HANTAR KARYA KEPADA KARYASENI @ PENULISAN2U

10 September 2015  
Kategori: Info Terkini

Terbuka kepada individu (rakyat Malaysia) yang berminat dan yang ingin menghantarkan hasil karya mereka berbentuk novel kepada Karyaseni & Penulisan2u amatlah dialu-alukan.

Syarat-syarat penghataran manuskrip penuh seperti berikut:

Adakah anda berbakat dalam bidang penulisan novel? Mempunyai manuskrip yang sudah siap? Anda tidak tahu hendak dihantar ke mana? kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Karyaseni sentiasa menunggu untuk penilaian penerbitan.

1. Penulis hendaklah menghantar ringkasan cerita dan Manuskrip penuh untuk penilaian pihak Karyaseni Enterprise. Emelkan kepada manuskrip@karyaseni.my

Berikut adalah format menghantar karya ke KARYASENI:

Smile Genre: Sebarang genre yang bersesuaian dengan konsep PENEBITAN KARYASENI

Smile Font: Times New Roman/ saiz 12

Smile Perenggan: 1.5 Spacing

Smile Bab: Perlu diitulis pada setiap permulaan Bab

Smile Panjang Manuskrip: 80,000 hingga 90,000 patah perkataan

2. Sertakan nama penuh, nama pena, email dan nombor telefon untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

3. Manuskrip yang berunsur isu sensitif seperti seks, perkauman, politik dan mempersendakan agama akan ditolak serta merta.

4. Jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai-nilai agama, bermesej, menarik dan bermoral.

5. Manuskrip hendaklah asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.

6. Sekiranya manuskrip anda lulus penilaian pihak Karyaseni, pihak karyaseni akan menghubungi anda melalui telefon dan Emel untuk tindakan selanjutnya

7. Proses penilaian mengambil masa selama 3-4 bulan. Sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 4 bulan. Anda bolehlah terus menghubungi pihak Karyaseni melalui talian 03-9074 4144 atau melalui email admin@karyaseni.my

PANDUAN MENGHANTAR RINGKASAN CERITA

Penulis yang berminat untuk menghantar karya ke PENERBITAN KARYASENI mestilah terlebih dahulu menghantar ringkasan cerita yang sudah lengkap ditulis. Editor akan menilai sama ada sinopsis yang dihantar itu bersesuaian dengan konsep PENERBITAN KARYASENI.

Panjang Ringkasan Cerita: 700 hingga 1300 patah perkataan.

PENTING!

1. Penulis yang menghantar sinopsis ke PENERBITAN KARYASENI selalu membuat satu kesilapan yang amat popular. Mereka mengakhiri sinopsis dengan ayat seperti contoh; ÔÇťAdakah mereka berdua hidup bahagia?” atau “Berjayakah Ain Maisarah menghadapi liku-liku cabaran dalam hidupnya?”

Sinopsis yang dihantar mestilah lengkap ditulis keseluruhan jalan cerita termasuk penyudahnya (ending). Editor-editor PENERBITAN KARYASENI mesti mengetahui kesudahan cerita yang hendak disampaikan bagi tujuan penilaian sesebuah manuskrip atau proposal.

2. Sediakan sinopsis dengan pembahagian perenggan yang sesuai untuk memudahkan editor menyemak. Jangan tulis tiga muka sinopsis tanpa sebarang perenggan. Kekemasan dalam penulisan perlulah dititikberatkan.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “HANTAR KARYA KEPADA KARYASENI @ PENULISAN2U”
  1. Lina Ahmad says:

    Haiz… sayangnya hanya untuk rakyat Malaysia saja. ????

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.