Cerpen : Kerana Sayang!

28 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Bazilah A.Z

“Baby..please!I mintak maaf.I janji I tak akan buat lagi!,”.Suara Emran,my future ex boyfriend bernyanyi hambar di telinga.Dan aku,enak sahaja meratah daging KFC di hadapannya.Berbagai jenis alasan sudah Emran bentangkan,aku masih lagi enak meratah ayam KFC.Nyummy!Kata-katanya langsung tidak aku pedulikan.Aku nampak seperti tidak beradab bukan?Like I care!

“Baby,you dengar tak ni?Please,I really love you.I want you to be part of my life,Bie!,”.Ooo..yeaaa?Terharunya akuuu..lalalala

“Okay,I know I make a huge mistakes.But I didn’t have any choice.I kena goda dia,”.Okay,atas alasan apa?Please proceed your words,Encik Emran!.

“I make a battle with my friend!I tak tahu yang Elly tu,your lovely cousin.I didn’t meant it!,” So,your friend tu,lagi penting dari aku laa,ye?

“Kalau I tak buat,nanti my friend anggap I ni pengecut.Takut girlfriend.You tahu kan,I ni lelaki.I need to keep my pride!.” ujar Emran bertalu talu.

“So,kalau your friend suruh you buat mende yang terkutuk,you pun ikotlah ye?,”bidas aku selamba.Sedap pulak,ayam kari perisa baru ni.Nak order lain boleh?

“Astagfirullahalazim,Bie!Takkanlah I nak buat mende terkutuk tu!I masih ade iman tau,”balas Emran.Suaranya agak tinggi ketika itu.Bengang mungkin!.Aku masih lagi mengekalkan wajah yang tidak berperasaan.Namun,jauh di sudut hati,aku menangis.Menangis kerana dipermainkan oleh game bodoh itu.Elly,sepupu merangkap adik kesayanganku.Emran melukakan hati remaja itu,tanpa rasa bersalah.Ape yang harus aku lakukan?Aku sayangkan Emran.Aku juga sayangkan Elly.Teringat lagi aku ketika Elly datang menangis kepadaku kerana dipermainkan oleh Emran.

“Kak Ila,Elly sayang sangat kat Abg Emran!Kenapa Abg Emran tipu Elly?Elly tahu,Abg Emran bukannya sayang sangat dekat girlfriend.Elly tahu Kak Ila!!,”jerit Elly.Tangisnya menjadi jadi.Aku pasti kalau Elly tahu akulah girlfriend Emran,keadaan dia mesti lagi teruk.Habis berselerak bilik Elly kerjakan.Tunggang terbalik jadinya.

“Elly,please!Jangan macam ni.Biarkan lelaki macam Emran.Tak guna pun Elly ingatkan dia!,”kataku.

“No!Elly nakkan dia!Elly sayangkan dia,Kak Ila!,”.keadaan Elly menjadi agresif.Jeritnya makin menjadi jadi.Nasib baiklah rumah sewa ketika ini tiada orang.Kalau tidak,makin huru hara jadinya.Habis badanku dibahannya.Mak aihh..sakitlah adikkkk!

“No!Elly tetap nakkan dia!Kalau Elly tak dapat,orang lain pun tak akan dapat dia!I mean it!,”jerit Elly.Lagaknya bagaikan orang hilang akal.Takut aku jadinya.Aku sedih,aku bengang.Entah apalah yang Emran lakukan,sampaikan Elly boleh jadi seperti ini.

“Elly,please!Jangan takutkan Kak Ila macam ni!,”tangisku

“Akak,Elly boleh dapat Abg Emran kan?Abg Emran sayang Elly kan?,”katanya sayu.Sungguh aku sedih melihat Elly.Jiwanya semakin tidak tenteram.Dipermainkan oleh.cinta pertamanya.Melihat keadaan Elly,aku yakin yang Elly tidak boleh hidup tanpa Emran.Kerana Emran yang mulakan,Emran jugalah yang harus tamatkan!Aku nekad!

“Sejauh mana cinta you pada I,Emran?,”tanyaku setelah lama mendiamkan diri.Air muka Emran kembali jernih.Mungkin dia rasa,hatiku telah dipujuk oleh pujuk rayunya.

“I love you very much,Bie!You’ll never imagine how much I want you,Bie!,”.Then,why you make a stupid battle,Emran?Kenapa cari masalah?!Sepanjang 3 tahun kami berkawan,inilah kali pertama hubungan aku dan Emran bermasalah.Suatu ujian ataupun petunjuk kepada pengakhiran perhubungan kami?Aku tidak pasti jalan apa yang harus aku ambil.Sana aku sayang,sini pun aku sayang!

“Then,go and marry her!,”.Ya Allah,betul ke apa aku buat ni?.Senyap.Tiada balasan dari pihak Emran.Wajah bengang Emran aku tatap.Air mata mula mengisi kotak mataku.Dengan kasar,Emran bangun dan berlalu pergi tinggalkan aku.Aku tiada pilihan.Aku terpaksa berkorban untuk anak yang tidak mempunyai orang tua itu.Aku telah berjanji dengan MakLongku untuk menjaga Elly seperti adik kandungku sendiri.

After 6 months!

“Kak Ila,Elly nak Abg Emran!,”ujar Elly mengongoi.Aku hanya menyepikan diri.Wajah sayu Elly betul betul melukakan hatiku.Namun,tiada apa yang boleh aku lakukan.Emran telah memutuskan semua talian denganku.Facebook,Instagram dan WeChat semua diblock.Tiada lagi usaha memujuk Emran untuk menerima Elly.Biarpun pada mulanya, ini adalah salah Emran,tapi aku rasa berdosa kepada Emran.Memaksa dia melakukan perkara yang tidak inginku,bukannya kemahuanku.Tapi aku terpaksa,demi Elly!

“Kak Ila,Elly nak cari Abg Emran!,”katanya pantas bangun berlalu pergi.Sejak akhir akhir ini,kelakuan Elly semakin menjadi jadi.Keluar pagi balik tengah malam.Semuanya kerana Emran.Aku sedih melihat usahanya dalam menjejaki ex boyfriendku.Bersungguh benar!Aku meyokong tapi aku juga berduka.Badanku menjadi susut.Seleraku hilang..Tidurku juga sering terganggu.Sesungguhnya,aku merindui Emran.Amat sangat.

Kringggg

Telefon bimbitku berbunyi di sebelahku.Private number!Wahh..ada orang nak mengurat ke?Tahu tahu je aku tengah single mingle ni!.

“Hello,may I speak to Rosilla?,”.Fuyoo speaking London?Suara siapakah ini?

“Ye saya!Siapa ni?,”.Suara itu senyap tanpa balasan.Agak lama juga aku ber’hello hello’.

“I ni Emran,”balasnya.Aku tergamam.Luruh rinduku ketika ini.

“You sihat?,”tanya Emran.Prihatin.Sikapnya masih tidak berubah.

“I okay.Alhamdulillah.You?,”.Sungguh,aku tidak sangka Emran masih lagi mencariku.Rindukah dia padaku?

“I miss you,Bie!,” Ya Allah,thank you!Emran still miss me!.Mataku bergenang.Air mata ku tahan dari melimpah.

“Bie,I dah decide nak kahwin dengan Elly.I tak sanggup nak jauh dari you lagi!,”Ye,jika Emran kahwin dengan Elly,itu bermakna kami boleh sering berjumpa.Hatiku makin perit.Ini bukanlah keputusan yang aku inginkan.Hati seperti ditoreh dengan pisau.Aku menyepikan diri.

“Baby,you really me want to get married with her?,”Soalan itu ditanya.Jangan!,hatiku meminta.

“Yupp,I want you married with her if you really love me!,”.Itu pula balasan bibirku.

“Okay,I akan follow.As long as,I boleh tengok you!,”.Aku pasrah.Demi kebahagiaan Elly. Lagi 2 bulan perkahwinan Elly dan Emran akan berlangsung.Aku dan keluargaku bertungkus lumus menyiapkan perkahwinan idaman Elly.Hari ini,aku teman Elly dan Emran fitting baju.Entah kenapa,sejak akhir akhir ini,hatiku menjadi makin sakit.Sakit dengan telatah Emran dan Elly.Mereka berdua menunjukkan merekalah loving couple yang paling bahagia.Aku sakit.Aku tidak nampak yang Emran seolah olah terpaksa kahwin.Sudah tangkap cintun dengan Elly kah?Album baju kahwin,aku belek kasar.

“Kak Ila?Okay tak?,”tanya Elly lembut.Aku tersengih.Itu sahaja mampu aku buat kini.

“Kak Ila,baju ni cantik kan?,”Elly meminta pendapat.Aku mengangguk.Cantik je adik oii..janganlah tanya sangat!Not in mood tau!Kadang kadang kedengaran suara bahagia Emran bersama Elly.!Hmm..what’s point aku teman dorang ni? Emran and Elly side,

“Kenapa dengan Kak Ila tu,honey?Asyik mengeluh aje?,”tanya Emran.Elly yang sedang asyik menilik pakaian di dalam wardrobe baju hanya mengangkat bahu.Tangannya masih membelek belek pakaian di hadapannya.

“Honey,you tak tanya?,”tanya Emran lagi.

“Aikk..ambil berat pasal Kak Ila ke?,”Elly perli sinis.Emran ketawa.Cemburu la tu!

“Takdelah!Just wondering.You sendiri cakap perangai Kak Ila tu jahat kan?Tak akanlah I nak ambil tahu pasal dia!,”balas Emran manja.Elly tersengih.

“Abaikan je Kak Ila tu you!Dia ada personal problem kot!,”balas Elly bersahaja.Dan Emran hanya memandang tanpa riak ke arah Ila!. Bunyi muzik di kelab malam sungguh membingitkan telinga.Anak anak muda kelihatan terkinja kinja tanpa menghiraukan batas pegaulan antara lelaki dan perempuan.Di hujung kerusi,Elly dan Adam sedang asyik ketawa sambil minuman syaitan di tangan.

“Dia tu bodoh Am!Percaya sangat kat aku bulat bulat!Dia ingat aku nak sangat dekat Emran tu!,”Elly ketawa besar.Adam disebelah juga galak ketawa sambil tangannya galak bergerak ke sana sini.

“Sebab sayang dia,aku dapat Emran!Dasar perempuan bodoh!,”ketawa Elly lagi.

“Kenapa you dendam sangat dekat Ila,Elly?Dia kan sayang you?,”tanya Adam sedikit menjerit.Cuba melawan suara muzik yang makin kuat.

“Haha,sayang?Persetankanlah dengan sayang dia tu!Aku benci dia,Am!Dia ada segala-galanya.Keluarga yang penyayang,ade pendidikan,ade kerja bagus ada pakwe yang ikhlas sayang dia.Dan dibanggakan Am!Sebab tu aku dendam dengan dia.Aku nak musnahkan hidup aku.Biar dia rasa apa yang aku rasa?,”Elly ketawa.Ketawanya umpama syaitan yang bertopengkan manusia.

‘Hahaha..kau tu yang bodoh sebenarnya Elly!Kau tak pernah bersyukur dengan apa yang kau ada.Kau ada keluarga yang sayangkan.Keluarga yang masih berikan kau makan minum.Arghh..lantaklah.Janji malam ni aku boleh enjoy!,’kata Adam dalam hati.Gelak mereka menjadi lantang bila dua manusia beradu ketawa. Harini merupakan perkahwinan Elly dan Emran.Suasana dalam rumah di kampung meriah dengan sanak saudara yang datang menolong Tema white angel menjadi pilihan Elly di hari bersejarahnya.

“Cantik adik akak harini!,”pujiku ikhlas.Mukanya tampak berseri dengan busana putih.

“Terima kasih.Akak tu bila lagi?Boyfriend akak tak datang?,”.Datang sayang.tapi sebagai suami Elly nanti.Hatiku merintih.Aku menggeleng kepala.

“Dia busy ye?,”tanyanya lagi.Aku tersenyum sahaja.

“Akak,Abg Emran tu sweet tau!Dia sayang sangat dekat Elly.Dia cakap dia menyesal tolak Elly dulu.Dia cakap makwe dia dulu tu selalu sangat abaikan dia.Pentingkan diri!Elly bertuah sangat dapat Abang Emran tu kak!,”kata Elly bahagia.Good for you,Elly.

“Dah kahwin nanti,Elly kena taat pada suami tau.Jangan derhaka.Bangun awal pagi sikit.Buatkan sarapan untuk suami.Jangan keluar malam dah.Kesian dekat Emran tu nanti,”ujarku.Lagakku seperti orang yang sudah berumah tangga aje memberi nasihat.Hehe.Elly hanya mengangguk.

“Kak Ila,akak rasa ex makwe Abg Emran tu jahat macam mana ye?,”tanya Elly lagi.Ya Allah,kenapa tak habis habis tanya pasal aku ni.Dah nak nikah kan?Aku mengeluh.

“Entahlah,Elly!Mana akak kenal,”.

“Abg Emran cakap dia betul-betul menyesal bercinta dengan ex dia tu.Tak memahami,tak caring,suka marah.Hmm..kesian Abg Emran kan,kak?Nasib baik Abg Emran cepat sedar.Nampak Elly!,”kata Elly lagi.Kata kata Elly itu betul betul melukakan hatiku.Patutlah mesra sangat Elly dan Emran sejak akhir akhir.Mungkin benar yang Emran menyesal berkawan denganku selama Teruk sangatkah aku?ini.Aku mengeluh.Sekarang Emran dan Elly sudah sah menjadi suami isteri.Hatiku merintih kuat.Kecoh mulut makcik makcikku meminta ruang untuk pengantin lelaki masuk ke bilik untuk upacara membatalkan air sembahyang.Aku yang dari tadi menemani Elly di bilik sewaktu upacara akad nikah,menapak pergi.Hanya menunggu di muka pintu bilik.Aku memandang belakang Emran.Mesti dia segak memakai busana putih itu.Putih warna kesukaannya.Aku hanya melihat sahaja tingkah laku mereka.Elly yang sedari tadi menunduk,terkejut sebaik sahaja memandang ke arah pengantin lelaki.Ehh..kenapa?

“Dia terkejut tengok pengantin lelaki kot!,”.Ada suara berbisik di telingaku.Pantas aku berpusing.

“Ehh..you!Kenapa ada kat sini?,”.Wajah segak Emran menyapa pandanganku.Dia hanya ketawa halus.Suka benar melihat aku terkejut.

“Because I need to be here,not there,”kata Emran.Mendalam.Dia tersengih.

“Siapa tu?,”tanyaku merujuk kepada pengantin lelaki.Kelihatan Elly terpaksa menyambut huluran suaminya itu selepas didesak oleh makcik makcikku.

“Her husband!,”.Aku mencubitnya.Reflection.Geram.

“Aduhh..garang la you ni!Sabarlah.Nanti I story,okay?,”pintanya.Tersengih lagi. Elly menangis teresak di hadapan keluargaku dan aku sebaik sahaja siang berlabuh menggantikan malam.Adam dan Emran turut bersama menyaksikan temasya tangisan Elly.

“Dari semalam Mak Ngah dan Pak Ngah pendam.Sampai hati Elly buat kami macam ini.Apa salah kami Elly?Tak cukup lagi ke kasih sayang yang kami beri pada Elly selama ini?,”tanya ibuku.Teresak.Aku tahu ibu memang telah menganggap Elly sebagai anaknya.Segalanya telah dia curahkan untuk membesarkan Elly.

“Kenapa Elly sanggup aniaya Kak Ila.Elly tahu kan macam mana sayang Ila dekat kamu?,”tambah ibuku lagi.Raut wajah ayahku menunjukkan dia sedang menyimpan marah.Cuma didiamkan sahaja supaya tidak melarat.

“Kenapa Elly malukan Mak Ngah dan Pak Ngah?Sanggup buat perbuatan terkutuk.Macam mana Mak Ngah nak jumpa mak kamu di syurga nanti.Ya Allah,malunya aku!,”tangis ibuku lagi.Aku yang berada di tepi ibu,hanya mampu menyabarkan dia.Hatiku juga terluka kerana dia sanggup mempermainkan aku dengan game bodoh dia itu.Hanya kerana iri hati,dia sanggup pisahkan aku dengan Emran.Apa yang aku ada sampai begitu sekali dia dengkikan aku?

“Kak Ila,Elly minta maaf.Elly tahu,Elly jahat.Elly tak pandai nak bersyukur.Elly iri hati bila akak ada keluarga yang baik,kerjaya yang bagus.Akak ada Abg Emran yang ikhlas sayangkan akak.Elly tak de pape kak!,”tangis Elly tersedu sedan.Tapi,kau ade kami Elly,kataku dalam hati.

“You,macam mana you tahu dorang menipu nak kenakan I?,”tanyaku pada Emran.

“I terdengar perbualan Adam dan Elly.Memulanya I was was jugak,Elly mana yang Adam kenal.Lepas itu,bila Adam bangkitkan nama you,I know Elly yang mana.I tahu dah lama ,Ila.I decide nak kahwin dengan Elly pun sebab nak dapatkan bukti.Lagipun I memang plan nak kahwinkan Adam dengan Elly lepas dapat tau,dorang ni dah rosak.So,bila dah dapat bukti,I beritahu your parents,”ujar Emran panjang lebar.

“Adam ni ke yang suruh you pikat Elly?Terima battle kononnya to keep your pride?,”tanyaku lagi.Emran mengangguk.Tersengih malu.Ya Allah,nonesensenya!

“You,kenapa you ada kawan yang tak berapa cerdik ni?Kenapa you terlibat sama dengan permainan bodoh ni?,”tanyaku tanpa riak.

“Accident!,”balas Emran tersengih.Aku juga turut tersengih.Hilang sekejap mood sedih dan kecewa.

“Ayah,ayah ke yang paksa Adam kahwin dengan Elly?,”.Ayahku menangguk.

“Dia yang merosakkan anak orang.Dialah yang kena bertanggungjawab.Tak akan nak suruh Emran pulak!,”balas ayahku.Wajah amarah ayahku mulai kendur.Mungkin kerana Adam dan Elly sudah pun bernikah.Dan perkara ini masih belum merebak kepada orang orang kampung.

“Terima kasih Emran sebab beritahu kami.Kalau tak,sampai bila bila pun kami tak tahu perangai Elly ni,”.kata ayahku.Emran hanya mengangguk kepala.Senang hati dapat menolong.

“Elly,apa yang awak buat ni,Kak Ila maafkan.Lagipun Elly dah bernikah.Mulakan hidup baru.Macam yang akak tadi,taat pada suami.Adam jaga Elly baik baik!,”pesanku pada Adam. Aku nampak baik,bukan?Bukan baik tapi malas nak berdendam.Penat.

“Ehemm..,”Emran berdeham setelah hampir 5 minit ruang tamu sepi.Apa lagi ni?

“Memandangkan semua dah ada dekat sini.Saya nak buat satu pengumuman,”.Pengumuman apa?Nak kahwin?

“Sebenarnya,I nak ajak you kahwin.I dah mintak permission dari your parents!,”kata Emran.Pantas aku memandang wajah kedua ibu bapaku.Riak wajah mereka menandakan mereka bersetuju menjadikan Emran menantu mereka.

“Taknak!,”.balasku cepat.Merajuk.

“Kenapa you?,”.tanya Emran.Sedih ajebunyinya.

“Sebab takde cincin!,”.Okay,acah acah merajuk..Itulah jawapan aku untuk ajakan Emran untuk mengahwini aku.Hehe.Antara aku dan Elly biarlah masa sahaja yang mampu ubati luka di hati.Aku akan cuba redha dengan apa yang telah terjadi.Harap dia akan lebih bersyukur dengan apa yang berlaku kerana kami masih sedia untuk memaafkan dia.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.