Cerpen : Kau, bukan dia!

5 December 2009  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Nama Pena : Ayumi Afiqah

Erina menguap lagi. Masuk kali ini sudah sepuluh kali dia menguap. Matanya pula sudah berair. Namun, assignment yang sedang dibuat belum siap.
Dia menoleh pada temannya, Hani yang sedang nyenyak tidur. Kemudian, dia memandang telefon bimbit yang terletak di tepi meja studi.
Dia teringat akan seseorang. Dia yakin, pasti lelaki itu sudi menemaninya saat ini. Lantas, telefon dicapai.
Tut… tut…
“Hello…”
Terdengar suara Ikhzal menyambut panggilan.
“Hello, Zal! Tidur ke?” tanya Erina. Suaranya dikawal agar tidak mengganggu tidur Hani.
“Kalau dah tau, buat apa call?” balas Ikhzal. Terdengar dia menguap.
Erina tersengih.
“Aku lonely ni. Tak salahkan kalau kau teman aku?”
“Lonely apa pula pagi-pagi buta ni? Tak tidur ke?”
“Belum…” Suara Erina mengendur.
“Hmm… ni mesti tengah siapkan assignment mamat tak guna tu kan?” teka Ikhzal dengan nada bosan seolah-olah itu perkara biasa baginya.
Erina tidak membalas.
“Erina… Erina… sampai bila kau nak jadi kuli dia? Kau kekasih dia, bukan hamba!” tekan Ikhzal untuk menyedarkan Erina.
Pagi-pagi begini pun, sanggup bersengkang mata demi si kekasih hati yang tidak pernah menghargai.
“Zal, aku call kau ni nak ajak kau borak untuk hilangkan ngantuk aku ni. Bukan nak suruh kau membebel!” berang Erina. Dia cukup tidak suka Ikhzal mengutuk kekasihnya.
Ikhzal mengeluh.
“Eri, masa-masa macam ni orang semua tidur. Bukan borak atau buat assignment untuk kekasih!” bidas Ikhzal, mula ‘angin’.
Erina mengetap bibir. Sangkanya tadi, Ikhzal sudi menemaninya. Tapi sebaliknya pula yang jadi.
“Kalau kau ngantuk, tidurlah. Sorry ganggu.”
Talian dimatikan. Erina tersandar di kerusi. Dia terfikir tentang kata-kata Ikhzal tadi. Ada benarnya, cuma dia yang tak mahu mengakui.
Dia amat menyayangi Aqil, buatkan dia sanggup lakukan apa sahaja untuk lelaki itu.
Telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Nama Ikhzal tertera di skrin. Nak jawab ke tak nak? Butang hijau ditekan tapi tidak pula dia bersuara.
“Eri, kau marah ke?” suara Ikhzal kedengaran bimbang.
Erina tidak menjawab.
“Sorry kalau kau terasa apa yang aku cakap tadi. Kau kawan aku, Eri. Aku sayang kau. Aku tak nak kau terus mengabdikan diri untuk lelaki yang tak pernah hargai kau,” tutur Ikhzal selembut mungkin.
Erina memejam mata. Dia tahu Ikhzal ikhlas menasihatinya.
“Aku minta maaf, Eri,” pinta Ikhzal apabila Erina hanya diam.
Erina menghela nafas.
“Zal, janganlah panggil aku Eri lagi. Panggillah Rin.” Dia cuba mengalih topik supaya lebih ceria.
Ikhzal tergelak di hujung talian. Erina tersenyum.
“Aku dah terbiasa panggil kau macam tu. Tak boleh nak ubah,” ujar Ikhzal dalam sisa tawanya.
Erina mencemik. “Mengadalah kau!”
Malam itu, mereka berbual mengenai banyak perkara. Betul kata hati Erina, Ikhzal pasti sudi meluangkan masa untuknya biarpun pada dinihari!

~~~~~~~~~~

“Mana assignment tu?” tanya Aqil tak sabar-sabar.
“Nah!” hulur Erina.
“Thank You. Sebab nilah Qil sayang Rin,” ucap Aqil, tersenyum riang.
Gelagat mereka diperhati oleh Ikhzal yang duduk paling belakang. Dia tergeleng-geleng. Dah buat assignment, baru sayang? Bangang betul! Detik hatinya geram.
Sepanjang kuliah berlangsung, mata Ikhzal tidak lepas-lepas memerhati gelagat Erina dan Aqil. Sampaikan dia tidak mendengar apa yang pensyarahnya katakan.
Ikhzal menunggu pelajar-pelajar lain keluar dulu sebaik kelas tamat. Matanya terus hinggap pada merpati dua sejoli itu.
“Rin, Qil pergi dulu ya? Ada hal. Lain kalilah kita makan sama.” Aqil tergesa-gesa mengemas barang.
Erina berasa hampa. Padahal semalam, Aqil beria-ia mengajaknya makan bersama. Tapi dibatalkan pula bila perutnya sudah mula berkeroncong.
“Qil pergi dulu!” Tanpa meninggalkan pujukan untuk Erina, Aqil segera berlalu.
Perlahan-lahan Erina bangun dan mengemas barang-barangnya. Ikhzal menghampiri.
“Jom makan!”
Erina berpaling. “Kau ajak aku?” Jari telunjuk dituding ke dada.
“Taklah, ajak dinding. Jom!” Ikhzal sengaja kata begitu untuk menceriakan Erina.
Nyata, Erina tersenyum.
“Kau nak belanja?”
“Kau kalau bab belanja, cepat aje!” getus Ikhzal pura-pura marah walau hakikatnya, dia langsung tidak kisah.
“Nak ke tak nak?” tanya Erina lagi.
“Yelah… jom kita pergi KFC!” Ikhzal segera menarik tangan Erina.

~~~~~~~~~~

“Rin tolong basuhkan baju Qil ni ya? Tak sempatlah nak basuh. Boleh?” Aqil mempamer wajah simpati. Dia tahu, Erina pasti menurut kata-katanya.
“Hmm… yelah,” balas Erina tiada alasan untuk menolak. Bukan susah pun basuh baju, detik hatinya.
“Thanks! Qil pergi dulu.” Aqil terus memecut motosikalnya pergi dari situ.
Baru sahaja Erina mahu melangkah masuk ke rumah sewanya ketika sebuah Satria Neo yang sudah di’mekap’ cantik berhenti di sebelahnya. Ikhzal keluar dengan senyuman manis.
“Hai, Eri!”
Erina menjeling. Suka sangat panggil aku Eri!
“Kau sambut aku dengan jeling? Lain kali bagilah hug ke, kiss ke…” usik Ikhzal. Dia tergelak bila Erina menayangkan penumbuk ke mukanya.
“Nak apa kau cari aku ni?” Erina malas melayan repekan Ikhzal.
“Eh, aku tak kata pun aku cari kau.” Ikhzal pura-pura bingung.
Erina geram. “Tak apalah, aku masuk dulu.”
“Alah… merajuklah pula!” Ikhzal cepat-cepat menarik tangannya.
“Jom kita gi jalan-jalan!”
“Ke mana?”
“Mana-manalah! Cepatlah siap,” gesa Ikhzal.
“Kau ni mengajak ke mengarah?”
“Dua-dua!” Ikhzal tersengih riang.
“Tunggu jap, aku gi siap.” Erina membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah.
“Eri!”
Panggilan Ikhzal mematikan langkah Erina. Dia berpaling.
“Tu beg apa?” Ikhzal memuncungkan bibir ke arah beg yang Erina pegang. Sebenarnya, dia sudah tahu apa isi beg itu. Dia nampak kelibat Aqil di sini tadi. Apa lagi tujuannya kalau bukan mahu menyuruh Erina mencuci pakaiannya.
“Err…” Erina teragak-agak mahu menjawab. Kalau dia memberitahu hal sebenar, pasti Ikhzal akan ber’ceramah’ lagi.
“Beg aku. Adik aku yang hantar tadi. Aku pergi siap dulu, eh?” Cepat-cepat Erina masuk ke rumah.
Ikhzal tersandar di kereta. Kau memang tak pandai menipu, Erina…..

~~~~~~~~~~

Ikhzal dan Erina rancak bercerita tentang c=filem yang mereka berdua tonton tadi. Sesekali mereka bertingkah pendapat dan adakalanya mereka ketawa terbahak-bahak.
Tiba-tiba mata Ikhzal terpaku ke arah sepasang kekasih yang sedang berpegangan tangan menaiki eskalator. Dia tergamam beberapa saat. Tidak sangka akan bertemu mereka di sini.
“Eri, kalaulah Aqil ada perempuan lain, apa kau nak buat?” Dia menyoal perlahan.
Erina terkejut disoal begitu.
“Apa kau merepek ni, Zal? Tak mungkinlah!” Dia tergeleng-geleng.
“Yakinnya kau…” sindir Ikhzal agak meluat.
“Mestilah! Aku sayang di…”
Ayat Erina terhenti. Nun, di hadapan sana sepasang kekasih sedang berpelukan dan bercumbuan di khalayak ramai. Lebih mengejutkan, si lelaki itu adalah… Aqil!
“Kau dah nampak, kan?” tanya Ikhzal tanpa langsung riak terkejut.
Sudah berkali-kali dia melihat Aqil dengan pasangan yang berlainan. Tapi tidak diberitahu pada Erina, takut gadis itu menuduhnya membuat cerita. Dia tehu betapa dalam kasih Erina untuk Aqil. Silap hari bulan, hubungannya dengan Erina pula yang hancur.
Erina tersenyum tawar. “Adik dia agaknya…”
Ihkzal mengeluh bosan.
“Erina, dah terang lagi bersuluh Aqil curang belakang kau. Kau tak nampak lagi?”
“Tak! Tak mungkin dia curang belakang aku!” Beria-ia Erina menafikan. Pandangan Ikhzal ditentang berani.
“Jangan jadi bodoh, Erina. Sedarlah, Aqil tu cuma nak main-mainkan kau! Dah lama aku tau pasal ni tapi aku tak sampai hati nak bagitau kau. Please, Erina… buka mata kau tu luas-luas! Kau tak bermakna di mata dia…”
Pang!!! Satu tamparan hinggap di pipi Ikhzal. Erina mengetap gigi.
“Aku tak percaya!” jeritnya. “Aku tau kau tak suka Aqil tapi jangan buat fitnah macam tu!”
“Eri, aku…”
“Cukup! Aku tak nak dengar lagi!”
Erina terus berlari dengan air mata berlinang di pipi.

~~~~~~~~~~

Ikhzal tersandar di kepala katil. Keluhan berat dilepaskan. Pipi kanan yang ditampar Erina tadi dipegang.
Memang sakit, tapi tidak sesakit hatinya kini. Erina benar-benar marah padanya. Dia tidak tahu kenapa Erina mesti marah. Padahal apa yang dia katakan semuanya benar. Hanya Erina yang bodoh dan tidak mahu percaya walau bukti sudah terbentang di depan mata.
Hanya Tuhan yang tahu berapa terluka hati Ikhzal selama ini. Setiap hari, terpaksa berpura-pura ceria di depan Erina dan Aqil. Sedangkan hatinya diusik cemburu yang tidak berpenghujung.
Dia sayangkan Erina. Dan sayangnya melebihi untuk seorang teman. Dia cintakan Erina! Perasaan itu tumbuh tika kali pertama terpandangkan Erina. Tapi sayang hati Erina sudah dimiliki.
Lalu dia mendekati Erina sebagai seorang sahabat yang sudi menghulurkan tangan saat Erina dalam kesusahan. Dia tidak kisah, asalkan dapat berada dekat dengan Erina.
Tapi hari ini, dia menerima amarah dan tamparan berbisa daripada Erina walaupun niatnya baik. Sungguh, hatinya tercalar pedih. Kalaulah Erina tahu…..

~~~~~~~~~~

Lagu Love In Snow berkumandang dari ruangan Music Player talefon bimbitnya. Lagu yang dinyanyikan artis Jepun, Ueda Tatsuya amat menyentuh hatinya. Lagu yang menceritakan kisah cinta seoramg lelaki yang tidak terluah lalu memendam rasa seorang diri.
Aduh, tepat mengenai kepala aku!

Will this painful road to return continue forever?
The crack in my heart is filled up with snow
In the scenery I\’ve always been used to seeing, you are all that\’s there,
visible in the city I\’ve never looked at before

Even if my wish for love doesn\’t come true
\’I love you\’
I want to see you… I want to see you…
That is all I wish for.

I\’ll send these overflowing feelings to you
Placed inside the white snow…
Because the gently falling snow is
somebody\’s words of love

Even if my wish for love doesn\’t come true
\’I love you\’
I want to see you… I want to see you…
That is all I wish for.

I\’ll send these overflowing feelings to you
Placed inside the white snow…
Because the gently falling snow is
somebody\’s words of love

Before long the snow will stop, the light is rising
Will you be able to understand?
As for me, I\’ll always be looking up to see
The snow that will not cease…

Ikhzal teringat kenangannya bersama Erina beberapa bulan lepas…..

~~~~~~~~~~

“Cuba dengar lagu ni…”
Ikhzal memainkan lagu Love In Snow dari telefon bimbitnya.
“Bestkan?”
“Apa tajuk dia?” tanya Erina. Lagu itu dihayati. Walaupun tidak faham maksud liriknya, lagu itu tetap memikat hatinya.
“Love In Snow, Ueda Tatsuya yang nyanyi. Ini orangnya.”
Ikhzal menunjukkan pula gambar penyanyi lagu itu yang memang sedia ada dalam telefon bimbitnya.
“Not bad! Macam muka kau aje…” komen Erina spontan.
“Hisy… mana ada! Aku lagi handsomelah!” sanggang Ikhzal pura-pura serius.
Erina mencebik. “Perasan! Kau memang minat J-pop erk?”
Ikhzal mengangguk. Memang dia meminati lagu-lagu Jepun. Bukan itu sahaja, kartun-kartun Jepun pun dia minat.
“Aku naklah lagu ni!” pinta Erina penuh minat.
“Boleh… tapi, dengan satu syarat!” sahut Ikhzal sambil menaik-naikkan keningnya. Gayanya nampak nakal sekali.
“Kau ni… dengan aku pun nak berkira!” getus Erina tak puas hati.
“Nak ke tak nak?”
Ikhzal menayangkan telefin bimbitnya ke muka Erina sambil tegelak riang.
“Yelah! Apa syaratnya?” Erina mengalah.
“Esok, kita pergi Mid Valley. Jalan-jalan, cari pasal!”
“Macam-macamlah kau ni! Yelah, bagi aku lagu tu cepat!” pinta Erina tak sabar-sabar.
“Okey! On kan bluetooth kau…”

~~~~~~~~~~

Erina tersenyum mengingati kenangan itu. Hubungannya dengan Ikhzal memang rapat. Malah tak keterlaluan jika dikatakan Ikhzal lebih prihatin padanya berbanding Aqil.
Ikhzal lelaki baik. Ikhzal selalu ada di sisinya saat dia senang mahupun susah. Ikhzal mampu menggembirakannya setiap kali hatinya dirundung duka akibat perbuatan Aqil. Ikhzal selalu membuat hari-harinya ceria dengan usikan dan gurauannya. Ikhzal sering menasihatinya dalam banyak perkara. Ikhzal menyayanginya. Semuanya Ikhzal!
Aqil? Apa yang lelaki itu buat untuknya? Tiada apa-apa! Melainkan duka dan air mata.
Erina tahu, dia sudah melukakan hati insan yang amat baik dengannya. Bukan sahaja pipi yang ditampar, malah hatinya juga pasti sakit. Maafkan aku, Ikhzal. Maafkan aku…..

~~~~~~~~~~

Ikhzal langsung tidak memandangnya ketika dia masuk ke dewan kuliah. Lelaki itu hanya tersandar di kerusi dengan kepala tertunduk. Dan reaksinya itu memberi jawapan pada Erina bahawa hatinya masih terluka.
Erina mendekati Aqil dan duduk di sebelah lelaki itu. Entah kenapa, dia masih mahu menonton drama lakonan Aqil. Hari ini, babak mana pula yang bakal dipertontonkan?
“Hai, Rin!” sapa Aqil ceria.
Erina yang melihat senyumannya berasa meluat. Terasa bagai dirinya sedang diejek oleh Aqil. Argh… bencinya!
Aqil pelik melihat reaksi Erina. Wajahnya pula suram sahaja. Dia menoleh ke arah Ikhzal. Wajah lelaki itu juga suram, sesuram wajah Erina. Dia tahu hubungan rapat antara Erina dan Ikzal selama ini. Tapi hari ini kedua-duanya bagai orang asing. Apa sudah jadi?
“Rin, baju Qil hari tu dah siap basuh? Bila Qil boleh datang ambil?” soal Aqil dengan harapan Erina akan bereaksi.
“Qil datanglah ambil petang ni,” jawab Erina mendatar.
Sempat dia merenung sayu ke arah Ikhzal. Lelaki itu masih seperti tadi. Diam membisu tanpa suara. Malah, memandangnya pun tidak. Melihatkan itu, hati Erina terasa seperti dihiris dengan pisau tajam. Perit dan pedih!

~~~~~~~~~~

Erina melemparkan beg yang berisi baju-baju tepat ke muka Aqil. Aqil terkejut. Dia rasa radang tiba-tiba.
“Apasal ni?”
“Qil tanya Rin apasal?” Erina tersenyum sinis. “Qil ingat Rin tak tau apa yang Qil buat selama ni? Sudahlah Qil, tak payah nak berlakon lagi. Rin dah muak! Selama ni, Qil cuma main-mainkan Rin, kan? Qil cuma anggap Rin macam patung! Kan?” jerit Erina. Biarlah jiran-jiran mengintai sekalipun. Dia peduli apa?
“Oh, jadi Rin dah tau?”
Perlahan suara Aqil bertanya. Dia sudah sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Erina tidak menjawab. Hanya matanya masih tajam merenung Aqil.
“Rin tau kenapa Qil buat semua tu?” soal Aqil lagi. “Sebab, Qil dah bosan dengan Rin. Setiap kali kita jumpa, Rin mesti cerita pasal Ikhzal. Ikhzal itu, Ikhzal ini. Sampai Qil naik muak! Menyampah! Rin sedar tak semua tu?” hambur Aqil.
Erina terkedu mendegar luahan hati Aqil. Sungguh, dia langsung tidak sedar semua itu selama ini. Salah aku sendirikah?
“Entahlah Rin… tapi Qil rasa Rin sebenarnya cintakan Ikhzal. Bukan Qil…”
Serentak itu, Aqil terus memecut motosikalnya pergi dari situ.

~~~~~~~~~~

Sejak itu, hubungan Erina dan Ikhzal semakin jauh. Ikhzal seperti sengaja menjauhkan diri. Di kelas, dia langsung tidak menegur Erina apatah lagi di luar kelas.
Erina sedih. Hari-harinya tidak lagi indah seperti selalu. Sakit kehilangan Aqil tidak seperit kehilangan Ikhzal. Lelaki itu dekat… tapi jauh.
Dalam kepekatan malam itu, Erina duduk termenung di katil sambil mendengar lagu-lagu dari telefon bimbitnya. Tiba di satu lagu, jantungnya berdetak. bait-bait lirik lagu Saat-saat Terindah nyanyian Rama Band amat sesuai menggambarkan keadaan dirinya kini. Sepi… tanpa cinta…
Saat kau hadir dalam hidupku terasa indah,
Hanya bayangmu menyentuh jiwa temani sepi,
Kini semua cintamu telah pergi,
Meninggalkan diriku dalam kehampaan sendiri,
Waktu terus berjalan dan memberi perih di hati,
Hanya rindu yang aku dapatkan buka cintamu,
Kini baru aku menyedari kau begitu bererti di dalam hidupku ini,
Saat-saat yang indah,
Saat masih bersamamu waktu kita berdua,
Dan mewarnai dunia,
Semua yang telah berlalu,
Kini teringat lagi, kini terkenang lagi,
Kuingin kembali, kuingin kembali…
Hanya rindu yang aku dapatkan bukan cintamu,
Meski kini kau tak mencintai diriku lagi,
Kini baru aku menyedari kau begitu bererti di dalam hidupku ini…
Air mata Erina menitis. Dia sedar kini betapa bermakna Ikhzal dalam hidupnya. Dan dia juga sedar, cinta untuk lelaki itu telah lama ada dalam hatinya. Masih adakah peluang untuknya menebus kesilapan?

~~~~~~~~~~

Langkah Erina mati saat terpandangkan Ikhzal sedang sendirian di taman itu. Lelaki itu sedang menyanyi sambil memetik gitar. Erina cuba menangkap lagu apa yang sedang dinyanyikan. Love In Snow!

Setsunakunaru kaerimichi itsumade suzukuno
Kokoro no suki manno umete kureru yuki
Itsumo minareta fuukei ni kimi ga iru dakede
Mita koto no nai machi ni miete kuru

Kana wanai koi dato shitemo
Kimi ga suki desu
Aitai? aitai?
Sore dake wo nozomi masu

Afureru omoi wo anata ni todoke masho
Shiroi yuki ni komete
Shizuka ni furu yuki wa dareka no
Ai no koto wa dakara

Kana wanai koi dato shitemo
Kimi ga suki desu
Aitai? aitai?
Sore dake wo nozomi masu

Afureru omoi wa anata ni todoke masho
Shiroi yuki ni komete
Shizuka ni furu yuki wa dareka no
Ai no koto wa dakara

Yagate yuki ga yande hikari ga sashite
Suji aeru no deshou
Watashi wa itsumo miageteru
Yamu hazuno nai yuki wo?
Even if i can’t get your love,
I’ll send my love with white snow…

Sungguh, Erina rindu untuk mendengar suara itu. Biarpun tidak terlalu merdu, sudah cukup untuk membuatkan perasaannya terharu. Perlahan-lahan dia merapati Ikhzal.
“Ikhzal…”
Ikhzal berpaling. Terkejut dia melihat Erina di situ. Cepat-cepat dia bangun dan bersedia untuk melangkah pergi.
“Ikhzal, tunggu!” halang Erina. Hari ini, dia perlu berdepan dengan Ikhzal untuk satu jawapan pasti.
“Kenapa kau mengelak dari aku? Besar sangat ke salah aku kat kau?” soal Erina sebak. Air mata sudah bertakung di kolam mata.
Ikhzal berpaling.
“Kau tak salah apa-apa, Eri…”
“Habis tu, kenapa kau mengelak dari aku?” pintas Erina.
“Aku… aku takut tak boleh kawal perasaan aku! Aku sayangkan kau, Erina! Aku… aku cintakan kau! Tapi aku tau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Kau anggap aku, tak lebih dari seorang kawan. Maafkan aku, Eri…”
Ikhzal menunduk. Dia tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan untuk meluahkan perasaannya. Yang pasti, dia sudah tidak sanggup lagi memendam perasaan itu.
Hati Erina berbunga mendengar lafaz keramat itu. Ternyata, mereka berdua saling mencintai tapi masing-masing takut meluahkan kata cinta.
“Kenapa nak minta maaf?” soal Erina sambil cuba menahan senyum daripada terpamer.
Ikhzal mendongakkan kepala. Wajahnya berkerut, tidak mengerti.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Aku pun cintakan kau, Ikhzal!” luah Erina berani.
Ikhzal ternganga. Matanya membulat.
“Aku minta maaf sebab lambat sedar perasaan ni,” ucap Erina sayu.
Ikhzal menghampiri Erina.
“Maknanya, kita saling mencintai?”
Erina tersenyum nipis kemudian mengangguk.
“Tapi, kau kan dah ada Aqil?”
“Correction! Sekarang ni, i’m single and available, okey!”
Ikhzal tergamam lagi. “Kau dengan Aqil…”
“Dah bercerai talak tiga!” sambung Erina separuh bergurau.
Perlahan-lahan, senyuman terukir di bibir Ikhzal.
“So sekarang ni, aku ada peluanglah?”
“Hmm… ya… tapi, dengan satu syarat!”
“Syarat? Apa dia?”
“Jangan panggil aku Eri lagi!” amaran Erina tegas.
Ikhzal tergelak kuat. Itu rupa-rupanya.
“Dah tu aku nak panggil kau apa?” Dia pura-pura mengerutkan dahi.
“Panggillah apa pun, yang penting bukan Eri. Macamlah aku ni lelaki!” getus Erina.
Terukir senyuman nakal di bibir Ikhzal.
“Aku panggil kau sayang, boleh?”
Mata Erina membulat. Namun begitu, hatinya tertawa riang.

-tamat-


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Cerpen : Kau, bukan dia!”
  1. syara says:

    ermm bole tahan.. bez gak… papepown gud luck…!!
    😎 :mrgreen:

  2. bdak baru says:

    sweet cerpen… gub jop….

  3. purple_94 says:

    ermm..
    bole tahan gak citer nie….
    sweet…

  4. anis nabilah says:

    sweet and best ar citer nie…
    xhenti2 aku tersenyum…
    hehehehe
    congrate writer!
    kekalkan pencapaian anda…cewah!

  5. tja says:

    😀

  6. Ayumi Afiqah says:

    hai semua… thanks for the comments! harap-harap, semua pengunjung blog ni suka dgn cerpen sy yg tak seberapa ni. anyway, jumpa lg next time!

    -ayumiafiqah.blogspot.com-

  7. fatinnadiah says:

    sian si ikhzal tuu..
    mcm manalah agaknya dia simpan perasaan sayang kat erina+cemburu kat aqil..
    huhu..terseksa..

  8. nabilah says:

    sweet~~ hak3 :mrgreen:

  9. avantar says:

    😛 hahahahahaha klakar lar cite ni..
    gud luck..caiyok!caiyok!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.