Cerpen : Suamiku Kembar Tiga

13 March 2015  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : Szaza Zaiman

”ALIF!,.ARIF!,.AKIF!,.keluar cepat! Mana korang nak sembunyi hah? Mama kira sampai sepuluh.Kalau tak keluar jugak,..siap!!!” Puan Masriah melaung nama anak-anak kembar seirasnya yang terkenal dengan kenakalannya.Letih melayan tiga orang kembar ni.

”Satuu,..” suasana masih sunyi.Tiada tanda-tanda mereka akan keluar.

”Dua,..” Puan Masriah masih terus mengira.

”Tigaa,..okeylah!,..mama ubah fikiran.Mama kira sampai tiga ja.Kalau tak nak keluar jugak,tak apa.Mama tinggal ja.” Puan Masriah mendapat satu akal.Dia terus menuju ke pintu depan dan berpura-pura menutup pintu dengan kuat.

”Mama!!!,.nak ikut!!,..” serentak anak-anak kembarnya bersuara dan menuju ke pintu.Puan Masriah sudah bercekak pinggang menunggu ketiga orang anak kembarnya.

”Siapa yang sepahkan?? cepat!!,..kemas!!” Puan Masriah tuding jari pada ruang tamu yang seakan dilanggar garuda itu.Sekejap tadi dia tinggalkan ruang tamu yang baru habis dikemas untuk ke dapur memasak makan tengahari mereka.Bila selesai masak dia ke ruang tamu untuk menyuruh tiga orang kembar itu mandi tapi alangkah terkejutnya dia bila melihat keadaan ruang tamu yang dah tak serupa ruang tamu itu.

”Alahh,.kena tipu lagi!,.kaulah Alif yang kemas.Aku nak pergi mandi,” Akif cuba lepaskan diri.Arif dah berlari laju ke bilik.Tinggal Alif terkebil-kebil di depan mamanya yang sudah menyinga itu.

”Mana aci!!,.bukan Alif yang sepahkan semua ni.Arif dengan Akiflah ni!,” Alif juga cuba mengelak dan ingin berlalu.

”Ehemm,..” keras Puan Masriah berdehem.

”Ala,.mama!” misi melarikan diri tak berjaya.Dua orang lagi sudah selamat di dalam bilik.Tinggallah Alif terperangkap seorang diri di hadapan mamanya.

”Mama tak adillah!,.mama pilih kasih! selalu Alif yang kena!” sambil mengemas mulutnya terus membebel.Mengalahkan mak nenek budak Alif ni.Umur baru ja tujuh tahun kot.

”Sebab Alif abang,jadi Alif kena jadi contoh untuk adik-adik.Lain kali belajar hargai sama rumah yang mama dah kemas.Kalau Alif tengok adik-adik sepahkan tolong tegur.Jangan Alif sama naik minyak dengan mereka.Faham tu?” Puan Masriah cuba berinteraksi dengan Ailf.Bukan tujuan dia nak pilih kasih dengan anak-anaknya tapi dia nak Alif bertanggungjawab sebagai abang.Walaupun mereka anak-anak kembar dan lahir pada hari yang sama tapi Alif lebih matang.Akif lebih manja diantara ketiganya manakala Arif lebih bersikap selamba dalam semua hal.

……………………………………………………..

ENAM BELAS TAHUN KEMUDIAN

”Arif!,.kau jadi rocker,aku jadi ustaz,.kau Akif jadi skema.Cepat ubah stail! Siapa dapat dia menang!” Alif mula mengeluarkan idea nakalnya.Mereka dalam misi untuk menawan hati seorang gadis di kolej mereka.Nur Aida Maisarah gadis yang baru masuk ke kolej mereka seminggu yang lepas.

Alif,Arif dan Akif hari-hari kerja mereka mengelirukan orang dengan wajah seiras mereka.Kadang-kadang mereka menukar identiti di antara mereka hingga kawan-kawan mereka sendiri terpedaya dengan mereka.Walaupun begitu mereka masih diminati ramai gadis-gadis di luar sana.Mereka pula tak pernah mengambil kesempatan terhadap gadis-gadis tersebut.Senakal-nakal mereka pun mereka masih mengekalkan sifat-sifat baik dan nilai-nilai murni.Tak ada maknanya nak jadi boya darat,boya tembaga dan sebagainya.Senakal-nakal mereka,mereka hanya menguji gadis-gadis itu dengan samaran mereka.

”Banyak ensem kau punya muka,.kau ustaz? aku rocker? dah sahlah kau yang dapat! tengoklah Maisarah tu macam mana pakaian dia.Bertudung litup tentulah dia pilih ustaz,” Arif membantah cadangan Alif.Akif mengangguk mengiakan.

”Akukan abang!!” Alif sengeh sampai telinga.Setiap kali cadangannya dibantah hanya itulah ayat yang akan keluar dari bibirnya.

”Yalah tu,.kau ja yang menang!” Arif mula tarik muka.Alif tepuk bahu Arif perlahan.

” Yang kau nak emo sangat ni kenapa? Siapa yang terbaik dialah yang menang! Lagi pun jodoh,ajalkan di tangan Allah,” lucu pula melihat wajah cemberut Arif.Alif dah lepaskan tawa.

”Okey!,.aku ikut ja cadangan kau.Baiklah kau ustaz.Aku jadi rocker yang jiwang! Amacam?” Arif buat cadangan untuk diri sendiri sambil ketawa.Akif dah tepuk dahi.Ada ke rocker jiwang?.Bukan ke rock tu bermaksud batu ke?

”Hah! itu kau punya pasal.Kau pulak Akif, setuju ke tidak?” soalan ditujukan pula untuk Akif yang hanya diam sejak tadi.

”Err,.skema erkk? Kenalah aku tempah cermin mata tebal.Barulah real!” Akif jungkitkan kening berkali-kali pada kedua abangnya itu.

”Lantak kaulah,.nak tempah cermin mata tebal sepuluh inci pun.Tu bahagian kau.Yang penting watak ustaz tu aku yang punya! Alahai Aida Maisrah! Tunggu tau abang ustaz Alif Asraf datang!” Alif tersenyum sambil mengurut dagunya berkali-kali.Mindanya dah mula menerawang memikirkan wajah si jelita Aida Maisarah.Arif Naufal dan Akif Adham dah mula berpandangan sesama sendiri.Serentak keduanya menepuk bahu Alif dan keduanya berlari keluar dari bilik sambil ketawa.

”Woihhh!!,.kurang asam BOI punya adik-adik!!” Alif juga turut bangun dan keluar dari bilik mengikuti kedua orang adik kembarnya.

…………………………………………………………………………

”Aida!,.tunggulah!! Yang kau ni jalan sikit punya laju ke nak ke mana? Letih tau aku kejar kau dari tadi lagi,” Nafisha memarahi rakan sebiliknya setelah dia berjaya mendekati Aida Maisarah.

”Hehe,.sorrylah.Mana aku tahu! Aku nak cepat ni.Aku dah janji nak jumpa Mahani di cafe,” Aida Maisarah tergelak bila melihat wajah Nafisha yang sudah kemerahan itu.Mereka terus berjalan beriringan selepas itu sambil berbual kosong.Ketika mereka hendak membelok masuk ke cafe, Nafisha tiba-tiba menekan perutnya dan mengerutkan keningnya seakan sedang mengalami kesakitan yang amat sangat.

”Kau ni kenapa?” Aida Maisarah bertanya cemas.

”Perut aku memulaslah.Kau tolong bawakan buku-buku aku ni kejap.Nanti korang tunggu aku di cafe.Kalau aku lambat kau tolong bawa masuk ke kelas ye.Kelas mula lagi setengah jamkan?” sambil meminta tolong tu sempat lagi Nafisha menyoal.Aida Maisarah hanya tersenyum sambil menyambut huluran dari Nafisha.Buku-buku Nafisha sudah bertukar tangan.Terpaksa juga Aida Maisarah membawa buku-buku milik Nafisha dan milik dirinya sendiri walau beratnya yang amat.Kawan punya pasal.Bawa sajalah.

Aida Maisarah sampai juga di depan cafe.Dengan beban yang dibawa membuatkan Aida Maisarah sedikit sukar untuk mencari tempat duduk dan juga mencari di mana Mahani berada.Dalam keadaannya yang serba kusut itu Aida Maisarah ditegur oleh seseorang.

”Assalamualaikum saudari! Boleh saya bantu?” seorang lelaki bercermin mata tebal.Memakai baju gaya ala-ala 60an menawarkan khidmat bantuan.Aida Maisarah terus mengukirkan senyuman.Pucuk dicita ulam yang mendatang.Peduli apa kenal ke tidak.Berat punya pasal ku relakan saja diri ini dibantu.Walau nampak skema tapi mamat ni handsome juga.Ada juga macam wajah Asraff Muslim pelakon yang dia minat sangat tu.

”Boleh sangat!!!” lalu ke semua buku yang berada di dalam tangannya diserahkan pada lelaki yang menegurnya itu dan Aida Maisarah terus meninjau di dalam cafe tersebut mencari Mahani atau meja yang masih kosong.

”Cantikk!!” hanya satu perkataan dan Aida Maisarah terus berlalu menuju ke meja kosong di sudut kanan cafe.Mahani yang berjanji untuk bertemu di cafe itu langsung tak nampak bayangnya lagi.Akif yang terpaksa menjadi kuli sukarela ni terpaksa juga menurut langkah Aida Maisarah dari belakang sedangkan Alif dan Arif yang terhendap-hendap di luar cafe sudah mengekek ketawakan Akif.

”Fuhh!!,.boleh tahan juga ya saudari ni.Banyak sangat buku saudari ni.Nak buat rujukan ke nak rendam saja dalam air.Buat minum!” bengang punya pasal Akif dah tersasul.Dari watak skema terus bersikap kurang ajar.Ni Alif dan Arif yang punya pasal.Bila mereka lihat saja Aida Maisarah yang terkial-kial membawa buku yang banyak ni lantas Akif di tolak untuk menjadi pelakon tambahan membantu si heroin dan menawarkan perkhidmatan.

”Ha’ah!,.molek jugak cadangan awak tu! Kenapa saya tak pernah terfikir nak buat macam tu! Apa kata sebelum saya yang buat lebih baik awak yang buat dulu.Kebetulan kita pun dah ada di cafe ni,order je air.Nanti saya boleh tolong rendamkan,” bertemu sudah buku dengan ruas.Akif sudah tersengeh.Sebaik meletakkan buku-buku di atas meja di depan Aida Maisarah Akif terus menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Aida Maisarah.

”Ehh,.ada saya pelawa awak duduk? tak adakan? sebelum boyfriend saya datang,lebih baik awak bangun! Saya bukannya apa,kesiankan awak tulah.Kalau boyfriend saya tu salah faham takut-takut nanti awak juga yang lebam sana lebam sini,” selamba saja Aida Maisarah bersuara.

”Errkk,.” Akif terus menjadi kelu lidah untuk bersuara.Biar betul perempuan ni? Dahlah mulut tak berinsuran.Siap main ugut-ugut lagi.Aku dah tolong dia, terima kasih pun tak ucap lagi.Malas memikirkan akibat seterusnya Akif terus bangun.Sekarang ni tiba giliran Arif pula membawa wataknya.Akif pasti Alif dan Arif sedang memerhati dan menilai mutu lakonannya.

”Sama-sama ya,.sebab saya dah tolong awak bawa buku tu tadi.Taklah berat sangat.Lain kali bolehlah tolong lagi,” sebelum berlalu sempat Akif mengeluarkan ayat-ayat sindiran untuk Aida Maisarah.Aida Maisarah terkesima dan hanya melihat saja Akif berlalu pergi.Cit! sempat lagi mamat skema ni nak perli aku.Ingatkan orang skema ni bendul.

…………………………………………………….

Akif keluar dari cafe dan mencari kedua abangnya Alif dan Arif.Bila dia menjumpai abang-abangnya dia terus menuju ke arah mereka yang sedang tersengeh padanya.Akif buat selamba saja.Tugasnya dah selesai.Memang dah sah-sah misinya sudah gagal.

”Sengih-sengih! Giliran korang pulak!” Akif terus bersuara sebaik sampai kepada abang-abangnya itu.Alif dan Arif saling berpandangan.

”Arif! kau dulu!!,.aku last tak apa! selalunya yang last adalah yang terbaeekk!!,.” Alif dah mula mengeluarkan arahan.Walhal dia sendiri rasa berdebar untuk berdepan dengan Aida Maisarah.Entah kenapa dirasakan Aida Maisarah terlalu istimewa.

”Aku dulu?” Arif tuding jari telunjuk pada wajahnya sendiri.Tak percaya mereka berdua yang kena mulakan dulu.Bukan mereka tak tahu sebelum ni Alif yang terlebih angau tapi bila misi mengorat Aida Maisarah mereka yang kena dulu dia mula menjadi keliru.

”Pergi ja la! Aku percaya jodoh,ajal dan maut di tangan Allah.Good luck!” sempat lagi Alif memberi kata-kata semangat.Arif pandang Akif.Akif angkat bahu.Dia sendiri tak faham kenapa Alif berubah fikiran.Sebelum ni dia yang beria-ia nakkan Aida Maisarah.

”Okey!,. kau jangan menyesal kalau aku yang dapat Aida Maisarah tu! Gigit jarilah kau! ” Arif bersuara angkuh lalu terus melangkah.Seperti tadi Alif dan Akif pula yang menjadi pemerhati di luar cafe.Nampaknya Aida Maisarah bukan berseorangan.Sudah ada dua orang perempuan yang menemaninya.

Arif melangkah masuk ke cafe.Mindanya ligat berfikir untuk mencari idea bagaimana caranya untuk menegur Aida Maisarah.Teringat dia akan drama di tv atau film yang selalu di saksikan di dalam tv.Selalunya hero dan heroin akan berlanggar dan seterusnya berkenalan dan menjalinkan perhubungan,bercinta dan seterusnya berkahwin.Arif tersenyum di dalam hati.Langkahnya laju diatur ke arah meja Aida Maisarah dan rakan-rakannya.

”Oppss,.maaf! maaf!,.aku tersengaja!” Arif yang sengaja melanggar kerusi yang diduduki Aida Maisarah bersuara.Cermin mata hitam yang dipakainya dibuang dan diselitkan di bajunya.Nampak macho dengan gayanya yang berjaket kulit hitam dan rambut yang telah disisir gaya Asraff Muslim ketika membawa watak Edy Sham dalam drama Dari Mata Arisa,alah drama yang diadaptasi dari novel Kau Sayangku!

”Ehh,.kau lagi? Tapi,.” Aida Maisarah dah mula confused.Tadi lelaki ini yang membantu dia membawa buku tapi yang tadi skema.Yang ni nampak macam ala-ala rocker sikit.Cepatnya dia tukar baju dan ubah stail dia.

”Hai!,.aku Arif Naufal! Kau?” Arif mula memainkan peranannya.Mahani dan Nafisha sudah terkebil-kebil memandang Arif.Handsomenya!!!

”Ada aku tanya nama kau?” Aida Maisarah bersuara mengejek.Arif hanya tersengeh sambil menarik kerusi di sebelah Aida Maisarah dan duduk dengan selamba.Aida Maisarah terus berdiri dan bercekak pinggang.

”Ada aku pelawa kau duduk?” sekali lagi Aida Maisarah bersuara dan kali ini suaranya semakin lantang.Hiesyy,..bengang betul dengan mamat sorang ni.Ingat kalau muka dia handsome dia boleh duduk ikut suka hati dia saja.

”Tak!,.dan tak ada juga tanda amaran dilarang duduk di sini,” Arif menjawab sambil terus melebarkan senyumannya.Nafisha dan Mahani yang turut menjadi pemerhati masih merenung Arif tidak berkelip.Arif turut memandang mereka berdua dan mengukirkan senyuman untuk mereka.

”Hai!,.awak berdua,.nak tanya sikit boleh?” Arif tujukan soalan untuk Nafisha dan Mahani.Keduanya tidak menjawab tapi kepala mereka dianggukkan berkali-kali sedangkan mata mereka masih terus menatap wajah Arif tanpa berkalih sedikit pun.Teruja!

”Kawan awak berdua ni pagi tadi sarapan apa ya?,.sarapan tebuan ke daging harimau?” sebaik mendengar soalan dari Arif ,spontan Nafisha dan Mahani hamburkan tawa.Aida Maisarah sudah mendengus geram.

”Kau,.ishh,..aku punya suka la aku nak sarapan apa pun!,.kau siapa nak sibuk?” Aida Maisarah lepaskan amarah di dada.

”Ehh,.ada aku tanya kau?,.tak ada punkan??” Arif lepaskan tawa dan terus bangun.Malas nak cari gaduh dengan singa betina ni.Buatnya dia mengaum dalam cafe ni tak ke haru jadinya nanti.Arif terus beredar sambil bersiul riang.Aida Maisarah membentak geram.Wajah kedua orang sahabat baiknya yang turut sama mengetawakan dirinya terus dipandang dengan wajah yang merah menahan marah.

”Yang korang berdua ni kenapa? lucu sangat ke?” Aida Maisarah duduk kembali di tempatnya sambil terus membulatkan matanya pada Nafisha dan Mahani.Tak guna punya kawan-kawan.Taulah mamat tu handsome pun.Aku juga yang jadi bahannya.Hee,..

”Yang kau ni kenapa Aida? Tiba-tiba saja dilanda ribut katrina? Aku tengok cuaca di luar tu cerah ja,” Nafisha menyoal walau ketawanya masih belum reda.

”Ha’ah kan?,.angin tak ada,ribut tak ada tau-tau nak mengamuk?” Mahani menyokong kata-kata Nafisha.

”Yang korang berdua ni kenapa pulak?,.aku taulah mamat tu handsome pun.Pandang macam nak terkeluar bijik mata.Aku cungkil baru tahu!!” Aida Maisarah tak puas hati dengan dua orang sahabat baiknya itu.

”Memang patut pun mamat tu tanya macam tu tadi.Kau sarapan apa pagi tadi?” selamba badak ja Nafisya bertanya.Semakin membulatlah mata Aida Maisarah padanya.

”Aku makan sandwich ikan pirahna.Kenapa tanya? Kau nak cuba ke? Esok aku tolong buatkan untuk kau!” Aida Maisarah membalas pertanyaan Nafisya sambil bangun dan berlalu.Hangin betul dengan kawan-kawannya itu.Cepat betul terpengaruh dengan orang luar.

”Patut la punnn!!,.” serentak Nafisya dan Mahani bersuara sambil turut bangun dan mengikut Aida Maisarah dari belakang.Mereka menuju ke kelas.

…………………………………………………………………

Alif menapak perlahan ke arah Aida Maisarah.Tiba gilirannya pula untuk cuba memikat hati Aida Maisarah.Dari jauh Alif melihat Aida Maisarah berjalan laju menuju ke keretanya.Sambil berjalan minda Alif ligat merangka strategi dan dialog untuk menegur Aida Maisarah.Bila melihat Aida Maisarah sudah sampai ke keretanya dan mula mengeluarkan kunci kereta ,Alif mempercepatkan langkahnya.

”Aida!,.Aida Maisarahkan?” Alif pura-pura bertanya sebaik dia menghampiri Aida Maisarah.Aida Maisarah menoleh.Lama dia terpaku pada wajah di hadapannya.Dipandangnya Alif dari atas ke bawah berulangkali.

”Awak lagi!,.awak nak apa sebenarnya ni?” Aida Maisarah cuba berlembut.Kali pertama dia disindir oleh pemuda ini.Kali kedua dia diketawakan dan kali ketiga mereka terserempak tak tahu lagi apa yang bakal terjadi.Cop!!,.mungkin bukan terserempak! Aida Maisarah mula sangsi.Dipandang lagi wajah di hadapannya.

”Hai!,.saya Alif,.Alif Asraf,saya nak berkenalan dengan awak.Boleh?” Alif mengukirkan senyumannya.Mana tahu berjaya memikat hati gadis ayu di hadapannya ini.Tadi bila Akif dan Arif mencuba nasib ,gadis ini bertindak sedikit argresif.Mungkin cara dan dialog yang mereka gunakan tidak berjaya menarik hati gadis ini.

”Ulang sekali lagi!!,.apa nama awak tadi?” Aida Maisarah semakin keliru.Kali pertama watak skema.Hari yang sama juga mereka berjumpa selepas itu di tempat yang sama dengan watak yang berbeza.Kali ini entah watak apa pula.Tak ada gaya skema atau gaya rocker.Nampak santai dengan jeans dan t shirt.

”Alif,” sepatah Alif menjawab.

”Bukan Arif?” Aida Maisarah bertanya balas.

”Aku Arif!” Arif dan Akif muncul tiba-tiba.Aida Maisarah terpegun.Otaknya mula bekerja keras untuk mencerna apa yang dilihat di depan mata.

”Aku Akif,.Akif Adham!” Akif mula tersengeh nakal sambil meletakkan tangannya di atas bahu Alif dan Arif.Ketiga mereka tersenyum.Aida Maisarah binggung.Terasa diri dipermainkan.

”Korang bertiga ni nak apa sebenarnya ni?” Aida Maisarah mula rasa tak sedap hati berhadapan dengan tiga orang lelaki yang bagaikan klon ini.

”Kami nak awak!!” Arif bersuara sambil tersengeh nakal.Sekadar menguji dan mahu melihat reaksi Aida Maisarah yang sudah berubah wajah.Alif memandang Arif dengan wajah tak puas hati.Direct sangat kot!

”Gila!” Aida Maisarah terus menekan alarm kereta dan meloloskan dirinya masuk ke perut kereta.Semakin dilayan mamat tiga ekor ni semakin biol otaknya.Sebaik pintu kereta ditutup Aida Maisarah meneruskan pemanduannya tanpa menoleh lagi.Hatinya sedang hangat membara.Ibarat air yang sedang mendidih dipermainkan oleh tiga orang klon handsome.Handsomelah sangat! Kalau dah handsome tapi perangai tak semenggah nak buat hapa! Aida Maisarah mendengus geram.

………………………………………………………………….

”Arif!,.agak-agak kau siapa yang akan dapat Aida Maisarah tu?” Alif menyoal Arif ketika mereka bersama-sama membuat tugasan yang diberikan pensyarah mereka.Akif entah ke mana menghilang.

”Erm,.ketiga-tiga failed!” Arif menjawab pantas.Alif mencebik.Tak puas hati dengan jawapan Arif.

”Kita buat plan B,.” Alif bersuara.Arif menoleh kepada Alif.

”Sejak bila pula kita ada plan A,B ni? Aku tak tahu pun,.” Arif bertanya ragu.

”Alahh,.plan pertama yang gagal tu kita anggap ja plan A,.” Alif tersengeh.

”Apa pulak plan B kau” Arif menunjukkan minat.Dihentikan segala kerjanya dan bersedia memberikan perhatian pada apa yang ingin Alif katakan.

”Plan B aku ni mudah ja.Kau dan Akif tarik diri.Biar aku sorang ja yang tackle Maisarah tu,” Alif cakap selamba tanpa memandang wajah Arif.Matanya tertumpu di skrin laptop.

”Itu bukan plan B la bongok.Itu plan UDS!” Arif bersuara kuat sambil menyambung kerjanya sebentar tadi.Alif mendonggak memandang Arif.Mindanya berputar ligat mencari maksud UDS.Apa erk?

”UDS? Apa tu?” Alif tanya Arif.Tanpa memandang Alif,Arif menjawab.

”Adik beradik selfish,sepupu sepapat kembung perut!” semakin biol Alif bila mendengar jawapan Arif tu.Malas nak berfikir Alif menyambung kerjanya.Suasana sepi sejenak sehinggalah Akif muncul.

”Korang nak dengar berita terkini tak?” Alif dan Arif buat tak peduli.Akif hairan melihat gelagat abangnya yang langsung tak memberi respon.Dia mendapat satu idea untuk mengenakan abang-abangnya.

”Korang tahu tak siapa yang ada di bawah sekarang ni?” masih tiada respon.Akif sudah merasa pelik.Apa hal pulak ni? Macam bercakap dengan orang-orang pekak sedunia ja.Berlaku sesuatu yang aku tak tahu ke? Akif berbisik di dalam hati.

”Okey! Tak mau dengar sudah! Baik aku turun bawah dan berbual dengan Maisarah pun best daripada melayan dua orang pekak ni,” Akif membuka pintu dan keluar dari bilik.Alif dan Arif saling berpandangan.Keduanya bangun dan menuju ke pintu bilik,berniat untuk mencari kebenaran dari kata-kata Akif tadi.Tombol pintu dipulas tapi pintu tak boleh dibuka seolah terkunci dari luar.

”Akiff!” serentak keduanya melaung kuat.Akif yang memegang tombol pintu dari luar sudah mengekek ketawa.Rasakan! Dia bersorak riang dalam hati sebelum melepaskan tombol pintu dan berlari turun ke bawah.
………………………………………

Arif dan Alif hanya memandang tetamu mereka tanpa berkelip sejak tadi.Pada mulanya mereka menyangka Akif hanya bergurau bila memberitahu Aida Maisarah ada di rumah mereka.Bila mereka menyaksikan sendiri akan kewujudan Aida Maisarah masing-masing saling memandang di antara satu sama lain sebelum terkelu lidah buat seketika.

”Alif!,.Arif!,.pasal apa ni? Macam tak pernah tengok perempuan! Dah macam nak terkeluar biji mata tu tengok Aida ni kenapa? Dah!,.salam Pak Ucu dengan Mak Ucu dulu!” Puan Masriah bersuara dan mengejutkan Alif dan Arif.Keduanya terus tersipu-sipu disergah oleh Puan Masriah.Tulah!,.asyik renung anak dara orang tak hengat orang sekeliling.Kan dah kantoi!

”Dah besar panjang rupanya anak-anak Mas ni? Dah kerja?” si tetamu yang diperkenalkan sebagai Mak Ucu bertanya.

”Masih belajar! Tahun akhir Mak Ucu! Di Kolej,.” Alif menjawab bagi pihak adik-adiknya sambil menyalami Pak Ucu dan Mak Ucu.

”Belajar lagi la ni? Untung Mas,.ada 3 orang anak teruna ni.Ni,.yang mana satu Alif,Arif dan Akif ni? Mak Ucu ni ingat nama ja la.Rasanya last jumpa Mas sekeluarga masa arwah Tok Wan meninggal.Budak-budak ni pun kecil lagi.Ni,.dah boleh jadi bapak budak dah ni ha!,.” Mak Ucu memerhatikan wajah-wajah kacak di depannya. Semuanya seiras,memang sukar nak membezakan ketiganya,nama pun nak sama.

”Yang sebelah Ieta tu Alif, ni pulak Arif,.yang tadi tu Akif,” Masriah memperkenalkan anak-anak kembarnya kepada sepupunya, Masnieta dan suaminya Hamzah. Mereka dah lama terpisah,sejak anak-anak kembarnya masih kecil lagi. Masnieta mengikut suaminya yang bertugas di Sarawak,sekarang ni mereka pulang ke Semenanjung kembali dan akan menetap terus di sini. Mereka hanya punya seorang anak tunggal, Aida Maisarah yang muda dua tahun dari anak-anak kembarnya.

”Dengar kata lepas si kembar,kau mengandung lagi? Mana dia? Tak nampak pun!” Masnieta masih menyoal. Alif,Arif dan Akif sudah saling bermain mata sambil mengerling Aida Maisarah. Tak sangka,rupanya gadis yang mereka cuba mengayat adalah saudara mereka sendiri.

”Betullah tu!,.Aina bersekolah asrama. Minggu depan baliklah tu. Nak cuti semester dah ni,” Puan Maisarah menjawab sambil mengerling anak-anak terunanya. Macam dapat menangkap sesuatu di antara ketiganya.

”Kenapa tu Alif,Arif,Akif?,.Jangan nak kacau anak Mak Ucu pulak!” Puan Masriah memberi amaran kepada anak-anaknya,ketiganya tersentak. Masrieta dan Hamzah sudah melepaskan tawa. Aida Maisarah pula mendapat idea untuk kenakan si kembar.

”Mereka dah kenakan Aida pun Mak Ngah. Baru tiga hari Aida masuk kolej,mereka dah berpakat kenakan Aida,” dengan lurus bendulnya Aida Maisarah mengadu. Huh! Padan muka korang! Alif,Arif dan Akif sudah terkedu sambil memandang wajah Puan Masriah.

”Ya ke Aida? Mereka buat apa kat Aida?” Puan Maisarah memandang tepat ke arah anak-anaknya.

”Macam-macam Mak Ngah!” Aida Maisarah mencari peluang terus mengadu agar ketiganya dimarahi Puan Maisarah,

” Alaa,.ngorat sikit jer pun!” selamba saja Arif menjawab.

”Nak ngorat anak dara Pak Ucu,kena bayar tol dulu,tak boleh ngorat free. Pak Ucu ada sorang ja anak dara tau!” Hamzah bersuara sambil ketawa. Si kembar apa lagi,ketiganya turut tersenyum. Macam dapat green light ja.

”Apa papa ni! Ingat Aida ni tol ke?” Aida Maisarah bernada rajuk. Semakin kuat ketawa Hamzah.

”Agak-agaknya Pak Ucu,kalau kami nak ngorat,selain kena bayar tol,apa lagi syaratnya Pak Ucu?” dengan muka tak malu Arif terus menyoal. Alif dan Akif hanya memasang telinga untuk mendengar jawapan Hamzah.

”Amboi,amboi,amboi,.ada hati nak ngorat anak dara orang! Ingat sama diri awak tu pun masih disara lagi tau! Belajar pun tak habis lagi.” Puan Maisarah mencelah sebelum sempat Hamzah menjawab soalan Arif. Arif hanya tersengeh.

”Arif tolong jadi wakil untuk abang Alif ja. Dia yang beria-ia sangat nak ngorat anak Pak Ucu ni. Kan Akif?” Alif dah tersipu-sipu bercampur geram. Akif dan Arif buat high five sambil tergelak. Aida Maisarah memandang Alif,cuba berfikir sejenak watak mana yang Arif bawa hari tu.

”Ada pakatan rupanya? Macam nilah,Pak Ucu nak test dulu. Kalau boleh jadi iman solat maghrib nanti dan bacaan tajwidnya sempurna,tak payah nak ngorat dah. Pak Ucu bagi green light ja. Macam mana? Setuju Alif?” sekali lagi Akif dan Alif buat high five. Alif dah tertunduk dan terus terkelu. Parah!

”Setuju ja la ustaz Alif!” Alif menoleh ke arah Akif yang bersuara dan membuat isyarat kepada Akif. Kau jaga Akif! Kau jaga Arif! Hati Alif membentak di dalam. Tak guna betul adik-adik kembarnya. Nama dia seorang saja yang naik,sedangkan bukan dia seorang yang kenakan Aida Maisarah.

”Pak Ucu! Biar Aida yang jadi pengadil. Hari tu siapa yang kenakan dia dengan teruk. Okey Aida! Kau yang buat keputusan. Orang pertama yang tolong kau angkat buku tu Akif. Yang kenakan kau di depan kawan-kawan kau tu Arif dan aku orang last yang tegur kau hari tu. Kau nak pilih siapa untuk iman maghrib nanti. Kau saja yang buat keputusan!” Alif cuba mencari helah dengan meminta bantuan Aida Maisarah.

”Oooo,..ini kerja korang ya? Mama ingatkan pergi kolej tu untuk belajar,rupanya dok kacau anak dara orang?” Telinga Akif dan Arif ditarik. Alif cepat bangun dan melarikan diri. Nasib baik tangan Puan Masriah hanya ada dua ja. Alif dan tergelak melihat kedua orang adik kembarnya sudah menyeringai menahan sakit sambil kaki terjengket. Sudah pasti amat sakit. Aida Maisarah sudah menutup mulut menahan ketawa. Masnieta dan Hamzah turut ketawa melihat situasi itu.

”Mama!! Mana aci! Abang Alif pun sama,mama piatlah telinga dia sama. Kami cuma tolong dia ja. Dia yang nak sangat dengan Aida ni. Mama tak percaya,mama tengok dalam handphone dia, dia curi snap gambar Aida dalam tu,” akhirnya Arif buka rahsia Alif. Alif mendongkol geram di dalam hati. Merah wajahnya menahan malu kepada Aida Maisarah,Pak Ucu dan Mak Ucu.

”Kau jangan Arif! Macam aku tak tau,kau pun sama!” Alif memprotes kata-kata Arif. Puan Masriah melepaskan telinga Arif dan Akif,keduanya mengosok telinga mereka yang sudah merah. Alif gelak melambak,bila melihat Puan Masriah menuju pula ke arahnya. Alif terus berlari menyelamatkan diri.

”Kejar mama,kejar!” Arif dan Akif bersorak melihat Alif dan Puan Masriah mengelilingi sofa. Hamzah dan Masnieta ketawa sambil menekan perut. Aida Maisarah sudah merah wajah, melihat gelagat mereka dan turut ketawa sama.

”Dahlah,.mama dah letih. Minta maaflah Ieta,Hamzah!,.anak-anak aku ni,sejak kecik sampai dah besar panjang,perangai tak mau nak berubah jugak. Aida! Kalau mereka kenakan Aida lagi,jangan lupa bagitau Mak Ngah ya. Biar Mak Ngah kerjakan mereka cukup-cukup. Bilalah anak-anak ibu ni nak membesar dan jadi matang?” Puan Maisarah mengaku kalah dan meminta maaf dengan gelagat mereka anak beranak. Hilang sabar dia dengan kelakuan anak-anaknya. Rupanya kenakalan mereka bersambung di kolej pula.

”Tak apalah Mas,terhibur aku tengok anak-anak kau ni. Agaknya kalau nak ambil buat menantu pun kena fikir seribu kali. Maunya tersilap orang nanti nahaslah. Kena pula kenakalan mereka ni berterusan sampai dah beranak cucu,teruk jugak nih!” Masnieta bersuara sambil ketawa. Apa yang ada dalam fikirannya andai mereka menyamar dan menjadi menantunya. Dia terbayang kalau Alif yang jadi menantunya dan Arif menyamar jadi Alif. Mungkin dia juga bakal terkena. Mereka betul-betul seiras dan tak dapat nak dibezakan.

”Kau boleh ke bezakan mereka ni Mas? Macam mana nak cam mereka?” Masnieta menyambung kata-katanya.

”Budak bertiga ni Ieta,bukan boleh diharap sangat. Kadang-kadang dengan aku pun mereka kenakan. Confused jugak aku,kalau mereka dah bersatu untuk kenakan aku. Tapi,nak cam mereka ni,kena cari barang-barang kesukaan mereka. Macam Alif suka kamera,ugut ja nak bakar kamera dia tu,menyahutlah nanti. Akif ni suka menulis dairy,kena tahulah dekat mana dia sorok dairy dia tu. Arif,.hmm..ugut saja nak buka rahsia dia zaman kecik,atau ugut nak heboh dalam facebook gerenti dia mengaku,” Puan Maisarah bercerita sambil mengerling anak-anaknya. Serentak ketiga-tiga anaknya menutup muka dengan kedua tapak tangan.

”Apa mama ni! Adehh,..” Arif bersuara sambil menyandar lemah di sofa.

”Macam menarik jer!” Aida Maisarah bersuara nakal. Selepas ni bolehlah berpakat dengan Mak Ngah Mas untuk kenakan mereka bertiga ni pulak. Aida Maisarah berbisik di dalam hati.

…………………………………………………..

5 Tahun Kemudian,..

”Alif! macam mana? Dah bersedia nak pegang tangan tok kadi?” Encik Hisham bertanya anak sulungnya Alif. Arif dan Akif sudah tersenyum memandang gelagat abang kembar mereka yang nampak agak mengelabah sejak tadi. Akhirnya Aida Maisarah memilih Alif sebagai suaminya. Mereka berdua akan mendoakan yang terbaik untuk Alif.

”Takutlah abah! nanti Tok Kadi soal macam-macam. Alif takut tak boleh jawab. Hari tu dahlah teruk kena interview di pejabat agama. Payah jugakkan abah nak jadi suami orang ni?” Alif menyoal encik Hisham semula. Fikirannya melayang jauh. Dia seakan sudah berada di depan Tok Kadi sekarang ni dan cuba membayangkan dirinya disoal dengan pelbagai soalan yang membuatkan lidahnya kelu untuk menjawab.

”Tu baru nak akad nikah. Lepas dah jadi suami orang nanti lagi berat tanggungjawab yang Alif kena pikul,.” Encik Hisham mengelus perlahan bahu anak sulungnya,cuba menenangkan hati Alif. Dia tahu perasaan Alif sekarang. Dia dulu pun berperasaan yang sama ketika hari akad nikahnya bersama isterinya Puan Masriah.

”Agaknya apa soalan yang akan disoal nanti abah?” mendengar soalan Alif,Arif dan Akif sudah tersenyum nakal. Di minda masing-masing sudah terencana satu strategi untuk mengenakan Arif.

”Kalau kau takut aku boleh tolong gantikan!” selamba Arif mencelah perbualan abah dan abangnya Alif.

”Arif ganti kau terima akad. Malam ni aku pulak gantikan kau first night,.” Akif berkata sambil ketawa. Alif sudah mencerlungkan mata ke arah adik-adiknya. Encik Hisham mengelengkan kepala melihat gelagat ketiga anak kembarnya. Perkara serius macam ni pun boleh pulak dibuat main budak-budak ni.

”Woih,.mana boleh! Kalau aku yang akad,maknamya dah jadi isteri aku. Kau dan Alif pergi gigit jari jauh-jauh. Jangan nak kacau daun pulak,” Arif bersuara lagi. Hati Alif sudah terbakar mendengar gurauan adik-adiknya.

”Korang ingat Aida Maisarah tu anak patung ke hapa,boleh ditolak ke tepi,ke tengah. Aku tengah gelabah giler ni,boleh lagi nak main-mainkan isu akad nikah ni. Lepas ni korang jangan pandai-pandai nak kenakan Aida dan menyamar jadi aku ya!” Alif memberi amaran untuk adik-adiknya. Arif dan Akif semakin seronok pulak mengiat Alif.

”Akif! Kau terfikir tak apa yang aku fikir?” Arif menjungkitkan keningnya kepada Akif sambil menjeling Alif. Ada la tu idea nakalnya.

”Sudah! jangan nak fikir yang bukan-bukan. Jom turun!” Encik Hisham mengambil jalan mudah dengan mengajak mereka turun ke bawah. Kalau nak dibiarkan mereka bertiga terus berbual entah apa pula yang bakal terjadi. Dia sudah hafal benar dengan sikap ketiga orang anak kembarnya yang tak pernah berubah. Masih nakal walau sudah berumur 26 tahun. Masing-masing sudah memegang jawatan tinggi tapi fikiran mereka adakalanya seakan belum matang.

………………………………………………….

”Alif Asraf!”

”Saya!!!” serentak Alif,Arif dan Akif bersuara bila tok Kadi mula mengengam tangan Alif untuk di akad nikahkan. Semua mata memandang mereka bertiga. Alif mengebam bibir menahan marah. Arif dan Akif berwajah selamba tanpa riak bersalah.

”Alif Asraf!”

”Saya!!!” serentak lagi. Tok Kadi sudah mula keliru sama ada dia sedang berdepan dengan pengantin lelaki yang betul atau pun salah.

”Tunggu dulu! Jangan mulakan lagi. Saya ada syarat untuk ke tiga orang budak ni,.” Aida Maisarah bersuara dari belakang. Dia sudah mula geram dengan si kembar.

”Budak???” Alif,Arif dan Akif bersuara serentak dan saling berpandangan,akhir sekali wajah Aida Maisarah pula direnung tajam. Tak puas hati!

”Sebelum akad nikah dimulakan, Aida nak kepala Arif dibotakkan dan Akif pula dicukur janggut dan semua misainya. Aida tak mahu dipermainkan mereka bertiga lagi.” Aida Maisarah nekad. Alif sudah tersenyum dan menjungkitkan keningnya berkali-kali ke arah Arif dan Akif.

”Oh tidak!!,. Jom Akif! Blahh!” Arif bangun ingin melarikan diri. Akif sekadar buang misai dan janggut sejemput boleh diterima lagi. Arif nak kena buang rambut. Dia bayangkan wajahnya tanpa rambut.Nooooo!!

”Alah! Aida ugut ja tu!” dengan yakin Akif bersuara. Arif tak menghiraukan kata-kata Akif,dia sudah berlalu keluar dari masjid.

”Akif!!” Akif menoleh. Spontan dia melompat bangun bila melihat Aida yang melaung namanya sudah memegang mesin pencukur. Terkocoh-kocoh dia berlari keluar. Gelagatnya mendapat perhatian orang ramai dan menjadi bahan tawa. Alif sudah tersenyum kemenangan melihat kedua orang adik kembarnya sudah keluar dari masjid. Majlis akad nikah berlangsung tanpa gangguan selepas itu. Dalam pada itu minda Aida Maisarah bekerja keras mencari idea untuk mengenakan adik-adik iparnya yang ternyata mempunyai rancangan untuk mengenakan dirinya. Dalam pengantin lelaki sibuk mengengam tangan Tok Kadi Aida Maisarah sempat menghantar mesej kepada seseorang.

……………………………………………………

”Hahahahaha,.” Alif tergelak besar bila pulang saja ke rumah dan bertemu dengan Arif dan Akif. Aida Maisarah yang berada di sebelahnya hanya menyembunyikan senyum. Itu semua kerja dia. Aida Maisarah menghantar mesej kepada sepupunya untuk menangkap Arif dan Akif dan melaksanakan kehendaknya seperti apa yang diminta sebelum akad nikah dimulakan. Sepupunya Khairun angkat geng dan memulakan arahan. Selepas kepala Arif dan Akif didogolkan mereka dilepaskan. Arif dan Akif terus pulang ke rumah sebaik dilepaskan.

”Ni bini kau punya pasallah!” Arif merenung tajam ke arah Aida Maisarah yang sudah bersembunyi di belakang Alif sambil ketawa.

”Korang tu dah tua tahu tak? Tapi perangai tak nak berubah jugak. Aku terpaksa buat macam tu,kalau tak,kau dan Akif yang akan kenakan aku. Sebelum aku dikenakan korang,lebih baik aku kenakan korang dulu.” dengan tawa yang masih bersisa Aida Maisarah membela diri. Alif sudah mengengam kejap tangan Aida Maisarah. Rasa terharu dengan apa yang Aida Maisarah dah buat,walau yang dikenakan itu adik-adik kembarnya yang selama ini sangat rapat dengan dirinya.

”Sudah! Sudah!,.Jangan nak salahkan menantu mama pulak! ini semua cadangan mama. Macam mama tak tahu,Arif dan Akif memang ada rancangan nak kenakan Aidakan?” puan Maisarah yang terdengar riuh rendah suara anak-anaknya datang dan mencelah. Suasana memang riuh rendah dengan gelak tawa tetamu lain juga, Kelakar melihat wajah kembar seiras yang dah tak seiras lagi.

”Mama!,.mama tak kesian ke tengok anak mama yang handsome ni jadi dogol macam ni?” Akif membantah keras. Dia pun tak menyangka,dia juga bakal didogolkan.

”Tak ada maknanya nak kesian. Selagi Arif dan Akif tak matang dan asyik nak kenakan Aida atau orang lain,mama nekad kepala korang takkan ada rambut lagi selepas ni,kecuali kalau korang berjanji dengan mama nak berubah,.” puan Masriah tegas dengan keputusannya. Encik Hisham sudah tersenyum melihat gelagat anak-anak dan isterinya. Dia pun kadang-kadang turut keliru mana satu Alif,mana satu Arif dan Akif. Mereka pula akan menyahut semua nama yang dipanggil bila mereka berpakat untuk mengenakan orang lain. Cuma Alif saja yang sudah berubah sedikit sejak bertunang dengan Aida Maisarah. Agaknya Arif dan Akif juga perlu dikahwinkan segera kalau nak merekka segera berubah.

”Cepat cari jodoh Arif! Akif!,.mungkin bila Arif dan Akif dah kahwin nanti perangai mereka outomatik akan jadi matang!” encik Hisham menyuarakan rasa hati. Wajah Arif dan Akif yang monyok berubah ceria.

”Kahwin abah?? Yahooo!!” Arif dan Akif serentak menyoal encik Hisham dan bersorak gembira. Gelagat mereka sekali lagi mendapat perhatian para tetamu dan masing-masing menghamburkan tawa. Alahai si kembar!

Aida Maisarah: Suamiku kembar tiga. Moga adik-adik iparku akan cepat kahwin dan takkan kenakan aku lagi dengan kenakalan mereka. Kalau tak,aku akan kenakan mereka kembali dengan plan jahat yang paling setimpal. Hmm,.

******************************Tammat*********************


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Cerpen : Suamiku Kembar Tiga”
  1. mizz d.l a.k.a nadz d.l says:

    huhuhu..lawaknya..suka sngt time nikah tu..nakal sngt arif dgn akif tu..pape pun good job cik writer..love it!

  2. Delysha says:

    ha ha ha ha ha ha ha ……………..

  3. TAETAE KPOPPERS XD says:

    Best,, daebak r ^_^
    btw writer,,, hwaiting!! XD

  4. hannah says:

    Funny…funny….hahaha

  5. najiha says:

    best, good job.. thank for this cerpen 😉

  6. Jam Jas says:

    Szaza zaiman.. jalan cerita sangat menarik dan..banyaknya komen.. semua komen +ve. bila lagi nak dijadikan novel plak?

  7. cik crystal says:

    good job writer…
    mmg trhibur bc cerpen awk..
    ape kate, awk perkembang kn lg cerpen awk ni jd kn ia sbuah novel….
    kompem rmi yg suke..
    truskan berkarya… :-) <3

  8. szaza zaiman says:

    Suamiku Kembar Tiga buat novel???
    Gerenti ceq fening nk layan,.nanti hbs anàk cucu Alif,Arif dan Akif jd nakal,..

  9. Hazminn says:

    Lawak gila time akad tu ! ????????????

  10. Puteri_Hayyu says:

    hahahhahahah tergelak-gelak sy baca cerpen ini. kalau dipanjangkan lagi best ni….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.