Cerpen :Sesat Di Jalan Terang

23 April 2015  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh:szaza zaiman

Allahu Akbar Allahu Akbar.
Allahu Akbar Allahu Akbar

Asyhadu alla illahaillallah.
Asyhadu alla illahaillallah

Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.

Haiyaalas solah
Haiyaalas solah

Haiyaalal falah.
Haiyaalal falah.

Assolaatu khairun minan naum
Assolaatu khairun minan naum

Allahu Akbar Allahu Akbar.

La ilahaillallah.

”Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh,.bunyi lagi!!!!!,. aku nak tidurlah bongok!” Amirul menengking kuat disebalik selimut. Telinganya dipekup dengan kedua belah tangannya. Semalam dia tidur lewat kerana asyik melayan internet. Dari satu video ke satu video di dalam you tube. Bila buka you tube dia paling suka melayan video-video HOT. Bukan payah pun, buka saja you tube, bersepah video-video HOT itu dipaparkan. Kadang-kadang sampai ke pagi dilayannya video itu. Ada setengah video Hot yang menarik minatnya akan dimuat turun ke dalam komputernya. Bila ada masa lapang atau pun boring menelaah, dia akan menonton filem-filem panas yang telah dimuat turun itu.

Muhammad Amirul Mukminin Bin Haji Alyas Taha, nama saja gah tapi perangai tak semegah namanya. Iman tak dapat diwarisi, walau ayahnya Haji Alyas dan ibunya Hajjah Mastura dihormati di Taman Perumahan mereka dan ayahnya Haji Alyas merupakan seorang Iman masjid dan kedua orang adik beradiknya yang lain merupakan ustaz dan ustazah tapi Amirul tidak ‘menjadi’ sebaik mereka.

Amirul seorang remaja yang berusia 20 tahun dan masih menuntut di sebuah kolej swasta atas permintaannya sendiri. Kakak sulungnya Fatimah Az-Zahra dulu menuntut di UIAM, dan abang keduanya Muhammad Rasyid menuntut di Mesir selama 5 tahun dan kini menjadi pensyarah di KUIS.Amirul anak bongsu yang diasuh dengan didikan agama Islam yang kuat oleh kedua orang ibu bapanya tapi dunia siber tanpa sempadan telah mengubah Amirul menjadi seorang remaja yang terlalu bebas dan penuh dengan keseronokan.

Bila mula memiliki komputer sendiri di usia 12 tahun, Amirul mengunakan komputer itu dengan sebaiknya. Sikap Amirul yang peramah dan suka berkawan dengan semua orang akhirnya menjebakkan Amirul dengan pengaruh sosial tanpa pengetahuan keluarganya. Keluarganya percaya Amirul mampu menjaga diri sendiri dan menjaga sikapnya. Bila orang lain ada beberapa laman sosial Amirul pun turut sama membuka laman facebook,twitter dan blog. Dalam internet Amirul bebas bersosial tanpa halangan sesiapa kerana Amirul memberi alasan mengunakan internet untuk mencari maklumat untuk membuat assigmentnya. Amirul dah bijak menipu. Pada mulanya Amirul ingat menipu tu macam kata P.Ramlee, sekadar bohong sunat saja. Inilah dia pengaruh filem. P. Ramlee tu nak buat cerita lawak ja, mana ada istilah bohong sunat nih!

”Mirul!,.bangun solat. Subuh dah masuk ni!” pintu biliknya di ketuk kuat. Suara umminya Hajjah Mastura sudah kedengaran. Mesti umminya nak pergi solat berjemaah di masjid dan mengejutkan Amirul sebelum keluar rumah. Amirul terus mengkerekot di dalam selimut, matanya terlalu berat untuk diangkat. Mimpi-mimpi indah masih memanggilnya. Tadi Amirul mengamuk bila orang masjid memasang tahrim, sekarang suara azan dan selepas itu suara umminya pula yang menganggu ketenangan waktu paginya. Selepas ini mesti suara orang solat berjemaah pula yang akan tetap menganggu tidurnya. Kenapalah orang masjid ni nak guna speaker bagai. Tak boleh ke solat senyap-senyap. Itulah ayat yang selalu Amirul bebelkan dalam hatinya.

” Mirul!,.ummi nak ke masjid ni dengan walid, nanti Mirul bangun ya!” suara Hajjah Mastura kedengaran lagi. Amirul memekup kedua belah telinganya. Memekak sajalah ummi ni! Orang nak tidur pun tak senanglah! Amirul masih membentak di dalam hati. Suasana sunyi seketika, Amirul terus memejamkan matanya dan kembali terlelap tapi beberapa minit kemudian terdengar pula suara walidnya yang baru memulakan solat berjemaah.

”Argghhh,.kenapalah walid ni beli rumah di tepi masjid? Bising, bising, bising!!!!!!” Amirul memekik lagi di keheningan subuh pagi. Terbakar hatinya setiap kali mendengar suara walidnya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan suara yang mendayu-dayu. Amirul rasa jiwanya langsung tak tenang dengan apa yang didengarnya. Dia rasa panas hati, nak membentak dan nak membantah semua perkara, namun Amirul tidak berani menunjukkan taringnya lagi, takut kebebasannya bersosial di laman-laman sosial akan dikongkong oleh ummi dan walidnya. Setakat hari ini Amirul cuba bersabar dengan apa yang sedang ditanggungnya, asalkan kegiatannya di laman sosial tidak diganggu gugat..

Amirul terus menyambung tidurnya, suara speaker dari masjid di sebelah rumahnya langsung tak diendahkan. Tidur lagi baik! Hatinya berbisik lagi, dan Amirul terus menyambung mimpi-mimpinya hingga matahari sudah meninggi. Beginilah Amirul, setelah mengenali dunia barunya. Dulu Amirul cukup patuh dengan suruhan Allah kerana takut walidnya yang sangat tegas itu merotannya kalau tak solat. Sejak meningkat usia remaja, Amirul semakin culas dengan tanggungjawabnya yang wajib kepada Allah. Amirul hanya solat bila diajak walidnya ke masjid. Hanya solat di bulan ramadhan untuk berjemaah solat tarawikh. Kalau tanpa pantauan walid dan umminya jangan harap Amirul nak solat. Rimas!

…………………………………………….

”Mirul,.baru bangun ke? Tak ada kelas hari ni?” Amirul mendonggak, umminya sedang memandangnya dengan wajah hairan. Amirul tersengeh dalam terpaksa.Kantoi,.sebab bangun lewat. Janganlah ummi tanya aku, aku solat subuh atau tak,tak memasal aku kena tipu ummi pagi-pagi ni.

”Pagi tadi ummi kejut bangun solat subuh, bangun ke tidak?” Amirul berhenti melangkah. Dia sengeh lagi, mahu atau tak, dia tetap kena kelentong umminya pagi ni, kalau tak gerenti dia kena leter teruk dengan ummi.

”Mestilah ummi! Mirulkan anak bongsu ummi yang paling rajin sekali,.cuma,.” dia tersengeh lagi sambil tangan sudah mencengkam rambutnya sendiri untuk mencari idea, bagaimana nak menyelamatkan diri untuk memberi alasan kiranya ummi tahu dia bangun lewat. Memang pantang ummi dan walidnya kalau masih tidur selepas solat subuh. Macam-macam pantang larang ummi dan walid,.konon Islam itu mudah tapi semuanya tak boleh. Haih!,.Amirul mengeluh di dalam hati.

”Cuma apa? Ni kusut masai semacam ni, Mirul baru bangun tidur ya??” suara Hajjah Mastura sudah dikuatkan sedikit. Tergamam Amirul mendengar tengkingan umminya itu, namun dia cuba tidak melatah melalui situasi ini. Amirul terus mempamerkan giginya.

”Alaa ummi,.Mirul bukannya sengaja. Mirul tidur lewat semalam sebab siapkan assigment yang Prof bagi. Ni pagi ni ada kelas pukul 11.00 nanti, Prof Haizi tu bukan boleh percaya sangat ummi, kalau tak siap assigment yang dia bagi tu tepat pada masanya, mesti kena denda. Dia ingat ini sekolah menengah ke apa, nak kena denda bagai,” Amirul cuba menyalahkan Profesornya pula. Hajjah Mastura mengerling jam di dinding rumahnya sambil kepala digelengkan berkali-kali.

”Kalau dah tahu ada kelas pukul 11.00 kenapa pukul 12.30 baru bangun? Kelas Mirul tu pukul 11.00 pagi ke pukul 11.00 malam?” terbuntang mata Amirul, takkan selewat ini dia bangun? Dengan pantas dia menoleh ke arah jam di dinding rumahnya. Biar bebetul! Amirul kepanasan. Macam mana boleh terbabas masa ni?

” Ya Allah! Macam mana ni ummi? Habislah Mirul kalau Prof Haizi tu mengamuk,.” Amirul pura-pura cemas. Sebenarnya hari ni dia ada kelas pukul 9.00 pagi. Sejak akhir-akhir ni semua kertas assigmentnya Amirul upah pelajar sekuliahnya siapkan. Amirul hanya hulurkan duit.saja.

” Kenapa dengan Mirul ni? Sejak akhir-akhir ni ummi tengok Mirul buat apa pun sambil lewa ja. Masjid pun Mirul dah tak pergi. Sebenarnya Mirul buat apa berkurung dalam bilik tu siang malam? Betul ke Mirul buat assigment? Ummi tengok, Mirul mengadap ja komputer tu,Mirul dah tak bercampur dengan orang lain. Kalau kakak Mirul dan abang Mirul balik ke rumah pun, Mirul buat tak kisah ja. Cuba cerita dengan ummi,.” Hajjah Mastura bertanya ragu. Sudah lama ingin disiasat gelagat anak bujangnya ini tapi dalam masa yang sama dia ingin mempercayai Amirul. Dia tak mahu mengongkong kebebasan Amirul.

”Ummi ni,.zaman sekarang ni ummi, bukan macam zaman dulu-dulu. Ummi tahulahkan, sekarang ni segala maklumat ada dalam internet. Dulu ummi, kalau nak mencari maklumat kena berkurung dalam library. Sekarang ni nak cari maklumat cuma perlu search dan klik ja. Dah ada kemudahan ummi, buat apa Mirul nak susah payah lagi. Kalau nak berkawan pun sekarang ni, orang cari dalam internet, boleh berchatting, skpye.whatssapp dan macam-macam lagilah. Banyak sangat ummi, nak dengan tak mau ja semua tu,.” dengan yakinnya Amirul memberitahu umminya itu, macamlah umminya tak tahu apa-apa pasal internet.

”Ummi tahu semua tu tapi Mirul kena jugak ingat, internet ni banyak buruk dari baiknya. Kalau nak buat rujukan sekali pun takkan sampai tak berdunia dengan orang? Maksud ummi, Mirul dah tak mahu campur dengan orang-orang masjid lagi. Masjid tu bukannya jauh mana pun Mirul.Sebelah rumah kita ni ja. Mirul balik kolej sekarang ni berkurung saja dalam bilik, mengadap ja komputer tu.” Hajjah Mastura menyuarakan sekali lagi keraguannya. Amirul memang banyak berubah sejak mula belajar di kolej. Tak macam kakak dan abangnya yang lebih suka melanjutkan pelajaran ke Universiti yang lebih menekankan kepentingan agama. Entah apa yang membuatkan Amirul berubah.

”Ummi!,.Mirul laparlah! Ummi masak apa hari ni?” Amirul menukar topik perbualan mereka sambil tersengeh. Dia menuju ke meja makan yang sudah siap tersedia tudung saji di atasnya.

” Ummi buat masak lemak cili padi ikan patin campur tempoyak” sengaja Hajjah Mastura menyebut masakan itu kerana dia tahu Amirul memang alah dengan makanan yang berbau kuat, macam durian,tempoyak,belacan,budu,cencalok,petai dan jering. Amirul berhenti melangkah dan menoleh semula ke arah Hajjah Mastura sambil mencerunkan wajahnya. Tangan kanannya spontan menutup hidung.

”Alah ummi ni!” wajahnya dimasamkan. Hajjah Mastura mengelengkan kepalanya tanpa sedar. Perangai tak senonoh betul anak terunanya yang seorang ni,dia tak boleh makan sekali dengan dengan orang lain pun tak boleh makan jugak.

”Ummi bukan masak untuk Mirul.Ummi masak untuk walid,Mirul tak nak makan sudah. Puasa ja,.ni dah dekat bulan Rejab, nanti nak masuk Saaban dan Ramadan. Eloklah kalau mula sekarang,..” Hajjah Mastura melebarkan senyumannya bila Amirul masih berwajah murung, Tegak kaku berdekatan meja makan.

”Dahlah ummi!.Mirul naik mandi dululah, nanti Mirul makan di luar ja, ummi tak sayang Mirul lagi. Asyik-asyik walid ja,” Amirul bersuara rajuk. Hajjah Mastura sudah berderai tawa. Umur dah 20 tahun tapi perangai masih macam budak-budak lagi.

”Eloklah tu,pergi mandi dulu,nanti turun makan sekali. Kita ada tetamu sekejap lagi. Walid pun dah telefon tadi nak balik makan tengahari di rumah. Nanti solat zohor kita boleh pergi masjid berjemaah sekali.” Amirul yang sudah berpusing untuk berlalu menoleh ke arah umminya sekali lagi. Ayat tengah dan ayat terakhir umminya menarik minatnya.

”Tetamu? Siapa ummi? Err,.ummi, bab solat jemaah tu tak bolehlah, sebab Mirul dah janji dengan kawan-kawan dalam pukul 1.00 nanti nak keluar. Lain kalilah ummi ya,ni pun dah lewat ni. Mirul naik dululah ummi,” cepat saja Amirul mengatur langkah, ingin melarikan diri tapi baru tiga langkah dia menoleh semula.

”Siapa yang nak datang ummi?”
…………………………………………………..

Nurul Ain Nabila, dia baru kehilangan ayahnya seminggu yang lalu. Ibunya sudah menjadi ibu tunggal dan hilang mata pencarian. Ibunya hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Nasib baiklah ayahnya meninggalkan tapak rumah dan rumah yang mereka diami sekarang adalah rumah milik mereka sendiri, kalau tidak tentu nasib mereka ibarat jatuh ditimpa tangga. Ibunya rajin bercucuk tanam di belakang rumah mereka. Hidup di kampung ni kalau rajin berbudi pada tanah pasti rezeki datang mencurah-curah namun, selepas ayahnya tiada mereka terpaksa berjimat dengan duit yang mereka ada. Hasil tanaman ibunya seperti sayur-sayuran,ubi keledek,ubi kayu,serai,cili dan tebu kini terpaksa di jual. Kalau dulu ibunya lebih suka bersedekah kepada jiran-jiran sekeliling rumahnya. Keluarga mereka ramai dan Nurul anak sulung dari tujuh orang adik beradik. Sebagai anak sulung Nurul rasa memang tanggunjawabnya untuk membantu ibunya sekarang. Dia lulus dengan cemerlang dalam SPM tahun lepas tapi bila ayahnya meninggal dia berhenti belajar buat sementara waktu. Kesian ibu kalau terpaksa mengalas beban seorang diri jadi Nurul menerima tawaran seorang rakan ibunya untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Hari ini Nurul bertolak dari Kedah ke Kuala Lumpur seawal 6.00 pagi. Majikannya ,merangkap kawan ibunya sudah menghantar pemandu mereka di stesen bas untuk mengambil Nurul. Nasib baik Nurul kenal dengan Pak Hamid kerana Pak Hamid dulu pernah tinggal di kampung mereka juga. Mungkin ini satu kebetulan yang tak diduga bila Pak Hamid yang membawa kawan ibunya ini untuk menziarah jenazah ayahnya seminggu yang lalu. Dari situlah Nurul mengenali Hajjah Mastura dan suaminya Haji Alyas.

”Masuklah Nurul, jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri ya!’ ramah Hajjah Mastura mempelawa Nurul masuk. Nurul menapak perlahan dan berpura-pura selamba, padahal dalam hatinya sudah teruja melihat perhiasan di dalam rumah ini. Selepas menapak masuk dengan sopan tangannya dihulurkan kepada Hajjah Mastura, bila tangannya bersambut lantas tangan Hajjah Mastura digenggam kemas dan dibawa ke bibirnya. Begitu tertibnya telatah Nurul dan membuatkan hati Hajjah Mastura terpikat. Andai Nurul mahu menjadi menantunya alangkah bagusnya. Hati Hajjah Mastura berbisik. Hajjah Mastura terus merangkul tubuh Nurul sebaik Nurul melepaskan tangannya. Pipi Nurul dicium kiri dan kanan. Memerah pipi Nurul menahan malu kerana tidak menduga akan dilayan sebegini baik. Selalunya kalau cerita di tv, orang kaya ni selalunya sombong,lebih-lebih lagi dengan pembantu rumah. Nurul cuba berbaik sangka. Mungkin keluarga Hajjah Mastura tak macam tu kot?

”Err,.Puan,.beghapa oghang tinggai dalam ghumah ni? Nurul nak berteruih teghang ni,.Nurul,.Nurul sebenarnya tak pandai sangat nak buat gheja ghumah ni. Sikit-sikit tu boleh la. Puan kena ajaq dulu la naa, takut jugak Nurul satgi silap tang mana ka,.” teragak-agak Nurul nak cakap. Sebagai orang perempuan, dia malu nak mengaku tapi kalau tak mengaku nanti, buat silap lagilah malu.

”Nurul,.tak payah panggil puanlah!. Ibu Nurul dengan ummi dah lama kenal. Panggil ummi ya! Boleh?” Hajjah Mastura mengelus lembut bahu Nurul, kemudian dipimpinnya Nurul masuk ke rumah dan menuju ke ruang tamu. Tentu Nurul sudah letih kerana seharian di dalam bas. Sudah tengahari ni mesti dia dah lapar. Belum apa-apa lagi dah menyuruh mengajar dia buat kerja. Lega Hajjah Mastura mendengarnya.

”Mana boleh macam tu Puan. Ibu dah pesan kena hormat Puan, lagi pun, Nurulkan pekerja di sini, kenalah panggil Puan. Kalau anak angkat tu lainlah,” Nurul masih berkeras dengan panggilan yang harus dipanggilnya. Malu pulak nak panggil ummi ni, nanti anak-anak Hajjah Mastura cakap apa pula.

”Ermm,.anak angkat pun boleh. Kalau anak menantu lagilah boleh. Ummi pun ada sorang lagi anak bujang,” gulp,.Nurul telan liur tanpa sedar. Ini yang lemah ni, aku nak kerja untuk cari duit nak sambung belajar. Awat la Hajjah Mastura cakap macam tu? Ibu!!,.Nurul nak balik! Nurul berinteraksi dengan diri sendiri di dalam hati. Kelu terus lidahnya untuk menjawab. Buatnya Hajjah Mastura serius habislah cita-cita aku!

”Duduk dulu, Nurul tentu letihkan? Nanti ummi tunjukkan bilik. Nanti kita makan sama-sama. Tunggu walid balik dulu. Ummi buatkan air, Nurul rehatlah ya,” Hajjah Mastura pun melangkah menuju ke dapur. Nurul resah di atas sofa empuk ruang tamu rumah besar ini. Memang berbeza benar dengan rumahnya di kampung. Langkah Hajjah Mastura diperhatikan hingga hilang disebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan ruang dapur. Minda Nurul ligat berfikir, apa kerja yang harus dilakukan di rumah sebesar ini? Sebelum ini, hari cuti sekolah saja dia membantu ibunya mengemas dan memasak, itu pun menolong mengopek bawang dan menjerang air. Dia banyak menghabiskan masanya di sekolah, dengan aktiviti luar dan belajar berkumpulan bersama rakan-rakannya. Kalau cuti dia lebih banyak membantu ibu menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Bukan ibunya tak pernah mengajar memasak, cuma dia tak minat sangat nak buat kerja-kerja dapur ni. Dia tahu itu semua tugas orang perempuan, tapi kalau dah tak minat tu nak buat macam mana. Takkan lari gunung dikejar. Nanti, pandailah dengan sendirinya. Itu yang selalu difikirkannya.

Hajjah Mastura datang semula ke ruang tamu dengan dulang berisi dua gelas jus oren dan sepiring kek keju. Nurul hanya memerhati sambil tersenyum. Kalau tadi dia rancak berkata-kata, kini dia hilang modal untuk bercakap. Terkejut dengan statement Hajjah Mastura tadi. Tengok dulu, kalau anak bujang Hajjah Mastura tu baik akhlaknya macam Ummi dan walidnya, kecil tapak tangan, Puncak Gunung Jerai Nurul tadahkan tapi kalau anak bujang Hajjah Mastura sekadar elok rupa paras tapi akhlak hampeh, lebih baik tak payah!

”Minum Nurul, alas perut dulu buat sementara waktu, nanti kita makan tengahari atau Nurul nak mandi dulu ka?” dalam Hajjah Mastura mempelawa Nurul minum, sempat pula dia menyoal bila melihat tingkah Nurul yang macam cacing kepanasan.

”Terima kasih Puan, susahkan Puan ja, dok buat ayaq kat Nurul pulak. ” serba salah Nurul dibuatnya. Ingatkan bila dah sampai di sini, dia terus kena buat kerja, tak sangka pula akan dilayan sebegini baik.

”Minumlah Nurul,.lepas ni Nurul buat macam rumah sendiri ya. Ummi pun tak ada kawan di rumah ni. Nak harapkan Mirul, hmm,.balik kolej berkurung saja dalam bilik, mengalahkan anak dara. Kalau tak, dia keluar dengan kawan-kawan dia, kadang-kadang malam baru balik. Dahlah!,.minumlah! nanti ummi bawa ke bilik. Ummi dah siapkan bilik Nurul di tingkat dua, sebelah bilik ummi,” rancak Hajjah Mastura bercerita sambil menatap wajah Nurul. Anak gadis di depannya ini mirip wajah ibunya, kawannya ketika di sekolah menengah. Mereka taklah rapat sangat tapi mereka pernah sekelas. Bertemu kembali ketika dia pergi berziarah seorang saudaranya yang sakit di kampung.

Hajjah Mastura dulu seorang yang agak periang di sekolah. Dia bebas dan sosial namun jodohnya sampai awal. Dia kahwin dalam usia 17 tahun. Haji Alyas anak seorang Imam masjid di kampung ibunya. Oleh kerana Hajjah Mastura dulu terlalu degil jadi dia dikahwinkan awal kerana kedua orang tuanya takut Hajjah Mastura akan menjadi lebih teruk lagi. Berkat mendapat suami yang baik dan penyabar seperti Haji Alyas, Hajjah Mastura pun berubah sedikit demi sedikit. Dia berhijrah dari seorang gadis bebas menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada suami. Itulah berkat kesabaran yang ada dalam diri seorang lelaki. Kalau seorang wanita mampu mengoncang dunia dengan sifat keibuannya, seorang lelaki pula mampu mengubah seorang wanita dengan sifat penyabarnya.

Oh! Mirul namanya, agaknya Mirul inilah yang nak dijodohkan dengan aku tu? Mintak-mintak Hajjah Mastura ubah fikiran. Aku nak capai cita-cita aku dulu, aku nak tolong ibu dan adik-adik di kampung. Aku nak berjasa dulu dengan ibu barulah aku nak fikir pasal jodoh ni. Nurul berdialog di dalam hati. Wajah Hajjah Mastura dipandangnya sambil bibirnya terus mekar dengan senyuman.

”Minum sekali Puan!” Nurul memegang gelas sambil mempelawa Hajjah Mastura di depannya. Orang dah hidang takkan nak tengok saja. Rezeki dah di depan mata,bedal sajalah. Dengan tertib Nurul mula meneguk jus oren. Lega rasa tekak selepas seteguk air masuk, Nurul senyum lagi,tersipu-sipu dia bila setiap gelagat dia diperhatikan oleh Hajjah Mastura.

”Nurul umur berapa?” tersentak Nurul dengan pertanyaan Hajjah Mastura. Dia meletakkan kembali gelasnya ke dalam dulang. Wajah Hajjah Mastura dipandang lagi. Tanya umur ni mesti ada sebabkan? Agaknya Mirul tu umur berapa ya? Soalan Hajjah Mastura tak segera dijawab,malahan Nurul berbisik di dalam hati. Senyuman menghiasi lagi dua ulas bibirnya.

”Lapan belas Puan,.” akhirnya soalan Hajjah Mastura dijawab juga. Hajjah Mastura menganggukkan kepalanya sambil turut menemani Nurul minum. Gadis di depannya ini terlalu pemalu. Nak makan pun tersipu-sipu. Kek pun dikunyah perlahan hingga bibirnya langsung tak terbuka setelah kek dimasukkan ke mulutnya. Dia mengunyah perlahan kek dengan tertib dan sopan.

”Makanlah! Jangan malu-malu. Nanti masuk berehat di dalam bilik,.” hanya ayat itu yang Hajjah Mastura asyik ulang sejak tadi. Giliran Nurul pulak menjatuhkan kepalanya berkali-kali. Bila melihat kebisuan Nurul, Hajjah Mastura pun turut hilang modal untuk berbual. Tak apa, beri Nurul masa untuk menyesuaikan diri di rumah ini.

……………………………………………………..

Amirul pulang ke rumah setelah angka jam berinjak ke pukul 1.00 pagi. Perlahan-lahan dia berjengket masuk ke rumah. Ruang tamu sudah gelap. Selamat! tentu ummi sudah tidur. Dia terus melangkah ke dapur, peti ais dituju. Tekaknya yang terasa haus harus dibasahkan segera. Amirul membuka peti ais dengan rakus,sebotol air sejuk kosong dikeluarkan dan Amirul berpusing untuk menuju ke rak pinggan untuk mengambil gelas.

”Mak!!!” Amirul terpekik kuat. Satu lembaga sedang berdiri di belakangnya sambil merenung tajam ke arahnya. Amirul terus pecut melarikan diri ke bilik. Jantungnya mengepam darah dengan laju. Kecut perutnya, lembaga apa yang dilihatnya tadi? Sejak bila rumah ni berhantu? Amirul pegang dada, nafasnya masih semput kerana berlari laju naik ke bilik tadi. Wajah lembaga tadi masih menghiasi mindanya. Ya Allah!,.dari mana lembaga tu datang? Jangan-jangan dia ikut aku balik tak? Tu la kau Mirul! Suka sangat buat onar. Pukul berapa sekarang ni? Amirul bertanya diri sendiri sambil mencari jam locengnya di hujung kepala katil.

”Pukul 1.00 pagi! Patutlah pun!” Amirul berdialog dengan diri sendiri. Dia terus naik ke katil dan berselubung. Seluruh bilik diperhatikannya. Jangan-jangan lembaga tadi ikut dia masuk ke bilik. Bila fikiran Amirul menerawang dengan soalan begitu, Amirul semakin kecut,habis dibacanya surah-surah Al-Quran yang dia tahu, tapi bila baca Al-Fatihan, hujungnya dah jadi surah Al-Ikhlas, nampak sangat mindanya benar-benar terganggu dengan rasa takutnya. Lintang pukang semua surah yang dibacanya. Dahi Amirul berpeluh dalam selimut tebal di atas katilnya. Ini kali pertama dia melalui pengalaman sebegini. Kacau jiwanya saat ini. Selalunya dia hanya mendengar cerita orang tentang makhluk halus ni. Malam ni malam yang amat malang untuknya. Macam mana boleh terserempak pulak? Dalam rumah sendiri pulak tu. Minda Amirul terus bekerja keras.

………………………………………….

Nurul masuk ke bilik dan gelak berguling-guling seorang diri. Lawak betul anak majikannya yang seorang ni. Penakut nak mampus!. Tadi Nurul tidur awal kerana terlalu letih setelah seharian menahan mata kerana nak mengambil hati majikan barunya.Sehari sebelum ke sini dia tak dapat tidur malam kerana risau nak berada di tempat orang. Di dalam bas pun dia hanya terlelap sekejap kerana takut ada orang yang mengambil kesempatan dan mencuri beg tangannya andai dia terlalai. Bila dia sampai ke rumah ini, dia terlalu letih dan mengantuk tapi dikuatkan dirinya untuk terus berjaga dan pura-pura segar. Selepas makan dia berbual dengan Hajjah Mastura. Masuk waktu solat Hajjah Mastura mengajak dia berjemaah di masjid sebelah rumah. Untungnya tinggal di sini bila boleh berjemaah di masjid setiap waktu, kalau di rumah mereka jarak rumah dengan masjid memang jauh. Kalau hari raya saja mereka pergi solat berjemaah, itu pun di surau kecil kampung mereka.

Nurul bangun untuk menunaikan solat sunat tahajjud, dengan telekung masih di tubuh Nurul turun ke bawah untuk minum tapi baru saja mengambil gelas ada seseorang masuk ke ruang dapur. Nurul terkejut lalu bersembunyi di sebalik peti ais agar dirinya tak tertangkap. Orang yang masuk ke dapur menuju ke arah peti ais. Nurul mula gabra, mesti dia bakal tertangkap. Itu yang dia fikir tapi sedetik kemudian hatinya berkata-kata lagi. Untuk apa aku takut? Aku bukan buat salah pun. Aku nak minum ayaq ja pun. Lalu Nurul pun keluar dan berdiri di belakang orang tu. Bila orang tu berpusing,tanpa sedar Nurul memerhatikan wajah orang itu sesungguh hati untuk melihat siapa orang tu.

”Mak!” orang tu bertempik kuat, Nurul turut tersentak. Membulat mata Nurul memandang orang di depannya. Botol air di tangan orang tu terjatuh lalu menimpa kaki Nurul. Terbuntang lagi mata Nurul menahan sakit. Orang tadi terus lari lintang pukang. Nurul pula terkejut dengan tindakan drastik orang tu terus mengintainya dari jauh. Tiba-tiba Nurul diterpa perasaan gelihati. Orang yang masuk ke dapur tadi berlari dengan laju lalu melanggar apa saja yang ada di laluannya. Dia jatuh dan bangun berkali-kali. Nurul sudah sakit perut menahan gelak hinggalah dia masuk ke bilik dan mengunci pintu. Dia terus gelak terguling-guling di atas katil dengan telekung masih di tubuh. Hodoh sangat ka aku ni sampai dia takut macam tu sekali? Ah!,.kalau penakut tu penakut jugak! Agaknya itulah Mirul yang Hajjah Mastura nak kenenkan dengan aku? Penakut nak mampus! Macam tu nak buat laki? Bukan ka laki yang harus lindungi aku? Kalau dia penakut macam tu macam mana nak lindungi anak-anak dan isteri nanti? Aku baru pakai kain telekung saja pun. Bukannya make-up macam hantu dalam filem tu pun.

Nurul bangun dan menuju ke meja solek yang ada di biliknya. Nurul membelek wajahnya di depan cermin. Okey ja, tak ada pun macam muka hantu. Nurul bermonolog dalaman. Nurul berpusing-pusing di depan cermin dan melihat dirinya lagi. Nurul garu kepala, teringat suasana di dapur tadi yang hanya disuluh lampu dari luar. Ya! Lampu dapur tak dibuka pun,hanya cahaya suram yang menyuluh ruang dapur. Nurul tergelak lagi. Gelihatinya yang masih bersisa dihamburkan terus.Lawaklah!!

……………………………………………….

Amirul tak dapat nak melelapkan mata semalam, asal matanya nak pejam saja, wajah makhluk yang menakutkan itu menjelma dalam fikirannya. Wajah pucat dengan pakaian putih. Dari mana dia datang? Agaknya, kerana aku dah lama tak solat kot jadi makhluk tu ingat aku ni kawan dia,dan dia ikut aku balik? Pagi ni masuk saja waktu subuh Amirul terus ke bilik air,mandi dan mengambil wudhuk. Amirul pergi ke masjid dan solat berjemaah dengan para jemaah yang terdiri dari penduduk taman mereka dan taman-taman yang berdekatan.

Bila Amirul masuk ke dapur untuk bersarapan, kejadian semalam terimbas kembali di benak fikirannya. Meremang bulu roma Amirul. Nurul yang sedang menghidang nasi goreng di meja makan hanya menjeling sekilas kepada Amirul setelah menyedari kehadiran Amirul di meja makan. Bibirnya yang ingin melebarkan senyuman terpaksa dikontrol sebaik mungkin. Masih belum habis sisa gelihatinya semalam. Sakit perutnya semalam akibat gelak yang berpanjangan hingga mengalir air mata. Tak pernah lagi dia melihat seorang lelaki setakut itu.

”Awal pagi ni Mirul. Kelas pukul berapa?” Hajjah Mastura pelik melihat Amirul yang turut ingin bersarapan bersama mereka. Sudah lama Amirul tidak bersarapan awal sebegini. Ada kalanya Amirul pergi saja ke kolej tanpa sarapan terlebih dahulu.

”Mirul tak dapat tidur semalam ummi,.” jujur Amirul memberitahu. Hajjah Mastura memandang wajah suaminya Haji Alyas sambil bermain mata dengan Haji Alyas.

”Pukul berapa Mirul pulang semalam? Mirul pergi kelab ke? Mirul mabuk ya?” tegas suara Haji Alyas menyoal. Tersentak Amirul bila walidnya menuduh dia begitu.

”Mana ada walid! Sejahat Mirul, tak pernah lagi Mirul sentuh benda haram tu!” Amirul menafikan tuduhan walidnya dengan wajah yang kecut. Jangan buat main dengan Haji Alyas, kalau dia marah, maunya kena halau dari rumah Amirul ni. Di mana pula Amirul nak merempat nanti?

”Habis tu,..kenapa habis berselerak barang dalam rumah ni? Tu pasu bunga ummi tu kenapa berkecai? Siapa yang buat?” Nurul yang turut mendengar perbualan keluarga majikannya mengebam bibir menahan gelak. Amirul pula sudah pucat wajahnya. Nak cerita dia nampak hantu,mesti walid dan ummi takkan percaya.

”Nurul!,.duduklah Nurul, kita sarapan sekali!” belum sempat Amirul menjawab Hajjah Mastura bersuara terlebih dahulu.Hajjah Mastura mempelawa Nurul bila melihat Nurul ingin berlalu setelah meletakkan teko minuman di atas meja. Semua hidangan Nurul yang masak dan hidangkan pagi ni.

”Eh!,.tak apa puan. Err,.Nurul,.Nurul posa ghini,.” tergagap-gagap Nurul bersuara,malu pun ada. Puasa gantinya tinggal dua hari lagi. Beberapa hari lagi dah nak masuk bulan rejab, dia pun teringin nak rebut pahala buat puasa sunat, jadi semalam selepas habis gelak, dia sambung membaca Al-Quran dan kemudian dia turun pula untuk bersahur secara diam seorang diri. Sekadar mengalas perut dengan secawan milo panas dan dua keping roti.

”Lah!,.puasa ke? Habis tu pagi tadi bangun sahur ke tak?” Nurul mengangguk dan kemudian dia bersuara sambil tersenyum.

” Tu,.semua yang berselerak tu sebab Nurullah. Encik Mirul ingat Nurul ni hantu kot. Nurul turun ke dapoq dengan telekung, terserempak dengan encik Mirul, terus dia lari lintang pukang macam kena ligan dengan hantu,” berderai ketawa Hajjah Mastura dan Haji Alyas. Merah wajah Amirul menahan malu dan marah. Nurul tumpang gelak sekali sambil pegang perut. Kejadian semalam terlayar kembali diingatannya. Lucu sangat, kalau ada telefon bimbit semalam, tentu sudah dirakam dan kemudian bolehlah dimuat naik ke you tube. Mesti mendapat sambutan hangat. Hahaha,.

”Macam tu ke ceritanya!,.Mirul,Mirul,.penakut jugak rupanya anak teruna ummi ni,.” Hajjah Mastura bersuara dalam ketawanya yang masih bersisa. Nurul yang perasan renungan tajam Amirul kepadanya terus meminta diri untuk berlalu. Amirul nekad dalam hati untuk membalas dendam. Sia-sia saja dia takut semalaman. Rupanya makhluk tu manusia. Memang hantu punya perempuan! Kau tunggulah nasib kau nanti!!

……………………………………………………

Nurul ke halaman hadapan rumah banglo dua tingkat itu selepas selesai menyediakan sarapan. Ketika sampai tengahari kelmarin dia teruja melihat pelbagai jenis pokok bunga yang ditanam di halaman rumah ini terutamanya pokok-pokok mawar pelbagai warna. Nurul mendapatkan getah paip air untuk menyiram pokok-pokok bunga yang merimbun. Senang rasa hatinya melihat permandangan indah di depan mata. Tak sangka Hajjah Mastura pengemar bunga seperti ibunya.

”Kenapa kau langsung tak bersuara semalam? Sukalah hati kaukan, boleh takutkan aku macam tu? Dah tu ada hati pulak nak ketawakan aku?” Nurul menoleh dengan pantas ke arah suara yang sedang bercakap kasar itu. Macam nak istihar perang saja. Nurul tak membalas apa-apa, selepas menoleh sejenak, dia meneruskan kerjanya menyiram pokok sambil membelek bunga-bunga yang baru berkembang.

”Aku cakap dengan kaulah hantu, kau jangan buat-buat pekak pulak!” Amirul masih bersuara kasar. Nurul terus buat selamba seolah Amirul tu halimunan. Sesekali kejadian semalam terlayar di mindanya, bibir Nurul spontan mengukirkan senyuman.

”Woi!!” kepala Nurul ditunjal Amirul. Nurul menoleh sambil membeliakkan matanya. Bibirnya dikebam kuat, hilang sudah senyuman di bibirnya tadi, berganti rasa amarah yang mula singgah di hati.

”Kenapa? Mata dah bulat macam mata pontianak. Ingat aku takut ke? Beliaklah lagi,.biar aku cungkil baru tahu!” geram Amirul dengan sikap membisu Nurul. Nurul mencebik tanpa sedar. Tak takutlah konon, semalam lari tak cukup kaki, tak takutlah sangat!

”Agaknya kau ni bukan saja pekak, bisu jugak rupanya!” Amirul terus mengutuk Nurul. Berdesing telinga Nurul mendengarnya. Dalam diam Nurul, hatinya sudah berdoa agar segala kata-kata Amirul tu nanti dibayar cash seperti jatuh dan sebagainya. Sedap saja mengutuk orang..

”Huh!,.sudahlah, buat penat aku saja cakap dengan orang bisu dan pekak ni tapi kau ingat satu ja, perbuatan kau semalam menakutkan aku, aku akan bayar CASH! Faham!!” sambil memberi amaran Amirul melangkah laju masuk ke rumah. Nurul sudah memandang semacam ke arah Amirul. Pasu bunga yang berada di depan Amirul membuatkan Nurul terus berdoa agar bakal terjadi sesuatu.

”Arghhhh,.tak guna punya pasu!” Nurul terus tergelak menyaksikan kejadian di depan matanya. Makbul pulak doanya tadi. Sukanya dia bila melihat Amirul sudah jatuh tersungkur di tepi pasu bunga umminya. Amirul bengang dengan gelagat Nurul yang mengangkat ibu jari kepadanya kemudian ibu jari itu diterbalikkan.

”Yess!” Nurul sengaja membuat wajah teruja dan gembira. Semakin kuatlah dendam Amirul kepada Nurul. Tak apa ‘hantu’,.kau tunggulah hari pembalasan untuk kau! Amirul bangun dan berjalan pantas masuk ke rumah. Hatinya amat membara,geram diketawakan lagi oleh perempuan yang entah siapa itu. Dia belum bertanya umminya tentang budak baru itu. Itukah tetamu umminya?

…………………………………………..

”Ummi! siapa hantu tu?” Amirul bertanya Hajjah Mastura perlahan. Membuntang mata Hajjah Mastura lalu kepala Amirul diketuk perlahan. Hajjah Mastura yang sedang membasuh pinggan mangkuk yang mereka gunakan tadi meneruskan kerjanya dengan mengelap pinggan pula. Pertanyaan Amirul dibiarkan sepi. Aku nikahkan jugak dengan hantu tu, baru tahu!

”Ummi,.ummi ambil pembantu rumah ke?” Amirul tidak berputus asa.

”Pembantu rumah apa? Nurul tu bakal menantu ummi,” sengaja menyakat Amirul Hajjah Mastura berkata begitu. Amirul mengeluh perlahan, terkejut pun ada jugak.

”Ummi tak kesian kat kak ngah ke? Mereka baru setahun kahwin, ummi bagi la peluang kat abang ngah dengan kak ngah tu honeymoon puas-puas dulu kalau nak cari madu untuk kak ngah pun.” sekali lagi kepala Amirul diketuk, kalau tadi diketuk dengan buku lima kini sudu pula digunakan, bergosok jugak Amirul dibuatnya.

”Apa ke situ pulak? Ingat ummi ni mak mertua yang kejam sangat ke?” Amirul tersengeh, sekejap cuma bila mindanya terfikirkan sesuatu.

”Ummi!!,.Ummi jangan cakap hantu tu bakal isteri Mirul. Mata dahlah besar, bulat macam bola, tak naklah Mirul!” sekali lagi Hajjah Mastura tidak melayan kata-kata Amirul. Dia hanya diam tanpa suara. Dalam hati dia mengutuk anak sendiri. Macamlah dia tu handsome sangat!

”Keputusan ummi muktamad, Nurul akan jadi menantu ummi. Suka atau tak, ummi tak kira,.” Hajjah Mastura terus menguji Amirul dengan kata-katanya. Dia memang sudah berkenan dengan Nurul tapi dia taklah sekejam itu untuk memaksa Nurul berkahwin dengan Amirul.

”Apa ni ummi? Mirulkan muda lagi? Ummi ni berangan lebih sangat, kalau kata teringin nak timang cucu, along dah ada tiga orang anak pun, cuma angah tu ja yang belum ada rezeki lagi. Ummi sabarlah sikit, nanti ada la tu,.” kali ni bahu Amirul pula ditampar oleh Hajjah Mastura. Beria-ia pula dia nak tahu pasal Nurul sampaikan ummi dia sendiri dituduh yang bukan-bukan. Selalunya tak pula dia bertempek dengan umminya macam ni.

”Nurul tu anak angkat ummi, teman ummi berbual mulai hari ni. Mirul jangan mengada-ngada nak anggap dia macam pembantu rumah pulak. Kalau ummi dapat tahu Mirul suruh dia buat kerja yang bukan-bukan, siap Mirul ummi kerjakan,.” Amirul mencebik, dia baru bercadang nak buli ‘hantu’ tu kaw-kaw punya, umminya dah bagi amaran. rosaklah plan dia.

………………………………………….

Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan Rejab, Nurul mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat, bukan Nurul saja tapi Hajjah Mastura dan Haji Alyas juga. Memandangkan Nurul tidak berpuasa keseorangan jadi Nurul sudah ada teman untuk bangun sahur. Hajjah Mastura melayan Nurul dengan baik sekali. Nurul tak pernah kesunyian di rumah ini. Ke mana saja Hajjah Mastura pergi Nurul akan dibawa bersama. Kata Hajjah Mastura dalam rumah ini ada anak dara dan anak teruna jadi lebih baik berhati-hati sebelum sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Malam ini Nurul tidak mengikut Hajjah Mastura dan Haji Alyas ke majlis kesyukuran teman mereka kerana Nurul tidak sihat. Memandangkan Amirul tiada di rumah Nurul ditinggalkan seorang diri. Kalau Amirul ada tentu Hajjah Mastura takkan membiarkan mereka berdua di rumah ini. Amirul keluar petang tadi untuk menjalankan aktiviti luar kolej. Menurut Amirul mereka akan berkhemah selama tiga hari. Nurul pula diserang sengugut walau periodnya belum datang. Beginilah Nurul setiap bulan, seminggu sebelum period Nurul akan menderita sakit perut. Bila tidak dapat menahan sakit Nurul menelan ubat tahan sakit yang selalu ada dalam simpanannya dan akibat dari kesan ubat tersebut Nurul tidur awal. Selepas selesai solat Isyak Nurul sudah merebahkan tubuhnya di katil.

Baru terlelap beberapa minit, Nurul merasa pelik bila merasakan katilnya seolah dihenyak seseorang. Nurul cuba membuka mata walau matanya terlalu berat untuk diangkat. Dalam samar cahaya lampu tidur Nurul dapat melihat wajah seseorang sudah berada di depannya. Begitu dekat sekali, Nurul cuba bangun namun belum sempat berbuat apa-apa, kedua lengannya sudah dipegang kemas. Dalam rasa letih, kesan ubat yang diambil Nurul cuba meronta, ternyata kudrat Nurul tidak seberapa berbanding dengan kudrat orang yang sudah menceroboh biliknya.

”Encik Mirul! Tolong jangan buat Nurul macam ni, Nurul datang nak cari rezeki yang halal. Ingat encik Mirul, semua ni berdosa. Nurul merayu, lepaskanlah Nurul!” Nurul bersuara lemah sambil mula mengeluarkan esakan. Amirul sudah hilang pertimbangan, rayuan Nurul langsung tak berbekas di hatinya. Tubuh Nurul sudah diratah dengan lahap. Nafsu serakah sudah menguasai pertimbangan akalnya.

”Allahhu Akhbar! Ingat Allah encik Mirul” Nurul semakin lemah, Amirul pula semakin lupa dunia, lupa dosa,halal dan haram. Dia tak peduli dengan esakan Nurul yang semakin sayu, yang penting kehendak hatinya harus ditunaikan dan diselesaikan dengan segera.Akhirnya Nurul terkulai layu dalam rakusnya nafsu Amirul. Hilang sudah kehormatan dirinya yang dijaga selama ini. Amirul tersenyum puas dapat melepaskan dendamnya sekaligus dapat melepaskan keinginannya yang selalu menegang saat menonton filem-filem hot di biliknya.

Nurul terus menangis selepas ditinggalkan Amirul dalam keadaan dirinya yang sudah tidak berdaya. Nurul takut, apa yang berlaku malam ini akan membuahkan hasil maka akan tertanamlah benih itu menjadi janin yang tak berdosa akibat kerakusan seorang manusia. Nurul merasa jijik dengan diri sendiri. Dia menyesal kerana datang bekerja di rumah ini. Berbagai fikiran negatif menerjah mindanya. Dia mengutuk Amirul di dalam hati, mengutuk kecuaian diri sendiri yang tidak mengunci pintu sebelum tidur. Dia langsung tidak menduga, anak seorang Haji dan Hajjah yang dihormati dan disegani akan berkelakuan begitu. Nurul terlupa Iman itu tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Nasi sudah menjadi bubur, nak menyesal pun tiada gunanya lagi. Walau seribu penyesalan yang Nurul hamburkan masa takkan dapat diundur kembali.

”Ibu!,.Nurul dah rosak,” Nurul terus menangis. Air matanya merembes laju di pipi. Apa yang harus dilakukannya selepas ini? Perlukah dia berterus terang dengan Hajjah Mastura dan Haji Alyas dengan perlakuan biadab anak mereka ini? Aku perlu mempertahankan hak aku! Perlukah aku membuat laporan polis? Tapi, kalau aku membuat laporan polis tentu nama Hajjah Mastura dan Haji Alyas akan terbabit sama dan akan menjadi fitnah dan buah mulut orang.

”Ya Allah! Berikan aku petunjuk-MU!” Nurul buntu berdepan dengan masalah ini. Dia benar-benar takut dengan situasi sekarang. Bagaimana nak menghadapi hari-hari mendatang. Adakah ini ujian dari Allah untukku depani? Nurul berbisik lagi dengan hatinya. Dalam melayan kemelut perasaan Nurul akhirnya terlelap juga dengan seribu persoalan yang menghuni benaknya. Ujian ini teramat perit untuk dihadapi seorang diri.

………………………………………..

Amirul masuk ke biliknya semula dengan perasaan keliru. Petang tadi perkhemahan mereka tiba-tiba dibatalkan. Dia pulang ke rumah ketika azan Isyak sedang berkumandang. Rumah mereka sunyi sepi. Amirul mencari ummi dan walidnya tapi tidak berjumpa. Dia memberanikan diri menjenguk ke bilik Nurul, gadis yang dibenci dan masih menyimpan perasaan dendam juga sakit hatinya. Pintu tak berkunci, dia membolos masuk perlahan-lahan. Nurul sedang tidur pulas di atas katil. Tubuh Nurul direnung atas dan bawah. Bibir Nurul dipandang penuh bernafsu. Perasaannya memuncak tiba-tiba. Segala adegan ranjang yang ditonton selama ini tertayang di ruangan mindanya.

Perlahan-lahan Amirul naik ke atas katil, wajah Nurul yang sedang tidur diperhatikan, nampak sangat cantik dan menawan dengan rambutnya yang tak pernah dilihat Amirul sebelum ini. Dalam samar lampu bilik mengundang darah muda Amirul memberontak. Amirul tidak dapat mengawal perasaan. Bila bibirnya ingin menyentuh bibir Nurul, gadis itu membuka matanya dan mula meronta. Amirul tidak peduli lagi dengan persekitarannya. Dengan semangat yang membara Nurul diperlakukan sesuka hati. Amirul tidak mendengar segala rayuan Nurul, yang didengarinya hanyalah suara hatinya, yang menyuruh agar dia meneruskan segala keinginannya. Bila keinginannya dilampiaskan, Amirul seolah tersedar dari mimpi yang panjang.

Selepas memakai semula pakaiannya Amirul meninggalkan Nurul yang masih menangis. Amirul berlari ke biliknya. Rambutnya dikusutkan. Dia jadi keliru dengan diri sendiri. Dia sendiri tidak menyangka, dia akan terpesong jauh begitu. Ketika ini barulah segala perilakunya tadi terbayang. Rasa nikmat dan menyesal itu bergabung menjadi satu. Dia memang merancang untuk membalas dendam tapi bukan dengan dendam yang begini. Mengapa dia tidak dapat mengawal diri, dia sendiri tidak pasti. Ya Allah! berdosakah aku? Lagi mau tanya Mohd Amirul Mukminin? Amirul berdialog dengan hatinya.

”Argghhhhh,.” Amirul bertempik kuat. Tiba-tiba dia tersedar, dia dah berbuat dosa dan menganiaya Nurul. Habislah kalau ummi dan walid tahu!. Amirul baru terfikir semua itu, ketakutannya berdepan dengan Haji Alyas yang tegas mula membuatkan tubuhnya mengigil. Takut dengan Haji Alyas saja ke Amirul? Dengan Allah kau tak takut ke? Amirul berdialog lagi dalam hati. Perbuatannya semakin memakan diri dan malam ini sekali lagi Amirul tidak dapat melelapkan mata. Allah tahu perbuatannya dan perilakunya malam ini pasti akan terbongkar sama ada lambat atau pun cepat. Amirul pasrah, dia harus tanggung walau apa pun yang bakal terjadi. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Nak syok hanya beberapa saat tapi natijahnya akan ditanggung seumur hidup. Bagaimana kalau Nurul mengandung? Arghhhh,.Amirul stress bila persoalan itu pula yang timbul.

…………………………………….

Nurul demam. Badannya panas sangat. Hajjah Mastura yang risau melihat keadaan Nurul mengajak Nurul untuk membuat pemeriksaan di klinik. Nurul tak mahu pergi. Dia hanya menangis tanpa henti. Pagi tadi dia terlajak tidur. Nurul tak bangun pun untuk solat subuh bila periodnya datang mengejut. Kalau nak diikutkan kitaran haidnya lagi seminggu, mungkin kerana terlalu stress dengan kejadian semalam mempengaruhi hormonnya membuatkan periodnya datang lebih awal. Nurul risau kalau-kalau dia akan mengandung kerana setahu Nurul tempoh subur seorang wanita adalah sebelum haid dan selepas haid. Bagaimana kalau betul-betul dia mengandung, tentu anaknya akan menjadi anak luar nikah. Nurul menangis lagi, walau Hajjah mastura ada bersamanya.

”Kenapa ni Nurul? Sakit sangat ke? Pening ke? Nak ummi picit? ” pertanyaan Hajjah Mastura hanya dijawab dengan gelengan dan esak tangis yang semakin kuat.

” Nurul! Kenapa ni? Cuba bagitau ummi!” Hajjah Mastura terus mendesak, semakin kuat Nurul menangis.

”Encik Mirul, dia,.dia rogol Nurul semalam. Nurul takut Nurul mengandung. Mana Nurul nak letak muka?” dalam esak tangis yang semakin menjadi-jadi Nurul mengeluarkan juga kenyataan itu.

”Apa Nurul??” tersentak Hajjah Mastura.

”Encik Mirul tipu. Dia tak pi berkhemah pun. Semalam dia masuk bilik Nurul” Nurul sudah meraung. Geram hatinya sejak dari semalam, dihamburkannya. Hajjah Mastura sudah terkelu lidah. Tergamam dan tidak percaya.

Hajjah Mastura keluar dari bilik Nurul, langkahnya diatur ke bilik Amirul, dadanya bagaikan nak pecah menahan perasaan marah. Ingin menangis, air matanya tak pula sudi menjenguk, rasa nak mengamuk saja. Dia melangkah pantas, seolah Amirul akan melarikan diri. Nafasnya turun naik dengan laju. Tidak disangkanya Amirul akan melakukan perbuatan terkutuk itu. Selama ini Amirul diajar dengan pengetahuan agama yang secukupnya. Sampai di bilik Amirul, Hajjah Mastura terus menerjah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Amirul yang baru nak melelapkan mata terus melompat bangun. Sudah dapat menduga dia bakal diamuk, Amirul hanya berserah. Melihat wajah dan aura amarah Hajjah Mastura Amirul sudah boleh mengagak, perbuatannya semalam sudah terbongkar. Dia menanti untuk menerima hukuman.

”Kenapa Mirul nak malukan ummi dan walid? Kenapa Mirul buat begitu kat Nurul? Hah? Mirul dah lupa dengan apa yang ummi dan walid ajar? Mirul dah lupa dosa dan pahala? Mirul dah lupa dengan halal dan haram? Kenapa Mirul? Kenapa Mirul tergamak buat macam tu?” Amirul terus diterjah dengan soalan-soalan dari Hajjah Mastura. Amirul diam tak berkutik, dia tahu, dia bersalah. Dia sanggup terima apa saja hukuman.

”Mirul bersedilalah! Minggu depan, mahu atau tak Mirul kena nikah jugak dengan Nurul. Mulai hari ni Mirul berhenti belajar. Ummi nak Mirul pikul tanggunjawab Mirul sebagai seorang suami. Mirul kena kerja dan bantu Nurul sara keluarganya. Keputusan ummi muktamad dan satu lagi, Mirul bersedialah untuk terima hukuman dari walid pulak. Ummi belum bagitau walid, along dan angah. Ummi tak tahu apa nak jadi dengan Mirul ni. Selepas ni, apa nak jadi pun Mirul tanggung sendiri. Ummi tak mau masuk campur,.” selepas habis mengeluarkan apa yang ada di fikirannya Hajjah Mastura terus meninggalkan Amirul terkebil-kebil seorang diri. Amirul ternganga. Langsung tak menduga hukuman itu yang bakal dipikulnya. Selama ini, dia hanya menghulurkan tangan meminta duit. Duit dalam akaun banknya tak pernah susut. Sekarang dia perlu menyara seorang isteri dan keluarga mertuanya? Amirul bingung, mampukah dia mengalas beban itu?

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Nurul dihantar pulang ke kampung. Genap seminggu yang dijanjikan Amirul dan Nurul sudah bergelar suami isteri. Majlis akad nikah dijalankan sederhana di kampung. Tanpa sebarang pilihan Amirul ditinggalkan di kampung untuk mengalas beban yang dipertangungjawabkan kepadanya. Nurul pula meneruskan pelajarannya di tingkatan enam. Haji Alyas menanggung semua persekolahan Nurul dan adik-adiknya, cuma Haji Alyas sudah merampas hak Amirul sebagai anaknya. Amirul perlu berusaha mencari kerja. Segala kemewahan yang Amirul nikmati sebelum ini telah dirampas. Semua telefon bimbit, komputer dan segala gajet canggih miliknya juga telah dirampas. Yang paling kelakarnya Amirul hanya diberi telefon bimbit Nokia yang berharga rm40.00.

Amirul membelek telefon bimbit barunya dengan memek muka tak puas hati. Nurul yang sedang memerhatikan gelagat Amirul menahan senyum. Hari ini hari kedua Amirul menjadi suaminya namun mereka masih bermusuhan. Pada mulanya Amirul memang berhajat meminta maaf di atas keterlanjurannya meragut kesucian Nurul tapi Nurul tidak mahu memaafkannya dengan alasan Amirul telah merosakkan masa depannya. Ibu Nurul tidak tahu perihal Nurul diperkosa. Nurul tidak mahu ibunya bersedih jadi Hajjah Mastura dan Haji Alyas memberikan alasan untuk menikahkan Nurul dan Amirul kerana mereka nak menyara persekolahan Nurul dan menyuruh Amirul tinggal di kampung supaya dapat membantu keluarga Nurul. Alasan yang sangat munasabah dan ibu Nurul mempercayainya tanpa ragu-ragu.

Esok, Nurul akan mula bersekolah semula, manakala Amirul akan keluar mencari kerja. Mahu atau tidak Amirul memang tiada pilihan. Dia sudah mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Ayahnya pula tidak memberinya duit walau sedikit pun. Nak keluar mencari kerja hari ini Amirul perlu berusaha mencari duit sendiri. Amirul mengeluh, dia mati akal untuk mencari duit. Kerja apa yang harus dia lakukan untuk mendapatkan duit? Kejam betul Haji Alyas kerana mendera anak kandungnya begini. Padam muka kau Amirul, kalah sangat dengan tuntunan nafsu! Amirul berdialog di dalam hati. Nak berdialog dengan siapa lagi? Dengan Nurul? Huh! Langsung tak dilayan Amirul. Dengan adik Nurul Mohd Nabil? Apa yang nak di bualkan?

”Di kampung ni kerja apa yang boleh aku buat?” Amirul bertanya Nurul yang sedang melipat kain di dalam bilik. Dari tadi kerjanya hanya mengemas bilik, kehadiran Amirul langsung tak dilayan.

”Woii! Aku tanya ni!” Amirul duduk di sebelah Nurul. Wajah Nurul diperhatikan. Nurul pula masih tekun melipat kain, pura-pura tidak mendengar. Amirul hilang sabar, ditariknya rambut Nurul perlahan.

”Ishh,.hang ni awat?” Nurul bersuara juga akhirnya sambil menjeling tajam kepada Amirul di sebelahnya.

”Aku cakap dengan kau, yang kau buat pekak badak tu kenapa?” Nurul berdecit geram. Dia sendiri pun tiada jawapan nak diberikan kepada Amirul. Kerja apa yang Amirul mampu buat? Dia tinggal dengan keluarga Amirul pun belum sampai sebulan lagi. Dia pun belum kenal dengan Amirul sepenuhnya. Mana dia tahu apa kepakaran Amirul. Mungkin kepakarannya hanya satu, merosakkan anak dara orang? Huh! Nurul mengeluh.

”Buatlah apa yang patut, asalkan jangan merompak, mencuri, membunuh, mengedar dadah dan yang sewaktu dengannya sudah,.” sebaik Nurul habis berkata-kata kepalanya terus ditunjal Amirul dengan kuat. Terdorong Nurul ke tepi, berdecit lagi Nurul menahan perasaan geram yang semakin terbuku di hati.

”Kau ingat aku ni teruk sangat ke?” sengaja Amirul membeliakkan matanya, Nurul melawan, matanya turut dibeliakkan.

”Kalau hang baikkkk sangattt,.kita tak nikah lagi la ni,.kalau hang baik sangat, walid tak pos hang mai kampung ni!!!” Nurul berkata geram. Amirul rasa terpukul dengan kata-kata Nurul. Dia mendengus kasar. Dalam hati dia bersetuju dengan kata-kata Nurul, semua ini salah dia. Kalaulah dia tak masuk bilik Nurul malam tu.

…………………………………………………

Nurul memulakan persekolahannya seperti biasa cuma yang bezanya dengan siapa dia pergi ke sekolah. Sebelum ni Nurul akan pergi dengan adik perempuannya Nurul Ain Nadia. Nabil pula akan pergi dengan Habil kembarnya. Hari ini ibunya menyuruh Amirul yang menghantar Nurul ke sekolah sambil tu bolehlah Amirul mencari kerja sekali. Nurul tiada pilihan walau pun dia berat hati untuk membonceng bersama Amirul. Nurul mempunyai tujuh orang adik beradik. Adik kembarnya Mohd Nabil dan Mohd Habil tingkatan lima. Nurul Ain Nadia tingkatan empat. Nurul Ain Adrina tingkatan satu. Manakala Mohd Nazrul darjah enam dan yang bongsu Mohd Nazri darjah lima. Mereka tinggal di Kampung Paya Serdang,Padang lembu di Gurun Kedah. Rumah mereka jauh dari pekan.Nak masuk ke rumah mereka hanya melalui jalan tart kecil. Kebanyakan penduduk kampung mereka bekerja sebagai penoreh getah atau pesawah. Ada juga suri rumah yang bekerja kilang yang ada di kampung mereka.

Selepas ayah Nurul meninggal, emak Nurul juga turut mencari kerja untuk menyara persekolahan anak-anaknya. Nak harapkan tanaman sayurnya berapa sangat yang dapat. Hasil pokok getah pun tak mampu nak menyara mereka sekeluarga, cuma sekarang mereka lebih bernasib baik bila Haji Alyas nak menyara persekolahan mereka adik beradik.

”Dah! hantaq tang ni cukup. Aku jalan kaki masuk ke dalam!” sampai saja ke jalan nak masuk ke sekolahnya Nurul menyuruh Amirul memberhentikan motor. Tak sanggup Nurul kalau dilihat kawan-kawannya nanti, pasti disoal bertubi-tubi.

”Aku tengah baik hati ni, biarlah aku hantar kau terus hingga depan bangunan,” Amirul masih tidak memberhentikan motor, dia berlagak selamba, Nurul di belakang sudah membara hatinya. Degil tak habis-habis Amirul ni. Nurul berdongkol di dalam hati. Dia mesti buat sesuatu.

”Berhentilah!! aku terjun kang!” Nurul mengugut sambil cuba berdiri, kononnya nak terjun dari motor. Amirul tiada pilihan,motor dibrek mengejut,terdorong Nurul ke hadapan hingga kepalanya terhantuk dengan kepala Amirul.

”Ishhh,..hang ni kan,.memang hang sengajakan?” Nurul membentak sambil turun dari motor dan membuang topi keledar. Bahu Amirul diketuk kuat dengan topi keledar yang baru ditanggalkan. Sekadar nak melepaskan geram. Mengaduh Amirul sambil menoleh ke belakang.

”Bukannya sakit pun, ni kau ketuk bahu aku ingat bahu aku ni buat dari besi ke hapa?” sambil bercakap Amirul mengosok bahunya. Nurul terhantuk di kepalanya yang sama-sama bertopi keledar tapi Nurul mengetuk bahunya yang langsung tak dialas apa-apa, maunya tak sakit.

”Baru padam muka hang. Esok tak payah nak hantaq aku,kalau ibu suqhuh jugak,hang pandailah reka alasan apa pun, aku nak mai dengan Nadia macam biasa. Motor ni walid beli kat aku, aku bawa,hang bawa motor abah,” sebelum berlalu meninggalkan Amirul,Nurul sempat memberi pesan. Amirul hanya mencebik sambil melihat Nurul yang menonong berjalan masuk ke kawasan sekolah.

Amirul tidak segera pulang, dia masih menunggu di atas motor dan memerhatikan Nurul hingga hilang dari pandangannya. Dalam hati Amirul tiba-tiba terdetik satu persoalan, adakah Nurul sudah mempunyai ‘balak’? Amirul ingin tahu segalanya tentang isterinya itu. Dia mendapat satu idea, andainya dia bekerja di sekolah itu mesti dia akan dapat mengorek rahsia isterinya. Amirul menongkat motornya dan menguncinya. Amirul mula menapak dan masuk ke kawasan sekolah. Dia pergi mendapatkan seorang pengawal keselamtan yang sedang bertugas. Untung-untung dia akan mendapat kerja di sini. Manalah tahukan,rezekinya sudah tersurat,belum cuba belum tahu!

”Assalamualaikum” sampai di depan seorang pegawai keselamatan Amirul memberi salam dan menghulurkan tangan. Tangannya disambut dan mereka berbalas senyuman.

”Err,.pak cik,.saya nak cari kerja ni, ada kerja kosong tak pak cik?” dengan teragak-agak Amirul bertanya.

”Laa,..kebetulan, semalam Pak Ya tukang kebun sekolah ni kemalangan,patah kaki. Ni pak cik nak pi habaq kat pihak sekolah la ni. Jom, hang pi ikut pak cik pi pejabat sekolah,kot-kot depa mau ambik hang ganti Pak Ya,” Amirul terus tersengeh, macam ada harapan tapi hatinya pula berbolak balik.

”Err,..tukang kebun tu buat kerja apa pak cik? Kerja berat tak?” Amirul menyoal lagi. Pak cik guard yang dikenali dengan nama Pak Man itu hanya tersenyum mendengar soalan Amirul. Faham benar dia dengan soalan Amirul tu.

”Aihh,.tak berat sangat la,hang kena potong rumput,cuci jamban,sapu sampah,buang sampah,tu ja la,” Amirul dah tercengang. Tak berat sangat pak cik? Jatuh air muka kalau macam tu.

”Jomlah! Kata tadi nak caqhi gheja,” Pak Man menarik lengan Amirul agar mengikutnya masuk. Amirul tiada pilihan,tukang kebun pun tukang kebunlah, kalau kerja tu yang akan membuatkan rahsia Nurul terbongkar senanglah dia nak mencari kesalahan Nurul nanti. Erkk?? Nak mencari kesalahan Nurul?

”Hang oghang sini ka? ” Pak Man menyoal Amirul sambil melangkah. Mereka sudah sampai ke tangga untuk menuju ke tingkat atas. Anak tangga dipijak satu persatu.

”Eh! Taklah Pak Cik. Saya dari Shah Alam, tapi lepas kahwin walid suruh tinggal di sini, tolong mak mertua cari nafkah nak bela isteri dengan adik-adik ipar” lurus bendul pulak Amirul ni, Pak Man menoleh dan memandang kagum ke arah Amirul.

”Lahh,.dah nikah ghupanya. Umuq hang berapa, macam muda lagi,tak nampak gaya dah jadi laki oghang pun,” Amirul tersengeh sebelum menjawab.

”Baru 20 tahun pak cik! Jodoh dah sampai awal pak cik, terima sajalah,” sekali lagi Amirul tayang gigi sambil mengaru tengkuknya. Pak Man menganggukkan kepalanya berkali-kali. Bila mereka tiba di depan pejabat, perbualan mereka turut terhenti. Amirul membiarkan Pak Man masuk dulu dan dia mengikut langkah Pak Man dari belakang. Pak Man berhenti di depan meja seorang wanita yang masih muda. Amirul turut berhenti dan melihat tingkah laku pak Man.

”Ni Wati,aku nak habaq ni semalam Pak Ya eksiden dekat simpang trafik light, la ni dia kena tahan di hospital Alor Setar. Pagi ni pulak ada budak ni mai minta gheja,aku bawa dia mai sini, mana tau kot-kot dia boleh ganti tempat Pak Ya,” Amirul hanya mendengar penerangan pak Man kepada wanita yang dipanggil Wati. Bila wanita itu memandang Amirul, Amirul menganggukkan kepala.

”Saya ni kerani ja Pak Man,bukannya berani nak buat keputusan. Pak Man tunggu pengetua masuklah,” wanita itu berkata sambil menyambung kerjanya kembali. Amirul mencebik tanpa sedar. Macam sombong ja wanita ni,kerani saja pun,ingatkan cikgu. Amirul mengomel di dalam hati.

”Jom! Kita pi masuk bilik pengetua. Cikgu Mail mai dakgi?” sambil mengajak Amirul Wati disoal sekali lagi. Wati mengeleng,sambil bersuara kemudiannya.

”Tak taulah pulak Pak man, Pak Man pi tengok sendirilah!” Amirul mendengar Pak Man berdecit kasar,macam sedang marah pun ada jugak. Wati pula sambung buat kerja dia tanpa mempedulikan Pak Man dan Amirul.

”Awat Pak Man?” ada suara lain pula yang menyapa. Pak Man mengukirkan senyuman dan menuju ke arah orang tersebut, macam tadi Amirul hanya mengikut dari belakang.

”Cikgu Karim, ni budak ni mai nak minta gheja, Pak Man bawa mai sini, kebetulan Pak Ya masuk hospital, semalam dia eksiden dekat simpang nak masuk trafik tu,.mana la tau kot-kot budak ni boleh ganti Pak Ya, tu yang Pak Man bawa dia naik ni,” laju Pak Man bercerita, muka cikgu Karim sudah berkerut sedikit mendengar penjelasan Pak Man.

”Teqhuk ka Pak Ya? Habis tu masuk hospital mana?” Cikgu Karim hanya bertanya mengenai Pak Ya, perihal Amirul yang nak meminta kerja langsung tidak disentuh. Amirul menarik nafas perlahan.

”Teqhuk jugaklah,masa Pak Man pi tengok semalam, dia tak sedaq lagi,pagi tadi Pak Man telepon anak dia, anak dia kata kena simen jugak la kaki kanan dia tu,.tangan dia pun patah,lambat jugak la nak keluaq tu. Cikgu Mail mai dakgi?” Pak Man bertanya pula kepada cikgu Karim tentang cikgu Ismail pengetua sekolah mereka.

”Pengetua? Rasanya dah sampai kot!” cikgu Karim jawab ragu-ragu pertanyaan Pak Man, dia pun tak pasti agaknya.

”Kalau macam tu takpa la, Pak Man pi tengok sendighilah,” sebelum pergi Pak Man bersalam dengan cikgu Karim, begitu juga dengan Amirul walau pun dirinya langsung tak disapa oleh cikgu Karim. Amirul cuba melawan debaran dan perasaan malunya ketika ini. Perasaan ego dan rasa tinggi dirinya ditolak ke tepi, yang penting sekarang dia perlu buktikan kepada Haji Alyas dia boleh berdikari dan dia harus mencari kelemahan atau pun kesalahan Nurul supaya dia boleh membela diri dan kembali ke Kuala Lumpur semula.

Mereka melangkah ke sebuah bilik khas, di pintu bilik tertulis perkataan ‘PENGETUA’. Pak Man mengetuk pintu dan memberi salam. Amirul langsung tak beriak wajahnya,namun dalam hatinya berdoa agar dia akan dapat kerja. Alang-alang sudah terlanjur bertanya tadi, dia menurut saja Pak Man tanpa banyak kerenah.

”Masuk!”

”Ada pun cikgu!” Pak Man memulas tombol pintu selepas mendengar suara dari dalam bilik menyuruh mereka masuk. Pengetua berdiri sambil bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat Pak Man dan Amirul masuk ke biliknya.

”Awat Pak Man?” Pak Man baru setapak melangkah, pengetua sudah menyoal.

”Cikgu!,.Pak Man nak maklumkan cikgu, Pak Ya eksiden semalam, kebetulan pula pagi ni, ada budak ni mai mintak gheja. Pak Man pun bawa dia naik atas ni jumpa cikgu,” sekali lagi Pak Man menjelaskan keadaan sebenar kenapa dia ada di bilik pengetua pagi ni. Cikgu Ismail terangguk-angguk mendengar penjelasan pak Man sambil memandang ke arah Amirul.

”Boleh ka awak jadi tukang kebun? Umur berapa? Ada pengalaman?” Amirul mengaru tengkuknya,rasa macam sukar nak menjawab. Sambil tersengeh, akhirnya Amirul hanya mengeleng.

”Maksudnya, tak boleh buat gheja ka atau tak ada pengalaman? Awak bisu ka?” cikgu Ismail bertanya lagi sambil memberi isyarat agar Pak Man dan Amirul duduk di kerusi yang ada di hadapannya.

”Eh,.takpalah cikgu, ni Pak Man tolong bawa budak ni mai sini ja. Pak Man turun dulu la naa,” sebelum Amirul menjawab pertanyaan cikgu Ismail, Pak Man bersuara terlebih dahulu. Bila Pak Man sudah keluar dari bilik pengetua, Amirul terus ditemuduga oleh cikgu Ismail. Amirul menjawab setiap pertanyaan dengan jujur. Akhirnya selepas 20 minit ditemuduga dengan pelbagai soalan, Amirul diterima bekerja dan Amirul bersorak riang di dalam hati walau berbagai syarat dikenakan kepadanya.

…………………………………………….

Sebulan telah berlalu selepas Amirul menjadi tukang kebun. Gaji pertamanya yang diperolehi diserahkan kepada ibu mertuanya sebanyak rm400.00. Kepada Nurul tidak diberinya kerana katanya Nurul belum menjadi isteri sepenuhnya lagi. Nurul asyik mengelak dan berkasar dengannya setiap kali Nurul dihampiri. Sepanjang masa sebulan ini jugalah Amirul menjadi pengintip. Dia mengintip setiap pergerakan Nurul,dengan siapa Nurul berbual,dengan siapa Nurul keluar makan dan Nurul belajar di kelas mana, semuanya dia tahu.

Hari ini Amirul pergi bekerja seperti biasa,naik motor arwah ayah mertuanya. Nurul memang sangat keras kepala, padanlah jodohnya dengan Amirul,bertemu sudah buku dengan ruas. Di sekolah Nurul langsung tak pernah menegur Amirul, cuma adik-adiknya saja yang melayan Amirul sebagai abang. Nak harapkan Nurul,berselisih bahu dengan Amirul pun, dia buat tak peduli, padahal kalau di rumah,mereka tetap tidur sebilik walau tak pernah menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya sebagai suami isteri.

Amirul rasa badannya kurang sihat hari ni, namun dia tetap datang bekerja macam biasa. Bila dia nak masuk ke tandas lelaki untuk mencucinya macam selalu, Amirul rasa tekaknya loya. Amirul pekup hidung, cuba menghilangkan bau yang memualkan tekaknya. Amirul hairan, sepanjang bekerja di sini, dia langsung tak bermasalah. Dia dah magli dengan bau yang pelbagai, dengan bau busuk sampah sarap yang dikutipnya,dengan kerja membersih semua tandas yang ada di sekolah ini, tapi kenapa hari ini perutnya asyik meragam?

”Uwekkk!!” Amirul sudah tidak dapat menahan,terhambur juga isi perutnya. Kepalanya pula semakin berpinar, nak kata Amirul demam, suhu badannya tak pula panas,normal saja.Kenapa pulak ni? Amirul menyoal diri sendiri. Nak kata Amirul geli dengan keadaan tandas, dah sebulan Amirul bekerja. Hari ini saja hidungnya mengada-ngada. Semua bauan jadi busuk. Tadi, ketika di rumah Amirul menyembur pewanginya macam selalu. Amirul terus pening dan loya,terpaksa Amirul menyalin pakaian. Bila Amirul ternampak pewangi ibu mertuanya Amirul mencalitkan sedikit di bajunya, haruman bunga melur membuatkan loya Amirul beransur hilang. Hairan betul Amirul,sebelum ini dia cukup alah dengan bauan bunga-bungaan.

”Uwekkk!” sekali lagi Amirul memuntahkan isi perutnya, rasa perit tekaknya bila muntahnya tak mahu berhenti. Habis semuanya keluar hingga tekaknya rasa pahit dan perutnya turut pedih yang teramat sangat. Dia sudah lesu tak bermaya.

”Awat ni abang Mirul? Abang Mirul demam ka? Nanti Nabil bagitau kat kak Nurul,” Nabil dan Habil yang kebetulan ada di tandas sudah menghampiri Amirul. Hairan mereka dengan Amirul yang asyik muntah-muntah.

”Ehh,.tak payah! Tak Payah!,.jangan cari pasal dengan harimau betina tu,nanti malam ni abang Mirul kena tidur luar pulak,” Amirul sengaja bergurau dengan Nabil dan Habil sambil melangkah keluar dari tandas. Dia perlu bercuti hari ni, dia tak peduli, dia memang tak boleh buat kerja hari ni.

”Hehehe,.kak Nurul tu garang di luar ja abang Mirul,kalau kena gaya,manja dia mengalahkan anak kucing,” Habil menjawab sambil tergelak, termasuk Nabil. Mereka tahu sangat dengan kakak sulung mereka itu, dia memang sangat garang walau dengan adik-adiknya tapi Nurul sangat manja dengan mak dan arwah abah mereka.

”Tak kisahlah apa pun, abang nak minta cuti, abang nak balik!” Amirul nekad hari ni dia perlu bercuti. Habil dan Nabil saling berpandangan. Amirul memicit kepalanya yang semakin pening. Dia nampak Nurul di depan dan ada seorang lelaki yang sedang berbual mesra dengan Nurul. Dia melangkah laju ke arah mereka. Hatinya panas membara. Sepanjang sebulan dia bekerja di sini Nurul berkelakuan baik tapi bila dia dalam keadaan tak sihat seperti ini, boleh pula Nurul menguji kesabarannya dengan berbual mesra dengan lelaki lain di depannya. Kau memang nak kena Nurul! Amirul membentak di dalam hati.

”Nurul Ain Nabila!!” kuat Amirul melaung. Nurul menoleh dan matanya terbeliak tiba-tiba. Amirul sudah rebah di lantai koridor di depan tandas pelajar lelaki. Hah! terpana Nurul. Dia jadi serba salah bila melihat suami sendiri sudah rebah tanpa sebab. Kenapa dengan dia? Nurul berbisik di dalam hati,dia masih memikirkan tentang Amirul sedangkan orang lain sudah meluru ke arah Amirul dan membantu memapah Amirul bangun.

”Along! Tadi abang Mirul muntah-muntah, dia tak sihat tu. Pi la balik teman abang Mirul!” Nabil mendapatkan Nurul yang masih terpinga-pinga. Semakin gelabahlah dia bila Nabil berkata begitu. Dia jadi serba salah dengan perasaannya sekarang. Dia akui sepanjang dia menjadi isteri Amirul, dia mencuba untuk menyayangi Amirul. Dia selalu memerhatikan Amirul membuat kerja dari jauh. Amirul tangkas membuat kerja tanpa pernah merungut. Adakalanya Nurul kagum dengan semangat Amirul. Dia memang sengaja pura-pura tidak mengenali Amirul akibat rasa sakit hatinya yang masih belum padam sepenuhnya. Mungkin senang memaafkan tapi terlalu payah melupakan apa yang terjadi antara dia dan Amirul. Setiap kali dia mengingati kejadian malam itu dia jadi semakin membenci Amirul tapi adakalanya dia rasa sayangnya kepada Amirul macam sudah disemai. Setiap kali Amirul cuba mendekatinya, dia bertindak menghindari biar pun dia tahu dia berdosa kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Ah! serabut sangat! Macam mana ni? Nurul masih belum berganjak dari tempat dia berdiri. Loceng berbunyi, menandakan pelajaran seterusnya akan bermula. Nabil dengan Habil turut membantu Amirul yang sedang pening-pening lalat. Amirul dipapah ke bilik kecemasan. Nurul pula berjalan laju ke arah kelasnya. Tadi mereka dari bilik seni lukis,kebetulan ketua pengawas memanggilnya untuk memberitahu ada mesyuarat akan diadakan selepas sekolah berakhir hari ini. Nurul dalam persimpangan dilema!

………………………………………………..

Nurul bergegas ke bilik kecemasan sebaik kelasnya tamat, tapi Amirul sudah tiada. Dari apa yang Nurul dengar,Najman yang bekerja di kantin sekolah mereka sudah menghantar Amirul balik ke rumah. Nurul masuk semula ke kelas dan mengharapkan agar Amirul dalam kedaan baik-baik saja. Sayang juga kau kat Amirul tukan Nurul? Nurul menghentam diri sendiri di dalam hati. Sapa tak sayang laki oiii!! Nurul tersenyum dengan bisikan nakal hatinya.

”Hoi! Hang ni awat? Hang pi mana? Taksat lari macam oghang tak cukup kaki, ni dah sengeh sorang-sorang macam kerang kena rebuih pulak??” Samirah menegur kelakuan Nurul yang agak pelik hari ni. Tadi,ketika cikgu Ahmad mengajar, Nurul macam kucing nak beranak,mengelisah dan tak tentu arah. Pelajaran yang diajar oleh cikgu Ahmad,langsung tak diberi tumpuan. Sekarang ni dah tersengeh seorang diri pula, macam orang tak betul ja?

”Biaq ar,hang kalut pa? Sibuk ja!” Nurul menjawab sambil menjelirkan lidahnya. Takkan nak bagitau Samirah apa yang sedang bersarang dalam hatinya sekarang. Maunya jadi berita tergempar.

”Dah macam oghang tak betoi! Sengeh-sengeh,.hang sembang pa dengan Hakim tadi sampai abang Mirul tukang kebun tu pengsan. Jangan-jangan abang Mirul tu syok kat hang pa? Sampai pengsan dia tengok hang dok menyembang dengan Hakim. Gerenti dia jeles, tu mesti dia tak dapat terima hakikat sampai pengsan-pengsan,.” Samirah tergelak diakhir kata-katanya. Nurul menjeling geram. Dia pun ada terfikir macam tu jugak tapi macam tak masuk akallah,takkan nak cemburu sampai pengsan-pengsan pulak?

”Hang jangan mengarut sangat boleh dak! Aku bukannya ada apa-apa pun dengan tukang kebun tu,kalau dia laki aku kot la dia nak jeles,” Gulp! Nurul telan liur sendiri. Berdosakah dia kerana tidak mengaku Amirul tu suami dia?

”Dak la, mana la taukan! Hang macam la tak perasan,abang Mirul tu selalu dok usha hang semacam ja,mana la tau kot dalam diam-diam, ada cinta dalam hati.” sekali lagi Nurul telan liur. Amirul cintakan aku ka? Takkanlah! Malam-malam tu dia cuma nak ambil kesempatan saja tu. Alah,.dulu aku tak jadi bini dia pun, dia perkosa aku, inikan pulak dah jadi bini dia. Tentu dia nak tuntut hak dia? Hati Nurul berdetik lagi dengan pelbagai persoalan.

”Dia tengok hang kot? Hangkan lagi lawa daghi aku? Aku bukannya lawa pun,tapi sweet tu ada la kot,.sikit-sikit,” Nurul tergelak dengan kata-katanya sendiri. Hujung jari telunjuk dan hujung ibu jari disatukan untuk memberitahu perkataan sedikit itu. Samirah mencebik,biasa sangat kalau bab masuk lift tekan sendiri ni.

”Sorry okey! Taste aku bukan tukang kebun. Kighim salam!,.aku nak cari tubuh tegap macam Aaron Aziz,ghupa hensem macam Aariz Lufias. Lepas tu,kalau bolih kaya macam,.errr,.sapa naa,.Prince William pun boley kot!” Samirah tergelak lagi. Dua kali lima ja dengan Nurul. Masing-masing tak mau mengalah.

”Ek eleh,.taste tinggi melangit,dok hina sangat tukang kebun tu,.tau-tau ghumah dia banglo daghi ghumah hang!” Nurul cuba membela Amirul. Dia bukan cakap kosong. Haji Alyas ada syarikat sendiri. Kakak dan abang Amirul pun bukan calang-calang orang. Keluarga mertua dia bukannya orang miskin pun.

”Oiii,..hang ingat,kalau ghumah dia banglo, dia mau ka gheja cuci toilet,buang sampah semua tu?” Samirah membidas kata-kata Nurul. Nurul tersengeh lagi. Nak memberitahu kebenarannya kepada Samirah memang tak boleh,nanti sekali dengan rahsia mereka terbongkar.

”Aku cakap kot ja!” Nurul mengangkat bendera putih dan perbualan mereka terhenti bila cikgu Noor Intan masuk ke kelas untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Pelajaran dimulakan dengan lancar,namun minda dan hati Nurul sudah berada di rumah. Macam tak sabar untuk mengetahui perkembangan Amirul.

………………………………………………………..

Sampai ke rumah Nurul bergegas menuju ke biliknya, ibunya belum pulang dari kerja,Nazrul dan Nazri mungkin sudah ke kelas KAFA. Nabil dan Habil sudah sedia maklum,ada kelas tambahan di sekolah. Nadia pun tak pulang bersamanya kerana ada kegiatan luar sekolah. Petang nanti baru Nurul akan pergi mengambil Nadia semula di sekolah. Nurul berlagak selamba masuk ke bilik, tak mahu sangat menunjukkan kerisauannya. Dia terhendap-hendap seperti pencuri masuk ke rumah,tujuannya agar Amirul tidak perasan akan kepulangannya.

Nurul memulas pintu bilik perlahan-lahan,dijengukkan sedikit kepalanya untuk mencari Amirul. Terpandang saja Amirul yang sedang berdengkur di atas katil tanpa baju, Nurul terus masuk dan melangkah perlahan-lahan ke arah katil. Nurul duduk di birai katil. memerhatikan wajah Amirul. Dari wajah hingga seluruh tubuh Nurul jelajahi. Hati Nurul berdebar tiba-tiba. Nurul pegang dadanya. Kenapa macam ni? Sebelum ni bukan tak pernah dia perhatikan Amirul tidur.

”Hmm,.aaa,.” Amirul mengerang dalam tidurnya. Nurul perhatikan lagi wajah Amirul yang nampak resah tiba-tiba. Rasa simpati menerjah mindanya. Keracunan makanan ka orang tua ni? Dalam rasa simpati Nurul sempat mengutuk Amirul di dalam hati. Nurul cuba mendekati Amirul,nafas Amirul turun naik. Wajah Amirul direnung dalam,dari kening turun ke mata,hidung dan berhenti di bibir. Nurul terbayang pula kejadian malam tu.Berdetup jantung Nurul,berpeluh dahinya. Kenapa dengan aku ni? Takkan aku dah sayangkan dia kot? Ingat Nurul, walau pun dia suami kau, dia yang telah rosakkan kau! Nurul beristighfar.

Nurul bangun dan ingin turun dari katil, gerakannya mengejutkan Amirul. Dengan pantas tangan Nurul ditarik dan Nurul terduduk kembali. Amirul mengangkat kepala dan merebahkan kepalanya di atas ribaan Nurul. Tersentak Nurul dengan kelakuan Amirul. Ingin ditolaknya kepala Amirul dia tak sampai hati. Pinggang Nurul pula Amirul peluk kejap bila Nurul tidak membantah tindakannya. Nurul tergamam lagi,degupan jantungnya semakin laju.

”Aku pening! Tolong picit, nanti kau tolong carikan aku mangga muda ya,perut aku asyik meloya ja,mulut aku pula macam teringin ja nak makan mangga muda cicah garam,” Nurul nak tergelak dengan permintaan Amirul, tapi dia tahankan saja,hanya bibir sudah merekah dengan senyuman memandangkan Amirul membuat permintaan dengan mata yang masih pejam.

”Cepatlah! Picitkan kepala aku, aku tak tahan ni,berpusing ja rumah ni,” Amirul memegang tangan Nurul dan meletakkan di kepalanya. Gelagat Amirul betul-betul seperti anak kecil yang ingin bermanja dengan ibunya. Nurul pula diserang perasaan keliru antara benci dan simpati.

”Uweeekkk!,” belum sempat Nurul mengikut arahan,Amirul sudah bertindak pantas,bangun berlari dan keluar dari bilik dengan laju. Sekali lagi Nurul tergamam. Dia turut keluar dari bilik dan mengikut Amirul dari belakang.

”Uwekk! Uhukk! Uhukk!,.Ummi!!” Nurul yang sedang risau melihat keadaan Amirul tiba-tiba menghamburkan tawa. Lucu! Anak manja ummi rupanya. Ingatkan gengsterlah sangat!

”Aku dah separuh mati, sejak pagi tak makan apa-apa, asal buka mata ja, aku muntah,kau boleh lagi nak ketawakan aku?” Amirul melepaskan amarahnya dalam suara yang perlahan. Terhiris hatinya mendengar Nurul ketawa sedangkan dia sudah terlalu letih menahan lapar dan sebagainya.

”Sorry! Aku tak sengaja,ingatkan hang gengster,tak tau pulak time sakit macam ni hang nak pangge ummi,kesian ummi mesti tersedak-sedak dia,anak manja kesayangan ni dah seru nama dia sambil muntah-muntah,.” sengaja Nurul mempersendakan Amirul dengan kata-katanya sambil masih tergelak kecil. Amirul pula sudah duduk tersandar di dinding bilik air. Terlalu letih dengan kejadian hari ini. Perut pula asyik berbunyi minta diisi.

”Hang keracunan makanan ka ni? Hang dah pi klinik?” Nurul cuba menjadi isteri prihatin. Dia duduk bertinggung di sisi Amirul yang tersandar sambil matanya dipejamkan rapat,sesekali Amirul akan menekan perutnya,nampak begitu sangat terseksa.

”Hang nak makan pa? Bagitau ja,satgi aku masak,tapi masak apa yang ada ja la,” Nurul cuba mencuri perhatian Amirul. Tak salah kot jaga suami yang sedang sakit macam ni. Nurul bukanlah seorang yang tak berprikemanusiaan.

“Aku tak tau,.aku cuma nampak mangga muda cicah garam. Tolong aku cari,aku teringin sangat ni, dah ternampak-nampak dah ni,.” sekali lagi Nurul menghamburkan tawa. Amirul tersentap, matanya dibuka dan dibeliakkan.

”Hang ni awat pelik sangat,macam oghang mengandung?” Nurul masih tergelak,hatinya bagai digeletek,tak tahu kenapa permintaan Amirul begitu mencuit hatinya. Ingat lagi Nurul selepas seminggu Amirul tinggal di sini dia bersama Nadia mempelawanya mencicah mangga muda bersama garam belacan buatannya tapi Amirul mempersendakan mereka. Amirul cakap makan mangga muda yang masam nanti otak tumpul dan sebagainya. Sekarang ni dah macam terkena kutukan sendiri, beria-ia Amirul nak makan magga muda.

”Dah! Kau jangan banyak songeh sangat,derhaka tau,tak tunaikan permintaan suami,dah la kau asyik lari dan marah-marah ja bila aku nak dekat dengan kau. Tanggungjawab seorang isteri tu adalah melayan suami zahir dan batin, berdosa tau kalau aku tak redha,” Nurul dah mencebik mendengar kata-kata Amirul, terasa berbahang saja wajahnya. Macam mana dia nak jalankan tanggungjawab kalau hatinya masih ada secebis dendam yang tersimpan.

”Yalah! Yalah!,.aku tahulah,.hang nak tidur dalam bilik ayaq ni ka?” bila Amirul kembali memejamkan mata Nurul terus bertanya soalan cepuput Kak Bed Sinarfm tu.

”Aku tak larat nak bangun,” lemah saja suara Amirul. Nurul sudah mendekati Amirul dan cuba memapah Amirul keluar tapi Amirul pula cuba mengambil kesempatan dengan memaut pinggang Nurul dan dengan pantas pipi Nurul dicium sambil bibir tersenyum nakal. Sempat lagi tu!

”Duduklah dalam ni sampai pagi esok!” terus Nurul menolak Amirul. Geram dia bila Amirul membuat tindakan nakal sebegitu. Dalam dok sakit pun masih ada persaan tu lagi?

”Adoii,.sakitlah! kau memang nak jadi isteri derhakakan? Bukannya berdosa pun, aku kiss sikit ja pun,aku nak test ja,pagi tadi aku langsung tak boleh bau apa-apa pun tapi dengan kau,.aku macam,.err,.macam apa erkk?” Amirul mengaru kepalanya dan dalam masa yang sama punggungnya turut digosok akibat jatuh terhempas di atas lantai bilik air.

”Dahlah,pi keluaq sendhighi la,aku nak salin baju,nak mandi,lepas tu aku nak sembahyang. Hang dah sembahyang ka belum ni?” Nurul pandang Amirul yang masih tersandar di dinding bilik air. Amirul mengeleng lemah. Makan pun tak boleh,asyik muntah ja, macam mana nak sembahyang.

”Lahh,.okey takpa mai aku nak tolong,.” Nurul tersenyum nakal,dalam mindanya sudah penuh dengan idea jahat. Haih! Nurul ni,suami tengah sakit macam tu pun nak kenakan lagi?

”Aku tolong mandikan hang noh? Kesian aku tengok,” sambil berkata Nurul melangkah ke arah kolah dan mencapai gayung. Air diceduk dan dibawa kepada Amirul. Disiramnya Amirul dengan air kolah yang sejuk. Dia kenal dengan Amirul yang mengada-ngada,mentang-mentang di rumah banglo dia selalu mandi air dari shower air panas,bila tinggal di kampung dia selalu merungut kerana terpaksa mandi air kolah. Kadang-kadang bila air paip terputus mereka akan mandi air telaga.

”Ahh!,.segarnya!,.lagi-lagi!,.nanti kau tolong salinkan kain aku ni ya,lepas tu tolong papah aku masuk ke bilik. Aku pening sangat ni!” lain yang Nurul fikirkan,lain pulak yang terjadi. Ingatkan Amirul akan melenting,ini terbalik pulak. Plan A tak menjadi,Nurul capai timba pula,dikautnya air kolah hingga penuh lalu disiram lagi. Amirul semakin suka pula.

”Meh!,.kita mandi berdua la,.aku tolong kau pulak,.” Amirul yang tak ada tenaga pada mulanya tiba-tiba bangun dan merampas timba di tangan Nurul,belum sempat air kolah diceduk Nurul sudah lari keluar dari bilik air,mengekek Amirul ketawa.

”Sakitlah sangat!!” Nurul melaung dari luar bilik air, Amirul yang sudah basah kuyup terus mandi hingga selesai. Usai mandi dia tercari-cari pula kain tuala. Nak keluar pakai apa ni? Terpandang kain basahan di penjuru bilik air, Amirul terus melebarkan senyum. Kau nak kenakan aku ya Nurul. Tunggu kau!

………………………………………..

”Aaaaaaaa,.” Nurul pekup kedua belah matanya. Tak sanggup nak melihat tubuh Amirul yang separuh bogel, dengan kain basahan yang singkat dan jarang. Amirul ketawa galak. Nurul cuba melarikan diri ke bilik air bersama baju dan kain batik. Kain tuala diletaknya di atas kepala dan berlari laju mengelak dari bertembung dengan Amirul yang sudah mengekek kesukaan. Amirul memang nakal, dihadang Nurul di muka pintu bilik,walau sekuat mana Nurul menolak Amirul tetap tak bergerak.

”Aku puasalah ngok,batal puasa aku hang siap la,.konon pening,tak larat, tapi,.hiesyy,.” Nurul membentak marah. Amirul mengangkat kedua belah tangan. Bila Nurul sebut dia sedang puasa, Amirul baru teringat Nurul meminta izin darinya untuk berpuasa sunat bulan saaban. Bulan depan dah mula puasa Ramadhan.

”Yalah,.cepat sikit mandi,nanti kita jemaah,lepas tu kau tolong aku cari mangga muda,aku tak kira,apa nak jadi pun, aku nak jugak mangga muda tu,.” mendengar saja arahan Amirul,bibir Nurul spontan melebarkan senyuman. Dah buang tabiat agaknya Amirul ni? Dari tadi asyik minta mangga muda ja.

”Sengeh,sengeh, aku tak buat lawaklah! Aku betul-betul lapar ni, kau ingat aku main-main ke?” Amirul tersentap lagi,wajahnya berbahang,dia sendiri keliru dengan seleranya. Sejak balik ke rumah tadi setiap kali dia lapar,digeledahnya dapur tapi semua makanan yang dia jumpa ,tak membuka seleranya. Dia hanya nampak mangga muda yang segar. Semuanya menganggu mindanya.

”Hang mengandung sulung ya abang Mirul??” sebelum keluar dari bilik sempat lagi Nurul berseloroh, suaranya sengaja dilunakkan,meleret saja bunyinya sambil tergelak panjang. Amirul ketap bibir. Nasib baik kau puasa Nurul. Kalau tak,tahulah kau, satu rumah ni aku kejar!

Usai solat zohor berjemaah Nurul turun ke bawah dan menuju ke dapur. Bila difikirkan balik kesian juga dengan Amirul yang kelaparan,agaknya ada apa di dapur? Pagi tadi dia dan ibunya bangun sahur bersama dan mereka sudah masak untuk adik-adiknya yang tak berpuasa. Hurm,.Amirul ni ribut tak,angin tak,tiba-tiba saja jatuh sakit pulak tapi yang hairannya tu,dalam sakit tu sempat lagi nak kenakan aku. Dah la buat perangai pelik,nak makan mangga muda?? Sambil mengeledah dapur Nurul berdialog di dalam hati. Amirul memang bersikap pelik dari kebiasaannya.

”Nurul!,.kau dah pergi cari ke belum?” Amirul masuk ke dapur sambil mengosok perut, Nurul memandang sekilas sebelum menyambung kembali kerjanya. Nurul buka almari dapur dan mengeluarkan bawang merah dan cili kering. Nurul menuju pula ke arah peti ais dan membukanya.

”Please Nurul! Aku tak main-main,.sumpah! Aku betul-betul lapar mangga muda ni,sebiji pun jadilah!” Amirul menghampiri Nurul dan merangkul pinggang Nurul dari belakang sambil dagunya diletakkan di atas bahu Nurul. Nurul kaku seketika,dadanya berombak tak tentu arah. Mengigil rasa tubuhnya.

”Please! Please!!,.” Amirul memusingkan tubuh Nurul untuk mengadap ke arahnya pula sambil merenung Nurul dengan mata yang sedikit kuyu memohon simpati. Gulp!,.Nurul tertelan liur sendiri. Batal puasa kau Nurul!

”Aku nak masak dulu,hang nak makan apa? Aku masak nasi goreng naa,ni ja yang ada,petang satgi aku nak pi ambik Nadia aku nak singgah pasar malam,aku beli la lauk untuk makan malam ni,.” Nurul menolak tangan Amirul secara lembut dan memulakan kembali kerjanya yang terganggu sebentar tadi.

”Aku tak mau nasi goreng! Aku nak mangga muda! Mangga muda!! Berapa kali aku nak ulang,pergilah cari kejap,kalau aku kuat,aku keluar cari sendiri. Aku letih sangat ni,aku pening,loya,.kau faham tak ni??” Amirul mula nak membentak. Minta cara elok Nurul tak faham.

”Ya la! Aku keluaq pi caghi!” Nurul berdecit geram sambil kakinya melangkah menuju pintu dapur. Kalau tak salah di belakang rumah mereka ada buah mempelam telur yang masih berbuah lebat. Kalau ada, rezeki kaulah Amirul,sebab selepas Pak Muin meninggal ibu Nurul menjual semua hasil kebun mereka termasuk buah mempelam dan sebagainya.

Nurul mengelilingi rumahnya sambil melangutkan kepala ke atas,memerhati kalau-kalau ada mangga muda yang masih sesat. Pokok mangga memang sedang berbuah sekarang ni,ada yang sudah tua dan menguning tapi semua pokok terlalu tinggi untuk Nurul mengaitnya. Nurul mencari lagi,mana tahu nasibnya baik dan menjumpai pokok mangga yang ada buah di hujung julainya yang rendah dan boleh dicapai dengan tangan.

”Hah! ada pun,.eh,ni bukan mempelam buah yang manih tu ka? Lantaklah,orghang tua tu cuma cakap nak mempelam putik,bukan dia cakap nak mempelam masam pun,” Nurul berdialog seorang diri. Mangga muda yang lemak-lemak manis rasanya,memang sedap dimakan ketika masih muda. Tapi mangga ni bila masak,buahnya akan buruk. Inilah dia,setiap sesuatu yang istimewa tu mesti ada keburukannya. Kalau masak buah mangga ni semakin manis tapi isinya hanya boleh dimakan separuh,adakalanya langsung tak boleh dimakan,makan saja buahnya yang masih muda.Isinya pula berwarna putih walau sudah masak.

Tiga biji buah mangga dipetik masuk ke dalam rumah. Buah mangga yang baru nak membesar. Dia berharap sangat Amirul takkan mengamuk lagi dan berpuas hati dengan mangga ini. Nurul sudah letih hari ini. Bukan Amirul saja yang sedang lapar,dia pun berpuasa,lepas ni nak kena pergi mengambil Nadia pula di sekolah,kemudian dia harus singgah di pasar malam. Ibu Nurul yang bekerja di kilang di kampung sebelah biar saja Habil atau Nabil yang mengambilnya. Nazrul dan Nazri pula pergi sekolah dengan basikal,tak payah susah-susah nak mengambil mereka.

Nurul memasukkan buah mangga di dalam besen kecil dan dibasuh,sedikit garam dimasukkan ke dalam piring kecil. Nurul masih berkira-kira untuk memasukkan belacan kerana Amirul tidak suka makan makanan yang berbau busuk. Dibawanya buah mangga dan garam lalu menuju ke ruang depan untuk mencari Amirul. Bila melihat Amirul yang tersadai di depan tv Nurul terus melajukan langkah ke arah tv. Nurul meletakkan buah mangga di sebelah Amirul sedangkan matanya difokuskan kepada tv yang sedang menyiarkan drama sinetron. Nurul pandang wajah Amirul dengan perasaan pelik.

”Mana pisau?” soalan pertama yang keluar dari Amirul membuatkan Nurul membeliakkan matanya. Nurul bangun dan menuju ke dapur semula. Nurul mengambil pisau dan membawa pula ke ruang depan. Bibirnya membisu tapi hati di dalam sudah memarakkan kemarahan yang paling berbahang. Kau tak ikhlas ya Nurul,layan suami sendiri?

”Nah!” Nurul hulurkan pisau sambil berdiri.

”Tolong buang kulit,lepas tu potongkan sekali,kecil-kecil,.” sekali lagi Nurul berdecit geram. Mengada-ngada!

”Buatlah sendhighi!” Nurul membentak dan ingin berlalu,dengan pantas Amirul menyambar tangannya.

”Please! Aku sayang kau,takkan kau tak sayang kat aku? Kalau tak sayang pun,kesianlah kat aku ni,akukan suami kau,kalau kau tak tolong aku,kau nak tolong siapa lagi?” Amirul bersuara perlahan untuk mengambil hati Nurul yang masih belum berjaya dilembutkannya. Baru sebulan kot Amirul dengan Nurul ni kahwin.

”Sayanglah sangat! Macam la aku nak percaya!” dalam keras Nurul dia tetap duduk dan menolong Amirul mengupas buah mangga untuk Amirul dan memotongnya kecil-kecil seperti yang diminta. Amirul tersenyum dalam diam,menyaksikan Nurul yang menunaikan permintaannya. Tanpa sedar Amirul mencium pipi Nurul pantas. Membuntang lagi mata Nurul.

”Buat sendhighilah!!” Nurul bengang dengan apa yang Amirul lakukan. Mukanya berbahang,marah,geram juga bercampur malu. Bukan tak pernah Amirul berkelakuan macam ni dalam sebulan ni,lebih dari tu pun Amirul pernah buat, cuma hari ni perasaan Nurul yang lain sikit. Hatinya asyik berdebar-debar setiap kali Amirul menyentuh tubuhnya. Nurul bangun dan bergegas masuk ke bilik. Amirul sudah tergelak kuat.

”Tak luak la pipi kau tu,walau berjuta kali aku cium. Kau jangan bimbanglah! Bukannya berdosa pun!!” sambil gelak Amirul melaung. Tinggal mereka berdua di rumah pada masa ni,macam nilah mereka,sekejap baik,sekejap macam anjing dengan kucing.

Amirul mula mencicah buah mangga dengan garam,tapi riak wajahnya berubah selepas mengigit untuk kali pertama. Kenapa manis pulak? Bukan mangga muda selalunya masam ka? Amirul terus mengunyah dan menelannya. perasaan pelik tu semakin bertamu dalam benaknya.

”Nurul!!!. Kenapa buah ni manis? Aku nak mangga muda yang masam la. Takkan tak ada kot?” Amirul melaung kuat,tapi dalam masa yang sama buah mangga tetap dikunyah dan ditelan.

”Tinggi sangatlah! Aku tak sampai nak ambik. Lagi pun yang muda ibu dah jual kat kak Mah kedai makan depan simpang tu. Kak Mah nak buat rojak buah,.” dalam marah Nurul menjawab juga pertanyaan Amirul dari dalam bilik. Mereka saling melaung dengan suara yang kuat.

”Nanti kau tolong belikan aku rojak buah tu ya?” Amirul melaung lagi. Nurul keluar dari bilik dan kembali kepada Amirul yang sedang rancak mencicah buah mangga muda dengan garam. Dia duduk di depan Amirul dan memandang wajah Amirul dengan hairan. Entah kenapa dia menghulur kedua belah tangannya kepada Amirul.

”Aku minta maaf,kalau aku buat salah dengan hang. Kalau hang mati nanti hang maafkan semua kesalahan aku naa?” sambil mencium tangan Amirul Nurul mengungkapkan kata,laju pula tangan Amirul meluku kepala Nurul.

” Kalau kau tak suka aku sekali pun,takkan sampai nak doakan aku mati cepat pulak kot. Nah! masukkan belacan sikit,kalau ada cili padi,potong sikit masukkan dalam ni,.” sambil memarahi Nurul, Amirul menghulur piring berisi garam kepada Nurul. Berkerut dahi Nurul mendengar permintaan Amirul yang terbaru.

”Belacan?? Ni,.aku rasa,aku kena telepon ummi,dan suruh ummi bagitau kat walid,kak zahra dan abang Shid suqhuh depa mai sini,kot-kot tak dan pulak depa nak jumpa anak bongsu manja depa ni,.” Nurul berkata sambil menyambut piring yang dihulurkan Amirul. Amirul sudah mengetap bibir geram. Dia faham dengan maksud Nurul tu,yang dia tak faham dengan seleranya sendiri yang berubah 99.9%.

”Haa,.bagus sangatlah tu,telefon jangan tak telefon. Bagitau mereka aku tengah nazak sangat. Nanti mereka boleh datang ambil aku. Bila aku dah balik KL nanti kau jangan nak rindu-rinduan kat aku pulak nanti!” Amirul berkata geram. Dalam hati sudah terdetik satu perasaan antara marah dan keliru. Akan rindukah Nurul pada dia nanti dan adakah dia juga akan merindui Nurul.

”Berikan sepuluh sebab pasai pa aku kena rindu kat hang?” Nurul tak jadi melangkah ke dapur bila mendengar kata-kata Amirul. Dia tahu kata-kata dia tu memang keterlaluan untuk diungkapkan oleh seorang isteri tapi orang macam Amirul ni reti ka nak terasa hati?

”Eh,.sepatutnya kau la yang kena jawab sendiri soalan kau tu,kenapa pula aku yang kena beri sebab pulak?” Nurul duduk kembali di depan Amirul. Macam nak berperang saja lagaknya.

”Aku minta sepuluh sebab,bukan aku soal hang la ngok!”

”Ngok tu apa? Boleh tak kau cakap bahasa yang aku mudah faham? Dulu kau suruh aku beli tongyu,lepas tu beli camca,tapi bila aku beli semuanya tak betul!” Nurul dah menghamburkan ketawanya. Bila diingat balik kejadian tu memang lawak sangat. Nurul suruh Amirul pergi kedai beli toyu(kicap) tapi Amirul minta tongyu,akhirnya yang Amirul bawa balik tong isi air dengan seekor ikan yu.Bila Nurul suruh beli camca(sudu) di pasar malam Amirul bawa balik ialah masak dalca ayam.

”Ngok tu hang la,ngok ngek!” Nurul tergelak lagi dan terus bangun bila melihat Amirul sudah mencerunkan wajahnya.

”Sedap ja mengata aku ‘ugly Betty’ ni!”

”Hodoh-hodoh aku bini hang jugak!”

” Sejak bila kau ubah nama jadi Betty?” Nurul masuk perangkap,dia terdiam dan berjalan menuju ke dapur. Amirul dah tergelak di depan tv.

”Hahaha,.ugly Betty,jangan lupa ya,masukkan belacan dengan cili padi,campur cuka sikit,buah ni tak masam langsung,tak best. Nanti kalau kau keluar,jangan lupa beli rojak buah dan jeruk sama.Aku teringin ni. Aku mati kempunan nanti,kau jugak yang nak menyesal.” dalam ketawa yang masih bersisa Amirul melaung Nurul yang sudah melangkah menuju ke dapur. Oh Amirul! mengalahkan orang mengidamlah kau ni, kalau macam ni punya gaya!

……………………………………………………..

Hajjah Mastura dan Haji Alyas sudah diberitahu tentang penyakit misteri yang menyerang Amirul tiba-tiba. Mereka sekeluarga datang untuk melihat keadaan Amirul yang tidak berselera untuk makan. Dia hanya memilih makanan kesukaannya yang langsung tak berkhasiat. Makanan yang dikutuknya sebelum ini,makanan itulah yang dimakannya hari-hari. Di waktu pagi pula Amirul akan muntah-muntah hingga adakalanya sampai menyebabkan dia pengsan. Amirul sudah dibawa ke hospital dan diperiksa namun doktor tidak menemui puncanya.

”Mirul tau tak,Along ada sorang kawan dulu,macam ini jugaklah penyakitnya,asyik muntah-muntah dan suka makan benda pelik-pelik,seminggu selepas tu, Inna Lillahiwainna Hilahiraji’un,.” Fatimah Az-Zahra kakak sulung Amirul sengaja menyakat Amirul dengan kata-katanya sambil cuba menahan senyum,matanya melirik kepada Rasyid adiknya yang nombor dua. Mereka bermain mata dalam diam tanpa disedari orang lain.

”Seminggu? Okey lagilah tu, kawan Angah,sehari selepas tu,tau-tau jumpa mayat dia dah terbujur atas katil sorang-sorang” Rasyid menambahkan rencah dalam kata-kata kakaknya. Sejak mereka tahu perubahan Amirul dan selepas memeriksa komputer Amirul mereka berpakat untuk menakutkan Amirul agar Amirul insaf dengan segala perbuatannya.

”Habis tu,macam mana ni abang? Kita nak bawa balik ke Amirul ni? Buat kenduri bacaan Yasin ke, Mas tak tergamaklah,nanti tak sempat pula,.” Hajjah Mastura turut menyampuk. Haji Alyas sedang memikirkan kata-kata anak-anak dan isterinya. Amirul pula hanya tunduk membisu.

”Macam mana dengan Nurul? Nak ikut kami balik?” Haji Alyas mengajukan soalan untuk Nurul. Semua mengalihkan pandangan ke arah Nurul pula. Nurul cuma mengangkat bahu sebagai jawapan tidak tahu.

”Mirul macam mana? Nak balik atau nak tinggal di sini terus? Walid suruh tinggal di sini untuk menyara keluarga tapi baru sebulan kerja dah jatuh sakit? Badan lemah!,..macam tu ke anak jantan?” berdesing telinga Amirul mendengarnya. Macamlah penyakit yang sedang menghuni badannya ini adalah kehendaknya. Siapa yang mahu mengalami keadaan ini? Bangun pagi asyik muntah-muntah. Perut pula asyik meloya sepanjang masa. Makan itu tak kena,makan ini tak kena. Dia hanya boleh makan mee segera dan jeruk buah-buahan,itu pun adakalanya akan keluar semula. Bila ibu mertuanya memasak nasi atau menumis gulai,Amirul sudah lembik akibat muntah-muntah. Bila dia teringin nak makan sesuatu, benda tu harus ada di depan mata. Kalau tak dapat apa yang dia nak Amirul rasa amat terdera perasaannya.

”Ikut walidlah!,.Mirul tak kisah,” Amirul bersuara akhirnya. Dia sudah tiada daya nak membantah,nama saja ada isteri tapi Nurul tak pernah menganggapnya sebagai suami pun walau kadang-kadang Nurul melayannya agak baik. Baik bila Amirul tak buat hal,bila Amirul sentuh sikit Nurul mula menjadi harimau betina.

”Hmmm,.boleh kalau nak balik,tapi komputer semua walid rampas,takkan ada internet dan sebagainya. Hanphone pun guna saja apa yang ada,takkan ada handphone canggih. Duduk saja di rumah hingga sembuh,bila kuat wajib pergi solat di masjid. Boleh macam tu?” Amirul serba salah. Kalau balik pun kebebasannya masih tetap dipantau. Dunia zaman siber tanpa internet agaknya begitu membosankan. Di sini kalau tak ada internet tak kisahlah sebab di rumah ini ramai,kadang-kadang pemuda-pemuda kampung selalu berkumpul di rumah ibu mertuanya terutamanya kawan-kawan Nabil dan Habil. Kawan-kawan Nasrul dan Nazri juga rajin bertandang ke sini bermain badminton dan sebagainya. Tiada istilah bosan di sini walau tanpa internet. Amirul menarik nafas. Kalau balik KL Nurul tak mahu ikut nanti dia tentu sunyi kerana tak dapat bergaduh dengan Nurul lagi. Erkk?,.Amirul pandang Nurul seketika,mencari sesuatu di sebalik wajah selamba Nurul.

”Kau nak ikut?” Amirul tanya Nurul. Nurul geleng pantas.

”Aku nak sekolah,buat apa ikut?” Nurul menjawab tegas. Dia bernekad untuk terus sambung belajar dan menghabiskan persekolahannya. Sebelum ni dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tapi abahnya tak mampu nak menghantarnya ke Universiti,terpaksa dia melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Bila abahnya meninggal,Nurul sanggup berkorban demi adik-adiknya dan berhenti sekolah namun rezeki memihak kepadanya bila dia berkahwin dengan Amirul,Haji Alyas nak membiayai persekolahan dia dan adik-adiknya.

”Tak apalah walid, Buat apa ada isteri kalau sorang di utara,sorang di barat?” Amirul buat keputusan mendadak. Semua mata memandang ke arahnya. Cakap tak serupa bikin! Baru tadi Amirul cakap tak kisah.

”Hai..tadi cakap nak ikut kata walid,ni dah lain pulak?” Amirul tersengeh mendengar kata-kata Haji Alyas sambil mengaru tengkuknya.

”Macam nilah,.ummi ingat,Mirul ikut dulu kami balik,kita pergi buat pemeriksaan di hospital pakar. Ummi ada jugak dulu sorang kawan yang muntah-muntah macam ni,selepas buat pemeriksaan rupanya dia ada barah.” Hajjah Mastura membuat keputusan untuk Amirul. Haji Alyas,Fatimah Az-Zahra,Rasyid juga isterinya dan suami Zahra,masing-masing menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan pendapat Hajjah Mastura.

”Nak kena balik jugak ke ummi?” Amirul menyoal Hajjah Mastura kembali,sekali lagi matanya melirik ke arah Nurul,mana tahu kalau-kalau Nurul nak menghalang umminya dari membawa dia pulang ke Kuala Lumpur namun dia kecewa bila Nurul langsung tak beriak resah,macam suka lagi adalah.

”Tanya ummi tapi mata pandang Nurul. Kenapa? Dah sayang isteri tu? Baguslah kalau macam tu! Kalau sayang kenalah balik berubat dulu. Nurul tu masih sekolah,mana nak belajar lagi,nak jaga Mirul lagi,kesian dia!” seperti mengerti maksud pandangan Amirul kepada Nurul Hajjah Mastura sengaja menduga perasaan anak terunanya itu. Wajah Nurul pula yang berbahang,Amirul tertunduk tersipu-sipu,tidak menyangka umminya akan membaca isi hatinya.

”Sapa tak sayang bini ummi oii,.tempat jatuh lagi dikenang,inikan pulak bantal peluk malam-malam,.” Amirul sengaja pula menyakat Nurul,sedangkan hakikatnya nak sentuh pun tak boleh,inikan pula nak peluk. Wajah Nurul berbahang kembali,kecil saja Amirul diperhatikannya. Orang lain hanya mampu mengelengkan kepala. Adik-adik Nurul yang turut ada bersama sudah tergelak kecil.

”Haih!,.masa nak nikah hari tu macam terpaksa ja,ni dah sayang nak tinggal pulak,jangan-jangan Mirul ni sakit sebab pembawa budak kot ummi?” Rasyid ingin bergurau senda dengan adik bongsunya sambil memandang Amirul dan Nurul silih berganti. Nurul terpana seketika mendengar kata-kata Rasyid. Dalam diam dia menghitung hari selepas dia diperkosa oleh Amirul dan haid terakhirnya. Hari ini dah masuk minggu ke-9 dan Nurul belum lagi datang haid selepas dia diperkosa,adakah? Wajah Nurul terus pucat,air matanya bergenang tiba-tiba.

”Betul ke Nurul?” Hajjah Mastura turut berminat dengan kenyataan Rasyid. Amirul memandang wajah Nurul inginkan kepastian,kalau Nurul mengandung bermakna anak itu hasil nafsu serakahnya sebelum mereka nikah,ini bermakna Nurul mengandung anak luar nikah. Ah! Harap-harap serkap jarang abang Syid tak mengena. Amirul berbisik di dalam hati.

”Nurul tak tau ummi,tapi Nurul ada baca novel, bila bini hero mengandung hero yang kena alahan,lepas tu bila Nurul nikah dengan abang Mirul,Nurul berdoa hari-hari,biar abang Mirul yang tanggung alahan tu kalau Nurul termengandung. Takkan doa Nurul makbul kot ummi?” Nurul bersuara dalam rasa keliru. Semua mata memandang ke arahnya. Amirul sudah membeliakkan mata geram. Marah sangatkah Nurul dengannya sampai sanggup berdoa macam tu?

”Bila haid terakhir Nurul” Zahra pula bertanya. Nurul terkumat kamit untuk menjawab. Dia serba salah untuk menjawab.Akhirnya dia menghampiri Zahra dan berbisik kepada Zahra.

”Pagi selepas abang Mirul perkosa Nurul” Zahra mengeluh. Orang lain tertanya-tanya apa yang dibisikkan Nurul. Amirul terus memandang Nurul,tidak puas hati dengan gelagat Nurul.Nak berbisik bagai,bagitau sajalah! Hatinya membentak.

”Hmm,.nanti Nurul ikut akak,kita pergi chek ya. Mirul pun kena pulang KL jugak,Mirul pun kena chek jugak,manalah tau kot-kot betul ada penyakit lain. Kalau kena barah masuk peringkat 4 nanti tak sempat pulak nak bertaubat,” Zahra sengaja lagi untuk mengusik Amirul,walau dia sudah pasti Amirul hanya terkena alahan.

”Kak Zahra macam nak sangat Mirul mati cepat nampaknya? Yalah! Mirul taulah,Mirul ni jahat!” Amirul bersuara sebal. Zahra dah mencebikkan bibirnya. Nak sentaplah sangat!

”Asyik bersembang ja ni,Nurul!,jom tolong ibu,kita masak dulu. Apa-apa hal pun,lepas ni kita sembang lain. Ada ikan keli tu,tadi pak ngah Moksin hang bagi,kita buat gulai pun sedap jugak tu,” mendengar saja ibu mertuanya berkata begitu Amirul kembali terasa meloya bila membayangkan gulai yang ditumis,cepat-cepat Amirul bangun untuk melarikan diri ke luar rumah.

”Uwek,uwekk,.” baru terbayang gulai yang ditumis, Amirul sudah muntah. Orang lain yang memerhati sudah tercengang-cengang.

”Nurul! Tolong ambilkan asam jeruk aku tu,nanti bawa kat pangkin luar tu tau! Aku malas nak duduk dalam rumah,dengar ibu nak buat kari aku dah meloya,.” mendengar arahan Amirul kepada Nurul semua yang ada sudah menghamburkan tawa, cuma Amirul yang menahan geram seorang diri. Nasib kaulah Amirul!!

……………………………………..

Amirul terpaksa juga mengikut Hajjah Mastura dan Haji Alyas pulang ke Kuala Lumpur. Amirul berat hati nak meninggalkan Nurul di sini,sengaja dia meminta Nurul masuk ke bilik dan memberi alasan agar Nurul menolongnya mengemas bajunya untuk dimasukkan ke dalam beg. Dia cakap,dia pening dan tak mampu nak buat sendiri. Nurul tak membantah,hanya mengikut saja arahan Amirul,tak mahu dia dituduh isteri derhaka yang tak mendengar kata suami.

Bila mereka berdua sudah berada di dalam bilik Amirul mula mengambil kesempatan memeluk Nurul seerat mungkin. Nurul cuba menghalang namun pelukan erat Amirul tak mampu dileraikan. Dia pula yang terasa sebak diperlakukan sebegitu. Lama Amirul memeluknya,hingga orang di luar sudah melaung mereka agar cepat bersiap. Nurul juga akan ikut mereka ke klinik sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur.

”Nanti kau jangan lupakan aku ya. Jangan gatal-gatal nak bercinta dengan orang lain, sepanjang aku tak ada ni. Ingat tu,nanti aku tak redha baru kau tahu!” Amirul memberi amaran kepada Nurul selepas pelukannya dileraikan. Mereka mula mengemas baju Amirul dan bersiap, sambil mereka bersiap,mereka berbual. Nurul hanya mendengar tanpa membalas,dalam hatinya sudah wujud perasaan keliru. Dia tak tahu,sama ada dia sedang gembira atau sedih dengan pemergian Amirul ni.

”Kau dengar tak ni?” bila Nurul tak beriak dengan setiap kata-katanya Amirul mula terasa hati. Nurul pula masih bingung untuk memahami perasaannya sendiri.

”Nurul!!” Amirul kuatkan suara. Nurul tersentak,tadi fikirannya melayang seketika. Nurul pura-pura membetulkan tudung di kepalanya.Amirul menghampiri Nurul,dia memeluk pula Nurul dari belakang. Air matanya mengalir ke pipi,disekanya pantas. Nurul terus diam dan membiarkan perlakuan Amirul.Dia juga turut terbuai dengan pelukan Amirul tapi hatinya menidakkan. Perasaan ego menguasai perasaannya. Rasa sebak yang bertandang ditahan sekuat mungkin,tak mahu nampak lemah di depan Amirul.

”Jangan lupakan aku tau! Aku tau aku jahat tapi aku berjanji akan menjadi suami yang baik dan ayah yang baik untuk anak-anak kita,.” Amirul terus meluahkan suara hatinya seolah inilah pertemuan terakhir mereka. Dia nak Nurul tahu,dia sudah mula sayangkan Nurul.

”Dalam ni,bukan anak yang sah,kalau benar dia wujud. Harap-harap,.kata-kata Angah tak benar. Aku lebih rela sakit lain daripada sakit alahan. Aku tak mahu kau terdera jiwa dan perasaan kerana mengandung tanpa rela kau. Aku nak kau mengandung bila kau dah rela nak serahkan tubuh dan hati kau,bukannya mengandung sebab kena paksa macam ni,” Amirul menyentuh perut Nurul dengan kedua belah tangannya,perut Nurul diusap-usap perlahan. Nurul yang menahan sebak sejak tadi sudah tak mampu menahan perasaannya. Mutiara jernih mengalir juga membasahi pipinya. Dia menolak tangan Amirul yang sedang memeluknya,dia berpusing mengadap Amirul.

”Aku rasa serkap jarang Angah mengena,aku dah rasa lain semenjak dua minggu ni,sebelum hang muntah-muntah lagi,jadi hang bersedialah nak jadi ayah untuk perbuatan hang ni. Anak ni tak berdosa,yang berdosa tu hang,jadi aku nak warning hang,kalau anak ni dah keluar nanti,hang jangan nak hina dia pulak. Aku pancung hang hidup-hidup!” dalam tangisnya Nurul tetap mengugut Amirul. Sekali lagi Amirul merangkul Nurul erat. Air matanya berjurai laju. Rasa menyesal mula bertandang,kerana dosanya Nurul dan anaknya turut menanggung beban derita. Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosaku! Amirul bertafakur di dalam hati. Matanya dipejamkan dan air matanya dibiarkan terus mengalir sambil pelukannya semakin dieratkan,perlahan dia merasakan Nurul membalas pelukannya. Bibirnya tersenyum senang hati.

”Jom keluar! Nanti teruk kena perli,hang la ni,dok tak dok,buat spektra ayaq mata,pasai pa?” Nurul melepaskan pelukannya dan menolak tubuh Amirul perlahan. Air matanya dikesat kering. Amirul tergelak perlahan sambil turut mengesat air matanya. Jatuh sudah keegoaan seorang lelaki.

”Aku sayang hiang! Hiang jangan lupakan aku tau!” Amirul cuba mengajuk percakapan Nurul dengan bercakap loghat Kedah sambil mengucup dahi Nurul. Nurul sudah tergelak senang hati bercampur lucu. Pelik benor bunyinya.

”Woii!!,.bersiap ke buat apa dalam tu,lama sangat! Ingat sama kami yang menunggu di luar ni!” Rasyid sudah melaung dari luar bilik. Amirul dan Nurul spontan menghamburkan tawa. Dalam hati Amirul dia sudah mengungkapkan syukur, Nurul seperti sudah dapat menerima dirinya.

”Kau sayang aku tak?” Amirul inginkan kepastian. Nurul tercengang ditanya tiba-tiba dengan soalan itu sedangkan dia sendiri masih keliru dengan perasaannya.

”Tak dak masa nak jawab!” Nurul sudah melangkah ke pintu namun langkahnya dihalang Amirul.

”Please Nurul! Aku mahukan jawapan buat bekalan aku balik ke KL,” Amirul terus mendesak. Nurul mengeleng,kalau boleh dia tak mahu menipu Amirul dan dia juga tak mahu menipu diri sendiri.

”Jangan paksa aku! Aku tak tau!” Nurul jawab sejujurnya. Mungkin kasihnya sudah disemai cuma belum bercambah saja lagi.

”Okey! Aku tak paksa kau,cuma aku nak minta satu ja. Boleh?” Nurul panggung kepala,matanya dan mata Amirul saling merenung,sekejap cuma Nurul mengalah dan tertunduk kembali.

”Panggil aku abang,please! Sekali saja!” Nurul panggung kepala sekali lagi dan membuntangkan matanya. Amirul tersenyum dan matanya dikenyitkan. Wink,wink,.

”Huh! Dahlah!,.aku nak keluar,sebelum kena panggil untuk kali ke-3,.” tombol pintu dipegang,sebelum pintu terkuak Amirul menarik tangan Nurul dengan pantas.

”Payah sangat ke? Sekali ja!” Amirul terus merayu. Nurul mendengus kasar,rasa berat lidahnya nak berabang-abang dengan Amirul. Walau hatinya sudah membentak di dalam tapi bibirnya sudah menunaikan permintaan Amirul.

”Abang!” senada saja. Amirul tetap tak berpuas hati.

”Lembutlah sikit. Abang pun tak ada feel dengar ayang cakap macam tu,.” Amirul bersuara sambil tersengeh.

”Wekk,.meloya tekak dengaq!” Nurul menjelirkan lidahnya dan pura-pura nak muntah.

”Please!,..” belum sempat Amirul mengungkapkan ayat seterusnya pintu bilik mereka sudah diketuk bertalu-talu. Nurul tersengeh kemenangan. Amirul memasamkan wajah,tak puas hati. Dahlah paksa dia pulang ke Kuala Lumpur. Tak menyempat-nyempat. Amirul memprotes di dalam hati.

”Depa pangge! Depa tanya,awat lambat sangat. Along dengan abang Mirul bersiap ka,buat pa?” Nadia di depan pintu bilik sudah tersengeh selepas bertanya. Nurul mengangkat tangan untuk meluku Nadia,pantas Nadia menepis.

”Buat projek untuk kali terakhir!” spontan Amirul menjawab,mencerlung mata Nurul mendengarnya. Nadia sudah mengekek ketawa.

”Hiesy!!,.mulut tak dak insuran!” Nurul memprotes sambil laju melangkah keluar dari rumah,Nadia yang sudah ketawa terbahak-bahak tidak dipedulikannya. Amirul hanya mengikut dari belakang sambil menjinjit beg pakaiannya.

…………………………………………………..

Nurul resah,dari tadi formula yang cuba dihafalnya tidak berjaya dilaksanakan. Dia beralih pula untuk membuat kerja sekolah yang lain pula,namun otaknya tetap tak dapat nak fokus pada kerjanya. Dia asyik tersilap menulis perkataan. Otaknya sangat serabut dengan pelbagai persoalan. Nurul menghentakkan kepalanya di meja belajar. Ah! stress sangat! Entah apa yang menghuni pemikirannya sekarang? Baru tiga hari Amirul pulang ke Kuala Lumpur, Nurul pula disahkan mengandung. Sekarang jiwa Nurul tertekan untuk menghadapi kesulitan ini. Pernikahan mereka hanya diketahui adik beradik dan jiran terdekat. Kawan-kawan sekolah,hatta guru-guru sekolah pun,tak tahu apa-apa. Bagaimana Nurul nak berdepan dengan kawan-kawannya saat perutnya sudah memboyot nanti?

Amirul pula selepas pulang ke Kuala Lumpur tidak pernah menghubungi Nurul. Tiga hari tanpa Amirul, Nurul rasakan terlalu lama. Kini baru Nurul sedar dia sudah terlalu sayangkan Amirul dan dia terlalu rindukan usikan-usikan nakal Amirul. Nurul tidak boleh terlalu lama mendendami Amirul. Walau apa pun yang Amirul sudah lakukan kepadanya,dia tak boleh nak menafikan bahawa Amirul sudah menjadi suaminya.

”Hang dok buat apa la ni? Betoi ka hang dah sayangkan aku? Awat hang tak call aku pun? Jangan-jangan,hang kelentong aku ja ghitu sebab hang nak ambik kesempatan nak peluk aku?” Nurul bercakap dengan dirinya sendiri. Rasa menyesal kerana percayakan Amirul. Kalaulah dia tahu Amirul akan lupakan dia macam ni,mesti dia akan berkeras hari tu. Kenapa Amirul nak seksa aku macam ni? Aku dah serahkan hati aku ni untuk dia,awat dia tergamak nak tikam sampai lumat hati aku ni? Nurul bermonolog di dalam hati pula.

Sedang Nurul berperang dengan perasaannya telefon bimbit Nurul berbunyi. Nurul segera mencapai telefonnya dan melihat nama yang tertera di skrin telefon. Nurul terus menekan warna hijau untuk menerima panggilan.

”Assalamualaikum ummi! Ummi sihat?” selepas memberi salam Nurul terus bertanya khabar. Harapnya ummi telefon untuk bawa khabar baik hendaknya.

”Waalaikummusalam! Nurul,.ummi dan walid sihat saja,yang tak sihatnya suami Nurul ni ha! Dah tiga hari masuk hospital. Ummi masak semua dia tak boleh makan,nak jugak masakan Nurul. Ummi pun tak tau nak buat macam mana dah! Mirul dah lembik. Bila makan,muntah,makan,muntah,.Nurul nak datang sini tak? Kalau nak datang,nanti ummi boleh suruh Pak Hamid ambilkan Nurul di sana,.” terdengar suara Hajjah Mastura di hujung talian. Nurul dah sebak mendengar cerita Hajjah Mastura. Dia terasa berdosa kerana syak yang bukan-bukan mengenai Amirul tadi.

”Ummi,.abang Mirul ada? Nurul nak cakap dengan dia!” soalan Hajjah Mastura belum dijawab,Nurul bertanyakan pula keberadaan Amirul.

”Ummi ada di rumah ni Nurul.Petang nanti baru ummi pergi melawat Mirul tu.” Nurul kecewa,dia teringin sangat nak mendengar suara Amirul. Air matanya sudah bergenang,tunggu masa saja nak tumpah dan mengalir laju.

”Nurul datang sini ya? Esok sekolah mula cuti semesterkan?” Nurul mengeleng,bila tersedar Hajjah Mastura tak nampak gelengannya baru dia menjawab.

”Taklah ummi,esok cuti dua hari ja. Macam biasa,jumaat dan sabtu. Minggu depan baru mula cuti semester,dua minggu. Betul ka Pak Hamid nak mai ambik ummi. Tak menyusahkan ka? Jauh tu!” Nurul berpura-pura ceria untuk mengelakkan air matanya banjir. Hatinya dah semakin sebak bila dia membayangkan keadaan Amirul yang sedang terlantar lemah.

”Nurul nak datang ke??” Hajjah Mastura bertanya sekali lagi.

”Err,.Nurul pergi sendirilah ummi,nanti Nurul ajak Habil atau Nabil temankan. Nadia pun ada ni,lagi pun kesian Pak Hamid nak mai ambik jauh-jauh ni,.” Nurul tak mahu menyusahkan Pak Hamid. Jauh juga nak memandu balik ke Kedah ni.

”Ummi tanya Nurul ni sebab Pak Hamid memang nak balik ke Kedah pagi esok. Petang Pak Hamid nak bertolak balik KL semula,nanti Nurul boleh ikut Pak Hamid ke sini,.” Nurul berfikir semula. Kalau bertolak petang,sampai ke Kuala Lumpur tentunya malam. Tak habis lelah,kena balik semula ke Kedah sebab hari ahad dah nak sekolah. Payah juga nak buat keputusan,lagi pun banyak pula kerja sekolah yang cikgu beri minggu ni.

”Ummi,.kalau petang esok,ghasanya Nurul tak boleh pi. Nurul banyak gheja sekolah nak kena buat. Minggu depanlah Nurul ajak Nadia pi,boleh dok lama sikit,” Nurul bercakap hal yang sebenarnya,kalau ikutkan Nurul,sekarang juga dia nak terbang pergi ke Kuala Lumpur tapi Nurul masih waras lagi untuk mengikut kata hati. Bersabarlah Nurul,biar lama sikit,barulah teruji kasih sayang tu. Nurul memujuk hati sendiri.

”Oh!,.tak apalah kalau macam tu,kalau Nurul jadi datang bagitau ummi dulu ya?”

”Insya Allah ummi,nanti ummi kighim salam kepada semua na!” sebaik panggilan ditamatkan Nurul bermenung lagi. Air matanya sudah berjuraian laju. Dia tak tahu kenapa dia perlu emosional sebegini. Amirul tu dah banyak hari sakit,dia tak kesian sikit pun bila ada depan mata. Seronok lagi ada la tengok keadaan Amirul,rasa lucu sangat dengan gelagat dia yang nak makan macam-macam tu. Walau pun apa yang dia makan selalunya dimuntahkan kembali. Nurul rasa besar hati bila Amirul hanya boleh makan masakannya saja walau tak sedap mana. Kalau makan mee segera dia nak Nurul yang masakkan. Kalau ibu atau Nadia yang masak dari jauh lagi Amirul dah muntah-muntah. Begitu juga kalau nak buat sup,bagi Nurul sup yang ibunya masak lagi sedap tapi Amirul tak makan sup yang ibu masak. Amirul tetap nak makan yang Nurul masak. Mungkin juga pembalasan dari Allah kerana sebelum ini Amirul tak mahu makan masakan Nurul. Macam-macam dia kutuk Nurul. Masakan Nurul bukan taste dia dan sebagainya.

Inilah yang dinamakan hukum karma, Allah menguji hamba-hambanya yang disayangi. Salah Amirul kerana dia terlalu ego sebelum ini dengan Nurul. Dia pandang rendah kepada Nurul yang sudah menjadi isterinya. Ketika mula datang ke kampung ni, Amirul banyak merungut disebabkan kampung mereka jauh di pendalaman. Rumah mereka di kelilingi pokok getah dan jarak rumah mereka dengan jiran yang lain terlalu jauh. Masuk minggu kedua baru Amirul berubah sedikit,dia sudah mula selesa tinggal di sini. Amirul baru nak mula ramah dengan semua orang. Bila dia mula bekerja sebagai tukang kebun,sikap dia semakin berubah cuma dia sering kutuk makanan orang-orang kampung.

Amirul alah dengan makanan busuk,dia selalu cakap buah durian busuk,petai,jering dan belacan itu tak elok dimakan. Bila dia muntah-muntah,benda-benda busuk tulah yang dia minta. Boleh dikatakan makanan yang Amirul alah dan kutuk sebelum ini,makanan itulah pembuka seleranya selepas dia jatuh sakit. Nurul tersenyum dalam tangis,dalam rindu,ada kenangan lucu yang bertamu di ingatannya.

Nurul teringat bila Pak Ngah Mohsin menghantar buah durian ke rumah mereka. Amirul sanggup tidur di luar rumah pada malamnya walau dipujuk berkali-kali oleh ibu supaya masuk ke rumah. Keesokan harinya wajah Amirul penuh dengan bintik-bintik merah akibat kena gigit nyamuk. Selepas itu ibu tak berani lagi membawa balik durian ke rumah ini. Nasib baik sebulan saja Amirul tinggal di rumah ini,kalau tak memang kempunanlah semua penghuni di rumah ini,tak dapat makan durian gara-gara Amirul.

Bila Amirul muntah-muntah,hari-hari dia nak makan sambal belacan. Pernah satu hari tiba-tiba dia cakap nak makan buah durian. Seluruh rumah terlopong mendengar permintaan Amirul. Ibu beli tiga biji durian kahwin dengan ulasnya yang besar dan enak. Sebiji untuk Nurul dan Amirul,lagi dua biji untuk dibuat pulut durian. Nurul belum sempat menjamah,Amirul sudah habis tiga ulas. Sedap katanya,walau selepas itu dia muntah sampai lembik. Lega dari muntah,dia makan lagi. Yang paling kelakar Amirul cakap,dia tak pernah makan durian sesedap itu.

”Sedaplah ibu! Inilah kali pertama Mirul makan durian sedap macam ni!” Amirul cakap sambil terus menyuap ulasan demi ulasan durian ke dalam mulutnya.

”Oh!,.Mirul penah makan dhughian sebelum ni ka?” Amirul mengeleng pantas. Nurul dan adik-adiknya sudah berlambak gelak. Ibu Nurul hanya mempamerkan senyum.

”Otak gelong! Macam ni pun ada ka? Dah tak penah makan memang tak tau sedap ka dak? Lain kali jangan nak menghina sebarangan!” Nurul menghentam suami sendiri. Amirul tak peduli pun dengan kata-kata Nurul tu,dia terus makan seolah tak pernah jumpa makanan bertahun-tahun.

Nurul tersenyum lagi,bila bibir mengukir senyum,tangan pula pantas menyeka air mata yang mengalir. Sebulan setengah bersama Amirul di rumah ini dengan gelagatnya yang pelbagai,walau yang lebih banyaknya menyakitkan hati tapi Nurul sendiri tidak mengerti dengan perasaannya hari ini. Tiga hari tidak melihat kelibat Amirul di depan mata bagaikan sudah tiga bulan berlalu.Agaknya cinta yang disemai,sudah bercambah di dalam hati dan sudah memenuhi relung hatinya?

………………………………………………….

~syg,.kata nak datang..nape tak datang? abg rindu!~

Nurul terima mesej dari seseorang,dia hairan,siapa pulak yang gatal nak memanggilnya sayang ni? Abang mana pulak ni? Nurul tertanya-tanya di dalam hati.

~hang sapa?? silap no kot ni?~

Nurul membalas mesej tersebut,dia memang yakin orang yang menghantar mesej kepadanya tersalah nombor.

~sampai hati syg,tak save no abglah tu :( ~

Nurul garu kepalanya,siapa pulak yang nak main teka-teki pagi-pagi ni. Rasanya semua nombor telefon orang yang dia kenal dia save dalam ni kecuali nombor Amirul. Hah! Nurul tepuk dahi,dia chek semula nombor yang menghantar mesej kepadanya. Dia kenal dengan nombor telefon ni,cuma tak ada nama saja. Hiesy!,.gatallah pulak,nak bersayang,berabang bagai,macam manalah Nurul nak cam,kalau dia tulis kau,aku tu kotlah Nurul nak perasan.

~gatai!,.bersayang,berabang bagai! ~

Nurul balas lagi mesej tersebut sambil tersengeh,rasa bahagia sekejap dapat bermesej dengan Amirul.

~abg memang gatai pun,syg tolong la garukan! ~

~bluekk~

~hiss..seriuslah sayang..~

~hang ni pasai apa? buang tabiat dah ka?~

Nurul Istighfar dalam hati,kalau Amirul mati nanti,aku jugak yang nak merana. Na’u zubillah hi min zhalik! Minta simpanglah! Anak aku ni perlu ada ayah,aku pun tak mau jadi ibu tunggal lagi. Nurul berdialog di dalam hati. Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

~abg kawen lain baru tau~

~trylah,.kalau nak tau langit tu tinggi ka rendah!! ~

Selepas membalas mesej Nurul terus off telefon dia. Nurul mendengus kasar. Meluat betul dengan orang lelaki ni,sikit-sikit nak ugut kahwin lain. Tahulah mereka tu boleh kahwin empat pun. Kalau nak buat ayat pun,tak ada topik lain dah ka? Nurul membentak dalam hati. Perasaan amarahnya memuncak tiba-tiba. Telefonnya diletak ke tepi. Dia mencapai novel yang dipinjam di perpustakaan sekolah. Layan novel lagi baik dari layan perasaan marah kepada orang yang jauh tu.

Nurul terus membaca dari satu muka surat ke satu muka surat walau mindanya tak berapa nak fokus sangat pada apa yang dibaca. Dia mahu melupakan Amirul seketika. Hari ini dia mahu merehatkan minda dari mengingati Amirul. Letih menaggung perasaan ni.

”Kenapa off handphone??” ada suara di tepinya. Macam nak kenal ja. Takkanlah! Nurul berdialog di dalam hati sambil menoleh ke sebelah kiri. Tersentak Nurul melihat orang yang sedang merenung dirinya. Nurul cubit pipi,mana tahu dia sedang bermimpi. Amirul dah tergelak sambil menghadiahkan ciuman di pipi Nurul yang telah dicubit. Nurul beralih ke arah Amirul pula,kini pipi Amirul pula ditarik,menyeringai Amirul menahan sakit.

”Aku tak mimpikan??” Nurul tanya Amirul,Amirul mengeleng pantas. Tanpa sedar Nurul bangun dan memeluk Amirul erat. Pelukannya berbalas,sudah pasti sangat sebab Amirul pun teruk dilanda taufan rindu. Sekejap cuma,bila Nurul tersedar dari sikap gelojohnya dia meleraikan pelukan seraya tertunduk malu.

”Sorry! Aku tak sengaja,.cuma teruja sikit. Bila hang mai,awat yang gatai nak hantaq mesej lagi?” sambil bercakap lengan Amirul dipulas kuat. Nurul malu sangat kepada Amirul kerana terlepas laku. Amirul mengerang sakit tapi tak dimarah pun Nurul tu.

”Tak payah nak minta maaf! Abang suka! Nak lagi!!” Amirul tak menunggu lama,tubuh Nurul ditarik rapat ke arahnya dan Nurul dipeluk lagi. Parah sudah! Inilah padahnya! Jangan terlalu membenci,bila dah jatuh sayang,nanti makan diri sendiri!

”Dah,dah,.cukuplah sikit-sikit. Kesian kat baby dalam ni,lemas dia!” Nurul menolak Amirul perlahan. Dia tak berani nak mengangkat muka pun.

” Tak apa baby faham. Abah dia tengah rindu giler kat ibu dia ni!” Nurul mencebik dan kembali duduk di meja belajarnya. Dia berpura-pura selamba walau dalam hati dah dupdapdupdap,macam baru first date dengan orang yang baru kenal ja.

”Ummi cakap hang masuk hospital,macam mana boleh mai sini pulak? Dah lega ka? Tak muntah-muntah lagi?” Nurul yang teringat kembali akan perbualannya dengan ibu mertuanya kemarin menyoal Amirul. Tiba-tiba pula Amirul boleh ada di sini.

”Yupp!.. abang minta tolong ummi suruh call sayang supaya datang tengok abang tapi ummi cakap sayang tak boleh datang, jadi pagi ni abang minta keluar wad dan ikut Pak Hamid balik Kedah. Abang nak tinggal di sini terus. Doktor dah chek darah abang,tak ada sakit serius pun. Mungkin doa sayang tu yang dah makbul. Sampai hati sayang,nak kenakan abang macam ni,.” Amirul menjelaskan panjang lebar. Nurul dah tersengeh kemenangan. Ketika tu dia sedang marah dengan Amirul kerana meragut kesuciannya,lagi pun mana dia tahu doanya akan makbul secepat ini.

”Eh,.bagi pulak doktor tu lepaskan hang? Habih tu,hang dah tak muntah ka?” Nurul bertanya sangsi. Nampak Amirul segar saja pagi ni.

”Tunggu lagi tak muntah. Abang makan ubat tahan muntah. Okey sikit,.dari KL ke sini,abang tidur ja dalam kereta. Tak makan pun lagi. Abang laparlah sayang! Buatkan abang moi sup,please!” Amirul merayu lagi. Nurul dah bangun dari kerusi untuk keluar dan memasak. permintaan suami yang tengah kelaparan mana boleh ditolak. Sapa tak sayang laki oiii!

…………………………………………………….

Amirul: Sayang! Bila nak panggil abang ni?

Nurul: Nanti,nantilah!

Amirul: Nanti tu bila?

Nurul: Suatu hari nanti!

Amirul: Ikut sayanglah! Malas dah abang nak suruh. Nak cakap malu,peluk abang tak malu pulak!

Nurul: Rugilah kalau malu nak peluk,satgi hang pi peluk perempuan lain pulak!

Amirul: Amboih!,.ayat boleh tahan naa! Abang nak tanya ni,ngok tu apa?

Nurul: Ngok tu bonggoklah!

Amirul: Hah!,.sayang nak tahu tak,dulu kalau abang dengar azan di masjid,kalau abang sedang tidur selalu abang tengking. Abang cakap ‘aku nak tidurlah bonggok!’ Sekarang,sayang pulak panggil abang bonggok,nanti bila anak kita lahir,dia akan panggil sayang pulak bonggok. Allah bayar cash tau!

Nurul: Bila masa Nurul panggil abang macam tu? Opsss!,.

Amirul: Boleh pulak panggil abang! Tak putus lidah pun kan?

Nurul: Hehehe,..

Amirul:Sayang lupa ya,sayang cakap kau la ngok tu ngok ngek? Err,.ngek tu apa pulak?

Nurul: Hiesy!,.banyak pulak soalannya! Dahlah,.Nurul nak tidoq,ngantok!

Amirul: Yess!

Nurul: Apanya yang yes?

Amirul: Abang dah dapat balik bantal peluk abang!

Nurul: Erkkk? (Dalam hati ”Habislah aku malam ni!”)

**************************TAMMAT*******************************


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Cerpen :Sesat Di Jalan Terang”
  1. eyna says:

    Walaupon simple . Tapi best 😀

  2. sara says:

    best tu memang best.but tak berapa minat dgn loghat tu :)

  3. zalilawati says:

    nice story..apa kata baca short story sy plak.. jgn lupa follow n komen. nak sgt tahu komen dari pmbaca semua. moga boleh perbaiki lgi penulisan sy.. tq.. http://zalilawati.blogspot.com/2015/03/cerpen-isabella.html

  4. ZUL MAZ says:

    BEST

  5. Ri3n says:

    Best giler2

  6. Delysha ismaNto says:

    Wah, nangis & senyum saat baca, makasih ya cerpennya.

  7. szaza zaiman says:

    Assalamualaikum semua,. Jom singgah di blog s
    y untuk cerpen baru,. Dengarlah Sayàng!
    Singgah di htpp//:szaza.blogspot.com

  8. mimi says:

    Best sgt oiii .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.