KOPIAH BUAT ZAUJI

23 December 2016  
Kategori: Novel Di Pasaran

“Bunga tahi ayam?!” -Ella.

“Cuba kau jangan lihat dari namanya, tapi kau pandang pada keindahannya. Biarpun baunya busuk, tapi ia tetap mampu menyerikan taman. Betul tak?” – Hakimi.

Bila aweks rock bertemu dengan mamat K-pop, hasilnya memang sangat mengujakan. Bukan sefahaman tetapi huru-hara jadinya. Ella dan Hakimi berlainan minat, berlainan fesyen. Masing-masing sering mengutuk antara satu sama lain. Namun dalam diam, Ella suka mencuri-curi pandang. Gaya lelaki itu mampu buatkan jantungnya berdegup kencang. Tanpa mereka duga, reunion orang tua mereka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jangan salah sangka, bukan terpaksa tetapi mereka sememangnya rela. Masing- masing punya agenda tersendiri. Mahu bebas dengan kehendak mereka tanpa sebarang halangan. Rumah tangga mana yang tidak diduga, bukan kerana orang ketiga tetapi masalah-masalah kecil yang terbuku sehingga membawa kepincangan yang nyata.

“Benci sangat ke abang pada saya? Apa salah saya? Saya ke yang buat abang jadi macam ni? Saya ke yang aniaya abang? Saya ke yang cuba bunuh abang- Ella

Dia menangis teresak-esak. Sesekali dia menyedut udara agar oksigen yang segar dapat dibekal dalam paru-parunya. Dia seakan-akan sudah tidak berdaya, namun dia bulatkan tekad. Mampukah mereka menyelamatkan mahligai yang baru dibina?

Tajuk: Kopiah Buat Zauji
Penulis: Syima Syawal
Muka Surat : 624
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-30-3
Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
http://www.p2u.my/beli-online.html?page=shop.product_details&flypage=flypage.pbv.v2.tpl&product_id=174&category_id=6

Muat turun aplikasi mudah alih karyaseni di
Google Play & App Store


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.