Novel : Antara mahligai ego dan cinta 15

4 November 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Larra terjaga saat dirasakannya ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Tekaknya tiba-tiba loya. Lantas dia segera menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandu di sebelahnya.

“Zaf, stop the car”

Arahannya itu membuatkan lelaki itu pantas menoleh ke arahnya dengan wajah kehairanan.

“Kau apahal ni?” soalnya.

Wajah Larra kelihatan pucat membuatkan dia yakin gadis itu dalam keadaan yang tidak sihat. Tangan kanan gadis itu menekup kuat mulutnya seolah menahan sesuatu daripada keluar.

“jangan banyak tanya. Just stop the car!” marah Larra lagi. Kepalanya terasa pening.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus kasar sebelum menghidupkan signal keretanya ke kiri. Kelajuan kereta sudah tidak selaju tadi.

Larra menyandarkan badannya ke kerusi sambil matanya memejam erat. Cuba menahan isi perutnya yang bergelodak. Terasa mual.

Tengku Dzafril Haidhar sekali sekala menoleh ke arah Larra. Sedikit bimbang melihat gadis itu dalam keadaaan sebegitu. Kenapa pulak dengan perempuan ni? Selalu tengok sihat je. Dia ni ada penyakit apa-apa ke?

Agh! Yang aku tiba-tiba nak fikir sangat pasal perempuan ni, kenapa? Bukan masalah aku pun kalau dia ada sakit. Lalu, stering kereta itu dipukulnya kuat menyebabkan Larra menoleh memandangnya dengan riak yang terkejut.

Dia turut menoleh memandang Larra sebelum kembali memandang jalan di hadapannya. Satu keluhan berat dilepaskannya.

“kau tunggu kejap. Kita berhenti dekat R&R depan tu” balas Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Setibanya di kawasan yang dinyatakan, lalu stering keretanya pantas dipulas memasuki kawasan rumah rehat di Ayer Keroh. Melaka itu. Nasibnya baik kerana ada satu tempat kosong di tempat parkir.

Setelah kereta itu berhenti, Larra cepat-cepat membuka pintu kereta sebelum berlari keluar.

Tengku Dzafril Haidhar tidak sempat berkata apa-apa pada gadis itu apabila dilihatnya Larra sudah pun berjalan laju meningalkannya yang masih berada di dalam kereta. Keningnya berkerut-kerut memikirkan tentang sebab gadis itu menjadi begitu..

“apasal dengan perempuan tu?” soalnya sendiri sambil menanggalkan ‘seatbelt’ nya sebelum membuka pintu kereta dan keluar. Larra telah hilang dari pandangannya.

Dia memandang sekeliling. Agak ramai pengunjung di kawasan itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitarnya sementara menunggu Larra. Otaknya masih memikirkan tentang gadis itu..

Kenapa dengan dia? Pagi tadi sebelum pergi, elok je. Sekarang pulak tiba-tiba macam tu. Dia tutup mulut, sebab dia nak muntah ke? But she really look like one. Dia memang nampak macam nak muntah. Pelbagai tekaan kini bermain-main di fikirannya.

“Zaf?” panggil satu suara membuatkan dia tersentak.

Suara itu seperti selalu didengarnya. Macam familiar la pulak suara dia ni. Tapi biar betul? Ah salah orang kot. Aku je yang perasan orang panggil aku. Lalu langkahnya di atur kembali menuju ke tandas berdekatan. Berhajat untuk menunggu Larra keluar.

“weh Zaf!” sekali lagi suara itu memanggil namanya membuatkan dia semakin yakin sememangnya orang yang di panggil itu adalah dirinya.

Langkahnya sekali lagi mati. Dia perlahan-lahan berpusing. Sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya kini.

“Fahim! Kau buat apa dekat sini?” soal Tengku Dzafril Haidhar apabila terlihat Fahim bersama seorang gadis muda sedang berdiri di situ memandangnya.

Fahim tergelak memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang agak terkejut itu sebelum mengalihkan pandangannya seketika ke arah gadis di sisinya.

“Kenal pun. Aku ingat kau sengaja pura-pura tak dengar tadi” ujar Fahim.

Tengku Dzafril Haidhar tersengih sambil berjalan menghampiri Fahim. Sempat dia berjabat tangan seketika dengan lelaki itu.

“mana ada. Aku ingat panggil orang lain tadi. Tak sangka jumpa kau rupanya. Kau buat apa dekat sini?” Tengku Dzafril Haidhar sekali lagi mengulangi soalannya.

Fahim tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Tengku Dzafril Haidhar.

“Kau ni. Suara kawan sendiri pun dah tak kenal ke?” Fahim tersenyum sebelum kembali menoleh ke arah gadis muda di sisinya.

“Aku dekat sini, teman adik aku. By the way, kenalkan ni adik aku. Fatin. And Fatin, ni kawan abang. Zaf” ujar Fahim memperkenalkan adiknya. Pandangan Tengku Dzafril Haidhar beralih ke arah Fatin yang dimaksudkan oleh Fahim.

Sempat dia tersenyum memandang gadis itu dan ternyata senyumannya berbalas. Dia kembali memandang ke arah Fahim yang masih memandangnya.

“aku ingat awek kau tadi. Terkejut aku kau dating dengan budak sekolah” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja mengusik Fahim.

Bulat mata Fahim apabila di usik begitu. Lelaki itu memandang adiknya seketika sebelum menjegilkan matanya ke arah Tengku Dzafril Haidhar

“kau ni. Mana aku nak campak awek aku ? Aku sayang gile kot dekat Nadia tu. Tapi kalau ya pun aku dating budak sekolah. Tak ada nya aku nak pergi dating sampai ke sini. Baik aku cari yang dekat-dekat KL je. Senang, dekat” ujar Fahim membalas.

“Haha. Untunglah. Untung awek kau dapat kau. Dapat boyfriend sayang gile dekat awek” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Fahim sekadar tersenyum.

“kalau dekat rumah tu, balik-balik nama Kak Nadia tu jugak dia sebut. Nadia, Nadia dan Nadia” sampuk Fatin tiba-tiba membuatkan Fahim pantas menyenggol lengan adiknya.

“eh kau ni dik. Diam-diamlah” marah Fahim membuatkan Fatin pantas memegang mulutnya. Berhenti berkata-kata.

Tengku Dzafril Haidhar ketawa kecil. Sedikit lucu melihat gelagat dua beradik itu.

“Alah, relax la Fahim. Bukan benda salah pun adik kau cakap kan. Baguslah kau sebut nama Nadia. Kalau kau sebut-sebut nama aku hari-hari kang orang cakap kau special pulak kang” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil ketawa. Sengaja mengusik lelaki itu.

Fahim menelan air liurnya yang terasa kelat. Ah sudah, si Zaf ni biar betul? Dia tu dahlah paling di syaki tak straight. Ke dia maksudkan yang dia tu sebenarnya…. Jadi maksudnya sebab kenapa dia anti sangat dengan perempuan sebelum ni sebab dia gay?

Ah, jangan fikir bukan-bukan la Fahim. Dia menegaskan dirinya untuk berhenti berfikir begitu.

“eishhh. Tak hingin aku nak sebut nama kau hari-hari. Dari sebut nama kau baik aku sebut nama Larra” ujar Fahim sambil ketawa. Cuba menyembunyikan perasaan gusarnya terhadap lelaki itu.

Serentak ketawa Tengku Dzafril Haidhar serta merta mati mendengar kata-kata Fahim. Larra? Dia tahu Fahim sekadar bergurau namun ada sesuatu yang menganggunya kini. Yang pasti dia tidak suka Fahim bergurau begitu melibatkan Larra. Aku tak suka!

“eh aku gurau je Zaf. Kau jangan marah pulak. Aku tahu hubungan kau dengan dia tak okay lagi. Okay aku tak sebut lagi pasal dia. lupakan okay?” pujuk Fahim.

Tengku Dzafril Haidhar kehilangan kata-kata. Perlahan dia mengangguk sambil memandang sekeliling. Mencari bayang Larra. Gila lama perempuan ni duduk dalam toilet. Apa dia buat? Perasaannya mula berasa tidak senang. Entah-entah dia pengsan dalam toilet?

“Zaf??” panggil Fahim membuatkan dia menoleh. Lelaki itu sedang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkannya.

“kau dengar tak aku tanya apa ni?’ soal Fahim.

Tengku Dzafril Haihdar terdiam sejenak. “tak” jawabnya perlahan. Fatin di sisi Fahim dilihatnya tergelak kecil melihat dirinya. Ah kau. Gelak gelak pulak pulak.

Fahim menarik nafas panjang sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar.

“Kau datang sini dengan siapa? Kau macam tengah cari orang je aku tengok” ujar Fahim mengulangi soalannya.

Tengku Dzafril Haihdar terdiam sejenak.

“err? Aku dengan…………..Larra” perlahan dia menyebut nama gadis itu. Sedikit teragak-agak untuk memberitahu kedatangannya ke situ bersama Larra.

Fahim mengangkat keningnya. Kurang jelas mendengar nama yang di sebut oleh lelaki itu namun sepertinya lelaki itu menyebut sesuatu seperti, Larra? Lelaki itu datang bersama Larra?

“apa? Aku tak dengar la Zaf. Kau datang dengan siapa? Larra ke?” soal Fahim lagi meminta penjelasan.

Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya teragak-agak untuk menjawab soalannya. Namun beberapa minit kemudian dia menangkap susuk tubuh seseorang yang seperti dikenalinya sedang berjalan ke arah mereka dari arah belakang Tengku Dzafril Haidhar.

Gadis kurus tinggi itu dipandangnya lama. Memang cantik macam model, isteri Zaf ni.

“aku rasa kau tak payah jawab la Zaf. Kau memang datang sini dengan Larra kan? Si cantik Larra” soal Fahim lagi membuatkan Tengku Dzafril Haihdar memandangnya.

Tengku Dzafril Haidhar memandang sahabatnya itu yang tersenyum-senyum memandangnya sebelum kemudinn tiba-tiba hidungnya menangkap bau minyak wangi Larra.

Dia pantas menoleh dan ternyata gadis itu sudahpun berdiri di sisinya. Sedang memandangnya. dia menarik nafas lega tidak berlaku apa-apa yang buruk terhadap gadis itu ketika berada di dalam tandas tadi.

“Sorry” ujar Larra.

“kau buat apa lama sangat dekat dalam? Kau tahu tak aku lama tunggu kau dekat luar” soalnya dingin.

Fahim sekadar memandang Larra dan Tengku Dzafril Haidhar silih berganti. Tersenyum.

Larra merenung mata Tengku Dzafril Haidhar lama sebelum mula bersuara ” saya dah cakap sorrry kan?” soal Larra kembali membuatkan Tengku Dzafril Haihdar menarik nafas dalam sebelum mengalihkan pandanganya dari wajah Larra.

“Hi, Larra” ujar Fahim membuatkan Larra pantas menoleh ke arah lelaki di hadapannya itu.

“Hi” ujar Larra kembali sambil matanya sempat memandang gadis muda di sisi lelaki itu.

“saya Fahim, kawan Zaf. This is my sister, Fatin” ujar Fahim memperkenalkan dirinya apabila dilihatnya Tengku Dzafril Haihdar tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperkenalkan mereka.

“oh saya Larra. Isteri….”

“Isteri Zaf. I knew that” ujar Fahim sambil tersenyum.

Senyumannya mati apabila Tengku Dzafril Haidhar berdehem kuat. Pandangannya beralih ke arah lelaki itu.

“Kau dan makan belum Fahim? Kalau belum jonlah kita makan sama” ujar Tengku Dzafril Hadhar sambil mengerling sekilas ke arah Larra. Wajah gadis itu kelihatan pucat.

“eh kebetulan. Ak pun baru sampai tadi. Jomlah kita pergi makan” ujar Fahim sambil terenyum.

“kau pergi cari tempat dulu dengan Fatin” arahnya membiarkan Fahim mendahuluinya sementara dia dan Larra berjalan di belakang.

Larra cepat-cepat menarik baju Tengku Dzafril Haidhar membuatkan lelaki itu tidak jadi melangkah. Menoleh memandangnya dengan wajah berkerut. Ish perempuan ni nak apa lagi. Tarik-tarik baju aku macam selalu.

“tapi saya tak lapar” ujar Larra perlahan.

Tengku Dzafril Haidhar menarik bajunya yang berada di dalam genggaman Larrra. Dia merenung lama wajah gadis itu.

“Kau jangan ngada-ngada. Kau dah muntah tadi kan? Mesti sebab perut kau kosong. Pagi tadi pun kau tak makan kan? So kau patut makan sekarang. Aku tak dengar kau punya alasan. Aku tahu, kau makan” ujar Tengku Dzafril Haidhar tegas sambil berjalan meninggalkan Larra di belakangnya.

Larra menarik nafas panjang sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar yang sudah berjalan meninggalkannya sebelum tertunduk merenung lantai.

Namun tidak semena-mena dia terasa seseorang menggengam kuat lengannya membuatkan dia menoleh. Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri di situ dengan menggengam lengannya.

“apa ni?” soal Larra sambil cuba melepaskan pegangan lelaki itu.

“ikut aku. Bukan diri tercegat dekat sini macam orang bodoh” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menarik Larra mengikut langkahnya.

Larra terpaksa mengikut lelaki itu namun otaknya masih memikirkan tentang kata-kata lelaki itu tadi.

Mana dia tahu aku muntah? Mana dia tahu yang aku memang tak sarapan pun pagi tadi? Ugh, perut kosong. Larra menepuk-nepuk perutnya sambil mengekori Tengku Dzafril Haidhar.

*****

Hakimi selesai membutang bajunya. Lalu kakinya dilangkahkan menuju ke arah rak-rak bukunya. Mencapai kotak bungkusan hadiah berwarna biru itu.

Bibirnya tersenyum setiap kali melihat hadiah itu. Jelas di ingatan bagaimana Larra memilih jam tangan itu.

Ternyata gadis itu benar-benar cerewet.

“ah Larra. Kau dah dekat dua bulan kahwin dengan Zaf. Tapi aku still tak boleh nak lupakan kau” ujar Hakimi sebelum berpaling menuju ke kerusi di sisi tingkap itu. Punggungnya dilabuhkan di situ sambil matanya masih menilik jam tangan di dalam kotak itu.

*****

“Kau orang berdua ni sebenarnya nak pergi mana?” soal Fahim membuatkan Larra berhenti mengunyah. Dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya yang turut memandangnya.

“err. Actually kita orang on the way nak pergi Singapore” jawab Tengku Dzafril Haidhar. Larra mengangguk tanda mengiyakan kata-kata lelaki itu.

“oh. Honeymoon ea?” soal Fahim sambil tersengih. Larra pantas mengerutkan dahinya mendengar kata-kata lelaki itu.

“eh taklah. Kita orang nak lawat my auntie dekat Singapore” ujar Larra cepat-cepat menafikan kata-kata lelaki itu. Dia kembali menyuap makanannya ke mulut selesai berbicara.

“kau teman adik kau buat apa dekat sini?’ soal Tengku Dzafril Haidhar sengaja mengubah topik perbualan apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh Fahim. Dia memandang sekilas ke arah Fatin di sisi Fahim yang turut sedang memandangnya.

“jemput dia balik KL la. Adik aku sekolah asrama dekat Melaka. Cuti seminggu. So aku la jemput dia” ujar Fahim. Fatin tersenyum sambil mengangguk.

Larra menoleh. Dia tersenyum memandang Fatin. Sedikit rindu dengan zaman persekolahannya. Ah, kan best kalau aku boleh tamatkan form 5 macam biasa. Macam orang lain. Ni tak aku buat masalah sampai papa terpaksa tukarkan aku ke sekolah lain.

“Fatin form berapa ek?” soal Larra memulakan perbualan.

Fatin menoleh memandang gadis yang dikenali sebagai Larra itu sambil tersenyum.

“Baru form 4 kak” jawabnya.

“so far study macam mana? Okay?” kedengaran Tengku Dzafril Haidhar pula menyoal. Fatin menoleh ke arah lelaki itu.

“study okay je. Cumaa…………………..”

Larra memandang sekilas ke arah gadis itu dengan mengerutkan dahinya. Dari riak wajah gadis itu seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Apa yang tak kena?

“cuma apa, Fatin? Ada masalah ke dekat situ?” soal Larra. Fatin mengangguk lemah sebelum mengeluh perlahan.

Tengku Dzafril Haidhar turut memandang Fatin.

“ada kawan Fatin tu, dia suka buli orang lain dekat sekolah tu. Entahlah, dekat sekolah tu kira dia orang macam berpengaruh jugak la. Fatin tak suka sangat dengan dia orang” ujar Fatin.

Senyuman di bibir Lara mati mendengar cerita yang disampaikan oleh Fatin itu. Jantungnya berdegup kencang.

“apasal Fatin tak pernah cerita dekat abang pun sebelum ni? ” soal Fahim selesai Fatin berhenti berkata-kata. Kelihatan Fahim sedikit bimbang dengan keadaan adiknya itu

“Malaslah. Tinggal setahun je pun Fatin dekat situ. Baik teruskan je. Kang kalau sampai pengetahuan daddy, mesti makin besarkan perkara ni. Fatin malaslah” ujar Fatin.

“Yela, tapi mana boleh nak diam je. Adik pernah kena buli tak? ” soal Fahim lagi.

Tengku Dzafril Haidhar menelan makanannya sebelum meneguk air oren di cawannya. Fatin dilihatnya mengangguk lemah.

“Berpengaruh sangat ke group dia orang tu?” soal Tengku Dzafril Haidhar pula. Fatin mengeluh perlahan sambil menoleh memandang ke arahnya.

“kiranya macam dia orang tu paling popular la dekat sekolah. Sebab memang semuanya cantik-cantik pun. Kalau dengan lelaki, dia orang tu famous lah. Nak nak lagi ketua dia orang, Juliana” beritahu Fatin.

Jawapan yang diberikan oleh Fatin itu membuatkan Tengku Dzafril Haidar tergelak sendirian.

Larra mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Dia ni dah kenapa? Pergi gelak pulak. Apa yang kelakar?

Tengku Dzafril Haihdar masih gelak. Dia menoleh memandang ke arah Fahim

“Kau tahu tak tiba-tiba aku teringat pasal sape Fahim?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Fahim mengerutkan dahinya seolah sedang berfikir sejenak.

“sapa?”

“Elle” Tengku Dzafril Haidar menjawab dengan gelaknya serentak membuatkan Larra tersedak. Cepat-cepat dia mencapai gelas berisi air dan meneguknya.

Fahim memandang ke arah Larra dengan wajah yang bimbang.

“weh, kau okay tak ni? Makan tu lain kali slow-slow la” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi. Wajah Larra dipandangnya. Gadis itu masih lagi batuk-batuk akibat tersedak tadi.

“weh Zaf. Kau tepuk-tepuk sikit belakang badan dia” arah Fahim sebaik sahaja melihat keadaan Lara yang masih lagi terbatuk-batuk. Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Fahim seolah tidak percaya dengan arahan yang diberikan oleh lelaki itu.

“aku?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Fahim mendengus perlahan sebelum membetulkan duduknya. Dia memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang memandangnya.

“Yela. Kau lah. Takkan aku pulak. Kau kan suami dia. Tepuk belakang dia” marah Fahim. Suaranya sedikit meninggi. Sedikit geram apabila lelaki itu masih ingin mengekalkan keegoannya.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya sambil menoleh memandang Larra di sisinya. Perlahan-lahan tangannya di arahkan menepuk belakang badan Larrra.

“Kuat sikit la Zaf. Macam perempuan je kau tepuk” ujar Fahim lagi

Tengku Dzafril Haidhar mula berasa geram melihat Fahim yang seolah-olah mempermainkannya. Lalu tanpa sedar tangannya menepuk kuat belakang badan Larra.

“ouch!!” Larra merjerit sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisi.

“awak ni nak bunuh saya ke?” marah Larra sambil menolak tangan Tengku Dzafril Haidhar dari belakangnya. Wajahnya ditarik masam.

Tengku Dzafril Haidhar menarik semula tangannya sambil merenung wajah Larra. Larra menarik nafas perlahan sebelum menyandarkan badannya.

“eh relax-relax. Tadi kau cakap pasal apa Zaf? Pasal Elle kan?” soal Fahim sengaja mengubah topik. Larra menoleh ke arah Fahim. Begitu juga dengan Tengku Dzafril Haidhar.

“a’ah. Kau ingat tak pasal ketua Hot Vicious tu?” soal Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Larra mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah pinggannya yang sudah separuh luak. Dia berlagak seperti tidak mengambil tahu perbualan antara Tengku Dzafril Haidhar dan Fahim. Namun hakikatnya hatinya pedih mendengar perihal dirinya diceritakan.

“Mestilah ingat. Mana boleh tak ingat. Perempuan tu kan hot dulu” ujar Fahim sambil ketawa. Begitu juga dengan Tengku Dzafril Haidhar.

“group apa tu abang?” soal Fatin tiba-tiba. Fahim menoleh memandang adiknya.

“dia group macam Juliana tu jugak. Time abang sekolah dulu, group Elle ni memang popular la. Bukan dekat sekolah tu je, tapi sekolah-sekolah dekat area tu semua tahu pasal Hot Vicious. Dia orang pun suka buli orang jugak dan mungkin lagi teruk sampai ada yang koma” Fahim menerangkan panjang lebar.

Larra mengerutkan dahinya. Fahim bukan sekolah aku? Tapi macam mana dia tahu pasal Hot Vicious.

‘”Fahim, mana awak tahu pasal Hot Vicious?” soal Larra perlahan membuatkan Fahim menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Keningnya dikerutkan seolah kehairanan.

“eh awak pun tahu jugak ke pasal group tu?” soal Fahim kembali.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya. Awak? Saya? Jadah haram apa dia orang ni nak bual guna awak saya pulak? Bual guna aku, kau je tak boleh ke? Saya awak?

Larra pantas menggeleng.

“taklah. Saya tanya je. Awak pernah ke jumpa dia orang?” ujar Larra kembali. Fahim turut tersenyum sambil meletakkan sudu dan garfunya.

“tak pernah jumpa lagi. Tapi saya tahu dia orang semua memang cantik-cantik. Yang saya selalu dengar pasal Elle la. Sebab kawan-kawan saya selalu cerita macam-macam pasal dia”

“apa yang dia orang cerita pasal Elle tu?” soal Larra lagi ingin tahu.

“cerita dengan kau, bukan kau tahu pun” ujar Tengku Dzafril Haidhar sedikit menganggu perbualan antara Larra dan Fahim. Larra menoleh memandang ke arah lelaki itu.

“biarlah dia tanya je pun, Zaf. Apa yang dia orang cerita? Macam-macam lah Larra. Tapi yang paling gempak, pasal dia ada hampir buat seorang mangsa yang dia buli jadi koma” ujar Fahim.

Larra menelan air liurnya. Ah sudah, pasal Syazril pun dia tahu?

“dia buli orang sampai koma?” soal Fatin jelas terkejut.

“a’ah. Nasib baik yang koma tu hidup lagi sampai sekarang. Tu pun berapa bulan koma ek? Berapa Zaf hari tu Ayie cerita?” soal Fahim kepada Tengku Dzafril Haihdar.

“dua” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Ayie tak beritahu pun berapa bulan mangsa buli dia tu koma. Tapi aku tahu, sebab yang jadi mangsa tu orang yang aku kenal. Namun dia hanya bersuara di dalam hati.

“dua bulan koma? Habis? Elle yang jahat tu tak kena apa-apa tindakan ke?” soal Fatin lagi.

“nasib dia baik, sebab bapak dia cepat-cepat hantar dia belajar dekat luar negara.

Larra mengertap bibirnya.

“sampai buat orang koma? Melampau betol. Semoga dia terima balasan yang setimpal dengan apa yang dia orang buat. Ingat dia orang tu siapa nak buli-buli orang?” balas Fatin sedikit beremosi.

Larra mengeluh perlahan sambil menoleh memandang ke arah Fatin.

“Jangan risau Fatin. Akak rasa Elle tu mungkin dah dapat balasan atas semua apa yang dia dah buat” ujar Larra kembali. Sedikit perit untuk dia menuturkan kata-kata itu namun dia merasakan itulah yang dirasakannya kini.

Berkahwin dengan lelaki macam Zaf mungkin salah satu balasan untuk masa silam aku.

****

Dia meletakkan semula majalah milik ibunya ke atas meja di sudut itu. Moodnya tiada.

“Ajierah, abang nak keluar jumpa kawan jap. Kalau papa tanya nanti, pandai-pandai la Jie cover abang ea?” ujar satu suara membuatkan Ajierah pantas menoleh.

“abang nak pergi mana?” soal Ajierah membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“asal? Jie nak ikut abang ke? Abang keluar kejap je. Tolong la cover untuk abang” ujar Aidit. Adiknya itu menarik wajah masam.

“tak nak lah. Tapi abang tu la, kan papa tak bagi keluar. Apa Jie na jawab nanti” ujar Ajieah lagi. Namun Aidit dilihatnya sudah pun bejalan keluar.

“tolong ea. Bye Jie” sayup-sayup kedengaran abangnya bersuara. Ajierah mencampakkan banatal yang sedang dipeluknya ke atas kerusi. Ish abang ni, kan dah papa tak bagi. Degil betul. Nak keluar jugak.

Lalu dia bangun dan berjalan sebelum masuk ke dalam biliknya. Tubuhnya direbahkan semula ke atas katil. Hari-hari cuti sebegitu cukp bosan baginya.

“eh bosannya hidup. Nak keluar, aku bukannya ada pakwe pun” keluhnya perlahan sambil duduk bersila di atas katil.

Cermin yang berada tidak jauh darinya membuatkan dia sedikit tertarik. Lalu dia kembali turun dari katil dan berjalan ke hadapan cermin. Memandang wajahnya.

“aku tak cukup cantik ke?” soal Ajierah sambil membelek mukanya. Dia menarik nafas panjang sebelum duduk.

“dah 7 tahun aku bertudung” ” ujar Ajierah.

Semenjak dia menamatkan zaman persekolahannya dia berhajat untuk berubah. Melupakan kisah silamnya. Memulakan hidup baru. Kerana itu dia mula bertudung. Merubah penampilan dirinya yang dulu seksi kepada menutup aurat.

“ah, aku rindukan dia orang semua” ujar Ajirah pelahan sambil bjalan menuju ke almarinya.

Perlahan-lahan dia membuka pintu almari itu. Memandang satu persatu perhiasan yng dia miliki. Namun ada satu yang benar-benar dijaganya engan rapi sehingga kini.

Dia manarik rantai tangan yang berukir nama HotVicious di atasnya. Rantai tangan itu ditempah oleh mereka berlima dan dimiliki oleh semua ahli kumpulan itu. Dia tersenyum sambil menyarungkan rantai tangan itu ke tangannya.

****

Tengku Dzafril Haidhar menoleh sekilas ke arah Larra sebelum berdehem kuat membuatkan gadis itu pantas menoleh ke arahnya.

“rumah mak cik kau tu dekat mana?” soalnya tanpa memandang wajah gadis itu yang kini sedang memandangnya.

Larra mengerutkan dahinya. Sejenak berfikir. Hari tu auntie aku ada cakap, tapi dekat mana ek.

“Dekat mana? Cakaplah. Dah nak masuk Singapore ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sedikit menggesa.

“Err, Zaf. Saya lupa la dekat mana” ujar Larrra.

Jawapan gadis itu membuatkan dia hampir sahaja merempuh penghadang jalan.

“What?!!! Tak ingat? Kau jangan main-main Larra. Kita dah jauh dari KL ni” marahnya sambil berusaha untuk mengawal kembali stering keretanya.

Larra terdiam sejenak sambil mencuba untuk mengingat kembali kata-kata mak ciknya ketika itu.

“ermmm.. Crescent Road kot”

Tengku Dzafril Haidhar mendengus kasar sebelum keretanya mengaum laju sekali lagi membuatkan Larra kecut perut.

“Kott.. Kot. Aku tak suka dengar jawapan kau tu. Kau sure rumah auntie kau dekat Crescent Road?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Larra sedikit cuak melihat lelaki itu dalam keadaan begitu.

“ya” jawabnya pendek.

****

“abang, Kak Larra dengan abang Zaf tu dah kahwin ea?” soal Fatin.

Fahim menoleh ke arahnya sebelum kembali memandang jalan.

“a’ah. Baru dalam dua bulan kot dia orang kahwin. Kenapa?” soal Fahim semula sambil mengerling sekilas ke cermin sisi sebelah kanannya.

“tak adalah. Nampak macam dia orang tu tak macam suami isteri pun. Tadi pun, dengar abang Zaf tu cakap dekat Kak Larra guna aku dengan kau je” ujar Fatin meluahkan rasa hairannya.

Fahim tersenyum sambil menoleh memandang ke arah adiknya.

“apasal? Adik berminat ke dekat kawan abang tu?” soal Fahim sengaja meneka.

Fatin mencebik. “eh mana ada. Kan abang cakap dia tu dah kahwin. Takkanlah adik nak dekat dia. Suami orang kot” ujar Fatin perlahan.

Fahim tergelak kecil.

“Yela, tapi lelaki kan kuota empat. Adik tak nak ke jadi nombor dua?” soal Fahim lagi.

“haa, tu lah modal abang. Kuota empat kuota empat. Adik ni bukan jenis yang jahat. Nak rampas suami orang” ujar Fatin.

“tapi, kalau dia tu single agak-agak adik nak tak kat dia? Dia tu kan handsome” ujar Fahim lagi.

“erm, not badlah. Dia memang ada package pun. Kalau single tu lain cerita la bang” ujar Fatin sambil ketawa. Dia mengaku, buat pertama kali berjumpa lelaki itu tadi dia sudah tertarik. Lelaki itu sememangnya kacak. Dahlah lagi tinggi dari abang. Handsome, dia bersuara di dalam hati.

“tu lah. Kalau dia tu belum kahwin, boleh jugak abang rekomenkan dia untuk adik. Kaya tuu” ujar Fahim lagi.

“kaya? Dia ada syarikat sendiri? Macam daddy?” soal Fatin sedikit ingin tahu. Fahim mengangguk.

“Syarikat dia lagi besar dari kita. Vermilion Hotel tu dia punya la” ujar Fahim lagi.

Bulat mata Fatin mendengar kata-kata Fahim.

“what? Syarikat dia? Mak ai kaya gila. eh tapi kan bang. Dia dengan Kak Larra tu walaupun nampak macam tak berapa rapat tapi sepadan la” ujar Fatin lagi.

“asal? Patutnya Kak Larra tu dengan abang” ujar Fahim lagi sengaja berseloroh.

“eh gatalnya abang Fatin niii. Kalau abang dengan Kak Larra tu, Kak Nadia nak letak mana?”

“tak apalah. Kuota abang kan ada empat” ujar Fahim lagi sambil tersengih.

“ah tak payah. Lagipun abang nampak tak sesuai kalau dengan Kak Larra tu. dia cantik, lagi sesuai dengan abang Zaf”

“yelah-yelah. Abang faham. Abang sedar diri” ujar Fahim berpura-pura merajuk.

****

“Laarraaa!!! Eh jemput masuk” ujar Puan Marina sebaik sahaja melihat kelibat Larra bersama suaminya di hadapan rumahnya petang itu.

Benar, memang dia yang meminta gadis itu datang ke rumahnya. Selama beberapa tahun gadis itu menetap di luar negara, dia tidak berkesempatan untuk bertemu lama dengan gadis itu. Memandangkan kini, gadis itu telah benar-benar kembali semula menetap di Malaysia, dia meminta agar gadis itu datang ke rumahnya.

“Auntie sihat?” soal Larra sambil tersenyum dan bersalam dengan wanita yang merupakan adik kandung mamanya itu. Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan wanita itu.

“auntie sihat je. Ni suami Larra kan?” soal Puan Marina sambil memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya. Larra pantas mengangguk.

“ni Zaf. Dan Zaf ni auntie saya. Auntie Marina” ujar Larra sambil tersenyum.

“erm eh jemputlah masuk dulu. Kita bual-bual dekat dalam” ujar Puan Marina seraya menarik tangan Larra mengekori.

Larra sempat berpusing memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar sambil memberi isyarat untuk lelaki itu membawa semua beg-begnya.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus keras. Dia dah jumpa dengan mak cik dia, boleh tinggalkan je aku seorang-seorang dekat luar ni. Siap kena bawak beg dia lagi.

“ugh, siot la” ujarnya sambil bergerak kembali ke dalam kereta sambil mengeluarkan bagasinya dan Larra. Berkerut-kerut dahinya saat membawa beg Larra.

“apa perempuan tu isi dalam beg dia ni? Berat semacam je”

Kakinya digerakkan untuk melangkah masuk ke kawasan rumah dengan bagasi-bagasi itu.

“eh, kamu letak je bagasi tu dekat situ. Nanti auntie suruh bibik yang angkat” jerit Puan Marina tiba-tiba membuatkan Tengku Dzafril Haidhat pantas menoleh. Sedikit lega dengan cadangan yang diberikan. Dia tersenyum. Lalu, bagasi itu pantas diletakkannya ke bawah.

“eh, auntie tak payah. Tak payah. Sian bibik. Tak apa. Zaf boleh angkat beg-beg tu seorang. Dia dah biasa dah” ujar Larra yang tiba-tiba muncul di sebalik pintu membuatkan senyuman di bibir Tengku Dzafril Haidhar mati.

Cis perempuan ni. Saje je nak kenakan aku. Nak aku bawak beg-beg ni semua.

“kamu biar betul Larra? Kesian dia bawak beg berat” soal Puan Marina.

Tengku Dzafril Haidhar mula geram dengan Larra. Dia tahu, Larra sengaja ingin menyuruhnya membawa kesemua bagasi-bagasi itu.

“alah auntie, Zaf tu kan lelaki. Dia mestilah boleh bawak punya. Lagipun bibik tu dah tua. Kesian nak suruh dia bawak beg kita orang yang banyak tu. Lagipun Zaf dah biasa dah angkat beg banyak-banyak. Kan Zaf kan?” soal Larra sedikit menjerit sambil tesenyum memandang Tengku Dzafril Haidhar.

Tengku Dzafril Haidhr kehilangan kata-kata. Dia langsung tidak berkesempatan untuk menjawab balik. Ak dah biasa bawak beg berat? Pandai-pandai dia je buat cerita.

“betul ke ni Zaf. Kamu okay bawa semua beg-beg tu?” soal Puan Marina pula.

Tengku Dzafrril Haidhar menarik nafas panjang sambil tersenyum kembali. Satu keluhan dilepaskannya sambil mengangguk-angguk.

“betul-betul. Tak apa auntie. Zaf memang dah biasa pun angkat. Boleh angkat sendiri. Tak payah suruh bibik.” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil pura-pura tersenyum.

Larra di sisi Puan Marina dilihatnya menahan gelak melihatnya sebelum menjelirkan sedikit lidahnya ke arah dirinya.

Tengku Dzafril Haidhar menggengam erat tangannya menahan geram. Lalu sekali lagi bagasi itu dicapainya semula sebelum mula berjalan manuju ke pintu.

Tak guna punya perempuan. Tak apa. Minggu ni aku jadi hamba kau. Aku tunaikan janji aku. Tapi ingat, aku tak akan lepaskan kau macam tu je bila minggu ni habis. Siap kau.

Dia bermonolog sendirian sambil menarik bagasi-bagasi itu masuk ke dalam rumah.

Setibanya dia masuk ke rumah itu, dilihatnya Larra sekadar tersenyum memandangnya yang sedang berhempas pulas membawa bagasi-bagasi itu. Berat betul bagasi perempuan ni.

“aduh pak. Mari saya tolong” ujar satu suara membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh. Kelihatan seorang wanita berumur yang sedang berjalan ke arah nya itu adalah ‘pembantu rumah bagi Puan Marina. Lagaknya seperti pekerja dari Indonesia.

“eh, erm bibik. Tak apa- tak apa. Suami saya boleh bawak beg tu” ujar Larra pantas menghalang dari bibik membantu serentak mematikan harapan Tengku Dzafril Haidhar untuk minta ditolong.

“tak apa la bibik bawak satu bagasi tu. Lagipun, auntie tengok suami kamu tu penat tu. Dia yang drive kan tadi sampai sini?” soal Puan Marina sambil merenung wajah letih milik Tengku Dzafril Haidhar..

Tengku Dzafril Haidhr tersenyum sinis melihat wajah Larra serta merta bertukar kelat sebelum mengangguk perlahan.

“Kamu mesti penat kan Zaf drive dari KL sampai sini. Tak apalah, bibik tolong dia angkat” arah Puan Marina membuatkan bibik pantas berjalan ingin mengambil satu bagasi dari tangan Tengku Dzafril Haidhar.

“erm, tak apalah auntie Zaf boleh bawak beg ni. Its okay. Lagipun, dekat rumah pun dah biasa dah angkat Larra yang lagi berat tu. So setakat bagasi ni, its should be okay” ujar Tengku Dzafril Haihdar pantas menoleh memandang Larra.

Larra menoleh ke arah lelaki itu sambil menjegilkan matanya. Eh sesuka hati dia je. Nak cakap aku lagi berat dari bagasi tu la tu. Ceh, dia angkat aku pun tak pernah. Kedengaran Puan Marina tergelak mendengar jawapan lelaki itu.

“auntie lupa, pengantin baru. Eh, kalau macam tu, tak apalah. Biar auntie tunjuk bilik kamu berdua” ujar Puan Marina sambil berjalan menaiki tangga.

Bulat mata Larrra mendengar kata-kata Puan Marina. “bilik kami berdua?!” soalnya sedikit terkejut membuatkan Puan Marina tidak jadi melangkah. Sebaliknya menoleh ke arahnya sambil memandangnya hairan.

“Ya bilik kamu berdua. Kenapa Larra? Kamu berdua ni, selama ni tidur bilik asing-asing ke?” soal Puan Marina hairan.

Larra tergamam sambil menjeling ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya yang juga kelihatan masih terkejut mendengar bahawa mereka akan duduk di dalam satu bilik.

“errr. Eh tak..tak.. Bukan macam tu. Kami memanglah tinggal sebilik. cuma Larra ingat……Larra ingat, bilik rumah auntie penuh. Ingat tidur luar je ke” ujar Larra cuba berdalih.

Puan Marina tersenyum memaandang Tengku Dzafril Haidhar yang masih tegak berdiri memandangnya tanpa bersuara..

“oh, kalau pasal bilik kosong ada je. Rumah ni ada 6 bilik” ujar Puan Marina sambil berpusing kembali menaiki tangga.

“satu bilik auntie dengan uncle, second tu bilik Alyana dengan suami dia, third bilik Aryana. Keempat bilik anak-anak Alyana. Dan ke empat bilik bibik tadi tu. Satu bilik tetamu” terang Puan Marina panjang lebar

Namun sedikit pun Larra dan Tengku Dzafril Haidar tidak mendengar penerangan yang diberikan oleh Puan Marina itu. Sebaliknya mereka sibuk membincangkan sesuatu.

“apa ni Larra? Sebilik?” soal Tengku Dzafril Haidhar separuh berbisik ke telinga Larra. Aduh, nak kena sebilik dengan perempuan ni yang leceh. Dia ni dahlah suka pakai seksi-seksi. Agh! tension.

Larra menelan air liurnya sebelum memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“mana la saya tahu yang kita nak kena sebilik” balasnya kembali. Jujur dia tidak terfikir langsung bahawa mereka akan sebilik. Kelihatan lelaki itu agak bengang dengan perkara itu.

“haaa dah sampai pun. Ni bilik kamu” ujar Puan Marina sambil menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di belakangnya. Dilihatnya mereka berdua sedang sibuk berbisik membincangkan sesuatu. Kedua-duanya kelihatan sedang serius. Apa pulak yang tak kena?

“Larra” panggilnya membuatkan gadis itu pantas memandangnya. Jelas terkejut apabila menyedari namanya tiba-tiba dipanggil. Begitu juga dengan suami Larra yang bernama Zaf itu. Turut menoleh memandangnya.

“ada apa-apa tak kena ke?” soal Puan Marina kembali.

Larra mengetap bibirnya. Ya ada masalah. Aku tak nak sebilik dengan lelaki ego ni. Perlahan-lahan dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Sempat dia mengerling sekilas memandng ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya yang sedang memandangnya.

Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum menoleh kembali memandang Puan Marina yang masih menunggu jawapannya.

“er tak ada apa-apa auntie. Tak ada, Zaf ni. Dia….dia…dia lupa bawak kain pelikat” ujar Larra pantas. Entah mengapa lancar sahaja mulutnya menyebut tentang ‘kain pelikat tersebut.

Tengku Dzafril Haihdar tergamam. Matanya bulat memandang ke arah Larra. Apa masuk pasal kain pelikat ni. Agh sudah. Perempuan ni melalut apa cakap aku nak pakai kain pelikat ni.

Kini pandangan Puan Marina beralih memandang ke arah lelaki kurus tinggi itu yang kelihatan seolah-olah serba tak kena.

“kamu nak kain pelikat ke Zaf?” soalnya.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya yang terasa kelat. Dia berdiri tegak sambil mengerutkan dahinya. Pandangannya dialihkan seketika dari memandang wajah PuanMarina. Apa aku nak jawab ni?

“errr..”

Dia sempat menjeling ke arah Larra di sisi sebelum pandangannya diarahkan kembali ke arah Puan Marina. Lalu perlahan dia mengangguk.

“errr a’ah.. Zaf lupa bawa kain pelikat” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tesengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garunya.

Puan Marina tersenyum.

“erm, kalau macam tu tak payah risau. Uncle kamu banyak kain pelikat dia beli tapi tak pakai. Kamu berdua, masuk lah bilik dulu. Berehat. Nanti, auntie suruh bibik hantar kain pelikat untuk Zaf ea” ujar Puan Marina.

Larra turut tersenyum sambil mengangguk-angguk memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Lalu kakinya dilangkah menuju ke arah bilik yang dimaksudkan sebelum diikuti oleh Tengku Dzafril Haidhar di belakangnya.

Dum

Pintu bilik itu ditutup rapat. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang memandang ke arah Larra. Renungan tajam memandang wajah gadis itu yang kelihatan sedikit pun tidak bersalah dengan kenyataan yang telah dikeluarkannya.

Lalu setelah yakin ibu saudara gadis itu sudah pergi, Tengku Dzafril Haidhar membuka sedikit pintu itu bagi memastikan tiada sesiapa lagi di luar pintu bilik mereka. Dia menarik nafas lega kerana Puan Marina telah meninggalkan meraka.

Lalu dia kembali menutup pintu sebelum berjalan menghampiri Larra.

“Kau ni dah gila ke apa?” soalnya sambil memandang Larra. Gadis itu mengerutkan dahinya sambil membalas pandangannya.

“what? Pasal duduk sebilik pun saya tak nak lah. Tapi terpaksa” balas Larra kembali.

Tengku Dzafril Haihdar mendengus keras. Rambut nya yang tidak gatal di garu-garu.

“bukan tu…” dia berhenti berkata-kata sambil berjalan duduk di sofa di ruang tersebut.

Larra mengangkat keningnya sambil memerhati lelaki itu. Kalau bukan sebab bilik sebab apa pulak dia ni nak marah aku?

“habis tu sebab apa?”

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya sambil membalas pandangan Larra. Mukanya diraup berulangkali.

“aaa…aku..tak pernah pakai kain pelikat” ujar Tengku Dzafril Haidhar bereterus terang.

Larra sedikit terpempan mendengar kenyataan yang diberikan oleh lelaki itu. Apa ni? Dia tak pernah pakai kain pelikat.

“apa? Awak biar betul?” soal Larra kembali jelas terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja didengarnya.

Tengku Dzafril Haidhar merenungnya.

“tak pernah laaa. Sepanjang kau tinggal dengan aku, pernah ke kau nampak aku pakai kain pelikat?” marahnya.

Larra terdiam sejenak. Otaknya cuba memikikan tentang kebenaran lelaki itu. Dia berundur sebelum terduduk di atas katil.

Memang benar sepanjang dia tinggal bersama lelaki, belum pernah lagi dia melihat Tengku Dzafril Haihdar memakai kain pelikat. Lelaki itu lebih selesa memakai short pendek dan seluar.

“tak pernah” ujarnya perlahan.

“tahu pun tak pernah. Yang kau pergi gatal-gatal cakap dekat mak cik kau yang aku tertinggal kain pelikat tu kenapaaaa?” suara Tengku Dzafril Haidhar sedikit meninggi. Bengang barangkali.

“mana lah saya tahu yang awak memang tak pakai kain pelikat. Habis tu, yang awak nak marah-marah saya tu kenapa? Tak payahlah pakai kalau tak nak pakai” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus perlahan.

“kalau aku mintak, tapi tak pakai nampak sangat yang kita bohong tadi. Masalahnya sekarang, aku tak reti pakai kain pelikat” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra mengangkat keningnya.

“apa? Tak reti pakai kain pelikat? Pakai pun tak reti” soalnya kembali.

Tengku Dzafril mengangguk.

“awak ni memang tak pernah langsung pakai ke apa? Ke saje-saje cakap tak reti” ujar Larra.

“kau ingat aku ni apa? Masalahnya memang tak reti. Kang kalau aku pakai, lepas tu lucut tak ke naya” balas Tengku Dzafril Haidhar.

Perbincangan mereka mati apabila kedengaran ketukan di muka pintu. Larra mengarahkan Tengku Dzafril Haidhar untuk berhenti berkata-kata dengan hanya menunjukkan isyarat jari telunjuk di bibirnya.

Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya dan berjalan ke muka pintu. Pembantu rumah ibu saudaranya itu sedang berdiri di situ dengan memegang kain pelikat yang masih berlipat kemas.

“maaf ganggu non. Ini kainnya. Nyonya bilang nanti kalau makanannya udah siap, nanti saya panggilin. Jadi sekarang, non sama bapak, rehat-rehat aja dulu ya?” ujar wanita itu.

Larra tersenyum sambil menganguk. Tangannya menerima kain pelikat yang diserahkan oleh bibik itu.

“okay” ujarnya pendek.

Selesai memberikan kain pelikat itu kepada Larra, bibik dilihatnya terus berlalu meinggalkannnya. Larra cepat-cepat menutup pintu sambil menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar

“kain pelikat awak” ujar Larra.

Tengku Dzafril haidhar mendengus keras sambil bangun dari sofa itu dan berjalan menuju ke katil.

“dahlah. Aku penat. Nak tidur. Pukul 6 kejut aku” arah Tengku Dzafril Haidhar sambil menghempaskan dirinya di atas katil empuk itu.

“tapi Zaf, malam ni takkan saya nak tid….”

“aku tumpang sekarang je. Malam nanti kau nak tidur sini, kau tidurlah” balas lelaki itu dengan mata yang masih terpejam.

Larra menarik nafas panjang sambil memandang kain pelikat yang masih berada di dalam tangannya itu sambil kembali menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhr yang dilihatnya sudahpun tertidur. Nyenyak.

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Kelihatannya, lelaki itu benar-benar letih. Mesti dia penat drive dari KL sampai sini.

Tapi, tak sangka. Dia ni rupa-rupanya jenis yang tak reti pakai kain pelikat. Dasar bandar! Larra tersenyum sendiri sambil meletakkan kain pelikat itu ke atas meja.

*****

Langkahnya terhenti. Tempat itu terlalu asing baginya.

“macam mana aku boleh sampai ke sini?” soalnya sendiri sambil memandang kiri dan kanannya. Hanya pepohon hijau yang menemaninya ketika itu. Tiada seorang manusia pun berada di situ. Gelap. Ya tempat itu cukup gelap.

“Helloo!! Ada sesape dekat sini?” laungnya.

Sunyi

Harapannya hampa apabila tiada yang membalas. Dia keseorangan di situ. Nafasnya sesak. Dia mula takut. Dia sendiri gagal mengingat bagaimana dia boleh sampai ke tempat itu.

“Larra?” panggilnya.

Langkahnya di atur semakin laju. Mula jadi tidak teratur. Dia berjalan tanpa arah.

Bup!

Kakinya terjerumus masuk ke dalam gaung. Dirinya kini sedang jatuh semakin ke bawah.

“aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!” dia menjerit sekuat hati.

Nasibnya baik kerana dia sempat berpaut pada salah satu dahan menyebabkan kini dirinya tergantung di dahan itu.

Satu keluhan lega dilepaskannya.

“hey! Lepaskan saya!” jerit satu suara.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Sedikit hairan.

Macam suara Larra. Tapi mana perempuan tu? Apasal bunyi macam dekat je? Dia bermonolog sendirian. Ah, tu tak penting, yang penting sekarang macam mana aku nak selamatkan diri aku. Aku mesti cari jalan balik.

“Zafff!!!” jerit suara itu lagi. Kali ini jeritan itu disertakan dengan pukulan kuat di kepalanya.

Tengku Dzafril Haidha serentak tersedar. Terkebil-kebil matanya memadnang siling bilik itu. Eh? Aku dekat bilik. Maksudnya tadi aku mimpi. Dia menarik nafas lega sambil tersenyum.

“let me goo!!” Kedengaran suara Larra sekali lagi menjerit. Tengku Dzafril Haidhar megerutkan dahinya. Larra? Apasal aku still dengar suara dia ni. Perlahan-lahan matanya ditundukkan sebelum menangkap satu objek sedang berbaring di atasnya.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Eh? Larra.

“weh? Kau buat ape ni?” soalnya membuatkan gadis itu turut memadangnya.

“lepaskan saya boleh?” soal Larra dengan nada tegas. Matanya yang bulat tepat memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

Tengku Dzafril Haidhar berfikri sejenak. Lepaskan dia?

Beberapa saat kemudian baru dia tersedar situasi yang berlaku antara mereka. Dirinya sedang memeluk erat Larra. Lantas, dia cepat-cepat melepaskan pelukannya membuatkan gadis itu bingkas bangun berdiri.

“mmmm..macam mana kau boleh ada dekat sini?” soal Tengku Dzafril Haihdar sambil bangun dan duduk. Larra dilihanya sudah berlau menuju ke hadapan almari. Mencari-cari sesuatu.

“awak ni betul-betul tak sedar ke saje tak sedar?” sinis kedenganra gadis itu bersuara.

Tengku Dzafril Haidhar meraup wajahnya. Jujur dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh memeluk Lara.

“aku tak sedar. Macam mana aku boleh peluk kau?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Larra menoleh ke arahnya sebelum tersenyum sinis.

“saya tak tau pulak awak ni jenis yang mengigau. You ask me to wake you up before. So i did. Then, awak yang tiba-tba tarik saya. Awak jerit macam ni haaa Larra? Larra!” ujar Larra sambil membuat gaya lelaki itu yang sedang mengigau tadi. Merasa sediki lucu setiap kali teringat kembali bagainmana keadaan lelaki itu ketika mengingau tadi.

Tengku Dzafirl haidhar menggaru=garu kepalanya. Sedikit malu. Ah, macam mana aku boleh mengingau pulak ni? Selalu tak ada pun aku mengingau.

“aku tak sedar” ujar Tengku Dzafril Hiadhar sambil mencapai jam tangannya di sisi meja.

“dah pukul 6.30 pun. Baik awak pergi mandi sekarang. Busuk!” ujar Larra sambil bangun bergerak dan duduk di sofa. Majalah di sisinya di capai.

Tengku Dzafil Haidhar mencebik sebelum kakinya dilangkahkan menuju ke tandas.

“Mana ada aku busuk” dia sempat membebel perlahan sambil mencapai tuala yang tesangkut.

Larra menjeling sekilas ke arah lelaki itu sebelum tesenyum.

*****

Rambutnya yang panjang di sisir kemas.Tumpuannya di cermin sedikit beralih apabila terpandang Tengku Dzafril Haidhar yang sudah siap mandi. Selamba bertuala di hadapannya. Di mendengus pelahan apabila dilihatnya lelaki itu melangkah menghampirinya.

“pinjam sikat” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba.

Larra mengerutkan dahinya sebelum merenung wajah Tengku Dzafril Hiahdar lama di dalam cermin. Aku tak salah dengar ke?

“what?” soal Larra kembali

“Pinjam lah sikat. Aku lupa nak bawak sikat datang sini tadi” jar Tengku Dzafril Haidhar kembali. Tangannya ditadah meminta sikat di tangan Lara

Larra mencebikkan bibirnya.

“mana boleh share!” jerkah Larra kembali. Tengku Dzafril Haidhar merapatkan tubuhnya ke arah Larra sebelum berbisik. Wajah Larra yang sudah mula cuak dipandangnya.

“ikut peraturan mana pulak aku tak boleh share sikat dengan kau. Aku nak pinjam sikat je lah. Bukan nak buat apa pun” gesa lelaki itu lagi.

Larra membulatkan matanya sebelum tangannya sedikit teragak-agak untuk menyerahkan sikat kepada lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum menmapakkan lesung pipitnya apabila melihat Larra sudah cuak dengan tindakannya..

“Kau tak payah risaulah. Aku bukanya ada kutu pun” ujar Tengku Dzafril Haihdar selamba sambil mengambil sikat di tangan Larra. Tubuh Larra ditolak perlahan sebelum dirinya kini berdiri betul-betul di hadapan cermin. Mula menyikat rambutnya sambil diperhatikan oleh Larra.

Larra membeliakkan matanya saat melihat Tengku Dzafril Haidhar menyikat rambutnya dengan menggunakan sikat miliknya. Sempat lelaki itu mengerling ke arahnya.

“Kau apasal? Nak mintak aku sikatkan rambut kau sekali?” soal lelaki itu sambil tersenyum nakal. Larra mengeluh pelahan.

“tak hingin saya” ujar Larra. Tidak semena-mena lelaki itu menoleh memandang ke arahnya. Menghulurkan kembali sikat itu kepadanya. Larra merenung lama sikat di tangan Tengku Dzafril Haidhar itu.

“letak situ” ujar Larra sambil mengarahkan Tengku Dzafril Haidhar meletakkan sikat itu ke atas meja solek. Dia tidak mahu menyentuh sikat itu.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sambil tangannya pantas mencampakkan sikat itu ke atas meja solek sebelum berlalu menuju ke bagasinya.

“takut sangat. Bukan ada kutu pun” sekali lagi Tengku Dzafril Haidhar mengomel sendirian. Larra mencebik perlahan.

“saya ada kutu” jeritnya kuat membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh. Wajah lelaki itu kelihatan pucat.

“apa? Kau biar betl?” soal Tengku Dzafril Haidhar jelas terkejut. Ish, biar betul?

Larra tersenyum sebelum mengangguk. Nampaknya lelaki itu percaya.

Tengku Dzafril Haidhar mrasakan seolah-olah gadis itu sengaja menipunya. Lalu dia berpaling semula untuk berjalan.

“eh? Tipu la kau” ujarnya sambil membuka bagasi miliknya. Aik? Apasal ringan semacam ni?

“tak caya sudah. Dua tiga hari ni siap la awak. Kutu-kutu tu dah mula buat telur dekat rambut awak” sayup-sayup kengaran Larra menjawab. Tengku Dzafril Haihdar sedikit bimbang dengan kenyataan Larra itu namun ada sesuatu yang lebih dibimbangkannya.

Pandanganya kini tertumpu pada bagasinya yang kosong. Mana pergi baju-baju aku ni? Aku salah bawak bagasi ke? soalnya sendiri.

Dia yakin dia tidak salah. Bagasi itulah yang dimuatkanya segala baju-bajuya sebelum pergi tadi. Kalau betul pun, masa aku bawak masuk bagasi ni tadi rasa berat. Dia pantas menoleh memandang ke arah Larra.

“Larra! Mana baju aku?” soalnya menoleh.

Larra menoleh sekilas ke arah lelaki itu sebelum mengunjukkan ke arah almari.

“baju awak saya dah masukkan ke dalam almari tu. While seluar dalam awk, saya letakkan dalam laci” ujar Larra selamba seelum berlalu masuk ke dalam bilik air.

Tengku Dzafril Haidhar merasakan duninaya gelap seketika. Apa? Seluar dalam aku.dia simpankan?

“apa? Seluar dalam?” soal Tengku Dzafril Haidhar kurang berpuas hati.

Larra menjengukkan kepalanya dari dalam tandas sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar dengan wajah tidak bersalah.

“ha’ah. Seluar dalam awak dalam laci tuuu” ujarnya kembali sambil menunjukkan laci yang dimaksudkan.

Tengku Dzafril Haidhar diserbu perasaan malu.

Dia menarik laci yang dimaksudkan Larra dan sememangnya benar. Semuanya telah tersusun di situ. Dia memandang lama laci itu. Mukanya serta merta terasa bahang. Ingin sahaja dia lari dari situ, tak pun tutup muka aku pakai kotak. Agh, kenapa dia pergi simpankan pulak. Malu laa aku.

“yang kau pergi simpankan kenapa doh? Aku boleh kemas sendiri laaa” marahnya cuba menahan rasa malunya.

“yang awak nak gelabah sangt ni kenapa? Saya nak tolong kemaskan pun dah kira bagus. Menyemak je bagasi awak tu dekat luar. Baik saya simpan” ujar Larra yang telah pun keluar dari tandas. Mencapai telekungnya yang tersidai di tepi kerusi. Berlagak seolah tidak ada apa-apa.

“tapi…tak payahlah. Aku…aku” Tengku Dzafril Haihdar merasa serba salah.

Larra sempat menjeling ke arah lelaki itu sambil memakai telekungnya. sejadah dicapainya sebelum dibentangkan mengikut arah kiblat.

“kenapa? Awak malu? Eleh, macam masa saya kerja dekat rumah mak awak dulu, saya tak biasa kemaskan” ujar Larra sambil tersenyum.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. Bulat matanya memandang Larra yang sedang tersenyum. Ingin berkata sesuatu tapi dilihatnya gadis itu sudahpun berpaling. Mula hendak solat. Lalu dia menghembuskan satu keluhan berat.

Dia tolong kemaskan? Malunya aku. Tapi, memang betul pun. Sepanjang dia tinggal dekat rumah mummy memang dia lah yang buat kerja-keja rumah kan masa Mak Munah sakit. So maksudnya dia pun kemaskan baju-baju aku. Agh, tapi apasal aku rasa malu sangat tiba-tiba ni?

Dia duduk di hadapan katil. Baju disarungkan ke tubuhnya. Sempat dia mengerling sekilas memandang Larra yang sedang solat.

“bagusnya dia. Masih ingat macam mana nak sembahyang. Tapi aku?” dia mengeluh perlahan sambil matanya tak lepas memerhati Larra. Tersenyum. Namun senyuman di bibirnya tiba-tiba mati. Cepat-cepat meraup wajahnya.

“apasal aku pergi puji perempuan tu pulak ni? Ingat Zaf. Kau dengan dia musuh. Kita orang dah tanda tangan pun perjanjian “Musuh Serumah” . So aku tak boleh nak bagi muka sangat dekat dia” dia membebel perlahan sebelu mengalihkan pandangannya dari terus memadnang Larra.

Tidak semena-mena pandangannya jatuh pada meja yang terletak di tepi tingkap bilik itu. Masih terlipat kemas kain pelikat yang diberikan oleh pembantu rumah Puan Marina tadi, ketika dia hendak tidur. Kain pelikat?

Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah kain pelikat itu terletak. Kakinya berhenti apabila tiba di hadapan meja itu. Tangannya di arahkan untuk mencapai kain pelikat itu sebelum membukanya.

Seumur hidupnya dia tidak pernah memakai kain pelikat. Ah, mungkin pernah. Masa aku sunat dulu tu je kot. Sekali tu je. Tapi bukan pakai pun.

Agh, Tapi tu masa aku kecik-kecik. Perlahan-lahan dia mula menyarungkan kain pelikat itu ke tubuhnya. Mencuba untuk memakai.

“macam mana orang selalu pakai ek?” dia bermonolog sendirian. Ketukan di pintu membuatkan dia terdiam sejenak. Ya memang benar pintu biliknya sedang diketuk.

Aduh. Aku dah lah tengah pakai kain pelikat ni. Lalu dia berjalan ke muka pintu dan dilihatnya Puan Marina sedang berada di situ. Memandang dirinya dengan kain pelikat yang tak siap dipakai.

“oh auntie” ujarnya sedikit terkejut. Aku ingat bibik dia, sekali rupanya dia. Puan Marina tersenyum.

“Ni, Zaf. Pukul 8 nanti turun makan okay. Auntie dah suruh bibik siapkan makanan” ujar Puan Marina.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. Sememangnya dia merasa lapar.

“okay auntie” ujar Tengku Dzafril Haidhar turut tersenyum.

“erm Larra mana? Dah siap? Bilik okay tak?” soal Puan Marina.

“Larra ada. Tengah sembahyang. Erm, rasanya bilik ni okay” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Kain pelikatnya di tarik kuat agar tidak terlucut.

Puan Marina memandang ke arah wajah lelaki itu yang kelihatan seolah-olah tidak selesa. Tangan kiri lelaki itu berada di belakang. Seolah-olah sedang memegang kain pelikat itu dari terlucut.

“kamu ni pandai pakai kain pelikat ke tak?” soal Pan Marina sedikit curiga.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Dia berhenti dari tersenyum. Alamak, aku nak jawab apa ni?

“er mestilah pandai. Kejap lagi kita orang turun, auntie” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Puan Marina tersenyum sambil mengangguk.

“okay kalau mcam tu, jangan lupa turun makan. Auntie turun dulu okay” ujar Pun Marina.

Tengku Dzafril Haihdar sekadar mengangguk dan tersengih sambil melihat Puan Marina yang sudahpun berjalan menuruni tangga. Dia menarik nafas lega sebelum pintu bilik itu ditutupnya kembali. Dilihatnya Larra sudah selesai sembahyang.

****

Ajierah tersenyum sambil memandang Hakimi. Entah angin apa lelaki itu mengajaknya untuk makan malam bersama malam itu. Kelam kabut dia dibuatnya untuk bersiap.

“Dah lama tunggu?” soal Ajierah sambil menerobos masuk ke dalam kereta milik Hakimi. Lelaki itu menoleh memandangnya.

“Lama dah. Ada la dalam 360 saat” jawab Hakimi selamba sambil tersenyum. Ajierah tergelak.

“ah, 360 saat tak lama pun. Kita nak makan mana ni?” soal Ajierah. Hakimi tersenyum.

“surprise lah. Kau kan dah banyak tolong aku, so malam ni kita pergi makan tempat special sikit. Eh? Pakwe kau tak marah ke aku bawa kau keluar ni?” soal Hakimi sambil mula memandu keluar dari kawasan rumah Ajierah.

Ajierah tersenyum.

“pakwe aku tak marah kot. Tapi kau lah, aku bimbang bini kau marah” ujar Ajirah turut berseloroh. Hakimi tergelak.

“banyak la kau. Sejak bila ada pakwe. And aku, tak pasal-pasal dah ada bini pulak” ujar Hakimi sambil tergelak. Bila bersama Ajierah dia jadi gembira. Masalahnya seolah-olah hilang. Ajierah juga yang banyak membantunya untuk kembali bersemangat selepas semangatnya hampir hilang apabila Larra dan abangnya berkahwin.

****

Larra selesai berdoa. Lalu telekungnya ditanggalkan sebelum matanya sempat mengerling sekilas ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Dilihatnya lelaki it sedang mencuba untuk memakai kain pelikat yang diberikan oleh Puan Marina. Terkial-kial.

“pandai pakai ke tak?” soalnya sekali lalu. Lelaki itu menjelingnya tanpa menjawab.

“auntie kau suruh turun pukul 8 ni makan malam” ujar Tengku Dzafril Haihdar tanpa memandang. Masih khusyuk cuba mengikat kain pelikatnya.

Larra mencebik. Bukan nak jawab soalan aku pun dia ni.

“saya dengar. Jomlah turun sekarang. Saya dah siap” uajr Larra sambil menyikat rambutnya. Namun seketika kemudian baru dia sedar sikat itu yang digunakan oleh Tengku Dzafril Haidhar tadi. Cepat-cepat dia meletakkan kembali sikat itu ke atas meja.

Yucks. dia pantas berpaling dan berjalan menuju ke pintu.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Larra yang sudah pun bergerak menuju ke pintu. Sedikit kaget dia apabila gadis itu sudahpun hendak pergi meninggalkannya sendirian bersama kain pelikat yang belum siap dipakai.

“weh kejaplah. Kain pelikat aku tak pakai lagi ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mencuba untuk terus melipat kain pelikat itu.

Larra berhenti sebelum menoleh memandangnya.

“dah awak tak pandai pakai. Tak payahlah pakai” ujar Larra selamba sambil ingin terus berjalan.

Tangannya sudah pun menarik tombol pintu itu namun seketika kemudian ada tangan sasa lain lebih cepat menolak kembali pintu itu dan menyebabkan pintu itu tertutup kembali. Larra terdiam sejenak sebelum menoleh. Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri di hadapannya sambil memandangnya.

“mana boleh. Auntie kau dah nampak pun aku nak pakai kain pelikat ni tadi. Dia siap perli lagi aku reti pakai ke tak? Kau la pandai-pandai cakap aku pakai kain pelikat” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi. Sekali lagi membelek kain pelikatnya

Larra menarik nafas panjang. Dia berjalan meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar seolah mencari-cari sesuatu sebelum kembali semula berjalan mendapatkan lelaki itu beberapa minit kemudian.

“awak berhenti” ujar Larra membuatkan Tengku Dzafril Haidhar yang sedang tertunduk memandang kain pelikatnya berhenti. Serentak menoleh memandang Larra di hadapannya. Pelik.

Larra dilihatnya mula melangkah menghampirinya sebelum mencapai kain pelikatnya.

“weh kau nak buat ape ni?” soalnya sedikit cuak. Larra mengeluh panjang.

“kalau tunggu awak pakai sendiri, sampai tahun depan pun tak siap-siap.Baik awak diam” ujar Larra sambil mula menolong lelaki itu memakai kain pelikatnya. Hujung kiri kain pelikat itu ditolaknya sebelum melilitkannya ke perut lelaki itu.

Tengku Dzafril Haihdar tidak jadi membalas. Sebaliknya sekadar berdiam diri. Membiarkan tangan Larra membantunya memakai kain pelikat.

Tubuh mereka yang agak dekat kini membuatkan dia dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu. Kulitnya memang cukup licin. Haruman dari tubuh gadis itu juga berjaya melalaikannya seketika.

Entah mengapa, dia mula berasa berdebar-debar.

“dah siap” ujar Larra sambil berdiri dan melangkah beberapa tapak ke belakang. Tersenyum memandang Tengku Dzafril Haidhar yang sudah lengkap berkain pelikat.

Melihat Larra yang sudah selesai memakaikannya kain pelikat membuatkan dai cepat-cepat mengalihkan pandangannya dari terus memandang gadis itu. Jantungnya masih lagi berdegup kencang.

“tunggu apa lagi. turun” ujar Larra sambil melangkah membuka pintu.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air lirunya. Membelek kain pelikatnya.

“Kau sure ke tak tanggal ni?” soalnya sedikit ragu.

“saya dah pinkan hujung dia. So rasanya selagi awak tak pergi clubbing, atau menari dengan kain pelikat tu kain pelikat tu tak tertanggal” ujar Larra selamba sambil tersenyum dan berpaling sebelum berjalan keluar dari bilik itu meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar yang masih berdiri.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Tangannya diletakkan di jantungnya.

Thanks, ucapnya di dalam hati.

P/s : episod kali ni saya buat lebih panjang dari selalu. jangan lupa komen :)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

43 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 15”
  1. fatimah6640 says:

    best nye citer ni…tak sabo nak beli…dah kuar ke belum….
    rasenye tak nampk pun kat mph ke popular ke

  2. novelayaya says:

    best sangat2….
    terbaik…kelakar..harap ada sambungannya..^_^

  3. maizatul says:

    best la….leh tau x kat mana leh dpt kan novel nie??? nk bli la

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.