Novel : Antara mahligai ego dan cinta 12

6 October 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Hakimi duduk termenung di tepi tasik itu seorang diri. Hatinya benar-benar tidak tentu arah ketika itu. Tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi. Masih jelas bayangan Larra dan Zaf saling tersenyum memandang antara satu sama lain di kaca matanya. Saling berpimpin tangan berjalan beriringan. Ah, sweet konon.

Zaf, kau memang pelakon hebat. Aku tahu kau pura-pura je buat semua tu. Tapi Larra? Macam mana Larra boleh ikut sama dengan mainan kotor kau? Takkanlah dia langsung tak kisah bila dapat tahu yang Zaf tu adalah tunang dia. Bukan dia orang tu selalu gaduh ke dulu? Eh musykil. Apa motif dia orang sebenarnya.

Tie di lehernya di lorot perlahan. Matanya dipejam erat sebelum satu keluhan berat dilepaskannya. Perasaannya terhadap Larra masih ada. Bukan mudah untuk dia melupakan gadis itu sekelip mata. Walaupun dia tahu gadis itu adalah isteri abangnya namun dia masih gagal memadam memori tentang gadis itu. Dia benar-benar berharap Larra bukanlah tunang atau isteri Tengku Dzafril Haidhar.

Tuhan, berikanlah aku perempuan yang terbaik, doanya di dalam hati beserta satu tekad.

“Kimi?” soal satu suara tiba-tiba menampar gegendang telinganya membuatkan dia pantas membuka mata dan mendongak.

Gadis itu yang masih berdiri di hadapannya sambil tersenyum. Dia mengerutkan dahinya sambil memandang gadis itu. Aku tak mimpi ke ni, jumpa dia dekat sini malam-malam.

“kau buat apa dekat sini? Duduklah” ujar Hakimi sambil memberi sedikit ruang di sisinya. Gadis itu sekadar tersenyum sambil menggeleng-geleng. Masih berdiri di tempatnya.

“rumah aku dekat sini-sini je. Ingat macam nak ambil angin malam. Tak sangka pulak jumpa kau dekat sini” terang Ajierah panjang lebar. Hakimi menelan air liurnya sambil tersenyum tawar.

“oh, a’ah. Aku lupa kau duduk sini” ujar Hakimi duturuti dengan ketawa kecil setelah menyedari kebodohan dirinya. Macam mana aku boleh lupa Ajierah tu tinggal kawasan ni? Memang aku ni bodoh agaknya? Sebab tu sekarang bila Zaf dengan Larra dah kahwin aku yang frust.

“Kau ada masalah ke? Aku tengok kau macam tak okay je ni” ujar Ajierah kembali. Wajah murung Hakimi dipandangnya. Dilihatnya lelaki itu tertunduk seketika.

Hakimi mengetap bibirnya. Dia sendiri keliru sama ada apa yang dirasakannya kini perlu dikongsi bersama orang lain atau tidak. Sememangnya Ajierah adalah salah seorang rakan terdekatnya dan dia sememangnya memerlukan seseorang untuk mendengar masalahnya kini. Tapi, mahukah Ajierah?

****

Tengku Dzafril Haidhar termenung sejenak di tepi kolam ikan buatan itu. Tan Sri Tengku Radzi masih menemaninya.

“Zaf, lepas ni papa dah tak boleh jaga Zaf lagi. Zaf kena ingat, yang Zaf dah ada keluarga sendiri sekarang. Larra, tanggungjawab Zaf” ujar Tan Sri Tengku Radzi perlahan. Dia benar-benar berharap anak lelakinya itu berubah. Baginya, anak tunggalnya itu adalah satu-satunya harapan yang dia ada.

Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan sebelum mendongak memandang tepat ke arah wajah papanya. Entah mengapa, dia mula terasa Larra membebaninya. Dia bini aku, tapi apahal aku pulak nak kena bertanggungjawab ke atas dia. Aku tak nak dia control hidup aku dan aku pun tak bercadang macam nak ambil tahu pasal hidup dia, bingkis hatinya. Namun semua itu hanya bermain-main di hatinya. Langsung tidak terkeluar di kerongkongnya.

Perlahan-lahan dia memandang wajah papanya. Wajah penuh mengharap. Air liurnya ditelan. Terasa kelat

“okay papa” ujar Tengku Dzafril Haidhar pendek. Persetujuan yang diberikan bukanlah dengan keikhlasan dari hatinya. Bak kata orang, mulut kata lain, hati kata lain. Dia langsung tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diserahkan kepadanya untuk menjaga Larra.

“i know what you thinking, dan apa pun alasannya Zaf. Larra tu isteri Zaf. Bukan orang lain lagi. Nak atau tak, cuma Zaf je ada dekat sini nak jaga dia. Zaf kena ingat tu, kalau ada apa-apa yang berlaku dekat Larra. Siap Zaf. Papa tak akan lepaskan Zaf” ujar Tan Sri Tengku Radzi. Kata-katanya kedengaran lembut namun berbaur ugutan.

Tengku Dzafril Haidhar mengetap bibirnya sebelum mengangguk perlahan. Eh papa ni, dia macam tahu-tahu je apa yang aku fikir. Kena cari line nak cover ni dari papa perasan yang aku dengan Larra berlakon ni.

“papa jangan risau. Zaf tahu apa yang patut Zaf buat. Zaf dengan Larra pun ada bincang juga pasal benda ni hari tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum memandang papanya. Senyumannya dibalas bersama satu nafas lega. Bahunya ditepuk oleh papanya.

“Kamu dan Larra berbincang?” soal papapnya lagi.

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk perlahan. Bukan berbincang papa, sebenarnya kita orang bergaduh pasal hal ni. Tapi bergaduh tu macam bincang juga. Seperti kebiasaan, apa yang bermain di hatinya langsung tidak keluar di mulutnya. Dia sekadar mengangguk sebagai jawapan dari persoalan yang diberikan oleh papanya.

Tan Sri Tengku Radzi tersenyum lebar. Melihat dari cara anaknya itu, dia seolah yakin bahawa anak lelakinya itu mula berubah.

“Kalau macam tu, baguslah Zaf. within one year, this is your trial to be a leader of Vermilion. Mulai esok, segala urusan Vermilion adalah dia bawah kamu. Ingat. Kalau ada apa-apa berlaku dekat hotel tu, papa tak akan lepaskan Zaf” ujar papanya lagi.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sebelum membetulkan duduknya. Sedikit gementar untuk menguruskan syarikat itu bersendirian tanpa bantuan papanya lagi. Namun dia sendiri sudah tekad, mahu menguasai hotel itu sepenuhnya. So lepas ni papa dah tak boleh nak control aku lagi.

“macam mana Zaf? Cantik ke tak rumah ni?” soal satu suara membuatkan Tengku Dzafril Haidhar dan Tan Sri Tengku Radzi menoleh. Dato’ Qamal sudahpun berjalan mendapatkan mereka.

Tenkgu Dzafril Haidhar tersenyum memandang lelaki seusia papanya itu.

“nice, uncle. Zaf puas hati”

“eh, apa pulak uncle-uncle lagi ni. Zaf dah jadi menantu uncle. Panggil lah papa” ujar Dato’ Qamal sambil ketawa ke arah Tan Sri Tengku Radzi.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak. Dia mintak aku panggil dia papa. Alamak rasa janggal lah aku nak panggil dia papa.

‘errrmm.. Errrr.. Okay pa..pa” ujarnya teragak-agak. Dato’ Qamal tergelak melihat menantunya itu. Masih jelas telatah Zaf ketika di majlis pernikahannya tempohari. Punyalah kabut sampai Kak Asiah tu dia boleh ingat, Larra. Aih, Zaf..Zaf.

“Larra mana, Qamal?” soal Tan Sri Tengku Radzi pula membuatkan pandangan Dato’ Qamal tertumpu ke arah lelaki itu pula. Dia tersenyum.

“Larra ada dekat dalam tu. Biasalah orang perempuan. Semua benda dia nak check” ujar Dato’ Qamal kembali.

“Kalau tak check, tak sah. ye tak?” ujar Tan Sri Tengku Radzi sambil turut ketawa mendengar kata-kata besannya itu.

Tengku Dzafril Haidhar sekadar tersenyum. Ah. Perempuan memang melecehkan. Semua benda dia nak check. Papa dan Uncle Qamal ni pun satu. Macam masak sangat je dengan perangai perempuan. Tapi, macam mana agaknya rasa hidup lepas kahwin. Entah apa nasib aku lepas ni. Mungkin perkahwinan separuh jalan, macam papa atau, bahagia sampai ke tua macam Uncle Qamal dengan Auntie Marissa. Eh? Bahagia sampai tua. Apa aku merepek ni. Tak mungkinlah aku nak dengan Larra.

“Zaf! Termenung pulak budak ni, kita cakap dengan dia” tegur Tan Sri Tengku Radzi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersedar dari lamunannya. Dipandangnya papa dan bapa mentuanya yang sedang asyik memandangnya. Dia tersenyum. Malu sendiri kerana dirinya ditangkap sedang mengelamun.

“erm, tak. Bukan mengelamun. Papa cakap apa tadi?” soal Tengku Dzafril Haidhar sengaja berdalih. Matanya memandang tepat ke wajah papanya. Menanti jawapan. Tan Sri Tengku Radzi tersenyum sebelum mengerling sekilas memandang Dato’ Qamal di sisi.

“bukan papa. Tapi bapa mentua Zaf ni yang cakap” ujar Tan Sri Tengku Radzi membuatkan wajah Tengku Dzafril Haidhar mula membahang. Bukan mengelamun konon. Sampai sapa yang cakap dengan aku pun, boleh aku tak perasan memang nampak betul la aku mengelamun.

“oh. Kenapa papa?” soal Tengku Dzafril Haidhar sambil memandang Dato’ Qamal.

“ada beberapa benda yang Zaf kena tahu pasal Larra. Zaf adalah orang harapan papa untuk jaga Larra. Zaf dah jadi suami dia” ujar lelaki itu. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sambil tertunduk.

Semua orang nak suruh aku jaga Larra. Menyusahkan betullah. Dia tu bukannya budak-budak lagi pun nak minta orang jaga. Ingat aku ni penjaga budak-budak ke?

“Zaf tahu pa” jawabnya ringkas. Kedengaran satu keluhan berat dilepaskan oleh Dato’ Qamal.

“papa bukan apa. Larra tu lain macam sikit perangai dia. Tak macam perempuan lain” ujar Dato’ Qamal membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh. Hairan dengan kenyataan yang diberikan. Dia menoleh pula ke arah papanya yang tersenyum. Meminta penjelasan.

“Larra tu, tak pernah benarkan mana-mana lelaki rapat dengan dia. Zaf adalah lelaki yang dipilih oleh papa Larra, untuk Larra” terang Tan Sri Tengku Radzi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar semsakin tercengang. Tak pernah benarkan mana-mana lelaki rapat dengan dia? Biar betul.

“betul ke uncle?…i’m sorry. Papa” tanpa sengaja dia tersasul memanggil lelaki itu uncle. Dato’ Qamal tersenyum dan mengangguk.

“semua lelaki yang nak dekat dia, dia reject tanpa alasan. Sampai dia balik dari London bulan lepas pun, dia still macam tu. Tak berubah-rubah. Papa tak tahu apa dah jadi dekat dia sampai dia tak nak langsung terima lelaki dalam hidup dia” terang Dato’ Qamal.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Tak pernah terima lelaki? Habis Hakimi tu? Boleh je dia rapat. Tapi takkan lah papa nak tipu dekat aku pulak. And perempuan tu pun memang ada ciri-ciri tak campur lelaki. Psiko betul

“ta. Tapi Zaf tengok dia okay je” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja menutup kelemahan dirinya.

“dia tu memang nampak macam okay. Kalau dia dah boleh terima Zaf, bagsulah. Sebab Larra tu sangat-sangat cerewet. Jadi tugas Zaf adalah buat dia terima lelaki dalam hidup dia” ujar Dato’ Qamal lagi.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata papanya itu. Masih musykil. Tapi kalau nak ikutkan, memang betul. Aku tak pernah nampak dia rapat dengan lelaki lain kecuali Hakimi. Tu pun sebab Hakimi banyak tolong dia time dia kerja dekat rumah mummy. Maksudnya, Hakimi adalah lelaki pertama yang dapat rapat dengan dia.

“don’t worry papa. Zaf janji, yang Zaf akan ubah Larra. I mean, jaga Larra dengan baik and buat dia terima lelaki” ujar Tengku Dzafril Haidhar bersungguh-sungguh. Walaupun dia langsung tak memaksudkan semua itu, namun dia akan pastikan Larra tak akan dapat kembali pada Hakimi. Itu janjinya.

Walaupun aku tak cintakkan kau Larra, tapi selagi kau jadi isteri aku. Jangan harap aku nak bagi muka dekat kau untuk dekat dengan Hakimi lagi. Never! Kebenciannya terhadap Hakimi terlampau tinggi.

*****

Larra berjalan sambil tersenyum menuruni tangga. Banglo ‘Widuri Villas” yang terletak di Country Heights itu terlalu mewah untuk dia dan Zaf tinggal bersama. Ish membazir. Rumah aku pun tak adalah besar sampai macam ni. Biasa-biasa je kot. Ni esok aku ngan Zaf je yang duduk sini. Memang naik gila lah aku nak tinggal berdua dengan dia.

“Larra. Macam mana? Papa dengan Uncle Radzi yang pilih rumah ni untuk Larra dan Zaf tau” beritahu Datin Marissa yang entah muncul dari mana secara tiba-tiba membuatkan Larra pantas menoleh. Ish mama ni. Buat aku terkejut je.

“erm, cantik. Cantik sangat sampai speechless Larra tengok rumah macam ni” ujar Larra sambil tersenyum.

“betul ke suka? Nampak macam tak suka je” sampuk Puan Zahnita pula. Larra menoleh.

“erm betul auntie. Larra suka. Rumah ni memang perfect tapi…..” dia terdiam seketika. Otaknya tangkas mencari ayat yang paling sesuai untuk dilontarkan. Terasa tangannya dicapai oleh Datin Marissa. Larra merenung mamanya sebelum satu keluhan berat dilepaskannya.

“tapi rumah ni terlampau besar untuk Larra dengan Zaf. Dekat sini pun bukannya ada orang gaji” ujar Larra perlahan.

Puan Zahnita berjalan lebih dekat untuk merapati Larra. Jelas kelihatan wajah sugul gadis itu. Dia sendiri masih belum benar-benar percaya gadis itu menerima Zaf dengan rela atau sebab terpaksa. Sedangkan dahulu, dia sendiri tahu bagaimana hubungan gadis itu dengan anak lelaki pertamanya itu.

“ni hadiah atas pengorbanan kamu berdua” ujar Puan Zahnita separuh berbisik. Larra menoleh sambil mengerutkan dahinya. Tidak faham.

“Nita….” Datin Marissa cuba bersuara namun Puan Zahnita tersenyum membuatkan Datin Marissa tidak jadi meneruskan bicara.

“Mama Larra dengan auntie yang pakat satukan jugak Larra dengan Zaf. Sebab tu kami berdua rahsiakan pasal identiti Zaf sampailah kamu berdua kahwin” beritahu Puan Zahnita.

Larra terkaku sejenak. Semua itu dia sudah tahu. Dia tahu mama dan Puan Zahnita telah berpakat untuk merahsiakan semuanya dari pengetahuannya. Dari segi mentalnya dia sendiri marah kerana hal penting itu sengaja disembunyikan darinya namun apabila memikirkan tentang pengorbanan yang telah dibuat oleh papa dan mamanya dia tidak mahu marah. Tidak mahu berdendam.

“Larra dah tahu auntie dengan mama and juga Hakimi sembunyikan hal ni dari Larra. Bohonglah kalau Larra sikit pun tak rasa marah tapi apa hak Larra. Benda dah lepas pun. Larra terpaksa terima” ujar Larra perlahan.

Air matanya sudah mula bergenang. Rasa sebak pula tiba-tiba setiap kali teringat akan Hakimi. Luahan lelaki itu pada hari persandingannya benar-benar meningalkan kesan padanya sehingga hari ini.

“Larra. Mama minta maaf sangat. Mama…” Datin Marissa cuba bersuara untuk memujuk namun dilihatnya Larra segera tersenyum.

“No. Mama. Larra okay. Larra dah kahwin dengan Zaf pun. Macam tak caya kan?” ujar Larra sambil menyapu sedikit cebisan air matanya.

“mummy pun minta maaf” tanpa dipinta Puan Zahnita bersuara.

“eh, aunt..erm mummy. Larra tak kisah, just forget it. Kita orang pun dah okay dah. Dah baik” ujar Larra bersungguh-sungguh. Ah, penipunya kau Larra. Baik la sangat. Padahal, lelaki tu layan kau punyalah teruk. Lelaki gila tu memang tak pernah nak jadi normal. Balik-balik cakap perempuan menyusahkan.

“mulai hari ni panggil auntie, mummy. Kita kan dah keluarga. Tapi, betul ke Larra dah baik dengan Zaf?” soal Puan Zahnita kembali. Larra dilihatnya menganguk sambil tersenyum. Ish, biar betul. Bukan ke dia lagi rapat dengan Hakimi. Ah, Hakimi sepanjang malam terperuk dalam bilik. Begitulah rutin harian anak lelaki keduanya itu semenjak perkahwinan Larra dan Zaf. Jarang keluar lagi seperti dahulu. Lelaki itu benar-benar berubah.

“Kalau betul Larra gembira dengan Zaf, mama gembira sangat. First time mama nampak kamu berdua, mama rasa terpegun sangat. You guys really suits each other. Kan Nita?” ujar Datin Marissa sambil menoleh ke arah Puan Zahnita.

“erm betul tu. Untuk pengetahuan Larra. Zaf,……dia bukan lelaki yang mudah terima orang lain dalam hidup dia. Dia susah sangat nak percaya dekat orang. Larra tahu tak, yang papa Zaf pandang tinggi pada Larra?. Kami masing-masing berharap Larra boleh ubah dia” ujar Puan Zahnita lagi membuatkan Larra terdiam sejenak. Dia masih berfikir dengan apa yang diperkatakan oleh Puan Zahnita. Kenapa lelaki jadi macam tu?

“Kenapa mummy?” soal Larra kembali. Puan Zahnita menjeling sejenak ke arah Datin Marissa sambil tersenyum memandang Larra.

“one day, nanti mungkin Larra akan faham” ujar Puan Zahnita lagi.

“Wooiiii!! Kau diri apa lagi kat situ. Tak boleh tepi sikit ke hah!” tegur satu suara membuatkan Larra pantas tersedar dari lamunannya. Hilang terbang bayang mama dan Puan Zahnita yang menemaninya tadi. Yang ada hanya bayang lelaki gila itu yang sedang memandangnya dengan penuh benci. Larra mengerutkan dahinya sambil pantas berjalan ingin meningalkan lelaki itu. Meluat aku tengok.

“eh wait!” lelaki itu kembali bersuara membuatkan Larra tidak jadi melangkah. Dia berhenti sebelum menoleh. Memandang lelaki itu dengan wajah masamnya.

“kau duduk bilik saiz biasa je. Master bedroom aku dah letak barang-barang aku” ujar lelaki itu sambil pantas berjalan melintasi Larra.

“apa!” jerit Larra sambil lengan baju T-shirt lelaki itu pantas ditariknya. Lelaki itu pantas menoleh ke arahnya sambil memandang wajah gadis itu.

Tengku Dzafril Haidhar tersentak. Itu merupakan pertama kali dirinya ditarik dengan sebegitu rupa. Tarik baju aku? Ish perempuan ni. Sesuka hati dia je tarik-tarik baju aku.

“Kau apahal?” soalnya kasar. Larra merenung tajam matanya.

Larra tergamam seketika. Wajah singa Tengku Dzafril Haidhar dipandangnya lama. Perlahan-lahan lengan baju lelaki itu dilepaskannya.

“mana adil macam tu? Apasal saya kena duduk bilik saiz biasa pulak!” jerit Larra kembali. Cuba mempertahankan dirinya.

“kau tak payah nak jerit-jerit boleh tak? Aku belum pekak lagi. kau kata tak adil? Habis tu nak adil macam mana? Duduk sebilik dengan aku?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali sambil mendekatkan wajahnya ke arah Larra. dia

“apa ni Zaf” marah Larra sambil menolak kasar tubuh lelaki itu membuatkan lelaki itu terdorong beberapa langkah ke hadapan. Memang gila aku kalau duduk dengan dia ni lah. Nafasnya turun naik menahan sabar melihat sikap lelaki itu.

“habis tu?” soal lelaki itu lagi. Larra mendengus kasar.

“okay fine. Awak duduklah dekat master bedroom tu. Saya pun malas lah nak gaduh dengan awak” ujar Larra sambil pantas berjalan meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar bersendirian.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Reaksi seperti itu seolah pernah diterimanya sebelum ini. Tapi dekat mana?

****

“Kau still teringatkan perempuan tu lagi ke?” soal Ajierah sambil duduk di hadapan Hakimi. Lelaki itu menoleh ke arahnya sambil mengangguk.

“sikit” ujar Hakimi ringkas.

Ajierah tergelak kecil. Meski dia menyimpan perasaan terhadap Hakimi, namun lelaki itu juga merupakan kawan baiknya. Lantas, selendang yang dipakainya dibetulkan sedikit sebelum matanya tajam memandang ke arah Hakimi.

“abang kau tahu tak, yang kau jumpa dia semalam?” soal Ajierah lagi.

Hakimi menoleh ke arah gadis itu. Ajierah ni memang cantik. Tapi apasal lah kau selalu je reject semua lelaki yang dekat dengan kau? Ajie, ajie.

“Kimi! Kau dengar tak aku cakap apa ni??!!” suara Ajierah sudah sedikit meninggi.

“er apa-apa. Sorry Jie aku tak dengar sangat” jawab Hakim jujur. Ajierah menarik nafas panjang melihat dirinya.

“aku dah agak dah kau mesti tak nak dengar cakap aku. Tak apalah. Kau buatlah kerja kau dulu. Bila-bila kau nak cerita nanti kau cari lah aku” ujar Ajierah sambil bangun ingin berlalu ke arah pintu.

“Jie” lelaki itu memanggilnya lembut membuatkan langkahnya terus terhenti. “aku tak berniat pun nak tak nak dengar apa yang kau cakap. But, for your information i really need you here right now. Stay kejap sini Jie” ujar Hakimi lagi.

Ajierah mengetap bibirnya. Agh, Hakimi! Macam mana aku nak kawal cemburu aku lagi. Lalu, dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya. Berharap rasa cemburunya segera pergi. Dia berpusing semula sambil tersenyum.

“tahu pun kau. Aku jugak kau cari. Haaa, cerita-cerita” ujar Ajierah berpura-pura riang sebelum menarik kerusi di hadapan Hakimi itu dan kembali duduk.

*****

Larra memandang wajah milik Tengku Dzafril Haidhar dengan penuh meluat sebelum tangannya pantas disilangkan. Menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki tiu. Pantas satu fail dicampakkan oleh lelaki itu ke atas meja. Pandangan Larra terarah sejenak memandang fail putih itu tanpa cuba mencapainya sebelum pandangannya kembali memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang memandangnya.

“Kau apahal tengok aku macam tu? Tunggu apa lagi? Sign la perjanjian tu!!!” tengking lelaki itu. Larra menghadiahkan senyuman sinis.

“sign? Kalau saya tak nak?” soal Larra.

Tengku Dzafril Haidhar mengangkat keningnya sambil merenung lama wajah milik Larra. Panas pulak aku tengok perempuan ni. Aku cakap semua dia nak lawan. Dasar perempuan ego. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan-lahan.

“Kalau kau tak sign perjanjian ni, maksudnya kita berdua bebas. Dan automatik, aku bebas untuk buat aku suka. Termasuk…….” dia tersenyum nakal sambil memandang Larra dari atas ke bawah. Biar perempuan tu takut sikit.

Larra mengerutkan dahinya sambil mengetap bibirnya. Dia faham maksud lelaki itu. Lalu dia mendengus perlahan sebelum fail putih di atas meja itu dicapainya serentak membuatkan senyuman di bibir Tengku Dzafril Haidhar semakin lebar. Perempuan penakut. Takut sangat aku apa-apakan dia. Aku nak tengok berapa lama kau boleh tahan ego dengan aku. Susah betul bila dapat bini macam kau ni.

Larra menyelak muka depan fail putih itu. Matanya menangkap perkataaan “Perjanjian Musuh serumah”

Apa hal dengan mamat ni? Nak buat perjanjian macam ni dengan aku. Lalu fail itu ditutup semula sebelum pandangannya ditumpukan sepenuhnya ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandangnya. Dia tersenyum sinis.

“benda ni nonsense” ujarnya.

Tengku Dzafril Haidhar melangkah berdiri merapatinya. Pandangan lelaki itu jatuh memandang wajahnya. Saling beradu kekuatan mata. Larra tidak mahu mengalah.

“apa maksud kau nonsense? This is the best for us. Kau jangan lupa Larra. Kita berdua ni musuh. Macam-macam boleh berlaku kalau tak buat perjanjian. At least read them first. Only after that, then you can say it as nonsene or not” ujarnya tegas.

Larra merenung lama wajah milik Tengku Dzafril Haidhar. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Tanpa disuruh, fail itu ditatapnya semula sebelum tangannya membuka semula fail tersebut. Mula membaca satu persatu isi yang tertera.

“Peraturan pertama, tak boleh bersentuh” ujar Larra perlahan. Dia mengangguk sedikit tanda setuju dengan peraturan itu.

“Kau tak payah risau, walaupun aku dah jadi suami kau yang sah, aku takkan sentuh kau” lelaki itu memberi penerangan tanpa dipinta. Larra mengerling sekila sebelum mula menyambung pembacaannya.

“Peraturan kedua, tak boleh masuk bilik antara satu sama lain tanpa izin. Peraturan ketiga, tak boleh bawak masuk kucing ke dalam rumah?” Larra mendongak memandang ke arah suaminya itu. Dia mengerutkan keningnya.

“Kenapa tak boleh bawak kucing pulak?” soal Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar membalas renungan Larra. Err, apa aku nak kelentong ni. Matilah aku kalau dia tahu aku takut kucing.

“Kenapa? Awak takut kucing?” soal Larra lagi. Gadis itu seolah dapat meneka apa yang sedang bermain-main di dalam fikirannya. Eh, bahaya ni. Dia ni ada kuasa baca fikiran orang ke apa?

“Eh! Mmmmee…mana ada! Aku bukan takut kucing. Tak suka kucing je. Kita berdua pun bukan selalu ada dekat rumah. Sapa nak jaga kucing tu nanti” ujarnya panjang lebar. Pehh. Tak macholah aku kalau dia tahu aku ni takut kucing. Larra dilihatnya mengangguk perlahan sambil tersenyum sumbing memandamgnya membuatkan dia sedikit sakit hati.

“Ouh, saya ingatkan awak takut kucing” ujar Larra sebelum matanya turun memandang ke arah kertas perjanjian itu semula.

Tengku Dzafril Haidhar sekadar berdiam diri. Malas untuk memberi respons terhadap kata-kata Larra.

“Peraturan ke empat, tak boleh masuk campur urusan antara satu sama lain” ujar Larra.

“senang cerita, kau buat hal kau. Aku buat hal aku” samputk Tengku Dzafril Haidhar sambil melabuhkan punggungnya ke sofa di hadapan Larra. Rasa penat berdiri barangkali.

“Dan ke lima……” belum sempat Larra menghabiskan ayat. Tengku Dzafril Hadihar terlebih dahulu memotong kata-katanya.

“setiap hari, wajib balik rumah. Tak boleh tinggal or duduk dekat luar tanpa sebab” ujarnya tegas. Larra mendongak tanda tidak faham dengan peraturan itu.

“sebab?” soal Larra.

Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang sebelum mula menjawab. “listen okay. Aku pun tak suka jugak dengan rule yang ke lima ni. Tapi, aku nak kau tau yang segala yang kita buat, still diperhatikan. Jadi kau ikut je la rule yang ke lima. Dekat mana pun kau pergi, wajib balik rumah. Faham?” soal lelaki itu tegas.

Larra mengerutkan keningnya memandang wajah serius milik Tengku Dzafril Haidhar sebelum pandangannya beralih semula ke kertas perjanjian di tangannya. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum menganngguk.

“Kalau salah seorang dari kita langgar perjanjian ni, dia akan menjadi hamba untuk pihak yang menang selama seminggu?” soalnya lagi kepada Tengku Dzafril Haidhar.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis. “what? Jangan pandang aku dengan muka macam tu. Buat aku rasa nak muntah. Easy kan hukuman dia. Kalau salah seorang dari kita gagal ikut peraturan tu, dia akan jadi hamba untuk pihak lawan dia. Means kalau kau yang langgar peraturan, then kau kena jadi hamba aku selama seminggu” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi.

“okay fine. I take it. Bagi pen sini!!’ jerit Larra sambil mencapai pen yang berhampiran dan pantas menandatangani kertas perjanjian itu.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum melihat Larra yang sudah pun siap meletakkan tandatangannya ke atas kertas. Tubuh gadis itu sudah bangun berjalan melepasinya sebelum hilang masuk ke dalam biliknya.

“bagus” ujarnya sambil membongkokkan sedikit tubuhnya bagi mencapai fail di atas meja.

****

Aqiem mengalihkan pandangannya dari skrin komputer saat terpandang kelibat bosnya, Tengku Dzafril Haidhar yang melangkah masuk ke tempatnya. Apahal mamat ni datang awal pulak hari ni? Biar betul. Tak pernah-pernah dia datang awal, getus hatinya.

“Kau ada meeting ke pagi ni, Zaf?” soalnya sekali lalu.

Tengku Dzafril Haidhar meletakkan kot di tangannya ke kerusi sebelum menoleh memandang ke arah Aqiem yang masih memandangnya hairan. Dia tersenyum sebelum duduk di kerusinya.

“kau apahal tengok aku macam tu. Aku mana ada meeting pagi ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menaip sesuatu di komputer ribanya.

Jawapan lelaki itu sedikit banyak menambahkan kehairanan di benak fikiran Aqiem. Dia ni bukan ke selalu paling liat nak datang pejabat. Walaupun ada meeting pagi pun selalu ‘skip’ tak nak datang.

“Kau ada apa-apa ke datang awal ni? ” soal Aqiem lagi masih tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar menggelengkan kepalanya sambil tesenyum. Pandangannya dialihkan memandang Aqiem yang masih di tempatnya.

“tak ada. Pagi ni aku tak ada apa-apa meeting. Just kena semak a few document je. Kenape kau tanya aku macam-macam ni?”soal Tengku Dzafril Haidhar kembali. Aqiem dilihatnya sudah pun bangun berjalan menuju ke arahnya. Ah sudah. Kalau lelaki ni dah datang dekat mesti dia nak tanya macam-macam, fikir Tengku Dzafril Haidhar.

“Pelik doh. Kau mana biasa datang awal pejabat. Selalu nak jumpa muka kau seminggu pun susah. Tu yang aku tanya kau tu. Ada apa sebenarnya kau datang awal. Pelik pelik” ujar Aqiem bersungguh-sungguh. Dipandangnya wajah milik Tengku Dzafril itu lama-lama.

“mana ada apa-apa doh. Aku ingat sekarang, memang dah sampai masanya la aku nak kena tunjukkan yang aku memang layak jaga syarikat bapak aku ni. Kalau budak Larra tu boleh berlagak macam boss besar dekat hotel dia, aku pun boleh” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersengih.

“Larra? Sebab Larra kau datang awal pejabat. Apahal kau? Tercabar?” soal Aqiem sambil tergelak. Tengku Dzafril Haidar mencebik sedikit

“entahlah. Tapi bila aku tengok dia keluar pagi, like a perempuan yang bekerjaya mana boleh aku duduk rumah goyang kaki doh. Aku kena la tunjuk yang aku pun boss besar jugak” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil ketawa.

Aqiem mengeluh perlahan sambil tersenyum. “Kau ni, aku ingat ye ye je kau dah berubah. Memang fokus dengan syarikat bapak kau ni. Tapi tak rupanya. Zaf..Zaf” ujar Aqiem sambil mula berdiri ingin meninggalkan sahabatnya itu. Dia sudahpun berpaling.

“siapa cakap aku tak nak fokus dengan syarikat bapak aku?” soal lelaki itu dari belakang membuatkan Aqiem terhenti. Dia menoleh. Wajah Tengku Dzafril Haidhar dipandangnya. Lelaki itu kelihatan serius.

“salah satu, aim aku adalah untuk ambil alih syarikat ni dari bapak aku. So, buat apa aku korbankan diri aku kahwin semata-mata nak dapatkan kepercayaan dia untuk aku pimpin syarikat ni. Aku buat semua tu sebab aku nak mula fokus dengan syarikat ni” ujar Tengku Dzafril tegas.

Aqiem tergamam sejenak. Jarang sekali dilihatnya lelaki itu kelihatan sebegitu serius. Dia memandang lama tidak percaya sebelum kakinya mula melangkah semula duduk di hadapan lelaki itu.

“kau ke yang cakap tadi Zaf?” soal Aqiem tidak percaya.

“habis tu sapa lagi dalam pejabat ni . Kita dua je kan?” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum mengeluh perlahan. Pandagannya diarahkan memandang ke skrin komputer ribanya.

“Jadi bukan sebab Larra?” soal Aqiem lagi yang masih belum berpuas hati.

“Dia tak ada kena mengena pun doh. Aku just rasa tercabar sebab dia yang perempuan pun boleh pimpin dan kawal syarikat dia walaupun baru beberapa bulan duduk rumah. Jadi takkan aku tak boleh. Tu je” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Aqiem tersenyum. “aku gembira dengar kau cakap macam tu Zaf. Kau jangan risau. Apa pun, aku akan tolong kau untuk ambil alih sysarikat ni sepenuhnya” ujar Aqiem kembali sambil tersenyum.

“macam tu ar kawan aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali. Kertas-kertas kosong di hadapannya di susun semula ke dalam failnya.

“eh, so kau dengan Larra macam mana? Dah ke?” soal Aqiem kembali sambil tersengih. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya.

“eh hello kawan. Kau ingat aku macam kau ke? Aku tak ambil kesempatan pun lah” ujar Tengku Dzafril Haihdar.

“eh biar betul? Bini sikit punya lawa macam tu, takkan kau tak tergoda brother?” soal Aqiem bersungguh.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Mendengar kata-kata Aqiem itu mengingatkankannya tentang Larra. Malam tadi ketika dia hendak turun ke ruang tamu, dia terserempak Larra dengan gaun tidur malamnya yang jarang. Pagi tadi ketika dia bangun untuk turun ke dapur, dia sekali tersermpak dengan Larra yang hanya memakai short pendek dengan baju tanpa lengan. Ah, memang budak tu tak reti pakai tutup-tutup sikit. Dia ingat aku ni ape?

“woi! Kau mengelamun jauh nampak” ujar Aqiem membuatkan Tengku Dzafirl Haidhar pantas tersedar dari lamunannya. Bayangan tentang Larra telah diganti dengan tubuh Aqiem yang sedang memandangnya dengan senyuman penuh makna.

“mana ada tapi memang betullah, aku tak de niat apa=apa pun dekat budak tu. Kita orang tidur pun bilik asing-asing. Malas la aku nak fikir lagi pasal dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali.

“kau cakap betul-betul doh. Betul ke, kau sikit pun tak rasa tertarik dekat Larra tu?”

Memang pelik sahabatnya itu. Dia tahu lelaki itu tidak pernah betul-betul jatuh cinta pada perempuan. Setiap perempuan yang pernah mendampinginya mampu dilupakan dengan sekelip mata. Tapi, takkanlah sampai isteri dia yang cantik tu pun dia tak ada perasaan jugak. Saat itu dia sudah mula mengesyak sesuatu yang tidak kena pada lelaki itu. Mungkin betul, tekaan dia orang selama ni yang syak Zaf ni gay. Betul ke? Ish.

“tak ada la. Sikit pun tertarik. Weh, kau punya kerja dah siap ke doh? Duduk sini bersembang pulak” tegur Tengku Dzafril Haidhar sambil memandang sekilas ke arah sahabatnya itu.

“err, nak buat la ni. Sorry ya boss” ujar Aqiem sambil tersengih memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar sebelum pantas bergegas meninggalkan meja lelaki itu.

“malam ni lepak club jom Qiem. Aku dah lama tak jumpa budak-budak tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar tanpa memandang. Aqiem yang sudah pun duduk di mejanya mengerling sekilas ke arah lelaki itu.

“haa okay. Nanti aku bagitahu yang lain-lain suruh kumpul club malam ni” ujar Aqiem kembali.

****

“Habis tu macam mana sekarang. Kereta tu kemek banyak ke sikit Yie?” soal Joe penuh fokus. Ayie mengeluh perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“aku pun tak tahu lah Joe. Aku bayar ganti rugi je lah. Malas nak bawak hal ni ke mahkamah” ujar Ayie kembali.

“Alah. Bayar je lah. Dari pening-pening kepala. Kau bayar, semua setel” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba. Joe menoleh ke arah lelaki itu.

“Kau duit banyak. Bolehlah. Aku ngan Ayie ni biasa-biasa je. Duit tu penting doh” ujar Aqiem cuba membela.

“Erm betul tu. Aku tak kaya macam kau Zaf. Setakat dua tiga ribu tu, benda kecil la kan bagi kau. Aku fikir banyak benda. Family aku lagi. Dahlah aku anak sulung” ujar Ayie bersungguh-sungguh.

“yela tapi at least dah settle dah kan? So tak payah lah fikir” ujar Fahim pula mencelah.

Tengku Dzafril Haidhar pula mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja. Kang, aku cakap sikit mula la nak kait aku anak load. Aku tu, aku ni. Baik aku diam lagi bagus, ujarnya di dalam hati. Lantas tangannya laju menuang minuman keras itu ke dalam gelasnya.

“erm tu lah. Mak aku pun terkejut bila aku cerita dekat dia pagi tadi” ujar Ayie sambil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Fahim.

“weh, hari tu aku pergi Mid, jumpa kot awek kau yang Lina tu. Pakai tudung dah dia sekarang” ujar Joe tiba-tiba. Ayie menoleh.

“Kau jumpa Lina. Bila? Dengan siapa?” soal Ayie bersungguh-sungguh.

“time aku lepak dengan awek aku la. Aku nampak Lina dengan kawan dia kot. Lawa dia pakai tudung” ujar Joe jujur.

“yeke? Aku cakap dengan dia hari tu. Aku nak masuk meminang dia, hujung tahun ni. And kalau boleh nak suruh dia pakai tudung dulu” ujar Ayie lagi.

Serentak mereka semua tergelak namun Tengku Dzafril Haidhar masih dalam duniannya sendiri. Otaknya masih teringatkan tentang Larra. Gadis itu walaupun berlainan bilik darinya namun masih mengekalkan ciri Barat dalam pemakaianya. Sexy betul.

“amboi, nampak gaya macam kau to the next kepada pengantin baru kita je” ujar Fahim tiba.

“pengantin baru? Siapa?” soal Joe tidak faham. Dahinya berkerut-kerut memandang ke arah Fahim yang sudah menahan ketawanya dari sekali lagi terhambur.

“Kau ni dah kenapa Joe? Lupa ke ada member kita yang baru kahwin?” ujar Aqiem serentak menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih termenung. Joe pantas menoleh ke arah lelaki itu sebelum tergelak sendiri.

“aku lupa dia ni baru kahwin. Dapat bini cantik tu” ujar Joe sengaja mengusik Tengku Dzafril Haidhar.

*senyap

Tiada jawapan yang diterimanya. Lelaki itu seolah-olah langsung tidak menyedari dirinya sedang diperkatakan.

“Woi Zaf!!” pekik Aqiem tiba-tiba membuatkan lelaki itu pantas menoleh apabila namanya dipanggil.

Joe menggeleng-gelengkan kepalanya melihat reaksi lelaki itu. Satu keluhan berat dilepaskan olehnya. “Aku rasa, budak Zaf ni dah syok dekat Larra la. Sekarang aku asyik termenung je kerja dia. Pantang tinggal sikit, mula termenung” ujar Joe selamba. Kata-katanya disambut dengan ketawa Ayie

“agak la. Aku pun perasan jugak. Kau dah mula syok dekat Larra ke, Zaf?” soal Fahim pula.

Tengku Dzafril Haidharm memandang Fahim dan Ayie silih berganti sebelum tergelak sinis.

“siapa? Aku? Syok dekat budak separuh melayu tu? Tak mungkinlah” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menggelengkan kepalanya.

Ayie mengeluh perlahan.

“Kau jangan cakap besar Zaf. Kalau satu masa nanti kau suka dekat Larra tu, kau nak cakap apa? Sekarang boleh lah cakap tak mungkin…tak mungkin. Future nanti, kau mana tahu” marah Ayie.

“amboi marah” ujar Aqiem perlahan.

“aku cakap, benda yang aku yakin tak akan terjadi la Yie. Tak mungkinlah aku nak dengan dia. Not my taste la” ujar Tengku Dzafril Hadihar lagi.

“ceh, not my taste konon. Jangan satu masa nanti. Yang not my taste tu la jadi pujaan hati kau” ujar Fahim pula. Dia melepaskan kepulan asap rokoknya ke udara.

“masa tu, baru kau tahu apa rasanya mabuk cinta. Kau paham??” ujar Aqiem pula sambil ketawa besar.

“peh kau Aqiem. Advance sekarang ea. Dah pandai ea sekarang” usik Ayie. Aqiem sekadar menyeringai mendengar kata-kata Ayie itu.

“tapi apa masalah kau Zaf?. Aku tengok Larra tu okay je. Kau tu yang demand sangat. Nak perempuan yang macam mana lagi pun aku tak tahu la” ujar Joe.

“entah. Larra tu aku rasa elok je. Nak kata dia jenis sosial aku tengok tak ada pun. Dia ada keluar dengan lelaki ke Zaf?” soal Ayie.

“ada. Adik aku. Hakimi tu. Dia orang memang baik pun. Tapi lantaklah. Dua-dua aku tak suka. Benci! ” ujst Tengku Dzafril Haidhar.

“yang ni lagi satu aku tak faham. Adik kau tu rasanya aku pun kenal. Baik je kot. Tapi aku tak faham apasal la kau benci sangast dekat dia” ujar Fahim

“kau orang tak akan faham apasal aku benci dia. Dia tu, nampak je baik tapi dalam. Agh susah lah aku nak cakap. Kau orang tengok dia baik, tak semestinya dia baik” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi.

“aku rasa kan Zaf. Kau lagi kenal adik kau dari kita orang. Tapi, aku walaupun tak adalah kenal adik kau selama kau tapi aku rasa adik kau tu seorang lelaki yang baik” ujar Fahim lagi.

“dia selalu ke kuar dengna bini kau?” soal Joe pula.

“tak jugak lah. Entahlah. Aku tak ambil tahu sangatlah. Biasanya aku jarang ada dekat rumah” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“kau ni. Kau jangan main-main Zaf. Kau tu suami dia. Bukannya housemate dia. Kalau bagi bini terlampau bebas macam tu, apa guna kau jadi suami dia. Baik dari awal-awal kau bagi je Larra tu kahwin dengan Hakimi” ujar Ayie. Tengku Dzafril Haidhar menoleh. Sedikit terpukul dengan kata-kata sahabatnya itu.

“betul cakap kau Yie. Aku setuju. Kalau aku jadi suami dia. Hari-hari aku suruh dia duduk rumah je. Tak payah keluar sangat. Tak payah masak. Biar aku je yang masak untuk dia. Pehhh…” Joe ketawa sendiri.

“kau jangan berangan sangatlah. Larra tu dah jadi bini Zaf pun. Kau jangan mengada-ngada nak usha bini orang” Aqiem memberi amaran

“amboi, marah” ujar Joe sambil ketawa.

“tak adalah. Maksud aku kalau aku jadi Zaf. Kalau.. Sayang, ada bini cecantik macam tu, bagi keluar dengan lelaki lain sesuka hati” ujar Joe lagi.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak mendengar kata-kata Joe. Ada benarnya juga kata-kata sahabatnya itu. Selama ini dia sering memberi ruang kepada gadis itu. Dia benarkan sahaja gadis itu keluar sesuka hati.

Tapi, dia kan bini aku, patutya aku kawal lah dia. Bukan biar dia bebas. Agh, tapi dia bini kau dari segi fizikal je. Hakikatnya kau orang hidup bukan macam laki bini lain pun. Kau pun memang tak nak dia layan kau macam suami kan?

Serentak telefonnya bercahaya membuatkan pandangannya tertumpu seketika pada skrin telefon itu. Larra? Buat apa dia call ni?

Matanya lama menatap telefon itu. Teragak-agak untuk mengangkat atau tidak. Agh, apahal time ni jugak dia call. Lalu tangannya pantas menekan ‘reject’ call. Dia tersenyum. Padan muka perempuan tu.

Larra membulatkan matanya ke arah telefon bimbitnya. Eh, berani dia reject call aku. Siap dia balik nanti. Dahlah aku takut duduk rumah ni seorang-seorang. Dia pergi tinggalkan aku pulak dekat sini. Tak bertanggungjawab punya suami.

Aqiem mengerling sekilas ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang tersenyum-senyum memamdang skrin telefonnya.

“Zaf! Kau apahal? Tengok phone senyum-senyum” tegur Aqiem membuat serentak semua rakannya turut menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan kaget.

“err. Tak ada. Ada orang call la” ujar Tengku Dzafril Hadihar. Sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar jeansnya.

“ada orang call? Apasal kau tak angkat?” soal Joe hairan.

“malas lah. Call tak penting” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“ouh” ujar Fahim perlahn.

“call tak penting? Eh kejap! Siapa yang call kau pukul 3 pagi ni?? Are you sure tak penting, Zaf?” soal Ayie curiga. Tengku Dzafril Haidhar menoleh sebelum mengeluh.

“tak penting la. Larra je kot” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“Apa? Kau cakap panggilan Larra tu tak penting Zaf. Aku tak tahulah nak cakap dengan member kau ni Aqiem” ujar Ayie sambil memandang ke arah Aqiem.

“apasal?” soal Aqiem hairan.

“bini call, dia boleh reject. Dahlah isteri dia tu sorang kat rumah kan?” soal Ayie sambil memandang ke arah Fahim

“eh? Ha’ah ek. Aku rasa Larra tu ada hal tu. Tak elok kau reject call dia macam tu je. Mana tahu urgent. Ada perompak ke?” ujar Joe.

“tak adalah. Area rumah tu ada guard. Kalau ada apa-apahal dia boleh mintak tolong guard dekat depan tu je. Malas lah nak angkat. Buat sakit telinga je dengar suara dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“woi brother, guard tu dekat luar pintu, bukan dekat dalam rumah. Kau sikit pun tak risau ke? Kalau ya pun kau tak suka bini kau tu Zaf, tapi at least jadi lah lelaki yang bertanggungjawab. Dia tu perempuan. Seorang-seorang dekat rumah. Fikir lah sikit Zaf.” nasihat Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh sekilas ke arah lelaki itu sebelum mengeluh perlahan. Ada benarnya kata-kata Aqiem. Walaupun aku tak suka Larra, tapi aku patut jadi bertanggungjawab. Sebab apa dia call aku tadi? Ada benda kecemasan ke? Aghhhh! Buat apa aku fikir sangat pasal dia. Dia pandai-pandai lah jaga diri sendiri. Bukan budak kecil lagi pun.

“tapi dia isteri kau” ada satu suara yang bermain-main di fikirannya.

Semua itu semakin membuatkan dia semakin tertekan. Lalu gelas arak di hadapannya dicapai rakus. Memang sejak dahulu, caranya untuk melepaskan setiap tekanan yang dimilikinya dengan meminum minuman keras itu.

“baliklah Zaf. Kesian dekat dia dekat rumah seorang-seorang” nasihat Fahim lagi.

P/s : maaf. Minggu lepas tangan saya cedera. Jadi tak boleh nak siapkan episod kali ni. Minggu ni baru sempat hantar.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 12”
  1. fatim says:

    makin best,,smbung cpt2 lg

  2. Nadine says:

    Best nyer…. salute!!! suka lah novel ni…
    minta address blog yer…
    Nadine nak share address ni

    http://nadineapril.blogspot.com

    kat blog Nadine yang masih setahun jagung ni adalah satu dua e- novel yang tak berapa nak best( ayat memancing hati)…
    tapi please… jenguklah blog Nadine…(air mata meleleh, hingus..ehem. ehem. tak senonoh betul)

    please….
    tolong Nadine, bantu Nadine
    budak sekolah takcukup seringgit
    (melodinya guna melodi lagu kat cerita tiga abdul tu… yang anak2 yatim tu…)

  3. dilza adina says:

    nysa : sorry :)

    rieda : thanks :)

    aizah arshad : jangan lupe bace smbungan next week :)

    momkirah : thanks. tangan da baik dah :)

    lolo : next entry next week haha

    ida : thanks. yup. haha. dia takut tinggal sorang2 la tu. haha

    lizzy zalina : thanks. i will :)

    sarah : haha. ego. memanglah

    erica71 : still berharap hakimi dengan Lara ye? haha

  4. fatin syahira says:

    bestnyer..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.