Novel : Antara mahligai ego dan cinta 16

14 November 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Kelibat Lara sudah hilang entah ke mana. Lalu Tengku Dzafril Haidhar mengambil kesempatan itu untuk melihat sendiri rupa dia memakai kain pelikat memandangkan itu adalah pertama kali baginya. Cepat-cepat dia berjalan menuju ke hadapan meja solek. Sedikit teruja barangkali.

Dia memandang lama dirinya di cermin. Lawa jugak aku pakai kain pelikat rupanya. Hehe. Ni semua sebab Larra. Pandai-pandai cakap aku nak kain pelikat. Tak masal aku terpaksa pakai kain pelikat malam ni. “Larra. Larra” tanpa sengaja dia menyebut nama gadis itu.Terbayang sejenak di matanya bagaimana gadis itu memakaikannya kain pelikat sebentar tadi. Lembut dan kemas. Lalu tangannya perlahan-lahan mengusap lipatan kain pelikat di perutnya itu. Tersenyum.

Namun buat seketika dia pantas berhenti dari tersenyum.

“eh, mesti dia orang semua dah tunggu dekat meja makan ni. Cis, camne aku boleh lupa. Kain pelikat punya pasal lah ni” ujarnya pantas sambil berjalan menuju ke pintu sebelum memulas tombol pintu itu dan membukanya.

Ketika kakinya dijejakkan ke tangga dia sudah terdengar suara-suara orang sedang bergelak ketawa di ruang bawah. Alamak, bunyi macam ramai orang je. Malu la pulak aku nak turun. Nak turun ke tak nak? Ish, kalau aku tak turun, macam tak patut pulak. Tapi, aku tak kenal dengan family Larra ni. Apa aku nak buat ni?

Larra pun satu. Bukannya nak tunggu aku dulu ke apa? Main tinggalkan aku macam tu je. Macam mana aku nak face to face dengan family dia ni? Agak-agak okay ke aku turun dengan pakai kain pelikat ni? Dia menelan air liurnya sebelum menghentikan langkahnya di 5 anak tangga terakhir itu. Dia mengerling sekilas ke arah kain pelikat yang dipakainya kini. Nafasnya di tarik dalam-dalam sebelum melepaskannya kembali. Berhasrat dengan berbuat begitu, dia akan menajadi tenang. Matanya dipejam erat.

Phuhh! Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

“relax Zaf. Kau buat selamba je” ujarnya memberi semangat kepada dirinya sendiri. Lalu perlahan-lahan kaki kanannya dilangkahkan menuruni tangga itu sebelum matanya mencari-cari arah datangnya suara ramai-ramai itu. Langkahnya diatur kemas menuju ke ruang makan.

“Haaa ni ke suami kamu tu Larra?” tegur satu suara.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam. Eh dia cakap pasal aku ke? Suami Larra? Eh ha’ah lah. Aku lah tu. Apa sengal sangat kau ni Zaf. Dia pantas mengangkat wajahnya mencari pemilik suara itu. Dirinya kini sedang menjadi tumpuan seisi meja makan itu. Gulp! Ya, silakan pandang aku puas-puas.

Dia menangkap Larra sedang duduk di salah satu kerusi turut memandangnya. Pandangan mereka bertemu.

“ha’ah. Ni lah su…” kata-kata gadis itu terhenti membuatkan Tengku Dzafril Haidhar turut terkaku. Dia ni kenapa? Tak nak mengaku ke yang aku ni suami dia?

“suami Larra” sambung Larra. Jawapan Lara itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Mengaku pun kau.

“erm, Mari duduk sini Zaf. Tu sebelah Larra tu” balas Auntie Marina pula.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sambil bersalaman dengan dua orang lelaki yang lain dia meja makan itu. Salah seorang darinya mungkin hampir sama usia dengan papa membuatkan dia hampir yakin lelaki itu adalah Uncle Saiful yang disebut-sebut oleh Larra siang tadi. Manakala yang satu lagi agak muda. Mungkin adalah sebaya dengannya atau tua sedikit darinya. Tengku Dzafril haidhar membuat anggapan sendiri sebelum mengambil tempat di sebelah Larra.

Bibik datang menghampirinya sebelum mengisikan nasi ke pinggannya. Namun pandangannya kini tertumpu pada Larra di sisi yang sedang memandangnya. Perlahan-lahan gadis itu mendekatkan tubuhnya ke arah dirinya sebelum berbisik perlahan ke telinga Tengku Dzafril Haidhar.

“okay ke kain pelikat tu?” soal Larra perlahan.Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Jaraknya dengan Larra yang agak dekat membuatkan tiba-tiba dia menjadi gementar.

“err.okay je” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil meraba lipatan kain pelikat di pinggangnya dengan tangan kirinya. Larra mengangguk perlahan sambil menjarakkan semula tubuhnya dari lelaki itu.Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. Dia sendiri pelik dengan dirinya.

Syafik tersenyum sendiri melihat Larra dan Zaf berbisik. Pengantin baru sungguh.”erm ni Zaf kan? Lama cuti?” soalnya. Lelaki itu yang menyedari dirinya seolah diperhatikan pantas menoleh memandangnya sambil tersengih.

“seminggu je’ jawab Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum.

“puh, lama tu. Dapatlah honeymoon berdua lama-lama sikit dengan Larra’ usik lelaki itu lagi.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum mendengar usikan dari lelaki itu sebelum menoleh ke arah Larra di sisinya yang kelihatan selamba. Memanglah lama aku dapat cuti. sebab perempuan ni tiba-tiba call papa sampai papa tiba-tiba baik hati sangat nak bagi aku cuti emergency sampai seminggu. Cis! Licik punya perempuan.

Tiba-tiba Larra menoleh ke arahnya membutkan dia cepat-cepat memandang ke tempat lain. Tidak mahu dirinya ditangkap memandang gadis itu.

“Awak kenal tak siapa yang tanya tu?” soal Larra. Tengku Dzafril haidhar menoleh sekilas ke arah lelaki yang sedang memandangnya itu sebelum menggeleng. Dia memandang semula ke arah Larra.

“tak. Dah awak tak nak kenalkan dekat saya” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia terpaksa menggunakan kata ganti diri awak dan saya pula di hadapan keluarga. Ah! leceh betul.

Larra terkedu sejenak. Rasa janggal bila Tengku Dzafril Haidhar membahasakan dirinya ‘awak’. Alaaah! buat selamba sudah lah Larra. Lagipun lelaki ni kan berlakon je. Dia pura-pura tersenyum.

“haa okay. Yang tu tadi tu, Syafik. Suami sepupu saya Alyana. And yang ini uncle saya Uncle Saiful” ujar Larra mula memperkenalkan ahli keluarganya kepada Tengku Dzafril Haidhar.

Tengku Dzafril haidhar menganguk tanda faham sebelum kemudian telinganya menangkap suara seorang wanita lain di ruang itu.

“hey cepatlah. Mesti lama dah dia orang tunggu kita” ujar suara itu.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh dan kini dilihatnya seorang wanita dengan dua anak kecil sedang berjalan memasuki ruang itu. Pasti Alyana. Kata Larra, Alyana sudah ada anak manakala Aryana pula masih belum bekahwin.

“Haa Zaf. Ni lah cucu-cucu auntie. Yang lelaki tu nama dia Aiman and yang permpuan ni kakak dia. Zulaikha” ujar Auntie Marina memperkenalkan cucunya. Tengku Dzafril Haidhar sekadar mengangguk sambil memerhati kanak-kanak itu yang sedang mengambil tempat di sisi Larra dan Alyana. Agh, budak-budak ada ke dekat sini? Leceh betullah. Sememangnya dia adalah seorang yang tidak suka kepada kanak-kanak. Baginya kanak-kanak sungguh merimaskan.

“eh ni kan dulu yang datang jumpa Larra time Larra still dekat London tu kan?’ soal Larra di sisinya membuatkan Tengku Dzafril Haidhar menoleh sekilas. Gadis itu kelihatan ceria sambil memandang ke arah Zulaikha. Oh come on! Jangan cakap perempuan ni suka dekat budak-budak, bisik hatinya.

“ha’ah. Zulaikha yang ikut dulu. Tapi time tu dia kecil lagi. Aiman pun belum lahir” ujar Uncle Saiful pula. Tengku Dzafril Haidhar malas untuk masuk campur lalu dia meneguk perlahan air di gelasnya.

“kita orang dah ada dua. Larra dengan Zaf bila pulak?” soal Alyana pula membuatkan Tengku Dzafril Haidhar yang sedang minum tesedak.

“ha’ah. Kamu berdua dah berapa bulan kahwin? 3 bulan ada?” soal Auntie Marina. Larra mengangguk sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Hiahdar. Ada anak? Dengan lelaki ni? Memang tak mungkinlah. Aku tak nak anak aku ikut perangai lelaki ni. Ego sangat!

“dah 3 bulan. Takkan belum ada tanda-tanda lagi?” soal Auntie Marina pula. Larra terdiam sejenak. Tak payah nak ada tanda-tanda sangat la.

“Jemput makan Zaf, Larra. Alah Marina. Kita dulu pun lepas kahwin bukan terus dapat anak. Lama jugak baru awak ngandungkan Alyana” ujar Uncle Saiful.

Kata-kata Uncle Saiful itu sedikit sebanyak melegakan Tengku Dzafril Haidhar. Nak ada anak? Tolong lah. Aku tak bersedia lagi nak jadi bapak budak. Lagipun, macam tak mungkin je aku nak ada anak dengan Larra ni. Dia mengerling sekilas ke arah Larra.

“ish awak ni. Tu dulu. Time dulu tu kita kahwin awal. Sekarang ni Larra pun dah 25. Memang sedang elok lah kalau nak ada anak. Marissa tu bukan saya tak tahu. Dah lama dah teringin dah nak bercucu” ujar Auntie Marina sekali lagi cuba mempertahankan kata-katanya. Larra tersenyum. Ah sudah! Bila uncle dan auntienya berselisih pendapat, itulah jadinya. Masing-masing tetap mahu membetulkan pendapat masing-masing.

“Larra ada merancang ke ? Nak ada anak bila?” soal Alyana pula. Pandangan Larra beralih pada Alyana pula.

“err. Taklah. Tak ada rancang apa-apa pun. Mungkin belum rezeki kita orang kot” ujar Larra sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya yang sedang tersenyum memandangnya. Pandangan yang penuh bermakna. Cepat-cepat Larra mengalihkan pandangannya dari wajah lelaki itu. Takut aku tengok muka dia senyum dengan aku macam tu.

“oh. Akak ingat Larra ada merancang ke apa. Yelah, perempuan sekarang kan banyak merancang tak nak mengandung. Tapi akak nasihatkan kat Larra, tak payahlah. Kalau dah memang rezeki terima je” ujar Alyana lagi.

“Betul tu Larra. Zaf” sokong Auntie Marina pula.

“erm dahlah. Sian mereka. Kalau ada. adalah, kalau tak ada, nak buat macam. Mana. Semua tu kan kuasa tuhan. Eh Zaf, tak payah malu-malu. Nak makan, tambah je lagi” ujar Uncle Saiful seolah dapat mengesan perubahan pada riak wajah Larra dan Zaf apabila disoal tentang anak.

“erm. Aryana mana auntie? Tak nampak dia pun” ujar Larra.

“oh. Aryana. Dia tak ada. Dia tengah outstation sekarang dekat Indonesia. Kalau dia tahu Larra datang sini mesti dia frust sebab dia tak ada sekali. Tahu je lah dia tu” ujar Auntie Marina. Larra tersenyum sambil mengangguk.

“oh. Patutlah tak nampak dia. Dia tak ada dekat rumah rupanya” balas Larra.

****

Hakimi merenung wajah Ajieah di hadapannya. Beruntung siapa yang dapat member aku ni. Tidak dinafikannya, Ajierah melengkapi hampir kesemua pakej perempuan yang sempurna. Gadis itu cantik, bijak, pandai memasak dan juga pandai menjaga batas muslimahnya. Selama dia mengenali Ajierah, belum pernah dia melihat gadis itu tanpa tudungnya.

“Kau nak makan apa ni?” soalnya memulakan bicara. Ajierah mendongak memandangnya sambil tersenyum.

“eh, kau yang bawak aku keluar ni. Kau lah tolong orderkan untuk aku. Aku makan je apa yang kau order” ujar Ajierah kembali. Tudung yang dipakainya dibetulkan sedikit.

“haha. Tak payah macam nak malu-malu sangat ea Ajierah. Since bila kau pandai malu-malu dengan aku ni?” soal Hakimi sambil memanggil pelayan yang berhampiran.

“aku segan la. Tak pernah kau ajak aku makan kat tempat macam ni” ujar Ajieah. Hakimi tersenyum

“beef stick dua” ujarnya ke arah pelayan itu.

“eleh. Kau dengan member sendiri pun nak malu-malu” ujar Hakimi sambil melirik ke arah Ajierah.

“Mestilah. Segan lah aku kau tiba-tiba bawak aku pergi sini. Aku ingat kau nak melamar aku tadi” ujar Ajierah sengaja berjenaka. Dilihatnya Hakimi tersenyum.

“gila. Aku nak melamar kau, tak grand lah tempat-tempat macam ni. Aku lamar kau dekat depan masjid terus” ujar Hakimi lagi.

“ah cakap kosonglah kau. Kau kan dah ada sape hari tu. Larra eh?” soal Ajierah. Hakimi tergelak.

“kau ni. Aku gurau-gurau pun nak marah. Aku touching lah macam ni, Jie” ujar Hakimi lagi. Dipandangnya wajah Ajierah di hadapannya kini.

*****

Selesai makan malam, Larra memutuskan untuk membawa dirinya masuk ke biliknya. Sempat dia menjeling jam tanganya yang menunjukkan angka 9.30 malam. Setelah menutup semula pintu itu, Larra pantas mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di dalam laci.

“Herm mama rasanya belum tidur ni. Call mama lah” ujar Larra tersenyum sambil matanya fokus memandang satu persatu nama di ‘contact list’ telefonnya itu. Dia tersenyum lebar sebaik sahaja nama yang dicari-carinya telah ditemui. Lalu dia melekapkan telefon itu ke telingnya sementara menunggu mamanya mengangkat panggilan telefon darinya.

Beberapa minit kemudian, panggilannya di angkat.

“Hello, Larra?” Soal suara itu. Larra tersenyum sambil berjalan menghampiri almari pakaiannya.

“assalaamualaikum. Mama! Larra rindu dekat mama ni” balasnya riang. Sudah lama dia tidak dapat berbual-bual dengan mamanya.

Tangan kirinya membuka pintu almari itu.

“mama pun rindu Larra jugak. Larra dekat rumah auntie ke sekarang ni? Dengan Zaf?” soal mamanya pula. Larra tersenyum apabila jumpa apa yang dicarinya. Lalu seluar pendek itu pantas disarungkan ke tubuhnya mengantikan seluar panjang yang dipakainya. Memang kebiasaan baginya, dia lebih suka tidur dengan memakai seluar pendek atau gaun tidur kerana lebih selesa.

“erm ha’ah. Larra dah dekat rumah auntie ni, mama. Petang tadi Larra sampai sini. Dengan Zaf sekali” ujarnya seraya menutup pintu almari itu. Dia berjalan menuju ke katil sebelum duduk.

“ouh. Baguslah kamu berdua selalu spend time masa sama-sama. Mama suka. Zaf layan Larra macam mana?” soal mamanya lagi membuatkan Larra semakin hairan. Apa kes mama tanya soalan berbentuk interview nih. Mama aku ke ni? Pelik betul.

“errr. Mama. Zaf layan Larra macam biasa je. Baik je. Kenapa mama tanya macam tu?” soalnya meluahkan rasa hairannya. Kedengaran dari hujung talian mamanya ketawa kecil mendengar soalannya.

“tak ada. Mama saje je tanya. Mana lah tau. Kot kot Zaf tu buli Larra ke. Ke Larra yang buli Zaf ni?” ujar mamanya lagi.

Larra menelan air liurnya. Ah, kenapalah mama suka sangat tanya aku pasal Zaf. Di mata mama, lelaki itu adalah menantu yang terbaik. Zaf baik, Zaf itu, Zaf ini. Langsung tak ada cacat celanya lelaki itu. Dan dia masih ingat janjinya pada lelaki itu untuk menyimpan rahsia sebenar kehidupan mereka setelah berkahwin. Dia berpegang pada janji itu.

“ish, mana ada Larra buli dia. Berdosa buli suami sendiri, kan mama?” ujarnya sengaja berkata begitu. Hahaha! Mama, kalau lah mama tahu hidup kita orang macam mana lepas kahwin mesti mama pun tak akan percaya. Kalau lah mama tahu, Zaf selalu membulinya, mama pasti tak akan percaya. Kalau lah mama tahu aku terpaksa balas balik perbuatan lelaki tu demi nak protect diri aku, mama pun tak akan tahu.

“betul ni? Kamu tu bukan mama tak tahu Larra. Dari kecil, nakal. Nak bergurau pun kamu kena ingat Larra. Jangan sampai Zaf tu terasa hati pulak dengan kamu. Syurga seorang isteri terletak di bawah keredhaan suami” mamanya sudah mula memberi ceramah. Yeah! Itu dia! Mama dah mula dah.

“Ya mama. Larra tahu. Zaf pun selalu pesan macam tu jugak dekat Larra”

Larra mengerutkan dahinya. Eh? Pesan? Lelaki itu pesan ke? Hahaha. Yang pasti lelaki itu suka mengugutnya dengan ayat itu. Kalau apa yang diinginkan oleh lelaki itu tidak mahu ditunaikan olehnya, pasti lelaki itu akan mengugutnya dengan menggunakan ayat yang sama. Mama dengan Zaf ada persamaan lah!

Dia tiba-tiba merasakan ada sesuatu merayap di kakinya membuatkan perasaannya mula menjadi tidak enak. Janganlah binatang tu pun ada dekat sini, getus hatinya. Jantungnya mula berdegup kencang. Cuba berfikir positif namun dia masih belum berani untuk memandang kakinya bagi memastikan apa yang difikirkannya adalah perasaannya semata-mata. Matanya dipejam erat menahan rasa geli.

“mama ucapkan yang terbaik untuk Larra dengan Zaf. Nanti bila-bila free jangan lupa ajak Zaf makan rumah kita. Mama rindu sangat dekat Larra. Balik sini, ya sayang” ujar mamanya lagi.

Kata-kata mamanya itu sekadar didengar sekali lalu sahaja olehnya. Fokusnya kini bukan lagi pada topik perbualan dengan mamanya namun pada sesuatu yang sedang berjalan-jalan dengan riang gembira di kakinya. Ah, aku tak sedap hati macam ni.

“okay mama. Nanti Larra..Nanti Larra cakap dengan Zaf . Erm okaylah mama. Larra dah mengantuk ni. Nanti bila-bila Larra call mama lagi” ujar Larra sambil mengetap bibirnya cuba menepis benda itu dari berjalan-jalan di kakinya. Dia mahu cepat-cepat menamatkan perbualan itu.

“okay sayang. Tidurlah. Assalamualaikum” ujar mamanya.

“waalaikumussalam” ujar Larra sebelum segera menamatkan panggilan. Telefon bimbitya diletakkan di sisinya sebelum matanya perlahan-lahan diarahkan memandang ke arah kakinya. Hampir gugur jantungnya di saat itu. Ternyata tekaaanya benar. Ada lipas di situ. Sedang menyusup masuk ke bawah katil. Ada juga yang berjalan-jalan di kakinya sebelum terbang kembali ke lantai. Tadi aku tak perasan pun lipas ni ada dekat sini!

Tanpa berlengah Larra pantas bangun berdiri dan menjerit dengan sekuat hati

“Aaaaa!!!!!!!!!!!!”

Pintu biliknya terkuak dan kini dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar masuk ke bilik itu. Memandangnya yang sedang menjerit dengan wajah yang cemas. Lalu tanpa membuang masa dia terus menerpa ke arah lelaki itu sebelum memanjat tubuh Tengku Dzafril Haidhar. Memeluk lelaki itu erat. Aku tak peduli dah sekarang macam mana pun, yang penting aku tak nak jejak kan kaki aku dekat lantai!! Ada lipas!

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak melihat Larra yang sudah pun berada di dalam dukungannya seolah-olah anak kecil. Baru tadi ketika dia ingin menaiki tangga, dia mendengar gadis itu menjerit dengan kuat dari dalam bilik membuatkan dia tanpa berfikir panjang terus meluru berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Namun itu pula habuannya. Ketika dia masuk, Larra terus menerpa ke arahnya sebelum memanjat tubuhnya dan memeluknya erat. Free-free je mintak aku dukung perempuan ni?

“weh. Kau apahal doh?” soal Tengku Dzafril Haidhar cuba menolak tubuh Larra.

Jantungnya dirasakan berdegup dengan hebat ketika itu. Dia sendiri hairan, respon automatik dirinya setiap kali dia dan Larra dekat, jantungnya mla berdegup dengan kadar yang sangat tidak normal. Macam nak terkeluar pun ada.

“tolong” rintih Larra perlahan sambil memeluk erat tubuh lelaki itu.

Rintihan Larra itu membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tidak jadi menolak tubuh itu dari terus melekap di tubuhnya. Sebaliknya tangan kirinya mula menyokong tubuh gadis itu dan terus mendukungnya.

“Kau..Kau apahal ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Dia menelan air liurnya. Masalahnya ni bukan peluk biasa. Ni siap aku kena dukung dia lagi. Kedua kaki gadis itu kemas melilit pingganngnya.

“ada lipas dekat hujung katil tu. Saya geli lipas” balas Larra perlahan. Tengku Dzafril Haidhar memperkemaskan dukungannya sebelum mula menggerakkan kakinya menuju ke arah yang dimaksudkan oleh Larra.

Matanya terpaku pada hampir 15 ekor lipas yang sedang merayap di bawah katil itu. Keluar dan masuk dengan bebas. Satu keluhan berat dilepaskannya. Kerana lipas itu Larra jadi begini. Takut lipas rupanya perempuan ni. Nak tolong buang, aku sendiri pun geli lipas.

“sikit je lipas tu. Turun lah kau” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“No. Please Zaf. Tolong buang lipas tu” Larra seolah merayu membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tidak jadi untuk menurunkan gadis itu. Timbul satu perasaan untuk melindungi gadis itu pula.

“okay-okay. Aku mintak tolong orang buang lipas ni. Relax okay” pujuk Tengku Dzafril Haidhar sambil mendukung Larra menuju ke pintu. Tubuh Larra di bawanya menuju keluar dari bilik itu.

“Kenapa Zaf? Ada apa Lar…..” kata-kata Syafik terhenti di situ apabila melihat keadaan Larra yang masih berada di dalam dukungannya itu. Sedikit terkejut.

“ada lipas, bang dekat dalam tu. Tepi katil” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba. Dia malas untuk ambil pusing apa pun yang bermain di dalam fikiran orang lain yang melihat keadaannya kini bersama Larra..

“banyak ke?” soal Uncle Saiful pula.

“ada dalam 15 ekor kot. Larra ni takut dengan lipas” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil terus berjalan membawa Larra yang masih didukungnya ke sofa berhampiran. Perlahan-lahan dia meletakkan Larra yang masih pucat di situ. Masih takut barangkali. Lalu dia mengambil tempat di sisi gadis itu. Syafik dan Uncle Saiful telahpun hilang masuk ke dalam bilik tetamu mereka itu. Pandangannya dialihkan semula ke arah Larra.

“kau takut sangat dengan lipas eh?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Larra dilihatnya tidak menjawab namun sekadar mengangguk perlahan.

Melihat pada wajah Larra itu membuatkan Tengku Dzafril Haidhar mula timbul rasa kasihan. Lalu, tangan Larra dipegangnya kemas sebelum perlahan-lahan dia menarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Berniat untuk menenangkannya. Tangan kanannya memeluk erat belakang tubuh Larra. Buat pertama kalinya, dia memeluk seoang perempuan yang halal baginya dengan keinginannya sendiri.

Larra lupa lelaki itu adalah musuhnya. Apa yang dia tahu kini, dia mula berasa selamat berada di dalam pelukan lelaki itu. Matanya ditutup perlahan. Membiarkan tubuhnya terus di dalam pelukan sasa Tengku Dzafril Haidhar.

“Binatang tu dengan kau sape lagi besar. Kau kan? Dah tak payah takut, aku ada” ujar Tengku Dzafril Haidhar cuba memujuk. Ah, aku tak reti nak pujuk perempuan. Kau tahu tak Larra? Larra dilihatnya sekadar berdiam diri. Tidak memberi respon. Eh? Marah ke?

“Larra kenapa? Ops” kedengaran satu suara dari arah belakang mereka membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas menolak tubuh Larra sebelum menoleh. Dilihatnya Puan Marina sedang berdiri di situ memandang mereka berdua dengan wajah yang terkejut. Ah sudah. Salah timing betullah. Time-time macam ni jugak kantoi. Dia malu sendiri.

‘eh auntie. Tak ada. Dalam bilik tu tadi ada…..” belum sempat Tengku Dzafril Haidhar menghabiskan kata-katanya wanita itu terlebih dahulu bersuara.

“auntie kacau ke?” soal wanita tu.

Tengku Dzafril Haidhar membetulkan duduknya. Erm tak boleh blah soalan mak cik Larra ni, boleh tanya lagi.

“eh tak adalah auntie. Zaf nak tenangkan Larra je. Tadi dalam bilik tu ada lipas” ujar Tengku Dzafril Haidhar cuba membetulkan keadaan.

Dia mengerling ke arah Larra di sisi. Sempat dia menjarakkan duduknya dengan Larra. Mula sedar dan pelik dengan reaksi dirinya. Apasal aku pergi peluk dia pulak? Nak tenangkan dia? What the hell are you doing? Sejak bila pulak kau dah mula nak jadi hero ni. Biasa yang buat kerja-kerja amal pujuk perempuan ni, Hakimi je. Yang kau sekarang dah terikut sekali ni kenapa? marahnya.

“Larra okay tak ni?” soal Puan Marinna jelas risau sebelum duduk di hadapan mereka berdua.

****

Tengku Dzafril Haidhar masuk ke bilik itu manakala Larra mengikutnya dari arah belakang. Kata Uncle Saiful mereka telah meletakkan ubat lipas di bawah katil. Lega apabila lipas-lipas tersebut sudah tidak lagi keluar dan masuk sesuka hati. Dia tersenyum sebelum menoleh memandang Larra yang masih tercegat berdiri di belakangnya.

“dah tak ada benda la. Benda tu dah mati kot” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba membuatkan pandangan Larra tertumpu padanya.

“sekarang tak ada. Kalau kejap lagi masa saya tidur dia ada lagi macam mana?’ soal Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan sebelum matanya sempat melirik seketika ke arah kaki putih Larra yang terdedah. Ish, pakai seksi-seksi lagi budak ni. Dia ni tak sedar ke dia tinggal sebilik dengan lelaki? Ke dibuatnya aku tak boleh control kang dia salahkan aku jugak! Dia mengomel di dalam hati.

Langkahnya diatur menuju ke arah gadis itu sebelum tersenyum. Otaknya sudah merencanakan sesuatu.

“kalau kau takut nak tidur seorang, aku boleh je teman kau tidur sekali malam ni. Aku no hal. Kau macam mana?” soalnya selamba sambil tersenyum nakal memandang wajah Larra yang sudah berubah.

Kata-kata Tengku Dzafril Haidhar disambut dengan jelingan Larra. Eh apahal pulak mamat ni tiba-tiba nak menggatal dengan aku. Tak ingin aku tidur dengan kau. Lalu kakinya ringan sahaja melangkah menuju ke katil. Tanpa dipaksa. Dia lupa soal lipas. Yang pasti kini, dia tidak mahu tidur bertemankan lelaki itu. Aku boleh tidur seorang la.

“ah tak payah mengada ea. Awak tidur dekat sofa je malam ni. Dah jangan ganggu saya. Nak tidur” ujar Larra dingin sebelum pantas merebahkan tubuhnya ke atas katil. Selimut tebal di kakinya pantas di tarik menutupi seluruh tubuhnya sebelum sempat dia mengerling ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih berdiri memandangnya sambil tersenyum.

Ish lelaki ni senyum-senyum. Dari tadi tak habis-habis dengan senyum kau. Buat aku makin takut. Dahla cuak giler ni. Dia ni lagi menakutkan dari lipas. Matanya yang belum mengantuk pantas ditutup rapat. Tidak mahu terus memandang lelaki itu dengan senyumannya lagi.

“tak payah malu. Aku pun first time jugak” ujar lelaki itu.

Larra membuka matanya sedikit. Lelaki itu kini sudahpun berjalan menuju ke arahnya sebelum merangkak betul-betul di atasnya. Dia semakin kaget apabila tubuh lelaki itu kini dalam sekelip mata sudah menindihnya membuatkan dia sedikit sesak nafas. Bulat matanya memandang ke arah lelaki itu yang masih merenungnya. Kedua tangan lelaki itu menghalangnya untuk bergerak apatah lagi keadaannya kini yang berselimut penuh satu badan membuatkan semakin sukar untuk dia melawan lelaki itu. Agh, aku tak nak kalah dengan lelaki ni. Tak mungkin sesenang ni aku boleh kalah dengan dia.

Melihat Larra meronta-ronta membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersenyum apabila menyedari kemenangan hampir berpihak padanya.

“apa yang awak buat ni? awak jangan macam-macam ea Zaf. Awak tak..tak boleh buat macam ni dekat saya!” jerit Larra.

“shhh.kau jerit-jerit pun tak guna. Nanti uncle dengan auntie terkejut dengar kau jerit lagi. Baik kau diam sebelum aku kiss kau” ujar Tengku Dzafril Haidhar lembut. Larra merenung wajahnya lama dengan mata bulatnya. Gadis itu sudah tidak menjerit lagi.

“awak jangan buat kerja gila. Kertas perjanjian tu sah. Kalau awak buat sesuatu dekat saya, saya boleh sue awak” ujar Larra kembali. Seolah-olah mengugut.

Tengku Dzafril Haidhar merenung segenap wajah milik Larra sebelum tergelak kecil. Merasa kelakar mendengar kata-kata ancaman gadis itu. “sue aku? Agak-agak kau mahkamah mana nak terima kes, isteri saman suami sendiri just sebab suami mintak layanan isteri? Ada ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Larra menelan air liurnya. Memang la tak ada. Agh, kenapa dengan lelaki ni. Tadi dia tak macam ni pun. Tiba-tiba je berubah watak.

“awak dah janji Zaf” rayunya.
.
“Relax sayang. Aku bukan nak buat apa pun. Aku just nak release tension je malam ni. Boleh kan?” soalnya lembut dengan gaya menggoda. Larra tediam sejenak. Gulp. Lelaki ni memang dah tak betul agaknya. Release tension ape macam ni? Makin buat aku tension ada la!

Wajah Tengku Dzafril Haidhar sudah semakin hampir dengannya. Dia cuba meronta namun masih gagal. Dia tiada jalan lain. Matanya dipejam erat sebelum memalingkan wajahnya dari lelaki itu.

Melihat Larra yang sudah kaku dan menyerah itu membuatkan senyuman di bibir Tengku Dzafril Haidhar semakin lebar. Seronok mempermainkan gadis itu. Dia merenung lama wajah milik Larra sebelum mula menjarakkan semula wajahnya dari gadis tu sebelum bersuara.

“don’t worry. Aku tak kan mintak malam ni. Aku just nak ambil bantal je sebenarnya” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum bangun dari terus berada di atas gadis itu.

Tangan kirinya sempat mencapai bantal di sisi Larra. Yang sebenarnya dia sendiri khuatir imannya tidak cukup kuat. Mempermainkan gadis itu dengan cara begitu sama seperti dia bermain dengan api. Dia juga tidak mahu menggunakan cara kotor begitu dengan Larra. Niatnya hanya mahu menakut-nakutkan gadis itu sahaja.

Larra membuka matanya semula. Dilihatnya Tengku Dzafril haidhar telahpun beranjak dari tubuhnya sebelum bangun menuruni katil itu dengan memegang bantal.

“masa dekat luar tadi aku peluk kau sebab berlakon je. Kau jangan ingat aku betul-betul nak peluk kau pulak” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil berlalu menuju ke sofa.

Larra mengerutkan dahinya. Berlakon? Memanglah. Mana mungkin lelaki tu nak saja saja peluk aku. Tapi! Eh kejap. Dia nak berlakon depan siapa? Masa dia peluk aku tu bukan ada sesiapa pun dekat ruang tu. Cuma aku dengan dia.

*****

Hakimi merebahkan kepalanya ke bantal. Matanya masih belum mengantuk. Eih, aku nak bagi jam tangan tu dekat dia. Tapi entah bila baru boleh bagi. Serta merta otaknya teringatkan tentang Ajierah.

“entah dia suka ke tak jam tu? Tapi kan Larra yang pilih. Taste Larra memang tinggi. Lawa je jam tangan tu. Cuma Ajierah tu lah. Entah dia suke ke tak dengan jam tangan tu?” soalnya perlahan sambil mengiringkan tubuhnya. Bantal golek di sisinya pantas dicapai sebelum dipeluk. Masih memikirkan tentang Ajierah.

“kalau dia tak suka macam mana? Patut ke aku tukar jam tangan yang baru?” soalnya lagi.

Dia kembali menelentangkan tubuhnya. Ah yang aku fikir sangat ni kenapa? Dia suka ke tak, dia kena suka jugak. Tu kan pemberian dari aku. So dia kena suka jugak. Perlahan-lahan dia tersenyum sebelum menutup matanya. Bantal golek di dalam pelukannya itu dipeluk erat. Dia tertidur sambil tersenyum.

*****

Dia terjaga saat lengannya digoncang perlahan. Perlahan-lahan dia membuka mata sambil menggeliat. Ah, sudah pagi rupanya. Malam tadi dia gagal melelapkan mata gara-gara Larra. Sekitar pukul 2 pagi, dia masih berjaga dan ketika itu dilihatnya Larra telah pun tidur nyenyak di katil itu. Sekali lagi dia merasakan lengannya disentuh pelahan membuatkan dia terpaksa membuka mata kembali.

Larra sedang berdiri di hadapannya sambil memandangnya.

“kau nak apa?” soalnya dingin. Merasa sedikit terganggu dengan gadis itu.

Larra mengetap bibirnya. Wajah Tengku Dzafril Haidhar dipandangnya lama. Ish aku nak kena bagitahu ke tak nak? Kalau aku tak bagi tahu, aku nak mintak tolong dekat siapa lagi.

“Saya nak mintak tolong awak ni. Tolong belikan barang” ujar Larra perlahan.

Tengku Dzafril Haidhar memandangnya lama tanpa memberikan sebarang respon. Terkelip-kelip memandangnya.

“Pergi beli sendiri lah” ujar lelaki itu akhirnya sambil memejamkan kembali matanya. Larra mengetap bibirnya. Mula berasa geram dengan sikap acuh dan tidak acuh lelaki itu. Eish dia ni! Aku nak minta tolong ni, dia boleh buat tak tahu je.

“Mana boleh saya pergi beli sendiri. Saya tak faham sangat jalan dekat Singapore ni” ujar Larra kembali. Dia takut kalau dia pergi seorang, dia boleh sesat. Dahlah aku dah lama tak jejakkan kaki dekat Singapore ni. Dah kalau KL tu pun aku balik lepas 9 tahun still boleh sesat. Singapore ni lagilah.

“alah. Gunalah GPS” ujar Tengku Dzafril Haidhar tanpa membuka matanya.

Larra mendengus perlahan. Senang je dia punya alasan. Tak boleh jadi ni. Lelaki ni memang nak kena. Ingat aku saje-saje je ke nak minta tolong kau kalau tak sebab darurat? Lalu tanpa berlengah dia pantas menarik tangan lelaki itu sebelum menolak lelaki itu dengan sekuat hatinya sehingga menyebabkan Tengku Dzafril Haidhar kini tergolek jatuh ke lantai. Baru puas hati aku. Dia tersenyum sinis melihat wajah bengang Tengku Dzafril Haidhar yang marah kerana ditolak jatuh dari sofa.

“kau buat apa ni?!” marah lelaki itu sambil mengerutkan keningnya memandang Larra yang msih berdiri di hadapannya.

“Padan muka awak! Saya kejut awak cara baik-baik awak tak nak dengar. Terpaksa saya guna cara macam ni!” balasnya kembali. Tengku Dzafril Haihdar mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kau nak minta tolong apa ni?” soal lelaki itu.

Larra menelan air liurnya. Tidak tahu hendak memulakan ayatnya bagaimana. Agh! Tadi aku juga yang nak kejut dia. Sekarang aku tak tahu macam mana nak bagitahu dekat dia.

“sa..saya” kata-katanya terhenti. Memandang lama wajah Tengku Dzafril Haidhar. Mengumpul kekuatan untuk memberitahu lelaki itu. “saya cuti!” ujarnya pelahan. Phuh! Keluar pun apa yang aku nak cakap. Harap-harap lelaki tu faham.

Tengku Dzafril Haidhar menggaru-garu kepalanya. Masih tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Larra.

“cuti? Memanglah kita cuti sekanrg ni. Mana ada kerja. Kau cakap apa ni?” soal lelaki itu lagi sambil menguap. Masih mengantuk. Perlahan-lahan dia bangun berdiri. Sekali lagi menggeliat.

Larra menarik tubuh lelaki itu menghadapnya. Matanya tepat memandang ke arah lelaki itu. Tengku Dzafril Haidhar turut membalas pandangannya. “saya datang bulan. Awak faham tak!” jerkah Larra mmebuatkan Tengku Dzafril Haidhar terdiam. Wajah marah Larra dipandangnya. Dia kaku di situ. Larra dilihatnya mula berasa serba salah. Mencari-cari kata yang sesuai mungkin. “so….so saya nak awak tolong belikan saya…pad” sambung Larra lagi.

Larra tertunduk. Dia malu untuk menyebutnya namun dia terpaksa.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. Baru kini dia faham maksud gadis itu. Dia datang bulan. Ya, Larra kan perempuan. Permpuan memang akan period tiap-tiap bulan. Ah, apa ke bengapnya aku boleh blur pulak.

“kau tengah period?” soal Tengku Dzafril Haidhar lagi. Dilihatnya Larra mengangguk perlahan tanpa memandangnya.

Larra terdiam. Pegh, direct sangat lelaki ni tanya aku.

“kau ni, takkanlah kitaran haid sendiri pun boleh tak ingat. Lain kali kalau dah tau due dah dekat tu prepare lah” balas Tengku Dzafril Haidhar sambil bergerak ke arah tempat penyidai tuala. Larra sekadar berdiam diri. Memang salahnya. Dia terlupa. Sungguh dia lupa.

“saya terlupa” jawabnya pelahan.

“Period sendiri datang bila pun boleh lupa. Macam mana lah kau ni? Weh, tapi aku tak tahu macam mana nak pilih barang kau tu. Kau tulis dekat note ah jenama dia. Aku takut aku lupa” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil bergerak masuk ke tandas.

Larra mencebik sambil duduk. Mujur di dalam begnya memang ada satu simpanan kalau-kalau hal kecemasan seperti itu berlaku. Namun hanya satu itu. Tiada yang lain. Aih cuai betul lah.

****

Puan Zahnita tersenyum saat matanya menangkap kelibat Hakimi di ruang makan itu turun bersarapan.

“Morning, Kimi” ujar Puan Zahnita.

Hakimi tersenyum memandang Puan Zahnita sebelum menarik salah satu kerusi yang ada “Morning mummy” jawabnya sambil mencapai pinggan dan menceduk mee di mangkuk besar itu ke pinggannya.

“mummy tengok, sejak kebelakangan ni Kimi jarang makan dekat rumah. Selalu makan dekat luar” ujar Puan Zahnita meluahkan rasa hatinya.

Dia tahu, kebelakangan ini Hakimi selalu meluangkan masa dengan seorang gadis. Kata kawannya, gadis itu bertudung. Kerana itu, pagi ini dia mahu mengorek serba sedikit rahsia tentang gadis bertudung itu.

Hakimi menoleh ke arah Puan Zahnita yang telah pun mengambil tempat di hadapannya.

“mana ada mummy. Kimi selalu je makan kat rumah. Cuma mummy yang selalu tak ada. Sibuk sangat dengan butik mummy tu” ujar Hakimi sengaja berdalih sebelum menyuap mee itu ke mulutnya. Hakikatnya dia sendiri tahu, dia memang jarang makan di rumah kebelakangan ini. Kadang-kadang dia lebih suka keluar makan bersama Ajierah.

Puan Zahnita mengeluh perlahan. Hakimi masih belum nampak arah tujuan perbualan mereka. “Memanglah. Tapi mummy dengar, sekarang Kimi rajin keluar dengan seorang officemate Kimi tu. Kalau senang-senang nanti bawa lah dia ke rumah kita. Mummy nak juga kenal-kenal dengan dia” ujar Puan Zahnita cuba mengaitkan tentang gadis bertudung itu.

Hakimi berhenti menyuap. Pandangannya diarahkan ke mummy nya yang kelihatan selamba. Sedikit hairan bagaimana mummya tiba-tiba boleh menyentuh tentang hubungannya dengan Ajierah. Meski mummy nya itu tidak menyebut tentang Ajierah, namun dia pasti dan yakin gadis itulah yang dimaksudkan oleh mummy nya. Mana mummy tahu pasal Ajierah. Aku tak pernah pulak cerita dekat dia apa-apa pasal Ajierah.

“apa maksud mummy ni? Kimi kurang faham” ujar Hakimi kembali. Dia lebih suka berpura-pura untuk tidak faham berbanding gelabah tak tentu pasal. Kerana sikapnya itulah ramai yang gagal meneka apa yang bermain di dalam fikirannya.

Puan Zahnita menghirup kopi di cawannya sebelum mengerling sekilas ke arah Hakimi. Nampaknya, anak terunanya itu seolah-olah mahu bermain tarik tali dengannya. Berpura-pura tidak faham, berpura-pura tidak tahu. Ya itu adalah sikap Hakimi. Lebih senang menyembunyikan reaksi sebenanrya dengan wajahnya yang sentiasa tenang.

“Macam ni lah Hakimi. Biar mummy terus terang. Mummy rasa tak salah kalau Kimi cari pengganti Larra. Kalau officemate Kimi tu sesuai dengan Kimi, why not kenalkan dekat mummy. Tak guna Kimi terus berharap dekat Larra. She’s got nothing to do with you. Find someone else for yourself” ujar Puan Zahnita.

Hakimi dilihatnya sedikit terkejut mendengar kata-katanya. Terdiam dan terkedu.

Dia menelan air liurnya. Dia sudah dapat mengagak dari awal, apa yang cuba disampaikan oleh mummy nya. Dia tahu, Larra sudah tidak berbaloi untuk dipertaruhkan untuk masa hadapannya lagi. Gadis itu sudah menjadi milik abangnya. Namun dia sendiri masih degil. Masih tetap dengan peraaannya terhadap gadis itu. Lebih tidak disangkanya, hubungan rapatnya dengan Ajierah pula kini disalah ertikan oleh mummy nya. Agh, serabut!

“mummy. Mummy dah salah faham. Kimi dengan Ajierah tak macam apa yang mummy fikir. Kita orang cuma kawan je. Lagipun, bukan mudah Kimi nak lupakan Larra. I know. She is someone else’s wife but i can’t stop loving her” ujar Hakimi kembali. Moodnya untuk makan serta merta hilang.

“Habis, officemate Hakimi tu untuk apa?” balas Puan Zahnita. Hakimi mengeluh perlahan.

“she’s my besfriend, mummy. Dia lah yang selalu dengar masalah Kimi. Kita orang memang rapat but Kimi tak layak untuk perempuan macam dia. Lagipun, bukan mudah Kimi nak gantikan Larra dengan Ajierah” ujar Hakimi kembali. Memang, sampai sekarang, dia masih sukakan Larra. Ajierah juga tidak kurang cantiknya namun dia tidak ada perasaaan pada gadis itu.

Puan Zahnita terpempan mendengar kata-kata Hakimi. Oh Ajierah nama budak tu. Nampaknya aku dah salah sangka. Tapi kenapa lah Hakimi ni still tak nak mengalah jugak. Larra tu kan dah jadi milik orang lain. Patutnya dia carilah pengganti. Bukan mengharap pada benda yang tak pasti. Dia benar-benar berharap Hakimi dapat mencari pengganti Larra. Entah apa hebatnya Larra sampai Hakimi tidak mahu berganjak dari menyukai gadis itu pun dia tak tahu.

“sampai bila kamu nak terus macam ni, Hakimi? Apa yang sudah tu, sudah. Yang kamu still nak simpan Larra tu buat apa? Mummy tak fahamlah dengan kamu ni” soal Puan Zahnita. Masih belum berputus asa untuk mencuba memujuk Hakimi.

Hakimi menarik nafas panjang. Dia malas mahu berdebat dengan mummy nya tentang hal itu. Dia tahu niat wanita itu baik namun dia sendiri masih belum bersedia mahu melupakan Larra.

“Mungkin dari segi luarannya Kimi kalah dengan Zaf. Kimi tak dapat jadikan Larra milik Kimi. Lepas kena dump dengan my ex-girlfriend, Kimi hampir-hampir tak percaya dekat perempuan. But when i met her, Larra. She ‘s different. I can’t tell you what’s the difference but all i know to forget her, is not that easy, mummy” ujar Hakimi sebelum bangun dari duduknya dan berjalan meninggalan ruang makan itu.

Puan Zahnita mengeluh perlahan. Tidak tahu untuk guna cara apa lagi untuk membuatkan Hakimi faham, mencintai Larra hanya sia-sia.

*****

Selesai menyiapkan dirinya, Larra berniat untuk turun ke bawah. Tengku Dzafril Haidhar telah pun keluar awal-awal lagi membeli barangnya sejam yang lepas. Namun itu pun lelaki itu membebel dahulu sebelum pergi kerana katanya menyusahkan dirinya. Menganggu dirinya hendak tidur. Macam-macam yang terpaksa ditelannya bulat-bulat. Ah lelaki tu memang. Terpaksa Larra memekakkan telinga sahaja mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Pedas dan menyakitkan hati. Ya, itu memang Tengku Dzafril Haidhar. Berbeza betul dengan Hakimi. Eh? Hakimi? Kenapa tiba-tiiba ingat dekat dia pulak ni. Cancel! Cancel!

Di saat dia menuruni tangga, telinganya menangkap suara kanak-kanak sedang bermain di bawah. Ah, Pasti Zulaikha dan Aiman. Anak-anak Alyana itu sememangnya aktif. Tekaannya benar apabila dilihatnya Zulaikha dan Aiman sedang bermain di tangga. Larra tersenyum sambil cuba melepasi kedua adik beradik itu.

Namun langkahnya terhenti apabila Aiman tiba-tiba meluru ke arahnya serta berdiri di hadapannya. Dia mengalah dan cuba melintasi melalui kiri pula namun kali ini hal yang sama berlaku. Zulaikha pula yang bediri di situ. Mendepakan tangannya tanda tidak memberi Larra laluan untuk melepasi mereka.

“auntie nak lalu ni” ujar Larra ke arah Zulaikha dan Aiman. Pantas kedua beradik itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Zulaikha menyeringai mungkin seronok barangkali dapat mempermainkan Larra manakala Aiman sudah terkekek-kekek ketawa.

Larra menarik nafas panjang sebelum tersenyum. “Kalau Zulaikha dengan Aiman bagi auntie lalu, auntie belanja Pizza. Nak tak?” ujar Larra. Sengaja memancing budak-budak itu untuk memberinya laluan.

“Aika nak Pizza tapi auntie tetap tak boleh lalu sini” pandai sahaja Zulaikha membalas. Larra mengetap bibirnya. Eh budak-budak ni. Habis kalau aku tak lalu ikut tangga ni mcam mana aku nak turun. Takkan aku nak terbang pulak? Ish mood aku pun dahlah memang tak baik ni. Sabar Larra. Sabar!

“Zulaikha dengan Aiman tahu tak, tiap-tiap malam akan ada nenek tua yang tangkap budak-budak kecil yang suka kacau orang lain” ujar Larra. Dilihatnya wajah Aiman yang tadinya mengekek ketawa sudah bertukar pucat. Hal itu menambahkan lagi keyakinan di hati Larra yang taktiknya kali ini akan berjaya. Dia menoleh ke arah Zulaikha yang masih memandangnya.

“Nenek tu akan datang macam ni…” serentak Larra mengangkat tangannya sebelum menggerakkkan jemarinya seolah hendak menangkap. Tidak ubah seperti nenek tua di dalam cerita ‘Drag Me To Hell’

“ada budak…ada budak nakal. nenek tangkap…nenek tangkap budak nakal” ujar Larra sambil mendekatkan dirinya ke arah Aiman. Cepat-cepat Aiman berundur ke tepi memberi laluan ke atas Larra.

Larra tersenyum. “Nasib baik Aiman bagi auntie lalu, nanti nenek tu tak jadilah tangkap Aiman” balas Larra cuba menuuni tangga itu namun Zulaikha pantas menarik tangannya. Larra menoleh.

“Aika pun tak nak kena tangkap jugak!” tiba-tiba Zulaikha bersuara serentak memberi laluan kepada Larra.

Larra ketawa di dalam hati. HAHAHA!! memang senang nak psiko budak budak ni. Dia melepasi kedua adik beradik itu tanpa perlu memarahi kedua mereka. Namun senyumannya automatik mati apabila terpandang Tengku Dzafril Haidhar yang sedang bersandar di tepi dinding itu sedang memerhatikannya. Lelaki itu tersenyum.

Serentak Larra merasakan wajahnya membahang tiba-tiba. Agh, mesti lelaki tu nampak apa aku buat tadi. Melayan budak-budak tu sambil buat aksi nenek tua tu. Aaaaa! Buat selamba je Larra. Selamba je. Ehem!

“awak dah belikan ke apa yang saya mintak tu?” soal Larra.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sambil mengangkat plastik yang berisi ‘barangnya’ itu. Larra memandang sekilas ke arah beg plastik itu sebelum kembali memandang Tengku Dzafril Haihdhar yang masih merenungnya dengan senyuman. Larra menyambung kembali kata-katanya. “awak tolong bawak naik atas boleh? Saya nak tolong auntie dekat dapur” ujar Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk sebelum menyambung katanya. “Okay, aku takut ar nenek tua tu tangkap aku pulak nanti kalau aku cakap tak nak” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja mengusik Larra membuatkan gadis itu kini memandang ke arahnya dengan mata bulatnya. Marah la tu.

“:awak nampak ea?” soal Larra. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar mengangguk.

“Nampaklah. Aku diri sini dari awal kau turun lagi. Pandai kau layan budak. Boleh bukak nursery lah lepas ni” usik Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Larra mengetap bibirnya. Geram. Lelaki ni sengaja je nak perli aku.

“ugh, malas lah nak cakap dengan awak! Buat sakit hati je” balas Larra sambil berlalu meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar di situ.

Melihat Larra yang sudah pergi Tengku Dzafril Haidhar tersenyum nipis sebelum tangan kirinya mengangkat plastik merah itu setinggi paras kepalanya. Dia memandang lama plastik itu yang masih berada di dalam tangannya.

“Biasalah perempuan marah-marah ni. Hormon tak stabil” ujarnya ke arah plastik itu.

Namun buat seketika dia merasakan ada yang sedang memandangnya. Lalu perlahan-lahan dia mengalihkan perhatiannya pada plastik itu sebelum memandang Zulaikha dan Aiman yang sedang memandangnya dengan pelik.

Ah aku lupa budak-budak ni still ada dekat sini. Tapi lantaklah. Lalu dia berjalan laju menaiki tangga menuju ke biliknya. Malas mahu melayan budak-budak.

Setelah Tengku Dzafril Haidhar hilang dari pandangan, Aiman pantas menoleh ke arah Zulaikha yang masih di sisinya.”Peliknya uncle tu cakap dengan plastik” ujar Aiman ke arah Zulaikha.

****

Empat hari sudah berlalu. Sedar dan tidak, hari itu bakal menjadi hari terakhir untuk mereka berdua bercuti di Singapore. Tengku Dzafril Haidhar adalah orang yang paling gembira. Lelaki itu bangun awal dari selalu. Lebih awal darinya. Egh, semangat gila lelaki tu nak balik KL. Semua baju dia dalam almari tu dia dah packing. Tapi aku? Tak ada mood langsung nak balik sana. Nak tinggal berdua dengan lelaki tu. Nightmare! Jujurnya dia sangat malas untuk pulang hari itu. Bajunya masih dibiarkan di dalam almari.

“Zaf mana Larra? Dari pagi auntie tak nampak dia” tegur Auntie Marina sambil melangkah menghampiri Larra yang masih duduk di hadapan televisyen itu.

Larra menoleh ke arah Auntie Marina. “Zaf ada tadi, auntie. Tapi dia baru je naik atas. Kata dia nak berkemas” ujar Larra perlahan sambil mencapai buah oren di pinggannya. Ceh, nak kemas apa lagi entah. Baju dia semua dah siap packing. Baju aku yang tak siap packing lagi.

“kamu ni kejap betul datang sini. Auntie rasa baru je semalam kamu datang, hari ni dah nak balik” ujar Auntie Marina lagi. Larra tersenyum sambil mengunyah potongan oren di tangannya.

“nak buat macam mana auntie, Zaf cuti sampai Isnin ni je. Lagipun dekat pejabat Larra tu banyak kerja tergendala. Kena la balik hari ni jugak, auntie” ujar Larra perlahan sambil meletakkan kembali kulit buah oren itu ke pinggannya.

“hem, tak apalah macam tu. Kerja lagi penting. Eh, auntie siapkan makan tengahari dulu ya. Sebelum balik makan dulu” ujar Auntie Marina. Larra tersenyum sambil mengangguk. Dilihatnya Auntie Marina telah pun bangun menuju ke dapur. Sejenak tiba-tiba dia teringat akan Tengku Dzafril Haidhar. Apa lelaki tu buat lama-lama dekat bilik agaknya? Bukan barang dia dah siap packing ke?

“hem tak boleh jadi ni. Kena tengok apa dia buat” ujar Larra sebelum bangun dan berjalan laju menaiki tangga. Setiba kakinya di hadapan pintu biliknya, tangan kanannya pantas memlas tombol pintu bilik itu sebelum matanya menangkap bagasinya telah tersedia di atas katil. Eh? Siapa yang buka ni?

Lalu langkahnya diatur memasuki bilik itu. Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arahnya. Tersenyum.

“apa awak buat ni?” soal Larra sambil memandang bagasinya yang sudah siap dikemas. hairan

“kemaskan baju kau. Baju dalam kau aku simpan dalam kotak tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba. Larra tergamam. Apa? Baju dalam aku dia yang simpankan? Oh jadi ni kerja dia naik bilik awal. Packing kan baju aku? What?

“Zaf! Yang awak pergi kemaskan kenapa?” soal Larraa cemas. Dia sebenarnya malu. Belum pernah barang peribadinya disentuh oleh lelaki.

“what? Its fair now kan, Larra Adlea? Time datang sini kau simpankan seluar aku. Sekarang nak balik aku plak yang tolong simpankan baju kau. Kau tak nampak ke betapa prihatinnya aku? Lagipun relax la. Rahsia kita berdua” sempat Tengku Dzafril Haidhar mengenyitkan matanya sebelum melangkah keluar. Meninggalkan Larra yang masih bengang bersendirian di dalam bilik.

Larra menelan air liurnya. Ish malunya. Dia melabuhkan punggungnya ke arah katil. Cuba menenangkan perasaannya kini.

*****

Moodnya mati. Pandangan kosong dilemparkan ke luar kereta. Sejak sejam yang lalu dia tidak ada mood untuk bercakap. Dia lebih selesa berdiam diri.

Tengku Dzafril Haihdar mengerutkan dahinya sebelum menoleh memandang Larra di sisinya. Dia ni apahal? Senyap je. Nak kata aku bawa laju, tak pun. Dia mengerling ke arah meter keretanya.

“kau apahal? Senyap je” tegur Tengku Dzafril Haidhar tiba-tiba. Larra mengeluh perlahan.

“saya dah janji dengan Zulaikha dan Aiman nak bawak dia orang keluar. Tapi tak sempat. Saya serba salah sekarang ni” ujar Larra perlahan. Sedikit sebal kerana gagal menunaikan janjinya pada anak-anak kecil itu.

Tengku Dzafril haidhar mengetap bibirnya sebelum tersenyum sinis.”yang kau pergi berjanji tu buat apa?” balasnya.

‘”saya ingat nak bawak dia orang semalam petang, tapi hujan. Lepas tu tadi dia orang pun belum balik dari sekolah. Memang tak sempat lah nak jumpa” ujar Larra kembali.

“Alah. Setakat budak-budak kot. Yang kau nak fikir sangat kenapa?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Dia mengerling ke cermin sisi kanannya. Berniat untuk memotong kereta di hadapannya. Lambat betul bawak kereta, desisnya.

Larra mengerutkan dahinya sambil menoleh dan memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar yang selamba.

“walaupun dia orang tu budak-budak tapi saya bukan jenis yang mungkir janji. Lagipun dia orang tu anak saudara saya. Kesian la” ujar Larra sebelum kembali melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Sedikit beremosi. Ya, time-time macam ni aku memang beremosi. Jangalah sape-sape kacau aku, elak dapat karate free je kang dari aku.

“aku tak rasa apa-apa pun” balas Tengku Dzafril Haidhar semakin membuatkan Larra geram. Ish lelaki ni memang tak ada perasaaan betullah!

“awak? Memanglah. Tengok muka pun tahu awak bukan jenis penyayang dengan budak-budak” ujar Larra kembali sengaja ingin menyakitkan hati lelaki itu. Sinis dia memandang. Memang benar, sepanjang mereka berada di Singapore tidak pernah walau sekali dia melihat lelaki itu melayan Zulaikha atau Aiman. Dari situ dia membuat kesimpulan lelaki itu sememangnya tidak suka pada kanak-kanak.

“eh sedap je kau cakap. Bukan aku tak sayang budak-budak. Just leceh lah layan budak-budak ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar cuba mempertahankan dirinya. Agh, senang-senang dia je nak cakap macam ni dekat aku. Tapi memang betul pun.

“eleh. Awak jangan lupa. Dulu pun awak pernah juga jadi budak-budak. Bukan terus besar macam ni. Dah kalau memang tak suka budak-budak tu. Macam-macam alasan awak bagi” uajr Larra sambil memalingkn wajahnya dari lelaki itu

Tengku Dzafril haidhar merasa sedikit terpukul dengan kata-kata gadis itu. “senyaplah saiz 34” ujarnya.

Larra terkedu sejenak. Saiz 34? Apa maksud lelaki itu? Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. “Zaffff!! Awak cek eh?” jerit Larra membuatkan Tengku Dzafril Haidhar terkejut mendengar jeritan Larra yang secara tiba-tiba itu. Lelaki itu mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah Larra. Wajah merah padam Larra dipandangnya sekilas sebelum kembali memandang jalan kosong di hadapannya. Marah betul nampaknya. Ah tak apa. Dia jugak yang cari pasal dengan aku tadi.

“dah ada peluang. Aku tengoklah.” ujar Tengku Dzafril Haidhar seolah tidak bersalah.

Larra menelan air liurnya. Cuba menahan sabar melihat gelagat suaminya itu. Sudahlah dia pergi kemaskan baju aku. Ni siap cek lagi. Agh! Malu giler aku.

“tapi tak payah lah sampai belek” ujar Larra sambil menekup kedua mukanya. Masih cuba menahan rasa malunya.

“Relax. Tak ada orang lain tahu. Just aku je” ujar lelaki itu selamba. Larra sekadar berdiam diri. Tidak mahu membalas kata-kata lelaki itu.

*****

Tengku Dzafril Haidhar tergelak mendengar kata-kata Joe. Rakannya itu masih seperti dahulu. Kelakar dengan aksinya. Dia tesenyum sendiri. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa rakan-rakannya itu. Baru malam Isnin kini dia mampu untuk meluangkan masa bersama ahli kumpulan drift nya itu. Suasana seperti itu sudah jarang dikecapinya semenjak bernikah dengan Larra. Dia sudah jarang keluar malam. Dia jarang dapat meluangkan masa bersama rakan-rakannya lagi. Agh kenapa tiba-tiba aku teringat dekat Larra pulak ni? Lantak lah. Ada benda yang lagi penting aku kena settlekan. Ya sudah lama dia hendak menyuarakan tentang hal itu.

“Weh, aku ada hal nak mintak kau orang tolong” ujarnya seraya membuatkan Ayie dan Joe yang sedang rancak bercerita terhenti. Menoleh ke arahnya hairan. Begitu juga dengan Aqiem dan Fahim yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.

Ayie menoleh. “tolong apa, Zaf?”

“Aku nak korang tolong siasat pasal Elle? Aku nak tahu dia dekat mana sekarang. Dia buat apa sekarang. Kau kata dia dah balik Malaysia kan?” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Kata-kata Tengku Dzafril Haidhar itu menambahkan hairan di wajah rakan-rakannya. Mungkin pelik kenapa tiba-tiba dia meminta untuk mencari info pasal Elle, bekas ketua kumpulan HotVicious itu.

“Kenapa? Kau nak buat apa cari detail pasal dia?” soal Joe pula. Fahim menoleh memandang ke arah Ayie yang juga turut hairan.

Tengku Dzafril Haidhar menyandarkan badannya. Berfikir sejenak sebelum menarik nafas panjang. Dia tidak bercadang untuk menerangkan sebab dia menginginkan info tentang Elle. Biar hal itu menjadi rahsianya. Satu keluhan berat dilepaskan.

“ada urusan business yang tak settle lagi antara aku dengan dia”

“tapi kau…..” belum sempat Fahim menghabiskan kata-katanya Tengku Dzafril Haidhar cepat-cepat bersuara.

“Alah, banyak bunyi la kau orang ni. cari jelah. Sekarang kau orang nak tolong cari ke tak nak?” soalnya sedikit tegas. Fahim terhenti dari berbicara sebelum menoleh ke arah Joe dan Ayie. Saling berpandangan. Aqiem sekadar berdiam diri. Tidak bersuara.

“mungkin payah sikit Zaf kalau nak cari detail pasal dia since setahu aku dia dah lost contact dengan semua kawan-kawan dia. Pasal yang jumpa dia dekat airport tu pun sebab terserempak je. Aku sendiri pun tak pernah jumpa dia. Kenal pun tak. Tahu pasal dia dari kawan-kawan aku je” ujar Joe kembali.

“tapi takkan kawan-kawan tak ada info dekat mana dia tinggal? Siapa dia?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

“ehehm. Macam nilah. Aku rasa boleh kalau nak cari detail pasal dia. Tapi lambat sikit lah Zaf. Aku try cari info pasal dia” ujar Ayie menyuarakan persetujuannya untuk membantu Tengku Dzafril Haidhar.

“Kalau macam tu, aku pun try jugak lah cari info sikit pasal dia” ujar Joe pula.

“aku try tanya dekat adik aku. Kot-kot si Faris tu tahu” ujar Fahim pula.

“aku tak de kawan yang kenal Elle. Aku sama macam kau Zaf. So aku tak boleh nak tolong” ujar Aqiem. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas lega. Dia tersenyum sambil mengangguk.

‘Thanks. Aqiem kau tak pe ar. Yang lain-lain, aku nak kau orang tolong cari apa-apa pun info pasal dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Joe merenung wajah Tengku Dzafril Haidhar sebelum tersenyum sendiri. “Kau kenapa tiba-tiba berminat nak cari Elle ni? Takkan dah angau dekat dia kot” ujar Joe. Merasa kelakar apabil teringat peristiwa dia bertemu lelaki itu dahulu di hadapan KL Tower. Kononnya mahu berjumpa Elle sedangkan wajah Elle itu pun lelaki itu tak pernah lihat. Eh Zaf.. Zaf .selalu buat kerja spontan.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya sebelum mencebik. Jelas kelihatan lelaki itu tidak senang diusik begitu. “angau dekat dia? Buat apa?” ujarnya sambil mencapai botol arak di hadapannya dan menuangkan ke dalam gelasnya. Joe sekadar ketawa melihat reaksinya.

“eh weh! Lupa nak cerita. Hari tu aku jumpa dia dengan Lara dekat Melaka. Sweet couple habis” ujar Fahim sengaja menukar topik. Aqiem mengangkat keningnya sedikit teruja

“Haaa what? Zaf dengan Larra?” soalnya tidak percaya. Fahim mengangguk.

Tengku Dzafril Haidhar kehilangan kata. Tidak mampu untuk menghalang Fahim yang telah pun membuka cerita. Aih, dia ni memang tak boleh nak tutup mulut betullah, gumamnya.

“Ha’ah. Dia dengan Larra dekat R&R Ayer Keroh” ujar Fahim. Rakan-rakannya tergelak mendengar cerita Fahim itu.

“Ceh Zaf. Kau kata kau pergi Singapore sebab urusan kerja. Urusan apa kalau dengan Larra?” usik Aqiem. Baru aku tahu kau tipu aku rupanya Zaf. Seminggu kau tak masuk pejabat. Aku ingat ye ye lah kau uruskan hal dekat Singapore. Rupanya pergi bercuti dengan Larra.

Tengku Dzafril Haidhar mula merasakan mukanya panas tiba-tiba diusik begitu. Tidak tahu dia hendak menjawab bagaimana soalan Aqiem itu.

“aaa…aku..aku” dia menjawab dalam gagap.

Ayie tergelak “kau jangan rahsia dengan kita orang Zaf. Kau dah ada hati dekat Larra ea?”

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. Tidak suka diusik begitu oleh rakan-rakannya. Alah, sebelum ni bukan tak pernah dia orang gosipkan aku dengan perempuan. Tapi apasal kali ni aku gelabah semacam ni? Takkanlah sebab aku dah memang suka Larra? Eh tak mungkin! Tak mungkin! Aku tak mungkin suka perempuan.

“mana ada! Tak ingin aku dekat dia” balas Tengku Dzafril Haidhar sambil mencapai gelas berisi arak itu berniat untuk meneguknya seperti kebiasaan yang dilakukannya.namun niatnya tiba-tiba terhenti. Masih jelas di matanya peristiwa Larra menguncinya di luar rumah sebelum ini gara-gara dia pulang dalam keadaan mabuk. Serentak, niatnya terus mati untuk minum minuman keras itu. Perlahan-lahan dia meletakkan semula gelas berisi air syaitan itu ke atas meja. Mengeluh perlahan.

“Yelah tu. Tapi sumpah cun bini dia woi” ujar Fahim setiap kali teringat kali wajah manis milik Larra. Memang cantik.

Entah mengapa Tengku Dzafril Haidhar merasa sedikit kurang senang mendengar kata-kata Fahim namun dia tidak berkata apa-apa sekadar menjeling kosong ke arah lelaki itu.

Aqiem yang perasan akan perubahan reaksi pada wajah lelaki itu bertindak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Lalu cepat-cepat dia bersuara

“Kau dah ada Nadia. Kau nak campak mana Nadia tu? Gatal kau eh dengan Larra” ujar Aqiem sengaja berkata begitu. Berseleroh namun masih cuba menyampaikan mesej tersirat pada Fahim tentang hakikat gadis itu telah bersuami. Dan suami gadis itu sedang duduk dalam kalangan mereka. Tak patut betul Fahim ni.

“entah kau ni Fahim dah ada Nadia takkan Larra pun kau nak. Agak-agak la” balas Joe.

“yelah. Aku tahulah dia tu isteri Zaf. Tapi kalau Zaf tak nak, aku boleh je” ujar Fahim lagi.

Tengku Dzafril Haidhar malas mahu mengambil pusing akan hal itu. Ada sesuatu yang yang sedang bermain-main di fikirannya. Pantas dia mengerling ke arah jam tangannya. Sudah menunjukkan ke angka 3 pagi. Ish, Larra ni berani ke duduk seroang-seorang dekat rumah? Biasa kalau time-time mcam ni, dia mesti mula call aku. Apasal hari ni tak ada pulak? Ke aku salah tengok? Jam aku salah ke?

“erm Joe sekarang pukul berapa?” soalnya sedikit gelisah membuatkan lelaki itu yang sedang ketawa menoleh ke arahnya. Memandangnya dengan hairan.

“eh tu dekat tangan kau tu bukan jam ke? Apasal nak tanya aku lagi?” soal Joe hairan.

“alah jawab je lah. Pukul berapa?”gesa TengkuDzafril Haidhar. Dia benar-benar pelik kerana Larra tidak lagi menelefonnya seperti kebiasaan. Sudah biasa barangkali dengan kepulangannya yang lewat ke rumah.

“3.03 pagi” ujar Joe masih dalam keadaan bingung.

Tengku Dzafril Haidhar berfikir sejenak. Tak boleh jadi ni! Lalu dengan pantas Tengku Dzafril Haidhar bangun berdiri membuatkan semua rakan-rakannya di situ terkejut. Memandangnya dengan hairan.

“weh Zaf. Takkan dah nak blah kot” ujar Ayie seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“eh. Baru pukul 3 kot. Relax dulu” balas Fahim pula. Dilihatnya Tengk Dzafril Haidhar sudah mula berjalan ingin keluar.

“tak boleh ah. Dah lambat ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum menolak pintu ruang itu untuk keluar.

Senyap. Masing-masing berpandangan sesama sendiri buat seketika. Pemergian lelaki itu yang secara tiba-tiba menimbulkan tanda tanya di minda rakan-rakannya.

“kau rasa tak apa yang aku rasa?” soal Joe mula memecahkan kesunyian antara mereka. Ayie menoleh ke arah Joe sebelum mengangguk.

“tu Zaf ke? Apasal dia nampak kabut semacam?” soal Ayie.

Aqiem mengeluh perlahan. Cuba membuat jawapan sendiri. “dia risau dekat Larra kot. Kan Larra seorang dekat rumah” ujar Aqiem

“Risau dekat Larra? Eh, tapi bukan selama ni dia tak kisah ke? Unless kalau Larra tu call. Tu pun dia balik punya lah liat kalau kita tak paksa suruh balik” balas Ayie lagi. Joe mengangguk tanda setuju.

“betul jugak cakap kau. Tapi hari ni aku tak ada nampak pulak ade orang call dia. Cuma dia tu lah aku tengok, dari tadi asyik tengok jam je” ujar Fahim meluahkan rasa sangsinya terhadap Tengku Dzafril Haidhar.

“Satu lagi” ujar Aqiem tiba-tiba membuatkan Joe, Fahim dan Ayie serentak menoleh ke arah lelaki itu. Menunggu untuk lelaki itu menyambung kata-katanya.

“Satu lagi. Ada lagi satu yang pelik dengan dia” ujar Aqiem membuatkan kerutan di dahi Ayie bertambah jelas cuba memikirkan maksud di sebalik kata-kata rakannya itu.

“apa maksud kau?” soal Joe.

“Hari ni dia langsung tak minum. Cuba kau tengok gelas dia. Dia tak sentuh langsung air tu” ujar Aqiem membuatkan kini gelas yang masih penuh berisi arak itu pula menjdi tumpuan.

Fahim membulatkan matanya seolah tidak percaya. Biar betul Zaf ni.

“a’ah ek. Aku pun tak rasa, aku ada nampak minum tadi. Aku nampak dia tuang, tapi tak nampak dia minum. Dia dah berhenti minum ke?” soal Ayie pula. Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Masing-masing gagal memberi jawapan.

****

Tengku Dzafril Haidhar melangkah masuk ke dalam banglo putih. Suasana samar-samar membuatkan dia agak yakin Larra telah pun tidur. Dia menarik nafas lega. Lalu dengan pantas dia berjalan ingin segera menuju ke biliknya. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja melintasi ruang rehat.

Eh? Aku macam nampak orang dekat situ. Larra ke? Bagi memastikan tekaannya benar, dia berpatah balik menuju ke pintu gerbang ruang rehat itu. Jangkaannya benar apabila Larra dilihatnya sudahpun tertidur di situ. Meringkuk kesejukan. Lama dia memandang tubuh yang sedang nyenyak tidur itu sebelum berjalan menghampiri gadis itu.

Wajah Larra yang sedang lena itu dipandangnya. Dia ni kenapa tidur dekat sini? Kan sejuk, getusnya. Lalu dia sempat mencapai remote ‘aircond’ yang terletak di atas meja sebelum menutup aircond di ruang rehat itu. Satu keluhan berat dilepaskannya.

“macam mana aku nak kejut perempuan ni? Takkan nak biar je dia tidur sini?” soalnya sendiri. Nak angkat, memang takkan la aku nak angkat peremuan ni sampai ke bilik dia. Kang tak pasal-pasal dia cakap aku sengaja ceroboh bilik dia. Dia mendengus keras sebelum terus berlalu meninggalkan Larra di ruang itu. Lantak lah. Yang aku nak peduli sangat pasal perempuan ni apahal?

“lagipun dia ni pernah kunci aku dekat luar rumah. Lagi sejuk dekat luar banding dekat ruang tamu tu” ujarnya sambil pantas memulas tombol pintu bilik itu. Tubuhnya dicampakkan ke atas katil itu sambil cuba menutup matanya. Tidak mahu lagi memikirkan tentang Larra.

Seminit…dua minit… Matanya dibuka kembali. Dia menelentangkan tubuhnya memandang siling.

“tapi dia kan perempuan?” soalnya perlahan sambil mendengus kasar mencapai bantal peluknya. Agh, menyusahkan betullah. Selagi aku tak pastikan dia tidur dekat bilik dia, selagi tu aku tak boleh tidur, dia mengomel di dalam hati sambil pantas bangun dari katilnya dan berjalan semula keluar dari biliknya.

******

Alarm pada telefonnya yang tiba-tiba berbunyi membuatkan Larra tersedar dari tidurnya. Matanya yang masih mengantuk di pejam celikkan sebelum mencapai telefon yang terletak di atas perutnya. Rasa hairan bagaimana alarm telefonnya boleh tiba-tiba berbunyi pula.

“macam mana bunyi pulak benda alah ni? ish aku tak ada pulak set alarm nak bangun” soalnya hairan sambil bangun duduk di sofa itu. Kepalanya yang tidak gatal di garu-garu. Sempat dia mengerling jam besar di ruang tengah. Rasa mengantuk masih bersisa. Bulat matanya melihat jarum pendek jam itu yang sudah menunjukkan ke angka 4 pagi.

“macam mana aku boleh tertidur dekat sini?” soalnya perlahan. Baru dia sedar kini dia tertidur di ruang rehat bukan di dalam biliknya. Perlahan-lahan tangannya meraup wajahnya. Namun ada sesusatu tertampal pada dahinya kini membuatkan dia menjadi semakin hairan. Apa pulak yang terlekat dekat dahi aku ni?

Lalu tangan kanannya pantas diarahkan mencabut kertas stick note bewarna merah jambu yang tertampal di dahinya itu sebelum mula membaca satu persatu tulisan yang tertulis di atas kertas kecil itu.

“DAH TAHU MENGANTUK, TAK PAYAHLAH TIDUR SINI PULAK. MENYUSAHKAN AKU BETUL NAK KENA KEJUTKAN KAU LAGI. KAU TAK RETI NAK TIDUR DEKAT BILIK KAU SENDIRI KE HAA?”

Larra mengerutkan dahinya selesai membaca pesanan itu. Siapa yang tulis ni? Zaf ke? Zaf? Tapi memang aku dengan dia je yang ada dekat rumah ni. Kalau bukan dia, siapa lagi. Lagipun ayat ni memang macam ayat dia. Entah-entah dia jugak la kot yang setting alarm aku pukul 4. Cis! Dah tahu tak ikhlas kejut aku tu tak payahlah kejut. Ni siap tampal stick note ni dekat dahi aku! Biadap betul!

Larra pantas bangun dari sofa itu. Ingin segera menuju biliknya.

Dari jauh Tengku Dzafril Haidhar memandang Larra yang sedang membebel sepanjang jalan menuju ke biliknya itu sambil tersenyum. Bangun pun kau!

P/s : next episod, rahsia tentang siapa sebenarnya Larra akan terbongkar. Jangan lupa baca :)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

55 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 16”
  1. tasya says:

    kenapa lambat sangat nak sambung? ayooo, tak sabar-2 dah nak tunggu :(

  2. iema says:

    ye la tasya saya pn tertunggu2 ni bila nk sambung,x sbr nk tgk rahsia Lara terbngkar.mesti terkejut si Zaf tu.Cpt2 smbng ek…

  3. maizatul says:

    ble nk smbung…dah x sabar ni

  4. Roseayu says:

    Bila novel nak keluar…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.