Novel : Antara mahligai ego dan cinta 22

March 7 2012  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Lewat petang itu dia memandu pulang ke villa. Hakimi awal-awal lagi sudah pulang meninggalkannya setelah selesai memberi kejutan kepada Ajierah dengan kemunculannya secara tiba-tiba di restoren tempat mereka selalu lepak dahulu. Gembira betul dapat jumpa Ajierah. Gadis itu masih tak berubah. Sama seperti dulu. Cuma yang berbeza adalah dari segi gadis itu berpakaian. Kini gadis itu... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 21

February 22 2012  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina “Kita nak berhenti dekat mana ni?” soal Hakimi sebelum memerhati jalan raya yang agak sesak di hadapannya. Larra di sisi turut mencari-cari tempat parkir yang kosong di kiri dan kanan jalan itu. “Yang tu! Yang tu! Sebelah kereta merah tu” ujar Larra agak teruja sambil menunjuk ke arah kereta Kelisa merah di sebelah kanan mereka. Pantas Hakimi memutarkan stering... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 20

February 13 2012  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Jam tangannya ditilik sekilas sebelum satu keluhan berat dilepaskannya. Kini dia bersendirian di restoren itu menunggu Tengku Dzafril Haidhar yang sudah menghilang. Larra mula risau. Ish! Dia kata nak pergi toilet tapi ni dah dekat 20 minit tak sampai-sampai lagi pun. Dia ni pergi mana sebenarnya? Dia memandang lama makanan di atas meja yang di pesan oleh Tengku Dzafril Haidar sebelum... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 19

January 20 2012  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Larra melangkahkan kakinya masuk ke suite Park Hyatt Hotel itu bersendirian tanpa ditemani oleh Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu masih berada di bawah menguruskan sesuatu. Teringat pada lelaki itu membuatkan serentak peristiwa pagi tadi kembali bermain-main di mindanya. Macam mana aku boleh langsung tak sedar yang aku tertidur dekat bahu dia? Yang dia pun satu. Tak kejut aku tu... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 18

December 15 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Baru puas hatinya kini melihat sekujur tubuh milik gadis itu yang jatuh rebah ke belakang sebelum tenggelam hingga ke dasar kolam renang tersebut sambil disaksikan oleh para tetamu. Dia sendiri yang menolak gadis itu dengan tangannya. Merasa geram dengan Larra yang masih cuba menperbodohkan dirinya tentang identiti sebenar gadis itu. Membalas dendam terhadap Elle. Memang itu yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 17

December 5 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. Namun masih senyap. Tiada sebarang jawapan yang diterima. Larra mengeluh perlahan sebelum mengerling ke arah jam tangannya. Dia ni tidur mati ke apa? Kan dah pukul 3 petang. Takkan tak bangun lagi. Mentang-mentang hari minggu. Sekali lagi tangannya diarahkan untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu.”Zafff!!! Bangunn!!! Buka pintu ni!”... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 16

November 14 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Kelibat Lara sudah hilang entah ke mana. Lalu Tengku Dzafril Haidhar mengambil kesempatan itu untuk melihat sendiri rupa dia memakai kain pelikat memandangkan itu adalah pertama kali baginya. Cepat-cepat dia berjalan menuju ke hadapan meja solek. Sedikit teruja barangkali. Dia memandang lama dirinya di cermin. Lawa jugak aku pakai kain pelikat rupanya. Hehe. Ni semua sebab Larra.... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 15

November 4 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Larra terjaga saat dirasakannya ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Tekaknya tiba-tiba loya. Lantas dia segera menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandu di sebelahnya. “Zaf, stop the car” Arahannya itu membuatkan lelaki itu pantas menoleh ke arahnya dengan wajah kehairanan. “Kau apahal ni?” soalnya. Wajah Larra kelihatan pucat membuatkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 14

October 23 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina “Nah, nasi goreng awak” ujar Larra dingin sambil meletakkan pinggan berisi nasi goreng itu di hadapan Tengku Dzafril Haidhar. Dia menoleh memandang Larra yang masih dengan wajah masamnya. Marah-marah pun masakkan jugak untuk aku. Dia tersenyum sendiri sebelum tanganya mencapai sudu dan menyuakan nasi goreng itu ke mulutnya. Namun seketika kemudian, keningnya dikerutkan... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 13

October 15 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Larra mendengus keras. Langkahnya diatur laju masuk semula ke dalam biliknya. Pintu balkoni itu di tutupnya semula. Rambutnya yang panjang pantas diikat satu. “Berani dia reject call dari aku. Eeeee, dia ni tak ada sense kemanusian ke? Aku ni kan perempuan. Tinggal seorang pulak tu dekat rumah ni. Dahlah aku tak biasa lagi dengan kawasan ni. Tak tahu ke aku niiii jenis yang... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 12

October 6 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Hakimi duduk termenung di tepi tasik itu seorang diri. Hatinya benar-benar tidak tentu arah ketika itu. Tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi. Masih jelas bayangan Larra dan Zaf saling tersenyum memandang antara satu sama lain di kaca matanya. Saling berpimpin tangan berjalan beriringan. Ah, sweet konon. Zaf, kau memang pelakon hebat. Aku tahu kau pura-pura je buat semua tu.... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 11

September 17 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Matanya mencerlung memandang mata bulat milik Larra. Deruan nafasnya sudah turun naik. Rasa tercabar dengan kelakuan Larra. Perempuan ni patut di ajar. Dia siapa nak tunjuk lagak dengan aku pulak. Mintak cerai? Senang-senang dia je nak minta cerai dari aku. Dia ingat aku siapa? “kau ni dah gila ke ape? Otak kau dah tak boleh fungsi? Hari first kahwin, kau dah boleh mintak cerai... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 10

September 10 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Dia memandang lama pantulan imej dirinya di cermin besar itu. Kejap-kejap dia berpusing ke kiri, kemudian ke kanan. Dia mahu memastikan pakaian itu benar-benar sesuai buat dirinya. “okay ke Zul baju ni?” soalnya. Memang benar, baju kebaya putih dengan sulaman bunga-bungan kecil bewarna ungu itu sememangnya ditempah khas untuknya namun dia juga bimbang sekiranya baju itu... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 9

August 25 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Deringan telefon bimbitnya mematikan mimpi indahnya membuatkan dia terjaga serta merta. Lantas satu keluhan berat dilepaskannya sebelum tangannya diarahkan mengapai telefon bimbitnya yang diletakkan dia meja berhampiran dengan mata yang masih terpejam. “siapa pulak call aku pagi-pagi buta ni. Kacau betullah” marahnya sambil membuka sedikit matanya melihat nama yang tertera... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 8

August 18 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina “Assalamualaikum” kedengaran seseorang memberi salam membuatkan Mak Siah dan Nafisah tidak jadi hendak meneruskan bicara. Mak Siah mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Nafisah. “Dengar tak apa yang Mak Siah dengar ni, Fisah?” soalnya meminta kepastian. Nafisah terdiam sejenak. “Eh, dengar. Ada orang bagi salamlah Mak Siah. Ada tetamu” ujarnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 7

August 10 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina “Larra Adlea?” kedengaran namanya dipanggil seseorang membuatkan Larra terdiam seketika. Suara itu! Aku macam kenal suara tu. Apasal aku boleh dengar suara mama aku ni? Lantas dia menoleh mencari pemilik suara itu. Bulat matanya tatkala menangkap sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya kini kaku berdiri memandangnya. Dipejam celikkan matanya bagi memastikan dia tidak bermimpi.... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 6

August 3 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina “Lea! Lea!” pekik Puan Zahnita. Beberapa minit kemudian kelihatan Adlea berlari-lari anak ke arahnya. Dia mendengus keras sebaik sahaja terpandang seraut wajah itu. “Ya puan” “apa awak buat satu pagi ni. Tengok, kain-kain ni semua tak bersidai lagi! Awak nak kerja dekat sini lagi ke tak!” marahnya. Terkulat-kulat Larra mendengar bebelannya. Wajahnya... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 5

July 27 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Sudah dua hari Mak Munah dimasukkan ke wad. Keadaaanya masih sama. Dia masih tidak sedarkan diri. Larra menggengam erat tangan Mak Munah. Pintu bilik itu dikuak dari luar membuatkan Larra segera menoleh. “Puan Zahnita” ujarnya apabila melihat majikannya itu datang. Pantas tangan dihulur untuk bersalam. Wanita itu tersenyum. Larra bangun sebagai tanda memberi laluan untuk... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 4

July 19 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Hakimi masuk ke dalam dapur sambil duduk di kerusi berhampiran dengan Adlea dan Mak Munah. Ketika dia masuk ke ruang itu tadi, kelihatan gadis itu sedang leka berbual-bual dengan Mak Munah. “erm, Tuan Hakimi, masakan belum siap lagi” ujar Mak Munah. Bimbang dia sekiranya tujuan lelaki itu ke dapur adalah untuk makan. Hakimi tersenyum memandang Mak Munah.... [Teruskan bacaan]

Novel : Antara mahligai ego dan cinta 3

July 11 2011  
Kategori: Novel

Oleh : Dilza Adina Larra berjalan keluar dari Pandan Indah Hotel itu. Sudah dua malam dia menetap di situ. Pagi-pagi lagi dia mendaftar keluar. Pasti kini mama dan papanya sudah menyedari akan kehilangannya. Aku tak boleh lama-lama tinggal dekat hotel ni. Langkahnya terhenti. Tapi aku nak tinggal dekat mana lagi? Dengusnya perlahan. Dia mendongak memandang kepulan-kepulan awan di langit. Cuaca... [Teruskan bacaan]