Cerpen : Takdir Cinta

27 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Hakimi Azhar

Jika engkau jodohku, Aku terima; Walau sebesar gajah, Aku tak kisah —Arfa Ismona

Boleh ke kalau kita bersama dengan orang yang bersaiz XXXXXXL?— Surin Maisara

“Eh Arfa! Kau dah siapkan ke assignment yang Profesor ‘Lalat’ tu bagi” Fairina bertanya kepada Arfa yang dari tadi masih membetulkan tudungnya.

“Ish kau ni! Kenapa panggil Profesor Afiq tu ‘lalat’? Tak baik kau tahu tak?” tangan Arfa bingkas membetulkan hijabnya. Kerongsang berbentuk hati berada pada tangan sebelah kanan, tangan kiri melilit shawl. Busy sungguh la katakan.

“You know, aku bukan saja-saja nak kutuk dia. Tapi, as we can see, selekeh gila kut! Pengotor tahap kritikal. Geli aku! Ada sekali tu, aku nampak dia korek lubang hidung dia tu. Ya Allah, masa tu lah mulut aku ni terasa je nak termuntah. Tapi aku tahan” mulut Fairina yang masih celopar mengata.

“Yang kau tengok dia apesal? Tak usah la diganggu hidup dia. He’s life is he’s life, your life is your life. Suka hatilah dia nak korek lubang hidung ke? Lubang jamban ke?” balas Arfa.

“Memang susah la cakap dengan kau ni. Asyik backup dia je. Hishhh…”. Mata Fairina menjeling Arfa yang masih sibuk menyiapkan tudungnya. Dia rimas.

“Yang kau ni dari tadi asyik dengan hijab kau tu apehal. Rimas aku tengok. Buang masa tahu tak? Baik bergosip dengan aku” mulut Fairina tidak henti-henti bercakap. Naik meluat Arfa dengar.

“Ni ha, tengah perbetul kedudukan dia. Tak adalah buang masa sangat macam bergosip tu” balas Arfa selamba.

“Kau tengok aku ni, free je. Tak buang masa pun” kata Fairina.

“Ye la, kau mana pakai tudung. Yang kau tahu, tudung saji, tudung periuk, tudung botol. Yang tu kau tahu la” kata kata pedas Arfa menyebabkan Fairina tersentap. Dia hanya senyap sambil mengelak pandangan Arfa.

Setelah siap membetulkan tudungnya, Arfa melihat Fairina. “Ha. Sentap la tu. Lain kali, mulut tu jangan celopar sangat ye Cik Fairina Riwani” sengaja Arfa mahu menyakitkan lagi hati rakan baiknya itu. Fairina tertunduk. Dia hanya mencebikkan bibir. Merajuk.

“Haisyyy…dah la. Nanti lama-lama kau pakai la tudung. Tapi jangan la lama sangat. Kalau boleh mula secepat yang boleh. Tak nak lah tunjuk aurat kita sebagai wanita dekat orang lain. Malu!” Arfa memujuk Fairina dengan kata-kata nasihat. Fairina tersenyum. Arfa membalas senyuman itu.

“Ha, macam ni lah bagus. Senyum itu sedekah. Tak apa, take your time untuk berhijab. Allah sentiasa memaafkan” Arfa menepuk-nepuk bahu rakannya itu. Memang dia tidak nafikan bahawa Fairina memang hidup dengan free-hair. Kadangkala rambutnya kerinting, kadangkala rambutnya bertocang dua. Botak? Erkkk…belum pernah lagi kot.

…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minta maaf sebab menunggu. Harini, saya nak memperkenalkan seorang mahasiswa yang akan sama-sama menuntut ilmu bersama kita” kata Profesor Afiq sebaik saja dia melangkah masuk ke dewan kuliah.Rentetan itu, seorang lelaki masuk. Kedengaran ketawa kecil mula memenuhi dewan kuliah. Begitu juga dengan Fairina.

“Weyh! Kau tengok tu! Hahahaha…Macam exercise ball yang besar tu. Hahahaha…” spontan sahaja mulut celopar Fairina berkata-kata.

“Kau ni, baru tadi saje aku cakap jangan mengata orang lain” Arfa menampar perlahan peha Fairina. Fairina masih lagi ketawa besar.

“Okey okey, aku mengaku ni tak baik. Tapi, saiz XXXXXL kot. Muahahaha” Fairina menyambung ketawa. Arfa menutup kedua-dua belah telinganya dan menggeleng-gelengkan kepala.

…..

Kaca televisyen masih lagi terang-berderang walaupun ketika jam 12 malam. Khusyuk sungguh Surin melayan drama Korea tengah-tengah malam buta ni. Arfa turun untuk membasahkan tekak dengan secawan air kosong. Tetapi, langkahnya bertukar pergi ke arah Surin yang duduk di sofa.

“Woit…dah pukul 12 malam ni. Sedarlah sikit. Kau tu form 5! Sepatutnya sekarang kau duduk di meja belajar dan study. Ni bukan. Bukan main lagi gelak, sedih, happy, keliru bila tengok cerita Korea tu” tegur Arfa akan adiknya.Surin hanya mencebikkan bibir. Menyampah!. “Alaaa kak. Sibuk je. Biar la Rin nak tidur pukul berapa pun. Janji Rin bangun subuh” pandai Surin menjawab.

“Ye la. Kau bangun subuh. Tapi, kau tidur balik dekat sekolah. Kan dah salah pulak konsep tu”

“Eh Kak! Memandai aje tuduh orang t..tidur dekat sekolah”

“Apa kau cakap? Tuduh? Haha. Sorry la. Akak pun tak suka buat dosa. Ni semuanya akak dapat tahu daripada Liya. Saje akak paksa dia bagitau perangai sebenar kau. Susah benar dia nak bagitau akak pasal semua ni. Kau dah basuh otak dia ke?” tanya Arfa.

“Fine. Surin memang suka tidur dekat sekolah. Tapi, tu bukan salah Surin kak. Mata Surin ni ha yang tak dapat nak tahan sangat” jelas Surin sambil menunjukkan kedua-dua matanya. Arfa ketawa kecil.

“Adikku sayang! Kalau asyik duk layan Korea je larut malam, memang sleepy la setiap hari. Tak sedar lagi?” sengaja Arfa menyoal adikknya itu. Surin mencebikkan bibir lagi.Kali ini, hanya keluhan panjang yang keluar daripada mulut Surin.

“Akak takkan inform benda ni dekat papa dan mama kalau Rin dapat flying colors result dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Okey?” Arfa mengugut. Terasa beberapa ketul batu-batan jatuh di atas kedua-dua bahu Surin. Surin hanya mendengar sambil matanya masih melayani cerita di kaca tv.

“Akak bukan nak larang Surin daripada tengok cerita Korea. Tapi, try to use the time correctly. Rasanya, korea-korea ni boleh dihentikan seketika kut. Atau, jangan melayan Korea sangat sampai waktu malam. Sepatutnya kita guna dalam dua jam je kalau nak tengok tv. Okey?” nasihat Arfa. Amat berat untuk Surin memanfaatkan nasihat tersebut. Tetapi, dia akan cuba.Surin mengangguk. Arfa mengukirkan senyuman.

“My precious sister” spontan mulut Arfa berkata-kata sambil mengusap-ngusap kepala Surin. Selepas itu, Arfa mengangkat kaki untuk ke dapur. Tetapi, Surin cepat-cepat menarik tangannya.

“Akak! Thanks” kata Surin ringkas sambil memaut lembut lengan kakaknya itu. Arfa kembali tersenyum.

“Sebenarnya kak, Rin nak tanya something?”

“Tanya la” Arfa mengalu-ngalukan.

“Akak lihat cerita Korea tu. Rin curious lah pasal cinta antara seorang lelaki gemuk and girlfriend dia yang cun melecun habis. Tapi, mereka bahagia kak. Kenapa ya?”Arfa tersenyum.

“Surin…cinta sejati takkan menilai rupa, saiz, umur, bentuk dan harta. Apa yang penting…..keikhlasan dua hati dalam melahirkan satu rasa kasih sayang” terang Arfa. Surin hanya mengangguk.

“Jadi Kak, kalau akak sendiri yang dapat lelaki yang tak sempurna, akak memang nak ke?” soal Surin lagi.

“Akak reda Rin. Ketentuan itu sudah diberi oleh Allah. Akak terima sesiapa sahaja yang baik budi pekerti, soleh, dan kena dengan syarat-syarat yang akak mahukan. Lagipun, siapalah yang nak dekat akak ni?”

“Tapi akak popular je dekat sekolah menengah dulu. Kenapa tak mencuba?” soal Surin yang dah macam wartawan. Ada sahaja soalan yang dituju. Dah la semua pedas!

“Sebab…masa tu tak sesuai lagi untuk akak membuka hati untuk menerima siapa-siapa pun. And…minda remaja sekarang kadangkala tak matang. So, akak takut kalau-kalau akak akan disakiti walaupun ketika muda” jawab Arfa.

“Tapi kan akak….”

“Sudah! Tak ada tapi-tapi. Sekarang ni dah pukul 12:47 p.m. Turn off the television now and go to sleep. Kalau tak….” mata Arfa menjeling jahat.Surin bingkas mematikan suis televisyen. Lantas dia berlari menaiki anak tangga. “Goodnight Kak. Love you” suara Surin memberitahu Arfa. Arfa hanya mampu mengukirkan senyuman di wajahnya. “Good night too. Love you forever my little sister” balas Arfa.

…..
Seperti hari-hari yang biasa, dewan kuliah sudah menunggu Arfa pada awal-awal pagi lagi. Sudah menjadi lumrah buat Arfa yang masih tak ada lesen kereta, menumpang kereta Fairina.Ada satu rahsia yang Arfa rasa dia perlu simpan sampai mati. Kalau Fairina bawa kereta tu, pakailah tali pinggang keledar ketat-ketat. Sebab Fairina ni suka bawak kereta macam dalam litar sepang tu. Kereta dia pun dah macam kereta sport. Padahal CLK aje. Comel Little Kancil.

…..
“Kau tahu tak budak lelaki yang baru masuk kelmarin tu? Yang saiz jumbo tu?” soal Fairina sambil mengekalkan mouth with no insurance.

“Ishhh kau ni. Kenapa dengan lelaki tu? Apa yang dia dah buat sampai kau nak bergosip pasal dia?” soal Arfa semula.

“Actually kan, ada desas desus yang dia tu memang sering dicaci dan dikutuk. You know la kan. Dengan rupa dia yang macam tu. Siapa tak….” Arfa bingkas bangun dan berjalan ke arah lain. Ha! Daripada aku buat dosa, baik aku menikmati keindahan alam dunia ini. Kita hidup hanya sekali. Arfa ooo Arfa! Jauhkanlah diri kau daripada berbuat dosa agar Jannah sentiasa menunggu kelak.

“Eh Arfa! Kau nak pergi mana tu?” soal Fairina.

“Aku nak pergi ambil angin segar sekejap. Kau baliklah rumah dulu. Aku rasa aku perlu jumpa Firdaus untuk bincang pasal assignment inovasi dan robotik” balas Arfa sambil berjalan. Fairina berlari anak mendapatkan Arfa.

“Apa? Kau nak jumpa Firdaus? Aku nak ikut boleh?” kali ini Fairina sudah tersengih.

“Aku tahu la kau tu dah fall in love dekat dia. Tapi aku rasa, kau patut balik dan rehat. Lagipun esok kan kau ada latihan memanah. Kau kena ingat, kau tu satu-satunya atlet memanah wanita terbaik dalam universiti kita” Arfa yang risau akan keadaan Fairina.

“Tapi…..hmmmm…ye lah. Badan aku pun dah penat ni. Kau nak balik dengan siapa sekejap lagi? Jangan kata Firdaus!” nada garang Fairina mula kedengaran. Muncul dah singa betina ni.

“Hello! Tak ada maknanya aku nak mintak tumpang dia. Dah la kedekut, berkira pulak tu. Aku rasa, kau sorang je la yang boleh masuk free dalam kereta dia. Kalau aku, confirm la 10 ringgit duit minyak” kata Arfa membuatkan Fairina ketawa.

…..

Sibuk sahaja Firdaus, Arfa and couple of the year, Wendy dan Asykir membincangkan projek inovasi dan robotik memandangkan dah nak habis semester sekarang.

“Wei Arfa! Aku nak bagitau sesuatu ni” Wendy mula bersuara kepada Arfa yang dari tadi sibuk memasang komponen pada motor robot.Setelah tersentak, Arfa mendengar apa yang Wendy katakan. “Ha! Ada apa?” soalnya ringkas.

“Tak lama lagi, aku and Asykir akan jadi papa and mama” luah Wendy gembira.

“What?”. Arfa seakan-akan tidak percaya. Matanya hanya hairan memandang wajah Wendy yang gembira. Firdaus yang mencuri-curi dengar juga terkejut. Lain pula Asykir yang hanya senyum hingga ke telinga.

“Cuba…cuba kau terangkan maksud kau. Aku tak berapa nak faham la” tutur Arfa yang masih keliru.

“Okey. Diringkaskan cerita…I’m pregnant” luah Wendy gembira. Mata Arfa terbeliak. Tidak apa-apa lagi yang mampu dilakukan selain memeluk rakannya itu. “Congrats” bisik Arfa perlahan.

“Weyh! Kau…kau dah nak dapat anak la. Apesal kau tak bagitau aku?” Firdaus menyoal Asykir. Asykir hanya menggaru kepalanya yang sebenarnya tidak gatal.

“Sorry la bro. Wendy sendiri yang nak bagitau. So, aku rahsiakan aje la” jelas Asykir.

“Apa-apa pun, congratulations” ucap Fairdaus yang gembira.

“Wendy, kau akan jadi mother dalam umur 22 tahun? Tak ke terlalu awal? Ya, aku tahu yang korang dah bertunang and dah kahwin pun setahun lepas. Korang bersedia ke untuk memikul tanggungjawab sebagai parents?” tanya Arfa.

“Insya Allah. Sebenarnya, dah lama kami merancang benda ni. Dengan bantuan maklumat dan bantuan Allah, insya Allah lah kami boleh menjaga anak sulung ni” jawab Wendy yang semakin teruja. Arfa hanya mengangguk.

…..

Sesi perbincangan mereka tamat pada pukul 4 petang dan Arfa keluar dari universitinya dan bersiar-siar di taman. Tapi tiba-tiba, seorang lelaki gempal yang sedang termenung di bawah pondok menarik perhatiannya. Dia pergi kepada lelaki itu.Arfa memberanikan diri untuk duduk di sebelahnya. Ya! Lelaki gempal itu ialah rakan sekuliah dengannya yang baru sahaja mendaftarkan diri kelmarin. Tadi pun, Arfa nampak dia berseorangan. Sekarang pun masih berseorangan.

“Hmmm…Assalamualaikum. Awak dalam kuliah Sains Kemanusiaan kan?” Arfa hanya berbuat-buat bertanya untuk memulakan bicara.

“Oh! Ya. Awak Arfa kan? Arfa Ismona?” soal lelaki itu kembali. Tutur nadanya yang sopan mula mengetuk pintu sanubari Arfa.

“Setahu saya, kelas kita ada ramai orang. So, macam mana awak kenal saya?” soal Arfa kembali.

“Jangan berguraulah. Siapa yang tak kenal the hottest Arfa. Awak kan pelajar yang terpandai dalam kuliah and univesiti kita. Jadi, tak susah pun nak kenal awak” jelas lelaki itu panjang lebar.

“Ish awak ni, ada-ada je lah. Kalau awak dah tau nama saya, bagitau la pulak nama awak? Barulah adil dan saksama” kata Arfa kepada lelaki gempal itu.

“Okey, nama saya Fazran Nafzir. Nice to meet you Arfa Ismona. Nice name for me. And also nice and beautiful girl as her name” puji Fazran.

“You too. Nice name” Arfa juga memberi pujian.

“So, lepas kita dah kenal ni, boleh tak kalau saya nak tanya satu benda?” Arfa menyoal Fazran.

“Apa salahnya. Tanya la. Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab dengan sebaik-baiknya. Kalau tak boleh jawab, awak tolong faham ye” balas Fazran dengan senyuman. Arfa juga tersenyum pahit. Nak tanya ke tidak! Kalau tanya, takut dia terguris pulak! Aduh…

“Hmm…kenapa sejak awak masuk univerisiti ni, saya asyik nampak awak berseorangan je? Jangan salah faham. Bukan saya nak sakitkan hati awak, tapi…”Fazran tersenyum. Dia memalingkan mukanya melihat tasik yang terbentang luas. “Saya rasa awak dah tau kenapa? Saya ada jugak la terdengar kata-kata rakan awak tu. Tapi saya tak marah kerana itu adalah benda yang benar. Siapalah yang nak badan gajah macam saya ni?” luah Fazran. Arfa menggigit jari.Aduh! Ni Fairina la ni. Cakap bukan main kuat dan melepas. Nada dia pulak macam Maria Sharapova tengah main tenis. Malu aku ni!

“Hmmm…sorry” ringkas Arfa meminta maaf. Fazran hanya tersenyum. “Tak apa, awak tak salah pun” jawab Fazran.
…..

Pertemuan antara Arfa dan Fazran hari ini telah membawa kepada satu perkara luar biasa iaitu perasaan yang berlainan. Bibit-bibit rasa kasih sayang mula tersemai. Dan lama kelamaan, Fazran dan Arfa mula keluar bersama bak pasangan bahagia.
…..

Arfa duduk tertunduk di meja makan. Dia tidak berani mengangkat muka memandang seseorang yang sedang berada di depannya.

“I tunang Fazran. For your information, I dah bertunang dengan dia sejak 2 tahun lalu. And kau dah ganggu hidup aku” Dini memberitahu Arfa dalam keadaan yang geram.Arfa terkejut. Dia tak sangka yang Fazran sudah berpunya. Tapi kenapa Fazran tak pernah bagitau. “Emmm…minta maaf lah cik. Tapi saya tak tahu”

“Sebab kau tak tahu la kau kena tanya dulu. Jangan main kebas je tunang orang! Kau ingat bagus ke?” nada Dini meninggi.Arfa mula mengalirkan air mata. Setiap titisan air mata jatuh ke pipi Arfa yang tidak langsung tahu menahu tentang hal ini.

“Baiklah cik. Sekarang ni, apa perlu saya buat?” soal Arfa.

“Terpulang. Tapi aku rasa kau patut tinggalkan dia” jawab Dini. Arfa mengangguk walaupun hatinya pedih.

…..
Selepas pertemuannya bersama Dini sebentar tadi, sebuah kereta mewah pula menjemputnya kali ini. Seorang lelaki di dalam kereta tersebut membawa Arfa hingga tiba di sebuah banglo dua tingkat yang mewah.Sebaik sahaja Arfa masuk ke dalam banglo tersebut, seorang wanita sedang menunggunya di sofa. Wajahnya seperti tiada maksud. Arfa hairan. Kenapa diorang bawak aku datang sini?

“Marilah duduk. Buat macam di rumah” pelawa wanita itu. Arfa yang masih kekok hanya menurut.

“So? Dah lama kenal Fazran?” tanya wanita itu tiba-tiba. Belum sempat Arfa nak bernyawa, dia terkejut.

“Hmm…Faz…ran mana ye…mak cik?” soal Arfa kembali. Kali ini dia tergagap-gagap.

“Fazran Nafzir”

“Ooo…kenal mak cik. Kenapa…ye?” sambung Arfa lagi yang masih keliru.

“I’m his mother. For now, I nak kamu tinggalkan dia. As soon as possible! Ini ada dua pilihan. Pilihlah salah satu” wanita itu menghulurkan dua tiket kapal terbang berserta cek.Pada mulanya Arfa terkejut. Tetapi selepas diberi pilihan tersebut, Arfa tersenyum.

“Minta maaf la mak cik. Saya bukan wanita yang mak cik boleh beli dengan kekayaan harta. Saya minta maaf kalau ini dianggap kurang ajar. Tapi, tolonglah simpan saje duit mak cik tu. Kalau mak cik nak saya tinggalkan dia, saya patuh. Tapi…..tolong jangan guna duit untuk menghalang cinta anak mak cik sendiri. Assalamualaikum” Arfa mengambil beg tangannya dan meluru keluar daripada rumah itu.

…..
Satu voicemail masuk ke dalam handphone Arfa. Arfa membukanya.

“Arfa, where are you? Banyak kali saya telefon awak tapi awak tak jawab. Please Arfa, tell me the reason? Why?”-Fazran.

Arfa melepaskan telefonnya hingga jatuh di atas lantai. Dia memeluk tubuh. Air matanya tidak dapat lagi ditahan. Ia gugur dengan sendiri. Baju Arfa basah akibat air mata yang tidak henti-henti mengalir.

…..

Sudah 3 bulan Arfa berjauhan dengan Fazran. Bagi Arfa, tiada lagi Fazran di dalam hatinya walaupun masih ada kasih yang berbaki.Arfa menarik nafas sedalam-dalamnya. Sungguh segar udara di Sungai Han, Korea. Tak sia-sia dia ambil keputusan untuk terima tawaran pekerjaan di Korea. Dalam masa yang sama, dia juga dapat melupakan Fazran.Kopi panas Americano dipegang oleh Arfa. Sambil dia meneguk, keindahan sungai Han menenangkan hatinya yang telah menemui kesukaran untuk melenyapkan memori cintanya Fazran.

“Assalamualaikum” seorang lelaki menegur Arfa dari belakang. Arfa tersentak dan pandangannya hanya tertumpu kepada lelaki yang berkaca mata hitam itu. Wajahnya tidak jelas.

“Waalaikumussalam” balas Arfa. Lelaki itu senyum pelik. Arfa melihat di belakangnya berkali-kali. Dia senyum dekat aku ke? Pelik.

“Hmmm…saya kenal awak ke?”

“Arfa, kita jangan berpisah lagi okey?”

“Awak siapa? Kenapa tiba-tiba? Saya tak kenal pun awak!” tutur Arfa yang terkejut seketika. Lelaki itu membuka kaca mata hitamnya. Setelah diteliti, Arfa terkejut. Dia? Diakah?

“Arfa, saya Fazran. Ingat lagi tak?” lelaki itu mengaku. Mukanya memang persis Fazran. Tapi, mana badannya yang gempal? Kini dia lebih sado, lebih kacak, lebih segak.

“Fazran! B…betul ke awak? Mana perginya…” Arfa tergagap-gagap.

“Oh! Sebenarnya, masa awak tinggalkan saya, ada satu hari tu saya terlibat dalam accident. So, hilanglah perut dengan lemak- lemak tu” jelas Fazran. Arfa tergelak kecil sambil fikirannya masih tidak percaya.Dia beralih melihat pemandangan Sungai Han.

“Minta maaf la, tapi saya bukannya tinggal awak. Mommy and tunang awak yang tak mahu. So, saya bawalah jalan sendiri” luah Arfa.Tiba-tiba, seorang wanita datang memegang tangan Arfa.

“Arfa, mak cik minta maaf. Mak cik tak tahu yang Farzan sangat sayangkan kamu. Minta maaf ye Arfa” mommy Farzan merayu. Walaupun Arfa terkejut, dia mengukirkan senyuman manis.

“Tapi, macam mana dengan tunang awak Fazran? Dini?” Arfa bingung.

“Saya tak pernah ada tunang. Dini ialah…” belum sempat Fazran menghabiskan kata-kata, sesusuk tubuh muncul.

“Hai Kak Arfa. Dini ni adik Farzan la. Bukan tunang dia. Saje je Dini dengan mommy nak test Kak Arfa. And now…” Dini menarik tangan Arfa dan meletakkannya pada tangan Fazran.

“Tolong kembali kepada abang Fazran” sambung Dini.Sekali lagi mata Arfa terasa bengkak. Matanya mula berkaca. Sebak.

“Awak boleh terima saya lagi kan? Walaupun saya tak gemuk macam dulu. And awak tak kisah kan kalau saya jadi gemuk lagi lepas ni?” soal Fazran menyebabkan air mata Arfa mencurah keluar. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh dia selain memeluk Fazran dengan erat. Fazran juga membalas pelukan Arfa.Mommy dan Dini hanya tersenyum gembira melihat mereka berdua. Takdir cinta antara Arfa dan Fazran telah menyatukan mereka kembali. Walaupun dulu Fazran dikenali dengan si gempal, Arfa mencintainya dengan sepenuh hati. Dan kini, walaupun rupa Fazran sudah berubah, Arfa tetap menyayanginya.

Rupa bukannya salah satu daripada pemilihan cinta sejati bagi diriku. Apa yang penting adalah perasaan cinta yang sebenar. Dan perasaan itu wujud sejak pertemuan kita di bawah pondok ditepi tasik. Engkaulah Fazran Nafzir—Arfa Ismona.

Engkaulah satu-satunya wanita yang telah membuka pintu hatiku. Kau tidak seperti wanita-wanita yang lain yang sering melihat kepada lelaki yang lebih berupa, banyak harta dan saiz badan. Terima kasih wahai permaisuri hidupku kerana menerima aku dengan seadanya—Fazran Nafzir.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.