Masih Aku Sayang

23 December 2014  
Kategori: Novel Di Pasaran

“Tak ada masa aku nak bercinta dengan kau. Daripada bercinta dengan kau, baik aku bercinta dengan anak kucing dekat rumah aku. – FARAH

“Kau jangan menyesal pilih kucing daripada aku! Kau tak tahu, kucing tu sayang semata-mata kau bagi Whiskas dekat dia. Kalau aku, kau tak bagi apa pun aku tetap sayang tau!”- KAMAL

FARAH FIRDAUS terus membiarkan kenangan lama memenjara jiwanya. Dia tidak sanggup hendak melepaskan sayang itu. Namun dia harus pergi meninggalkan cintanya hanya kerana sebuah rasa.

Aturan takdir, tiada siapa yang dapat ingkari. Farah dan Fattah disatukan menjadi suami isteri dan Farah benar-benar mengecapi bahagia. Namun sekali lagi takdir menguji menjadikan Farah sendiri tanpa Fattah di sisi sebagai suami.
Dan kehadiran Kamal mula menyesakkan minda dan hatinya.

“Aku masih sayangkan kau.” – KAMAL

Hendak dilayan rasa cinta yang pernah wujud dalam hati, Farah tidak betah. Tambahan pula dengan kebencian Lela, adik iparnya, menambahkan luka dalam jiwa. Tidak cukup dituduh sebagai perampas kekasih, dikatakan diri Farah berskandal dengan duda pula!

“Hei, patutnya bangga okey. Jadi skandal I. Tak suka ke?” – MUSYRIF

Ah, lelaki itu… Banyak sungguh usikannya sehingga adakalanya Farah terasa ada biasan Fattah dalam diri Musyrif. Kematangan dan ketenangan yang serupa, adakalanya mengusik hati Farah.

¬¬¬¬¬¬“Aku ni tak dikira curang dengan Fattah ke?” – FARAH FIRDAUS

Itu juga yang menghantui minda Farah apabila semua orang mendesaknya untuk berkahwin semula. Farah buntu tetapi dia tahu, dia harus memilih dan siapakah pilihannya itu?

Judul : Masih Aku Sayang
Penulis : Umi Kalsom
Penerbit : Karyaseni
Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah/Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my

Follow kami di Instagram
http://instagram.com/karyaseni

Muat turun aplikasi mudah alih karyaseni di
Google Play & App Strore


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.