Cerpen : Takdirku

12 July 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

”Ayah,.tolong Minah ayah,.” Minah berlari-lari anak sambil melaung ayahnya yang sedang membaiki pukat di atas pangkin di depan rumah mereka.

”Ayah,…” semakin dekat dengan ayahnya semakin kuat pula Minah melaung.Pak Hamid menghentikan pekerjaannya serta merta dan turun dari pangkin.Risau benar wajahnya melihat anak tunggal kesayangannya yang sedang terjerit-jerit itu.

”Awat hang ni Minah?” Minah sampai di hadapan ayahnya dalam keadaan tercunggap-cunggap.Sambil itu tangannya menuding-nuding ke arah pantai.

”Minah jumpa mayat ayah, di tepi pantai,” dalam keadaannya yang masih panik itu Minah bersuara.Deruan nafasnya masih tidak teratur.Lelah dan juga perasaan terkejut dengan apa yang ditemuinya.

”Ya Allah,.mayat sapa la pulak? Jom,.jom,.kita pi tengok!” langkah Pak Hamid diatur laju menuju ke pantai.Minah mengikut ayahnya dari belakang.Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh yang sedang tertiarap di tepi pantai.Semakin lama langkah Pak Hamid semakin laju.Setelah berada berhampiran tubuh yang terdampar itu Pak Hamid membongkokkan sikit badannya dan meneliti tubuh yang masih berpakaian lengkap itu.Pak Hamid duduk bertinggung di sisi tubuh lelaki itu dan meletakkan jari telunjuknya dekat dengan hidung lelaki itu,sedetik kemudian Pak Hamid membongkokkan badannya dan mendekatkan telinganya ke dada lelaki itu pula.Masih tidak berpuas hati Pak Hamid memegang pula pergelangan tangan lelaki itu dan merasa pula denyutan nadi lelaki itu.Pandangannya di alih pula pada Minah yang masih kelihatan takut-takut.

”Orang ni hidup lagi ni Minah!,.hang pi turut sapa-sapa pun mai sini.Kita minta tolong depa hantaq pi hospital sat,” Pak Hamid mengeluarkan arahan.Tanpa berlengah Minah terus berlari dan berlalu dari tempat itu.

……………………………………………………………………..

Kehidupan Minah berubah mendadak bila keluarganya telah menyelamatkan nyawa seorang usahawan berjaya.Seorang lelaki yang bergelar Dato yang cuba membalas budi pada keluarga Minah dengan mengambil Minah sebagai menantunya.Minah keberatan untuk menerima pinangan usahawan tersebut bila merasakan dia tidak layak untuk di gandingkan dengan anak Dato itu yang ternyata mempunyai paras rupa yang agak menarik,apatah lagi Minah anak seorang nelayan yang tidak berpelajaran tinggi dan bertubuh agak berisi.

Namun takdir mengatasi segalanya bila Minah tetap dikahwinkan dengan Nur Hairy Harris bin Dato Hussaini.Setelah dikahwinkan Minah atau pun namanya di dalam kad pengenalan Nur Imanina bt Abd Hamid telah dibawa tinggal di rumah keluarga mertuanya.

Turun saja dari kereta suaminya Minah sudah teruja memerhatikan halaman rumah mertuanya yang dihiasi dengan lanskap yang sangat cantik.Macam masuk taman bunga saja rasanya.Suaminya pula terus menonong saja masuk ke rumah.Terkocoh-kocoh Minah mengikutnya dari belakang.Bila melangkah masuk ke rumah sekali lagi mulut Minah melopong.Mak oii!,.macam masuk dalam istana.

Rumah sunyi sepi seolah tiada penghuni.Minah memandang setiap sudut banglo mewah itu.Tiada sesiapa pun yang menyambut kedatangan Minah di rumah itu.Minah jadi pelik.Rumah punyalah besar tapi sunyi sepi.Nak bertanya pada sang suami jangan harap nak dapat jawapannya.Sejak mereka mula bertolak dari kampung hinggalah mereka sampai tiada langsung keramahan dibibir lelaki itu, yang ada hanyalah jelingan tajam yang mampu tembus hingga ke lubuk hati yang paling dalam.Minah terus mengikut Nur Hairy Harris hingga ke tangga tapi malang nasibnya bila lelaki yang baru bergelar suaminya itu bersuara lantang padanya.

”Kau nak ke mana? Bilik kau di bawah! Jom aku tunjukkan!” dengan kasar tangan Minah di heret.Sampai di bilik paling hujung tombol pintu dipulas dan tangan Minah dilepas.Minah mengosok perlahan pergelangan tangannya yang terasa perit dan pedih.

”Mulai hari ini kau akan tidur dalam bilik ni.Mana beg kau?” Minah direnung tajam.Tak nampak pulak beg ‘Minah’ ni.

”Ada dalam kereta!” terbuntang mata Hairy mendengar jawapan Minah.

”Kenapa kau tak ambil?” tersentak Minah mendengar jerkahan Hairy.

”Abang tak suruh!” sekali lagi mata Hairy terbuntang.Minah menundukkan wajahnya.Aku salah cakap lagi ka? Minah bermonolog dalam hatinya.Kecut perutnya melihat wajah ‘singa jadian’ di depannya itu.

”Siapa abang kau?” sekali lagi Minah tersentak.Terangkat bahunya.Menggeletar tubuhnya gara-gara terkejut dengan jerkahan Hairy.

”Err,.err,.Minn,.Minaa,.Minah dengar selalunya kalau orang yang dah kawen mereka pangge suami mereka aaa,.ab,.ang,.lagi pun kan masa tinggal di kampung sebelum ni boleh ja pangge abang” tergagap-gagap Minah menjawab.Semakin menyinga Hairy dibuatnya.

”Siapa suami kau? Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa tau.Kalau tak mengenangkan keluarga kau dah tolong papa aku, kau jangan berangan la nak jadi isteri aku.Kau ni hanya layak jadi orang gaji ja dalam rumah ni,” angkuh Hairy mengungkapkan kata.Minah tayang muka selamba.Ada aku kesah! Ingat aku kebuluq sangat nak jadi bini hang!!!. Minah bermonolog dalam hati.

”Dah!,.aku nak keluar.Kau jangan berangan nak jadi cik puan dalam rumah ni.Sementara papa dan mama tak ada kau akan jadi orang gaji dalam rumah ni.Kak Aina pun tak ada di Malaysia sekarang,” sambil melangkah sempat lagi Hairy memberi amaran.Minah hanya mencebirkan bibirnya sambil mengejek percakapan Hairy perlahan.Terherot-herot bibirnya dan sedetik kemudian matanya mula terbuntang bila mengingatkan yang beg pakaiannya masih berada dalam kereta Hairy.

”Ehh,.encik Nur Hairy Harris bin Dato Hussaini tunggu sat!” hah!,. ambik kau sekali Minah panggill nama penuh.Hairy menoleh dan langkahnya laju menuju ke arah Minah.Melihat Hairy yang laju melangkah ke arahnya Minah jadi kaget.

”Kau panggil aku apa tadi?” dipulasnya telinga Minah yang masih berlapik dengan tudung.Minah menyeringai kesakitan.

”Sakitlah encik Nur Hairy Harris!.Encik ingat Minah budak-budak lagi ka,main tarik-tarik telinga ni? Minah dah dua puluh satu la!” sekali lagi nama penuh Hairy Minah sebut.Semakin marah Hairy mendengarnya.

”Just Hairy okey!” sambil bercakap semakin kuat telinga Minah dipulas.Berkerut muka Minah menahan sakit.

”Okey! baiklah encik Just Hairy!”

”Ishh,.hanya Hairy!”

”Okey! okey!,.encik Hanya Hairy”

”Hairy SAJA!!!” Hairy semakin bengang.Di jerkahnya Minah.

”Yalah encik Hairy Saja!,.ni yang mana satu nak kena pangge ni? ” Minah membentak dan cuba melepaskan dirinya dari cengkaman Hairy.Digosok telinganya yang terasa perit.Membuntang lagi mata Hairy.

”Kau ni memang tak makan samankan?”

”Memang la!,.saman mana boleh makan.Kalau dah kena saman tu pi bayar ja la,” Minah jawab selamba.Hairy angkat tangan tinggi.Mukanya dah berbahang panas.Hilang sabar melayan Minah yang pandai menjawab.Melihatkan kemarahan Hairy,Minah pejam mata bersedia menerima apa saja hukuman.

”Hiesy,.panas hati aku ni!,.aku nak keluar.Kalau kau nak makan kau masak sendiri,” bila melihat wajah Minah yang kecut Hairy menurunkan tangannya.Lucu pula rasanya.Hairy terus melangkahkan kakinya dan berlalu dari situ dan menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkas atas.Minah yang melihat dah pandang Hairy semacam.Keliru,.

”Encik Hairy,.encik cakap nak keluar?” Minah tanya lurus.

”Aku naK naik.Mandi dan salin baju dulu.Badan aku dah melekit,” tanpa memandang Minah, Hairy menjelaskan dengan nada mendatar.Minah dah terangguk-angguk faham.Setelah kelibat Hairy hilang di tingkat atas, Minah menuju ke pintu keluar.Sambil menunggu Hairy di laman depan untuk mengambil beg pakaiannya yang masih di dalam kereta ,Minah melihat-lihat landskap yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga pelbagai jenis.

…………………………………………………

Minah yang ditinggalkan berseorangan di dalam rumah besar itu menjadi resah.Nak mengemas,rasanya tiada apa yang perlu dikemas.Selepas menyegarkan diri Minah menuju ke dapur.Luas ruangan dapur membuatkan Minah jakun(ibarat rusa masuk kampung) seketika.Nasib baik Minah rajin membaca majalah-majalah yang memaparkan kediaman mewah sebegini dan selalu menonton rancangan yang menyiarkan tentang pengubahsuaian rumah orang kenamaan.

Pertama sekali yang Minah cari ialah peti ais dan almari barangan dapur.Semua pintu yang Minah jumpa Minah buka.Nasib baik barang yang Minah cari Minah jumpa.Ada ayam di dalam peti beku dan sayur campur.Itu sajalah yang akan Minah masak untuk makan malamnya.Minah memulakan kerjanya.Sementara menunggu ayam yang telah beku kembali lembut,Minah membasuh beras dan memasak menggunakan rice cooker.Alah,. di rumah Minah di kampung pun dah lama guna rice cooker.Zaman dah canggih,basuh beras ,masukkan dalam periuk.Tutup periuk,lepas tu petik ja.Hmm,.senangkan!

Langkah seterusnya masak sayur campur.Sayur di potong dan di bersihkan.Selawat jangan dilupa setiap kali nak membasuh makanan.Sediakan bahan-bahan untuk mengoreng sayur.Apa yang Minah jumpa itu saja yang Minah guna.Ikan bilis,udang kering,tiga biji cili padi dan dua ulas bawang merah Minah tumbuk hingga lumat.

Bila tiba masa nak menghidupkan api dapur Minah termanggu seketika.Dapur di rumah Minah taklah secanggih ini.

”Minah!,.chaiyokk!,.hang boleh!” Minah bercakap seorang diri sambil tangannya di gengam kejap dan diangkat kemudian sikunya di undurkan ke belakang.Ibarat memberi semangat pada diri sendiri.Minah cuba menghidupkan dapur seperti yang di tonton di tv.

”Yess!,.” Minah tersenyum senang hati bila misinya berjaya dilaksanakan.Minah pun mula memasak.Bahan yang ditumbuk tadi ditumis hingga naik bau.Selepas itu sayur campur seperti brokoli,lobak merah,bunga kobis dan kacang buncis pun dimasukkan.

Selesai memasak sayur Minah beralih pula pada ayam di dalam singki.Minah dah jumpa bahan-bahan untuk memasak ayam.Selepas ayam siap dibasuh Minah mula memerap ayam bersama tiga sudu rempah kari daging,secubit garam,lima biji cili padi yang telah di tumbuk bersama seulas bawang putih dan dua ulas bawang merah.Minah cari lagi dalam peti ais.Yes!,.jumpa serbuk perisa secukup rasa.Kalau di rumah Minah ,selalunya Minah guna serbuk perencah Hilal.Selepas lima belas minit ayam diperap barulah Minah mengukus ayam hingga masak.

Bahan-bahan yang digunakan untuk memerap ayam tadi Minah masukkan dengan lima sudu tepung goreng segera.Tepung dibancuh hingga sebati dan digaulkan ayam yang telah dikukus tadi di dalamnya.Selepas minyak panas barulah ayam yang telah disalut tepung dimasukkan.Berdesir bunyinya.Bila ayam sudah garing ruangan dapur sudah dipenuhi dengan bauan ayam goreng tepung rekaan Minah sendiri.Minah memang suka makan makanan pedas.Kalau tak pedas Minah takkan berselera untuk menjamah.

Selesai tugas Minah di dapur, Minah kembali ke biliknya.Nak makan pun awal lagi jadi Minah hanya hidangkan makanan di atas meja dan ditudung dengan tudung saji.Manalah tahu kalau tiba-tiba Hairy balik dan sedang lapar biarlah dia yang makan dulu.Itu yang Minah fikirkan.
……………………………………………………………

Hairy yang ingin keluar bersantai pada mulanya rasa tak sedap hati bila memikirkan Minah yang tinggal seorang diri di rumah.Lebih-lebih lagi bila memikirkan Minah sedang memasak.Pandai ke Minah tu guna dapur? Jumpa ke barang-barang yang nak dimasak? Terbakar pulak rumah tu kang? Perbagai persoalan yang menjengah mindanya membuatkan dia cepat-cepat pulang ke rumah.

Sampai saja di rumah Hairy terus cari Minah.Satu rumah Hairy cari.Dalam bilik pun Minah tak ada.Haih! mana pulaklah perempuan ni menyorok? Hairy buka pintu dapur.Hah! patut la pun.Ada ja Minah di pondok rehat belakang rumah tu.Entah apa yang dia buat.Tersengih-sengih sorang-sorang.Hairy masuk semula ke dalam rumah dan menuju ke arah peti ais.Dahagalah pulak.Sampai di meja makan Hairy terhidu sesuatu yang membuka seleranya.Diangkatnya tudung saji.Bibirnya dah mengukirkan senyuman.Buat penat aku risau ja.Cepat pulak perempuan ni masak.Memandangkan nasi dan lauk masih panas dan semuanya sudah terhidang di depan mata nak tunggu apa lagi.

Hairy duduk dan makan tanpa pandang sekeliling lagi.Seminggu kot selepas mereka nikah dia dipaksa tinggal di kampung Minah oleh papanya.Selepas itu papa dan mamanya bertolak ke Australia.Kakak sulungnya kak Aina pula yang menyusul selepas itu bersama suami dan anak-anaknya.Pak Mod dan Mak Mah pembantu rumah dan tukang kebun mereka pula di beri cuti oleh Hairy sebelum Hairy membawa Minah ke rumah mereka.Memang niat Hairy nak membuli Minah.Apatah lagi bila dia tinggal di kampung Minah,Minah yang selalu buli dia.
Hairy akui Minah memang pandai memasak terutamanya ketam masak lemak cili padi.Perut tengah kenyang pun kalau bau aroma masakan Minah mesti akan terasa lapar semula.

”Lahh,.encik Hairy dah balik? Lega Minah! Dah nak maghrib ni,ingatkan nak kena dok sorang-sorang dah kat rumah ni.Seram!,.” dengar saja suara Minah Hairy yang tengah makan tu terus tersedak.Cepat-cepat Minah tuangkan air dan hulurkan pada Hairy.

”Kau ni kenapa Minah.Tak pandai masak ke? Ayam goreng ni punyalah pedas!” lain dihati,lain pulak yang keluar dimulut.Walhal dia tersedak sebab terkejut dengan teguran Minah bukan sebab ayam goreng tu.

”Ya ka pedas? Sorrylah encik Hairy,.Minah tak rasa pun lagi.Pedas sangat ka?” Minah sengaja bertanya begitu.Apa yang Minah lihat ayam goreng tu banyak jugak yang dah luak.Kuat jugak Hairy ni makan tapi mulut tu kalau tak komplen tak sah.

”Ermm,..memang pedas pun.Kau rasalah sendiri!”

”Minah belum lapar lagi.Nantilah malam sikit baru Minah makan,” Minah bukan belum lapar cuma kalau boleh biarlah Hairy yang makan dulu.Almaklumlah baru saja sampai dia sudah dihina oleh Hairy.Alang-alang dah kecil hati biarlah dia terus mengalah.Minah pun sedar siapa dia dimata Hairy.Semasa di kampung walau pun Hairy tak banyak cakap tapi dia tak pernah pun berkasar dengan Minah.Seminggu mereka berkahwin Hairy tidak menyentuh dia walau mereka tidur sebilik.Minah tak kesah pun kerana Minah pun belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

”Yang kau tiba-tiba termenung ja depan aku ni kenapa?” Minah tersentak.Bibirnya terus melebarkan senyuman.

”Ni encik Hairy,.Minah nak tanya.Mana semua orang dalam rumah ni?” sejak tadi itulah soalan yang Minah nak tanya.Bila Minah tengok mod Hairy macam okey ja barulah Minah cuba memberanikan diri.

”Aku tanya kau,kau tak jawab.Aku pulak yang kau soal” Hairy tak menjawab soalan Minah malahan Minah pula dapat habuan jelingan tajam dari Hairy.Selepas selesai mencuci tangan Hairy terus berlalu dan meninggalkan Minah di ruangan dapur.Minah kebam bibir sambil kepal penumbuk.Sakit hati betul dengan Nur Hairy Harris sorang ni.Grrr,..
……………………………………………………………………………………………

Seminggu mereka tinggal berdua di rumah besar itu.Setiap kali Minah bertanya pada Hairy di mana yang lain Hairy tidak pernah memberi jawapan.Akhirnya Minah malas nak bertanya lagi.Malam, mereka memang tidak tidur sebilik tapi memandangkan rumah itu terlalu besar dan Minah takut tidur sorang-sorang di biliknya dia akan menyusup masuk ke bilik Hairy di tengah malam.Itu pun Minah pastikan dulu Hairy sudah tidur barulah dia berani menyusup masuk.
Setiap tengahari pula Hairy akan pulang makan di rumah.Satu sikap Hairy yang boleh dipuji Hairy tak suka makan di luar.Biar pun dia tak layan Minah sebagaimana seorang suami melayan isteri tapi makanan yang Minah masak Hairy tetap makan dengan berselera walau pun ada kalanya dia merungut.Bukan merungut sebab makanan yang Minah masak tak sedap tapi sengaja nak cari pasal dengan Minah.

”Minah!,.nanti aku balik makan macam biasa tau! Kau masak ayam goreng tepung perisa tom yam ya, dengan rendang ayam.Tiba-tiba teringin pulak nak makan,” agenda Hairy untuk membuli Minah bermula lagi.Sejak seminggu mereka tinggal bersama itulah kerja dia.Mengarah Minah itu dan ini.Kalau Minah cakap tak pandai masak apa yang Hairy nak Hairy akan cakap balik ‘pandai-pandailah kau nak hidup’ terpaksalah Minah tanya uncle Google.Nasib baiklah Minah tak rabun IT.

”Encik Hairy,.ayam tak ada la.Barang dapur pun banyak dah habis,” Hairy yang dah melangkah untuk keluar terus menghentikan langkahnya.Minah bersedia menahan telinga.

”Petang kemarin kenapa tak cakap! Aku dah nak pergi kerja ni.Mana sempat nak bawa kau pergi beli barang” Hairy mendengus marah.Di keluarkan dompetnya dan di hulurkan empat keping not lima puluh pada Minah.

”Kau pergi beli sendiri.Pandai-pandailah nak hidup,” Minah menyambut duit yang di beri Hairy sambil memandang Hairy tak berkedip.Ingin diluahkan apa yang difikirkan takut pulak kena tengking pagi-pagi ni,niaya ja.

”Apa lagi?” Hairy bertanya.Minah sengeh.Nak cakap? Tak payah cakap! Minah berkira-kira dalam hati.

”Dah la! Aku pergi dulu.Layan kau tak jadi kerja pulak aku,”

”Eh,.tunggu sat encik Hairy! Minah nak guna duit ni untuk beli yang lain boleh tak? Minah bosan la tinggal sorang-sorang di rumah.Kalau boleh Minah nak beli novel,” perlahan saja Minah cakap.Macam takut-takut pun ada jugak.

”Hmm,.tu jer?” Hairy pandang wajah Minah.Kadang-kadang dia rasa macam nak ketawa bila lihat Minah takut-takut macam tu.Kadang-kadang rasa macam nak terbakar saja hati dia bila Minah menjawab setiap apa yang dia kata.

Minah anggukkan kepala berkali-kali.Hairy keluarkan dompet sekali lagi dan hulurkan dua keping not lima puluh.

” Cukup?” wahh!!,.baiknya hati encik Hairy ni.Minah dah tersengeh lebar.

”Dah lebih dari cukup,” duit bertukar tangan.Hairy berpusing semula dan melangkah keluar.Minah mengikut dari belakang.Bila Hairy membuka pintu kereta cepat-cepat Minah mengapai tangan kanan Hairy dan menciumnya.Tergaman Hairy.Minah pula terus menonong lari masuk ke rumah.Takut kena hambur.Bukan boleh harap sangat Nur Hairy Harris tu!
……………………………………………………………….

Dari tadi Hairy masih tersengih-sengih sorang-sorang sambil kepalanya digelengkan berkali-kali.Minah bukan pilihan hatinya tapi sejak Minah menjadi isterinya dia cukup terhibur dengan gelagat Minah.Minah memang berasal dari kampung tapi Minah bukanlah kekampungan sangat pun.Sejak Hairy kenal Minah, sekali pun dia tidak pernah tengok Minah memakai kain batik.Di rumah pun Minah memakai seluar panjang dengan baju blaus.Minah cuma berisi sikit tapi wajah Minah tetap comel.

Minah pun bukannya jenis perempuan yang ketinggalan zaman.Selalu Hairy terserempak dengan Minah yang asyik berkepit dengan netbook bila tak ada kerja.Bila malam selalu Hairy sekodeng Minah di pondok rehat belakang rumah sambil menatap skrin netbook,dah tu ketawa mengekek sorang-sorang.Entah apa yang lucu.Macam nak saja Hairy turut serta bersama Minah dan ambil tahu apa yang Minah buat di pondok rehat tu.

Pagi tadi Hairy terkejut besar bila Minah menyalami dan mencium tangannya.Itu kali kedua Minah mencium tangannya.Kali pertama ketika pembatalan air sembahyang.Minah selalu meminta mereka sembahyang jemaah bersama tapi setiap kali juga Minah dijeling tajam.Bukan dia tak mahu tapi dia sendiri masih belum yakin pada diri sendiri untuk menjadi imam dalam sembahyang bersama Minah.Ilmu agamanya masih terlalu cetek.

Sedang asyik bermenung HP Hairy berbunyi.Tersenarai nama Minah di situ.Hairy tak segera menjawab.Sengaja nak menguji Minah.Panggilan terhenti,masuk panggilan kedua,juga tak dijawab.Hairy hanya membelek skrin HP sambil tersenyum.Sambil tu gambar Minah yang diset bersama no HP Minah direnung.Dalam mindanya sudah berteka-teki dengan hatinya.Sudah sayangkah dirinya pada Minah?

Sebelum mereka berkahwin Hairy baru putus cinta dengan Kathy, seorang model.Memang dia terima Minah kerana terpaksa.Dalam masa yang sama juga sebab sakit hati dengan kekasihnya Kathy.Kerana pekerjaan Kathy sebagai model Kathy memutuskan perhubungan mereka bila Hairy selalu memberitahu Kathy bahawa dia nak ramai anak memandangkan dia hanya dua beradik dan Kathy pula anak tunggal.Hmm,..

Lamunan Hairy terhenti. Setelah lima kali panggilan Minah tidak berjawab masuk pula mesej.Pantas Hairy membuka inbox.

~encik hairy minah sesat~

Laju saja tangan Hairy menekan no Minah selepas membaca mesej tersebut.Wajahnya berubah riak.Terlukis kerisauan diwajahnya.Tulah,..tadi kau jual mahal sangat.Minah call kau tak mau angkatkan!

”Hello! kau kat mana ni?” sebaik panggilannya dijawab terus Hairy menyoal.

”Waalaikummusalam encik Hairy” sempat pula Minah ni nak menyindir.Hairy pandang HPnya.Nasib baik kau tak ada depan ni Minah.

”Cuba aku tanya tu jawab!”

”Tapi salam tu kan wajib”

”Yalah! kau ada mana ni?”

”Encik Hairy! kalau Minah tau Minah ada di mana.Buat apa Minah nak bagitau encik Hairy yang Minah sesat.Alamak!,. bateri,..”

Tutt,.tut,.tut,.
Panggilan terputus.Hairy resah.Macam mana boleh sesat pulak ni? Hai Minah ni ,.menyusahkan betullah!!,.Hairy terus bangun dan menuju ke pintu biliknya.Tombol pintu di pulas dan Hairy terus keluar dan menuju ke arah meja setiausahanya.Laju langkahnya membuatkan dirinya menjadi perhatian semua pekerjanya.

”Kamilia!,.saya ada hal sikit.Semua meeting hari ini cancel,” selepas memberitahu Kamilia setiausahanya Hairy terus melangkah laju.

”Tapi encik Harris,.hari ni kan,..” tak sempat nak meneruskan kata Kamilia terhenti.Hairy langsung tak ambil endah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Kamilia.
……………………………………….

”Yess!,.jomlah.Nanti hang hantaq aku balik tau!” Minah teruja bila tanpa diduga terjumpa kawan sekampungnya yang masih belajar dan tinggal menyewa berdekatan dengan rumah mertuanya.Kebetulan tadi ketika Minah di pintu masuk pasaraya Minah ditegur seseorang.Alang-alang dah terjumpa kawan baik apa salahnya kalau ronda-ronda dulu.

”Bos hang cakap apa?” Minah pandang wajah Shafinaz.Wajahnya berkerut.

”Bos?” Minah soal balik.Laju tangan Shafinaz bertindak mengetuk kepala Minah.

”Hang cakap dengan bos hang tadikan? Minta cuti,” barulah Minah melebarkan senyuman.Hari ni dah ada dua orang hamba Allah yang dah kena klentong dengan dia.Mula-mula sekali dia tipu Shafinaz kononnya dia jadi orang gaji dan kononnya tadi dia telefon bos dia sebab nak minta cuti.Dengan Hairy pula konon-kononnya dia sesat tapi penipuannya dengan Hairy berganda bila dia dengan sengaja offkan HPnya konon-kononnya bateri HP dah habis.Agak-agak Nur Hairy Harris tu akan cari aku tak? Ahh,.lantaklah! selalunya dia yang kenakan aku.Buli aku.Minah berfikir dalam hati.Risau juga dia.

”Haa,.betoi,betoi,betoi,.aku cakap dengan bos aku tadi.Bos aku cakap ikut suka hati ‘hang’ la.Jomlah!,.tadi hang kata nak bawak aku ronda KL,” bersemangat Minah tanpa dia sedar Hairy dah macam kucing nak beranak cari dia.

”Hang nak pi mana? Kita pi tengok wayang nak?” Shafinaz memberi cadangan.

”Lama dak? Aku nak kena balik masak ni!” dengan pantas Shafinaz menampar bahu Minah.Minah membulatkan matanya.Terkejut kot.

”Hang gelong ka apa? Tadikan dah mintak cuti,” tersengeh Minah,menyedari keterlanjuran diri.Tak pernah menipu nak jugak menipu.Nyaris terkantoi.

”Hehe,.sorry,sorry,.aku lupa.Nanti hang hantar aku balik tau.Jangan tinggal aku,.” nanti betoi-betoi aku sesat pulak kang.Minah sambung dalam hati.Orang yang aku tipu tu bukan calang-calang orang.Laki aku tu.Betoi ka dak apa yang aku buat ni? Minah berdialog dalam hati.Dalam geram dengan Hairy dia takut juga dengan hukum Tuhan ni.Kena suami dia tahu dan tak redha tak berkat la hidup dia nanti.

”Hang ni pasai pa? Taksat elok ja aku tengok.Ni dok tak dok monyok pulak!” Minah sengeh lagi.Shafinaz ni macam tau-tau ja.

”Takdak pa aih,.aku teringat kat ayah aku.Kesian dia tinggai sorang-sorang di kampung,” Minah cover line.Tak pasal-pasal nama ayah dia jugak yang naik.
………………………………………………………….

Semua pasaraya berhampiran taman perumahan mereka Hairy masuk.Semua orang yang dia jumpa dia tanya.Siap tunjuk gambar Minah yang ada dalam HP dia lagi.Risau benar dia.Macam orang hilang anak pulak.Eh,.memanglah dia tak hilang anak tapi hilang bini.

Lenguh kaki berjalan dari satu pasaraya ke satu pasaraya Hairy menuju ke KLCC,mana tahu Minah tersesat sampai ke sana.Ketika tengah meninjau kiri dan kanan mencari Minah tangannya ditarik orang.Hairy menoleh.

”Harris,.you buat apa kat sini? Lama kita tak jumpakan? I rindulah!,” tangan Hairy digenggam kejap.Tergaman Hairy dengan perilaku Kathy.Terlentok-lentok kepalanya dibahu Hairy.Hairy rimas.Tak pernah dia berperasaan seperti ini.Dimindanya hanya memikirkan Minah.Rasa macam nak tolak saja Kathy biar jatuh terlentang.Tergedik-gedik tak bertempat.

”You ni kenapa? Dah macam kucing miang saja I tengok.Kita dah putuskan? You nak apa lagi?” tangan yang digenggam Kathy cuba diuraikan tapi semakin kejap pula Kathy mengenggamnya.

”Harris please I tak boleh lupakan you.Kita kawen! I tak kisah berapa orang anak you nak pun I sanggup,” Kathy tak putus asa.Dia terus merayu Nur Hairy Harris.Hairy ingin bersuara tapi belum sempat berkata apa namanya sudah diseru seseorang.

”Encik Hairy!,..” mata Minah jatuh pada tangan kedua merpati sejoli yang berada di hadapannya.Ada air mata yang sudah bergenang ditubir matanya namun ditahan sekuat mungkin agar jangan gugur.Sepantas kilat Hairy merentap tangannya yang masih dalam genggaman Kathy.

”Kau ni ke mana? Puas aku cari! Menyusahkan orang saja,” wajah Minah yang sudah berubah riak tidak dipedulikan.Ditariknya tangan Minah untuk keluar dari KLCC.Minah keraskan badan memprotes.

”Encik Hairy nak bawa Minah pi mana ni? Minah tak mau,Minah nak ikut Pinas,” dengan beraninya Minah bersuara.Sakit hati punya pasal.Hah? sakit hati sebab cemburu ler tu!,.

”Jangan degil boleh tak? Kaki aku dah nak tercabut sebab cari kau.Dah! jangan nak mengada-ngada.Jom balik!” dua pasang mata lagi yang menjadi pemerhati adegan pasangan suami isteri itu dah terbuntang mata.

”Harris! siapa perempuan ni?” Kathy diulit rasa cemburu.Dari tadi Hairy memegang tangan Minah seakan tidak akan dilepaskan lagi.Shafinaz pula penat bermain mata dengan Minah.Ingin tahu juga siapa Hairy.Tadi Shafinaz yang menyangka Hairy dan Kathy sepasang kekasih yang sedang berdating terus dikutuknya mereka di depan Minah.Bila Minah menoleh ke arah mereka laju langkah Minah diatur ke arah mereka berdua.Penat Shafinaz mengejar Minah dari belakang.

”Jom balik!,.” sekali lagi tangan Minah ditarik.

”Minah tak mau!,.Minah tetap nak ikut Pinas!!” Hairy dah mula bengang dengan kerenah Minah.Dipandang sekeliling.Semua orang sedang memandang hairan ke arah mereka.Hairy mendekatkan wajahnya ke telinga Minah lalu membisikkan sesuatu.

”Aku kiss kau kat sini! Kau nak?” Minah mengeleng pantas.Mahu atau tidak terpaksa juga Minah mengikut Hairy balik.Pada Shafinaz dilambaikan tangannya sambil melaung.

”Aku balik dulu Pinas.Satgi ‘singa jadian’ mengamuk,” dan laungannya tu membuatkan semua yang mendengar tersenyum simpul kecuali Hairy,Shafinaz dan Kathy.Masing-masing menunjukkan riak wajah yang berbeza.
…………………………………………………….

”Jauh kau sesatkan? Sampai KLCC!,.” masuk saja dalam kereta Minah dah kena smash dengan ayat sindiran dari Hairy.

”Eh,.KLCC ja.Okey lagi tu,nak heran apa! Kot sampai planet Marikh ka,Pluto ka,Zuhal ka kot la nak heran,” Minah jawab selamba sambil memakai tali pinggang keledar.Wajahnya langsung tak berani menoleh ke arah Hairy.Mesti Hairy sedang membuntangkan mata ke arahnya.

”Menjawab! menjawab!,.itu ja yang kau tahu!” Hairy pandang Minah.Geram pula dia dengan Minah yang langsung tak menoleh ke arah dia.Dah la tadi gelar dia singa jadian.

”Siapa tadi tu?” sambil memandu Minah diajak berbual.Walau pun geram tapi Hairy tetap lega kerana dia dah jumpa Minah dia.Minah tak menjawab.Sengaja dikuncikan peti suaranya.Menjawab kang kena marah pulak!

”Dah bisu pulak ke? Suara kau dah tertinggal di KLCC tadi ke?” Hairy masih cuba menarik minat Minah.Di pandangnya Minah sekilas.Minah ‘bo layan'(malas nak layan).Hairy membelok masuk ke Restoran makanan Thai.Minah masih buat tak peduli.Kereta berhenti pun Minah masih begitu.Minah tergaman kerana dia tahu itu restoran abang sepupu dia Ismadi.Dia pernah kerja di restoran ni ketika sedang menunggu result SPM dulu.

”Dah!,.jom turun.Makan dulu.Aku lapar,” Hairy terus turun tanpa memandang Minah di sebelah.Alarm kereta ditekan sambil terus melangkah masuk ke restoran.Bila nak duduk baru Hairy perasan Minah tak ikut dia.Hairy keluar semula dan matanya melilau mencari Minah.Akhirnya Hairy membawa pandangannya ke dalam kereta.Hairy tepuk dahi lantas langkahnya dibawa menuju ke kereta.Alarm ditekan.Pintu tempat duduk sebelah pemandu dibuka.Minah pandang Hairy tak berkelip bila Hairy memasukkan kepalanya ke dalam kereta dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Minah.

”Kenapa dengan encik Hairy ni?” Minah bersuara sambil mengeluarkan ear phone dari kedua belah telinganya.Sekali lagi mata Hairy terbuntang.Maunya terkeluar biji mata Nur Hairy Harris ni.

”Ya Allah Minah!,..sejak bila hang pakai benda alah tu?” sekali Hairy ber’hang’ la pulak.Geram punya pasal.Hilang sabar betoi dengan ‘minah’ sorang ni.
…………………………………………………………………………………

Mereka berjalan masuk ke dalam restoran beriringan.Tangan Minah Hairy pegang selamba sampai Minah pun naik hairan.Selalunya garang semacam ja,ni nak bawa watak mamat romantik pulak ka?

Ismadi datang ke meja mereka sebaik saja mereka duduk.Ismadi yang sedang berada di hadapan mereka mengenyitkan mata pada Minah.Minah melebarkan senyuman tapi bila melihat Hairy memandang ke arahnya Minah segera menutup mukanya dengan menu yang dipegang.Hairy pandang Minah dengan Ismadi silih berganti.Terkesan sesuatu yang mencurigakan.

”Kenapa ni sayang?” terkejut Minah.Terus menu yang menutupi mukanya diturunkan dan dia memandang Hairy.Bila dia pandang Ismadi,Ismadi menjongketkan kening padanya.Minah angkat bahu sambil geleng kepala.Hairy hilang sabar dengan gelagat kedua hamba Allah di depannya ini.Rasa tercabar juga keegoannya bila isterinya tergamak bermain mata dengan lelaki lain di depannya.

”Order encik?” akhirnya Ismadi bersuara.

”Bagi nasi putih dua.Tomyam sea food,siakap masak tiga rasa dan kangkung goreng belacan,” Hairy yang membuat semua pesanan.Ismadi memandang pula pada Minah.

”Macam biasa!,. Minah nak carrot juice,.erm,kalau ada rojak buah yang Minah suka sangat tu bawak sekali na.Dah lama tak makan.Mengidam!,.” Minah bersuara ceria.Hairy dah pandang pelik.

”Hai,.takkan baru kawen dah mengidam kot? Bunting pelamin ka apa?” bengang Minah bila mendengar Ismadi berkata begitu.Muncungnya ditarik.

”Mulut tu memang takdak insuran.Tau la kak Ema dulu bunting pelamin pun.Huh!,.” Ismadi lepaskan tawa.Sekali lagi Hairy memandang mereka silih berganti.

”Encik Hairy nak minum apa?” pertanyaan dituju pula pada Hairy.Hairy yang semakin pelik dengan gelagat mereka seolah terkunci bibir.

”Samalah abang Is,.Minah dengan encik Hairy ni kan sejiwa.Apa yang encik Hairy makan Minah makan, jadi apa yang Minah minum encik Hairy pun minum jugaklah,” Minah buat keputusan untuk Hairy.Kalau tadi Hairy pesan makanan tanpa tanya dia apa yang dia nak makan.Sekarang dia bayar cash.

”No! watermelon juice please!” Hairy dengan senang hatinya me’reject’ air yang telah Minah order.Minah tak mahu mengalah.

”Kalau macam tu cancel siakap masak tiga rasa tu.Minah tak suka! Ganti dengan kerabu mempelam muda,” Ismadi dah mengaru kepalanya.Pening! Kalau sepuluh orang pelanggan yang mengaku sejiwa tapi langsung tak sejiwa,boleh kena darah tinggi dia.

”Eh,.abang yang nak makankan? Minah tak suka sudahlah!” Hairy pun tak mahu kalah.Akhirnya Ismadi terus berlalu macam tu ja.

Keputusan seri bila semua yang mereka order tiba dimeja mereka dan Ismadi join mereka makan, sebab dia kata dia pun belum makan dan semua makanan yang telah diorder dia yang belanja .Sempena meraikan pengantin baru.Dalam sibuk menjamu selera mereka berbual.Terjawab semua persoalan Hairy bila Ismadi memberitahu bahawa Minah tu adik sepupu dia, juga adik susuan kerana ibu Minah meninggal ketika melahirkannya.Kebetulan mak Ismadi yang merupakan mak long Minah juga melahirkan adik bongsu Ismadi ketika itu.
……………………………………………………..

Selepas makan Hairy bawa Minah ke pejabatnya.Semua pekerjanya yang memandang dah bersoksek-soksek.Bergosip la apa lagi! Selama ini memang ramai perempuan yang datang mencari Nur Hairy Harris di pejabat tapi ini kali pertama Hairy bawa perempuan masuk pejabat.Sebetulnya memang tiada siapa yang tahu dia sudah bernikah.Mereka hanya di akad nikahkan di kampung Minah.Selepas itu papanya Dato Hussaini di bawa ke Australia untuk menjalani rawatan di sana sambil pergi makan angin.Menantu baru belum diraikan lagi.

”Tunggu dalam ni jangan pergi mana-mana,abang ada meeting sekejap lagi,” Hairy beri arahan sebaik saja mereka melangkah masuk ke bilik pejabat Hairy.Minah terus menuju ke sofa di sudut bilik tanpa sepatah kata.Kelu barangkali terkejut dengan perubahan mendadak Nur Hairy Harris ni.Bila Hairy membahasakan dirinya abang di restoran tadi Minah ingat Hairy cuma berlakon di depan Ismadi tapi bila Hairy masih membahasakan dirinya abang walau hanya ada mereka berdua, Minah sudah mula confused.Nampaknya ‘singa jadian’ dah jadi kucing parsi.

Minah sudah mula mengeluarkan netbook dari dalam beg sandangnya.Nasib baik netbook itu di bawa ke mana saja dia pergi.Baru saja on netbook Minah dah mengeluh.Muncungnya ditarik tanpa sedar.Monyok saja wajahnya.Kelakuannya itu berjaya menarik minat Hairy yang masih membelek fail untuk di bawa ke bilik meeting.

”Kenapa?” sepatah Hairy menyoal.Minah mendonggak memandang wajah Hairy dengan bibir yang masih di muncungkan.

”Dah macam muncung itik dah,” Hairy tergelak dengan ayatnya sendiri.Minah mencebik.Hairy berjalan menghampirinya dan duduk di sofa di sebelah Minah.

”Kenapa?” soalan di ajukan lagi sambil tangan Minah diraih.Minah muncungkan bibirnya ke arah netbook.

”Tu!,.bateri low!” sambil tu matanya tertumpu pada tangannya yang masih di pegang Hairy.Tiba-tiba bibirnya yang asyik muncung tadi mengukirkan senyuman.Tergambar kenakalan di benaknya.Tangan kanannya ditekapkan ke dahi Hairy.

”Lahh!,..ingatkan demam ka apa ka! okey ja!” Hairy pandang Minah sambil senyum.Berdebar hati Minah.Wow! sweetnya,.suami siapala ni! Minah bermonolog dalam hati.

”Sindir abang ya?” perlahan suaranya.Sekali lagi Hairy lebarkan senyuman untuk Minah.Hidung Minah dicuit tanpa sedar.Lagi bertambah hairanlah Minah.Netbook Minah di atas meja sofa Hairy ambil dan di bawa ke meja kerjanya.Dia mencari plug kosong.Bila nak mula mengecas baru dia sedar charger untuk mengecas netbook tiada lalu Minah di pandang.Minah mengeleng.

”Minah tak bawak!” mendatar saja suaranya.Hairy tersengeh sambil kepalanya di gelengkan berkali-kali.

”Tu majalah banyak! baca ja majalah tu kalau boring.Kalau tak mau baca tidur ja.Abang nak pergi meeting ni.Jangan pergi mana-mana pulak!” Hairy melihat jam di pergelangan tangannya.Selepas itu terburu-buru dia mencapai fail dan keluar dari bilik pejabatnya.

Minah melonggo di atas sofa.Majalah di bawah meja sofa di ambil.Semuanya dibelek tapi satu pun tak dibacanya.Semuanya majalah bisnes.Minah bangun dan berjalan ke arah meja kerja Hairy.Netbooknya di ambil dan dia duduk di kerusi Hairy.Minah berangan sekejap jadi bos.Tumpuan Minah kini jatuh pada netbook kesayangannya.Netbook yang sedang berbunyi minta nyawa itu terus di shut down.

”Nak buat apa ni? Kalau ikut Pinas tadi boleh jugak aku ronda-ronda.Encik Hairy ni la.Macam mana boleh pulak jumpa aku kat KLCC tu.Haih! macam tak percayalah pulak! Jangan-jangan dia dah pasang alat pengesan kat badan aku ni pa?” Minah bersoal jawab dengan diri sendiri.

Sejam kemudian Minah dah mula resah.Berkurung saja dalam bilik Hairy membuatkan dia panas punggung.Minah bangun dan mula melangkah ke pintu bilik.Dipulasnya tombol pintu perlahan.Macam pengintip saja gayanya.Terjenguk-jenguk Minah keluar.Cuma ada dua tiga orang pekerja yang masih tekun membuat kerja.Perlahan Minah keluar dan pintu ditutup kembali.

”Cik!,.nak tumpang tanya boleh?” Sebaik Minah berada di depan seorang pekerja yang nampak agak peramah dan manis wajahnya, Minah terus bertanya.

”Ya adik! boleh akak bantu?” lemah lembut orangnya.Suara pulak merdu sangat.Minah ukirkan senyuman.

”Ya,.Minah nak pi toilet.Boleh tolong tunjuk dak?” Minah lemparkan senyuman lagi.Pekerja tadi menghentikan kerjanya dan bangun.

”Jom! akak tunjukkan.Adik ni yang datang dengan encik Harris tadikan? Siapa dengan encik Harris tu?” sambil berjalan mereka berbual.

”Haa,.Minah la tu,tadi Minah keluar cari barang bila Minah call encik Hairy cakap Minah sesat terus encik Hairy keluar cari Minah.Minah gurau ja tadi tu.Tak sangka pulak encik Hairy nak keluar cari Minah, dah tu jumpa pulak tu.Lepas bawa Minah makan encik Hairy bawa Minah mai sini,” panjang berjela pulak Minah jawab.

”Minah orang kedah ka?” pekerja tu tanya lagi.

”Ha la,.Minah tinggal di Yan,dekat dengan Pulau Bunting.Cantik tau akak!.Akak penah pi?” peramah sangat Minah ni.Pekerja tadi tergelak kecil dengar Minah bercakap.

”Baguih la lagu tu.Akak pun orang Kedah jugak.Akak orang Jitra.Ni macam mana boleh kenai dengan encik Harris ni.Eh,.lupa pulak.Nama akak Ida Nazreen.Pangge kak Ida cukup,” sembang punya sembang mereka pun sampai ke tempat yang dituju.

”Dah sampai pun.Akak hantar dekat sini ja kot.Akak nak sambung reja balik ni,” mereka berbalas senyuman sambil Minah mengucapkan terima kasih pada Ida Nazreen.Minah urut dada selepas masuk ke tandas.Siapa dia dengan Hairy?.Semput juga Minah nak jawab soalan tu.Nak jawab orang gaji ka isteri? Nasib baik Minah pandai kona.
……………………………………………………………………………………

Selepas keluar dari bilik meeting laju Hairy mengorak langkah ke bilik pejabatnya.Masuk saja ke bilik Hairy dah bercekak pinggang.Degil betul! Ke manalah pulak ni? Hairy terus keluar dari biliknya dan pantri dituju.Hanya ada seorang pekerja di situ.

”Encik Harris cari perempuan yang datang dengan encik Harris tadi ke?” Hairy ditegur oleh pekerjanya.Hairy mengangguk.

”Rasanya tadi dia pergi toilet,lepas tu dia tolong mak cik cleaner cuci toilet sekali,” pekerjanya memberitahu sambil tergelak kecil.Hairy terus berubah wajah.Kesabarannya diuji lagi.Nak tunjuk sangat kau rajin Minah! Tunggulah!,..balik rumah nanti aku bagi kau kerja.Hairy berdialog dalam hati.Geram sangat!

Hairy yang berada di depan toilet perempuan tak berani menjengah masuk.Tak pasal-pasal nanti dicop lelaki miang yang nak ambil kesempatan.Lima minit dia tunggu depan tu kelibat Minah tak muncul-muncul jugak.Hairy buat keputusan untuk meminta tolong pekerjanya mencari Minah.

”Ida!,.awak tolong saya cari,.err,.tu,.” Hairy kehilangan kata.Nak cakap apa ya?

”Cari Minah ka encik Harris?”

”Mana awak tahu nama dia?” Hairy menyoal Ida.Entah apa Minah ni dah cerita.

”Tadi dah berkenalan,” Ida serba salah melihat wajah Hairy yang dah cemberut.Berkerut sakan.Entah apa yang dia sedang fikir.

”Dahlah! suruh dia masuk bilik saya.Cepat sikit!” Hairy mengesa.Dalam bilik mesyuarat tadi dia langsung tak dapat menumpukan perhatian.Asyik ingat Minah saja.Minah buat apa.Paling dia takut kalau Minah selongkar meja dia dan jumpa gambar dia bersama Kathy.Kalut!,.tentu Minah akan fikir yang bukan-bukan.
………………………………………………………………………………………

”Encik Hairy cari Minah ka?” masuk saja ke bilik pejabat Hairy, Minah dah menyoal laju tapi dia masih di muka pintu bilik.Tak berani nak masuk terus bila melihat wajah Hairy yang macam orang sedang marah tu.Ermm,.pembetulan,bukan sedang marah tapi memang tengah marah.

Hairy bangun dan mendekati Minah.Minah berundur sikit dan bersedia untuk menapak keluar.Dengan pantas Hairy memanggil.

”Nak ke mana lagi tu Minah? Awak ni kan!” pintu Hairy tutup dan dikunci.Bahu Minah Hairy paut.Minah mengecilkan badannya.Seram Minah dengan gelagat Hairy ni.

”Abangkan dah pesan dengan Minah jangan pergi mana-mana.Degil tak habis-habis!” Hairy pegang tangan Minah dan suruh Minah duduk di sofa.Minah menurut.

”Minah pi toilet ja pun!” Minah memberitahu Hairy tentang keberadaannya.

”Lepas tu tolong mak cik cleaner tu cuci toilet sekali,kan?” Minah melopong.Takkan ada CCTV dalam toilet kot?

”Mana encik Hairy tahu?” Hairy mendengus.

”Sampai bila nak panggil encik ni? Sampai bercucu? bercicit?” Minah tayang wajah cemberut.Anak pun belum ada.Baru ja pegang tangan dah melalut sampai cucu-cicit ni apa kes?

”Anak pun belum ada dah berangan sampai ke cucu-cicit!” Minah suarakan apa yang dirasa.Hairy dah tersenyum nakal sambil merapatkan dirinya kepada Minah.

”Tak apa! belum terlambat lagi.Malam ni kita buat anak ya sayang!” Hairy kenyitkan matanya pada Minah.Minah berubah wajah.Menyesal cakap macam tu.Malam nanti awal-awal lagi Minah akan kunci pintu bilik.

”Jangan buat muka macam tu! Lagi setengah jam kita balik.Kita singgah beli barang dapur.Nanti kalau awak pergi sorang entah sesat ke planet mana pulak!” Hairy menyambung kata.Sengaja dia ingin menyakat Minah dengan ayat tadi.Hairy sendiri masih keliru dengan perasaannya sendiri.Bila Minah cakap Minah sesat memang dia risau.Bila Minah tengok dia bersama Kathy dia jadi takut Minah akan salah faham.Bila Minah bermain mata dengan Ismadi dia jadi sakit hati.Apakah semuanya ini?
…………………………………………………………………..

Hujan lebat disertakan dengan ribut petir membuatkan Minah rindukan ayahnya di kampung.Risau hatinya kalau ayahnya turun ke laut dan dipukul ribut.Macam-macm yang Minah bayangkan.Sedang Minah ralit melamun mengingatkan ayahnya pintu biliknya dibuka orang dari luar.Minah yang sedang berkelubung di bawah selimut terus melompat bangun.

”Ada apa encik Hairy?” Minah bertanya kalut.Lebih-lebih lagi bila mengingatkan kata-kata Hairy siang tadi.

”Jom!,.pindah bilik abang.Esok Pak Mod dengan Mak Mah balik kerja balik.Takkan Minah nak tidur sebilik dengan mereka,” Hairy labuhkan punggungnya dibirai katil.Minah terdiam tak berkutik.Mindanya sedang berfungsi untuk menghadam kata-kata Hairy.

”Sapa Pak Mod dengan Mak Mah tu?” tercetus soalan dari bibir Minah.Ini kali pertama Minah dengar nama-nama tu sejak datang ke rumah besar ini.

”Orang gaji sebenar!,.dah, jangan banyak soal! Bawak semua barang Minah masuk bilik abang.Guruh kilat menyambar kat luar tu tak takut ka tidur sorang-sorang,” Hairy senyum nakal.Matanya merenung tepat ke wajah Minah.

”Guruh kilat kat luar.Bukannya dalam bilik ni,” macam berani sangat Minah ni,walhal dari tadi lagi dah berkelubung dalam selimut sebab terkejut guruh.

Hairy tersenyum mendengar Minah bercakap begitu.Dalam mindanya sudah terencana satu idea nakal.Bukan dia tak tahu Minah selalu menyusup masuk ke bilik dia setiap malam.Kadang-kadang dia pura-pura tidur awal.Kononnya letih sangat.

”Minah tahu tak,. Pak Mod selalu cerita kat abang,dalam bilik ni setiap malam selepas pukul dua belas tengah malam mesti ada lembaga hitam berlegar-legar.Kadang-kadang ada bunyi baby menangis.Minah tak pernah dengar ka?” Hairy buat muka serius sambil pandang keliling bilik.Macam seram sangat cerita dia tu.Minah dah menghimpit Hairy.Lengan Hairy di pegang kejap.Hairy dah gelak dalam hati.

”Encik Hairy tak tipukan?” Minah masih ingin bersoal jawab.

”Eh,.buat apa nak tipu? Pak Mod yang cerita kat abang.Kalau tak betul maknanya Pak Modlah yang tipu bukannya abang,” Hairy jual buah terung(berbohong).Tak pasal-pasal Pak Mod pula yang dapat nama.

”Mana barang-barang Minah?” Hairy bertanya sambil meninjau sekeliling bilik.Minah bangun dan turun dari katil.Baru melangkah setapak guruh dah berdentum kuat di luar rumah.Spontan Minah memeluk Hairy yang turut berdiri di sisi Minah.Terkejut dengan tindakan spontan Minah membuatkan jantung Hairy berdetak laju.Bila Minah tersedar dari rasa terkejut terus Minah rungkaikan pelukannya dan berlalu mendapatkan beg pakaiannya yang di letakkan di tepi almari baju.Memandangkan kedua-dua almari di dalam bilik ini berkunci Minah tidak pernah mengemaskan baju-bajunya.

Minah mengikut Hairy naik ke bilik di tingkat atas.Tindakan spontannya tadi dilupakan begitu saja.Hairy pun macam buat tak kisah ja.Masuk saja ke bilik Minah pura-pura jakun.Macam baru pertama kali masuk ke bilik Hairy.

”Luasnya bilik encik Hairy!” Hairy dah tergelak dengar Minah cakap macam tu.Hairy tahu Minah tengah berlakon.Hairy pun perah otak cari idea untuk berlakon sama.

”Wajib luas!,.nanti senang kalau nak cukupkan kuota.Boleh letakkan katil banyak-banyak.Nanti senang isteri-isteri abang layan abang sorang dalam satu bilik.Tak payah nak beli rumah dua tiga buah.Membazir saja,” Hairy sembunyi senyum.Wajah Minah direnung.

”Eleh,.sorang pun belum tentu lepas di Akhirat esok.Ni kan nak bagi cukup kuota.Jalan sengetlah nampaknya encik Nur Hairy Harris bin Hussaini ni!” terkedu Hairy mendengar ayat Minah.Dua minggu mereka kahwin memang banyak kesalahan dia pada Minah.Tak mampu menjadi Imam pada setiap solat Minah.Mendera Minah mental dan fizikal ,walau tak sampai patah riuk.Perlahan Minah dihampiri.Hairy cuba bersifat gentleman.Beg ditangan Minah di ambil dan diletakkan di tepi almari ,kemudian Hairy hampiri lagi Minah yang masih berdiri kaku di tengah bilik.Tangan Minah Hairy pegang dan Minah Hairy pimpin hingga ke katil.

”Kita mula semula!,. mulai malam ni kita jadi suami isteri yang sebenar.Minah panggil abang dengan paggilan abang.Abang pula panggil Minah sayang.Boleh?” Minah berjeda lama mendengar permintaan Hairy.Mata Hairy direnung untuk mencari keikhlasannya disitu, walau pun Minah pernah baca dalam novel Suami Aku Ustaz, ikhlas itu macam semut hitam yang melata dalam gelap.Memang sukar nak dilihat dengan mata kasar.

”Boleh! Tapi abang kena jawab semua soalan Minah malam ni sejujur-jujurnya,” Minah pula buat permintaan peribadi.Hehe,.yalah,selama ni Hairy asyik berdolak dalih ja.

”Okey,.permohonan anda di terima.Isteri perlu sentiasa di sisi suami.Kita tidur awal sikit malam ni.Minah nak tahu apa.In Sya Allah abang akan jawab sejujur-jujurnya,” Hairy merebahkan tubuhnya. Minah pun turut sama merebahkan tubuhnya di sisi Hairy dalam rasa debar yang semakin mengila.Dupdap,dupdap,.heh!

”Cepatlah tanya!!,. sebab abang pun ada soalan nak tanya Minah,”

”Siapa perempuan yang pegang tangan abang di KLCC tadi?”

”Kathy!”

”Siapa Kathy untuk abang?”

”Dulu kekasih abang sekarang bukan sesiapa pun.Kami dah putus tiga bulan lepas,”

”Habis kenapa dia terlentok-lentok kat abang? Siap pegang-pegang tangan lagi!”

”Sayang cemburu?”

”Minah soal abang jawab ja.Jangan soal Minah balik,”

”Dia nak berbaik balik.Dia ajak kahwin,” Minah terkedu.Hilang debar timbul perasaan sebak. Minah berpusing membelakangkan Hairy.

”Minah nak abang jujur, abang dah jujur .Tapi jangan buat muka macam ni! Tak baik tau bagi belakang kat suami,” Hairy rangkul Minah dari belakang.Tubuh Minah di tarik perlahan supaya berpusing mengadap dia semula.Minah akur dan Hairy pantas mengucup dahi Minah.

”Abang nak berbaik balik dengan dia?”

”Minah nak bagi abang senget.Jangan kata di Akhirat.Ntah-ntah di dunia pun dah senget.Ingat senang nak layan dua sekaligus,”

”Tau takpa!.Abang nak tanya apa kat Minah? Sementara kaunter pertanyaan masih di buka ni,” Minah tanya serius.Tak sabar nak tahu soalan apa yang akan ditanya Hairy.

”Minah dah bersedia?” Hairy tersenyum nakal.

”Dah!” tanpa tahu apa maksud Hairy Minah jawab pantas.

”Betul?”

”Abang tanya ja la!,.Minah memang dah bersedia nak jawab,”

”Sayang!,.. abang dah tanya pun tadi, dan sayang jawab ‘dah’,.jom la kita mulakan sekarang!”

”Mulakan apa?” Minah blurr.Hairy dah ukirkan senyuman gatal.

”Tanggungjawab sebagai suami dan isteri.Bagi cucu dekat mama dan papa,”

”Abangggg,..”
……………………………………………..

”Minah! balik sekarang!!,.ayah hang” selepas Hairy bertolak kerja pagi tu Minah terima paggilan dari pak longnya di kampung.

”Awat dengan ayah pak long?,.Ayah sakit ka?” Minah bertanya cemas.Jantungnya dah berlari laju.Mindanya pula sudah memikirkan yang bukan-bukan.

”Ayah hang hilang di laut Minah.Petang kemarin dia keluaq ke laut.Sampai la tak balik-balik lagi.Kami pakat keluaq pi cari.Merata pulau kami dah jengok, kot-kot bot dia rosak dia singgah dok berehat kat pulau.Tapi tak jumpa jugak,” panjang lebar pak long Piee bercerita.Minah dah lembut lutut.Wajah ayahnya dah terbayang di mata.Air mata dah mengalir laju.

”Pak long habaq kat abang Is dak lagi?” dalam sebak sempat lagi Minah bertanya.

”Pak long habaq dah.Dia kata nak ajak hang balik sekali.Hang try telepon dia tengok!” Minah mengangguk tanpa sedar pak long dia tak nampak anggukkan dia tu.Selepas berbalas salam talian pun diputuskan.Minah call pula Hairy tapi berkali-kali call panggilannya tak berjawab.Minah buat keputusan untuk hantar mesej saja.

~abang,minah balik kampung.Pak long call ayah hilang di laut~

Belum sempat send mesej ada panggilan masuk dari Ismadi.Minah terus tekan button hijau.

”Minah! abang dah ada depan rumah Minah ni.Dah siap ka belum?” sebaik HP ditekapkan ke telinga suara Ismadi sudah kedengaran.Minah kalut.

”Sat abang Is,.pak long baru call Minah.Tunggu sat na,.” Minah terus berlari ke bilik selepas meletakkan HP di atas meja.Lima belas minit kemudian Minah sudah siap dan mengunci semua pintu rumah.Kereta Ismadi yang sedang menunggunya di luar pagar di tuju.

”Abang Is,.kita pi pejabat abang Hairy dulu na? Minah call dia tak dapat,” masuk saja dalam kereta Ismadi,Minah terus membuat permintaan tu.Risau juga Minah kalau tak minta izin Hairy terlebih dulu.Ismadi hanya mengangguk tanpa sepatah kata.Dalam kereta masing-masing hanya membisu.Minah pula tak henti-henti mengelap air mata.

Sampai di depan bangunan pejabat Hairy,Minah terus meluru keluar dari kereta.Laju kaki Minah melangkah dan menuju ke arah lift.Bila pintu lift terbuka cepat-cepat Minah masuk dan menekan butang ke tingkat lima.Sampai ke tingkat lima pejabat Hairy di tuju.Kakinya terus melangkah ke bilik pejabat Hairy.Pandangan pelik pekerja-pekerja tidak dihiraukan.Sebaik Minah sampai di depan pintu bilik pejabat Hairy langkahnya ditahan oleh Kamilia.

”Maaf cik!,.encik Harris sedang melayan client.Tak boleh diganggu,” Minah terkaku di situ.Dia perlu jumpa Hairy.Kalau Hairy tak mau ikut balik sekali pun dia tak kisah.Janji beri dia keizinan ja.

”Tolong cik,.sat ja! Minah ada hal penting sangat ni!” Minah terpaksa merayu.Bila Kamilia buat tak layan.Minah melangkah laju ke meja Ida Nazreen.

”Kak Ida!,.tolong Minah!,.Minah nak jumpa encik Hairy!” air mata Minah sudah kembali mengalir laju.Ida Nazreen bangun dan berdiri di sisi Minah.Bahu Minah di usap perlahan.Simpatinya pada Minah membuak-buak.Seterusnya langkahnya di atur ke meja Kamilia.Interkom ditekan.

”Encik Harris!,.Minah nak jumpa! Dia macam ada masalah ja,” Kamilia hanya memandang perlakuan Ida Nazreen.Minah pula dijeling tajam.Sebentar kemudian pintu bilik Hairy terkuak.Minah menyeka sisa-sisa air matanya dengan telapak tangan.

”Kenapa ni sayang?” mendengar saja suara Hairy,perasaan sebak Minah kembali menyerang. Minah sangkakan Hairy akan marah dia, kerana menganggu Hairy berbincang dengan client.

Air mata Minah bercucuran lagi.Tergaman Hairy melihat Minah yang menangis sakan tu.Terus Minah dirangkul dalam pelukannya, tanpa menghiraukan berapa banyak mata yang sedang memandang.Sedetik cuma, Hairy melepaskan rangkulannya dan air mata Minah di seka.

”Kenapa ni? Beria-ia menangis?” Hairy bertanya gusar.Mesti ada apa-apa yang merungsingkan fikiran Minah.Itu yang Hairy fikirkan.Minah berjeda lama.Pertanyaan Hairy tak segera dijawab.Hairy memimpin Minah duduk di sudut menunggu dan cuba menenangkan Minah.Tangan Minah dielus perlahan untuk memberi kekuatan pada Minah untuk bersuara.Minah menarik nafas sebelum mula menyusun ayat.

”Minah nak minta izin dengan abang.Minah nak balik kampung dengan abang Is.Ayah hilang di laut sejak kemarin.Pak long baru call Minah pagi ni,.” tersentak Hairy.Patutlah beria-ia Minah menangis.Teringat kembali ketika bot papanya karam dulu.Bagaimana mama dan kak Aina menangis siang dan malam mengenangkan nasib papanya.

”Habis,.sayang datang dengan siapa ni?” Hairy pamerkan wajah risau.Hari ini jadualnya padat.Nak menemani Minah balik kampung, mustahil sangat.

”Abang Is tunggu Minah di bawah,.” sehabis Minah berkata begitu Hairy terus bangun sambil tangan Minah dipegang erat.

”Jom!,.abang hantar Minah,.” mereka jalan bergandingan.Sesekali wajah Minah Hairy pandang.Berat hati nak melepaskan Minah pulang ke kampung.Mereka baru saja berbaik semalam, dan melayari kehidupan berumahtangga dalam erti kata yang sebenar.Masuk saja dalam lift, dan sebaik pintu lift tertutup, Hairy sudah tarik Minah mendekat.Dahi Minah di kucup lama.

”Sayang take care ya!,. Bila kerja abang selesai nanti, abang akan pergi sana.Apa-apa call abang tau!,.” Minah mengangguk.Minah pun berat hati nak tinggalkan Hairy, tapi Minah tiada pilihan.

”Abang!,.Minah tertinggal HP Minah, atas meja dapur.Nanti abang tolong bawak sekali tau,.” bila Hairy cakap suruh call dia, baru Minah teringatkan HP dia yang tertinggal.

”Laa,.macam mana boleh tertinggal pulak ni? Nanti malam-malam abang rindu, macam mana abang nak call Minah?” Hairy cuba menceriakan Minah.Tak senang hati Hairy nak lepaskan Minah dengan wajah yang sayu macam tu.

”Malam ja rindu? siang tak rindu?” Minah menyoal sambil wajah Hairy dipandang.Bukan senang nak tinggalkan seseorang, yang dah mula bertapak dalam hati.Walau hanya sesaat.

”Rindu jugak!,.tapi malam lagi rindu.Berganda-ganda.Lebih-lebih lagi kenangan yang macam semalam tu,.” Hairy tertawa.Minah dah tertunduk malu bila mengingati apa yang berlaku semalam.

Bila sampai di tingkat bawah mereka masih berbual-bual kosong.Tangan Minah masih kemas dalam genggaman Hairy.

Dalam tak sedar, mereka dah menghampiri kereta Ismadi.Semakin kejap tangan Minah Hairy genggam.Minah mendonggak dan memandang wajah Hairy lama.Tersedar diri diperhati Hairy menoleh.Langkah keduanya terhenti.Sekali lagi Minah, Hairy rangkul dan dahi Minah Hairy kucup.Biar ada mata yang sedang memerhati, Hairy langsung tak ambil peduli.Ismadi membunyikan hon kereta.Cepat-cepat Minah menyalami Hairy ,dan mencium tangan Hairy.Spontan pipi kanan Hairy Minah cium, dan Minah berlari ke kereta Ismadi.Malu kot!,.nak terus mengadap muka Hairy, selepas buat tindakan spontan macam tu.

Masuk ke kereta, Minah lambaikan tangan pada Hairy.Sebelum kereta meluncur laju, sempat Hairy layangkan flying kiss untuk Minah ,sambil tersenyum manis.Aku cinta kau Minah!.Hairy berdialog di dalam hati.

Minah pula diam tak diam air matanya mengalir lagi.Di sebelah sini suami,di sebelah sana ayah.Dua-dua pun dia sayang.Walau pun, sayangnya pada suami baru saja disemai.Minah melepaskan keluhan berat, sambil menyandar lemah di kusyen kereta.Ismadi di sebelah hanya memandang tanpa kata.Hanya pandangan simpati yang mampu diberikan.
……………………………

Kathy melangkah laju mengejar Hairy yang sedang menunggu lift, untuk naik ke tingkat atas.Selepas bertemu Hairy di KLCC kemarin ,dan Hairy meninggalkan dia terpinga-pinga dan mengheret wanita lain, Kathy nekad untuk membuat perhitungan dengan Hairy.Tadi pula, selepas memarkir kereta dan sedang menuju ke bangunan pejabat Hairy, hatinya bagai digilis lumat, menyaksikan kemesraan Hairy dengan perempuan itu.Entah apa hubungan perempuan itu dengan Hairy.

”Harris,.. tunggu!,.” nama Harris di laung bila melihat dia sudah masuk ke dalam lift.Hairy yang menyedari kelibat Kathy yang sedang berlari ke arahnya, terus menekan butang di dalam lift yang menuju ke pejabatnya di tingkat lima.Kathy terus berlari, dan sempat meloloskan dirinya masuk ke dalam lift.

” I nak tahu!! ,.siapa perempuan tu?” dalam keadaan yang masih tercunggap-cunggap, Hairy terus disoal.Hairy mendengus keras.Modnya tengah tak stabil, setelah menghantar Minah tadi. Kini, Kathy pula datang menganggu gugat perasaannya.

”Harris!,. I tanya you ni!” Kathy semakin berang ,dengan gelagat Hairy yang langsung tak mengendahkan kehadirannya.Hairy di hampiri dan lengan Hairy ingin dipaut, tapi belum sempat apa-apa Hairy sudah mengelak.Jari telunjuknya di angkat lalu dihalakan ke wajah Kathy.

”You jaga tingkah laku you tu! Kita dah tak ada apa-apa hubungan.Faham!!” perlahan tapi cukup tegas dipendengaran Kathy.Hilang segala sikap baik dan prihatin yang Hairy tunjukkan pada Khaty selama ini.

”You ni kenapa Harris? Dengan perempuan yang entah siapa-siapa tu boleh pula you peluk-peluk.Dengan I ni you nak mengelak ja.Kenapa? I nak tahu siapa perempuan tu?” Kathy terus-terusan menyoal.Dia takkan puas hati selagi tak mendapat jawapan yang dia nak.

Mereka sudah sampai ke tingkat lima.Sebaik pintu lift terbuka Hairy terus melangkah keluar tanpa menghiraukan Kathy yang kuat mendesak tu.Langkahnya di atur laju menuju ke pejabat tanpa menghiraukan pandangan pekerjanya yang mungkin sedang hairan dengan adegan demi adegan yang telah dan bakal berlaku di depan mata.

”Harris!,.” Kathy semakin bengang dengan Nur Hairy Harris.Hairy langsung tak menoleh malahan bilik pejabatnya terus dibuka dan hilang dibalik pintu.Kathy membentakkan kakinya keras.Bila menyedari dirinya menjadi tontonan Kathy mendengus kasar.

”Apa tengok-tengok? Buat kerjalah!!!,.makan gaji buta!” Kathy melepaskan amarahnya.Semua orang yang memandang tadi kembali fokus kepada kerja.Kathy melangkah masuk ke bilik pejabat Hairy.Perhitungannya dengan Nur Hairy Harris masih belum selesai.

”You buat apa di sini? I banyak kerja nak buat! Tak ada masa nak layan you,” Hairy malas melayan Kathy.Fail di depannya dicapai dan dibelek tapi mindanya langsung tak boleh nak fokus.Fail ditutup kembali.Wajahnya diraup kasar.Yang ada difikirannya hanya wajah sayu Minah sebentar tadi.

”I takkan keluar selagi you tak bagi tau I, siapa perempuan tu!” Hairy mendonggakkan wajahnya.Terbang sekejap wajah Minah diganti pula dengan wajah Kathy yang sedang menyinga.Hairy bangun dan menghampiri pintu dan membukanya luas.

”Kau keluar sekarang!!!” kuat jerkahan Hairy membuatkan Kathy tersentak.Semua staf terkejut.Tak pernah-pernah Encik Harris mereka menengking sebegitu.

”Harris,.I cuma,.” Kathy takut-takut nak meneruskan ayatnya.

”You nak tahu sangatkan siapa perempuan tu? Okey I bagi tau you! She is my beloved wife!,. puas hati? Sekarang you keluar!,. I tak ada masa nak layan orang macam you.You yang buang I tiga bulan lepas.You tak jijik ke?,.Nak jilat ludah you balik?” Hairy masih bersuara kasar.Kathy sudah terlopong dengan apa yang dia dah dengar.
…………………………………………

Minah memandang di kejauhan.Lautan yang luas kian ganas dengan ombak yang membadai.Kehilangan ayahnya masih lagi menjadi misteri.Entah bagaimanakah keadaannya? Masih hidupkah atau bagaimanakah dia? Musim sekarang musim ribut dan musim air pasang besar.Dulu Minah selalu bermenung di tepi pantai ini selepas cintanya ditolak oleh Pidot, atau nama sebenarnya Mohd Firdaus.Cinta Minah ditolak kerana badan Minah yang agak gempal.Bukan itu saja,Pidot juga turut menghina Minah.

Sekarang kehadirannya di sini kerana menunggu seseorang yang begitu amat bermakna dalam hidupnya.Pak Hamidlah pendorong dan penguat semangat Minah.Walau Minah membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, tapi Minah tidak pernah rasa kehilangan.Minah sendiri pun membawa ke mana saja nama ibunya.Nur Imanina itulah nama ibunya ,tapi selepas nama itu diberi kepada Minah,Minah asyik menangis tanpa henti sehingga ayahnya memanggilnya dengan nama Minah.

Tak pernah jemu Minah memandang laut.Sesekali kepalanya di donggakkan ke atas.Betapa Allah itu Maha Berkuasa menciptakan langit dan bumi.Betapa tenang dan damainya hati saat memandang ciptaanNYA.Walau sekusut mana pun jiwa.Sepedih mana pun hati.Dengan memandang dua anugerah Allah di depan matanya ini, fikiran Minah pasti akan tenang kembali.Kehidupan ibarat lautan.Adakalanya begitu tenang, tapi ada kala dilanda taufan.Hidup tak semestinya akan bahagia berpanjangan.Sekali sekala Allah akan menguji kesabaran dan ketabahan kita.

”Panjang isteri abang ni bermenung? Ingat abang ke?” Minah disapa seseorang.Entah sejak bila lelaki ini duduk di sisinya.Minah langsung tak perasan.Mindanya jauh mengembara entah ke mana.Lelaki di sisi direnung tidak berkelip.Hairy mengawang-gawangkan tangannya di hadapan Minah, membuatkan Minah tersedar dan mengukirkan senyuman.

”Bila abang sampai?” soalan di ajukan sambil tangan Hairy diraih dan di bawa ke bibirnya.

”Sayang rindu abang tak?” Hairy bertanya perlahan.Wajah di hadapan matanya di renung sepuas hati.Tiga hari tak jumpa Minah hidupnya serba tak kena.Makanan yang Mak Mah masak pun sudah tak enak di tekaknya.Padahal selama ini masakan Mak Mahlah yang dibedalnya hari-hari.

”Rindu sangat!,. Minah rasa macam nak peluk ja abang la ni.Tapi kesian pulak dekat orang lain yang dok tengok.Satgi depa jeles pulak kat Minah,” Minah berkata jujur dalam nada bergurau.Hairy dah tersenyum nakal.Boleh tahan jugak Minah ni.

”Dah tu,.jom la balik!,.” Hairy ambik ayat gurauan Minah tu sebagai ayat serius.

”Buat apa? Sat lagi la kita balik.Minah nak tengok matahari terbenam,” Minah talakan lagi pandangannya ke tengah lautan.Ayah!,. cepat balik ayah! Minah rindu!!,.tak semena-mena air mata Minah mengalir.Selepas balik ke kampung Minah cuba menjadi kuat, tapi bila Hairy sudah ada di sisi, entah kenapa Minah menjadi sebak.Minah seka air mata cepat-cepat, agar Hairy tak sempat perasan kegusaran hatinya.

”Kenapa ni sayang? Sedih lagi? Ayah tak apa-apa kot.Nanti ayah baliklah tu,” Terkesan Hairy dengan wajah Minah yang sayu membuat dia turut terasa sebak.Ditahannya perasaan sebak itu sekuat mungkin.

”Bukan!,.Minah terharu! Allah hadirkan abang dalam hidup Minah memang tepat pada masanya.Semuanya ada hikmahnyakan? Minah kena kawen dengan abang.Mula-mula Minah tak boleh terima kenyataan tu.Lebih-lebih lagi bila Minah terpaksa tinggalkan ayah dan ikut abang ke Kuala Lumpur.Abang tu dah la garang macam singa jadian,.” Minah terhenti seketika dan tertawa kecil.Pinggangnya di cucuk Hairy.Minah terjerit kecil.

”Sedap ja cakap abang ni singa jadian.Abang ngap baru tahu,” Hairy pura-pura marah.Minah hanya ketawa,kemudian dia sambung balik kata-katanya tadi.

”Hmm,.kalau nak difikirkan secara logik dengan akal yang waras, Allah memberi kita sesuatu tu mesti bersebabkan? Dia bagi singa jadian kat Minah dan dalam sekelip mata singa jadian tu bertukar jadi kucing parsi yang manja dan mengoda,.” Minah terhenti dan ketawa lagi bila Hairy mengeletek pinggang dia pula.

”Minah bersyukur sangat sebab bila abang dah bertukar jadi kucing parsi ni abang nampak sweet sangat!,.” Minah menyambung kata.Hairy kerutkan dahi.Macam tak kena ja ayat tu.

”Sweet? Kenapa tak macho ke? Handsome ke?” Minah pula kerut dahi.Perasan sudah Nur Hairy Harris ni!!

”Mata Minah!,.mulut Minah!,.ikut suka Minah la nak tengok abang macam mana pun.Nak cakap apa pun!,.” Minah cakap selamba sambil control gelak.Sekali lagi Minah kena geletek.Bertubi-tubi Minah menepis.Akhirnya kedua belah tangan Hairy di pegang dan mata mereka saling merenung di antara satu sama lain.

”Abang sayang Minah?” tercetus pertanyaan itu dari kedua ulas bibir Minah.Hairy tersenyum.Angguk tidak.Geleng pun tidak.Tapi Hairy tanya balik soalan kat Minah.

”Minah nak tahu ke?” beria-ia Minah angguk.Serius wajahnya.Hairy tak menjawab.Di halakan pandangannya ke arah laut.Matanya merenung jauh.Minah sabar menanti.

”AKU CINTA KAU MINAH!!!,..” tiba-tiba Hairy melaung.Terbelalak mata Minah.Cepat-cepat Minah menekup mulut Hairy dengan tangan kanannya.

” Abang!,.kalau ya pun.Janganlah bagi tau satu dunia!” Hairy dah ketawa mengekek.Dua tiga orang lelaki yang sedang memancing berdekatan dengan jambatan Pulau Bunting memandang ke arah mereka.

”Relax ar sayang!,.biar la mereka nak tengok pun.Bukannya nak luak,” Hairy ketawa lagi.Akhirnya Minah pun turut tersenyum sama.
………………………………………….

Bila ada Hairy Minah mula tunjuk sifat manjanya.Selepas solat maghrib Minah ajak Hairy ke pasar malam.Kebetulan setiap malam jumaat memang ada pasar malam di Sungai Yan.Bila Hairy cakap letih Minah pura-pura merajuk.Sayang bini punya pasal Hairy ikutkan jugak.

Sampai di pasar malam tak semena-mena perut Hairy memulas.Bila Minah tengok Hairy asyik tekan perut dengan dahi berkerut Minah pun menegur.

”Abang okey ka?” Hairy mengeleng.Mana nak okeynya kalau perut tengah menganas di dalam.

”Tandas awam mana? Abang dah tak tahan ni!,.” Minah terus tersenyum simpul sambil menunjukkan masjid di seberang jalan.

”Ada masjid tu.Abang pi la! Minah tunggu abang tang ni,” Hairy angguk dan pusingkan langkah.Dalam dok tengok kereta kiri dan kanan untuk melintas sempat dia menoleh dan berpesan pada Minah.

”Tunggu tau!,.nanti abang sesat!” Minah jatuhkan kepala berkali-kali sambil ketawa perlahan.Lima minit Minah menunggu Hairy, Minah di tegur seseorang.

”Minah!,.tak berubah hang kan? Eh Minah!,.hang tak teringgin ka nak diet? Belajar-belajar la diet Minah oii!,.aku kesian kat hang,tak berlaki pulak satgi!” Minah toleh dan pandang Pidot dengan wajah yang selamba.Mulut celupar tak habis-habis.Patutlah orang yang gemuk dalam dunia ni sorang pun tak kawen.Hina sangat ka kalau badan gempal.Minah hanya berperang dalam hati.Malas nak berlawan kata dengan Pidot.

”Kesiankan kalau sapa jadi laki hang! Nak peluk pun tak sampai,.” Pidot senyum sinis.Minah semakin bengang.Minah tak la gemuk mana pun sampai tak boleh nak peluk.

”Malang la sapa jadi laki hang,” walau Minah tak membalas setiap kata-kata Pidot tapi Pidot tetap mengutuk Minah dengan selambanya.Salah Minah dengan Pidot ni cuma sikit ja.Sebab Minah pernah tersuka kat Pidot ni dan selalu dok usha Pidot masa sekolah dulu.Sebab tu ja.Perasaan suka tu bukannya boleh nak di control.

”Pasal pa malang?” Hairy yang terdengar ayat terakhir Pidot tadi bertanya, sambil memandang Pidot dan Minah silih berganti.Bila Hairy pandang Minah,Minah angkat bahu.Air mata yang sudah bergenang cuba ditahan dengan menarik nafas dalam-dalam.Minah sedih sebab Hairy dah terdengar Pidot kutuk dia.

”Malang la encik.Encik tengok la badan dia.Gemuk!,.Nak peluk pun tak sampai!” Minah dah mencebik.Penyibuk ja! Allah bayar cash baru tau! Kena,.esok-esok dia gemuk macam kena pam baru ada akai!,.Minah berdialog dalam hati lagi.Hairy menghampiri Minah.Sengaja Hairy berjalan mengelilingi Minah.Lepas tu Hairy tengok Minah atas bawah,atas bawah sampai Minah pun dah naik cuak semacam.Hairy berhenti betul-betul di depan Minah dan peluk Minah depan Pidot.Terbuntang mata Minah sebab terkejut.

”Okey ja!,. siapa yang kata tak sampai? ” selamba Hairy berkata sambil melepaskan pelukannya.Minah dah berpusing ke arah lain.Nak tergelak bila tengok Pidot melopong menyaksikan tindakan spontan Hairy.

”Encik!,.. encik nampak dak masjid depan tu? Encik tak malu ka buat maksiat depan masjid? Kalau encik tak malu dengan saya pun,malu la dengan Allah!!!,.Hang pun Minah, boleh dok diam! Awat? dah gatai sangat ka?,.” Pidot bagi ceramah free yang langsung tak boleh pakai.Masa dia syok dok kutuk Minah, dia tak pernah nampak kesalahan dia tu.Tapi bila dia rasa orang buat salah, tanpa siasat terlebih dulu terus dia seranah.Reti pulak nak bagi ceramah.Hai manusia!

”Jomlah sayang!,. abang dah lapar ni.Kita beli ayam golek.Sambil makan sambil golek-golek atas katil,” Hairy sengaja nak membakar lagi kemarahan Pidot.Minah hanya tergelak mendengar kata-kata Hairy .Mereka berlalu meninggalkan Pidot sambil berpegangan tangan.Untuk membuatkan Pidot bertambah bengang, Hairy sengaja mencium pipi Minah sebelum berlalu.Tak senonoh betullah Nur Hairy Harris ni!,.hihi
…………………………………………

Semalam Minah beli bahan-bahan untuk buat laksa kat pasar malam, sebab Hairy teringin nak makan laksa utara.Laksa Minah dah rendam sejak semalam lagi.Pagi ni awal-awal lagi Minah dah siang ikan dan rebus.Kuah laksa ni boleh guna macam-macam jenis ikan.Macam di kampung Minah ni selalunya jenis ikan yang digunakan selain ikan kembung,boleh juga guna ikan selangat,ikan put-put atau ikan parang.Untungnya tinggal di sini bila selalu dapat makan ikan segar, kecuali kalau musim ribut.Makan ja apa yang ada.

Resepi kuah laksa Minah memang sempoi sangat.Selain isi ikan yang telah di kisar ,Minah hanya guna cili padi atau orang belah utara ni panggil cabai melaka.Selain tu Minah lebihkan bawang besar.Bahan-bahan wajib lain tu biasalah.Daun kesom,bunga kantan,asam keping,garam dan serbuk perisa,Alah!,.nak buat kuah laksa ni main campak-campak ja.Yang penting sesuaikan rasa garam dan asamnya.Jangan terlebih dan jangan terkurang.

Untuk sampah sarapnya yang Minah guna,.eh!,.maksudnya daun yang ditaburkan atas laksa tu.Kalau ada pucuk lepai Minah akan masukkan pucuk lepai.Kalau tak ada,macam biasalah,daun selom,salad atau pucuk gajus.Yang lain seperti bawang dan timun memang bahan yang wajib ada setiap kali nak makan laksa.Kuah laksa baru mendidih Minah dah kecur liur.Semerbak bau hingga satu rumah boleh di hidu.

”Minah!,.buat laksa ka? Nanti huluq sepinggan,” Ismadi dah melaung dari rumah sebelah.Haa,.tu kan!,.bukan satu rumah boleh bau.Sampai rumah mak long pun boleh bau.Tu,.Minah tak guna belacan lagi tu.

”Okey abang Is! Bukan setakat sepinggan.Berpinggan-pinggan pun boleh!” Minah tunjukkan muka kot pintu dapur dan melaung balik pada Ismadi yang sedang berehat di atas pangkin di luar rumah.

”Sedapnya sayang!,.dah boleh makan ke belum ni?” Hairy dah datang menjengah ke dapur.Minah yang sedang mengacau kuah laksa di dalam periuk di hampiri.

”Belum lagi!,.Kuah baru mendidih.Biar lama sikit.Laksa pun baru rebus tu ,belum lembut lagi pun,” sambil berbual Minah perlahankan api dapur.Petua untuk masak sedap ni senang ja,api dapur mesti sentiasa perlahan.Lebih-lebih lagi bila mengunakan cabai atau rempah.Jangan sampai rempah atau cabai masak mengejut.Selain tak sedap masakan juga akan cepat basi.

”Assalamualaikum,.bila hang balik Minah? Patutlah dari jauh lagi ayah dok bau kuah laksa.Rupanya ada orang jauh balik,” Hairy dan Minah sama-sama menoleh ke arah pintu dapur dan saling berpandangan selepas itu.Minah meluru kepada ayahnya.Di peluknya tubuh tua itu.

”Ayah pi mana sebenarnya ni?” Minah pimpin tangan ayahnya dan di bawa duduk di atas kerusi di ruangan dapur tu.Belum sempat Pak Hamid menjawab, pak long,mak long dan Ismadi dah terjengol di pintu dapur.

”Assalamualaikum,.” salam berbalas.Minah menjemput mereka masuk.Sekejap saja selepas itu rumah Minah sudah di penuhi dengan penduduk kampung.Semuanya datang nak ziarah Pak Hamid yang kononnya hilang di laut.

”Kawan aku jemput kenduri di Pulau Sayak.Aku malas nak pi jalan darat.Aku pi la dengan bot.Bila tengok cuaca tak berapa elok depa tak bagi aku balik,.” Pak Hamid buka cerita.Berkali-kali cerita yang sama bila sorang demi sorang datang bertandang.Hari itu rumah Pak Hamid dah macam buat kenduri.Laku pulak laksa Minah.Tengahari tu pun pakat bergotong royong masak nasi di rumah Pak Hamid.Ismadi jadi tukang masak.Yang lain tu tolong siang,siang apa yang patut.Hairy tolong keluarkan duit dan beli barang-barang masakan.Heh! nasib kaulah Hairy!
…………………………………………

”Alhamdulillah,.ayah tak apa-apa.Lepas ni ayah tak payah pi ke laut lagi la.Ayah ikut Minah dok KL na!,.Bolehkan bang?” sambil mengajak ayahnya Minah tanya juga pendapat Hairy.Hairy mengangguk sambil tersenyum tapi Pak Hamid pula yang mengeleng.

”Ayah tak boleh!,.laut ni dah macam darah daging ayah dah.Dari muda lagi ayah dah turun laut.Tak pa la Minah.Hang jangan dok risau sangat la pasai ayah ni.Hidup mati ni ,Allah dah letak dah.Hang duduk pi la atas gunung mana pun,kalau dah sampai ajal tu dia mati jugak,” mendengar saja kata Pak Hamid, Minah dah jadi kelu.Hairy pun tak berani nak menyampuk apa-apa.Pak Hamid sentiasa tegas dengan kata-katanya.Kalau dia cakap hitam.Hitamlah.Takkan ada putih.

”Tapi minggu depan ayah kena pi jugak KL.Papa dengan mama nak balik.Papa cakap nak buat kenduri kesyukuran sikit.Sambil tu nak sambut menantu baru,” Hairy yang diam sejak tadi mula bersuara.Minah dah resah semacam.

”Ha,.ayah hang macam mana Hairy? Sihat dah dia?” Pak Hamid turut berminat untuk mengetahui keadaan bisannya itu.Dengar kata paru-parunya bermasaalah, selepas lemas di laut hari tu.

”Alhamdulillah ayah!,.. dua tiga hari lagi kalau tak ada apa-apa aral, papa dan mama akan balik ke Malaysia,” ceria saja Hairy bercerita.Minah dah tarik muka sebab dia langsung tak tahu apa-apa.Kecik hati!

”Abang tak bagi tau kat Minah pun!” Minah bersuara rajuk.Hairy tergelak.Timbul idea untuk menyakat Minah.

”Minah tak tanya! Lagi pun mana boleh bagi tau Minah!,.nanti Minah mengamuk pulak!” Sekali lagi Minah dah rasa semacam.Tadi nak sambut menantu baru.Sekarang dah takut dia mengamuk pula.Sapa nak kawen? Minah bersoal jawab dalam hati.Hairy dipandang sambil menjongketkan keningnya beberapa kali.Hairy tak faham maksud Minah.Dia jongketkan balik keningnya pada Minah.

”Hiesyy!!,.” Minah pegang tangan Hairy dan heret Hairy keluar rumah.Pak Hamid hanya mengeleng melihat gelagat anak dan menantunya.Teringat Pak Hamid ketika mereka baru kawen.Minah paksa Hairy turun ke laut bersama dia.Kononnya Minah nak suruh Hairy belajar jadi menantu seorang nelayan.Sudahnya,.tiga hari Hairy terlantar sebab mabuk laut.Minah suruh Hairy belajar jahit pukat yang koyak.Minah juga suruh Hairy tolong Minah masak dan macam-macam lagi yang Minah suruh.Hairy ikut saja apa yang Minah suruh tanpa membantah sikit pun.Bagus sungguh Hairy tu! Pak Hamid puji Hairy dalam hati.Pak Hamid pandang saja anak dan menantunya itu sampai hilang dari pandangannya.

Minah heret Hairy menuju ke pangkin belakang rumah yang mengadap ke laut.Mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas pangkin sambil mendengar ombak yang sesekali memukul pantai.Minah selesakan kedudukannya sambil mengadap Hairy.

”Baik abang cakap betul-betul,.sapa yang nak kawen?” Minah tanya Hairy dengan suara serius.Hairy pun buat muka serius sama.Langsung tiada senyuman dibibirnya.

”Abang la!,.siapa lagi? Papa dengan mama nak abang kawen untuk kali kedua,” Minah terdiam.Hatinya bagai terhiris.Perasaannya dah mula sebak.Fikirannya dah berfikir yang bukan-bukan.Rasa tersisih,tak dihargai dan sebagainya.Melihat wajah Minah Hairy dah sembunyi senyum.Jahat bebenor hang ni Hairy!!

”Dengan sapa?” perlahan Minah bertanya.

”Yang pastinya bukan dengan Minah!” air mata Minah dah mula bergenang.Tersiat rasa hati.Minah sedarlah Minah ni sapa!,.Minah bangun dan menuju ke arah laut.Langkahnya di atur satu persatu.Hairy yang melihat ni dah mula naik mengelabah.Air mata Minah semakin laju mengalir.Minah hanya membiarkan air matanya membasahi pipinya.Laut yang di tuju semakin hampir.Hairy dengan pantas menghentikan langkah Minah.Kedua-dua bahu Minah di pegang dan Minah Hairy pusingkan supaya mengadap dirinya.Minah tundukkan wajah sambil menahan esakan.

”Minah tak mahu tahu ke abang nak kawen dengan siapa?” Minah mengeleng.Tangan Hairy yang memegang kedua belah bahunya di tepis.Minah teruskan langkah menuju ke laut.Hairy tak putus asa.Minah terus di ekori.

”Abang nak kawen dengan Nur Imanina bt Abd Hamid!” Hairy melaung kuat.Minah menghentikan langkahnya.Bibirnya dikebam.Kau nak main-mainkan aku ya Nur Hairy Harris.Kau tunggu balasannya!!,.Minah berpusing ke belakang dan mengadap Hairy.

”Mak Minah dah lama tak ada!,.yang abang nak kawen dengan mak Minah tu pasai pa?” Minah bersuara kuat melawan deruan ombak.

”Bila masa pulak abang cakap abang nak kawen dengan mak Minah?” Hairy pula yang blurr.

”Abang baru ja cakap!,.abang nak kawen dengan Nur Imanina bt Abd Hamid,” Minah masih serius.Hairy semakin tak mengerti.

”Betul la tu!,.habis yang Minah cakap abang nak kawen dengan mak Minah tu, kenapa? ” Minah tak menjawab soalan Hairy.Diheretnya Hairy masuk ke rumah.Pak Hamid yang masih berada di ruang tamu dah tersenyum simpul.Tadi Minah heret Hairy keluar.Sekarang dah heret Hairy masuk bilik pula.Hai,.anak perempuan sorang ni.Masa nak suruh menikah dulu beria-ia reyau tak mau kat Hairy.Takut kena dera la dan macam-macam lagi alasan yang Minah bagi.Sekarang ni sapa yang dera sapa? Pak Hamid gelengkan kepalanya berkali-kali.

Masuk ke bilik Minah dah selongkar laci almari solek.Hairy hanya memandang tanpa kata.Cari punya cari.Selongkar punya selongkar, akhirnya Minah mengeluarkan sekeping kertas yang sudah berubah warna.Dibelek seketika dan kemudian dihulurkan pada Hairy.

”Apa ni?” Hairy cuak.

”Surat mati mak Minah!” Minah masih menghulurkan kertas itu kepada Hairy.

”Buat apa Minah bagi kat abang pulak?” Hairy masih menyoal.

”Abang ambil ja la!,.baca!” bila Hairy masih tak mengambil kertas yang diberi,Minah memegang tangan Hairy dan memaksa Hairy untuk membaca isi kandungannya.Hairy menurut.Sekejap kemudian Hairy memandang Minah.Wajah terperanjat dipamerkan.Minah mengangguk.

”Cuba abang tengok masa dan tarikh.Sama macam dalam surat beranak Minah.Sebab itu setiap kali birthday Minah,Minah tak pernah sambut.Kami buat kenduri tahlil untuk arwah mak.Minah pun nak minta kat abang bila birthday Minah,Minah tak mau hadiah tapi Minah nak abang bawa Minah ziarah kubur mak.Boleh?” Minah pandang Hairy tak berkelip.Berharap sangat dia Hairy akan tunaikan permintaannya.Hairy tak menjawab.Sengaja membiarkan Minah tertunggu jawapannya.Tubuh Minah di tarik dalam pelukannya.Mindanya sedang berfungsi mencari idea.

”Abang!” Minah tolak tubuh Hairy perlahan.Matanya memandang tepat ke mata Hairy,mohon soalannya dijawab.

”Boleh!” Minah dah ukirkan senyuman.

”Tapi ada syaratnya!!,.” Hairy menyambung kata.Senyuman Minah mati serta merta.

”Minah lahirkan ramai anak untuk abang!,..boleh?” Hairy bisikkan syaratnya ke telinga Minah, sambil rebahkan tubuh Minah ke katil,..haih!
………………………………………………………………………

Suasana di perkarangan banglo Dato Husaini meriah.Hairy dan Minah yang diraikan segak dengan pakaian pengantin berwarna krim.Ramai pekerja sepejabat dengan Hairy yang hadir.Minah diperkenalkan pada semua orang dengan nama Minah atas permintaan Minah sendiri.

”Hari ini adalah hari yang paling bertuah untuk kita semua.Pengantin lelaki ingin menyanyikan sebuah lagu untuk pengantin perempuannya” semua mata tertumpu di bawah khemah yang menempatkan dj yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis mereka.

”Dipersilakan Encik Nur Hairy Harris,.” Hairy maju ke depan.Semua hadirin bertepuk tangan.Microfon bertukar tangan.Muzik mula di mainkan.Dengan penuh perasaan Hairy mula melunakkan suaranya mengikut tempo dan irama lagu.Jangan sampai lari piecing haa!,.heh!

Tahukah engkau betapa ku menyanjungimu
Tahukah engkau semua cinta tercurah padamu
Biar bumi membelah dua
Namun sayangku takkan berubah

Bukan rayuan
Semua terucap dari hatiku
Hanya dirimu
Selalu menjadi bunga tidurku
Jangan biarkan ku menunggu
Hadirlah kasih aku merayu
Jangan biarkan ku menuggu
Hadirlah kasih aku merayu

Ketika menunggu untuk menyanyikan chorus lagu Hairy memandang Minah sambil bersuara.

”Aku cinta kau Minah!!!,..” riuh dengan sorakan dan siulan nakal kawan-kawan Hairy.Minah hanya tertunduk tersipu-sipu bila dirinya turut jadi perhatian.

Kau sudah dapat ku miliki (Hairy ubah lirik sendiri)
Takkan lagi ku lepaskan
Kaulah penghuni relung hatiku
Sayang dan cintaku untuk mu
Berjanji diriku pada cintamu
Sumpah demi langit dan bumi
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku
Dirimu akan ku jaga selalu
Sampai akhir batas waktuku

Selepas lirik terakhir itu Hairy serahkan kembali microfon kepada juru acara yang bertugas mengendalikan majlis tersebut.Hairy kembali mendapatkan Minah di bawah khemah yang sedang berkumpul bersama keluarganya.

”Tu dia,.lagu dari seorang suami buat isterinya yang tercinta Nur Imanina atau nama manjanya Minah,.” juru acara buat wajah terkejut selepas menyebut nama Minah.Ada hadirin yang dah ketawa dan ada yang hanya tersenyum simpul.Minah tayang wajah selamba.

”Apa ada pada nama!,. Yang penting bila cinta sudah bertapak di hati nama bukanlah halangannya.Moga pasangan Nur Hairy Harris dan Minah akan berbahagia hingga ke akhir hayat,.” juru acara menyambung kata.Hairy dan Minah sudah bermain mata.

”Abang dah banyak kali cakap abang cintakan Minah.Sayang bila lagi? Minah! Do you love me?” Hairy menyoal Minah perlahan.Minah berjeda seketika sebelum menyusun kata.

”Abang!,. cinta itu tak perlu di ucap.Ia hadir di sini,.” Minah pegang dadanya.

‘ ”Terus bersemadi di hati ini sampai bila-bila pun.Hanya perilaku yang akan memberi isyarat cinta.Akan terasa sakit bila disakiti walau hanya kata-kata biasa.Mungkin takkan nampak pada wajah tapi akan nampak lukanya dalam air mata,” ceh Minah.Hairy dah tersenyum.Sekali lagi mindanya dah mendapat idea nakal.

”Contohnya?,.” perangkap pertama sudah di tahan.Minah yang tak terfikirkan tentang muslihat Hairy terus merangka jawapan.

”Err,.contohnya,.kalau Minah tak cinta abang, abang nak kawen banyak pun.Kawen ja!,. Minah tak kesah!,.” Minah jawab sambil senyum.Hairy pun senyum jugak.Senyum ada makna!

”Minah buktikan pada abang Minah cintakan abang!,.” Minah kerut dahi.Nak buktikan macam mana? Minah blurr.

”Minah cakap cinta tu tak perlu di ucap hanya perilaku yang akan memberi isyarat cinta.Perilaku yang macam mana tu? Tunjukkan!,.” Minah telan liur.Mati akal Minah untuk menjawab.

”Malam ni la Minah tunjuk,” Minah jawab sambil lewa tanpa maksudkan apa-apa.Sedangkan Hairy dah tayang senyum herot.Minah ketap bibir.Grrr,.tak habis-habis Nur Hairy Harris ni!!!
………………………………………..

Lewat malam itu sebelum masing-masing melelapkan mata Hairy dan Minah berbual-bual.Banyak perkara yang Hairy nak tanya Minah dan begitu juga dengan Minah.

”Sayang!,.abang ada benda nak tanya sayang ni,.” setelah merebahkan badannya ke tilam empuk di bilik peraduan mereka yang masih dihias indah Hairy memulakan mukadimahnya.Minah yang juga baru merebahkan tubuhnya mendonggakkan wajahnya memandang Hairy yang sedang menongkatkan kepalanya dengan tangan dan mengiring mengadap Minah.

”Tanya ja!!,.sejak bila pulak encik Hairy ni teragak-agak nak tanya?,.selalunya main redah ja,.” Minah tersenyum memandang Hairy.Hairy buat muka tak puas hati.Ada saja jawapannya.Hairy capai bantai dan mula rebahkan kepalanya.Tangannya didepangkan.

”Sayang sini!!,.bantal ori sayang sedang menanti”,.Tanpa menunggu arahan seterusnya terus Minah mendapatkan bantal orinya itu.Ececeh,.bestnya tidur berlapikkan bantal ori ni.

”Masa first datang sinikan sayang selalu dok gelak sorang-sorang kat pondok rehat belakang rumah tu?,.sayang gelak dengan siapa?” Minah pandang Hairy lagi.Mereka saling merenung diantara satu sama lain.

”Abang sekodeng Minah ka?” mendengar soalan Minah,Hairy dah tergelak kecil.Kantoi sudah!

”Yupp!,.abang bukannya apa,abang risau tengok Minah.Tiap-tiap malam mesti nak pergi pondok rehat tu.Dah tu sekejap gelak.Kadang-kadang macam tengah menangis pun ada jugak.Macam orang kena sampuk pulak,.” mendengar ayat terakhir Hairy,Minah dah tarik muka.Ada ka kena sampuk.

”Manyak la abang punya sampuk.Tu semua abang la punya pasai.Siang hari,dah la abang buli Minah.Dah tu malam-malam pula abang ‘pulau’ Minah.Sedih tau.Minah dah la rindu kat ayah.Ada suami pula anggap Minah macam orang gaji ja,..huhu,..” Minah berpura-pura bersuara sayu.Hairy yang sudah rasa bersalah terus menarik kepala Minah, dahi Minah dikucup lama.Minah sembunyi senyum dalam diam.

”Abang nak tau dak,pasai pa Minah dok gelak sorang-sorang,.” Hairy angguk.Memang itu yang dia nak tau dari tadi pun.Hai,.Minah ni pun lagi mau tanya!

”Minah baca novel online.Ada satu novel tu tajuk dia ‘Hantu punya bos!’ .Best cerita dia.Kisah bos yang garang dan ego dengan pekerja dia yang kuat melatah.Minah ada juga terfikir nak tiru Abby tu buat-buat melatah bila abang marah Minah.Biaq padam muka abang tapi Minah tak sampai hati la pulak.Singa-singa abang pun laki Minah jugak,.” Minah terus tergelak kemudian dia menyambung lagi.

”Pasai Minah reyau pulak,.Minah dah terbaca satu cerpen sedih.Pengorbanan sorang isteri yang tak dihargai suami.Masa Minah baca cerpen tu Minah terfikirkan nasib Minah,.” Minah berwajah monyok pula.Terus Hairy rangkul Minah erat.Setiap kali diserbu rasa bersalah mesti Minah dapat hadiah.Bestnya!!!

”Abang ada lagi soalan!” ucap Hairy serius.

”Silakan Encik Nur Hairy Harris,.” Minah bernada gurau sambil tersenyum manis.

”Abang Ismadi tu,kenapa hari kita pergi makan di restoran dia,dia panggil abang encik Hairy?,.dan masa abang dok seminggu di kampung tak jumpa pun dengan abang Ismadi tu?” Minah berjeda lama sebelum menjawab soalan Hairy yang ini ,tapi selepas itu Minah melebarkan senyuman.

”Hehe,..sebenarnyakan,..abang Is tukang masak.Dia tak pernah amik order pun.Masa abang masuk restoran dan tinggalkan Minah sorang-sorang dalam reta, Minah dah call abang Is.Minah suruh abang Is ngorat Minah.Nak tengok abang jeles ka dak.Tak sangka abang akan pangge Minah sayang.Terkejut Minah tau!,.nasib baik Minah tak pengsan.Yang hari kenduri tu pulak memang abang Is tak balik pun sebab kak Ema bersalin hari yang sama kita menikah” Minah tergelak lagi.Pantas kepala Minah diketuk Hairy.Geram kot! Tak pasal-pasal Hairy terpaksa gadaikan ego dia.

”Nakal!,.yang kes sesat tu macam mana pulak?”

”Ermm,..yang tu,.dah sah-sah la abang kena klentong,” Minah terus gapai tangan Hairy dan dibawa ke bibirnya.

”Abang maafkan Minah ya! Minah ingat saja ja nak kenakan abang tapi Minah tak sangka pula abang akan pi cari Minah,”

”Sayang tahu tak,.abang punyalah risau! Lain kali jangan buat lagi macam tu.Boleh putus nyawa abang ni!,.” rambut Minah diusap sayang.Minah terleka seketika.

”Sejak bila abang mula sayang Minah?” soalan Minah buat Hairy terdiam lama.

”Entah!!,.mungkin sejak abang pegang tangan tok kadi kot.Bila papa suruh abang kawen dengan sayang, abang setuju pun sebab nak balas dendam kat Kathy.Tapi bila sayang dah jadi isteri abang tak sampai hati pula nak tinggalkan sayang.Lagi pun,.sebelum abang jatuh cinta dengan sayang,abang terlebih dulu dah terjatuh cinta dengan masakan sayang tu,” Hairy tergelak.Minah dah lebarkan senyuman.

”Sayang!,.abang dah ngantuk sangat la.Siang tadi sayang cakap nak tunjukkan sesuatu kat abangkan?” Hairy bertanya sambil tersenyum nakal.Minah kerutkan dahi berfikir.Ada ka???

”Sayangkan cakap nak buktikan cinta sayang dengan prilaku?” Hairy mengingatkan.Minah dah ketap bibir.Hiesyy,.ada la tu!!!
………………………………………………………………………….

TIGA TAHUN KEMUDIAN,..

”Abang,.Haikal mana? Jangan biar sangat dengan Haikal tu bang!” Minah mengingatkan Hairy akan kenakalan anak sulung mereka Haikal Loqman, yang sudah berusia dua tahun sementara anak kedua mereka Nur Irish Afrina yang berusia satu tahun masih dalam dukungannya.

”Tu ha,.Haikal ada dengan abang Is.Ada kawan ramai tu, mana mau lagi dengan ummi dan abi dia ni,.” Hairy menuding jarinya pada Haikal bersama anak-anak Ismadi yang seramai tiga orang tu.Kak Ema,abang Is dan Nani adik bongsu abang Is ada bersama untuk memantau budak-budak berempat tu yang sedang bermain air pasang di tepi pantai.

”Irish,. mai kat abi sayang!,.kesian kat ummi!” Irish bertukar tangan.Terlonjak-lonjak Irish ingin lepas bersama Haikal di tepi pantai.

”Sayang okey? Morning sicknees pagi tadi abang tengok teruk sangat!,.” Hairy pandang Minah yang nampak sedikit pucat tapi masih berseri.Hmm,..berseri sebab membawa lagi ,anak mereka yang no tiga.

”Tak okey pun demi abang jugak!,.kan abang nak Minah buktikan cinta Minah kat abang.Ni la buktinya yang paling nyata.Kalau tak nampak jugak.Tak tau la,..” Minah pulang paku buah keras sambil tersenyum.

”Amboih sayang!,.sindir abang nampak!,.” Minah tergelak.Sebentar kemudian Hairy berlalu membawa Irish menuju ke pantai.Minah melangkah ke arah pondok rehat yang dibina oleh ayahnya di tepi pantai itu.
Dari jauh Minah nampak Nani sudah melangkah ke arahnya.Minah tersenyum lebar.Ada la tu berita terkini yang ingin di sampaikan tu.

”Adoi,.letih betoi layan budak-budak ni!,.hang tak letih ka Minah?,.kerap sangat,” tu dia.Nani tanya direct.Minah senyum ja.

”Dah rezeki aku Nani.Terima ja la.Biar letih la ni.Bila tengok anak-anak membesar depan mata ni berbaloi jugak.Hang tu,.dah habis belajarkan.Bila lagi? Tak jeles ka dok tengok aku dok bertambah setiap tahun ni?” Minah tergelak dengan ayatnya sendiri.Nani pun tumpang gelak sama.

”Tak teringin aku nak jeles kat hang.Wey,.hang nak dengar gosip terkini dak? Aku ada berita baik punya!” Nani terover ceria tiba-tiba.Minah dah geleng kepala.Ada la tu!

”Tak payah nak bergosip sangatlah!,.aku ni dahlah dok mengandung.Tak pasal-pasal payah pulak aku nak beranak sebab dok buat dosa mengutuk orang,.” Minah malas nak ambil tau hal-hal orang lain ni.Dia sedar, diri sendiri pun tak sempurna.

”Alaa,.ni pasai Pidot la.Hang tau dak Pidot dah kawen.Bini dia lagi gemuk dari hang dulu.Aku jumpa Pidot kat pasar malam minggu lepas dengan bini dia .Pidot pun dah boroi semacam ja.Macam perempuan mengandung dah aku tengok,” Nani terus gelak.Minah geleng kepala lagi.

”Ishh,.tak baik hang ni,dok mengata kat dia macam tu,” Minah mengingatkan Nani.Nani sebaya dengan Minah,cuma Nani bernasib baik sebab dapat masuk UM.Baru habis belajar dan sedang mengintai kerja.

”Hang tak sakit hati ka?Dulu kan Pidot selalu kutuk hang kaw-kaw punya,” Nani inginkan penjelasan walau dia tahu Minah tak suka berdendam.

”Erm,.bagi aku la kan.Kalau orang kata kat kita.Kita balas balik.Ibaratnya macam orang gila maki kita.Kita maki dia balik.Maknanya kita dengan orang gila tak ada bezanya.2×5 ja.Sama-sama gila,” Minah memberikan pendapatnya sambil tersenyum.Nani dah terkelu lidah.Sesaat kemudian dia dah angkat tabik kat Minah.

”Dah la!,.aku nak jalan-jalan tepi pantai sat.Dah lama tak main ayaq laut,” Minah bangun dan menuju ke pantai.Melihat Hairy dan anak-anaknya dah memberi seribu kebahagiaan untuk Minah.

Hidup ini memang banyak cabarannya.Kita kena sentiasa melihat hidup ini dari sudut positif.Kita boleh bahagia kalau kita nak bahagia.Dengan syarat kita kena sentiasa berfikiran positif pada setiap apa yang kita lalui.Positif pada semua orang dan positif pada semua yang kita lihat.

”Aku cinta kau Minah,.” bisikan itu bergema lagi di telinga Minah.

”Terima kasih,. kerana Minah sudi melahirkan anak-anak abang,” Minah mengukirkan senyuman.Siapa kata perempuan yang bertubuh gempal seperti dia tak mampu mengecap bahagia.

”Minah pun cintakan abang.In Sya Allah hingga akhir nafas Minah.Terima kasih juga untuk abang kerana cintakan Minah, dan abang izinkan Minah bawa anak-anak abang dalam rahim Minah ni,” selesai saja Minah meluahkan perasaannya Hairy dah tersenyum nakal.

”Yang tu ‘anytime’ la sayang.Memang dah tanggungjawab abang pun,” Hairy kenyit matanya pada Minah.

”Abang!!!,..” Minah dah bulatkan matanya pada Hairy.Suka sangat ‘double meaning’. Dalam marah Minah tetap lebarkan senyuman.

Hmm,.hidup ini memang indah kalau kita tahu menghargainya.Miskin atau kaya,cantik atau hodoh bukanlah persoalannya.Yang penting, bagaimana hati dan minda kita berpakat dengan jiwa untuk rasa bahagia.

Lagi pun dunia ni hanyalah sementara.Jangan memandang siapa kita di sisi orang lain tapi sentiasalah bertanya pada diri sendiri siapa kita di sisi Allah.

Allah hidupkan kita di dunia, untuk kita mencari amalan sebagai bekal untuk kita kekal bahagia di dunia yang kekal abadi di AKHIRAT sana.

~ TAMMAT~

p/s; mungkin ada kesalahan ejaan dan sebagainya kerana insan yang bernama Szaza Zaiman ini bukanlah seorang PENULIS.Saya cuma seorang penconteng yang ingin mencuba mengasah bakat terendam ini.Nur Hairy adalah nama seorang rakan FB.Setelah saya memberitahu untuk tulis cerpen terbaru Nur Hairy menawarkan namanya untuk watak utama.Menurut yang empunya nama Nur Hairy bermaksud ‘cahaya kebaikkan’.Saya percaya ja.Kalau salah marahlah hero cerita ni,.hihi.Nama Harris sengaja saya tambah kerana dah lama saya mengidam untuk namakan watak hero sebagai Harris.’I LOVE YOU HARRIS’,.haha,.tolong komen ya!!!

Minah,Pinas,Pidot dan Nani mungkin nama-nama kampung yang tak glamer tapi apa ada pada nama???,.hmm,..


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

49 ulasan untuk “Cerpen : Takdirku”
  1. nor says:

    best!

  2. tengku aisyah says:

    Sweetnye..

  3. ita says:

    nice story..congrat ya..ti bole r wat novel plk hehe

  4. zalina says:

    best la, x jemu baca…

  5. Hajjah Khadijah bt Haji Che Ha says:

    Assalamualaikum. Anda masih menulis lagi? Jika masih boleh tak tulis satu kisah benar ni. Kisah anak saya. Jika anda sudi tolong tel/sms saya no ni 0193532578/0192484918/0192206817. Harap tidak menghampakan. Tk

  6. szaza zaiman says:

    Hajjah Khadijah Binti Haji Che Ha,. boleh PM saya di inbox facebook saya ya https://www.facebook.com/SzazaZaiman

  7. ZUL MAZ says:

    BEST

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.