Lelaki Khas Untuk Hanis

23 December 2016  
Kategori: Novel Di Pasaran

Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih… Mohd Qarin, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu…

Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes… Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

“Aku suka dekat kau.” – Hanis Aaliyah

“Aku tak suka dekat kau.” – Mohd Qarin

“Itu pun aku tahu. Jangan risau, aku tak paksa kau. Perkara macam ni memang ambil masa.” – Hanis Aaliyah

Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.

“I want to cherish every moment with you. Remember?”

“Let’s make a bigger memory.”

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?

Tajuk: Lelaki Khas Untuk Hanis
Penulis: Aimy Haniya
Muka Surat : 832
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-034-2
Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my

http://karyaseni.my/index.php/novel/lelaki-khas-untuk-hanis-detail

Muat turun aplikasi mudah alih karyaseni di
Google Play & App Store


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.