Cerpen : Umairah Bukan Sherry

10 June 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : addinfarhani

Umairah duduk termenung di birai katil. Di sebelahnya terdapat beberapa buah buku novel. Sementara tangannya erat memegang secebis kertas. Umairah tersenyum.

“Irah? Kenapa termenung?” Zatul memandang pelik rakannya yang sedang temenung. Hampir seminggu Umairah bermalam di rumah Zatul. Semuanya kerana Umairah ingin menghadiri pesta buku antarabangsa yang diadakan di PWTC. Memandangkan Zatul berasal dari Kuala Lumpur, maka Umairah mengambil keputusan untuk menumpang di rumah Zatul, sahabatnya ketika sama-sama berjuang menghabiskan ijazah.

“Zatul!.. terkejut aku…” Umairah membetulkan duduknya. Zatul duduk di sebelah Umairah. Dia melihat kertas di tangan Umairah.

“Bas pukul berapa esok?” Zatul bertanya. Umairah yang sedang memegang tiket bas menghulur tiketnya kepada Zatul.

“Pukul 6 petang… Aku nak beli tiket pagi, tapi dah habis… Ada yang malam saja…” jawab Umairah. Zatul mengangguk faham.

“Cantik pula aku tengok potret muka kau ni… tak sangka mamat selekeh tu pandai lukis…” puji Zatul sambil mengambil kertas lukisan yang terletak elok di sebelah novel.

“Itulah aku kata, jangan pandang dia sebelah mata… orang seni Zatul, susah sikit nak faham mereka… tak sia-sia aku lari nak cari duit kecil… kesian mamat tu, tak ada orang nak pergi dekat dia…” Umairah teringat kembali pelukis jalanan yang ditemuiya di Central Market.

“Orang lain pun lukis juga, tapi penampilan mereka lebih kemas dari mamat tu…” komen Zatul.

“So, macam mana? Best tak duduk sini?” tanya Zatul lagi yang enggan memanjangkan isu mamat pelukis jalanan itu. Risau juga dirinya kalau-kalau Umairah berasa tidak selesa sepanjang berada di rumahnya.

“Best… Mak kau pun aku tengok sporting macam kau… Thanks tau bagi aku kongsi bilik kau ni… Kalau tak, kempunanlah aku nak pergi pesta buku tu… and thanks juga teman aku jalan-jalan kat KL ni…” Umairah tersenyum memandang Zatul.

“No hal… Pintu rumah aku sentiasa terbuka… Nanti, bila-bila kau datang KL, jangan lupa datang rumah…” Zatul mendepangkan tangannya. “Tapi aku risaulah… Kau balik lusa nak? Aku rasa tak sedap hati la kalau kau balik naik bas waktu malam…” kerisauan jelas terukir di wajah Zatul.

“Aku pun takut sebenarnya, tapi kalau aku balik lusa, kesian ibu aku, dah seminggu duduk rumah seorang diri… abang Umar pun balik petang esok..” terang Umairah sambil tersenyum. Terharu Umairah apabila mengetahui kerisauan Zatul.

“Kalau mak aku tahu, mesti dia tak benarkan kau balik esok…” pujuk Zatul lagi.

“Kau pujuklah mak kau… Aku janji nanti bila berhenti di R&R, aku call kau…” Umairah mengangkat tangan seolah-olah mengangkat sumpah.

“Yer lah, sahabatku wahai Umairah… “ kata-kata Zatul disambut gelak tawa Umairah.

“Nanti kau rajin-rajinlah call aku,.. lepas ni dah tak boleh jumpa kau dah…” nada Zatul bertukar sedih. Umairah mengangguk. Hampir 3 tahun mereka tak berjumpa. Kali terakhir Zatul bertemu Umairah adalah selepas mereka menghadiri majlis konvokesyen setelah mereka berjaya menamatkan ijazah. Hanya emel yang menghubung mereka berdua.

“Kau pun jangan lupakan aku tau.. Nanti bila-bila kau jejak Kedah, call aku… Selama aku berada di KL ni, kau dah jadi diver aku, so nanti aku jadi driver kau pula…” serius wajah Umairah.

“Ya Tuanku, patik menjunjung perintah…” Zatul menunduk kepalanya. Laju tangan Umairah mencubit lengan Zatul. “Adoii, sakitlah Irah..”

*****

“Terima kasih mak cik, pak cik bagi Irah tumpang rumah seminggu… Halalkan makan minum Irah ya…” kata Umairah sambil bersalam dengn Puan Latifah.

Encik Razak, ayah Zatul mengangguk. “Pak cik halalkan.. Irah jalan elok-elok.. Hati-hati..”

“Kirim salam dekat ibu Irah…” pesan Puan Latifah lalu memeluk Umairah. Umairah mengangguk. “Insya-Allah…”

“Kau hati-hati tau… Jangan lupa call aku…” sebak mula bertamu di hati Zatul.

“Yerr.. Aku akan call kau…” Umairah memeluk sahabat lamanya itu. “Kirim salam dekat Anis ya.. Kata dekat dia, good luck for PMR…” pesan Umairah. Anis, adik Zatul tidak dapat turut serta menghantar Umairah kerana ada kelas tambahan. Zatul mengangguk. Umairah melambai-lambai tangannya lalu melangkah masuk ke kawasan Pudu Sentral.

*****

“Mana satu bas ni?.. Aduss… Nasib baik aku datang awal…” Umairah tercari-cari bas yang perlu dinaikinya. Itulah kali pertama dia menaiki bas express secara berseorangan. Selalunya ada abang Umar yang menemaninya. Sedang dia menilik tiket bas di tangannya, dia terpijak sesuatu.

Papp!! Umairah mengangkat kepalanya. Gulp!!

“Oppss.. sorry bang.. tak sengaja..” Umairah lantas meminta maaf. Dia terpijak kaki seorang pemuda yang sedang bersandar di tepi dinding. Melihatkan pemuda itu hanya mendiamkan diri, Umairah spontan bertanya, “Bang, ni bas yang mana satu?” tanya Umairah sambil menghulur tiketnya. Pemuda itu tetap mendiamkan diri lalu melangkah pergi dari situ.

“Huh.. aku dah minta maaf pun marah lagi?” Umairah menggaru-garu kepalanya. Ketika Umairah sedang membelek-belek tiket di tangannya, seseorang menegurnya dari belakang. “Adik ada masalah?” seorang perempuan awal 40-an menegur Umairah.

Umairah menepuk dahi. “Kenapa la aku tak pergi tanya Guard tadi.. Aduss..” Umairah berkata-kata di dalam hati. Mak Cik Guard memandang Umairah pelik.

“Sebenarnya…” Umairah menjelaskan masalahnya. Mak Cik Guard itu tersenyum lalu menunjuk bas yang berwarna merah. Umairah berasa lega. “Akhirnya, ketemu juga bas ini.. terima kasih mak cik..” Umairah melangkah ke arah bas.

Sampai sahaja di hadapan bas, pembantu drebar bas memeriksa tiket Umairah. Setelah selesai, Umairah memanjat tangga bas. “Hmm.. no 2, mana tempat aku ni… Eh! tu bukan abang tadi ke?” Umairah merenung pemuda yang bersandar di dinding tadi. Pemuda tadi yang menyedari renungan Umairah mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. “Huh!! sombong..” Umairah berkata perlahan.

Umairah melangkah ke arah tempat duduknya iaitu di hadapan pemuda itu. Sangka Umairah, dia akan duduk di tepi seorang perempuan tetapi ada seorang lelaki 40-an di sebelah tempatnya. “Hmm.. tepi lelaki la pula..” hati Umairah membisik.

“Muka macam baik je pak cik ni…” Umairah berkata sendirian. Entah mengapa, terdetik rasa risau di hatinya. Tidak lama kemudian, bas itu mula bergerak. Seperti biasa, apabila naik sahaja bas, Umairah pasti tertidur.

Sejam kemudian…

Tidur Umairah terganggu. Bukan kerana ada jalan yang berlubang. Bukan kerana ada bunyi bising. Bukan kerana ada kemalangan. Tetapi, ada sesuatu yang merayap di badannya. Dengan pantas, Umairah membuka matanya. Terkejut dia melihat tangan pak cik itu mendarat elok di atas pahanya.

Umairah menepis kasar tangan pak cik itu. “Ish, kenapa dengan pak cik ni!!!” Umairah mengawal suaranya agar tidak mengejutkan penumpang lain. Pak cik itu hanya tersengih. Nasib Umairah baik kerana pembantu drebar bas mengumumkan bahawa bas akan berhenti sebentar di R&R selama 1 jam.

“Nanti jam 8, diminta semua sudah berada dalam bas…” kata pembantu drebar bas itu lagi.

Sebaik sahaja bas berhenti, Umairah bersiap sedia untuk turun. “Orang tua tak sedar diri!!!” kata Umairah sambil berdiri bangun lalu turun dari bas bersama penumpang yang lain. Pak cik itu hanya tersenyum melihat. Namun, tiba-tiba ada sesuatu yang mendarat di pipinya. “Dasar orang tua gatal…!” Ada seseorang telah menumbuknya.

*****

“Zatul… macam mana ni… Aku tak mahu naik bas tu… Aku nak ubah tempat lain, tapi penuh.. tempat sebelah lelaki sombong tu je kosong…” Umairah menceritakan kejadian tadi kepada Zatul. Zatul mengucap panjang.

“Dari dulu lagi kan, aku nasihatkan kau, jangan tidur dalam bas…Macam inilah, sekarang aku nak kau beli lah asam ke, keropok ke, makan atas bas. Jangan tidor. Bahaya…” nasihat Zatul. Umairah setuju lalu menamatkan perbualan. Selepas menunaikan solat maghrib, Umairah berlalu ke gerai jualan. Dia membeli roti, keropok, gula-gula, air soya F&N SEASONS dan sebotol air mineral sejuk.

“Hmm.. cukup rasanya bekalan ni… Sekarang nak makan apa ye?” Umairah menuju ke arah gerai burger. Dia membeli sebungkus burger daging dan air teh o’ais. Kemudian dia duduk di bangku di laluan pejalan kaki sambil menunggu jam 8. Sedang dia menjamu selera, suara seseorang memukul gegendang telinganya.

“Nanti kau tukar tempat dengan aku… Tepi aku tak ada orang…” suara seorang pemuda kedengaran tegas.

“Erk? Abang sombong tadi…” Umairah terkejut.

“Jangan buat muka pelik. Aku nampak tadi apa pak cik tu nak buat dekat kau. Aku tak tahu pula yang kau tidur tadi. Jangan risau, aku dah bagi ‘hadiah’ dekat pak cik tadi…” sambung pemuda itu lagi.

“Razif…” Umairah berkata perlahan apabila terlihat nama yang tertulis di belakang topi yang terletak di atas kepala pemuda itu. Umairah mengangguk perlahan. Mukanya menahan malu kerana sangkanya tiada orang melihat perbuatan pak cik itu. Dalam diam dia berasa selamat berada di samping Razif.

“Ermm.. aku Razif… kau?” soal Razif.

“Umairah..” Umairah berkata sambil menyambung kunyahan yang terhenti tadi.

“Best jalan-jalan di KL?” tanya Razif.

“Eh, macam mana abang tahu saya jalan-jalan di KL…?” Umairah memandang Razif pelik.

“Kau yang tak perasan, aku pun pergi pesta buku tu juga…” kata Razif. “Central Market… KLCC.. selalu juga aku terserempak dengan kau dan kawan kau…” sambung Razif lagi. Entah kenapa, Razif selesa berbual dengan gadis di tepinya itu. Mereka berbual-bual kosong sementara menanti jam 8. Beberapa minit sebelum jam 8, mereka berdua bangun lalu melangkah ke arah bas.

Di pertengahan jalan, Umairah bertembung dengan pak cik gatal yang menganggunya tadi. “Eh! Kenapa dengan muka dia?” Umairah bertanya di dalam hati. Pak cik itu terpaksa memegang pipinya menutup bahagian yang lebam.

Tetapi apabila terlihat Razif yang berjalan di sebelahnya turut merenung tajam pak cik itu, Umairah tersedar sesuatu. “May be itulah hadiah yang abang ni bagi tadi..” Umairah berkata sendiri sambil tersenyum panjang. Padan muka! “Terima kasih sebab tolong bagi hadiah dekat pak cik gatal tu.” Umairah membisik perlahan kepada Razif. Razif menarik senyum nipis.

Umairah duduk di tempat Razif manakala Razif duduk di tempat Umairah. Umairah meletakkan bekalan yang dibeli tadi di sebelahnya yang kosong. Lega hatinya apabila Razif sudi bertukar tempat dengannya. Umairah menghantar SMS kepada Zatul memberitahu perihal Razif kerana enggan merisaukan sahabatnya itu. Kemudian dia memandang luar tingkap sambil menghayati lagu yang dipasang.

*****

“Along, Irah dah sampai dah ni.. Cepatlah along. Dekat jam 12 ni.. Irah takutlah…” Umairah menggesa alongnya, Umar. Tika itu hanya dirinya dan Razif sahaja yang belum pulang.

“Hmm.. okeylah along. Irah tunggu.. Cepatla…” Umairah mematikan panggilan. Geram. “Boleh pula dia tidur…” Umairah membebel seorang diri.

“Wahh.. kereta siapa tuu?” Umairah ternganga melihat kereta BMW G4. Razif yang berdiri tidak jauh dari Umairah melangkah ke arah kereta itu.

“Ooo.. Razif… Hmm.. anak orang kaya rupanya…” Umairah duduk di kerusi yang disediakan sambil mengunyah keropok. Tidak lama kemudian, Umar tiba dengan motosikalnya.

“Along ni, kesian adik along ni tau tunggu sorang kat sini…” Umairah merungut sambil melangkah ke arah Umar.

“Ala… Irah, along penat tau balik tadi… Kesian along..” Umar sengaja mengusik adiknya.

“Macam-macam lah along ni. Bukan jauh pun tempat kerja along. Penang je…” Umairah memakai topi keledar. Sebaik sahaja duduk di tempat pembonceng, Umairah memeluk Umar kuat. Takut juga dia naik motor dengan alongnya, asyik merempit ja..

*****

“Mama, Razif tak mahu kahwin dengan Lia. Kami kawan ja. Lagipun Lia ni kan sepupu Razif…” Razif mengurut lehernya. Dahlia yang duduk berhadapan dengan Razif menganggukkan kepalanya.

“Betul Mak Long, Ibu… Lia dengan abang memang tidak ada apa-apa hubungan…” Lia memandang Datin Noridah dan ibunya bersilih ganti.

“Hmm.. macam ni lah kak, Ina rasa, ada benarnya kata-kata mereka ni… Ina rasa mungkin ini bukan jodoh mereka…” Puan Salina berkata sambil memandang wajah Datin Noridah.

“Akak pun rasa macam tu juga… Beria-ia mereka menolaknya.. Hah.. kamu berdua nanti bila dah ada calon, bawa jumpa kami… jangan nak sorok pula…” ujar Datin Noridah sambil merenung tajam ke arah Razif dan Dahlia. Sengaja dia merenung anak dan anak buahnya. Mereka hanya tersenyum.

Hati Dahlia melonjak gembira. “Err, sebenarnya Lia dah ada…” kata Dahlia perlahan. Razif yang berada di hadapannya menjongket kening.

*****

“Irah, kau pergilah rehat. Kesian along tengok kau kerja siang malam. Siang masuk office, malam pula jaga kedai…” ujar Umar ingin mengambil dulang yang berisi pinggan dan gelas kotor dari Umairah.

“Along ni, inikan dah memang kerja Irah. Lagipun takkan nak bagi ibu jaga kedai ni seorang diri?… Kak Zah cuti bersalin, tinggal Kak Ain saja…” Umairah mengeraskan pegangannya.

“Bukan itu maksud along. Kebetulan along dah bertukar ke sini, biarlah along yang tolong ibu pula. Irah datang jenguk-jenguk sudah la…” ujar Umar sambil merampas dulang dari tangan Umairah.

“Baik-baik along. Karang jatuh pula dulang tu..” Umairah mengingatkan abangnya yang bersemangat malam itu.

“Kamu berdua ni, kalau tak bertekak tak sah. Tu ada pelanggan baru datang. Irah, pergi ambil order. Kamu Umar, basuh cepat sikit pinggan dengan gelas kotor tu… Ibu nak balik rumah sekejap..” arah Puan Mahani apabila melihat anaknya bertekak di pintu dapur. Ain yang sedang menyiapkan pesanan bihun sup hanya tersenyum melihat telatah keluarga Puan Mahani.

“Kak Ain, senyum panjang nampak… Mentang-mentang la along ada di sini…” Umairah mengusik Ain, tunang abangnya.

“Ish.. Irah ni. Akak senyum pun salah. Tu, pelanggan dah panggil tu.. Cepat…” kata Ain dengan muka kemerahan. Umairah melangkah ke arah yang ditunjukkan Ain sambil memegang pen dan kertas.

“Eh!! Macam pernah nampak je abang ni? Tapi di mana ya?” Umairah berkata sendiri. Razif?

“Razif belanja hari ni mama.. Dah lama tak makan bihun sup..” ujar Razif. Datin Noridah menggeleng kepala. Dahlia di sebelah ketawa. Walaupun Datin Noridah memegang title “Datin”, tetapi dia tidak kisah hendak makan di mana sahaja, sama ada di gerai ataupun di restoran.

“Minum?” Umairah bertanya setelah keluarga itu duduk.

“Teh o’ ais satu” Datin Noridah membuat pesanan.

“Lia nak sirap..” Dahlia memandang Razif. Razif yang sedang menarik kerusi untuk duduk terkejut melihat Umairah.

“Razif?” Datin Noridah bertanya sambil menampar lembut bahu anaknya.

“Abanggg…” Dahlia memanggil Razif. Umairah tersentak apabila mendengar gadis disebelah Razif memanggil Razif dengan panggilan “abang”.

“Err.. minum.. err.. err.. limau ais satu..” Tergagap-gagap Razif membuat pesanan. Dia terleka memandang wajah Umairah. “Macam kenal je..” Hati Razif berbisik sendiri.

“Makan?” Umairah bertanya lagi. Sebolehnya dia ingin berlalu cepat dari tempat itu kerana tidak selesa dengan renungan Razif.

“Bihun sup daging… erm.. tiga…” Datin Noridah memandang Dahlia dan Razif. Dahlia dan Razif mengiakan.

“Kenapa Zif?” Datin Noridah bertanya sambil memandang Razif. Razif sekadar menggeleng kepalanya.

“Hmm.. budak dalam bas tu rupanya, err.. Ummi, Umai.. Hah!! Umairah…” Razif tersenyum apabila berjaya mengingati siapa gadis yang mengambil pesanan tadi. Datin Noridah dan Dahlia membalas pandangan melihat Razif tersenyum sendirian.

“Eh! Zif, mama nak ke kedai serbaneka tu sekejap…” Datin Noridah bangun dari duduknya.

“Lia ikut mak long ya…” Dahlia turu bangun sambil mengambil beg tangannya. Razif hanya mengangguk.

*****

“Kenapa Irah?” Umar bertanya apabila melihat adiknya termenung sambil menunggu dirinya menyiapkan pesanan air.

“Tak adalah along. Lelaki tu, orang yang tolong Irah dalam bas…” Umairah mengeluh sambil menunjuk ke arah Razif. “Dia dah kahwin rupanya…” hati Umairah berkata sendiri. Entah mengapa dirinya dihimpit perasaan sedih. Memang sudah lama dia berharap untuk bertemu semula dengan lelaki yang telah menolong dirinya.

“Nah, hantar minuman ni…” Umar meletakkan tiga gelas ke atas dulang.

“Err.. along tolong hantarkan… Irah sakit perut la… nak ke tandas sekejap..” Umairah memegang perutnya. “Aku kena lupakan dia… hmm.. aku bukan seperti Sherry…” kata Umairah perlahan sambil mengeluh.

“Ok… along pun nak tengok juga rupa orang yang selamatkan adik along ni…” Umar mengangkat dulang. Umar melangkah ke arah meja Razif. “Hmm.. dia sorang je.. Boleh la aku cakap dengan dia..” Umar meletakkan air di atas meja.

“Bro, aku ada hal sikit nak cakap ni…” Umar sengaja mengeraskan suaranya.

“Hah? apa hal bang?” Razif mendongak memandang Umar. Umar mengecilkan matanya merenung Razif tajam.

“Eh! ni kenapa pula? Jangan-jangan ni pakwe budak tu tak? Habislah aku.. Dah la dari tadi aku dok usha budak tuu…” Razif menutur di dalam hati. Razif kerisauan. Umar tiba-tiba saja ketawa. Geli hatinya melihat muka Razif berkerut seribu itu.

“Relaks bro… Aku nak ucap thanks kat kau… Sebab kau tolong aku bagi hadiah…” kata Umar sambil ketawa.

“Hadiah?” Razif keliru.

“Yer la… Kau Razif kan? Kau yang tolong Irah, adik aku.. yang tumbuk lelaki tua gatal tu?” laju Umar bertanya.

“Owhh.. Umairah ke?… Ingatkan apa tadi.. Ye bang… benda kecil jer… Saya pun ada adik bang…” kata Razif sambil menarik nafas lega. “Abang dia rupanya..” bisik Razif perlahan.

“Itu ke adik kau?” Umar bertanya. Umar menunjuk ke arah Dahlia. Dahlia dan Datin Noridah baru sahaja keluar dari kedai serbaneka.

“Eh, bukan… Itu sepupu saya..” Razif menggeleng perlahan. Hati Razif menjadi panas tiba-tiba. “Adik saya, Syifa… Dia dah tiada… dia dirogol dan DIBUNUH!”. Kata-kata Razif membuatkan Umar terdiam.

*****

Setahun kemudian…

“Ibu, Along…” panggil Umairah. Puan Mahani yang sedang sedang menyiapkan sarapan di dapur mengangkat kepala apabila Umairah memanggilnya. Umar yang sedang meneguk teh turut berpaling memandang adiknya.

“Irah dah nak pergi ni..” Umairah menyalami Puan Mahani dan Umar. Puan Mahani mengangguk sambil tersenyum. “Minumlah sikit Irah. Nanti gastrik pula….” Puan Mahani menghulur secawan teh. Umairah mengangguk. Dia meneguk teh sambil mengambil beberapa beberapa keping roti yang disapu jem buah-buahan lalu melangkah keluar dari rumah. Puan Mahani menggeleng kepalanya melihat telatah anak gadisnya.

Umairah memberhentikan keretanya di hadapan Syarikat Meriah Jaya. Dia keluar lalu mengambil beg kerjanya di tempat duduk belakang. Umairah melangkah ke tempatnya.

“Irah, awal kau hari ni?” Suzi bertanya.

“Awal apanya, lagi 5 minit nak pukul 8… Kau ni, saja nak perli aku lah tu…” Umairah menarik muka masam.

“Tak eloklah kau buat muka macam tuu… 5 minit tu kira awal apa…” Suzi terus mengusik Umairah. Umairah menarik senyum panjang. “Okey Miss Suzi, aku senyum macam ni..”

“Hah.. tu baru macam Umairah..” Suzi mengangkat tanda okey. Kamal dan Aisyah, rakan sekerja Umairah turut ketawa.

“Ehemm…” suara Mr. Kang menghentikan tawa mereka. “Alamak, bos…” Umairah, Suzi, Kamal dan Aisyah berdiri serentak.

“Umairah, I ada kerja sikit untuk you. Masuk bilik I sekejap…” Mr. Kang melangkah ke biliknya. Umairah melangkah mengekori Mr. Kang.

“Yes, Mr. Kang..” Umairah bertanya.

“Sebenarnya hari ni I kena supervise preparation untuk majlis makan malam syarikat kita di Sungai Petani. At the same time, I ada meeting dengan pihak Alam Sekitar pagi ni. So, can you gantikan I untuk supervise preparation tuu?” Mr Kang memandangnya.

“Err.. but, saya masih baru sahaja Mr Kang… Lagipun, Suzi lagi layak rasanya..” Belum sempat Umairah meneruskan katanya, Mr Kang mengangguk perlahan.

“Yes, I know but I percaya kebolehan you…” kata-kata Mr Kang membuatkan Umairah terharu kerana dipilih untuk mewakili bosnya bagi meninjau kerja-kerja persiapan untuk majlis makan malam tahunan syarikat. “Bangganya….” jerit Umairah di dalam hati.

“Kalau Mr Kang dah cakap begitu, baiklah. Saya pergi..” Umairah mengangguk.

*****

“Wahh.. besarnya dewan…” Pertama kali Umairah menjejakkan kakinya ke Dewan Mahligai, Teratai Resort. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dewan, dia terus membuat kerjanya. Dua jam kemudian, Umairah dikehendaki ke Yen Gallery untuk memilih door gift.

“Cik nak drive sendiri atau ikut saya?…” Liza, ketua persiapan majlis bertanya. “Saya naik van syarikat saja Cik…” sambung Liza lagi.

“Saya ikut kamu saja, saya tak biasa jalan di sini..” Umairah mengekori Liza ke arah van syarikat. Setibanya dia di Yen Gallery, Liza terus menunjukkan beberapa contoh hadiah yang telah dipilihnya. Kini, Umairah hanya perlu memilih satu daripadanya.

“Hmm… saya rasa, mug silver ini sesuai untuk door gift. But can you make a small ribbon at the holders. And selitkan card ucapan terima kasih… Is it okey?” Umairah memandang Liza.

“Tak perlu letak dalam kotak ke Cik?” Liza inginkan kepastian.

“Tak perlu because bentuk mug ni sangat unik, so bila kita letak dalam kotak, nampak macam mug biasa. And for the ribbon, saya nak color biru lembut..” terang Umairah lagi.

“Betul juga kata Cik. Nanti saya inform pihak Yen Gallery…” Liza mengangguk setuju. Sejam kemudian, mereka pulang ke Teratai Resort semula. Sebaik sahaja Umairah ingin membuka pintu kereta untuk pulang ke Syarikat Meriah Jaya, dia terdengar seseorang memanggil namanya.

“Umairah! Umairah!”. Umairah berpaling ke arah suara itu.

“Eh! Razif ke tu?” Umairah gembira melihat gerangan orang yang memanggil namanya. Tiba-tiba dia teringat akan gadis yang berada di sebelah Razif beberapa bulan lepas. Tawar hatinya untuk menegur Razif. Razif mendekatinya. Sudah lama dia ingin berjumpa dengan Umairah.

“Hai, ingat saya lagi?” Razif bertanya.

“Ni abang yang tolong saya kan?” Umairah sengaja bertanya.

“Yup, saya… Ingatkan dah tak kenal tadi.. lama tak nampak awak di kedai..” Razif tersenyum. Umairah tergamam. Hatinya tiba-tiba berasa sedih apabila mengenangkan penyelamatnya itu sudah berkahwin.

“Kenapa tak kenal pula… Family abang kan pernah makan di kedai mak saya…” Umairah cuba menceriakan wajahnya.

“Jadi Mai tolong ibu Mai?… Eh, Mai kerja ke?” Razif bertanya. Umairah terkejut apabila Razif memanggilnya Mai.

“Err.. tak apa kan kalau saya panggil awak Mai?” tanya Razif ragu-ragu. Umairah mengangguk kepalanya.

“It’s okey.. Yer, selalunya selepas kerja Mai tolong ibu di kedai. Cuma lately sibuk sikit. Mai ada kerja sikit sebenarnya, sebab itu Mai ada di sini…” Umairah membahasakan dirinya dengan nama Mai. Razif yang mendengar kata-kata Umairah tersenyum gembira.

“Mai kerja dengan Syarikat Meriah Jaya? Pemilik syarikat tu Datuk Hashim kan?” laju Razif bertanya. “Pekerja abah ke?” Razif berkata sendiri. Seingatnya, hanya Syarikat Meriah Jaya, syarikat abahnya yang menempah dewan di resort minggu itu.

“Yup.. kenapa?” Umairah memandang Razif pelik. Tanpa menjawab pertanyaan Umairah, Razif tersenyum panjang. “Macam kebetulan saja kan?” jawab Razif.

“Lain yang ditanya, lain pula mamat ni jawab. Ish, apa kau buat ni Irah. Tu laki orang la…” bisik Umairah di dalam hati.

“Err.. sebenarnya saya ada kerja lagi… Maaf ye bang..” Tanpa menunggu balas dari Razif, Umairah masuk ke dalam keretanya lalu memecut keluar dari kawasan resort itu. Razif menggaru-garu kepalanya kehairanan.

*****

“Razif tengok Tv atau Tv yang tengok Razif?” Datuk Hashim menegur anaknya yang termenung jauh. Hari ini dia sengaja pulang awal.

“Eh, abah… Razif tengok Tv lah..” Razif membetulkan duduknya. “Baru pukul 5, awal abah sampai rumah hari ini?”

“Sengaja abah balik awal.. Sejak bila Razif belajar tamil?” Datuk Hashim bertanya lagi sambil memandang TV di hadapannya.

Alamak! Channel tamil rupanya. “Err.. Err..” Razif tersenyum malu lalu mengubah channel TV.

“Mama paksa Razif lagi ke?” Datuk Hashim menggeleng perlahan apabila mengenangkan isterinya yang berusaha mencari calon isteri untuk Razif.

“Eh, bukan abah. Hal tu, mama dah serahkan kepada Razif untuk cari sendiri…” laju Razif menjawab. “Jadi?” Datuk Hashim mendesak anaknya.

“Erm.. Razif nak tanya abah.. Nanti, makan malam syarikat Razif boleh join tak?” soalan Razif benar-benar mengejutkan Datuk Hashim.

“Eh! Selalunya abah yang paksa kamu pergi, sekarang, siap tanya lagi boleh pergi ke tak.. Razif.. Razif.. Kamu kan anak abah, mestilah boleh join…” Datuk Hashim memandang anaknya pelik.

“Majlis tu bila abah?” Razif bertanya lagi tanpa menghiraukan pandangan pelik Datuk Hashim.

“Hujung minggu ni ja… kenapa? Kamu nak join ke?” tanya Datuk Hashim.

“Razif nak join, abah.. Err.. Razif nak keluar sekejap…” Razif mengambil kunci keretanya lalu melangkah keluar dari rumah.

“Eh! Abang.. awal balik hari ni? Mana Razif?” Datin Noridah muncul dari dapur. Dia melangkah duduk di sebelah suaminya.

“Hmm.. dia keluar… Kenapa dengan Razif tuu Idah? Tiba-tiba saja tanya abang tentang majlis makan malam syarikat..” Datuk Hashim bertanya.

“Idah pun tak tahu bang… Sejak tengah hari tadi Idah tengok dia asyik termenung. Lagi satu, tadi dia ada bertanyakan tentang pekerja baru di syarikat abang… Setahu saya, abang pernah cakap yang Mr Kang ada pekerja baru kan? Apa namanya.. Umai.. Umairah.. terkejut saya bang…” bersemangat Datin Noridah menceritakan perihal kelakuan pelik anak lelakinya.

Datuk Hashim tersenyum memandang isterinya. “Idah janganlah paksa dia lagi untuk cari calon… Kalau dah tiba masanya, pasti Si Razif tuu bawa pilihannya untuk jumpa awak…” Datuk Hashim menasihati isterinya.

“Saya dah serahkan semuanya kepada Razif bang… Biarlah, siapa saja pilihannya saya tak kisah.. Yang penting Razif gembira…” tenang Datin Noridah menjawab. Ya, dia hanya mahukan Razif bahagia. Kini, hanya Razif sahaja permata hatinya setelah arwah Syifa meninggalkan dirinya.

*****

“Eh! ada orang hantar barang la…” Suara Suzi memecah sunyi pagi itu. Teruja dia melihat Kamal membawa satu bungkusan.

“Barang? Siapa hantar?” tanya Aisyah. Dia yang baru duduk di kerusinya mengangkat kepalanya memandang Suzi.

“Ada seorang brader ni bagi kat aku. Dia kata ada orang mintak dia hantar ke bahagian korporat Syarikat Meriah Jaya. Aku pun ambillah…” terang Kamal sambil tersenyum. “Kau reka je cerita kata ada orang bagi…” kata-kata Razif, sepupunya bermain di kepala Kamal.

“Eh, ada kad..” Suzi membukanya lalu ketawa.

“Kenapa kau gelak pula…?” Aisyah hairan melihat Suzi.

“Irah ada peminat laa…” kata Suzi sambil mengambil bungkusan itu lalu meletakkan bungkusan itu di atas meja Umairah.

“Siapa sebut nama aku pagi-pagi ni hah??” Umairah melangkah ke mejanya.

“Tu, ada orang bagi barang… Bukaklah, aku pun nak tengok juga…” gesa Aisyah. Suzi dan Kamal mengerumuni meja Umairah.

“Barang? Korang ni, aku baru ja masuk opis, dah menyemak kat meja aku…” kata-kata Umairah langsung tidak memberi kesan kepada Aisyah, Kamal dan Suzi. Sebalikya mereka menggesa Umairah untuk membukanya. Terkejut Umairah melihat isi bungkusan yang diterimanya. Sehelai gaun labuh berwarna koko.

“Wahhh.. cantiknya…” Suzi membelek-belek gaun labuh Umairah. Umairah yang masih terkejut hanya mampu memegang kad yang diselitkan di bungkusan itu.

“Awak, saya harap awak pakai gaun ini waktu dinner nanti…” Kamal mengambil kad itu lalu membaca kuat isi kandungan kad tersebut.

“Wahh… nanti kau pakailah gaun ni.. mesti sesuai dengan kau…” ujar Aisyah sambil memadankan jubah itu di tubuh Umairah.

“Nice… pandai abang you pilih Umairah…” suara Mr kang mengejutkan mereka berempat. Mr Kang tersenyum nipis.

“Abang? Abang Umar?” Umairah keliru. Siapa “abang” itu?

“Mr Kang kenal ke orang yang bagi barang ni Kamal?” Suzi bertanya setelah Mr. Kang melangkah ke biliknya. “Entah..” Kamal mengangkat bahunya pura-pura tidak tahu.

*****

“Along cakap la betul-betul… Along ke yang bagi gaun ni?” Umairah memaksa Umar mengaku.

“Ya Allah budak ni… Dah berapa kali along beritahu, bukan along yang bagi gaun tu… Cuba tanya ibu, petang tadi, along jaga kedai kan bu? Kalau along nak bagi pun, along bagi dekat kak Ain kamu… buat apa nak bagi dekat Irah…” usik Umar sambil memandang Puan Mahani. Umairah mencabik.

“Betul tu Irah. Along tolong ibu jaga kedai petang tadi… Siapa yang bagi gaun ni Irah? Cantik ibu tengok gaun ni, pandai bakal menantu ibu pilih…” Puan Mahani mengusik Umairah.

“Bakal menantu apanya.. pengecut adalah. Kenapa dia tak bagi sendiri…” Umairah merungut. Umairah bangun sambil mengambil gaun labuh itu lalu membawa diri ke dalam bilik. Umar menggeleng kepalanya.

“Ibu, Umar tahu siapa bakal menantu ibu itu..” Umar memberitahu perlahan.

“Siapa? Ok ke budak tu?” Puan Mahani berbisik, takut-takut didengari Umairah.

“Bagus budak tu ibu… Dia ajak Umar pergi beli sebab dia tak tahu saiz Irah…” cerita Umar lagi. Umar menceritakan semuanya tentang Razif kepada ibunya.

“Tapi bila masa along pergi? Bukan along jaga kedai tadi?” soal Puan Mahani pelik.

“Umar pergi tak lama pun ibu… Tadi Umar suruh Ain jaga kedai sekejap…” Umar menyandar badannya ke sofa.

“Kalau boleh, ibu nak sangat menantu ibu tu bukan seperti ayah kamu. Memanglah sudah takdir hidup ibu seperti ini, ibu redha.. Cuma ibu nak sangat tengok Irah hidup bahagia sampai ke anak cucu. Kamu Umar, jangan sia-siakan Ain tu…” Puan Mahani membetulkan duduknya. Dia sebolehnya ingin menyembunyikan kesedihan yang bertamu di dadanya. Dia risau apabila mengenangkan darjat keluarga Razif yang tidak setanding dengan keluarganya. Dia ragu-ragu dengan pilihan Umar.

Umar yang mendengar harapan ibunya terdiam. Bila mengingat kembali perbuatan ayahnya, perasaan marah Umar membuak-buak. Tetapi memikirkan bahawa ayahnya telah tiada, perasaan marah tadi perlahan-lahan menjadi simpati. Ya, ayahnya hanya tersilap langkah. Semuanya kerana pangkat, wang dan kuasa…

“Umar rasa Umar kena cerita benda ni dekat ibu, ibu jangan marah Irah, Irah tak nak ibu risaukan dia… sebenarnya Razif…” Umar membuka cerita tentang kejadian di atas bas yang melibatkan Umairah dan pak cik gatal itu. Juga diceritakan perihal arwah Syifa, adik Razif.

“Ya Allah…” Puan Mahani terkejut mendengar cerita Umar. Kini, Puan Mahani yakin dengan pilihan Umar.

*****

Umar yang sedang duduk di kaunter terkejut apabila Ain menghulurnya segelas air. “Kesian awak, letih yer?” ujar Ain.

“Hmm.. tapi sekarang pelangan pun dah kurang dah… Tunggu malam nanti pula, mesti ramai lagi… hari minggu macam ni lah..” Umar meneguk minumannya.

“Irah jadilah nak pakai gaun tuu malam ni?” Ain duduk di hadapan kaunter.

“Dia tak pakai… Dia pakai jubah dia warna koko… Dia kata dia nak tengok siapa yang beri gaun itu dahulu…” Umar mengurut lehernya. “Macam mana?” tanya Ain kehairanan.

“Sebenarnya ada 2 kad yang si Razif tu selit. Kad yang pertama tu, dia suruh Irah pakai gaun tu, kad yang kedua dia kata nak jumpa Irah kat depan pintu dewan jam 8.30 malam…” terang Umar. Dia teringat riak muka Umairah apabila menemui kad yang kedua.

“Razif.. Razif, kan senang kalau dia ajak betul-betul… Irah tahu tak Razif tu anak pemilik syarikat tempat dia kerja?” Ain menggeleng-geleng kepalanya.

“Tak tahu lagi. Kata Razif malam ni dia nak kenalkan dengan parents dia… Risau saya, awak.. Mereka kan ada pangkat, kita ni mana sama level dengan mereka…” Umar meluahkan rasa risaunya. Sememangnya perkara itulah yang asyik bermain di kepalanya.

“Awak jangan risaulah. Tempoh hari, mak Razif pun ada makan di kedai ni, saya rasa family dia bukan jenis yang pentingkan pangkat…” Ain cuba menenangkan tunangnya. Umar tersenyum.

“Kenapa senyum pula? Betul apa yang saya cakap.. Awak sendiri yang tengok kan family Razif tempoh hari…?” Ain kehairanan.

“Saya senyum sebab adik saya dah besar dah, awak… Tak sabar nak tengok dia bersuami. Terima kasih awak, sebab sanggup tunggu saya…” ujar Umar sambil memandang Ain.

“Awak, saya tahu awak nak lihat adik awak kahwin dulu, saya faham… Awak tak mahu lelaki yang hidup dengan adik awak nanti perangainya macam arwah ayah awak kan?” Ain bertanya lembut.

“Itu salah satu sebabnya… Saya kalau boleh nak tengok dia bahagia dulu, baru saya nak fikir tentang saya pula.. Kalau saya kahwin dulu, kesian dekat ibu nak fikirkan Irah sorang diri…” ujar Umar lagi sambil menongkatkan dagunya.

“Saya yang patut ucap terima kasih dekat awak.. Saya bukannya cantik sangat. Belajar pun tak pandai. Kita bertunang ni pun saya dah berasa bersyukur sangat.. Gembira sangat-sangat… Ada juga orang yang nak dekat saya,…” Ain membebel seorang diri.

“Kalau orang tu tak cantik, tak adanya anak mak cik ni termenung di siang hari…” suara Puan Mahani mengejutkan Ain dan Umar. Puan Mahani tersenyum. Dia mendengar semuanya yang mereka berdua bualkan. Kak Zah yang berada di sebelah Puan Mahani tersengih.

“Mak cik..err.. er..” Ain tergagap-gagap menyusun ayat. Umar yang menongkat dagu di kaunter tersengih.

“Mak cik gembira sebab Ain yang menjadi pilihan Umar. Mak cik dah lama berkenan dengan kamu…” kata Puan Mahani. Muka Ain kemerahan menahan malu.

*****

“Irah, kenapa tak pakai gaun cantik tuu?” tanya Suzi apabila melihat Umairah hanya memakai jubah koko berlabuci. Aisyah di sebelah kehairanan.

“Aku tahu jubah aku tak cantik….” Umairah bersuara sedih.

“Kau ni, bukan itulah maksud aku… Lagi satu, kau kata jubah macam ni tak cantik? Tak patut…” Suzi menggeleng kepalanya. Aisyah ketawa.

“Kenapa kau tak pakai gaun tu?” Aisyah mendesak Umairah agar menjawab soalan Suzi.

“Saja.. Lagipun, tujuan aku datang malam ni sebab aku nak tengok dulu si pengecut tu. Dia kata dia nak jumpa aku dekat pintu dewan jam 8.30 nanti, then lepas jumpa, aku nak bagi balik gaun tu. Apa dia ingat aku ni perempuan materialistik?…” jawapan Umairah membuatkan Aisyah dan Suzi ternganga. Mereka hanya mampu memandang Umairah berjalan ke pintu dewan. Sudah hampir jam 8.30 malam.

“Macam mana ni Suzi?” Aisyah menarik lengan gaun Suzi. Suzi yang terkejut dengan jawapan Umairah tidak mampu memikirkan jalan keluar.

“Kenapa ni?” Kamal yang baru tiba mengambil tempat di sebelah Aisyah.

“Irah kata dia nak pulangkan gaun itu” jawab Aisyah. Kamal yang duduk di sebelah terlopong.

“Irah nak pulangkan? Gaun yang abang Razif yang hantar tuu?..” Kamal tak senang duduk. Suzi mengangguk. “Mana Irah?” Kamal melihat di sekeliling dewan mencari kelibat Umairah.

“Sepupu kau nak ‘surprise’kan dia di depan pintu dewan… Jadi sekarang Irah ada di depan pintu dewan..” terang Suzi. “Itulah, kan aku cakap, suruh sepupu kau tu terus terang.. senang..” sambung Suzi lagi. Dia ingat lagi betapa terkejutnya dia dan Aisyah apabila Kamal memberitahu bahawa dia dan Razif adalah sepupu dan Razif yang memberi gaun itu.

“Aku nak pergi tengok dia…” Aisyah bangun lalu melangkah ke arah pintu. Kamal dan Suzi turut mengekori Aisyah.

*****

“Mana ni? Dah pukul 8.40 dah…” Umairah berdiri di sebalik pokok berhadapan dengan pintu dewan.

Kelibat seorang lelaki yang berkot berwarna koko gelap menarik perhatian Umairah. “Hmm.. tu kut orangnya. Warna kot sama dengan warna gaun ni..” Umairah membelek gaun yang terlipat elok di tangannya.

“Eh, tu bukan Aisyah ke? Kamal dengan Suzi pun ada?” Umairah terkejut melihat rakannya turut berada di pintu dewan. “Eh, abang Razif…” Terbuntang mata Umairah apabila melihat lelaki yang berkot koko itu adalah Razif.

“Eh, kamu ni siapa? Kamal, Mana Mai?” Razif bertanya. Terkejut dia apabila melihat mereka bertiga berlari ke arahnya.

“Encik Razif, saya tahu encik yang beri gaun tu kepada Irah, tetapi…” kata-kata Aisyah terhenti apabila Umairah tercegat di belakang Razif. Niat Aisyah hanya ingin memberitahu Encik Razif tujuan Umairah hadir pada malam itu. Dia sangka dia mampu melengahkan masa agar Encik Razif dapat memikirkan jalan penyelesaian apabila Umairah memulangkan gaun itu.

“Mai ada di belakang saya ke?” perlahan Razif bertanya Aisyah. Aisyah mengangguk perlahan. Razif memusingkan badannya perlahan.

“Jadi, korang pun tahulah mamat ni yang bagi gaun tu..” Umairah bersuara. Kamal, Suzi dan Aisyah tunduk. “Tapi korang diamkan.. Hmm.. korang tak kenal aku lagi ke?” mendatar suara Umairah bertanya.

“Irah, kau jangan fikir bukan-bukan..” Aisyah menyiku Kamal menyuruhnya berkata sesuatu. Suzi hanya mampu mendiamkan dirinya.

“Betul Irah… Lagipun Razif ni sepupu aku… Aku tak berani nak beritahu kau..” Kamal membela dirinya. Hanya Mr Kang, Suzi dan Aisyah yang tahu dia adalah sepupu kepada Razif.

“Korang ingat aku ni perempuan materialistik ke? Aku tahu aku siapa… Aku bukan orang senang macam korang…” air mata Umairah mengalir perlahan. Dia sedar asal usulnya. Suzi anak kepada pasangan doktor pakar, Aisyah pula anak kepada pensyarah UUM manakala Kamal, dia tidak tahu. Lelaki itu terlalu berahsia dengannya.

“Sepupu? Tapi macam mana dia ni boleh ada sekali dalam dinner ni?” tanya Umairah lagi sambil menunjuk kepada Razif.

“Err.. err.. Encik Razif ni anak Datuk Hashim..” Suzi memberitahu.

“What??” Umairah terkejut.

“Mai, dengar dulu penjelasan saya… saya tak anggap awak materialistik… saya ikhlas…” bersungguh-sungguh Razif menerangkan.

“Ikhlas?? Macam inilah, sekarang Mai hendak pulangkan semula gaun ini kepada abang… Berilah kepada orang yang layak… Ada lagi orang yang layak dari Mai…” Umairah menyerahkan gaun itu. “Bagi dekat bini kau!!” kata-kata itu hanya terluah di dalam hati Umairah.

“Siapa lagi yang layak kalau bukan Mai, abang sukakan Mai…” Razif enggan menerima gaun itu. Aisyah, Suzi dan Kamal tersenyum mendengar luahan Razif itu. Umairah pula berasa sebaliknya.

“Hei, dengar sini. Aku cakap baik-baik kau tak mahu dengar… First, aku nak ucap terima kasih sebab tolong tempoh hari. Second, tentang gaun ini… Aku sarankan agar kau berilah kepada bini kat rumah tu… Aku tak suka kau. Aku tak suka lelaki yang sudah berkahwin mengaku masih bujang…” Umairah meluahkan amarahnya.

Kemudian dia memandang Aisyah, Suzi dan Kamal. “Aku tak marah korang, Cuma aku terkilan dengan korang sebab biarkan aku tertanya-tanya sendiri siapa yang beri aku gaun ini. Aku balik dulu. Sesak nafas aku lama-lama di sini…” Umairah melangkah ke kereta lalu menutup pintu kereta.

“Mai! Mai! Tunggu dulu…!” Razif mengejar Umairah. Namun, Umairah lebih laju. Umairah lantas memecut keretanya tanpa menoleh belakang lagi. Hatinya sakit dengan permainan Razif. Dia tidak mahu dirinya digelar perampas.

Tiba-tiba, dia terbayang wajah Puan Mahani. Umairah tidak mahu nasib wanita yang bersama Razif di kedai tempoh hari seperti ibuya. Ya, ibunya dicerai gara-gara perempuan mata duitan yang menggoda ayahnya. Ayahnya yang baru dinaikkan pangkat menjadi lupa daratan apabila dilimpahi kemewahan. Sherry. Itulah nama yang menyebabkan ibunya diceraikan talak tiga oleh ayahnya.

“Irah bukan seperti Sherry, ibu.. Bukan!!!” jerit Umairah di dalam kereta. Dia tidak terus pulang ke rumah sebaliknya dia pergi melencong ke Stadium Darul Aman. Dia duduk di taman permainan bersebelahan stadium itu.

Sebaik sahaja Puan Mahani diceraikan, Puan Mahani seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. Umar yang melihat keadaan ibunya begitu terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dia akhirnya bekerja di sebuah kilang. Umar tidak membenarkan Umairah berhenti sekolah kerana dia ingin melihat adiknya menyambung cita-citanya yang ingin ke menara gading.

Nasib mereka baik kerana bertemu dengan keluarga Ain. Ayah Ain, Pak Zain merupakan seorang pengamal perubatan Islam. Alhamdulillah, selepas setahun Puan Mahani berubat dengan Pak Zain, keadaan Puan Mahani kembali normal. Seminggu kemudian, Umairah mendapat berita bahawa ayahnya telah mengahwini Sherry.

Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila ayahnya dan Sherry terlibat dalam kemalangan. Mereka tidak dapat diselamatkan. Ada cerita yang mengatakan bahawa kemalangan itu disabotaj kerana ada orang yang cemburu dengan ayahnya yang dapat mengahwini Sherry. Setahun kemudian, Umar pula menyatakan hasratnya untuk bertunang dengan Ain.

Sebelum bertunang, Umar ada menyatakan hasratnya yang ingin berkahwin setelah Umairah berkahwin. Pak Zain bersetuju setelah Ain menyatakan persetujuannya. Air mata Umairah mengalir mengenangkan pengorbanan abangnya. Sebulan selepas Puan Mahani pulih, abangnya mendapat pekerjaan yang lebih baik di Pulau Pinang.

*****

Kamal, Aisyah dan Suzi berlari ke arah Razif yang terduduk di bahu jalan. Razif kepenatan.

“Abang Razif dah kahwin ke?” tanya Kamal.

“Aku mana kahwin lagi la… Kau ada terima kad jemputan ke dari Mak Long?” jawab Razif geram. Kamal menggeleng kepalanya.

“Habis, kenapa Irah kata encik dah kahwin?” tanya Suzi kehairanan. Razif mengangkat bahu sambil memegang erat gaun yang ditinggalkan Umairah.

*****

“Irah, Irah ada di mana sekarang?” suara Umar memecah gegendang telinganya. Umairah mendiamkan dirinya. Dia sebak mendengar suara abangnya. Umar yang masih di kedai mula berasa tidak sedap hati.

“Irah! Irah! Dengar tak?” tanya Umar lagi. Baru sebentar tadi Razif menelefonnya bertanya tentang Umairah. Tiba-tiba dia terdengar esakan kecil.

“Along… Irah bukan macam Sherry… Bukan..” Umairah menangis. Umar terkejut apabila nama arwah Sherry keluar dari mulut Umairah.

“Irah! Irah tunggu di situ. Irah ada di taman permainan tu kan?” tiba-tiba Umar teringat akan tabiat Umairah yang gemar duduk bersendirian di taman permainan bersebelahan Stadium Darul Aman. Dia lantas menamatkan panggilan. Lalu mengambil kunci motornya. Puan Mahani dan Ain yang sedari tadi kerisauan hanya mampu mendoakan agar gadis itu selamat.

“Kak Zah tolong jaga kedai sekejap… Ain tolong tengokkan ibu ya.. Umar nak pergi stadium…” kata Umar sambil mendail nombor seseorang. “Kau tunggu situ. Aku pergi sana..” Selesai sahaja membuat panggilan itu, Umar terus memecut motornya membelah kepekatan malam.

*****

“Irah! Irah!” Umar membuka pintu kereta Razif lalu menjerit memanggil Umairah. Dia risau kalau-kalua Umairah membuat kerja bodoh. Razif menanggalkan kotnya lalu mengekori Umar.

“Along…” tangisan Umairah semakin menjadi-jadi. Namun sebaik sahaja melihat kelibat Razif di belakang Umar, Umairah terduduk.

“Kenapa along datang dengan dia!.. Dia ni penipu, along.. Along tak tahu…” Umairah menjerit marah. Umar yang melihat keadaan Umairah yang seolah-olah tidak sedarkan diri lantas memeluk Umairah kuat.

“Lepaskan Irah, along… Irah bukan macam Sherry.. bukan!!!” Umairah meronta di dalam pelukan Umar. Razif yang terkejut dengan reaksi Umairah hanya mampu menundukkan kepalanya. Dia berasa sedih kerana Umairah mengatakan dirinya penipu.

“Dia tipu Irah, along… Along kena percayakan Irah…” Umairah mengurut dadanya. Dia berasa sakit hati kerana berasa dipermainkan. “Kalaulah dia tak datang makan di kedai ibu, mungkin sampai bila-bila aku tak tahu yang dia sudah berkahwin..” Umairah berkata di dalam hati. Tiba-tiba..

Pangg!!!

Umairah terdiam. Razif ternganga. Umar melepaskan pelukan lalu duduk disebelah adiknya. Umar memeluk bahu Umairah pula.

“Maafkan along Irah…” terbit rasa bersalah kerana menampar Umairah. Dia tahu dia tak sepatutnya menampar Umairah semata-mata kerana ingin menghentikan rontaan Umairah, tetapi dia tidak mampu berfikir cara lain untuk menenangkan adiknya. Umairah menangis perlahan.

“Cukuplah untuk hari ini. Razif, kau baliklah dahulu. Abang balik dengan Irah. Motor abang, nanti abang ambil esok saja…” Umar memandang Razif yang murung. Umar telah meninggalkan motornya di hadapan kedai serbaneka dan pergi ke taman permainan itu dengan menaiki kereta Razif.

“Mai, sekali lagi abang beritahu Mai, abang tak tipu Mai… Mai dah salah faham…” Selesai saja berkata demikian, Razif berlalu ke keretanya. Laju dia memecut keretanya.

“Jom balik. Ibu dah risau…” Umar membantu Umairah bangun. Umairah duduk di tempat bersebelahan pemandu. Umar pula mengambil tempat di bahagian pemandu.

“Pakai tali pinggang keledar tuu.. Along dah lama tak pandu kereta ni.. Karang along brek mengejut, Irah terhantuk pula..” Umar berkata seraya mula memandu. Irah menarik tali pinggang keledar.. “Apa along ni, ada ke cakap macam tu pula…” Umairah berkata pelahan.

*****

Tengah hari pada keesokan harinya, Umar menelefon Razif untuk bertemu di kedai. Umar ingin kepastian tentang sesuatu.

“Razif, abang rasa Irah dah salah faham la… abang ada tanya Irah pagi tadi, dia kata kamu dah kahwin… betulkah kamu dah kahwin?” tanya Umar pelik. Razif terkedu. Kahwin?

“Saya tak kahwin lagi bang.. Tunang pun belum.. Semalam pun dia ada kata saya tipu dia bang.. Pening saya dibuatnya.. Semalaman saya berfikir, bila masanya saya tipu dia…” Razif bersandar di kerusi. Ain merapati mereka berdua sambil membawa 2 gelas air sirap.

“Minum ni dulu…” kata Ain. Razif yang sedang mengelamun tidak sedar kata-kata Ain. Ain mengibaskan tangannya di hadapan muka Razif.

“Kau minum je, abang belanja..” Umar mengusik Razif setelah dilihatnya Razif masih mengelamun. Razif tersentak.

“Apa bang? Saya tak dengar…” Razif membetulkan duduknya. Terkejut dia melihat seorang perempuan duduk di hadapannya.

“Minum je.. Ini, abang kenalkan, Ain, tunang abang…” Umar menghulur air sirap. Razif terangguk-angguk. Ain tersenyum nipis.

“Hmm.. tapi bang, Sherry tu siapa? Saya mana ada kawan yang bernama Sherry..” Razif bertanya. “Semalam dia ada kata dia bukan Sherry…” sambung Razif. Umar memandang Ain. Ain mengangguk memberi isyarat supaya menceritaka hal yang sebenarnya.

“Sebenarnya…” Umar bercerita. Barulah Razif faham, rupanya Sherry itu adalah isteri muda ayah Umairah. Selesai sahaja Umar bercerita, Razif bertanya. “Tapi kenapa Mai kata dia bukan seperti Sherry? Kalau saya nak kahwin dengan dia, dia bukan isteri muda saya…” Razif menggaru-garu kepalanya.

“Sedap pula abang dengar kau panggil Irah dengan nama Mai…” Umar ketawa sendiri. Razif tersenyum pahit. “Cuba serius sikit..” Ain berkata sambil merenung tajam Umar.

“Okey.. okey.. ehemm..” Umar membetulkan suaranya. Ain mengalihkan pandangannya ke kedai serbaneka. Tiba-tiba Ain terpandang seorang wanita dan anak gadisnya yang jalan berpimpinan tangan ke arah kedai serbaneka bersebelahan kedai keluarga Umar. Dia teringatkan sesuatu.

“Ain rasa Ain tahu kenapa… Err.. siapa perempuan yang datang dengan Razif hari tu?” nada Ain berubah serius. Ain memandang Razif.

“Oowh.. tu mak saya dengan sepupu saya, Dahlia.. kenapa kak?” tanya Umar pelik.

“Yalah Ain.. Kenapa?” Umar turut hairan mendengar pertanyaan tunangnya.

“Patutlah bila Irah ambil order hari tu, muka dia masam ja. Mesti dia ingat Dahlia tu isteri Razif..” ujar Ain sambil mengeluh. “Irah selalu buat andaian sendiri…” sambung Ain.

“Hah, baru abang ingat.. Bila abang buat air pun, dia termenung ja. Abang suruh dia hantar minuman, dia tak mahu. Sakit perut katanya.” Umar mengiakan.

“Hah!! Dahlia isteri saya? Dahlia tu dah kahwin… tapi bukan dengan saya… Memanglah mak saya pernah nak padankan saya dengan Dahlia, tapi kami tak mahu. Dahlia dah ada pilihan dia sendiri dan saya pun dah ada pilihan saya…” terang Razif.

“Kau dah ada pilihan kau sendiri?” sergah Umar.

“Ya la, Umairah lah pilihan saya…” jawab Razif laju. Terkejut dengan sergahan Umar. Umar tersenyum panjang. Ain ketawa perlahan melihat Razif.

“Kalau macam tu, abang tahu apa yang patut kau lakukan… Ermm.. Razif, kau try tanya Dahlia dan suaminya, bila mereka free?” tanya Umar sambil memandang Razif. Razif mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membuat panggilan.

“Umairah tu degil sikit. Kepala batu. Nak cakap dengan dia, kena ada bukti kukuh.. Irah.. Irah.. Sebab itu, abang terpaksa tampar dia semalam..” Umar sempat mengutuk adiknya. Tiba-tiba Umar tersedar sesuatu.

“Abang tampar Irah?” Ain tiba-tiba naik angin. Pantang baginya lelaki memukul perempuan.

“Err.. err.. Ain tak tahu macam mana Irah semalam. Meracau macam kena sampuk hantu taman permainan ja.. Sebab tu abang tampar dia.. Kalau Ain tak percaya cuba tanya Razif.. Dia pun ada semalam..” Umar menendang kaki Razif meminta pertolongan. “Macam manalah aku boleh lupa pantang Ain tuu” hati Umar berbisik sendiri.

“Betul kak.. Saya tengok pun takut.. terjerit-jerit ja…” Razif membela bakal abang iparnya. Niatnya untuk membuat panggilan terhenti.

“Siapa kakak kau?” Ain berkata sambil bangun meninggalkan mereka berdua. Umar menggeleng kepalanya. “Tu baru seorang Razif… Macam manalah abang nak pasang dua…” kata Umar tanpa menyedari Ain berada berhampiran dengannya.

“Entahlah bang. Saya yang belum bertunang ni pun, macam-macam dah berlaku..” Razif ketawa.

“Nak pasang dua ke bang??” Ain bertanya sinis sambil menjongketkan keningnya. “Eh, tak lah Ain… Abang suruh Razif bayar dua gelas air sirap nii..” laju Umar menjawab. Hentam sajalah…

*****

“Err.. Kak Ain ngidam ke? Tak pernah-pernah abang bawa kita makan kat sini. Selalu dia bawa balik rumah ja..” Umairah mengusik Ain. Dia memerhati keadaan di KFC ketika itu. Mencari-cari kelibat abangnya. “Oowh, tengah beratur rupanya…”kata Umairah perlahan.

“Amboi mulut. Memang nak kena cili ni… Apa ngidam-ngidam ni, kahwin pun belum… Meh sini, akak calit sos ni..” membuntang mata Ain mendengar omelan Umairah. Tetapi dia gembira melihat Umairah ketawa dan mengusiknya. Sudah 3 hari Umairah berkurung di dalam bilik.

“Kan best kalau ibu ikut sekali…” Umairah mengeluh. Umairah memandang pelik melihat Umar bercakap dengan seorang lelaki. Kemudian lelaki itu menolong Umar membawa dulang makanan.

“Eh, kenapa along beli banyak sangat, Kak Ain? Tu siapa?” Umairah bertanya. Ain melihat ke arah yang ditunjukkan Umairah.

“Kawan dia. Hari ni, ada beberapa orang yang Irah pun kenal akan join kita…” jawab Ain bersahaja.

“Wahh… akak dengan along dah nak kahwin ke?” tanya Umairah lagi.

“Irah ni, itu je yang dia tahu.. Along kamu saja nak belanja kawan-kawan dia…” Ain terkulat-kulat mencari jawapan.

“Hah Irah, kenalkan ni Johan. Joe, ni adik aku, Umairah.. Ain, kau kenal kan?” Umar meletakkan dulang makanan di hadapan Ain. Johan tersenyum memandang Umairah.

“Tunang kau kan?” Johan bertanya. Umar hanya mengangguk.

“Pandai Ain pilih tempat..” bisik Umar kepada Ain. Ain tersengih. Ain bangun lalu mengambil tempat di tepi dinding, iaitu di sebelah kiri Umairah dan Umar mengambil tempat di sebelah kanan Umairah. Johan pula duduk di hadapan Umar.

“Joe, yang lain bila sampai…?” tanya Umar.

“Kita makan dulu.. Yang lain on the way..” jawab Johan sambil menyusun pinggan di atas meja. Umairah memandang Umar pelik. Macam ada something ja…

15 minit kemudian…

“Sorry.. sorry.. Kami lambat sikit..” tiba-tiba ada suara perempuan yang menarik perhatian Umairah.

“Perempuan ni? Macam kenal ja” Umairah memalingkan muka ke arah Ain lalu bertanya, “Siapa dia?”

Ain hanya menggelengkan kepalanya. Melihat gelengan itu, Umairah ingin bertanya lagi namun niatnya terhalang dek suara lelaki yang amat dikenalinya. Razif!

“Sorry, traffic jam la…” kata Razif sambil duduk di hadapan Umairah.

“Ain, Irah.. ni Dahlia…” Umar memperkenalkan gadis yang sedang menarik kerusi di hadapan Ain. Suasana di meja itu tiba-tiba sunyi.

“Irah nak balik…” Umairah ingin berdiri tetapi tangan Ain dan Umar memautnya kuat. “Patutlah aku kena apit ..” Umairah berkata di dalam hati.

“Duduk dulu Irah… Hmm.. kita makan dulu, nanti sejuk, tak sedap dah..” tegas Umar bersuara. Ada sebab mengapa dia memilih KFC sebagai tempat untuk mereka berjumpa petang itu. Dia yakin Umairah tak akan membuat bising jika di khalayak ramai. Umairah duduk sambil memasamkan muka lalu makan tanpa menghiraukan lelaki di hadapannya. Ain, Dahlia, Umar dan Johan rancak berbual manakala Razif dan Umairah masing-masing membisukan diri.

“Mamat ni pula awat dok tenung aku. Bini kat sebelah pun dok menggatai lagi..Huh!!” bebel Umairah di dalam hati. Setengah jam kemudian, mereka berenam selesai menjamu selera.

“Irah, along tahu Irah marah along sekarang ni, tapi kalau along tak buat macam ni, sampai ke sudah Irah tak akan tahu benda yang sebenarnya” kata Umar perlahan. Ain mengangguk perlahan.

“Irah, akak rasa…” Dahlia ingin menerangkan perihal yang sebenar tetapi kata-katanya dicelah oleh Umairah.

“Sebelum tu kak, Irah nak minta maaf… Irah..” Umairah terdiam apabila terpandang Razif merenungnya tajam.

“Cup! Cup! Macam ni lah, biar along yang cakap.. Irah tahu tak siapa Johan ni?” tegas Umar. Umairah menggeleng.

“Dahlia ni kenal tak?” tanya Umar.

“Ish, along ni… tu bini abang Razif la…” jawab Umairah sambil menampar tangan Umar. Ain, Dahlia dan Johan ketawa serentak mendengar jawapan Umairah. Razif tersenyum nipis mendengar Umairah memanggilnya abang. Umar mengurut lengannya. “Irah, sakit tau…” adu Umar.

“Bukan Irah… Dahlia tu bini abang.. Dah lima bulan abang dan Kak Lia kahwin…” Johan bersuara. Umairah terkejut mendengar kata-kata Johan.

“and Dahlia is my nephew…” sambung Razif sambil merenung Umairah. Umairah ternganga.

“Tapi… tapi..” tergagap-gagap Umairah bersuara.

“Tak ada tapinya Irah… Jangan menidakkan benda yang betul..” Ain mencelah.

“Itu yang akak nak beritahu tadi…” Dahlia mengukir senyuman ikhlas. Umairah teragak-agak membalas senyuman itu.

“Jadi selama ni, Irah salah faham lah.. Erk! Irah nak ke tandas…” Umairah bangun lalu melangkah ke tandas. Mukanya kemerahan menahan malu. “Nampak sangat aku ni suka gila kat abang Razif… Malunya…” bebel Umairah tanpa henti sambil melangkah ke tandas. Ain, Dahlia, Umar dan Johan ketawa. Razif menarik nafas lega.

“Bro, bila nak hantar rombongan..?” tanya Umar sambil meneguk air. Razif tersengih.

*****

“Mana Irah ni?” Dahlia bertanya. Dia ingin berbual dengan gadis itu. “Kesian Irah. Macam manalah dia boleh ingat saya ni bini Razif… Ish.. Ish..” sambung Dahlia lagi. Johan tersenyum memandang tunangnya.

“Joe, jangan salah faham pula. Aku dengan Lia hanya sepupu tau. Kami rapat sebab kami ni sebaya…” serius suara Razif.

“Baru hari ni abang dengar suara jantan kau, Razif…” Umar ketawa kuat. Johan dan Dahlia turut ketawa.

“Err.. Lama Irah ke tandas. Ain pergi jenguk dia sekejap..” Belum sempat Ain bangun, telefon bimbit Umar berbunyi. Ada mesej masuk. Ain duduk kembali.

“Patutlah lama dia ke tandas. Razif, cuba kau baca apa Irah tulis…” Umar menghulur telefon bimbitnya kepada Razif. Ain, Dahlia dan Johan menanti penuh sabar.

“Hah?.. hehe.. ‘Along, mereka dah balik ke belum?’, Mai.. Mai…” Razif membaca kuat mesej Umairah. Malulah tu.

“Kalau macam tu, Razif kau pergilah dekat dia. Tunggu dia dekat depan tandas tu. Kita pun dah habis makan kan?” Umar bertanya sambil membalas mesej Umairah. Mereka yang lain mengangguk.

“Terima kasih Umar, belanja kami makan…” Johan bersalaman dengan Umar manakala Dahlia pula bersalaman dengan Ain.

“No hal Joe, yang penting urusan budak-budak ni selesai…” Umar tersengih. Dahlia dan Johan beriringan keluar dari KFC.

“Bang, terima kasih sebab rancangan ni.. Ingatkan dia keras, rupanya senang je nak lembut..” ujar Razif sambil tersengih memandang Umar dan Ain.

“Janji kau jaga adik aku elok-elok sudah… Ingat, jangan sia-siakan dia. Ada masalah bincang. Barulah hubungan akan berkekalan. Contoh yang paling dekat, macam abang ni…” Umar tersenyum sendiri. Ain yang berada di sebelah menjeling tajam tunangnya.

“Satu lagi, nanti kau belikan makanan untuk bakal mak mertua kau. Lepas tu, bawa balik adik aku tu. Bawa balik ke rumah aku tau, bukan rumah kau…”arah Umar sambil menepuk bahu Razif. Ain menggelengkan kepalanya. Razif tersenyum panjang.

*****

“Mana along ni.. Kata nak tunggu depan tandas..” Umairah bersandar di kedai yang berhadapan dengan tandas.

“Mai tunggu along ke?” suara lelaki yang berada di belakangnya membuatkan Umairah tersentak.

“Along ni, kenapa lambat sangat.. Ingatkan…” kata-kata Umairah terhenti apabila dia tersedar sesuatu. Mai? Hanya ada seorang insan saja yang memanggil dirinya “Mai”. Umairah memusingkan badannya.

“Err.. err..” Umairah kehabisan kata. Razif tersenyum merenung Umairah.

“Err.. mana along?” garang Umairah bertanya sambil melarikan matanya.

“Merahnya muka..” usik Razif. Hatinya gembira. “ Along dah balik dengan Kak Ain. Dahlia dengan Johan pun sama…” Razif menjawab pertanyaan Umairah.

“Hah!! Dah balik? Habis, nanti Mai balik dengan siapa?” Umairah kalut seketika.

“Lama tak dengar awak bahasakan diri dengan nama Mai… Hmm, Mai balik dengan abang. Jom…” ajak Razif sambil memberi laluan kepada Umairah untuk berjalan.

“Hah??” Umairah terkejut. “Biar betul. Along ada kata apa-apa?” tanya Umairah.

“Along Mai pesan tadi suruh abang bawa Mai balik rumah. Tapi rumah Mai la, bukan rumah abang..” Razif mengusik lagi. Umairah melangkah menjauhi Razif. “Malas nak layan. Mai nak balik sekarang…” ujar Umairah.

“Tunggulah abang, Mai…” Razif berjalan laju mendekati Umairah.

Setibanya mereka di KFC tadi, Razif menahan Umairah.“Tunggu sekejap..”

Umairah mendongak memandang Razif. “Kenapa?”

“Nak bungkus. Nak bagi dekat mak mertua abang..” selamba Razif menjawab. Umairah ketawa sendiri apabila melihat Razif beratur untuk membeli makanan.

“Ada ke beli KFC dekat ibu..” Umairah ketawa perlahan.

*****

“Jadi, ni kes cemburu lah ni..” kata Razif sambil memandu kereta.

“Mana ada Mai cemburu.. Mai cuma tak mahu jadi..” kata-kata Umairah dipotong.

“Perampas?” tanya Razif. Umairah mengangguk perlahan.

“Mai ni, abang mana ada sesiapa lagi. Abang ada Mai seorang ja…” Razif memandang Umairah di sebelahnya.

“Pandang depanlah…” Umairah berkata perlahan. Dia memegang mukanya yang membahang.

“Merahnya muka…” Razif mengusik Umairah lagi.

“Diamlah..” Umairah mencelah.

“Okey, ni last.. ermm.. kira jadilah yer…” serius Razif bertanya.

“Apa yang jadi?” Umairah bertanya.

“Betul-betul tak faham ke tu? Abang nak bawa keluarga abang datang rumah, boleh?” Razif berterus-terang.

“Abang, err.. err.. Mai nak tanya ni..” Umairah membiarkan soalan Razif. Ada sesuatu yang menganggu ketenteraman hatinya.

“Tanyalah, apa dia?” jawab Razif. Dia juga ingin mengetahui apa yang bermain di fikiran gadis pilihannya itu.

“Kenapa pilih Mai? Kenapa tak pilih perempuan lain yang lebih cantik dan sama level dengan abang? Mai bukan anak datuk datin… Ayah Mai pun dah tiada.. Family abang tak marah ke abang pilih Mai? Mak abang macam mana?” senafas Mai bertanya.

“Banyaknya soalan.. sekejap..” Razif menghentikan kereta di bahu jalan. Lalu dia memandang Umairah. Umairah menanti jawapan Razif penuh sabar.

“Sebabnya, abang bukan nak cari isteri untuk seminggu dua.. Tetapi abang cari isteri untuk sehidup semati dengan abang. Jadi mengapa abang perlu menilai calon isteri abang dari segi harta, pangkat dan rupa paras? Semua itu tak kekal, Mai…” ikhlas Razif menjawab soalan Umairah. Umairah terdiam.

“Dan abang tertarik dengan sikap Mai bila kali pertama abang terserempak dengan Mai…” Razif ketawa perlahan. Umairah memandang Razif pelik. “Bila?” Umairah bertanya.

“Mai ingat tak bila Mai jalan-jalan kat KL, Mai ada pergi ke Central Market kan, ingat tak?” Razif bertanya.

“Ingat.. Hah! masa itu Mai ada terserempak dengan sorang mamat selekeh ni. Pelukis lain Mai tengok kemas ja pakaian mereka walaupun hanya pakai tshirt dan jeans, tapi dia… Hmm.. Mai kesiankan dia sebab tak ada customer, sebab itulah Mai pilih dia suruh lukis gambar Mai… abang intip Mai ke?” bersemangat Umairah menceritakan perihal lelaki selekeh itu.

“Lelaki selekeh itulah abang…” selamba Razif menjawab. Umairah terkejut memandang Razif. “Tapi.. tapi…” kata Umairah sambil melihat penampilan Razif.

“Selaluya sebulan sekali abang akan turun KL… Abang akan duduk dengan pelukis jalanan di sana dan abang pandai lukis tau… Cuma hari itu abang ada masalah sikit, sebab itu nampak selekeh ja…” terang Razif panjang lebar. Dia teringat akan “masalah” yang membelenggu dirinya ketika itu. Permintaan mama yang ingin menyatukan dirinya dan Dahlia. Umairah ternganga mendengar penjelasan Razif.

“Tutuplah mulut tu Mai… kalau Mai nak tahu, disebabkan sikap Mai itulah abang tertarik dengan Mai. Kemudian abang terserempak dengan Mai di KLCC, di pesta buku and last sekali di Pudu Sentral. Bila Mai langgar abang, abang terkejut sebenarnya, sebab tu abang tak jawab soalan Mai. Lagipun waktu tu, abang baru ubah penampilan abang…” Razif mengundurkan sedikit keretanya sebelum meneruskan perjalanan yang terhenti tadi.

“Tentang mama bang, Mai tak perlu risau. Malam dinner tu sebenarnya mama dan abah tunggu abang di meja VIP tetapi sampai sudah abang tak muncul. Bila balik rumah mama terus tanya, tapi bila mama nampak gaun tu, abang terpaksa ceritakan semuanya walaupun abang tak yakin Mai akan terima abang atau tak…” Razif menarik nafasnya. Umairah terdiam mendengar cerita Razif. Rasa bersalah mula betamu di hatinya.

“Bila mama minta nak tengok gambar Mai, abang tunjuk gambar Mai yang abang lukis.. Ingat tak, bila Mai nak bayar harga lukisan tu, kan abang ada kata abang tak ada duit kecil.. Lepas tu, Mai pergi pecahkan duit tu.. Masa itulah abang snap gambar Mai yang abang lukis.. Dan, tahu tak, mama suka.. Dia sokong abang untuk dapatkan Mai…” kata-kata Razif membuat Umairah menunduk kepalanya. Air matanya menitis.

“La.. Kenapa menangis pula?” Razif kehairanan. “Aku ada salah cakap ke?” tanya Razif sendiri. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan sekali lagi.

“Mai minta maaf abang, Mai dah tuduh abang menipu… Mai takut sebenarnya.. Mai takut kalau-kalau abang macam arwah abah… Mai takut kalau abang tinggalkan Mai sebab perempuan lain yang lebih cantik dan kaya dari Mai… Sebenarnya bila abang tumbuk lelaki tua gatal tu, Mai dah mula sukakan abang… tp bila abang makan di kedai dengan mama abang dan Kak Lia, Mai ingat Kak Lia tu..” Razif meletakkan jarinya di bibir Umairah.

“Mai ingat Dahlia tu isteri abang dan Mai takut Mai jadi perampas abang dari Dahlia.. Macam arwah Sherry?” sambung Razif. Umairah mengangguk tetapi dia kehairanan. “Macam mana abang tahu tentang arwah Sherry?”

“Along dah ceritakan semuanya dekat abang… Mai, sekarang abang minta Mai percayakan abang… Abang betul-betul sayangkan Mai. Mai bukan goda abang.. Mai sendiri pun baru saja tahu yang abang ni anak Datuk Hashim kan? Lagi satu Mai bukan perampas sebab abang bukan milik sesiapa lagi… Sebenarnya ada lagi benda yang perlu Mai tahu. Abang ada adik sebenarnya, nama dia Syifa.. Dia..” Razif menceeritakan tentang arwah adiknya.

Air mata Umairah tanpa segan silu mengalir lagi. Dia tidak menyangka bahawa adik Razif turut mengalami pengalaman ngeri sepertinya. Yang menjadi perbezaannya hanyalah, arwah Syifa menaiki teksi seorang diri disebabkan kehilangan tiket bas. Razif mengambil tisu lalu mengelap air mata Umairah. Beberapa minit kemudian, Razif meneruskan perjalanan semula.

“Abang sebenarnya terharu bila dapat tahu kenapa Mai bersungguh-sungguh menolak abang… dan satu lagi, bila Mai menolak pemberian abang… rupanya tak mahu menjadi perampas dan tak mahu dianggap sebagai materialistik… Sikap Mai itu yang buat abang bersemangat nak dapatkan Mai semula… abang dah buat banyak kali solat istikharah tau, dan jawapannya turut menyokong tindakan abang sekarang ini…” kata-kata Razif membuatkan muka Umairah membahang.

“Abang datang rumah Mai minggu depan ye?…” soalan Razif dibalas dengan anggukan kecil daripada Umairah. Razif mengucap syukur.

*****

“Hmm.. dah besar anak ibu ni.. Lepas ni, jangan pandai-pandai buat andaian sendiri, ada masalah bincang elok-elok dengan Razif…” kata-kata Puan Mahani disambut gelak tawa Suzi dan Aisyah. Umairah menarik muncung.

“Ish, pengantin perempuan ni la.. Jangan buat muka macam tu.. huduh tau…” Zatul muncul di muka pintu.

“Zatul!” jerit Umairah tiba-tiba. Suara itulah yang dinantinya sejak semalam. “Kenapa lambat? Bukan kau kata nak datang semalam ke?” laju Umairah bertanya sambil menarik Zatul duduk di sebelahnya.

“Kau ni, dah nak jadi isteri orang pun, menjerit lagi… Sorry la, sebenarnya, aku tak beritahu pun abah aku tu, yang aku beli tiket malam sebab tiket siang habis… abah aku tak bagi aku naik bas waktu malam… Risau katanya… Sebab tu aku naik bas pagi ni. Hmm.. kalau aku naik bas semalam, entah-entah aku dapat jumpa Mr. Charming aku dalam bas…” jawab Zatul penuh semangat. Umairah memasamkan mukanya.

Suzi dan Aisyah ketawa kuat melihat wajah masam Umairah. Puan Mahani menggeleng kepala melihat gelagat gadis-gadis di hadapannya.

“Hah!! lupa pula saya, pagi tadi mak dan abah kirim salam dekat mak cik. Mereka mintak maaf sebab tak dapat nak hadirkan diri ke majlis Irah… Ni ada buah tangan dari KL..” kata Zatul sambil menghulur satu bungkusan.

“Ish, apa pula ni.. susah-susah saja Zatul ni.. Tak apa mak cik faham.. mak kamu ada telefon tadi tanya anak dara dia dah sampai ke belum… kamu tak jawab telefon ke Zatul? Risau mak kamu takut anak dia melencong tempat lain…” ujar Puan Mahani setelah menjawab salam. Puan Mahani amat mengenali keluarga sahabat baik anak itu.

“Battery habis la mak cik.. tak apa, nanti Zatul telefon mak..” Zatul tersengih. Puan Mahani mengangguk sambil tersenyum. “Kalau macam tu, tak apalah, Irah, ibu nak tengok along kamu pula…” sambung Puan Mahani seraya menuju ke bilik Umar pula, melihat anak terunanya bersiap.

“ Ni aku nak kenalkan, dua sahabat aku, Suzi dan Aisyah…” Umairah menarik Suzi dan Aisyah.

“Hai..” ceria wajah Zatul memperkenalkan dirinya apabila dia dapat melihat sendiri rakan Umairah yang sering diceritakan Umairah. Suzi dan Aisyah menyambut huluran tangan Zatul.

“Eh, kenapa dengan along kau?” tanya Zatul pelik.

“La, hari ni kami buat majlis sekali… Kau ni, takkan tak baca kad kahwin yang aku hantar hari tu…?” jawab Umairah geram.

“Aku asyik belek peta rumah kau ja.. Wah..dah lama dah aku tak jejak Kedah…” selamba Zatul menjawab.

“Eh, cepat! cepat!… pengantin lelaki dah sampai.. Kak Ain pun ada…” kalut Suzi menyuruh Umairah berdiri. Zatul berlari ke tingkap untuk melihat pemuda yang berjaya menjajah hati sahabatnya. “Memang sepadan…” Kata-kata Zatul itu mendapat anggukan kecil dari Aisyah.

*****

Hubungan Zatul, Suzi dan Aisyah semakin erat meskipun baru sahaja berjumpa. Dari tadi, Zatul dan Suzi asyik mengambil gambar sementara Aisyah yang berada di bawah khemah yang dihias cantik warna biru lembut pula sedang merakam suasana majlis di rumah Umairah.

Umairah dan Umar yang sedang berdiri di hadapan khemah utama menanti kehadiran keluarga Razif dan keluarga Ain yang berjalan menghampiri mereka. Umairah dan Razif sepakat memilih warna pink dan biru lembut sebagai warna tema mereka manakala pasangan Umar dan Ain pula memilih warna tema silver dan biru lembut.

Datin Noridah dan Datuk Kamal tersenyum melihat bakal menantu mereka. Begitu juga dengan Pak Zain dan isterinya Mak Maz. Puan Mahani yang berdiri di hadapan Umairah dan Umar menyambut mesra keluarga dua menantunya.

Apabila Razif berhenti di hadapan Umairah, Umar menarik tangan Umairah lalu digenggam bersama tangan Razif. “Jaga adik along elok-elok Zif…” kata Umar seraya melangkah ke arah Ain.

“Insya-Allah along.. Zif janji akan jaga buah hati Zif hingga hujung nyawa Zif…” jawab Razif sambil memandang Umairah. Umairah terharu mendengar pesanan alongnya dan jawapan suaminya.

Razif merenung Umairah atas bawah. Nampak sesuai benar baju pengantin berwarna biru lembut yang dihiasi manik dan labuci yang berwarna pink yang tersarung di badan isterinya. Tudung yang juga berwarna pink lembut menyerlahkan lagi penampilan Umairah. “Cantik Mai hari ni..” bisik Razif. Umairah tersenyum mendengar pujian Razif. Umairah menganjak ke tepi untuk menilik suaminya atas bawah.

Baju melayu berwarna biru lembut yang tersarung di badan suaminya bersama sampin dan tengkolok berwarna pink lembut dan kasut hitam berkilat cukup membuatkan Umairah berasa bangga kerana dapat memiliki suami seperti Razif. “Abang pun handsome hari ni..” ucap Umairah malu-malu.

“Ehemm.. apa bisik-bisik tu.. sabar sikit ya adik-adik..” ujar Umar yang mengenakan baju melayu berwarna silver berserta sampin dan tengkolok berwarna biru lembut. Sementara Ain yang memakai baju pengantin berwarna biru lembut yang dihiasi manik dan labuci berwarna silver serta bertudung silver pula menarik senyum nipis. Merah muka Umairah dan Razif mendengar usikan Umar.

Dahlia dan Johan yang turut berada berhampiran tersenyum gembira melihat Umairah dan Razif. Kamal yang hadir bersama keluarga Razif tiba-tiba mencelah, “Oop.. Opp.. berhenti jap.. nak ambil gambar.. senyum yer…” kecoh mulut Kamal meminta kedua-dua pasangan berhenti. Suzi dan Zatul yang berada berhampiran turut mengambil peluang untuk mengambil gambar.

“Hai Umairah, Razif… congratulation both of you..” Mr Kang yang muncul tiba-tiba mengejutkan Umairah. Mr Kang hadir bersama isterinya.

“Eh, Mr Kang… thanks for coming…” Umairah gembira melihat bosnya Mr Kang sudi hadir ke majlisnya.

“Zif, jaga pekerja saya ni elok-elok… Jangan bagi dia marah lagi, nanti seminggu dia cuti..” ujar Mr. Kang sambil memandang Razif. Razif ketawa mendengar pesanan Mr Kang.

“No problem Mr Kang…” jawab Razif dalam tawanya. Kamal dan Aisyah ketawa melihat muka Umairah yang kemerahan.

“Irah cuti tiga hari pun Mr Kang dah pening, inikan seminggu…” celah Suzi disebelah Zatul. Zatul ketawa perlahan.

Setelah mengambil beberapa keping gambar, dua pasangan pengantin itu menuju ke meja makan untuk sesi makan beradab. Tika sedang asyik menjamu selera, tiba-tiba Umairah teringat pesanan ibu mertuanya ketika kali pertama mereka bertemu.

“Mai, terima kasih sebab terima anak mama… Razif dah ceritakan semuanya kepada mama dan abah… Mama tak kisah siapa pun Mai.. Mama cuma nak Mai jaga anak mama elok-elok… Bila ada masalah, bincang baik-baik…” pesan Datin Noridah yang sudah membahasakan dirinya ‘mama’.

“Mai, kenapa termenung?” bisik Razif perlahan. Umairah tersedar dari lamunannya. Dia memandang Razif. “Tak ada apa-apa… Mai gembira sangat hari ni..” Umairah tersenyum panjang.

“Jom, along dan Kak Ain dah nak bangun tu,..” Razif menarik tangan isterinya. Umairah turut bangun berdiri mengekori Umar dan Ain. Mereka berempat jalan beriringan untuk bersalaman dengan penduduk kampung.

Melihatkan ibunya gembira berbual dengan Datin Noridah dan Mak Maz membuatkan dirinya tersenyum panjang. Umairah mengucap syukur kerana majlis perkahwinannya dan alongnya berjalan lancar. Dia berdoa agar perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayatnya. Insya-Allah..


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Cerpen : Umairah Bukan Sherry”
  1. fararo says:

    cerita ok.. tapi macam panjang berjela.. pastu jalan cerita sama… ayat anda terlalu straight to de point..mebi kene gune ayat berbunga sket…

  2. yana says:

    gud job…

  3. ziela says:

    Ok not baf tp byk yg perlu d perbaiki lg. contoh dahlia ialah sepupu razif tp lpas tu kata nephew la n lg 1 kata dalia n johan dah kahwin 5 bln kedian dahlia memandang tunang dia d seblh da kekeliruan sikit kt ctu sori la komen ni ya.

  4. Nananona says:

    Citer nih banyak berbelit. N suka ulang ayat. Pastu masa majlis penulis tulis bakal menantu
    Itu yg buat Orang confuse. Anyway gud job writer coz berjaya buat cerpen nih.
    Tabik

  5. addinfarhani says:

    thanks sudi baca cerpen ni… n for the komen2, saya hargainya… insya-Allah, pd masa akan dtg, akan saya perbaiki cara penulisan saya…

    Fararo: Insya-Allah, lepaih ni, akan saya pelbagaikan penggunaan bhs….
    Yana: (^^,)
    Ziela: hehe.. xperasan plak saya.. apa2pun, terima kasih atas komen anda…
    Nananona: thanks sudi baca…(^^,)

  6. Cik Crystal says:

    sweetnye…. suke la bc cte ni…
    gd job writer…

  7. Nor says:

    Dahlia tu cousin, kan… tp masa kenalkan pada Umairah kat KFC tu as nephew (anak saudara lelaki)..

  8. addinfarhani says:

    hee…
    Nor: maaf yer… xperasan plak… cerpen ni dah lama dah buat.. bila antar haritu, xcheck la plak… time karang, saya bersemangat sgt… sampai xsedar guna ayat apa… sbb saya karang ikut apa yg mulut saya cakap…hee…

    thanks sudik membaca(^^,)

  9. sasha says:

    sye rse cite nie mmg bes…cme tu lar ade salah ckit…
    pasal dahlia n joe tu (tiba2 tunang plak)…pastu nephew tu…n lastly…sye wonder lar…waktu kat taman tu kan bkn umar dtg dengn Razif naik kereta Razif ke?? motor tinggal kat kedai…pastu camne plak Umar boley drive balik rmah dgn Umairah naek kete…??? kete sape plak…

  10. Cik Nina Sayang says:

    Yup ada kecelaruan bahasa dan jalan cerita namun plot cerita menarik teruskan bakat anda Adding :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.