Novel : Antara mahligai ego dan cinta 14

23 October 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

“Nah, nasi goreng awak” ujar Larra dingin sambil meletakkan pinggan berisi nasi goreng itu di hadapan Tengku Dzafril Haidhar.

Dia menoleh memandang Larra yang masih dengan wajah masamnya. Marah-marah pun masakkan jugak untuk aku. Dia tersenyum sendiri sebelum tanganya mencapai sudu dan menyuakan nasi goreng itu ke mulutnya. Namun seketika kemudian, keningnya dikerutkan seribu.

“apa lagi yang tak kena?” soal Larra hairan. Suaranya sedikit tinggi. Bimbang barangkali sekiranya dia terpaksa masak sekali lagi.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Larra. Wajah itu serius.

“tak sedap la kau masak” balas Tengku Dzafril Haidhar. Mulutnya digerakkan seolah terpaksa mengunyah apa yang ada di dalam mulutnya.

Larra mengetap bibirnya. Geram. Wajah milik Tengku Dzafril Haidhar yang seolah makan dengan terpaksa di pandangnya lama.

Tak sedap sangat ke aku masak? Eh, buat penat je aku masak untuk kau. Tapi, sebelum aku serve dia tadi pun aku dah rasa dulu nasi goreng ni. Okay je, tak ada apa-apa pun. Tapi apasal dia cakap tak sedap? Ish, susahlah lelaki demand sangat ni.

“habis tu, takkanlah nak suruh saya buat balik?” soal Larra.

Tengku Dzafril Haidhar yang sedang asyik mengunyah nasi goreng di pinggannya itu berhenti mengunyah. Gulp. Menelan sesuatu. Dia tergelak kecil sebelum menoleh memandang Larra lagi.

“kau masak memang tak sedap, kalau aku suruh kau masak lagi pun hasilnya sama jugak. So, aku akan lepaskan kau taaaapiiiii kalau kau sediakan air untuk aku pulak. Boleh?” soal lelaki itu lagi.

Larra menarik nafas dalam. Kemejanya di lipat tinggi sambil memandang tepat ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Tadi suruh masak. Sekarang nak air pulak. Mengada-ngada punya lelaki.

“air je okay?” soal Larra tegas. Dia berjalan menuju ke peti ais yang berhampiran.

“kenapa? Kau nak masakkan apa lagi untuk aku?” soal lelaki itu lagi sambil tersengih. Larra mencebik. Tak hingin aku nak masakkan lagi untuk kau. Cukuplah setakat nasi goreng tu.

“jangan harap okay. Cukuplah saya masakkan awak nasi goreng tu” ujar Larra sambil meletakkan air masak di dalam gelas itu di tepi pinggan Tengku Dzafril Haidhar.

“aik? Air masak je?” soal Tengku Dzafril Haidhar saambil melihat Larra yang sudah berjalan menuju ke pintu keluar dari dapur.

“cukup la” ujar Larra sebelum berlalu.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis. Larra.. Larra. Gadis itu tampak lembut, namun egonya cukup tinggi. Langsung tidak mahu mengalah.

“first time aku jumpa perempuan macam dia” Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan sambil mengunyah nasi gorengnya. Fikirannya masih melayang memikirkan Larra.

Dia terpaksa mengaku, nasi goreng yang di masak oleh Larra tidak kurang apa-apa. Memang sedap. Namun dia sendiri ego untuk mengaku. Aku tak akan puji apa-apa perempuan tu.

Sememangnya dia sendiri arif dengan perangainya sendiri. Dia bukanlah orang yang mudah untuk mengaku kelebihan orang lain.

****

Perutnya sudah di isi kenyang. Dia berlalu riang menuju ke biliknya. Rancangnya dia juga ingin tidur.

Akhitnya, kenyang pun aku. Sedap jugak perempuan tu masak. Aku ingat, perempuan macam dia tak reti masak. Tahu bergaya je.

Dia tersenyum sendiri. Namun senyumannya berhenti apabila telinganya menangkap suara seseorang mengalunkan ayat suci Al-quran. Dahinya berkerut-kerut sebelum pandangannya dilemparkan ke arah bilik Larra yang tidak jauh dari biliknya.

“siapa pulak ni? Larra?” soalnya tidak percaya.

Meski ketika itu matanya mengantuk, namun perasaan ingin tahunya membuatkan dia tidak jadi melangkah menuju ke biliknya, sebaliknya berjalan menuju ke bilik Larra. Kakinya dihentikan di hadapan pintu bilik gadis itu. Kelihatan pintu bilik itu terbuka sedikit. Tidak tutup rapat.

“betul ke Larra?” soalnya sendiri. Otaknya berteka teki sendiri.

Dia kenal pasti pemilik suara yang mengalunkan ayat suci Alquran itu adalah Larra namun rasa egonya membutkan dia masih lagi cuba menafikan segala-galanya. Betul ke Larra? Sedap pulak suara dia mengaji. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya kembali.

Lalu perlahan-lahan dia merapati bilik itu sebelum matanya di arahkan ke pintu yang terbuka sedikit itu. Berniat untuk mengintai isi bilik itu. Tangannya di genggam erat.

Dup!

Matanya seolah terpaku seketika saat terpandang Larra lengkap dengan telekungnya sedang mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran. Begitu merdu dan tertib bacaannya. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya.

Aku baru tahu, yang perempuan separuh Melayu ni sebenarnya tahu baca Al-quran. Ya, dia tahu, Larra solat. Dia pernah nampak. Bukan seperti dirinya. Sudah berbelas tahun dia tidak lagi melakukan tanggungjawab sebagai Muslim. Solat ditinggalkannya, puasa dan halal, haram semua dia langgar.

Tangan kasarnya diletakkan di tombol pintu. Dia bersandar di dinding tersebut sambil otaknya masih memikirkan tentang dirinya.

Dia hanyut dengan kemewahan yang dia miliki. Dari kecil, papa hantar aku belajar agama. Memang semua aku belajar. Solat, puasa tapi bila aku dah sekolah menengah, aku tinggalkan semuanya. Papa pun tak pernah ambil tahu pasal semua tu.

Dia mengaku, papanya sering meninggalkannya seorang diri di rumah setiap kali terpaka menguruskan hal-hal penting hotelnya di luar negara. Tentang sembahyang nya juga papa tak pernah menegurnya. Tapi, aku pun dah cukup besar nak fikir pasal semua tu.

Dia tersenyum sendiri. Nak solat macam mana pun aku dah lupa. Berapa bannyak dosa aku dah buat. Satu keluhan berat dilepaskannya.

Larra melipat telekungnya. Baru tenang kini hatinya yang tadi marah. Ah bila terfikirkan tentang Zaf, dia jadi geram. Lelaki itu sangat licik. Helahnya juga banyak. Nak suruh aku masak pun paksa. Tapi kalau tak sebab dia paksa tadi jangan haraplah aku nak masakkan untuk dia. Larra mendengus..

Kakinya melangkah laju menuju ke pintu sebelum tangannya laju menarik tombol pintu itu.

Bup!

Satu objek jatuh di hadapannya kini. Serentak ketika dia membuka pintu. Bulat matanya memandang ke arah lelaki itu yang kini sudah berada di biliknya. Tersungkur di lantai. Turut memandangnya dengan riak terkejut.

“Mmma..macam mana awak boleh ada ada dekat sini! Bukan ke bilik awak dekat side sana?” soal Larra sedikit menjerit gara-gara terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang secara tiba-tiba di biliknya.

Tengku Dzafril Haidhar terkejut. Ah sudah. Macam mana dia boleh tarik pintu tu pulak tiba-tiba. Dan aku boleh tak perasaan. Sengalnya kau Zaf.

“errr.eerr tadi aku lalu.. Aku…..”dia mula menjawab tergagap. Wajah Larra di pandangnya. Tersenyum. Senyuman yang tersirat. Seolah merencanakan sesuatu. Apa maksud perempuan ni punya senyuman? Soalnya sendiri.

“No excuses Tengku Dzafril Haidhar. Sekarang awak dah langgar janji” ujar Larra membuatkan Tengku Dzafril Haidhar kehilangan kata seketika. Larra menyilangkan tangannya sambil memandang lelaki itu yang sedang bangun berdiri.

“eh kau.. Jangan macam-macam Larra. Janji apa?” soal Tengku Dzafril Haidhar sedikit gusar.

Meski dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Larra namun dia tidak mahu menyerah kalah. Agh, aku bukannya sengaja pun.

“Jangan pura-pura tanya ea Zaf. Awak tahu apa yang saya maksudkan. Perjanjian kita. Kita di larang sama sekali masuk ke bilik antara satu sama lain tanpa izin. So, sekarang awak dah masuk bilik saya. Tanpa izin saya. Even awak nak cakap yang awak sengaja pun tapi tanpa izin saya! Hakikatnya awak dah langgar perjanjian kita. So sekarang saya nak awak…”

“eh wait…wait.. Kau jangan cakap kau nak suruh aku jadi hamba kau seminggu? Kau….”

“Yeahh definitely yes. Ingat Zaf pihak yang langgar perjanjian akan jadi hamba untuk pihak yang menang selama seminggu” ujar Larra sambil tersenyum.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus perlahan. Agh. Apasal time-time macam ni pulak kau boleh terlanggar rule tu. Kenapa lah aku pergi gedik sangat nak usha perempuan ni tadi. Patutnya lepas tengok aku terus pergi. Tak adalah jadi macam ni. Dia nak suruh aku jadi hamba dia? Seminggu pulak tu? Menyesal aku datang bilik dia ni.

“Kalau aku tak nak?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

“tak nak? Saya boleh saman awak memandangkan perjanjian kita tu sah. Saya ada bukti hitam dan putih yang kedua-dua kita setuju dengan perjanjian yang dibuat. And benda ni boleh sampai ke pengetahuan parent kita. Which, dia orang akan tahu, yang awak buat perjanjian macam ni dengan saya” ujar Larra lembut namun sinis.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam. Peh, perempuan ni memang bijak bab kenakan aku balik.

“No, benda ni tak boleh berlaku. Nonsense Larra!” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum mula berjalan ingin keluar dari bilik itu. Bengang

“saya berani buat Zaf. I wouldn’t say it for nothing. Kalau awak tak nak bertanggungjawab dengan perjanjian yang awak sendiri dah buat. It’s a big loser for a man. Berani buat perjanjian tapi tak berani tunaikan” ujar Larra perlahan membuatkan Tengku Dzafril Haidhar berhenti melangkah.

Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya. Suara Larra kedengaran sinis di telinganya. Dia adalah lelaki yang tidak suka bila maruah dirinya seolah dipandang rendah. Loser? Aku bukan loser, tegasnya di dalam hati. Perlahan-lahan batang tubuhnya dipalingkan kembali menghadap Larra.

“fine. Kau menang. Do what you want. But listen. I’ll not let you off easily after this.” ujar Tengku Dzafril sambil merenung wajah Larra.

“great. You are my slave now” ujar Larra sambil tersenyum lebar seraya menutup pintu biliknya meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar yang masih geram di luar.

****

Ayie mengerutkan dahinya memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masam di hadapannya. Begitu juga dengan Aqiem di sisi. Mereka bertukar pandangan.

“Kau gaduh dengan Larra lagi ke Zaf? Soal Ayie memberanikan diri untuk bertanya tentang masalah peribadi lelaki itu. Kedengaran lelaki itu mendengus perlahan sebelum menoleh memandang ke arahnya.

“Mana ada. Kita orang kan memang macam tu. Pernah pulak baik” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil memainkan tangannya ke arah straw di gelasnya.

Aqiem mengerling sekilas ke arah Ayie sebelum kembali memandang wajah murung Tengku Dzafril Haidhar

“dia kunci kau dekat luar lagi ke?” soal Aqiem meminta kepastian.

Beberapa hari yang lepas, sahabatnya itu ada menceritakan bagaimana Larra menguncinya sehingga dia terpaksa tidur di dalam kereta. Ah Larra. Berani betul kau buat macam tu dekat Zaf.

Kata-kata Aqiem disambut dengan pandangan terkejut dari Ayie.

“what? Siapa kunci siapa ni?” soal Ayie meminta kepastian.

Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan sebelum menoleh memandang ke arah Ayie dengan pandangan yang dia sendiri tak pasti.

“aku pergi toilet kejap ah” ujar lelaki itu endah tak endah sebelum berdiri dan berlalu menuju meninggalkan Aqiem dan Ayie.

Peninggalan Tengku Dzafril Haidhar seolah sebagai tanda untuk memberi peluang Ayie untuk bertanya lebih lanjut tentang hal yang berlaku.

“weh, Qiem. Kau cakap la. Siapa kunci siapa? Zaf kunci Larra ke?” soal Ayie masih tidak berputus asa. Wajah Aqiem di hadapannya di pandang.

Aqiem menelan air liurnya sejenak sebelum memandang ke arah Ayie. Kelihatan sahabatnya it seolah benar-benar teruja untuk mengetahui cerita di sebaliknya.

“Larra. Dia kunci Zaf dekat luar sebab hari tu kau ingat tak masa dekat club, Zaf reject call dia” ujar Aqiem perlahan.

“What? Betul ke?” soal Ayie jelas terkejut.

Aqiem mengangguk.

Agak sukar untuk di percaya ketua “Devil Drift” itu dikunci oleh isteri sendiri. Semua dalam kumpulannya tahu tentang sikap Zaf. Tidak ada seorang pun berani bermain api dengan lelaki itu.

“hari tu, Zaf moody gila kot. Rupa-rupanya bila aku tanya dia cerita yang Larra kunci dia dekat luar. Kau bayangkan, satu malam dia terpaksa tidur dekat dalam kereta” ujar Aqiem sambil tergelak kecil.

Mengingatkan tentang keberanian Larra berbuat begitu terhadap Zaf, benar-benar di luar jangkaan.

“Gila lah. Tak sangka aku. Berani betul. Dengan lelaki lain aku boleh terima lagi tapi Zaf kot” ujar Ayie sambil membulatkan matanya sambil tergelak. Masih dengan wajah yang tidak percaya.

“tu lah. Zaf kot. Kau pun…macam..faham-faham je lah perangai Zaf tu macam mana. Perempuan biasa tak akan buat macam tu. Fuhh” ujar Aqiem sambil tersenyum.

Ayie tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“so, aku rasa the line story between them will get more interesting. She….Larra. There’s something with that girl” ujar Ayie bersungguh-sungguh.

“maksud kau?” soal Aqiem. Wajahnya didekatkan ke arah Ayie.
“perempuan tu aku rasa, lain dari perempuan-perempuan lain. Or in other words, Zaf dah jumpa opponent dia” ujar Ayie sambil tersenyum. Aqiem mengangguk-angguk tanda setuju sebelum bersandar kembali ke kerusinya.

“betul juga cakap kau. Rasanya, buku dah bertemu ruas. Eh? Betul ke peribahasa aku ni? Ah lantak lah. Tapi, Zaf bukan jenis lelaki yang cepat putus asa. Dia akan pastikan apa yang dia nak, dapat.”

“sebab tu aku cakap cerita dia orang makin menarik. Perempuan tu pun aku rasa bukan jenis cepat mengalah. So then, we just see siapa antara dia orang yang akan menang?” soal Ayie sambil tersenyum lebar. Begitu juga Aqiem.

*****

Tengku Dzafril Haidhar melorotkan tali lehernya ketika kakinya sudah menjejakkan ke tangga itu. Otaknya agak kusut hari itu.

Namun, tidak lama kemudian matanya menangkap susuk tubuh Larra turut berada di tangga sedang turun melintasinya. Langsung tidak menegurnya. Membuat dia seolah-olah tidak berada di situ. Aroma minyak wangi yang di pakai oleh gadis itu menusuk hidungnya.

“nak pergi mana?” soalnya sedikit ingin tahu membuatkan langkah gadis itu terhenti sebelum menoleh memandangnya.

“awak tanya saya ke?” soal Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis sebelum mengangguk memandang Larra.

“jangan tanya soalan bodoh boleh tak? Aku tanya kau ni. Nak pergi mana?” soal Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Larra mengerutkan dahinya. Apahal dia ni? Tak pernah-pernah sibuk nak ambil tahu, sekarang kenapa nak sibuk-sibuk tanya pulak.

“Keluar dengan Hakimi” ujar Larra tanpa menoleh memandang lelaki itu sebaliknya berjalan kembali menuruni tangga.

Tengku Dzafril Haidhar seolah-olah merasakan sesuatu yang berat menghempap dirinya saat nama lelaki itu keluar dari bibir merah milik Larra. Langkahnya di atur menuju langkah Larra. Turut berjalan sama menuruni tangga itu.

“Keluar dengan Hakimi? Buat apa?” soalnya lagi. Masih belum berpuas hati.

“None of your business” jawab Larra kembali sebelum bergegas keluar dari banglo itu meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar yang masih berteka teki dengan jawapannya.

Tengku Dzafril Haidhar merasakan satu perasaan aneh ketika itu. Entah mengapa, dia benar-benar ingin tahu destinasi sebenar Larra dan Hakimi. Sememangnya sebelum itu dia langsung tidak pernah mengambil tahu ke mana Larra pergi.

Namun entah mengapa, kali itu, apabila mendengar nama Hakimi di sebut Larra membuatkan perasaannya membuak-buak ingin tahu.

“dia dengan Hakimi tu ada apa-apa ke?” soalnya kepada diri sendiri.

Eh? Yang aku sibuk nak tahu ni kenapa pulak? Bukan ke aku sendiri yang cakap tak akan ambil tahu hal dia. Balasnya sendiri. Kakinya diatur semula menaiki tangga sebelum berhenti lagi setelah beberapa tapak.

“tapi kenapa jumpa Hakimi dia dress up cantik-cantik macam tu?” soalnya lagi. Agh! Lantak dia lah.

*****

Hakimi tersenyum memandang Larra di sisi. Cantik, hanya itu yang mampu digambarkan olehnya ketika itu.

“kita nak cari apa dekat sini?” soal Larra membuatkan Hakimi cepat-cepat mengalihkan pandangannya dari terus terpaku memandang Larra.

“erm, nak cari hadiah” ujar Hakimi kembali. Kakinya di langkah seiring Larra.

Larra tergelak kecil. Wajah Hakimi yang kelihatan malu-malu di renungnya lama. Aku tak salah dengar ke ni? Dia nak carikan hadiah untuk orang? Tapi siapa? Ketika itu, ada satu perasaan lain muncul di hatinya. Seperti marah tapi bukan. Apa hak aku nak marah.

keee aku jealous? bisik Larra perlahan.

“cari hadiah? Errr. Kita nak cari hadiah untuk siapa ni?” soal Larra. Hakimi menoleh sambil tersenyum. “someone special?” teka Larra lagi. Dia benar-benar ingin tahu, kepada siapa Hakimi ingin memberikan hadiah itu.

“yeah. I guess so. So, saya…nak mintak bantuan awak…….” Hakimi berhenti berkata-kata sebelum tersenyum sendiri.

Larra mengangkat keningnya sambil memandang ke arah Hakimi.

“kenapa? Ada apa-apa tak kena ke?” soalnya hairan. Dilihatnya lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“tak ada. Saya still tak biasa nak panggil awak akak. Since kita pun sebaya kan. But i will try. Saya nak mintak bantuan aa…kak untuk tolong saya cari hadiah” ujar Hakimi kembali. Fuh, susah betul aku nak panggil dia macam tu.

Larra turut tergelak. Benar, dia agak janggal dengan situasi sebegitu. Panggilan yang Hakimi berikan sememangnya wajar kerana dia adalah kakak ipar kepada lelaki itu. Namun, hakikatnya, dia masih belum dapat menerima lagi kenyataan bahawa hubungannya dengan lelaki itu adalah sekadar adik ipar dan kakak ipar.

“tak apa. Kalau awak tak selesa or weird. Awak panggil je lah macam biasa. Saya pun rasa still agak janggal dengar awak panggil saya akak” ujar Larra kembali sambil tergelak.

“betul ni? Awak tak kisah?” soal Hakimi kembali. Larra menggelengkan kepalanya sambil tesenyum.

Hakimi tergelak.

“kalau macam tu, saya panggil awak macam biasa je lah. Kalau depan family baru saya panggil awak akak. Boleh?” soal Hakimi lagi. Larra mengangguk.

“sounds better” jawabnya.

“that’s great. So kita kan best friend kan Larra? Boleh tak saya nak minta bantuan awak carikan satu hadiah special untuk perempuan. Saya tak reti sangat nak carikan hadiah untuk perempuan ni” ujar Hakimi berterus terang.

Larra terdiam sejenak. Kelihatan lelaki itu bersungguh-sungguh.

“boleh. But boleh cerita sikit pasal perempuan yang awak nak kasi hadiah tu? I need to know her age, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Basic knowledge so maybe from there i could help you find something that suits her well” ujar Larra lagi.

Hakimi tersenyum.

“okay okay. This girl ni, macam awak jugak. Sebaya dengan kita. Dia sangat cerewet, bossy dan matured” ujar Hakimi.

“But kalau boleh saya tahu, hadiah yang awak nak bagi ni sempena apa? Love? friendship?” soal Larra. Dia sendiri kurang pasti kenapa dia mengajukan soalan berbaur topik perhubungan.

“friendship. Dia banyak tolong saya. And saya rasa macam nak kasi dia hadiah sebab dah banyak tolong saya”

Larra berhenti melangkah.

“hadiah sebab friendship? Kita pun kawan, tapi kenapa awak tak kasi hadiah dekat saya pun?” ujar Larra kembali.

Hakimi tersenyum mendengar soalan Larra itu. Kalau aku bagi hadiah dekat kau pun, aku sendiri tak tahu nak kasi apa. Tengok kau sekali imbas pun tahu, yang taste kau tinggi. Entah kau nak terima hadiah aku ke tak.

“Hakimi. Jawablah soalan saya. Kenapa awak tak kasi saya hadiah?” soal Lara kembali.

“tunggu awak dengan Zaf dapat baby, baru saya kasi hadiah lah. Okay?” soal Hakimi sengaja mengusik. Serentak membuatkan Larra menarik muka. Masam.

“awak boleh tak jangan sebut nama dia depan saya? Buat saya hilang mood lah” balas Larra.

“erk, okay okay. I’m sorry okay. Saya tak sebut pasal dia lagi. So boleh awak tolong saya? Please” rayu Hakimi.

Larra menoleh. Ah Hakimi. Memang pandai memujuk. Melihat kepada senyuman lelaki itu sahaja membuatkan hatinya sejuk.

“pandai awak eh? Fine saya tolong. Tapi before that, awak ada apa-apa hadiah tak yang terlintas nak kasi dekat dia?” soal Larra kembali.

Hakimi terdiam sejenak. Seolah-olah memikirkan sesuatu.

“saya nak bagi dia hadiah macam coklat or bunga tapi barang-barang macam tu dia dah biasa sangat dapat. Takut kang dia ingat saya nak ngurat dia pulak” ujar Hakimi kembali.

Larra tersenyum. Okay maknanya tujuan dia bagi hadiah ni memang sebab friendship. Bukan sebab dia nak tackle perempuan tu. Ada satu perasaan lega di hatinya.

“coklat? Kalau dia hantu coklat, why not awak bagi dia. Kasi bunga pun tak salah” ujar Larra sambil matanya menoleh ke kedai-kedai di tepinya.

“Kalau awak macam mana? Awak nak tak orang bagi awak coklat dan bunga?” soal Hakimi.

Soalan lelaki itu membuatkan dia tiba-tiba teringatkan tentang zaman sekolahnya. Bunga dan coklat adalah perkara biasa yang diterimanya dari lelaki. Namun entah mengapa, dalam ramai-ramai itu yang paling memberi kesan kepadanya adalah Syazril. Mungkin kerana lelaki itu pernah ada memori hitam dengannya membuatkan sehingga kini nama lelaki itu tidak luput dalam ingatannya.

“Kalau saya? Saya tak suka bunga.. Dan coklat. Saya pun tak suka coklat” ujar Larra sambil tersenyum dan berjalan.

Kata-kata Larra membuatkan Hakimi sedikit hairan. Apa sey. Biar betul perempuan ni. Bukan perempuan biasa suka ke barang-barang macam tu?

“tapi Larra, saya baca permpuan suka coklat dan bunga” ujarnya cuba mempertahankan hujahnya. Larra menoleh.

“that maybe true for others but not me. Tapi awak bukannya nak bagi hadiah ni dekat saya pun kan, so no need to worry la. Maybe perempuan yang awak nak kasi tu, suka kot. Lagipun, memang majoriti perempuan suka dapat hadiah coklat dan bunga”

“erm tak nak lah. Saya rasa girl yang tu pun lebih kurang awak jugak. Tak pernah nampak dia suka dengan bunga” ujar Hakimi tergelak seketika.

Larra menoleh sekilas sambil masuk ke salah satu butik pakaian di situ.

“kalau hadiahkan dia baju ke? I mean, pakaian la. Tak okay ke?” soal Larra kembali sambil membelek-belek beberapa pakaian yang tergantung di butik itu.

Hakimi menoleh seketika ke arah Larra sambil tersenyum. Eh, lagak gadis itu seolah-oalh sedang membeli belah. Eish, perempuan…perempuan. Tapi tengok cara dia ni, mesti dia ni someone yang suka orang hadiah kan dia something yang dia boleh pakai. Perempuan yang bijak, bisik Hakimi.

“Hakimi, black or blue?” tegur gadis itu sambil mengunjukkan dua pasang dress yang berlainan warna membuatkan Hakimi tersedar dari lamuannnya.

“erm saya rasa blue kot. Tapi ikut awak la. Awak lagi suka colour apa” ujar Hakimi kembali.

“saya lagi suka black. Is it okay for me to buy the black one?” balas Larra.

Hakimi tersenyum memandang Larra.

“kalau awak suka yang hitam, ambil je lah yang hitam. Both look good in you. Awak cantik, pakai apa pun cantik” puji Hakimi. Benar, dia memaksudkan itu.

“agh tak payah nak sweet talker sangat ea Hakimi” gelak Larra sambil meletakkan kembali ‘dress’ biru itu ke raknya sebelum membayar ‘dress’ hitam itu di kaunter bayaran.

Hakimi menawarkan diri untuk membayar namun Larra sedaya upaya menolak. Katanya tidak suka guna duit orang lain. Mendengar prinsip Larra itu membuatkan Hakimi terpaksa mengalah. Membiarkan Larra membayar untuk harga ‘dress’ nya sendiri. Selesai membeli, mereka berdua berjalan beriringan keluar dari gedung pakaian itu.

“Kenapa awak tak kasi hadiah baju je dekat dia?” soal Larra lagi.

“saya nak belikan dia baju, tapi saya tak tahu saiz dia. Boleh tak awak fikir something lain selain baju. Agak-agak apa ek?’ soal hakimi lagi.

“erm okaylah. As perempuan bagi saya barangan yang paling perempuan suka is like perfume, kasut, beg tangan ke, aksesori or maybe gadjet. Saya nasihatkan something yang boleh dia pakai” ujar Larra kembali.

Hakimi tersenyum. Kan dah agak, perempuan macam dia suka hadiah yang boleh di pakai. Meski Larra bukan gadis yang ingin diberikannya hadiah, namun dia tahu gadis itu cukup teliti dalam memilih barang. Kerana itu, dia membawa Larra untuk menemaninya hari itu. Otaknya sudah memikirkan hadiah yang terbaik.

“kalau macam tu, kita pergi….” lalu tangan Larra pantas di tariknya laju mengikut langkahnya. Menggengam erat tangan milik gadis itu.

“jam tangan?” soal Larra saat Hakimi berhenti di salah satu kedai jam tangan di situ sebelum tangannya ditarik kuat masuk ke dalam kedai itu.

*****

“Yang ni jam tangan keluaran terbaru encik” ujar wanita cina itu sambil menarik keluar jam tangan bertali putih dengan hiasan permata di sekeliling nombor. Buatannya benar-benar halus.

“cuba awak pakai, Larra” arah Hakimi. Larra sedikit terkejut namun akhinrnya dia menghulurkan tangan kirinya.

“kita ada kekasih punya promotion . Kalau you beli untuk girfriend you, you akan dapat free gift” ujar wanita cina itu membuatkan Larra sedikit terkejut. Eh? Apa pulak ni?

“eh bukan. Saya dengan dia bukan kekasih. Kita orang kawan je” balas Larra cepat-cepat menafikan.

Hakimi menoleh.

“yup. Kita orang kawan je” balas Hakimi mengiyakan kata-kata Larra.

“eh? I ingat you dua orang couple. You dua orang nampak cantik sama. Lagipun saya tengok you nampak macam sangat rapat lorr. Sorry. ” ujar wanita Cina itu lagi.

Larra tersenyum sambil menoleh ke arah Hakimi.

“errr dia ni dah kahwin pun” beritahu Hakimi membuatkan gadis Cina itu seolah terkejut.

Larra mengangguk. Telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi membuatkan perbualan mereka sedikit terganggu. Lalu cepat-cepat Larra beredar sedikit jauh dari mereka sebelum mengangkat telefonnya.

“Hello. Auntie?” ujar Larra.

*****

Matanya sudah berat. Rancangan di televisyen tidak lagi menarik perhatiannya. Namun alat kawalan jauh masih di tangannya. Dia menguap sebelum perlahan-lahan matanya mula ingin tertutup.

“Zaf. This weekend awak hantar saya pergi Singapore!” arah satu suara membuatnya matanya yang tadi ingin tertutup celik kembali. Dia membesarkan matanya.

Dilihatnya Larra sedang berdiri di hadapannya. Memakai baju tanpa lengan dengan short pendek. Matanya jatuh pada paha putih gadis itu yang terdedah. Cepat-cepat dia memandang ke arah lain. Perempuan ni memang tak reti la nak pakai sopan-sopan depan aku.

“Zaf! Awak dengar tak apa saya cakap ni?” marah Larra apabila lelaki itu tidak memberikan sebarang respon sebaliknya berpaling dari memandangnya.

“aku banyak kerja la. Kau pergi sendiri tak boleh ke?” balas Tengku Dzafril Haidhar malas.

Perempuan ni ada je nak suruh aku buat macam-macam. Pergi Singapore dengan dia? Jadah? Ingat aku nak pergi.

“tapi bahaya la. Saya tak familiar sangat dengan jalan dekat sini” balas Larra.

Suaranya kedengaran sayu membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tergerak untuk menoleh kembali memandang ke arah gadis itu. Wajah Larra dipandangnya lama sebelum dia bangun dan duduk.

“apa yang susah sangat. Kau lalu highway je dah la. Drive sampai singapore. Aku busy. Tak ada masa la nak teman kau” ujar Tengku Dzafril Haidhar dingin sambil bangun dan berjalan masuk ke biliknya.

Larra mengetap bibirnya geram. Banyak kerja? Alasan lapuk. Kalau setakat banyak kerja je alasan kau, Zaf. Kau tengoklah apa aku buat nanti. Larra tersenyum sendiri sambil berjalan masuk ke biliknya. Otaknya sudah merencanakan idea untuk memaksa Tengku Dzafril Haidhar mengikutnya ke Singapura.

****

Helaian kertas itu diselaknya beberapa kali. Wajahnya berkerut-kerut sebelum menjeling sekilas memandang ke arah lelaki bercermin mata di hadapannya. Sedang berdiri tunduk memandang lantai. Lagak seperti orang yang dah bersalah.

“first time ke buat benda ni?” soalnya keras. Lelaki itu terdiam sejenak sebelum mengangguk.

“kalau first time buat, tak boleh tanya pekerja senior awak macam nak selesaikan benda ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Lelaki itu terdiam sejenak sebelum mula bersuara.

“saya dah tanya dia tapi….”

Bunyi panggilan telefon membuatkan lelaki itu terhenti. Tengku Dzafril Haidhar mengisyaratkan tangannya untuk lelaki itu berhenti berkata seketika sebelum tangannya segera menekan punat merah.

“ada apa Natasya?” soalnya.

“Erm Tengku. Maaf ganggu. Tapi saya diarahkan untuk sampaikan pesanan. Tan Sri nak jumpa Tengku sekarang dekat bilik dia” ujar Natasya.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sebelum mengerling sekilas ke arah lelaki yang masih berdiri di hadapannya.

“macam ni lah Audy. Pergi betulkan balik. Ask Encik Saufi to complete more details. I don’t want a piece of paper of shit. So make sure you do well this time” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Audy mengangguk tanda faham. “baik Tengku” ujarnya perlahan.

“okay. Awak boleh keluar” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menyerahkan kembali fail hitam itu kepada Audy. cepat-cepat Audy mencapai fail hitam itu dan beredar dari bilik iu.

Sejurus lelaki itu keluar, Tengku Dzafril Haidhar menyandarkan badannya ke kerusinya. Satu keluhan berat dilepaskannya.

“apahal, bapak kau nak jumpa kau?” Aqiem menyoal dari tempatnya membuatkan Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah lelaki itu sebelum duduk tegak.

“tak tahulah. Jarang dia nak jumpa aku tiba-tiba macam ni kalau tak ada hal penting” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil bangun. Kot di kerusinya di capai sebelum di sarungkan ke badannya.

“best of luck la Zaf” ujar Aqiem sambil tergelak kecil.

“kau jangan gelakkan aku ar. Doakan aku selamat kali ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil berjalan menuju ke pintu biliknya.

****

Lamunannya mati mendengar ketukan di pintu biliknya. Serentak pandangannya di alihkan ke arah pintu itu.

“Masuk”

Sejenak kemudian pintu kaca itu ditolak oleh seseorang. Beberapa minit kemudian dia menangkap susuh tubuh lelaki tinggi itu di hadapannya membuatkan dia tersenyum. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya sudah berubah.

Lelaki itu tidak lagi menghilangkan diri ketika waktu pejabat. Pakaian lelaki itu juga kelihatan kemas. Semua perubahan positif pada anak lelakinya itu membuatkan dia yakin, sedikit sebanyak ada kaitan dengan Larra.

“Papa nak jumpa Zaf? ” soal lelaki itu.

Tan Sri Tengku Radzi mengangguk-angguk sambil mengarahkan tangannya ke kerusi kosong di hadapannya.

“duduk Zaf” arahnya.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan sedikit keningnya. Sedikit hairan dengan layanan papanya. Eh, tak pernah-pernah dia senyum lebar-lebar macam ni. Ada apa-apa tak kena ke ni? Namun semua persoalan itu sekadar di simpan di dalam benaknya.

Tubuhnya di arahkan duduk di kerusi itu. Dia masih lagi hairan atas sebab apa papa ingin berjumpanya.

“Zaf sihat?” soal lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Eh? Aku ni tak salah dengar ke? Sejak bila papa pandai tanya aku sihat ke tak ni?

“errr, sihat je pa. Napa?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Eh tak boleh jadi ni. Papa memang aneh ni. Senyum-senyum dari tadi.

“tak ada apa-apa. Saja je nak jumpa kamu”

Jawapan itu semakin membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pelik. Saja-saja nak jumpa aku. Eh? Biar betul? Aku tak salah masuk bilik ke ni? Betul ke ni papa aku?

“kenapa kamu pandang papa macam tu Zaf? Tak gembira jumpa papa?” soal Tan Sri Tengku Radzi.

“Haa? Errr.eh tak. Tak. Zaf…Zaf gembira jumpa papa” balasnya cuba berselindung. Sejak bila papa aku jadi baik macam ni? Oh god, pelik gila bila papa aku jadi tiba-tiba caring pulak dengan aku.

“kamu dengan Larra macam mana?”

Tengku Dzafril Haidhar tergamam. Aduh, dah tanya pasal Larra pulak. Entah-entah dia nak jumpa aku ni, sebab papa dah tahu kot hubungan aku dengan Larra macam mana. Dia dah tahu yang aku dengan Larra selama ni berlakon je depan dia. Kalau macam tu, habislah akuuuu. Dia memejam eratnya matanya sambil memegang kepalanya.

“eh Zaf. Kamu okay tak ni? Kamu dengan Larra okay ke?” soal Tan Sri Tengku Radzi lagi.

“ermmm. Kita orang okay je. Eh, lupa nak cakap. Pasal client yang dekat Terengganu tu, Zaf dah uruskan dah. So, maybe weekend ni, Zaf pergi sana” ujarnya. Sengaja menukar topik. Dia tidak mahu terus berbicara tentang Larra.

“hujung minggu ni?” soal papanya pelik.

Tengu Dzafril Haidhar tertunduk sejenak. Aku tak salah cakap ke? Betul la kan aku nak pergi uruskan client tu hujung minggu ni. Lalu dia mengangguk. Membalas pandangan papanya.

“pasal projek tu, Zaf tak payah bimbang. Papa boleh suruh Encik Saufi yang ambil alih” ujar Tan Sri Tengku Radzi sambil tersenyum.

“eh tak boleh lah macam tu papa. Zaf yang uruskan client tu. So biarlah Zaf yang jumpa dia hujung minggu ni. Zaf dah janji dah dengan dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar bersungguh-sungguh.

“Zaf..Zaf.. Janji dengan orang lain kamu ingat. Janji dengan isteri kamu sendiri kamu tak ingat?” soal Tan Sri Tengku Radzi.

“Janji dengan isteri sendiri? Maksud papa, Larra?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Soalannya itu disambut dengan ketawa oleh papanya.

“iyalah. Larra lah. Siapa lagi. Berapa banyak isteri kamu ada, Zaf?” soal papanya lagi. Ish anak aku ni.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Pelik. Bila masa pulak aku ada janji dengan Larra?

“erk. Satu je. Larra je lah. Tapi janji apa?” soal Tengku Dzafril kembali.

“eh budak niiii. Kalau ya pun sibuk dengan kerja tapi takkanlah kamu dah lupa yang kamu dah janji dengan Larra nak bawa dia pergi Singapore hujung minggu ni?”

“What?!!” jerit Tengk Dzafril Haidhar jelas terkejut.

Dari mana pulak papa tahu pasal ni.

“Kenapa? Tadi Larra call papa. Dia cakap kamu nak teman dia pergi Singapore hujung minggu ni. Melawat mak cik dia dekat sana. Kan? Alah Zaf. Pasal hal kerja ni, papa boleh tolak ansur. Kamu dah janji, sebagai lelaki kamu kena tunaikan. Kesian bini kamu kena. Tak kesian ke dia pergi seorang dekat sana” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang. Peh, memang licik betul perempuan ni. Nampak gaya, aku memang tak ada alasan lain nak suruh dia pergi seorang-seorang. Sampai papa pun suruh aku pergi ni.

“oh, oh okay. A’ah , erm Zaf baru ingat sekarnag. Yang Zaf dengan Larra memang dah janji nak pergi hujung minggu ni. Tapi papa, urusan dekat Terengganu tu….”

“dah Zaf. Papa bagi kamu cuti sampai Isnin. Okay? Kamu bawa lah Larra jumpa auntie dia” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya yang terasa kelat. Lidahnya kelu untuk terus memberi alasan. Nampaknya gadis itu memang pandai. Mempergunakan papanya untuk memastikan dia tidak terlepas dari hukuman. Pandai betul perempuan ni.

“okay papa. Thanks ” ujarnya kembali sambil tersenyum.

“Eh Zaf. Macam tak happy je papa bagi cuti ni? Kamu dengan Lara gaduh ke?” soal Tan Sri Tengku Radzi apabila melihat riak wajah anak lelakinya seolah-olah tidak suka dengan apa yang dirancangnya.

“eh tak adalah papa. Zaf dengan Larra okay. Erm, thanks papa” ujar Tengku Dzfril Haidhar lagi sambil tersenyum. Pura-pura ketawa. Dia bangun berdiri.

“kalau macam tu, okaylah. Semoga selamat sampai sana” ujar papanya lagi.

Tengku Dzafril Haidhar mengngguk-angguk sambil tersenyum. “terima kasih papa. Kalau tak ada apa-apa lagi. Zaf keluar dulu lah ea” ujarnya.

Tan Sri Tengku Radzi tersenyum sambil mengangguk.

****

Larra meletakkan telefon sambil tersenyum. Kau ingat kau boleh bagi alasan macam tu je? Aku lagi bijak kan Zaf? Larra bertutur sendirian sambil memandang dirinya di cermin.

“sekarang, kau tak boleh terlepas lagi. Nak atau tak kau kena teman aku pergi Singapore” ujar Larra sambil tergelak kecil. Pasti ketika itu, Tengku Dzafril Haidhar benar-benar bengang bila mendapat tahu cutinya diluluskan serta merta gara-gara dirinya.

Dah lama aku tak rasa happy macam ni kenakan orang. Nampaknya some part of Elle, still here. Aku tak akan tunduk dengan kau Zaf. Never.

“cuma dengan Zaf, aku akan jadi Elle. Dengan orang lain, Larra.” ujar Larra sambil tersenyum.

****

Kereta “Pontiac Solstice’ yang dipandunya menderum laju membelah jalan raya. Tengku Dzafril Haidhar mengerling sekilas ke arah Larra yang duduk di sisinya. Sepanjang perjalan menuju ke selatan itu, gadis itu langsung tidak bersuara. Sebaliknya sekadar berdiam diri. Duduk tegak di sebelahnya.

Apahal dengan minah ni. Tadi sebelum nak pergi, dia jugak yang beriya-iya bebel dekat aku macam-macam.

“Kau apahal? Macam tak suka je naik kereta ni?” soalnya sambil memandang ke arah Larra.

Perlahan-lahan Larra menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“Zaf, boleh tak jangan drive laju sangat? Saya takut tengok cara awak memandu ni” balas Larra.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya sebelum matanya memandang ke arah meter keretanya. Erk alamak. 140km/jam. Patutlah perempuan ni kecut semacam je. Dia terenyum sendiri sebelum mula memperlahankan keretanya.

Larra menarik nafas lega saat Tengku Dzafril Haidhar memperlahankan keretanya.

“cakap lah awal-awal. Kau diam mana aku tahu” lelaki itu kembali bersuara.

Larra mengerutkan dahinya.

“habis selalu awk drive KL takkan laju macam ni kot” balas Larra kembali. Lelaki itu tergelak sendiri.

“Tu KL. Sekarang lain, jalan lengang. Tak perasan”

Larra mengambil keputusan untuk sekadar berdiam diri. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Pandangannya dilemparkan ke luar kereta. Tidak ada apa yang menarik, namun dia hanya mahu melayan perasaannya sendiri.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum seketika. Sikapnya yang gemar berlumba kereta membuatkan kadangkala dia sendiri tidak sedar dia memandu dengan laju. Ah Larra tak sangka kau penakut rupanya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 14”
  1. erica71 says:

    bestnya Larra jd Elle gan Zaf…padan muka zaf yg ego nak mampus tu!!!

  2. Lizzy Zalina says:

    agreed with erica71…agak2 ada tak scene yg meninggalkan kesan kt ati dorg ni kt spore nanti, mcm scene romantik ke..hehe

  3. dilza adina says:

    nadine april : haha. yup. once a week baru publish :)

    maiza98 : thanks. harap pun this novel akan kuar dlm edisi cetakan :)

    ila : thanks. i’m sorry.. memang lambat sket..

    fesya : so betol la kan peribahasa tu. takut salah je. haha

    khairil anam : what happen next.? then ready next episode next week. haha

    thyahanim : yup i do. http://dilzaadina.blogspot.com/

    nissa, addeen, fatim, rieda : haha. thanks2 :)

  4. dilza adina says:

    erica71 : haha. zaf memang ego pun.

    lizzy zalina : haha. yg tu secrete la. kalau nak tahu ade ke tak scene romantik between them, tunggu next week ea. hahaha.

  5. Lizzy Zalina says:

    tulah…excited nak tggu next episode, agaknya apalah lagi kes pakcik tu yea..tapi tak fair dia tak ikut kontrak, ikut kepala dia jer..pakcik tu mmg ego…

  6. mira amira says:

    klu blh yg ni jadikan novel….lebih menarik n jalan cerita lebih memahami untuk para pengikut penulisan2u….cerita yang tidak membosankan n lain dari yag pernah di baca..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.