Cerpen : Secomel Cupcake..

23 June 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Fitri al-Bebiri

‘Aduhai, apalah nasib aku hari ni. kena menghadap cikgu disiplin lagi.’

Rayyana melangkah malas menuju ke bilik cikgu disiplin. Paling dia tidak suka bila namanya yang menduduki tangga teratas yang perlu berhadapan dengan Puan Suzana.

“Ehem, nak kemana tu cik adik?” Tanya Shahril. Dia salah seorang pelajar senior di SMK Seri Alam 2 ini.

“Nak ke bilik disiplin.” Jawab Rayyana perlahan. Muka di tundukkan memandang lantai simen tingkat dua ini.

“Oh. Nak jumpa Cikgu Suzana ke? Nanti kirim salam ye.” Shahril berlalu bersama ledakan ketawa mengejek Rayyana.

Rayyana mula melangkah dengan hati yang rawan. Cikgu Suzana. Sebut nama pun dah takut. Inikan pula kalau nak berdepan dengan dia. Lagilh takut.

“Dik!” Jerit Shahril beberapa langkah jauh dari Rayyana.

Rayyana memandang ke belakang, menoleh melihat Shahril yang sememangnya kacak di antara abang senior yang ada di sekolah waktu ini.

“Jangan takut. Lemak dekat badan awak tu boleh menampung sebatan yang cikgu Suzana bagi tu.”

Dup! Satu tumbukan singgah di jantungnya. Bergegar jantungnya seakan memberi tanda-tanda yang ia akan jatuh menyembah bumi.

“Ya Allah, bantulah hambaMu ini yang di dalam kesusahan.” Doa Rayyana tika berhadapan dengan bilik disiplin yang seharusnya telah di nantikan oleh Cikgu Suzana.

“Ha! Yang kamu tu duk tercegat dekat depan pintu tu dah kenapa? Masuk!” Arah Cikgu Suzana tegas.

Dari raut wajahnya sahaja sudah dapat menggambarkan bagaimana dia menyinga kala berhadapan dengan pelajar yang bermasalah sepertinya.

Aik? Rayyana tergolong dalam pelajar yang bermasalah ke. Apa masalah dia sebenarnya dekat sekolah sehinggakan dia menjadi di antara pelajar yang top sekali masuk ke dalam bilik disiplin ni?

“Duduk!” Arahan dari Cikgu Suzana di patuhi tanpa banyak bantahan.

“Kenapa ni Rayyana?” Tanya Cikgu Suzana tiba-tiba. Hilang ‘taring’ singanya.

“Kenapa apa cikgu?” Soal Rayyana kembali.

“Awak tanya saya kenapa!” ‘Taring’ Cikgu Suzana timbul bila Rayyana buat-buat tak tahu akan maksud yang di soalkan oleh Cikgu Suzana.

Rayyana menundukkan wajahnya. Kakinya bermain di antara satu dengan lain. Kejap kaki di silangkan dan di goyangkan perlahan.

“Awak tahu tak, masuk kali ni dah tiga pelajar sekolah ni masuk wad.” Cikgu Suzana membuka bicara.

“Apa kena mengena dengan saya pulak?” Tanya Rayyana tak faham.

“Astagfirullah, Rayyana Maisarah!” Jerit Cikgu Suzana.

“Saya nak tahu apa yang menyebabkan awak tumbuk abang senior awak tu sampaikan dia terpaksa di masukkan ke dalam wad?” Tanya Cikgu Suzana, suaranya mulai kendur. Dia tahu tak guna nak menghukum Rayyana kerana anak didikannya ini memang tidak makan saman lagi kalau di rotan.

“Bukan salah saya, cikgu. Diaorang tu yang tak sayang mulut cakap saya ni cup cake vanila. Manalah saya tak marah. Dia ingat saya ni bahan gurauan ke apa.”

“Tapi Rayyana, awak tak boleh tumbuk diaorang sampaikan mak ayah diaorang datang sekolah serang kami. Awak tahu tak apa yang awak dah buat ni boleh menyebabkan awak di buang sekolah serta merta?”

“Awak tak sayang ke? Lagi setahun je awak nak SPM. Tak kesian dekat keluarga awak yang siang malam cari rezeki untuk awak belajar sampai berjaya?” Sambung Cikgu Suzana.

“Saya mintak maaflah cikgu. Saya tak sengaja buat macam tu. Saya ingatkan diaorang boleh tahan kalau saya pukul macam tu.” Jelas Rayyana. Pandangannya di lontarkan ke pintu keluar. Di dalam hati dia berdoa agar dia akan berjumpa dengan Shahril, pelajar senior tadi. Nak bagi ‘hadiah’ lah katakan…

“Rayyana, ni amaran terakhir saya untuk awak. Saya tak nak lagi dengar apa-apa komen negatif tentang awak. Tolong ye Rayyana Maisarah.”

Sesi pertemuan di antara Cikgu Suzana dan Rayyana akhirnya berakhir juga. Lega hatinya. Bukan sebab tidak di rotan, tetapi lega kerana sesi penceramahan tadi tidak berlanjutan lama di dalam bilik disiplin.

“Ehem!”

“Ye?” Tanya Rayyana menyampah.

“Cari apa tu?” Tanya Shahril.

“Saya cari buku macam mana nak belajar tinju. Awak rasa ada tak kat perpustakaan ni?” Soal Rayyana sengaja. Dia hanya menunggu masa dan peluang untuk memutar kepala Shahril. Tiga diantara ahli kumpulannya sudah masuk hospital secara tak rasminya, ketuanya pula akan menyusul. Getus geram.

“Oh, nak belajar tinju? Tak pe-tak pe. Tak payah buku, saya boleh ajarkan kalau awak nak.” Tawaran Shahril berupa perangkap untuk Rayyana.

“Iye? Lah, kenapa tak cakap awal-awal yang awak ni pandai bertinju.”

“Kalau awak ni pandai bertinju, kenapa tak ajar budak-budak awak tu? Ops, sampai masuk wad kan? Hahaha.”

Rayyana meninggalkan Shahril yang terkontang-kanting di gelakkan oleh ‘Cik CupCake’ sendirian di perpustakaan yang ketika ini belum ramai lagi yang masuk ke sini.

Rayyana meninggalkan perkarang perpustakaan dengan hati yang walang. Bosan bila sering di kacau oleh ahli kumpulan ‘Mr.Loba-loba’. Entah dari mana dapat nama tu, usah di tanya kerana tak da mood nak cerita.

Rayyana menaiki tangga hingga ke tingkat atas sekali. Dia duduk di tangga sendirian. Tidak mahu sesiapa mengganggu. Makan pun dia tak ada selera lagi. Biarlah.

Masa berlalu begitu pantas sampaikan dia tak sedar masa di sekolah hari ini berlalu meninggalkan sisa kenangan yang membosankan. Setahun ni je aku perlau mengahadap mereka. Sabar ye.

Malam yang suram. Sesuram jiwanya yang tidak tenang. Kedua ibu bapanya belum pulang dari menoreh getah dan bekerja di sebuah warung di hujung kampung. Ini bukan pertama kali dalam hidupnya di biarkan oleh ibu bapanya sendirian di rumah. Sudah acap kali dan dia sudah lali.

Rayyana membaringkan tubuhnya yang sedikit kepenatan. Kerja sekolah yang cikgu berikan sudah di siapkan terlebih dahulu sebelum dia membuat kerja-kerja rumah. Kini hanya perlu menunggu ibu bapanya pulang untuk makan malam.

Lama menunggu akhirnya dia terlena juga. Dalam lenanya dia bermimpi. Mimpi yang sudah pastinya hanya mainan tidur. Azan subuh mengejutkannya dari terus di buai mimpi yang tak sudah.

Hari ini dia agak terlewat sampai ke sekolah. Lonceng sudah pun berbunyi dan semua pelajar membuat barisan di dewan terbuka.

“Pak Mat!” Jerit Rayyana dari luar pintu pagar yang sudah pun di mangga.

“Pak Mat, bukaklah pintu. Saya nak masuk ni.” Rayu Rayyana. Namun rayuannya hanya sia-sia sebab Pak Mat belum lagi masuk ke bilik pengawal saat ini. Pak Mat sedang meninjau ke seluruh tingakat agar tiada pelajar yang ponteng dari berbaris di dewan terbuka.

“Tak sangka pulak yang ‘cup cake vanilla’ hari ni lambat datang.” Suara yang biasa di dengar dan tahu siapa pemiliknya.

“Apa masalah awak ni ‘Mr. Loba-loba’?” soal Rayyana pulak.

“Tak de masalah pun. Saja je saya nak menegur awak ‘cup cake vanilla’.”

“Pak Mat! Bukak pintu ni cepat!” Pinta Rayyana bila dia dapat mengesan kelibat Pak Mat sudah kelihatan di sebalik pokok bunga sebelah tangga. Mungkin dah habis meronda lah tu.

“Ish ‘cup cake vanilla’ ni, suka menjerit ea.” Shahril sengaja mencari masalah. Namun tidak di layan oleh Rayyana.

“Kamu berdua ni, kenapa lambat?” Soal Pak Mat yang terkumat-kamit membuka mangga pintu pagar sekolah.

“Biasalah Pak Mat, bas lambat.” Jawab Rayyana.

“Mana tak lambat Pak Mat, semua bas takk mampu nak menampung badan dia yang gemuk ni bawak ke solah. Sebab tu lah lambat. Hahah.” Sekali lagi dia mencari pasal dengan gadis ini. Pak Mat juga turut ketawa tapi sekejap cuma.

“Habis tu, yang kau pulak kenapa lambat datang sekolah?” Serius Pak Mat tanya Shahril pula.

“Er..”

“Okey Pak Mat terima kasih.” Rayyana mengucapkan terima kasih kepada Pak Mat kerana membuka pintu pagar untuk dia masuk.

“Hei, kamu! Tunggu. Amboi laju je kau lari ye. Dah jangan nak mengelak. Kamu berdua masuk pejabat.”

“Alah Pak Mat, ni baru pertama kali saya lambat lah. Tolonglah.”

“Tak de-tak de. Undang-undang tetap undang-undang.”

Dengan wajah yang bosan, mereka berdua masuk ke dalam bilik pejabat. Berhadapan dengan cikgu disiplin. Tak lain tak bukan. Puan Suzana lah.

“Ni semua kau punya pasal.” Marah Shahril.

“Asal pulak aku punya pasal? Kita tak de kena mengena okey.” Bantah Rayyana tak puas hati.

“Kau buatlah sorang benda ni. Tak kuasa aku nak buat.” Betah Shahril.

“Suka hati kaulah.” Balas Rayyana. Malas hendak begaduh waktu-waktu begini. Penat. Dah lah kena denda, lepas tu nak gaduh? Memang tak lah loba..

Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke kantin.

Dalam diam-diam, masih ada insan yang tidak keluar rehat dan menyelinap masuk ke bilik darjah tingkatan 5 Sains Tulen.

Empat orang pelajar perempuan itu merancanakan sesuatu. Dua di antara mereka berjaga di luar, dan dua orang lagi melakukan kerjanya di dalam kelas.

“Kau pasti ke ni tempat dia?” Tanya salah seorang yang berada di dalam.

“Aku tahulah. Tengok ni buku ni nama sapa? Shahril Fayyad kan?”

“Okey, bagus. Cepat masukkan benda tu dalam beg dia. Cepat nanti masa rehat nak habis.”

Bergegas mereka meletakkan benda tu ke dalam beg Shahril. Kemudian, tanpa menunggu lama dia terus keluar dari kelas tingkatan 5 Sains Tulen itu.

Rayyana yang melihat kejadian itu dari tingkat dua arah bertentangan bersembunyi di sebalik dinding menyembunyikan diri.

Apabila dia melihat pelajar perempuan tadi semuanya sudah pergi meninggalkan kelas itu, Rayyana sepantas kilat meluru masuk ke dalam kelas 5 Sains Tulen itu dan menuju ke tempat duduk Shahril.

Rayyana melihat di bawah meja Shahril tapi tiada apa yang mencurigakan. Lalu, dia membuka beg sekolah Shahril dan dia mendapati sekotak rokok jenama Winston Light yang masih belum di buka berada di dalam beg Shahril.

“Rayyana Maisarah!” Jerit Cikgu Suzana. Shahril di sebelahnya terkejut tidak terkata. Segala yang berlaku sepantas kilat. Rayyana di bawakan ke pejabat untuk di selidik.

“Saya minta maaf Rayyana, saya terpaksa buang awak dari sekolah ni.” Keputusan dari pengetua sekolah sudah pun di buat. Apalah kudratnya untuk membantah.

Menangis pun dah tak guna. Segala penjelasannya sudah tidak berguna lagi. Kenapa aku pergi ke kelas dia tadi. Padan muka aku, konon nak jadi heroin. Tengok sekarang apa dah jadi.

Sewaktu di luar pejabat, Cikgu Suzana sempat lagi memanggil Rayyana, katanya lepas habis waktu sekolah dia ingin bertemu Rayyana sekeluarga di rumahnya nanti. Tunggu jelah amukan dari ibu bapanya bila dia memberitahu segalanya.

Dua tahun berlalu…

KEDAI CUP CAKE VANILLA

Hampir seratus jenis cup cake sudah siap di deko. Pelbagai aneka pilihan jenis cup cake yang comel dan cantik telah di siapkan oleh Rayyana.

“Assalamualaikum Rayyana.” Sapa Cikgu Suzana di hujung panggilan sana.

“Wa’alaikumsalam, cikgu. Cikgu apa khabar? Sihat?” tanya Rayyana setelah panggilan yang berdering sebentar tadi di jawabnya.

“Alhamdulillah, saya sihat.” Kedengaran suara kegembiraan di hujung talian. Pasti ada yang menghiburkan hati bekas gurunya itu.

“Rayyana, esok malam awak boleh datang ke rumah saya tak?” pinta Cikgu Suzana.

Itu bukan kali pertama dia bertandang ke rumah mantan gurunya itu setelah kedua orang tuanya pergi menghadap Ilahi saat dia sedang berhadapan peperiksaan semester akhir di sebuah kolej swasta atas ihsan Cikgu Suzana dan anak perempuannya yang mengambil dirinya sebagai anak angkat.

“Insya Allah cikgu, saya datang nanti.”

“Cikgu nak saya bawak apa-apa tak?” tanya Rayyana.

“Erm, nanti saya mesej awak kalau saya perlukan apa-apa. Tapi jangan lupa ye esok malam datang rumah saya. Ada hal saya nak bincang sikit.”

Perbualan di antara mantan pelajar dan guru berakhir. Rayyana memandang cup cake vanilla yang sedang di bakar di dalam ketuhar. Dua pekerjanya lagi sedang mendeko kek hari jadi.

Hari yang di nantikan kian tiba. Entah kenapa petang itu hatinya menjadi tiga kali ganda berdegup kencang.

Namun, dia tidak mengendahkan apa-apa pun. Kereta Proton Preve putih di pandu sederhana sebelum sampai ke perkarangan rumah mantan gurunya. Pelik, sebiji kereta Honda Civic kelabu terparkir di hadapan rumah Cikgu Suzana.

Setahu Rayyana, keluarga angkatnya tak ada pun yang menggunakan kereta tu. Mungkin ada tetamu khas kut yang datang. Mungkin sebab itu Cikgu Suzana memintanya membawa seberapa banyak vanilla cup cake yang di buat oleh Rayyana.

“Assalamualaikum.” Rayyana memberi salam di hadapan pintu masuk. Dia tidak terus meluru masuk ke dalam rumah.

“Wa’alaikumsalam. Rayyana, masuklah.” Pelawa Cikgu Suzana yang menjemputrnya di hadapan pintu.

Sekotak cup cake yang di bawa tadi masih lagi di genggaman Rayyana. Belum bertukar tangan.

Rayyana di bawa ke ruang tamu. Kelihatan beberapa orang tamu sudah menunggunya dari tadi. Tapi untuk apa?

“Rayyana, awak kenal saya tak?” Tanya salah seorang di antara mereka yang masih ralit memandang dirinya.

“Cup cake vanilla, awak masaih sama macam dulu.” Sejurus nama cup cake vanilla di panggil, jantungnya seakan ingin jatuh menghadap lantai. Mr.Loba-loba?

“Mr. Loba-loba?” Giliran Rayyana pula mengingati lelaki yang menegurnya sebentar tadi.

“Awak tak ada bezakan, sama macam dulu.” Katanya lagi. wajahnya ada sedikit kumis nipis. Terserlah ketampanannya dan kematangannya.

“Awak pun. Masih ‘cup cake vanilla’ macam zaman sekolah. Hahah.”

“Rayyana, saya jumpa awak ni sebab saya nak minta maaf dekat awak.” Tiba-tiba salah seorang perempuan yang menjadi tamu di rumah Cikgu Suzan itu berkata. Seraya dengan itu, Rayyana mengalih pandanganny melihat perempuan itu dengan wajah seribu satu persoalan di hati.

“Saya yang menjadi penyebab awak kena buang sekolah dua tahun lepas. Saya minta maaf.” Asmira mendapatkan Rayyana yang duduk bersebelahan dengan Cikgu Suzana.

“Apa maksud awak?” Dia tahu, pastinya tentang rokok yang di jumpainya di dalam beg sekolah Shahril pastinya.

“Sebenarnya, saya yang masukkan rokok tu dalam beg Shahril. Saya yang sengaja buat macam tu sebab saya tahu, waktu rehat hari tu cikgu akan buat pemeriksaan terhadap pelajar.

Hari tu saya kantoi bawak rokok ke sekolah. Oleh kerana saya fikir, geng kumpulan Mr.Loba-loba dah hampir berpecah sebab awak saya jadi saya fikir dah alang-alang saya nak tendang Shahril ni.

Tapi saya silap. Bila awak pula yang kantoi. Semua anggap awak yang nak buat dajjal terhadap Shahril sebab awak marahkan dia. Sejak hari tu saya tak tenang hidup. Hidup saya di buru rasa bersalah sebab awak di buang dari sekolah.

Saya cari awak dekat rumah. Tapi rumah awak kosong. Mak ayah awak pun tak ada. Saya tanya penghulu, dia kata awak dengan keluarga awak dah berpindah.”

“Sampai ke hari ini saya cari awak. Sebab nak mintak maaf dekat awak. Saya dapat tahu awak masih berhubung dengan Cikgu Suzana. Jadi saya pun cari cikgu. Pada mulanya cikgu tak nak bagitahu tentang awak.

Saya tak ada pilihan lain selain mencari balik Shahril dan saksi utama yang nampak awak tak bersalah.” Cerita Asmira terhenti. Airmatanya deras jatuh membasahi pipi. Kekesalan yang tiada penghujungnya.

“Saya terpaksa mendesak Cikgu Suzana untuk memberitahu saya di mana awak. Ada juga kami pergi kedai kek awak. Tapi pekerja awak cakap awak tak ada.

Saya kesian dengan As, dia nak sanagt jumpa dengan awak. Nak minta maaf dengan awak. Begitu juga dengan saya. Saya tahu saya pun dah banyak menyakitkan awak dulu. Saya minta maaf Rayyana.” Jelas Shahril pula.

“Tak pelah. Perkara dah jadikan. Anggap je apa yang jadi semuanya telah tertulis dan ada hikmahnya.” Pendek. Dia tidak mampu untuk berkata apa melainkan memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi. kebenaran datang juga walaupun, ia tidak mampu mengembalikannya ke zaman persekolahan seperti dulu.

“Tapi, boleh saya tahu siapa saksi utama tu?” tanya Rayyana.

“Fakhrul Razi.” Cikgu Suzana yang sedari tadi hanya mendiamkan diri berkata. Semua mata memandang ke arah Cikgu Suzana.

“Fakhrul Razi?” Soal Rayyana minta penjelasan lebih.

“Kalau awak nak tahu, Fakhrul Razi tu cucu Cikgu Suzana.” Jelas Shahril. Tepat memandang wajah tenang Cikgu Suzana mereka.

“Saya tak faham cikgu. Sebenarnya macam mana ceritanya.” Jelas kekeliruan yang bermain di wajah Rayyana saat ini.

“Fakhrul Razi waktu tu nak pergi ke bilik air. Kebetulan dia nampak Rayyana bersembunyi di sebalik dinding tingkat dua. Arwah tidka jauh dari Rayyana, cumanya kamu je yang tidak perasan dia ada di belakang kamu beberapa meter sahaja.” Cikgu Suzana berhenti bercerita sekejap. Mengimbas kembali bagaimana dairi milik arwah cucunya di baca.

Kebenaran yang sukar untuk di terima. Hari itu arwah juga ada bersama dengan Cikgu Suzana di sebalik kerumunan pelajar tingkatan 5 Sains Tulen. Dia tidak mampu berkata apa waktu itu. Yang dia tahu, belum sempat semuanya terbongkar Asmira dan gengnya jumpa arwah di bangunan belakang.

Mengugutnya jika dia membongkarkan semuanya dekat cikgu, nasib dia akan sama dengan nsib Rayyana.

“Tapi, macam mana awak tahu yang cucu Cikgu Suzana yang nampak semuanya?” Tanya Rayyana makin keliru.

“Geng kami bukan berempat sahaja. Tetapi ramai. Cumanya, kami akan berjumpa bila perlu sahaja. Sebab itu saya tahu, Fakhrul adalah saksi utama kerja gila kami hari tu.” Jelas Asmira. Dia kesal dengan perbuatanya. Dan telah menerima hukuman yang setimpal bila segalanya terbongkar dua tahun yang lalu setelah kematian Fakhrul Razi kerana menghidap semput.

“Saya tak tahu pula ada insan lain di sebalik kejadian ni yang telah menghadap Ialhi terlebih dahulu.”

“Rayyana, saya harap awak dapat maafkan saya.” Pinta Asmira. Jelas di wajahnya kekesalan atas perbuatannya dahulu.

“Saya dah maafkan awk, As.” Jelas Rayyana.

“Saya pun minta maaf dekat awak, cup cake vanilla. Saya harap awak sudi maafkan saya dan kawan-kawan saya yang lain. Yang pernah kacau awak dulu.” Shahril tersenyum melihat Rayyana sudah memaafkan dirinya dan yang lain.

Satu permulaan yang baru dalam hidup Rayyana Maisarah, bila segalanya terbongkar dengan masa yang lama.

Walaupun agak terkilan kerana kehilangan kedua ibu bapanya dalam membina kehidupan baru di tempat yang asing dalam hidupnya, namun syukur alhamdulillah. Segalanya kini kembali sedia kala.

10 bulan selepas itu, kejayaan Asmira yang sewaktu zaman sekolahnya jahat seperti seorang penjenayah yang cekap kini di terima bekerja di sebuah agensi penyiasatan NSS, di tanah air.

Begitu juga dengan Cikgu Suzana dan anaknya yang telah kehilangan Fakhrul Razi kini bekal mendapat pengganti bila di sahkan Rayyana Maisarah mengandung dua minggu. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

Tidak kurang juga dengan ketua kumpulan Mr. Loba-loba, Shahril Fayyad yang akan menjadi seorang bapa dalam tempoh kurang sembilan bulan dari sekarang. Ops! Siapa isterinya? Biarlah rahsiah.. Hahaha..

“Kalau kita dapat anak perempuan saya nak namakan anak kita Nurul Rayyana Auliya. Kalau dapat anak lelaki saya nak letak nama anak kita Muhammad Rayyan al-Fayyad. Okey tak sayang?” Rayyana melentuk manja di bahu suaminya.

Ketika itu mereka duduk berehat di sebuah taman tasek Tun Jeane Abdullah, di Bandar Seri Alam.

“Amboi sayang. Semuanya dia yang nak letak nama ye. Kalau abanglahkan, abang nak letak nama anak kita Muhammad Rayyan Mukhlis dan Nurul Rayyana Umairah.” Betah suaminya pulak.

“Sedap jugak nama tu.” Rayyana memandang kasih terhadap suaminya. Tidak di sangka, segalanya menjadi indah setelah pelbagai perkara terjadi dalam hidupnya. Indahkan perjalanan yang telah di rencanakan dan di susun rapi oleh Allah? Alhamdulillah..

“Sayang, tak kisahlah kita dapat anak lelaki atau perempuan. Yang pentingnya baby kita sihat dan sayang selamat melahirkan, abang dah bersyukur.”

“Insya Allah abang. Rayyana pun doakan yang sama. Terima kasih abang sebab terima kekurangan Rayyana untuk menjadi isteri abang.”

“Sama-sama sayang. Abang pun nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sayang juga sudi terima abang, Mr. Loba-loba ni. sedangkan abang banyak sakitkan hati sayang dulu. Sekarang ‘miss cup cake vanilla’ ni jadi isteri abang rupanya. Heheh.”

Mereka berdua tenggelam bersama keindahan di hadapan mata. Kehijauan pokok yang menjadi latar belakang tasek mendamaikan suasana.

Alhamdulillah, segala yang berlaku adakalanya menggoncang keimanan dalam menghadapi kesusahan kelmarin. Dan kerana hari kelmarin jugalah terciptanya satu keindahan yang memenuhi ruangan memori hari ini dalam menghadapi hari esok yang masih samar jalan ceritanya…


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.