Cerpen : Menyakitimu Bukan Niatku

23 June 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Aiumna

“Ara, kau tak teringin ke nak ada boyfriend?” Tanya Mira a.k.a penyibuk antarabangsa.

“Perlu ke?” Tanya Ara sambil matanya masih tekun menatap skrin komputer ribanya.

“Tahun depan aku dah nak kahwin. Umur kita pun bukannya makin muda. Dah 26 tahun kot. Aku rasa memang dah patut kau tu ada kekasih.” Mira cuba menasihati rakan karibnya itu.

“Kau tahukan yang aku tak percayakan lelaki. Kau tengok sajalah Adib tu, baru sebulan aku dengan dia, dapat tahu dia tu suami orang. Kau rasa seronok ke aku kena serang dengan isteri dekat restoran hari tu?” Sinis sahaja Ara berkata-kata.

“Itu mungkin Allah nak uji kau. Entah-entah itu cuma alasan kau je kan? Ke kau masih tak dapat lupakan dia?” Tembak Mira.

“Merepeklah kau. Aku banyak kerja nak buat ni. Kalau setakat kau datang bilik aku ni cakap pasal ni aku rasa better kau buat kerja kau.” Baran Ara mula bangkit.

Mira bangkit dan keluar daripada bilik Ara. Dia pun sudah lali dengan perangai Ara. Malas mahu ambil hati lagi. Ara akan jadi begitulah kalau disebut pasal lelaki.
“Tak habis-habis pasal lelaki.” Rengus Ara.

“Ara, boleh tak hari ni kau turun site?” Tanya Amran.

“Lah, kenapa pulak aku yang kena pergi? Ini bukan kerja kau ke?” Tanya Ara yang mula membuat muka.
“Alah Ara, tolonglah aku kali ini. Aku belanja kau KFC. Apa macam?” Umpan Amran.
“Kenapa kau tak nak turun?” Tanya Ara lagi.

“Isteri aku dah sarat tu, aku nak teman dia. Kata doktor bila-bila masa je dia boleh terberanak.” Amran mula meraih simpati melalui ceritanya. Ini kisah bernar bukan dengeng belaka.

“Lah ye ke? Awatnya hang tak habaq awai-awai? Okey, aku turun site bagi pihak kau.” Dah keluar dah Kedah si Ara.

“Terima kasih Ara. Terima kasih sangat.” Ucap Amran. Dia tahu Ara akan bertolak-ansur dalam perkara sebegini.

“Sama-sama. Kirim salam dekat bini hang.” Ara menghadiahkan senyuman manis kepada Amran sebelum berlalu.

“Aduh si Ara ni. Boleh pulak kau senyum dekat aku macam tu? Kalau aku tak kahwin lagi, dah lama aku tangkap cintun dengan kau.” Bisik hati Amran.

“Tak sangka kecil je dunia ni. Tak sangka pulak aku dapat jumpa kau. Sebaik aku turun site hari ini. Kalau tak, melepaslah aku.” Sinis sahaja Tengku Arman berkata-kata. Pada siapa lagi kalau bukan untuk Ara.

Ara hanya menjeling. Apalah nasibnya berjumpa dengan mamat ini. Ara mengorak langkah mahu pergi tetapi….

“Nur Adilah Umairah Binti Mohd Ismail!” Cukup keras benar panggilan daripada Arman.
Ara kaku. Terkejut bila ada orang panggil nama penuhnya. Lagi-lagi si pemanggil itu adalah orang yang paling dibencinya.

“Ha, kau dah lupa peristiwa tu ke?” Arman sengaja mahu membangkitkan kemarahan Ara.
Ara berpaling menghadap Arman. Ara senyum lalu pergi daripada situ.
“Cis, tak guna. Aku fikir dia akan marah.” Bentak Arman.

Peritiwa 5 tahun lalu.

“Ara, kau tak nak ke luahkan perasaan kau dekat Arman?” Tanya Mira.
“Malulah aku.” Muka Ara mula berona merah. Malu pula dia mahu mengaku yang dia mencintai Arman seorang jejaka kegilaan ramai.

“Kau ni, kita dah nak habis belajar kot dekat London ni. Tak akanlah habis degree nanti baru kau nak bagitahu?” Desak Mira.

“Ish, aku malulah. Lagipun aku tahu yang dia tak akan suka aku. Lagipun aku ni budak kampung je. Mana layak untuk dia.” Ara merendah diri. Dia sudahlah budak skema, cermin mata besar, pakai pendakap gigi pulak tu. Bergaya pun tidak.

“Haaa, Ara itu Arman. Pergilah cakap yang kau suka dia.” Desak Mira lagi.
“Aku tak berani. Aku takut.” Ara mula cuak.

“Pergilah!” Paksa Mira. Mira mahu sekali tengok Ara berusaha dapatkan Arman kesayangannya itu. Dia mahu rakannya itu bahagia.

Ara membuka langkah menuju ke Arman dengan takut-takut.

“Arman, ada orang nak jumpa kau.” Bicara Daniel dengan memandang sinis ke arah Ara.
“Cari pasal benar budak ini.” Desis Daniel di dalam hati.
“Ya, awak nak jumpa saya ke?” Tanya Arman lembut.

Mahu gugur jantung Ara dibuatnya. Mahunya tidak apabila putera idamannya di depan mata.
“Arman, apa kata awak kalau saya cakap yang saya suka pada awak?” Tanya Ara malu-malu.
Arman tersenyum.

“Mulai dari saat ini, awak jadi kekasih saya okey sayang?” Arman menerima dengan mudah.
Ara tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mengganguk kegembiraan. Lalu berlari ke arah Mira rakan karibnya itu.

“Mira! Dia terima aku la weh!” Jerit Ara perlahan. Ara terlalu gembira. Dia betul-betu tidak sangka begitu mudah Arman menerima dirinya yang tidak begitu cantik.
“Serius? Alhamdulillah.” Ucap Mira dengan senyuman yang tida lekang di bibirnya.

“Kau fikirlah pakai kepala otak kau tu?! Kau fikir aku akan suka pada perempuan macam kau? Hah?! Memang tak lah.” Bentak Arman selepas berjaya mengheret Ara di tengah-tengah dataran pelajar dan memalukan Ara ditengah-tengah pusat itu.

“Apa yang awak cuba katakan ni Arman?” Tanya Ara dalam esakan yang mahu kepastian dengan semua ini. Dia tidak tahu apa salahnya sampaikan dia disimbah air sirap oleh perempuan-perempuan itu dan kini Arman mengheretnya ke sini dan memalukan dia. Pakaian Ara habis basah.

“Hahaha. Kau dengar sini perempuan tak sedar diri. Kau tu tak layak dicintai oleh sesiapa pun. Kau tu buruk. Sangat hodoh untuk dipandang.” Habis semua kata-kata cacian keluar daripada mulut Arman.
“Habis tu, selama ini apa dia? Awak mempermainkan saya ke Arman?!” Ara yang mula sedar dengan keadaan yang berlaku bangkit untuk melawan.

Arman tersenyum sinis.

“Lembab. Baru kau sedar? Kau tu tak layak jadi girlfriend aku. Dia ni baru layak dijadikan girlfriend aku.” Sambil Shakira datang kepada Arman lalu memeluk Arman.
“Awak akan menyesal.” Marah Ara lalu pergi daripada situ.

Arman, Shakira dan rakan-rakan yang lain hanya ketawa kegembiraan kerana dapat kenakan Ara.

Pap!

“Aduh, sakitlah Mira.” Marah Ara. Mira menepuk bahu Ara dengan kuat.
“Kalau aku tak buat macam tu, memang tak lah kau nak sedar. Anak raja mana kau berangankan ni?” Tanya Mira sambil tersengih.

“Banyaklah kau punya anak raja. Raja syaitan adalah.” Ara mendengus kasar.
“Chill la weh. Apa pasal ni? Cuba cerita dekat aku?” Mira sudah mula menjadi si penyibuk.
“Aku jumpa dia.” Ara membuang pandang ke televisyen.

“Siapa beb? Janganlah main teka-teki dengan aku.” Marah Mira.
“Tengku Farish Arman Bin Tengku Iskandar Shah.” Lancar sahaja nama itu keluar daripada mulut si comel Ara.

Mira sudag melopong.
“What the fish?! Habis tu? Apa jadi”? Tanya Mira yang mahu tahu cerita sebenar.
“Tak jadi apa-apa pun. Tapi dia cuba untuk bangkitkan kemarahan aku.” Kata Ara.

“Tak guna punya jantan. Aku dapat dia kali ni, aku nak je seligi dia. Dulu aku tak sempat nak buat sebab ada kelas je. Sabar jelah.” Marah Mira. Sungguh anginnya naik, kalau sebut pasal Arman memang darahnya naik. Biadap sungguh perbuatannya itu.

“Mira, nampak sangat ke yang aku tidak mampu melupakankan dia?” Tanya Ara yang dari tadi hanya berdiam diri.

“Ara, aku faham apa perasaan kau. Tapi kau tahukan Arman tu macam mana? Dengan apa yang dia buat selama ni dekat kau, kau nak lupakan macam tu je ke? Sebab cinta?” Mira mula membangkitkan kenangan pahit Ara.

“Ya, sebab cinta aku jatuh. Cinta tu hanya mendatangkan malapetaka.” Akhirnya Ara tewas. Dia menangisi kisah lama yang amat menyakitkan.

“Shhhh, Ara sabarlah. Ini dugaan daripada Allah. Kuatkan hati kau. Hiraukan dia. Dia tak layak untuk perempuan sebaik kau. Sabarlah Ara.” Pujuk Mira perlahan. Dia tahu Ara kuat orangnya.
Malam itu Ara tidur bersama linangan air mata.

“Ara, ada orang kirim bunga.” Terkejut Ara dengan sejambak bunga yang diberi oleh rakan kerjanya.
“Siapa yang beri ni?” Soal Ara mahu kepastian.

“Tak tahu. Ada budak kasi dekat aku. Katanya tolong pass pada kau.” Ara hanya mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Ara membelek-belek sejambak bunga itu. Takut-takut si pengirim ada menyelitkan kad di dalam bunga itu.

“Got it.” Jerit Ara kecil. Benar telahannya. Pasti si pengirim ada menyelitkan kad di celah-celah bunga ros putih itu.

Maafkan aku.

Boleh kita mulakan pengenalan yang baru?

Dubdabdubdab…jantung Ara mula berdetak pantas. Siapa pengirimnya? Melalui ayat ini, seperti seseorang yang pernah berbuat salah kepadanya. Adakah…

“Tengku Arman?” Tanya Ara pada dirinya yang mula gabra.
Ring..ring…ring telefon Ara yang minta diangkat oleh si pemanggil.

“Assalamualaikum, nak cari siapa?” Tanya Ara kerana si pemanggil menggunakan nombor private.
“Saya nak bercakap dengan tuan empunya telefon ini.” Jawab si pemanggil lembut. Suaranya cukup menggetarkan hati sesiapa yang mendengarnya.

“Kalau begitu, telefon ni pemberiaan ayah saya. Jadi mahu bercakap dengan ayah sayakah?” Perli Ara. Malas benar dia melayan kerenah si pemanggil yang entah siapa-siapa.

Meletus tawa Arman. Geli hatinya dengan perangai si Ara ni.

“Saya Arman.” Arman mula mengenalkan diri.

Ara tersenyap. Terdiam. Kaku di atas kerusi empuk itu. Dia bagaikan hilang nyawa mendengar nama itu.

“Saya tahu awak bakal senyap bila dengar nama saya. Ara, can we start all over again. Give me one more chance please?” Merayu Arman.

“Suka hati awaklah.” Acuh tak acuh sahaja layanan Ara dan dia teruskan putuskan panggilan itu.
Ara termenung. Dunia sudah terbalik? Pelik baginya kenapa Arman tiba-tiba berubah secara drastik begini. Hampir seminggu semejak dia berjummpa Arman di site. Tipulah kalau dia tidak gembira tapi tetap rasa pelik itu timbul dalam dirinya.

“Terima kasih sebab sudi keluar makan malam dengan saya.” Ujar Arman teruja. Semenjak dia mula berhubung dengan Ara dua bulan yang lalu, dia dan Ara makin rapat. Arman ada juga mengajak Ara makan malam bersamanya berkali-kali tapi Ara akan menolak setiap ajakan itu. Terlalu banyak alasan yang diberi. Kucing tak bagi makanlah, ibu dan ayahnya datang ke rumahlah, dapat projek barulah dan macam-macam lagi. Tapi dia tidak menyangka pulak yang ajakan kali ini Ara akan terima.

“Sama-sama. Thanks sebab ajak.” Senyuman manis dihadiahkan kepada Arman.

Bergetar hati Arman tatkala melihat senyuman yang menghiasi wajah Ara. Ada satu perasaan menyusup perlahan di dalam dirinya. Arman menghalang perasaan itu.

“Awak dah banyak berubahkan sekarang ni.” Arman memecah kesunyiaan antara mereka berdua sejak pelayan menghantar pesanan mereka.

“Apa maksud awak?” Tanya Ara pelik.

“Maksud saya, kalau dulu awak bercermin mata besar, pendakap gigi dengan tak bergaya lagi. But, now you’re different. Totally different.” Jawab Arman ikhlas.

“Do you trying to insult me?” Ara tunduk menghadap makanan.

“No! I just…Maaf. Saya tahu benda dah berlaku. Saya juga tahu yang awak tak mampu nak lupakan apa yang saya buat dekat awak. Maaf, memang silap saya. Masa tu saya muda dan fikir nak enjoy je sampaikan perasaan awak saya tak jaga.” Arman sedar dengan keterlanjuran mulutnya. Arman menunjukkan tanda kekesalan di wajahnya.

“Its okay. Past is past.” Jawab Ara pendek untuk menutup cerita.
Lama mereka berdiam. Melayan perasaan masing-masing.

Tiba-tiba Arman bangun daripada tempat duduknya, dan dia melutut di depan Ara.
Gugup Arman dibuatnya. Dia tidak pernah melakukan ini semua didepan mana-mana perempuan. Ara, ya Ara ialah wanita pertama.

“Arman! Bangunlah, malu dekat orang ni. Ramai tengok kita.” Ara sudah menekup mulutnya. Wajahnya benar-benar membahang.

“Nope. Saya tak akan bangun selagi awak tidak menerima ini.” Sambil Arman membuka sekotak bekas berbaldu merah yang terdapat didalamnya sebentuk cincin permata yang cantik.

“Awak, please. Saya merayu pada awak. Bangunlah.” Rayu Ara. Dia seperti berbelah bahagi tika ini. Bukan dia tidak mahu menggambil cincin itu, mahu sekali dia berbuat demikian tapi apa dayanya, dia masih tidak mampu melupakan apa lelaki di hadapannya telah lakukan.

Ara bangkit daripada tempat duduknya, lalu berlari ke keretanya. Dia sudah tidak mampu menahan air matanya lagi daripada tertumpah.

“Ara!” Panggilan daripada Arman di biar sepi.

Ara menghirup bayu pagi yang menyegarkan. Selepas kejadian malam itu, dia terus memandu jauh. Jauh dariada semua orang. Fikirannya bercelaru. Dia perlukan masa untuk bersendiriaan. Ara membawa diri ke Pulau Pangkor untuk bercuti. Mujurlah dia masih banyak cuti. Ara terus membuat keputusan untuk menggambil cuti selama seminggu.

Telefon Ara berdering. Tertera nama Mira di skrin telefonnya. Ikutkan hati tidak mahu dia menjawab tapi apakan daya Mira sahabatnya. Dia tak nak Mira susah hati. Cukuplah dua hari dia mematikan telefonnya supaya tiada siapa yang boleh menganggunya.

“Assalamualaikum.” Ara memberi salam.

“Ara! Kau dekat mana ni? Kau tahu tak aku terlalu risaukan kau? Kau cakap dekat aku? Apa yang Arman buat dekat kau sampai kau lari ni?” Soalan yang bertubi-tubi mula menghentam Ara.
“Beri salam itu harus, menjawab salam itu wajib wahai Cik Nur Amirah.” Perli Ara.

“Waalaikumusalam. Sempat kau ya? Ara, jawablah soalan aku tu.” Mira mendesak dan terus mendesak. Risau dirinya bila tidak tahu kedudukan Ara sekarang ini.

“Aku bercuti. Aku tahu kau risau sebab kau sayang aku. Arman melamar aku.” Ara berbicara.
Mira terkedu mendengarkan jawapan Ara yang hujung sekali itu.

“What?! Melamar?! Kau bercuti di mana?” Kaki penyibuk sedunia ini tak abis-abis lagi dengan soalannya.

“Ya. Secret.” Jawab Ara pendek.

“Bila kau balik? Kau terima ke?” Soal Mira lagi.

“ Sampai aku temui jalan keluar. Belum lagi. Aku masih pertimbangkan.” Jawab Ara pendek.
“Solat istikarah.” Ujar Mira.

“Baiklah.” Jawab Ara pendek lalu mematikan panggilan.

“Ke mana awak pergi selama ni? Puas saya cari awak selama seminggu ni Ara.” Arman mula menanyakan soalan. Petang tadi tiba-tiba dia dapat pesanan ringkas daripada Ara yang mengajaknya makan malam. Tanpa berlengah lagi Arman terus bersetuju.

“Saya cuma cari ketenangan Arman.” Ara menjawab lembut.
“Saya harap awak dapat membuat keputusan yang terbaik.” Arman sudah mula menunjukkan harapan hatinya.

“Saya dah buat keputusan. Saya menolak.” Ara masih dalam nada lembutnya. Sukar, sangat sukar untuk melafazkan kata-kata penolakan ini tapi dia cuba untuk sampaikan dengan sebaiknya. Tipulah jika tiada rasa sayang terhadap Arman di hatinya tapi berat baginya untuk menelan perbuatan Arman terhadap dirinya dulu. Selepas peristiwa itu berlaku, Ara terpaksa menerima banyak tomahan daripada orang-orang yang melihat peristiwa itu. Perempuan gatal, perempuan kampung, si hodoh dan banyak lagi. Terlalu sakit baginya untuk menelan semua itu.

Arman bungkam. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dia terlalu berharap Ara menerimanya. Tapi dia silap. Ara terlalu keras hatinya.

“Ara…tapi kenapa?” Soal Arman menahan rasa.

“Saya tidak dapat terima awak lagi. Maafkan saya. Saya perlukan masa.” Jawab Ara.

Setelah itu mereka hanya senyap sahaja. Sampailah Arman mahu menghantar Ara pulang kerana Arman yang menjemputnya Ara di rumah setelah di paksa oleh Arman banyak kali untuk menjemput Ara.

“Arman, ini bukan jalan pulang ke rumah saya.” Ujar Ara yang sudah mula cuak dengan sikap dingin Arman daripada restoran tadi.

Arman hanya berdiam diri. Sungguh laju keretanya.
Tiba-tiba Arman memberhentikan kereta di suatu tempat yang sangat sunyi dan gelap. Kereta nak lalu-lalang pun payah untuk lihat.

“Arman, kenapa berhenti dekat sini?” Ara sudah mengetap gigi. Hatinya sudah diselubungi ketakutan yang teramat tika itu.

“Awak tolak saya? Apa kurangnya saya? Susah ke awak nak buang kisah lama tu? Dalam hati saya cuma ada awak je Ara!” Arman menjerit di hujung ayat sambil menghentak streng keretanya.
“Ar..r..r..man.” Ara sudah kaku dengan tindakan Arman.

“Awak akan jadi milik saya Ara!” Arman sudah gila. Dia menarik kasar tudung Ara, dengan rakusnya dia mengoyakkan baju Ara yang membaluti tubuh Ara. Arman terlalu mahukan Ara. Dia tidak kira dengan cara apa sekali pun dia akan dapatkan Ara. Walaupun, dengan merogol Ara.

“Arman, apa yang buat ni?!” Ara sudah mengalirkan air mata. Banyak kali dia cuba untuk memprotes dengan perbuatan Arman yang menjijikan itu. Sakit baginya.

Ara cuba membuka pintu belahnya. Dia cuba melarikan diri. Tapi dia gagal. Hanya mampu berdoa pada Allah agar menyelamatkan dirinya daripada jantan tak guna seperti Arman.

“HAHAHAHA! Sekarang aku puas. Puas kenakan kau. Berani kau tolak aku kan? Inilah padahnya.” Gelak besar Arman selepas melakukan perkara jijik terhadap Ara.

Terhinjut-hinjut Ara menangis. Dia sudah kehilangan segalanya. Dia hilang maruah sebagai wanita. Maruah yang patutnya diberikan kepada lelaki yang bergelar suami dan bukannya manusia berperangai binatang seperti Arman.

“Sekarang, kau milik aku seorang sahaja.” Arman masih dengan banggannya ketawa berdekah-dekah kerana dapat ‘merasmikan’ Ara yang ternyata dia lelaki pertama. Puas hatinya.
“Saya tak sangka…” Ara terus berlari keluar daripada kereta untuk melarikan diri daripada Arman. Lari sekuat hatinya.

“Woi, kau nak pergi mana tu?!” Arman menjerit lalu ikut mengejar Ara yang sudah jauh.
PANGGGGGG!

“Ara.” Hanya nama itu sahaja yang mampu dia keluarkan daripada mulutnya selepas Ara dilanggar oleh sebuah kereta.

Hari ke hari Arman, Mira dan keluarga Ara menunggu bangunnya Ara daripada tidurnya yang lena. Hampir setahun Ara terlantar di katil hospital selepas kejadian langgar itu. Bagaikan pejabat Arman telah berpindah ke dalam bilik Ara sahaja. Sungguh susah baginya untuk dia tinggalkan Ara.

Kini papanya yang sudah lama bersara pun terpaksa turun kembali ke pejabat kerana terpaksa membantu dalam hal tadbir syarikat. Arman tidak seperti dulu lagi. Seperti separuh nyawanya melayang melihat Ara dalam keadaan begini.

“Arman, selagi papa sihat ni bolehlah papa tengok-tengokkan syarikat tapi nanti bila papa dah sakit, siapa pula yang nak menggambil alih kalau bukan Arman?” Bicara lembut Datuk Tengku Iskandar Shah memujuk anaknya.

“Tapi papa, tunggulah sehingga Ara sedar.” Arman cuba meraih simpati.
“Arman, benar kata papa. Tak kesiankah kamu dengan papa kamu yang semakin tua ni? Soal Ara, mummy dan ibu Ara kan ada yang menjaganya.” Pujuk Datin Aisyah.

“Tapi…Arman tak mampu tinggalkan Ara dalam keadaan macam tu. Ara tak akan jadi macam tu kalau bukan kerana Arman!” Arman sudah meraup wajahnya beberapa kali. Ya, ini salahnya. Kalau tak pasti Ara berada di sampingnya sekarang dan tersenyum.

“Sudahlah Arman. Ini semua ketentuan-Nya. Kami semua faham kenapa Arman lakukan semua itu. Memang pada mulanya kami semua marah tapi benda dah berlaku. Dah tak guna marah.” Pujuk mummy lagi lalu memeluk Arman. Dia tahu anak lelakinya ini perlukan semangat yang sangat kuat.

Memang pada mula mereka mendapat tahu perkara yang sebenar, memang mereka sangat marah pada Arman. Lagi-lagi ibu bapa Ara, tapi lama-kelamaan selepas melihat kesungguhan Arman menjaga Ara, mereka tidak sampai hati untuk marah pada Arman lagi.

“Arman akan masuk pejabat esok tapi pada malam hari, Arman akan tidur di wad untuk temankan Ara.” Arman menyatakan syaratnya.

Kedua oang tua Arman tersenyum lalu menggangukkan kepala.

“ Saya cuma menyuarakan pendapat, apa kata kalau kita kahwin Arman dan Ara segera.” Tengku Iskandar mula menyuarakan hasrat hatinya.

Pn. Aminah dan En. Ismail berpandangan sesame sendiri. Mereka dijemput oleh ibu bapa Arman ke rumah kerana katanya mahu membincangkan sesuatu, Nampaknya ‘sesuatu’ itu ialah perkara tentang anak mereka.

“Aminah dan suami jangan salah sangka. Kami ni bukan apa, Arman tu tiap-tiap hari pergi bermalam di hospital. Tapi dia terbatas kerana mereka itu bukan suami isteri. Pada hukumnya salah cara Arman. Dan kami fikir, dengan kahwinkan Arman dengan Ara lebih menyenangkan.” Terang Datin Aisyah bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa Ara.

“Kalau Datuk dan Datin kata begitu kami setuju sahaja. Bila difikirkan ini yang terbaik untuk mereka berdua.” En. Ismail sudah memberikan green light.

Pn. Aminah pun mengangguk setuju kerana baginya ini yang terbaik. Sekali gus dapat memelihara aib anaknya.

“Kalau semua dah setuju baguslah. Tinggal tanya Arman sahajalah. Berbesanlah kita ya?” Guran Tengku Iskandar. Walaupun Tengku Iskandar dan Datin Aisyah daripada keluarga yang berada tapi mereka tetap hidup dalam kesederhanaan tak pernah menunjuk-nunjuk yang mereka kaya. Mereka didik Arman dengan penuh kasih sayang tapi apa silap mereka bila Arman tergamak melakukan perkara yang ‘menjemput’ dosa besar itu.

“Aku terima nikahnya Nur Adilah Umairah Binti Mohd Ismail dengan mas kahwin dua ribu enam ratus, sembilan puluh tujuh ringgit tunai…”

“Sah?”

“Sah!”

Alhamdulillah akad nikah sudah pun dah selesai. Kini Ara menjadi milik sepenuhnya Tengku Farish Arman walaupun Ara masih belum sedarkan diri. Majlis mereka diadakan dengan sungguh ringkas. Ada tok kadi, saksi dan beberapa saudara-mara yang terdekat sudah melengkapi majlis. Cadang ibu bapa Arman dan Ara mahu membuat majlis sanding selepas Ara bangun dari koma. Buat masa ini, akad nikah buat secara sederhana sahaja. Tapi ada juga jururawat-jururawat yang hadir memberi sokongan.

Jururawat di sini pun sudah kenal benar dengan Arman yang keluar masuk hospital ini seperti rumahnya. Ada juga yang berkata bahawa Ara sungguh bertuah kerana dapat suami yang begitu sayangkannya.

Tapi bagi Arman, dia yang beruntung kerana Allah telah menganugerahkan Ara dalam hiduupnya. Ya, Arman terasa sangat beruntung.

Arman menghampiri sekujur tubuh yang kaku terbaring di atas katil. Hari ini kekasih hatinya cantik berbusana pengatin. Wajahnya yang berseri setelah ditacap make up. Tapi tetap nampak kecengkungan wajah Ara. Walaupun Ara kaku tapi dia tetap hidup di sisi Arman.

“Sayang, hari ini abang happy sangat sebab kita dah pun berjaya disatukan. Allah dengar doa abang. Allah anugerahkan insan yang pernah abang sia-siakan dulu. Abang menyesal dengan perbuatan abang.

Abang betul-betul menyesal. Baru abang tahu apa yang sayang lalui setelah peristiwa itu berlaku.

Maafkan abang. Kerana abang, sayang yang menanggung semua penderitaan ini. Maafkan abang. Terlalu banyak dosa abang pada sayang. Bangunlah sayang. Abang tak mampu nak hidup tanpa sayang. Tolong jangan tinggalkan abang.” Kedengaran suara rintihan separa merayu Arman terhadap Ara yang kini isterinya. Dia benar-benar ikhlas kali ini.

Tanpa disedari, air mata Ara mengalir perlahan. Ya, walaupun realitinya dia ‘tidur’ tapi dia dengar segala keluh kesah Arman. Sungguh pilu hati Arman tatkala melihat air mata itu mengalir.
Kedua-dua ibu bapa Arman dan Ara mengatur langkah untuk keluar daripada wad kerana mahu memberi masa kepada mereka berdua. Tapi, hati ibu bapa mana yang tidak luluh melihat keadaan anak masing-masing.

Pn. Aminah dan Datin Aisyah sudah menitiskan air mata. Masing-masing dipujuk oleh suami. En. Ismail dan Tengku Iskandar menasihati isteri mereka supaya bersabar dan mengatakan ada hikmah disebalik semua ini.

“Sayang, jangan menangis. Abang dah tak nak tengok sayang sedih-sedih. Cukuplah sebelum ini terlalu banyak air mata sayang tumpahkan kerana abang. Sayang, hari ni kita dah bergelar suami isteri. Abang gembira sangat. Abang akan jaga sayang sampai hilang nafas abang di muka bumi ini. Abang masih ingat lagi dulu masa kita belajar, sayang selalu curi pandang abang. Abang sedar tau.” Kata Arman lalu mencuit hidung Ara.

“Abang sedar itu semua. Sebenarnya ada rahsia di sebalik peristiwa lima tahun lepas. Abang nak bagitahu dekat sayang tapi tak sangka sayang balik Malaysia terlalu awal. Abang cari sayang dan akhirnya abang jumpa sayang masa turun site. Sebenarnya sayang….” Arman berhenti disitu. Dia mengambil nafas dan sambung semua kata-katanya.

“Sebenarnya, abang dah jatuh cinta pada sayang sejak pertama kali abang terlanggar sayang di depan pintu masuk library lagi. Sayang masih ingat? Abang pasti sangat masa tu, sayang baru mengenali abang. Abang tertarik dengan seorang perempuan yang sangat cantik pada pandangan abang. Walaupun perempuan tu bercermin mata besar,memakai pendakap gigi dan walaupun tak bergaya. Tapi dia sangat ayu di mata abang. Masa tu abang tak percaya yang abang masih diberi peluang untuk bertemu dengan seorang wanita yang sangat menjaga perilakunya sebagai wanita.” Arman meraih tangan isterinya lalu mengucup tangan mulus itu.

“Esok abang sambung lagi ya? Mesti sayang panas kan pakai baju ni, jom abang bersihkan badan sayang. Kita pergi mandi. Nanti wangilah sayang tak adalah masam macam sekarang.” Arman tergelak sendiri dengan kata-katanya. Lucu baginya. Walaupun seperti orang gila Arman tidak kisah semua itu sebab dia tahu yang isterinya mendengar setiap bait-bait perkataan yang keluar daripada mulutnya.

“Assalamualaikum sayang. Maaf abang lambat balik sebab ada meeting.” Ucap Arman sebaik sahaja sampai di katil Ara. Dia yang baru pulang dari pejabatnya. Siang dia pergi ke pejabat, malam pula dia menjaga Ara. Penat memang penat tapi tak sepenat Ara menerima cacian pada suatu ketika dahulu.
“Kejap ya sayang. Bagi abang mandi, solat maghrib dulu. Nanti abang sambung semula cerita semalam.” Arman bergegas menuju ke bilik mandi yang ditempatkan di dalam bilik Ara. Ara dimasukkan ke hospital swasta supaya senang sedikit dan dilengkapi kemudahan.

Selesai menunaikan solat, Arman menadah tangan ke hadrat Illahi dan berdoa. Setelah selesai, Arman melipat sejadah dan letakkannya di tempat yang disediakan dan jalan menghampiri katil Ara.

Arman tersenyum melihat wajah Ara. Sekarang sudah setahun sebulan Ara begitu. Dan esok ialah hari lahir Arman. Dia berharap Ara akan bangun esok. Itu sudah cukup menjadi satu hadiah yang sangat berharga baginya.

“Abang sambung cerita okey? Sejak dari itu, abang selalu ada di tempat yang sayang berada. Sayang tak perasan ke? Kita asyik terserempak je. Itu bukan kebetulan tapi disengajakan oleh abang.

Sehari tidak melihat wajah sayang cukup derita hati abang rasanya. Bila abang dah mula menyanyangi sayang tiba-tiba abang diugut oleh seseorang. Idham, ugut abang. Abang tahu sayang kenal siapa Idham. Kalau abang tak buat apa yang dia minta dia akan lukai sayang. Abang tak nak semua tu berlaku jadi abng turutkan saja kemahuannya. Ya, untuk pengetahuan sayang segala derita ini berpunca daripada dia. Dia yang merancang semua ni bila dia dapat tahu yang sayang suka pada abang.” Arman menarik nafas perlahan. Sakitnya hatinya mengenangkan semua ni.

“Idham tak nak sesiapa pun memiliki sayang termasuklah abang. Masih ingat lagi kata-katanya ‘kalau aku tak dapat Ara, kau jugak tidak boleh memilikinya.’ Abang pasti sayang tahu perangai Idham macam mana kan? Pengaruh Idham luas di sana sampaikan ramai pelajar menggelarkannya ‘KINg’ kerana dia mempunyai banyak kabel dengan samseng-samseng. Abang tidak takut kalau abang diapa-apakan tapi abang takut apa-apa yang terjadai pada sayang. Abang takut kehilangan sayang.” Air mata mula bertakung di tubir matanya.

“Jadinya, abang ikutkan saja rancangan Idham. Dia buat semua tu supaya sayang bencikan abang. Perempuan tu semua cuma pelakon tambahan yang diupah oleh Idham saja. Luluh hati abang bila tengok sayang dalam keadaan sebegitu. Ikutkan abang nak je bagi penumbuk dekat perempuan tu tapi akibatnya nanti sayang yang akan tanggung. Maafkan abang.” Arman mengeluh perlahan. Berat hatinya mahu meneruskan cerita tapi ini kebenaran. Ara perlu tahu.

“Lepas kejadian tu, abang dah jarang jumpa Ara. Lagipun, Idham ugut abang supaya jauhkan diri daripada sayang. Tapi lepas kematian Idham….” Arman terhenti tiba-tiba. Arman menarik nafas dan meneruskan ceritanya. “Idham terlibat dalam satu kejadian tembak-menembak dan dia telah pun terkorban kerana telah ditembak oleh polis. Masa tu, abang bersyukur sangat sebab dia dah mati.

Tiada siapa lagi yang akan menghalang cinta abang pada sayang lagi. Tapi bila abang cuba nak jelaskan semuanya, abang dapat tahu yang Ara sudah pulang ke Malayisia. Lima tahun abang jejak sayang. Ara ni pandai sangatkan bersembunyi. Sampailah abang jumpa Ara di site. Bukan niat abang nak naikkan darah sayang masa tu tapi abang cuba nak uji sayang sama ada sayang masih marah atau tidak. Nampaknya sayang masih tak dapat lupakan semua tu lagi.” Akhirnya Arman telah mengakhiri ceritanya dengan satu kucupan di dahi Ara.

“Abang harap Ara dengar semua ni. Bangunlah Ara. Kita mulakan semula cinta kita. Erm, abang dah mengantuklah sayang. Abang tidur dulu. Assalamualaikum.” Arman berlalu pergi ke sofa yang menjadi ‘katil’nya sejak Ara masuk ke hospital ini.

Tanpa siapa disedari, Ara telah mengalirkan air mata yang sangat banyak. Dia pasti dengar segala luahan Arman. Dia pasti dengar semuanya.

Jam loceng Arman mengeluarkan bunyi menandakan sudah pukul 6. Arman separa sedar tapi dia pelik kenapa bunyi locengnya sekejap sahaja seperti ada orang matikan. Arman, masih mamai. Dia tidak mencelikkan matanya tapi dia seperti dapat merasa seperti ada tangan yang sedang menjalar di pinggangnya. Arman terkejut lalu membuka matanya.

Arman terdiam. Jantungnya berdegup sungguh pantas sekali. Ada seorang perempuan sedang memeluknya! Dia tidak nampak wajah perempuan itu kerana dia membaringkan wajahnya ke dada Arman.

“Selamat hari lahir abang.” Ucap perempuan itu masih tidak melepaskan tangannya daripada Arman.
“Ara?” Arman jadi tidak tentu arah. Dia terus menarik bahu Ara untuk menghadapnya. Air matanya mula menitik satu demi satu. Dia mahukan kepastian.

“Ara! Ya Allah, akhirnya kau kabulkan doa aku. Ara!” Arman terus duduk didepan Ara dan terus menarik Ara terus ke dakapannya. Biar dia dan Ara lemas dalam cinta masing-masing.

“Maafkan Ara sebab buat abang tunggu Ara selama ni.” Ucap Ara yang sudah dibanjiri air mata. Rindu. Ya, dia terlalu rindu pada insan didepannya sekarang. Walaupun koma tapi dia mendengar segala cerita Arman padanya. Doa Arman untuknya. Dia dengar.

“Sayang tak ada salah apa-apa. Yang salahnya abang. Kalaulah abang tak buat semua tu, pasti Ara tidak tidur sebegitu lama. Maafkan abang Ara. Maafkan…” Arman kelu dengan tindakan Ara.
Chuppp! Satu ciuman mendarat dibibir Arman.

Ara tersenyum. Dengan cara begitu saja, Arman akan berhenti cakap.

“Haha. Terperanjat? Sejak Ara dah bangun ni, Ara nakal tau. Abang kena jaga Ara elok-elok. Kalau tak, Ara buat lagi macam tu.” Ugut Ara dalam separa tawa. Dia tidak mahu bergelut dengan tangisan lagi. Dia nak hari-harinya dihiasi tawa bukan air mata.

“Tak sangka.” Arman senyum senget. Sungguh dia terkejut dengan tindakan Ara tadi. Ara dia kininya sudah menyanyanginya. Dia sungguh yakin dengan kenyataan itu.

“Abang, apa kata kita lupakan semua kisah silam dan mulakan kisah yang baru tanpa menoleh kebelakang lagi?” Tanya Ara setulus hati.

“Ya, sayang. Itu memang keinginan abang.” Arman menarik Ara semula ke dalam pelukannya. Tidak puas rasanya memeluk isteri kesayangannya sekejap. Rasa seperti tidak mahu lepaskan saja. Inilah hadiah yang paling bermakna untuk dirinya sepanjang 30 tahun dia hidup. Inilah yang paling bermakna.

“Akhirnya kau dapat apa yang kau impikan Ara. Masa aku dapat tahu apa yang terjadi pada kau, aku takut Ara. Sebab aku yang cadangkan kau makan malam dengan Arman pada malam tu. Aku takut aku punca semua ni berlaku. “ Luah Amira sambil menangis. Dia sangat takut Ara akan membencinya. Dia takut kehilangan Ara.

“Apa yang kau cakap ni Mira? Ini semua takdir. Lagipun semua tu dah berlalu. Aku dah pun bahagia sekarang walaupun Arman dah tiada.” Sayu sahaja di pendengaran Mira.

“Sabarlah Ara, Allah sayangkan dia. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup walaupun perit. Kau doakanlah kesejahteraannya di sana.” Nasihat Mira.

“Lepas aku bangun dari koma, aku bahagia dengan Arman. Sangat bahagia. Tapi lepas tiga tahun lepas tu Arman disahkan menghidap barah otak tahap empat. Masa tu, aku rasa seperti semangat aku terbang melayang entah ke mana. Tapi dengan nasihat ayah, ibu, mummy, papa dan kau, aku mula bangkit lawan semua ini. Aku tak bersedih di depan Arman. Aku tak nak menambah kepiluan di hatinya. Hasil cinta kami, kami dianugerahkan Tengku Muhd Arham Danish. Terlalu berat ujian ini Mira.” Luah Ara penuh dengan beremosi. Siapa saja yang faham perasaannya sekarang ni? Tiada siapa. Dia yang rasa, dia yang tanggung sendiri.

“Beristighfar Ara. Ini semua dugaan daripada Allah. Dia sayang kau dan Arman itulah di menguji kalian. Kau tahu tak Arman sedih kalau dia tengok kau dalam keadaan begini. Tidak dapat menerima hakikat seperti kau tidak dapat menerima takdir-Nya.”

Ara terdiam. Dia kena kuat. Dia tak boleh kalah pada perasaan ni. Walaupun sudah hamper lima bulan Arman meninggalkannya dan Arham begitu sahaja tapi cinta Ara pada Arman tidak pernah luntur walaupun hari saling berganti hari. Ara kena terima hakikat semua ni walaupun sakit teramat sakit untuk ditelan .Dia kena lawan rasa yang kurang enak ini kerana kenangan ‘hari semalam’ bersama Arman masih bersamanya. Sentiasa bersamanya.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.