Novel : Antara mahligai ego dan cinta 20

13 February 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Jam tangannya ditilik sekilas sebelum satu keluhan berat dilepaskannya. Kini dia bersendirian di restoren itu menunggu Tengku Dzafril Haidhar yang sudah menghilang. Larra mula risau. Ish! Dia kata nak pergi toilet tapi ni dah dekat 20 minit tak sampai-sampai lagi pun. Dia ni pergi mana sebenarnya?

Dia memandang lama makanan di atas meja yang di pesan oleh Tengku Dzafril Haidar sebelum meninggalkannya tadi. Semuanya nampak menyelerakan. Tapi, aku nak makan macam mana? Mana Zaf ni? Kalau betul dia tinggalkan aku, macam mana aku nak bayar? Dahlah aku tak bawa duit. Terbayang sejenak di mindanya pesanan lelaki itu tadi.

“kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi toilet” ujar lelaki itu sebelum pantas bangun dan meninggalkannya tanpa sempat dia membalas kata-kata lelaki itu.

Larra semakin bimbang. Entah-entah memang betul agaknya yang lelaki tu tinggalkan aku seorang-seorang dekat sini. Dia sengaja nak kenakan aku sebab aku marah dia tadi? Atau sebab dia still berdendam dengan aku? Apa yang dia cakap dekat hotel tu saja je. Tipu muslihat dia je kot. Dia mula membuat pelbagai andaian buruk berhubung lelaki itu.

Dipandangnya sekeliling. Restoren yang dibawa oleh Tengku Dzafril Haidhar itu bukan kedai biasa. Ni confirm restoren mahal. Air liurnya ditelan. Terasa kelat. Jantungnya mula berdegup kencang. Benar-benar takut sekiranya apa yang difikirkannya benar-benar terjadi. Dirinya ditinggalkan di situ sendirian oleh Tengku Dzafril Haidhar. Silap-silap lelaki tu sekarang dah balik Hotel semula. Bersenang lenang sebab dah berjaya tinggalkan aku.

“agh. Aku yang bodoh sangat pergi ikut dia keluar tadi kenapa? Aku tak patut percaya dekat dia” ujar Larra sedikit marah.

Jam tangannya ditilik lagi. Okay sekarang dah tepat 30 minit dia pergi. Nampaknya memang betul apa yang aku fikir. Tengku Dzafril Haidhar sengaja mengenakannya dengan meninggalkannya sendirian di situ. Air matanya terasa panas bertakung. Namun dia sedaya upaya cuba untuk menahan dari keluar. Dahlah seorang-seorang je dekat sini. Walaupun dia sudah dapat merasakan lelaki itu pergi meninggalkannya namun jauh di sudut hatinya dia masih berdoa. Lelaki itu akan kembali secepat mungkin. “Zaf” panggilnya perlahan sambil memejam matanya erat.

“Sorry late. Lah, kenapa kau tak makan lagi ni?” kedengaran satu suara di hadapannya membuatkan Larra pantas membuka matanya. Tengku Dzafril Haidhar kini sudahpun duduk di hadapannya. Sedang meletakkan napkin di pahanya.

Larra tergamam sejenak melihat lelaki itu. Seperti tidak percaya tetapi memang kini Tengku Dzafril Haidhar sedang duduk bersamanya di restoren itu. Turut memandangnya. Tapi apa yang pelik, lelaki itu kini dalam keadaan termengah-mengah. Gaya macam baru lepas lari marathon. Agh, tapi tu semua tidak penting. Yang penting kini lelaki itu tak tinggalkan aku pun.

Larra benar-benar terasa hendak menangis ketika itu. Merasa terharu dan bersalah. Dalam saat dia merasakan lelaki itu telah benar-benar meninggalkannya di situ sendirian tiba-tiba akhirnya lelaki itu kembali. Lega. Tanpa sedar air matanya mengalir deras.

“Zaf ” panggilnya lagi.

Terkejut Tengku Dzafril Haidhar apabila dilihatnya Larra kini sedang menangis di hadapannya. Eh alamak, kenapa dia ni menangis pulak? Kan aku pergi kejap je, takkan sebab tu kot dia nak marah. Sampai menangis-menangis ni? Aduh, aku dahlah tak reti pujuk perempuan. Sempat dia memerhati sekeliling. Mujur di restoren itu tidak ramai orang. Tempat yang dipilihnya bersama Larra juga di hujung sudut. Agak jauh dari pengunjung yang lain dan terselindung.

“Eh Larra. Kenapa kau menangis pulak ni? Aku pergi kejap je kot” ujar Tengku Dzafril Haidhar cuba memujuk Larra yang masih menangis. Hidungnya kelihatan marah. Ish perempuan ni. Kenapa pulak menangis? Menangis macam budak. Tapi nasib baik kau menangis pun still nampak comel. Tapi apa sebab perempuan ni menangis? Tengku Dzafril Haidhar mula tidak senang duduk.

“saya ingat awak tinggalkan saya” ujar Larra perlahan.

Dia benar-benar takut sekiranya apa yang difikirkannya tadi betul-betul berlaku. Kena tinggal dekat sini seorang-seorang lepas tu aku kena basuh pinggan mangkuk pulak. Macam yang selalu jadi dekat dalam filem tu. Nak balik hotel pun aku tak tahu jalan lepas tu macam mana aku nak naik teksi kalau tak ada duit. Agh, tapi nasib baik lelaki ni datang balik. Jujurnya dia terharu kerana lelaki itu tidak meninggalkannya pun. Jauh dari apa yang difikirkannya. Dia je yang berfikiran negatif.

Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil. Larra macam budak-budak kecil . Takkanlah aku nak tinggalkan dia. Dia ni pun, agak-agaklah. Jauh betul dia fikir sampai boleh ingat aku tinggalkan dia. Jahat sangat ke aku dekat dia sampai dia boleh terfikir yang aku sanggup tinggalkan dia seorang-seorang dekat sini. Mungkin aku kejam sikit tapi tak lah sekejam yang dia fikir. Kalau betul dia tak ada, aku yang tak senang duduk nanti. Macam-macam lah perempuan ni. Dia memandang lama wajah Larra sebelum mula menjawab. Bicaranya tenang.

“kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai nak tinggalkan kau?” soalnya perlahan. Larra dilihatnya mengangkat wajahnya sebelum membalas pandangannya. “aku mungkin kejam dengan kau kan? Aku tolak kau masuk pool, aku maki-maki kau tapi tak adalah teruk sangat sampai sanggup tinggalkan kau seorang-seorang dekat sini” ujarnya lagi. Larra kini dilihatnya sudah berhenti menangis. Tangannya menyapu air mata yang masih berbaki di pipi sebelum menarik nafas panjang.

“tapi awak pergi lama sangat. Awak kata nak pergi toilet. Tapi takkanlah sampai setengah jam?’ ujar Larra kembali. Seriously, aku tak rasa lelaki ni betul-betul pergi toilet macam yang dia cakap. Mesti dia pergi tempat lain.

Tengku Dzafril Haidhar sedikit terkejut mendengar kata-kata Larra itu. Setengah jam? Pantas dia memandang jam tangannya. Alamak tak sedar pulak aku pergi sana pun ambil masa setengah jam. Memang benar dia tak pergi toilet seperti yang diberitahunya kepada Larra sebaliknya dia pergi ke tempat lain. Penat dia berlari dan berkejar semula ke restoren itu secepat yang mungkin namun masih mengambil masa rupanya. Dia tersenyun sendiri sebelum mendongak memandang Larra.

“Dahlah. Sekarang aku dah ada dekat depan mata kau pun kan. Tak payah sedih lagi lah. Tak elok menangis depan makanan. Dah. Jom makan” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mencapai kedua sudu dan garfunya. Fokusnya kini pada makanan. Langsung tidak memandang Larra.

“makanlah Larra. Buat apa tenung aku lagi? Cepat makan, cepat balik. Kau pun boleh cepat sembahyang” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi apabila dirasakannya Larra masih tidak mula makan.

Larra menarik nafas panjang sebelum mencapai sudu dan garfunya. Aneh! Sejak bila lelaki ni pandai ingatkan aku pasal waktu sembahyang? Dia tersenyum sendiri.

Tengku Dzafril Haidhar menjeling sekilas Larra di hadapannya yang sedang makan. Tersenyum. Lawa dia senyum. Tapi senyuman dia tu lah susah gila aku nak tengok. Dia tak pernah senyum ikhlas dekat aku pun.

“Okay tak makanan dia?” soalnya. Larra mendongak. Tersenyum lebar padanya tanpa segera menjawab. Serentak membuatkan jantungnya tiba-tiba terasa seolah terkena
kejutan elektrik. Tangan kanannya diarahkan ke dada. Memang benar, terasa kuat jantungnya mengepam darah. Serta merta nafasnya jadi sesak. Oh Larra! Gilalah! Kau buat aku jadi macam ni? Nafasnya cuba untuk dikawal kembali.

“Sedap” jawab Larra.

*****

Tiga hari sudah berlalu. Sedar tak sedar tinggal dua hari mereka akan menghabiskan masa bersama di Korea. Hari itu dia sekadar mengikut Tengku Dzafril Haidhar tanpa diberitahu arah tujuan mereka. Kakinya sudah lenguh berjalan sejak turun dari teksi tadi. “awak nak bawa saya pergi mana pulak hari ni?” soal Larra sedikit bimbang. Matanya diarahkan ke sekeliling. Di sebelah kirinya ada restoren besar. Dia menoleh kembali memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya yang sekadar tersenyum sambil membelek-belek kamera DSLR yang dibawa bersamanya.

“are you curious?” soal Tengku Dzafril Haidhar tanpa memandang Larra. Comel sungguh Larra hari itu. Memakai baju kot bewarna pink lembut membuatkan kelembutan gadis itu terserlah. Lembut? Err maybelah perempuan tu tak berapa nak lembut kalau dah hari-hari bertekak je dengan aku. Tapi warna pink tu sesuai dengan dia. Nampak ladies sikit. Jarang nampak Larra pakai baju warna pink.

Larra mengetap bibirnya sebelum mengeluh perlahan. Aku soal dia, dia boleh soal aku balik. Dah tu jawab langsung tak pandang aku pulak tu. Ish, dia ni tak belajar cara communication yang betul ke dulu hah? Kalau cakap tu cuba pandang sikit aku.

“yes” ujar Larra akhirnya.

Senyuman di bibir Tengku Dzafril Haidhar bertambah lebar mendengar jawapan Larra itu. Dia masih tidak memandang Larra sebaliknya sibuk mengambil gambar pemandangan di sekelilingnya. Lebih senang membuatkan Larra tertunggu-tunggu dengan jawapannya. “Are you that curious, sayang?” soalnya lagi. Masih tidak memandang Larra.

Larra mendengus perlahan sebelum memalingkan wajahnya ke tempat lain. Mula sakit hati apabila soalannya dibalas dengan soalan. Dahlah macam tu, lepas tu bila aku tanya langsung tak nak tengok aku. Apa masalah lelaki ni? Dia geram.

“Not really” jawabnya keras. Tawar hatinya untuk bertanya lagi kepada lelaki itu. Dari tadi. Curious? Curious? Curious? Memanglah aku curious. Dari turun teksi tadi dia tak nak cakap kita orang nak pergi mana. Okay salah. Yang sebenarnya dari hotel tadi dia tak nak cakap. Mereka kini sedang berjalan menyusuri Mt. Namsam.

“Okay kalau macam tu, i’m not going to answer it” ujar Tengku Dzafril Haidhar akhirnya. Selamba. Dia tahu Larra sakit hati dengan jawapannya namun dia memang sengaja mengundang kemarahan Larra.

Menyirap darahnya mendengar kata-kata lelaki itu. Dia ni kan? Saje je kan. Kalau dia ni budak kecil, dah lama aku piat-piat telinga dia tu sampai putus. Okay aku bohong je. Pantas dia menarik baju lelaki itu.

“apa masalah awak ni ha? Saya tanya bukan nak pandang saya. Awak cakap dengan saya ke dengan kamera tu?” soal Larra. Suaranya sedikit keras.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh sekilas ke arah Larra. Yes! Dia dah marah. Dipandangnya Larra dan kamera DSLR nya silih berganti. “aku cakap dengan dua-dua. Aku cakap dengan kamera ni, dengan cakap dengan kau lah” ujarnya sambil ketawa. Ketawa melihat reaksi wajah Larra.

Larra mendengus perlahan sambil terus berjalan laju. Malas mahu melayan lelaki itu.

“eh sayang. Kau tahu jalan tak tu. Jalan laju-laju macam tahu jalan je” ujar Tengku Dzafril Haidhar apabila dilihatnya Larra sudahpun meninggalkannya.

Langkahnya terhenti seketika. Erk. Alamak! Memang aku tak tahu jalan pun. Aku jalan ni pun sebab ikut dia. Dia berdiri tegak sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang tersenyum ke arahnya. Dia ni tak ada perasaan ke ha? Aku tengah marah dia boleh senyum-senyum lagi. Sakit betul hati aku lahhhh dengan dia ni.

“Kau marah ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Yelah. Aku tahu dia ni marah. Tapi tak boleh kalau sehari tak usik dia. Aku suka tengok dia kerut-kerutkan kening, bulatkan mata dia, pandang aku macam nak telan. Oh yeah! Aku suka.

“tak la. Sukeeee sangat” ujar Larra dalam nada sinis.

“suka ea? Senyum sikit. Aku nak ambil gambar” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mengangkat lensa kameranya ke arah Larra. Namun gadis itu langsung tidak tersenyum. Sebaliknya masam. Satu! Dua! Dua gambar Larra berwajah masam berjaya diambilnya. Dia tergelak sendiri melihat foto Larra itu.

Annoying gila lelaki ni. Aku dah marah pun still boleh buat macam biasa. Buat-buat tak faham. Tak ada sense langsung. Siap boleh ambil gambar pulak tu. Siapa yang boleh ketawa and senyum kalau tengah marah? Ish gila betul. Dilihatnya lelaki itu ketawa besar sambil melihat gambarnya di dalam kamera.

“gilalah. Kau ke ni? Cuba kau tengok” ujar Tengku Dzafril Haidhar. “aih, dah macam pelakon cerita Ju-on pulak aku tengok kau ni. Ish seramnya. Seramnyeeeeee” ujar lelaki itu sebelum menggantung semula kameranya ke bahu.

Larra mencebik. “biarlah. Lagi buruk lagi bagus” ujar Larra sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

“tak apa. Nanti aku upload kat facebook eh. Biar semua orang tengok pic kau ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra mula takut. Eh alamak! Gila ke nak tunjuk pic tu kat public. Malu lah aku. Pantas dia mencubit lengan Tengku Dzafril haidhar. “eh awak jangan mengada-ngada eh. Awak upload siap awak!” ugut Larra.

Tengku Dzafril Haidhar menjerit kecil apabila lengannya dicubit Larra. Pegh ganas betul. Cubitan maut perempuan ni bagi dekat aku. “weh! Weh apa ni? Main cubit-cubit pulak. Eh eh okay Larra. Okay aku tak upload” ujarnya. Baru Larra berhenti sambil memandangnya geram. Tengku Dzafril Haidhar tersenyum.

“dah. Jangan cubit aku lagi okay. Kita dah sampai” ujarnya sambil menunjukkan ke satu arah. Lara turut menoleh. “aku nak pergi beli tiket” sambungnya sambil berjalan menuju ke tempat membeli tiket.

Larra terdiam sejenak memandang kereta kabel di hadapannya kini. Erk. Lelaki ni buat apa ajak aku naik benda alah ni? Kurang kerja ke apa? Banyak lagi kot tempat lain boleh pergi tapi dia boleh ajak aku jalan jauh-jauh sampai sini semata-mata nak beli tiket naik kereta kabel ni je? Eishhh!

“dah. Jom” ujar Tengku Dzafril Haidhar yang sudah selesai membeli tiket kini menunjukkan dua keping tiket di tangannya itu kepada Larra. Dia tersenyum riang sebelum menarik tangan Larra untuk mengikutnya. Namun langkahnya terhenti apabila dirasakannya Larra menarik kembali tangannya membuatkan dia menoleh ke arah gadis itu. Hairan. Senyumannya mati.

“siapa kata saya nak naik? Saya tak nak naik benda ni” ujar Larra. Jelas menunjukkan kedegilannya.

Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan. Dia ingat aku saja-saja je ke nak ajak dia naik kereta kabel ni kalau tak sebab nak bawa dia pergi tempat tu. Wajah masam Larra itu dipandangnya lama. Takkanlah dia still marah sebab aku tak nak pandang muka dia masa dia tanya aku tadi? Aduuuh aku betul-betul tak faham lah dengan orang perempuan ni. Buat baik salah. Buat jahat salah. Dia nak apa pun aku tak tahu.

“kalau macam tu kau tinggal sini jelah. Aku nak naik. Kau tak nak naik kan? Its okay” ujarnya sebelum pantas berpaling ingin berjalan masuk ke dalam gerabak kecil itu.

Larra mengetap bibirnya. Okay fine! Kali ni aku kalah. Tak mungkin aku nak tinggal dekat sini sedangkan dia naik atas tu. Terpaksa aku ikut. Pantas kakinya diatur laju mengikut langkah Tengku Dzafril Haidhar yang sudah agak jauh namun belum masuk ke dalam kereta kabel itu.

Dia tersenyum memandang Larra yang sudahpun berjalan di belakangnya. Tahu pun kau takut. Namun dia berpura-pura tidak perasankan Larra sebaliknya terus berjalan masuk tanpa menunggu gadis itu. Dia tahu Larra sudah ada di belakangnya.

Larra terpaksa menyelit di antara orang ramai semata-mata ingin mendapatkan Tengku Dzafril Haidhar. Ternyata usahanya berhasil juga apabila kini dia berada betul-betul di belakang lelaki itu. Turut memboloskan diri dan masuk ke dalam kereta kabel itu. Namun ada sesuatu yang tidak digemarinya bila berada di tempat begitu.

Orang agak ramai membuatkan mereka terpaksa berasak-asak di dalamnya. Ish aku dahlah tak suka tempat sempit-sempit macam ni. Zaf ni bawak aku naik sini pulak. Dipandangnya wajah Tengku Dzafril Haidhar yang selamba di hadapannya. Seolah-olah tidak perasan dirinya kini berada di hadapan lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar sengaja berpura-pura tidak perasankan Larra yang kini sedang memandangnya. Biar dia tahu yang aku terasa hati dengan dia. Spoil mood aku betullah. Penat-penat aku jalan kaki bawak dia pergi sini siap belikan tiket then dia cakap dia tak nak naik pulak. Ingat aku ni apa?

Kereta kabel itu telahpun bergerak menuju ke destinasinya. Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan sebelum melemparkan pandangannya ke luar tingkap kaca di hadapannya. Malas mahu memandang Larra. Beberapa keping gambar telah berjaya diambilnya.

Larra menarik nafas panjang. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar mula jadi dingin dengannya. Sebab marah aku tak nak naik kereta kabel ni tadi ke? Aih? Dia ni macam tak tahu pula aku tak suka naik benda-benda macam ni. Lalu pandangannya dijatuhkan ke luar. Kereta kabel itu kini sudah bergerak jauh dari tanah. Semakin tinggi dan tinggi. Gulp! Larra menelan air liurnya. Mula terasa kecut. Kalau benda ni jatuh terhempas, macam mana? Dia mula berfikir negatif. Rasa gayat mula menguasai dirinya. Tanpa sedar dia memegang erat baju Tengku Dzafaril Haidhar.

“Zaf” panggilnya perlahan.

Pantas dia menoleh apabila dirasakannya Larra memanggilnya. Bajunya terasa ditarik oleh Larra. Wajah Larra kelihatan agak pucat sambil memandang ke luar tingkap. Tengku Dzafril Haidhar dapat mengagak gadis itu kini sedang gayat kerana kereta kabel mereka telahpun bergerak semakin tinggi.

“apasal? Kau gayat ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Sempat dia menarik tangan Larra yang masih memegang bajunya ke bawah. Wajah Larra ketika itu jelas kelihatan pucat. Gadis itu langsung tidak menjawab soalannya. Lantas Tengku Dzafril Haidhar bangun berdiri tegak sebelum menarik Larra ke arah tingkap sekaligus membelakangkan cermin kaca itu. Dia bertukar posisi dengan Larra. Dia pula kini yang berdiri menghadap cermin kaca itu. Larra dilihatnya seolah terkejut dengan tindakan drastiknya itu. Perlahan dia memeluk tubuh Larra. Dia tahu gadis itu gayat.

Larra terdiam saat dirinya ditarik oleh lelaki itu. Tidak menyangka Tengku Dzafril Haidhar faham maksudnya. Tambah mengejutkan apabila lelaki itu kini bertindak memeluk dirinya. Kemas. Mula membuatkan dia berasa selesa di dalam dakapan lelaki itu. Tidak lagi takut seperti tadi. Berada di dalam pelukan lelaki itu menimbulkan rasa selamat dalam dirinya. Dia tersenyum sebelum menutup matanya.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum melihat Larra yang berdiam diri apabila dirinya dipeluk.”sekarang okay?” soalnya. Dia memandang wajah Larra dari atas. Diakuinya Larra sememangnya tinggi. Tapi tak cukup tinggi untuk melepasi bahunya.

Larra menelan air liurnya. Mengangguk lemah. Bau wangian tubuh Tengku Dzafril Haidhar menusuk hidugnya. Dia langsung tidak menyangka lelaki itu akan bertindak begitu. Dia turut tersenyum. Thanks ucapnya di dalam hati. Namun kata-kata seperti itu tak mungkin dapat dituturkan olehnya kepada lelaki itu secara ‘live”. Dalam hati je mampu. Agak lama mereka berada di dalam posisi itu sebelum Larra merasakan lelaki itu mula melepaskan pelukannya. Dia menoleh.

“Kita dah sampai” ujar lelaki itu. Larra mengerutkan dahinya sebelum memandang sekeliling. Tempat itu kelihatan asing baginya.

“Kita dekat mana ni?” soal Larra hairan sambil mengikut langkah Tengku Dzafril Haidhar yang bergerak keluar dari kereta kabel itu.

“Seoul Tower” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum ke arah Larra. Hilang rasa marahnya. Perempuan ni aku tak boleh marah dia lama-lama. Asal nak marah je mesti tak jadi. Larra dilihatnya menggangguk perlahan tanda faham barangkali.

*****

“betul ke Kimi tak nak ikut mummy nanti?” soal Puan Zahnita sambil duduk di atas katil anak lelakinya. Hakimi yang duduk di sofa tidak jauh darinya menoleh.

“mama nak pergi, pergi je lah. Kimi tak kisah. Kimi boleh je duduk rumah ni seorang-seorang” ujar Hakimi sebelum mengalihkan semula perhatiannya ke arah television di hadapannya. Dari tadi mummy nya memujuknya untuk turut ikut serta berkumpul di rumah Larra ketika gadis itu dan Zaf pulang dari honeymoon nanti. Tapi hatinya tak terbuka langsung untuk pergi ke sana. Bukannya dia marahkan Larra atau apa. Tapi dia tahu, Zaf tak suka kalau dia ada. Jadi lebih baik dia tak pergi.

“mana boleh macam tu. Takkanlah mummy pergi seorang-seorang” ujar Puan Zahnita kembali. Dia turut duduk di sofa berhampiran dengan Hakimi. Masih belum berputus asa memujuk anak lelakinya itu.

“mummy seorang-seorang kenapa pulak? kan Zaf ada. Larra ada. Auntie Marissa ada and.. Uncle Radzi puuuunn ada” sempat dia mengusik mummy itu.

Puan Zahnita mula geram dengan sikap acuh tak acuh anak lelakinya itu. Segera dia menghadiahkan cubitan ke paha Hakimi. Kedengaran serentak Hakimi mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok pahanya. “lagi! Mummy cakap buat main-main pula” ujar Puan Zahnita.

“bukan main-main mummy. Tapi, mummy pun tahu kan yang Zaf tak suka Kimi. Kimi tak nak rosakkan mood dia kalau Kimi ada sekali” ujar Hakimi.

Puan Zahnita menarik nafas panjang mendengar kata-kata anak lelakinya itu. Mula berasa bersalah. Hubungan kedua beradik tiri itu menjadi dingin kerananya. Dia yang selalu melebihkan Hakimi dalam apa-apa hal sehingga anak yang satu lagi terabai. Kalau lah aku tak macam tu, mesti hubungan mereka tak renggang macam sekarang. Mungkin Zaf berdendam dengan aku sebab aku tak jalankan tanggungjawab aku sebagai mak dia.

“mummy? Mummy okay tak ni?” soal Hakimi apabila dilihatnya mummy nya itu terdiam. Puan Zahnita dilihatnya menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Hakimi. Mummy minta maaf sebab memang semua salah mummy” ujar Puan Zahnita.

Hakimi mula berasa serba salah. Dilihatnya mummy nya itu mula kelihtan sedih. Eh, aku salah cakap ke apa ni? Rasa bersalah mula menguasainya. Dia bangun sebelum duduk di sisi wanita itu. “eh mummy. Janganlah menangis. Salah apa? Mummy tak salah apa-apa pun” ujarnya cuba memujuk.

“tak. Semua memang salah mummy. Kalau tak sebab mummy, dia mesti tak benci dekat Kimi. Mummy try nak baik dengan dia. Nak pulihkan hubungan dengan dia tapi mummy rasa susah sangat. Dia pandang mummy pun tak nak. Macam benci sangat dengan mummy. Sebab tu lah mummy nak Kimi pergi sekali. Tapi tak apalah. Mummy tak nak paksa Kimi pun. Mummy keluar dulu ea” ujar Puan Zahnita sebelum bangun dan berjalan keluar dari bilik itu.

Hakimi terdiam. Mula serba salah melihat keadaan mummy nya itu.

*****

Larra menarik nafas panjang sambil memerhati bandar Seoul dari tingkat “Lobbby And Media Zone” itu. Selepas penat berjalan di sekitar Seoul Tower itu dia membuat keputusan untuk melepaskan lelah dengan duduk di situ. Diakuinya, tempat itu cukup seronok untuk dilawati. Patutlah lelaki ni beriya-iya gila bawa aku ke sini sampai sanggup rahsiakan dekat aku masa nak pergi tadi. Rupanya dia nak bawa aku ke sini. Jujurnya, dia langsung tidak menyangka arah destinasi kereta kabel yang mereka naiki itu bakal berakhir di Seoul Tower itu.

Tempat itu sedikit banyak mengingatkannya tentang zaman sekolah. Dia rindu kan semua kenangan lamanya itu. Buat seketika dia melayan perasaannya sendiri di situ. Tengku Dzafril Haidhar juga sekadar membisu sejak 15 minit yang lalu. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Larra menoleh sekilas ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang termenung jauh sebelum kembali memandang ke luar tingkap. Mengeluh perlahan.

“tempat ni buat saya teringat zaman sekolah saya” ujar Larra. Dia tersenyum tawar. Rambutnya yang panjang ditarik ke belakang. Moodnya tiba-tiba menjadi sebak.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh memandang Larra di sisinya. Agak hairan dengan kata-kata yang baru dikeluarkan oleh gadis itu. Dari riak wajah gadis itu kelihatan seperti tidak gembira di bawa ke situ. Lah. Dia ni kenapa pula? Tak suka ke pergi sini? Tadi aku tengok okay je. Sekarang kenapa sedih pula? Tengku Dzafril Haidhar mula hairan melihat perubahan mood Larra yang berubah mendadak itu.

“Zaman sekolah? Kenapa?” soalnya kembali.

Larra mengangguk lemah. Menelan air liurnya sebelum melepaskan satu keluhan berat. Kenangan zaman sekolahnya mula berputar kembali mengisi ruang memorinya. “Dulu masa saya sekolah, each time saya rasa stress, sedih saya akan datang tempat macam ni” ujar Larra. Tersenyum kecil sebelum menyambung semula kata-katanya

“even kena marah dengan papa pun, saya akan minta Pak Mat hantar saya ke situ. Saya akan habiskan masa seharian duduk situ sampailah saya betul-betul tenang” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak mendengar kata-kata Larra itu. Adakah tempat yang Larra maksudkan itu adalah KL Tower ? Dia masih ingat lagi rakannya Ayie pernah memberitahunya bahawa Elle gemar menghabiskan masa duduk di KL Tower setiap kali dia ada masalah. Kerana kata-kata lelaki itu jugalah aku sanggup pergi KL Tower masa hari Valentine semata-mata sebab nak jumpa Elle. Bodoh juga aku time tu. Tak kenal tapi aku boleh beriya-iya nak pergi situ.

“tempat macam ni?” soalnya. Dilihatnya Larra mengganggk. “KL Tower?” soalnya lagi sengaja menguji.

Larra tergamam sejenak. Menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar dengan hairan. Macam mana lelaki ni boleh tahu aku selalu habiskan masa pergi situ? Lagipun banyak lagi tempat tinggi lain dekat KL tu. “Ma….macam mana awak tahu?” soal Larra meluahkan rasa hairannya.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum lebar saat dilihatnya reaksi Larra berubah apabila dia menyebut tentang KL Tower. Jadi memang betul gadis itu suka menghabiskan masa di situ ketika sedih. Sama seperti yang diberitahu oleh Ayie. Dahsyat betul perempuan ni. Dia pergi mana time sedih pun orang lain boleh tahu. Popular sangat ke dia dulu?
“Elle. Kau kan ketua HotVicious. Aku tak tahu macam mana kau dulu sampai kawan-kawan aku semua cerita pasal kau. Padahal dia orang tak pernah jumpa kau pun. Tapi tahu pasal kau. Pelik aku. Kau popular sangat eh dulu?” soalnya pada Larra.

Larra terdiam sejenak. Soalan apa juga yang lelaki ni bagi. Ish. Maksudnya semua rakan-rakan dia yang Fahim, Joe, Ayi and lain-lain tu tahu yang aku Elle ke? Macam tu? Dia mengeluh lagi sebelum menyandarkan badannya. “saya tak rasa saya popular pun dulu. Tapi kumpulan saya. HotVicious tu yang popular rasanya. Mungkin sebab kawan-kawan saya. Lagipun kita orang dulu selalu buat masalah dekat sekolah. Buli orang. Ponteng kelas. Tu kot sebab jadi macam….you know. Problemmaker” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum. Diri Larra dan dirinya tidak jauh berbeza. Dia juga bukanlah dikategorikan pelajar yang ikut peraturan sekolah dulu. Dia juga terkenal kerana sering menimbulkan masalah pada sekolah. Ketika itu dia masih satu sekolah dengan Hakimi. Adik tirinya itu pelajar harapan sekolah, sedangkan dirinya pula, cukup berbeza dari lelaki itu. Kontra sungguh dia dan Hakimi.

Kerana masalah yang sering ditimbulkannya itulah dia dibuang sekolah bersama-sama Syazriel sehingga papanya terpaksa memasukkannya ke sekolah swasta. Nak cakap Larra jahat dulu pun tak boleh juga sebab aku pun sama je macam dia. Aku pun buli orang juga. Aku pun mainkan perasaan perempuan juga. Cuma kes Larra havoc sikit sebab sampai buat orang rasa nak terjun tingkat tiga. Dia tergelak kecil.

“apasal awak gelak?” soal Larra hairan.

“tapi aku rasa…..” dia menghentikan kata-katanya di situ. Menggeleng sambil tergelak sendiri. Tidak jadi meneruskan kata. Aku rasa gang tu popular sebab kau Larra. Sebabnya kawan-kawan aku tak mention banyak pasal ahli kumpulan yang lain pun. Mostly cerita tertumpu dekat kau je. Larra.. Larra. Tapi dia sekadar berkata-kata di dalam hati. Langsung tidak memberitahu gadis itu apa yang bermain-main di kepalanya ketika itu.

“Kenapa kau suka pergi situ? Aku rasa banyak lagi kot tempat-tempat lain yang boleh tenangkan fikiran. Macam pantai ke, tepi sungai ke, tepi tasik ke. Tepi kolam renang ke. Apasal tak pergi?” ujar Tengku Dzafri lHaidhar.

Larra tergelak “awak tak rasa semua tempat tu lebih kurang sama ke? Semua dekat dengan air” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar turut tergelak. Menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum menggeliat perlahan membetulkan duduknya. “Yelah. Air kan simbol ketenangan. So apasal kau tak pergi ke tempat-tempat macam tu? Sanggup pergi KL Tower” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Larra terdiam memikirkan kebenaran kata-kata lelaki itu. Sejak bila dia suka pergi ke situ pun dia lupa. Sejak sekolah menengah yang pasti. “entahlah. Saya tak berapa suka sangat pergi tempat-tempat yang macam awak cakap tu. Saya prefer tempat tinggi. Bila saya rasa down, saya pergi KL tower. Habiskan masa duduk situ sampai saya rasa better. Yeah, it’s all help to make me feel better” terang Larra.

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk mendengar penjelasan Larra. Lain orang lain cara nak handle stress. Itu yang dipelajarinya dahulu. Jadi mungkin bagi Larra dengan pergi ke tempat tinggi dia dapat mengurangkan tekanan yang dia rasa. So tak hairan lah. Tak semua orang prefer tempat macam air nak cool down kan diri.

“patutlah kau pergi KL Tower time kita nak kahwin dulu” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba. Tidak memandang wajah Larra.

Larra mengerutkan dahinya. Hairan dengan kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu. Aku? Pergi KL Tower? Bila masa ni? Setahu aku sejak aku balik dari London sekali tu je kot aku pergi KL Tower. And masa tu…..eh? memang betul. Aku pergi masa aku dengan Zaf dah nak dekat kahwin.

“macam mana awak tahu?” soal Larra jelas terkejut. Pelik lelaki ni. Dia tahu aku suka habiskan masa dekat KL Tower. Dia tahu aku pernah pergi situ masa kita orang dah nak dekat kahwin. “awak intip saya eh?” soalnya lagi masih tidak berpuas hati dengan sikap perahsia lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum. “Jadi memang betul lah kan kau ada pergi situ sebelum kita kahwin?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Dia teringat bahawa Joe beriya-iya memberitahunya bahawa gadis yang pernah ditegur oleh lelaki itu dahulu adalah Larra. Tunangnya ketika itu. Larra dan Elle. Orang yang sama.

“ya. Tapi macam mana awak boleh tahu?” soal Larra jelas tidak berpuas hati dengan jawapan yng diberikan oleh lelaki itu. Memang favourite dia agaknya bila aku tanya, tanya aku balik. Ish.

“kau nak tahu ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

“awak ni memang suka kan bila saya tanya, tanya soalan balik dekat saya. Lepas tu jawab pun macam nak tak nak je. Bukan nak tengok saya. Awak tahu kan eye contact tu penting. Penting” ujarnya.

Serentak Tengku Dzafri Haidhar mengangkat wajahnya memandang tepat mata Larra yang masih memandangnya. Terdiam. Larra mula merasakan denyutan nadinya jadi kurang stabil ketika ditenung oleh Tengku Dzafril Haidhar. Jarak mereka duduk yang agak dekat membuatkan dia dapat melihat dengan jelas warna anak mata lelaki itu yang bewarna coklat gelap. Dia mula jadi tak keruan. Pantas dia mengalihkan pandangannya dari lelaki itu.

“laaa tak nak cakap pulak. Tadi kata eye contact tu penting” perli Tengku Dzafril Haidhar. Larra mendengus perlahan.

“Dah saya nak balik” ujar Larra akhirnya. Dia pantas bangun dan berjalan meninggalkan lelaki itu di bangku sendirian.

Tengku Dzafril Haidhar mula kaget apabila dilihatnya Larra sudah jauh meninggalkannya. Biar betul perempuan ni. “eh Larra. Jalan keluar ikut sini lah” panggilnya membuatkan langkah Larra terhenti. Menoleh ke arahnya dengan membuat muka terkejut. Ish perempuan ni. Jalan dengan yakin. Tak tahu tapi pura-pura macam tahu. Larra sudahpun berjalan ke arahnya. Tergelak sakan dia melihat Larra yang salah arah itu.

“kau jalan situ nak buat apa?” ujar Tengku Dzafril Haidhar masih dengan ketawanya.

“ish awak jangan ketawa ea? Saya bukan tak tahu jalan, just confuse okay” ujar Larra cuba menyembunyikan rasa malunya sambil menarik baju sejuk Tengku Dzafril Haidhar berjalan keluar dari situ. Lelaki itu masih mengetawakannya.

*****

Larra menarik keluar baju T-shirt coklat itu dari dalam bakul sebelum digantung ke dalam almari pakaian. Sudah separuh barang-barangnya selesai dikemas di dalam bilik pakaian itu. Pinggangnya mula terasa sakit-sakit kerana dari tadi dia tidak berhenti-henti mengemas. Barang-barang dalam bilik tidurnya sudah dibawa ke ‘masterbedroom’ yang didiami oleh Tengku Dzafril Haidhar itu. Semua gara-gara rancangan ahli keluarganya yang akan berkumpul di rumahnya pagi esok.

Ish penat aku naik flight pagi tadi pun tak hilang lagi. Mati aku kalau mama tahu selama ni aku tidur bilik asing-asing dengan Zaf. Patutnya esok baru mereka akan bergerak pulang dari Korea tapi kerana masalah bilik belum settle jadi mereka terpaksa pulang awal sehari.

“banyak lagi ke barang kau tak kemas?” soal satu suara membuatkan Larra tersentak. Dia yang sedang duduk di hadapan almari besar itu menoleh memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Tersandar di pintu bilik pakaian itu yang menghubungkan bilik pakaian itu dengan bilik utama. Lelaki itu kelihatan berpeluh-peluh. Penat mengangkat barangnya barangkali.

“Erm, tak kot. Sikit je lagi. Tinggal baju-baju ni je” ujarnya Larra sambil menunjukkan bajunya yang masih banyak di dalam bakul itu.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke bakul yang dimaksudkan oleh Larra. Memang benar baju-baju gadis itu masih banyak di situ. Satu keluhan berat dilepaskannya. Kasihan melihat Larra yang seolah penat mengemas.

“Dari tadi kemas tak siap-siap. Banyak gila baju kau” sekali lagi Tengku Dzafril Haidhar bersuara.

Larra menggantung baju bewarna ungu itu sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. “dah memang perempuan macam tu. Nak buat macam mana” ujar Larra kembali. Malas mahu menjawab panjang soalan lelaki itu.

“Oh. Boleh lah aku nak pinjam baju kau nanti” ujar Tengku Dzafril Haidhar sengaja bergurau sebelum bergerak menghampiri Larra. Dia menarik keluar baju bewarna biru itu keluar dari dalam bakul. Turut menolong menggantung baju gadis itu ke dalam almari. Tidak dinafikan semua pakaian Lara itu cantik-cantik. Dari jenama pun tahu semuanya pasti mahal.

Larra terkejut sejenak apabila menyedari Tengku Dzafril Haidhar sudah bergerak menolongnya menggantung pakaian dari dalam bakul itu. Biar betul lelaki ni? “err. Tak payahlah awak tolong” ujar Larra cuba menghalang. Yang sebenarnya dia segan apabila Tengku Dzafril Haidhar menolongnya.

“Lah. Aku tolong kemas pun tak nak ke? Cepat kemas, cepat dapat rehat. Tengok kau seorang kemas aku pun kesian. Tak apa lah aku tolong” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba.

Larra kehilangan kata mendengar kata-kata lelaki itu. Serba salah namun dia sekadar membiarkan lelaki itu menolongnya. Mereka berdua kini bersama-sama mengantung satu persatu baju-baju itu ke dalam almari.

“muat lagi ke kau pakai baju-baju ni” soal Tengku Dzafril Haidhar memecahkan sunyi sambil memegang baju bewarna kelabu. Top tanpa lengan itu dibelek-beleknya. Larra menoleh. Tengku Dzafril Haidhar dilihatnya sudah bergerak ke hadapan cermin besar di bilik pakaian itu sebelum memadankan ke tubuhnya yang sasa. Larra tergelak.

“Muat lagi okay. Saya bukan macam awak. Buncit” ujar Larra turut sama mengusik kembali. Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Larra.

“buncit? Yeke? Mana ada. Tengok ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menyelak baju T-shirt yang dipakainya. Menunjukkan perutnya. Larra turut memandang bahagian perut lelaki itu. Memang tak buncit pun. Saja je dia nak mengusik lelaki tu balik.

“Mana ada buncit. Tak buncit pun. Siap ada six pack lagi” ujar lelaki itu sambil tersenyum bangga. Tak sia-sia aku main rugby masa sekolah dulu. Tough macam ni pun kau tak nak ke Larra?

Larra turut tergelak. “perasan lah awak ni. Tu bukan six pack. Tu lemak” balasnya.

“mana ada lemak. Kalau lemak macam kau tu. Cuba tunjuk sikit perut kau. Ada tak six pack macam aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra tergelak. Nakal gila lelaki ni. Siap nak suruh aku tunjuk perut lagi. ” mana boleh. Memanglah perut saya tak ada six pack. Tapi tak buncit pun macam awak okay” balas Larra. Tengku Dzafril Haidhr sudah menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Yeke? Tak ada. Tunjuk sikit. Sikit je” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Larra pantas menggeleng sambil memegang perutnya. Gila ke apa nak suruh aku tunjuk perut aku dekat dia. Tengku Dzafril Haidhar diihatnya sudah kembali berdiri di sisinya sebelum turut menggantung baju kelabu itu ke rak pakaian.

“takut lah tu. Baju tu kecik sangat. Macam tak muat je ngan kau an. Aku macam tak percaya kau pakai baju tu” balas Tengku Dzafril Haidhar sambil menoleh ke arah Larra.

Larra mendengus perlahan. “tolonglah okay. Badan saya still slim okay” balasnya. Gemuk part mana pulak, Zaf ni. Dia biar betul. Aku dah lama tak pegi joging. Takkanlah dah gemuk kot. Dia membelek tubuhnya. Mula terasa agak risau dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaf tadi. Aku rasa aku still kurus lagi tapi betul ke lelaki ni cakap yang aku gemuk. Eh?

“ha okay-okay. Aku tau kau slim. Aku pernah tengok dah” ujar Tengku Dzafril Haidhar selamba membuatkan Larra tegamam. Dia berhenti dari menilik tubuhnya sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang tersenyum nakal ke arahnya. Eh? Apa maksud dia ‘aku dah pernah tengok dah?” Erk.. Serentak peristiwa di hotel kembali mengisi memorinya. Ketika tualanya terlucut tu ke maksud Zaf?

“erk apa maksud awak Zaf!” jerit Larra.

Tengku Dzafril Haidhar tegelak besar melihat wajah Lara yang sudah berubah. “err tak ada apa-apa” Pantas dia berlari keluar bilik.

“Zafff!!” jerit Larra. Namun lelaki itu lebih pantas melarikan diri meninggalkannya sendirian di bilik pakaian itu. Larra tergelak sendiri. Lelaki itu kini memang kuat menyakatnya. Pandangannya dijatuhkan semula ke dalam bakul pakaian itu. Eh? Dah habis dah. Melayan karenah lelaki itu membuatkan dia langsung tidak sedar kerjanya mengemas sudah selesai. Thanks, ujarnya di dalam hati.

****

“Tulah Zi. Aku pun macam tak percaya juga yang kita sekarang dah jadi keluarga” ujar Dato’ Qamal sambil ketawa. Riang hatinya melihat suasana rumah Larra dan Zaf itu. Kelihatan kemas dan bersih.

“tahu tak apa. Ingat lagi masa mula-mula nak satukan budak berdua. Payah. Maklumlah masing-masing tak kenal lagi” ujar Tan Sri Tengku Radzi pula.

“erm mana taknya. Dia orang pun tak pernah berjumpa kan sebelum ni” ujar Datin Marissa pula.

“betul tu Marissa. erm Zaf. Setakat ni macam mana hubungan kamu berdua. Okay?” soal Puan Zahnita. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar kaku dan terdiam sejenak mendengar soalannya itu. Suasana sunyi seketika. Masing-masing masih menunggu jawapan lelaki itu.

Terkejut dia apabila namanya naik tiba-tiba. Agh soalan ni susah. Macam mana aku nak jawab. Hubungan kita orang memang tak okay sangat tapi tak lah teruk sangat. Semenjak pulang dari berbulan madu tidak dinafikan hubungannya dengan Larra bertambah baik. Tidak lagi gaduh-gaduh sampai berperang mulut seperti dahulu.

Dia juga sudah mula berani menunjukkan perasaannya terhadap Larra.. Cuma gadis itu yang seolah-olah langsung tidak terkesan dengannya. Masih berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Mustahil perempuan tu langsung tak perasan layanan aku dekat dia dah berbeza?

“Zaf. Mummy kamu tanya tu. Jawablah” ujar Tan Sri Tengku Radzi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersentak. Dia mengelamun jauh sehingga lupa untuk menjawab soalan mummy nya itu. Menoleh sekilas ke arah papanya sebelum mengeluh perlahan.

“Zaf dengan Larra okay je” ujarnya tanpa memandang wajah mummy nya itu. Merasa agak janggal bila berhadapan dengan wanita itu. Agh!! walaupun kau mak aku, tapi kenapa still aku tak boleh nak layan kau macam mak aku. Aku rasa macam orang luar bila berhadapan dengan dia. Bukan dia tidak mahu berbual seperti biasa. Tapi dia masih kekok bila berhadapan dengan mummy nya itu.

“erm okaylah. Mummy pergi dapur kejap. Nak tengok Larra” ujar Puan Zahnita sebelum bangun meninggalkan mereka di ruang itu. Tengku Dzafril Haidhar sekadar memerhati mummy nya itu pergi menuju ke dapur mendapatkan Larra.

“erm dah agak lama kamu berdua kahwin, Larra still tak ada tak ada tanda-tanda lagi ke?” soal Dato’ Qamal. Dia ada membincangkan hal itu dengan Datin Marissa berhubung Larra dan Zaf. Mereka masih menunggu kedua-dua mereka memberikan mereka cucu.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Jelas tidak faham dengan soalan yang diberikan oleh bapa mentuanya itu.. Dia menoleh ke arah Dato’ Qamal. “tanda-tanda apa ni pa?” soalnya hairan.

Dato’ Qamal mengangkat keningnya sebelum menoleh ke arah Datin Marissa.

“erm macam ni Zaf. Mama dengan papa ada bincang hal ni few days before. So, mama dengan papa nak tanya lah, bila agak-agak Zaf dengan Larra boleh bagi cucu. Kan pa?” soal Datin Marissa sambil tersenyum memandang ke arah Dato’ Qamal.

Tengku Dzafril Haidhar agak terkejut mendengar soalan itu. Agh, ni dah masuk soalan lain dah ni. Kenapa mesti tanya aku. Tak ada soalan lain ke nak tanya. Mesti pasal anak. Aku bukannya suka budak-budak pun. Dia terdiam sejenak.

“erm, entahlah. Belum ada rezeki kot” ujarnya. Bukan belum ada rezeki. Belum cuba pun sebenarnya. Mana nak tahu.

“kamu bedua tak ada ikthiar apa-apa ke? Kalau tak cuba berubat kampunglah. Mana tahu ada masalah dalam ke?” ujar Dato’ Qamal.

“betul tu Zaf. Ataupun kamu dengan Larra pergi jumpa doktor. Mana tahu ada ubat apa-apa yang boleh tolong” ujar Tan Sri Tengku Radzi pula.

Tengku Dzafril Haidhar meraup mukanya. Merasa tidak senang bila diajukan soalan-soalan sebegitu rupa. Aduhh. Macam mana aku nak jawab. Aku bukannya ada masalah. Aku rasa aku sihat je kot. Tak ada masalah cuma belum cuba. Memanglah tak mengandung budak Larra tu.

“Kamu dengan Larra ada merancang ke?” soal Datin Marissa.

“erm..” Tengku Dzafril Haidhar terdiam.

Dia buntu. Serentak kini dilihatnya Larra sudahpun masuk ke ruang itu sambil menatang dulang bersama Puan Zahnita membuatkan perhatian selurauh keluarganya di ruang itu tidak lagi tertumpu pada dirinya sebaliknya pada Larra.. Dia juga sama. Perhatiannya tertumpu pada Larra. Matanya langsung tidak beralih dari memandang Larra yang kini sedang menyusun satu persatu cawan ke atas meja itu. Pegh, ayu gila dia ni. Tanpa sedar dia tersenyum memandang gadis itu.

“cukup-cukuplah tenung bini kamu tu Zaf. Papa yang tengok ni yang seram tahu tak” tegur Tan Sri Tengku Radzi.

Larra menoleh ke arah lelaki itu sebelum kembali memandangnya. Merah padam muka Tengku Dzafril Haidhar ditegur begitu. Aduh, kenapa setiap kali ak nak usya bini aku sendiri mesti ada orang perasan. Dia tertunduk malu sendiri.

‘minum pa. Ma” ujar Larra sambil duduk di sisi Tengku Dzafril Haidhar.

“susah-susah je kamu ni Larra. Tu lah. Papa suruh kamu upah je orang gaji. Tak nak. Kan senang. Lagipun kamu berdua kan bekerja. Mana nak masak untuk Zaf lagi nak kemas rumah lagi. Larat ke kamu nak uruskan seorang” ujar Tan Sri Tengku Radzi. Larra tersenyum

‘tak apa. Sikit je pun. Lagipun biasanya Zaf yang sampai rumah dulu dari Larra. Jadi kadang-kadang dia yang tolong kemaskan rumah. Kan Zaf?” ujar Larra sambil menepuk perlahan paha Tengku Dzafril Haidhar disisinya sambil tersenyum. Agh aku menipu. Tapi tak apa. Tipu sunat. Nak jaga maruah suami aku. Kalau lah papa tahu yang kami buat hal masing-masing semenjak jejakkan kaki ke rumah ni, mesti dia sedih.

“ha?? Hah. Ha’ah. Memang kadang-kadang kita orang gilir-gilir kemas. Lagipun duduk berdua je. Tak adalah sepah mana pun” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Fuh!

“eh dah alang-alang Larra ada sekali apa kata kita tanya je tuan empunya badan kan pa” ujar Datin Marissa.

Larra mengerutkan dahinya. Memandang hairan ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisinya. Agh sudah. Ni soalan apa pula ni?

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas lega. Kini giliran Larra pula untuk di ‘interview’ oleh mama dan papanya. Yeah! Aku selamat. Siap lah Larra.

“tanya apa mama?” soal Larra.

Datin Marissa menoleh ke arah suaminya itu sebelum kembali memandang Larra. “papalah tanya” ujar Datin Marissa.

“macam ni Larra. Mama dengan papa ni dah teringin nak bercucu. Kamu berdua pun dah agak lama kahwin. Dekat setahun pun. Belum ada tanda-tanda lagi ke?” soal Dato’ Qamal.

Larra terdiam. Bulat matanya memandang ke arah papanya. Hah? Ni ke soalan yang papa nak tanya? Alamak! Apa ak nak jawab ni? Mana mungkin aku nak ada tanda-tanda. Tak mungkin aku dengan Zaf nak…

“belum ada rezeki. Kan sayang?” ujar Tengku Dzafril Haidahr sambil menyenggol lembut lengannya membuatkan Larra tersedar.

“erm. Hah a’ah. Belum ada rezeki lagi. Nak buat macam mana” ujar Larra serentak mengiyakan kata-kata Tengku Dzafril Haidhar itu. Dia mengangguk laju.

“kalau belum ada rezeki tak apalah. Kita doa je. Tapi kamu berdua jangan lupa usaha. Cuba jumpa doktor. Mama takut kamu berdua ada masalah je. Risau mama dibuatnya” ujar Datin Marissa.

“betul tu. Lagipun Zaf, Larra, kamu berdua kena ingat. Company perlukan pewaris untuk sambung empayar syarikat kita. Jadi kamu berdua kena lahirkan pewaris iaitu anak. Darah daging kamu sendiri” ujar Tan Sri Tengku Radzi tegas.

Tengku Dzafril Haidhar diasak perasaan tidak senang mendengar kata-kata lelaki itu. Nak ada anak dengan Larra. Dari darah daging aku? Mana mungkin. Hubungan aku dengan Larra pun macam ni. mana mungkin kita orang nak ada anak. Lagipun aku dah janji dengan dia. Aduhh. Dia tersepit kini.

“betul tu. Lagipun Larra. Mama ni teringin sangat nak ada cucu. Larra tahu kan, Larra satu-satunya anak mama. So Larra je lah harapan mama dengan papa nak bagi kami cucu” ujar Datin Marissa bersungguh-sungguh.

Larra terdiam mendengar kata-kata mama dan bapa mentuanya itu. Dia tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Dirasakannya kata-kata itu adalah kata-kata final dari bapa mentuanya itu. Tak mungkin aku nak lawan cakap dia. Nak atau tak, maksudnya aku kena lahirkan pewaris untuk hotel kami? Mamanya pula beriya-iya mahukan cucu hasil perkahwinannya. Aku nak tunggal. Maksudnya aku kena ada anak dengan Zaf juga? What? Dia pantas menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Bimbang.

“tapi buat masa ni tak ada, tak apalah. Jangan stress pula. Kami cakap je” pujuk Puan Zahnita yang sejak tadi berdiam diri. Jelas dia melihat kedua-dua mereka seperti gelisah bila disebut tentang anak. Kerana itu dia tidak mahu masuk campur.

Larra mengangguk perlahan mendengar kata-kata ibu mentuanya itu. Merasa sedikit lega apabila mendengar kata-kata begitu. Dia tersenyum “erm. Mummy. Kimi tak ikut sekali ke?” soalnya kepada Puan Zahnita.

Mendengar nama Hakimi disebut serentak membuatkan Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Larra di sisi. Dia cemburu mendengar nama adik tirinya itu disebut oleh Larra. Ish, kenapa mesti Larra kisah pulak budak tu nak datang ke tak. Dia tak datang lagi bagus. Marahnya. Dia tidak suka Larra dan Hakimi rapat.

“erm Hakimi? Dia kata datang. But maybe lambat sikit. Kejap lagi kot. Lepas habis kerja. Dia tak dapat cuti lah Larra” ujar Puan Zahnita. Dia tahu hubungan Larra dengan hakimi rapat. Sejak Larra bekerja di rumahnya lagi.

“erm papa. Hotel macam mana?” soal Tengku Dzafril Haidhar sengaja mengubah topik. Dia tidak mahu topik tentang Hakimi terus dibualkan Larra.

“tak ada. Semua okay je. Eh by the way. Papa lupa nak berithu. Kawan baik kamu masa sekolah menengah tu sekarang kerja dengan kita” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya. Cuba berfikir sejenak. Siapa yang papa maksudkan. Kalau kawan aku dari sekolah menengah Aqiem je la.

“Siapa pa?” soalnya hairan.

“Syazriel” ujar papanya serentak membuatkan Larra di sisi Tengku Dzafril Haidhar yang sedang minum tersedak mendengar sebaris nama itu. Cepat-cepat Tengku Dzafril Haidhar menepuk lembut belakang Larra.

Larra mula gelisah. Syazril dah balik? Ini bermaksud bila-bila masa aku boleh terjumpa balik dengan dia. Satu perasaan tidak enak mula menyelinap masuk dalam hatinya. Dia takut untuk bersemuka dengan lelaki dari kisah silamnya itu.

“Asssalamualaikum” ujar satu suara membuatkan serentak mereka semua menoleh ke arah pintu utama. Hakmi sedang berdiri di situ dengan beg sandangnya. Tengku Dzafril Haidhar mendengus perlahan memandang adik tirinya itu yang kini sedang tersenyum memandang mereka seisi keluarga.

*****

Larra membasuh pinggan-pinggan kotor di dapur itu bersendirian. Mamanya awal-awal lagi sudah naik ke biliknya. Penat katanya. Papa, Uncle Radzi dan Zaf pula masih berborak di ruang tamu. Hakimi gagal dijejaki sejak habis makan malam tadi. Puan Zahnita ada menolongnya mengangkat pinggan-pinggan kotor tadi namun kini juga sudah hilang entah ke mana. Dia tersenyum. Meriah sungguh apabila seluruh ahli keluarganya berkumpul begitu. Tak ada lah berdua je dengan Zaf duduk rumah ni. Sunyi.

“Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” soal satu suara membuatkan Larra pantas menoleh. Hakimi sedang berdiri di sisinya. Tersenyum memandangnya. Larra turut membalas senyuman lelaki itu sebelum menggeleng.

“apalah Kimi ni. Buat saya terkejut je” ujar Larra sambil mengelap dan menyusun pinggan dan mangkuk itu.

“Laaa terkejut ke? Tulah. Duduk dapur seorang-seorang ni mesti berangan kan?” ujar Hakimi lagi. Larra pantas membulatkan matanya.

Hakimi tersenyum. Kalaulah aku dapat kahwin dengan Larra mesti sekarang hidup aku dah bahagia macam ni. Boleh masak sama-sama, kemas rumah sama-sama. Dia tersenyum. Semua tu cuma angannya sahaja. Tak mungkin jadi kenyataan. Larra isteri orang.

“cakap baik-baik sikit eh. Tak ada berangan pun okay. Mummy mana Kimi?” soal Larra sambil menoleh ke arah ruang tamu yang masih meriah. Hakimi turut menoleh.

“mummy ada. Tengok television. Dia kata awak halau dia tak kasi dia buat kerja” ujar Hakimi. Larra tergelak.

“bukan saya halau dia. Tapi dia macam nak buat semua kerja. Saya serba salah dibuatnya. Lagipun tak apalah. Bukan selalu keluarga nak kumpul sini. Biar saya yang kemaskan semua” ujar Larra kembali.

“awak tahu tak. Bila saya tengok awak buat kerja-kerja rumah macam ni, saya teringat balik Adlea yang pernah kerja dekat rumah saya dulu. Cuma beza dia sekarang awak tak pakai lagi lah T-shirt labuh dengan seluar trek pendek tu. Rambut pun dah tak ikat satu” ujar Hakimi sengaja mengusik dan membandingkan antara Larra dan Adlea.

“eh. Sengal ek. Sengaja nak perli saya. Saya tahulah saya time tu macam mana. Tapi takkanlah saya yang jadi maid dekat rumah awak tu nak pakai cantik-cantik. Lagipun saya bukan ada bawa baju lebih pun. Baju yang saya pakai tu pun pinjam dari baju-baju anak Mak Munah” ujar Larra.

“ehm.. Ehemmm” kedengaran suara seseorang berdehem kuat tidak jauh dari mereka membuatkan Larra dan Hakimi serentak menoleh. Mencari arah suara itu. Dilihatnya kini Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri di situ membelek satu persatu cawan di dalam rak.

Hakimi menoleh semula ke arah Larra. Menyambung bicaranya. “tapi tak kisah pun. Janji pandai buat kerja rumah. Perempuan penting kena pandai buat kerja rumah. Even cantik macam mana pun, kaya macam mana pun tapi masak and pandai buat kerja rumah tu yang saya cari” ujar Hakimi lagi. Larra tersenyum sambil menganguk. Dicapainya mug di tepinya.

“tulah. Saya pun kalau tak kerja dekat rumah mummy awak tu. Mungkin sampai sekarang saya tak reti buat kerja rumah dengan memasak ni” selesai dia menghabiskan kata-kata, tubuh Tengku Dzafril Haidhar kini menyelit antara mereka.

“eh hei Zaf! Apa ni?” marah Larra. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar kini sedang berdiri antara dia dan Hakimi. Membasuh cawan dari rak di sinki.

“kotor sangat cawan ni” ujar lelaki itu pendek. Larra memandang hairan sikap aneh lelaki itu sebelum kembali memandang ke arah Hakimi yang pada mulanya turut membuat muka hairan namun pantas tersenyum akhirnya.

“erm. Kimi keluar dulu. Nak lepak-lepak kat taman jap” ujar Hakimi sebelum mula berjalan meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar dan Larra di situ.

“awak ni kenapa? Cawan tu dah tentu saya baru je basuh tadi. Nak basuh apa lagi?” soal Larra yang marah melihat sikap Tengku Dzafril Haidhar yang dirasakannya tidak masuk akal itu. Dahlah ganggu aku berbual dengan Hakimi. Air panas dituangnya ke dalam mug putih itu.

“tapi ada kotor lagi” balas Tengku Dzafril Haidhar sambil terus mencuci cawan itu. Memang bukan kerana cawan itu yang menjadi halnya. Memang bersih pun sebenarnya. Tapi dia sendiri tak betah melihat Larra dan Hakimi duduk berdua berbual dengan mesra. Apa maksudnya? Aku jealous ke? Macam ni ke rasa jealous?

“suka hati awaklah Zaf” ujar Larra serentak meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar di situ.

Dia mengeluh di situ sendirian melihat Larra yang sudahpun berjalan meninggalkannya. Semenjak hari Hakimi datang ke rumahnya, Larra dilihatnya mula kembali dingin dengannya. Gadis itu tidak lagi seperti ketika mereka duduk berdua hari itu. Larra lebih senang menghabiskan masanya bersama Hakimi berbanding dirinya. Hatinya terasa sakit setiap kali melihat Larra dah Hakimi gelak ketawa. Macam bahagia sangat je. Tapi Larra bila dengan aku? Jarang nak macam tu.

*****

“Haa dekat sini rupanya awak” sergah Larra membuatkan Hakimi pantas menoleh dengan wajah pucatnya.

“haha. Awak buat saya terkejut je” ujar Hakimi sambil mengurut lembut dadanya tanda terperanjat apabila ditegur tiba-tiba oleh Larra. Ish dia ni. Dahlah tempat ni gelap. Aku ingat apalah tegur aku tadi. Tak macho lah aku kalau aku terperanjat. Nasib baik aku tak ada penyakit melatah.

“Air favourite awak” ujar Larra sambil tersenyum. Dia duduk di tepi Hakimi setelah menghulurkan mug berisi air coklat itu. Dahulu ketika dia pernah bekerja di rumah Puan Zahnita, air itulah yang sering diminta oleh Hakimi pada waktu malam. Dia tersenyum kembali apabila teringat detik waktu ketika itu.

“eh awak ingat lagi ek saya suka minum air coklat” ujar Hakimi jelas terkejut. Dia mengambil mug yang dihulurkan oleh Larra itu. Gadis itu menoleh sekilas ke arahnya sambil tergelak.

“ingat la. Dah kalau awak minta saya buatkan air tu hari-hari. Erm. awak buat apa duduk sini seorang-seorang?” soal Larra sambil memerhati suasana sekeliling. Bunyi air dari kolam ikan kecil di tepi itu jelas kedengaran. Lampu di sekitarnya agak terang.

“Saje. Just nak tenangkan fikiran saya. Eh, Zaf mana? Tadi kan dia dengan awak dekat dapur” ujar Hakimi yang hairan sebelum menoleh memandang Larra yang kelihatan terdiam sejenak apabila ditanyakan tentang abangnya. Melihat gelagat abang tirinya ketika di dapur tadi, dia dapat mersakan ada sesuatu yang tidak kena. Sepertinya lelaki itu cemburu melihatnya bersama Larra berdua di dapur tadi. Jealous? Dia juga lelaki, dan perlakuan Tengku Dzafril Haidhar tadi telah menunjukkan bahawa lelaki itu berasa tidak selamat apabila dia cuba mendekati Larra. Pasti ada sesuatu yang tak kena.

“Zaf?” Larra menyoal kembali. Ha, aku pun dah jadi macam Zaf. Bila orang tanya, aku pun tanya balik. Terpengaruh ni dengan dia. Dilihatnya Hakimi mengangguk. Masih menunggu jawapan darinya. “lepas awak keluar tadi, saya terus tinggalkan dia. Bawa air coklat ni dekat awak. Kenapa?” soal Larra sambil memandang mug di tangan Hakimi itu. Agak hairan apabila Hakimi menanyakan tentang Tengku Dzafril Haidhar tiba-tiba.

Hakimi tergelak kecil mendengar kata-kata Larra. “Tinggalkan dia macam tu je? Eh, tak baik awak ni lah. Kesian dia dekat dapur tu seorang-seorang pulak” ujar Hakimi sambil menghirup air coklat buatan Larra itu. Memang sedap. Jujurnya, dia agak suka apabila Larra meninggalkan Zaf begitu sahaja dan pergi mendapatkannya. Namun dia tahu, benda tu tak wajar untuk dia suka. Kasihan juga dia pada abangnya.

“entahlah Kimi. Kadang-kadang saya pun tak faham tengok dia tu. Pelik betul. Cawan tu dah tentu-tentu saya dah basuh. Siap lap bersih-bersih lagi. Dia boleh kata ada kotor. Saya tak fahamlah kenapa dengan dia. Sengaja nak sakitkan hati saya je agaknya” ujar Larra meluahkan perasaannya. Pada hari biasa, lelaki itu tidak pernah bersikap seperti itu. Perlakuannya tadi seolah-olah merendahkan kemampuan dirinya pula. Macam lah aku tak reti basuh cawn.

“Mungkin dia cemburu” ujar Hakimi selamba.

Larra terdiam seketika. Mengerutkan keningnya sebelum berpaling memandang ke arah Hakimi. Merasa agak tidak masuk akal mendengar kata-kata lelaki itu. Zaf? Cemburu? Tolonglah. Semua orang tahu yang lelaki tu tak pernah serius dengan perempuan. Kalau betul lelaki tu reti cemburu, dia tak akan main tukar perempuan macam tukar baju.

“Tak mungkin dia nak cemburu” ujar Larra pantas menidakkan kata-kata Hakimi.

Hakimi menarik nafas panjang sebelum menoleh ke arah Larra. “kenapa tak mungkin pulak?” soal Hakimi pula sengaja bermain kata. Apa pun kata Larra, nalurinya kuat mengatakan bahawa Zaf cemburu melihat mereka bersama. Dah jelas mcam tu pun takkan Larra ni still tak perasan. Ke dia ni hati batu?

Larra mengerutkan keningnya lagi. “Mungkin saya tak kenal dia begitu lama macam awak. Tapi saya tahu perangai dia sebelum kahwin macam mana. dia ramai perempuan dan dia tak pernah serius pun dengan mana-mana antara dia orang. Kalau betul dia reti cemburu, dia mesti dah ada seorang perempuan yang dia betul-betul serius. Lagipun saya dengan dia pun kahwin atas dasar permintaan keluarga” ujar Larra panjang lebar.

Agh, yang pasti tak mungkin Tengku Dzafril Haidhar cemburu melihatnya dengan Hakimi. Bukan ke aku dengan Hakimi dah memang rapat sejak aku bekerja dekat rumah Puan Zahnita lagi. Rasanya, Zaf pun tahu hal tu.

Baru kini Hakimi faham. Larra dan Zaf berkahwin bukan atas kehendak sendiri. Tetapi atas kehendak keluarga masing-masing. Dia hampir putus harapan dulu kerana difikirkannya Larra sendiri yang bersetuju dikahwinkan dengan Tengku Dzafril Haidhar namun rupanya tidak. Jadi kalau macam tu, Zaf dan Larra cuma berlakon je macam bahagia depan parent masing-masing. Dia tersenyum sebelum mengangguk perlahan setelah membuat kesimpulan.

“Saya pun lelaki Larra. Jadi macam mana pulak kalau saya kata, tak mustahil dia jealous? Zaf tu pun manusia juga” ujar Hakimi sebelum tersenyum memandang Larra. Dia tahu abangnya itu bukan mudah untuk ditundukkan. Egonya tinggi. Cukup-cukup tinggi. Dengan perempuan juga ikut suka hati dia je nak layan macam mana. Tak pernah ada yang serius. Betul kata Larra. Memang banyak perempuan yang pernah ditinggalkannya.

“Maksud awak?” soal Larra kembali. Dia kurang faham dengan isi yang cuba disampaikan oleh Hakimi. Mungkin Tengku Dzafril Haidhar jealous? Tapi atas dasar apa?

“ya memang betul cakap awak Larra. Saya akui yang Zaf tu dulu memang ramai perempuan” dia menarik nafas panjang sebelum menghembuskan kembali. Cuba menyusun ayat terbaik bagi membuat Larra faham akan maksudnya. “tapi it was before he mets you. Lepas dia kahwin, saya tak rasa ada perempuan lain lagi macam awak cakap. Kalau tak dulu, bukak paper je, mesti nampak skandal dia dengan artislah, model lah. Awak pernah nampak lagi ke dia keluar dengan perempuan lain sekarang?” ujar Hakimi.

Larra mula berfikir sejenak sebelum menggeleng. Lelaki itu dari pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang pergi pejabat. Lepas tu, pukul 6 aku balik biasanya dia mesti dah sampai rumah. Lepas tu, malam pun dia jarang keluar. Kalau keluar pun biasanya dia beritahu aku dulu yang dia balik lewat. Biasanya dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Tapi tak tahulah kalau time tu dia pergi jumpa perempuan.

“Mungkin dah kurang sebab dia takut perent kita orang tahu pasal sikap dia yang sebenar” ujar Larra lagi.

“Zaf yang sebenar macam mana?” soal Hakimi kembali. Larra terdiam sejenak. Susahnya soalan. Dia ni saje je nak test IQ aku ke apa?

“entahlah Kimi. Saya sendiri keliru dengan dia. Saya tak tahu dia tu sebenarnya macam mana. Kadang-kadang dia layan saya okay, kadang-kadang dia layan saya ni macam tak ada perasaan. Entahlah, saya pun tak tahu” ujar Larra meluahkan isi hatinya. Memang benar hubungan dia dan Tengku Dzafril Haidhar mungkin sudah jauh lebih elok jika nak dibandingkan dengan hubungan mereka ketika mula-mula kahwin dulu. Tapi dia still tak boleh nak faham lelaki tu. Tengku Dzafril Haidhar adalah seorang yang unpredictable. Itu konklusinya.

“Zaf yang sebenar tak macam yang awak fikir Larra. Walaupun hubungan saya dengan dia tak berapa baik tapi saya sempat membesar bersama-sama dengan dia. Even sekejap tapi Zaf yang saya kenal masa tu, tak macam sekarang. Saya pun tak reti nak terangkan dekat awak tapi apa yang boleh saya cakap, Zaf tu baik sebenarnya. He is a good man. Mungkin dari segi luaran dia nampak mcam lelaki yang tak setia sebab awak pun tahu kan yang dia selalu tinggalkan teman-teman wanita dia sebelum ni, tapi awak percaya tak kalau saya cakap dia tu sebenarnya setia….setia gila” ujar Hakimi.

Larra mengerutkan dahinya. Kurang jelas dengan apa yang cuba disampaikan oleh Hakimi. Dah kalau tukar perempuan macam tukar baju, setia apa macam tu? Perlahan menggeleng. Tidak percaya dengan kata-kata Hakimi. “no. Saya tak percaya yang Zaf tu setia” ujar Larra yakin.

Hakimi menelan air liurnya yang terasa kelat. Langit yang gelap menunjukkan mungkin malam tu akan hujan. Dia menarik nafas panjang sebelum kembali memandang Larra.

“Tak serius dengan perempuan. Dia jadi macam tu sebab takut kena tinggalkan dengan perempuan, Larra. Dari kecil dia tak dapat kasih sayang mummy saya. Mungkin sebab tu dia takut kena tinggalkan dengan perempuan. Tapi saya yakin. Cukup yakin sekali, bila dia jatuh cinta dia tak akan berundur. Kemungkinan besar sekarang dia tengah jatuh cinta dekat awak” ujar Hakimi bersunguh-sungguh. Dia cakap begitu bukan sekadar bercakap kosong. Namun ada buktinya.

“awak jangan main-mainlah Hakimi. Dia dengan saya? Tak mungkinlah. Saya tak percaya” ujar Larra.

Ada kata kecil dalam hatinya mengiyakan kenyataan yang dikeluarkan Hakimi. Ada benarnya juga apa yang disampaikan oleh lelaki itu namun rasa ego dalam dirinya pantas menidakkan kata-kata Hakimi. Dia tidak mahu ada perasaan terhadap lelaki itu.

“tak apa. Mungkin sekarang awak tak percaya. Tapi awak simpan apa yang saya cakap ni, dan mungkin satu hari nanti awak akan percaya. By the way, Larra. Saya rasa dia tengah perhatikan kita dari tingkat atas” ujar Hakimi sambil mendongak ke arah balkoni tingkat tiga. Jelas di situ Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri memerhatikan mereka berdua.

Mendengar kata Hakimi begitu Larra turut sama mendongak. Dan memang benar, Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri di situ memerhatikan mereka. Larra tergamam sejenak. Erk, kenapa dia dekat situ?

*****

Larra tersedar dari tidur saat dirasakannya katil itu seperti dinaiki seseorang. Pantas dia membuka mata dan duduk. Bantal di sisinya dicapai sebelum digunakan untuk menyerang orang di hadapannya itu. Suasana samar-sama menyebabkan dia tidak nampak dengan jelas mangsa penderaaannya itu.

“weh! Weh! Kau ni dah gila ke apa pukul aku tiba-tiba?” ujar Tengku Dzafril Haidhar sebelum pantas merampas bantal yang digunakan oleh Larra untuk memukulnya.

Larra terdiam sejenak apabila menyedari lelaki di hadapannya kini adalah Tengku Dzafril Haidhar. Oh memanglah. Kan aku kongsi bilik dengan dia. Siapa lagi nak masuk sini.

“Hah? Zaf?” soal Larra sebelum pantas mencapai bantal yang lain pula dan memukul lelaki itu sekuat hati “apa awak buat dekat atas katil ni ha? Awak nak buat apa dekat saya?!” jerit Larra. Dia benar-benar takut peristiwa pada hari pertama mereka di Korea berlaku lagi. Dia takut lelaki lelaki itu hilang kawalan.

Pantas Tengku Dzafril Haidhar meluru ke arah Larra dan menekup mulut gadis itu sebelum menolaknya untuk berbaring. Jelas kedengaran Larra cuba untuk berteriak namun kerana mulutnya ditekup membuatkan suaranya tidak kedengaran kuat. Tubuh gadis itu dipegang kuat olehnya membuatkan dia tidak boleh bangun. Hanya kakinya sahaja meronta kuat ingin menendang.

“Larra! Dengar sini. Dengar sini. Aku datang sini bukan nak apa-apakan kau. Aku just nak tumpang tidur dekat atas katil ni je” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Tiada bilik lain di villanya itu yang kosong. Semua didiami oleh ahli keluarganya yang lain. Badannya yang terasa lenguh membuatkan dia membatalkan niatnya untuk terus tidur di sofa. Dilihatnya Larra menggeleng laju. Tangannya yang masih menekup mulut gadis itu dialihkan dari mulutnya.

“tak boleh! Kenapa awak nak tidur dekat sini pula? Kenapa tak tidur dekat sofa macam selalu?” soal Larra marah. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang melihat kedegilan Larra itu. Gadis itu masih berbaring sambil memandangnya.

“dengar sini ea. Dari hari kita pergi honeymoon sampai sekarang aku tak tidur dekat katil lagi. Hari tu pun even aku letih naik flight, tolong angkat barang-barang kau yang berat tu lagi but still aku tidur dekat sofa. So aku just minta malam ni je. Bagi aku chance tidur katil. Badan aku sakit-sakit” ujarnya. Cuba memujuk Larra. Agh, Larra. Boleh ke pujuk.

“tapi Zaf…..” Larra masih cuba untuk memberi alasan untuk menghalangnya tidur di situ. Cepat-cepat Tengku Dzafril Haidhar berbaring ke sisi Larra sebelum menarik selimut menutup badannya.

“tak ada tapi-tapi. Malam ni aku nak tidur sini. Now listen to me. Kau tidur bahagian sana. Aku tidur bahagian sini. Biar bantar peluk ni dekat tengah-tengah. Aku tak kacau kau pun okay. So that’s it. Selamat malam” ujarnya tegas sebelum pantas memejam mata.

Larra terdiam sejenak. Turut menarik selimut sebelum berbaring mengiring membelakangkan Tengku Dzafril Haidhar. Jujur dia tidak mahu tidur sama katil dengan lelaki itu tetapi benar seperti yang dinyatakan oleh lelaki itu. Dia telah mengalah sejak minggu lepas. Tidur di sofa setiap hari. Satu keluhan berat dilepaskannya. Itu merupakan pertama kali mereka tidur di katil yang sama sejak mereka berkahwin.

Entah mengapa, kantuknya hilang. Fikiranya melayang teringatkan Syazriel. Dia masih teringat apa yang diberitahu oleh bapa mentuanya siang tadi, bahawa lelaki itu kini telah pun bekerja di syarikat perhotelan milik suaminya itu. Perasaannya mula bertukar jadi tidak enak apabila teringat akan lelaki itu.

“Zaf” panggilnya perlahan. Mengharapkan lelaki itu masih belum tidur.

“hemmm”

Larra mengeluh perlahan. “Syazriel tahu tak ek awak kahwin dengan saya?” soalnya lagi. Suasana senyap seketika.

Tengku Dzafril Haidhar membuka sedikit matanya. Dah kenapa pula perempuan ni tanya aku pasal Syazriel? “tak tahulah sayang. Aku pun tak tahu dia tahu ke tak kita kahwin” ujarnya ringkas. Yang sebenarnya dia sudah mengantuk jadi dia tidak dapat menjawab soalan Larra itu dengan betul. Namun dia masih mahu mengusik Larra dengan memanggilnya ‘sayang’. Dia tersenyum.

Larra mengetap bibirnya. Ish lelaki ni dah tahu aku tak suka dia panggil aku sayang sayang kan. But sengaja je kan nak buat aku marah. “saya serius ni Zaf. Janganlah main-main” ujar Larra sambil membalikkan tubuhnya dan mengiring menghadap Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu merenungnya.

“yela. Aku pun serius ni. Kenapa? Kau nak jumpa dia ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

“Nooo. Mestilah saya tak nak jumpa dia” ujar Larra bersungguh-sungguh. Ish dia ni. Dahlah aku tengah takut tak nak jumpa Syazriel. Dia pula boleh offer aku kalau nak jumpa Syazriel. Tak betul ke apa dia ni? Mestilah aku tak nak jumpa lelaki tu.

“kenapa?” soal Tengku Dzafril Haidhar hairan. Dah dia tanya pasal Syazriel. Ingatkan nak jumpa lelaki tu.

“saya rasa takut. Tak tahulah Zaf. Tapi saya tak rasa sedap hati bila dapat tahu dia dah balik sini semula. Saya rasa macam…macam.. Ada something bad akan berlaku. Awak faham tak? Saya dah pernah buat silap dengan dia? So awak rasa apa agaknya respons dia bila dapat tahu yang awak kawan baik dia, kahwin dengan saya. Perempuan yang dia benci” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang mendengar kata-kata isterinya itu. Dia sendiri kurang pasti kenapa Syazriel kembali semula ke sini. Bukan ke dulu lelaki itu pernah berkata mahu tinggal terus di luar negara? Family dia pun rasanya tinggal kat Amsterdam. Pelik bila Syazriel tiba-tiba balik sini. Bekerja dengan syarikat miliknya.

“Zaf” panggil Larra apabila lelaki itu sekadar berdiam diri bila ditanya.

“entahlah Larra. Manusia, susah kita nak predict. Tapi kau patut bimbang pasal apa yang papa aku dengan mama kau cakap siang tadi” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Itu yang menganggu fikirannya sebenarnya. Kata-kata itu kelihatan seperti kata muktamad. Walau apa pun dia perlu melahirkan pewaris Vermilion. Sama seperti dirinya. Tapi aku tak nak hubungan aku dengan Larra hancur macam papa dengan mummy.

Larra terdiam sejenak mendengar kata-kata lelaki itu. Baru dia teringat perbincangan antara keluarganya siang tadi. “pasal anak tu?” soal Larra perlahan. Dia juga bimbang sebenarnya. Macam mana dia nak merealisasikan impian mamanya itu. Dia sendiri buntu.

“hem. Macam mana eh? Dia orang cakap macam tu. Tapi kita pun…” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra menguap. Dia bimbang namun rasa kantuknya mula datang. Matanya ditutup sekejap. “entahlah Zaf. Saya pun pening juga fikir” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang. Wajahnya diraup perlahan. “aku lagi pening. Serba salah aku sekarang. Erm Larra, why don’t we try it once?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Apa salahnya kalau cuba sekali je. Lepas tu kalau ada, adalah. Kalau tak ada, cakap je tak ada. Kan senang cerita. Bila jadi macam ni, aku pun curious, either kita orang mampu atau tak realisasikan impian parent masing-masing.

“Larra?” soalnya. Senyap. Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Larra di sisinya. Ish, dah tidur rupanya. Patutlah aku cakap tak jawab. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum turut menutup mata. Malas mahu fikir tentang hal itu lagi.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 20”
  1. fatim says:

    mmg makin best cerita ni,,teruskan

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.