Novel : Antara mahligai ego dan cinta 19

20 January 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Larra melangkahkan kakinya masuk ke suite Park Hyatt Hotel itu bersendirian tanpa ditemani oleh Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu masih berada di bawah menguruskan sesuatu. Teringat pada lelaki itu membuatkan serentak peristiwa pagi tadi kembali bermain-main di mindanya. Macam mana aku boleh langsung tak sedar yang aku tertidur dekat bahu dia? Yang dia pun satu. Tak kejut aku tu kenapa? Biar je aku tidur situ sampai pagi. Ish, entah-entah dia ingat aku sengaja nak ambil kesempatan.

Dia mendengus perlahan serentak meletakkan bagasi yang dibawanya ke atas katil.
Bagasi itu dibukanya sebelum mula mengeluarkan baju-baju yang dibawanya. Langkahnya terhenti seketika. Meski dia cuba untuk melupakan hal itu namun sukar baginya. Masih terkesan kerana boleh tertidur di bahu lelaki itu. Bukan setakat sejam dua jam. Tapi berjam-jam. Termenung sejenak dia memikirkan peristiwa dia tertidur di bahu lelaki itu sepanjang penerbangan ke Korea sebelum menggeleng-geleng laju.

“Agh! Lantaklah. Tak kuasa aku nak fikir pasal lelaki itu. Buat biasa je Larra. Buat biasa” dia bermonolong pada dirinya sendiri sebelum terduduk di atas katil itu memerhati susun atur suite hotel Park Hyatt Hotel itu. Meskipun ringkas namun cukup mewah. Larra tersenyum sendiri sebelum menggeliat akibat keletihan.

Perjalanan dalam jarak jauh membuatkan badannya terasa agak letih. Rambutnya yang panjang ditarik perlahan ke belakang sebelum mula turun dari katil menuju ke arah cermin kaca yang tidak jauh darinya. Langsir ditariknya perlahan sebelum kemudian dia terpaku sejenak melihat pemandangan Kota Seoul. Sememangnya itu merupakan pertama kali dia menjejakkan kaki ke situ.

“Kalau aku pergi seorang ni mesti sesat” dia berkata sendiri sebelum tergelak sendiri.

*****

Hakimi menuang air kopi ke dalam cawannya. Sempat dia menjeling ke arah mummy nya yang masih bercakap dalam telefon. Meski bual bicaranya kurang jelas di dengar namun dari riak wajah mummy nya itu kelihatan seolah sedang membicarakan sesuatu yang gembira. Dia mengunyah dengan paksa roti di hadapannya itu sebelum menelan. Otaknya mula berputar ligat memikirkan sebab mummynya gembira begitu. Puan Zahnita telahpun berjalan ke arahnya sambil tersenyum. Menarik kerusi di hadapannya sebelum duduk.

“Aiii. Lain macam ceria je mummy hari ni. Ada apa-apa ke?” soalnya sebelum pantas menuangkan air kopi ke cawan mummynya.

Puan Zahnita tersenyum memandang Hakimi yang turut memandangnya. Dia tidak terus menjawab sebaliknya mencapai cawan di hadapannya sebelum meneguk perlahan air kopi yang dituangkan oleh Hakimi tadi. Sempat dia menjeling sekilas ke arah lelaki itu. Meletakkan cawannya kembali. Hakimi masih setia menunggu jawapan darinya.

“tak ada. Uncle Radzi call tadi” ujarnya.

Hakimi mengangguk perlahan sambil tersenyum. “Dua tiga menjak ni, Kimi tengok lain macam je mummy dengan dia. Mummy dengan Uncle Radzi tu ada apa-apa ke?” soal Hakimi sengaja mengusik Puan Zahnita. Dia tersengih sambil memerhati wajah Puan Zahnita yang sudah merona merah. Ahah! Malu-malu. Mesti dia orang ada apa-apa ni. Bisik hatinya.

Bulat mata Puan Zahnita diusik begitu oleh anaknya. Namun memang benar, hubungannnya dengan bekas suaminya itu sudah semakin rapat sejak kebelakangan ini. Buktinya baru beberapa hari lepas, Tengku Radzi ada mengajaknya keluar bersama-sama untuk makan. Dia tersenyum sendiri. Lamunannya mati apabila tangannya terasa dicuit seseorang. Hakimi kini sedang memandangnya dengan pandangan mencurigakan.

“Kimi tanya ni. Mummy boleh pulak senyum seorang-sorang” balas Hakimi.

Puan Zahnita tergelak. Dia menggeleng perlahan. “Mana ada apa-apa. Mummy dengna dia biasa je la. Kawan. Lagipun tadi dia call pun sebab nak beritahu yang Larra dengan Zaf dah selamat sampai Korea” ujar Puan Zahnita laju memberitahu alasan sebenar Tengku Radzi menghubunginya tadi. Namun selesai menuturkan kata-katanya itu baru kini dia tersedar akan keterlanjuran kata-katanya.

Erk. Alamak. Macam mana ni? Agak-agak apa respon Hakimi kalau tahu Larra dan Zaf dah pergi berbulan madu bersama. Mesti dia marah. Ataupun kecewa? Dia mendongak memerhati Hakimi yang kelihatan terkedu memandangnya. Aduh, mulut aku ni memang tak boleh control lah. Marahnya dalam hati.

“Larra dengan Zaf?” soal Hakimi meminta kepastian.

Puan Zahnita menelan air liurnya yang terasa kelat. serba salah sejenak melihat reaksi anaknya itu. Bukan dia sengaja ingin merahsiakan hal itu dari Hakimi, namun dia tidak mahu anaknya itu jadi semakin terluka.

“Sorry. Mummy bukan sengaja nak rahsia…..”

Hakimi menghirup kopi di cawannya sebelum memandang Puan Zahita sambil tersenyum. Dia menggeleng perlahan. Pantas dia memotong kata-kata mummynya itu. Dia tidak mahu wanita itu merasa bersalah kerananya.

“Kenapa mummy ni? Kimi tanya je. Tak apalah kalau dia orang nak honeymoon pun. Lagipun, dia orang tu kan suami isteri. Eloklah kalau dia orang spend time masa sama-sama. Buat apa Kimi nak marah?” ujar Hakimi tenang. Meski ada sesuatu peraaan lain yang tidak senang mendengar berita itu namun dia sedaya upaya berfikir positif. Hubungan Larra dan Zaf nampaknya sudah ada perkembangan. Dia sudah penat untuk mengharapkan Larra. Air kopi sekali lagi dihirupnya perlahan sebelum meletakkan cawan itu ke tempatnya semula. Dia mengeluh.

“Kimi tak ada hak marah pun” dia menuturkan kata-kata itu sambil tergelak sendiri.

Puan Zahnita mengerutkan dahinya. Hairan melihat sikap anaknya itu. Bukan ke Hakimi ni dulu yang beriya-iya mempertahankan Larra? Dia juga dulu yang cakap dia suka Larra? Perasaannya bukan senang nak berubah. Tapi sekarang? Kenapa dia pretend macam tak kisah?

“Kimi..ermm Kimi… Tak rasa apa-apa ke?” soal Puan Zahita. Masih hairan dan terkejut melihat Hakimi.

Hakimi tergelak kecil melihat Puan Zahnita yang sedang memandangnya hairan. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dituturkannya tadi barangkali. Dia cuba sedaya upaya untuk tenang sebenarnya. Bukan betul-betul tenang pun. Berlakon depan mummy.

“Tipu la kalau Kimi langsung tak rasa apa-apa bila dengar Larra dengan Zaf pergi honeymoon. Itu bermaksud peluang Kimi nak dapatkan Larra pun makin tipis. Larra adalah takdir Zaf. Bukan Kimi. Kimi terima hakikat tu” ujarnya perlahan sebelum tertunduk. Perit rasanya menuturkan kata-kata sebegitu. Dia masih sukakan Larra sampai sekarang. Perasaannya itu tak mungkin dapat ditipunya dengan mudah.

Puan Zahnita menarik nafas panjang mendengar kata-kata anaknya itu. Dia tahu, Hakimi bukanlah seorang yang mudah berubah hati. Namun sepertinya lelaki itu bertindak matang dengan menyedari hakikat Larra sudah dimiliki.

“Lupakan Larra. Insyaallah, kalau Larra adalah takdir Zaf. Mesti ada perempuan lain yang jadi takdir Kimi” ujar Puan Zahnita cuba memujuk.

Hakimi tersenyum. Menarik nafas dalam sebelum melepaskannya kembali. Dia mendongak memandang wajah lembut Puan Zahnita. Mengangguk perlahan.

“Yeah. Walaupun sekarang tak boleh nak lupakan Larra sepenuhnya but i’m sure. One day. Mesti boleh kan mummy?” soal Hakimi kembali. Puan Zahnita mengangguk perlahan sambil tersenyum. Matanya tak lepas memandang wajah Hakimi.

Lelaki itu sememangnya dikurniakan rupa paras yang kacak. Itu bukan katanya. Malah setiap kali Hakimi menemaninya keluar, pasti ada komen-komen dari rakannya tentang rupa tampan anaknya itu. Jadi, masalah rupa bukan masalah utama lelaki itu.

Duit juga bukan kerana lelaki itu sememangnya tidak pernah ada masalah dengan wang. Pada usia muda lelaki itu sudah memegang ijazah dalam bidang undang-undang. Sikap lelaki itu juga jauh berbeza dari Zaf. Lelaki itu bersifat tidak kasar dan lebih memahami perempuan. Dia tidak pernah melihat lelaki itu mengherdik atau memaki mana-mana perempuan di hadapannya. Dia pasti, itu bukan gaya Hakimi. Lelaki itu sememangnya seorang lelaki yang baik. Tapi mungkin belum sampai masa lagi untuk dapat perempuan yang betul-betul layak untuk dia. Mummy doaakan Hakimi ditemukan dengan perempuan yang lebih baik dari Larra. Doanya di dalam hati.

“Bila dia orang balik, mummy?” soal Hakimi sengaja menukar topik perbualan apabila dilihatnya Puan Zahnita termenung jauh. Wanita itu memandanngya.

“erm mummy pun tak ingat la. Maybe dalam 5 hari lagi kot. Dia orang pergi sana kejap je” ujar Puan Zahnita.

******

Larra sedikit teruja melihat susun atur kamar mandi itu. Tab mandi berbentuk segi empat itu menarik perhatiannya. Air yang diisinya sejak 10 minit yang lalu sudah hampir memenuhi ruang kosong. Wangian sudah dititiskan ke dalam air. Lalu tanpa befikir panjang dia segera menanggalkan pakaiannya dan masuk berendam ke dalam tab mandi itu. Larra tersenyum gembira. Rasa segar mula terasa. Agh! Rasa letihnya mula beransur-ansur hilang. Dirinya terasa segar kembali. Buih-buih di hadapannya ditiup perlahan.

Sejenak dia terkenang akan Tengku Dzafril Haidhar. Sikap lelaki itu yang sering berubah-ubah sejak kebelakangan ini membuatkan dia semakin keliru. Apa motif sebenar lelaki itu masih menjadi tanda tanya buatnya. Jika difikirkan, sejak dari hari mereka berdua dinikahkan lagi, lelaki itu memusuhinya.

“tapi time tu memang jelas, terang yang dia tak suka aku. Benci dekat aku” ujarnya perlahan. Tapi sekarang sikap lelaki itu cukup berbeza. Kadang-kdang baik. Mula bersikap aneh seolah-olah mengambil berat membuatkan dia bertambah bingung. Kenapa dengan lelaki tu sebenarnya ek? Dia sengaja pura-pura baik sebab nak balas dendam dekat aku ke atau dia tu memang dah tak betul? Ish!

Lara mengerutkan dahinya. Tak mungkin lelaki tu betul-betul ambil berat dekat aku. Mesti ada sesuatu. Lagipun, lelaki tu pernah pulak fikir psal orang lain. Larra tersenyum. Mula yakin dengan apa yang difikirkannya. Dia yakin, Tengku Dzafril Haidhar sekadar bepura-pura baik. Aku tak percaya kalau dia betul-betul ambil berat pasal aku. Lagipun, aku bukan baru kenal kau Zaf. Sejak dari aku kerja dekat rumah mummy kau lagi aku kenal perangai kau. Kaki perempuan. Tak mungkin aku nak tergoda dengan lelaki macam dia. Tak mungkin, tegas hati Larra. Satu keluhan berat dilepaskannya.

Pintu kamar mandi itu kedengaran ditolak perlahan membuatkan Larra yang masih mengelamun jauh tersedar. Bulat matanya. Perlahan dia menoleh ke arah pintu utama itu. Mengintai di sebalik tirai yang menutupi tab mandinya. Agh sudah! Lelaki ni masuk toilet sekarag pulak. Macam mana ni? Larra mula kaget. Bajunya yang terdampar tidak jauh darinya tak mungkin mampu disarung dalam masa yang singkat. Macam mana dia boleh masuk? Aku lupa kunci ke? Soalnya sendiri.

Larra terkedu sejenak. Ya! Aku lupa nak kunci pintu, jeritnya di dalam hati. Aghh! Cuai gila kau Larra. Macam mana ni? Apa aku nak buat sekarang. Dia mula menggelabah apabila lelaki itu sudah semakin hampir dengannya. Berjalan ke arah tab mandi itu sambil terbatuk-batuk perlahan dengan hanya bertuala.

Jantungnya berdegup laju. Otaknya berputar ligat mencari jalan untuk menyorok. Tanpa membuang masa dia pantas menyelamkan kepalanya masuk ke dalam air. Membiarkan buih-buih yang terapung menutupi permukaan air di dalam tab mandi itu. Menyesal aku tak kunci pintu. Gumam Larra di dalam hati.

Tengku Dzafril Haidhar menyelak tirai di tepi tab mandi tersebut. Dia tersenyum apabila matanya menangkap air yang telah diisikan di dalam tab mandi itu. Bagus betul hotel ni. Macam tahu-tahu je yang aku nak mandi. Siap letak pewangi lagi. Bagus-bagus. Lalu dia menanggalkan tualanya dan masuk ke dalam tab mandi tersebut. Dia menarik nafas sambil menikmati aroma terapi yang dihidupkan tidak jauh darinya. Namun sejenak pandangannya kaku pada satu arah tidak jauh darinya. Tidak berkedip dia memandang pakaian yang tergantung di tepi tab mandi itu. Apasal macam aku kenal baju tu? Soalnya perlahan.

“Saiz 34 pun ada sekali” ujarnya sambil tergelak apabila menyedari pakaian dalam Larra itu turut berada di situ.

Timbul rasa pelik pada dirinya. Baju ada. Tapi, mana Larra? Tak nampak Larra pulak sejak aku masuk suite tadi. Dia mula berasa aneh dengan keadaan itu.

Larra cuba sedaya upaya menahan nafasnya ketika berada di dasar tab mandi tersebut. Jujur dia tidak menyangka lelaki itu akan masuk ke dalam tab yang sama dengannya. Berendam dan berkongsi tempat mandi dengannya. Macam tak ada masa lain je nak mandi. Time aku nak mandi, time tu juga lah kau nak mandi. Ish, yang aku ni pun satu! pergi gatal-gatal sangat sembunyi dalam ni kenapa. Nasibnya baik kerana tab mandi itu sememangnya besar. Jadi cukup ruang untuk mereka berdua berkongsi tab yang sama. Dapat dia mengelakkan diri dari tersentuh kaki Tengku Dzafril Haidhar.

Dia mula rasa sesuatu. Nafasnya sudah tersekat. Dia kekurangan oksigen. Sudah agak lama dia bersembunyi di dalam air. Agh! Aku dah tak boleh nak tahan nafas lagi! Lantaklah apa pun nak jadi. Janji aku tak hilang nyawa semata-mata sebab nak sembunyi dari lelaki ni punya pasal.

Lalu dengan tekad segera dia bangun dan kembali duduk semula menyedut oksigen sepuas-puasnya. Kembang kempis hidungnya menyedut oksigen yang ditahannya sejak dari tadi. Tercungap-cungap dia di situ tanpa menyedari ada sepasang bebola mata yang bulat melihatnya yang keluar tiba-tiba dari dasar tab mandi tersebut. Larra menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan cukup terkejut melihatnya tiba-tiba muncul di situ. Wajah lelaki itu pucat. Bibirnya terketar-ketar seolah ingin mengatakan sesuatu. Matanya bulat masih memandang Larra.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam saat melihat Larra yang tiba-tiba muncul dari dasar tab mandi itu dengan nafas yang tercungap-cungap. Menyedut oksigen sebanyak yang mungkin. Mana datangnya perempuan ni? Apasal dia boleh keluar ikut tab mandi aku ni pulak tiba-tiba.

Atauu.. Dia memang ada dekat dalam ni dari aku belum masuk lagi? Dia menoleh semula ke arah baju milik Larra yang masih tergantung di sisi. Baru dia sedar, baju Larra ada di situ mungkin kerana Larra terlebih dahulu berada di dalam tab mandi tersebut. Bagaikan tidak percaya dia dan Larra kini berkongsi tab mandi yang sama. Atau dengan kata lain, mereka mandi bersama.

Larra menarik nafas panjang. Nafasnya kini sudah mulai teratur. Dia turut memandang Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandangnya. .

“Mmm..macam mana kau boleh ada dekat dalam ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar akhirnya. Jari telunjuk diarahkan ke arah Larra yang basah.

Larra menghela nafas panjang. Menelan air liurnya yang kelat. Dia sendiri tidak tahu hendak menjawab bagaimana soalan lelaki itu. Tapi sekarang semua dah kantoi. Lelaki ni dah tahu aku dekat dalam ni. Aku nak tipu apa lagi. Lalu, wajah Tengku Dzafril Haidhar yang pucat itu dipandangnya. Mengumpul kekuatan dan menyusan kata bagi menerangkan perkara sebenar kepada lelaki itu.

“saya masuk sini dulu. Dah dekat sejam dah. Awak yang tiba-tiba masuk bilik air ni then terus masuk tab ni kenapa?” soal Larra kembali. Meski dia tahu salahnya kerana tidak mengunci pintu kamar mandi itu namun dia tidak mahu mengaku kalah. Sengaja meletakkan kesalahan ke bahu Tengku Dzafril Haidhar. Memang salah aku. Yang pergi pilih nak sembunyi dalam air tu kenapa? Larra Adlea, kau ingat kau superman ke? Nak tahan nafas lama-lama dalam air pulak. Apa punya idea aku pakai. Dia meraup perlahan wajahnya yang basah sambil diperhatikan oleh Tengku Dzafril Haidhar.

“eh. Kau cakap baik-baik sikit eh. Mana lah aku tahu ada orang dalam tab mandi ni. So kau jangan nak salahkan aku pulak” ujar Tengku Dzafril Haidhar jelas bengang apabila dirinya dipersalahkan oleh Larra pula. Dia mencuba untuk membela dirinya dari tuduhan gadis itu.

Larra menghela nafas panjang. Memandang lelaki itu dengan riak tak puas hati. Yang pasti, aku tak mahu kongsi tab mandi ni sama-sama dengan lelaki ni. Duduk berdua dalam ni sama macam kitaorang mandi sama-sama. Ish, please lah. Tak ingin aku kongsi.

“okay whatever it is. Sekarang awak dah tahu yang saya ada dalam tab mandi dulu dari awak kan? Kan? Kan? So boleh tak awak tolong keluar. Sila” ujar Larra sambil mengarahkan tangannya untuk lelaki itu keluar dari tab mandi itu.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis melihat Larra. Kau suruh aku keluar? Eh sesuka hati dia je nak suruh-suruh aku keluar. Ingat aku nak dengar cakap kau? Mestilah tak! “Kau bebel apa ni? Nak suruh aku keluar? Memang tak lah. Sekarang salah kau kan sebab langsung tak bagi signal dekat aku yang kau ada dekat dalam ni. Yang kau pergi sembunyi masuk dalam air tu kenapa? Tak ada. Tak ada. Aku tak nak keluar” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menyandarkan tubuhnya. Sengaja menunjukkan kedegilannya. Wajahnya dialihkan dari terus memandang Larra.

“Eh! Awak ni dah gila ke apa? Takkanlah saya nak duduk dalam tab mandi dengan awak. Lagipun saya….” suara Larra sudah mulai meninggi. Kedegilan Tengku Dzafrl Haidhar benar-benar menguji kesabarannya.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh kembali memandang ke arah Larra. “So what? Kalau aku tak nak keluar pun kau nak buat apa? Apa masalah kau kalau kita share sama tab mandi sekalipun. Lagipun kita dah halal pun kan? Dosa ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar membalas kembali kata-kata Larra itu.

Larra tenganga sejenak mendengar kata-kata lelaki itu. Wah! Sejak bila pulak lelaki ni pandai cakap pasal halal haram. Diri sendiri pun tak betul. Ish. “memanglah tak dosa tapi awak jangan jadi gedik sangat Zaf. Sekarang awak nak keluar ke tak?” soal Larra kembali.

Tengku Dzafril Haidhar mengetap bibirnya menahan geram. Gila betul! Dia ingat dia buat muka lawa, aku nak mengalah. Siap cakap aku gedik lagi. Eh perempuan ni.
“Keluar? Mestilah tak. Aku dapat share satu tempat mandi dengan perempuan cantik. Siapa yang nak keluar. Lagipun dekat tab mandi ni tak tulis pun nama kau kan? Ada ke? Tak ada kan? So maksudnya semua orang bebas guna. aku tak nak keluar” dia menegaskan kata-katanya sambil menyilangkan tangannya memandang Larra.

“but its okay kalau kau nak keluar, Puan Larra” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia tahu kata-katanya itu bakal membuatkan Larra semakin marah namun lantaklah. Dia ingat dia je reti sakitkan hati aku.

Larra merenung lama wajah Tengku Dzafril Haidhar sebelum menoleh ke arah bajunya yang masih tersangkut. Kemudian dia kembali menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar semula. Tidak tahu hendak bersuara. Panggilan Puan Larra itu sedikit banyak mengusik dirinya.

“Kenapa? Dah tak nak keluar pulak? Suka duduk dalam ni dengan aku?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali apabila dilihatnya Larra berdiam diri. Dia tahu kemenangan bakal berpihak padanya. Dia yakin Larra tanpa pakaian. Jadi tak mungkin dia nak keluar dari tab mandi ni depan aku. Bijak juga aku. Dia tersenyum melihat Larra yang sedang memandangnya. Hahaha! Padan muka kau. Lagi nak tunjuk ego dengan aku.

Larra mengetap bibirnya. Geram dengan sikap lelaki itu yang suke menyakitkan hatinya. “macam mana saya nak keluar! Saya tak………” erk. Dia tidak jadi meneruskan kata-kata. Dipandangnya Tengku Dzafril Haidhar yang sedang tersenyum dengan riak kemenangan di hadapannya. Ish, tak mungkin aku nak keluar sekarang. Depan lelaki ni. Perlahan dia mendengus.

“Kenapa? Tak boleh keluar ke? ” soal Tengku Dzafril Haidhar. Larra tidak menjawab. Gadis itu sekadar menjeling geram. Tengku Dzafril Hdiahr tersenyum melihat wajah marah Larra. Comel, pujinya dalam diam.

“dah. Sekarang. Kau tak boleh keluar, dan aku pun tak nak keluar dari sini. So, apa kata kita duduk je sini diam-diam. Okay sayang?”soal Tengku Dzafril Haidhar.

“awak jangan nak sayang sangatlah. Saya geli” ujar Larra marah. Dia mencebik sebelum mengalihkan perhatiannya ke luar cermin kaca di sisi. Malas mahu mengadap lelaki tiga suku tu lagi. Dia tersekat di situ. Selagi lelaki tu tak keluar, aku pun tak boleh nak keluar. Janganlah dia buat something di luar kawalaan. Dahlah kita berdua je dekat sini. Larra mula diancam resah.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. Jujurnya, dia terpaksa mengaku, dalam semua perempuan yang pernah ditemuinya, Larra sememangnya paling kronik untuk dilembutkan. Langsung tidak terkesan dengan layanan baiknya. Apa masalah perempuan ni ek? Aku buat baik salah. Buat jahat pun salah. Dia nak apa?

Otaknya berfikir ligat memikirkan sebab apa gadis itu masih melayannya kasar meski dia sedikit demi sedikit cuba memperbaiki hubungan mereka dengan bersikap lebih ‘lelaki’. Even tak adalah lelaki sangat tapi aku try jadi macam biasa. Salah ke?

Peristiwa beberapa jam yang lalu kembali bermain di mindanya. Seawal 5 pagi dia sudah terjaga semula dari tidurnya. Ketika itu mereka masih duduk bersama di dalam kapal terbang. Larra masih lena di bahunya dengan tangan kiri miliknya masih menggengam erat tangan gadis itu tanpa sedar.

Kenangan seperti itu adalah pertama kali baginya. Tidak pernah dia meminjamkan bahunya untuk dijadikan tempat tidur mana-mana gadis. Dia tersenyum nipis sebelum menoleh sekilas ke arah Larra di hadapannya kini yang sedang leka memerhati permandangan kota Seoul di hadapan mereka. Air liurnya ditelan. Dia mengambil kesempatan itu untuk memerhati wajah Larra sepuasnya.

Diakuinya, gadis itu sememangnya jelita. Wajahnya bujur sirih. Matanya bulat dengan alis kening yang panjang. Bulu matanya tidak lentik tapi panjang. Hidungnya mancung mencatuk serta sepasang pipi yang memerah ketika gadis itu malu atau marah. Bukan merah yang pakai blusher tu tapi ni natural punya. Kulitnya yang semulajadi cerah serta sepasang bibir yang merah merekah. Buat seketika dia seolah terpukau melihat kecantikan gadis itu. Eh bukan seolah tapi yang sebenarnya dia memang sedang terpukau dengan keaslian kecantikan yang dimiliki oleh Larra.

Gadis itu tidak perlu pakai bulu mata panjang-panjang atau sapu pipi dengan pemerah pipi tebal-tebal. Masih cantik tanpa make-up. Erm tak hairanlah kalau Syazriel tu boleh tewas dengan kau, Elle.

Akibat leka dia menjadi semakin berani. Matanya mula jatuh pada leher jinjang milik Larra dan sekitar dada. Putih dan mempesona. Buih-buih sabun menghalang penglihatannya untuk melihat lebih jauh ke dasar namun semua itu tidak mengapa. Dia yakin gadis itu come in package. Semua cantik. Dia menelan air liurnya. Naluri lelakinya mula tergoda. Nafasnya mula turun naik. Namun seketika kemudian matanya terasa pedih apabila dipercik dengan air secara tiba-tiba. “aduuh” jeritnya sambil memegang kedua matanya. Agh! Pedih gila.

“awak tengok apa? ambil kesempatan?” jerit Larra sambil memandang tajam ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih memegang matanya. Masih pedih barangkali. Agh biar! Padan muka kau. Makin diam makin berani. Lebih-lebih lak tengok aku.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus geram. Spoil lah perempuan ni. “Apahal dengan kau ni? Main percik-percik air pulak. Lagipun aku mane ade ambil kesempatan. Tak buat apa-apa pun” sangkalnya. Meski dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Larra. Tapi….alah! Standard lah tu. Aku tengok je kot. Bukan buat apa-apa pun.

“mata awak tu! Jaga-jaga sikit. Jangan ingat saya tak nampak” ujar Larra. Dia merendahkan posisi duduknya dan kini hanya kepalanya sahaja di permukaan air itu. Leher dan badannya ditenggelamkan ke dasar.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. Memarahi dirinya. Dia malu sendiri dengan tindakannya. Tidak disangka dia boleh bertindak sejauh itu. Padahal tadi aku tak ada niat pun nak pandang lebih-lebih. Dah dia cantik sangat, aku tengok lah. Tapi mana tahu aku sampai boleh tergoda. Sengal lah kau Zaf!

“Jangan perasan aku tengok kau boleh tak? Lagipun kalau betul aku tengok. Bukan dosa pun.” ujarnya cuba mempertahankan dirinya meski dia sudah terasa bahang malu ketika itu. Malu kerana dirinya tertangkap oleh Larra. Yang aku pergi gatal-gatal tengok dia tadi tu kenapa? Nak cerita pun susah. Dia tidak berniat untuk mencuri pandang Larra sehingga ke bahagian badan yang itu namun dia terpukau. Ya! dia terpukau.

Tak boleh biar ni. Dah malu. Makin lama makin panas aku duduk sini. Lalu tanpa berlengah dia terus bangun berdiri.

Larra yang masih memandang geram suaminya itu mula panik apabila tiba-tiba lelaki itu bangun berdiri di hadapannya. Cepat-cepat dia menjerit sambil menutup wajahnya dengan tangan. “Aaaaaaaaa!!” jeritnya kuat. Lelaki ni agak-agaklah. Nak bangun pun cakap lah dulu dekat aku. Ni tak. Main diri je. Nasib baik aku tak nampak apa-apa. Kalau tak, lagi gila agaknya.

“Weh! Weh apahal kau ni jerit” soal Tengku Dzafril Haidhar sambil memandang Larra yang masih menutup wajahnya. Seolah ketakutan.

“saya tak nampak. Saya tak nampak” ulang Larra seolah takut. Masih tidak memandang Tengku Dzafril Haidhar di hadapannya.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus perlahan sambil memandang pelik Larra yang masih menutup mukanya itu. “weh! Kau apahal? Nak takut apa? Aku pakai seluar la. Bukan macam kau” ujarnya sambil menarik tuala yang tersangkut di tepi itu. Lalu menyarungkan ke tubuhnya.

Larra menelan air liurnya. Bukan macam aku. Erk maksudnya. Baru dia faham. Tanpa pakaian. Lalu dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudah bertuala dan kini sedang tersenyum sinis di hadapannya. Seolah mengejek kekalutannya.

“asal awak gelak. Awak jangan gelak-gelak ea” marah Larra sambil memerhati tubuh Tengku Dzafril Haidhar yang sudah dibawa keluar dari tab mandi itu meninggalkannya sendirian di situ. Lelaki itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Gelak pun salah ke? Kau ni kelakar lah Larra, dahlah comel, kelakar pulak tu. Kau marah-marah pun, tak bagi effect dekat aku pun, sayang” ujar lelaki itu sebelum memboloskn dirinya ke tempat ‘shower’.

Larra membulatkan matanya. Huh? Sayang? Dia panggil aku sayang? Apa kena dengan lelaki ni. “saya bukan ‘sayang’ awak okay. Don’t call me sayang” jerit Larra lagi. Namun kedengaran Tengku Dzafril Haidhar tegelak besar mendengar kata-katanya.

“Sayang!” usik lelaki itu dengan sengaja memanggilnya sayang dengan lebih kuat.

Larra menyandarkan tubuhnya. Geram. Apahal dengan lelaki ni nak panggil aku sayang-sayng pulak. Yucks! Geli aku.

Beberapa minit telah berlalu sekali lagi dia dikejutkan apabila Tengku Dzafril Haidhar yang telah selesai mandi kini menyelak tirai di tepi tab mandi itu tiba-tiba. Tersenyum memandangnya. Larra memandang kaget ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang bertindak mencurigakan.

“Hey. Awak buat apa lagi dekat sini. Keluarlah! Eeee. Sakit jiwalah saya dengan awak ni” marah Larra.

Tengku Dzafril Haidhar tidak terus menjawab. Sebaliknya dia memandang lama wajah Larra yang gelisah sambil tesenyum meleret. “bye sayang” ujarnya sengaja mengusik Larra. Puas hatinya melihat wajah Larra yang memerah apabila dirinya dipanggil sayang olehnya. Setelah berpuas hati mengusik Larra dia terus berpaling dan berjalan menuju ke pintu masuk kamar mandi itu.

Larra menarik nafas lega melihat lelaki itu kini sedang menuju keluar dari kamr mandi itu. Sempat dia mencuri pemandangan tubuh lelaki itu dari belakang. Dia terpaksa mengaku, lelaki itu dikurniakan tubuh badan yang cantik. Tubuhnya tidak dikategorikan terlalu kurus juga sememangnya tidak gemuk. Kurus namun tegap. Struktur tubuhnya yang tinggi membuatkan badannya kelihatan sasa. Rasanya dia ni kalau jadi model, lepas ni. Dalam diam dia memuji lelaki itu.

“Aku keluar kejap. Kau jangan cari aku pulak” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menarik pintu itu. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Larra yang masih memandangnya sebelum terus berjalan keluar..

Larra mencebik. “ish. Tak ingin aku nak cari kau” bebelnya perlahan.

*****

“eh Kimi. Nak pergi mana ni?” soal Puan Zahnita sebaik sahaja melihat Hakimi yang telah lengkap berpakaian. Gayanya seperti hendak keluar.

Hakimi menoleh ke arah Puan Zahnita yang masih menyusun bunga-bunga di pasu. Mummy nya itu seorang penggemar tegar bunga. Dari dulu rumahnya sememangnya tidak penah lekang dari pelbagai jenis bunga. “Kimi nak keluar kejap dengan kawan” ujar Hakimi sambil memerhati dirinya di cermin sudut itu.

Puan Zahnita menoleh sekilas ke arah anak lelaki terunanya itu sambil tersenyum. Bunga ros di dalam jambangan pasu di hadapannya itu kembali dibetulkannya. “Keluar dengan kawan perempuan ke lelaki?” soal Puan Zahnita lagi. Dia menjeling Hakimi yang kelihatan terkejut mendengar soalannya itu.

“eh mummy. Sejak bila tukar profesion ni? Dah tak kerja jadi pengusaha butik lagi ke?” soal Hakimi sambil tersenyum. Lelaki itu tidak menjawab soalannya sebaliknya bertindak untuk mengusiknya kembali.

Puan Zahnita tergelak sendiri sambil ketawa kecil mendengar kata-kata Hakimi. “part time kerja. Hari ni kan cuti. Encik lawyer tu biasanya duduk rumah je kalau hari cuti ni. So mummy wonder ke mana agaknya dia nak pergi pakai cantik-cantik macam ni?” soal Puan Zahnita sambil berpaling menghadap ke arah Hakimi.

Hakimi tersenyum. Dirinya sudah terjerat. “erm. Keluar jumpa kawan kejap je mummy. Kejap je” ujar Hakimi lagi.

“Mummy tak cakap pun tak boleh keluar. Mummy tanya satu je kan. Kawan perempuan ke kawan lelaki? Tu je. Baik jawab” ujar Puan Zahnita lagi.

“erm perempuan. Eh okaylah mummy. Kimi dah lambat ni. Kimi pergi dulu ea. Bye. Assalamualaikum mummy” ujar Hakimi sambil pantas mencapai tangannya dan dicium. Lalu dia segera berjalan meninggalkan mummy nya itu. Pegh, makin bahaya ni. Mummy macam tahu-tahu je aku nak keluar dengan Ajierah.

*****

Pintu kamar mandi ditolaknya sedikit sebelum dia kemudian mengeluarkan sedikit kepalanya bagi memastikan tiada sesiapa di suite itu selain dirinya. Kata Zaf, dia nak turun kejap dekat bawah. Patutnya dia dah turun dah ni. Matanya diperhatikan ke sekeliling suite dan jangkaannya benar. Tengku Dzafril Haidhar sudah tiada di situ. Kini dirinya bersendirian di suite itu. Larra tersenyum gembira.

“fuh nasib baik” ujar Larra sambil menarik nafas lega. Dia tidak berani keluar dalam hanya berpakaian yang berbalutkan tuala sahaja. Kerana itulah dia menunggu agak lama di dalam kamar mandi sebelum memberanikan dirinya akhirnya untuk keluar dari situ setelah yakin lelaki itu telah benar-benar tiada di suite itu. Tadi pun lelaki tu dah pandang aku lain macam. Ni nak keluar pakai tuala macam ni je. Lagi lah cari nahas.

Memang teruk lah kau hari ni Larra. Pintu lupa nak kunci. Lepas tu baju ganti lupa nak bawa sekali masuk toilet. Kan menyusahkan diri kau je. Kau tengok ni, tak pasal-pasal kau terpaksa main hendap-hendap dalam bilik ni. Dia membebel memarahi dirinya sendiri sebelum menarik pintu itu dan melangkah keluar dengan yakinnya.

“nasib baik dia tak ada dalam bilik. Kalau tak entah pukul berapa agaknya aku kena duduk dalam toilet tu. Dahlah sejuk” ujar Larra yang mengigil kesejukan sebelum mula berjalan menuju ke arah katil yang berada tidak jauh darinya.

Krik!

Jantung Larra mula berdegup laju apabila kedengaran pintu suite itu dibuka perlahan serentak dia pantas menoleh. Bulat matanya melihat Tengku Dzafril Haidhar yang sudahpun kaku di situ sambil memandang dirinya yang kini hanya bertuala. Riak wajah lelaki itu yang seolah-olah terkejut membuatkan Larra mula menjadi takut. Buat seketika mereka berdua sama-sama kaku.

Aduuuhh! Kenapalah time-time macam ni juga dia nak masuk suite ni. Tadi elok-elok je tak ada sekarang dia dah ada pulak. Macam mana aku nak buat ni? Soal Larra sendiri. Lalu tanpa membuang masa dia mula berjalan semakin laju ingin cepat mendapatkan bajunya di atas katil bagi dibawa masuk semula ke dalam kamar mandi. Tidak sanggup berada di luar itu. Dia rimas dengan pandangan lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam saat terpandang tubuh Larra yang hanya berbalutkan tuala ketika dia mula masuk ke suite itu. Entah mengapa anggota badannya seolah kaku. Dia hanya mampu memandang Larra yang seolah ketakukan melihat kehadirannya yang secara tiba-tiba di suite itu. Matanya masih tak lepas memandang Larra. Namun apa yang lebih mengejutkan dirinya lagi apabila kini tubuh Larra sudahpun tergolek di hadapannya akibat jatuh. Tualanya jatuh melorot ke lantai. Berderau darah lelakinya.

“Ya allah. Sakitnya” ujar Larra apabila punggungnya terhentak kuat ke lantai gara-gara tergelincir ketika dia dalam usaha untuk segera mendapatkan bajunya itu tadi. Matanya terpejam menahan sakit. Tangannya diarahkan untuk menggosok belakang badannya yang terhentak kuat tadi. Namun ada sesuatu yang aneh kini dirasakannya sedang berlaku pada dirinya.

Eh? Apahal aku rasa macam sejuk semacam je ni? Dan….dan.. Apasal aku tak rasa tuala aku pun? Bukan patutnya masa aku gosok belakang badan aku patut rasa tuala ke. Jangan-jangan….dia pantas membuka matanya. Erk!

Bulat matanya memandang keadaannya kini. Dia mulai kaget apabila menyedari keadaan tubuhnya kini yang sudahpun tanpa tuala. Hah! Macam mana ni? Pantas dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan sudah tidak tentu arah di pintu suite itu dan masih tajam memerhatikannya. Larra menelan air liurnya. Perasaannya yang kini di alami sukar digambarkan. Rasa takut dan malu silih berganti.

Tengku Dzafril Haidhar terpempan saat melihat tuala Larra terlucut ketika gadis itu tergelincir jatuh tadi. Satu perasaan yang tidak pernah dialaminya mula menguasai dirinya. Dia melangkah menghampiri Larra tanpa sedar. Dilihatnya Larra seolah takut melihatnya namun dia sudah tidak peduli lagi.

Larra cuba untuk bangun namun Tengku Dzafril Haidhar terlebih dahulu menghampirinya sebelum kemudian mengangkat tubuhnya ke atas katil. Larra mula panik. Eh eh!! Lelaki ni nak buat apa ni? Apasal dia angkat aku? Tubuhnya terhenyak di situ.

“Zaf! Awak nak buat apa ni? Awak jangan macam-macam Zaf!” marah Larra apabila melihat lelaki itu yang sudahpun menanggalkan bajunya menampakkan tubuh sasanya. Larra cuba untuk mengelak dan bangun dari dipeluk oleh lelaki itu namun Tengku Dzafril Haidhar terlebih dahulu memegang kedua tangannya. Nafas lelaki itu kelihatan turun naik membuatkan Larra menjadi semakin takut.

“Zaf!” jeritnya. Dia cuba untuk meronta namun tenaga lelaki itu gagal ditanding dengan kudrat perempuannya. “awak jangan macam ni Zaf. Awak jangan lupa pasal perjanjian kita tu. Awak tak boleh…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya bibirnya dikucup lama oleh lelaki itu. Bulat mata Larra kerana terkejut dengan keberanian lelaki itu. Weh! Sesuka hati kau je. Ni first kiss aku kot. Terasa lembut cara lelaki itu menciumnya membuatkan dia terbuai sejenak. Namun buat seketika dia mula sedar keadaan mereka.

Pantas dia menolak kuat tubuh lelaki itu. Namun kedua lengannya ditekan dengan kuat menyebabkan dia tak mampu bergerak. Larra semakin rimas. Air matanya yang ditahan sejak tadi mula mengalir deras. Dia bukan sahaja takut. Juga malu dan marah dengan sikap lelaki itu. Dasar lelaki. Tapi apa kau nak buat ni?

“Zaf, jangan buat saya macam ni, Zaf. Saya merayu dekat awak. Saya tak nak” ujar Larra dengan nada merayu. Tengku Dzafril Haidhar langsung tidak mempedulikan kata-katanya. Pipi gadis itu pula menjadi sasarannya.

Larra akhirnya pasrah. Kudratnya sebagai perempuan tidak sekuat lelaki itu. “Ya allah. Tolonglah aku. Tolonglah aku” ujar Larra tanpa henti. Dia benar-benar berharap lelaki itu tidak akan bertindak lebih jauh dari itu.

Tengku Dzafril Haidhar terhenti. Dia mengerutkan dahinya. Mendengar ucapan Larra itu serentak membuatkan dia tersedar dengan apa yang sedang dilakukannya kini. Perlahan dia menjarakkan wajahnya dari Larrra. Memandang lama wajah sembap milik Larra akibat menangis sejak tadi. Mula merasa menyesal dengan apa yang merasuknya tadi.

Segera dia bangun dan meraup wajahnya. “astaghfirullahalzim. Aku… Aku” ujarnya cuba memujuk Larra. Wajah Larra dipandangnya. Ingin mengatakan sesuatu. Dilihatnya Larra sudahpun bangun menarik selimut bagi membaluti tubuhnya yang terdedah.

Tengku Dzafril Haidhar kecewa dengan dirinya. Bukan niatnya untuk bertindak sejauh itu dengan Larra. Kata-katanya tersekat di kerongkong tanpa dapat meluahkan kata maafnya kepada Larra. Melihat Larra yang sudah pun menangis menambahkan rasa kesalnya. Agh! Apa aku buat ni? Lalu di segera turun dari katil dan mencapai baju T-shirtnya yang terdampar di lantai sebelum memakainya kembali. Kakinya pantas dilangkahnya laju menuju ke pintu suite. Ingin segera keluar meninggalkan Larra di situ. Jujur, dia tidak sengaja berbuat begitu. Aku tak sedar. Maafkan aku Larra.

******

“apa ni?’ soal Ajierah sambil tersenyum memandang kotak merah jambu berbalut kemas itu. Sempat dia menjeling Hakimi di sisinya yang turut tersenyum.

“Hadiah. Untuk kau. Buka ah. Lama aku pilih benda ni” ujar Hakimi sambil menoleh sekeliling.

Ajierah di sisinya sudahpun membuka kotak hadiah itu sebelum terpamer hadiah jam tangan yang dipilihnya bersama Larra di dalam kotak itu.

“wahh! Cantiknya. Jam tangan ni untuk aku ke?” soal Ajierah seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Masalahnya bukan pada jam tangan itu. Tetapi pada siapa yang memberinya. Hakimi pertama kali menghadiahkannya sesuatu. Namun atas dasar apa? Dia menoleh ke arah Hakimi di sisi.

“Jam tangan ni untuk apa?” soal Ajierah hairan menyebabkan Hakimi yang sedang leka memerhati kanak-kanak kecil bermain pasir di hadapannya menoleh kembali memandang Ajierah. Tersenyum.

“for our friendship. Ingat senang ke aku nak pilih jam ni. Susah tau. Dahlah aku tak tahu kau suka jenis macam mana” ujar Hakimi sambil mengerling sekilas ke arah jam tangan yang masih di dalam kotak itu.

Ajierah tersenyum kembali. Tapi not bad lah jam tangan yang Hakimi pilih ni. Memang cantik. Punya citarasa sendiri. “tapi kan Kimi. Jangan tangan ni lawa. Pandai kan kau pilih” puji Ajierah. Dia bukan saja-saja memuji lelaki itu namun dia benar-benar memaksudkannya. Jam tangan yang dihadiahkan itu sememangnya cantik.

“cantik?” soal Hakimi.

Ajierah membetulkan selendang yang dipakainya akibat ditiup angin kuat pantai sebelum pantas mengangguk. “cantik. Pandai kau pilih. I was like. Tak sangka pula kau ni pandai juga pilih barang perempuan kan” ujar Ajierah sambil menarik keluar jam tangan itu dari kotaknya. Memerhati dengan lebih dekat lagi jam tangan pemberian Hakimi itu.

“tak adalah Jie. Ikutkan aku pun tak pandai sangat nak pilih barang-barang perempuan ni. Tapi aku minta kakak ipar aku tolong pilih. Dia lah yang tolong aku pilih jam tangan ni. Aku mula-mula pun risau kau tak suka. Nasib baik kau okay je” ujar Hakimi sambil tergelak.

“erm patutlah. Nampaknya kakak ipar kau tu taste tinggi dalam pilihan jenama” ujar Ajierah sambil meletakkan kembali jam tangan itu ke dalam kotaknya. Menoleh kembali memandang ke arah Hakimi yang sedang mengangguk.

“memang pun. Tapi, kau dengan dia berbeza sikit lah. So aku takut je, apa yang dia pilih kau tak berkenan. Kalau kau tak berkenan, terpaksa lah aku cari yang lain” ujar Hakimi. Ajierah ketawa mendengar kata-kata lelaki itu.

“Kau ni kenapa? Hadiah dari kawan kot. Takkanlah aku tak nak terima. Even kau bagi aku jam tangan murah-murah pun aku gembira je lah. As long as kau ikhlas. Tu yang penting kan?” ujar Ajierah.

Hakimi menggangguk. “ya cik Ajierah. Betul tu” ujarnya.

Ajierah menelan air liurnya. Mula terfikirkan sesuatu. Bukankah Hakimi hanya mempunyai seorang abang. Itu pun abang tiri. Dan perempuan yang Hakimi kata suka tu adalah isteri abangnya. Kakak ipar? Larra? Dia menoleh kembali ke arah Hakimi.

“yang pilih kan kau ni, Larra tu ea?” soal Ajierah. Hakimi menoleh ke arah Ajierah sebelum mengangguk perlahan.

Ajierah mengeluh perlahan. Entah mengapa timbul satu perasaan cemburu. Jam tangan ni perempuan yang Hakimi tu suka rupanya pilih. “Kenapa?” kedengaran Hakimi menyoal. Ajierah menoleh sebelum tersenyum kelat. Dia tidak mampu menipu dirinya kalau sedikit pun dia tidak rasa cemburu. Dia tahu dia dan Hakimi sekadar kawan. Namun dia yang menyimpan perasaan dalam diam itu tak mungkin dapat menepis rasa cemburunya. Agh! Relax la Ajierah. Relax..relax.

“cakap dekat kakak ipar kau. Thanks” ujar Ajierah sambil tersenyum. Mengawal rasa cemburunya. Hakimi turut tersenyum sambil mengangguk perlahan.

“okay nanti bila-bila aku bawa kau jumpa dia. Lagipun kau orang sebaya kot. Since kau dengan aku sebaya. Larra tu pun sebaya dengan aku. So maybe kau orang boleh jadi bestfriend ke. Mana tahu kan” ujar Hakimi sengaja membayangkan sekiranya Larra dan Ajierah berkawan baik.

Ajierah mendengus perlahan. “okay. Nanti kau bawa lah aku jumpa dia. Aku pun teringin juga nak jumpa dia” ujar Ajierah kembali.

*****

Tengku Dzafril Haidhar duduk di sudut kafe itu bersendirian. Dia duduk di satu tempat yang agak tersorok dari pengunjung-pengunjung yang lain. Jantungnya masih lagi berdegup dengan kencang gara-gara peristiwa beberapa minit yang lepas. Dia tidak menyangka dia boleh hilang kawalan sehingga hampir meragut dara Larra.

Bukan niatnya untuk melakukan perbuatan seperti itu dengan Larra. Ketika dia masuk ke dalam suite hotel itu imannya sudah mulai goyah apabila melihat Larra yang hanya bertuala di hadapannya. Dia terpaku seketika melihat gadis itu. Namun tambah memburukkan keadaan apabila gadis itu tergelincir. Itu merupakan pertama kali baginya melihat seorang gadis dalam keadaan itu.

Agh!! Apa aku dah buat ni? Kenapa aku boleh buat macam tu dekat dia? Wajahnya diraup seketika melahirkan rasa kesalnya terhadap Larra. Masih terbayang lagi wajah Larra yang menangis dan merayu padanya. Bukan dia tak mahu memujuk gadis itu tadi namun ketika itu rasa bersalahnya mengatasi segalanya. Dia sendiri malu dengan sikapnya. Kenapalah time tu juga aku nak masuk suite tu.

“Maafkan aku Larra” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Satu keluhan berat dilepaskannya. Mencuba untuk menenangkan fikirannya yang kini kusut. Telefon bimbitnya dipandang sekilas berniat untuk memujuk Larra namun dia malu. Mestilah dia tak nak angkat call aku. Mesti lepas ni dia makin benci aku. Aku memang tak guna. Semua benda aku buat mesti lagi buat dia lagi benci dekat aku. Padahal aku tak nak pun hubungan kita orang makin teruk.

“Order sir?” soal pelayan di kafe itu tiba-tiba serentak membuatkan Tengku Dzafril Haidhar yang sedang mengelamun jauh tersedar dari lamunannya. Dia menoleh ke arah pelayan kafe itu.

“Coffee please” ujarnya.

****

“Kau memang tak guna Zaf!” jerit Larra sambil membaling bantal-bantal ke dinding. Rasa sakit hatinya masih bersisa.

Dia belum berhenti menangis di atas katil sejak kejadian petang tadi. Apa yang telah dilakukan oleh Tengku Dzafril Haidhar terhadapnya tadi benar-benar mengejutkannya. Dia langsung tidak menyangka lelaki itu boleh hilang kawalan. Hampir sahaja daranya menjadi milik lelaki itu. Dia sendiri tidak pasti atas sebab apa lelaki itu berhenti dan terus keluar meninggalkannya secara tiba-tiba. Lelaki tu marah aku ke? Aih, kenapalah time tu juga aku boleh tergolek? Yang lagi teruk, apasal setiap kali aku jatuh je, mesti lelaki tu ada. Asal jatuh je, depan lelaki tu. Dari kita orang kahwin sampai sekarang, asal aku jatuh je, tak pernah dia tak ada!

“Ingat Larra. Syurga seorang isteri terletak pada keredhaan suaminya” teringat kembali kata-kata mamanya ketika mula-mula dia berkahwin dahulu. Air matanya mengalir semakin deras. Bukan dia tidak tahu hakikat seorang isteri perlu menurut kehendak suaminya namun bukan Zaf! Dia dengan lelaki tu memang tak boleh bersama. Aku boleh ikut cakap orang lain tapi bukan Zaf! Bukan Zaf.

“Kenapa pula bukan Zaf?” soal satu suara di telinganya. Larra terhenti sejenak mendengar soalan itu. Sebab dia bukan suami yang baik, jawabnya. “habis kau tu isteri yang baik ke?” soal suaraitu lagi. Sinis.

Larra mengerutkan dahinya. Otaknya berfikir sejenak persolaan itu. Dia tahu dia bukan isteri yang baik tapi dia jadi begitu kerana lelaki itu sendiri. Terlampau kasar dengannya. Tangannya diarahkan memegang bibirnya. Masih jelas terasa hangatnya bagaimana lelaki itu menciumnya tadi. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. He’s too gentle. Tapi! Tapi! Tu first kiss akuuu! Air matanya mengalir kembali.

“Zaf tak guna” jerit Larra dalam tangisnya. Kau dah buat aku macam tu bukannya nak minta maaf. Kau boleh pergi dan tinggalkan aku macam tu je. Kau memang tak guna Zaf. Langsung tak bersalah. Kau ingat aku ni apa? Larra menangis semakin kuat. Menyalahkan Tengku Dzafril Haidhar.

*****

Hakimi tersenyum memandang Ajierah di sisinya. Setiap kali menghabiskan masa bersama Ajierah buat dia tak sedar masa berlalu dengan pantas. “Dah sampai” ujarnya sambil menghentikan keretanya di depan pintu pagar rumah Ajierah.

Ajierah tersenyum sambil membetulkan selendangnya. Selesai solat maghrib di jalan tadi dia terus meminta lelaki itu menghantarnya pulang. “lagi sekali, thanks sebab hadiah ni” ujar Ajierah sambil menunjukkan kotak di tangannya.

‘Your welcome. Nanti kau pakai jam tangan tu. Aku nak tengok” ujar Hakimi. Ajierah tergelak kecil sambil mengangguk.

“Okay encik Hakimi. Nanti aku pakai aku tunjuk dekat kau okay. Dah, aku keluar dulu. Nanti mama aku bising pula aku balik lambat. Kita orang nak dinner sama malam ni” ujar Ajierah.

Hakimi mengangguk tanda sambil tersenyum. “okay. Take care” ujar Hakimi. Ajierah turut tersenyum sambil menolak pintu kereta itu dan melangkah keluar.

Hakimi melepaskan nafasnya apabila dilihatnya Ajierah kini sudahpun selamat masuk ke dalam rumah. Lalu kereta miliknya itu kembali dipandu menuju ke jalan besar. Ajierah adalah tempatnya untuk mengadu semua masalah. Kerana gadis itu jugalah dia sedikit banyak dapat mula melupakan Larra. Gadis itu memang seorang pendengar yang baik. Masa dia mula-mula hampir give up dan kecewa sebab perkahwinan Larra yang dilakukan secara tiba-tiba itu, kepada Ajierahlah dia berkongsi cerita.

Memang jarang ada perempuan yang boleh share cerita dan bagi pendapat secara matang macam Ajierah. Dia beruntung kerana dikurniakan seorang teman baik seperti gadis itu. Cantik, pandai dan sempoi. Bukan dia tak tahu. Di pejabatnya, Ajierah dan dia menjadi topik hangat perbualan rakan-rakannya yang lain. Ramai orang menyangkakan dia dan gadis itu menjalinkan hubungan istimewa. Padahal, kita orang kawan je. Masih jelas di ingatannya kata-kata yang keluar dari Encik Fahmi rakan sekerjanya semalam.

‘Untunglah kau dapat rapat dengan Ajierah tu. Aku ajak dia makan pun dia tak nak. Tapi kau boleh pula. Pelik aku” ujar Encik Fahmi.

Hakimi tersenyum. Lalu menoleh ke tempat duduk Ajierah seketika.matanya menangkap sesuatu di atas tempat duduk itu. Sepertinya rantai gelang. Perlahan dia mencapai rantai gelang itu dan membeleknya sejenak.

“HotVicious?” soalnya perlahan.

Ish, rantai apa juga yang Ajierah pakai ni? Tak pernah dengar pun ada jenama gelang HotVicious. Pantas dia meletakkan rantai gelang itu ke dalam kotak sebelum kembali fokus dengan pemanduannya.

*****

Tepat jam 2 pagi baru dia berani untuk masuk ke suite itu. Badannya terasa letih. Seharian dia duduk di kafe itu cuba untuk menenangkan dirinya. Entah berapa banyak kopi dan ditelannya. Cuba untuk membuang perasaan bersalahnya yang masih menebal terhadap Larra. Dia takut untuk berhadapan dengan gadis itu. Dia yakin Larra masih marahkannya. Tunggu dia cool down dulu. Dia menolak pintu suite itu sebelum melangkah masuk.

Sedikit terkejut apabila mendapati keadaan bilik itu yang agak bersepah dengan comforter dan bantal yang bertaburan di lantai. Pandangannya diarahkan ke arah Larra yang terbaring di atas katil. Dia ni mengamuk ke tadi? Sampai tertidur? Soalnya sambil berjalan semakin hampir dengan Larra. Tekaannya benar apabila dilihatnya Larra sudahpun tertidur dengan nyenyak. Melihat wajah mulus Larra membuatkan dia teringat kembali peristiwa pagi tadi. Matanya dipejam erat.

“i’m sorry” ujarnya perlahan. Bukan dia tak mahu meminta maaf secara berdepan dengan Larra namun rasa egonya terlalu tinggi. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum matanya dialihkan kembali memandang bantal-bantal yang bersepah. Dia tersenyum.

“marah ni” ujarnya.

Lalu dia melangkahkan kakinya mengutip satu persatu bantal-bantal itu sebelum di susun kembali ke atas katil. Diletakkannya bantal-bantal itu ke sisi Larra secara perlahan-lahan. Tidak mahu tidur Larra terganggu. Selimut tebal itu kemudian dihamparkan ke atas katil sebelum mula menyelimutkan tubuh Larra yang terdedah. Lampu katil dihidupkannya malap sebelum kembali berdiri memandang Larra yang masih tidak berkutik. Nyenyak tidur tanpa sedar dirinya sudah diselimutkan olehnya.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas dalam sebelum melepaskkannya perlahan-lahan. Bohonglah kalau dia kata yang dia langsung tidak tertarik dengan Larra. Gadis itu cukup berbeza dengan semua perempuan yang pernah ditemuinya. Namun tiada satu pun antara perempuan-perempuan itu yang sama seperti Larra. Dia tertarik dengan Larra bukan sebab kecantikan asli yang dimiliki oleh gadisi itu sehingga sering menjadi topik perbualan kawan-kawannya itu. Tapi kerana sikapnya yang dingin. Tak pernah aku jumpa perempuan sekeras dia ni. Dia akui, hati Larra cukup keras untuk dilembutkan.

Tangan kanannya diarahkan ke dahi Larra. Berniat untuk menyentuh dahi milik isterinya namun dia terhenti. Tangannya pantas ditarik kembali sebelum diselukkan semula ke dalam kocek. Tak boleh….tak boleh. Kang tak pasal-pasal dia jerit pulak tengok aku usap kepala dia. Dia tersenyum sendiri sebelum bergerak ke sofa. Menanggalkan bajunya. Berniat untuk mandi.

*****

Larra tersedar apabila hidungnya menangkap bau makanan. Perutnya terasa lapar. Kepalanya terasa pening. Mungkin sebab effect semalam kot. Menangis banyak sangat. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Menyedari dirinya dalam keadaan berselimut membuatkan dia mula hairan. Rasanya semalam aku tertidur macam tu je. Dia menoleh ke sisi. Bantal-bantal sudah di susun ke sisinya membuatkan dia bertambah hairan.

Siapa pulak yang susun semua ni dekat sini? Yang pasti bukan aku. Aku tak kemas pun bantal-bantal ni. Comforter ni pun aku tolak semalam rasanya. Tangannya memegang selimut yang masih membaluti dirinya itu. Takkan Zaf pulak yang selimutkan aku?

“awal sangat kau bangun ni?” soal satu suara serentak membuatkan Larra terkejut sebelum pantas menoleh ke arah kerusi yang diletakkan tidak jauh darinya. Tengku Dzafril Haidhar sedang duduk di situ sambil memandangnya tajam. Serentak peristiwa semalam kembali mengisi ruang memorinya. Dia masih belum dapat melupakan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu terhadapnya.

“Annoying” ujar Larra sambil bangun dan menolak selimut itu sebelum pantas berdiri dan berjalan ingin meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar yang masih tak lepas memandangnya.

Tengku Dzafril Haidhar pantas turut bangun sebelum berjalan mendapatkan Larra. Lengan gadis itu pantas dicapainya membuatkan langkah Larra terhenti.

Larra menoleh sebelum pantas menarik tangannya. Matanya tajam memandang Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandangnya. “awak! Jangan berani-berani nak pegang saya lagi” ujar Larra garang.

Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang. “aku tak ada niat pun. Pasal semalam….” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Larra sudahpun terlebih dahulu berjalan meninggalkannya. Dia tahu Larra masih marahkannya.

“Larra! Apa yang aku baut semalam tu bukan atas kehendak aku. Aku tak sedar!” jeritnya serentak membuatkan langkah Larra terhenti. Menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum sinis.

“tak sedar? Tu alasan lapuk la Zaf. Alasan” ujar Larra.

“it was not! Kau ingat aku jahat ke sampai nak ragut virginity kau. Aku…aku sendiri pun tak sedar apa yan aku buat masa Larra! So tolonglah jangan blame aku macam tu” luah Tengku Dzafril Haidhar.

Larra terkedu sejenak mendengar penjelasan Tengku Dzafril Haidhar. Melihar riak wajah Tengku Dzafril Haidhar yang seolah tertekan membuatkan dia tidak jadi untuk meneruskan rasa marahnya. Dipandangnya lama wajah Tengku Dzafril Haidhar. Aura lelaki itu membuatkan dia yang marah jadi sejuk tiba-tiba. Kuasa apa yang lelaki ni pakai?

Larra menelan air liurnya. “tapi tu first kiss saya Zaf” ujar Larra perlahan. Suaranya sudah kendur.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum kecil. Memandang lama wajah Larra yang kelihatan seperti hendak menangis. Lega kerana first kiss gadis itu menjadi miliknya. Bukan Hakmi, bukan sesiapa.

“tu pun first kiss aku jugak” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dirinya sememangnya terkenal dengan sikap buaya daratnya. Namun dia bukanlah lelaki yang mengamalkan pergaulan bebas dengan perempuan. Larra perempuan pertama yang pernah diciumnya.

Larra terdiam. Biar betul lelaki ni. Bukan dia ni banyak prempuan ke? Takkanlah semalam tu first kiss dia juga. Namun dia tidak berani untuk bersuara.

“lupakan apa yang berlaku semalam. Aku janji. Benda tu takkan berulang lagi” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Larra tersenyum sinis. Senang-senang je dia nak suruh aku lupakan. Gila betul mamat ni.

“Lupakan? awak ingat senang ke saya nak lupakan benda macam tu? Maruah saya Zaf!” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk. “aku tahu. Tapi tolonglah Larra. Benda tu dah terjadi pun. Aku ada benda nak bincang dengan kau ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra mengerutkan keningnya. Hal apa pulak dia ni nak bincang dengan aku. “bincang apa?” soal Larra. Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang sambil mengarahkan Larra untuk duduk di meja makan di tepi sudut itu.

Larra menoleh. Oh ini rupanya bau makanan yang buat aku terbangun dari tidur tadi. “aku dah order makanan untuk kau. Kita sarapan dulu” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra dapat merasakannya perutnya berbunyi-bunyi. Dia lapar namun dia tidak mahu makan bersama lelaki itu. “tak naklah. Tak lapar” ujar Larra. Masih ingin mempertahankan egonya.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus kecil melihat kedegilan Larra. Dia tahu gadis itu lapar. “jangan nak bohong dengan aku lah Larra. Dari semalam kau tak makan apa-apa. Sehari suntuk kau berkurung dalam suite ni. Makan sekarang” arah lelaki itu tegas.

Larra mengerutkan dahinya memandang Tengku Dzafril Haidhar. Eh lelaki ni. Dah aku cakap tak nak makan, tak nak makan lah. Yang dia pergi sebok nak pura-pura care tu kenapa?

“tak nak. Saya nak mandi” ujar Larra sebelum berpaling.

“kalau kau tak nak makan. Aku call mama kau” ujar Tengku Dzafril Haidhar seolah mengugut. Larra mencebik sebelum kembali menoleh ke arah lelaki itu. Apa dia ni? Siap nak call mengadu dekat mama aku pulak. Lalu kakinya melangkah menghampiri Tengku Dzafril Haidhar dengan terpaksa/

“awak ni kannnnn.. Memamggg…..” kata-katanya terhenti di situ sebelum pantas mengalihkan pandangannya dari wajah redup milik Tengku Dzafril Haidhar. Malas mahu melayan karenah lelaki itu, dia terus berlalu ke kerusi makan di sudut suite itu.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum saat melihat Larra yang sudah pun duduk di situ dengan wajah masamnya. Dia turut berjalan menghampiri Larra.

“Memang apa?” soalnya. Larra mendongak tanpa menjawab. “Memang handsome kan?” sambungnya sengaja mengusik Larra. Gadis itu mencebik. Tengku Dzafril Haidhar suka melihat wajah gadis itu marah. Comel giler!! Kerana itu dia suka mengusik Larra.

******

D menjeling ke arah Larra yang diam sejak dari tadi. Sudah hampir 15 minit mereka duduk bersama di situ tanpa bercakap. Hanya bunyi sudu dah garfu kedengaran. Sesekali bunyi cawan kopi itu terhentak ke piringnya.

“apasal kau tak makan? Cuma ni je yang aku dapat order. Yang lain aku takut tak halal” ujar Tengku Dzafril Haidhar memberi penjelasan. Takut Larra tidak suka dengan apa yang dipesannya.Larra yang tertunduk mendongak memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar.

“bukan sebab makanan ni. Tapi, saya tak gosok gigi lagi” ujar Larra pelahan berterus terang. Jawapan Larra itu serentak membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tergelak besar. Lucu sungguh isterinya itu.

“apa masalahnya? Tak gosok gigi je pun” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja mengusik Larra.

Larra menjeling geram ke arah lelaki itu yang masih galak ketawa. Apahal pulak dengan lelaki ni. Dahlah tak bagi aku mandi. Ugut nak ngadu dekat mama kalau aku tak nak makan. Aku nak minum pun dah kira okay la tu. Sekarang nak gelakkan aku pulak sebab tak gosok gigi. Dia mendengus perlahan. ” Zaf tolonglah jangan kacau saya. Saya tak gosok gigi lagi ni” marah Larra.

Mendengar kata-kata Larra itu, Tengku Dzafril Haidhar sedaya upaya mengawal ketawanya yang masih bersisa. Memandang lama wajah Larra yang berkerut kerana diusik.

“it doesn’t matter. Tak gosok gigi pun tak apa. Bukan mati pun kalau kau makan. Cikgu biologi aku dulu cakap lagi bagus kalau makan pagi tak gosok gigi. Sebab masa tu lah mulut paling berasid. So, pencernaan dapat dilakukan dengan bagus. Erm ke kau nak aku tolong suapkan ni?” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum gatal. Larra memandang Tengku Dzafril Haidhar.

“awak ni jangan pelik-pelik ea dengan saya. Saya tumbuk awak kang” marah Larra sambil menunjukkan penumbuknya yang kecil. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya ketawa lagi. Jelas kelihatan lesung pipit di pipi kirinya.

“garang sangat lah awak ni. Saya takut” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja mengajuk kata-kata Larra.

“awak kann…… Ugh!” Larra tidak jadi meneruskan kata-katanya.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sambil meletakkan sudunya ke pinggan. Tubuhnya dibawa lalu disandarkan ke kerusi sebelum memandang lama Larra yang kelihatan marah. .

“okay okay. Aku nak tanya kau satu benda” ujar Tengku Dzafril Haihdar tenang. Wajahnya kembali serius. Larra mengerutkan keningnya. Ishlelaki ni. Dia nak tanya apa lagi? Takkanlah nak gaduh lagi macam hari tu? Serentak dia teringat peristiwa ketika lelaki itu memaksanya untuk memberi penjelasan tentang HotVicious.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. Sejujurnya dia sendiri serba salah untuk bertanyakan hal itu kepada Larra namun dia terpaksa. Biarlah ini kali terakhir. “sebelum tu aku nak beritahu kau, yang tujuan aku tanya kau bukan nak begaduh. So, tolong jawab macam biasa je. Boleh?” soal Tengku Dzafril Haidhar tenang.

Larra mengerutkan dahinya. Aneh melihat sikap lelaki itu. Tak nak bergaduh? Memanglah. Siapa nak bergaduh. Ish dari tadi cakap tak tanya-tanya juga. Sengaja je buat aku nervous. “awak nak tanya apa, cepatlah tanya’ ujar Lara. Dia malas mahu berdolak dalik.

Tengku Dzafril Haidhar meanrik nafas panjang. Pandangannya dijatuhkan seketika memandang meja sebelum kembali memandang ke arah Larra di hadapannya. “Syazriel. Aku nak tahu sejauh mana hubungan kau dengan dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra terkedu. Kenapa nama itu disebut? Mana dia tahu pasal Syazriel? Selama ini nama itulah yang cuba dilupuskan dari kotak ingatannya. Dia tidak mahu ingat tentang hal itu lagi.

Tengku Dzafril Haidhar merenung lama wajah Larra yang kelihatan agak terkejut bila dirinya diajukan soalan berkaitan Syazriel. “Larra. Aku tak berniat nak bergaduh lagi dengan kau pasal Elle atau Hotvicious. But personally, aku just nak tahu sejauh mana hubungan kau dengan dia. Tu je” ujar Tengku Dzafril Haidhar tenang. Dia tidak mahu beremosi. Lagipun segala-galanya telah terbongkar. Dia sudah mula menerima hakikat gadis yang menjadi isterinya itu adalah Elle, gadis yang pernah mempermainkan perasaan kawannya.

Larra tertunduk.”macam mana awak tahu pasal Syazriel?” soal Larra sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu tersenyum kecil. Membetulkan duduknya dan pandangannya masih lagi tepat meamandang Larra. Larra cuba sedaya upaya untuk mengawal perasaannya.

“Syazriel tu bestfriend aku. Kau pernah tanya aku sebab apa aku berdendam dengan kau kan? So, aku jawab sekarang. Sebab Syazriel tu bestfriend aku and pada masa dia koma aku pernah bertekad nak cari kau sampai dapat” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali. Cuba menerangkan keadaan sebenar terhadap Larra.

Larra tergamam mendengar kata-kata lelaki itu? What? Syazriel tu bestfriend dia? Jadi maknanya Zaf kenal dengan Syazriel. Lelaki tu? Ada cecair jernih yang mula bertakung. Jadi itu adalah sebab kenapa lelaki itu begitu berdendam dengannya. “jadi awak nak balas dendam dekat saya sebab Syazriel? Awak cakap tak nak gaduh tapi awak nak beritahu saya yang awak nak balas dendam dekat saya ingat…..” Larra sudah hampir tidak mampu mengawal emosinya.

Tengku Dzafril Haidhar mula rasa serba salah melihat gadis itu seolah-olah hendak menangis. Eh dia ni. Aku tanya je kot. Cepat-cepat dia memotong kata-kata gadis itu. “hey hey. Yang kau ni nak menangis ni kenapa? Aku tanya je kan. Siapa cakap aku nak balas dendam dekat aku?” soalnya kembali membuatkan Larra terdiam. Mmandangnya dengan riak hairan.

Tadi kata cari aku sebab nak balas dendam. Tapi lepas tu cakap tak bala dendam. “tadi awak cakap awak cari saya sebab nak balas dendam” ujar Larra.

Baru Tengku Dzafril Haidhar faham. Larra sudah salah faham. Dia tersenyum memandang gadis itu sambil menarik nafas panjang. “kau dah salah faham. You should listen to what i’m going to say next” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali.

“What?” soal Larra.

“Balas dendam. tu memang tujuan asal aku. Nak balas dendam dekat perempuan yang dah buat kawan aku separuh gila sampai sanggup terjun dari tingkat tiga sehingga koma” kata-katanya terhenti. Memndang pinggan kosong di hadapannya.

“Tapi tu tujuan asal aku sebelum aku tahu kau perempuan yang aku cari tu” Tengku Dzafril Haidhar memandang ke arah Larra. Mengharapkan gadis itu faham akan maksudnya. Dia melupakan dendamnya kerana Larra. Aku tak boleh nak berdendam dengan kau. Kau faham tak?

“Maksudnya?” soal Larra Tengku Dzafril haidhar menarik nafas panjang. Ingatkan faham rupanya tak. Ish! dia mendongak memandang Larra.

“sebab kau isteri aku. Aku tak rasa aku boleh teruskan niat aku nak balas dendam dekat isteri aku sendiri. So kau tak payah risau. Aku tak akan apa-apakan kau. It was a relief that i get to know who was that Elle but it was also a relief that i just let everything go at last just because you are someone in my life” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Tanpa sedar dia meluahkan perasaaannya terhadap Larra.

Larra terkedu sejenak. Betul ke yang tengah cakap dengan aku ni Zaf? Dia ke bukan ni? Eee menakutkannya bila dia jadi macam lain.

“seriously awak menakutkan saya” ujar Larra. Serentak membuatkan Tengku Dzafril Haidhar ketawa melihat wajah cuak Larra.

“Kau tak payah macam nak takut sangat lah. eh dah. Kau pergi mandi sekarang. Aku nak bawak kau keluar” ujar Tengku Dzafaril Haidhar sambil tersenyum. Otaknya sudah merencanakan sesuatu bersama Larra.

“kita nak pergi mana?” soal Larra.

“ikut je lah. Banyak tanya lah kau. Aku bagi kau 15 minit je nak mandi. Cepat” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil bangun dan berjalan meninggalkan Larra di meja makan itu bersendirian.

*****

Pasar Dondaemun merupakan destinasi yang dibawa oleh Tengku Dzafril Haidhar pagi itu. Larra menjeling ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudah pun berjalan meninggalkannya agak jauh beberapa tapak di belakang. Cis! Semangat sangat lelaki bawa aku keluar. Tapi, aku still musykil lagi dengan lelaki ni.

“kau ni jalan tak boleh cepat sikit ke? Jalan terkedek-kedek macam perempuan” tegur satu suara membuatkan Larra tersedar. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya sudahpun berhenti sambil menoleh memandangnya. Larra mencebik. Beg selimpangnya diperbetulkan sambil segera menpercepatkan langkah mendapatkan Tengku Dzafril Haidhar.

“dah memang saya perempuan. Mestilah jalan macam perempuan. Takkan nak jalan macam awak pulak!” marah Larra kembali sambil menjeling marah ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang tersenyum melihatnya marah. Larra menarik muka masam. Malas mahu memandang wajah kerang busuk lelaki itu. Aku cakap sikit kau sengih, aku cakap lagi lepas tu kau sengih. Sengih dan sengih. Tak ada benda lain ke kau boleh buat selain hadiahkan aku senyuman kau dengan lesung pipit tu?

“Oh. Kau jalan macam model sangat lah sayang. Penat aku nak tunggu kau jalan. Lain kali elok kita bawa troli. Kau masuk je dalam tu biar aku tolak. Cepat sikit” usik Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Larra menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar sambil menjegilkan mata. Ewah! Sejak bila lelaki ni reti loyar buruk dengan aku ni! Dia ni bukan selalunya serius and tahu nak marah ke? Nak masukkan aku dalam troli? Apa kejadahnya dia ni?

“eh! Awak ingat saya ni budak-budak ke? Mana muat saya nak masuk dalam troli tu? Saya jalan lambat ada sebab. Awak tak nampak kaki saya ni haa” Larra berhenti sejenak sambil menunjukkan ke arah lututnya yang masih luka. Dilihatnya pandangan lelaki itu turut terarah memandang lutunya. “nampak ni? Lutut saya masih sakit. So mana boleh jalan laju-laju!” ujar Larra. Alah! Alasan aku je sebenarnya. Padahal kaki aku mana sakit lagi. Luka je still nampak. Tapi sakit macam dah tak je. Cover line. Hehe

“oh. Luka. A’ah aku lupa. Relax lah. Aku cakap sikit je kot. Kau balas lebih dari 30 patah perkataan. Kau tak penat ke ek cakap banyak-banyak? Kalau apply jadi cikgu tadika mesti kau lepas ni. Nak aku belikan air tak untuk kau? Mesti dahaga kan?” perli lelaki itu. Ketawa melihat wajah marah Larra.

“Malas nak cakap dengan awak” balas Larra sambil memalingkan wajahnya ke deretan kedai-kedai di sisinya.

“kalau kau tak nak cakap dengan aku, kau nak cakap dengan siapa lagi? Eh Larra!” dilihatnya langkah Larra kini sudah menuju ke salah satu butik berhampirian meninggalkannya bersendirian. Cepat-cepat dia mengikut langkah gadis itu. Turut masuk ke dalam butik yang dimasuki Larra. Matanya menangkap Larra yang sedang membelek helaian baju tidur di satu rak. Dia mengeluh perlahan. Ish dah kalau nama perempuan. Kalau jalan tak shopping and survey baju or pakaian memang tak sah ke? Lalu dia melangkah menghampiri Larra.

“kita nak buat apa dekat sini?” soalnya.

Agh! Memang soalah bodoh aku tanya dia ni. Dah memang jelas lagi tak payah nak suluh pun memang nampak yang dia tengah pilih baju tidur. Lagi nak tanya. Tapi, kenalah tanya. Suka kalau dia jawab soalan bodoh aku ni. Dia mencuba untuk mendapatkan perhatian gadis itu. Larra mengerlingnya sekilas tanpa menjawab membuatkan Tengku Dzafril Haidhar mula diancam rasa ego.

Oh aku tanya kau tak nak jawab ya. Tak apa. Tak apa. Kau tahulah apa jadi dekat kau kejap lagi. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Malas untuk bertanya dengan Larra yang bisu. Bebola matanya sekadar mengikut gerak langkah Larra yang sudah berjalan ke hadapan cermin bersama dua gaun tidur bewarna hitam dan merah di tangannya. Membandingkan kedua-duanya di badan.

“red or black?” soal Larra tiba-tiba.

“dua-dua okay” ujarnya endah tak endah. Tanpa memandang Larra. Masih terasa hati kerana soalannya masih tidak dijawab oleh gadis itu tadi.

“Zaf. Pandanglah saya” ujar Larra membuatkan Tengku Dzafril Haidhar terpaksa menoleh. Larra mengunjukkan kedua-dua baju itu kepadanya.

“Red kot” ujar Tengku Dzafril Haidhar akhirnya memberi pendapat. Larra tersenyum sambil memandang kembali ke arah baju tidurnya itu.

“Kalau awak pilih red then macam tu saya beli black” ujar Larra sambil menoleh ke arah pelayan butik itu. Dia meletakkan kembali baju tidur bewarna merah itu ke raknya.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus kasar. Serupa tak payah tanya aku dia ni. Kalau nak beli black. Terasa hati dengan Larra. Tapi tak apa. Kau tunggulah kejap lagi. Kau mesti terkejut.

Larra sempat membelek harga pada baju tersebut. Dia tersenyum melihat harga baju itu yang bernilai US$68.00. Nasib baik tak mahal sangat. Dia mencari dompetnya di dalam beg selimpang itu. Berderau darahnya apabila merasakan dompetnya tiada di situ. Ish. Biar betul? Takkan tak ada pulak. Jantungnya mula berdegup dengan kencang. Beberapa kali dia mencari dompetnya di dalam beg itu namun hampa. Hasilnya masih sama. Apa yang dicarinya tiada di situ.

“Kau cari apa?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Larra mendongak. Memandang Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan hairan melihatnya. Dia menelan air liur yang terasa kelat. “dompet saya Zaf. Saya rasa saya ada masukkan dalam beg tadi sebelum pergi mandi. Tapi tak ada pula” ujar Larra sekali lagi sambil matanya tak lepas memandang isi begnya itu.

Dia yakin dia sudah mengemaskan semua barang yang ingin dibawanya ke dalam beg itu sebelum dia pergi mandi. Dia masih ingat lagi dia meletakkan dompet dan semua barang-barang peribadinya di situ. Tapi macam mana boleh tak ada pula ni? Mana pegi dompet aku tu? Takkan boleh hilang pulak? Setahu aku sejak dari hotel aku tak buka pun beg ni. Baru ni aku buka dah tak ada. Tak mungkin tercicir.

“Kau tercicir kot” ujar Tengku Dzafril Haidhar tenang.

Lara mendengus perlahan. Dia yakin bukan kerana tercicir. “tapi….” kata-katanya terhenti di situ apabila dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar sudah terlebih dahulu bersuara kepada penjual itu.

“sorry. We cancel to buy” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum sebelum berjalan keluar dari butik itu meninggalkan Larra yang masih termangu sendirian di situ.

Larra menoleh ke arah pelayan butik itu yang tersenyum memadngnya. Agh ni senyum kenapa? Mesti gelakkan aku sebab tak jadi beli? Ish, tak pernah aku face situation macam ni. Buat malu je. Time nak beli sekali wallet tak ada. Kenapalah kau ni cuai sangat. Yang Zaf ni pun satu. Main tinggalkan aku macam tu je.

Nak pinjam duit dia? Memang tak lah. Tengok gaya pun tahu kedekut. Tak gentleman langsung. Dah tahu aku tak ada duit bukan nak tolong bayarkan. Kalau tolong bayarkan tak adalah aku malu lepas dah ambil tiba-tiba tak jadi beli pulak! Larra membebel dalam hati sambil kakinya digagahkan melangkah keluar dari butik itu dengan muka yang membahang menahan malu.

Sedikit sebal kerana tidak dapat memiliki baju tersebut. Sejenak dia mencari-cari bayang lelaki itu sebelum akhirnya dia melihat lelaki itu berdiri tidak jauh darinya. Tersenyum memandangnya. Larra megeluh perlahan. Malas mahu melayan sikap aneh lelaki itu. Otaknya masih memikirkan tentang baju tidur itu. Agh Larra! Kalau kau tak cuai mesti kau dah dapat beli pun apa yang kau nak. Dia berjalan seiring dengan lelaki itu. Wajahnya murung.

“kau apahal muka sedih sangat macam tu?” soal Tengku Dzafril Haidhar tiba-tiba membuatkan Lara menoleh. Lelaki itu memandangnya. Satu keluhan dilepaskannya sebelum mengalihkan pandangannya dari lelaki itu.

“tak ada apa-apalah” ujarnya. Moodnya mati apabila menyedari hari itu dia keluar tanpa membawa duit. Serupa aku tak payah nak keluar macam ni. Bila keluar tapi tak boleh beli barang yang aku nak buat penat je. Dia mengomel di dalam hati.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama Larra yang seolah tiada mood itu. Eh takkanlah sebab tak bawa dompet dia jadi macam ni? Ke dia marah dekat aku? Memang aku sengaja keluarkan dompet dia dari beg dia sebab nak dia bergantung dekat aku hari ni keluar.

Kalau tak, ikut suka hati dia je. Kalau dia nak beli, cakap lah suruh aku belikan tadi. Ni tak, ego sangat. Cakap dengan aku minta tolong belikan pun tak. Perlahan tangan kanannya mencapai tangan Larra sebelum menggengam erat. Jarinya menggengam kemas tangan runcing milik Larra itu membuatkan gadis itu menoleh ke arahnya dengn riak terkejut.

“Zaf! Apa ni?” soal Larra sambil cuba melepaskan pegangan tangannya dari lelaki itu. Namun dia gagal. Lelaki itu menggenggam dengan erat.

“Orang tengah ramai. Kalau kau hilang, susah aku nak cari. Duit pun kau tak ada. Baik kau diam je” ujar Tengku Dzafril Haidhar tanpa memandang wajah Lara. Yang sebenarnya tu alasannya je. Alasan dia untuk menggengam tangan Larra. Bukan ke dapat pahala kalau suami isteri berpegang tangan macam ni?

Larra mencebik. Pandangannya dialihkan ke sekeliling. Memang benar ramai orang. Tapi tak adalah ramai sangat sampai aku boleh sesat. Dipandangnya tangannya yang masih berada di dalam genggaman Tengku Dzafril Haidhar. Mengeluh perlahan. Aih, tak pasal-pasal aku jalan pimpin tangan dengan dia. Dia sekadar membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu akhirnya tanpa membantah. Timbul satu perasaan asing dalam dirinya. Pertama kali dirinya dipimpin tangan oleh lelaki ketika jalan bersama membuatkan dia jadi sedikit berdebar. Apatah lagi, lelaki itu adah Tengku Dzafril Haidhar.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum dalam diam apabila Larra dilihatnya sudah tak lagi cuba menarik tangannya dari terus digenggam. Sebaliknya membiarkan sahaja perlakuannya itu. Petanda baik ni! Satu perasaan bahagia mula timbul dalam hatinya. Yang pasti, mereka berdua kini sedang menyusuri Pasar Dondaemun itu sambil berpegangan tangan. Masing-masing sekadar berdiam diri sambil melayan perasaan masing-masing.

P/s : saya minta maaf sebab lewat pos. Exam saya baru habis. Enjoy reading people :)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 19”
  1. dilza adina says:

    min : u can check my blog. dilzaadina.blogspot.com thanks :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.