Cerpen : Langgar! Jatuh… Cinta!

10 June 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

Arisya menapak malas menuju ke kelas.Kelasnya terletak di tingkat 3 block D.
Seksa juga untuk menapak menaiki tangga tapi memandangkan hari-hari dia melakukan rutin yang sama perkara itu dah jadi perkara biasa.Kata orang utara dah ‘mangli’.

Asyik benar dia melangkah sambil memandang ke bawah membilang satu persatu anak tangga yang di pijak.Terasa ada kaki yang mengikutinya dari belakang.Arisya menoleh,sorang pelajar lelaki di belakangnya.Pelajar tersebut berjalan pantas dan menyaingi Arisya.Ketika pelajar tersebut berselisih dengan Arisya bahunya melanggar bahu Arisya.

“Opocot!”

Arisya hampir jatuh.Terkejut bukan kepalang tapi pelajar lelaki tersebut sempat menyambar tangan Arisya.Panik seketika.

“Wey! Lepaslah!” Arisya bersuara lantang.Pelajar lelaki tersebut yang terkejut
mendengar tempikan Ariya terus melepaskan tangannya tanpa berfikir panjang.

” Adoi…wey,.kau gila ka hah?” Arisya marah-marah.Apa taknya dia sudah jatuh tergolek.Nasib baik cuma dua anak tangga dan badannya tersandar di dinding.

“Tak guna punya jantan.” Arisya mengomel perlahan.

“Arisya,awak okey ke?” Arisya panggung kepala.Dupp!!! Jantungnya berlari laju.Asraf? Uwaa..kenapa aku boleh bertembung dengan dia dalam keadaan macam ni.Wajah Arisya berubah merah.Asraf yang rasa bersalah cuba membantu Arisya.

“Awak boleh bangun ke?” Arisya menolak bantuan Asraf yang ingin membantunya berdiri.Malu bukan kepalang.Asyaf adalah pelajar yang di pujanya sejak tingkatan satu lagi,tapi Arisya pendamkan perasaannya kerana di dorong rasa malu yang amat pada Asraf.Asraf adalah pelajar dari kelas sebelah.

“Kau ni pehal,dah la langgar aku,dah tu kau lepaskan aku macam tu aje,nasib baik aku tak terhantuk kat dinding ke hapa ke,kalau tak naya aje aku hilang ingatan.”Arisya tiba-tiba dapat keberanian untuk bersuara.Di pandangnya wajah Asyaf dengan geram tapi sebaliknya Asraf hanya senyum menayangkan giginya yang putih dan tersusun cantik itu.

“Gila ke apa?”

Arisya berdengus marah.Dah sewel ker hapa? Aku bengang gler dia boleh lagi senyum.

“Dah…tepilah,aku nak naik!” Arisya tolak Asraf kasar. Asraf mengelak Arisya dan memberi laluan pada Arisya.

“Lady first,di persilakan Tuan Puteri Zetty Alieya Arisya.”Asraf ingin berlawak.Selalunya Arisya paling payah untuk di bawa berbual tapi hari ini adalah hari paling bertuah dalam hidupnya.Dapat pegang tangan Arisya satu hal.Arisya marah? Tak ada masalah bagi Asraf,lagi seronok ada la lebih-lebih lagi bila melihat wajah Arisya yang memerah bagai udang di bakar tu.Cute sangat!

“Apa punya mamat nih,dah langgar aku bukan nak selamatkan aku bahkan di lepaskan plak tangan aku…hee..geramnya,tak gentleman langsung la.” Arisya bersuara perlahan,lebih untuk dirinya sendiri,sambil tu di belek tangannya dan di picit perlahan.Nyaris-nyaris lagi tangannya terseliuh,cuma terasa nyilu sikit akibat terjatuh tadi.

“Awak,awak cakap dengan sape tu?”Asraf yang mendengar Arisya bercakap, menyoal.

“Aku bercakap dengan dinding la.Apa kau sibuk?”Ishh..dengar plak mamat ni.Arisya mengomel di dalam hati.

“Awak ajar saya boleh tak?” Asraf sengaja menyakat Arisya.Bukan senang mendapat peluang begini.

“Ajar apa plak?” Giler ke hapa.Nak suruh aku ajar apa plak.

“Ajar saya cakap dengan dinding la.” Sekali lagi Asraf cuba menyaingi Arisya.Cuba berjalan di samping Arisya tapi dalam masa yang sama Arisya mengibas tangannya yang sedikit rasa sengal.Akibat cuba mengelak libasan tangan Arisya, Asraf pula jatuh mengelunsur.

Gedebuk!!!
Arisya panik.Di pandangnya Asraf tanpa kata.Hari ni hari jatuh tangga sedunia ke hapa? Ada pelajar lain yang melalui tangga tersebut pada masa yang sama Asraf tergolek.Teruk Asraf di sorak.Tak ada sikap peri kemanusiaan langsung budak-budak ni,orang jatuh bukannya nak di tolong malahan di boo lagi.Arisya yang pada mulanya ingin membantu terus tak jadi bila melihat Asraf bangun dengan selamba.Asraf pandang Arisya.Arisya buat thumb up tapi kemudian di terbalikkan.Tu baru seri.

Arisya sampai di kelas.Dia masuk kelas macam biasa.Buat macam tiada apa-apa yang berlaku.Dalam kepalanya banyak persoalan yang bermain dengan perasaannya.

“Arisya,tadi aku nampak Asraf! ” Arisya menoleh pada Baiti.Kawan Arisya yang paling rapat dengannya dalam kelas.Kebetulan Baiti juga meminati Asraf.Tapi Baiti lebih bersikap terbuka.

“Pehal dengan Asraf plak? Mana kau jumpa dia?” Hairan dengan pernyataan Baiti.Baru tadi Asraf berlanggar dengan dia atas tangga.Asraf mana plak yang Baiti maksudkan?

“Kau ni Sya,nyanyuk ke hapa?Asrafkan pelajar kelas sebelah aja,tadi masa kau masuk kelas,aku nampak Asraf lalu.” Arisya mengganguk.Baru faham jalan cerita.Ingatkan Asraf mana plak tadi.

“Hari ini ada perhimpunankan?” Arisya bertanya Baiti.Bila fikir pasal perhimpunan Arisya jadi trauma.Nak kena turun tangga lagi..
Uwaaa…capek bangat!!!

Kringgggg!!!
Nyaring loceng berbunyi menandakan waktu untuk bermalas-malasan sudah habis.Semua pelajar berpusu-pusu menuju padang perhimpunan.Baiti pantas menarik tangan Arisya untuk menyaingi pelajar lain.Keluar saja dari kelas mata Arisya sudah bertembung dengan Asraf.

Asraf melemparkan senyuman.Arisya buat selamba.Baiti pula yang di timpa perasaan.Arisya dapat merasakan tangan Baiti yang terasa dingin.Dipandangnya wajah Baiti dan memberi isyarat mata bertanya kenapa.Baiti bagi isyarat sambil megunjuk Asraf yang melewati mereka.Faham dengan maksud Baiti Arisya hanya menganggukkan kepala.

“Wey,dia senyum kat aku la.”Baiti berkata perlahan.Arisya hanya tersenyum.Parah kawan aku ni.Teruk betul bila di timpa perasaan ni.

“Kau sure ke dia senyum kat kau?” tanya Arisya pada Baiti sekadar menguji.

“Habis tu? Takkan dia senyum kat kau kot? Kan kau selalu kutuk dia bila setiap kali aku puji dia.” Arisya mengerutkan keningnya.Terlebih sudah minah ni! Kalau dia dah puji Asraf tu melambung-lambung,takkan aku nak join sekaki kot.Bocor la rahsia hati aku ni.Hiss…

“Apa plak,bila masa plak aku kutuk dia,kau tu yang puji dia melebih sangat.” Mereka berjalan sambil berbual.Arisya melangkah berhati-hati menuruni tangga.Asraf di hadapan pun sama.Langkahnya nampak perlahan.Mungkin juga trauma takut jatuh untuk kali kedua.Bila sampai tangga terakhir Asraf menghentikan langkah tiba-tiba bila ada pelajar dihadapannya berhenti dan membongkok untuk mengikat tali kasut.Arisya dan Baiti yang sedang berbual tidak sedar Asraf berhenti.Apalagi sekali lagi berlaku pelanggaran.Bukan dua orang,bukan tiga tapi lima orang sekali merudum.Yang depan sekali paling teruk tertungging jatuh.Bertimpa-timpa.Arisya terjatuh di atas Asraf.Baiti plak jatuh di tepi Arisya.Yang paling depan dan paling awal jatuh saling menyalahkan diantara satu sama lain.Arisya plak pandang Asraf tajam.

“Kenapa kau ni? Berhenti tiba-tiba saja?” Wah! Garang benar suara Arisya.Anak dara siapa la ni?

“Bukan salah aku pun,aku pun jatuh sama pe,yang nak marah-marah ni kenapa? Bangun la.Sakit tau tak?” Muka Asraf memerah.Dua kali terjatuh dalam awal pagi.Belum sampai sejam ansiden perlanggarannya dengan Arisya kini mereka berlanggar lagi.Bila orang lain saling menyalahi diantara satu sama lain Baiti plak asyik sengeh memanjang.Kalau dah jatuh di sisi pujaan hati siapa yang tak suka.Sakit pun jadi sedapkan.Hehehe…

Arisya pandang Asraf.Asraf pun sama pandang Arisya dan Arisya bersuara..
“Hari ni bukan April Fool kan?” Sehabis Arisya menuturkan ayatnya mereka sama- sama tertawa.Baiti tercenggang.Yang lagi dua dah hilang, dah lama berlalu pergi.Mereka pun perlahan-lahan berlalu pergi dari tangga yang menjadi sejarah mereka hari ini.

“Kenapa kau dengan Asraf macam ada apa-apa aja?”Baiti bertanya sangsi.Asraf di depan yang terdengar berpaling namun langkah tetap di teruskan,belum sempat Arisya menjawab pertanyaan Baiti matanya dah terbelalak memandang Asraf.

“Asraf,..longk…!” Arisya bersuara kuat sambil jari telunjuknya menuding ke hadapan.Belum habis dia berkata-kata…
Lagi sekali Asraf tersungkur.

“Kang…kah,kah,kah..” Arisya ketawa terbahak-bahak.Di hulurkan tangannya pada Asraf.Asraf menyambut pantas.Malu tapi bahagia.Wajah yang berbahang cuba di selindungkan sedaya mungkin.Arisya tak dapat menahan tawa bahkan bukan dia sorang.Mana-mana pelajar yang menyaksikan kejadian itu ketawa terbahak-bahak.Kena boo lagi.

“Walaupun hari ini bukan 1 april tapi aku tetap nak ucapkannya pada kau,April fool Asraf” Arisya berkata pada Asraf.Tawanya masih bersisa.

“Banyak la kau punya April fool Arisya.Apalah malang nasib aku hari ini.Sudah jatuh di timpa tangga.” Asraf mengeluh akan nasib dirinya namun tidak pula wajahnya muram.Berseri saja.Bibir pula tak habis-habis menguntum senyum.

“Apasal plak tangga yang dapat nama?Bukan kau jatuh atas tangga pas tu jatuh dalam longkang ke,kau yang timpa tangga,bukan tangga yang timpa kau.” Arisya berkata lagi sambil melebarkan senyuman.Lucu bila di fikirkan.Agak-agak boleh masuk buku world rekord tak?

“Memang la tangga tak timpa aku tapi tadi kau yang timpa aku.” Asraf mengingatkan Arisya.Merona wajah Arisya.Perasaan malu mula menguasai diri.Ishh..Asraf ni,sengaja plak nak ingatkan aku.Baiti di sebelah hanya memandang dua insan di depannya tanpa kata.Wajahnya terungkap seribu tanda tanya.Arisya dengan Asraf boleh berbual semesra itu? Tapi,.sejak bila? Baiti bingung,apa yang Arisya cuba sembunyikan daripadanya?

Perhimpunan pagi bermula.Semua pelajar berbaris di padang.Selesai lagu negaraku dan lagu sekolah di nyanyikan pelajar di minta untuk duduk tapi masih dalam barisan.Macam biasa pelajar lelaki di hadapan dan perempuan di belakang.Selesai doa di bacakan oleh Ustad Zamri,Pengetua pula mengambil tempat di atas pentas.Usai perhimpunan semua bersurai dan masuk ke kelas dan memulakan pelajaran hari itu.
……………………………………………………………………………………………………………

ASRAF onkan laptop.Sudah berbulan nama Arisya di cari untuk menjadi rakan Facebooknya.Sejak mereka menamatkan zaman persekolahan,masing-masing bawa haluan sendiri.Memang,perlanggaran demi perlanggaran merapatkan hubungan mereka,tapi selepas SPM Arisya telah berpindah sekolah sedangkan dia meneruskan pelajaran hingga tingkatan enam.Dengar kata Arisya masuk Maktab Perguruan.Sebelum tu ada perselisihan faham antara mereka.Surat yang di beri untuk Arisya sudah sampai kepada orang lain.Kepada Baiti kawan baik Arisya sendiri.Akhirnya dia yang terjerat kerana Arisya menyangka dia mempunyai perasaan pada Baiti.

Salah dia juga kerana menyangka surat yang di selitkan dalam buku teks tu milik Arisya.Dah tu tak di tuliskan pula nama Arisya. Dia masih ingat lagi bait-bait kata yang di tulisnya itu.

_Awak,aku suka awak,boleh tak kalau awak jadi teman istemewa aku? Aku berharap sangat agar awak tak tolak permintaan aku ni._

Yg sgt mengharap
Asraf Hakimi

Itulah antara yang di ingatnya tapi dia terkejut sangat bila Baiti yang membalas surat itu dan Arisya yang jadi perantaranya.Pada mulanya dia memang keliru tapi selepas di siasat baru dia tahu perkara sebenar.

“Weh! Kau ni tak ada kerja lain ke? Asyik-asyik ngadap laptop tu aja kerjanya.” Farhan rakan sebilik Asraf menyergahnya dari belakang.

“Kau dari mana ni? Jeles la tu..?”Asraf menyoal Farhan.Dipandangnya Farhan sekilas.Segak bergaya temannya itu.Minyak wangi semerbak baunya.

“Jomlah join aku dengan Kimi dan Man,kami nak keluar ni.Takkan kau nak terperap aja ngadap laptop tu.Mengalahkan perempuan la plak.” Farhan mengajak Asraf sambil melepaskan tawa.Kadang-kadang dia hairan dengan Asraf asal tak ada kerja saja mesti on Fb tapi bila di chek dalam Fb dia, tak ada plak Status yang di tinggalkan.Entah apa yang di cari.

“Aku ikutlah,tunggu,aku siap.” Asraf pantas offkan semula laptopnya, bangun dan menuju ke almari.Sehelai T Shirt di keluarkan dan di sarungkan ke tubuhnya.Seluar jean hitam yang tersangkut di dinding di capai.Sesudah memerhatikan penampilan diri lantas Asraf keluar mendapatkan kawan-kawannya.

“Okey,prince charming siap untuk pergi mencari princess charmingnya.” Asraf berseloroh setelah sampai di hadapan rakan-rakannya.

“Macam ni punya prince charming pakai baju, princess charming tengok pun cabut lari.” Hakimi bersuara mewakili rakan-rakannya yang lain.

“Hahahaha..we wait and see haa..”Asraf bersuara angkuh,sengaja membakar hati kawan-kawannya.

“Wey,nak tunggu dan lihat apanya,dah tiga tahun kita serumah tau,awek pun tarak.” Azman pula mencelah.Cakap berlagak,macam la ada aweks keliling pinggang tapi habuk pun tarak.

“Aku tengah tunggu princess charming aku la,korang apa tau.” Asraf cuba membela diri.Sambil berbual tu langkah tetap di atur.Mereka sama-sama masuk ke kereta.Kereta Asraf juga yang menjadi sasaran.

“Kita nak ke mana ni?” tanya Asraf pada kawan-kawannya.Sebagai pemandu dia kenalah tau hala tuju.Takkan main redah aja kot.

“Sungai Besar la,aku nak jumpa kawan.Dia cakap nak belanja kita makan.” Azman yang bersuara.Sudah lebih tiga tahun mereka bekerja di Sabak Bernam ni.

“Okey,aku ikut aja,lebih-lebih lagi kalau dapat makan free ni.Rezeki jangan di tolak.Eh..kawan kau tu lelaki ke perempuan hah?” Asraf bertanya lagi untuk meriuhkan suasana.Tiga pasang mata serentak memandang Azman.

“Perempuanlah.Kakak Azie rasmi restoran baru hari ini.Jadi hari ini mereka buat makan-makan.”

Asraf,Farhan dan Hakimi menganggukkan kepala tanda faham dan mereka rancak berbual selepas itu.Dari satu isu ke satu isu.Dari isu bola ke politik,beralih ke isu hiburan dan isu semasa.Masing-masing tak mahu kalah.Dah macam gelanggang debat pula.Ada masanya bila masing-masing buat lawak pecah berderai tawa mereka.

Bila mereka sampai kawan-kawan Asraf turun terlebih dahulu manakala Asraf terpaksa mencari tempat parking.Akhirnya dapat juga satu petak kosong tapi jauh dari restoran dan agak tersorok.Bila selesai Asraf memarking kereta Asraf berjalan kaki menuju ke restoran.

Ramai orang sedang menjamu selera.Mata Asraf meliar mencari-cari kawan-kawannya.Dalam ramai orang macam tu Asraf sendiri jadi keliru.Tanpa di duga dalam matanya asyik terkaku di tengah restoran Asraf di langgar seseorang.

“Allah,.sori-sori encik,minta sori encik,betul-betul minta sori,sori sangat-sangat saya tak sengaja.” berterabur isi dalam pinggan.Baju T Asraf basah terkena air.Asraf pandang perempuan yang melanggarnya.Wajah perempuan itu dah merona merah.Asraf terkesima.Perempuan ni macam…

“Awak? Arisya? Zetty Alieya Arisya??? Asraf bertanya perempuan di hadapannya.Perempuan itu yang tadinya kaku dan takut-takut terus mendongak dan memandag wajahnya.

“Awak? Asraf Hakimi? Apa awak buat di sini? “mereka saling bersoal jawab dan akhirnya sama-sama melepaskan tawa.
…………………………………………………………………………………………………………………………….

Arisya senyum sendirian.Tak sangka pertemuan semula dengan Asraf kembali memberikan peluang untuk dia menjalin hubungan bersama Asraf.Sekian lama sejak berpindah sekolah Arisya tercari-cari nama Asraf Hakimi dalam Facebook.Patutlah tak jumpa rupanya Asraf mengunakan nama Prince Charming sedangkan Arisya sendiri mengunakan nama Princess Charming.Kelakarnya macam sehati sejiwa plakkan.

Malam itu bila selesai semua kerja Arisya onkan Fbnya.Sebelum matanya layu dan sebelum melayan bantal Arisya layan Fb.Seronok juga kalau dapat berchatting dan dapat berkongsi cerita dan pendapat.Kebanyakan kawan chattingnya adalah kawan-kawan baru yang langsung dia tak kenal.Layan sajalah.Apa salahnya kalau semua rakan-rakan chattingnya itu sporting dan memahami.Arisya pun bahagia sangat.

Prince Charming: salam sya,sihat,watpa tu?

Asraf orang pertama yang menghantar mesej melalui inbox malam itu.Laju saja Asraf ni kan.

Princess Charming:wsalam,aku always sihat walafiat wal lepat liat n aku sentiasa buat cerdik hari2:-D

Arisya balas mesej dari Asraf tu dan dalam masa yang sama bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar. Paling lebar.

Prince Charming:minta sikit lepat liat.mesti sedapkan.kau ni sya dulu aku ingatkan kau pendiam.rupanya lawyer jgkkan.kau bukan g maktab ke cmna leh amik law plak ni? Hikhikhik:-D

Asraf terus tekan enter.Arisya,Arisya..ingatkan dah jadi cikgu ni ayat skema tapi tak habis lagi ayat gila-gila.Asraf senyum sambil kepala di gelengkan berkali-kali.

Princess Charming: aku amik 2 in 1 la.Law amik gak untk persediaan time emergency.Lepat liat? Sori la xdpt aku nak kongsi tadi aku baling kat syiling trus mlekat xjatuh2..hakhakhak:-D

Arisya balas mesej Asraf.Selepas itu Arisya bangun menuju ke dapur.Buat air milo panas.Minuman peberet dia la.Musim-musim hujan macam ni minum milo panas best jugak ni.

Prince Charming:hahaha..kau nikan Sya..mcm2 la.nanti kita keluar erk???

Princess Charming:kau ingat astro aja ke ada mcm2.keluar mn? Kau ajak aku date ke ni? Hehehe;-)

Prince Charming:kalau kau nak fikir mcm 2 pun bleh ja,kau sudi ke kuar date ngan aku???

Princess Charming:erm..nanti aku nak fikir dlu la.sudi? Xsudi?sudi?xsudi?sudi?xsudi?sudi?xsudi…uwaa..nantilah aku wat isthikarah dlu erk..
Arisya gelak sorang-sorang.Dipandangnya rakan sebiliknya Asmah yang sudah lama di buai mimpi.Hmm..nyenyak saja.

Prince Charming:ala syg,jgn la jual mahal.jom la hari mggu ni kita kuar erk?

Terbelalak mata Arisya.Mak ooii!! Sayang? Kau ni kan Asraf,saja ja kan nak ayatkan aku,nanti biar aku ayatkan kau plak..hahaha..

Princess Charming:apa syg2,ni hubby aku ada kat sblah,kau jgn cr pasal Asraf,dah la ajak istri org kuar dah tu siap paggl syg lg,xbaik tau runtuhkan masjid ni.

Arisya menahan tawa,terinjut badannya.Padam muka kau Asraf.Mesti pucat lesi..hikhikhik..

Prince Charming:kau dah kawen ke sya?bla?maaflah.aku xtau pun.sape hubby kau 2?aku knl ke?

Bertalu-talu soalan Asraf.Arisya dah mengalir airmata.Dah sakit perut.Tak dapat di tahan terhambur juga tawanya.Tapi sekejapan sahaja bila di pandang Asmah yang sedang tidur ditekup mulutnya.

Princess Charming:tu la lain kali tya dlu,ni sdap ja pggil syg.aku dah lama kawen pun kena paksa,pas SPM lg.huhuhu.dah anak 3 pun;-(

Princess Charming:kau bahagia ke sya???

Princess Charming:langsung x! Huhu;-(

Prince Charming:nape?hbby kau pkul kau ke?

Princess Charming:tak la,dia mn pnah pkul aku.

Prince Charming:hbs 2?dia ada pmpuan lain???

Princess Charming:ntah la;-(

Prince Charming:Ceta la aku nak dngar.apa yg bleh aku tlng aku tlng.

Princess Charming:kau jji jgn bgtau sape2.

Prince Charming:ok aku jji

Princess Charming: sbnarnyakan kau dah kena klentong.aku mana kawen lg..hakhakhak,.. k aku out dlu..bye asraf syg:-D

Arisya ketawa lagi.Berchatting dengan Asraf mata pun dah layu.Arisya terus logout dan offkan laptop.Bantal sudah mengamit.

Sementara itu Asraf yang terkejut dengan pengakuan Arisya pada mulanya terus tersenyum akhirnya.Arisya kau bikin jantung aku semput la.Nyaris-nyaris lagi aku terkena heart attack.

…………………………………………………………………………………………………………………………..

Janji telah di buat.Kata sepakat telah di ambil.Arisya dan Asraf bakal keluar bersama.Asraf bukan main lagi pasang badan.Hari minggu bangun awal dan bersemangat waja,sampaikan Hakimi,Azman dan Farhan jadi hairan.Pagi ni Asraf yang masakkan sarapan,nasi goreng kampung special.Selalunya Asraf paling malas bangun pagi.Hari minggu lepas solat subuh selalunya dia tidur balik.Tapi,hari ni wajahnya ceria.Sinar di wajahnya itu bagaikan matahari yang bersinar terang.

“Hepy kau hari ni Asraf? Ada apa-apa ke?” Hakimi yang terperasan dengan perubahan Asraf tu bertanya.Kawan-kawan yang lain turut memandang gelagat Asraf yang sejak akhir-akhir ini nampak ceria yang luar biasa.

“Oh,hari ni Prince Charming nak jumpa Princess Charming mestilah hepy.”Asraf tertawa.Di pandang satu persatu wajah kawan-kawannya itu.

“Porahh..ko ni poyo aja lebihkan?” Azman bersuara lantang sambil ketawa kuat.

“Up to you.Aku tak paksa pun korang percaya.” Asraf senyum lagi.Dia tak kisah pun apa pendapat kawan-kawannya.Apa yang penting hari ini dia dapat pandang wajah Arisya puas-puas.

“Ya la tu.Moga ko bahagialah.Nanti jangan lupa kirim salam kat PRINCESS CHARMING ko tu.” Farhan pula menyampuk.Dah tu sengaja di tekankan perkataan princess Charming tu dan ketawa.Asraf turut ketawa.Azman dan Kimi saling memandang di antara satu sama lain.Akhirnya Hakimi geleng kepala manakala Azman pula hanya angkat bahu.Namun begitu nasi goreng kampung special tetap di makan dengan selera.
……………………………………………………………..

Asraf memandu kereta dengan cermat.Tempat utama yang di tuju adalah rumah sewa Arisya.Arisya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Intan sedangkan Asraf sendiri bekerja di pekan Sabak Bernam.Terlalu dekat jarak di antara mereka selama ini.Itulah permainan takdir.Menguji setiap hambanya.Bermacam-macam cara di datangi.
Sampai saja di depan rumah sewa Arisya, Asraf call Arisya.Dalam lima minit Arisya sudah terpacak berdiri di tepi keretanya.Pintu kereta di buka dan Arisya masuk dan duduk didepan di sebelah tempat pemandu.Asraf pandang Arisya tidak berkelip.Semakin cantik Arisya sekarang di tambah dengan baju kurung moden warna ungu lembut yang di pakai di serikan lagi lilitan selendang ala-ala Najwa Latif.Dah tu dengan solekan nipis yang menampakkan lagi seri wajahnya.

“Ok,Let go! Mana nak pegi ni?” Arisya bertanya sebaik tali pinggang keledar di pakai.Asraf hanya tersenyum.

“Asraf!!! Jalan la.Sengeh-sengeh macam kerang busuk plak aku tengok.” Arisya sengaja mengenakan Asraf.Dah la Asraf tu pandang Arisya macam kali pertama pandang perempuan.

“Kita pergi Teluk Batik nak tak?” Asraf tanya Arisya.Dia sendiri pun tak merancang ke mana nak di bawa Arisya tapi bila Arisya bertanya laju saja tempat itu yang di sebut.Ok kot tempat tu!!!

“Aku ikut aja,kau yang nak bawa bukan aku.”Arisya toleh ke sebelah kanannya.Asraf yang sedang fokus memandu di pandang lama.Ada segaris senyuman di bibir pemuda itu.Asraf taklah hensem sangat.Berkulit sawo matang tapi tinggi dan berbadan tegap.Arisya tertarik bila setiap kali Asraf tersenyum pipinya di sebelah kanan akan terserlah lesung pipit yang menambahkan lagi kemanisan wajahnya.

“Aku nak tanya kau sikit boleh tak?”Asraf pandang Arisya sekilas.Kemudian memandang ke depan kembali.Kereta di hentikan bila mereka sampai di lampu isyarat.

“Tanya aja la,banyak pun aku tak kisah.” Asraf menjawab pertanyaan Arisya.Kalau Arisya bertanya mengenai dirinya bermakna Arisya memgambil berat.

“Kau dengan Baiti,nape break,mulanya memang aku marah sangat bila aku tengok Baiti tu frust dengan kau tapi tak lama.Habis SPM dia dah kawen.” Arisya tertawa dengan ceritanya sendiri.Ada cerita lucu yang terlintas di fikirannya bila mengingati tentang perkahwinan Baiti.

“Baiti dah kawen??? Asraf agak terkejut dengan kenyataan yang dikatakan oleh Arisya.

“Kenapa kau terkejut plak? Kau masih suka dia ke?” Arisya bertanya balas.Tak duga Asraf akan tunjuk reaksi sebegitu.

“Kau betul-betul ingat aku suka Baiti ke? Kau tahu tak surat tu sebenarnya untuk sape.” Asraf kecewa bila Arisya masih menganggap dia sukakan Baiti.

“Tak tahu,yang aku tahu Baiti suka separuh mati kat kau.Sampai angau-angau lagi.”Arisya tertawa perlahan.

“Kau? Kau tak suka kat aku?”Spontan Asraf bertanya membuatkan tawa Arisya terhenti.Wajahnya sudah merona merah.Asraf ni suka sangat buat aku jadi ngelabah.

“Err..tak jawab boleh tak?”

“Kalau jawab nape plak? Senang sangat soalan aku tukan.Bukannya nak kena buat ulangkaji pun.”Asraf bersuara tenang.Wajahnya serius.

“Err..aku bukan tak mau jawab,tapi tu la Dato Siti dah bagi warning.Dato Siti cakap biarlah rahsia.” Arisya sengeh sambil memandang wajah Asraf.Asraf yang berwajah serius terus tersenyum.Ada-ada saja Arisya ni la.

“Dah mula la tu nak jual layar buruk yang tak laku tu!”Asraf membelokkan kereta ke kanan.Lampu signal di beri.Arisya di pandang lagi.Arisya yang sedang bermain-main dengan jari-jarinya di panggil.

“Sya!”

“Ya!”

“Aku suka kau,surat tu untuk kau.”
Arisya terlopong.Ya ke?.
………………………………………………………………………….
Akhirnya destinasi mereka pun sampai.Teluk Batik,Cantik pantainya.Kebetulan ada Expo pertanian di sini.Arisya teruja bila apa yang di minati juga banyak terdapat di sini.Ada pameran bunga orkid dan berjenis bunga-bunga lain.Ada juga pesta buku.Rambang mata Arisya di buatnya.
Terlupa terus tentang pengakuan Asraf terhadapnya tadi.

“Ya Allah,bestnya.Macam mana kau tau ada pameran bunga di sini erk? Ada pesta buku lagi. Ramai orangkan?” Arisya memandang sekeliling.Wajahnya yang ceria mengundang senyuman di bibir Asraf.

“Asraf…Kau ni kan,suka sangat berangan.Aku tanya bukannya nak jawab.Sengeh memanjang.” Arisya menampar lengan Asraf.Geram betul dia dengan Asraf.Seolah-olah macam Arisya bercakap dengan tembok.

“Kau ni,yang teruja sangat ni kenape? Aku mana tahu semua ni.”Asraf menjawab jujur sambil tu wajah Arisya di tenung.Gembira melihat wajah Arisya yang dah macam rusa masuk kampung tu.

“Walau apa-apa pun aku ucap terima kasih banyak-banyak la kat kau.Aku memang suka kalau jumpa 2B ni.” Arisya terus berjalan menghampiri gerai-gerai pameran.Bunga-bunga orkid yang pelbagai warna menarik kakinya untuk terus melangkah laju.Asraf mengelengkan kepala melihat gelagat Arisya.Macam orang yang tak pernah jumpa bunga.

“Kau taukan kasih kau dah lama aku terima.”Asraf sengaja menyakat Arisya dengan ayat begitu,sambil itu dia terus berjalan beriringan dengan Arisya.Wajah Arisya direnung lagi untuk melihat reaksi wajah itu.Arisya buat-buat tak dengar walau jantungnya sedang mengepam darah dengan laju.

“Sya…!”Asraf memanggil.

“Ya.!” Arisya menoleh.

“I Love You!” Sekuntum mawar merah di hulurkan pada Arisya.Pengunjung dan tuan pemilik gerai yang memerhati hanya tersenyum memandang gelagat mereka.Wajah Arisya bertukar merah.Spontan lengan Asraf diketam.

“Hiesyy..tak romantik langsung.Ada plak nak cakap tengah orang ramai ni.” Arisya merengus.Walau ada rasa bahagia tapi Arisya geram sangat dengan Asraf.Malu gler Arisya bila semua mata memandang padanya.

“Biarlah mereka jadi saksi.”Asraf bersuara perlahan tapi ada ketawa di hujung suaranya.Ketawa perlahan yang mengundang bahagia.Lengan yang di cubit Arisya di gosok perlahan.Boleh tahan sakitnya.

“Sya,aku sedang menanti ni.” Asraf hulurkan bunga di tangan.

“Ok,thanks..” bunga di tangan Asraf di ambil dan Arisya terus melangkah menghampiri pula pameran buku.Novel-novel juga banyak terdapat dalam gerai ini.Asraf mencapai sebuah novel karya Siti Rosmizah Lafazkan Kalimah Cintamu dan di berikan pada Arisya.Arisya tersenyum membaca tajuk buku tersebut lalu dia pun memgambil keputusan untuk meluahkan perasaan melalui cara yang sama.Arisya membelek novel-novel yang di pamerkan dan mencari tajuk yang sesuai.Akhirnya novel Kau Sayangku dicapai lalu di serahkan pada Asraf.

“Betul ni?” Asraf bertanya inginkan kepastian.Arisya sekadar mengangguk.

“Sejak bila Zetty Alieya Arisya?” Asraf bertanya lagi.

“Form One!”

“Really?” Asraf plak terkejut.Lagi lama dari dia meminati Arisya.

“Yupp!!! Sepenuh hati.” pengakuan ikhlas Arisya.Asraf rasa sangat terharu dengan pengakuan Arisya.Kalaulah Arisya sudah menjadi isterinya memang sudah di peluknya Arisya tapi jurang hubungan mereka masih melarangnya berbuat begitu.

“Sya,nanti cuti semester kita balik kampung.Kebetulan Asraf pun cuti.”Arisya pandang Asraf.Caranya bercakap sudah berubah.Perlahan dan romantik dan sudah tiada perkataan ‘aku’.

“Memang la.Setiap kali cuti semester memang Sya balik kampung.” rentak Asraf di ikuti.Terasa sangat mesra berbual begitu.

“Kita balik bersama erk?” Asraf bertanya penuh mengharap.Rasanya Arisya seolah-olah sudah menjadi tanggungjawabnya.

“Tak boleh rasanya.Sya nak balik dengan Asmah.Nanti Asmah nak tumpang kereta Sya,lagi pun kalau Sya tak bawa balik kereta tentu Sya bakal patah kaki.”Sya menjawab sambil melebarkan senyuman.Selalunya kalau dia balik kampung tentu adik-adiknya akan mengajak dia berjalan-jalan.Bila ingat kampung Arisya tersenyum lagi.

“Sya!”

“Ya!”

“Err…nanti Asraf hantar rombongan erk?” Asraf teragak-agak untuk memberitahu tapi dia tak mahu terus menanti.

“Hah?” Arisya kelu.Rombongan meminang ke? Itu yang bermain di fikirannya.

“Rombongan apa?” Arisya bertanya lurus.

“Rombongan Cik Kiah nak pergi berkelah.”Asraf bersuara geram.Lagi mau tanya Arisya ni.

“Rombongan nak pinang awak la Cik Arisya sayang oii..lagi mau tanya ke?” hidung Arisya di cuit dan wajah Arisya di tenung lama.Arisya tertunduk malu namun langkah terus di atur.Bangku rehat di tepi pantai di pilih.Melihat lautan yang luas menjadikan hati Arisya tenang.

“Sya!” Asraf memanggil.Kebisuan Arisya meresahkan hatinya.

“Terpulang! Tapi keputusan tetap di tangan abah dan ibu Sya.Sya tak berani buat keputusan dan tak berani nak janji apa-apa.” tegas Arisya menyuarakan apa yang dirasa.Asraf yang sudah melabuhkan punggung di sisinya menarik nafas lega.

…………………………………………………..

Lagi dua minggu cuti semester.Arisya yang sudah menerima lamaran dari Asraf ingin membuat sedikit persiapan untuk majlis pertunangan nanti jadi sebelum balik kampung Arisya mengajak Asmah teman serumahnya untuk keluar bershoping.Membeli barang -barang keperluan untuk majlis tersebut.Destinasi yang terfikir dalam fikirannya adalah Sungai Besar.

Pagi itu Arisya ronda sakan di Sungai Besar.Banyak kedai di masukinya.Dari kedai baju ke butik hinggalah kedai barang hantaran dan kedai bunga.Letih berjalan mereka singgah untuk makan di restoran ibu saudara Asmah.

“Kabare mbah?” Asmah menegur pekerja restoran tersebut.Arisya hanya mengukirkan senyuman.

“Waras!” jawapan di terima.Asmah dan Arisya mula menuju ke meja yang di sediakan.Tak terbuka selera untuk menjamah nasi mereka berpakat untuk order makanan lain.Arisya memilih bakso manakala Asmah memilih mie jawa sebagai santapan mereka.Sekadar mengalas perut.

Ketika sedang menikmati makanan Arisya terpandang kelibat seseorang yang amat di kenali masuk ke dalam restoran tersebut.Arisya amati wajah lelaki yang berbaju kemeja biru lengan panjang itu bersama seorang gadis yang pada pengamatannya memang cantik sangat.Rasa berbahang dadanya.Hatinya menjerit kuat.Pasangan itu pula masuk ke restoran sambil berbual mesra.Tanpa membuang masa Arisya menghampiri meja pasangan tersebut.Dengan selamba dia duduk menyertai mereka.Arisya pandang Asraf sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.Asraf ternyata begitu terkejut dengan kehadiran Arisya.

“Sya…Sya buat apa kat sini?” Asraf bertanya sangsi.Wajah Arisya di pandang penuh tanda tanya.

“Tengok wayang! Kau buat apa plak kat sini?” Selamba Arisya menjawab dan mengajukan soalan pada Asraf.

“Sape ni Asraf? Ko kenal ker?” Arisya pandang wajah gadis di sebelahnya.

“Hai!”Arisya menghulurkan tangan dan tangannya bersambut.

“Saya Arisya TOK saudara Asraf.” Selamba Arisya menuturkannya.Asraf yang berwajah kalut tadi terus menghamburkan tawa.

“Hah???” gadis di sisi Arisya dah tercengang.Walau Arisya berwajah selamba tapi suaranya ada nada tegang.

“Dia bergurau aje.Jangan percaya sangat.Arisya ni memang macam ni.Suka bergurau.” Asraf menerangkan pada temannya itu tapi Arisya pula langsung tidak berpuas hati.Berang dengan penjelasan Asraf.Tak lengkap dan Arisya tak suka.

“Jawab serius Arisya buat apa kat sini?” Asraf menyoal balas tanpa mengetahui kemarahan Arisya yang sudah sampai ke tahap membahang.

“Nak tahu sangat ker?” Arisya tanya Asraf kembali.

“Ya!” Asraf menjawab sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.
Arisya senyum sambil tu air milo ais yang ada di depan Asraf di capai.Asraf memandang saja perlakuan Arisya.

“Nak buat ni!” air milo ais Arisya curahkan atas kepala Asraf.

“Zetty Alieya Arisya,..apa awak buat ni?” Asraf bersuara agak kuat, seluruh pengunjung restoran terbabit memerhatikan mereka.Arisya melemparkan senyuman sinis.Gadis di sebelah mereka terlopong.Asmah yang memerhati kejadian itu juga turut tercengang.Arisya mendapatkan Asmah dan mengajak Asmah berlalu dari tempat itu.

“Sya,..tunggu dulu.”Asraf memanggil Arisya dan cuba mendapatkan Arisya.Arisya di kejar.Asraf menarik tangan Arisya bila dia berjaya menghampiri Arisya tapi Arisya menepis dengan pantas dan nasib tidak menyebelahi mereka.Ketika itu Arisya baru hendak melangkah longkang konon-kononya nak ambil jalan short cut untuk segera sampai ke keretanya.Kerana meronta akibat di tarik oleh Asraf lalu kerana tak dapat menseimbangkan badan lalu keduanya jatuh terduduk di tepi longkang.

“Adoiii…!!! Asraf!!! Heee…tak suka la dia ni!!!” Arisya menampar dada Asraf kuat.Habis di cubitnya tubuh Asraf.Asraf yang turut jatuh ketawa terbahak-bahak sambil tu tangannya menepis serangan Arisya yang bertubi-tubi.

“Tak lucu la Asraf! Sakit tau tak?” Asraf membantu Arisya bangun.Arisya mengosok punggungnya yang terasa nyilu akibat terhempas tadi.

“Sya ni kenapa? Cemburu erk? Tu bos Asraf la.Kami keluar makan bersama sebab nak bincang pasal kerja aja.” Asraf menerangkan kedudukan sebenar agar tiada salah faham antara dia dan Arisya.Maunya Arisya reject pinangan dia nanti menangis tak berlagu la dia.

“Ada aku tanya?” Arisya masih bersuara kasar.

“Erm..tengok tu.Marah lagi? Asraf suka kalau Sya cemburu tapi janganlah cemburu buta.” Asraf cuba memujuk Arisya sambil tu dia memandang bajunya yang dah di kotorkan.

“Tengoklah,apa Sya dah buat! Nasib baiklah dah sampai waktu balik.” Arisya muncungkan bibir.Dia tahu dia bersalah sebab dah salah faham.

“Dah la Sya nak balik.” Arisya terus berlalu menuju keretanya.Asmah yang memerhati hanya tersenyum.

“Apa senyum-senyum?” Arisya berkata pada Asmah sambil masuk ke kereta.

“Aikk..takkan aku pun terkena tempias jugak Sya.Sape tu Prince Charming ko ke?” Asmah tersenyum sambil memandang Asraf yang sedang memerhatikan mereka.

“Taklah! TOK WAN aku!”
Asmah hanya mampu geleng kepala.Arisya! Arisya!….

…………………………………………………………………………………………………………

Malam tu puas Asraf menghubungi Arisya tapi panggilannya tak berjawab.Asraf menghantar mesej juga tak di balas.Asraf runsing takut Arisya berubah hati.Tapi,bila di fikirkan balik Asraf tak melakukan apa-apa kesalahan cuma salah faham.Puas berfikir Asraf mendapat satu idea.Facebook!
Lalu laptop di onkan dan facebook di buka.Arisya sedang online.Cantik!!!

Prince Charming:Syg,sudah la tu marah sikit2..

Lama menanti mesej di inbox masih tiada balasan.

Prince Charming:Sya syg,intan payung,buah hati pengarang jantung hatiku.OK asraf minta maaf tp jgn mrh lama2.

Arisya yang membaca mesej Asraf sudah melebarkan senyuman.Dia bukannya marah pada Asraf tapi dia malu kerana bertindak tanpa menyiasat terlebih dahulu.Pulang ke rumah tadi teruk juga dia ‘di basuh’ oleh Asmah.Tak pasal-pasal dia dapat dengar ceramah free.Tu la cemburu tak bertempat.

Prince Charming:Zetty Alieya Arisya! Sudah2 la tu,jgn mendera abg ni bls la,abg tau Sya tengah online kan?

Arisya mencebirkan bibirnya.Ekeleh! Abang la konon.Eh,umur kita sebaya tau! Arisya bermonolog sendirian.Arisya terus membuka profil dan mengupdatekan status.

Princess Charming

Usah kau pujuk aku lagi! Aku tak sudi!!!
Titik!!!

Arisya tersenyum sendiri.Mesti Asraf akan melihat statusnya itu.Lima belas minit berlalu status Arisya sudah mendapat respon.Sepuluh orang sudah like dan ada lima orang memberi komen.

Jejaka Perasan:Akan ku pujuk hgga kau sudi! Titik:-D

Amir Asraf:Kau bleh blah la!!! Hahaha(gelak jahat)

Asrina:erm majuk erk?

Kamal kamarul:ala cyg2 buchuk!!!

Prince Charming: K fine! Peminangan cancel!!! Titik!!!

Arisya terkedu.Aikk!!! Dia pun ada hati nak majuk jugak ke.Arisya terus memberi komennya pula.

Princess Charming:My prince charming,satu pegi 10 dtg tauu..

Prince Charming:alah kalau yg dtg sume dah tua nak mampus wat apa?:p

Princess Charming:Tiru dialog p.ramlee,sapa aci:p

Prince Charming:aci2 buka pintu la abg prince charming nak msk:-D

Princess Charming:kim salam!!!

Jejaka Perasan:takpa abg jejaka perasan ada nti abg gi minang erk?

Princess Charming:Bleh!tak da masalah!

Prince Charming:amboih???

Princess Charming:;p

Perbalahan berlarutan hingga Arisya terasa matanya kian layu.Akhirnya dia mengaku kalah.

Princess Charming:dah ngantok,serenda!,jd minang x?sedia rm50 ribu kalau jadik..bkn snang tau nak minang tuan p3,tak pun sdulang hati kuman,setempayan airmata ank dara sunti,xda sume tu, reject,k out dlu:-D

Arisya terus logout dan laptop di tutup.Asraf tersenyum sendirian.HP di capai mesej di hantar ke hp Arisya.

Asraf:Sya punya pasal,tak kisahlah.tapi yg 50ribu tu kira rupiah bleh la ye? K nite syg..mimpi abg tau..

Lagu Hello dendangan Lionel Richie membuatkan Arisya pantas mendapatkan hpnya.Inbox mesej di buka dan dia tersenyum lagi.Malas membalas Arisya letakkan kembali hpnya di atas almari solek.Seketika kemudian hp Arisya berbunyi lagi.Kali ini lagu wow kau yang satu pula yang kedengaran.Arisya tahu itu panggilan dari Asraf.

“Assalammualaikum,tidur la.Nak apa lagi?”Arisya menjawab juga panggilan Asraf.

“Waalaikummusalam.Sya marah lagi?” Asraf rasa lega bila mendengar suara Arisya.

“Siapa yang marah? Ada Sya cakap Sya marah?” Arisya menjawab jujur.

” La,dah tu kenapa tak angkat kol Asraf.Mesej pun tak berbalas?”

“Malas!” sepatah Arisya jawab.

“Tadi cakap dah ngantok?” Asraf mengungkit perihal ketika berchatting dalam fb tadi dan jawapan Arisya membuatkan dia melebarkan senyuman.

“Dah tidur la ni,ni tengah bercakap dalam mimpi! Kalau masih berjaga jangan harap nak jawab. Titik!”

Asraf tergelak perlahan.

“Ni yang abang sayang Sya sangat -sangat ni,marah-marah Sya pun masih lagi boleh buat abang ketawa.”

“Uweekkk!!!”

“Kenapa Sya! Takkan baru pegang tangan dah pragnant kot? Hahaha..” Asraf tergelak lagi.

“Naik meloya,entah berabang -abang plak.K Sya nak tidur dah.Bye.” Talian terus di putuskan.Arisya terus merebahkan badan di katil.Hp diletakkan di hujung kepala. Arisya terlena juga malam itu.Biarlah semua yang berlaku hari ini terus berlalu.Esok yang pasti datang moga tercipta bahagia yang berpanjangan.
…………………………………………………………………………………………………………………..

Cuti semester dua minggu berakhir sudah.Perancangan Arisya balik kampung untuk bertunang bukan khayalan semata.Asraf memang langsung tidak boleh di percayai.Kononnya nak hantar rombongan meminang tapi siang bertunang malam sudah di nikahkan sekali, dengan alasan saling berjumpa takut bakal terjadi yang tidak di ingini..Hmm..baik punya alasan.Walhal takut pujaan hati bakal terlepas ke tangan orang lain.Langsung Arisya di ikat kuat dan lesen sah di ambil.Letih Arisya melayan otak berfikir dan mengerah tenaga membuat persiapan mengejut sebegitu.Walau apa pun Arisya bersyukur segalanya selesai dengan sempurna dan Arisya sudah sah bergelar isteri Asraf.

Dua hari selepas majlis akad nikah mereka sudah pulang semula ke Sabak Bernam untuk memulakan tugas masing-masing.Apa boleh buat Asraf cuma mendapat cuti ketika Arisya sudah sampai di penghujung cuti.Mereka balik berdua ke Sabak Bernam tapi berlainan kereta.Yalah,Arisya bekerja di Teluk Intan dan menyewa di Teluk Intan, terpaksa juga membawa kereta sendiri.Nanti tak perlulah menyusahkan Asraf untuk menghantar dia pergi dan balik kerja.Untuk sementara waktu mereka akan tinggal berasingan walau sudah bergelar suami isteri.Dalam perjalanan mereka singgah rehat untuk bersolat dan makan.Kebetulan Arisya yang berada di hadapan sampai dulu.Ketika keluar dari kereta Arisya di tegur seseorang.

“Assalammualaikum,Kalau tak silap ini Arisyakan?” orang itu memberi salam dan mengajukan soalan untuk Arisya.

“Waalaikummusalam.” Arisya jawab perlahan.Lelaki di hadapannya di perhatikan.

“Sya,.ni aku la Shuhaimi.Kau dah tak kenal aku ke?” lelaki itu bersuara lagi.

“Ooo..aku ingat.Shuhaimi Mustafa.Right?” Arisya tersenyum.Shuhaimi ni kawan baik Asraf tentulah dia ingat, kerana ke mana saja Asraf pergi tentu dia ada sama.

“Kau dari mana ni Sya?” Mereka mula berbual.Masih tak berganjak ke mana-mana.Arisya sekali-sekala memandang ke jalan.Tentu saja kerana suami tersayang belum lagi muncul.

“Aku dari kampung.Nak balik Teluk Intan.”Arisya memulakan cerita untuk menjawab soalan Shuhaimi tadi.

“Kau buat apa di Teluk Intan?” Shuhaimi mengerutkan keningnya.Dalam masa yang sama peluh di dahi di lap dengan telapak tangan.

“Aku mengajar la sekarang.Kau buat apa sekarang?Kau kerja apa? Lama aku tak dengar berita kau.” Mereka saling berbalas soalan.Asraf yang baru tiba menghampiri mereka.Melihat Arisya sedang berbual dengan seseorang langkahnya di lajukan.

“Assalammualaikum.”Asraf memberi salam.Walau hatinya tengah walang adab sopan tetap di utamakan.Sebaik terpandang Shuhaimi senyuman lebar Asraf ukirkan.

“Wey! Kau ke Mie? Dari mana ni? Lama betul aku tak jumpa kau?Kau buat apa sekarang?”Mereka terus bersalaman dan berpelukan.Kawan lama bertemu kembali tentulah gembira.

“Soalan kau ni macam peluru berpandu la Asraf..Mana satu aku nak jawab dulu ni?”Asraf ketawa.Arisya hanya tersengeh melihat gelagat Asraf dan Shuhaimi.

“Jawab la mana-mana dulu pun!” dalam tawa Asraf bersuara.

“Tapi,sebelum tu aku nak kenalkan pada kau my wife Zetty Alieya Arisya.”Shuhaimi berkata dalam gurauan.Dia tahu sangat Asraf memang minat gler pada Arisya tapi tak berani meluahkan perasaan.Sengaja dia nak kenakan Asraf dengan mengenalkan Arisya sebagai isterinya.Arisya yang mendengar sudah ketawa mengekek.

“Ya ka? Cuba kau buktikan yang Arisya ni isteri kau.” Asraf membalas sambil tersenyum tapi dalam hati dah ada idea nakal untuk kenakan balik kawan baiknya itu.

“Bukti apa kau nak?” serius Shuhaimi bertanya kembali tanpa menduga dia bakal masuk perangkap sendiri.

“Kau cium dia sekarang.Kalau betul dia isteri kau.” mata Arisya terbelalak memandang Asraf.Wajah Shuhaimi sudah pucat.Gila betul Asraf ni.

“Oitt…dah lama hidup kot?” Arisya mendekati Asraf.Lengan Asraf di pulas kuat.Menyeringai Asraf menahan sakit namun ketawa tetap ketawa.

“Sakit la sayang! Hiss..tangan Sya ni macam ketam la.” Shuhaimi yang melihat drama di depannya itu dah mula berubah wajah.Bengong sekejap.

“Ni,cuba korang terangkan…aku dah naik biul dah ni.” Shuhaimi tak puas hati melìhat kemesraan Asraf dan Arisya.

“Untuk pengetahuan kau,Zetty Alieya Arisya yang kau mengaku isteri kau tadi ni,isteri aku.Kan sayang?” Asraf menjelaskan keraguan Shuhaimi.Kesian pula tengok muka kawan baik dia itu.Dalam masa yang sama sempat lagi Asraf memaut bahu Arisya dan mencuri mencium pipi Arisya.

“Asraf!!!…tak malu ke?” merona wajah Arisya.Tangan Asraf di tepis dan Arisya menjarakkan dirinya dengan Asraf.

“Tak guna punya kawan.Korang kawin senyap-senyap.Tak jemput aku pun.”Shuhaimi yang dah tahu cerita sebenar mula buat-buat marah.

“Belum kawin lagi la.Baru akad nikah.Baru lagi,dua hari lepas.Kau jangan bimbang nanti hujung tahun kenduri kau orang pertama dapat kad undangan.” Asraf membetulkan tuduhan Shuhaimi.Barulah Shuhaimi mempamerkan wajah ceria.

“Walau apa pun.Tahniah untuk korang, tapi Asraf… kau berhutang cerita dengan aku.” Shuhaimi tersenyum.Mereka berbual panjang selepas itu.
………………………………

Adat orang bercinta rindu-rinduan tu memang dah biasa.Apatah lagi bila dah bergelar suami dan isteri tapi tetap terpisah walau jaraknya tidaklah jauh mana.Selepas balik untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing, Asraf dan Arisya terlalu sibuk hingga tiada masa untuk bertemu.Hanya telefon menjadi penghubung di antara mereka.Hari minggu pun kadang-kadang saja mereka dapat curi-curi masa berjumpa.

“Sya,..abang ingat nak pindah keluar la.” Asraf menyuarakan rasa hatinya pada malam itu.Arisya sudah menjadi isterinya tapi masih jauh dari gapaian.Tersiksa rasa jiwa.

“Kenapa plak? Ada masalah dengan kawan-kawan serumah ke?” Arisya bertanya lurus.Risau pun ada.

“Taklah sayang,cuma kalau boleh,abang nak tinggal sekali dengan Sya.” Asraf ketawa.

“Dah mula la tu.Dah kena ulat bulu.” Arisya ketap bibir.Walau dia juga punya keinginan yang sama tapi buat sementara waktu lebih baik mereka tinggal berasingan.

“Sya ni,.. Abang rindu la jauh-jauh dengan Sya.Kalau tinggal serumah sibuk mana pun tetap boleh jumpa jugakkan.” Asraf mengeluh perlahan.Arisya pula hanya melebarkan senyuman.Perlahan Arisya berjalan ke katil sambil merebahkan badan.HP ditangan tetap ditekapkan ke telinga.

“Macam ni la,kebetulan kawan serumah Sya akan berpindah keluar bulan depan.Sya pun tak dapat lagi penyewa baru.Apa kata Asraf saja yang pindah masuk ke sini.” Arisya teringatkan Asmah yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran.

“Betul ke sayang? Nanti abang fikirkan dulu.Abang pun tak bincang lagi dengan kawan-kawan serumah.”Asraf pula berbelah bahagi.Pernikahannya dengan Arisya pun masih menjadi rahsia.Tak sanggup untuk di ceritakan.Dah sahlah kawan-kawannya takkan percaya.Selama ini kawan-kawan Asraf selalu mempermainkan Asraf yang tak pernah mempunyai teman wanita tapi dalam sekelip mata sudah bergelar suami orang.

“Masih ada masa lagi.Lagi dua minggukan? Asraf bincanglah elok-elok.Tapi Asraf sanggup ke nak ulang alik ni.Jauh jugak tu dari tempat kerja Asraf.”Arisya masih belum biasa untuk memanggil abang.Nama Asraf juga yang di sebutnya berulangkali.

“Sya…masih tak mahu panggil abang ke? Susah sangat ke Sya,nak sebut abang tu.Cer panggil abang..sedap sikit telinga ni dengar.” suara Asraf di seriuskan tapi bibir tetap tersenyum.

“Err..bagi Sya masa ya? Lagi pun dah biasa ber’kau’ ber’aku’ tup-tup dah jadi suami. Tak sampai sebulankan kita jumpa.Asraf dah nak nikah.Tak menyempat-nyempat.” Arisya bersuara serius.Asraf terlalu memaksa.Dia tak tahu bagaimana Asraf terlalu mudah menukar panggilan di antara mereka.

“Baiklah Tuan Puteri Arisya.Berlatih dari sekarang tau!”

“Ya la,..err,kalau nak panggil yang lain boleh tak,macam bie ke,my dear ka?” Arisya lepaskan tawa dengan soalannya sendiri.Nak panggil abang pun dia masih kekok.Inikan pula dengan panggilan manja sebegitu.

“Panggillah apa pun yang Sya suka.Abang cuma mahu hati Sya dan kesetiaan Sya hanya untuk abang sorang saja tau.”

“Sya okey ja.Takut orang di sana la.Nanti entah siapa-siapa plak yang nak dibawa tu.” Selama ini Arisya cukup setia.Tersentak sebentar hatinya mendengar Asraf berkata begitu.

“Alah,abang setia aja.Sya la cemburu buta.” Asraf tertawa.Teringat peristiwa kepalanya di siram dengan milo ais.Teruk juga dia di sindir dengan Cik Haleda bosnya itu.Muda belia lagi sudah menyandang gelaran bos.Ambil alih syarikat keluarga.Untung betul badan kalau menjadi anak orang kaya.Tak perlu bersusah payah berusaha.Masuk sapu kaki saja sudah dapat pangkat bos.

“Tu,..nak sindir Sya la tu? Dah la..Sya nak tidurlah.”Arisya bersuara rajuk.Malu tiba-tiba bila Asraf berkata begitu.
Asraf tepuk dahi.Baru tersedar dah terlepas kata.Terlajak perahu boleh di undur.Terlajak kata teruk jugalah nak pujuk Tuan Puteri Arisya ni.

“Ala..Sya…”

Tuttt…
Belum habis Asraf membalas talian dah terputus.Padam muka kau Asraf.Dah tahu si isteri tu sensitif cari pasal la jugak.Sayang punya pasal ni sabar la jugak.Ketika ini barulah Asraf terfikir untuk segera berpindah rumah maka kawan-kawannya pun di hampiri untuk di bawa berbincang tapi dari mana nak mula.Asraf melangkah keluar ke ruang tamu.Rancak kawan-kawannya bersorak.Lah! Patutlah riuh rendah.Tengok siaran langsung perlawanan bola rupanya.

Asraf tumpang sekaki menonton perlawanan bola bersama kawan-kawan serumahnya.Rajuk Arisya di lupakan sementara.Dia tahu Arisya kalau merajuk senang sangat di pujuk tapi yang payahnya macam mana nak berterus terang dengan kawan-kawan yang sudah tiga tahun tinggal bersama.Asraf garu kepala.Penat jugak berfikir mencari idea.Hmm..pandai-pandai kaulah Asraf.Yang penting Arisya sudah ada tempat untuk menunggunya di sana.Bukan saja di rumah sewa Arisya tapi juga dihati Zetty Alieya Arisya
………………………………………………………….
“KORANG…aku ada something nak bagitau ni.” suatu pagi yang damai ketika empat sekawan sedang bersarapan pagi Asraf bersuara serius.Dalam keadaan serba salah,ngelabah dan sebagainya.Tiga pasang mata sudah berkalih pandang padanya.

“Aku..err..aku…” Asraf raup muka.Kusut wajahnya.Minda sudah puas memerah ayat mana yang bakal di guna.

“Eii..sejak bila kau gagap daaa…?” Hakimi yang duduk di tepi Asraf menyoal.Yang lain hanya mengangguk mengiakan.

“Err..bukan,aku..aku…ishh..macam mana nak cakap ni.” kawan-kawannya di pandang sorang demi sorang.Azman dah jongketkan kening berkali-kali.Hakimi pandang dia tak berkedip.Farhan serius wajahnya.Asraf pun dah jadi tegang.Akhirnya Azman bersuara pula.

“Okey,kalau payah sangat,kau tarik nafas kau lepas,kau tarik nafas kau lepas,kau tarik nafas kau lepas dan lepas tu kau lepaskan saja apa yang kau nak cakap tu.Aku janji kalau kau buat salah aku takkan marah kau.”Hakimi dan Farhan mengangguk serentak.

Asraf tersenyum.Wajahnya cuba di ceriakan.

“Aku harap korang bertiga tak ada sakit jantung ke,darah tinggi ke..rasanya semuanya sihat walafiatkan?” Asraf masih sengeh.

“Cakap sajalahh!!!” serentak ketiga-tiga kawannya bersuara.Hilang sabar mereka dengan gelagat Asraf.

“Ok,ok aku cakap…aku dah nikah,lagi dua minggu aku ingat nak pindah rumah nak tinggal dengan wife aku.” senafas Asraf menuturkannya.Lapang rasa dada.Wajah kawan-kawannya di pandang.Tak berkelip semuanya memandang Asraf.Gulp!!!

“Korang dah janjikan takkan marah.” ragu-ragu Asraf bertanya.

“Aduh,.jantung aku..” Azman pegang dada.

“Kepala aku,..aku nak pitam tolong aku!”Farhan plak menundukkan kepala sambil tangannya memicit-micit dahi.
Hakimi pura-pura jadi lembik macam orang yang nak pengsan.

“Korang janganlah main-main aku serius ni.” Asraf tahu kawan-kawannya sengaja nak kenakan dia.

“Ngok betullah kau ni.Nak cakap yang tu pun tergagap-gagap.Kami dah tahulah kau dah nikah dan kami dah tahu pun kau nak pindah.Eleh,kalau dah cakap dalam Hp tu bukannya nak tengok kiri kanan dah.Sayang la,abang la.Aku yang dengar ni pun naik geli bulu tengkuk.” Azman berterus terang mewakili kawan-kawannya yang lain.Mereka sudah lama menduga bila melihat perubahan mendadak Asraf lebih-lebih lagi sejak balik bercuti.Bergayut memanjang.Sekali sekala mereka berpakat memasang telinga.Asraf ternganga.Kepala yang tak gatal di garu perlahan.Lastly dia hanya tersengeh pada kawan-kawannya itu.

“Tapi sebelum pindah kau kena denda.”Hakimi buat muka nakal.Yang lain sengeh.

“Erk…denda apa plak??? Ahh..sudah.Apa pula bakal di kenakan.Asraf dah tak sedap duduk.Ada-ada saja mereka ni nak kenakan aku.

“Kau kena belanja kami makan besar.Dah tu isteri kau wajib ada sekali.” Farhan yang hanya jadi pendengar sejak tadi mula meletakkan syarat.

“Ohh..itu hal kecik punya.Hujung minggu ni lah aku belanja.Tu pun kalau korang free.”Asraf bersuara tenang.Ingatkan denda apa la tadi.Kalau setakat nak belanja makan dengan nak memperkenalkan Arisya bukan masalah besar pun.

“Kau tak takut ke,nak jumpakan isteri kau dengan kami.Lebih-lebih lagi dengan Kimi ni.Bukan boleh percaya sangat.Crocodile land ni.”Azman ketawa kuat.Wajah Kimi di pandang.Lagi kuat dia tergelak bila melihat Hakimi mencerlungkan mata ke arahnya.

“Wey! Boya-boya aku pun aku tak pernah rampas hak kawan la.” Hakimi melepaskan amarah.Walau dia tahu Azman hanya bergurau tapi rasanya gurauan itu dah keterlaluan.

“Aku gurau aja la.Tu pun nak sensitif ke? Sejak bila boya pun bleh sensitif ni?” Tertawa Azman melihat perubahan wajah Hakimi.
“Dah,dah,dah..melebih-lebih plak korang berdua ni,nanti aku tak jadi belanja baru korang tahu.”Asraf cuba menenangkan kedua orang kawannya itu.Dah faham dengan sikap kedua kawannya itu yang suka sangat bertekak.Farhan plak lebih pendiam berbanding dengan yang lain.

“Agak-agak kami kenal tak isteri kau tu.?” Azman menyoal,matanya tepat memandang Asraf.Asraf sengeh.

“My Princess Charming!” jawapannya itu membuatkan Azman menepuk dahi.Hakimi buat juling.Farhan lemparkan senyuman.Dah tak ada ayat lain dah.Asyik-asyik dengan Princess Charming dia tu la!

“Kenapa? Korang tak percaya.Buka la Facebook.Memang nama tu yang dia guna.Kalau aku Prince Charming dia plak Princess Charming.Selama ni memang aku cari nama dia dalam Fb.Zetty Alieya Arisya tapi tak jumpa,By the way aku nak ucap terima kasih pada kau Man sebab temukan aku dengan Princess Charming aku semula.” Azman cengang.Jari terlunjuknya di halakan ke arah dirinya sendiri.

“Aku???”

“Yupp! Korang ingat tak perempuan yang langgar aku masa kita pergi makan ketika perasmian restoran di Sungai Besar.Dialah Arisya.Princess Charming aku.” Asraf menerangkan pada kawan-kawannya.

“Lahh! Awek comey tu ke? Patutlah aku ayat tak jalan.Rupanya dah ada PRINCE CHARMING dia.”Asraf tunjuk penumbuk pada Hakimi.Akhirnya rumah itu gamat dengan derai tawa mereka.Asraf rasa lega.Selesai satu masalah.
……………………………………………………………………………………………………………………

Hari yang di tunggu tiba akhirnya.Asraf rasa lega bila penantiannya berakhir.Dalam gembira Asraf kecewa.Apa taknya Arisya buat syarat yang ntah hapa-hapa.Mereka hanya tinggal serumah tapi berlainan bilik.Alasannya,Arisya tak mahu naik pelamin bertiga..hahaha..cayalah Arisya!

“Sayang,..tak pernah di buat orang la.Suami isteri tinggal serumah tapi berlainan bilik ni.”Asraf berwajah sugul.Hasrat nak tinggal serumah dah dapat.Ermm..nampaknya peluk bantal golek lagi la Asraf!!!

“Eh..ada la! Sya baca novel kebanyakan ceta dia memang macam ni.Belambak novel yang Sya baca permulaannya suami isteri tidur serumah tapi asing-asing bilik.”Selamba Arisya menjawab.Wajah mendung Asraf di pandang lucu.Sekilas saja bila Asraf menoleh Arisya pandang ke arah lain.Asraf menghampiri Arisya yang menjarakkan dirinya sejak tadi.

“Sya ni…tu novel la Sya.Ni reality.Mana boleh nak samakan novel dengan cerita sebenar.”Asraf duduk di sisi Arisya.Tangan Arisya di pegang.Wajah Arisya di tenung dalam.Arisya buat wajah selamba walau jantungnya dah mula berdebar.Arisya takkan kalah dengan perasaan sendiri.Itu nekadnya.

“Kalau macam itu,anggaplah yang ni hanyalah cerita novel.”Arisya tayang gigi.Asraf yang berwajah sugul buat dia rasa lucu.Nak ketawa tak sampai hati.Jadi sengeh saja la.

“Ya Allah Sya.Macam tu pun boleh ke??? Sya kena ingat isteri yang ingkar perintah suami Allah murka tahu.Dan Syurga sorang isteri di bawah tapak kaki suami.” senyuman Arisya hilang serta merta bila Asraf bercakap pasal hukum, Arisya jadi gentar.Sia-sia Arisya menunaikan Rukun Islam kalau suami tak redha,neraka juga tempatnya.Arisya mengeluh perlahan.Terperangkap juga dia akhirnya.Asraf yang perasan perubahan wajah Arisya mula menyembunyikan senyuman.

“Macam nilah.Sya bukan nak ingkar cakap suami tapi Sya belum bersedia.Lagi pun kita dah tinggal serumahkan?Hari-hari kita boleh berjumpakan?Alah bukannya lama mana lagi pun.Bersabarlah sikit.” terkeluar juga ayat pelemah semangat tu.Asraf terpaksa akur juga dengan kehendak isteri tersayang.Sayang isteri punya pasal apa-apa pun okey sajalah.Lagi pun takkan lari gunung di kejar.Zetty Alieya Arisya sudah jadi miliknya yang sah.Itu yang pasti.Yang penting Arisya bahagia.Kebahagiaan Arisya adalah kebahagiaannya juga.

” Kalau itu yang Sya nak,abang ikut aja.Tapi…” Asraf tak habiskan ayatnya.Sengaja di biarkan tergantung.Wajah Arisya di pandang dengan senyuman nakal.Arisya resah.Ada la tu…

“Apa???” Arisya bertanya juga bila Asraf di lihatnya semakin pelik.

“Buatkan abang air,abang dahagalah sayang.” Asraf sengeh. Bersahaja wajahnya.Dia tahu Arisya dah berwajah pucat tadi, jadi apa yang tersimpan di hati tak di luahkan.

“Ada-ada saja la abang ni.” Arisya terkesima.Asraf tersenyum.

“Boleh pun panggil ‘abang’ bukannya susah sangat pun kan?” Arisya sengeh dan berlalu ke dapur.Asraf mengikut dari belakang.Eleh,tak boleh berenggang sikit..hehe..

Mug di capai,dua biji mug sudah tersedia untuk di masukkan air.Air fresh oren yang sudah tersedia dalam peti ais di keluarkan.Di bawa mug dan fresh oren ke meja makan. Asraf menarik kerusi lalu duduk.Arisya menuangkan fresh oren ke dalam mug.Satu untuk dia dan satu untuk Asraf.Arisya menarik kerusi di sebelah Asraf.Mug di angkat dan di bawa ke bibir.Fresh oren di teguk perlahan.Asraf merenung Arisya tak berkelip.Arisya yang terperasan akan renungan Asraf,terus menoleh.

“Apa tengok-tengok.Tak tergoda la.” Arisya berkata selamba.Asraf lepaskan tawa.

“Yalah,abang tahu.Isteri abang ni memang payah nak di goda pun.Tapi abang bagi peluang untuk dua tiga bulan ni aja.Lepas naik pelamin esok jangan harap abang nak bagi peluang dah.” Asraf pamer senyuman nakal.Arisya mencebik.

“Alah,ugutlah macam mana pun.Sya tak takut.” Asraf mengeleng mendengarnya.Sedegil Arisya, Asraf tahu ada kelembutan di hatinya dan Asraf akan sentiasa bertolak ansur.Asraf dah berpuas hati dapat tinggal serumah walau terpaksa berpisah bilik.Wajah Arisya di tenung lagi. Senyuman nakal terukir lagi di bibirnya.Selesai meneguk fresh oren yang terakhir dia bangun dan merapatkan wajahnya ke wajah Arisya.Dengan pantas wajah Arisya di cium dan Asraf berlari ke ruang tamu.Arisya tergaman tapi mengukirkan senyuman selepas itu.Ermm..cinta memang gila tapi cinta itu sangat indah bila kita sama-sama menghargai pasangan kita.Saling bertolak ansur dalam segala hal.Tabik Asraf! Bukan semua lelaki sanggup bertolak ansur dalam hal begini.Bukan senang wey nak tahan godaan…hahaha

………………………………………………….

“Arisya!!!,..”

“Yupp!!!!,..ya bang,Sya di dapur ni, ada apa?”

“Arisya!!!,..”

“Ada apa?”

“Arisya!!!…”

“Ya Allah,kenapa la pulak ni?” Arisya segera ke ruang tamu.Asraf yang sedang menonton tv menahan tawa.

“Ada apa bang?” Arisya bertanya serius.

“Tak ada apa,saja abang teringin nak panggil Sya,abang panggil aja la.” Arisya bercekak pinggang.Arisya mencapai remote tv lalu tv di offkan.Lengan Asraf di pegang lalu di tarik supaya bangun.

“Daripada abang main-mainkan Sya lebih baik abang tolong Sya masak di dapur.Ada juga faedahnya.”Arisya merengus geram.Asraf sengaja memakukan langkah.Arisya yang berbadan langsing mana mampu untuk menarik Asraf.

“Jalanlah bang,ngada-ngada betulkan.”Arisya terus menarik tangan Asraf.Asraf sengeh. Rambut Arisya yang panjang dan di ikat ekor kuda di pegang.

“Abang ni kan…hee..lepaslah bang!”Arisya pusingkan kepala mengadap Asraf.Tangannya yang sudah bersedia untuk mengetam Asraf di pegang pantas.

“Abang dah hafallah taktik Sya ni.Lebam la abang ni sayang oii..kalau asyik kena cubit ja.” Asraf ketawa lepas.Suka betul dia melihat wajah isteri tersayang yang sudah merah itu.

“Jalan,..tolong Sya masak, cepat sikit boleh makan.” tubuh Asraf di tolak pulak.Kuat menyakat betul Asraf ni.Suami siapa la ni???

“Masak tu kerja orang perempuan la sayang.Abang ni cuma boleh tolong makan aja.”

“Tak peduli.Jom masuk dapur.”Arisya tetap berkeras.Walau apa pun hari ini Asraf kena tolong dia masuk dapur.Bila lagi, time-time cuti macam ni la nak tolong isteri pun.

“Abang, kalau Sya ajak masuk bilik Sya laju aja.Tak suruh pun abang sudi tapi kalau suruh masuk dapur……”Asraf dah lepaskan tawa bila laju saja tangan Arisya menampar bahunya.

“Sekali lagi abang buat statement macam tu,Sya tak nak cakap dengan abang.Janji tetap janji!..Isshh…!!!”

“Okey,okey..abang tolong Sya masak.Abang gurau aja la.Abang ni pun pakar la bab masak memasak ni.Hari ini biar abang yang masak.Sya tolong tengok aja.Jom,..kita masuk dapur berdua.Lepas makan boleh masuk bilik…” tak sempat ayat nak di habiskan.Asraf dah dapat hadiah special.

“Aoucchhh….!!! Arisya!!!…” Asraf mengosok-gosok perutnya yang terasa nyilu.

“Padam muka!”Arisya tersenyum.
…………………………………………….
“Nak masak apa ni? Apa yang ada?” Asraf bertanya pada Arisya selepas mereka sudah ada di ruangan dapur.Wajah Arisya di pandang sayang.Bibir Asraf mengukirkan senyuman.Arisya membuka ice box,ikan,sayur dan ayam di keluarkan.

“Sayang,ikan dengan ayam tak elok di makan bersama.Elok kalau di simpan salah satu.”Arisya sengeh.Dia masukkan semula ikan bawal ke dalam ice box.Arisya pun pernah dengar makanan laut dengan darat tak boleh di campur,Contoh makanan laut, segala jenis sea food,eh,..bukan itu saja ikan bendang dan sungai pun tak boleh di campur dengan daging,ayam dan telur.Sebabnya..erm yang tu kena tanya pakarlah..hehe

“Abang pandai masak apa.Sya tolong keluarkan bahan.Lepas tu Sya tongkat dagu kat meja.Goyang kaki sambil tengok abang masak.Boleh?” Sya angkat kening.Senyuman nakal di lemparkan.

“Abang ok aja.Memandangkan semua bahan sudah ada.Apa kata abang masak nasi paprik special untuk isteri abang yang tercinta ini.” hidung Arisya di cuit.Arisya anggukkan kepala.

“Bahagianya,.esok boleh la abang masak lagikan?” Arisya mengukir senyuman manis.Asraf terpegun.

“Sayang,jangan buat muka macam tu.Abang tergoda tau tengok Sya buat muka macam tu.” sepantas kilat Arisya masamkan wajah.Memang tak boleh di percayai langsung la.Sikit-sikit nak menyakat Arisya.Asraf terus ketawa kuat bila melihat Arisya berubah wajah.

“Hahahaha…Arisya,Arisya…Sya nak tau tak sejak bila abang mula suka kat Sya?” sambil tangan buat kerja mereka terus berbual.

“Tak tahu,Sya tak penah menuntut pun kat nujum Pak Belalang.Kalau dah menuntut dah sah Sya dah tengok dah dalam mangkuk hikmat.”Arisya ketawa perlahan sambil memandang wajah Asraf.

“Main-main plak! Abang suka kat Sya masa form three lagi tau.Tapi ,tu la Sya punyalah menyombong,abang senyum kat Sya,Sya buat ‘dek’ aja kan.”Arisya cebirkan bibir.

“Alah,mana Sya berani.Nak senyum-senyum kat abang.Naya aja kena serang.Abang tu kan ramai peminat.Bukan setakat Baiti aja sukakan abang.Lagi pun bukan Sya tak pernah nampak abang dating dengan Shira..huh!”Asraf ketawa kuat sambil kepalanya tergeleng-geleng beberapa kali.

“Abang saja aja tu,nak tengok reaksi Sya tapi selamba ja Sya pandang langsung tak beriak.Abang ingat abang dah bertepuk sebelah tangan.”

“Tapikan bang,macam mana surat abang tu boleh dapat kat Baiti plak?” Arisya pandang Asraf dan mereka saling berpandangan.Asraf angkat bahu sebagai jawapan tak tahu.
Kalau sudah ada jodoh,biar terpisah tetap akan bertemu juga.Biar lambat atau cepat hanyalah takdir penentu segalanya.
……………………………………………………………………………………………………………………………..

Pelamin sudah siap,meja makan pengantin sudah terhias indah.Tema ungu putih menjadi pilihan raja sehari. Ramai rakan-rakan sekolah mereka yang di jemput.Rakan sekerja tak terkecuali. Baiti yang sudah beranak tiga dan sarat mengandung anak ke empat pun turut ada bersama.Arisya rasa teruja bila majlis perkahwinannya dengan Asraf seolah-olah sudah menjadi majlis reunion kawan-kawan sekolah.Bibir Arisya tidak lekang dengan senyuman.Asraf juga begitu.Pasangan raja sehari wajah pun berseri-seri.

“Arisya,kau hati-hati sikit dengan Asraf ni.”Shuhaimi sengaja nak mengenakan Arisya.

“Kenapa plak?” serius Arisya bertanya.Memang dia langsung tak faham apa maksud Shuhaimi.Asraf yang ada bersama menampar belakang Shuhaimi perlahan.

“Kau ni Mie,kalau aku tau kau nak jadi batu api kat sini.Aku tak jemput kau pun tak pe!”
Riuh pakat ketawa.Arisya masih tak puas hati.

“Apa maksud kau tadi Mie.” sekali lagi Arisya menyoal.Lurus.

“Err..aku maksudkan malam nanti la.Kau hati-hati sikit.Maunya Asraf ni kurung kau.” riuh sekali lagi.Merah wajah Arisya.Menyesal bertanya.Mungkin ini kot nasib pengantin baru.Asyik di sakat saja.

“Nasib kaulah Sya,aku dah lepas dah.Tengoklah ni.Berderet.Mana yang di kendong.Yang di kelek lagi.Yang nak membawa lagi.” Baiti pula menambah perisa pada perbualan mereka.

“Baiti..aku dapat agak.Mesti kau yang ganas sangatkan.Tu pasallah laju aja.”Shuhaimi menyampuk.Baiti buat selamba saja.Dia dah tak heran dengan gurauan sebegitu.

“Kau tu Mie,takkan nak membujang saja kot.Nanti aku dah bercucu cicit kau juga yang melopong.” Baiti membalas usikan Shuhaimi pula.Bila berkumpul ramai-ramai macam ni banyak benda yang nak di bualkan.Bukan selalu pun dapat bergurau dan saling menyakat di antara satu sama lain.

“Kita ni kira macam buat perjumpaan reunion sajakan.Bila pula agaknya kita boleh berjumpa lagikan.”Arisya menukar topik perbualan mereka.Rimas juga mendengar mereka membincangkan hal kawen dan anak ni tapi niatnya itu tetap membuatkan wajahnya bertambah merah bila Asraf pula bersuara.

“Sayang kenalah lahirkan anak cepat sikit.Nanti bolehlah kita buat kenduri dan berkumpul ramai-ramai lagi.” Arisya buat muka.Asraf di sebelah di jeling geram.Yang lain-lain dah rancak ketawa.Asraf ni kan.Memang la.Juara menyakat.Depan kawan-kawan pun Arisya dikenakan lagi.Majlis akhirnya berakhir dengan meriah.Dua hati bakal bersatu dan saling berkongsi kasih sayang.
………………………………………………………………………………………………………………………..
Lima tahun kemudian…

“Abang,..tolong tengokkan Arif ni kejap.Sya nak masak ni.” Arisya melaung Asraf dari dapur.Arif anak kedua mereka baru berusia dua tahun.Anak sulung mereka kembar,Ardinee dan Ardina sudah berusia empat tahun.Rezeki mereka murah dan sekarang Arisya mengandung lagi.Kandungan yang ke tiga.

“Abang,tolonglah.Layan Arif ni kejap.Sya nak masak,sikit saja lagi ni.” Asraf datang ke dapur.Arif yang berada dalam dukungan Arisya di ambil.

“Mari kat papa sayang.Mama nak masak.Anak papa baikkan?” Arif merengek.Baju Arisya di tarik.

” Arif pergi kat papa ya.Pergi main dengan kak Dinee dan kak Dina.Anak mama baikkan!” Arisya memujuk Arif dan berhasil bila Arif sudah berada dalam dukungan Asraf.

“Sayang.jangan buat kerja berat sangat.Lepas ni rehat tau.Kesian abang tengok isteri abang ni.” sebelum berlalu Asraf sempat menghadiah sebuah ciuman di pipi isterinya itu.

“Yalah bang,abang tolong tidurkan Arif ya. Mengantuk agaknya tu.Tu yang merengek saja dari tadi tu.”

Arisya meneruskan kerjanya di dapur.Memang berat tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu.Awal perkahwinan memang segalanya serba baru.Apatah lagi ketika melahirkan si kembar Ardinee dan Ardina.Mana dengan nak kerja lagi.Sukarnya nak membahagikan masa.Tapi semua tu dapat dilalui dengan mudah dengan adanya Asraf yang selalu ringan tulang membantu dalam urusan rumahtangga.Asraf tak pernah kekok untuk menolong.Walau letih sekali pun biar di tengah malam dikejutkan Asraf tidak pernah membantah,apa lagi merungut.Arisya memang bersyukur di kurniakan suami sebaik Asraf.Moga kasih sayang yang terbina ini akan lebih bahagia dengan anak-anak yang soleh dan solehah.Cinta memang gila kerana ada kalanya kita tak tahu kenapa kita menyintai seseorang itu.Kegilaan bila bercinta membuatkan kita ingin memiliki di antara satu sama lain.Tapi orang yang bercinta tak pernah gila kerana perasaan cinta itu asyik dan menyeronokkan.Bercintalah dari hati yang ikhlas kerana Allah, pasti bahagia sentiasa ada di depan mata.

TAMMAT
p/s;tajuk asal cerpen ni cinta gila,..maaf kalau ada sebarang kesilapan.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Cerpen : Langgar! Jatuh… Cinta!”
  1. Anaati Atiey says:

    boleh la…tpi,don’t give up…keep it up…

  2. secret™ says:

    Best sngt , DRI awl asyik gelak her… keep it up writer ^^

  3. zaza says:

    best sgt.!! ^_^

  4. fairah says:

    Bestnyeeeee!keep it up…

  5. hamba Allah says:

    sakit perut gelak ! best sesangat

  6. Mrs. Smoothie Swetty says:

    best..
    ceritenye pnjg but x membosankn..
    bagoszz..
    teruskn usaha..

    sorry lmbt mengulas, jrg membaca..

  7. erna wati says:

    best..

  8. Queen senget says:

    not bad.keep it up.

  9. Era says:

    Best terutama yg first tu kelakar betul… HAHAHAH… Klu sy mesti malu gilerr sampai xnk gi kolah itu bkn sudah ditimpa tangga tp sudah jatuh ditimpa-timpa… HAHAHAHA… Memang best betul cuma xde konflik lqh curang ke ti best… Hmmm… Pape pon lawak memang menjadi… HaHaHa sudah jatuh ditimpa tangga… HAHAHA

  10. ZUL MAZ says:

    BEST

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.