang tu, lusa dengan awek lain pula, asyik tukar-tukar jer. Ingat macam tukar baju ke. Tau la ada pakej, rupa ada, anak orang kaya pula tu. Tapi aku tak suka la.
“Malam ni kita keluar nak. I belanja u makan, tengok wayang sekali kalau u nak”
“Tak pe la, terima kasih jer. Saya tak suka keluar malam-malam”
“Kalau macam tu, kita keluar petang ni. Boleh”
Eeee tak reti-reti bahasa betul la mamat sorang ni. Aku kata tak nak keluar tu tak nak la, tak kira la siang ke malam ke.
“Tak pe la, saya tak nak”
Malas nak layan Ikmal, aku terus mengangkat punggung dan berlalu. Ikmal terkebil-kebil memandang aku pergi cam tu je.

“Hai Cik Mila. Malam ni kita keluar sama boleh?… soal Ikmal sambil jalan beriringan denganku
“Maaf la, saya nak cepat ni” aku bergegas menuju ke kelas.
Dah la terlambat nie, Si Ikmal ni pulak tak habis-habis nak mengacau. Bosan betul.
“Mak aii sombongnya kau ni kenapa. Dah banyak kali aku try nak tackle kau. Kau jual mahal pulak yea. Dah lama aku sabar dengan kau ni.” marah Ikmal sambil merentap kasar lengan aku.
“Lepas la, sakittt.. Aku pun dah lama sabar dengan kau tau tak. Kau tak faham ker aku tak suka dekat kau, so please jangan ganggu aku lagi. Dah tak de keje lain ke asyik nak mengacau orang jer. Bosan la, tolong la, tolong.Lebih baik kau keluar dengan makwe kau yang bersepah tu. Buat pe nak cari aku.”
Geram betul aku, suka hati mak nenek dia je nak rentap lengan aku.
“Kau ingat aku nak sangat ke dengan kau. Bukannya cantik pun. Budak kampung cam kau ni sebelah mata pun aku tak pandang tau tak. Aku saje je nak test kau. Perasan nak mampus”.
Paaapp.. Tak sangka aku memberinya hadiah yang maha hebat.
Saat ini semua mata tertumpu ke arah kami berdua. Bukannya tak malu dengan situasi tersebut, tapi aku dah tak tahan dengan Ikmal yang sering mengganggu aku. Hari ini semua yang terbuku diluahkan. Rasakan penangan tapak tangan aku ni. Mesti sakit, sebab tangan aku pun bukan main pedih lagi.
Aku tengok Ikmal berlalu pergi dengan perasaan marah. Ahhh lantak la, ingat kau saja yang tau marah.

Aku terjaga dari lena. Kepala yang berat tadi dah semakin ringan. Mungkin sebab dah puas tidur.
“Haaa…. aku kat mana ni”
Pelik aku tengok keadaan diriku yang tanpa seurat benang, dan…
“Ya Allah, apa dah jadi dengan aku ni”
“Aaa dah bangun pun sayang. Dah puas tidur” Ikmal tersenyum memandang aku.
“Jantan tak guna” aku menangis teresak-esak. Dah macam anak kecil yang kematian ibu.
“Apa kau dah buat dekat aku. Kau memang jantan sial”
“Tak kan kau tak tau apa aku dah buat dekat kau. Aku rogol kau. Hahaha. Baru padan muka kau. Orang macam kau,ni la cara nak mengajarnya. Tapi aku tak puas lagi, kalau boleh hari-hari aku nak kerjakan kau. Hahaha”.
Aku bingkas bangun menyarung pakaian, mencari pintu keluar dan lari sekuat hati sambil menangis.
Aku dah tak ingat apa-apa. Kepala otak aku jammed, blank, kosong. Yang aku ingat makan Mc D dengan Julia, pastu aku pening, and then……
Ya Allah, Julia.. Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku menangis lagi dan lagi.

“So macam mana perasaannya jadi pengantin baru. Tak sangka aku akhirnya aku dapat juga kahwin dengan kau” Ikmal tersenyum memandang aku.
“Kau jangan ingat aku rela hati nak kahwin dengan kau, kau yang rancang semua ni kan”
“Dah, dah, jangan banyak cakap. Yang penting sekarang kau dah sah jadi bini aku. So lepas ni kau taulah nasib kau hidup dengan aku”
“Kau jangan nak apa-apakan aku. Cukuplah dulu kau dah rosakkan aku. Sekarang aku takkan bagi kau sentuh aku walaupun seinci. Kau faham tak”
“Oooo dah pandai main kasar” kata Imran sambil merangkul pinggang aku ke sisinya.
Tak sangka yang aku akhirnya menjadi isteri kepada orang yang merosakkan aku. Bertahun-tahun aku cuba melupakan kisah hitam tersebut, alih-alih aku kahwin dengan Ikmal. Rupa-rupanya mak aku orang gaji kat rumah Ikmal. Yea la mak ayah Ikmal dah lama meninggal. Mereka berpakat mengenakan aku sehingga ditangkap basah. Apa punya mak ni, kalau tak sayangkan aku pun, tolong jangan buat hidup aku merana. Dapat ganjaran banglo sebuah terus sanggup perangkap aku. Walaupun dah kena tangkap basah aku still tak nak kahwin dengan Ikmal. What the hell, dah hilang akal apa nak kahwin dengan orang yang dah menghancurkan masa depan aku. Tapi time tu la pula ayah yang tidak pernah aku kenal masuk campur. Paksa aku kahwin demi menjaga nama keluarga. Apa diorang ni, semua mula nak sibuk pasal aku. Sebelum ni tinggalkan aku sorang-sorang. Huhu, hati aku menangis pedih. Yang Ikmal pula mengaku bersalah dan berjanji akan mengahwini aku. Hati aku menjerit ingin lari dari kekalutan ini. Aku difitnah, difitnah.
Ikmal tersenyum melihat aku meronta-ronta minta dilepaskan.
“Ouwww” jerit Ikmal
Haa padan muka kau. Sakit hati, aku gigit lengan dia kuat-kuat dengan gigi aku yang tajam ni.
“Aku dah cakap kau jangan sentuh aku. Kau tak de hak. Aku benci dengan kau Ikmal, benci”
“Tak de hak kau cakap. Sedar diri tu sikit. Kau tu dah sah jadi bini aku. Sedangkan sewaktu dulu pun kau dah jadi milik aku. Kau dah lupa ke”
“Jadi milik kau tanpa rela Ikmal. Dan sekarang pun aku tak rela tapi terpaksa. Aku takkan lupa Ikmal. Sampai bila-bila pun aku takkan lupa apa yang kau dah buat pada aku”
Aku melangkah keluar sambil menghempaskan pintu bilik. Dada terasa sesak. Apalah nasib badan. Lepas satu satu dugaan yang berat perlu dilalui.

Badan terasa letih. Penat baru balik temuduga. Harap-harap dapat la jawatan tu. Kalau nak diikutkan boleh je aku tak kerja, Ikmal tu boleh sara aku. Dia kan suami aku. Suami..hmm aku tak anggap pun dia suami aku. Tidur pun asing-asing. Dia kat tingkat atas, aku kat bawah. Dia pernah suruh aku tidur sebilik dengan dia, tapi tak ingin aku. Nak mampus. Bila dia balik kerja aku masuk bilik, kunci pintu. Bila dia pergi kerja baru la aku keluar bilik. Pendek kata, walaupun duduk sebumbung tapi tak pernah bersemuka. Biarkan dia merana. Tapi kadang-kadang aku rasa berdosa pula, yea la suami aku tu. Tapi ntah la, kadang-kadang aku rasa sebaliknya. Bila tengok muka dia aku teringat peristiwa hitam tempohari. Aku tak nak tinggal kat rumah mewah dia ni, tapi dia buat spoil sampai tuan rumah halau aku keluar. Majikan kat tempat aku kerja dulu pun bagi aku notis suruh berhenti. Apa punya pengaruh besar si Ikmal ni aku pun tak tahu la. Hmmm tak larat dah nak fikir masalah yang menggunung, lebih tinggi dari Gunung Everest aku rasa. Arrgghhh. Mengantuknyer.

Ikmal membuka pintu, tak berkunci. Di sofa dia terlihat Mila sedang tidur dengan nyenyaknya. Dah berbulan kahwin ni baru dia dapat melihat muka Mila. Ikmal tersenyum mempunyai rencana tersendiri.

Aku menggeliat membetulkan urat-urat belakang. Terasa lega. Setelah membuka mata, aku panik.
“Ya Allah, sekali lagi”
“Ikmal.. Ikmal.. mana kau” jerit aku kuat apabila melihat Ikmal tiada di bilik. Dari bilik air kedengaran Ikmal menyanyi-nyanyi kecil. Suka la tu.
Aku cepat-cepat menyarung pakaian. Dalam hati ni membuak perasaan marah. Macam mana aku boleh tak sedar apa yang dia buat pada aku. Tu la, kalau tidur memang tidur mati. Gempa bumi pun tak sedar agaknya.
Ikmal keluar dari bilik air. Cuma bertuala dari pinggang ke lutut. Seksi. Terpana sekejap aku melihatnya. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Tak boleh jadi ni, cepat-cepat aku mengatur langkah kaki menuju pintu bilik. Secepat kilat juga tapak tangan Ikmal menggenggam lembut lengan aku. Tidak kasar seperti waktu di kampus dulu.
Apa hal mamat ni. Tak cukup-cukup lagi ke.
“Thank you sayang” bisik Ikmal di telingaku. Cukup membuatkan bulu romaku terpacak 90 darjah.
“Kan aku dah cakap aku tak rela. Aku tak suka kau buat aku macam ni. Kau faham tak” aku kuatkan semangat mengatur kata-kata. Tiba-tiba pula lutut aku rasa lemah apabila berhadapan dengan dia.
“Maafkan abang. Lepas ni abang akan tunggu sampai sayang sendiri yang rela. Walaupun penantian itu memakan masa yang lama”
Isshhh mamat ni, berjiwang karat pulak dengan aku.
“Abang minta maaf fasal kejadian dulu. Semua tu terjadi sebab abang nak balas dendam semata-mata, ditambah pula dengan cabaran dari kawan-kawan. Abang minta maaf, abang menyesal”
Hisshhh.. senang betul dia bermain kata-kata. Dah habis madu aku dia ambil, senang-senang nak minta maaf. Sampai mati pun aku tak kan maafkan dia. Lebih baik aku berambus cepat-cepat dari sini. Sepantas kilat aku melarikan diri, masuk bilik dan kunci pintu.

“Sila Cik Mila, saya kenalkan dengan staf-staf yang lain”
Aku mengekori Rina, setiausaha Encik Rashid. Lepas seorang, seorang staf di situ dikenalkan.
Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang agak familiar. Macam kenal je. Eh betul ke ni. Tak mungkin, tapi , ehhh memang dia la. Sejenak kenangan lama berlegar di ingatan.

“Mila, emmm aku nak cakap sikit dengan kau boleh”
Aku yang tengah mengemas beg nak balik rumah ni menoleh ke muka Haiqal yang bersih
“Ada apa Qal. Kalau tak de hal penting, cakap esok je la. Aku nak cepat ni, nanti terlepas bas pula”
“Tunggu sekejap la Mila. Lepas ni tak tau bila aku ada peluang nak cakap dengan kau”
“Apa dia cepat la”
Apa la mamat sorang ni, nak cakap pun teragak-agak. Dah la tinggal aku dengan dia je kat dalam kelas ni. Karang kena tangkap dengan Cikgu Disiplin, tak ke nahas. Eee minta simpang la. Member-member study group aku yang lain semua dah balik. Tinggal Haiqal ni sorang je la
“Sebenarnya…sebenarnya…”
“Sebenarnya apa”
“Sebenarnya aku dah lama suka kat kau” lega Haiqal setelah meluahkan isi hatinya yang terbuku selama ini
Aku pula yang terkulat-kulat menahan malu.Biar betul mamat ni.
“Aku sayang kat kau Mila. Lebih dari seorang sahabat, dan kasih sayang aku pada kau tu ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam. Aku harap kau dapat terima aku”
Merah muka aku rasakan. Dup dap dup dap jantung aku bergerak laju, selaju ERL ke KLIA tu.
“Aku minta maaf la Qal. Sebenarnya aku pun tak tahu nak cakap apa, tapi yang pasti pintu hati aku ni belum terbuka untuk bercinta. Cinta dan hati aku ni hanya aku akan berikan kepada insan yang bergelar suami aku nanti. Itu lebih bermakna dan memberi erti kepada aku”
Fuuhhh bukan main keluar ayat power aku. Tak sangka pandai pula aku bermadah pujangga ni.
“Kalau aku yang jadi suami kau macam mana”
“Isshhh kau gila ker, kita ni STPM pun belum habis lagi, dah ada hati nak cakap pasal kahwin”
“Maksud aku bukan sekarang, tapi seandainya aku memang ditakdirkan untuk kau”
Yea ke, termalu aku. Ingatkan dia ajak aku kahwin sekarang. Ish ish, mengarut betul la kau ni Mila.
“Kalau ada jodoh tak ke mana Qal”

“Cik Mila, Cik Mila” laungan Rina mengejutkan aku.
Jauh betul aku mengelamun
Haiqal yang dari tadi memerhatikan aku tersenyum manis. Aku membalas senyumannya.
“Ini Encik Haiqal, Pengurus kat sini”
“Haiqal” sambil menghulur tangan untuk berjabat
“Karmila Emilia” aku membalas
“Tak sangka ye, dapat kerja dalam satu company. Tu maknanya memang ada jodoh tu”
Ada jodoh. Ye ke, aku mencebik. Padahal aku dah bergelar isteri orang pun. Huhu

Aduh.. tengah-tengah malam ni lapar pula perut. Tu la, tadi diet sangat, orang pelawa makan tak nak.
Teringat pelawaan Haiqal tengahari tadi. Sekarang perut dah berirama dah ni. Nak keluar tapi takut pula kalau Ikmal ada kat luar. Dah tido kot dia tu, yea la dah pukul 2 pagi ni, takkan la tak tidur lagi. Esok kan nak kerja. Emmm belasah jer la, perut yang memainkan lagu keroncong ni perlu diisi.
Terhendap-hendap aku keluar dari bilik menuju ke dapur. Aduiii lapar betul la. Aku membuka peti ais. Tak ada apa yang menarik untuk dimakan. Yea la, aku jarang memasak di rumah. Kalau memasak pun untuk diri aku sendiri jer. Tu pun masak yang sempoi-sempoi jer. Ikmal tu aku tak pernah tanya pun dia dah makan ke belum, nak makan apa ker. Jauh sekali aku nak memasak untuk dirinya. Pandai-pandai la dia nak hidup. Kadang-kadang kesian pula. Dulu mak aku yang memasak untuk dia, tapi sekarang Ikmal dah tak ambil orang gaji. Aku pun tak tahu kenapa.
“Emmm, maggi pun maggi la. Dah tak tahan dah ni”
Aku memakan dengan lahap. Macam sebulan tak makan. 2 bungkus pulak tu.Banyak betul aku makan. Hihi. Selesai, aku membancuh air pula. Pagi-pagi buta ni pekena secawan milo panas,, fuuhhhhhh..Best… terangkat
Tiba-tiba terasa sesuatu menjalar di pinggang aku. Secepat kilat aku memusingkan badan ke belakang.
Berderau darah aku melihat Ikmal berdiri betul-betul di hadapan aku sambil kedua tangannya memegang pinggang aku. Matanya kuyu memandang. Jantung aku dah tak tau nak cakap lajunya. Apahal pulak ni. Jangan jadi benda yang bukan-bukan sudah. Dah la aku pakai seksi ni, baju tidur satin setakat lutut, tanpa lengan lak tu. Alahaii.
“Abang nak cakap sikit”
Aku diam membisu.
“Susah sangat abang nak jumpa dengan sayang. Balik kerja je suka mengurung diri. Dah tak terlarat abang menanggung rindu ni. Kalau nak ikutkan, abang boleh je buka pintu bilik sayang dengan kunci pendua, tapi abang tak nak buat kesilapan lagi. Benci sangat ke sayang pada abang. Tak boleh ke bagi abang peluang untuk menebus kesilapan lalu”
Benci, memang aku benci pada kau. Benci pada lelaki yang telah merampas sesuatu berharga milikku. Peluang, ntah la susah bagiku untuk memberikan Ikmal peluang. Hatiku telah tertutup untuknya. Akibat kesilapannya di masa lalu. Memang aku suka nak bercinta lepas kahwin, teringin untuk bercinta dan dicintai, tapi bukan dengan Ikmal. Hatiku seolah-olah tertutup untuknya. Malas nak fikir banyak, lebih baik aku cabut dari sini.
“Sayang, sayang”
Panggilan Ikmal tak ku peduli.

********************
-Ikmal-

Ikmal resah di dalam bilik. Pusing ke kiri tak kena, pusing ke kanan serba salah. Dia tahu, dia dah jatuh cinta dengan Mila, isterinya. Dan perasaan rindu, sayang dan cintanya itu sudah tidak dapat dibendung lagi. Dah macam orang angau. Jika dulu, tujuan utama dia berkahwin dengan Mila adalah untuk membuatkan Mila merana, tapi sekarang dia yang merana. Oh Tuhan, mungkin ini balasan atas perbuatan ku dulu. Ikmal berasa menyesal kerana dulu dia terlalu mengikut nafsu marah dan dendam sehingga sanggup memperkosa Mila. Perasaan bersalahnya semakin menebal di dalam dada. Jika dulu dia boleh bersabar dan tak jemu memikat Mila, mungkin dia berjaya memiliki sekeping hati yang suci itu. Tapi sekarang walaupun Mila berjaya dimiliki dengan ikatan perkahwinan, namun hatinya semakin jauh dibawa pergi. Ikmal memejam mata. Memikirkan apa kesudahan hubungannya dengan Mila. Namun dia bertekad untuk memiliki hati Mila walaupun terpaksa menunggu bertahun lamanya.

*********************
“Mila ok ke ni, Qal tengok cam tak sihat je”
Mee goreng di pinggan ku tolak ke tepi. Kepala yang dari tadi berdengap ku picit-picit. Pening. Apahal pula dengan aku ni, tiba-tiba je sakit kepala. Kalau tak silap aku, keturunan aku tak de pula yang magrain. Aduii, sakitnya makin menjadi-jadi ni. Rasa macam ada banyak bintang berpusing-pusing atas kepala aku.
“Jom, Qal bawa ke klinik”
Haiqal ingin memapah aku. Malas pula nak menyusahkan dia, takut termakan budi. Nak suruh hantar balik, takut terserempak dengan Ikmal pula. Ehh lupa pula, hari ini kan kerja, mesti la dia tak ada kat rumah.
“Tolang hantar Mila balik boleh tak”
“Boleh, tapi sebelum tu kita pergi klinik la dulu”
“Tak pe la, terus hantar Mila balik”
Ngeri aku dengar perkataan klinik ni. Fobia aku dengan jarum, ubat dan doktor. Takut, tak suka pergi klinik, hospital. Kalau aku sakit demam sekalipun, aku takkan pergi klinik atau makan ubat. Sanggup berselimut tebal-tebal sampai baik. Teruk betul aku ni kan. Macam budak-budak pula. Hihi.

Haiqal memberhentikan kereta di hadapan rumah. Pelik, Honda Accord milik Ikmal ada di perkarangan rumah. Tak kerja ke dia hari ini.
” Kenapa ni sayang” Ikmal meluru ke arah aku dengan wajah cemas berbaur cemburu.
Mata mereka bertentang dengan seribu persoalan. Aku serba salah.
“Saya Ikmal, husband Mila” Ikmal menghulur tangan tanda persahabatan
“Haiqal, office mate Mila” Haiqal tersenyum hambar menyambut huluran salam Ikmal
“Tak pe la, saya minta diri dulu”
“Terima kasih sebab hantar isteri kesayangan saya ni balik ke rumah”
“Sama-sama. Tak jadi masalah pun”
Haiqal tersenyum tawar sambil memecut keretanya laju. Aku rasa menyesal pula suruh dia hantar aku balik. Tapi Ikmal ni kenapa pula tak kerja. Kalau tak, mesti tak bertembung. Tak pe la, biarlah. Lagipun aku bukannya ada apa-apa dengan Haiqal. Memanglah rapat, selalu keluar makan bersama, tapi kami tak ada apa-apa hubungan istimewa. Betul kah begitu. Tapi kenapa aku lihat wajahnya berubah setelah melihat Ikmal tadi. Mungkin dia masih menyimpan perasaan terhadap aku. Silap aku juga sebab tak bagi tahu aku dah berkahwin. Tapi walaupun dah berkahwin, hati aku ni masih belum menjadi milik sesiapa. Ehmmm.
“Jom masuk” Tak sedar Ikmal mengangkat aku masuk. Terkejut beruk aku dibuatnya. Beruk pun tak pernah terkejut cam aku ni.
“Turunkan saya”
“Dah sakit-sakit camni pun nak keras hati lagi ke” Ikmal menjawab lembut sambil tersenyum.
Ikmal membaringkan aku di atas katil perlahan-lahan, terus keluar. Kepala aku dah berpinar ni. Sambil memejam mata aku merehatkan badan. Pelik dengan keadaan diri. Sejak beberapa hari ni aku selalu rasa tak sedap badan. Selera makan pun hilang, padahal aku bukan main kuat makan. Terkejut, terasa ada tangan yang bermain-main di kepala aku. Sambil buat-buat tidur aku mengintai. Ikmal sedang memicit-micit lembut kepala aku. Mukanya ku lihat jelas risau melihat keadaan aku. Sayang juga dia kat aku ni. Hihi. Ku biarkan saja tangannya memainkan peranan. Disebabkan terlalu pening aku tertidur di samping urutannya.

Perut terasa pedih. Lapar tahap menggila dah ni. Kepala dah ok, tak ada pening sangat. Tapi nak bangun tu terasa malas-malas. Tup,tup pintu dikuak. Ikmal datang sambil membawa dulang berisi makanan. Dalam hati aku tersenyum, cam tau-tau jer yang aku ni lapar. Sambil duduk di sebelah dia mula menyuap aku.
“Makan sikit sayang. Perut tu kosong, nanti masuk angin lagi teruk”
Aku yang dah sedia lapar ni tak banyak kerenah. Terus menurut, sesuap, dua suap nasi beralukkan sup ayam masuk ke dalam perut. Sedap… Dia masak ke..
“Uuuuwekkkk” aku menghamburkan segala macam isi di perut ku. Habis kotor baju Ikmal terkena muntah aku. Alamak, tak sengaja. Cam mana pula boleh termuntah ni, padahal makanan punya la sedap. Serba salah aku.
“Kenapa ni, tak sihat lagi ke.Tak sedap ke abang masak ni”
Aku menggeleng. Tak tau la kenapa tekak aku loya semacam. Kalau tak dah habis nasi tu aku makan. Bukan sepinggan tapi berpinggan-pinggan. Ikmal ku lihat bersungguh-sungguh membersihkan kekotoran akibat muntahan lava dari perut ku. Selimut dan kain cadar yang kotor turut dibuka.
“Larat tak nak mandi, tak pun nak abang mandikan” sambil menghulur tuala kepada aku
Aku setakat mengangguk lemah. Memang tak berapa nak larat, tapi takkan nak suruh dia mandikan aku. Malu… hihi. Ikmal memapah aku perlahan ke bilik air, kemudian terus menghilang. Mungkin turut nak membersihkan diri.

****************
Ikmal
Ikmal masuk ke bilik untuk membersihkan diri. Dalam kepalanya telah berlegar-legar bermacam persoalan. Perasaan cemburu tak tergambarkan ketika dia melihat Mila bersama Haiqal tadi. Jejaka kacak yang dilihatnya tadi seolah-olah ada memendam perasaan kepada Mila. Perkara seperti inilah yang ditakutkan Ikmal. Sebab itu lah dia berkeras tidak membenarkan Mila bekerja dahulu tapi Mila mengugut nak minta cerai, jadi terpaksalah dia membenarkan Mila kerja. Dia berazam ingin menjaga Mila sebaik mungkin dan berusaha untuk mencuri hatinya. Tapi mampukah Ikmal menjaga Mila sehingga ke akhir hayatnya. Jika Haiqal mampu memberikan kebahagiaan dan dapat menjaga Mila, insan kesayangannya, Ikmal sanggup untuk melepaskan Mila. Tapi sebelum itu, dia ingin mengecapi kebahagiaan yang sebentar bersama Mila.

******************
“Tahniah. Puan Mila mengandung 2 bulan”
Aku terkejut. Ikmal menjerit gembira.
“Terima kasih doktor. Nampaknya tak lama lagi saya akan menjadi ayah”
Ikmal memapah aku keluar dari Klinik Aisyah. Itupun setelah puas dia memujuk aku untuk ke Klinik. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman. Suka sangat la tu. Tapi aku, tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku. Marah, kecewa, stress semuanya menjadi satu. Macam mana aku boleh mengandung. Ni semua Ikmal punya pasal. Aku tak bersedia, tambahan pula mengandungkan anak dari benih Ikmal. Sedangkan sehingga kini aku masih belum boleh menerima Ikmal. Aku buntu, fikiran bercelaru.

Sejak mengandung, emosi aku jadi tak stabil. Selalu marah-marah tak tentu fasal. Kalau ternampak muka Ikmal lagilah aku mengamuk. Perasaan benci kepadanya semakin bertambah-tambah selepas dia meninggalkan benihnya di rahim aku. Aku tak dapat menerima kenyataan. Jenuhla Ikmal menjeruk rasa dengan perbuatan aku. Dia tak membalas dan banyak bersabar dengan kerenah aku.Kesian dia.

“Ok, ini kepala dia, belah sini jantung dia. Sekarang kita tengok jantinanya. Emmm baby boy ni. Nampak tu pistol dia”
“Auuuwwww” perut aku senak
“Kenapa sayang”
“Tak de apa tu. Biasa la tu, baby ni menendang ni” doktor menerangakan
Ikmal tersenyum riang. Sebelah tangannya menggenggam tanganku manakala sebelah lagi mengusap-usap perutku yang dah membesar tu. Isshh malu aku diperlakukan sedemikian di hadapan doktor muda tu. Ikmal ni pun, agak-agak la.

Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi. Setelah berfikir sedalam-dalamnya, aku cuba memberi peluang kepada Ikmal. Tambahan pula Ikmal sentiasa bersabar dengan kerenah aku dan sentiasa menjaga aku dengan baik. Kalau Ikmal jenis yang tak sabar dan membalas setiap perbuatan aku kepadanya, hmmm I say good bye laa. Mungkin pengalaman lalu telah memberikannya pengajaran yang amat bermakna. Kasih sayangnya kepada aku semakin mencurah-curah tambahan pula dengan kehadiran orang baru. Kadang-kadang terasa macam anak raja pula aku diberikan layanan yang first class. Hihi

Tidak dinafikan kehadiran zuriat di rahimku ini banyak mengubah keadaan. Naluri keibuan ku turut lahir dalam diri. Rasa bahagia sangat, tambah pula bila baby dalam perut ku ini bergerak-gerak. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Begitu besarnya kebesaran Mu Ya Allah, meletakkan insan bernyawa di dalam rahim seorang ibu. Begitu bermakna dan berharganya pengalaman ini. Sudah pasti aku akan menjaga putera ku ini dengan sebaik mungkin dan akan ku curahkan kasih sayang yang belimpah ruah.
Dan aku terfikir, seandainya lah hubungan aku dengan Ikmal tidak baik dan berakhirnya dengan penceraian, sudah pasti aku akan turut menjaga anak yang bakal lahir ini. Kerana sejak perut ini semakin membesar telah terbinanya kasih sayang antara aku dan dia. Tapi aku hairan kenapa mak tak suka dengan aku, kenapa mak tak sayang dengan aku, padahal aku lahir dari rahimnya. Aku sedih mengenangkan. Tambah sedih bila memikirkan keadaan sosial di zaman ini. Bayi-bayi kecil yang baru melihat dunia dibuang seolah-olah seperti sampah tidak berharga. Dibuang di tong sampah, dicampak ke dalam longkang, dibakar, ditanam, di buang di dalam lubang tandas. Ya Allah, ke mana hilangnya nilai kemanusiaan, ke mana hilangnya nilai keibuan seorang wanita yang mengandung selama 9 bulan 10 hari. Tidak wujudkah naluri keibuan dalam diri mereka. Seandainya anak itu lahir tanpa diundang letakkan lah dia di tempat yang sepatutnya. Semoga Allah sentiasa melindungi bayi-bayi kecil yang tidak berdosa ini. Aminnn

Manik-manik jernih mengalir di pipi. Tiba-tiba aku rasa sensitif, emosi. Ikmal cepat-cepat menyapu air mataku.
“Kenapa ni sayang”
Aku menggeleng sambil tersenyum. Ikmal mencium lembut dahiku
“Terima kasih sayang”
“Kenapa”
“Sebab memberikan abang hadiah yang amat bermakna” balas Ikmal sambil mengusap-usap perutku.
Isshh, isshh dia ni. Tak reti-reti nak cover betul la. Aku termalu sambil menarik tangan Ikmal menuju ke kereta. Mana taknya ada mata-mata yang memandang. Tak malu betul Ikmal ni. Huhu. Tapi dalam hati aku berbunga-bunga riang, bahagia sangat-sangat.

Aku dan Haiqal bergegas ke Hospital Kuala Lumpur. Di dalam hati aku berdoa agar Ikmal tak apa-apa.
Setiausahanya memberitahu aku Ikmal pengsan di pejabat dan dihantar ke hospital dengan kadar segera. Bagai nak pengsan aku mendengar berita tersebut. Nasib baik lah ada Haiqal. Dia yang menenangkan aku dan membawa aku ke hospital. Ye la dia pun risau nak biarkan aku pergi sendiri, tambah pula dengan keadaan perut aku yang memboyot ni. Hanya tunggu masa je.

“Abang, bangun la bang. Jangan tinggalkan Mila. Tak kesian ke abang pada Mila, pada baby yang nak lahir ni” aku mengongoi melihat keadaan Ikmal.
Wayar-wayar penuh berselirat di badannya. Ikmal menghidap barah otak. Kenapa dia tak cerita kat aku. Kenapa aku tak tahu. Kenapa aku tak perasan bila Ikmal kadang-kadang selalu pening kepala. Dia cakap pening sebab masalah syarikat, tapi rupanya… Sungguh, aku tak prihatain dengan keadaan Ikmal.
Huhuhu.. tangisan aku semakin kuat. Ya Allah yang maha agung, janganlah kau ambil nyawanya. Kenapa jadi macam ni, di saat aku mula menghargai kasih sayangnya, di saat aku mula belajar untuk menerimanya, mencintainya dan menzahirkan diriku sebagai isterinya dengan seikhlas hati. Kenapa..
Terlalu banyak persoalan.
Perlahan-lahan Ikmal membuka mata. Mengerak-gerakkan tangannya. Sepantas itu aku menyambar tangannya dan mencium semahu hatiku. Ku sembamkan mukaku ke dadanya dan menangis sekuat hati. Sedikit pun tidak malu pada Haiqal yang memerhati.
“Jangan menangis sayang. Tak baik, sayang kan pregnant. Kalau abang dan tak ada, sayang jaga anak kita baik-baik. Berikan dia kasih sayang yang secukupnya, didik dia menjadi insan yang berguna”
“Kenapa abang cakap macam tu. Abang akan sihat, abang akan sambut kelahiran anak kita nanti. Abang akan azan kan dia. Abang akan sama-sama memberikan dia kasih sayang dan mendidik dia” tangisan aku semakin kuat.
“Jangan macam tu sayang, tabahkan hati. Terima kasih kerana memberikan abang sekeping hatimu yang suci murni dan sudi menyayangi abang. Walaupun singkat tapi abang amat-amat hargai”
Hatiku pedih, luruh jantungku mendengar kata-kata Ikmal.
“Abang maafkan segala kesalahan Mila, halalkan segala-galanya. Abang nak Mila sentiasa tabah”
Itulah ayat-ayat terakhir Ikmal.
“Abangggggggggggggg” aku menjerit, menangis semahunya.

“Papa, ni kubur siapa” soal Iman kepada Haiqal
“Ni kubur ayah Iman”
“Ayah Iman, habis papa ni bukan ayah Iman ke” soal Iman hairan
“Papa memang ayah Iman, tapi yang ni pun ayah Iman juga”
“Ooooo kalau cam tu Iman ada 2 ayah la”
Aku tersenyum melihat Haiqal melayan Iman. Hampir 3 tahun Ikmal pergi meninggalkan aku. Kehilangannya amat-amat aku rasakan. Sememangnya manusia begitu, bila sudah kehilangan baru terasa, bila ada selalu tak dihargai. Tapi aku bernasib baik kerana sempat memberikan kasih sayangku kepada Ikmal walaupun terlambat. Biar terlambat daripada langsung tak sempat.
Kini aku bahagia bersama Haiqal suami keduaku. Tak sangka aku, boleh kahwin 2 pula. Aku akan memberikan kasih sayang yang melimpah ruah kepadanya, akan menghargainya setiap masa. Begitu juga dengan Iman. Puteraku yang semakin membesar. Sayang sungguh aku padanya. Wajahnya saling tak tumpah seperti Ikmal, membuat aku bertambah rindu pada arwah.
Di hadapan pusaranya ke sedekahkan al-fatihah dan surah yasin. Semoga rohnya tenang menghadap pencipta Yang Maha Agung, dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Aminnnnnnnnnnnn”

Tamat

– Sebenarnya saya memang minat berkarya, tapi tak pernah terfikir pula sampai nak post karya ni. Bila buka web ni, tiba-tiba pula rasa excited nak hantar karya. Sebab nak tengok tahap penulisan saya, boleh ke diterima orang lain, atau saya ni sekadar syok2 sendiri. Hihi.. Jadi kepada pembaca, komen2 la yer. Segala komen diterima positif untuk memantapkan lagi karya saya. Mana tahu karya kedua akan menyusul pula. Selamat membaca.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

64 ulasan untuk “Cerpen : Karmila Emilia”
  1. ali says:

    aku nak tukor ending die
    “ikmal bahagia happily
    ever after dgn mia”

  2. fizah says:

    ha same! same! ta best la sesedey ni lgipn si haikal tuu..! aduh ta tau la aq nk ckp ap mcm ta ssuai. tkar la.. hahahak.. hurmm…

  3. syika says:

    sedih sangatlah..kesian pulak tengok si ikhmal nye tuh..

  4. khairiah khaizu says:

    best wpun sedih

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.