Cerpen : Sahabat Dan Cinta

28 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: ALIEYA HAYU

“Apa lagi yang Tok Mak nak buat dengan kamu ni Fakrul? Berseronok tak tentu fasal. Perempuan dibawaknya kehulu, kehilir. Lepas tu, malukan Tok Mak! Berkawan dengan penagih dadah! Apa nak jadi dengan kamu ni?”marah Toh Puan Fatimah kepada cucu kandungnya yang seorang itu. Fakrul hanya mampu menundukkan kepala dan berdiam diri. Dia tahu dia bersalah. Tapi….

“Tapi, Tok Mak…. Fakrul tak bersalah! Dia…”

“Kamu diam! Kamu pun sama Zarif!…”potong Toh Puan Fatimah dengan melenting marah. Niat dihati… Zarif hendak membela nasib kawan baik a.k.a adik angkat dia tu. Tapi… last-last dia juga kena tempias sama. Padahal dia tidak terlibat langsung dalam kes yang berlaku ke atas Fakrul semalam.

“Kamu sebagai abang kenapa tak jaga adik kamu ni elok-elok? Degil! Tak pernah nak dengar cakap! Kalau nak diikutkan hati Tok Mak ni… Tok Mak tak ingin nak jamin kamu dalam lockup tu. Biar kamu insaf sikit bila duduk kat dalam,” marah Toh Puan Fatimah lagi.

“Tok Mak….” Zarif menyiku lengan Fakrul yang masih membisu disebelah. Fakrul memandang Zarif geram dan tidak memahami isyarat Zarif yang menyuruh Fakrul bersuara meminta maaf kepada nenek mereka itu. Fakrul takut-takut hendak menurut kata. Zarif menolak-nolak badan Fakrul ke arah orang tua itu dan memaksa Fakrul untuk segera minta maaf. Akhirnya Fakrul terpaksa akur dan perlahan-lahan menghampiri Toh Puan Fatimah dengan perasaan gugup.

“Tok Mak…. Fakrul nak minta maaf. Fakrul janji, Fakrul tak akan buat lagi. Fakrul akan dengar cakap Tok Mak lepas ni. Fakrul janji apa yang Tok Mak suruh Fakrul akan buat,”

“Janji kamu tu boleh pakai ker?” uji wanita tua itu yang ragu-ragu dengan keikhlasan cucunya itu. Bukan sekali dua anak muda itu buat perangai, dah banyak kali. Tapi, tak juga pernah berubah.

“Betul Tok Mak! Kali ini Fakrul benar-benar insaf dan berjanji akan ikut cakap Tok Mak,” ikrar Fakrul bersungguh-sungguh untuk meyakinkan neneknya itu bahawa dia bercakap benar. Zarif yang melihat tersenyum gembira sambil berpeluk tubuh.

“Baiklah, kalau macam tu. Tok Mak bagi kamu dalam masa sebulan. Kamu pergi ke kampung Tok Mak di Perak. Tinggal dengan Mak Su Zaharah kamu di sana,” arah Toh Puan Fatimah tiba-tiba. Fakrul memandang Zarif. Mereka sama-sama berasa pelik dan bingung. Fakrul memandang neneknya itu semula.

“Nak buat apa Tok Mak?”

“Tok Mak nak kamu cari pasangan kamu disana dan Tok Mak nak kamu kahwin!Biar kamu ada rasa tanggungjawab sikit. Faham?!”

“Hah?!!” Fakrul terkejut dengan kenyataan neneknya itu. Zarif pun turut tersentak. Betulkah dengan apa yang mereka dengar? Tok Mak mereka itu sedarkah dengan apa yang dikatakan? Kahwin???

************************

“Aduh, Zarif… aku rasa Tok Mak tu dah gila, lah! Ada ke dia suruh aku kahwin dalam usia aku yang masih muda ni? Lepas tu, suruh aku cari perempuan kampung pula tu! Not my taste ‘lah” Fakrul kelihatan sangat bingung dan tidak senang duduk dibuatnya. Zarif bersandar di sofa dengan wajah tenang. Dia tersenyum sinis memandang gelagat Fakrul yang tidak tentu arah itu.

“Chill la, bro! Tok Mak suruh kau kahwin, bukan suruh kau buat apa pun. Seronok apa kahwin. Bertuah kau, dapat jugak kahwin free. Semua Tok Mak tanggung. Tak payah heboh nak simpan duit banyak-banyak,” sindir Zarif sambil ketawa sinis.

“Bro, kau jangan buat fasal dengan aku, bro! Aku tak puas enjoy lagi tau. Nak suruh aku kahwin,” Fakrul akhirnya duduk berhadapan dengan abang angkat a.k.a sahabatnya itu. Wajahnya masih serabut dan otaknya ligat berfikir mencari jalan untuk lepaskan diri.

“Tapi, kau dah janji dengan Tok Mak, kan?”

“Aku janji aku tak akan buat benda yang sama lagi, aku tak janji yang aku nak kahwin!”

“Tapi, kau dah janji nak ikut cakap dia,”tambah Zarif lagi demi untuk mengingatkan Fakrul tentang kata-katanya kepada nenek mereka semalam.

“No way, man! Aku tak akan kahwin. Apa kata kalau kau yang kahwin?” tiba-tiba persoalan itu terkeluar dari mulut Fakrul. Sekaligus dia mendapat satu idea yang dirasanya sangat bernas. Fakrul memandang Zarif dengan penuh pengharapan. Zarif memandang lelaki itu tanpa mengerti apa-apa.
Namun selepas itu dia dapat menangkap muslihat Fakrul kali ini.

“No, no, no! Kau jangan nak libatkan aku dalam hal kau, okey?”
“Please, Zarif! Tolong aku kali ini. Kau ‘kan abang,” rayu Fakrul bersungguh-sungguh. Zarif memandang Fakrul tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia mengeluh kasar. At last, dia jugalah yang kena.

****************************

“Zarif?” Mak Su Zaharah memandang pelik ke arah Zarif selepas melihat lelaki itu yang berada depan pintu rumahnya dan bukannya Fakrul sepertimana ibunya khabarkan.

“Mana Fakrul? Tok Mak kata, dia yang nak tinggal disini, bukannya kamu,” tanya Mak Su Zaharah sebaik sahaja mereka masuk ke ruang tamu rumah mewah tersebut. Zarif mengekori wanita lewat 30-an itu dari belakang.

“Fakrul tiba-tiba ada hal nak uruskan projeknya di Indonesia. Itu yang Zarif datang ganti dia tu. Cuma…. Mak su jangan bagitahu hal ni pada Tok Mak, yer? Takut orang tua tu bising pulak,” pesan Zarif sambil tersengih penuh makna. Mak Su Zaharah tersenyum sinis. Mereka sama-sama mengambil tempat di sofa ruang tamu itu. Mak Su Zaharah memandang tepat ke wajah anak muda itu.

“Fakrul tu betul-betul ada projek ker atau nak melarikan diri? Bukan sepatutnya kamu ke yang kene uruskan projek di Indonesia tu? Baru semalam Tok Mak telefon beritahu mak su. Hai, dengan mak su pun kamu nak berbohong, ermm, Zarif?!”

“Err….” Zarif menggaru kepala sambil tersengih malu. Mana pulak nak disoroknya muka yang sudah panas terbakar dek terkantoi dengan wanita dihadapannya itu. Mak Su Zaharah tersenyum memandang Zarif. Dia tahu pemuda itu tidak bersalah. Zarif baik budaknya dan dia faham benar dengan sikap mereka dua beradik. Tapi, Selalunya, Zarif juga yang menjadi mangsa. Fakrul, Fakrul!

***********************************

“Tok Mak dan mak su dah merancang nak satukan Nurul, anak saudara pak su kamu dengan Fakrul. Baik budaknya. Sesuailah dengan si Fakrul yang kepala degil tu! Hendaknya si Nurul tu dapatlah mengubah sikap Fakrul yang tak habis-habis nak berseronok sana-sini tu nanti,” cerita Mak Su Zaharah sebaik sahaja mereka usai makan malam. Zarif membantu wanita itu mengemas meja makan. Hanya mereka berdua saja yang tinggal. Pak Su Azhar ada urusan luar katanya. Esok baru pulang.

“Nurul tu sekarang buat apa, mak su?”tanya Zarif sambil mengikut Mak Su Zaharah mengangkat pinggan ke dapur.

“Dia baru tamat ijazah. Ini esoknya dia baliklah ke rumah ini ikut pak su kamu tu. Bolehlah kamu kenal dengan dia,” ujar Mak Su Zaharah dan mula hendak membasuh pinggan kotor disingki. Zarif berdiri disebelah sambil berpeluk tubuh.

“Baru tamat ijazah, tak akan dah nak kahwin, mak su? Dia nak ker?” tanya Zarif lagi. Dahinya berkerut seribu. Pelik jugak, penat-penat belajar… balik kampung dah nak kahwin? Hmmm…

“Dia tak kisah. Dia ikut jer apa yang pak su kamu katakan. Lagipun, dia dah dapat kerja dekat Kuala Lumpur tu. Kerja apa yang dia idamkan. Kalau dia kahwin, ada juga orang yang nak tengok-tengokkan dia. Tapi, janji jangan halang dia nak bekerja, itu saja,” Zarif mengangguk faham.

“Habis, kalau kamu yang datang, kamu yang tengok dan kenal dengan si Nurul tu, Fakrul tak kisah ker? Dia yang nak kahwin, jangan nanti dia tak berkenan pulak,”

“Dia tak kisah pun, mak su. Dia suruh saya yang nilai bakal isterinya tu macammana. Kalau saya kata okey, okey jugaklah dekat dia,” terang Zarif, selamber.

“Macam tu pulak? Ish, macam-macamlah budak sekarang ni!” bebel Mak Su Zaharah, sendiri. Zarif hanya tersenyum lucu.

************************
“So, awaklah Zarif?! Abang kepada Fakrul? Awak datang ni sebagai penyiasat jodoh untuk adik awak ‘lah, ya?” sindir Nurul sambil tersenyum sinis tatkala mereka bertemu dibawah sebatang pokok tidak jauh dari rumah Mak Su Zaharah. Zarif turut tersenyum. Wajahnya kelihatan tenang berhadapan dengan Nurul yang baru ditemuinya semalam. Mereka tiada kesempatan untuk berbual sehinggalah kini. Itupun, Nurul yang bersuara dahulu. Kenapa ya?

“Kenapa Fakrul tak datang sendiri? Bukan dia ke yang nak jadi bakal suami saya? Bukannya awak,” tanya Nurul lagi ingin tahu.
Awak kena jaga saya. Saya tiada sesiapa dekat sana selain awak,”

“Ada. Suami awak,Fakrul. Dia yang akan menjaga awak. Bukan saya,”

“Tapi tak salah, kan? Kalau sebagai seorang kawan?” Nurul tersenyum, Zarif juga menyambut dengan senyuman walaupun tawar.

*********************************

Sudah tiga hari Nurul berada di Kuala Lumpur. Lagi seminggu dia akan menjadi isteri kepada Ungku Fakrul bin Ungku Ariffin. Debaran memang sangat terasa. Gembira pun ada, risau pun ada, kadang-kadang macam tiada perasaan pun ada. Itupun apabila melihat Fakrul seperti tidak pedulikan dengan keadaan itu. Dia selalu menghilang. Kadang-kadang balik lewat malam dan kadang-kadang langsung tidak pulang ke rumah. Dia ke mana sebenarnya?

Satu hari, dia terdengar Toh Puan Fatimah memarahi sikap cucunya yang satu itu. Mungkinkah Fakrul dipaksa atau terpaksa menerima perkahwinan ini? Zarif sering saja mengelak apabila ditanya tentang Fakrul. Sikap Fakrul tidak seperti apa yang Zarif katakan sebelum ini. Mungkinkah Fakrul sudah ada teman wanita lain atau mungkinkah dia tidak layak menjadi isteri Fakrul?

“Fakrul, listen to me! Lagi beberapa hari kau akan kahwin. Bila kau nak ubah sikap kau ni? Kau tak kasihan pada Nurul, ker?” tegur Zarif ketika mereka berada di dalam pejabat Fakrul selepas usai mesyuarat syarikat.

“Chill la, bro! Apa yang kau nak risau? Angkat tangan tok kadi, sain surat nikah, selesai! Itu yang Tok Mak nak, kan?”jawab Fakrul, selamber dan ketawa macam orang tiada perasaan bersalah pun.

“Eh, tengkorak kau! …”

“Tengkorak aku jangan mainlah, bro,”

“Ada aku kisah? Kau ni cakap macam orang dah tak ada akal nak guna. Kau ingat Nurul tu tak ada perasaan yang kau nak main-main macam ni?”

“Aku tak pernah paksa dia pun, bro. Dia pun tak kisah. Dia ikut jer apa yang dah ditetapkan untuk dia. So, ikut je, lah!”

“Aku bercakap dengan kau ni kan, macam aku bercakap dengan kayu!”

“Ha, sebut fasal kayu! Jom perkena Nasi Kandar Kayu. Lapar dah ni,”

“Tak nak! Kau pergilah sendiri,”

“Aish, merajuk pulak orang tua ni! Jomlah…. aku dah lama tak dating dengan kau ni,” pujuk Fakrul sambil memeluk bahu Zarif lalu berjalan keluar dari pejabat tersebut. Zarif melangkah dalam paksaan dan sakit hati dengan sikap Fakrul itu. Dalam hati terdetik rasa risau terhadap Nurul. Kalau apa-apa terjadi dalam perkahwinan mereka nanti, dialah yang harus dipersalahkan kerana tidak pernah berterus terang.

*************************

Pagi itu Zarif sibuk menyiapkan kertas-kertas kerja yang bertimbun di atas mejanya. Semuanya projek terbaru syarikat yang diusahakan sendiri oleh Fakrul dan Zarif. Sampai sarapan pun dia tak sempat nak jamah. Fakrul pula pagi-pagi lagi sudah menghilang. Semalam tak pulang ke rumah. Apa nak jadilah dengan kau ni, Fakrul. Majlis nikah tinggal tiga hari saja lagi. Itupun masih nak buat hal. Orang di rumah tu tengah sibuk buat persiapan kahwin. Dia? Hmmm… Kadang-kadang kalau Fakrul tiada dengan pelbagai alasannya, Zariflah yang selalu menolong dan jadi peneman Nurul dalam persiapan kahwin itu. Macam dirinya pula yang akan berkahwin nanti. Dalam hati, dia tidak kisah. Malah, dia berasa bahagia bersama Nurul. Adakah…..? Aaarghhh… jangan mengarut! Zarif menumpukan semula perhatiannya kepada kertas kerja tersebut dan cuba menghilangkan nama Nurul dalam fikirannya ketika itu. Dia sedar. Gadis itu bukan untuknya. Tetapi, Fakrul.

Tiba-tiba…. Nurul datang merempuh masuk ke dalam pejabat Zarif dengan wajah tegang. Setiausaha Zarif cuba menghalang tetapi tidak berjaya. Zarif berdiri dari duduknya dengan perasaan terkejut. Mata mereka bertentangan. Nurul kelihatan sangat marah. Zarif terkelu. Kenapa ni?

“Maaf Encik Zarif, saya dah cuba halang tapi…”terang setiausahanya itu, gugup.

“Tak apa. Awak boleh keluar,”

“Baik, Encik Zarif,” Gadis tinggi lampai itu keluar dan menutup pintu bilik tersebut. Kini hanya tinggal Zarif dan Nurul sahaja. Mata Nurul tidak lepas dari memandang Zarif dengan perasaan marah dan sakit hati bercampur. Matanya nampak berair. Zarif mula rasa risau lalu dia melangkah menghampiri gadis itu perlahan-lahan.

“Nurul? Kenapa ni?” tanya Zarif dengan penuh berhati-hati. Tanpa menunggu dan menjawab soalan lelaki itu, Nurul terus mencampak beberapa keping gambar ke wajah Zarif. Lelaki itu tersentak dan memandang kepingan gambar yang jatuh ke lantai sebelum mengambilnya. Gambar Fakrul berpelukkan dengan seorang gadis seksi. Ada yang tanpa pakaian dan hanya ditutup dengan tuala. Ada juga gambar Fakrul dengan gadis yang berlainan di atas katil. Mana dia dapat semua gambar-gambar ni?

“Nurul….”

“Ssshhh…!” Nurul menghalakan jari telunjuknya ke bibir. Air matanya sudah jatuh membasahi pipi.

“Baik awak diam. Saya tak nak lagi dengar penjelasan apa-apa dari mulut awak. Awak bohong!” Nurul sudah mula melenting kuat dan menangis teresak-esak. Zarif cuba menenangkan Nurul tetapi dia ditolak.

“Nurul, saya….”

“Selama ni awak kata Fakrul baik, bukan kaki perempuan, semua tentang Fakrul tiada apa yang perlu saya risaukan! Tapi, gambar tu, dalam gambar tu apa?!…”Nurul menangis lagi. Zarif cuba menghampiri, tetapi ditolak oleh Nurul. Zarif cuba memujuk, tetapi tidak berhasil.

“Fakrul selalu hilang, balik lewat malam, kadang-kadang tak balik langsung! Awak ingat saya bodoh?! Hah?! Saya bodoh sebab percayakan kata-kata awak. Awak fikir saya tak akan tahu? Saya pernah dengar fasal sikap Fakrul. Tapi, saya halang diri untuk percaya sebab saya percayakan awak! Tapi, awaklah yang menipu. Awak memang penipu!”jerit Nurul sekuat hatinya. Dia terduduk di sofa dan terus menangis teresak-esak. Kali ini, Zarif cuba menghampiri Nurul lagi dan cuba untuk memujuknya. Nurul tidak lagi menolak lelaki itu selain terus menangis. Zarif duduk disebelah Nurul. Dia meraup wajah kesalnya itu. Dia rasa serba salah terhadap Nurul. Tidak sangka perkara seperti ini akan terbongkar juga akhirnya. Zarif memandang Nurul dan memegang tangan gadis itu erat.

“Nurul, saya tahu dalam perkara ini saya yang bersalah. Saya bohong kepada awak dan saya juga sudah berbohong kepada diri saya sendiri. Tapi, saya nak awak tahu yang saya buat semua ini bersebab. Saya juga seperti awak, Nurul. Saya tiada sesiapa dalam dunia ini selain Tok Mak dan Fakrul. Apa lagi yang boleh saya buat selain menggembirakan hati Tok Mak…”

“Dengan menipu saya? Macam tu?”sampuk Nurul. Mereka saling berpandangan.

“Nurul, saya…”

“Sudahlah, Zarif. Awak tak perlu terangkan apa-apa lagi. Saya pernah cakap, tak kira apa pun jawapan yang awak akan berikan pada saya, saya tak akan pernah ubah hati saya. Yang saya perlukan hanya kejujuran. Tapi, awak tak pernah jujur pun pada saya. Awak kata kita kawan dan akan jadi sahabat selamanya. Tapi, awak dah mengkhianati persahabatan kita…” Nurul berdiri dari duduknya. Zarif turut berdiri memandang gadis itu. Rasa sebak dan pilu dihatinya sengaja disembunyikan. Andainya gadis itu tahu perasaannya yang sebenar.

“…. Awak jangan risau. Saya tidak akan berganjak. Majlis itu akan tetap diteruskan. Bukan saja untuk saya, tapi… saya akan bantu usaha awak tu dengan baik. Terima kasih, Zarif. Terima kasih banyak-banyak,” Nurul segera mengatur langkah meninggalkan bilik tersebut. Zarif tidak menghalang. Malah, dia terpaku tanpa kata. Tanpa diduga, air mata lelakinya jatuh ke pipi. Hatinya terasa sakit menahan rasa. Dia tidak akan maafkan dirinya sendiri. Tak akan!

****

“Fakrul, apa semua ni?” Giliran Zarif pula mencampakkan gambar-gambar jijik itu ke meja kerja Fakrul. Lelaki yang sedang sibuk melayan handphone itu tersentak. Dia kaget apabila terpandang kepingan gambar peribadinya bersepah di atas meja kerjanya itu.

“Mana kau dapat semua gambar-gambar ni?” soal Fakrul pula.

“Mana aku dapat bukan soalnya. Semua gambar ni, apa benda ni, Fakrul?…” Zarif mula naik berang. Dia bercekak pinggang dengan wajah yang bengis memandang lelaki dihadapannya itu.

“Kau ni betul-betul mengecewakan aku, tau tak? Aku bela kau dari Tok Mak, cerita yang baik-baik fasal kau dekat Nurul, tapi…sikit pun kau tak ada perasaan nak berubah. Aku ni bukan setakat kawan baik kau tau, aku ni abang kau. Apa-apa jadi pada kau, aku yang tanggung.

Boleh tak kalau kali ini kau kasihanilah aku, kasihanlah dengan Tok Mak, beri sebahagian tanggungjawab kau tu untuk Nurul, bakal isteri kau. Ubahlah cara hidup kau yang sia-sia ni. Boleh tak?”bebel Zarif sepenuh hatinya yang terbuku selama ini. Kali ini dia perlu bersungguh-sungguh basuh kepala otak adik angkatnya itu.

“Kau ni, tak habis-habis Nurul, Nurul, Nurul. Tok Mak pun sebut Nurul, mak su dan pak su pun asyik sebut nama tu. Boleh bernanah tau telinga ni dengar nama yang sama jer. Dia tak sesuai untuk aku. Kalau kau sayangkan sangat dengan Nurul tu, kau sajalah yang kahwin dengan dia,”ujar Fakrul, selamber. Zarif mula naik bengang dengan sikap Fakrul yang satu itu. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia belasah lelaki itu. Nasib baik dia mampu berfikir lagi.

“Kalau aku boleh….”

“Boleh apa? Boleh kahwin dengan Nurul?….”tiba-tiba Fakrul ketawa macam orang gila. Zarif berkerut seribu memandang lelaki itu. Fakrul berjalan menhampiri Zarif dan memeluk bahunya, erat.

“Zarif, Zarif… Aku kenal kau sejak kecil lagi. Selepas mak ayah aku meninggal, kau yang selalu jaga aku, teman aku, jadi kawan baik aku. Kau selalu backup aku kalau Tok Mak marah. Kau sedih, kau gembira, semuanya dekat depan mata aku. Tak akan mungkin aku tak tahu perasaan kau, bro!” Zarif memandang Fakrul dengan penuh tanda tanya. Dia kurang faham dengan maksud yang hendak disampaikan oleh Fakrul itu. Fakrul berpaling membelakangi Zarif.

“Kau tahu kenapa aku selalu pulang lewat dan kadang-kadang tu aku tak pulang ke rumah?” Fakrul memandang Zarif semula dengan senyuman manis. Zarif masih lagi tidak faham.

“Sorry, bro! Aku lupa nak pulangkan notebook kau. Hari tu aku main ambil jer, lupa nak bagitahu kau. Mesti kau tercari-cari,kan?” Fakrul mengambil sebuah notebook yang tersimpan di dalam laci meja kerjanya dan diserahkan kepada Zarif. Zarif semakin pelik. Patutlah dia cari notebooknya tak jumpa-jumpa. Tapi…

“Chill, bro! Majlis itu tetap akan jalan. Kau jangan risau sangat,” Fakrul menepuk-nepuk bahu Zarif sebelum melangkah meninggalkan Zarif di dalam bilik itu sendiri. Zarif masih terpinga-pinga mencari jawapan. Tak mungkin Fakrul dah baca? Zarif memandang ke arah pintu. Fakrul sudah hilang dari pandangan.

****

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Nurul sedang didandan oleh mak andam khas. Fakrul juga sedang bersiap dalam bilik berasingan. Zarif, Toh Puan Fatimah, Mak Su Zaharah dan Pak Su Azhar pula sibuk melayan tetamu yang sudah ramai memenuhi ruang rumah. Sebentar lagi majlis akan bermula. Kelihatan tok kadi sudah berada dihadapan pintu pagar. Toh Puan Fatimah teruja mendapatkan Zarif dengan segera. Dia membisikkan sesuatu. Zarif memandang ke luar dan tersenyum. Lelaki itu terus berjalan meninggalkan ruang itu dan menuju ke tingkat atas.

“Fakrul!Dah siap ke belum?”tanya Zarif sebaik saja membuka pintu bilik Fakrul. Kelihatan kawan Fakrul sedang membantu lelaki itu mengikat sampin.

“Sekejap. Sikit lagi,”

“Cepat. Tok kadi dah sampai,”

“Hah, cepatnya! Aku nak kahwin ke dia yang nak kahwin ni?”

“Jangan nak merepek. Cepat siap. Nanti terus turun,” pesan Zarif sebelum beredar. Dia kemudiannya berjalan ke bilik Nurul pula. Apabila sampai ke muka pintu, dia rasa teragak-agak pula untuk mengetuk pintu. Sejak hari Nurul mengamuk tu, mereka langsung tidak bertegur sapa. Bersua muka pun tidak. Kalau bertembung, Nurul terus mengubah arah ke tempat lain. Tidakkah gadis itu rindu untuk jadi seperti dulu? Masih marahkah dia? Tiba-tiba, pintu bilik itu dibuka dari dalam. Nurul tergamam, begitu juga Zarif. Mereka saling berpandangan tanpa suara. Hati masing-masing saling berdebar. Apakah perasaan itu?

“Nurul!” Zarif dan Nurul terkejut dari lamunan masing-masing. Mereka jadi tidak tentu arah dan menggelabah tanpa sebab.

“Cepat turun. Orang dah tunggu kat bawah tu,”tegur Mak Su Zaharah dari jauh. Nurul terus melangkah pergi meninggalkan Zarif. Zarif memandang dengan perasaan pilu. Hatinya berbisik yang Nurul bukan untuknya. Dia harus sedar.

****

Zarif melangkah lemah menuruni anak tangga. Bagaikan tidak sanggup hendak berada dalam majlis tersebut. Kalau boleh, dia nak lari jauh-jauh. Tapi, apakan daya. Dia terpaksa.

“Hish, apa kena dengan budak ni agaknya! Tok kadi tengah tunggu ni, dia boleh jalan terhegeh-hegeh macam tu,” Zarif terkejut dengan kehadiran Toh Puan Fatimah dihadapannya. Dia memandang ke tingkat atas. Fakrul tak turun lagi ke?

“Kenapa Tok Mak? Fakrul tak siap lagi ker?”tanya Zarif, terpinga-pinga.

“Semua orang dah ada dekat bawah ni. Kamu tu yang jalan macam siput, lambat sangat. Mari!” Toh Puan Fatimah menarik tangan Zarif ke tengah majlis dan menghampiri tok kadi. Zarif masih dalam kebingungan. Di atas pelamin, Nurul duduk bersebelahan dengan seorang gadis lain. Pengapit dia kot. Tapi, kalau pengapit… kenapa pakaiannya macam lebih sudu dari kuah je gayanya. Apa semua ni?

“Chill la, bro! Jom teman aku salam tok kadi,” Fakrul menarik Zarif duduk disebelahnya dan berhadapan dengan tok kadi. Mereka disekeliling kelihatan seperti sedang mentertawakannya. Dia masih bingung. Fakrul mendekati Zarif dan cuba membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu.

“Aku dah ada bakal isteri aku sendiri. Kau tak payah susah-susah sibuk fasal Nurul lagi. Sekejap lagi dia akan jadi isteri kau. Kau tak payahlah tunjuk muka beruk kau tu lagi. Relax okey,” ujar Fakrul sambil tersenyum nakal. Zarif bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Serta merta dia memandang ke arah Nurul. Nurul tersenyum manis. Kini, Zarif semakin yakin yang dia tidak bermimpi. Zarif tersenyum gembira.

Nurul mengalih pandangan ke arah Fakrul. Dia teringat peristiwa semalam. Hanya dia dan Fakrul saja yang tahu. Fakrul memberinya beberapa keping kertas yang telah dicetak untuk gadis tu baca dan tahu isi hati sebenar Zarif terhadapnya. Nurul tidak sangka semua itu akan berlaku.

Fakrul pula telah beritahu semua perkara kepada Toh Puan Fatimah. Fakrul meminta izin untuk berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri. Dia yakin bahawa wanita itu boleh mengubah cara hidupnya seperti yang diharapkan oleh Tok Mak mereka. Diharap hubungan ini akan kekal sampai bila-bila.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.