Novel : Alergi Bisu dan Sepet 1

28 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Min Firhad

PROLOG

“Tahniah Encik ,selamat menjadi bapa kepada dua puteri.”

Tangan Doktor itu digenggam erat,hampir sahaja air matanya menitis .Rizki terus meluru masuk kedalam bilik.Mencari wajah isteri yang bertarung nyawa melahirkan zuriatnya.Puan Hanan dipeluk erat,tidak sabar hendak membisikkan kata terima kasih ,dan membacakan iqamat ditelinga anak anak perempuannya.

Itu,momen terindah seorang bapa.

“Terima kasih sayang.Abang nak iqamatkan anak anak kita.” Dia memeluk iserinya sebelum mencari bayinya.Hanya seorang bayi sahaja dalam pelukan isterinya.Dia melihat lirikan mata isterinya yang sayu, merenung inkubator.Seorang lagi anaknya istimewa.Wajah suci itu polos tertidur nyenyak. Tidak mengetahui Allah mempunyai misi khas untuknya.

Wajahnya berubah.Allah.Hebat sungguh ujianMu.

“Abang,anak kita yang ini istimewa.Dia..syndrome down.”Lirih suara Hanan berkata.

Rizki hampir hampir saja terduduk.Perlahan lahan,bayi itu diangkat,penuh kasih,iqamat dibisikkan di telinga. Kemudian diletakkan disisi Hanan. Hanan mencium bertalu talu wajah kedua dua buah hatinya. Mata bayi yang normal mengikut mata Rizki,bundar. Lagi seorang pula tidak ubah seperti mata Hanan. Sepet. Namun kedua duanya persis wajah dia dan isterinya. Ada bukti cinta Hanan dan Rizki pada zuriat itu.

“Ini amanah Tuhan,pahala untuk kita.Syurga tunggu kita,Na.Kita jaga anak anak kita baik baik ya.”

Hanan dipeluk erat.Hanan pula sudah basah dalam air mata,hampir hampir sahaja jatuh pada kedua dua bayi yang didakapnya erat.Syukur,Ya Allah.

Rizki dan Hanan tersenyum,untuk kesekian kali menatap wajah zuriat mereka. Anak anak ini,mereka akan membesarkannya penuh kasih. Sempat Hanan berbisik di telinga kedua dua telinga puterinya.

“ Selamat datang ke dunia sayang.Umi janji,Umi akan protect anak anak umi.” Kerana hakikatnya, dunia kini sangat menakutkan.

BAB 1

“AMBOI , pagi pagi dah jadi mesin fotostat ?” Dania mengetuk meja dengan kuat.Berbulu betul matanya melihat Fitsu cekap menyalin jawapan add math dalam masa yang laju.Fitsu mengurut dadanya. Berpura pura terkejut .Hish,kus semangat !

“ Alah, aku pinjam kejap je.Aku bukannya meniru pun.Aku menganalisa jawapan kau. Kot kot ada yang salah.” Ujar Fitsu selamba.Dania ni bukan samseng mana,samseng olok olok.

Dania mengetap bibir. Kolar baju Fitsu dicekak.

“ Kau nak cakap jawapan aku salah lah ni? Tak guna. Dahlah kau ceroboh masuk bilik aku ambik buku ni ! Aku report dekat Airin tahulah kau.” Dia, Fitsu dan Airin tidak pernah berenggang sejak dari kecil lebih lebih lagi mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama.Mungkin kerana perwatakannya yang kasarlah dia sering menjadi bahan lawak Fitsu. Yang dia pelik dengan Airin bersopan santun pulak mamat tu.Ah. Aku tak kira, yang penting Fitsu dah mencabul hak asasi manusia. Berani dia ceroboh masuk bilik aku. Tunggulah aku failkan saman malu.

“ Whoa relax lah.Sedap mulut je kau mengata aku menceroboh. Mak kau ada masuk sekali okay . Kau tu,baik punya berdengkur macam enjin motobot. Entah entah Subuh pun terlajak.” Kali ni Fitsu ketawa berdekah dekah, Dania sudah mengepal penumbuk. Kureng punya member!

“Kau niiiiii… !”

“ Alah, sorrylah beb.Nanti aku belanja lah kau aiskrim eh.Dahlah kau ni bising macam mak neneklah. Main jauh jauh lah Dania.” Fokus Fitsu sedikit terganggu apabila mendengar suara bebelan Dania. Dia perlu cepat kerana Cikgu Suhana bakal tiba bila bila masa sahaja. Dia tak berani dengan cikgu matematik tambahan tu. Orang tengah pregnant. Garangnya lain macam,scary.

Dania mencebik.

“ Simpan je lah aiskrim murahan kau tu. No,thanks.”

“ Murahan ? sampai hati. Yelah,lepas ni aku tiru Airin punya je lah senang. Mulut dia tak bising macam mulut mak mak kau.” Fitsu bersuara sarkastik.

Dania mengajuk nada suara Fitsu. Apalah nasib tahun ini mereka bertiga sekelas pula.

“Kalau kau nak tahu antara kita bertiga, Airin memang paling genius. Lepastu kau nombor dua tapi kau kena ingat aku bukan nombor tiga. Sebab tu aku ada dekat kelas first ni jugak. Terimalah aku seadanya ya,Nia.” Fitsu meletakkan buku tulis di tangan Dania.

Dania mencemik ,pandai pulak dia guna konsep ‘seadanya’ padahal masa kelas bm buat tahi mata.Jarum jam ditala. 7.25.Lagi lima minit. Tempat duduk di sebelahnya masih kosong. Danger zone ni.

“Fitsu..”

” Apa lagi?”

” Airin tak datang lagi ke ?”

” Lah..aku ingat dia pergi sekolah dengan kau ?”

***

“Awak, saya pergi dulu tau. Awak jangan pergi mana mana tau.Tunggu sampai mak su balik okay. Awak lapar lagi tak?” Soal Airin lembut. Rambut kakak kembarnya itu disisir rapi. Bedak dipakaikan ke muka Aisya Sofea. Wangi sudah kakaknya.Pipi Aisya Sofea dicium.

“Nak pergi mana? Aisya nak ikut.” Wajah Aisya Sofea berubah.Permainan lego tidak lagi menarik perhatiannya kini.

“ Saya nak pergi sekolah. Kejaaaaap je. Lepas ni saya balik.”

“ Aisya tak boleh ikut pergi sekolah ke?” Soal Aisya Sofea,polos.Soalan jujur itu meruntun hati Airin. Entah mengapa dia rasa ngilu.Perasaan yang sama setiap kali Aisya Sofea bertanyakan tentang sekolah.

‘Akak boleh, sepatutnya akak sama sama dengan Airin jalan kaki,kita sama sama kejar bas, bertolak tolak sampailah sekolah. Kawan gelak,menangis dan buat sesi luahan perasaan sebab we both know life is hard.Kongsi pasal cerita crush dan kawan kawan. Belajar sama sama. Kongi segalanya bukan setakat baju, buku, tapi juga ilmu,Airin tanya akak kalau Airin tak tahu dan akak akan ajar adik. Lepastu kita berjaya sama sama. Pegang scroll,naik pentas. Banggakan arwah ibu dengan ayah.Whatever happen, we faced together.’

Because, that is what siblings are for,kan? Namun,impiannya terlalu tinggi.Dia perlu mengecilkan sedikit impiannya. Kata kata doktor tiga bulan lalu membunuh angan angan indahnya.Dan juga kehidupan seorang Aisya Sofea.

“ Airin Syuhada, harap awak dapat bersabar. Penyakit down syndrome kakak awak sudah merebak ke tempat lain. Dia akan membesar sama seperti awak,dan kanak kanak lain. Tetapi dia akan berfikir ,bercakap dan bertutur seperti seorang kanak kanak. Mungkin awak akan melihat dia seperti kanak kanak berusia lebih kurang lima tahun.”

“ Kenapa awak nangis? Aisya ada salah ke? ” Raut wajah Aisya Sofea cemas. Air mata Airin diseka.

“ Tak, aisya tak salah. Saya marah sebab saya tak dapat bawak Aisya pergi sekolah. Saya tak suka pergi sekolah sorang sorang. Aisya nak tahu something tak?”

“Nak !” Aisya Sofea teruja. Mendekatkan telinganya ke wajah Airin.

“ Sekolah tak best takde Aisya.” Airin merasakan dadanya hampir hampir sahaja pecah sewaktu menuturkan ayat tersebut. Sungguh. Dia sukakan ilmu tetapi dia bencikan sekolah.

“Aisya tak kisahlah. Aisya tak pandai baca.” Aisya Sofea tergelak,malu malu.

“ Siapa kata Aisya tak pandai baca? Kan hari hari Aisya belajar baca. Lama lama Aisya mesti pandai.Saya janji nanti suatu hari nanti kita pergi sekolah sama sama.” Airin menyuakan jari kelinkingnya.Aisya Sofea tersengih sengih. Seketika ,jari kelinking dua beradik itu sudah bertaut.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.