Novel : Antara mahligai ego dan cinta 10

10 September 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Dia memandang lama pantulan imej dirinya di cermin besar itu. Kejap-kejap dia berpusing ke kiri, kemudian ke kanan. Dia mahu memastikan pakaian itu benar-benar sesuai buat dirinya.

“okay ke Zul baju ni?” soalnya.

Memang benar, baju kebaya putih dengan sulaman bunga-bungan kecil bewarna ungu itu sememangnya ditempah khas untuknya namun dia juga bimbang sekiranya baju itu kelihatan buruk di tubuhnya hari ni. Hari paling bersejarah dalam hidupnya.

“Jangan risau la cik. Memang cantik. Lawa baju tu” balas Zul kembali. Larra tersenyum tawar sebelum menoleh ke arah pendandan rambutnya yang masih sabar berdiri memerhatikannya sejak 15 minit yang lalu.

“saya bukan apa. Takut tak kena pulak baju ni bila saya pakai” ujar Larra sambil melangkah menuju ke arah lelaki itu sebelum kembali duduk di hadapan cermin solek.

“tak adalah. Lawa je saya tengok. Memang padan. Cik pun lawa” puji lelaki itu bersahaja. Larra menjeling sekilas memandang ke arah lelaki itu yang sedang tekun memulakan kerja mendandan rambutnya.

Entah mengapa, otaknya tiba-tiba teringatkan tentang pemilik sebaris nama “Tengku Dzafril Haidhar’. Dia terpaksa mengaku, sejak semalam lagi dia sudah jadi tidak keruan, semuanya yang dilakukan tidak kena. Apatah lagi apabila memikirkan hari ini dia bakal menikah dengan lelaki itu. Menjadi isteri yang sah buat lelaki itu. Agh!! Macam tak percaya yang kau kahwin pun akhirnya Larra.

“cik, yang ni saya spray sikit yer?” soal lelaki itu membuatkan Larra tersentak. Dia memandang ke arah Zul yang turut memandangnya di cermin.

“errr….oh okay. Awak buatlah macam mana pun. Saya tak kisah. Janji saya tak nampak macam badut” balas Larra endah tak endah. Pandangannya dijatuhkan semula ke lantai. Masih memikirkan sesuatu.

Mendengar jawapan yang diberikan oleh gadis itu, ketawanya meletus juga. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengerling sekilas ke arah gadis itu.

“cik, tak adanya perempuan cantik macam cik ni jadi rupa macam badut……” balas Zul. Larra kembali memandangnya. Lalu dia segera menyambung bicaranya.

“lainlah kalau sepupu cik yang nama Aryana tu” ujar Zul kembali dengan nada suara yang sengaja direndahkan. Larra turut tergelak kecil mendengar gurauan dari lelaki itu. Memang benar sepupunya yang bernama Aryana itu tidak lengkap sekiranya tanpa mekap. Kemana sahaja dia pergi, pasti tidak lupa untuk merias wajahnya terlebih dahulu.

“oi Zul!!! Ngumpat aku ke huh?” jerit satu suara nyaring dari belakang menyebabkan gelak mereka terus mati. serentak kedua-dua mereka menoleh ke belakang mencari arah pemilik suara itu. Dilihatnya Aryana sedang berdiri di situ sambil matanya tajam memandang wajah Zul yang sudahpun bertukar kelat.

“Eh Yana. Tak sedar pulak kau masuk. Family dia orang dah sampai ke?” soal Larra sengaja ingin mengubah topik perbualan.

Soalan dari Larra itu ternyata berjaya membuatkan fokus gadis berwajah kacukan Cina itu beralih padanya. Tidak jadi melenting kerana Zul. Sebaliknya berjalan ke arah Larra sebelum duduk di bangku berdekatan.

“kau ni.. Taula hari ni jadi pengantin kan. But, sekarang baru pukul berapa Larra. Dia orang belum sampai lagi la” ujar Aryana sambil menghadiahkan satu senyuman buat Larra. Senyuman itu disambut oleh Larra sementara Zul pula masih tekun menyiapkan dandanan rambutnya.

“tak adalah. Aku saja je tanya” ujar Larra sambil tersenyum.

Aryana mengambil kesempatan itu untuk memerhati riak yang terbit dari wajah Larra. Dia tahu, lelaki yang ingin dijodohkan dengan sepupunya itu bukanlah dari pilihan hati gadis itu sendiri. Sebaliknya adalah atas desakan dari kedua-dua pihak keluarga.

Larra… Larra tak sangka kau end up dengan kahwin paksa macam ni. Padahal dulu, berapa ramai lelaki gilakan kau. Kau je yang jual mahal. Kau boleh pilih mana yang kau nak, tapi sekarang, kau nak tak nak, terpaksa kau ikut. Kesian pulak aku tengok kau. Desis hati kecil Aryana.

“kau betul ke tekad dengan keputusan kau ni?” soal Aryana membuatkan Larra menoleh ke arahnya.

****

“aku tekad. Walau apa pun, aku kena jugak buktikan yang aku bukan pengecut. Aku tak akan serahkan tunang aku sendiri dekat Hakimi tu. Kalau dia yang gantikan aku, confirm sekali lagi dia jadi hero. Penyelamat keadaan katanya. Kalau macam tu, sampai bila-bila pun papa dan mummy akan sentiasa melebih-lebihkan dia” ujarnya sendiri.

Hubungannya dengan Hakimi sememangnya tidak elok sejak kecil. Baginya Hakimi adalah musuh yang telah merampas kasih sayang mummy darinya. Dia tahu, lelaki itu tak bersalah.

Malah dalam apa-apa hal lelaki itu lebih senang untuk mengalah dengannya. Namun dia masih belum dapat menerima lelaki itu sebagai adik tirinya. Hakimi adalah topeng semata-mata. Dia buat semua tu, sebab nak semua orang sayang dia. Dan benci aku! jeritnya di dalam hati.

Dia masih berdiri di hadapan cermin, sambil melepaskan satu keluhan berat. Memerhati dirinya dalam versi baju Melayu yang sangat jarang dipakainya. Kebiasaannya hanya setahun sekali dia mengenakan baju Melayu itu sementara selebihnya dia lebih senang mengenakan baju T-shirt sahaja.

Songkok di atas meja lantas segera dicapainya sebelum disarungkan ke kepalanya sebagai pelengkap terakhir.

Serentak dia teringat kepada pemilik sebaris nama “Larra Adlea”. Baru hari itu dia diberitahu nama penuh gadis itu. Dan yang membuatkan dia sedikit tertarik kerana nama itu mengingatkannya kepada seseorang. Gadis yang berkerja di rumah mummy nya dahulu.

Gadis yang seringkali meletuskan rasa egonya gara-gara layanan dingin yang diterimanya. Ya, gadis itulah yang sering dijadikan tempat dia melepaskan rasa marahnya terhadap isu pertunangan yang menganggunya. Agh, patutlah kau jadi tempat aku lepaskan marah. Rupa-rupanya nama kau ada sama dengan tunang aku.

“Larra Adlea”

Dia tersenyum sendiri. “tapi yang penting kedua-dua mereka bukan orang yang sama. Adlea yang tu, cuma maid. While this Adlea pulak, pewaris tunggal hotel” dia bermonolog sendirian.

Ketukan di pintu biliknya memmbuatkan dia pantas menoleh. Beberapa saat kemudian pintu itu ditolak dari luar sebelum papanya muncul di situ berdiri sambil tersenyum memandangnya,

“wow…..segak anak papa” ujar lelaki itu sambil melangkah menghampiri anak lelakinya itu. Bahu milik lelaki itu ditepuknya perlahan.

“Pa…i’m worry” ujar lelaki itu tiba-tiba. Berkerut dahi Tan Sri Tengku Radzi mendengar kata-kata anaknya itu.

“Worry? Sebab apa?” soalnya kembali. “Pasal nak kahwin dengan Larra?” teka lelaki itu kembali. Dilihatnya ada riak kusut di wajah anaknya sebelum sejurus kemudian lelaki itu mengangguk. Ternyata tekaannya benar.

“macam yang papa tahu, setuju kahwin dengan orang yang kita tak pernah kenal atau dengan kata lain, setuju kahwin dengan ‘stranger’ bukan satu benda yang mudah. I think a lot and i always wonder, how this girl that my father keep talking about, look alike?” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“she’s pretty enough, okay. Zaf tak payah bimbang pasal rupa dia” ujar Tan Sri Tengku sambil menepuk bahu anaknya itu dan berjalan menuju ke pintu.

“cantik sangat ke?” Tengku Dzafril Haidhar menyoal dirinya sendiri

“eh Zaafff!! Buat apa diri tercegat lagi dekat situ. Dah pukul berapa dah ni…cepatt!!” laung papanya membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas bergerak menuju ke pintu biliknya. Turut menyusul keluar.

****

“tulah kau. Padahal dulu berapa ramai peminat kau dekat sekolah, satu pun kau tak layan. Aku rasa kalau kau serius dengan salah seorang dari mereka, mesti hal macam ni takkan jadi sekarang” bebel Aryana.

Larra mengerutkan dahinya. Ada benar pada kata-kata gadis itu namun semuanya dah terlambat. Masa tak mungkin dapat diundur. Buktinya sehingga kini dia menolak untuk ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Kerana itu jugalah menyebabkan papanya bimbang dan mengambil jalan alternatif untuk mengahwinkannya juga secara paksa.

“Aku mana tahu benda macam ni jadi dekat aku. Entahlah Yana. Apa pun, aku dah tak boleh nak ubah apa-apa. Nak tak nak, aku kena kahwin juga” ujar Larra sambil menarik nafas panjang. Wajahnya tertunduk menahan rasa sebak barangkali. Aryana menepuk perlahan bahu Larra.

“errr Larra. Aku tak bermaksud nak buat kau sedih. Aku just…..” tangannya disentuh lembut oleh Larra. Dia memandang lama wajah itu. Larra tersenyum.

“no. Tak apa Yana. Its okay. Aku tak ambil kisah pun lah. Just aku terfikir memang ada betulnya apa yang kau cakap tu. Cuma aku ni haa. Yang ego, berlagak sangat masa tu” ujar Larra.

Aryana sedikit terkedu mendengar pengakuan dari gadis itu. Belum pernah dia melihat gadis itu berbuat sedemikian, mengaku kesalahan dirinya sendiri. selama dia kenal, sepupunya itu lebih gemar meletakkan kesalahan pada orang lain. Dirinya sahaja yang betul. Namun pada kali ini, dia sendiri pelik. Gadis itu tak sama seperti dulu. Perwatakannya lebih lembut dan matang. Atau dengan kata lain, gadis itu berubah menjadi baik. Perbezaannya sangat ketara.

“Larra. Is that you?” soal Aryana seolah tidak percaya. Larra mengangkat keningnya. Wajahnya kelihatan hairan mendengar soalan yang diutarakan oleh Aryana.

“is that me? This is me, Yana. Kenapa?” soal Larra kembali.

“nothing. I’m just a bit shock. Kau dulu tak macam ni. Kau…kau dah berubah” ujar Aryana akhirnya meluahkan rasa yang terbuku di hatinya. Larra menarik nafas panjang.

“then don’t tell me, that you prefer someone like the old Larra?” soalnya kembali. Aryana pantas menggeleng sambil tersenyum.

“tak..aku lagi suka kau yang sekarang lah. Serius. Aku suka kau yang sekarang” ujar Aryana lagi.

Larra tersenyum. Dia tahu, semenjak dia balik, perubahan drastik pada sikapnya itu menjadi tanda tanya pada semua orang yang pernah mengenalinya dahulu. Namun itulah dia yang sekarang. Dia tidak mahu lagi sikap lamanya itu menjadi asas kayu ukuran orang terhadap dirinya lagi.

“tapi aku takut la Yana” ujar Larra tiba-tiba.

****

Hakimi duduk termenung di sofa itu. Hari itu adalah hari perkahwinan antara Larra dan abang tirinya, Zaf. Sukar digambarkan perasaan yang dirasakannya kini. Ingin sahaja dia meraung sekuat hati menyatakan rasa kesal dengan nasib dirinya sendiri namun imannya masih kuat. Dia tidak mahu menyalahkan takdirnya.

“Kimi. Jom kita gerak. Keluarga dia orang pun dah gerak ke rumah Larra” ujar Puan Zahnita membuatkan lamunan Hakimi mati. Dia mendongak memandang Puan Zahnita sambil sedaya upaya untuk tersenyum gembira.

“eh yeke! Dia orang dah gerak eh? ” ujar Hakimi. Yang sebenarnya dia sudah membuat keputusan, untuk tidak hadir langsung ke majlis itu. Dia tidak sanggup melihat Zaf melafazkan akad keatas Larra.

Puan Zahnita mengangguk sambil mencari-cari sesuatu di dalam beg. Tudung bawalnya diperkemaskan lagi di cermin yang tergantung di ruang itu.

“a’ah tadi Uncle Radzi kamu call mummy. Dia orang dah gerak dah” ujar Puan Zahnita pula.

“erm. Mummy pergi lah dulu. Kimi datang lambat sikit kot” dia sengaja memberi alasan. Suaranya sengaja dibuat-buat riang.

Puan Zahnita menoleh. Lama memandang wajah anak lelakinya itu sebelum bersuara”Kimi, are you trying to make excuses for not attending ?”

Hakimi tergamam. Agh! Hebat betul mummy ni. Boleh baca fikiran aku. Dia sekadar berdiam diri. Puan Zahnita telahpun duduk di sisinya.

“kimi, mummy tahu, hari ni, hari paling sukar untuk Kimi, tapi mummy mohon Kimi tolong hadir ke majlis tu” pujuk Puan Zahnita.

Hakimi mengeluh keras sambil meraup wajahnya. Jelas kelihatan riak tertekan di wajah itu. Mana tak nya. Gadis yang dipujanya dalam diam, bakal menjadi milik orang lain. Apatah lagi, orang itu adalah abang tirinya sendiri.

“mummy, Kimi bukan tak nak pergi. Tapi Kimi tak sanggup. Tak sanggup tengok Zaf lafazkan akad nikah atas Larra” ujar Hakimi. Dia memejam erat matanya. Timbul sedikit cecair di matanya namun dia tidak mahu mummy nya melihat air mata lelakinya itu. Cepat-cepat dia meraup wajahnya sekaligus mengesat air matanya dari tumpah.

“you love her that much?” soal Puan Zahnita. Hakimi mengangguk. Puan Zahnita.

“mummy minta maaf sebab mummy tak boleh nak ubah apa-apa tapi..”

“no. Ni bukan salah mummy pun. Bukan salah siapa-siapa. Tapi salah Hakimi sendiri. Kimi tak berani nak luahkan perasaan sendiri. Tak berani nak luahkan apa apa pun sebab dia tunang Zaf” ujar Hakimi. Sememangnya kalau Larra itu bukan tunang abangnya, sudah lama dia masuk line. Menjadikan gadis itu miliknya.

“Macam nilah. Mummy faham apa yang Kimi rasa tapi mummy merayu sangat-sangat dengan Kimi, tolonglah datang. Sekejap pun tak apa. Tunjuk muka pun jadilah. Please” pujuk Puan Zahnita. Dia tahu lelaki itu seorang yang lembut hati. Jarang sekali permintaannya dihampakan. Berbeza sekali dengan Zaf.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh lelaki itu. ” okay mummy. Kimi tukar baju Melayu kejap” ujar lelaki itu kembali.

Puan Zahnita tersenyum gembira. Hakimi telahpun bangun berjalan menuju ke biliknya. Lelaki itu sememangnya anak yang patuh.

Tapi, Zaf pun anak aku juga. Walaupun Zaf seringkali merasakannya dia pilih kasih, namun hakikatnya dia sayang kedua-duanya. Cuma mungkin kerana Zaf dilahirkan bukan atas kehendaknya membuatkan dia dingin melayan lelaki itu dahulu.

*****

“iyelah. Kau pun tahu kan, aku tak kenal pun dengan lelaki itu. Macam mana kalau dia tu, kaki mabuk….playboy…. Ish, aku taknak dapat suami macam tu” ujar Larra meluahkan kebimbangan hatinya. Serentak dia teringat tentang Zaf, anak majikannya itu yang seringkali pulang ke rumah dalam keadaaan mabuk.

Zul mengerutkan dahinya. Kau tak nak bakal suami macam tu? Tapi malangnya, lelaki yang kau nak kahwin ni macam tu. Kau belum kenal lagi macam mana playboynya Tengku Dzafril Haidhar tu.

Namun dia malas mahu membuka mulut. Tidak mahu mengeruhkan suasana. Dahlah dia ni kena kahwin paksa, kang dengar macam-macam aku citer pasal bakal suami dia, dari nak kahwin jadi tak jadi. Tak pasal-pasal cancel pulak majlis tu. Bila majlis ni cancel, aku pun tak dapat la duit bayaran dandan rambut dia.

Pelik juga aku bila masa mula-mula dapat tahu, pengantin lelaki adalah si Tengku tu. Setahu aku dia tu mana nak serius dengan mana-mana perempuan. Sekali rupanya sebab pilihan keluarga. Patutlah. Dia bermonolog di dalam hati.

“Kau janganlah fikir macam-macam. Belum tentu lagi dia macam tu. Lagipun, takkanlah auntie dengan uncle tak selidik dulu background family dia. Lagipun, papa dia kan kawan baik uncle kan?” ujar Aryana cuba menenangkan Larra.

“entahlah. Tapi mungkin betul kot cakap kau. aku je agaknya, yang lebih-lebih fikir pasal benda ni” ujar Larra sambil mencuba untuk tersenyum.

“haa, macam tu lah. Hari ni kan kau nak kahwin. Jadi kau kena la senyum lebar-lebar. Barulah nampak berseri. Paham?” ujar Aryana. Larra sudah tergelak.

“iye Yana. aku senyumlah ni” ujar Larra serentak melebarkan lagi senyumannya menampakkan semua giginya. Lagaknya seperti orang yang sedang mempromosikan gigi.

“umph! Tu sengih namanya. Dah macam tak betul pulak aku tengok kau nilah!” marah Aryana. Ketawa Larra sudah terburai melihat sepupunya menarik muka.

“alaaa. Jangan marah okay. Jangan marah. Nanti tak cun” pujuk Larra sambil menepuk perlahan pipi Aryana dan tergelak.

“tak marah. Aku cuma jealous je dengan kau” ujar Aryana. Larra berhenti ketawa. Pelik.

“kau nak jealous? Nak jeleous apa pulak dengan aku?” soal Larra tidak mengerti. Aryana menoleh.

“Yelah, kau cantik. Kau pandai. Kau kaya, dapat suami pun lagi kaya. Jealous la aku”

“kau ni, ada-ada jelah. Yang kaya tu bukan kitorang but pak cik-pak cik dekat bawah tu” gelak Larra seraya menggelarkan papanya sendiri sebagai pak cik. Aryana tergelak sama.

“tak baik kau macam tu tau. Tapi betul kan, bakal suami kau ni anak tunggal. Sama macam kau?” soal Aryana. Larra terdiam sejenak. Otaknya mula memproses maklumat.

“agaknya kot. Aku rasalah sebab mama pernah terlepas cakap dengan aku hari tu. Kenapa?” soal Larra kembali.

“wow. both. Anak tunggal. Kau takkanlah tak tahu langsung nilai aset hotel dia tu?” soal Aryana bersungguh-sungguh. Larra tunduk seketika sebelum kembali menggeleng memandang Aryana.

“kau ni teruk betullah. Kau nak kahwin dengan dia, tapi kau tak tahu apa-apa pasal dia. Langsung tak tahu?” soal Aryana. Larra menggeleng. Sememangnya dia malas mahu mengambil pusing tentang aset yang dimiliki oleh lelaki itu. Dia tahu lelaki itu kaya. Malah lebih kaya darinya namun baginya dia langsung tidak kisah pasal hal itu. Persetujuannya untuk berkahwin tiada kaitan langsung dengan harta lelaki itu. Hanya sekadar mengikut permintaan keluarganya sahaja.

“aku pun tahu sebab aku ditugaskan untuk buat research tentang hotel-hotel mewah dekat Asia ni. Dan Vermilion Hotel tergolong dalam senarai tu. Did you know, berapa nilai Vermilion?” soalnya. Larra terdiam sejenak.

“Yang aku tahu tu hotel 6 star. Tu je” ujar Larra.

Aryana menarik nafas panjang melihat sikap ‘innocent’ gadis itu. Nampaknya kau kahwin dengan lelaki ni memang sebab family, bukan sebab harta dia. Larra…Larra

“75 bilion” ujar Aryana.

Bulat mata Larra mendengar sejumlah wang yang sememangnya bukan dalam angka kecil. Aku salah dengar ke? Kalau betul, ini bermaksud aset lelaki itu adalah 5 kali ganda lebih banyak dari hotel miliknya.

“sebab tu lah, Tan Sri Tengku Radzi tu termasuk dalam list sebagai salah seorang usahawan paling kaya dekat Malaysia ni” laju sahaja Zul menuturkan kata-kata itu secara tiba-tiba menyebabkan Larra dan Aryana serentak menoleh ke arah lelaki itu. Eh alamak, apasal la mulut aku pergi gatal sangat nak menyampuk tadi.

“You menelinga ea kita orang berbual?” suara Aryana kedengaran meninggi. Terkulat-kulat Zul memandang Aryana. Rambut Larra yang sudah siap didandan itu dirapikannya buat kali terakhir.

“eh, biar la Yana….” Larra memujuk Aryana sebelum memandang Zul. “Its okay Zul. Saya tak kisah pun. Thanks beritahu saya” ujar Larra sambil tersenyum manis.

Zul serba salah namun dia memaksa juga dirinya bagi tersenyum. Cis, yang pengantin tak ada kecoh, singa betina dekat sebelah ni pula sibuk-sibuk nak marah aku. Bukan aku cerita pasal bakal laki kau pun. Ketukan di pintu bilik itu membuatkan dia tersedar.

“Amboi lawanya anak mama” puji Datin Marissa sebaik saja menangkap kelibat Larra yang masih duduk di hadapan meja soleknya. Aryana menoleh sambil tersenyum.

“Lawa kan auntie. Yana sejak masuk bilik tadi dah perasan dah” ujar Aryana sambil tersenyum memandang Larra yang sekadar tersenyum.

“dah Yana. Tak payah bodek. Kau tak dapat hadiah pun puji aku” ujar Larra membuat Datin Marissa tergelak.

“erm orang kalau dah cantik, tak pakai make-up pun still nampak cantik” puji Zul sambil mengemaskan barang-barangnya ke dalam beg. Datin Marissa menoleh sekilas ke arah Zul.

“eh, Larra tak make-up ke?” soal Datin Marissa ketika baru tersedar anaknya itu tidak memakai sebarang solekan pun di wajah.

“Larra mana ada barang make-up, mama. Lagipun selama ni memang tak pernah make up pun” ujar Larra sambil menggaru pipinya. Aryana mengerutkan keningnya sambil memandang ke arah Datin Marissa. Dia tahu, gadis itu tidak berapa gemar mengenakan sebarang alat solek ke wajahnya. Katanya, rimas bila pakai gincu. Itulah inilah. Ada sahaja alasannya.

“saya keluar dulu” ujar Zul sambil tersenyum. Datin Marissa mengangguk kembali.

“tapi kan Larra. Hari ni kan hari kau kahwin. Takkanlah tak nak pakai make-up langsung?” soal Aryana. Kata-katanya itu disokong oleh Datin Marissa.

“tak naklah. Kalau nak make up sangat, aku rasa time kita orang bersanding nanti je lah. Masa dekat hotel. Sekarang ni tak payah kot” ujar Larra sambil membelek wajahnya dicermin. Baginya tidak ada sebarang masalah pun meski dia tidak memakai alatan mekap. Elok je aku rasa.

“ish macam tu pulak” soal Datin Marissa. Larra mengangkat keningnya.

“Kenapa mama? Larra nampak teruk ke, kalau tak pakai make up. macam ni je?” soal Lara kembali.

Datin Marissa menarik nafas panjang. Begitu juga Aryana. Kedua-duanya sudah kehilangan kata-kata. Memang benar, gadis itu tetap cantik meski tanpa solekan di wajahnya. Kulitnya sudah semulajadi licin. Tiada cela yang perlu ditutup lagi. Gadis itu sememangnya dilahirkan semulajadi cantik.

“err. Tak pelah kalau macam tu. Suka hati kamulah, Larra” ujar Datin Marissa tersenyum. Tidak berapa lama kemudian sayup-sayup kedengarah suasana riuh rendah di tingkat bawah membuatkan mamanya sedikit teruja.

“eh, tu mesti pengantin lelaki dah sampai” ujar Datin Marissa sambil tersenyum lebar memadnang Larra.

Larra membalas pandangan mamanya itu tanpa sebarang kata-kata. Gulp, alamak. Apasal aku rasa berdebar-debar sangat ni? Dia dah datang. Tangannya dicapai oleh seseorang. Dia menoleh ke arah Aryana.

“mama keluar dulu ya Larra” ujar Datin Marissa kepada Larra sebelum menoleh ke arah Aryana. ” Yana teman Larra ea?” arahnya lagi. Anak saudaranya itu sekadar mengangguk tanda setuju. Larra menelan air liurnya lagi. Mamanya pula sudah melangkah keluar dari bilik itu dengan senyuman lebar. Gembira sangatlah tu, bakal menantu dia dah sampai.

“aku tau kau cuak” ujar Aryana seolah faham isi hatinya. Larra memandang lama wajah sepupunya itu.

“Eh Yana. Kau boleh tolnong aku tak?” soalnya kembali membuatkan wajah Aryana bertukar hairan memandangnya.

“tolong? Tolong apa?” soal gadis itu lagi. Larra tersenyum.

“tolong tengokkan rupa dia?” soal Larra.

*****

“apasal kau lambat sangat ni Qiem?” tegur Joe sebaik sahaja menangkap kelibat Aqiem yang baru tiba di ruang itu. Lelaki itu menoleh.

“aku terbangun lambat la” ujar lelaki itu sambil memperkemaskan rambutnya. Ayie tergelak kecil.

“eh biasa kau la yang datang paling awal. Kita orang ni kaki tidur yang datang lambat. Tapi hari ni terbalik pulak” ujar lelaki itu sambil tergelak. Aqiem turut tergelak kecil.

“aku kerja overtime kot malam tadi nak siapkan kerja dekat pejabat tu. Tu yang pagi ni sedar lambat” balas Aqiem sambil menoleh ke arah Zaf yang sudahpun duduk di hadapan qadi di ruang tengah itu.

“eh tu Zaf eh?” soalnya tidak percaya.

“Yelah. Habis tu sape lagi yang nak kahwin hari ni. Takkan bapak dia tu pulak kot. Tu Zaf la” ujar Fahim.

“mana tau. Bapak dia pun solo ape” ujar Ayie sambil ketawa.

“memandai la kau Ayie. Eh tapi, segak doh. Jarang nampak dia nak pakai baju Melayu” ujar Aqiem memuji kesegakan lelaki itu.

“alahh. dia tu kan dah memang come in package. Aku rasa kita semua ni pun sedar kan hakikat yang kawan kita tu memang handsome. Betul tak?” ujar Joe pula.

“betul. Aku yang lelaki ni pun rasa dia tu macho. Bukan aku gay. Tapi kenyataan. So no wonder lah kalau dia tu senang-senang je boleh dapat perempuan keliling pinggang” ujar Ayie pula.

“but i still wonder…….either Zaf straight enough or not?” ujar Fahim dalam keadaan berbisik. Tidak mahu perbualan mereka didengari oleh orang yang berdekatan. Joe menoleh ke arah lelaki itu.

“aku pun musykil juga sebenarnya. But nak cakap dia gay, dia tak pernah pula tunjuk dia minat dengan kita. Tapi sikap dia yang anti perempuan tu pun kadang-kadang buat aku syak juga” ujar Ayie.

“uish. aku kawan dia dari sekolah lah. Memang dia macam tu. but….I don’t think he’s a gay” balas Aqiem.

*****

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama lelaki yang lengkap berkopiah putih bersama jubah putih yang sedang duduk bersila di hadapannya. Lelaki itu lah yang akan menjadi qadi untuk menikahkannya hari ini.

Dia dapat mendengar jantungnya sendiri berdegup kencang ketika itu. Sementara qadi itu menyiapkan dokumen-dokumennya, sempat mataTengku Dzafril melingas memandang sekeliling. Mencari-cari kemungkinan gadis yang bernama Larra.

Akhirnya, matanya seolah terpaku pada gadis yang duduk bersimpuh tidak jauh darinya. Terpaku bukan kerana terpukau dengan keindahan rupa gadis itu, malah sebaliknya. Giginya jongang dan kulit wajahnya dipenuhi dengan jerawat. Rambutnya disanggul tinggi, tubuhnya agak gempal. Dan paling tidak boleh diterimanya, adalah solekan pada wajah wanita itu sendiri.

Bagi seorang lelaki yang seringkali didampingi perempuan-perempuan cantik, pasti itu adalah mimpi buruk baginya.

Oh my god, jangan cakap ni lah Larra. Apasal dia punya make-up gile over. Dah kalahkan badut tepi jalan pulak ni? Takkanlah aku nak kahwin dengan perempuan macam ni. Mana aku nak letak muka kalau macam ni. Tak mungkin, tak mungkin ni Larra yang papa selalu puji cantik tu. Tapi, dia seorang je dekat sini yang pakai pakaian pengantin. Sah. Memang dia Larra.

“tidakkkk!!!’ tanpa sengaja dia menjerit dalam lamunannya sendiri.

Lututnya dicuit perlahan oleh tok kadi itu membuatkan dia tersedar. Pandangan lelaki itu tajam memandangnya. Begitu juga seluruh tetamu yang berada di ruang itu. Semuanya kelihatan hairan melihatnya.

“Apa yang tidak, Tengku?” soal lelaki itu hairan.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak. Ternyata dia tanpa sedar menuturkan kata itu. Adess, macam mana aku nak cover pulak ni. Sengal betullah. Ni semua salah perempuan make-up badut tu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

“errr……errrrm…maksud saya tidaaak lama lagi ke majlis akad nikah ni nak mula?” soalnya kembali. Duhh! Zaf. Apahal pulak la aku pegi guna ayat skema, baku ni. Tapi nak buat macam mana. Nak cover punya pasal.

Kedengaran tetamu di ruang itu sudahpun tergelak mendengar jawapannya. Tengku Dzafril Haidhar hanya mampu berdiam diri saat dirinya ditertawakan. Sabar Zaf. Sabar.

“apa kena dengan kamu ni Zaf. Macam tak betul je. Kamu ni okay ke tak?” tegur papanya seolah dapat mengesan perubahan dirinya. Dia menoleh ke arah lelaki itu lama. Memang tak okay pun. Kalau perempuan macam tu lah papa cakap cantik, cantik lagi Kak Indah yang jadi maid rumah kita tu. Tak rela aku nak bernikah macam ni.

Ingin sahaja saat itu dia lari marathon meninggalkan majlis itu namun dia masih mampu berfikiran wajar. Meski dalam hatinya kuat meronta-ronta tidak mahu berkahwin dengan Larra namun dia sedar pada janjinya. Janji harus ditunaikan.

“jangan risau Tengku. Dah nak mula la ni. Nampaknya pengantin lelaki dah tak sabar. Kita start sekarang ya” ujar tok kadi itu sambil tergelak memandang Tengku Dzafril Haidhar yang pucat di hadapannya.

Dia hanya mampu tersenyum kambing apabila diperli oleh qadi itu. Tangannya sudah berada di dalam genggaman lelaki itu. Erat.

“Aku nikahkan engkau dengan Larra Adlea binti Qamal dengan mas kahwinnya RM 35 350 tunai”

Selesai itu, tangannya digoncangkan menunjukkan kini gilirannya pula untuk menjawab.

“aku terima nikahnya, Larra Adlea binti Qamal dengan mas kahwinnya RM35 350 tunai” lancar sahaja dia menyebut lafaz tersebut dengan sekali nafas.

Serentak kini, dia merasakan satu bebanan yang maha berat dipikulnya sejak sebulan yang lalu. seolah-olah terlepas. Dia sedar, hakikat tentang statusnya dirinya kini telah berubah. dia telah pun menjadi suami yang sah kepada Larra, perempuan bermake-up tebal itu. Dia redha.

Matanya ditutup erat namun telinganya masih mampu menangkap para saksi akad nikahnya itu mengucapkan kata ‘sah”. lalu satu keluhan berat dilepaskannya.

“pergi sarungkan cincin, Zaf” bisik papanya perlahan ke telinganya membuatkan dia kembali membuka mata.

Kotak cincin baldu bewarna putih yang dihulurkan ke arahnya itu dipandang lama. Perlahan-lahan tangannya menerima kotak itu sebelum bangun berdiri. Matanya kini tepat memandang ke arah gadis berbaju putih yang masih setia menunggunya di situ. Dia membetulkan sampingnya. No Zaf. Whatever she is. She’s your wife now. Dia isteri aku.

Dia menuturkan kata-kata semangat itu di dalam hati sebelum langkahnya mula diatur kemas menuju ke arah wanita itu dan mula duduk di hadapannya. Kotak cincin itu dibuka. Sempat dia menjeling ke arah gadis itu yang kelihatan terkejut memandanngya.

Eh kau, tak padan muka buruk. Lagi nak buat-buat muka terkejut. Lalu, cincin bertatah berlian itu dikeluarkan dari kotak, bersedia untuk menyarungkan ke jari manis wanita tu. Namun pergerakannya terhenti apabila ada satu suara yang lebih dahulu menghalangnya.
“Eh Zaf! Buat apa tu dekat situ?” soal satu suara di belakangnya. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya sebelum menoleh ke arah Dato’ Qamal. Apahal pulak? Tadi suruh aku sarungkan cincin.

“sarungkan cincin” ujarnya pendek sambil mengunjukkan cincin di tangannya. Tetamu yang hadir sudah tergelak sakan mendengar jawapannya. Begitu juga papa dan bapa mentuanya.

“laaa. Yang kamu pergi sarungkan cincin dekat Kak Asiah tu buat apa? Tu bukan Larra. Larra dekat bilik dia” ujar Dato’ Qamal sambil tergelak melihat kelucuan menantunya itu. Bagaimana dia boleh terfikir Kak Asiah itu adalah Larra.

“Zaf….Zaf. Larra dekat tingkat atas la” ujar papanya pula.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak. Huh? Aku dah salah orang rupanya. So maksudnya, yang make-up badut ni bukan Larra. Dia membetulkan songkok. Mukanya terasa bahang menahan rasa malu. Sempat dia mengerling sekilas ke arah tetamu di ruang itu yang masih menggelakkannya.

Sumpah, aku tak pernah kena malukan sampai macam ni. Tak pasal-pasal aku jadi orang bodoh pulak kena gelakkan pasal dah salah orang. Nampak sangatlah aku tak kenal dengan isteri sendiri.

“cepat Zaf. Apa lagi termenung lagi dekat situ. Larra dah tungu lama tu” tegur Tan Sri Tengku Radzi sekali lagi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar segera bangun mengikut langkah ahli keluarganya. Kali ini dia tidak mahu memandai-mandai sendiri. Tidak mahu perkara yang sama terjadi lagi.

*****

Aqiem menggelengkan kepalanya sambil tertawa. Bukan dia seorang sahaja yang terasa lucu dengan sikap lelaki itu pada hari itu, namun hampir semua yang ada di situ turut ketawa apabila lelaki itu tersilap orang. Wanita yang duduk di tepi dinding itu disangkakannya adalah Larra.

“macam manalah dia boleh pergi terfikir mak cik tua tu Larra” kedengaran Ayie bersuara membuatkan Aqiem turut menoleh.

“tu ar. Aku pun dah cuak jugak tadi. Ingatkan ye ar tu Larra. Sekali salah orang” ujar Aqiem pula.

“entah apa-apa lah. Aku jarang nampak dia menggelabah macam hari ni. Selalu kita tengok dia cool je. Tapi hari ni kelakar gila” ujar Joe dengan gelaknya yang masih bersisa.

“duh kau ni pun. Dah nama pun hari ni dia menikah. Mestilah gementar dok” ujar Fahim sambil menarik nafas panjang cuba mempertahankan Tengku Dzafril Haidhar.

Joe menoleh sekilas ke arah lelaki itu

“tu aku tahu Fahim tapiiiiiii…..tapiiiii aku macam tak percaya, Zaf kahwin dulu dari kita-kita yang setia dengan perempuan ni” ujar Joe lagi.

“a’ah ek. Aku ingat dia takkan kahwin memandangkan sikap playboy dia tu memang sejak sekolah lagi tapi tak sangka dia pulak yang kahwin dulu” ujar Aqiem sambil tergelak kecil.

“dah jodoh dia nak buat macam mana” balas Ayie.

“aku ingat lepas ni aku nak kahwin jugak ah. Jeles la tengok Zaf dah ada bini aku tak ada lagi” seloka Fahim. Ayie tergelak.

“kau orang boleh bayangkan macam mana agaknya Zaf tu layan bini dia. Dia tu dah la anti perempuan sikit. Agak-agak isteri dia tu selamat tak kahwin ngan dia?” soal Fahim. Serentak ketawa Ayie mata. Mata Aqiem sudah mencerlung memandang Fahim.

“aku pun fikir pasal hal yang samalah. Entah macam mana agaknya bini dia nanti. Mamat tu bukannya betul sangat. Silap-silap teruk bini dia kerjakan” ujar Joe.

“tapi aku rasa takkanlah sampai nak menampar pukul semua. Setahu aku, Zaf tu bukan kaki pukul perempuan. Cuma sikap ego dia tu je tinggi” bela Aqiem. Ayie menganguk sebagai tanda bersetuju dengan kata-kata Aqiem.

“betul jugak tu. Aku harap Cik Larra tu selamat la dekat tangan dia. Tapi, aku pelik lah” ujar Fahim sambil mengerutkan keningnya.

“Apasal pulak pelik?” soal Ayie

“Macam mana dia boleh setuju nak kahwin. Setahu aku, bukan ke dia mati-mati tak nak kahwin dengan Larra tu” soal Fahim. Aqiem tersenyum mendengar soalan itu. Meski dia tahu sebab sebenar namun biarlah hanya dia dan Zaf sahaja yang tahu.

“eh a’ah ek Joe. Kau ingat lagi tak dia sampai mabuk masa mula-mula kena tunang tu dulu” soal Joe pula.

Aqiem mengambil keputusan untuk sekadar berdiam diri. Tidak mahu membuka mulut.

*****

Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan. Gadis itu memakai selendang yang menutupi mukanya. Hanya tangannya sahaja terpamer. Lama dia memandang jari runcing di hadapannya itu. Ehm, cantiknya jari dia. Agak-agak dia ni cantik ke tak? Agh, tangan cantik, tak semestinya muka pun cantik.

Kalau dia cantik pun aku bukan peduli pun, tapi apahal aku rasa takut semacam nak sentuh tangan dia ni.

“Sarungkan la cincin tu. Larra tu bukan orang lain. Dah jadi bini kamu dah” arah Tan Sri Tengku Radzi seolah-olah faham gelodak hati lelaki itu ketika melihat anaknya seolah-olah teragak-agak untuk menyentuh jari milik Larra. Eh budak ni, bukan orang lain pun. Bini sendiri pun takut nak pegang.

Kata-katanya itu disambut dengan ketawa dari keluarga besannya.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh. Sedikit malu ditegur begitu. Ish papa ni. Kalau ya pun nak perli janganlah dekat sini. Depan Larra. Lalu dia mencapai kotak cincin di sisinya itu sebelum tekad untuk menyarungkan cincin ke tangan Larra. Lalu, tangan milik gadis itu dicapainya. Terasa hangat ketika disentuh membuatkan jantungnya berdegup semakin kencang.

Larra memejamkan matanya. Bibirnya diketap erat. Dia dapat merasakan kini, tangannya sudahpun berada di dalam genggaman lelaki itu. Perlahan-lahan terasa cincin disua masuk ke jari manisnya. Timbul rasa memberontak dalam dirinya. Sesungguhnya dia tidak mahu disarungkan cincin oleh lelaki itu. Lalu, dia membengkokkan jarinya agar sukar bagi lelaki itu menyarungkan cincin ke jarinya.

Dia teringat kembali maklumat yang diberitahu Aryana sejam yang lepas ketika pihak lelaki baru sampai ke rumahnya. “kalau aku tak silap, dia yang botak pendek tu kot. Sebab dia la yang jalan paling depan sekali then aku nampak parent kau semua sambut dia” beritahu Aryana.

Larra mengeluh perlahan. Pasti lelaki yang diperkatakan oleh Aryana itu yang kini sedang menyarungkan cincin ke jarinya.

Tengku Dzafril Haidhar perasan gadis itu seolah-olah mengeraskan tangan ketika disarungkan cincin. Eh perempuan ni. Dia pergi main bengkokkan jari pulak dengan aku. Kau cabar aku ea? Nah rasakan ni! Lalu dengan segera dia menolak kasar cincin emas putih bertatah berlian itu masuk ke jari manis milik Larra. Baru puas hatinya kini. Padan muka kau. Dia gelak sakan di dalam hati melihat jari gadis itu ada kesan merah.

Larra tersentak saat dirasakannya jarinya ditolak kasar dengan cincin itu. Terasa sakit sedikit jarinya. Cis! Kurang asam betullah lelaki ni. Sengaja la tu.

“baiklah, dah selesai pun. Sekarang boleh lah buka selendang yang Larra pakai tu” ujar Dato’ Qamal pula. Datin Marissa menjeling sekilas ke arah Puan Zahnita. Sememangnya mereka berdua berpakat untuk merahsiakan identiti anak mereka sehingga hari perkahwinan.

Larra menarik nafas panjang sambil menutup erat kedua matanya saat terdengar arahan dari papanya itu. Dia dapat merasakan kini selendang yang menutupi mukanya itu ditarik perlahan-lahan oleh lelaki itu. Dia tidak mahu memandang langsung wajah suaminya itu.

Kini selendangnya telah dibuka. Seratus peratus ditanggalkan. Tidak ada apa-apa lagi yang dapat melindungkan wajahnya dari lelaki itu lagi. Senyap.

“errr.. Okaylah. Rasanya lagi elok kalau kami semua keluar dulu. Kamu berdua, kenal-kenal lah ea. Nanti makan malam, jangan lupa turun” ujar Datin Marissa.

“erm betul tu. Ingat, kamu berdua tu dah jadi suami isteri. And Zaf, layan isteri kamu dengan baik” pesan Puan Zahnita pula sebelum beberapa minit kemudian pintu bilik kedengaran dikatup rapat.

Larra mengerutkan keningnya. Zaf? Aku tak salah dengar ke? Perlahan-lahan dia membuka mata. Bulat matanya melihat lelaki itu yang masih kaku diam memandangnya. Juga dengan riak terkejut sama sepertinya.

“Zaf?” soalnya. Lelaki itu yang masih memandangnya berundur dua tapak ke belakang.

“Kau Adlea kan? Maid mak aku?” soal Tengku Dzafril Haidhar tidak percaya.

Larra menelan air liurnya yang terasa kelat. Dia sendiri masih tidak percaya. Bahawa Zaf yang merupakan anak lelaki Puan Zahnita tu sebenarnya adalah tunangnya. Macam mana boleh jadi macam ni?

So, selama ni rupa-rupanya aku tunang dia. Perempuan yang dia cakap kena tunang paksa dengan dia tu, sebenarnya adalah aku. Serentak otaknya mengimbas kembali detik ketika lelaki itu mabuk tempohari. Lelaki itu menyatakan kebenciannya terhadap tunangnya.

“aku tanya kau ni! Jawab ar!!’ suara itu lelaki itu sudah mula meninggi. Larra memandang tepat ke arah lelaki itu sebelum akhirnya mengangguk.

“Ya. Saya Adlea. Yang awak jumpa dekat rumah mak awak tu saya” ujar Larra. Lelaki itu terdiam sejenak mendengar pengakuan Larra sebelum tersenyum sinis memandangnya.

“apa kau nak ek sebenarnya. berpura-pura jadi orang gaji dekat rumah aku. Berlakon. Ya. Kau memang pelakon hebat” lantang lelaki itu melemparkan tuduhan terhadap Larra sebelum mula berpaling dan berdiri memandang ke luar tingkap.

“saya tak berlakon, okay. Saya langsung tak tahu, Puan Zahnita tu mak tunang saya” balas Larra cuba mempertahankan dirinya.

“alasan paling bodoh aku pernah dengar. Kau tak kenal mak aku langsung? Then apa sebab sebenar kau datang rumah aku?” soal lelaki itu lelaki tanpa memalingkan wajahnya memandang Larra.

“kalau awak rasa, ni alasan paling bodoh awak pernah dengar, then tuduhan awak terhadap saya adalah tuduhan paling bodoh pernah saya dengar” kedengaran suara Larra sudah mulai keras membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh ke belakang.

Larra sudah pun berdiri memandangnya. Dia mengerutkan dahinya.

“awak jangan ingat saya nak kahwin sangat dengan awak. Kalau saya tahu awak ni lah sebenarnya tunang saya, tak mungkin saya nak setuju dengan perkahwinan ni” ujar Larra. Tengku Dzafril Haidhar mengangkat keningnya.

“Then apasal kau setuju pulak? Sebab nakkan harta aku?” soal lelaki itu kembali. Pertanyaanya dijawab dengan pandangan sinis oleh Larra.

“setakat duit awak, saya tak hairan. Even saya tahu awak lagi kaya, tapi saya tak kurang apa-apa pun even tak kahwin dengan awak. Dan, apa yang saya buat sekarang, bersetuju kahwin dengan awak, tak lebih dari pengorbanan saya sebagai anak untuk ibu bapa saya. Dan awak, tak ada hak langsung, nak tuduh saya buat alasan datang ke rumah awak, nak jadi orang gaji mak awak semata-mata sebab awak. Saya ada dekat situ, sebab saya larikan diri dari rumah masa tu. Semua sebab pertunangan gila tu.That’s all” ujar Larra berani membuatkan Tengku Dzafril Haidhar kehilangan kata.

Wajah Larra yang sedang marah dipandangnya. Ya! Itu adalah satu-satunya gadis yang mampu mencabar keegoannya. Segala kata-kata gadis itu meski lembut namun perit untuk diterimanya. Atau dengan kata lain, buku bertemu ruas.

“okay fine! Aku percaya. Aku tak tuduh kau lagi” ujar Tengku Dzafril Haidhar seolah menarik diri dari terus menyalahkan gadis itu. Tidak mahu terus berbalah. Setiap kali memikirkan bagaimana begitu kebetulan mereka berjumpa dalam satu demi satu insiden, membuatkan dia sendiri jadi pening memikirkannya.

“saya tak mintak pun awak percaya” ujar Larra sambil tersenyum sinis.

Dirinya sudah bergerak berdiri di depan cermin, membuka ikatan rambutnya. Tengku Dzafril Haidhar mengekor gerak langkah gadis itu dengan ekor matanya. Sedikit tidak berpuas hati dengan jawapan Larra yang menyakitkan hati itu. Eh perempuan ni. Kerek pulak!

“Habis tu kau nak apa?” soalnya lagi.

Larra terdiam sejenak mendengar kata-kata dari lelaki itu. Kau ingat kau boleh buli aku lagi macam dekat rumah mak kau. Jangan harap. Aku bukan lagi Adlea, orang gaji mak kau. Sekarang aku Larra. So, aku tak mungkin mengalah dengan lelaki macam kau lagi. Dia memasang tekad di dalam hatinya sebelum berpaling memandang Tengku Dzafril Haidhar yang masih setia menunggu jawapannya.

“Ceraikan saya” ujarnya membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tergamam.

P/s : selamat hari raya untuk semua :)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 10”
  1. Lizzy Zalina says:

    i like your writing flow and excitement you put on it…
    suka watak lara ni…anyway, i’ll hope it can be finish so i can beli the novel later…good luck dilza!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.