Inayah (Adaptasi Dari Filem)

23 December 2016  
Kategori: Novel Di Pasaran

Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.

“I don’t like this house. It’s scary. Penny hates this house. Right, Penny?” – Adam

Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.

“Papa! You yang dah melampau! You just refuse to see it.” – Aisya

“See what?” – Muhammad

“Something is wrong with your son! – Aisya

Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk ‘memagar’ rumah anaknya itu. Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.

“Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin.” – Suraya

“Ini semua khurafat, mak. Tak boleh ni.” – Aisya

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? Adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?

“Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!”- Imam Ali.

Tajuk: Inayah
Penulis: Maria Kajiwa
Muka Surat : 528
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-027-4
Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my
http://karyaseni.my/index.php/novel/inayah-detail

Muat turun aplikasi mudah alih karyaseni di
Google Play & App Store


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.