Novel : Antara mahligai ego dan cinta 13

15 October 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Larra mendengus keras. Langkahnya diatur laju masuk semula ke dalam biliknya. Pintu balkoni itu di tutupnya semula. Rambutnya yang panjang pantas diikat satu.

“Berani dia reject call dari aku. Eeeee, dia ni tak ada sense kemanusian ke? Aku ni kan perempuan. Tinggal seorang pulak tu dekat rumah ni. Dahlah aku tak biasa lagi dengan kawasan ni. Tak tahu ke aku niiii jenis yang penakut!!” marah Larra.

Hatinya benar-benar sakit dengan sikap lelaki itu. Sudahlah langsung tak cakap yang dia nak balik lambat. Aku call boleh pulak dia reject.

Lalu telefon I-phone di tangannya segera di campak di atas katil sebelum sempat matanya mengerling jam yang tersangkut di dinding bilik itu. Ish, dah dekat pukul 3.30 ni aku tak tidur-tidur lagi. Apa nak jadi ni Larra?

“ni semua lelaki gila tu punya pasal. Dah tau pukul 3, balik lah rumah. ingat aku nak sangat ke kau balik kalau tak sebab aku takut tinggal seorang-seorang dekat rumah ni!!” bebelnya lagi sebelum kakinya akhirnya berhenti melangkah. Dia duduk termenung sendirian di birai katil itu.

Television yang di pasang langsung tidak mampu membuatkan dia tenang. Dia menguap beberapa kali tanda mengantuk.

“fikir pasal si Zaf ni buat aku ngantuk la pulak”

Lalu badannya yang letih, segera direbahkan ke katil. Berhasrat untuk sekadar berbaring.

****

Bahunya di tepuk perlahan oleh Aqiem membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh.

“Kau balik lah Zaf. Kita orang semua ni bujang, tak apa kalau balik lewat malam pun” ujar lelaki itu.

“betul tu Zaf. Kau tak boleh nak samakan hidup kau masa belum kahwin dengan sekarang. Dia call kau tu, mesti takut tinggal seorang-seorang dekat rumah tu. Aku tahu punya, perempuan. Kau balik la. Kesian dia” ujar Ayie pula.

“tapi aku ni bukan penjaga dia pun, dia nak takut pun bukan masalah aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi. Masih tetap dengan egonya.

“kau ni kan, degil betullah. Aku tahu kau tak suka Larra tu. Tapi kau tu lelaki Zaf. Suami dia. Kalau apa-apa jadi dekat dia, kau yang kena salahkan. Kau fikir lah sikit” ujar Joe pula.

“aku tahu kawasan perumahan kau tu kawasan elit. Tapi sekarang ni cuba kau fikir, kot-kot Larra tu cedera ke. Dia seorang-seorang tu kat rumah. Tak ke bahaya” ujar Aqiem lagi.

“Aku kalau boleh………….”

Fahim berhenti berkata-kata apabila tiba-tiba Tengku Dzafril Haidhar mendengus keras. Kepalanya terasa pusing. Sudah mabuk. Lalu gelas di tangannya di hentak kuat ke atas meja membuatkan masing-masing terdiam.Tiada satu suara pun keluar ketika itu. Masing-masing hanya memandangnya dengan riak yang terkejut.

“okay. Kali ni aku ikut cakap kau orang. mana kot baju aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil cuba untuk bangun berdiri. Sekelilingnya terasa berpusing.

“eh, kau dah mabuk ni Zaf. Kau okay tak? Boleh balik tak ni?” soal Ayie sedikit bimbang melihat langkah Tengku Dzafril Haidhar yang tidak teratur. Dia menyerahkan kot lelaki itu cepat-cepat. Lelaki itu dilihatnya mengangkat tangan kanannya sambil berjalan.

“aku okay. Jangan risau” sayup-sayup kedengaran lelaki itu menjawab sebelum hilang di sebalik pintu.

Joe mengeluh perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“kalau aku jadi dia, memang tak lah aku nak tinggalkan bini aku sorang-sorang dekat rumah. Kesian. Perempuan kot” ujar Fahim.

“tahu tak apa. Tapi dah nama pun Zaf. Memang tak hairan lah. Nasib bini dia lah dapat suami macam tu” ujar Joe pula.

“aku just harap. One day nanti, dia berubah. Aku tak sanggup doh tengok dia layan bini dia macam tu. Kejam” ujar Aqiem pula.

“bukan kau je rasa macam tu. Kita orang semua ni haa. Kesian dekat Larra tu” ujar Ayie.

****

Keretanya menderum laju masuk ke pekarangan banglo. Sempat dia menjeling ke arah balkoni di bilik Larra. Masih bercahaya menandakan gadis itu belum tidur. Dia tersenyum sinis.

“dasar perempuan penakut. Dah ada guard dekat depan, dia nak takut apa lagi?” ujarnya sebelum menolak kasar pintu keretanya. Rasa pening seketika membuatkan dia hampir-hampir terjatuh ketika mahu berdiri untuk berjalan menuju ke pintu utama banglonya.

Kunci di tangannya segera diacah ke lubang kunci pintu itu. Beberapa kali dia tersasar dan gagal untuk membuka pintu itu, membuatkan dia mulai berang.

“apasal tak nak masuk ni?!” marahnya sambil membelek kunci di tangannya.

“eh, ni kunci kereta. Buat apa aku guna pintu kunci kereta aku” ngomelnya sendiri sambil memasukkan kunci kereta itu ke dalam poket seluarnya. Tangannya diseluk bagi mencari kunci rumahnya namun gagal.

Wajahnya menyeringai setiap kali terasa loya. Isi tekaknya seolah hendak keluar ketika itu namun di tahannya sahaja namun benda yang di cari olehnya masih belum di jumpainya.

“aduhhhh. mana pulak kunci aku ni?” soalnya sendiri.

Lama dia termenung dan berfikir sendirian sebelum dia mula tersedar, dia telah tertinggal kunci itu di atas meja kerjanya ketika tergesa-gesa untuk pulang petang tadi.

Cuai gila kau ni Zaf. Macam mana kunci rumah kau pun boleh tertinggal. Sekarang aku nak masuk macam mana ni. Pintu ni kunci. Eh kejap? Larra? Suruh Larra bukak pintu. Otaknya laju memberi cadangan membuatkan dia tersenyum.

Lalu telefonnya dibuka semula mencari-cari nombor milik Lara di situ. Dia tersenyum ketika nama “Miss psiko” tertera di skrin telefonnya.

****
Larra tersedar semula dari tidunya apabila telefonnya berbunyi secara tiba-tiba. Dengan mata yang masih tertutup dia mencapai telefon itu sebelum melekapkan ke telinganya.

“Hello! Larra! Kau bukak pintu sekarang!” jerit suara itu.

Larra mengerutkan dahinya. Ni mamat mana pulak ni suruh aku bukak pintu tiba-tiba ni? desis hatinya.

“sorry. Apek? Lu salah nombor” ujarnya seraya meletakkan semula telefon itu. Berkira-kira untuk menyambung semula tidurnya. Ish, kacau betullah. Aku nak tidur pun tak senang.

Tengku Dzafril mengerutkan dahinya sambil memandang telefonnya. Dia kata aku ni apek? salah nombor? Biar betul. Dia yakin itu adalah nombor yang sama yang digunakan oleh Larra untuk menelefonnya sebentar tadi.

Ni memang nombor Larra. Suara pun memang macam suara dia. Tak mungkin aku salah nombor. Ish tak boleh jadi ni. Lalu, tangannya sekali lagi menekan punat bagi mendail nombor tersebut.

Beberapa minit kemudian kedengaran suara wanita yang sama menjawab panggilannya

“Hello! Nak apa. Kan dah cakap salah nombor. Awak tahu tak esok saya ada meeting. So tolonglah bagi saya tidur! Saya nak tidur ni. Saya tak nak beli la produk awak!” jerit suara itu.

“Hello Larra! Niii aaaaakk………………” belum sempat Tengku Dzafril Haidhar menghabiskan kata-katanya, talian itu sudah dimatikan membuatkan dia benar-benar geram. Pegh, aku tak habis cakap lagi kau dah letak.

Tengku Dzafril Haidhar mula diancam rasa geram. Sah, perempuan ni nak kena ajar ni. Lalu untuk kali ketiga dia mendail nombor yang sama. Setelah panggilannya diangkat, cepat-cepat dia menjerit.

“Hei Larra! Ni aku lah. Zaf. Kau bukak pintu sekarang” jeritnya. Benar-benar geram dengan sikap gadis itu.

Larra mengerutkan dahinya. “siapa Zaf?” soalnya kembali.

Beberapa minit kemudian, baru otaknya mampu berfungsi secara normal. eh Zaf! Alamak! Zaf ke yang call aku ni? Soalnya sendiri sebelum menjarakkan telefon dari telinganya. Memang benar, tertera di situ nama “Mr Ego”.Bulat matanya menatap nama di skrin itu.

“a’ahlah. Dia call aku” ujarnya perlahan sambil menekapkan semula telefon itu ke telinganya.

“Hello! Woi! Kau tidur balik ke?” soal suara itu membuatkan dia tersedar. Lalu cepat-cepat dia duduk di atas katil itu.

“errrr. Tak…. tak. Saya tak tidur. Dah jaga dah ni” ujar Larra. Alamak, macam mana boleh aku mamai pulak angkat call dia ni. Buat malu je.

“dah tu, tunggu apa lagi. Kau bukak pintu sekarang. Aku nak masuk” arah lelaki itu kasar. Larra mengerutkan dahinya sambil mendengus.

Ewah-ewah. Sesuka hati dia je nak suruh aku bukakan pintu. Dia ingat aku ni ape?

Lalu langkahnya di atur laju menuju ke arah balkoni biliknya sebelum pintu itu segera dibukanya. Memang benar, kereta Tengku Dzafril Haidhar sudah terletak di tempatnya sebagai tanda lelaki itu sudahpun pulang semula ke rumah itu. Larra menarik nafas lega.

“Mana pergi kunci awak?” jerit Larra sambil menekapkan telefonnya itu. Dia yakin lelaki itu ada di bawah.

Tengku Dzafril Haidhar yang sudah pun tersandar di dinding terkejut mendengar suara itu menjerit padanya. Eh, ni macam bukan keluar ikut phone aku ni. Namun dia menekapkan juga telefon itu ke telinganya.

“kunci aku tertinggal ar. Bukak la pintu cepat, sengal!” ujarnya kembali. Nada suaranya sudah tidak kendengaran keras.

“malas!” balas gadis itu kembali. Tengku Dzafril Haidhar mengetap bibirnya tanda geram. Aku dah cakap punya baik macam tu pun kau boleh tunjuk ego kau lagi. .

Dan kali ini suara gadis itu kedengaran jelas dan kuat. Bukan melalui telefon bimbitnya. Bunyi macam dari balkoni bilik Larra ni, fikirnya.

Lalu Tengku Dzafril Haidhar menggagahkan diri untuk berdiri dan berjalan sebelum berhenti dan berdiri di hadapan balkoni Larra. Sakit kepala yang ditanggungnya langsung tidak dipedulikan. Dia berdiri dalam keadaan yang kurang stabil namun rasa sakit hatinya terhadap gadis itu membuak-buak.

Tekaannya ternyata benar apabila kini dilihatnya gadis itu sedang berdiri di situ dengan baju tidur satinnya bewarna merah. Sedang memandangnya dengan wajah yang tidak bersalah.

“Kau jangan main-main la Larra. Bukak pintu sekarang!!” jerit Tengku Dzafril Haidhar. Wajahnya diraup berulangkali. Kata-katanya dibalas dengan kerlingan sinis oleh gadis itu.

Larra cuba mengamati dari gerak geri lelaki itu. Dia yakin, dia tidak salah. Aku rasa dia ni mabuk. Jalan pun huyung hayang. Cis, dahlah balik lambat mabuk pulak tu. Tak guna betul.

“Zaf! Awak mabuk ea?” soal Larra.

Langsung tidak memberi respons terhadap arahan yang diberikan oleh Tengku Dzafril Haidhar untuk membuka pintu buat lelaki itu.

Dia mendongak. Jelas melihat Larra sedang merenungnya. “ya! Aku mabuk. Cepatlah bukak pintu, gila! Aku dah sejuk ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil memeluk tubuhnya.

Dirinya benar-benar letih ketika itu. Dia berharap Larra akan membukakan pintu untuknya. Ish, aku dah sejuk gila diri dekat luar ni. Dia ni pulak boleh banyak tanya.

“awak sejuk, bukan masalah saya. Sorry saya tak nak bukakkan pintu. Awak tidur luar malam ni” ujar Larra tegas sebelum mula berjalan ingin masuk semula ke biliknya.

Tengku Dzafril Haidhar mula panik. Dari gerak geri gadis itu, tidak kelihatan seperti dia sedang bergurau. Eh biar betul minah ni nak kunci aku dekat luar?

“woi Larra! Jangan buat kerja gila lah! Bukak lah pintu sekarang. Sejuk laaaa!!” jerit Tengku Dzafril Haidhar lagi membuatkan Larra berhenti melangkah.

Larra menoleh sekilas sebelum tersenyum sinis memandang lelaki itu yang sedang menahan kesejukan.

“Kalau saya tak nak bukak pun, awak boleh buat apa. Siapa suruh masa saya call, awak reject call saya. Second, saya tak suka awak balik dalam keadan mabuk. And third, awak dah ganggu saya tidur. Paham!” jerit Larra kembali sebelum pintu balkoni itu ditutup semula olehnya. Meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar keseorangan di luar.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak melihat Lara yang sudah pun hilang, masuk semula ke biliknya. Tidak lama kemudian, lampu bilik itu digelapkan menandakan penghuninya sudah tidur. Eh? Biar betul perempuan ni. Dia main tinggalkan aku macam tu je? Gila kejam.

“Laa..Larra!!” jeritnya lagi. Tiada sebarang jawapan yang diterimanya.

Sunyi

Pehhh. Tak guna punya perempuan, sampai hati dia buat aku macam ni. Langkahnya diatur kembali menuju ke keretanya

***

Tidurnya pagi itu dikejutkan oleh bunyi enjin yang dihidupkan. Dia membuka mata. Suasana seperti itu sangat asing baginya. Apasal aku rasa macam dekat dalam kereta ni? Matanya yang masih berat dipejam celikkan berulangkali.

Perlahan-lahan otaknya mula memutarkan kembali peristiwa yang menyebabkan dia terpaksa tidur di dalam kereta malam tadi.

“aku tertinggal kunci” ujarnya perlahan sambil menguap.

Tidak lama kemudian kedengaran deruman kereta keluar dari pekarangan rumahnya membuatkan Tengku Dzafril Haidhar segera menoleh. Kereta yang dipandu Larra sudahpun keluar dari kawasan banglo itu. Baru dia teringat dia masih belum meminta kunci dari gadis itu.

“eh kunci!! Macam mana aku nak masuk kalau tak ada kunci!” jeritya sambil pantas keluar dari kereta cuba untuk mengejar kereta Larra yang sudah jauh meninggalkannya.

“Lara!! kunciiiiiiiiiiiiiiiiii!!”

Dia menjerit sekuat hati. Tak peduli kalau ada jiran-jirannya yang memasang mata adegan kejar mengejar itu. Namun seperti yang dijangka, usahanya gagal dan sia-sia. Gadis itu langsung tidak mempedulikannya. Kereta yang dipandu juga sudah semakin jauh sebelum hilang di sebalik selekoh.

Tengku Dzafril Haidhar memperlahankan lariannya sebelum berhenti. Nafasnya yang tercungap-cungap cuba dikawal kembali agar tenang. Dia tertunduk menahan lelah. Pagi-pagi lagi aku dah kena exercise kejar perempuan gila tu. Semata-mata sebab kunci.

“Damn la kau Larra” marahnya sambil menyepak batu kerikil kecil di tepi jalan itu.

Dia meraup wajahnya berulangkali. Jujur, dia bengang dengan gadis itu. Kau balik nanti siap la kau. Langkahnya di atur semula menuju ke banglo tiga tingkatnya. Sempat dia mengerling sekilas ke arah jam tangannya.

Eh alamak! Dah pukul 9. Erk, macam mana ni?? 10 meeting. Dengan segera dia berjalan masuk semula ke kawasan rumahnya. Satu keluhan berat dilepaskannya. Penatnya belum hilang. Rasa sakit hatinya masih bersisa.

Telefon bimbit yang berbunyi secara tiba-tiba membuatkan dia tesedar. Lantas telefon di koceknya pantas dicapai.

“Agh, ni mesti Aqiem. Nak suruh aku datang pejabat”

Matanya bulat memandang ke arah skrin. Seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Pesanan ringkas yang dikirim oleh Larra itu dipandangnya lama.

“Larra?”

——kunci rumah dalam pasu bunga tepi meja putih tu!——–

Selesai membaca mesej yang dihantar Larra, Tengku Dzafril Haidhar pantas menuju ke tempat yang dimaksudkan. Mencari kunci yang dimaksudkan Larra. Pencariannya berhasil kerana dengan sekali capai sahaja, kunci tersebut sudah berada di dalam genggamannya. Dia tersenyum lega.

****

Aqiem memandang lama wajah masam milik lelaki itu. Langkahnya di atur laju menghampiri Tengku Dzafril Haidhar yang sudahpun berjalan laju meninggalkan ruang bilik perbincangan itu menuju ke biliknya.

“Woi Zaf” tegur Aqiem namun tiada sebarang jawapan yang diterimanya. Lelaki itu sekadar berdiam diri dan menolak kasar pintu biliknya. Tidak menghiraukan teguran Aqiem

Apahal dengan mamat ni. Takkanlah sebab aku suruh dia balik malam tadi, dia still marah aku? Eh biar betul. Sejak pagi tadi lelaki itu kelihatan serius. Tidak seperti selalu. Seolah-olah sedang memendam sesuatu. Setiausaha lelaki itu yang lewat menghantar fail juga turut dimarah. Eh, apa kena jugak dengan lelaki ni?

Tangannya laju menolak pintu bilik itu dan dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar sudah duduk di kerusinya menghadap skrin laptopnya.

“Boss” panggilnya perlahan.

Lelaki itu menoleh sekilas memandangnya sebelum kembali memandang skrin komputernya semula.

“Kau nak apa? Aku tengah tak ada mood ni” balas lelaki itu dingin.

Aqiem mencebikan sedikit bibirnya. Dah macam orang datang bulan dah lelaki ni. Tak masal-masal nak marah aku. Tak apa. Sabar Qiem. Dia duduk di hadapan lelaki itu

“Kau ada masalah apa lagi ni? Muka masam je dari pagi tadi aku tengok” soalnya cuba mengorek rahsia. kedengaran jelas lelaki itu mengeluh perlahan sambil menyelak kertas di hadapannya.

“mana ada apa-apa. Aku okay je” ujar lelaki itu kembali. Endah tak endah.

Aqiem menghela nafas panjang sambil bangun ingin berdiri. Dia tahu, lelaki itu seolah tidak bersedia langsung untuk berkongsi cerita dengannya. Baginya dia tidak mahu terlampau terlalu memaksa. Biar lelaki itu melayan perasaannya dahulu. Lebih baik aku pergi sekarang.

“Kalau kau okay, tak apalah. Tapi mood kau mempengaruhi pekerja lain dekat sini. Kalau kau ada masalah, cerita dekat aku. Bukan pendam simpan kau seorang je.” ujar Aqiem sekali lalu sebelum berjalan semula ke tempatnya.

Tengku Dzafril Haihar mendengus keras. Dia langsung tidak dapat meneruskan kerja-kerjanya. Jujur dia masih bengang dengan Larra.

“Qiem. aku rasa perempuan tu ada masalah jiwa la” ujarnya tiba-tiba membuatkan Aqiem yang sedang menyiapkan tugasannya terhenti. Menoleh dan memandang ke arahnya lama. Wajah lelaki itu hairan dan meminta penjelasan darinya.

“Kau cakap apa Zaf?” soal Aqiem meminta kepastian.

Tengku Dzafril Haidhar bangun dari tempatnya dan berjalan menuju ke tempat Aqiem. Kemeja hitam yang dipakainya diperbetulkan.

“Larra. Aku rasa dia tu ada sakit jiwa” ujarnya bersunguh-sungguh membuatkan Aqiem sedikit tersentak.

Dia memandang lama wajah sahabatnya yang kelihatan serius itu. Biar betul apa yang aku dengar. Dia cakap Larra tu sakit jiwa. Betul ke?

“kau cakap betul-betul Zaf. Biar betul Larra tu sakit jiwa?” soal Aqiem lagi.

Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya sudahpun duduk di kerusi di hadapannya sambil mengangguk penuh yakin. Agak sukar untuk dia terima gadis cantik yang menjadi isteri kepada sahabatnya itu adalah gila namun Tengku Dzafril Haidhar bukanlah seorang yang suka mereka cerita.

“Ye doh. Aku yakin dia tu ada sakit jiwa” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“eh kau jangan main-main la. Aku tengok bini kau tu okay je. Cantik-cantik macam tu takkan la gila. Kau tak ada bukti jangan main tuduh orang Zaf” tegur Aqiem. Masih belum percaya sepenuhnya dengan apa yang didengarnya.

Tengku Dzafril Haidhar mengerling sekilas ke Aqiem di hadapannya itu. Dia tahu bukan mudah untuk meyakinkan lelaki itu tentang kenyataan yang dia lontarkan tentang Larra. Tapi aku geram betul dengan perempuan tu.

“kau ni. Cuba tengok muka aku ni. Serius kot. Kalau tak ada bukti takkanlah aku tiba-tiba nak cakap dia tu gila” ujar Tengku Dzafril Haidhar sedikit bengang dengan Aqiem yang masih mencuba menafikan kenyataan yang diberikan olehnya.

Aqiem berhenti menulis sesuatu pada kertas sebelum mendongak kembali memandangnya. Tanpa sebarang kata. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya memandang ke arah Aqiem yang masih merenugnya.

“Kau apahal?”

Aqiem menggeleng perlahan sambil memandngnya.

“Jadi Larra tu sebenarnya……” Aqiem tidak jadi meneruskan kata-kata sebaliknya hanya meneruskan isyarat jari telunjuk yang dipusingkan ke arah kepalanya sebagai tanda ‘gila’

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk laju. Dia tersenyum.

“apa bukti dia?” soal Aqiem lagi.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat. Lengan bajunya diperbetulkan sebelum satu keluhan berat dilepaskannya. Perlu ke tak aku nak cerita apa yang perempuan gila tu dah buat dekat aku malam tadi? Ah tapi kalau aku fikir-fikir balik memang geram betul. Aku tak boleh terima apa yang dia dah buat dekat aku. Ego betul.

*****

Hakimi melangkah masuk ke kafe yang dijanjikan Ajierah, sebelum kemudian matanya diarahkan melilau untuk mencari kelibat gadis kurus tinggi itu. Dari jauh kelihatan gadis itu melambaikan sedikit tangannya membuatkan Hakimi tersenyum sambil mengorak langkah menuju ke arah Ajierah yang masih menantinya. .

Sengaja petang itu dia mengajak gadis itu keluar. Tidak disangkanya ajakannya diterima dengan mudah oleh gadis itu. Setahu aku dia ni susah betul nak keluar dengan lelaki kalau tak betul-betul. Nasib aku baik la ni, desis hati Hakimi.

“Sorry la aku lambat” ujar Hakimi sebelum duduk di hadapan gadis itu.

“tak apa. Aku pun baru lagi dekat sini. Nasib baik kau cepat, kalau tak aku balik terus” ujar Ajierah lagi. Hakimi tergelak sambil mengerling sekilas memandang Ajierah. Mata mereka bertentang.

Duppppp.. Apa yang aku rasa ni. Ajierah tampak lain tanpa kaca mata yang sering di pakainya. Hakimi dapat merasakan hatinya mula bergetar saat memandng Ajierah petang itu. Sungguh gadis itu tampak sungguh cantik.

“Kau cantik ar Jie” ucapnya tanpa sedar. Kata-katanya itu serentak membuatkan Ajierah berhenti ketawa sebelum menoleh memandang ke arahnya dengan wajah yang terkejut.

Ajierah tergmam. Itu adalah pertama kali Hakimi memujinya. Entah mengapa dia mula berasa berdebar-debar. Hakimi, adalah lelaki yang diminatinya dalam diam sejak dia pertama kali menjejakkan kaki bekerja di syarikat guaman milik bapanya itu, 3 tahun lepas.

“Hehe. aku gurau je. Kau jangan marah Jie” ujar Hakimi sambil tersengih. Fuh, nasib baik aku cepat cover. Muka dia dah lain dah tadi masa dengar ak terlepas cakap. Ish kau ni Kimi. Nak puji pun agak-agak la.

Sebaik sahaja dia menuturkan kata-kata itu, dilihatnya Ajierah tersenyum lebar membuatkan hatinya sedikit lega. Nasib baik dia tak mengamuk dengar aku puji dia. Aku tahu Ajierah ni memang pantang dengan lelaki yang gatal. Aku tak nak lah dia ingat aku ni gatal. Puji dia dan sengaja sebab nak menggatal dengan dia.

“aku tahu kau gurau je. Kau tu mana pernah serius. Eh, pasal perempuan yang kau cerita tu macam mana?” soal Ajierah sengaja mengubah topik perbualan. Ah Ajierah. Kau tak patut harapkan apa-apa dari dia. Dia dah ada perempuan yang dia suka. Aku ni cuma kawan baik dia je.

Hakimi terdiam sejenak mendengar soalan Ajierah. Otaknya buntu untuk memikirkan jawapan yang paling baik untuk diberikan kepada Ajierah.

“aku tak tahulah Jie. Aku rasa aku je yang suka dia tak ada anggap aku apa-apa pun. Lagipun aku tak nak lah selalu sangat keluar dengan dia. Takut orang lain kata yang bukan-bukan pulak” ujar Hakimi lagi sambil mengeluh perlahan. Terbayang seketika di mindanya Larra seolah tersenyum. Ah Larra.

Ajierah terdiam. Ya, kelihatan Hakimi masih menyimpan peraaan terhadap gadis itu. Lantas dia segera tersenyum.

“tapi Hakimi. Sekarang dia pun dah jadi akak ipar kau kan? Kau patut tahu dia dah jadi hak abang kau” ujar Ajierah lagi. Cuba memujuk. Hakimi mengeluh perlahan.

“tu aku tahu Jie. Tapi aku suka dia dari sebelum aku tahu dia sebenarnya tunang abang aku kot. Susah nak cari perempuan macam dia. Tapi sayang, dengan orang macam abang aku tu jugak dia kahwin. Kalau lelaki lain aku tak kisah Jie. Ni, Zaf.” ujar Hakimi meluahkan kebimbangannya. Dia kenal benar dengan sikap abang tirinya itu. Kejam dan penuh dendam.

“mesti perempuan ni cantik kan, sampai kau sukakan dia gila-gila” ujar Ajierah lagi. Cuba membayangkan gadis yang membuatkan Hakimi murung berhari-hari lamanya.

Hakimi tergelak kecil. Terasa sedikit kelakar dengan soalan yang diajukan oleh Ajierah.

“kau kenapa? Tanya aku. Kau jealous eh Ajierah?” usik Hakimi.

Serentak Ajierah menarik mukanya. “oh please lah encik Hakimi. Aku nak jealous, memang tak lah. Aku just curious je. Mesti awesome perempuan tu sampai dah kahwin pun kau still suka dia lagi” ujar Ajierah sambil tergelak.

“Yelah Ajierah. Aku faham. Setakat lelaki macam aku ni mana kau pandang kan? Kau kan cantik” balas Hakimi. Sememangnya dia sendiri hairan dengan Ajierah. Kalau ikutkan perempuan macam Ajierah tu, ramai je yang nak tapi pelik. Gadis itu sering sahaja memberikan pelbagai alasan tentang lelaki yang meminatinya.

“haa ye la tu. Kalau tanya kau? Semua perempuan kau cakap cantik. Nak-nak lagi pasal perempuan yang kau admire tu. Kan?” balas Ajierah. Hakimi tesengih.

“alah. Dia tu memang cantik. Tapi kau pun cantik jugak. Cantik yang berlainan” balas Hakimi kembali.

Ajierah tersenyum. “eh, aku ni dari hari tu asyik dengar kau cerita je pasal dia. Tapi kau langsung tak nak bagitahu aku apa nama dia. Apa nama dia?” soal Ajierah.

“Aku cakap bukan kau kenal pun”

“eh belum cerita belum tahu. Aku dulu time sekolah ramai member okay. Silap-silap perempuan yang kau suka ni member aku. Cepat bagi tahu aku apa nama dia” ujar Ajierah.

“okay-okay. Larra” ujar Hakimi.

Ajierah berhenti ketawa. Aku tak salah dengar ke tadi? Dia kata Larra?. Takkanlah Elle kot? Elle kan dekat luar negara lagi.

“i’m sorry. Siapa nama dia?” soal Ajierah sekali lagi. Wajahnya masih merenung ke arah Hakimi yang pelik melihat dirinya. Beberapa minit kemudian lelaki itu tergelak tanpa menjawab soalanya sebaliknya lebih senang untuk memerlinya.

“kau ni dah berapa lama tak korek telinga ni Jie?” ujar Hakimi sekali lagi. Ajierah menarik muka masam sambil menjeling ke arah Hakimi. Geram.

“nama dia Larra” lelaki itu menyambung semula kata-katanya. Ajierah terdiam sejenak mendengar nama itu. Kali ini AJierah yakin dia tidak salah dengar. Larra. Memang Larra lah nama gadis yang disebut oleh Hakimi. Larra? Ah, tak apalah. Lain orang kot.

“oh okay-okay. A’ah. Aku ni memang dah lama tak korek telina pun. Eb kau cakap apa tadi? Larra kan nama dia?. Nice name. Macam nama member aku dulu” ujar Ajierah. Entah mengapa, rasa rindu pula dia apabila teringat tentang sahabatnya itu. Hilang tiba-tiba tanpa khabar berita.

“member kau ada nama Larra jugak ke?” soal Hakimi sedikit berminat. Ajierah mengangguk.

“kawan baik aku masa dekat sekolah. Tapi orang tak panggil dia Larra, dia orang panggil dia Elle” ujar Ajierah lagi. Entah mengapa kenangan lama mula mengisi memorinya kembali.

Hakimi menganguk tanda faham. Riak wajah Ajierah mula bertukar menjadi sayu apabila disebut tentang rakannya itu.

“oh, Elle. So sekarang dia dekat mana? Kalau cantik kau boleh lah kenal kan dekat aku” seloroh Hakimi. Ajierah serentak membulatkan matanya membuatkan Hakimi ketawa besar melihat respon yang diberikan oleh Ajierah itu. Comel.

“kau ni gatal betul la. Tadi kau nak dekat Larra tu. Ni dengan member aku sekali kau nak ek? Tapi member aku ni jenis yang anti lelaki sikit la Kimi” ujar Ajierah lagi.

“Aku gurau je Jie. Dah nama pun member kau kan. Mestilah cun dan hot macam kau. Betul tak?” ujar Hakimi lagi. Ajierah menggelengkan kepalanya. Siapa tidak kenal dengan ketua kumpulan HotVicious itu di sekolahnya. Namanya melonjak naik kerana kecantikan yang dimilikanya serta status dirinya. Satu keluhan berat dilepaskannya.

“masalahnya dia lagi cun dan hot dari aku” ujar Ajierah perlahan membuatkan Hakimi terdiam sejenak.

“lagi cun dan hot dari kau? Peghhh, sayang la dia anti lelaki pulak kan? Apasal dia anti lelaki babe? dia ada pernah kena apa-apa ke dengan lelaki ke?” soal Hakimi. Selalunya jarang sekali perempuan yang tiba-tiba nak anti lelaki kalau tak ada sebab.

“tak ada lah. Tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Anti lelaki sangat.Tapi masa tu, aku pun macam dia jugak. Kita orang ada group sendiri dulu. Semua orang dalam group tu macam tu. Pegang pada prinsip yang sama. Never trust boy”

“pehh? Tak sangka seh. Kau dulu kira ada group macam tu jugak. Tapi sekarang kau dah tak macam tu kan Jie? Susah la lelaki dekat pejabat kita tu nak usha kau kalau dapat tahu kau pun jenis yang tak percaya lelaki. Macam Elle tu” ujar Hakimi sedikit rungsing.

Ah, Ajierah ni. Takkanlah dia pun anti lelaki. Kalau dia betul anti lelaki takkanlah dia boleh baik pulak dengan aku?

“tu dulu. Masa sekolah. Sekarang aku mana ada macam tu lagi. Lepas Elle tiba-tiba keluar dari sekolah kita orang dan disappear macam tu je, aku terus mula berubah jadi normal balik. Tapi dengar-dengar macam di further study kat overseas. Sampai sekarang aku tak tahu apa cerita dia” ujar Ajierah.

“kau mesti rindu giler dekat dia an? Tengok muka kau pun tahu” ujar Hakimi seolah memahami.

Ajierah menoleh sebelum mengangguk. ” dia adalah best friend aku dari sekolah rendah. Dari kita orang still kanak-kanak, sampailah dia jadi leader group kita orang tu. Aku kenal dia sangat” ujar AJierah lagi.

“sedih la aku dengar cerita kau”

“ah kau! Tak payah. Ni kenapa masuk cerita pasal Larra kawan aku ni pulak ni? Kan tadi cerita pasal budak yang kau minat tu” marah Ajierah tiba-tiba sebelum akhirnya tergelak. Hakimi menyandarkan badannnya ke kerusi sambil tersenyum memandang Ajierah.

Bila bersama gadis itu, dia jadi lupa pada Larra. Masalahnya pun hilang. Serta merta mood nya bertukar jadi baik. Ah, Ajierah memang perempuan yang menghiburkan.

“mana aku tahu. Kau yang start” ujar Hakimi kembali.

*****

Tengku Dzafril Haidhar merebahkan dirinya ke atas katil bersaiz ‘king’ itu. Perutnya mula sudah berkeroncong memainkan irama dangdut tanda dia benar-benar lapar. Sekejap dia golek ke kanan, kemudian ke kiri semula. Satu keluhan berat dilepaskan olehnya.

“Laparrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritnya tiba-tiba meluahkan apa yang dirasakannya kini.

Selalunya pada waktu-waktu seperti itu, dia hanya perlu turun ke dapur. Nanti mesti Kak Indah yang sediakan makanan untuk aku. Tak payah aku susah payah makan dekat luar macam ni hari-hari. Perempuan tu kalau masak bukan tahu nak bagi aku sikit.

“tapi salah aku jugak. Aku yang jual mahal sangat tak nak rasa langsung makanan yang dia masak. Ish. Aku lapar sangat ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi sambil menepuk-nepuk perutnya yang kosong.

Lalu dari posisi berbaring, dia cepat-cepat duduk semula. Menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya tepat memandang ke arah perutnya yang kempis. Ish, kesian perut aku jadi macam ni sekali. Ni semua sebab duduk dengan Larra la ni! Dah aku jadi kurus kering macam ni.

Matanya menyorot ke arah kunci kereta yang diletakkanya di atas meja lampu tidurnya.

“aku nak keluar tapi malas. Nak drive time aku lapar, paling aku benci. Nak masak, aku tak reti” sekali lagi dia menghembus nafasnya perlahan sambil bangun berdiri menuju ke tingkap. Jujur, dia benar-benar lapar ketika itu.

Ish tak boleh jadi ni. Lalu dia mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari bilik itu menuju ke dapur. Suasana rumah yang sunyi membuatkan dia yakin bahawa Larra masih belum pulang. Dia tersenyum, ini bermakna kini dia seorang diri sahaja berada di rumah itu.

Sesampai di dapur, dia segera mencapai telur dan memecahkannya masuk ke dalam mangkuk. Dia tersenyum. Go Zaf! Kau boleh masak punya!!

*****

Dato’ Qamal mengerling sekilas ke arah Datin Marissa di sisinya yang sedang menuangkan teh ke dalam cawannya. Dia menarik nafas panjang melihat isterinya itu.

“awak ni okay ke tak, Marissa? Dari tadi muncung semacam je” ujar Dato’ Qamal. Aku ada buat salah ke, sampai dia muncung dengan aku ni? Rasanya tak ada. Semalam aku balik awal masa dia call suruh balik tengahari. Hari ni pun aku balik awal. Takkanlah ada benda yang tak kena kot. Dato’ Qamal berfikir sendiri.

Datin Marissa menoleh ke arah Dato’ Qamal sebelum kembali duduk di sisi lelaki itu.

“apa yang tak okay nya? Saya okay je” ujar Datin Marissa endah tak endah sebelum mencapai cawan bertangkai di hadapannya. Aroma teh yang keluar dari cawan itu langsung tidak menarik perhatiannya. Kedengaran Dato’ Qamal di sisinya mengeluh perlahan membuatkan dia pantas menoleh memandang suaminya itu.

“okay apa nya? Muka muncung macam tu. Eee, saya nak tegur pun takutlah. Kalau ada masalah, awak cakap je la. Kita ni bukan baru kahwin. Dah lama dah, saya masak sangat dan dengan perangai awak Marissa” ujar Dato’ Qamal lagi sambil ketawa kecil melihat wajah Datin Marissa.

Isterinya itu walaupun sudah dinikahinya lebih dari 28 tahun, namun sikapnya masih tidak berubah. Wanita itu langsung tidak pandai untuk menyembunyikan perasaannya. Kalau ada masalah, memang nampak la muka tengah ada masalah. Kalau tengah marah, memang nampak muka tengah marah. Sekarang muka sedih, pun nampak muka tengah sedih. Jarang sekali wanita itu berjaya menyembunyikan apa yang dirasakannya kini.

“Larra. Dah lama dah tak telefon saya. Saya risau lah” ujar Datin Marissa meluahkan rasa di hatinya kini. Kata-katanya itu hanya digelakkan sahaja oleh suaminya membuatkan dia semakin bengang.

Dato’ Qamal tergelak kecil. Sejak dulu lagi, isterinya itu sangat memanjakan Larra. Budak tu tak ada apa-apa, tapi yang mak budak ni pulak yang lebih-leibh risau.

“Marissa.. Marissa… Budak tu tak ada apa-apa pun. Baru tadi siang saya jumpa dia dekat pejabat. Sihat walafiat je. Tak ada yang tak okay nye pun saya tengok dia” ujar Dato’ Qamal sebelum menghirup teh di cawannya.

Datin Marissa menoleh.

“awak tu, kalau saya cakap sikit ketawa. Boleh tak ambil serius sikit. And lagi satu, lain kali suruh lah dia dengan Zaf, sekala balik sini. Saya rindu dekat dia” ujar Datin Marissa lagi sebelum bangun dan berlalu meninggalkan Dato’ Qamal sendirian di situ.

“eh, cakap sikit terus merajuk? Perempuan. Biasalah” ujar Dato’ Qamal sendirian sambil menggelengkan kepalanya melihat Datin Marissa yang sudah merajuk itu. Dah tua-tua pun perangai manja dia tak ubah lagi. Marissa. Marissa.
****

Larra mengunci keretanya itu sebelum berjalan menuju ke pintu utama banglo itu. Entah mengapa, dia benar-benar benci untuk tinggal bersama lelaki itu. Baginya Tengku Dzafril Haidhar adalah seorang lelaki yang langsung tak berguna, pemalas, pemarah, ego dan keras kepala. Setiap kali dia teringat akan lelaki itu, dia jadi meluat tiba-tiba.

“ada ke patut papa suruh aku layan lelaki gila tu baik-baik. Buang masa aku je layan lelaki tu baik-baik” ngomel Larra.

Masih jelas di ingatannya, ketika di pejabat tadi, papanya ada menasihatinya untuk berlemah lembut dan bertolak ansur dengan Tengku Dzafril Haidhar. Kata papa, Larra bertuah menjadi isteri lelaki itu.

“Bertuah? Bertuah lah sangat. Aku yang hari-hari kena menghadap makhluk pelik tu je yang tahu betapa bertuahnya aku” bebel Larra sambil tangannya laju menolak pintu rumah itu.

Namun ada sesuatu yang pelik kini menyelubungi rumah itu. Larra mencuba untuk mencium sekali lagi. Ya, ada bau sesuatu yang pelik.

“bau apa ni?” soal Larra sambil berjalan mengikut arah tuju bau itu. Otaknya berputar ligat untuk mencari jawapan dari mana datangnya bau aneh itu.

Semakin lama, bau itu semakin kuat membuatkan dia yakin. Bau aneh itu datangnya dari dapur. Dadanya mula berdebar-debar ingin mengetahui apa punca bau tersebut muncul. Walaupun takut namun dia menggagahkan juga dirinya untuk berjalan ke dapur. Tempat di mana bau itu dikesan terlalu kuat.

Bulat matanya memandang ke arah lelaki itu yang masih belum sedar akan kehadirannya.

“Ya allah! Zaf! Apa yang awak buat ni!” jerit Larra yang terkejut melihat keadaan dapurnya yang ketika itu cukup bersepah.

Jeritan Larra berjaya mengejutkan lelaki itu serentak membuatkan Tengku Dzafril Haidhar turut menoleh memandangnya. Mata lelaki itu bulat memandang Larra.

“Larra” ujarnya perlahan sebelum sudip di tangannya terlepas dari genggamannya sekali gus membuatkan keadaan dapur itu bertambah serabut.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam. Tidak dijangkanya Larra akan pulang sebegitu awal. Mengikut kiraannya, Larra biasanya akan sampai ke rumah pada pukul 6 petang. Sedangkan ketika itu, jam baru menunjukkan pukul 4.45 petang. How come, minah ni dah boleh balik?

“apa awak buat ni?” soal Larra cemas sambil berjalan menghampiri Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan masih tercengang dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba.

Mungkin juga lelaki itu langsung tidak menyangka dia akan pulang awal. Memang sengaja dia ingin pulang awal hari itu kerana dia benar-benar letih akibat tidak cukup tidur malam tadi.

Ish, aku ingat balik awal-awal ni boleh rehat. Sekali benda ni pulak yang aku kena hadap.

“errrr. Aku lapar” ujar lelaki itu pendek.

Larra menoleh. Dari riak wajah lelaki itu ada iras serba salah. Juga seperti menahan malu kerana dirinya sudah tertangkap dalam keadaan itu.

“Lapar pun, napa tak pergi makan dekat luar je? Yang awak pergi sepahkan dapur ni buat ape?” marah Larra sambil mengutip sudu yang berterabur di lantai.

“Malas nak keluar” balas lelaki itu sambil berjalan melepasinya menuju ke arah sinki.

Larra mendengus keras sebelum menoleh sekilas ke arah lelaki itu yang sedang membasuh tangannya. Dia kembali melemparkan pandangannya ke ruang dapur yang kelihatan bersepah itu. Entah apa agaknya yang lelaki ni nak masak, sampai jadi macam ni sekali dapur aku.

“kalau malas pun janganlah sampai sepahkan dapur!” bebel Larra lagi sambil mengelap bahagian dapur yang masih kotor.

Kali ini tidak kedengaran suara lelaki itu menjawab membuatkan Larra sedikit hairan. Biasanya aku bebel, dia mesti balas balik namun Larra mengambil keputusan untuk tidak mengambil endah.

Ah, maybe dia dah keluar kot dari dapur ni. Bagus, aman sikit hidup aku tak hadap muka kau. Dia berkata-kata dalam hati.

Namun perasaan lega yang dirasakannya itu hanya mampu bertahan untuk beberapa minit sahaja apabila dia terasa dirinya seolah sedang diperhatikan oleh seseorang. Dadanya mula berdebar-debar apabila hidungnya mula menangkap bau minyak wangi yang sering dipakai oleh lelaki itu membuatkan dia yakin lelaki itu berdiri hampir dengannya.

Alamak, apasal aku tiba-tiba rasa tak sedap hati ni?

Meski dia takut namun perasaan curiganya yang membuak-buak membuatkan dia menggagahkan diri juga untuk menoleh bagi memastikan apa yang berada di fikirannya tidak benar. Tak mungkin yang tengah tengok aku sekarang Zaf. Tak boleh. Tak boleh.

Aihh, harap-haraplah cuma perassaan aku je, bau perfume dia ni. Lalu dia pantas menoleh sebelum wajah lelaki itu mengejutkannya membuatkan dia terdorong beberapa langkah ke belakang tanda terkejut.

“astaghfirullahalzim. apa awak ni Zaf! Awak buat saya terkejuttt!!!” jerit Larra.

Tengku Dzafril Haidhar langsung tidak memberi respons dengan kata-kata Larra itu sebaliknya bertindak lebih berani dengan berjalan menghampiri gadis itu.

“Zaffff!!! Awak jangan macam-macam. Saya tumbuk awak kang!” ugut Larra sambil mengunjukkan penumbuknya yang kecil. Cis, lengan dia lagi besar dari penumbuk aku.

Meski dia tahu, kudratnya sebagai wanita tidak seberapa namun dia sedaya upaya berusaha untuk mempertahankan dirinya. Baginya lelaki itu tidak berhak langsung untuk menakut-nakutkannya sebegitu rupa.

Tengku Dzafril Haidhar menahan rasa geli hatinya melihat wajah panik Larra. Namun wajahnya sedaya upaya dikawal.. Langsung tidak senyum. Sememangnya dia suka melihat reaksi gadis itu cuak dengan tindakannya. Baru tau kau nak panik.

“aku nak balas dendam” ujarnya pendek sambil merenung dalam-dalam mata Larra.

Larra menarik nafas panjang apabila sesuatu menghalangnya dari berundur dengan lebih jauh. Dia menoleh ke belakang. Dia kini sudah sampai ke penjuru dapur.

“dendam apa?!!” jerit Larra masih tidak menurunkan penumbuknya.

Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil melihat Larra mengunjukkan penumbuk ke arahnya. Namun tidak lama, dia berhenti ketawa sebelum wajahnya kembali serius.

“aku nak kau tahu, dalam rumah ni, aku lagi berkuasa dari kau. So, kau patut fikir kesannya dari apa yang kau dah buat pagi tadi” ujar Tengku Dzafril Haidhar membuatkan wajah Larra berkerut hairan.

“apa yang saya dah buat pagi tadi?” soal Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar menahan sabar. Eh perempuan ni, dia boleh sikit pun tak rasa serba salah dah kunci aku dekat luar sampai aku terpaksa tidur dalam kereta? Siap buat muka tak bersalah pulak tu.

“eh! Kau tahu tak, tu first time aku tidur dalam kereta. Selama ni, aku tak pernah tidur dalam kereta. Kau tahu tak?” ujarnya sambil menjegilkan mata.

Larra memandang tepat mata Tengku Dzafril Haidhar yang sedang merenungnya. Dia benci wajah itu. Kau dah lah balik mabuk-mabuk. Call aku marah-marah nak arahkan aku buka pintu untuk kau pulak. Kau ingat kau putera raja?

“bukan masalah saya” jawab Larra pendek sebelum memalingkan wajahnya dari terus memandang lelaki itu. Nadanya kedengaran sinis.

Tengku Dzafril Haidhar merenung wajah merah padam Larra. Pegh, susah betul nak tundukkan ego kau kan perempuan? Tak nak mengaku kalah lagi.

“aku boleh lupakan apa yang dah jadi pagi tadi, dengan syarat kau masakkan untuk aku sekarang” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Sesungguhnya dia benar-benar lapar. Aku nak masak sendiri memang failed. sekarang ni harap perempuan ni jelah.

Larra mengerutkan keningnya. Aku ni tak salah dengar ke? Permintaan lelaki itu dirasakan sesuatu yang tidak masuk akal? Aku? Kena masakkan untuk dia?

“i’m sorry? Saya salah dengar ke?”

Soal Larra kembali sambil membulatkan matanya dengan keningnya yang sengaja diangkat sebelah. Peh, dah cukup kerek dah aku buat muka ni. Senang-senang je nak suruh aku masak untuk dia. Kau ingat aku ni apa?

“Aku suruh kau masakkan untuk aku” ujar lelaki itu mengulangi kata-katanya. Larra mendongak memandang wajah lelaki itu. Wajahnya kelihatan serius. Matanya masih tepat memandang wajah Larra.

“saya?” soal Larra sekali lagi tidak percaya.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus keras. Eh perempuan ni, pergi buat muka pulak.

“Yes. Kau! Ada siapa lagi dekat dapur ni selain kau ngan aku?!!!” tengking Tengku Dzafril Haidhar. Kesabarannya sudah hilang. Geram dengan sikap Larra yang tidak mahu mengalah langsung.

Larra tersenyum sinis melihat Tengku Dzafril Haidhar yang sudah mulai berang. Tangannya disilangkan sebelum badannya disandarkan ke dinding.

“Kalau saya tak nak?”

Larra menyoal pendek sebelum mula berdiri tegak dan berjalan melintasi lelaki itu. Berniat untuk tidak mengendahkan permintaan lelaki itu. Dia mahu segera ke biliknya dan berehat.

Tengku Dzafril Haidhar benar-benar geram melihat sikap Larra yang sambil lewa. Lalu tangan gadis itu pantas ditariknya sebelum dicengkam kuat membuatkan Larra kini pantas menoleh ke arahnya. Wajahnya sedikit terkejut bercampur takut.

“i’m not kidding Larra. I order you, to cook for me…. Now!!! Kau tahu kan apa hukum isteri tak taat pada perintahh…….” ujar Tengku Dzafril Haidhar tegas. Wajah Larra yang kelihatan marah kini direnungnya. Satu dengusan keras kedengaran keluar dari Larra.

Larra pantas menarik tangannya dari terus dicengkam oleh lelaki itu. Rasa marahnya membuak-membuak.

“Fine! I’ll take it!. Tapi before that, saya nak awak tahu, awak adalah lelaki yang paling saya benci. Paling annoying! Saya benci dekat awak, Zaf!!!” ujar Larra sambil berlalu menuju ke peti ais yang berhampiran. Air matanya sudah mengalir laju

Tengku Dzafril Haihdar tergamam sejenak. Ada sesuatu pada perempuan itu yang membuatkan dia masih berteka teki. Situasi itu adalah situasi yang sama yang pernah di hadapinya. Someone pernah cakap macam ni dekat aku. Gaya yang sama. Intonasi yang sama. Perasaan yang sama. Tapi dekat mana? Dia menyoal dirinya sendiri sebelum lamunannya mati mendengar Larra menghentakkan sesuatu yang dia sendiri kurang pasti.

“You can say anything. But sekarang, sila masak untuk aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi. Nada suaranya sudah tidak sekeras tadi.

Larra mengeluh perlahan sambil memejam erat matanya.

“okay!! Awak nak makan apaaaa!!!” jerit Larra lagi. Ah! Aku benci gila situation aku sekarang ni. Aku tak nak masakkan untuk kau, tapi aku terpaksa. Sebab aku isteri dia.

Kau kena sedar hakikat Larra, dia tu suami kau. Isteri tak boleh derhaka pada suami. Isteri perlu taat pada perintah suami selagi tak menyalahi dari segi agama. kata-kata itu bermain-main di fikirannya.

Tengku Dzafril Haidhar mengangkat keningnya melihat Larra yang sudah pun menyingsing lengan baju kemejanya. Tanya sambil marah-marah. Memang menarik betul perempuan ni. Dia tergelak sendiri.

“Nasi goreng pun okay. Apa-apa je” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menarik kerusi yang berhampiran sebelum melabuhkan punggungnya duduk di situ sambil pandangannya tak lepas memerhati Larra yang sudah mula memasak. Dia tersenyum. Rasa puas hati dapat mengenakan gadis itu.

“make sure kau masak kena sedap. Kalau tak, aku suruh kau buat balik. Jangan harap dapat keluar dari dapur ni selagi kau tak serve makanan yang sedap dekat aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Larra menoleh sambil mencebikkan bibirnya.

“awak ingat awak anak rajaaaa!!!!” jerit Larra lagi. Benar, dia memasak dalam keadaan marah. Pegh, tak pernah aku masak dalam keadaan yang macam ni.

Tengku Dzafril Haidhar menahan gelak melihat Larra yang sedang marah.

“kau ni, suruh masak pun marah. Chill la babe. Lagipun, aku ni belum pekak lagi sampai kau nak kena jerit-jerit kalau nak cakap dengan aku. Cakap slow-slow pun aku boleh dengar lagi la, gila” balas Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Larra memasukkan nasi ke dalam kuali sebelum menjeling sekilas ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“awak diam!! Saya tak nak dengar suara awak. And kalau awak nak pekak pun, Saya tak peduli!!!” ujar Larra lagi.

Tengku Dzafri Haidhar tergelak. Gila lah. Aku tak pernah jumpa perempuan extreme garang macam dia ni. Hari-hari dapat sakat kau Larra best jugak, desis hatinya.

“okay aku diam. Kau masaklah” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali sambil memandang ke arah Larra. Untung kau tengah masakkan untuk kau, kalau tak. Siap kau aku kenakan cukup-cukup.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 13”
  1. as says:

    bila nak baik ni? zaf n larra..

  2. fesya says:

    wah3…xsbr pulak nk tggu zaf nk sakat larra lps ni..
    6t sakat kaw2 punyer k
    sambung……

  3. lizzy zalina says:

    Padan muka zaf kne tdo luar…lara mmg berani,tp kimi kesian la dia terkenang2 je larra tu..bilelah kimi n larra nk jumpe…biar meletup gunung berapi zaf tu heheh….

  4. sarah says:

    Dorg ni mmg elokla…dua2 prangai lbih kurang..haahaha

  5. erica71 says:

    setuju gan lizzy…Kimi patut baik gan Larra…biar jeles giler si Zaf xguna tuh!!!

  6. su7375 says:

    apalah citer pasal mabuk2…

  7. adeena qaseh says:

    lizzy- stuju sgt. X sbr nk bc part zaf jeles kt kimi. Hehe.

  8. surayah bte hashim says:

    peh…aku tertinggal novel nie dari siri yng ke 6 huhuhuhuhu…nak tunggu sambungannya lagi k

  9. dilza adina says:

    dawinah : haha. thanks!

    syahirah : maseh. hehe. :)

    ice90 : haha. Zaf memang jahat pun.

    icy make- lia : haha. once per week . :)

    eranadzirah : i’m trying :)

    nisa : dah smbung. haha

    adden : thanks :)

    fatim : memang pun. dua2 ego

    rieda : yeaaa.. i’m trying. :)

    zaza : kan? hahaha.

  10. dilza adina says:

    as : that plot is getting nearer.. keep waiting :)

    fesya : hahaha. dia dah stat dah sakat2 larra :)

    lizzy zalina : hahaha. memang dia akan meletup pun nanti..

    su7375 : :)

    adeena qaseh : hahaa.. wait okay. ade part tu.

    surayah bte hashim : laaa yeke. so cepat-cepatlah bace balik. hahaha.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.