Cerpen : Kerana 10 Minit

31 May 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : addinfarhani

“Waaa… nervousnya.. tak pernah-pernah aku cakap depan orang ramai…” Fatin menggenggam tangannya. Sejuk.

“Fatin!!” seseorang memanggil namanya. “Hahhh.. Fiq dah panggil…” Fatin melangkah menuju ke hadapan. Fiq sedang membahagikan kumpulan.

“Fatin nak ambil group mana?” Fiq bertanya. Ishh.. nak kena pilih ke, ingatkan dah decide tadi..

“Mana-mana ja” Fatin membalas.

“Kalau macam tu, Fatin handle group ni.. Group pertama… dan group kedua, Ku akan handle.. Boleh Ku?” Fiq menoleh ke arah Ku.

“Okey” Fatin membuat tanda bagus. “No hal…” Ku berjalan ke arah kumpulannya.

“Okey semua boleh berkumpul mengikut kumpulan yang abang bahagikan tadi. Kamu boleh bincangkan apa yang akan kamu persembahkan pada malam Nostalgia Night nanti. Abang nak malam ni, kamu dah tahu apa yang akan kamu persembahkan sebab Nostalgia Night hanya tinggal 7 minggu sahaja..” Fiq mengakhiri taklimat ringkasnya.

“Good luck.. Hati-hati sikit bila bercakap dengan Irham.. Dia paling tua di sini.. 20 tahun.. yang lain 18 tahun..” Fiq membisik sesuatu kepada Fatin. Fatin tersenyum lalu memanggil ahli kumpulannya ke satu sudut.

“Hai semua.. Disebabkan kita kesuntukan masa, akak nak korang fikirkan satu idea untuk persembahan malam tuu. Tema yang Majlis Tertinggi(MT) pilih adalah nostalgia. Akak bagi masa 15 minit sahaja. Nanti beritahu nama and bentang idea tu. Kalau boleh idea tu biarlah sesuai untuk 15 orang… Satu lagi, masa persembahan hanya 10 minit. Okey?” Fatin bersemangat memberi arahan.

“Okey..” pelajar-pelajar kendaliannya menjawab lemah.

*****

“Pandai kau Fatin, suruh mereka decide sendiri.. haha..” Haz, presiden DIPPE duduk di depannya.

“Karang kalau aku pilihkan, nanti ada saja yang protes. Segan la, kolot la, macam-macam… sekarang aku bagi masa, biar mereka decide sendiri…” terang Fatin. Haz mengiakan.

Fatin, pelajar semester 4 Diploma Perakaunan turut terlibat sama dalam persediaan persembahan dari pelajar semester 1 Diploma Perakaunan. Seperti semester-semester lepas, pelajar semester 4 dikehendaki menganjurkan majlis makan malam mengikut tema yang dipilih. Dia bukanlah salah seorang ahli jawatankuasa kelab DIPPE (Diploma Perakaunan), tetapi dia volunteer untuk turut sama memantau persediaan pelajar semester 1.

Fatin teringat kembali ketika dia di semester 1. Pengambilan ketika itu adalah paling ramai di mana jumlah pelajar semester 1 Diploma Perakaunan pada tika itu termasuk dirinya adalah 189 orang. Kelasnya sahaja 35 orang. Pengambilan semester kali ini adalah yang paling sedikit dimana jumlah pelajar semester 1 Diploma Perkaunan hanya 60 orang. ”Hmmm.. dulu lain, sekarang lain” Fatin mengeluh. Dia teringat akan persembahan kelas mereka pada majlis makan malam di mana mereka telah mempersembahkan sketsa ALADDIN since temanya adalah Arab, padang pasir.

15 minit kemudian…

“Okey, sekarang duduk dalam bulatan.. Akak nak tahu nama korang dulu..” Fatin memulakan sesi pengenalan.

“Anis” … “Sarah” … “Irham” … “Karim” … “Aisyah”

“Okey, semua dah perkenalkan diri kan? Sekarang akak nak kenalkan diri pula,.. panggil ja akak; Kak Fatin, nak panggil Fatin pun tak apa dan akak tak kisah kalau korang nak bahasakan diri aku/kau, senang sikit kan? Yang akan handle group ni bukan akak sorang ja, ada 4 orang lagi iaitu, Kak Fish, Kak Hana, Kak Fai dan Kak Fudz. Kami semua termasuk MT duduk di kolej.. Korang duduk kolej kan?” Mereka mengangguk. Senanglah kalau macam tu, semua duduk kolej…

“Okey, sekarang akak nak tau apa idea korang…” Salah seorang dari mereka membetulkan duduk.

“Macam ni kak, sebenarnya kami nak buat video, video tentang DIPPE.. “ Irham mengetuai yang lain mula menerangkan idea mereka.

Video??

“Okey.. video.. teruskan..”

“Mesti budak semester 1 yang lain tak tahu lagi maksud DIPPE kan, so kami cadang nak terangkan maksud DIPPE melalui video 10 minit, kami edit bagi jadi nostalgia sikit,.. boleh tak?” Aisyah mencelah.

“Erm.. dalam video tuu ada apa? Ada muzik saja or ada perbualan…??” Fatin masih lagi tak dapat menangkap apa idea sebenar mereka.

“Kami yang akan berlakon dalam video tuu” Karim menyahut.

“Bukan tak boleh.. err.. korang tak mahu menari? Menyanyi? Berlakon?” Fatin cuba mengelak daripada idea video.

Budak-budak tu menggeleng. “Hmm.. setuju je lah..” Akhirnya Fatin setuju.

“Semua or sesetengah saja yang terlibat?” Fatin bertanya lagi.

“Semua…” mereka menjawab serentak.

“Uihh.. semangatnya.. Okey, buat masa ni, akak setuju denga idea korang since korang yang nak buat kan.. tapi akak dengar macam complicated sikit.. Akak tak mahu la disebabkan persembahan ni, korang tak buat assignment, tak study.. sebab ini hanya persembahan sahaja, tak ada markah..” Fatin menjelaskan keraguannya terhadap idea video itu. Nak berlakon lagi… nak kena edit lagi…

“Tak apa kak, tuu serahkan kat kami, kami memang suka buat video ni, tambah-tambah lagi mereka berdua..” Aisyah menunjuk ke arah Karim dan Irham. “Ooo.. ni pasti idea mereka..” Fatin mengagak.

“Hmmm.. kalau macam tuu, korang bincang and next meeting.. err.. minggu depan akak nak dengar details tentang idea korang. Apa yang ada dalam video tu? Apa isinya? Lagu apa yang dipilih? Boleh?” Fatin inginkan persetujuan.

“Okey, boleh…” mereka menjawab.

*****

Pagi itu, ketika dalam perjalanan ke kelas, Fatin disapa seseorang.

“Fatin, aku dengar budak-budak kau nak buat video…? Betulkah?” Ku bertanya.

“Ermm.. macam tu lah idea mereka, aku pun pening ni.. aku rasa macam tak fair ja, tapi tengoklah esok bila mereka terangkan details tuu kat aku.. group kau pula nak buat apa?” Fatin menyoal.

“Group aku sporting, semua nak menari.. haha..” Ku ketawa. Untungla….

“Lagu dah pilih?” mereka tiba di hadapan kelas. “Oo.. tuu tengah bincang lagi..” Ku membuka pintu kelas.

“Harap-harap budak-budak tu dapat beri yang terbaik bila pembentangan idea nanti..” Fatin mengeluh sambil melangkah masuk ke kelas.

*****

“Okey, macam yang akak minta last meeting, malam ni akak nak dengar details tentang idea video tuu.. Tapi bukan akak ja yang dengar, MT pun akan dengar sekali..” Fatin menggamit Fiq. Fiq merupakan salah seorang MT DIPPE.

“Errr.. errr.. Akak..” Fatin menoleh. Fiq di sebelah turut menoleh.

“Yup.. kenapa?..” Kenapa pula ni…

“Err.. akak tak bagi tahu pun MT nak turun malam ni… Kami tak sempat nak bincang lagi…” Aisyah bertanya.

What? Tak. Bincang. Lagi. But, kenapa macam sikit saja yang turun malam ni? Fai dan Hana ternganga.

“Memang la akak tak bagi tahu.. Tapi akak ada pesan suruh bincang kan? Dah seminggu, takkan tak bincang lagi? Akak saja panggil MT sekali sebab idea korang ni lain dari yang lain.. Kenapa tak bincang lagi? Korang satu kelas kan? Mana lagi 2 orang?” Fatin membilang sekali lagi.

“Ouhh… tu semua kami serahkan kepada Karim dan Irham. Kami percayakan mereka. Mereka kalau kata nak buat, mereka akan buat.” Sarah dengan yakin mempertahankan diri.

“Amboi.. jawapan..” bisikku sekali lagi.. Habis apa aku nak jawab dekat MT? Dekat Haz? Fiq di sebelah menggaru-garu kepala. Ada juga manusia jenis nie…?

“Tapi mana Karim dan Irham?” suara Fatin meninggi.

“Err.. mereka lambat sedikit..” Aisyah menjawab.

“What?? Kita mulakan meeting ni pun dah lewat sejam, mereka tak datang lagi!!” Fatin mula naik angin. Fudz di sebelah menyabarkan Fatin. Fiq di sebelah mula berjalan ke hulu ke hilir. Tiba-tiba dia menggamit Fatin.

“I rasa U tak tau lagi perkara ni..” ayat Fiq tergantung. “Apa??” Fatin menoleh. “Budak-budak tu sokong Irham sebab dia lebih tua…” jawab Fiq selamba. Hmm… patutla…

*****

“Fatin!!” Haz memanggil Fatin ke satu sudut.

“Yess..” Habislah aku.. Kenapa ramai sangat tuu? Ada Fiq, Aimie, Fudz, dan Hana.

“Nak tanya tentang idea group kau..” Haz terus bertanya. “Mereka still buat video?” Fatin hanya mengangguk.

“Tak apa, nanti aku try ubah idea mereka..” Fatin kembali ke kumpulannya.

“Macam ni, akak rasa idea video tuu okey, tapi tak sesuai untuk majlis makan malam…” kata-kata Fatin dipotong.

“Sambil makan mereka boleh tengok.. kan? Kan?” mereka tetap ingin mempertahankan idea itu.

“Memanglah, tapi korang tak naik pentas.. Not fair la kalau korang tak naik pentas, group lain semua naik…” Fatin menarik nafas.

Melihatkan mereka terdiam Fatin menyambung. “Kalau korang tanya idea akak, akak nak korang nyanyi, bukan individu tetapi kita bahagi kepada 3-4 orang satu lagu. Lagu pula kita guna bahagian korus ja..” Ideanya dipandang sepi. Tak. Ada. Respon.

“Video cancel, fikir idea lain..” Haz tiba-tiba muncul di belakang Fatin.

*****

Fatin sedang berjalan ke dewan makan bersama Hana dan Fai.

“Aku rasa kau kena desak la mereka tukar idea…MT dah bising…” Fai menyuarakan pendapatnya.

“Tak adil kot, yang lain semua naik pentas.. takkan mereka tak naik pentas…?” Hana menyokong kata-kata Fai.

“Hmm.. aku pun pening, semalam aku bagi idea sorang pun tak respon.. Blur semua… dulu bila Fiq bagi group tuu kat aku, aku ingat mereka tuu okey la kan, sekali ada ‘kepala’ rupanya dalam group tuu..” Irham.. Irham..

“Huhh.. sama umur pun kita tetap senior…” Fatin hanya mengiakan kata-kata Fai.

Kan senang kalau macam aku dulu, ikut ja apa senior suruh. Bukan nak bodek, bukan takut, tapi kalau kita mudahkan kerja orang, kerja kita pun senang.

*****

Meeting di minggu ketiga..

“So, macam mana? Dah decide nak buat apa?” Fatin terus masuk topik.

“Macam ni, kami ingat nak buat adegan dalam filem P.Ramlee.. tapi bukan suara kami. Miming…” Irham menerangkan.

“Hah.. boleh juga.. berapa adegan?” Fatin kembali bersemangat.

“Satu ja” Irham menjawab. Erkk.. satu…

“Adegan apa?” Fatin bertanya.

“Erm.. yang cobaan.. cobaan..” Pendekar Bujang Lapok.

“Yang tuu ja? Lepas habis scene tuu?” Fatin bertanya lagi. Fudz disebelah merenung meeka sementara Fai dan Hana menanti jawapan Irham. Fish pula sudah mencekak pinggang.

“Lepas tuu kami turun pentas…” Irham cuba membuat lawak. Ahli kumpulan yang lain turut ketawa. Hanya Fatin, Fish, Fai, Hana dan Fudz sahaja tidak ketawa sebaliknya memandang mereka dengan muka tak percaya..

“Ni budak U or tadika??” Fish membisik dan hanya didengari Fatin.

“That’s all? Duduk. Cobaan. Cobaan. Turun pentas. Itu sahaja?” Fish pula bertanya.

“Err.. ya..” mereka mengangguk kepala.

“Yang lain macam mana?” Fai menyoal Aisyah dan lain-lain,

“Kami ikut apa yang Irham nak buat” jawab mereka.

Fatin hilang sabar. Budak-budak ni! Dia meletakkan tangannya di atas meja. “Bincang semula. Kalau nak berlakon, walaupun miming, mesti ada permulaan, puncak dan akhir. Kalau setakat nak duduk meratib cobaan.. cobaan.. tu bukan berlakon namanya…” Fatin menggenggam tangan menahan marah. Suaranya dikawal. Fiq datang menghampiri Fatin apabila melihat Fatin mengenggam tangan. Marah lagi…

“Lagi satu, yang terlibat hanya 5 orang termasuk pembantu rumah dan ayah, 10 orang lagi nak buat apa?” Fudz cuba mengingat kembali watak ketika scene tersebut. Jangan kata nak jadi hantu.

“Hantu” mereka menjawab. Fatin yang sedari tadi muka merah menahan marah kini ketawa.

“10 orang jadi hantu? Haha..” Fatin ketawa lagi.

“Ada juga yang jadi prop..” Aisyah cuba untuk mempertahankan kumpulan mereka.

“Prop? Hehe.. Macam kami dulu..” kata-kata Filzah mengejutkan Fatin, Fai, dan Hana.

“Erk?? Akak dulu prop?” Sarah terkejut dengan kata-kata Fish.

“Kami dulu ramai, pentas kecil. Jadi, hanya setengah kelas sahaja yang berlakon, yang setengah lagi bahagian prop. Tapi pengambilan semester ni sedikit. Sebab itu kami bahagikan korang kepada 4 group. So, semua kena naik pentas,” Fatin menerangkan perkara sebenar kepada mereka.

“Fatin..” Fatin dan Fiq menoleh. Haz berdiri disebelahnya manakala Suf, salah seorang dari MT berdiri di sebelah Haz.

“So, macam mana? Still dengan video?” Haz inginkan kata putus.

“Actually, mereka nak buat satu scene. Scene dalam filem P.Ramlee. Filem pendekar bujang lapok. Cobaan.. Cobaaan..” Fatin berterus terang.

“Hahh.. okeylah tuu..Daripada buat video.. First scene apa?” Suf menyoal.

“Hanya scene dekat kubur.” Fai menjawab. Haz dan Suf terdiam.

“Sekarang macam ni, apa idea korang yang sebenarnya..” serius Haz menyoal.

“Video..” jawab mereka. “Video! Video! Video! Aku benci” bisik Fatin.

“Kalau macam tu korang buat video tapi tetap kena naik atas pentas..” Haz menyambung.

“Erm.. erm.. okey, kami buat video 7 minit, lakonan 3 minit..” Irham menyoal kembali.

Suf memandang Haz dan Fatin. Tiba-tiba Haz membisik sesuatu di telinga Suf lalu berlalu pergi dari situ..

“No.. 5 minit video, 5 minit lakonan..” tegas Fatin.

“7 minit video..” Irham mendesak. “5 minit!!” Fatin tetap dengan keputusannya.

“Okey.. kita buat 5 minit sahaja video tuu.. okey?” Karim memutuskan tanpa menghiraukan jelingan Irham.

“Untuk pengetahuan korang, 10 minit tu banyak yang korang boleh buat.. kalau nyanyi bahagian korus sahaja, boleh buat 3 buah lagu..” Fudz cuba mengubah fikiran mereka.

“Cuba korang buat something yang kaboom!!! Barulah menarik..” Hana memberi cadangan.

“Tunggu sekejap.. tadi Haz beritahu aku, kalau nak buat video juga, boleh, tapi hanya akan ditayangkan selepas semua budak semester 1 buat persembahan. Titik.” Suf memberitahu perkembangan terbaru.

Muka masing-masing mula menunjukkan rasa tak puas hati. Irham bangun lalu bergerak ke arah Is. Karim pula duduk bersandar.

“Yang girls tak ada idea apa-apa? Diam ja?” Hana pelik dengan kelakuan pelajar perempuan group itu. Tak membantah, Tak sestuju, diam ja…

“Kami ikut apa yang Irham buat..” jawapan yang sama kedengaran.

“Korang ni bini dia erk? Asyik ikut Irham je… Tak faham aku…” tajam Fudz menyindir.

Fatin, Fudz, Fai, Hana dan Fish berkumpul bersama MT.

“Budak-budak tu memang nak kena dengan aku. Video!..Video!.. ingat orang nak tengok sangat video time dinner..” Fatin menahan marah. Fiq di sebelah hanya ketawa.

“Video apa yang mereka nak buat?” Suf bertanya.

“Tentang DIPPE. Sangka mereka orang tak tahu maksud DIPPE. Sedangkan sebetulnya hanya mereka, budak baru sahaja yang tak tahu maksud DIPPE. Pening.. Pening..” Fatin membetulkan tudungnya.

“Waa.. first time aku tengok Fatin marah..” Haz menyampuk. “Tu laa.. aku pun terkejut” Fudz menyokong. “Aku dah banyak kali tengok…” Fiq menjawab dalam hati.

“Aku marah bersebab. Nama ja masuk u, perangai macam budak-budak.. Cuba korang tengok. Group Ku aku dengar buat menari, group DY buat menyanyi, group Kom pun menari.. semua kena hafal step, hafal lirik, group aku nak buat video!! arrghhh!” Fatin menghentak kaki.

“Sabar.. Sabar..” Aimie menepuk bahu Fatin. Mereka kembali ke perbincangan. Tak lama kemudian, Irham turut menyertai semula perbincangan.

“Okey, sekarang korang nak kami buat apa?” Irham bertanya.

“Kalau korang nak tahu idea aku, aku nak kamu semua persembahkan tiga lagu, bukan nyanyi, bukan menari, hanya miming dan lakonan. Macam pantomime…” Fatin tahu mereka terpaksa mendengar ideanya. Tapi biarlah. Nak tahu sangat kan..

“Okey, lagu apa tuu?” Irham terus bertanya.

“First lagu Do Re Mi. Second, lagu Pok Pok Pok Bujang Lapok and last Malam Pesta Muda Mudi..” Fatin menjawab lancar.

“Untuk Do Re Mi, tiga orang akan naik pentas dari tepi then buat macam P.Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din buat. Yang menari kaki naik atas tuuu..” Fatin memberi penerangan.

“Haahh.. tu boleh bagi Mama, Lin dan Miza..” Sarah ketawa sendirian. Mama di sebelahnya turut ketawa.

“Second, lagu Pok Pok Pok Bujang Lapok.. untuk lagu ni kalau boleh akak minta yang lelaki lah. Memandangkan ada tiga orang lelaki dalam ni, memang kena lah…” Fatin menunjuk ke arah Irham, Karim dan Asyraf.

“Nanti pakai baju melayu, seluar, kain pelekat buat macam samping tapi bagi labuh…” Fai memberi cadangan. Tanpa dapat ditahan, akhirnya ketawa meletus.

“Hahh.. nanti pakai selipar Jepun, then turun ke laluan red carpet.. waahhhh” Aisyah menepuk-nepuk tangan.

“ Then untuk lagu Malam Pesta Muda Mudi, semua naik pentas.. Cuma yang tak terlibat dengan lagu pertama dan kedua akan naik dulu. Then bila part buat pusingan sambil pegang pinggang orang depan, baru semua naik pentas..” Fatin mengakhiri penerangannya.

“Haah.. part nie boleh la kami tarik akak-akak kan?” Sarah menjongket kening.

Terdiam semua akak-akak.. Budak-budak itu hanya ketawa melihat.

“Hmm.. itu pun kalau korang nak buatla.., tapi aku tengok suami korang macam tak mahu buat.. Hmmm” Fatin berkata sendirian.

“Okey, yang ini saja kan? Kami boleh balik kut. Dah lewat ni, ada kelas pagi esok. Pukul 10” Irham tiba-tiba berdiri. Nampak sangat tak setuju…

“Kami yang kelas pukul 8 tak kata apa pun. Siap ada presentation lagi tau. Korang pula semangat lebih..” tajam aku menyindir. Irham terdiam.

“Okey, sebelum kita bersurai, akak nak minta maaf kalau-kalau terkasar bahasa, tersindir secara diam,.. akak tak bermaksud pun.. masing-masing penat so akak pun lost control tadi… minta maaf semua.. kut-kut selepas ni tak berpeluang nak jumpa korang…” Fatin ikhlas meminta maaf.

“Akak pun sama” kata Fudz, Fish, Fai dan Hana serentak.

“Kami pun sama kak…” Aisyah mewakili semua turut sama memohon maaf.

“Kira kita ni kosong-kosong lah ya.. Kalau tak puas hati baik beritahu sekarang..” Fatin inginkan kepastian.

“Yess kak, kosong-kosong..” Sarah mengiakan. “Korang memanglah kosong-kosong tapi suami korang tuu tak kata apa pun dari tadi…” Fatin membisik.

“Semua minta tunggu sekejap..” Haz memanggil. “Okey, akak-akak dan abang-abang sila kumpul di tepi pokok tu, and yang lain duduk di depan pentas kecil tu sekejap…” Haz memberi arahan.

“Sekarang aku nak tahu apa yang mereka nak buat malam tuu..” Haz menyoal.

“Group pertama?” … “In progress..” Jawab Fish dan Hana. Fatin dan Fai hanya memerhati.

“Group kedua?” … “Menari” Ku menjawab perlahan.

“Group ketiga?” … “Menyanyi” DY menjawab.

“Group empat?” … “Menari..” Kom menjawab.

“Group 1, pastikan selepas cuti Chinese New Year ni settle tentang persembahan…” Haz memberi arahan.

Fai menggamit Fatin. “Aku rasa Irham tak puas hati laa. Tengok, dia mengadu kat Is…” Fai menunjuk ke arah pokok bertentang dengan mereka.

“Aku tau. Aku pun rasa macam tu..” Fatin mengiakan.

“Okey, semua boleh bersurai..” Haz berkata sambil mengemas kertas-kertas yang berselerak.

Hana, Fudz, dan Fish melangkah menghampiri Fatin dan Fai. Haz muncul tiba-tiba, “Girls, aku rasa problem korang tak selesai lagi.. Tu cuba tengok, Irham mengadu dekat Is..”. Di belakangnya, Suf, Fiq dan Ku turut serta.

“Ish.. si Is tuu pun tak kan tak tahu masalah ni?” Fatin tak puas hati.

“Is datang lambat tadi. Lagipun memang tepat la si Irham tu pilih Is untuk mengadu..” terang Ku.

Fatin menjongketkan kening kepada Fiq. Kenapa? Adik-beradikkah?

“Dia sangka Is tua dari kita…” Fiq menjawab perlahan…

*****

SELEPAS CHINESE NEW YEAR

Kebanyakkan Majlis Tertinggi DIPPE adalah sekelas dengan Fatin. Hanya Is, dan Suf sahaja yang bukan dari kelas Fatin. Pagi itu, di dalam kelas Madam Bavani, Fatin, Fai, Hana, Aimie dan Fudzla dikejutkan dengan satu berita. Mereka bernasib baik kerana pagi itu pensyarah mereka memberi mereka peluang untuk berbincang dan membentangkan idea untuk tugasan 4 secara kumpulan. Oleh itu, mereka sempat berbincang sementara menunggu kumpulan mereka dipanggil.

“Fatin..” Haz memanggil.

“Kenapa?” Pelik.. tak pernah dia panggil aku dalam kelas.

“Cuba kau cerita balik apa yang jadi dalam group kau…” serius Haz bertanya.

“Macam ni…”sambil mencekak pinggang, Fatin memberitahu segalanya kepada Haz. Fiq dan Ku turut mendekati mereka berdua.

Sesekali kedengaran Madam menolak idea pelajar sekelas mereka.

“ Can you explain again about your idea…” … “No” … “Make improvement”…

“Okey aku cerita dari mula.. Sebenarnya mereka nak buat video and I agree as kita nak seronok-seronok ja untuk malam tu. Tapi aku rasa macam tak adil. Group lain siap hafal step, hafal lirik, mereka tetap nak buat video. Alasan mereka sebab aku dulu Prop sebab tu kebanyakkan dari mereka nak jadi hantu sebab boleh jadi Prop…” Fatin menarik nafas. Aimie, Fai, Hana, dan Fudz turut mendekatinya.

“Haa.. kau pun tau kan,.. Mereka nak buat satu scene saja yang sepatutnya hanya ada 5 watak utama.. yang balance, nak jadi hantu.. lawak kut… aku beritahu mereka yang dulu kita ni ramai.. sebab tuu ada yang kena berlakon, ada yang kena jadi prop, pentas pun kecil.. Macam kali ni, pentas besar kan… dan aku kata, since hanya 10 minit diperuntukkan untuk satu kumpulan so tak banyak prop yang diperlukan, Jadi tak sesuai kalau nak wujudkan prop…” Fatin menarik nafas lagi.

“Mula-mula bila korang kata mereka boleh buat video, mereka nak buat video tu 7 minit, gila ke apa? 3 minit ja ada atas pentas?? Sebab tu aku paksa mereka buat video 5 minit saja.. At last korang kata kalau nak buat video juga, kena asingkan dengan persembahan… jadi bila mereka tanya aku apa idea aku, aku suruh mereka buat pantomime lagu Do Re MI, Pok Pok Pok Bujang Lapok dan Malam Pesta Muda Mudi.. Tapi aku tau ada yang tak setuju… and untuk pengetahuan kau, aku siap mintak maaf lagi, kut-kut terkasar bahasa.. dan mereka sendiri yang kata kosong-kosong. Aku tanya lagi, kalau-kalau tak puas hati, mereka kata tak ada..” senafas Fatin menuturnya. Mukanya sudah kemerahan menahan marah. Air-con di bilik itu tak mampu memadam bara kemarahan Fatin.

“Tapi Is kata, Irham ada beritahu yang korang tolak idea mereka sebab tak kaboomm..” soal Haz lagi..

“Laa… tu aku yang kata. Maksud aku, bila mereka buat persembahan, orang akan tumpu perhatian.. tengok pentas ja, tak makan, tak bersembang.. Adusss…” Hana mengetuk dahi. Budak-budak ni..

“Ooo.. itu cerita sebenarnya…” Haz mula memahami.

“Why?? Ada cerita baru?” Fatin menempelak.

“Semalam.. Is call aku, dia kata, Si Irham mengadu kat dia yang korang garang sangat, then paksa mereka terima idea korang…” Haz memberitahu hal sebenar..

What?? Garang??

“Haha.. memang lawak la.. Dia tu pondan?” Fatin tak puas hati.

“Sabar.. Sabar..” Fudz menepuk bahu Fatin.

“Dia kata aku garang. Hey!! Aku marah bersebab la…” Fatin merengus. “Aku nak give up la.. aku…” Fatin tak dapat meneruskan ayatnya.

Mereka terdiam.

*****

Fiq berjalan beriringan dengan Fatin. Dia ingin menyertai perbincangan Fatin dan Haz di dalam kelas tadi tetapi ketika itu kumpulannya dipanggil Madam Bavani. Mereka menuju ke kelas Economi.

“So, how?” Fiq bertanya.

“Still in progress. Esok baru I jumpa mereka..” Fatin mengeluh.

“ I nak give up la.. Tak mahu terlibat langsung.. Taubat. Serik… I rasa macam salah I pula, kalau I terima idea mereka untuk buat scene tu, mesti hal ini tak berlaku… Haz pun tak pening kepala…” Fatin membebel seorang diri.. Fiq hanya mampu mendengar.

“Tapi tu bukan salah U, 10 minit tuu lama kau tau. Kita buat presentation about company, sepatutnya 8 minit, tapi berapa ramai yang dapat lepas 8 minit, sorang dua ja.. yang lain semua, termasuk I, buat hampir 5 – 6 minit saja…” Fiq menyangkal kata-kata Fatin. Mereka tiba di hadapan kelas.

“Tengoklah macam mana…” Fatin melangkah masuk ke kelas.

*****

Fatin menanti Haz memulakan bicaranya. Terkejut juga dia tadi, tiba-tiba Haz menelefonnya untuk berjumpa di perpustakaan.

“Err.. err.. aku ada hal nak cakap ni…” Haz teragak-agak memulakan bicaranya

“Ni mesti tentang persembahan tu kan??” Fatin mengagak.

Haz mengangguk.

Fatin mengeluh. “Aku rasa aku tau apa yang kau nak cakap. Aku baru dengar je tentang ni dalam kelas Ekonomi tadi..”

“Kau dah tahu? Tapi siapa yang bagitahu? Kau dengar dari siapa? Dalam kelas Ekonomi? Aku tak nampak pun kau cakap dengan sesiapa tadi…” Haz terkejut.

“Laa.. kau duduk di belakang, mestilah kau tak nampak.. Ku bagitahu aku tadi.. Irham tak mahu group aku handle group dia kan? Dia kata aku tak layak nak handle group dia kan?” Fatin menanti jawapan dari Haz.

“Err.. err.. yup…” Haz mengiakan. Fatin menunduk.

“Actually aku rasa nak give up la.. lantaklah apa orang nak kata.. Karang kalau aku paksa budak-budak tuu buat ikut apa aku nak, tak best la kan.. Sedangkan tujuan utama Nostalgia Night tuu nak makan-makan, berseronok dan nak eratkan hubungan antara senior dan junior…” Fatin membetulkan duduknya.

“ Sekarang ni, ada baiknya jika aku mengalah.. Mereka buat apa yang mereka nak dan malam tu aku dapat makan dengan tenang.. Betul tak??” Fatin nekad untuk mengundur diri. Lagipun, sehari selepas Nostalgia Night, pelajar semester 4 akan menghadapi Test 2.

“Betul ni..?” Haz inginkan kepastian.

“Yes, aku tarik diri. Nanti aku bagitahu Fiq..” Fatin sudah nekad. “Sorry buat kau pening kepala, nanti kau inform Ku…” Haz mengangguk. Fatin melangkah lemah keluar dari perpustakaan.

*****

Hujung minggi itu, Fatin keluar dengan Fiq. Di dalam kereta, Fatin memberitahu Fiq perbualannya dengan Haz.

“Jadi, U pergi tak majlis tuu?” Fiq bertanya.

“Actually I tak mahu join..” Fatin menjawab perlahan.

“Tak join?” Fiq mengaru kepalanya.. “But, I think..” kata-kata Fiq dipotong..

“No tapi-tapi, confirm I tak join..” Fatin tersenyum.

*****

Keesokan harinya…

“Serius kau tak mahu handle budak-budak tu?” Ku bertanya.

“Aku nak tarik diri. Kau suruh lah sesiapa sahaja handle budak-budak tuu.. Kau nak bagi kat Is pun tak apa…” kata-kata Fatin mengejutkan Ku.

“Betul ni? Kau pasti..?” Ku bertanya lagi, aku ingatkan Haz main-main.

“100% aku pasti.. Aku penatlah. Dari sebelum Chinese New Year sampai sekarang, budak-budak tuu tak decide nak buat apa lagi, sedangkan majlis tu lagi 3-4 minggu saja kan..?” Fatin mencongak.

“Tu la.. aku pun pening. Sebenarnya, aku tak beritahu kau satu benda lagi..” Ku teragak-agak untuk beritahu.

“Lebih baik kau beritahu sekarang” Fatin mendesak.

“Memang Irham nak Is handle group dia..” Ku berterus terang.

“Hmm.. kan betul apa yang aku sangka.. Biarlah, aku tak mahu fikir apa-apa lagi, apa nak jadi pun jadilah..” Fatin melangkah meninggalkan Ku sendirian.

*****

“Hana, macam mana ni, malam ni kan ada meeting dengan budak-budak semester 1, nak pergi ke tak?” Fatin tak sedap hati.

“Aku pun tak tahu. Ku sahaja yang tahu kita tarik diri kan?” Hana bertanya.

“Haz pun tahu..” Fatin membalas.

Tiba-tiba, telefon bimbit Fatin berbunyi menandakan ada mesej masuk.

“Aku dah kata mereka nak kita ada kat sana.. Macam mana ni…?” Fatin mula kalut. Ku menghantar mesej meminta dia, Hana, Fai, Fudz dan Fish turun hadir ke meeting.

“Kau tanya Fish dan Fai. Aku tanya Fudz..”

“Okey..” Fatin mula mula mendail.

Beberapa minit kemudian..

“Fish tak boleh malam ni, group dia ada discussion untuk presentation esok.. Fai pula kata dia ikut kita. Kalau kita pergi, dia pergi… Fudz macam mana?” Fatin bertanya.

“Dia baru sudah mandi. Sekarang dia sedang makan. Kalau jadi nak pergi meeting tuu, dia suruh kita pergi dahulu, dalam pukul 9 dia pergi. Kau dan Fai pergi dulu, nanti aku pergi dengan Fudz…” Hana mula bersiap.

“Okey, jom bersiap..” Fatin menghantar mesej kepada Fai.

*****

“Kenapa tak ramai pun.. Mana Ku?” Fai bertanya.

“Entah la.. Jom ke sana..” Fatin melangkah.

Ku perasan akan kehadiran Fatin dan Fai. Dia menghampiri Fatin dan Fai.

“Korang duduk dulu..” Ku melangkah ke arah Is lalu membisik sesuatu.

Sebaik sahaja Fatin dan Fai duduk, Ku, Is dan Zul menghampiri mereka. Ku bertinggung di hadapan Fatin.

“Macam ni, aku panggil korang sebab aku nak budak-budak tu beritahu apa yang mereka tak puas hati dengan kau dan kumpulan kau. Aku pun nak tahu apa yang mereka tak puas hati..” Ku menerangkan tujuan dia menyuruh Fatin dan kumpulannya hadir ke meeting itu.

“Kami pun nak tahu juga..” Zul menyokong.

“Laa.. kalau sebab ni kau panggil kami turun meeting, lebih baik tak payah. Kalau korang nak tahu, aku still pegang kata-kata mereka time meeting sebelum Chinese New Year. Aku sendiri yang tanya, ‘Kamu semua ada tak puas hati tak?’ Dan mereka sendiri yang jawab TAK ADA!! KOSONG-KOSONG.. Fai sendiri pun dengar..” Fatin tiba-tiba naik angin.

“Aku sendiri dengar mereka kata kosong-kosong..” Fai menyokong Fatin.

“See….” Fatin memeluk tubuh.

“Jadi benda ni memang settle macam tu la..” Ku tak puas hati apabila usahanya untuk mendamaikan keadaan tak menjadi.

“Yess.. macam ni lah.. apa yang jadi, dah jadi.. sekarang, Is handle mereka..” Fatin nekad untuk tidak mahu berbincang apa-apa lagi tentang persembahan itu. Fai disebelah mencucuk pinggang Fatin.

“Dengarlah dulu apa yang mereka tak puas hati..” Fai memujuk.

“Cukuplah, aku tak mahu terlibat dengan mereka.. Biarlah Is yang handle..” Fatin memutuskan.

“Kalau macam tu, tak apa lah..” Ku akhirnya mengalah. Is bangun menujuke kumpulannya. Fatin dan Fai bangun meninggalkan tempat meeting itu. Kebetulan Hana dan Fudz baru berjalan ke arah mereka.

Fai menceritakan apa yang terjadi.

“Laa.. kenapa tak mahu dengar dahulu apa yang mereka tak puas hati…” Fudz mengeluh.

“Aku tak mahu dengar lagi apa yang mereka cakap. Kalau aku dengar pun, aku tak mahu handle mereka lagi…” Fatin duduk di bangku bawah pokok. Fudz dan Hana terdiam.

“Tapi, aku risau lah.. Nampak sangat salah aku. Aku tak mahu dengar penjelasan mereka. Aku tak setuju dengan idea mereka. Aku lepas tangan. Aku.. aku..” Fatin tak dapat menghabiskan ayanya.

“Dengar sini. Aku mengaku yang sebenarnya kita kena dengar penjelasan mereka. Tapi aku tak rasa tu salah kau. Kau tak perlu rasa bersalah, tu salah mereka. Alasan kau munasabah. It’s not fair right? Mereka hanya buat satu scene, sedangkan group lain buat macam-macam…” ujar Far serius.

“Tentang penjelasan tuu, sebenarnya Ku yang nak jumpa kita, bukan budak-budak tuu sendiri yang nak jumpa kita. Kau tak rasa ada something yang tak kena?” Fatin menyoal.

“Aku tak tau pula Ku yang nak jumpa kita, bukan budak-budak tuu… Jadi, ni semua idea Ku?” Fudz mengurut lehernya.

“Aku tak pasti idea siapa, aku rasa idea Ku. Kalau budak-budak tu sendiri yang nak jumpa kita, Yess aku setuju nak berbincang.. Tapi Fai, cuba kau ingat balik, kenapa Ku bertinggung depan aku, cakap pun macam berbisik… muka Is pula macam tak puas hati..” masih segar di ingatan Fatin pertemuaan dengan Ku sebentar tadi.

“Betul juga.. pening-pening..” Hana menggeleng-geleng kepalanya.

*****

“Jom laa.. ada banyak tempat kosong lagi. Budak semester 2 dan 3 pun ada yang join..” Fudz memujuk Fatin.

“Tak mahu la…” Fatin kehairanan. Kenapa mereka nak aku join?

“Semester 4 ada 5 meja sahaja… Jom la…” Aimie turut memujuk. Tika itu, Fudz dan Aimie berada di bilik Fatin. Begitu juga Hana dan Fai.

“Tapi malu laa… Nanti apa budak-budak tu kata.. Mana aku nak sorok muka aku.. Entah-entah semester 6 pun dah tau..” Fatin meluahkan rasa hatinya.

“Macam ni, nanti bila tiba turn budak-budak kau perform, kau pergi depan pentas, kau tepuk tangan kuat-kuat.. Haha..” Aimie ketawa sendirian. Yang lain turut ketawa mendengar kata-kata gurauan Aimie. Tetapi…

“Betul juga.. Aku nak buat macam kau kata..” Fatin mengambil serius apa yang Aimie katakan. Fai, Hana, Fudz dan Aimie terkedu. Biar betul…

“Aku nak mesej Haz suruh dia book meja untuk aku dan Fiq depan pentas.. Haha…” Fatin ketawa sendirian.

“Tapi kalau boleh, aku tak mahu naik bas sekali dengan budak semester 1.. Please…” Fatin menoleh ke arah Fudz.

“Kau jangan risau. Semester 6 pergi dengan kenderaan sendiri. Jadi budak Semester 1 until semester 4 akan naik bas. And Junior akan pergi awal…” Fudz yang handle bahagian pengangkutan memberitahu. Kenapa Fatin book tempat untuk Fiq?

*****

“Fatin, confirm kau join kan majlis tu nanti?” Haz bertanya.

“Yess… kenapa?” Fatin memandang Haz pelik.

“Elok sangatlah… Macam ni… kelas B handle bahagian book tempat and katering, kelas C bahagian pentas, kelas D bahagian poster and kad jemputan, kelas E handle hadiah dan cenderahati.. So, kelas kita, kelas A handle pendaftaran and kutip bayaran. Untuk kutip bayaran, aku dah suruh budak kelas kita yang lain, tapi untuk pendaftaran aku ingat nak suruh kau.. boleh?” Haz menunggu jawapan dari Fatin.

“Siapa lagi yang jaga pendaftaran?” Fatin bertanya.

“Erm.. kau boleh ajak sesiapa saja..” Haz memberitahu.

“Kalau macam tu, boleh la… Aku setuju. Aku ajak Hana, Fai, Syu, dan Fiq.. boleh?” Kebetulan Hana, Fai, Syu, dan Fiq berada berhampiran dengan Fatin. Apabila mereka mendengar Fatin menyebut nama mereka, mereka menghampiri Fatin dan Haz.

“Kenapa?” serentak mereka bertanya.

“Korang nak jaga pendaftaran? Dah tak ada orang la… nanti bila ada orang mendaftar, korang kena bagi kupon cabutan bertuah dan cenderahati.. boleh?” Haz menoleh ke arah mereka.

“Kami ok ja..” Hana, Syu dan Fai menjawab serentak.

“Fiq?” Haz bertanya. Haz membuat isyarat mata.

“Err.. err.. aku bahagian makanan la..” Fiq memberitahu.

“Laa.. aku lupa la pula kau MT…” Fatin malu sendiri.

“Jadi korang berempat setuju handle pendaftaran? Satu lagi, majlis tuu kita buat di resort tau..” Haz memandang mereka berempat.

“Oh yeahh..” mereka menjawab.

*****

Hari yang ditungu-tunggu tiba. Nostalgia Night hanya akan berlangsung empat jam lagi.

“Fatin, kau kat mana tuu?” Fudz bertanya.

“Aku baru sampai. Hana dan Raisya ada dengan aku. Kau kat mana?” Fatin menoleh ke kiri dan ke kanan.

“Aku di depan dewan. Majlis tu kita buat di Dewan Rajawali tau. Meja pendaftaran dah disediakan…” Fudz memberitahu.

“Dewan Rajawali? Aku rasa aku tau kat mana..” Fatin lantas menarik tangan Hana dan Raisya.

“Jom..” kata Fatin sambil memutuskan talian.

Dewan Merbok. Dewan Meranti. Hahh!! Tu pun Dewan Rajawali.

“Fatin!!” Haz memanggil mereka. Mereka bertiga menghampiri Haz.

“Aku nak bagi senarai nama.. Tu pun cenderahati dah sampai…” Kelihatan budak-budak kelas E mengangkat 3 kotak besar lalu meletakkan di sebelah kotak itu di meja pendaftaran.

“Kupon cabutan kami dah gamkan di kotak cenderahati.. Kotak bertanda 6 tu untuk semester 6 dan yang lain untuk semester 1 until 4. Semester 5 tak join kan…” DY memberitahu sambil menunjukkan ke arah kotak-kotak itu.

“Yes.. semester 5 tak join. Esok mereka ada test…” Haz menjawab.

“Kalau macam tu, aku nak jaga set 1…” Syu mengambil senarai nama pelajar semester 1.

“Senarai nama pelajar semester 2, 3 dan 4 aku stapler sekali.. Jadi 2 orang akan handle set ni..” Haz menunjuk ke arah set yang mengandungi nama pelajar semester 2, 3 dan 4.

“Aku dan Hana jaga set ni…” Fai mengambil set 2.

“Jadi, Fatin akan handle set 3..” serius Haz menuturkan. Fatin mengangguk.

“Bro, aku tolong Fatin…” Fiq menepuk-nepuk bahu Haz.

“Nanti makanan macam mana?” Fatin bertanya.

“Hal makanan don’t worry. Dah settle.. Lagipun, pihak resort ni akan serve makanan sekali.” Fiq berdiri di sebelah Fatin.

“Okey.. nanti dalam pukul 8, korang prepare. Sekarang ni dah boleh gerak ke surau…” Haz melangkah mendahului yang lain menuju ke surau.

*****

“Fatin, U suruh mereka tanda kehadiran, I bagi cenderahati..” Fiq menarik kerusi duduk di sebelah Fatin.

“Okey..” Fatin duduk sambil membetulkan tudungnya. Malam itu, Fatin memakai pakaian berwarna koko. Begitu juga dengan Fiq. Seolah berjanji pula.

Tepat jam 8, pelajar-pelajar Diploma Perakaunan mula memenuhi ruang pendaftaran.

“Tanda di sini kak..”

“Kupon cabutan bertuah digam di tepi cenderahati.., nanti bila nombor ni naik, bawa cenderahati ni sekali…”

Tak menang tangan mereka melayani tetamu yang hadir. Rasa pening, penat dan letih sebelum majlis kini terasa berbaloi apabila melihat kehadiran-kehadiran para pelajar.

“Hai Fatin…” Shah berdiri dihadapannya.

“Oohhh.. Kau pun datang…” Fatin terkejut dengan kehadiran Shah. Fiq disebelah hanya ketawa melihat telatah Shah.

“Yes… aku kan VVIP.. haha.. aku nak kena tanda kat mana ni?”Shah membelek-belek kertas di hadapan Fatin. “Sini..” Fatin menunjuk.

“Aku nak tanya ni,…” suara Shah kembali serius.

“Tanya apa?” Kenapa serius sangat ni…

“Betul aku dengar orang kata kau gaduh dengan Irham..?” Shah terus masuk topik.

“ Kau dengar dari siapa?” Fatin bertanya.

“Oranglah.. aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Sebab tuu aku tanya…” Shah mendesak.

“Aku malas nak komen. Benda dah berlalu… biarlah ianya berlalu…” Fatin menjawab perlahan. Shah merenung Fatin tajam.

“Tak la.. aku nak dengar yang sebetulnya dari mulut kau sendiri..” Shah terus mendesak.

“No komen.. dah la Shah.. Macam aku kata biarlah benda dah jadi… Titik.” ujar Fatin tenang. Shah dan Fiq terdiam.

Tiba-tiba, Fatin tersedar bahawa Irham dan kawan-kawanya sedang mendaftar di meja pendafrtaran pelajar semester 1. Usai mendaftar, mereka melintasi meja pendaftaran pelajar semester 6. Fatin hanya buat tak tahu.

“Huhh!!! Datang juga rupanya…” suara itu menendang pendengaran Fatin. Dia tahu pemilik suara itu. IRHAM!!!

Fatin cuba bersabar, menahan marah.

“Dah ada bodyguardddd… haha..” Kali ini, Irham benar-benar menguji kesabarannya.

“Apa yang kau tak puas hati hah!!! Cakap kat aku sekarang!! CAKAP!!” Tanpa sedar, Fatin bangun lalu menolak Irham ke dinding… Mujurlah tika itu, majlis sudah bermula. Insiden itu pula berlaku di luar dewan.

Fiq dan Shah terkedu dengan tindakan Fatin.. Hana, Fai, dan Syu yang berada di meja sebelah ternganga.

Fatin yang sedang marah bertindak mencengkam leher baju Irham. Ketinggian Irham tak menghalang Fatin mencengkam leher Irham.

“Fai, kau tarik Fatin cepat!!!” Haz tiba-tiba muncul. Dia yang baru sahaja selesai memberi ucapan pembukaan terkejut apabila melihat insiden itu di pintu utama dewan. Dia lantas menutup pintu dewan. Ku dan Aimie yang kebetulan mengikut Haz terkejut.

“Kenapa ni? Apa dah jadi?” soalan Ku tak dijawab, sebaliknya mereka berusaha untuk melepaskan cengkaman Fatin. Kawan-kawan Irham turut terkejut melihat tindakan Fatin. Sepanjang mereka mengenali Irham, tak seorang pun yang berani bertindak sebegitu hatta menepuk bahu.

“Berani kak Fatin buat macam tuu…” Karim menyoal.

“Kak Fatin kan tua lagi dari Irham…” Asyraf menjawab perlahan.

“Memangla… tapi Irham buat macam tu sebab….” Karim tak dapat menghabiskan ayatnya apabila suara Fatin kedengaran lagi. Ku yang mendengar perbualan itu kehairanan. Lebih tua? Siapa yang tua?

“AKU NAK KAU CAKAP SEKARANG!!!” ujar Fatin garang.

“Sabar Fatin.. sabar..” Fai menarik Fatin ke belakang. Tapi tak berjaya.

Aimie cuba menarik Fatin. Manakala Fudz dan Syu masing-masing menarik bahu Fatin.

“Lepaskan aku!!! Aku tak kira.. Aku nak tahu apa yang dia tak puas hati..” Fatin menolak mereka kasar. Aimie yang tak menjangka tindakan Fatin jatuh terduduk. Begitu juga dengan Fudz dan Syu. Hana dan Raisya membantu mereka berdiri.

“Cepat tarik Fatin. Dia tak tahu apa-apa.. Kesian Irham tu…” Aimie meminta pertolongan Haz. Ya, Fatin tak tahu apa-apa.. Irham hanya bertindak mengikut arahan. Arahan Haz. Ku hairan mendengar kata-kata Aimie. Apa yang terjadi sebenarnya?

Ku melihat Irham di hadapan. Irham sedang berusaha melepaskan cengkaman Fatin.

“Kau dah bisu? Kenapa tak jawab!! Tadi bukan main lagi kau ya.. Dengar sini, ikut suka hati aku la nak datang atau tak, aku tak rasa ada kena mengena dengan kau…!” Fatin masih mencangkam leher Irham.

“To.. Tol… Tolongg…” suara Irham lemah.

“Fiq, kau tarik pinggang Fatin. Shah, tolong aku tarik bahu Fatin. Ku, kau cuba leraikan cengkaman tu…” mereka yang terlibat menurut arahan Haz.

“Fatin, kau dah salah anggap!!! Lepaskan Irham!!” Aimie memujuk.

Kuat pula minah ni.. Haz merungut dalam hati lantas membantu Ku masih cuba meleraikan cengkaman Fatin. Fiq masih lagi cuba menarik pinggang Fatin.

“Kau pun sebelahkan mamat ni, Aimie!!!” Fatin merenung Aimie.Tajam. Aimie terdiam. Tak pernah lagi dia melihat Fatin seperti ini.

Tiba-tiba..

“Aaarghh..” Fatin melepaskan cengkamannya. Fiq di belakangnya sempat menahan Fatin dari terjatuh. Fatin bangun sambil dibantu Fiq.

“Aku penat… Sorry Irham…” Fatin melangkah masuk ke dewan sambil memicit kepala. Dia masuk melalui pintu ke-2 memandangkan mejanya berhampiran pintu ke-2.

“Aimie, tengokkan Fatin..”arah Fiq.

Mereka yang berada di situ tak sangka yang Fatin akan melepaskan cengkaman. Haz lantas memeriksa Irham. Ku duduk kepenatan.

“Sorry Irham… Aku tak tau yang Fatin….” Haz rasa bersalah. Rasa besalah kerana dia yang merancang.

“Korang tahu tak Fatin tu tertekan… Kalau korang nak tahu, dari mula hingga sekarang, dia masih memikirkan tentang persembahan budak-budak tuu.. Setiap hari dia tanya kami, apa budak-budak tu nak buat..” Fai mengeluh.

“Actually, aku pun tak sangka dia nak datang malam ni.. Dia kata dia malu… sebab dia kata semua ni salah dia.. salah dia sebab tak terima idea korang… kalau dia terima idea tu, mesti MT tak pening kepala… salah dia sebab tak dengar penjelasan korang…” Fai mengeluh.

“Tapi korang sepatutnya marah mamat ni, aku sendiri dengar apa yang dia kata..” kata Shah sambil menunjuk ke arah Irham.

Kemudia Haz membuka cerita..

Sehari selepas Fatin menarik diri…

“Aku nak tanya kau Irham… Kenapa kau kata Fatin tak layak handle kau?” Haz menyoal Irham. Sengaja dia memanggil kumpulan Irham ke bilik perbincangan di perpustakaan. Turut serta di perbincangan itu adalah semua MT termasuk Fiq. Hanya Ku dan Is sahaja yang tak dapat turut serta. Mereka duduk mengelilingi meja bujur itu.

“Hmm.. macam ni lah. Aku tak mahu dia yang handle group aku. Aku nak Is yang handle..” Irham menjawab.

“Sebab kau tau Is tuu tak sebaya dengan kau kan..? haha.. Irham… Irham… Kau tak tahu.. Kau tak tahu…” Haz tersenyum ke arah Fiq. MT-MT lain turut berpandangan.

“Tak tahu apa…?” Irham keliru.

“Fatin tu umurnya 26 tahun… Sama dengan si Fiq ni… mereka ni suami isteri..” tenang Haz memberitahu.

“What??” Irham terkedu… Sebab tu Kak Fatin senang dengan panggilan kau/aku. Dia nak rahsiakan benda tu rupanya… “Sekarang akak nak kenalkan diri pula,.. panggil ja akak; Kak Fatin, nak panggil Fatin pun tak apa dan akak tak kisah kalau korang nak bahasakan diri aku/kau, senang sikit kan?”kata-kata Fatin terngiang di telinganya.

“Tapi takkan sebab umur kau tak suka Fatin handle group kau…?” Fiq merenung tajam.

“Bukan… Aku tak suka kena arah… Kalau Is lain, dia serahkan semuanya kat kami…” Irham masih membela diri…

“Okey, sekarang aku nak tanya kau… Apa persembahan group kau??” Haz bertanya.

“Err.. tak pasti lagi.. may be video… may..” kata-kata Irham dipotong.

“Tak habis lagi dengan video… video… Kau ingat orang nak tengok sangat video kau… Kau rasa bila kau makan, then ada tayangan video tentang penerangan contohnya Malaysia Tanah Airku, kau akan makan atau kau tengok video tuu?” Haz mula menyerang.

“Err.. err..” Irham kehilangan kata-kata. “Of course aku makan..” Jawapan itu hanya terdetik di hati Irham.

“Satu lagi, aku nak tau pendapat kau tentang idea Fatin…” Fiq pula bertanya. Dia tahu apa idea isterinya, oleh itu dia ingin tahu pendapat lelaki di hadapannya.

“Sebenarnya, idea tuu okey, siap dengan details lagi Kak Fatin terang sebelum cuti, cuma…” Irham terdiam.

“Cuma, kau ego. Ego sebab kau ingat umur kau sama dengan dia. Ego, sebab tu kau tak mahu mengalah. Bagi kau, kalau mengalah tu maksudnya jadi hamba suruhan. Kena ikut ja apa yang orang suruh. Aku tak rasa Fatin paksa kau terima idea dia…” panjang lebar Haz menyambung kata-kata Irham.

“Maaf Haz, aku tau aku salah.. Tapi bukan aku sahaja yang mahukan idea tuu, mereka..” Irham sekali lagi tak dapat menghabiskan ayatnya.

“Idea yang mana satu?” Aimie mencelah.

“Video 7 minit dan lakonan 3 minit..” jawabIrham.

“Aku nak tanya yang lain pula. Kau Irham, sila tutup mulut ya… Aku nak semua tutup mata, termasuk kau, Irham.. Okey, siapa yang setuju dengan idea Irham, angkat tangan.. Fiq, ambil gambar…” Haz meminta Fiq mengambil gambar untuk dijadikan bukti.

“Jangan buka mata lagi.. sekarang aku nak tanya, siapa yang setuju dengan idea Kak Fatin, sila angkat tangan…” Haz menyambung.

“Okey, semua boleh buka mata. Fiq, transfer gambar ke laptop ni…” Haz menyerahkan laptopnya. Beberapa minit kemudian.

“Semua tengok sini,..” Haz meletakkan laptopnya di tengah-tengah meja. Sambil merenung Irham,.. “Cuba kau bilang, berapa orang yang sokong idea kau.. dan kau bandingkan dengan gambar ni,… berapa orang yang sokong idea kak Fatin..” Ternyata bilangan yang menyokong idea Fatin lebih ramai.

“Mereka hanya menyokong idea kau sebab kau lebih tua daripada mereka, jadi mereka hormat kau sebagai abang. Tapi kau pula tak hormat kami sebagai kawan kau sedangkan umur kita sama. Kau hormat Is sebab kau tau dia tua dari kau..” Irham tunduk.

“Sekarang apa yang kau nak buat…” Haz bertanya setelah hampir 15 minit Irham mendiamkan diri.

“Aku ikut cadangan kak Fatin.” Irham mulai sedar kesalahannya. Dia langsung tak meminta pendapat dari ahli kumpulannya, malah dia menjadikan dirinya ketua kerana umurnya yang lebih tua dan memaksa mereka menerima idea itu disebabkan dirinya ketua.

“Tapi, Fatin tak mahu handle lagi group tuu.”Aimie bertanya.

“Tak apa, Is tetap akan handle group ni, nanti aku terangkan kepada dia. Cuma nak tak kalau kita rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan group Fatin. Aku nak buat kejutan sebab sejak mereka join kita, ada ja yang tak kena and ianya berkaitan dengan mereka. Sedangkan mereka hanya membantu saja..” cadang Haz.

“Betul jugak..” Aimie mengangkat tanda setuju. Diikuti Irham dan lain-lain.

“Tapi Fiq, kau jangan beritahu isteri kau pula. Kau nak melatah, kau melatah benda lain..” Haz membuat serius. Fiq yang cepat melatah hanya tersenyum.

“Macam ni, nanti aku akan suruh Fatin jaga pendaftaran, Bila kau daftar, kau cakaplah something bagi Fatin marah. Since group kau akan perform dulu, aku nak nanti Fiq, kau buatlah macam mana sekalipun, janji bini kau ada dalam dewan time group ni perform…” Haz menerangkan ideanya.

“Tapi, Fatin beritahu aku yang dia tak mahu join majlis tuu” Fiq tiba-tiba teringatkan sesuatu.

“Aimie, kau pastikan Fatin join, boleh?” Haz memandang Aimie. Aimie yang dikenali sebagai Dewi Debati, yang sememangnya sukar dikalahkan apabila berdebat diberi tugasan untuk melemahkan tembok pendirian Fatin yang agak kukuh kali ini..

“Insya-Allah, aku cuba..” Aimie bersetuju.

“Jadi, Fatin dan Fiq tu 26 tahun? Mereka suami-isteri? Sama umur dengan aku…” kata Shah perlahan. Haz mengangguk. Ku meraup mukanya.

“Hmm… sekarang macam mana? Nak teruskan lagi??” Aimie bertanya. Mereka di situ menantikan jawapan dari Haz.

“Aku rasa kita..” kata-kata Haz terhenti.

“Teruskan…” Irham bersuara. Kini, pandangan mereka bertumpu pada Irham.

“Kita teruskan tetapi kita ubah sedikit plan tuu…” Irham mengangguk-angguk.

“Okey, aku rasa aku tau apa yang kau tengah fikir sekarang… Ku, group ni akan buat persembahan penutup…” ujar Haz tiba-tiba.

*****

“Fatin, kau okey ke tak ni? Kenapa diam dari tadi…?” Sudah setengah jam Aimie menemani Fatin di dalam dewan. Mujurlah majlis dimulakan dengan Academic Talk. Persembahan pelajar semester 1 hanya akan berlangsung pada jam 9.30 malam. Fatin mendiamkan diri.

“Hmmm.. Dah pukul 9. Kau lapar tak? Aku ambilkan kau makanan, okey?” Aimie bergerak ke arah buffet untuk mengambil makanan. Dia menjenguk keluar untuk mengetahui keadaan di luar dewan.

“Apa dah jadi sekarang?.. Eh.. mereka buat apa tuu?… Hmm.. Tak boleh jadi ni, aku pun nak tahu juga apa yang dah berlaku…” Aimie menolak pintu ke-2 dewan.

“Aimie, Fatin macam mana?” Fiq terus bertanya sambil membetulkan kain pelekat Irham untuk dibuat samping.

“Dia diam dari tadi. Aku ingat nak ambil makanan, tapi tadi aku jenguk luar, aku tengok korang macam buat something ja.. Sebab tu aku keluar.. Korang buat apa ni? Persembahan lagi setengah jam okey? Kenapa tak bersiap lagi ni?” Aimie terkejut melihat group pertama masih membuat latihan. Ada yang sedang membetulkan pakaian, ada yang sedang berlatih menari…

“Fiq, kau handle Fatin. Aimie, kau tolong tengokkan yang perempuan, kau buat macam Fai dan Hana buat tuu..” Haz memberi arahan. Fai dan Hana sedang membetulkan pakaian ahli kumpulan perempuan.

“Eh, kenapa Mama pakai baju tu” Aimie keliru.

*****

“U marah lagi?” Fiq duduk di sebelah Fatin. Kedudukan meja mereka yang paling belakang membolehkan Fiq memujuk isterinya dengan tenang.

“I bukan nak marah pun tadi, tapi mulut dia macam longkang!!!” Fatin sedari tadi menantikan kehadiran Fiq, meluahkan segalanya setelah Fiq duduk di sebelahnya. Lemah suaranya.

“U, janganlah macam ni, malam ni kita nak happy-happy… Biarlah dekat dia, janji dia happy… kan? Lepas ni, kita sibuk dengan test, exam pun dah hampir… tak best lah kalau U masih bermasam muka dengan junior…” ujar Fiq sambil menggenggam tangan Fatin.

“Hmmm… sebenarnya I malu nak keluar, I dah tak marah, I nak minta maaf dengan Irham.. Mesti mereka pelik tengok I marah tadi… nampak over kan? I mengaku, I tertekan…” Fatin membalas lemah.

“Mereka tak salahkan U.. U tahu kan, mereka sokong U?” Fiq memujuk lagi. Dah parah bini aku, dia sedar ke tak ni?? Kenapa lemah semacam ja… Fiq menghulur minuman.

“Hmm.. entahlah, I tak boleh berfikir lagi…” Fatin meneguk minuman yang dihulur Fiq. Telefon bimbit Fiq berbunyi. Haz menghantar mesej. “Macam mana dengan bini kau? Marah lagi?”

“Still in progress…” balas Fiq.

*****

“Hmm, teruklah cik abang kita nak pujuk bini dia… Tak pernah aku tengok Fatin macam tuu..” Haz ketawa lemah.

“Macam tak percaya mereka tu suami-isteri, patutlah asyik I/U bila cakap berdua…” Aimie mencelah.

“Kau tak perasankah, setiap minggu mesti budak berdua tu balik rumah?” Haz bertanya. Setiap minggu, Fiq dan Fatin akan pulang ke rumah ibu Fiq.

“Aku tau Fatin balik setiap minggu, tapi tak tahu pula Fiq pun macam tu…” kata Hana yang juga sebilik dengan Fatin.

“Korang ni… bagi lah peluang mereka nak dating.. ni asyik mengadap buku ja…” Shah ketawa.

*****

“Eh, mereka tak bisingkah bila Haz suruh U tarik pinggang I tadi..?” Fatin tiba-tiba teringatkan pandangan pelik rakannya apabila Fiq memegang pinggangnya.

“Semua dah selesai.. U jangan risau. Mereka dah tahu semuanya..” Fiq tersenyum mengenang kembali riak wajah Irham apabila diberitahu tentang umur dia dan Fatin serta hubungan mereka.

“Maksud U apa?” Fatin bertanya. Nada suaranya kembali normal. Kalut.

“Semuanya.. tentang umur kita, hubungan kita…” Fiq menahan ketawa melihat riak wajah Fatin. Tak lah parah sangat bini aku ni…

Muka Fatin kemerahan. Jadi, mereka dah tahu hubungannya dengan Fiq.

“Waaa… malunya…” Fatin menutup mukanya.. “Yeahh… my wife is back….” Fiq mengucap syukur.

*****

“Sekarang tibalah persembahan terakhir daripada pelajar semester 1. Dipersilakan, kumpulan satu…” Pengerusi majlis.

Tiba-tiba lampu dewan ditutup. Fatin yang sedang menjamah makanan seraya mengangkat kepala. “Ehh.. tu bukan lagu…” Fatin memandang Fiq. Fiq tersenyum. “Bila masa mereka praktis…” Fatin berdiri tiba-tiba.

Do Re Mi tiga orang sahabat..
Berjumpa terus sepakat..
Otak yang geliga sekarang dah tersumbat..
Re do ti la so fa mi re do…

Mama, Lin dan Miza naik ke atas pentas sambil memakai baju melayu dan berkaki ayam. Mereka berpegangan tangan sambil berjalan ke hulu ke hilir di atas pentas. Para hadirin bertepuk kuat.. Tak lama kemudian, kedengaran lagu kedua…

La la la la la la la
Pok Pok Pok Bujang lapok,
Ada mancis tak ada rokok,
Jalan jauh tersenggok-senggok,
Tumit melecet hai lutut terbengkok..

Irham naik ke pentas diiringi Karim dan Aysraf. Mereka menari seperti scene dalam cerita Bujang Lapok. “Haha.. Siapa pakaikan Irham kain tu..? Haha.. Macam nak bersanding ja…” Fatin ketawa sambil memegang perut. Fiq tersenyum malu..

Tindakan Irham dan kawannya turun ke bawah sambil meneruskan nyanyian mengundang sorakan dari para hadirin. Apabila nyanyian itu hampir tiba di penghujungya, mereka bertiga menuju ke arah Fatin. Lalu duduk bersila. Ahli kumpulan Irham yang lain turut duduk bersila. Seisi dewan terdiam.

“Wahai cik adik jangan merajuk, maafkan kami si bujang lapok, Jikalau salah tolonglah tunjuk, kamilah rela hai kena ketuk, Nandung-nandung dayang senandung, Wahai saudari maafkan kami.” Suara Irham, Karim dan Asyraf memecah dewan tanpa muzik.

Mereka yang bersila di belakang turut menyanyi… “Maafkan kami… Maafkan kami… Maafkan kami.. maaf kan kami..” Nyanyian tanpa muzik terus bergema dalam dewan.

Fatin terkedu. Tiba-tiba dia mengeluarkan bunga di dalam pasu di atas mejanya lalu mengetuk kepala mereka perlahan. “Akak tak mahu ketuk, tapi Irham yang nak akak ketuk.. Akak maafkan semua.. Akak pun minta maaf..” Seisi dewan bertepuk tangan. MT, Hana, Fai, Fudz dan Fish mengerumuni meja Fatin.

Irham dan ahli kumpulannya bergerak ke arah pentas. Kedengaran pula lagu ketiga. Malam Pesta Muda Mudi. Mama memegang mic.

Malam pesta muda mudi, bertemasya dan menari, suka ria dalam hati…

Mereka menari dia atas pentas. Para hadirin pula bertepuk tangan.

Sungguh ramai malam pesta, muda mudi bergembira, hilang rasa duka…

Ahli kumpulan tersebut turun ke bawah sambil menarik tangan abang dan kakak senior mereka.

“Aku dah kata dah, mereka nak tarik kita…” kata Aimie tiba-tiba.

“Jom akak..”

“Abang, jom la…”

“Puan, sila-sila…” Tangan Puan Hashimah, Ketua Pengajian Perakaunan turut ditarik.

“Kak Fatin, Abang Fiq jom naik.. Tak kira…” Irham mendesak sambil menarik tangan. Fatin dan Fiq berdiri.

Kita menyanyi sungguh merdu, menghiburkan hati, mari mari kawan kawan ku, jangan malu…

Suara Mama meneruskan nyanyian. Abang dan kakak senior yang ditarik membuat bentuk bulatan. Pensyarah yang ditarik turut sama mmbuat bulatan. Haz, Hana, Fai, Aimie, Ku dan Zul turut ditarik sama.

Fatin dan Fiq melangkah naik ke pentas. Tiba-tiba Fiq menari seperti watak Pak Maon. Tindakannya mengundang tawa seisi dewan.

Persembahan mereka diakhiri dengan tepukan gemuruh. Ahli kumpulan Irham berpegangan tangan seraya menunduk hormat.

“Kak, marah lagi tak?” takut-takut Sarah bertanya. Mereka berkumpul di meja pendaftaran. Hana, Fai, Fuz dan Fish turut berada di situ.

“Akak tak marah la.. thanks korang buat persembahan tadi.. Best!!!” Fatin bertepuk tangan.

….

“Hai… tersenyum-senyum kenapa?” Fiq di sebelah menepuk bahu Fatin. Mereka baru sahaja selesai menghadiri majlis konvokesyen. Mereka sedang berdiri di luar dewan.

“Tak ada apa-apa.. tiba-tiba teringat Nostalgia Night… Best kan malam tuu…” Fatin memeluk tubuh.

“Best memang best.. tapi cuba U tengok sana. Puas mereka menjerit, melambai-lambai panggil U…” Fiq menunjuk ke arah pokok rendang. “Hah..siapa?” Fatin menoleh.

“Laa.. budak-budak bertuah tu rupanya…” Fatin dan Fiq melangkah mendekati mereka.

“Tahniah kak.. abang..” kata mereka sambil menghulurkan bunga.

“Jom, kita ambil gambar ramai-ramai…” Fiq berkata sambil memegang cameranya. Dengan berlatar belakangkan pokok yang rendang, mereka bergambar ramai-ramai…

Fatin bersyukur sangat. Kerana 10 minit, dia kini punya ramai adik-adik dan kawan. Dan juga punya satu kenangan terindah.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

22 ulasan untuk “Cerpen : Kerana 10 Minit”
  1. Hmun says:

    Best sangat…… Suke..!!!

  2. aisyah.alias says:

    good job.. 8)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.