Neredesin? Awak Di Mana?

23 December 2016  
Kategori: Novel Di Pasaran

Gel gör beni a?k neyledi. Mari lihat apa cinta buat kepada saya. Ruby Haya arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan. Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan yang dialami. Peradaban tinggi pemuda peranakan Arab dan Turki itu mempesonakan Ruby. Takdir mereka bercantum di Bursa apabila flight leader itu melamar selepas suatu kejadian besar.

Si ibu mentua cuba menyingkirkan Ruby apabila sejarah hitam keluarganya dibongkar oleh saudara yang berdengki. Tidak pernah mengecap kasih ibu, didewikannya wanita itu. Namun solusi berisiko tinggi yang diambil memakan diri. Kecewa, Ruby ke ibu kota untuk menjadi hamba kerjaya. Dalam satu kejadian, dia bertemu dengan doktor perubatan merangkap pengusaha business sukan air berjiwa bebas.

“Semua beach boy tak senonoh pada pandangan awak?” – SHAH

Ayhan yang menyelamatkan Ruby di hutan Chiang Mai pula ada misi peribadi.

“Kalau ditanya, say it loud and say it proud. Tuhan yang anugerahkan awak status itu.”– AYHAN

Baru persahabatan dengan Shah dan Ayhan berkembang, Syed Hilal yang sudah berstatus bapa muncul.

“Tak berhubung tak bermakna tak berhubungan. Bercerai fizikal tak bermakna bercerai emosi. Melepaskan pernikahan tak semestinya tak lagi mencintai. Hilang di mata tak bererti hilang di hati.” – SYED HILAL

Takdir terus membanting Ruby, menekan dan menguji. Saat dia diculik oleh ceti haram, tiga pemuda bergabung untuk menyelamatkannya. Dapatkah Ruby mengecap bahagia atau cintanya berkubur dengan kekasihnya? Lahaulawala quwwataillabillah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Dan sesungguhnya, jihad terbesar adalah menentang kejahatan sendiri!

Tajuk: Neredesin? Awak Di Mana?
Penulis: Puteri Nor
Muka Surat : 1024
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-026-7
Harga: RM36.00 (Semenanjung) // RM39.00 (Sabah & Sarawak)

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di
www.karyaseni.my & www.p2u.my
http://karyaseni.my/index.php/novel/neredesin-awak-di-mana-detail

Muat turun aplikasi mudah alih karyaseni di
Google Play & App Store


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.