Cerpen : Seindah Takdir

27 January 2014  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : Cahaya Najihah

Terukir senyuman ikhlas di bibir Humairah yang lesu. Dia tahu saat bahagianya bersama insan yang akan membimbingnya ke Syurga ALLAH akan menjelang tak lama lagi. Dia bersyukur namun mungkin saat ‘itu’ juga semakin memanggilnya. ‘Ya ALLAH, kuatkan aku untuk meniti takdirMu.’ Humairah menyeka airmatanya perlahan . Dia terus mengadu kepada Pencipta hatinya. Sejadah berwarna biru campur putih menjadi lapik untuknya solat subuh tadi menjadi tempat untuknya bersujud seketika kepada ALLAH Yang Esa.

Selepas tenang berdating dengan ALLAH, Humairah baring di atas katilnya. Mengenang nasibnya yang diuji dengan begitu banyak ujian dari ALLAH. Semuanya di ambil positif , ujian tanda ALLAH sayang. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Sedang asyik mengelamun , telefon di atas meja bersebelahan katil Humairah berdering menandakan satu mesej masuk.

Assalamualaikum Humairah, maaf kalau Habib mengganggu Maira pagi-pagi ni. Habib cuma nak ingatkan Maira jangan lupa pergi check up. Hari ni kan Maira ada ‘dating’ dengan Doktor Sofia. Jangan ponteng tau! Ajak Hawa temankan Maira nanti ye.

” Ya ALLAH! Macam mana boleh lupa ni? ” Humairah melihat kalender di dinding biliknya. ” 3 September 2013! Arghh,malasnya nak pergi! ” Mulutnya yang nipis itu dimuncungkan.

Sekali lagi mesej dari Habib dibaca. ‘Jangan ponteng tau! ‘ Nak tak nak terpaksalah pergi. Ini semua antara usaha untuk masa hadapan. ” Semangat Zulaikha Humairah! Semangat Lillahi Ta’ala! ” Lantas bibirnya mengukir senyuman. Hospital, Humairah nak datang ni.

**********************************************************************
” Macam mana jumpa Doktor Sofia tadi? ” Soalan pertama diajukan oleh Habib kepada Humairah.

” Erm…okey je. Doktor Sofia cakap Maira okey je. Macam biasa je. ” Tutur Humairah kemudian menghirup jus tembikai dihadapannya.

Hawa yang duduk disebelah Humairah menggeleng ke arah abangnya. Pandai pula si Humairah membuat lagak selamba walaupun sebenarnya apa yang dikatakan sebentar tadi hanya ‘dongeng’ semata-mata.

” Tak ada maknanya okey,bang. Abang tahu tak buah hati pengarang jantung abang ni tak…..” Pantas mulut Hawa ditutup oleh Humairah. Tak sempat Hawa membuktikan kebenaran. Cekap betul Humairah ni.

” Err.. tak ada apalah. Merepek je Hawa ni. Maira o…okey, tak..tak ada apa pun ” Kan dah gagap. Siapa suruh menipu. Tangan Humairah masih di mulut Hawa. ‘Adoi, Hawa ni pun,janganlah bagi tahu’. Bisik hati Humairah. Risau rahsia terbongkar. Nanti comfirm dapat ceramah free.

” Ehem..ni ada sorok apa-apa ke dari Habib? ” Perlahan Habib bersuara. Otaknya ligat memikirkan perkara yang cuba disorokkan oleh dua insan di hadapannya.

” Huh…apa kau ni Maira. Main tutup-tutup mulut orang pula. Tak acilah macam ni. Ala kau ni bagi tahu ajelah. Sekurang-kurangnya kau dapat ceramah free. Bukan senang nak dapat ceramah free sekarang ni. Untung tahu tak kalau dapat.” Laju Hawa menuturkan ayat setelah hampir beberapa saat mulutnya di tutup. Itu baru beberapa saat, kalau berminit-minit atau berjam-jam ? Mahu 7 hari 7 malam tak habis dia bercakap. Itulah Hawa Hanim, adik bongsu kepada Habib Naufal.

” Bagi tahu apa ni? Hawa? Cuba cerita pada abang. Maira…Maira sorok apa dari Habib ni? ” Habib mula menunjukkan muka gelisah.

Belum sempat Humairah bersuara Hawa terlebih dahulu menjelaskan perkara yang berlaku. ” Zulaikha Humairah ni tak makan ubat yang wajib dia makan. Check up bulan lepas pun dia tak pergi. Dia cakap kat kita dia pergi kan? Tapi ke langit semua tu. Tak adanya dia pergi. Lagi satu doktor kata dia tak jaga makan minum dia. ” Satu persatu Hawa menerangkan apa yang terjadi di hospital tadi. Tapi, dalam ayat-ayatnya sebentar tadi ada hati yang terguris dan ada hati yang rasa sebersalah.

Habib menoleh ke arah luar tingkap Kafe Flora. Mukanya bertukar masam. “Habib..” Perlahan Humairah memanggil namun Habib tidak beralih muka ke arahnya.

” Habib, maafkan saya. Saya tahu salah saya tak dengar cakap. Maafkan saya. Saya janji lepas ni saya tak buat lagi macam ni. ” Rasa bersalah menyelinap ke dalam diri Humairah. Ye, memang benar salahnya kerana mengabaikan janjinya dengan Habib.

Hawa hanya terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Mulalah dia menyumpah-nyumpah dirinya sendiri dalam hati. Tahu pun salahnya kerana cakap main sedap mulutnya yang comel tu saja. Tapi ada baiknya, kalau tidak sampai bila pun Habib tak tahu perkara sebenar.

” Susah sangat ke nak makan ubat? Susah ke nak pergi hospital buat check up? Maira tak sayang diri sendiri ke? Tak sayang hubungan kita lepas dah nikah nanti? ” Habib memandang tepat ke wajah Humairah. Berharap bakal isterinya memahami isi luahan hatinya.

Humairah tertunduk. Hawa disebelahnya memegang erat jari-jemari runcing Humairah. ” Maira minta maaf..” Hanya itu yang mampu Humairah katakan. Dia tak mampu untuk menatap wajah Habib.

Suasa di dalam Kafe Flora itu sunyi seketika. Pelanggan juga semakin berkurangan. Tiada yang ingin bersuara dan masing-masing hanya berkata-kata dalam hati. Mata Habib tertancap pada pipi Humairah yang mula basah dengan airmata.

” Humairah,sudahlah. Jangan menangis,tak elok orang tengok. Habib faham keadaan Maira. Bukan mudah nak lalui semua ni. Habib cuma minta Maira berusaha dan bertahan selagi mampu,okey? ” Lembut sahaja lunak suara Habib memujuk Humairah. Antara sifat Habib, tak sanggup melihat orang yang dia sayang menangis, pasti dia sendiri yang memujuk agar keadaan kembali tenang.

Humairah memberi segaris senyuman kepada Habib. Tersentuh hati wanitanya mendengar kata-kata Habib. ‘Ya ALLAH, satukan hati ku dan hatinya dalam lindungan kasihMu.’ Kata hati Humairah berbisik. Sisa airmata yang masih tersisa di tubir mata diseka perlahan.

” Okey jom balik. Dah lewat petang ni. Esok jangan lupa datang butik.” Semangat Hawa bersuara apabila merasakan keadaan sudah kembali normal.

” Chup..chup.. pergi butik nak buat apa? ” Tanya Habib kehairanan.

” Ya ALLAH, Habib Naufal yang disayangi lagi dihormati, bukankah cik abang yang nak sangat try pakai baju nikah nanti? ” Geram pula hati Hawa mendengar pertanyaan abangnya itu. Hari tu dia yang tak sabar sangat nak test baju nikahnya dengan Humairah. Sah nyanyok Si Habib seorang ni.

Habib tersengih seperti kerang busuk plus masam lagaknya. ” Eh, abang tahu ajelah. Saja nak test adik abang ni cekap ke tidak handle kerja di butik tu. ” Pandai pula Habib cover line. Humairah hanya tergelak kecil melihat gelagat dua beradik yang amat disayanginya.

” Sudah,sudah. Dah lupa tu mengaku ajelah. Jom balik Maira. ” Sempat Hawa menjelir lidah ke arah abangnya sebelum menuju ke kereta mewah Forte miliknya.

” Maira balik dulu ye Habib. ” Jelas keayuan yang dimiliki Humairah. Untung Habib dapat memiliki bakal isteri yang solehah seperti Humairah. Perfect dari segi menutup aurat,adab,sikap dan yang seangkatan dengannya.

Kereta Forte milik Hawa meluncur laju diatas jalan raya menuju ke apartment tempat Humairah dan Hawa tinggal.

**************************************

” Subhanallah, Maira ! Cantiknya kau ! ” Terbeliak biji mata Hawa melihat Humairah yang baru keluar dari bilik persalinan dengan memakai lengkap baju untuk bernikah nanti.

Habib pantas berpaling ke arah bakal isterinya. Terukir senyuman ikhlas di bibirnya. Bagai bidadari dihadapannya membuatnya terasa di awang-awangan.

” Uit cik abang, amboi…pandang sampai tak berkelip mata ! ” Usik Hawa. Tergelak kecik Hawa melihat abangnya yang seperti baru melihat puteri dari kayangan yang indah di hadapan mata. ” Cantik kan? Tengok la siapa yang designkan. ” Tambah Hawa seraya melangkah ke arah Humairah. Membetulkan apa yang patut.

” Ehem..ehem.. puji diri sendiri nampak. ” Usik Habib yang baru tersedar dari ‘ mimpi indah ‘ sebentar tadi. Cuba control macho. Padahal malu sebab kantoi tenung anak dara orang. Belum pegang tangan tok kadi lagi , jangan nak over sangat.

” Ish, mana ada abang ni, betul lah cantik bila Cik Humairah seorang ni pakai baju khas yang adik design untuk dia. ” Hawa pergi pula ke arah abangnya. Membetulkan songkok berwarna hitam yang sudah terletak di atas kepala Habib. Segak dan tampan Habib mengenakan baju Melayu putih lengkap bersama sampin.

” Mestilah cantik, kau yang buat baju ni untuk aku. Hasil tangan kau kan semuanya awesome ! By the way, thanks Hawa. ” Pujian ikhlas diberikan kepada Hawa. Humairah sendiri puas melihat dirinya di cermin. Terdetik di hatinya tidak sabar untuk meniti saat ijab kabul kelak. Baju kurung berwarna putih berbunga kecil disertakan dengan tudung dan diserikan dengan sedikit manik-manik dan labuci mencantikkan lagi baju itu. Ringkas tapi menawan bila dilihat. Tidak perlulah berlebihan.

Perlahan Habib mengatur langkah menuju pelamin hiasan yang terdapat di dalam Butik Nada Hati milik Hawa dan Humairah. Lagak seperti sedang bersanding. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir sejak tadi, memang nampak sangat Habib tidak sabar untuk bernikah dengan Humairah.

” Hamboi cik abang oii..sengih je dari tadi. Tahu la manis senyuman tu. Kalau semut datang pun dia buat u turn tahu tak? Takut nanti dapat penyakit angau macam abang.” Senang hati Hawa melihat abangnya. Silih berganti matanya melihat Humairah dan Habib. Sepadan ! Bagai pinang dibelah dua.

” Alah adik ni, kacau line lah. Senyum pun susah. Nanti abang menangis nanti susah pula Cik Maira kite tu nak pujuk. ”

Lantas bantal yang berada di atas sofa dibaling ke arah Habib. ” Mengada lah abang ni. Makin nak bernikah, makin gedik! ” Mengaduh sakit Habib apabila bantal berbentuk hati tersebut tepat terkena mukanya. Hawa menjelir lidah sepanjang yang boleh. Mengada sangat, baru bantal, nanti baling lori treler baru tahu nak mengaduh sakit.

Habib tersenyum memandang Humairah. Wahh! Merah pipi Humairah. Suka lah Habib bila berjaya mengusik Humairah. Wanita ayu plus anggun, sangat menggetar naluri seorang lelaki. Sesekali terdengar Humairah batuk. Hati Habib meruntun saat cuping telinganya menerima bunyi batuk dari Humairah.

Mereka berborak dan bergurau sesama sendiri. Menghabiskan masa mereka bertiga. Ukhwah yang tidak pernah putus untuk selama-lamanya.

*******************************************************

Meja berbentuk segi empat tepat di tengah-tengah ruang makan banglo mewah milik Datin Aisyah dipenuhi dengan pelbagai jenis lauk-pauk. Aromanya juga menusuk ke hidung. Perut Habib yang mula membuat konsert rock Awie membuatkan dia tidak sabar untuk makan. Tangan di halakan ke mangkuk yang berisi masak lemak tempoyak ikan patin. Makanan kegemarannya.

” Ouch! ” Tangan Habib diketuk dengan sudu oleh Datin Aisyah.

” Apa mama ni, Bib laparlah. Nak makan pun tak kasi. ” Keluh Habib manja. Anak mak lah katakan. Sejak arwah ayahnya pergi menghadap Ilahi 3 tahun lepas, hubungannya dengan Datin Sofia semakin erat.

” Mama tahulah lapar. Cuba beradab sikit. Baca doa dulu. Tunjuklah sikit ciri-ciri bakal suami mithali pada Maira ni. Tetamu ni kan. Hormat sikit, dahulukan tetamu. ” Datin Aisyah, seorang ibu yang mementingkan adab dan sikap.

” Entah abang ni, janganlah kalut sangat. Bukan nak lari pun ikan patin abang tu. ” Sampuk Hawa. Humairah hanya tersenyum lesu. Kedengaran bunyi batuk keluar dari mulut Humairah.

” Tak apa lah mama, jom lah kita makan. Kesian Habib nanti dia takut masak lemak tempoyak ikan patin dia tu lari. ” Humairah berselorah. Datin Aisyah mengiakan kata-kata Humairah.

Humairah sudah biasa dengan keadaan di dalam rumah mewah milik Datin Aisyah. Dia juga diminta agar memanggil Datin Aisyah dengan panggilan mama walaupun belum sah bergelar isteri Habib.

” Ooo.. dah pandai perli bakal suami sekarang ni. ” Habib ketawa kecil melihat Humairah tersipu-sipu malu di hadapannya.” Yelah, cepat tadah tangan. Lapar sangat dah ni.”

Habib memimpin bacaan doa makan. Humairah senang hati mengenali keluarga Datin Aisyah yang menyayanginya dan sanggup menerimanya yang hanya seorang anak yatim piatu. Semoga kasih mereka kekal hingga ke Syurga Ilahi.

**********************************************

” Tak sangka lagi seminggu lagi majlis pernikahan kita akan berlangsung. ” Habib memulakan bicara setelah dia dan Humairah berjaya mendapat tempat duduk di Taman Tasik Taiping yang di penuhi dengan orang ramai. Hawa yang tadi ada bersama mereka pergi membeli aiskrim tidak jauh dari tempat mereka duduk.

” Alhamdulillah, semoga ALLAH permudahkan majlid ijab kabul kita nanti. Semua dah settle. Tunggu Habib sarungkan cincin di jari manis Maira je lagi. ” Humairah tersenyum bahagia. Dia melihat Habib yang duduk disebelahnya. Masih ada jarak antara mereka. Muat lagi kalau Hawa nak duduk di tengah-tengah antara mereka berdua.

” Habib tak sabar nak jadi suami Maira yang sah. Habib janji akan pimpin Maira dan InsyaAllah akan pimpin anak-anak kita ke Syurga ALLAH. ” Habib juga mengukir senyuman bahagia. Mula lah berangan macam-macam.

” Ish Habib ni. Jauhnya berangan sampai dapat anak-anak.” Malu Humairah dibuatnya. Sengaja ditekankan apabila menyebut perkataan ‘ anak-anak ‘. Berapa agaknya cahaya mata mereka berdua. Semuanya ketentuan ALLAH. Atau mungkin tak sempat.

Habib mengangkat kening ke arah Humairah.” Maira nak berapa orang anak? Satu ? Dua ? Tiga ? Atau sepuluh ? ” Semakin suka Habib mengusik Humairah yang mula merah pipinya.

” Habib…sudahlah. Tukar lah topik lain. ” Humairah malu.

” Okey, okey. Habib gurau ajelah. Tapi kalau betul pun apa salahnya. Nanti kita cari nama anak-anak kita okey? Sepuluh ! Set, okey ? ”

” Habib Naufal…” Aduhai…menguji betul lah Si Habib ni. Suka mengusik orang. Blusher pipi Humairah dibuatnya.

” Okey, okey. Saje je nak menyakat Maira. Haa.. kan berseri sikit muka tu. Kalau tak pucat je. Maira kena selalu senyum, selalu ketawa, barulah segar sikit nampak muka tu. ” Ikhlas Habib menuturkan kata. Hatinya puas melihat Humairah tersenyum walaupun muka Humairah masih tampak agak pucat dan lesu.

‘ Ya ALLAH, tabahkan dia. Beri dia kekuatan hati dan keteguhan iman. ‘ Bisik hati Habib. Sesekali tedengar lagi Humairah melepaskan batuk.

Humairah memandang jauh ke arah tasik yang dipenuhi pokok bunga teratai di hadapannya. Dia mula teringat akan penyakit yang menimpa dirinya. ” Habib….” Panggil Humairah perlahan.

” Ye Maira, kenapa? ”

” Habib tak menyesal bakal menikahi Maira? Maira takut tak sempat nak…” Habib meletakkan jari telunjuknya di bibirnya sendiri sebelum sempat Humairah menghabiskan ayat. Dia tahu apa yang cuba Humairah sampaikan.

” Maira dengar apa yang Habib nak cakap. Habib cintakan Maira kerana ALLAH. Tak ada sedikit pun rasa menyesal dalam diri Habib untuk memperisterikan Maira. ” Habib sedaya upaya menyakinkan Humairah. Walau sebenarnya dia sendiri tahu saat itu semakin memanggil Humairah.

Ketentuan ALLAH siapa yang tahu. ALLAH yang paling bijak merancang. Cinta Habib tetap untuk seorang hamba ALLAH bernama Zulaikha Humairah. Itu pendiriannya.

Manik-manik berkaca mengalir di pipi mulus Humairah. Batuknya semakin teruk kedengaran. Matanya merah. Tersentuh hatinya memahami setiap bait kata Habib. ” Terima kasih sebab terima Maira. ” Ringkas Humairah berkata.

Habib memberi senyuman. Dia cuba sedang menahan daripada menangis kerana dia juga takut kehilangan Humairah, cinta hatinya. ” InsyaAllah, kita akan bersama selamanya. ” Sekali lagi Habib menyakinkan Humairah.

” Haaa… !! Sembang apa tu ? ” Terjah Hawa dari belakang. Terkejut Habib dan Humairah apabila dikejutkan sebegitu. Humairah cepat-cepat mengesat airmatanya. Habib pula berlagak seperti biasa.

Habib melihat jam berjenama Rado dipergelangan tangannya. ” Adik, lamanya pergi beli aiskrim. Beli aiskrim ke buat aiskrim ? ” Suka sangat Habib mengusik Hawa. Pantas Hawa menarik muka. ” Atau adik mengorat pakcik yang jual aiskrim tu? Minta nombor fon dah? Meh la share dengan abang. ” Tersembur gelak Habib berjaya menyakat adiknya.

Namun, bak kata pepatah, malang tak berbau. Dengan sepantas kilat kon berisi aiskrim perisa vanila campur coklat diletakkan di atas kepala Habib. Kali ini Hawa dan Humairah pula yang tergelak melihat Habib yang mula bertukar macam badut di bahagian rambut dan muka. Comot dengan aiskrim !

” Padan muka! Orang penat-penat beratur beli aiskrim untuk dia bukan reti nak berterima kasih, lagi mengusik ada lah !! ” Geram nada Hawa. Emosi tak betul jadi macam tu lah. Bendera merah lah katakan.

” Hawa !!!!! ” Agak kuat Habib menjerit. Sambil ketawa sakan, Hawa dikejar oleh Habib. Pening Humairah dibuatnya melihat dua beradik berlari pusing berkali-kali pada bangku yang didudukinya.

Mereka bertiga ketawa keriangan. Biarlah orang sekeliling melihat mereka yang perangai seperti ‘
gila-gila ‘ asalkan mereka bahagia bergurau. Saat yang tak mungkin dilupakan.

**************************************************
Bilik tidur berwarna biru lembut milik Humairah kedengaran zikir-zikir penerang hati dari Hafiz Hamidun. Telefon bimbitnya yang memuatkan zikir-zikir itu diletakkan di atas meja. Humairah baring di atas katil. Badannya terasa lemah dan tidak berdaya. Seperti kebiasaan, mukanya mulai pucat. Humairah memejamkan matanya. Terasa perit setiap kali dirinya batuk. Hendak ‘mati sekejap’ pun tidak boleh.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. ” Maira,aku nak masuk boleh? ” Jelas suara Hawa dari luar bilik. Tiada yang menyahut, lantas Hawa melangkah masuk. Matanya terlihat akan lesunya muka Humairah. Mata Humairah sembab dek airmata yang mengalir dari Subuh tadi kerana menahan sakit.

” Maira, kau kenapa ni? Ya ALLAH, kenapa menangis? Kau okey tak? ” Melulu Hawa bertanya sambil tangannya memegang erat tangan sahabat baiknya itu. Hawa kini sudah mengambil posisi diatas katil dan duduk bersebelahan Humairah yang sedang terbaring kesakitan.

Mata dibuka perlahan. Terasa berat untuk membuka mata sendiri. ” Hawa, aku tak larat. Sorry aku tak boleh nak masuk butik awal hari ni. Kau pergilah buka butik dulu. ” Lemah Humairah bersuara.

” Kau ni, tak payah fikir pasal butik tu. Mulai sekarang sampai habis majlis nikah dan kenduri kahwin kau, Kak Risya yang akan uruskan semua berkenaan butik. Kau jangan risaulah. ” Terang Hawa. Hatinya sayu melihat Humairah yang hanya tersenyum lesu mengiakan kata-katanya sebentar tadi.

Tanpa diminta, menitis satu-satu airmata Hawa saat matanya memandang penuh kasih akan sahabat dunia dan akhiratnya itu. Perasaan sedih menyelubungi bilik Humairah. Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Perit Hawa memandang Humairah yang semakin teruk batuknya. Namun semakin perit empunya diri memikul semuanya sendiri.

Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam apartment yang dibeli oleh Datin Aisyah untuk mereka berdua tinggal. Butik mereka yang tidak jauh dari situ memudahkan mereka pergi ke kerja.

Seketika kemudian Humairah bersuara lemah. ” Wa… aku bersyukur sangat dapat kenal kau. Dapat rasa nikmat bahagia yang aku jarang dapat sebelum ni. Melalui kau aku kenal Habib. Dapat pula rasa kasih seorang ibu bila mama kau sudi terima aku dalam keluarga dia. Aku bersyukur sangat. ”

” Tak ada apalah Maira. Keluarga aku semua sayang kau. Aku pun bersyukur dapat sahabat macam kau. ” Kedua-dua mereka mula menangis teresak-esak. Masing-masing tak mampu menahan airmata daripada jatuh. Luhurnya ukhwah mereka. Saling memahami antara satu sama lain.

Perlahan-lahan Humairah bangun dari pembaringan dan duduk di sebelah Hawa. Jari-jemarinya menyeka airmata yang mengalir di pipi Hawa.

” Wa.. sudahlah. Jangan menangis lagi. Kalau aku pergi dulu, kau tolong jangan menangis macam ni. Kau janji dengan aku yang kau akan kuat. Kau kuat. Aku tahu kau kuat. ”

” Maira, apa kau cakap ni. Aku tak suka kau cakap macam tu. Aku yakin kau boleh bertahan. ” Hawa tak mampu menahan. Tubuh Humairah dipeluk erat. ” Aku nak kau jadi kakak ipar aku. Aku nak tengok kau sah bergelar isteri Abang Habib. Tiga hari je lagi. Aku tahu kau kuat. ” Tenang Hawa bersuara di tepi telinga Humairah.

Humairah meleraikan pelukan mereka. Wajah sahabatnya dipandang penuh makna. Dia hanya membiarkan airmatanya terus mengalir.

” Aku kuat kan, Hawa. Aku kuat sebab tu ALLAH beri ujian macam ni pada aku. ” Humairah cuba menguatkan iman sendiri. ” Aku janji akan bertahan…” Dia tidak mahu terus bersedih. Dia sebenarnya tak ingin kelihatan lemah.

Sekali lagi tubuh kecil Humairah dipeluk penuh kasih dan sayang. ” Semua akan indah. ALLAH tahu yang terbaik untuk kau dan untuk kita semua. ” Semakin laju airmata Humairah jatuh ke bumi mendengar kata-kata Hawa.

*****************************************************

Pagi Jumaat yang hening kedengaran burung-burung berkicauan. Terbang ke sana sini mencari rezeki masing-masing.

Kak Risya sibuk menandan Humairah di dalam bilik. Hari ini adalah hari bahagia buat dua insan sehati sejiwa yang bakal mendirikan masjid mereka pada penghulu segala hari semulia hari Jumaat.

” Kak Risya, thanks sebab banyak tolong Maira dan Hawa jaga butik. ” Tutur Humairah ikhlas sambil memandang muka Kak Risya di dalam cermin di hadapannya.

” Sama-sama kasih. Tak ada hal lah. Lagipun akak tak ada masalah pun nak handle butik kamu berdua tu. ” Rambut Humairah disisir rapi. Tersenyum Kak Risya melihat Humairah di dalam cermin.

” Siap ke belum anak dara ni? ” Melulu Hawa masuk ke dalam bilik. Terkejut Humairah dan Kak Risya dibuatnya. Salam apa pun tak ada. Dia baru sahaja pulang dari rumah Datin Aisyah menguruskan abangnya apa yang patut.

Tudung berwarna putih yang tersangkut di ampaian baju dalam bilik Humairah di ambil. ” Nah! Pakai cepat. Suami tu dah on the way ke masjid. ” Arahan diberikan kepada Humairah. Hawa ni bukan boleh lambat-lambat, semua nak cepat. Segera anak tudung dipakaikan untuk Humairah.

” Ya ALLAH budak ni, janganlah kalut sangat. Tak sabar-sabar lah. Macam dia pula nak bernikah nanti. ” Ucap Humairah geram.

” Ish kau ni, kena lah cepat. Nanti tok kadi tu lari. Susah hati nanti Habib kesayangan kau tu. ” Mengekek Hawa tergelak. Ada-ada sahaja dia nak bergurau. Senang hati melihat Humairah tersenyum ceria walau kelihatan lemah tak berdaya.

” Banyak la kau punya lari. Kau ingat ni cerita Jackie Chan ke apa nak main kejar-kejar? ” Humairah menunjukkan penumbuknya.

“Alahai… penumbuk kecil je pun.. Alooo comel..comel… ” Semakin galak Hawa mengusik. Mana taknya, konon nak tunjuk penumbuk tanda geram tapi alahai.. kecil je penumbuknya. Tengok orang la.

” Okey, fine. Cepatlah tolong aku pakaikan tudung ni. ” Akhirnya Humairah akur dengan arahan ‘ big boss ‘ Hawa. Ada betulnya kata Hawa, kena cepat. Nanti menyusahkan orang lain pula hendak menunggu.

Kak Risya hanya memerhati gelagat dua sahabat di hadapannya. Ada sahaja gelagat mereka berdua yang menghibur hati.

Setelah selesai segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki, Humairah melihat dirinya sendiri di dalam cermin. Mukanya tetap kelihatan pucat walaupun sudah cuba disembunyikan dengan solekan.

Ringkas sahaja dia tapi cukup anggun. Sudah keasliannya mukanya, memang tampak ayu memiliki kulit yang putih berseri. Kalau hendak dilihat, memang sangat sepadan dengan Habib yang juga mempunya rupa paras yang elok. Ala-ala Amir Khan gitu. Sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Ditambah pula dengan lesung pipit yang sangat terserlah apabila dia tersenyum.

” Okey, cepat sayang-sayang semua. Kak Risya turun dulu ye. Cepat sikit. Kak Risya tunggu di bawah. ” Kali ini Kak Risya pula yang memberi arahan lantas kakinya melangkah keluar dari apartment dua sahabat sejati tersebut.

” Maira, kau okey? ” Tanya Hawa lembut.

” Erm ? Okey. Aku okey! ” Semangat Humairah berkata. Namun airmatanya mula membasahi pipi.

” Hey, apa menangis ni sayang? Janganlah macam ni. ” Hawa menyeka airmata Humairah perlahan. Memberi senyuman agar Humairah turut tersenyum kepadanya.

” Tak ada apalah. Aku happy sangat ni, sebab tu sampai menangis. Jom lah turun, Kak Risya dah tunggu tu. Nanti lambat sampai masjid. ” Humairah memberi senyuman, menyakinkan Hawa bahawa dia okey walhal sebenarnya tidak.

Lantas tangan Hawa ditarik. Suis lampu dan aircond ditutup. Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kereta.

****************************************

Hatinya berdebar. Dadanya sesak. Batuknya semakin parah mengeluarkan bunyi. Humairah melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan berserta ucapan basmallah. Dia cuba berlagak biasa. Tangan kanan dan kirinya di pegang erat oleh Hawa dan Kak Risya. Memimpinya masuk ke dalam rumah ALLAH.

Semua yang berada di dalam masjid menumpukan perhatian ke arah Humairah. Semua tetamu yang hadir terdiri daripada saudara-mara Datin Aisyah dan kawan-kawan Habib.

Habib menoleh ke belakang. Dilihatnya Humairah sedang menyalami dan mencium tangan mamanya. Humairah mengambil tempat di sebelah bakal ibu mertuanya. Senyuman diberikan kepada Humairah. Humairah juga memberi senyuman seikhlas yang termampu.

‘ Ya ALLAH , tabahkan aku. ‘ Sungguh Humairah sedaya upaya menunjukkan reaksi orang yang sihat walau hakikatnya dia mula mengalami kesakitan yang drastik. Senyum ! Hanya itu yang mampu menampakkan dirinya okey.

Majlis dimulakan. Dengan penuh rasa tenang Habib menyambut huluran tangan tok kadi.

” Aku nikahkan di kau dengan Zulaikha Humairah Binti Abdullah dengan mas kahwin senaskah al-Quran. ”

” Aku terima nikahnya Zulaikha Hu..Humairah de..de… ” Lafasnya terhenti. Habib tidak fokus. Telinganya mendengar bunyi batuk dari Humairah. Habib menoleh ke arah Humairah. Pucat ! Sangat pucat muka Humairah saat ini namun bibir Humairah tetap menzahirkan senyuman.

Hati Habib gusar. Perasaan tenangnya sebentar tadi bertukar kerisauan. Hanya mampu bersangka baik dengan perancangan ALLAH.

” Maaf tok, kita cuba sekali lagi. ” Pinta Habib. Tok kadi hanya mengangguk. Mungkin faham keadaan Habib.

Kali ini Habib memperbanyakkan selawat. Semoga dipermudahkan. Sekali lagi huluran tangan tok kadi disambut.

” Aku nikahkan di kau dengan Zulaikha Humairah Binti Abdullah dengan mas kahwin senaskah al-Quran. ”

” Aku terima nikahnya Zulaikha Humairah dengan mas kahwin senaskah Al-Quran ” Sekali nafas menuturkan akad, kini sah dia bergelar suami kepada Humairah. Sudah menjadi yang halal buatnya menyentuh Humairah. Memberi nafkah zahir dan batin. Tanggungjawabnya kita sudah digalas. Memimpin Humairah ke Syurga ALLAH.

” Sah ? ” Tok kadi menoleh ke kanan dan ke kiri. Semua berkata sah. Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH mengizinkan dua orang hambaNya bersatu dalam ikatan yang sah.

Sekali lagi Habib menoleh ke arah Humairah. Humairah sedang memeluk dan mencium pipi ibu mertuanya. Hawa di sebelah ceria tak terkata. Mata Humairah merah. Bergenang airmata kebahagiaan. Senyuman di hulur tanda cinta yang sudah halal bagi dia dan suami tercinta.

Tangan ditadah mengucap syukur pada Maha Esa. Memohon doa kepada satu-satunya Tuhan yang berkuasa mentadbir sekelian alam. Tok kadi mengarahkan Habib menyarung cincin pada pengantin perempuan.

Habib bangun dari kedudukannya. Tiba masa membatalkan air sembahyang. Habib duduk tepat di hadapan Humairah . Menyalami ibunya yang berada di sebelah Humairah tanda berterima kasih merestui dia dan Humairah. Pipi Hawa pula dicubit manja. Tak lekang dengan senyuman dari tadi.

Habib mengambil cincin dari kotak cincin berbentuk hati di sebelahnya. Tangan Humairah dicapai kemudian memegang jari manis Humairah.

Betapa tak tergambar perasaan dua mempelai pada saat ini. Humairah memandang tepat ke dalam mata suaminya. Penuh rasa syukur kini dia sudah menjadi yang halal buat Habib.

Cincin berbatu permata putih disarung di jari manis Humairah. Lantas tangan Habib dikucup penuh rasa cinta dan sayang. Hanya ALLAH tahu betapa dia terlalu menanti saat ini. Terima kasih ALLAH.

Dagu Humairah dipegang lembut. Giliran Habib pula mengucup dahi Humairah. Semua yang ada kamera masing-masing mengambil gambar. Terlalu indah. Dua pasangan yang sah bergelar suami isteri.

Usai Habib mengucup dahi Humairah, tangan Habib digenggam erat. Perlahan Humairah bersuara, menahan batuk dari dada. Seakan berbisik. ” Sayang.. terima kasih. Maira cintakan abang selamanya sehingga ke Syurga ALLAH. ” Senyuman manis diberikan kepada suaminya. Berbunga hati Habib mendengar Humairah memanggilnya ‘ sayang ‘ . Habib lantas memberi senyuman nakal. Mata dikenyit manja. ” Sama-sama sayang. ”

” Maira, cepat bangun berdiri. ” Arah Hawa yang sudah siap berdiri dengan kamera Canonnya. ” Abang pun, cepatlah, nak ambil gambar. ” Arah Hawa semangat.

Humairah perlahan bangun dahulu dari Habib. Satu langkah dia menapak dan tiba-tiba dunianya terasa semakin gelap. Samar-samar kelihatan muka Hawa di hadapannya. Secara tidak di duga, Humairah akhirnya jatuh terbaring di atas ribaan Habib.

” Ya ALLAH, sayang !! ” Terkejut Habib melihat isterinya terjatuh di atas ribaannya. Semua panik melihat situasi tersebut. Batuk Humairah bertambah teruk. Mukanya kelat. Jantungnya seakan terhimpit. Sukar untuk bernafas dengan baik.

Hawa dan Datin Aisyah cepat-cepat duduk di sebelah Humairah. Memanggil-manggil nama Humairah. Hilang segala senyuman. Segala keceriaan. Hilang segalanya ! Senyuman berganti tangis. Bahagia bertemu perih. Bagai meniti di lorong derita, berjalan diatas hamparan kaca.

” Sayang.. sayang bangun sayang… Sayang, jangan buat abang macam ni. Tolong sayang… Jangan macam ni. ” Airmata Habib mula menitis hiba. Berombak dadanya. Luluh jantung melihat Humairah yang semakin hendak tertutup matanya. ‘ Ya ALLAH, jangan ambil dia dari aku. Jangan Ya ALLAH. ” Rintih Habib.

Humairah masih tetap tersenyum. Perlahan-lahan tangannya mencapai pipi Habib. Mengusap lembut pipi Habib yang basah dengan airmata. ” Abang…. ” Panggil Humairah dengan nada perlahan.

Habib merapatkan telinganya ke mulut Humairah. Ada sesuatu yang ingin Humairah katakan.

” A..abang…ajar…ajarkan Maira me..mengucap. ”

Terpanah. Terkedu. Bagai petir dari langit memanah di pelusuk hatinya. Ajarkan mengucap ?? Ya ALLAH, sungguh Habib tak mampu hadapi semua ini. Hatinya perit. Jiwanya kosong tentang erti bahagia. Yang tinggal hanya kesedihan. Hari bahagianya menjadi hari yang paling menderita buat dirinya. Kenapa mesti hari ini ? Kenapa ??

Habib memandang adik dan mamanya silih berganti. Mereka berdua sudah menangis teresak-esak. Masing-masing tak mampu berkata apa-apa.

Habib tertunduk melihat Humairah di atas pangkuannya yang sedang batuk tanpa henti. Airmata tak putus-putus mengalir . Tiba-tiba Habib menjerit memanggil nama Humairah mengejutkan semua yang ada.

Darah ! Darah keluar dari mulut Humairah terpercik terkena muka Habib. Kali ini Humairah batu berdarah. Ya ALLAH ! Kali ini Habib tak mampu lagi bertahan. Terus tubuh lemah Humairah dirangkul erat ke dadanya.

Erat ! Sangat erat sehingga baju melayu putihnya kelihatan merah akibat batuk dari Humairah yang tak henti-henti mengeluarkan darah. ” Sayang… Sayang… ” Habib berkata lemah. Tubuhnya juga terasa lemah tak berdaya. Hanya ALLAH tahu betapa dia sangat sedih, perit, perih, kecewa dan merana saat ini.

” Sayang.. Humairah.. mengucap sayang… ” Akhirnya Habib akur. Akur dengan ketentuan ALLAH. Inilah saatnya. Matanya dipejam erat seketika. Mengetap bibir. Cuba menahan keperitan yang di alami.

” Ashhaduallailahailallah… ” Tutur Habib dengan penuh sesak dadanya. ” Waashhaduannamuhammadurasulullah… ” Berderai airmata. Retak seribu hati saat Humairah mengulangi kembali kalimah syahadah yang ditutur Habib dengan tenang seraya matanya terpejam rapat.

” Ya ALLAH.. ALLAH… ALLAH… ” Bibir Habib basah mengucap kalimah ‘ ALLAH ‘ . Segalanya kerana ALLAH mengizinkan. Tubuh Humairah di peluk erat. Kaku dengan segaris senyuman dibibir. Perginya Humairah dengan tenang. Di kucup dahi Humairah lama. Sangat lama. Merasai sejuknya Humairah saat itu. Nadi yang sudah berhenti, nafas yang tak mungkin dihembus lagi.

‘ Sayang.. tunggu abang di sana nanti. Jemput abang ye sayang. Abang akan selalu mencintai sayang selamanya. Tak akan ada penghujung bagi cinta kita. Abang menyayangi sayang kerana ALLAH. ‘

Semua menangis. Perginya seorang hamba ALLAH dengan tenang di hari Jumaat yang mulia. Hawa dan Datin Aisyah berpelukan. Meruntun sayu saat insan yang benar-benar mereka sayang telah pergi menghadap Ilahi. Inilah realitinya. Bukan lagi mimpi. Bukan cerita dongeng, tapi hakikat sebuah realiti !

Hujan mulai turun dari langit membasahi bumi. Bagai memahami situasi hiba yang berlaku di dalam rumah ALLAH ini. Humairah pergi jua akibat penyakit batuk kering yang dihidapinya . Ajal menjemput , terputus roh dari jasad yang kaku.

Habib tetap dengan pelukan eratnya. Walau hanya sekejap, Habib Naufal tetap bahagia menjadi yang halal buat Zulaikha Humairah. Inilah takdir. Kekuasaan ALLAH tiada siapa yang boleh halang. Semuanya berhikmah. Ternyata ALLAH lebih sayang kan Zulaikha Humairah.

*************************************

Kawasan taman Tasik Taiping dipenuhi dengan orang ramai pada cuti hujung minggu. Masing-masing membuat aktiviti sendiri sama ada bersama keluarga,rakan-rakan mahupun pasangan. Habib sedari tadi berjalan mengelilingi taman Tasik Taiping itu tanpa henti.

Mata Habib liar memerhati suasana sekelilingnya. Ada waktu dia tersenyum melihat pasangan suami isteri bergurau bersama anak mereka. Namun ada ketika hatinya sayu melihat kemesraan dan kebahagiaan hidup berkeluarga pada diri orang lain.

Mungkin juga Habib cemburu. Ya! Cemburu melihat sesuatu yang orang lain ada tetapi tidak ada padanya. Kaki Habib berhenti dari melangkah. Matanya tertancap pada kerusi kayu tidak jauh dari tempat dia berdiri.

” Humairah… ” Terpacul nama yang membawa maksud putih kemerah-merahan itu dari mulut Habib.

Kakinya terasa berat untuk melangkah mendekati kerusi kayu itu. Kenangan bersama arwah isterinya kembali terlayar dihadapan mata. Di kerusi kayu itulah Habib bergurau mengenai cahaya matanya bersama Humairah selepas bernikah. Mencari nama bakal cahaya mata mereka dan segala luahan rasa antara mereka berdua berlaku di situ.

Habib menguatkan diri melangkah menuju kerusi itu namun langkahnya terhenti. Sepasang suami isteri sudah mengambil tempat duduk disitu. Mata Habib kemudia turun ke arah perut si isteri.

Segera Habib berlalu dari situ. Dia tidak mahu kelemahan menguasai dirinya. Cukuplah tiga bulan dia menderita berkurung dalam bilik tanpa melihat dunia luar. Mencari kekuatan yang hilang setelah kehilangan isteri tercinta pada hari pernikahan berlangsung. Tiga bulan yang yang sangat menguji keimanannya sebagai hamba ALLAH.

Habib akur. Redha dengan ketentuan ALLAH. Walau segalanya angannya musnah, dia yakin ALLAH akan mengatur semula perjalanan hidupnya dengan lebih baik. Dalam dirinya tetap dengan satu pendirian, cintanya hanya ada pada Zulaikha Humairah. Meski jasad Humairah sudah terkubur dalam tanah.

******************************************

Kunci kereta diletak di atas meja. Habib melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu yang serba mewah itu.

Mata dipejam rapat. Dia teringat akan perut si isteri di taman Tasik Taiping tadi yang sudah membesar. Fikirannya sedikit terganggu mengenangkan takdir yang menimpa dirinya. Mungkin bukan rezeki untuk mendapat cahaya mata.

” Haa..! Buat apa tu ? ” Tanya satu suara dari belakang Habib.

Terloncat Habib ke depan. Apalagi, bersilat Habib dibuatnya akibat terkejut. Walau sebenarnya Habib tak pernah belajar ilmu silat. Hentam sahaja !

Hawa gelak terbahak-bahak. ” Sorry abang, sorry. ” Hawa masih dengan gelak tawanya.

Pantas telinga Hawa ditarik. ” Adik, kalau abang ada heart attact, tak pasal-pasal tambah lagi satu kubur atas muka bumi ni, tahu? ” Geram nada Habib.

Ketawa Hawa tidak lagi kedengaran. Hanya suara mengaduh sakit menerjah ke telinga Habib.

” Aduh, abang sakitlah ! ” Rintih Hawa manja. Sikit je pun. Mengada pula Hawa kali ni.

” Sakit ? ” Habib bertanya selamba lantas hidung Hawa yang comel itu pula menjadi sasarannya untuk mencubit.

” Abang !! ” Jerit Hawa dengan nada yang tinggi.

Habib pula yang tergelak melihat hidung Hawa yang sudah merah. Segera dia menghenyakkan dirinya kembali di atas sofa. Tidak mengendahkan adik bongsunya itu.

” Ni apa bising-bising ni ? Sampai dekat atas dengar. ” Datin Aisyah melaungkan suara dari tangga lantas melangkah menuju ke arah ruang tamu.

” Mama ! Tengok abang tu. ” Rengek Hawa.

Habib membuat muka. Mengejek Hawa yang berubah seperti kanak-kanak tadika. Remote Tv dicapai dan memilih siaran Astro Ceria.

” Kenapa sayang ? Ni kenapa hidung dah macam badut je mama tengok ? ” Prihatin Datin Aisyah terhadap anak bongsunya itu.

” Abang la buat. Sakit ni mama… Hm.. ” Tak habis-habis dengan nada manjanya. Merengek seperti budak kecil !

” Mengadalah adik ni. Baru cubit sikit dah macam kena gusti dengan The Big Show. Sebiji perangai macam budak tadika. Budak tadika pun tak manja macam kau, tahu ? ” Habib bersuara membela diri sendiri. Matanya kembali kusyuk melihat kartun Ultraman Mebius di Astro Ceria.

Hawa mendengus geram. Tak boleh jadi ni. Hawa akhirnya mendapat akal. Mentol sudah menyala-nyala di atas kepala.

” Elehh… cakap dekat kite budak tadika konon. Yang dia tu tengok Ultraman Mebius, tak macam budak tadika ? ” Jelingan maut diberikan kepada Habib.

Sah ! Dua beradik sudah berubah perwatakan. Perangai seperti anak kecil ! Habib mengomel sendiri. Matanya kusyuk dengan rancangan kartun di telivisyen.

” Sudahlah. Sama je anak-anak mama ni, perangai macam budak-budak. Suka bergaduh benda-benda yang kecil. ” Datin Aisyah menggeleng kepala , terus mengambil tempat duduk di atas sofa.

Hawa yang dari tadi berdiri menghentak kaki. Tak habis-habis juga perangai macam budak tadikanya padahal dah masuk 22 tahun. Kenapa tak tahu lah. Tiba-tiba jadi manja sangat.

” Berentak ! Berentak ! Kerat kaki tu baru tahu ! ” Marah Habib kemudian mengekek gelak.

” Ya ALLAH, sudahlah. Cuba beralah sikit. ” Penat juga Datin Aisyah melihat karenah dua orang anaknya.

Sekali lagi Hawa mendengus geram ke arah Habib. Lantas tempat kosong di sebelah mamanya menjadi tempat untuknya duduk. Habib menjelir lidah ke arah Hawa. Hawa pula membuat muka. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Datin Aisyah hanya memerhati. Kalau dilayan memang tidak akan habis.

” Mama ada rancangan nak bawa anak-anak mama ni pergi holiday. ” Mendatar suara Datin Aisyah. Sengaja mahu melihat reaksi kedua-dua anaknya yang emosianal itu.

” Yeke , ma ? Bila ? Pergi mana ? ” Semangat Hawa bertanya.

” Really ? Berapa lama holiday ? Bila nak pergi ? ” Giliran Habib pula bertanya.

Terkesima seketika Datin Aisyah melihat Hawa dan Habib sudah terpacak dihadapannya. Sengeh seperti kerang busuk.

” Mama rancang nak pergi bercuti di oversea. Istanbul, Turki ? Setuju tak ? ”

” Setuju ! ” Serentak Hawa dan Habib menjawab. Ibu jari masing-masing dicalit sama sendiri tanda menyokong cadangan Datin Aisyah.

Habib mengukir senyuman ikhlas. Mula membayangkan Istanbul yang indah ! Negara yang cantik dengan tempat-tempat yang menarik. Such as a beautiful country !

******************************

Berat hati tatkala kakinya sudah menjejak di kawasan tanah perkuburan Islam Taiping. Rasa sebak menyelinap ke dalam diri. Cuba menguatkan imannya sendiri. Kakinya melangkah ke arah kubur yang terpacak atasnya batu nisan terukir nama ‘ Zulaikha Humairah Binti Abdullah ‘.

‘ Sayang.. abang datang ziarah sayang. Abang rindu sayang. ‘

Tikar mengkuang yang dibawa bersama dihampar bersebelahan kubur arwah isterinya. Lantas Habib duduk bersila. Dia tak mahu terus bersedih. Surah Yasin yang dipegangnya dibaca penuh ikhlas kerana ALLAH. Hadiah untuk isterinya yang sudah pergi menghadap Ilahi.

Angin petang yang bertiup merdu mengiringi bacaan Surah Yasin yang dibaca Habib. Tanpa diminta, walau Habib sedaya upaya menahan daripada menangis, ternyata jatuh juga airmatanya ke bumi. Dia rindu Humairah. Terlalu merindui arwah isterinya.

‘ Ya ALLAH, ku mohon kuatkan aku. Izin aku bertahan dalam mencapai kemanisan ujian dariMu. Aku rindu dia, Ya ALLAH. Terlalu merinduinya… ‘

Satu persatu airmata Habib menitis. Terasa dirinya benar-benar lemah tika itu. Surah Yasin yang habis dibaca ditutup. Tangannya pantas mencapai batu nisan milik Humairah. Mengusap batu nisan itu penuh cinta dan sayang.

Perlahan airmatanya diusap. Terlayar kembali saat ajal Humairah semakin tiba. Di saat Habib menangis penuh lara, perlahan-lahan Humairah yang terbaring lemah mengusap pipinya. Mengusap airmata Habib buat kali terakhir sebelum ajalnya menjemput.

Anugerah rindu yang ALLAH kirim kepada Habib membuatkan Habib semakin kuat sebenarnya. Menerima segalanya dengan tenang. Habib tahu ALLAH tak akan biar dia menderita. Setiap orang layak merasai kebahagiaan

‘ Sayang, abang balik dulu… Abang cintakan sayang selamanya. ‘ Suara hati Habib bersuara. Beranggapan bahawa Humairah mendengar isi hatinya.

Habib berlalu dari kubur Humairah. Jauh dia melangkah menuju pintu pagar Masjid Taiping itu. Seketika kemudian Habib menoleh ke belakang. Matanya tepat ke arah kubur Humairah. Habib tersenyum.

‘ Sayang, sayang tak pernah pergi jauh dari abang. Hati sayang dalam hati abang. Abang dapat rasa cinta kita. Abang redha, ALLAH lebih sayangkan isteri abang. ‘

Habib senyum kerana redha. Redha dengan segalanya.

************************************************

Kapal terbang Air Asia kini terbang di udara. Hala tuju kini adalah menuju ke Istanbul, Turki.

Tempat duduk Habib adalah ditepi tingkap. Matanya tidak jemu melihat suasana di luar tingkap. Cantik sungguh ciptaan ALLAH. Awan yang tergantung di udara dan langit yang terbentang luas berwarna biru cukup mengindahkan pandangan mata.

Ada ketika Habib tersenyum sendiri apabila berangan dia sedang berada di atas gumpulan awan yang cantik itu. Kuat berangan juga Habib ini !

Hawa dan Datin Aisyah masing-masing melelapkan mata. Perjalanan masih jauh. Biar rehat dulu agar sesampainya di Turki nanti tidaklah begitu penat.

Habib kemudian cuba melelapkan mata. Fikirannya selalu ada insan bernama Zulaikha Humairah. Isteri yang hanya ada di depan mata untuk waktu yang sekejap. Namun bagi Habib Humairah ada dalam hatinya untuk selama-lamanya.

****************************************

Datin Aisyah menuju ke kaunter menguruskan check in bilik untuk mereka bertiga menetap sepanjang berada di Istanbul.

” Abang, are you okey ? Dari tadi asyik tersenyum je. Murah sangat senyuman tu. Ada berkenan dekat awek Istanbul dah ke ? ” Pelik juga Hawa melihat Habib dari kaki menjejak di tanah Turki, bibirnya tak lekang dek senyuman. Something wrong somewhere. Desis hati Hawa.

Habib memandang Hawa dengan muka selamba. ” Adik ni memandai je. Inilah adik, abang senyum salah, sedih lagi lah salah. Haiyoo.. Adik nak abang jadi patung eh? Ada satu mimik muka je. Blur ! ” Pipi Hawa menjadi sasaran untuknya mencubit. Memang suka mengusik !

” Alah abang ni, adik tanya je, ” Muka baby doll merajuk sudah tercoret pada muka Hawa. Blusher muka Hawa dibuatnya. Cubit sikit sudah merah keseluruhan pipi.

” Alolo.. kesiannya dia. ” Habib menguis-nguis pipi Hawa manja. Sweet sangat Habib ni. Kalau orang lain tengok mesti menganggap Habib dan Hawa itu pasangan kekasih.

” Abang dah lama teringin nak datang sini. Kali ni baru berpeluang. Sebab tu abang happy sangat. ” Habib berkata jujur.

Memang Habib anak orang kaya. Dirinya sendiri juga berduit. Tiada masalah untuk pergi bercuti ke mana sahaja. Tetapi rutin harian membantutkan segala aktiviti untuknya berehat. Kali ini baru berpeluang. Mujur cadangan Datin Aisyah tepat pada sasarannya untuk pergi ke Istanbul.

” Dah jom, mama panggil tu. ” Habib menarik tangan Hawa menuju ke arah Datin Aisyah. Hawa hanya mengikut tanpa membantah. Jelas kepenatan pada riak muka Hawa.

Kunci bilik beralih tangan. ” Mama kongsi bilik dengan Hawa. Bilik Habib sebelah bilik kami je. Okey ? Jom naik ke bilik. ” Datin Aisyah memberi arahan.

Masing-masing menarik beg beroda sendiri menuju ke lif untuk ke tingkat atas hotel yang serba unik itu. Cantik dengan dekorasi yang berbeza dari hotel-hotel yang pernah dilihat di Malaysia.

***************************************

Hawa kusyuk menikmati angin pagi di balkoni bilik. Melihat pemandangan yang cukup indah dengan hamparan laut yang terbentang luas di hadapan mata. Air laut yang jernih serta pemandangan yang mampu menenangkan jiwa cukup membuat Hawa lupa akan persekitaran di sekelilingnya.

” Uit, sayang. Termenung apa tu ? ” Datin Aisyah menegur anak bongsunya. Dari awal tadi berdiri seorang diri di luar bilik.

” Lahai, mama. Terkejut Hawa. ” Hawa tersengih sendiri. Matanya kembali kepada laut yang cantik di hadapan matanya. ” Cantik kan, mama. Ciptaan ALLAH semuanya indah. Tak jemu dilihat. ” Ikhlas Hawa memuji kebesaran ALLAH Yang Maha Esa. Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yang mencipta sesuatu bersebab. Segalanya atas kehendakNya.

Datin Aisyah tersenyum mengiakan kata-kata Hawa. ” Hawa bila nak kahwin ? ”

Glup ! Soalan cepumas meniti di bibir Datin Aisyah. Tiba-tiba sahaja mempersoalkan soal kahwin. Sengaja mahu mengusik Hawa.

Terkedu Hawa mendengar soalan mamanya. Kahwin ? Nonsense ! Hawa masih muda. Baru 22 tahun.

Hawa tergelak kecil. ‘ Mama, Hawa tak nak lah kahwin awal. Jodoh pun tak bertemu lagi. ” Hawa hanya jujur.

” Alah, jodoh boleh cari. Di Istanbul ni pun boleh. Nak ke ? Mama tolong carikan. ”

” Mama.. jangan nak mengarut eh. Tak nak lah Hawa. Nanti susah nak balik raya. Lagipun jauh sangat lah Turki dengan Malaysia. ” Hawa pantas memberi alasan ‘kukuh’ walau dia tahu mamanya hanya bergurau.

” Mama gurau ajelah. Jodoh di tangan ALLAH kan.. ”

Datin Aisyah melemparkan pandangan ke arah laut. Fikirannya berat memikirkan perkara yang belum selesai. Ada satu perkara yang masih tersimpan elok dalam dirinya. Sesuatu yang perlu dijelaskan sebelum keadaan menjadi lebih rumit.

Istanbul, tempat yang penuh dengan episod sulit bagi Datin Aisyah. Selagi masih bernafas, dia perlu menamatkan segalanya. Habib, Hawa.. ada sesuatu yang mereka berdua belum tahu. Sesuatu yang berkaitan dengan darah daging mereka. Kuatkah Datin Aisyah merungkai segalanya ?

” Mama ! ” Tangan dilambai-lambai di hadapan muka Datin Aisyah.

” Err.. sorry sayang. Erm.. mama ada kerja sikit. Nanti Hawa panggil abang Habib turun ke laut ye. Lagi satu jam mama tunggu di sana. ” Dengan lagak yang teragak-agak, Datin Aisyah berlalu dari balkoni bilik itu. Meninggalkan Hawa lalu mencapai beg tangan dan keluar melalui pintu bilik.

” Kenapa dengan mama ? Sejak datang sini muka mama macam ada sorokkan sesuatu. Mama.. Mama… ” Hawa berkata sendiri selepas kelibat Datin Aisyah tidak kelihat di sebalik pintu bilik.

**********************************

Terbahak-bahak Habib mentertawakan Hawa. Sejak berjalan kaki untuk menuju pulang dari laut ke hotel tak habis-habis mengusik Hawa.

” Abang! Sudah lah. Haishh.. merapu lah abang ni. ” Hawa cuba meleraikan tawa Habib. Merah padam muka Hawa tadi. Malu !

Habib masih sakan ketawa. ” Adoi, senak perut abang ni, tahu ? ” Habib cuba memberhentikan tawanya tapi bila otaknya masih dengan kejadian di laut tadi, berderai lagi ketawanya.

” Dah tahu senak, janganlah gelak. Abang ni, sudahlah ! ” Bahu Habib dipukul dari belakang. Melepaskan geram kepada Habib.

” Adik tahu tak, adik pandai buat lawak ? ” Habib cuba menahan ketawanya. ” Yang adik pergi panggil mamat Istanbul tu ‘abang’ kenapa ? Siap pegang tangan lagi. Hadoi.. tak kan abang sendiri dengan ‘bakal suami’ pun dah tak kenal. ” Sekali lagi berderai tawa Habib.

Bergenang airmata di kelopak matanya kerana terlalu banyak ketawa. Sengaja di tekankan perkataan ‘bakal suami’ .

” Abang, stop it ! ” Hawa sudah kering idea hendak membela diri. Mungkin memang lucu. Arghh ! Masalahnya Hawa menanggung malu yang tinggi menggunung.

Sungguh Hawa tak perasan lelaki di pinggir laut tadi bukan Habib,abangnya. Dengan spontan Hawa memanggil lelaki itu ‘abang’ dan terus menarik lengan lelaki itu untuk balik ke hotel. Nasib berlapik !

Merah padam saat Hawa menyedari lelaki itu bukan Habib. Orang yang terlalu ramai pada waktu itu. Mungkin Hawa tak tersedar dia salah menarik tangan orang. Dari jauh Habib dan Datin Aisyah hanya memerhati dan akhirnya Habib tersembur ketawa. Datin Aisyah hanya menggeleng kepala.

” Mama, tengok abang ni. ” Hawa mengadu kepada Datin Aisyah yang sedari tadi hanya diam memerhati gelagat dua orang anaknya itu.

Datin Aisyah memberi segaris senyuman. ” Sudahlah, Habib. Jangan usik lagi. Hawa pun janganlah layan abang kamu ni. Biar je dia. suka mengusik orang. ” Mendatar suara Datin Aisyah. Riak muka yang sukar digambarkan.

” Hawa,Habib, mama masuk bilik dulu. Jangan lupa solat, rehat Memang dulu. Malam nanti kita pergi shopping. ” Tanpa sempat Hawa dan Habib bersuara, Datin Aisyah terlebih dahulu berlalu menuju ke hotel The Beauty Love.

Bahu Habib dicuit. ” Abang perasan tak sikap mama ? Sejak datang sini, lain macam je Hawa tengok. Macam ada… ” Hawa tidak menghabiskan ayatnya. Dia sendiri tak tahu untuk mengatakan sikap mamanya sejak datang ke Istanbul.

” Eh, adik ni. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Mama penat agaknya. Dah lah, jom naik bilik. ” Habib cuba berfikir positif walau dia juga terkesan dengan perubahan mamanya.

Habib melangkah menuju ke pintu masuk hotel, meninggalkan Hawa yang masih tertanya-tanya dengan perubahan sikap Datin Aisyah.

” Terjegat apa lagi tu? Nak tunggu mamat Istanbul tadi pimpin masuk hotel dengan red carpet ke cik adik oii ? ” Selorah Habib melihat Hawa tidak berganjak.

” Betul kata mama, kalau layan abang, memang sampai tahun depan tak habis. Poyo sangat! ” Hawa menjelir lidah lantas berlalu masuk ke hotel.

” Kite pula dapat pangkat poyo. Whatever lah ! ” Cermin mata hitam yang tergantung di leher baju dipakai lalu membolosi diri ke dalam hotel tempat penginapan mereka selama berada di Istanbul.

******************************************

Hari seterusnya di Istanbul lebih bermakna bagi Habib pada awal pagi dia bangun dari tidur. Destinasi untuk melancong pada hari itu adalah ke Masjid Biru !

Masjid yang sangat indah. Cantik pada pandangan mata. Sungguh menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya dengan mata hati. Rumah ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya.

Habib mendahului berjalan di hadapan. Hawa dan Datin Aisyah berjalan beriringan dibelakang. Cuaca agak sejuk dengan angin yang mendamaikan.

Habib berjalan sambil berpeluk tubuh kerana merasa agak sejuk. Sengaja memilih mahu berjalan kaki untuk ke Masjid Biru kerana ingin menikmati pemandangan di sekitar Istanbul. Lagi pula tidak berapa jauh dari hotel tempat mereka menginap.

Mata Habib liar memerhati sekeliling. Akhirnya mata Habib tertancap pada seorang anak kecil yang berjalan dengan tangannya dipimpin oleh seorang wanita di seberang jalan.

Comel sahaja dipandangan mata. Tanpa di duga anak kecil itu menunjuk-nunjuk jari telunjuknya yang kecil itu ke arah Habib. Tangan wanita yang memimpinnya ditarik-tarik untuk meminta perhatian. Ceria wajahnya melihat Habib.

Habib terkedu seketika. Pelik Bin Ajaib melihat perwatakan anak kecil bertocang dua di sebelah kiri dan kanan kepalanya. Wanita itu tidak mengendahkan tetapi bila dia meneliti muka Habib akhirnya…. hatinya berdebar. Ya ALLAH. Lelaki itu…

Lantas pegangan mereka berdua terlerai. Anak kecil itu berlari menyeberangi jalan raya untuk ke arah Habib. Mulutnya mengeluarkan satu perkataan.

” Papa ! ” Dan tiba-tiba…

Bukk !

” Humairah! ” Jerit wanita itu melihat anak kecil yang iras namanya dengan arwah isteri Habib sudah longlai di atas jalan raya dek kerana dilanggar kereta.

Habib sekali lagi terkedu. Papa ? Humairah? Wanita itu ? Semua berlaku terlalu pantas. Hati Habib berdebar . Jantungnya laju berdegup.

Wanita itu pantas berlari menuju ke arah anaknya.

” Irah, bangun sayang. Jangan buat ibu macam ni. ” Tubuh anak kecil itu dirangkul di atas ribaannya.

Yang lebih menggetar jiwa Habib, bibir anak kecil itu tidak sunyi dengan panggilan ‘papa’. Anak kecil itu terbatuk lalu tersembur darah ke wajah ibunya. Habib mengetap bibir. Iras perkara yang berlaku saat arwah isterinya pergi dahulu. Perit ! Sangat mensesakkan dadanya.

” Naufal ! Tolong saya. Panggilkan ambulans.” Sesak nafas wanita itu meminta pertolongan kepada Habib.

Untuk kali ketiga Habib terkedu bila wanita itu memanggilnya dengan nama Naufal. Jarang orang memanggilnya dengan nama itu. Wanita itu meminta pertongan bagai meraih simpati seperti mereka kenal antara satu sama lain.

Satu hal lagi yang membuat Habib seakan mahu pitam adalah apabila Datin Aisyah lantas berlari anak menuju ke arah wanita itu lantas memeluk erat wanita itu untuk memberi kekuatan. Dan wanita itu memanggil Datin Aisyah dengan panggilan ‘mama’ .

Dunia Habib seakan berputar tanpa hala tuju. Keadaan sekeliling terasa membebankan dirinya. Hawa juga kaku melihat kejadian itu.

Kaki Habib seakan berat untuk melangkah. Mukanya basah dengan peluh. Mukanya juga agak pucat. Lagaknya seperti kena pukau.

Kenapa Habib begitu? Siapa wanita itu ? Kenapa dia tahu nama Habib sedangkan Habib langsung tidak mengenali siapan wanita bertudung litup itu. Apa kaitan wanita itu dengan Datin Aisyah, mamanya ?

Konspirasi apakah yang sedang bermain di dalam hidupnya? Ujian apakah ini, Ya ALLAH ?

*****************************************
” Mama ! Please ! Who is that girl ? Please, ma ! Tell me… Who is she ?? ” Berkali-kali Habib mendesak mamanya. Dia keliru bila menahan segala rasa dihati. Dia buntu dengan apa yang terjadi.

Datin Aisyah yang duduk di atas kerusi dihadapan wad kecemasan hanya menundukkan kepala. Diam tanpa ingin langsung bersuara. Hatinya bergelora tika itu.

Langkah diatur perlahan. ” Encik Naufal, maaf. Saya Ainnul Syarha. Boleh panggil saya Syarha. ” Ainnul sedari tadi hanya memerhati tingkah laku Habib yang tidak tenteram itu. Akhirnya dia memberanikan diri bersuara.

Habib hanya melirik matanya ke arah Syarha. Entah kenapa dia rasa benci mahu melihat wajah Syarha.

” Encik, sa..saya minta maaf ka..kalau saya menyusahkan encik, sa..saya…. ”

” Kau diam ! ” Gertak Habib kasar. Jari telunjuknya tepat menghala ke muka Syarha.

Syarha tersentak. Apa salahnya sehingga sebegitu dia dilayan ? Syarha menghela nafas. Tenang menarik dan menghembus nafas. Kesabaran masih utuh dalam dirinya.

” Kau siapa ? Apa kaitan kau dalam family aku ? Kenapa anak kau panggil aku ‘papa’ ? Kenapa kau panggil mama aku ‘mama’ ? Kenapa…. ? ” Sekali lagi Habib bersuara dengan nada yang agak tinggi. Bercelaru dan tertekan ! Itulah keadaan Habib.

Hanya mampu tertunduk. Syarha kelu untuk berkata. Sukar untuk menerangkan sesuatu yang memang sulit untuk dijelaskan. Ya ALLAH, tolong aku.

” Abang , sudahlah. Cuba sabar sikit. Anak kak Syarha dah berjam-jam dalam wad kecemasan tu. Jangan bebankan keadaan. Istiqfar banyak-banyak. ” Hawa melangkah ke arah Habib. Lengan abangnya diusap. Cuba meredakan kemarahan Habib.

Hawa juga keliru dengan semua yang terjadi. Tapi dia cuba berfikir waras. Kesian melihat Datin Aisyah yang juga tertekan sehingga kelu untuk bersuara.

Keluhan berat dilepaskan. Habib bersandar di dinding. Matanya dipejam rapat kerana menahan rasa yang amat pedih. Rasa ingin menangis. Dia tak tahu kenapa dengan dirinya. Terlalu banyak rasa sehingga dia rasa kosong tentang hatinya sendiri. Segala tentang wanita bernama Ainnul Syarha dan anak kecil bernama Humairah bermain-main di benak fikirannya.

Istiqfar dipanjatkan. Habib cuba mengawal nafsu amarahnya. Matanya terlihat pada Datin Aisyah yang tertunduk memandang lantai hospital. Pipi yang mulai basah dengan airmata.

Rasa bersalah menyerbu ke dalam diri Habib. Langkah diatur menuju ke arah mamanya.

” Mama.. I’m sorry. ” Habib melutut dihadapan Datin Aisyah. Kedua-dua tangan Datin Aisyah digenggam erat. ” Habib tak berniat nak tinggi suara dengan mama, Habib cuma tertekan. Maafkan Habib. ” Dagu Datin Aisyah dinaikkan agar mata mereka saling bertatapan.

Habib benar-benar rasa bersalah. Tahukah Habib ? Datin Aisyah juga sedang menanggung sesuatu yang lebih berat sejak Habib lahir dan lebih berat memendam segalanya sejak 3 tahun lepas.

” Habib… mama yang patut minta maaf. Habib tak tahu sesuatu yang Habib perlu tahu. ” Datin Aisyah bersuara lemah. Mata Habib direnung dalam.

” Apa yang Habib tak tahu, mama ? ” Genggaman tangannya dengan Datin Aisyah masih erat.

” Ain.. Ainnul Syarha sebenarnya… ” Sukar untuk diluahkan. Datin Aisyah benar-benar buntu untuk berkata.

Hawa mula mengambil perhatian dengan apa yang bakal diperkatakan oleh mamanya.

Habib cuba menenangkan diri. ” Siapa dia, mama ? ”

Wajah Habib ditatap dengan pelbagai rasa. ” Ainnul Syarha sebenarnya kakak ipar kamu. Isteri kepada arwah kembar kamu. ”

Terkedu.

Bagai kaca terhempas dalam hati Habib. Serpihannya terhiris sedikit di hatinya tapi seakan berkocak darah menanggung perit. Itulah yang Habib rasa. Kembar??

Datin Aisyah kembali tunduk. Benarkah dia sudah meluahkan kebenaran? Kuatkan hati ini, Ya ALLAH.

Pantas Habib meleraikan genggaman tangannya dengan Datin Aisyah. Serentak itu juga dia lantas bangun berdiri. Habib berjalan mengundur menjauhi Datin Aisyah sehingga dia bersandar pada dinding wad kecemasan di hadapan mamanya. Dirinya direbahkan ke lantai. Tak kuat lagi menahan segalanya. Berulang kali kepalanya digeleng tanda itu semua hanya khayalan !

” Ha..Habib tak faham. Mama tipu. Habib tak ada kembar. ” Habib yang sudah terduduk diatas lantai bersuara perlahan tapi masih dapat didengari Datin Aisyah.

Hawa menekup tapak tangannya di mulut. Dia sendiri terkejut dengan kata-kata Datin Aisyah.

” Tak.. mama tak tipu. ” Ringkas Datin Aisyah bersuara. Dia bangun dan menghampiri Habib. ” Kamu adik,arwah pula abang. Kembar kamu meninggal 3 tahun lepas. Mama… ”

” Cukup, mama. Cukup ! Habib tak ada kembar!” Datin Aisyah yang betul-betul duduk bersimpuh dihadapannya ditinggikan suara. Tersentak seketika Datin Aisyah. Dia faham keadaan Habib.

” Habib,mama minta maaf sebab rahsiakan semua dari kamu. ” Pandangan Datin Aisyah beralih pula pada Hawa. ” Hawa, mama minta maaf sayang, kamu ada abang kembar sebenarnya. ”

Tidak tahu lagi hendak dikatakan apa. Datin Aisyah hanya berkata mengikut kemampuan yang makin tipis saat itu.

Hawa juga rebah di atas lantai. Perlahan-lahan airmata sayunya menitis. Syarha hanya terdiam. Segala kebenaran sudah terungkap. Akan tenangkah dia selepas ini ?

Habib menoleh ke arah Syarha. Merah mata Habib saat itu. Mukanya seperti kebingungan. Lemah semakin menguasai dirinya. Tajam matanya melihat Syarha dan akhirnya dia bangun dan melangkah ke arah Syarha.

” Kau tolong cakap dekat aku…. arwah suami kau bukan kembar aku…. Sebab aku tak ada kembar !!! ” Suara yang mula perlahan akhirnya berakhir dengan jerkahan.

Berdesing telinga Syarha. Tersentak. Syarha bersabar dalam masa yang sama sangat memahami Habib. Memang bukan mudah untuk menerima kenyatan dia ada kembar dan kembarnya sudah pergi terlalu jauh darinya 3 tahun lepas.

Syarha langsung tak berani untuk bersuara. Jauh di hatinya hanya berharap Habib tidak mengatakan sesuatu yang melibatkan arwah suaminya.

” Kenapa kau diam, perempuan ?! Tadi aku suruh kau diam, kau pandai diam ! Sekarang aku suruh kau cakap, kau cakaplah !! ” Kasar nada Habib. Untuk kesekelian kalinya Syarha tersentak.

Datin Aisyah dan Hawa masing-masing bangun. Mula menunjukkan riak muka gelisah melihat perubahan drastik Habib. Airmata dikesat perlahan.

” Ohh.. aku tahu dah. Kau yang reka semua cerita ni kan ? Kau paksa mama aku tipu aku kan ? Ilmu apa kau guna? Harap je pakai tudung labuh tapi dasar perempuan tak sedar diri! Suami kau pun sama je ! Menyusahkan ! ”

Datin Aisyah melangkah dan..

Pang!!

” Mama tak pernah ajar anak mama kurang ajar! Habib dah melampau !” Sesak suara Datin Aisyah saat tangannya sudah menampar pipi Habib.

Pipinya diusap. Ego dan tekanan dalam dirinya memuncak. Langsung dia tak sedar apa yang dia katakan kepada Syarha sebentar tadi. Tanpa sedikit pun bersuara, Habib melangkah pergi meninggalkan semua.

Berkali-kali Datin Aisyah memanggil Habib tapi tak diendahkannya.

Syarha sudah menangis teresak-esak dalam pelukan Hawa. Hatinya benar-benar terluka dengan kata-kata Habib. Memang bukan mudah untuk menerima semua ini. Semuanya bagai menyeksa diri.

***********************************

” Kenapa aku ?! Kenapa ?? Kenapa aku !!?? ” Pedal minyak kereta ditekan kuat seiring nadanya yang menjerit di dalam kereta.

Kereta sewa yang disewa oleh Datin Aisyah sepanjang mereka sekeluarga berada di Istanbul meluncur laju di atas jalan raya. Tiada hala tuju bagi Habib. Jiwanya benar-benar terganggu. Hati yang kian berkecai.

Pandangan Habib kabur melihat jalan dihadapannya dek kerana airmata yang galak mengalir. Habib terlalu tertekan. Sukar menerima kata-kata mamanya di hospital tadi. Tengiang-ngiang perkataan ‘kembar’ dalam fikiran Habib.

Habib kemudian memberi lampu signal ke kiri. Habib ingin menenangkan dirinya.

Laut yang terhampar luas menyeru Habib untuk menstabilkan perasaannya. Langkah di atur menuju ke pinggir laut. Cuaca yang agak mendung melihatkan tidak ramai orang bersantai di pinggir laut seperti kebiasaannya.

Kedua-dua tapak tangannya meraup wajah kusutnya. Seperti sangat susah untuk menerima kenyataan.

Tunggul batu yang ada di sepanjang pinggir laut itu menjadi tempatnya duduk. Lututnya dipeluk. Muka ditundukkan. Persis seseorang yang sedang bermasalah. Ya ! Itulah Habib Naufal.

Sekejap dia memandang laut, sekejap mendongak ke langit. Sekejap menunduk ke arah hamparan pasir. Sukar mentafsir keadaan Habib tika itu.

‘ Ya ALLAH, kenapa? Kenapa aku diuji sebegini? Aku baru bangun dari dunia yang gelap dan kini Kau kirimkan lagi dunia itu. Kenapa Ya ALLAH ? ‘

Airmata dibiarkan mengalir. Biar hanya suara hati berbicara.

‘ Aku kehilangan isteri tercinta pada hari pernikahan. Sekarang aku kehilangan kembar aku. Kembar yang langsung aku tak tahu kewujudannya. Inikah yang dikatakan takdir ? Sekali pun aku tak pernah bersua muka dengannya dan hari ni aku tahu dia dah pergi jauh dari aku. ‘

Mata Habib tajam melemparkan pandangan ke arah laut. Perit jiwa dan hatinya bagai diasak oleh ombak yang berduri.

‘Kenapa mama rahsiakan semua ni? Kembar aku meninggal tahun yang sama papa aku pergi. Mama harungi semuanya sendiri. Kenapa mama berkorban semua ni ? Kenapa mama sanggup rahsiakan semua ni? ‘

Habib menekan seketika matanya dengan hujung tapak tangan. Berharap airmatanya tak mengalir lagi.

‘ Aku ada anak saudara rupanya. Comel. Iras sikit mukanya macam aku. Lagi iras macam kembar aku. Macam ibunya, Syarha. Tapi kenapa baru sekarang aku tahu? 25 tahun aku hidup. Baru hari ni aku tahu… Kenapa Ya ALLAH ? ‘

‘ Syarha… kenapa baru sekarang muncul? Kenapa aku maki dia? Dia tak salah ! Ya ALLAH.. ‘

Hati Habib berdebar. Jantungnya berdegup laju. Dia hilang arah tuju tentang dirinya.Rambutnya di tarik kuat. Sakit kepalanya hanya ALLAH yang tahu. Berat dengan ujian yang tak henti-henti menyapa dirinya.

Perlahan Habib berdiri. Hanya hatinya bersuara. Lidah yang kelu untuk berkata. Biarlah hanya ALLAH dan dia tahu segalanya.

‘ Abang… agaknya abang tahu tak Habib ni kembar abang? Insan yang sama berkongsi rahim mama. 9 bulan 10 hari kita berdua dalam rahim mama. Sama-sama kongsi kasih sayang dalam rahim mama. Abang tahu tak semua tu? ‘

Semakin laju airmata Habib mengalir di pipinya. Bagai hari yang hanya ada airmata dalam hidup Habib.

‘ Abang… kenapa ALLAH tak temukan kita? Kenapa ALLAH ambil abang? Kenapa…… ? ‘

Habib tak berhenti dari menjatuhkan airmata. Abangnya yakni kembarnya sudah pergi jauh dari hidupnya. Habib mungkin mula merasakan rindu kepada arwah kembarnya. Sungguh tak sangka sebegini perit ujian ALLAH untuk dirinya. Kuatkah dia?

Rintik hujan mulai lebat turun membasahi bumi. Habib tidak sedikitpun berganjak. Biarlah airmatanya mengalir bersama dengan air hujan, rahmat dari ALLAH.

**************************************

Pintu wad kecemasan dikuak.

” How about my daughter? ” Syarha segera mendapatkan doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan yang menempatkan anaknya, Humairah.

” You are Humairah mother? ”

Syarha hanya mengangguk. Hati Syarha berdebar melihat riak muka doktor yang tersemat di bajunya ‘ Abdul Khair ‘ .

Doktor Khair melihat sekeliling. Seakan mencari seseorang. Dia hanya melihat 3 orang wanita dihadapannya.

” Where is your husband? Humairah keep calling ‘papa ‘.”

Syarha terasa sesak untuk bernafas. Laju otaknya menangkap wajah Habib yang juga iras wajah arwah suaminya. Mungkin Humairah ingin sangat berjumpa arwah papanya.

” Ermm.. my husband had pass away. ”

” Ouh..sorry. I did not know. ” Sebersalah pula muka Doktor Khair.

Syarha memberi segaris senyuman. ” It’s okey. ”

” How about she? ” Sekali lagi Syarha bertanya tentang Humaira. Tangannya digenggam erat oleh ibu mertuanya. Menanti jawapan dari Doktor Khair yang mempamerkan reaksi tidak menyenangkan.

Mata yang mula berkaca akhirnya menitiskan airmata kesakitan. Hawa, Datin Aisyah mahupun Syarha menahan rasa pahit mendengar penerangan Doktor Khair. Inikah takdir ? Pantas Syarha memeluk erat ibu mertuanya. Tak sanggup lagi menanggung semua ini. Bicara Doktor Khair benar-benar memeritkan hati seorang ibu.

Segera Hawa berlalu pergi. Habib hala tujunya kini. Hanya dengan bantuan Habib mampu meringankan beban yang ditanggung Humairah.

*********************************

Menggigil Habib diatas tunggul batu dipinggir laut itu. Hujan terlalu lebat namun Habib langsung tak berganjak. Tetap merelakan dirinya dibasahi oleh sang airmata dari langit.

Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

Sedikit pun Habib tidak mempamerkan reaksi terkejut. Habib hanya menoleh ke belakang. Hawa tersenyum ke arahnya dalam samar-samar hujan yang lebat.

Hati Habib seakan beku. Tidak tahu mahu merasakan apa lagi.

” Dekat sini rupanya abang. Kenapa duduk sini? Hujan lah abang. Abang sorang je duduk sini. Jom balik abang… ” Hawa menahan dingin pada waktu hampir senja itu. Baru sekejap dia terkena hujan yang lebat sudah merasa sejuk yang teramat sangat.

” Abang.. can you hear me? ” Bingung Hawa melihat Habib langsung tidak mengendahkannya.

Susah payah Hawa mencari teksi untuk mencari Habib dalam keadaan yang sama-samar kerana hujan lebat. Mujur pemandu teksi itu baik orangnya. Mahu juga menolong Hawa yang mencari-cari seseorang itu.

Seakan Hawa sedang bercakap dengan tunggul batu. Langsung tak memberi sebarang tindak balas.

” Abang.. Hawa bercakap dengan abang ni. ”

Habib tetap juga diam.

” Okey… ” Nada Hawa seakan pasrah. Nafas dihela. ” It’s okey kalau abang nak terus macam ni. It’s up to you. Tapi satu je abang, Humairah perlukan abang. Sebelum sesuatu yang buruk terjadi, tolonglah pergi hospital sekarang. ” Nafas yang seakan menahan dari menangis terluah dari mulut Hawa. Terbayang wajah anak kecil berusia baru 3 tahun yang sudah mengalami penderitaan pada usia sekecil itu. Takdir ALLAH tiada siapa boleh halang.

Hawa menunggu Habib memberi respon tapi hanya menghampakan Hawa. Habib hanya memandang ke satu arah. Dia hanya memandang laut. Matanya merah, dirinya basah kuyup. Langsung tak terurus dengan satu badan menggigil.

” Abang….. ” Mendayu suara Hawa. Terlalu berharap Habib bersuara.

” Abang, please. Say something. ” Hawa tetap juga memujuk Habib.

” Hawa…. abang tak kuat.. ” Lemah suara
Habib tetap juga diam. Akhirnya Hawa melangkah pergi. Menbawa pergi hati yang seakan hampa. Selangkah.. Dua langkah… T Habib.

Hawa menoleh. Dilihatnya Habib sudah terbaring di atas pasir. Ya ALLAH, kuatkan dirinya.

” Abang ! Ya ALLAH…. ” Segera tubuh Habib dipangku ke atas ribaanya. Terkulai Habib ketika itu.

” Hawa… ba..bawa abang pergi jumpa Humairah. ” Permintaan terakhir dari mulut Habib yang menggigil itu membuatkan Hawa merangkul erat tubuh Habib ke dalam pelukannya. Hawa mula merasakan sejuk yang teramat sangat pada tubuh Habib.

‘ Abang sangat kuat sebenarnya. ‘ Pilu hati Hawa bersuara.

***************************************

” We need the bloods as soon as possible. ” Ayat terakhir dari mulut Doktor Khair meluluhkan hati Syarha.

Syarha hanya memandang hampa gerak langkah Doktor Khair berlalu pergi. Keadaan anaknya terlalu kritikal. Hati seorang perempuan yang bergelar ibu tak terhitung peritnya.

” Sabarlah Syar. Mama yakin Habib akan datang. Darah Habib je sama dengan darah Irah. Kita dah tak ada penderma lain dalam waktu yang suntuk ni. ” Syarha hanya mendengar tapi hatinya terluka mendengar nama lelaki yang memakinya. Ditambah pula dengan hinaan kepada arwah suaminya. Perit!

Habib ingin menjadi penderma? Jauh di sudut hati Syarha tidak mungkin Habib akan melakukan pendermaan darahnya. Habib benci dirinya. Syarha juga masih terluka dengan kata-kata Habib. Tapi, bagaimana dengan anaknya,Humairah? Argh ! Kusut otak dibuatnya.

” Saya akan jadi penderma. ” Pinta satu suara.

Seraya itu Syarha dan Datin Aisyah menoleh ke arah suara itu. Suara yang garau seakin sakit tekak. Tepat pandangan mereka ke arah lelaki yang dipapah Hawa mendekati mereka.

Datin Aisyah senyum syukur. Tapi lain pula bagi Syarha yang segera berlalu pergi. Agak sakit melihat lelaki yang menghina arwah suaminya itu. Syarha juga ada maruah.

” Syarha, sekejap. ” Habib melangkah mengikut kemampuannya ke arah kakak iparnya itu.

” Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. ” Muka Syarha yang menunjukkan riak muka tidak senang dengan kehadirannya dipandang penuh kesal.

” Sekarang ni satu je saya minta. Tolong beri keizinan saya dermakan darah pada anak awak. Lagipun anak awak jadi macam tu sebab saya. Dia berlari ke arah saya.” Habib perlu berdepan realiti. Semua orang tertekan dan terseksa dengan semua yang berlaku. Dia tidak boleh lagi membiarkan emosi mengeruhkan lagi keadaan.

Syarha tahu ini bukan saatnya untuk mengambil hati atau terkilan. Semua itu perlu diletak tepi. Apa yang penting adalah Humairah, satu-satunya zuriatnya bersama arwah.

Bibir diketap,cuba menahan sebak di dada. ” Darah yang didermakan mungkin tak mampu nak selamatkan Irah. Anak saya 50/50 sekarang ni. Bahagian kepala dia teruk. Darah keluar tak henti-henti. Irah dalam keadaan koma. Saya buntu…. ” Seuntai luahan rasa dari hati dan jiwa yang terhimpit penuh lara. Airmata mengalir di pipi mulus Syarha. Bersuara sambil menangis. Itulah kasih seorang ibu.

Syarha tertunduk lemah. Semakin laju airmatanya menitis ke lantai.

” Kita ikhtiar dulu. Insya ALLAH.” Entah kenapa Habib rasa terlalu sedih melihat airmata Syarha yang rakus jatuh ke bumi. Dia perlu lakukan sesuatu.

********************************

Masing-masing diam tak bersuara. Riak muka penat menguasai wajah mereka bertiga. Sepanjang hari berada di hospital dan mengharungi macam-macam perkara yang membebankan diri mereka sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Datin Aisyah tenang memandu kereta .

Gerak hati Habib ingin sekali bersuara untuk mempersoalkan tentang kembarnya tapi bila memandang wajah Datin Aisyah hilang segala semangat untuk bertanya.

‘ Mama.. please say something.. ‘ pinta hati Habib.

” Habib… ” Panggil Datin Aisyah dengan suara yang agak lemah. Seperti tahu sahaja suara hati anak lelakinya itu.

” Ye, mama. Kenapa? ” Tanya Habib teruja. Berharap mamanya ingin berbual tentang arwah kembarnya. Tubuhnya dipeluk kerana merasa mulai hendak menggigil.

” Mama minta maaf ye sayang. Mama tak sangka sampai macam ni sekali jadi. Mama dah buat Habib tertekan sangat sampai demam anak mama ni. ” Lembut suara Datin Aisyah sambil matanya memandang sekilas Habib yang duduk di tempat duduk disebelahnya.

Tergendala proses pendermaan darah tadi bila doktor mengesahkan Habib mengalami demam yang tinggi suhunya. Akibat tidak mahu mengambil sebarang risiko, Syarha meminta Habib pulih dari demamnya dahulu dan baru pendermaan darah akan dijalankan.

” Mama tak perlu minta maaf. Habib yang perlu minta maaf sebab tak dapat control emosi . Maafkan Habib ye,mama. ” Tepat Habib memandang wajah Datin Aisyah.

Datin Aisyah tersenyum. ” Habib… nanti Habib akan tahu segalanya tentang kembar Habib. Mama harap Habib dapat terima semuanya. ” Penuh pengharapan Datin Aisyah berkata. Dia tidak mahu Habib akan lebih tertekan bila segalanya akan dia ketahui tak lama sahaja lagi.
Habib hanya mengangguk. Jauh disudut hatinya rasa berdebar. Akan kecundang lagikah dia atau dapat menerima secepat mungkin segalanya dengan redha? Dia sendiri tidak tahu kerana saat itu belum lagi berlaku.

Kereta Vios kini sudah terpakir di hadapan hotel The Beauty Love. Hawa yang sedap tidur di tempat duduk belakang dikejutkan oleh Datin Aisyah. Masing-masing melangkah masuk ke dalam hotel dengan wajah yang penat.

Sesampainya di hadapan pintu bilik Datin Aisyah menarik lengan Habib. Hawa tidak berkata apa-apa, terus masuk ke bilik dan merehatkan dirinya di atas tilam yang empuk.

” Kenapa mama? ” Hairan Habib melihat mamanya menghalang dia dari masuk ke dalam biliknya.

Datin Aisyah mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari beg tangannya.

” Habib, ni warkah terakhir dari kembar kamu untuk kamu. Semuanya arwah ada cerita dalam warkah ni. ” Sampul surat disuakan kepada Habib. Wajah Habib seakan berat melihat surat itu.

Teragak-agak Habib ingin mengambilnya. Kuatkah Habib membaca isi dalam warkah arwah kembarnya itu?

” Habib… mama faham Habib. Tapi warkah ni amanah dari arwah. Habib perlu baca juga. ” Pinta Datin Aisyah apabila melihat Habib seakan berat untuk mengambil sampul surat dari tangannya.

Akhirnya Habib akur. Dia perlu tahu dan ingin tahu semuanya. Sampul surat beralih tangan.
” Thanks, mama. ”

” Okey, mama masuk bilik dulu ye. ” Sempat Datin Aisyah menepuk-nepuk bahu Habib sebelum dia memboloskan diri ke dalam biliknya. Doa seorang ibu sentiasa mengiringi Habib agar Habib kuat tempuhi semua ini.

Pintu bilik dikuak. Habib terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai siap dan berasa agak tenang mengadu rintihan hati pada yang Maha Esa melaluli solat sunat hajat, Habib memulakan sesi mengenal kembarnya.

Tertera di atas sampul surat itu namanya, ‘ Habib Naufal ‘ dan satu lagi nama yang seiras namanya iaitu ‘ Hafiz Naufal ‘ . Habib tersenyum sendiri membaca nama kembarnya.
Sampul surat dibuka dan sehelai lembaran kertas berwarna putih dibaca.

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Adik… semoga ketabahan mengiringi adik.Saat adik baca warkah ini,abang sudah pergi jauh dari adik. Abang tahu sepanjang adik hidup,adik tak pernah tahu kewujudan abang dalam dunia ni.Adik mungkin tak pernah rasa perasaan rindu pada kembar adik seperti mana yang abang rasa. Abang faham. Bukan salah adik semua ni jadi dan bukan salah sesiapa tapi inilah takdir.Adik, tolong kuatkan hati baca semua ni.

Adik…keluarga angkat abang besarkan abang di Istanbul.Saat abang dah mengenjak remaja,abang dapat tahu semuanya tentang kisah hidup abang diserahkan kepada keluarga angkat.Adik, ALLAH je tahu luluhnya hati abang bila abang tahu semua tu. Bila ibu yang besarkan abang ceritakan semua, abang jadi sengsara. Bertahun-tahun abang tunggu mama,abang tunggu papa,abang tunggu darah daging abang datang ke Istanbul. Tapi…setiap tahun menghampakan abang.

Adik… kita terpisah sejak umur kita 7 hari.Adik tahu tak,adik beruntung sangat hari-hari boleh tatap wajah mama dan papa,boleh peluk cium mereka.Tapi abang? Abang cuma sempat rasa nikmat tu 7 hari je sebelum papa serahkan abang pada keluarga angkat. Abang tahu semua ni bukan atas kerelaan tapi kerana terdesak.Mama dan papa hidup susah dulu.Tak mampu nak jaga kelahiran yang pertama dengan dua bayi sekaligus. Abang faham. Abang tak pernah rasa abang ni anak terbuang.

ALLAH itu tak kejam.Bila umur abang mencecah 20 tahun, seorang wanita datang pada abang.Sinar mata dia menusuk dalam hati abang.Mata dia bergenang bila tatap muka abang. Ibu kata,itulah insan yang melahirkan abang ke dunia ni.Mama peluk abang erat. Terlalu erat. Penantian abang berakhir.ALLAH sayang abang kan? ALLAH izinkan abang jumpa mama walau hanya sekejap. Dan abang bahagia bila mama beritahu,abang ada seorang lagi adik yang dah mengenjak dewasa. Sedap namanya, Hawa Hanim.

Papa hanya kirimkan salam rindu dan sayang pada abang. Mama kata papa sakit. Abang cakap dengan mama, abang nak jumpa adik. Tapi mama kata jangan. Mama tak bagi. Mama kata adik tengah exam. Tak mahu tumpuan adik terganggu. Mama berjanji akan temukan kita. Abang tetap juga faham. Abang faham semuanya walau sebenarnya abang mula tak faham dengan hati abang sendiri.Hanya papa yang tahu mama datang Istanbul sebab nak jumpa abang. Hawa dan Habib tak tahu. Abang sedikit terluka. Sampai bila mama nak rahsiakan?

Adik,setahun lepas tu mama datang lagi sebab mama nak tengok abang nikah dengan Syarha,isteri abang. Mama datang sekejap sangat sebab papa tengah sakit teruk waktu tu. Abang nak ikut balik Malaysia tapi mama larang abang. Mama kata bukan waktu yang sesuai.Sekali lagi abang tetap juga faham. 6 bulan abang kahwin, abang dikurniakan seorang cahaya mata. Nur Humairah namanya.

Takdir ALLAH terkadang berlaku tanpa di duga.Abang disahkan menghidap barah hati tahap 4. Syarha hubungi mama dan sebulan lepas tu baru mama datang. Mama bawa berita buruk. Mama kata papa dah meninggal dunia.Adik… abang tahu adik faham perasaan abang. Sejak abang dah mula mengenal dunia, abang tak pernah lihat wajah papa kandung abang sendiri. Tak pernah adik. Dan sikit pun tak pernah merasai pelukan papa. Abang kecewa. Tapi mungkin ALLAH nak temukan abang dengan papa di sana nanti.Abang redha.

Adik… selagi adik bernyawa, jaga mama dan Hawa baik-baik ye. Mama dah terlalu banyak berkorban.

Adik… Abang sayang adik. Sayang sangat pada kembar abang yang langsung abang tak pernah jumpa di depan mata. Adik, setiap hari abang rindu adik. Abang rindu adik.. Rindu sangat-sangat…

Itulah semua luahan hati abang. Abang terdetik nak tulis warkah ni sebab abang tahu ajal abang semakin hampir. Mama nak temukan kita tapi kali ni abang yang larang. Abang tak nak adik sedih tengok keadaan abang. Maafkan abang.

Sekian dari kembar yang selalu merindui dan menyayangi mu , Hafiz Naufal.

Tidak putus-putus airmata Habib mengalir. Dia tak sangka sebegitu perit liku-liku kehidupan kembarnya. Dan betapa tabahnya Hafiz menempuh segalanya. Sungguh Habib tak menduga semua yang baru dia baca sebentar tadi berlaku pada kembarnya sendiri. Darah dagingnya yang berkongsi rahim dengannya selama 9 bulan 10 hari !

” Abang! Adik rindu abang ! Adik rindu abang…… Rindu abang…. Rindu sangat-sangat… ” Tak mampu untuk Habib pandam lagi segalanya. Warkah dari arwah Hafiz di dekatkan pada dadanya. Memeluk erat seakan dia sedang memeluk arwah.

” Abang…Adik nak jumpa abang. ”

” Abang… kenapa abang yang pergi. Kenapa tak adik ? ”

” Abang !! Adik sa…sayang..abang… ”

” Abang…. Please come back! Adik nak peluk abang ! ”

Setiap ayat yang Habib luahkan akan berakhir dengan esakan tangis yang semakin hiba kedengaran. Habib Naufal dan Hafiz Naufal , dua jiwa yang tak akan putus ikatan mereka dalam lindungan dari yang Maha Mengetahui.

Lidah Habib tidak kelu untuk bersuara. Airmata berlinangan. Sakit menahan rasa. Perih mengetahui segalanya. Habib membiarkan dia terus menangis. Perit mempertaruhkan jiwa dan hatinya yang kian lemah diulit kesedihan.

Habib tak mampu lagi menanggung semua ini. Pintu biliknya dibuka kasar. Pantas keluar dan mengetuk pintu bilik sebelah. Berkali-kali dia ketuk dan akhirnya Hawa membuka tombol pintu dari dalam.

Terkedu Hawa melihat Habib. Kusut , langsung nampak tak terurus. Matanya merah dan tubir matanya seakan bengkak.

” Mama ! Mana mama? ” Soal Habib kepada Hawa dengan nada yang tertekan.

” Ma…ma…mama solat tahajud… ” Gagap pula Hawa melihat Habib sebegitu.
Habib melangkah masuk. Nampak sahaja mamanya sudah memberi salam ke kiri terus tubuh tua itu dipeluk erat.

” Mama..kenapa abang lalui semua tu sendiri? Kenapa mama tak cerita pada Habib dari awal lagi? Kenapa mama pendam semuanya? Kenapa mama?? ” Pipi Habib basah dengan airmata. Seakan tidak mahu berhenti airmatanya.

Kasih seorang ibu, terlalu memahami situasi Habib. Datin Aisyah juga dengan serta merta turut menangis. Pelukan Habib dibalas erat. Mungkin Habib sudah merasai apa yang Datin Aisyah rasai selama ini. Warkah itu penyebab airmata Habib tidak jemu mengalir.

” Mama…. Ha…Habib… ” Habib ingin terus berkata tapi dia buntu untuk mengatakan apa-apa. Terasa sesak hatinya. Nafas yang tercungap-cungap untuk bersuara.

” Shhh… dah sayang. Jangan macam ni,nak. Mama ada. Mama ada dengan Habib. ” Pelukannya dengan Habib dileraikan. Wajah lemah itu dipandang penuh hiba.

” Habib, dengar apa yang mama nak cakap ni,sayang.” Airmata Habib yang laju mengalir dengan esakan yang penuh sendu diusap perlahan.

” Ini takdir,sayang. Mama tak minta semua ni jadi. Habib pun tak minta,kan? Semua orang tak minta semua ni jadi. Tapi ALLAH yang minta sesuatu, ALLAH minta kita kuatkan iman padaNya. Habib, ALLAH tahu yang terbaik. Takdir ini milik kita. Kita perlu redha. ” Ternoktah sahaja ayat Datin Aisyah, Habib kembali merangkul tubuh Datin Aisyah ke dalam pelukannya.

Menangis dan menangis. Hawa juga semakin laju menitiskan airmata. Dia turut sama memeluk mama dan abangnya. Pelukan yang dapat menghilangkan beban yang digalas.

” Mama minta anak-anak mama kuat hadapi semua ni. Kita perlu teruskan hidup. Kita perlu jadikan takdir ini sebagai ketabahan . Mama tak nak kita lemah. ” Dengan sepenuh kasih sayang Datin Aisyah mengusap ubun-ubun Habib dan Hawa. Seindah kasih sayang yang tidak dapat dibeli. Bicara Datin Aisyah menyuntik semangat lemahnya dua jiwa saat itu.

Masing-masing berpelukan,menangis tanpa henti. Biar ! Biar airmata yang jatuh turut seiring dengan beban yang semakin berkurangan.

**************************************************************
Hanya ALLAH tahu perasaan seorang insan bergelar ibu kepada anak kecil yang terbaring lemah diatas katil hospital saat itu.

Syarha menyeka airmata. Dahi Humairah dikucup buat kali terakhir. Pembedahan akan dijalankan. Awal pagi tadi Syarha dimaklumkan Humairah mengalami gumpulan darah beku di kepala. Darah yang berhenti dari mengalir membawa risiko yang lebih buruk kepada Humairah. Pembedahan perlu dipercepatkan atau komplikasi buruk akan berlaku.
Ubun-ubun Humairah diusap penuh kasih sayang.

‘ Ibu tahu sayang kuat. Berjuanglah sayang. Ibu sentiasa berdoa untuk Irah. ‘
Selagi masih mampu ditatap , Syarha menatap wajah Humairah yang terpejam rapat matanya. Pipi mulus yang pucat. Riak muka yang seakan tenang menuju bilik pembedahan.

” Please wait.. your daughter will be okey. ” Pesan Doktor Khair sebelum hilang di sebalik pintu bilik pembedahan. Sedikit sebanyak memberi Syarha kekuatan bahawa Humairah akan okey.

Kerusi dihadapan bilik pembedahan itu diduduki Syarha. Segala doa yang dia ketahui dibaca berulang kali. Hanya meminta pertolongan dari ALLAH. Tiada pertolongan sebaik pertolongan ALLAH.

Bibir Syarha basah dengan zikir-zikir yang tidak henti terluah dari mulutnya. Sembab mata Syarha kerana menangis. Ditambah pula tidak dapat tidur malam tadi memikirkan satu-satunya anaknya. Berjam-jam Syarha tunggu. Akhirnya dia terlelap di kerusi itu.

” Sayang… bangun sayang. Irah perlukan awak. ” Jelas kedengaran satu suara.

Syarha membuka mata dan pantas berdiri. ” Abang! ” Lantas tubuh Hafiz dipeluk erat. Menangis dalam dakapan suaminya.

” Kenapa ni sayang? Jangan menangis. Awak kena kuat.” Lembut sahaja suara Hafiz.
Dakapan Syarha semakin erat pada tubuh sasa Hafiz. Terasa hilang bebannya saat Hafiz juga memeluknya kemas.

” Abang..anak kita… Irah,abang. Irah sakit. ” Mata suaminya direnung dalam. Menghantar segala rasa hatinya melalui matanya dengan mata Hafiz.

” Ye sayang. Abang tahu. Sayang tak boleh terus menangis. Sayang wajib kuat. ” Pipi Syarha diusap lembut.

” Sayang.. sayang tolong kuat andai abang bawa Irah ikut bersama abang. ” Tangannya dileraikan dengan tangan Syarha. Memberi segaris senyuman yang meruntun hati Syarha.

” Tak.. Abang jangan ambil Irah.. Jangan abang… ”

Hafiz berlalu. Melangkah pergi dan pergi. Jauh dari pandangan Syarha.

” Abangggg !!!!!!!! ”

” Ya ALLAH. Aku mimpi apa ni, Ya ALLAH ? ” Istiqfar dipanjatkan. Dadanya diusap laju. Jantungnya berdegup kencang. Hati yang kian tidak tentu arah. Kenapa Syarha mimpi sebegitu?

******************************************

Syarha segera mendapatkan Doktor Khair setelah melihat kelibat doktor itu baru keluar dari bilik pembedahan. Airmata yang tidak jemu mengalir pantas diseka.

” Doctor, how about Humairah? ” Soal Syarha dengan nada agak tergesa-gesa. Hampir 3 jam menunggu pembedahan berakhir. 3 jam yang sangat mendebarkan hati seorang ibu.

Syarha jadi tidak sedap hati. Dia cuba menghapus mimpi buruknya tadi. Fikirannya cuba ditenangkan walhal riak muka Doktor Khair membuatkan Syarha semakin diulit kebimbingan.

Kemas Doktor Khair mengatakan kata-kata. Penerangannya berakhir dengan kata semangat untuk Syarha yang mulai bergenang dengan airmata.

‘ Ya ALLAH! inikah takdir untuk insan berdosa seperti aku? ‘ Rintih hati Syarha saat Doktor Khair berlalu pergi.

Kakinya terasa terlalu lemah untuk berdiri. Pantas tangannya mencapai dinding hospital. Terasa bagai mahu pitam. Hatinya tidak pernah berhenti dari menangis. Satu demi satu ujian mendatang. Ini bukan permintaan seorang hamba tapi ketentuan dari Yang Maha Memelihara. Akurkah hati seorang insan saat ujian lagi dan lagi menyapa hidupnya?

” Ya ALLAH Syar. Kenapa ni? ” Segera tubuh Syarha di bawa ke kerusi untuk Syarha duduk.

Risau Datin Aisyah melihat Syarha sebegitu. Mukanya lesu. Tiada kekuatan dari segi luaran yang Syarha miliki tapi hatinya? Jiwanya? Hanya ALLAH yang tahu.

” Syarha, kenapa sayang? Irah macam mana? Irah okey ke? ” Wajah Syarha tidak mententeramkan hati semua yang ada.

Soalan Datin Aisyah tidak dijawab. Sepi tanpa kata-kata hanya esakan tangis menerjah ke gegendang telinga.

” Kak Syarha… akak kenapa ni? Cuba beritahu kami. Jangan terus menangis. ” Prihatin Hawa bersuara. Tepat Hawa berdiri dihadapan Syarha, riak muka Syarha berjaya menembus masuk ke dalam kalbu Hawa. Rasa simpati melihat kakak iparnya itu.

Habib melihat wajah mama dan adiknya silih berganti. Risau benar dengan Syarha. Kenapa dengan Syarha? Terlalu sukar untuk bersuara.

” Syarha.. saya something,please. ” Hanya seringkas itu Habib mampu bersuara. Jiwanya kacau melihat Syarha semakin khusyuk menangis.

Datin Aisyah yang duduk di sebelahnya pantas dipeluk erat. Airmata semakin laju mengalir. Dia tidak tahu ingin mengatakan macam mana. Sakitnya mereka sekeluarga yang akan mendengar nanti, sakit lagi dirinya yang bergelar ibu kepada Humairah. Ini semua luka yang semakin menembus pelusuk hati yang paling dalam.

” Dok.. doktor sahkan Irah.. Irah hilang ingatan. ” Akhirnya Syarha bersuara. Tersedu-sedan meluahkan kesengsaraan.

” Ya ALLAH…. ” Semakin kemas Datin Aisyah memeluk Syarha. Sehingga begitu Syarha di uji. Tidak lekang dengan airmata bagi Syarha sejak Humairah kemalangan.

Humairah disahkan hilang ingatan. Anak kecik seperti Humairah yang baru berusia 3 tahun tidak mampu bertahan dengan komplikasi teruk di kepalanya. Akhirnya pembedahan berakhir dengan kesan yang buruk. Saat segalanya mula merencatkan kebahagiaan Syarha, hanya airmata yang mampu dia zahirkan.

Datin Aisyah cuba untuk tidak menangis demi memberi kekuatan kepada menantunya. Hawa turut merasai kepedihan itu. Habib memeluk bahu Hawa dari tepi. Airmata Hawa kian laju mengalir. Sungguh perit bagi mereka mendengar ayat ringkas dari Syarha.

Berulang kali kata sabar diucapkan kepada Syarha. Akhirnya Syarha meleraikan pelukannya dengan Datin Aisyah. Dia bingkas bangun dan berlalu pergi begitu sahaja.

Terkedu melihat reaksi Syarha sebegitu tapi mereka hanya membiarkan. Hanya satu destinasi yang ligat bermain dalam fikiran Syarha. Syarha perlu tabah lalui semua ini.

*************************************

” Abang! Kenapa abang tak ambil Irah ikut abang ? Kenapa abang ?! ” Syarha tertekan. Kubur Hafiz dicengkam kuat dengan jari-jemarinya. Menitis hiba airmata.

Tangan kanan dibawa ke arah batu nisan. ” Abang, kenapa ALLAH uji macam ni. Lebih baik ALLAH ambil nyawa Irah daripada Irah perlu terseksa lepas ni. Syar tak sanggup abang. ” Syarha tidak melupakan ALLAH cuba dia terlalu tertekan. Suara yang menahan dari penderitaan terluah dari mulut Syarha. Sungguh Syarha tidak sanggup lagi menghadapi semuanya. Takdir yang begitu sukar untuk ditempuh.

Syarha terkulai lemah. Kepalanya dilentokkan di atas kubur Hafiz. Kesengsaraan yang benar-benar memanah hatinya. Setiap saat yang hanya ada airmata kedukaan.

” Abang.. Syar tak kuat. Syar perlukan abang. Syar perlukan abang untuk pulihkan ingatan Irah. ” Airmata yang entah untuk kali keberapa mengalir diseka.

Syarha terus mengadu nasib. ” Semua memori Irah hilang. Irah dah sedar dari koma tapi… tapi Syar tak ada kekuatan nak berdepan dengan Irah. Syar perlukan abang. ” Perlahan nada suara Syarha. Seakan berbisik. Mata dipejam rapat,sukar membayangkan hari-hari seterusnya bersama Humairah yang tidak lagi mengenal dirinya.

Dia hanya membiarkan tudung yang dipakainya kotor terkena tanah. Dia tenang dengan keadaan begitu. Jari-jarinya menari di tepi kubur Hafiz. Persoalan yang sedang bermain di fikirannya saat ini hanyalah mampukah dia terus memikul ujian ini seorang diri tanpa suami di sisi?

Lama Syarha berteleku di kubur Hafiz. Merintih,merayu dan berdoa.

” Syar redha abang… redha. ” Semangat serta keimanan kembali meniup ke dalam dirinya seperti angin yang lemah-gemalai pada ketika itu mengalun ketenangan. Syarha perlu akur. Takdir ini miliknya.

********************************************

” Abang dah betul-betul sihat ke ni ? ” Soal Hawa risau.

Tangan Hawa dicapai lalu belakang tapak tangan Hawa diletakkan di dahinya. ” Can you feel it? Tak panas dah kan ? So, abang okey. ” Pipi Hawa
” Okey..okey.. ” Hendak kata apa lagi. Memang suhu badan Habib sudah di cubit manja.
menurun. Hawa melakar senyuman kesyukuran. Bukannya apa, demam Habib kali ini teruk. Muntah berkali-kali, langsung tak larat nak bangun dari pembaringan. Makan pun tak ada selera.

” Good luck, abang ! Doa Hawa dan mama sentiasa mengiringi abang. ” Bahu Habib ditepuk-tepuk tanda memberi semangat.

” Poyolah adik ni. Derma darah je lah. Bukan nak derma jantung pun. ” Selorah Habib mesra.

Hawa mencebik geram. ” Yelah abang ku sayang.. Dah, pergi cepat. ”

” Mama dengan Hawa pergi balik hotel kejap. Dah siap semua nanti, call mama ye. Kita pergi makan malam sama-sama nanti. ” Tutur Datin Aisyah sambil mengekori Habib menuju wad pendermaan darah.

Habib hanya mengangguk. Tangan Datin Aisyah dicapai dan dicium penuh kasih. Lantas tombol pintu dipulas dan memboloskan dirinya ke dalam wad. Sempat dia mencubit manja pipi Hawa.

Selangkah Hawa dan Datin Aisyah melangkah pergi terjengul Habib di depan pintu wad itu.

” Mama… ”

” Aiii.. abang. Takot ke, cepat sangat keluar balik. ” Hawa mengekek tawa.

” Mengada kau ni kan. Mana ada lah. ” Geram pula dengan Hawa ni. Habib terlupa untuk tanya sesuatu kepada mamanya.

” Mama… tadi Syarha call mama dia cakap apa ? ” Tenang Habib bertanya padahal hatinya risau dengan kakak iparnya itu.

” Habib jangan risaulah. Dia okey cuma dia tak boleh nak datang hospital hari ni. Esok baru dia datang. Mama dah maklumkan Habib dermakan darah hari ni. ” Lega Habib mendengar penjelasan Datin Aisyah. Matanya terlihat Hawa yang membuat muka tak sememeh lagaknya.

” Oii.. masalah apa kau ni? ”

” Apa? Mana ada apa. ” Hawa cuba menahan tawa.

” Kau jangan nak fikir bukan-bukan. Dia kak ipar kau dan aku. Tumbuk muka kau nanti. ” Marah Habib melihat riak muka Hawa seakan mempersoalkan Habib yang bertanya soal Syarha kepada Datin Aisyah. Tanya je pun.

Hawa menjelir lidah. ” Dah la cik abang oii.. pergi masuk cepat. Nanti doktor tu yang tumbuk abang kot. ”

” Banyak karenah kau ni,ye. Cepuk kang. ” Sempat Habib mencubit kasar hidung Hawa. Sudah ! Apa lagi. Merah macam hidung badut lah jadinya.

” Abang!. Mama…. tengok abang tu. ” Rengek Hawa. Hidungnya diusap manja.

” Sudahlah. Ada-ada je lah. Dah Habib, hati-hati ye. Jangan lupa call nanti, mama datang ambil .” Habib mengangguk sambil mengukir senyuman puas kepada Hawa. Padan muka kau Hawa! Kan dah dapat hidung badut.

Hawa sekali lagi menayangkan lidahnya saat jari telunjuk dan jari ibu Habib membentuk hurul L sambil mulut Habib berulang kali berkata Loser.

” Bye! ” Segera Habib memboloskan dirinya ke dalam wad pendermaan darah.

Hawa hanya menggeleng sambil menunjukkan riak muka tak cukup akal. Geram dengan perangai Habib ! Huh.

************************************

‘ Ya ALLAH, andai benar ini takdir yang perlu aku tempuh, kau sebarkanlah keteguhan iman dalam diri ini. ‘

Langkah di atur penuh debar. Wad 24 tertera dihadapan matanya. Kuatkah Syarha melalui hari baru setelah hari semalam penuh dengan penderitaan?

Baru selangkah Syarha memasuki wad itu, seluruh tubuhnya terasa lemah tak berdaya. Perasaan seorang ibu yang sangat terluka melihat anaknya terbaring dengan muka yang terlalu pucat dan lesu.

Jari jemarinya bermain antara satu sama lain. Airmata seorang ibu mula bergenang. Syarha menguatkan diri melangkah. Dia tidak boleh terus lemah. Humairah anaknya, walau apa pun yang terjadi, Syarha perlu meniti semua ini.

Wajah anaknya ditatap dengan seuntai senyuman. Ubun-ubun Humairah diusap perlahan.

” Sayang.. ibu datang melawat Irah. ”

Perlahan mata Humairah terbuka melihat insan dihadapannya. Pandangan Humairah benar-benar meruntunkan hati Syarha.

” Irah, ni ibu. Irah ingat kan? Ni ibu, sayang…. ” Bersuara sambil manahan sebak di hati. Tak tergambar perasaan Syarha saat itu.

Humairah terdiam. Riak muka yang langsung tak mengerti apa-apa. Matanya kembali dipejam.

Ini bukan lagi kelukaan tapi penderitaan !

Humairah langsung tak mengenali dirinya. Pandangan Humairah amat berbeza. Dia tidak lagi mengenal sesiapa. Termasuklah insan yang setiap hari menjadi tatapan matanya.

‘ Irah! Buka mata. Ni ibu….. Ibu yang kandungkan kamu, ibu yang lahirkan kamu, ibu yang besarkan kamu. Ni ibu, sayang…… ” Runtun hati pilu Syarha. Hanya hati bersuara saat mulut hanya teresak menangis bagai mentafsir tangisan hati.

” Syarha, can we talk ? ” Soal Doktor Khair yang baru memasuki wad Humairah.

” Yes, why not. ” Syarha melangkah menuju ke sofa di dalam wad 24 itu.

” I have a good news. Humairah in a good condition. Everything is normal. Just her mind can’t remember anything. By the way, she can discharge one week from now. ” Satu per satu Syarha menangkap bicara Doktor Khair. Penjelasan itu menenangkan sedikit hatinya.

Syarha cuba mengukir senyuman. Hanya memandang langkah Doktor Khair ke arah anaknya untuk melakukan pemeriksaan jantung. Matanya tepat kepada Humairah.

‘ Sayang, ibu tak akan menyerah. Ibu sanggup korbankan apa sahaja asalkan Irah kembali macam dulu. ‘

************************************************

Humairah sendirian di tepi halaman rumah. Hanya memandang kolam renang bersaiz sederhana besar di hadapan matanya. Tenang air itu samalah seperti tenangnya dia yang bersendirian tanpa ingin sesiapa bersamanya.

” Irah… buat apa ni sayang? ” Tersenyum Syarha melihat Humairah. Kakinya melangkah mendekati anaknya itu.

Humairah hanya diam. Air kolam yang tenang itu mula dikocak-kocakkan dengan tangannya.

Syarha tersenyum sendiri. ” Okey, ibu tahu. Irah nak mandi kolam kan? Betul tak sayang ? ” Semangat Syarha meneka kemahuan anak kesayangannya itu.

Sedikit pun Syarha tidak mengeluh walaupun Humairah tidak mengendahkan kata-katanya. Seminggu Humairah begitu sejak pulang ke rumah. Langsung tak mahu bercakap. Syarha cuba memahami gerak laku Humairah. Itu tugasan barunya sebagai seorang ibu. Selalu memahami dan jangan mengeluh.

Riak muka ceria masih terlakar di wajah Syarha.

” Anak ibu nak apa ni? Cakaplah dengan ibu. Anak ibu nak apa je, Insya ALLAH ibu akan tunaikan. ”

Tepat mata Humairah memandang ibunya. Pandangan yang sudah lama Syarha tidak lihat. Humairah benar-benar memandang wajah Syarha dengan membawa berjuta persoalan.

” Nur Humairah… ni ibu. Irah ingat kan? ” Syarha berharap kali ini Humairah mengingati dirinya. Matanya masih ditenung Syarha.

Humairah bingkas bangun dan berlalu memasuki rumah. Kepalanya terasa sakit saat mula memahami dua perkataan dari mulut Syarha. ‘ Anak ibu. ‘

Syarha memicit-micit dahinya. Tidak tahu hendak buat macam mana lagi untuk kembalikan ingatan Humairah.

” Assalamualaikum, Syar.. ”

Syarha terhenti dari memasuki pintu rumahnya. ” Waalaikumusalam, mama. ” Lantas tangan Datin Aisyah disalam dan dicium dengan rasa hormat.

Hawa menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan insan yang tua 2 tahun darinya itu. Habib hanya memberi senyuman. Setiap kali Syarha memandang Habib, pasti hatinya semakin teringat akan arwah Hafiz.

” Dari mana, mama? ” Soal Syarha sambil menjemput tetamu masuk.

” Kami dari hotel. Niat memang nak datang sini. Irah mana? ” Tercari-cari mata Datin Aisyah akan cucunya sebelum sofa empuk di ruang tamu menjadi tempatnya duduk.

” Dalam bilik agaknya. Tadi dia duduk luar. Syar cakap dengan dia langsung dia tak bersuara. Setiap hari macam tu. ” Nadanya hanya menerangkan dan sedikit pun tidak menunjukkan nada keluh kesal dengan sikap anaknya itu.

” Kak Syarha, Hawa nak ronda-ronda luar rumah akak boleh tak ? Cantiklah rumah akak. Besar pula tu. ” Macam tak pernah tengok rumah saja reaksi Hawa yang sambil tersengih meminta izin.

” Okey Hawa. Pergilah. ” Ucap Syarha seiring dengan senyuman.

” Ada-ada je lah Hawa ni. ” Datin Aisyah menggeleng kepala memerhati langkah Hawa yang keluar dari rumah itu.

” Syar.. ”

” Ye, mama. ”

” Doktor ada cakap apa-apa tak tentang perkembangan Irah ?” Syarha yang duduk di sofa berhadapan dengannya di pandang tepat.

” Doktor cuma minta Syarha usaha lagi. Ada peluang untuk Irah ingat semula tapi… ” Dari matanya yang melihat Datin Aisyah, terus dialihkan ke bawah lantai. Tergantung percakapannya saat mula memikirkan semula kata Doktor Khair dua hari lepas.

” Tapi apa Syarha? ” Sampuk Habib yang dari tadi hanya berdiam diri. Semangat pula dia mahu mendengar penjelasan Syarha.

Syarha melirik matanya seketika ke arah Habib sebelum memandang wajah tua Datin Aisyah. ” Doktor cakap peratus untuk Irah ingat semula tak begitu banyak. Dan Irah sebenarnya perlukan orang yang bersama dia selama ni untuk beri dia sokongan. ” Terang Syarha tenang. Saat Doktor Khair menjelaskan perkara itu, Syarha hanya terbayangkan arwah Hafiz. Hanya dia dan suaminya yang selalu bersama Humairah.

” Syar kena usaha lebih. Tunjukkan gambar-gambar kenangan dulu. Cerita pada Irah tentang kisah dia. Lagipun Syar kan ada. Sedikit sebanyak dapat juga membantu. ” Habib hanya mendengar nasihat mamanya.

” Tapi Syar tak kuat nak cerita soal arwah. Syar takut Irah tertekan bila tahu tentang kematian. Syar kadang-kadang buntu nak berusaha. ” Luah hati seorang ibu mengenangkan anaknya yang tak mampu lagi mengerti apa-apa.

” Jangan risau. Kami semua akan selalu bersama Syar. Kami akan bantu setakat yang mampu. ” Habib menyelit semangat untuk Syarha.

Syarha mengukir senyuman. Arhh! Dia perlu berdepan realiti. Itu Habib bukan Hafiz!

” Terima kasih. Tapi bukan esok dah cukup 2 minggu ke? Kata 2 minggu je di Istanbul. ” Syarha mengira-ngira hari.

” Yang itu jangan fikir, okey? Tahulah mama nak handle syarikat mama di Malaysia tu. ” Seraya itu Datin Aisyah menguntum senyuman.

****************************************************

Rambut Humairah dibelai dengan kasih sayang. Biarpun sudah hampir 2 minggu lebih Humairah masih tidak mengenali sesiapa, Syarha tetap tiupkan ketabahan dalam dirinya.

Syarha bersyukur kerana usahanya membawa kesan positif. Humairah sudah mula bercakap walau tidak sepetah dan riang seperti dulu.

” Irah… jom ikut ibu naik atas. Ibu nak tunjuk sesuatu pada Irah. ” Rambut Humairah masih dibelai. Memujuk Humairah yang ralit bermain koleksi Barbie di ruang tamu.

” Okey. ” Ringkas membalas permintaan Syarha.

Senang hati Syarha melihat Humairah yang masih seronok bermain patung Barbie sambil berjalan menuju tangga.

Tubuh Humairah pantas didukung. Terkedu Humairah dengan perbuatan ibunya itu.

” Sayang mainlah Barbie tu. Ibu saje je dukung Irah. Okey baby? ” Riang Syarha tersenyum. Sempat mengenyit mata bulatnya kepada Humairah.

Humairah membuat muka bingung. ” Baby? Saya kan dah besar. Bukan baby lagi. ” Kemas Humairah bersuara walau suaranya bernada mendatar.

Syarha tergelak kecil. Humairah diturunkan bila sudah sampai di tingkat atas rumahnya yang dua tingkat itu.

Syarha melutut agar parasnya dengan Humairah sama. ” Ye, Irah memang dah besar. Tapi Irah comel sangat-sangat. Comel lagi daripada Barbie Irah tu. ” Serentak itu Syarha mencubit manja pipi anaknya.

” Bie, dia kata saya comel. Saya comel lagi daripada awak. ” Kata-kata spontan yang terluah dari mulut Humairah sambil memandang anak patung Barbienya mengundang tawa Syarha.

Tanpa diminta Humairah juga tertawa. Bahagia hati seorang ibu saat itu. Pipi Humairah dicium penuh kasih.

Syarha mengangkat Humairah dan diletakkan di atas katil. Kemudian dia menyusul ke arah almari mengambil sebuah kotak dari dalam almari tersebut.

” Sayang, ibu nak tunjuk gambar-gambar kita waktu dulu-dulu. ” Syarha mengambil tempat duduk di sebelah Humairah.

Humairah hanya memerhati.

Album gambar dibuka. ” Okey, ni gambar Irah waktu baby. Masa ni dekat hospital. Comel kan? Geram ibu tengok. ” Gambar itu didekatkan untuk tatapan mata Humairah.

” Yang ni pula gambar Irah dengan ibu. Waktu ni dekat taman bunga. Irah baru setahun waktu tu. Irah ingat tak Irah pernah cium bunga-bunga dekat taman tu yang berwarna pink? Irah suka sangat warna bunga tu. ” Tenang Syarha menjelaskan. Humairah hanya mendengar dan melihat.

” Yang ni pula gambar Irah merajuk sebab coklat Irah jatuh ke tanah. Irah happy balik bila ibu belikan banyak-banyak coklat. ” Humairah memandang kosong gambar-gambar seterusnya. Otaknya langsung tidak menyimpan semua kenangan mereka sekeluarga.

” Ni siapa? Tak pernah nampak pun. Kenapa dia dukung saya? ” Mata Syarha merayu saat melihat gambar yang Humairah sedang teliti penuh makna.

Syarha terdiam. Bersediakah dia?

” Kalau ni ibu, maknanya yang dukung Irah sebelah ibu ni ayah lah kan? ” Lancar Humairah bersuara sebelum sempat Syarha membuka mulut.

Syarha mula menyedari sesuatu. Alhamdulillah.

” I…Irah dah ingat ibu? ” Syarha tersenyum bertanya.

” Awak selalu cakap awak ibu saya. Lepas ni saya panggil awak ibu, tau ? ” Mata mereka saling bertatapan. Mata Syarha mula berkaca.

Bersyukur. Bahu Humairah dipeluk dari tepi. ” Ye sayang. Ni ibu Irah. ”

” Ibu… ni ayah kan? Mana ayah? Irah tak pernah jumpa dia pun. Selalu yang datang dua orang perempuan je. ” Humairah mula mengingati insan-insan yang selalu melawatnya. Datin Aisyah dan juga Hawa. Saat Habib mengikuti sekali ke rumah Syarha pasti Humairah ada sahaja tingkahnya yang suka menyendiri dalam bilik.

” Ayah.. ayah ada sayang. Cuma dia tak ada di sini. Dia ada jauh dari kita. ”

Humairah tidak membalas kata-kata Syarha. Album gambar di dalam kotak di keluarkan untuk melihat gambar-gambar seterusnya.

Syarha dihujani perasaan sebak. Walaupun Humairah tidak ingat kisah dulu, sekurang-kurangnya dia sudah mampu menerima Syarha sebagai ibunya dan menganggap gambar Hafiz sebagai ayahnya. Terima Kasih ALLAH.

*****************************

” Mama, sure ke nak duduk sini lama lagi? Bila nak balik Malaysia? Hawa rindu butik Hawa lah mama. ” Ada nada merengek pada percakapan Hawa. Bukannya butik dia tutup begitu sahaja. Kak Risya ada untuk menguruskannya. Rindu sangat lah tu.

” Mama nak balik Malaysia tapi tunggu sampai Irah dah betul-betul sihat. Hawa tahu kan, Umi dan Abi kak Syarha pergi mengerjakan haji. Jadi kak Syarha hanya ada kita je. ” Jelas Datin Aisyah mengenangkan besannya yang beruntung menjadi tetamu ALLAH.

Hawa hanya mengangguk.

Habib melemparkan pandangannya jauh ke arah laut. Otaknya ralit berfikir mengenai satu-satunya anak buahnya. Angin malam menyusup menyebarkan rasa dingin.

‘ Abang, apa yang Habib perlu lakukan? Abang, Syarha betul-betul perlukan abang. ‘

Nafas dihela.Perlukah kali ini Habib berkorban? Bagaimana pula dengan Syarha? Sanggupkah dia juga berkorban atau membiarkan takdir menentukan segalanya?

Datin Aisyah memandang tepi. Wajah Habib tenang dilihat.

” Habib, macam mana petang tadi? ”

Wajah Datin Aisyah dipandang. ” Erm.. okey je mama. Habib rasa tenang. Rasa dekat dengan arwah. ” Sungguh Habib lega dapat menziarahi kubur arwah kembarnya. Walau Habib tak mampu lagi melihat kembarnya itu secara realiti.

Bahu Habib ditepuk-tepuk. ” Mama tahu anak mama kuat. Mampu redha dengan takdir ALLAH. ” Jauh di sudut hati Datin Aisyah bangga dengan anak lelakinya itu.

” Abang! Jom makan aiskrim. Jom lah abang. Aiskrim area Istanbul ni sedap tau. Jom lah abang. Please… ” Tersengih sendiri Habib melihat adik bongsunya itu memujuk. Tadi sibuk sangat main air laut. Tiba-tiba datang minta aiskrim.

Datin Aisyah hanya memerhati. Senang hatinya melihat kemesraan dua orang anaknya.

” Okey, abang boleh bawa Hawa makan aiskrim. ” Hawa meloncat gembira. Kanak-kanak ribena pun tak seronak sampai macam tu.

” Yeay! Jom abang, jom!. ”

” Tapi… Hawa yang belanja. ” Perlahan dan mendatar suara Habib tapi masih dapat didengari. Sepantas itu Habib menarik tangan Datin Aisyah menuju ke kereta.

Terjengul mata Hawa mendengar ayat Habib. ” Abang! Mana adil macam tu. Abang lah belanja. Abang! Eeeiiii…. abang!! ” Sekali lagi Hawa merengek, geram dengan sikap abangnya itu. Tudung yang dipakainya ditiup mesra angin malam.

Habib yang sudah sampai di kereta menoleh ke arah Hawa. Habib cuba menahan dari ketawa. Datin Aisyah juga begitu. Hawa oh Hawa.

” Alolo… comelnya dia merajuk. Macam baby doll punya muka tak dapat makan aiskrim. ” Habib melangkah ke arah pesisir laut mendapatkan Hawa yang muncung sedepa mulutnya. Kuat merajuk rupanya Hawa ni.

” Jom lah intan payung… kite belanja awak, tau? Alo… awak jangan lah merajuk. ” Tergelak kecil Habib dengan usikannya sendiri.

” Dah lah! Merajuk dengan abang. Harap muka je macho tapi langsung tak gentle. Herr..! Adik boleh beli sendiri lah! ” Setempek dapat muka terhangat di pasaran untuk Habib. Merajuk sungguh! Hawa segera menuju ke kereta. Datin Aisyah hanya mampu tersenyum melihat karenah anak-anaknya dari dalam kereta.

” Oiii cik abang! Muka baby doll merajuk awak tu tak comel langsung! Buruk tahu tak buruk ? Tak payah nak buat drama dekat situ. Jom la.. mama belanja. ” Hawa menahan ketawa melihat Habib yang meniru gaya dia merajuk tadi. Macam-macam lah.

” Sob..sob… iyelah.. Tak ada siapa nak pujuk kite. ” Hilang segala emosi merajuk Hawa melihat Habib membuat drama mengusap airmata padahal setitis airmata pun tidak ada. Gurauan malam lah katakan.

Habib menjelir lidah kepada Hawa dan terus mengambil tempat duduk pemandu. Kereta Vios meluncur di atas jalan raya mencari destinasi untuk makan aiskrim.

*********************************

” Ayah! ” Humairah berlari dari tangga mendapatkan lelaki yang memasuki ruang tamu rumahnya.

Secara spontan lelaki itu terus melutut untuk membiarkan dirinya dipeluk Humairah. Mesra senyuman yang terukir.

Syarha terkedu. Bermimpikah dia? Semudah itu Humairah menggelar lelaki itu sebagai ayah. Kenapa lelaki itu membiarkan?

” Hai sayang. Sihat ke hari ni? ” Soal Habib setelah Humairah meleraikan pelukan rindu kepada ayahnya.

” Sihat je ayah. Ayah lama tak datang jumpa Irah. Ayah, ayah jom main dekat luar. Jom lah, Irah ada banyak mainan dekat pondok luar. ” Pinta Humairah manja. Tangan Habib ditarik menuju ke pintu sisi rumah untuk keluar. Habib seakan terlalu biasa dengan Humairah.

” Okay sayang. Jom! ” Habib membiarkan Humairah menarik tangannya menuju ke luar. Kakinya juga ringan melangkah.

Mata Habib melirik ke arah 3 orang insan yang terkedu melihat reaksinya dengan Humairah. Habib hanya membiarkan. Mungkin ini waktunya.

” Syar.. beri Irah masa. Lembut suara Datin Aisyah melihat Syarha yang seperti membantah perlakuan anaknya dengan Habib.

Tangan Syarha dicapai. ” Akak.. Abang Habib ikhlas nak tolong kembalikan Irah yang dulu. ” Benar juga kata Hawa. Kalau tidak bukan semudah itu Habib menggelar dirinya ayah kepada Humairah.

Syarha cuba menerima. Langkah di atur menuju ke pintu sisi rumahnya. Matanya berkaca melihat kemesraan Humairah dengan Habib. Jantungnya seakan berdegup sayu. Matanya melihat Habib yang berada dihadapannya. Tapi, lain pula hatinya. Terseksa, merana , saat menganggap lelaki itu arwah suaminya, Hafiz.

‘ Abang, Syar rindu abang. ‘ Bisik sayu hati Syarha.

” Ibu! Ibu jom la main dengan Irah. Ayah pun main juga. ” Lamunan Syarha terhenti. Humairah sudah berdiri dihadapannya. Tangannya ditarik menuju pondok kecil di halaman rumah. Dari jauh Habib hanya tersenyum.

” Irah, Irah mainlah dengan a…ayah. Ibu duduk di buaian je. Okey? ” Peritnya hanya ALLAH yang tahu. Sukar melafaz perkataan ayah. Dihadapannya bukan insan yang bergelar suami. Hati Syarha kian terseksa.

Humairah terus berlari anak menuju ke pondok sementara Syarha mengambil duduk di atas buaian tidak jauh dari pondok itu. Halaman tepi rumah yang agak luas membebaskan Humairah berlari ke sana sini. Bermain barang-barang mainannya. Mesra sungguh dengan Habib.

‘ Irah, hampir sebulan ibu usaha macam-macam. Baru hari ni ibu dapat tengok Irah terlalu bahagia. Ibu juga bahagia, sayang. Cuma ibu tak kuat nak lalui detik baru kedatangan ‘ayah’ Irah. Irah panggil arwah papa, bukan ayah. Semua dah berubah. Irah dah banyak berubah. ‘ Rintih hati Syarha saat matanya tidak berganjak melihat keseronokan anaknya bermain kejar-mengejar dengan Habib.

Hawa turut tumpang bermain. Riang bergelak ketawa. Seperti memang itulah seorang anak dengan ayah kandungnya.

Datin Aisyah turut serta dengan Syarha di atas buaian. Tersenyum bahagia saat berkali-kali Humairah memanggil Habib dengan panggilan ayah.

” Mama… sampai bila? ” Soalan ringkas Syarha berjaya difahami Datin Aisyah.

” Syar… baru hari ni Habib dapat jumpa Irah. Irah terlalu menanti kedatangan Habib. ”

” Tak, mama. Irah tak tunggu Habib tapi Irah tunggu arwah Hafiz. ” Hati Syarha bergelora. Nada suara cuba diperlahankan.

Tangan Syarha dicapai. ” Mama tahu bukan mudah. Tapi ni salah satu cara untuk buat Irah bahagia. Doktor sendiri yang cakap Irah tak boleh banyak berfikit. Biar dia dengan dunianya. ”

” Mama tahu kan yang doktor baru baritahu Irah memang tak akan ingat kisah dulu. Irah budak-budak lagi, tak mampu nak lawan penyakitnya. Sekarang Irah dah anggap Habib ayahnya. Ma… Syar bukan isteri Habib. ” Sayu terdengar suara Syarha.

Datin Aisyah menjamu semula matanya ke arah Humairah. ” Kalau Syar tak keberatan. Syar boleh jadi isteri Habib yang sah. ” Lemah Datin Aisyah memberi pendapat.

Luluh jantung Syarha tika itu. Airmata ditahan dari mengalir. Ingatannya kembali kepada kata-katanya kepada Humairah di hospital dulu.

” Sayang, ibu tak akan menyerah. Ibu sanggup korbankan apa sahaja asalkan Irah kembali macam dulu. ” Terngiang-ngiang bicaranya.

**************************************

” Saya tahu semua ni tak pernah terlintas pun dalam fikiran awak. ” Hot chocolate dihirup. Tekaknya terasa perit meluahkan kata.

” Yes, I am. ” Pandangan dihala ke arah lain.

” Syarha… kalau saya yang baru kehilangan isteri tercinta 5 bulan yang lepas boleh berkorban, kenapa awak yang dah hampir 3 tahun kehilangan suami tak boleh nak berkorban? ” Kesal nada dilontarkan Habib. Hatinya tidak tentu arah. Zulaikha Humairah bermain-main dalam fikirannya begitu juga Hafiz Naufal, kembarnya.

” Saya lain. Awak lain. Saya ada zuriat dengan arwah. Kami bukan sekejap bersama. 2 tahun kami halal berdua. Bukan mudah saya nak terima lelaki lain dalam hidup saya. Dari kecil saya membesar dengan arwah. ” Terluah juga segala isi hati Syarha. Memang dia membesar dengan arwah Hafiz kerana Umi dan Abinya adalah insan yang membesarkan Hafiz Naufal.

Habib memejam erat matanya untuk seketika. Mencari kekuatan. Terguris hatinya dengan kata-kata Syarha.

” Ye, memang kita berbeza. Sebab awak ada 2 tahun bersama arwah secara halal. Tapi saya? Saya hanya ada beberapa minit bersama isteri saya. Awak memang betul. Kita terlalu berbeza. ” Keperitan cuba digalas Habib. Mungkin Syarha tidak pernah tahu liku-liku takdir yang ditempuh Habib.

Syarha terpanah. Benarkah apa yang baru dia dengar? Rasa bersalah menyerbu kedalam diri Syarha.

” Saya sayang Irah. Saya sayang kembar saya dan saya terlalu mencintai arwah isteri saya. Saya dah banyak kali menempa takdir. Pendirian saya mungkin berakhir kalau awak sudi berkorban hati. ”

Dengan berat hati Habib berlalu dari Cafe Jabbal Rahman. Meninggalkan Syarha yang masih dengan perasaan bersalahnya.

‘ Maira, abang tahu Maira nak abang berkorban. Abang rela berkorbandemi kebahagiaan insan lain. ‘

Pintu kereta dibuka dan memboloskan dirinya ke dalam kereta. Dompetnya dibuka. Terpampang gambar arwah Humairah. Sehelai kertas putih yang bersaiz kecil dari dompetnya dibaca untuk kesekelian kalinya. Hampir setiap hari dia membaca nota ringkas Humairah.

Assalamualaikum wahai insan yang bergelar suami. Waktu kita berdua mungkin tidak lama. Terima kasih sudi menerima insan seperti ku menjadi bidadari hati mu. Hanya satu hati ini ingin berkata. Teruskan hidup mu. ALLAH selalu disamping mu. Andai ada jodoh selepas ku, terimalah dia. Andai perlu berkorban. Jangan sangsi lagi dengan itu. Ikhlaskan diri mu.

Yang selalu mencintai mu, Zulaikha Humairah.

Nota yang Humairah amanah kepada Hawa sebelum ke masjid dulu agar diserahkan kepada Habib andai ajalnya dijemput kini berada dalam hati Habib selama-lamanya. 3 bulan berkurung dalam bilik, hanya nota itu menjadi tatapan hatinya. Memahami butir ayat Humairah agar ada cebisan semangat untuknya terus bangkit.

‘ Sayang.. abang lakukan semua ni kerana permintaan terakhir sayang. InsyaALLAH abang akan redha. ‘

**************************************

Tangan ditadah memohon doa pada Yang Maha Esa.

” Ya ALLAH, benarkah ini namanya takdir? Mampukah aku menjadi isteri kepadanya? Aku rela berkorban tapi iras lelaki itu mirip arwah suami ku. Terdayakah aku ikhlaskan hati? Langsung tiada niat untu menyakitkan hatinya tapi layakkah aku untuk menjadi yang halal buatnya ? ”

Malam kian sunyi sepi. Esakan Syarha menembusi setiap ruang biliknya. Solat istikarah didirikan dan jawapan pada sujud terakhir adalah Habib Naufal. Hatinya seakan menerima lelaki yang telah banyak berkorban untuk anaknya, Humairah.

Gambar Hafiz di atas meja diambil dan dipandang penuh rindu dan cinta.

‘ Abang, saat abang masih ada waktu bersama Syar dulu, abang selalu pesan hidup ni akan selalu ada pengorbanan. Asalkan hati kita ikhlas, pengorbanan yang kita buat pasti melakar bahagia. Abang, mungkin ini yang ALLAH nak tunjukkan tentang pengorbanan kepada Syar. ‘

********************************************

-Sebulan kemudian-

” Nenek, kenapa ibu dengan ayah kahwin sekali lagi? ” Soalan Humairah mengundang senyuman iklas dibibir Datin Aisyah.

” Erm.. sebab nak bahagiakan Irah lah. Irah bahagia kan? ” Lancar bersama senyuman Datin Aisyah bersuara.

Umi dan Abi Syarha turut senang hati melihat Humairah yang comel mengenakan baju kurung berwarna biru bersama tudung. Mereka merestui Habib dan Syarha setelah mendengar segala kisah dari mulut anak mereka sendiri.

” Irah, mari sini. ” Panggil Habib.

Terkedek-kedek Humairah menuju ke arah ayahnya. Habib mendukung Humairah. Tangan sebelahnya erat menggenggam jari-jemari Syarha. Hawa sudah siap sedia untuk mengambil gambar. Mencipta kenangan bersama senyuman ikhlas.

Masjid Biru menjadi tempat dua hati bersatu. Dua hati yang benar-benar saling mencintai. Bercinta selepas bernikah itu lebih afdal. Niat yang baik ternyata menyemai rasa cinta dalam hati mereka berdua.

” Ibu.. Ayah.. Irah bahaaagiaaaaa sangat ! ” Syarha dan Habib ketawa mesra mendengar Humairah menguntum bicara sambil tercoret lesung pipi di kedua-dua pipinya.

Syarha dan Habib bergambar pula dengan Umi dan Abi Syarha. Setelah itu dengan Datin Aisyah. Mencipta kenangan bersama.

*********************************************

” Abang… ” Pinggang Habib dirangkul dari belakang.

” Ye, Syar. Kenapa? ” Tangan Syarha yang kemas memeluknya digenggam erat.

” Terima kasih. ” Dari pelukan, Syarha memusingkan bahu Habib agar matanya dapat menatap dalam-dalam sinar mata suaminya itu.

” Terima kasih sebab sudi berkorban untuk kebahagiaan Irah. ” Walau sudah berkali kata terima kasih diucapkan, Syarha masih terasa perlu berterima kasih. Anaknya benar-benar bahagia dengan kehadiran Habib. Kebahagiaan yang juga dia miliki tika itu.

Tangan Habib diletakkan dipipinya. Terasa cinta berdetik saat bersama Habib.

” Abang yakin ini semua adalah yang terbaik. ALLAH akan selalu gantikan penderitaan dengan kebahagiaan andai kita ikhlas dan redha dengan takdirNya. ” Pipi mulus Syarha diusap manja.

Jari-jemarinya yang mengusap lembut pipi Syarha dialihkanke arah bibirnya. Mengucup tanda cinta yang bersemi di hati.

Bahu Syarha dipeluk dari tepi. Cantik pemandangan pada waktu malam saat berdiri di balkoni rumah Syarha bersaksikan hamparan bintang yang berkerdip indah tiada tandingan di malam hari.

” Abang, Syar minta maaf kalau Syar tak boleh nak jadi isteri sesolehah arwah Maira. ” Luahan hati Syarha ditemani pandangan mata yang khusyuk melihat langit.

” Abang juga nak minta maaf andai abang tak mampu nak jadi suami sebaik arwah abang Hafiz. ” Habib juga memandang langit.

” Kita sama-sama usaha agar cinta kita indah dipandangan ALLAH. Tapi, abang… Syar takut Syar terlalu lemah. ”

” Sayang.. ” Wajahnya isterinya dipandang. ” ALLAH murka pada sesiapa yang lawan takdirnya. Sekarang ni, Syar jodoh abang dan abang jodoh Syar. Kuasa ALLAH je yang mampu pisahkan kita. Ingat tu. ” Pipi Syarha dicubit manja. Suka benar Habib mencubit pipi mulus isterinya. Kekuatan suami bila disampaikan pada isteri akan lebih banyak bekalan bersama untuk keteguhan alam berumahtangga.

Syarha mengiakan kata-kata Habib. Lemah itu ujian untuk terus bangkit meraih redha ALLAH.

” Abang, satu hari nanti bila Irah dah besar, kita sama-sama beritahu dia siapa ayahnya yang sebenar. Irah perlu tahu kan abang. ” Hakikat itu perlu diceritakan pada Humairah. Berharap Humairah dapat menerimanya.

” Ye Syar. Lagipun Irah panggil arwah papa kan ? Bila abang hadir dalam hidup dia, panggilan ayah yang terluah dari mulutnya. Bila waktu mengizinkan, kita sama-sama beritahu Irah okey. ” Habib masih teringat saat Humairah memanggilnya papa sebelum Humairah kemalangan kerana menganggapnya insan yang selama ini bersamanya. Semua itu sudah menjadi kenangan.

Syarha tenang. ALLAH akan izinkan waktu itu berlaku. Dengan izinNya.

” Abang! Tengok tu. ” Jari telunjuk Syarha menghala ke arah langit.

” Cantik kan bintang. Tapi cantik lagi isteri abang ni. ” Tersipu malu Syarha mendengar pujian suaminya.

Perlahan Syarha menurunkan kepalanya ke dada bidang Habib. Tenang mendengar degup jantung suaminya.

*********************************************

-Malaysia-

Usai habis membaca Yassin, Syarha melihat Habib disebelahnya. Mata Habib mula bergenang dengan airmata.

” Abang, Syar yakin Maira tenang di sana. Syar yakin, abang. ” Keyakinan yang Syarha miliki cuba disalurkan kepada suaminya.

Sebelum airmatanya menitis, Habib terlebih dahulu menyeka airmatanya. Airmata rindu pada arwah isterinya. Habib perlu berdepan realiti. Kubur arwah Humairah ditatap penuh makna.

” Syar.. abang cuma rindu dia.. ” Mendayu suara Habib. Dia hanya jujur tika hatinya mula menzahirkan rasa.

Syarha mencapai pergelangan tangan Habib. “Ye abang. Syar faham. Rindu itu anugerah ALLAH. ”

” Abang dah janji kan dengan Syar. Syar pun dah janji dengan abang. Kita perlu teruskan cinta kita saat orang yang kita cinta sudah pergi menghadap Ilahi. ” Hanya janji itu yang mampu menguatkan hati mereka agar selalu tabah.

Habib merenung dalam mata Syarha. ” Terima kasih, Syar. ” Syarha mengukir senyuman. Rumput-rumput ditarik agar kubur Humairah kelihatan bersih dan kemas.

” Jom abang, balik. Kesian Hawa nak kena jaga Irah di butik. Dia pun ada kerja. ” Pinta Syarha lantas bangun berdiri.

Sebelum Habib bangun, batu nisan yang tertera nama arwah isterinya digenggam erat. Dia perlu berusaha teruskan hidup sebagaimana Syarha juga berusaha untuk teruskan hidup tanpa arwah Hafiz.

******************************************

– 5 Bulan kemudian –

” Ayah.. ayah… Irah lama dah nak tanya. Apa dalam perut ibu tu? ” Soal Humairah teruja. Jarinya mengetuk-ngetuk dagu. Seolah-olah sedang berfikir. Dari jauh dia menyoal Habib tapi masih dapat didengari Syarha.

Habib tersenyum melihat isterinya. Matanya turun ke arah perut Syarha.

” Kalau Irah nak tahu, dalam perut ibu tu ada adik Irah. ” Habib menyamakan parasnya dengan Irah yang semakin hari semakin ceria orangnya. Ada saja karenahnya yang melucukan hati. Nur Humairah sudah kembali dengan dirinya yang dulu.

Ternganga Humairah dibuatnya mendengar ayat Habib.

” Ibu… Ibu makan adik Irah ke? ” Tapak tangannya menutup mulut yang terbuka luas menampakkan gigi yang tersusun rapi. Tergelak kecil Habib melihat aksi spontan Humairah.

” Kenapa ibu makan adik? Kesian adik. ” Serious riak muka Humairah saat bersuara. Terkejut pun ada juga bila dia menganggap Syarha memakan adiknya kerana perut Syarha mula menunjukkan ada orang baru dalam keluarga mereka.

” Irah sayang… mari sini dekat ibu. ” Humairah melangkah ke arah ibunya yang sedang duduk berehat di kerusi kayu di halaman rumah.

” Irah sayang adik tak? ” Soalan Syarha membuatkan Humairah mengangguk berkali-kali. Sayang sangat lah tu.

” Nanti adik lahirlah dalam dunia ni. Sekarang ni adik tumpang perut ibu dulu. Okey? ” Syarha mengukir senyuman ikhlas. Humairah mengangguk tanda faham.

Kepala dilentokkan pada perut Syarha. ” Ayah! Ayah! Sini ayah. Adik macam bergerak lah. Dia nak keluar kot ayah. ” Syarha tertawa riang mendengar tutur kata Humairah. Teruja benar bila merasakan baby dalam kandungan Syarha seakan menendang-nendang.

Habib melangkah dengan senyuman mendekati dua orang insan yang disayanginya.

” Yeke Irah? Ayah nak nak rasa juga adik bergerak-gerak. Adik tak sabar nak jumpa Irah lah tu. ” Selorah Habib semakin mengundang tawa Syarha. Sengaja meluahkan nada teruja . Kepalanya juga dilentokkan pada perut Syarha.

” Ye lah ayah. Adik nak jumpa Irah. Nak main dengan Irah. ” Riang Humairah bersuara. Tak sabar menanti kelahiran adiknya.

Perlahan Syarha membelai rambut Habib dan Humairah. Bahagia melihat senyuman ikhlas semakin tersebar indah. Menghitung hari menanti kelahiran baru zuriatnya bersama Habib. Saat takdir ALLAH diredhai, percayalah semua akan indah pada akhirnya.

Sekian. Terima kasih sudi baca hingga noktah ke akhir. ^_^


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

46 ulasan untuk “Cerpen : Seindah Takdir”
  1. say gomen says:

    X rugi bace citer nih…bez lorh

  2. Nadia Mohd Zaini says:

    Memang Terbaikk !

  3. a.m.a says:

    keep it up! insyaAllah,ada potensi utk trus maju..bakat yg harus digilap :p
    alhamdulillah,settle da bca :)

  4. Adi Haikal says:

    Karya yang terbaik !! Teruskan menghasilkan karya-karya yang bermutu .

  5. tyka musa says:

    best saaangaatttt keep it up

  6. Memang terbaik cerita nie, sedih tp bahagia dgn redha Allah syokkk

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.