Katakan Tidak Pada Cinta

23 December 2016  
Kategori: Novel Di Pasaran

Dendam masa lalu telah menghapuskan perkataan ‘cinta’ dari kamus hidup Inspektor Muhammad Afham Nazhan. Sisa yang tinggal sekarang hanyalah untuk memastikan Roy diberkas dalam tangannya sendiri. Kematian kekasihnya beberapa tahun yang lepas perlu dituntut bela! Detik tengah malam di dalam sebuah hutan belantara. Detik yang sedang bermula segalanya. Dengan hanya berniat untuk membantu seorang inspektor polis yang tercedera, Cinta Fiska mempertaruhkan keselamatannya demi amalan ‘budi bahasa budaya kita’. Namun, lelaki yang diselamatkannya itu bukanlah jenis yang mengenang budi. Bercakap dengan Afham serupa bercakap dengan hantu. Bahasanya sentiasa keras dan kasar.

“Yang kau tampar pipi aku tanpa kebenaran apasal? Pipi aku ni bayar zakat, kau tahu tak? Suka hati mak bapak kau aje, kan?!” – Muhammad Afham Nazhan

“Bayar zakat pipi ke kepala?” – Cinta Fiska

Masing-masing membawa diri. Afham dengan dendamnya dan Fiska dengan misi pencarian abang kandungnya. Sekali lagi mereka berdua dipertemukan bersama Darish Izuan. Tanpa sengaja, hati Darish terusik. Nama indah Cinta Fiska mula meniti di bibir. Keadaan bertambah rumit bila siang dan malam Fiska pula hanya memikirkan Afham.

“Saya ni dah gila ke? Normal ke setiap detik saya fikirkan tentang awak, Am? Saya dah mula rindukan awak ke? Kalau saya dah tersuka awak, boleh tak awak sukakan saya balik?” – Cinta Fiska

Cinta segi tiga. Darish cintakan Fiska. Fiska pula cintakan Afham. Tetapi, Afham? Ada banyak sebab mengapa Afham tidak membalas cinta Fiska. Dia perlu mengalah demi kebahagian sepupunya, Darish. Dia buntu dengan kebenaran yang baru saja terbongkar tentang Roy. Tambah pula dengan konflik lampau keluarga besarnya. Tetapi, mengapa semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang? Mengapa hanya mulut katakan tidak, sedangkan hatinya sudah bersumpah ‘tiada Fiska bermakna tiada cinta’? Pengakhirannya Fiska tiba-tiba bersetuju untuk berkahwin dengan Darish! Adakah ini kejutan yang paling besar buat Afham? Apa sudah jadi? Temui pengakhiran kisah cinta bersegi mereka dalam Katakan Tidak Pada Cinta.

Tajuk: Katakan Tidak Pada Cinta
Penulis: Nurrul Shuada
Muka Surat : 688
Terbitan : Ogos
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-32-7
Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my
http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=177&category_id=6

Muat turun aplikasi mudah alih karyaseni di
Google Play & App Store


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.