Cerpen : Stalker ke Lover?..

27 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Kirah Adenan

Elina mencapai cermin matanya yang terletak elok di atas mejanya. Dipakainya di matanya yang mula berair akibat lama sangat dok menghadap laptop. Orang lain yang memang sedia rabun pasti menggunakan cermin mata sekiranya menghadap laptop tetapi tidak pada Elina. Kalau matanya dah mula berpinar dan berair barulah tangannya mencapai cermin mata. Jam yang tergantung dalam biliknya dikerling sekilas. Dah pukul 6.30 petang rupanya. Gumamnya perlahan. Dari tadi dia sibuk stalk facebook kawan barunya. Kawan baru yang amat menarik perhatian. Nasiblah dalam stalk tu dia masih ingat nak solat. Kalau tak sedia je lah telinga nak kena tadah dengan mamanya. Semenjak habis SPM itu je lah kerja yang Elina lakukan. Handsomenya dia ni. Err. Comel lebih tepat kot. Muka pun dah macam artis korea. Aaron Kushairi. Perlahan Elina menyebut empunya nama yang sudah membuatnya sasau. Aku tengok dia ni dah macam Sehun Exo tu. Habis semua gambar dah status Aaron Kushairi ditelitinya sambil mulut tak berhenti senyum. Dah macam orang tak betul je lagaknya. Elina bangkit dari duduknya sebelum meregangkan seluruh anggota badannya. Tuala di capai sebelum berlalu ke bilik air. Kedengaran suara Elina menyanyikan lagu kumpulan korea yang diminatinya. Setelah selesai membersihkan badannya dari segala kotoran, Elina terus memakai pakaiannya sebelum turun ke bawah. Pasti mama dan papanya sudah lama menanti akan dirinya. Salahnya jugak kerana tidak memunculkan diri apabila mama dan papanya balik dari kerja.

“Assalammualaikum mama, papa. Maaflah lambat turun. Ely ada hal tadi.” Sapa Elina.

“Waalaikummussalam. Banyak betulkan hal kamu Ely. Macamlah kami ni tak tahu yang kamu tu asyik sangat menghadap facebook.” Sela papanya.Encik Hafiz. Elina hanya tersengih mendengar kata papanya. Tak dapat nak menyangkal.

“Leka sangat menghadap laptop tu ada solat ke tak?” mamanya, Puan Fatihah pulak menyoal.

“Mestilah mama. Tepat pada waktunya tau.” Pendek Elina membalas. Puan Fatihah tersenyum apabila mendengar jawapan dari mulut anak tunggalnya.

****

Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam apabila Elina mula memakai tudung untuk menutup rambutnya. Sweater dicapai sebelum pergi ke ruang tamu.

“Eh, nak pergi mana ni Ely?” laju sahaja Encik Hafiz menyoal.

“Ely nak pergi 7eleven kejap. Nak beli something. Ely pinjam kereta ye pa.” Elina meminta kebenaran sebelum berlalu. Encik Hafiz mengangguk kepalanya perlahan. Sama sekali tidak bimbang dengan keselamatan Elina. Elina sudah lama belajar aikido untuk mempertahankan dirinya. Tambahan pula, siapa yang berani hendak mengacau anaknya memang cari mautlah. Elina kalau dah marah memang tak ingat dunia.

“Ely pergi mana abang?” suara Puan Fatihah menghentikan lamunan Encik Hafiz.

“Pergi 7eleven.”

“Jangan dia belasah orang sudah.” Kata Puan Fatihah perlahan namun masih mampu untuk didengari oleh suaminya. Encik Hafiz hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata isterinya.

****

Elina terus mencapai cadbury, slurpee dan makanan ringan yang lain sebaik sahaja masuk 7eleven. Dicapainya seenak rasa sebelum membawa barangan yang dipilihnya ke counter. Sekeping not lima puluh dikeluarkan untuk membayar barangan yang dibelinya. Setelah mendapat wang baki, Elina berjalan dengan lagak santainya ke arah kereta papanya. Buat apa nak terburu-buru, bukannya ada apa yang perlu dikejarkan. Handphone yang berada dalam poket seluar ditarik keluar sebelum log masuk ke dalam account facebook dan twitternya.Tersengih-sengih Elina apabila melihat status terbaru Aaron Kushairi. Statusnya tiga jam lepas. Pergi manalah pulak si jejaka idaman ni. Omel Elina perlahan. Handphone yang terletak elok dalam genggamannya terjatuh apabila mendengar jeritan seseorang. Mak ai. Sapa pulak yang menjerit ni. Terkejut aku. Elina membongkokkan badannya untuk mengambil handphone yang selamat mendarat atas jalan raya. Kemudian, laju sahaja kakinya melangkah ke arah bunyi jeritan tadi. Apabila Elina memunculkan dirinya, tiga orang lelaki yang sibuk membelasah dan mengambil barangan dari dua orang mangsa mereka terus menghilangkan diri. Kalau Elina dah masuk campur habislah diorang nanti. Dari susuk tubuhnya sahaja Elina sudah dapat mengagak siapa gerangan mereka. Mesti anak murid Shafiq ni. Apa lah nak jadi dengan diorang ni. Elina menghampiri dua orang lelaki itu perlahan-lahan.

“Are you okay?”

“Kami ni nampak macam okay ke?” Jawab lelaki itu. Separuh menengking.Kereknya mamat ni. Menyesal aku tanya. Kalau tak aku biarkan je anak murid Shafiq tu belasah dia ni. Baru padan dengan muka.

“Maaflah awak. Wayar otak dia ni dah putus sebab kena belasah dengan diorang tu.” Jawab kawan lelaki tersebut.

“Takpe. Korang bukan orang sini kan? Nak pergi mana ni?” mulut kata takpe tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Syabas! Pandai kau bermuka-muka Elina.

“Memang bukan orang sini pun. Kami dalam perjalanan nak pergi hotel tapi kena rompak dengan tiga orang budak tu. Siap bawak pisau lagi.” Dah namanya pun kena rompak mestilah takde duit. Tolong ke tak. Tak salah rasanya tolong diorang ni walaupun aku tak kenal diorang. Hati Elina mula berbicara.

“Jom. Pergi rumah saya dulu. Nanti saya bincang dengan papa saya hal awak.”

“Takpe ke? Awak bukannya kenal kami pun.”

“Takpe. Benda kecil je ni.”

“Terima kasihlah awak..”

“Hana Elina. Panggil Ely je.”

“Aaron Kushairi. Yang wayar putus ni pulak Haydar.” Mendengar sahaja Aaron memperkenalkan diri, Elina terus meneliti wajah jejaka di hadapannya. What?! Aaron Kushairi. It can’t be. Aaron Kushairi dekat Kuching? In front of me? Okay. Fakta ni boleh buat aku pengsan sekarang jugak. Mulut Elina terlopong apabila jejaka yang di stalknya 24 jam berada di hadapannya.

“Jom. Kereta saya dekat sana.” Elina cuba berlagak selamba. Aaron menganggukkan kepalanya sambil membuntuti langkah Elina. Haydar hanya mengikut langkah keduanya. Aaron mengambil tempat di sebelah Elina yang sedari tadi menahan senyuman terlebih gulanya. Haydar pulak duduk di belakang Aaron sambil membelek barangan yang dibeli oleh Elina.

“Hey budak, kau tak takut ke kami buat apa-apa dekat kau?” Haydar memecah kesunyian dalam kereta tersebut.

“Bukan budak okay. Aku dah 18 tahun kot. Cubalah kalau berani. Nanti aku panggil budak tiga orang tadi dengan Shafiq untuk belasah kau. Tak pun aku sendiri boleh belasah kau dengan ilmu aikido aku.”

“18 tahun? Okay, kita sebaya. Eh.. awak kenal ke dengan budak tiga orang tu Ely?” laju sahaja Aaron menukar topik. Dah elok Elina nak membantu jadi lain pulak kalau Haydar yang buka mulut.

“Haah. Diorang tu anak murid Shafiq, kawan saya. Shafiq tu ajar diorang taekwando tapi dia lupa nak ajar budak tiga orang tu sivik. Tu yang menyamun orang je kerjanya.

****

“Assalammualaikum. Ely dah balik.” Elina memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu.

“Waalaikummussalam. Siapa mereka ni Ely?” Mak Timah sibuk mengajukan soalan.

“Kawan Ely, Mak Timah. Mama dengan papa mana?”

“Dekat ruang tamu.” Ely terus mengajak Aaron dan Hydar ke ruang tamu untuk bertemu dengan Encik Hafiz dan Puan Fatihah. Mulanya Puan Fatihah dan Encik Hafiz membebel sakan terhadap Elina. Sangka mereka, Elina lah orang yang membelasah Haydar. Elina yang hendak menjelaskan keadaan tidak dapat berbuat begitu apabila setiap kata-katanya ditangkis oleh papa dan mamanya.Mata Haydar mula berair akibat menahan ketawa melihat wajah cemberut Elina. Aaron hanya mampu menyembunyikan senyuman mautnya. Melihat wajah Elina yang mencuka, Aaron tampil menghulurkan bantuan.

“Uncle, Aunty, sebenarnya Ely yang bantu kami tadi. Kami kena belasah then kena rompak. Then, bila Ely datang, diorang terus lari.”

“Ya ke? Kenapa tak cakap awal-awal. Uncle ingat dia yang belasah kamu. Tu uncle nak basuh otak dia ni. Bagi jadi perempuan melayu yang sopan sikit.” Kata-kata Encik Hafiz mengundang tawa Puan Fatihah, Haydar dan tak terkecuali Aaron.

“Cut it out! Ely ajak diorang duduk sini. Lagipun diorang ni bukan orang sini.”

“Bagus jugak tu. Tak lah sunyi sangat rumah ni waktu kami pergi kerja. Kalau ada masa Uncle boleh bawak korang keluar bersiar-siar. Korang duduk Kuching ni lama ke?”

“Lama jugaklah Uncle. Dekat nak tiga minggu.” Sopan Haydar menjawab. Terhutang budi dengan Elina dan keluarganya.Setelah berbual-bual dengan Encik Hafiz yang mengharapkan Aaron dan Haydar membahasakannya sebagai papa, Aaron dan Haydar dibawa ke bilik tetamu. Encik Hafiz amat mengharapkan anak lelaki sebenarnya sebab itulah dia mengarahkan Haydar dan Aaron memanggilnya papa.

“Kamu berdua duduk dekat bilik ni. Kalau ada apa-apa bagitahu je dengan papa. Tak pun mama. Anggap je kami ni saudara kamu. Lagi pun kita memang saudara menurut Islam.”

“Baiklah uncle…err..papa.” serentak Haydar dan Aaron bersuara.

“Dah. Pergi mandi. Lepas tu kita makan malam ramai-ramai. Tunggu Ely tadi jadi lambat pulak makan. Makan ramai-ramai boleh buat jemaah. Dapat pahala tau.” Puan Fatihah menyampuk.Elina hanya melihat dari jauh sambil bibirnya tidak berhenti-henti membuahkan senyuman. Tak sangka, si idaman hati berada di hadapannya. Bukan setakat di hadapan malah duduk serumah.Elina sama sekali tidak kisah walaupun selepas ni, sebaik sahaja keluar dari bilik dia perlu menutup auratnya dari ditatap oleh Haydar dan Aaron. Tak mati pun berbaju lengan panjang dan bertudung dalam rumah. Elina memang perempuan yang menjaga maruah dirinya. Semasa makan malam, Encik Hafiz sibuk menemubual Haydar dan Aaron. Sesekali Elina akan menyampuk percakapan mereka. Selebihnya dia lebih suka menghadamkan maklumat mengenai Haydar dan Aaron. Boleh berlagak depan Rayza ni. Cakap dekat dia si idaman hati sudah berada di hadapan mata.

“Yang kamu ni tersengih-sengih kenapa Ely?” soalan Puan Fatihah membuatkan wajah Elina berubah warna. Elina menundukkan wajahnya apabila Aaron yang duduk berhadapan dengannya memandang wajahnya. “Teringat cerita Rayza tadi ma.” Auta Elina.Puan Fatihah hanya menganggukkan kepalanya. Selesai makan, Elina membantu mama dan Mak Timah mengemas dapur. Stok perempuan melayu terakhir Elina ni. Papanya, Haydar dan Aaron pulak pergi melepak dekat taman. Nak ambil udara malam katanya. Handphone Elina menyerit nyaring minta diangkat. Setelah melihat nama pemanggilnya laju sahaja talian disambut.

“Babe, I’ve got this one hot story. Story that will make you surprise.” Tanpa salam Elina terus memberitahu Rayza.

“Really? What is it? You make me curious lah babe.”

“Jejaka idaman aku yang dalam fb tu. Dia ada dekat rumah aku sekarang.”

“What?! Babe, aku datang rumah kau sekarang jugak.” Elina pulak termanggu-manggu apabila mendengar reaksi Rayza. Rayza sudah mematikan talian. Tidak sampai sepuluh minit, Rayza sudah terpacak di hadapan Elina. Siap bawak bag lagi. Rumah Rayza hanya selang beberapa buah rumah je dari rumah Elina. Sebab tu boleh muncul dengan cepat.

“Aku bagitahu mommy dengan daddy aku yang aku tidur rumah kau malam ni.” Tanpa ditanya Rayza menjelaskan. Elina hanya tersenyum melihat gelagat Rayza. Faham sangat dengan kawan baiknya itu. Mereka berkawan sejak dari darjah 4 lagi. Usia persahabatan mereka sudah mencecah 9 tahun. Rahsia Elina banyak dalam poket Rayza dan begitu juga sebaliknya.Baru sahaja Elina hendak menjawab, papanya sudah memanggilnya.

“Papa ada kerja nak buat Ely. Kamu temankan Haydar dan Aaron dekat taman. Bawak Rayza sekali.” Ujar Encik Hafiz. Elina menarik senyum segaris. Cukup untuk membuatkan lesung pipitnya nampak. Rayza terus menarik tangan Elina. Apalah lembab sangat Elina ni. Semenjak habis SPM makin blur budak ni. Rayza sudah tidak sabar untuk bertemu dengan jejaka idaman Elina.

“Assalammualaikum. Papa suruh saya temankan awak berdua.” Sopan Elina menyapa sebelum mengambil tempat di hadapan Aaron.

“Waalaikummussalam. Bagus jugak tu. Tak lah saya boring sangat nak menghadap wajah Haydar ni.”

“Kenalkan. Ini kawan baik saya, Rayza Hazra.” Aaron dan Haydar memberi senyuman kepada Rayza yang diam kaku sambil merenung wajah Haydar. Suratan atau kebetulan. Terima kasih Elina kerana menemukan aku dengan Haydar. Bisik hati kecil Rayza.

“Tak sangka pulak aku boleh jumpa Kai Malaysia dekat Kuching. Kau memang kawan terbaik Ely.” Mata Elina membuntang apabila mendengar ayat yang keluar dari bibir Rayza.Hint itu sudah cukup untuk membuatkan Elina memandang wajah Haydar berkali-kali. Mata tidak mampu menipu. Tak sangka, jejaka idamannya berkawan baik dengan Kai Malaysia Rayza. Patutlah keras macam patung cendana sahaja tubuh Rayza sewaktu dikenalkan dengan Haydar. Rupa-rupanya Kai Malaysia sudah berada di hadapan mata.

“Yang korang macam orang nampak hantu ni kenapa.” Haydar bersuara,

“Haah. Memang nampak hantu. Hantu Kai datang Kuching.” Kata-kata Rayza membuahkan ketawa Elina dan Aaron. Lucu melihat wajah cuak Haydar sewaktu Rayza menyebut perkataan hantu.

“Hantu Kai? Sapa tu?” Haydar menyoal.

“Awak tak kenal Kai? Ahli kumpulan Exo tu? Serious ke tak kenal ni?” Elina memandang wajah Rayza dan Haydar yang sibuk berbalas soalan bersilih ganti.

“Err..tak.” Pendek Haydar membalas.

“Nah. Ni gambar Kai. Wajah awak seiras dengan dia lah. Tu yang ingat Hantu Kai datang Kuching.” Aaron mencapai handphone yang Rayza hulurkan. Ditelitinya gambar tersebut sebelum menganggukan kepalanya. Aah lah. Memang seiras. Aaron menepuk perlahan bahu Haydar yang sudah tersengih-sengih. Perasan handsome lah tu.

“Congratulation bro! kau dah boleh apply jadi artist but you have to learn bahasa korea dulu.” Meledak tawa Elina melihat reaksi yang dipamerkan Haydar. Sukalah tu bila tahu Rayza minat Kai. Tambah-tambah lagi wajahnya sebijik macam Kai. Macam Jessica yang sebijik macam Shila Amzah, macam tu lah Haydar dengan Kai.

“Ely, awak tak minat Kai ke?” Haydar menyoal. Panggilan kau sebelum ini ditukar kepada awak. Lebih sopan dan mesra.

“Tak. Saya minat Sehun. Kalau saya minat Kai bercakar pulak saya dengan Rayza nanti. Lagi pun saya dah jumpa Sehun idaman saya.” Elina membuat statement berani mati.Rayza amat arif dengan sehun idaman Elina tu. Siapa lagi kalau bukan Aaron Kushairi. Perbualan mereka bertambah rancak apabila Mak Timah menghidangkan air buat mereka semua. Dari hal artist, pelajaran, agama dan isu semasa semua mereka bualkan.

****

Sudah seminggu Aaron dan Haydar berada di Kuching. Banyak tempat sudah dilawati oleh mereka. Kalau bukan Encik Hafiz yang bawakkan mesti Elina dan Rayza yang menjadi tukang tunjuk arah. Aaron yang baru sahaja habis mandi terpinga-pinga apabila mendengar gelak tawa Elina. Dipandangnya wajah Mak Timah, meminta jawapan.

“Ely tengah layan drama korea. Tu yang ketawa bagai nak rak tu.” Aaron menganggukkan kepalanya sebelum bergerak ke ruang tamu. Ingin menyertai Elina untuk menonton drama korea. Drama korea dia layan. Sebab tak meleret-leret macam drama lain. Episodenya pun tak banyak. Dan yang paling penting heroinnya semua cantik. Hahaha.

“Wei. Tak sangka awak dah ada dekat ruang tamu. Saya ingat awak masih dalam bilik.” Sapa Aaron. Dia ingatkan Elina akan menyambung tidur selepas solat Subuh rupa-rupanya sangkaannya meleset.

“Takdelah. Sementara nak tunggu sarapan saya tonton drama ni dulu. Awal awak bangun. Mana Haydar?”

“Kami memang tak tidur lepas solat Subuh. Takut otak jadi bengap. Haydar tengah mandi. Dia kalau mandi kalah perempuan.”

“Jom joint saya layan Playful Kiss ni. Kita tengok Kim Hyun Joong. Tapi tak boleh tengok lebih-lebih sebab Kim Hyun Joong tu husband Rayza.”

“Ingat dia minat Kai je.”

“Kami banyak husband dekat Korea. Tapi husband kami kawan baik tau. Tak bergaduh macam sesetengah madu yang lain.” Elina sudah mula merepek.Sementara menunggu Haydar selesai mandi, Aaron dan Elina mula berborak panjang. Perbualan yang berkisarkan artist Korea. Kalau Rayza ada makin bertambah rencahlah ceritanya.

“Wei. Asyik bercakap hal artist Korea je korang ni. Korang tak ingat ke 70 kali yang papa bagitahu waktu tazkirah subuh tadi.” Haydar menyampuk perbualan sepupunya dan Elina.

“Lupalah.” Pendek Aaron dan Elina membalas.Sifat manusia itu sendiri mudah alpa dan lupa jadi tidak mustahillah tazkirah subuh itu tidak melekat di kepala Elina dan Aaron.

“Kalau lupa meh aku terangkan lagi sekali. Biar masuk sikit dalam kepala korang yang penuh dengan memory artist korea tu. Okay guys, aku nak jadi ustaz kejap.”Elina dan Aaron menyembunyikan senyuman tapi dalam masa yang sama masing-masing memasang telinga. Memberi peluang bagi Haydar untuk menerangkan kepada mereka.Haydar ni perangai macam hantu pun ada tapi boleh pulak dia nak bagi tazkirah menggantikan Encik Hafiz. Macam orang yang ada dwi personality pulak si Haydar ni. Rupa macam biasa-biasa je tapi tak sangka boleh mengingati sesama saudaranya. Itulah yang dikatakan don’t judge a book by its cover.

“Malaikat maut menjenguk manusia 70 kali dalam sehari tetapi manusia masih lagi boleh buat selamba. Macam kita ni lah.”

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang didapati orang itu ada yang gelak ketawa.”

Maka berkata Izrail:
“Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya tetapi dia masihberseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

“Manusia seperti kita memang mudah lupa kan?” kata Elina.

“Haah. Entah bila Allah cabut nyawa kitakan? Harap-harap kita semua mati dalam keadaan beriman.” Aaron mengiakan kata-kata Haydar.

“Aminn.” Lafaz Haydar dan Elina serentak.

Allah berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 34 yang bermaksud:
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu (kejayaan atau keruntuhan) maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) dapat mempercepatkannya.

“Ely..ajak Aaron dengan Haydar makan. Sarapan dah siap” ujar Mak Timah.

“Jom” Elina mengajak Aaron dan Haydar ke dapur untuk sarapan. Sekejap lagi pasti Rayza datang. Setelah jam menginjak ke angka 11.00 pagi barulah nampak wajah Rayza di rumah Elina. Elina dan Rayza sudah berjanji untuk membawa Aaron dan Haydar Kampung Budaya Sarawak ataupun Sarawak Cultural Village, Kuching Waterfront dan Taman Sahabat. Elina yang leka dengan handphonenya sama sekali tidak menyedari kedatangan Rayza. Masih sibuk dengan facebook dan twitternya. Apa lagi, stalk hal Aaron lah jawabnya.

“Wei, Rayza dah datang lah. Awak buat apa tu?” Haydar cuba melihat skrin handphone Elina.

“Facebook dengan twitterlah.”

“Awak. Add saya punya facebook and follow my twitter.” Aaron pulak menyampuk. Eheh..dia ni tak sedar ke aku wujud dalam facebook dan twitter dia. Dah nama pun stalkerkan. Haydar pun sama. Semenjak Elina tahu Aaron rapat dengan Haydar, Haydar pun dijadikannya kawan. Sama macam Rayza.

“Err..tak perlu kot. Sebab awak memang dah wujud dalam friends list saya.”

“Entah-entah awak jadi stalker kami selama ni.” Kata-kata Haydar membuahkan senyuman Aaron dan Rayza. Kan dah kantoi.Dah namanya pun Elina takkan nak mengalah je. “Entah-entah awak yang sibuk stalk kami dulu. Saya pun tak tahu korang ada dalam facebook saya sampailah saya tengok status Aaron tadi -Sarawak Cultural Village, wait for me-

“Stop it guys. Jom gerak sekarang. Banyak tempat nak di lawat ni.” Rayza menyampuk. Kalau dibiarkan makin banyak rahsia yang pecah nanti.

****
“Inilah Kampung Budaya yang orang selalu sebut-sebutkan tu. Orang semenanjung kalau datang tak sah kalau tak pergi sini. Tempat wajib.” Rayza memperkenalkan kepada Aaron dan Haydar.

“Haah. Betul tu. Pelbagai budaya dan etnik ditayangkan di sini. Lagi pun Rainforest World Music Festival di adakan setiap tahun dekat sini.” Elina pulak memberitahu Haydar dan Aaron yang terhangguk-hangguk.

“Cantiklah. Jom masuk.” Haydar menarik tangan Aaron bersamanya. Takkan nak tarik tangan Rayza. Kang tak pasal-pasal penampar naik ke muka. Naya je.Macam-macam soalan yang diajukan Haydar kepada Rayza. Rayza hanya senyum sambil menjawab setiap soalan yang diajukan oleh Haydar. Kai Malaysia yang tanya takkan nak marah pulak. Setelah hampir dua jam mereka berada di situ, Rayza membawa mereka ke Taman Sahabat pulak. Taman yang dibina tanda persahabatan Malaysia dan China. Sebab itulah reka bentuknya nampak macam lain dari yang lain.

“Banyaknya duit syiling dalam kolam tu.” Kata Aaron.

“Dah pengunjung yang datang sini sibuk nak buat hajat. Tu yang banyak syiling dalam tu. Awak jangan nak mengada-ngada nak buat hajat..” kata-kata Elina dipotong oleh Aaron.

“Ye saya tahu. Khurafatkan cik Hana Elina?” Elina hanya tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya. Macam-macam aktiviti yang dibuat mereka di Taman Sahabat. Dari meninjau tempat tersebut sehinggalah memberi ikan makan. Banyak jugak gambar yang diambil oleh mereka. Gambar yang ditangkap menggunakan kamera Nikon milik Aaron.Aaron, Haydar dan Rayza masih leka mengambil gambar-gambar yang menarik di Taman Sahabat sewaktu Elina meminta diri untuk ke tandas. Perbuatannya menjadi ikutan Haydar.

“Rayza, Ely dengan Haydar kan takde dekat sini, saya nak tanya beberapa soalan boleh?” Aaron bersuara sebaik sahaja kelibat Haydar dan Elina hilang dari pandangan.

“Soalan apa? Tanya je lah?”

“Awak mesti jawab dengan jujur tau. Lepas tu saya akan bagitahu awak sesuatu yang melibatkan Haydar.”

“Sound interesting. So, what is it?” Aaron senyum segaris. Senyum yang menampakkan baris giginya yang tersusun sempurna.

****

Menjelang maghrib barulah Elina dan yang lain sampai di rumah. Elina dan Haydar sibuk meneliti Rayza dan Aaron yang asyik tersengih-sengih. Apa yang membuatkan mereka asyik tersengih pun tidak diketahui oleh Elina dan Haydar.

“Kau kenapa Rayza, asyik tersengih je?” Soal Elina yang tidak dapat menyorokkan rasa ingin tahunya.

“Adalah. Malam nanti aku bagitahu.”

“Kau pulak kenapa Aaron. Berjangkit dengan Rayza ke?” Haydar pula mengambil tempat untuk menyoal Aaron.

“Malam nanti aku bagitahu ye sepupuku.” Pendek Aaron membalas

****

Setelah makan malam, Elina bergegas masuk ke dalam biliknya. Haydar pulak menarik Aaron masuk ke dalam bilik. Tidak seperti kebiasaannya. Selalunya, apabila selesai makan pasti mereka semua duduk di taman sambil berbual-bual. Elina mencapai laptop dan handphonenya. Skype ke on the phone? Kalau call nanti Aaron atau pun Haydar terdengar pulak. Sudahnya, Elina membuka pintu balkoni biliknya sambil membawa handphonenya. Nombor Rayza dihubunginya.

“Cepat betul kau call aku malam ni Elina?” ujar Rayza sebaik sahaja talian bersambung.

“Curious. Apa yang sepatutnya kau bagitahu aku malam ni?”

“Hahaha. Aku dah agak dah. Perkara ni melibatkan kita semua. Kau, aku, Aaron dan Haydar.” Elina menelan liur. Kesat. Kenapa aku rasa berdebar pulak ni. Entah apa yang Rayza nak cakapkan.

“Perkara apa?”

“Aku pendekkan cerita je lah. Aaron tahu kau stalk dia selama ni. Haydar pulak sibuk stalk aku semenjak aku cakap dia Kai Malaysia.”Lembik seluruh tubuh Elina apabila mendengar kata-kata Rayza. Tangannya sudah menjadi sesejuk ais. Mak..malunya. Aaron tahu aku minat dia. Rayza takpelah sebab melalui apa yang Aaron bagitahu dah sah-sah Haydar pun minat dekat Rayza. Yang aku ni?

“Malunya. Mana nak letak muka ni Rayza? Macam mana pulak dia boleh tahu?”

“Malu? Aku yang borak dengan dia tadi lagi malu tau. Dia tahu semenjak dia stalk twitter dan fb kau tu.”

“Macam mana aku nak hadap muka dia lepas ni Rayza?”

“Yang tu aku tak tahu. Weh, daddy aku panggillah. Bye.” Kata Rayza sebelum memutuskan talian.Elina masih termanggu-manggu di balkoni walaupun sudah lama Rayza menamatkan panggilan. Cuba untuk mencari kekuatan bagi menatap wajah Aaron selepas ni. Kalau boleh nak je dia bertapa dalam bilik ni. Tak perlu keluar jadi tak perlulah bertembung dengan Aaron.

*****
Sudah beberapa hari berlalu sejak dari tarikh perbualan diantara Elina dan Rayza. Elina sibuk menjauhkan diri dari Aaron. Malu untuk menatap wajah Aaron. Ye lah. Dia kan stalker Aaron bukannya lover. Salah. Stalker dan lover tu memang dia tapi Aaron?

“Kau ada buat apa-apa dengan Ely ke?” Haydar menyoal Aaron. Bukannya dia tidak perasan yang Elina sibuk menggelakkan diri daripada Aaron.

“Mana ada buat apa-apa. Dia malu kot.”

“Malu? Sebab apa?”

“Aku tahu dia stalk aku selama ni. Tapi itu yang aku suka. Aku nak pastikan dengan Rayza je tak sangka pulak yang Ely nak menjauhkan diri. Tapi takpe. Aku tahu macam mana nak uruskan.”

“Macam mana?”Aaron menarik Haydar supaya dekat padanya. Dibisiknya rancangannya kepada Haydar. Haydar mengangguk setuju. Senyuman lebar mula menghiasi wajah kedua-duanya.Aaron dan Haydar masing-masing mecapai handphone. Nombor umi dan ibu mereka didail. Masing-masing menyuarakan hasrat. Dah nama pun anak kesayangan pastilah semua hajat mereka dipenuhi.Sebaik sahaja Encik Hafiz dan Puan Fatihah balik dari kerja, Haydar dan Aaron terus berjumpa dengan mereka.

“Papa, mama..parent Haydar dan Aaron nak datang Kuching beberapa hari lagi. Diorang nak bertemu dengan papa dan mama. Boleh ke?”

“La. Mestilah boleh. Apa pulak tak bolehnya. Suruh mereka duduk sini sekali. Tak perlu sewa hotel. Jimat sikit.”

“Betul kata papa tu. Boleh mama berkenalan dengan parent korang.” Tambah Puan Fatihah. Haydar dan Aaron hanya tersenyum manis. Rancangan fasa 1 sudah berjaya.

****

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Aaron dan Haydar akhirnya tiba juga. Puan Fatihah sudah memasak pelbagai juadah untuk menjamu ibu bapa Haydar dan Aaron. Tidak lupa juga keluarga Rayza yang di ajak sekali bagi meraikan kedatangan ibu bapa Haydar dan Aaron.Elina, Haydar, Aaron dan Rayza sudah menunggu di ruang tamu. Encik Hafiz dan Puan Fatihah pulak sudah pergi ke airport untuk menjemput ibu bapa Haydar dan Aaron. Elina dan Rayza sibuk dengan handphone masing-masing. Chat sesama sendiri sebenarnya. Malu untuk membuka mulut. Lebih-lebih lagi apabila Haydar dan Aaron ada bersama.

“Assalammualaikum.” Serentak Elina, Rayza, Haydar dan Aaron bangun untuk menjemput tetamu.

“Waalaikummussalam. Jemput masuk uncle. Aunty.” Pelawa Rayza dan Elina. Umi Aaron, Puan Nurul sibuk memerhati Elina. Sungguh. Hatinya berkenan dengan kelakuan Elina. Begitu juga dengan Rayza. Elok terjaga sahaja kelakuan mereka. Puan Nurul melempar senyuman kepada adiknya, ibu kepada Haydar, Puan Izwani. Senyuman yang hanya mereka mengerti.

“Buat apa pulak terpacak dekat sini. Jom pergi dapur. Lepas tu kita borak panjang.” Ujar Puan Rania, mommy Rayza. Rayza dan Elina sibuk menolong ibu mereka sehinnga mereka tidak perasan kelakuan mereka sentiasa menjadi tatapan Puan Nurul dan Puan Izwani. Makan tengahari mereka sangat meriah sambil berbual-bual kosong.
Setelah makan mereka menjamah kek yang dibuat oleh mommy Rayza pulak. Sibuk bergelak tawa, hampir terlupa hajat mereka datang Kuching.

“Sebenarnya Hafiz, Fatihah, Rania dan Fakhril, kami datang ni ada hajat. Anak-anak kami ni nak bertunang.” Ujar Encik Iskandar, babah kepada Aaron. Serentak dengan itu gelas kaca yang yang berisi jus oren di tangan Elina jatuh. Pecah. Piring kaca yang sedang dipegang oleh Rayza pun jatuh menghempap lantai. Sungguh mereka berdua terkejut dengan perkara tersebut. Punah harapan kedua-duanya.

“Papa, saya nak bertunang dengan anak papa, Hana Elina.” Kata Aaron mengejutkan semua yang berada di situ. Elina berdiri kaku. Terkejut dengan kata-kata yang dituturkan oleh Aaron.

“Papa dengan mama setuju je Aaron tapi bukan kami yang nak bertunang. Kamu tanyalah dengan Ely.” Encik Hafiz memberi persetujuan.

“Ely mestilah setuju Aaron.” Rayza pula menyampuk. Cool gila cara Aaron.

“Mommy and daddy.. tersasul pulak..uncle, aunty..Haydar nak bertunang dengan Rayza boleh? Haydar nak jadi Kai Malaysia sepenuh masa dia?” Puan Rania dan Encik Fakhril tersenyum lebar. Kenakalan Haydar mencuit hati mereka.Elina dan Rayza berpandangan. Sama sekali tidak sangka yang Haydar dan Aaron seserius ini. Tak cakap apa-apa terus bawak ibu bapa untuk meminang mereka berdua. Tapi masing-masing senyum. Setuju dalam diam. Siapa yang tak nak. Aaron dengan Haydar bukan ajak jadi girlfriend tapi terus jadi tunang. Selangkah ke hadapan dari lelaki lain. Gentlemen sungguh pada pandangan keduanya.

“Daddy dengan mommy setuju je Haydar. Macam yang papa cakap tadilah. Tanya dengan tuan punya badan dulu. Tapi daddy rasa dua-dua sudah setuju tu.” Ruang tamu itu semakin meriah dengan gelak tawa semua.Perlahan-lahan ibu bapa mereka semua bergerak ke dapur. Ingin memberi ruang buat mereka berempat. Yelah. Dari mengelak terus berubah jadi tunang. Tak ke haru jadinya.

“Ehem..” serentak keempat-empatnya berdehem.

“Sayang eh awak…awak nak jadi stalker ke lover ke I don’t mind, not at all. Saya suka and by the way saya pun suka stalk awak.” Perlahan Aaron memberitahu Elina.

“Betul cakap Aaron tu. Saya tahu awak stalk saya selama ni Rayza dan semenjak saya tahu saya lah Kai Malaysia awak, saya pun joint sekaki aktiviti awak.” Haydar pulak mengusik Rayza.

“So, what say you guys?.” Kata Aaron lagi. Elina dan Rayza diam. Menarik nafas panjang sebelum bersuara. Tak pernah-pernah mereka rasa malu sampai macam ni tapi semenjak Aaron dan Haydar muncul dalam hidup mereka menjadi-jadi pulak rasa malu.Rayza mengerling Elina yang tersipu-sipu. Malu tapi mahu. Elina mengganguk perlahan kepalanya diikuti Rayza. Nak berkata tak mampu. Kelu lidah melihat wajah Aaron dan Haydar. Aaron memandang Elina yang bakal menjadi tunangnya sebelum melemparkan senyuman. Tidak ada sebab lagi untuk Elina melarikan diri daripadanya. Perlahan bahunya ditepuk oleh Haydar yang tersenyum-senyum ke arah Rayza.Tidak sia-sia percutian mereka di Kuching. Bukan sahaja dapat merehatkan minda malah mendapat jodoh mereka. In Shaa Allah. Walaupun kena rompak mulanya tapi Aaron dan Haydar tidak kisah kerana ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.Disebabkan mereka kena rompaklah mereka bertemu dengan Elina dan seterusnya berjumpa dengan Rayza, kawan baik Elina. Perancangan Allah itu sungguh rapi.

Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 26 bermaksud:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan- perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat). Mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah)dan pengurniaan yang mulia.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.