Cerpen : Menanti Dia

28 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Hana Zainal

Hari ini aku berjalan seorang diri lagi. Petang ni hujan rintik rintik saja. Aku melangkah malas menuju ke kafe untuk dapatkan kopi o panas. Sampai kat kaunter, aku ternampak seorang gadis berbaju kurung dan berkaca mata sedang menunggu di kaunter sebelah.

“Macam selalu tengok..tapi kat mana ekk..” bisik hati aku. Siap saja kopi o aku terus menuju ke tempat biasa aku duduk. Hampir dekat 20 minit aku duduk di sini, tiba tiba rasa macam ada mata yang sedang memerhati aku.

Namun, aku tak hiraukan nya. Fikiran aku melayang memikirkan tentang Dhia,gadis yang sudah lama aku mencari sejak aku berpindah ke daerah Rantau Panjang ini. 7 tahun berlalu, aku masih belum menemui Dhia. Dhia adalah gadis yang aku temui semasa misi menyelamatkan anak-anak gadis yang diculik di sempadan Malaysia-Thailand untuk bekerja sebagai pelacur. Pertama kali aku melihat seorang gadis yang bermuka putih dan sepucat Dhia itu semasa aku sedang mengejar beberapa suspek yang cuba untuk melarikan diri. Semasa sedang bergelut, aku ternampak Dhia yang menyorok di bawah meja ketakutan. Lalu , aku pon cuba untuk pergi jauh darinya. Semasa mengejar aku terdengar bunyi suara jeritan lalu aku pun bergegas patah balik naik ke atas bangunan semula. Tiba di atas , kelihatan salah seorang suspek sedang memacukan pistol ke arah Dhia. Lalu aku pun menembak ke arah kaki suspek itu dan dia pun terjatuh. Pada masa itu juga , rakan rakan sekerja aku yang lain tiba. Mata aku tak boleh berhenti memerhati Dhia dari tadi. Tak sangka masih ada gadis melayu yang mempunyai kulit yang seputih ini. Aku memberanikan diri mendekatinya yang sedang berjalan seorang diri.

“Hai.. awak yang tadi tu kan?” soal aku. “Ouhh ya…awak yang tadi tu kan?? terima kasih kerana selamatkan saya tadi..” jawab nya. Suaranya yang lemah lembut tadi membuat kan hati aku lagi berdebar debar nak berbual.Bermula pada malam itu, aku dan Dhia mulai rapat dan aku akan selalu bersama sama nya ke manasaja. Rupa rupanya, Dhia berasal dari Rantau Panjang sahaja.Cerita mengenai hubungan aku dan Dhia sudah ramai yang tahu,ramai yang selalu nampak aku dan dia bersama. Sehingga satu hari aku dipanggil oleh orang atasan atas tuduhan tidak melaksanakan tugas aku dengan amanah dan sering kelihatan bersama seorang gadis Thai. Ada juga cerita yang menokok tambah menyatakan aku selalu ke hotel bersama seorang gadis Thai. Namun, aku hanya mampu mempertahankan diri aku.Untuk membuktikan aku tidak bersalah aku terpaksa lakukan seperti apa yang diarahkan oleh pihak atasan agar nama aku tak lagi busuk. Aku dihantar mengikuti kursus di Johor Bahru selama 6 bulan.

Sebelum bertolak ke lapangan terbang aku tinggalkan surat di peti surat rumah Dhia. Surat yang mengatakan aku terpaksa pergi dan aku juga berjanji akan datang mencari nya selepas tamat kursus aku disana. No telefon juga aku tinggalkan berharap dia akan menghubungi aku walaupun aku tahu dia tak punyai telefon bimbit.

Tiba tiba lamunan aku terhenti , “Oii termenung jauh nampak..” tegur Azam yang datang terus duduk dihadapan aku.

“Eh bila kau masuk kerja..bukan bini kau bersalin ke semalam?” soal aku.

“Haa memang la japg aku nak balik hospital ,ni aku singgah jap nak hantar surat pelepasan la ni” jawab Azam. “Haa kau bila nak kawin ..orang lain dah anak 2,3 dah..”soal Azam tiba tiba. Aku hanya tersenyum sendiri dan menjawab “Tengok la camne nanti,jodoh aku tak sampai lagi la.” selepas berbual dengan nya , aku meminta diri untuk masuk ke pejabat semula selesai apa yang patut sebelum pulang hari ini.

Disebabkan cuaca yang sekarang ini tak menentu, aku sekarang mudah sangat terkena jangkitan selesema walaupun duduk dalam bilik sendiri. Aku mencari tisu di dalam bilik tapi satu pun tak ada.

“Aikkkk selalu nya ada je atas meja ni..haishhh..” cakap aku seorang diri. lalu aku pun keluar dan bertanyakan kepada kak Ema,pembantu aku yang setia sabar dengan kerenah aku ni.

“Kak, hari ni tisu habis ke?” “Eh , tisu ?? Kak tak pernah letak pun tisu dalam bilik encik Iqbal.. mak cik cleaner pun tak masuk bilik encik Iqbal.” aku kehairanan. “Habis tu siapa yang kemas meja saya tiap tiap hari tu?” “Ooo, mungkin Zalika kut..budak yang ganti akak masa akak cuti hari tu..” jawab kak Ema.

“Zalika?? Tak tahu pon ada orang yang ganti kak..” kata aku. “Sebab masa tu kan encik Iqbal amik EL kan..” jawab kak Ema lagi. Aku pun masuk semula ke bilik aku dengan hairan.

“ Zalika mana plak ni..” lalu aku sambung semula kerja aku yang tergendala. Namun, aku masih tak senang duduk tanpa tisu berbau ros itu yang selalu aku guna. Selepas aku scan out, aku berjalan menuruni tangga manakala ada seorang gadis sedang menaiki tangga. Tiba tiba buku yang dipegang gadis itu tercicir bersama barangnya yang lain. Aku pun turut membantu nya mengutip semua barang barang nya yang jatuh. Aku ternampak tisu berbau ros dan mengambilnya. Belum sempat aku memberi kepada nya, gadis itu sudah pun maju ke tingkat atas.

“Kakk Ema..” panggil Zalika. “Bila sampai..Encik Iqbal baru je balik..” jawab kak Ema.

“Tauu .. tadi terjumpa dia kat tangga kak malu nya.. nak jatuh tadi..” cerita Zalika. “ Tadi dia ada tanya pasal tisu kamu tu..kamu yang letak kan atas meja dia kan?” tanya kak Ema dengan matanya yang mngecil. Zalika hanya mengganguk malu. Kak Ema hanya menggeleng kan kepala dia. Masuk dalam kereta aku asyik fikir pasal tisu tadi.

“Aishh takkan la dia sorang je pakai tisu ni” bisik hati aku teringat kat budak perempuan kat tangga tadi. Lalu aku pun hidupkan enjin kereta. Dalam perjalanan, aku masih memikirkan kejadian yang berlaku 5 hari lepas. Selama aku berada di Rantau Panjang, aku tak pernah putus asa mencari Dhia. Dhia juga tak pernah hubungi aku selepas pemergian aku. Hati aku masih mahukan dia seorang.

Semasa aku melawat sekolah tahfiz berdekatan dengan kampung Amin , salah seorang rakan sepejabat aku. Sekolah tahfiz itu sangat menarik perhatian aku , tak tahu kenapa hati aku teringin nak masuk ke dalam dan lihat apa yang ada di dalam. Semasa aku melayan kerenah budak budak lelaki yang mengajak aku bermain bola bersama mereka, aku ternampak seseorang yang aku kenali. Mendengar suara nya pun sudah membuatkan hati aku berdebar debar. Lalu aku pun mengekori dia dari belakang. Tiba di sebuah kelas, aku berhenti dan hanya memerhatikan gerak geri dia. Ya, memang betul itu adalah Dhia. Hati aku berbunga bunga dan tak sabar nak berjumpa dengan nya. Tetapi langkah aku tiba tiba terhenti di situ. Melihat Dhia yang sudah berbadan dua ,aku anggap pasti dia sudah punyai keluarga yang sempurna. Namun aku beranikan juga dekatkan diri pada nya. Sekurang kurang nya apa yang aku cari selama ini dan penantian aku berbaloi. Walaupun perbualan kami agak singkat tapi aku masih ingat dengan jelas apa yang dikatakannya.

“Dhia minta maaf sebab tak hubungi Iqbal. Selepas Iqbal pergi Dhia dah jumpa keluarga kandung Dhia. Dhia tak dapat nak tolak permintaan arwah abah yang nak satukan Dhia dengan Arman, kawan sekolah Dhia sendiri..Dhia minta maaf Dhia..” belum sempat dia sambung aku menjawab

“Tak apa Dhia, Iqbal faham. Iqbal pun lega Dhia dapat kembali dengan keluarga Dhia. Mungkin Iqbal terlalu risaukan Dhia ..hmm.”

Tiba tiba seorang anak kecil datang berlari ke arah Dhia dan memanggil nya, “Umi, abi dah tunggu kat bawah.” Melihat muka anak kecil yang tak tahu apa apa itu membuatkan aku rasa bersalah berada disitu. Lalu, aku pun meminta diri.

Sebelum pergi, Dhia mengucapkan kata kata terakhirnya, “Iqbal, Dhia harap dan berdoa agar Iqbal ditemukan dengan seseorang yang lebih baik.”

Namun, aku hanya memberi salam dan berlalu pergi. Bunyi hon dari kereta belakang menghentikan lamunan aku. Lalu aku pun teruskan perjalanan pulang ke rumah. Sampai di rumah, aku seperti biasa singgah ke kedai runcit mamak untuk beli air mineral beberapa botol besar supaya aku tak perlu lagi keluar beli air malam ini. Kebelakangan ini, aku lebih suka berkurung di dalam rumah saja. Selera aku juga makin berkurangan sejak dari hari itu. Hampir seminggu juga aku macam ini. Tiba tiba telefon aku berbunyi. Panggilan dari nenek yang tak jemu suruh aku pulang ke kampung.Tapi hakikatnya aku masih tak punyai sesiapa yang istimewa untuk dikenalkan kepada papa,mama dan nenek. Namun, hati aku masih lega kerana aku sudah menemui apa yang aku cari selama ini. Betul cakap nenek,mama papa dan rakan rakan yang lain. Benda yang lepas jangan dikenang. Jadi, aku tekad untuk lupakan apa yang berlaku. Keesokkan harinya,aku melangkah masuk ke pejabat dengan penuh semangat positif.

“Selamat pagi…” ucap aku kepada mereka semua yang baru sampai ke pejabat. Sambil tersenyum aku berjalan menuju ke bilik aku. Aku tahu ada yang memerhatikan aku tapi aku tak hiraukannya.

“Lain macam je encik Iqbal hari ni” kata Ema kepada yang lain. Tepat pukul 1.36 tengah hari, aku keluar dari bilik aku untuk ke surau menunaikan solat zhuhur dan sambil itu juga aku mencari Ema untuk suruh dia letakkan laporan minggu lepas atas meja aku untuk mesyuarat petang ni. Tiba aku di pantri, kelihatan seorang gadis sedang menjamah kek seorang diri. Aku memerhatikan nya dari jauh, “Macam pernah tengok dia ni..”bisik hati aku.

Makin lama aku perhatikan dia, makin berdebar pulak hati aku ni nak tegur dia.

“Ehemm encik Iqbal buat apa kat sini?” soal kak Ema yang muncul tiba tiba.

Aku yang terkejut terus berkata, “Eh saya cariawak la.. kak nanti letak fail laporan minggu lepas kat atas meja ye.” belum sempat kak Ema menjawab apa apa aku pun berlalu pergi.

“Kak,Zalika tak perasan pun dia ada kat situ tadi.” kata Zalika yang juga terkejut. Kak Ema hanya tersenyum melihat Zalika.

*****

Bunyi tapak kasut yang memasuki lobi sudah diketahui pastinya Dr Azalina Borhan ,seorang psikologi terkenal ,tetamu kehormat yang dijemput hadir untuk memberi taklimat mesyuarat petang ini.

“Selamat datang Dr.”ucap Harlina,salah seorang Ketua Jabatan. Dr Azalina hanya senyum dan berjalan terus menuju ke bilik mesyuarat. “Err Dr, hari ni Michelle tak de dia mc so ada orang yang akan ganti dia.” kata Harlina. Tiba tiba Dr Azalina pun berhenti dan pusing menghadapnya.

“And who is it?” soalnya lagi. Lalu, Harlina pun menarik tangan Zalikha yang berada dibelakangnya.Dr Azalina hanya memerhati kan Zalikha dari atas hingga bawah.

“Okay passed but next time make sure she change her shoes at least.” Ujar Dr Azalina. Zalika hanya tergamam dan melihat kasut hitam yang dipakainya. Petang itu, mesyuarat disertai oleh 13 pegawai pegawai dari pelbagai jabatan di cawangan ini.Ternyata hanya Zalika seorang saja gadis disitu dan tersangat lah menyerlah dengan baju kurung yang berwarna merah hati itu. Bunyi pintu diketuk

“Errrrr..assalamualaikum sori lambat sakit perut tadi..hee..” kata Iqbal yang tiba tiba masuk lalu duduk di kerusi belakang sekali.Zalika tersenyum melihat Iqbal. Puan Sri hanya memerhatikannya.

“Darling, switch off the light please.” lalu Zalikha pun bangun dan menutup lampu.

“Eh macam kenal la dia ni yang makan kat pantry tadi.”bisik hati aku. Sepanjang mesyuarat itu, ada juga mata mata lain yang memerhatikan Zalika termasuklah Iqbal sendiri. Iqbal juga baru tahu dialah Zalika yang kak Ema katakan tu selepas mendengar perbualan mereka tadi.

“Tapi kenapa aku tak pernah perasan dia sebelum ni.” bisik Iqbal. Selesai mesyuarat tadi, aku memanggil kak Ema masuk ke bilik aku.

“Duduk lah dulu kak saya ada banyak benda nak tanya ni.” ujar aku sambil tersengih. “Aikk lain macam je encik Iqbal ni.” cakap Kak Ema.

“Eh takde la saya cuma nak sembang je ngan kak Ema, hmmmmmm saya ni sebenarnya pelik kenapa saya tak perasan kewujudan Zalika tu sebelum ni.” soal aku.

“Yelah macam mana nak perasan, masa dia mula mula masuk hari pertama je, encik Iqbal datang lewat sebab tak sihat tu pun Encik Iqbal datang kejap je sebab nak submit laporan. Lepas tu, encik Iqbal terus mc 4 hari sebab demam panas. takkan lah Encik Iqbal dah lupa.” jawab Kak Ema.

“Tapi kenapa saya tak dimaklumkan, surat pemberitahuan pun tak dapat.” kata aku. “Encik Iqbal, takkan lah tak tahu sistem kita ni macam mana..Lepas Zalika ganti saya seminggu baru surat tu sampai. Saya pun ada lagi salinan tu.” jawapan kak Ema membuatkan aku terfikir sejenak. Pukul 3 setengah petang, aku masih memikirkan perbualan aku dengan kak Ema tadi. Sambil tersenyum aku melihat tisu berbau ros yang masih belum aku pulangkan kepada tuan nya. “Betul ke apa yang kak Ema cakap tadi tu,macam tak percaya je.”bisik aku sambil cuba ingat kembali cerita Kak Ema tadi.

“Untuk matlumat encik Iqbal, masa kekosongan sementara tempat saya ni dibuka, tak ada seorang pun yang nak ganti saya. Sebab diorang pun tahu Encik Iqbal buat kerja macam mana. Kebetulan masa tu, si Zalika ni selalu datang hantar kek yang kawan kawan kitorang pesan,lupa nak bagi tahu,Zalika ni anak yatim piatu, dia tinggal dengan kakak dia ,kakak dia Zalina yang buka kedai bakeri tu.” aku hanya mendengar penjelasan kak Ema.

“Zalika ni baik orang nya, sangat pemalu. saya dan rakan rakan sepejabat yang lain pun tahu dia ada sebab lain kenapa dia selalu singgah sini hihi.”

“Sebab apa kak Ema?” soal aku.

“Sebab Encik Iqbal la..! hihi” kata kak Ema sambil menahan ketawa.

“Eh kak Ema ni buat lawak plak.” kata aku.

“Laaaa…encik Iqbal ni takkan tak perasan kot, Zalika tu memang ada hati dengan encik Iqbal lah sejak dari masuk Pusat Latihan sama sama lagi.Takkan la encik Iqbal tak ingat dia kan yang pakai cermin mata,selalu bawa botol air ke hulu ke hilir.” jelas kak Ema lagi. Bila aku fikir balik, memang masa aku kat pusat latihan dulu,aku selalu terima hadiah daripada siapa entah.Tapi hadiah hadiah tu semua tak pernah plak aku periksa betul betul. Tapi hadiah tu semua nya coklat, biskut, kek. Bila fikir fikir, memang masuk akal juga tu. Kadang kadang pun aku rasa macam aku diperhatikan.

Keesokkannya, pukul 10 pagi aku singgah ke Jabatan Khidmat Pelanggan untuk bertemu Alif rakan sejawat aku yang sama latihan dengan aku dulu. Dalam masa yang sama, aku juga mencari si dia yang aku ingin ketemu. Selepas aku berbual dengan Alif, aku menuju ke papan tanda untuk melihat senarai nama nama staf di sini dan aku jumpa nama yang aku cari. Lalu aku pun bertanyakan mereka disitu kat mana tempat Zalika. Malangnya, ini jawapan yang aku terima daripada mereka,

“Ouh Zalika EL hari ni sebab ade kecemasan katanya.” aku pun pulang ke bilik aku dengan hampa. Hari ke- 2 dan ke- 3 pun masih sama, Zalika masih bercuti dan aku pun mula menanyakan kepada kak Ema tentang Zalika.

“Entah lah , saya pun dah lama tak berhubung dengan dia, kalau ada hal penting nanti saya cuba hubungi dia.” kata Kak Ema tapi aku rasa tak perlu lah, sebab bukan penting pun. Mungkin dia ada masalah keluarga siapa tahu.

Dan kesudahannya aku masih tak dapat bertemu dengannya selepas 4 hari, lalu tiba tiba kak Ema ketuk pintu bilik aku, “Assalamualaikum Encik Iqbal, maaf la ganggu cuma nak beritahu Zalika baru mesej cakap dia nak hantar surat berhenti sebab nak tolong kakak nya kendalikan kedai. Kakak dia demam campak tiba tiba, dah nak dekat seminggu dah.” Lalu aku pun tergerak hati nak minta alamat kedai bakeri kakaknya itu.

Pulang saja dari tempat kerja , aku terus ke destinasi yang aku ingin tuju. Rupa rupa nya tak ada la jauh sangat dengan rumah aku hanya 15 minit saja. Tapi tak pernah la pulak aku perasan adakedai bakeri kat sini. Aku pun masuk ke kedai nya dan dari jauh sudah kelihatan orang yang ingin aku ketemu.Lalu aku pun mula melihat roti dan biskut yang sedia ada. Memang ada yang berbau enak dan membuatkan aku terliur. Selepas memilih roti yang aku inginkan, aku menuju ke kaunter bayaran di mana Zalika berada.

“Semua sekali rm 8.90” kata Zalika. Lalu aku pun serahkan duit kertas rm10 kepadanya dan berlalu pergi tanpa ambil baki yang ada. Zalika pula memanggil manggil aku lalu aku berpusing dan berkata, “Tak apa nanti masuk kerja esok bagi la.” sambil senyum kepadanya aku pun berjalan menuju ke kereta. Zalika yang tergamam tiba tiba kaku. Buka saja pintu rumah, Zalika menjerit jerit memanggil kakak nya,

“Along!!!!!! Along !!!!!! Kak long!!! Bangun la !!!” Apa kau ni adik, terpekik pekik kak ni tak larat tau tak..” jawab kakak nya yang sedang baring.

“Laaa kak sori la.. kak adik nak story ni, kakkk tadi encik Iqbal datang kedai kita kak!!!! Dia datang!!!” cerita Zalika. “Dia datang buat apa?” soal kakak nya.

“Dia datang beli roti la kak ni.”jawab Zalika. “Laaa tu je nak bagitahu, ingatkan dia datang bawak rombongan meminang…terkejut gak kalau camtu..” kata kakaknya lalu kembali baring. “Ala kak ni…apa salahnya kalau berharap kan…” belum sempat Zalika sambung kakaknya menyampuk, “adik, kau ni sudah sudah la berangan, dulu kau terkejar kejar dia, sampai semua orang satu pejabat tahu kau suka kat dia,tapi dia sikit pun tak pandang kau.” “tapi kak adik memang ..”belum sempat Zalika menghabiskan ayat dia,kakaknya mencelah.

“Jap bagi kak habis cakap dulu..dia tu pegawai tau, bukan calang calang orang, mana dia nak pandang kuli batak macam kau ni dik.. lepas tu tadi dia masuk kedai tengok kau selekeh camni kat kedai tu, kau ingat dia lagi nak pandang kau..? kau fikir la.. along dah penat lah nak nasihatkan kau dik.” jelas kakaknya lagi. Zalikha pun masuk ke bilik nya.

“Cakap skit nak merajuk, cakap skit nak merajuk..”kata kakak nya lagi. Bilik Zalikha dipenuni gambar gambar kenangan dia dari waktu sekolah sampai la sekarang. Salah satu gambar adalah gambar kek muffin yang dibuatnya khas untuk Iqbal,yang dia minati dari awal awal masuk pusat latihan lagi tapi tak kesampaian sebab hari terakhir di pusat latihan,ibunya kemalangan dan dia terpaksa bergegas ke hospital. Sekarang cuma tinggal kakak nya seorang saja, satu-satunya kakak dan saudara yang dia ada. Suami kakaknya,Johan bekerja sebagai jurutera kapal dan selalu bertugas di laut, setahun 4 kali je balik.

“Betul juga apa yang kak long cakap tu, daripada aku berharap dekat dia baik aku fikirkan masa depan aku..kalau ibu ada, mesti ibu pun cakap camtu..” kata Zalika sambil memandang foto ibu nya.

Keesokkan harinya, Zalikha hadir untuk menyerahkan surat notis berhenti kerja nya dan singgah ke pejabat Iqbal untuk serahkan duit baki semalam. “Laaa tapi encik Iqbal tak ada. Dia ada hal katanya tadi.”kata kak Ema. Lalu Zalikha tinggalkan duit baki itu dekat Kak Ema saja. Selepas beberapa minit Zalikha pergi, tiba tiba Iqbal pun datang.

“Eh encik Iqbal, ni baki duit Zalikha tinggalkan suruh bagi kat Encik Iqbal.Dia baru je pergi tadi” kata Kak Ema.

“Ye ke..” lalu aku pun pusing dan mengejar nya. Kelihatan Zalikha sedang berjalan menuju keluar. Selepas mempertimbangkan semua perkara, lalu Zalikha pun memutuskan untuk berhenti dan kejar impiannya sendiri.

“Kalau aku masih disini mengharapkan sesuatu yang tak pasti buat apa kan..” bisik Zalikha. Selepas selesai semua urusan, Zalikha pun berjalan ke luar, tiba tiba dia terdengar suara yang memanggil nama nya.

Apabila Zalikha menoleh, kelihatan Iqbal yang sedang berlari ke arahnya.

“Awak lupa sesuatu..” kata Iqbal lalu memberikan tisu berbau ros itu kepada Zalikha.

“..tapi tinggal 2 je sebab saya dah guna hee.”kata Iqbal lagi sambil tersengih. Zalikha yang kaku hanya tersenyum malu. “Saya dengar awak dah nak berhenti, kalau awak tak ada kerja meh la kerja dengan saya nanti. Ada kosong kalau awak nak.” kata Iqbal.

“Ye ke, kenapa kak Ema nak berhenti dah ke? Tapi dia tak ada bagitau apa apa pun kat saya.” jawab Zalikha.

“Eh bukan kerja kat sini, kerja kat rumah saya.” kata Iqbal. Zalikha hanya kebingungan.

“Hmm, awak nak kawin dengan saya tak?” soal Iqbal tiba tiba. Zalikha hanya tergamam dan memandang ke arah Iqbal. “Camne?? Kalau okay, saya hantar rombongan weekend ni, hujung bulan ni terus kenduri..”soal Iqbal lagi. Melihat mata Zalikha yang berair hanya membuatkan dia tersenyum.

“Kenapa encik Iqbal nak kawin dengan saya??” soal Zalikha tiba tiba.

“Sebab saya dah jatuh hati dengan tuan punya tisu bau ros ni kut..hihi..” jawab Iqbal sambil tersipu malu.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.