Novel : Antara mahligai ego dan cinta 21

22 February 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

“Kita nak berhenti dekat mana ni?” soal Hakimi sebelum memerhati jalan raya yang agak sesak di hadapannya. Larra di sisi turut mencari-cari tempat parkir yang kosong di kiri dan kanan jalan itu.

“Yang tu! Yang tu! Sebelah kereta merah tu” ujar Larra agak teruja sambil menunjuk ke arah kereta Kelisa merah di sebelah kanan mereka. Pantas Hakimi memutarkan stering menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Larra itu. Kereta mereka kini sudah berada di dalam petak tempat parkir membuatkan Larra menarik nafas lega. Tersenyum memandang Hakimi di sisi.

‘Dapat pun parking at last” ujar Hakimi sambil menanggalkan ‘seatbeltnya”. Sempat dia menoleh ke arah Larra di sisi. Gadis itu meski sudah menjadi ‘isteri’ orang namun masih tak kalah dari segi berpakaian. Macam anak dara. Silap-silap kalau jalan dengan dia ni, ada je kang mata-mata lain tengok dia. Untung kau dapat suami mcam Zaf. Tak ada perasaan sangat. Kalau lelaki lain mahu tak gaduh laki bini bila isteri asyik kena pandang dengan lelaki lain. Hakimi menggeleng perlahan sambil tersenyum.

“itulah. Rasanya macam dah pagi kita keluar ni. Tapi still jalan jam juga” ujar Larra sambil mengeluh. Turut menanggalkan ‘seatbeltnya.

“haha. Awak ni kan macam tak biasa pulak. Eh jangan lupa letak kupon. Kang kena saman” ujar Hakimi sambil tergelak melihat Larra.

Larra turut tersenyum sambil menarik perlahan rambutnya yang panjang ke belakang. “dekat mana awak letak?” soal Larra sambil mencapai kotak biru di hadapannya. Mencari kupon yang dimaksudkan oleh Hakimi. Tangannya diarahkan menguis-uis isi kotak tersebut.

“Mana ada dalam tu, Larra. Cuba awak tengok dalam laci tu. Ada tak?” ujar Hakimi sebelum menoleh ke arah Larra di sisi. Dia terdiam sejenak memandang Larra yang seolah kaku di situ memandang sesuatu di dalam kotak. “Larra?” panggilnya. Gadis itu masih berdiam diri. Tidak menjawab panggilan sebaliknya menarik sesuatu dari dalam kotak biru itu.

Hakimi masih memerhati tingkah laku Larra yang berubah secara tiba-tiba itu. Bebola mata hitamnya melihat tangan Larra sedang menarik keluar gelang HotVicious milik Ajierah yang tertinggal dalam keretanya kelmarin. Berkerut dahinya melihat sikap aneh gadis itu. “Larra? Kenapa dengan awak ni? Gelang tu….” belum sempat dia meneruskan kata-kata, Larra terlebih dahulu memotong kata-katanya.

“Ma…Mana awak dapat gelang rantai ni?” soal Larra dalam nada tersekat-sekat sambil menoleh ke arah Hakimi yang masih kelihatan terkejut memandangnya. Hairan barangkali. Namun dia benar-benar ingin tahu bagaimana gelang tangan HotVicious itu kini boleh berada dalam simpanan Hakimi. Gelang tangan itu hanya dimiliki mereka berlima. Tidak ada orang lain yang ada gelang rantai sama seperti itu. Mereka menempahnya bersama-sama ketika itu. Berjanji akan menjaga gelang rantai tersebut sama seperti menjaga hubungan persahabatan mereka. Dia juga mempunyai seutas gelang rantai itu di dalam simpanannya.

Hakimi menelan air liurnya sebelum memandang gelang rantai di tangan Larra itu. “tu kawan saya punya” jawab Hakimi kembali.

Larra meneliti rantai tangan itu. Tertera nama Ajierah di bahagian gelangnya. “Ajierah? Awak kenal dia?” soal Larra lagi selesai membaca tulisan pada gelang tersebut. Setiap gelang yang ada pada mereka berlima tertera nama masing-masing. Jelas di situ terukir nama Ajierah, jadi pasti milik Ajierah. Tapi bagaimana gelang tersebut boleh ada pada Hakimi. Itu yang menjadi tanda tanya di benaknya sekarang? Hakimi kenal Ajierah ke?

“Kenal. Dia kawan baik saya. Gelang tu tertinggal masa hari tu dia naik kereta ni. Kenapa?” soal Hakimi lagi.

Larra terkedu sejenak mendengar penjelasan Hakimi. Huh? Biar betul Ajierah kawan baik Hakimi? Sejak bila Ajierah pandai rapat dengan lelaki? Hakimi ni memang ada kuasa lembutkan perempuan ke?

“Ajierah tu pun kawan baik saya. Kawan saya masa sekolah” ujar Larra bersungguh-sungguh. Sedikit teruja.

Hakimi mengerutkan dahinya. Bagaimana Larra boleh kenal dengna Ajierah? Serentak dia teringat bahawa Ajierah pernah menceritakan tentang rakan zaman sekolahnya yang bernama Larra ketika dia sibuk meluahkan perasaanya yang hancur pabila Larra dan abangnya bernikah dahulu. Kalau Larra ini yang Ajierah maksudkan dulu, maksudnya mereka cakap pasal orang yang sama. Kawan baik Ajierah yang dikatakan sebagai anti-lelaki tu. Larra?

“jap. Awak ni ke ketua kumpulan……erm, apa entah nama kumpulan tu. Kawan baik Ajierah zaman sekolah?” soal Hakimi cuba meminta penjelasan. Dia hampir yakin bahawa Larra adalah gadis yang dimaksudkan oleh Ajierah. Namun dia masih belum berpuas hati. Meminta penjelasan dari mulut Larra sendiri..

Larra menarik nafas panjang sebelum mengangguk. “HotVicious. gelang rantai ni cuma ahli kami je yang ada. Macam mana awak boleh kenal Ajierah?” soal Larra perlahan. Jelas kini salah seorang rakan yang paling dicarinya telah hampir dijejaki.

“saya kerja dekat syarikat bapa dia. Dia pun peguam sama macam saya” ujar Hakimi akhirnya.

Larra baru teringat bahawa bapa Ajierah sememangnya ada syarikat guaman sendiri. Hakimi seorang peguam. Oh patutlah. Rupanya mereka rakan sekerja. Dia tersenyum. Kecil rupanya dunia ni.

“awak tolong bawa saya jumpa dia. Aturkan temujanji dengan dia. Tapi jangan cakap dengan dia saya nak jumpa. Boleh?” soal Larra. Hakimi dilihatnya mengangguk. Dia tesenyum lega. Setelah sekian lama akhirnya kini dia bakal bertemu Ajierah lagi.

****

Tengku Dzafril Haidhar perlahan membuka matanya. Satu keluhan berat dilepaskannya sambil menggosok matanya. Dilihatnya hari sudah terang. Terkelip-kelip dia di atas katil itu memerhati ruang biliknya. Kini dia sendirian. Larra sudahpun tiada di sisinya. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum bangun dan duduk di situ. Memerhati jam yang sudah menunjukkan ke angka 8 pagi. Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu seketika sebelum perlahan dia menolak malas selimut tebal yang masih membaluti sebahagian tubuhnya itu.

“Mana Larra ni?” soalnya sebelum menoleh ke arah sofa. Dia menggeliat perlahan di situ. Larra tiada di bilik. Dia ni, bangun bukan nak kejut aku sekali. Main tinggal je aku dekat sini. Dibuatnya aku bangun pukul 11 macam selalu. Tak ke naya. Ish, nak kena Larra ni.

Lalu tanpa membuang masa dia berjalan keluar dari bilik menuju ke tepi tangga. Dari tingkat atas, dilihatnya Puan Zahnita ada di tingkat bawah. Sedang menonton television sendirian. Perhatiannya dialihkan cuba mencari ahli kelurganya yang lain. Sebolehnya dia mengelak untuk berkomunikasi dengan mummynya itu. Duh! Kenapa semua orang tak ada? Papa tak ada. Parent Larra pun tak ada. Dia mendengus keras sebelum perhatiannya jatuh semula ke tingkat bawah. Memerhati Puan Zahnita yang masih asyik menonton televisyen. Langsung tidak sedar dirinya sedang diperhatikan. Agh! Nak turun aku malas. Nak tanya mummy ke tak ni?

“Mummy” kedengaran suara seseorang memanggil membuatkan Puan Zahnita yang sedang fokus dengan rancangan realiti di televisyen tersebut terkejut. Pantas dia berpaling ke belakang mencari arah suara itu. Hairan. Tiada sesiapa di situ. Siapa yang panggil aku ni? Mummy? Hakimi ke? Tapi tak dengar pun bunyi kereta masuk. Berderau seketika darah Puan Zahnita apabila menyedari ada suara yang memanggilnya namun tidak dapat dikesan arah suara tersebut.

“Mummy!” sekali lagi suara itu berteriak dan kali ini lebih jelas. Suara tu datangnya dari tingkat atas. Pantas Puan Zahnita mendongak sebelum matanya menangkap tubuh Tengku Dzafril Haidhar sedang berdiri di situ. Memandangnya tajam. Tergamam sejenak dia apabila menyedari panggilan tersebut datangnya dari lelaki itu.

“Kenapa Zaf?” soal Puan Zahnita sambil tersenyum lebar. Agak gembira.

Tengku Dzafril Haidhr menarik nafas panjang. Agak janggal bercakap berdua begitu dengan mummynya. Tapi dah tak ada orang lain terpaksa lah cakap juga. Nak tanya siapa lagi kalau tak dekat wanita itu. Kalau ada orang lain, dia dah tanya oang lain dah. Dia menelan air liurnya. “Larra mana?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Puan Zahnita memandang wajah lelaki itu. Jelas baru bangun tidur. Pagi tadi sewaktu mereka bersarapan juga lelaki itu tidak turun. Dia tersenyum. “Oh, Larra keluar dengan Hakimi tadi pagi” ujar Puan Zahnita akhirnya.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. Larra keluar dengan Hakimi? Dia mula diancam rasa tidak selesa apabila mendapat berita isterinya itu keluar bersama Hakimi. Macam dah tak ada orang lain je dia ni nak keluar. “Err. Keluar? dia orang pergi mana?” soalnya lagi. Suaranya sedikit kuat. Masih tidak berpuas hati. Larra ni dah tahu aku tak suka Hakimi tapi pergi rapat lagi dengan budak tu. Memang sengaja nak buat aku moody.

Semenjak Hakimi datang ke rumahnya, emosinya selalu terganggu. Melihat kemesraan kedua-dua mereka membuatkan dia jadi tak senang duduk. Nak marah Larra? Apa hak aku? Walaupun aku suami dia tapi dia tak pernah anggap aku macam tu pun. Selama ni aku memang tak pernah kisah dia nak rapat dengan Hakimi. Baru sekarang aku nak sibuk.

“ouh, dia orang pergi pasar. Larra nak cari bahan dapur sikit. Kenapa?” soal Puan Zahnita kembali.

Tengku Dzafril Haihar menggeleng perlahan. “tak ada apa-apa. Dah lama ke dia orang pergi?” soalnya lagi. Agh! Dahlah bangun tak kejutkan aku langsung lepas tu sedap dia je keluar dengan Hakimi.

“erm dah lama jugak la dia orang keluar. Ada apa-apa ke Zaf nak?” soal Puan Zahnita lagi. Dilihatnya wajah anaknya itu seolah tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Larra keluar dengan Hakimi. Erm Larra ni pun satu. Tak beritahu dekat Zaf dulu ke nak keluar tadi?

“tak ada” ujarnya pendek. Selesai dia berkata begitu kedengaran suara Larra ketawa dari luar membuatkan pandangannya pantas beralih ke arah itu. Pintu utama itu ditolak dari luar. Dia merenung tajam Larra yang kini sedang riang melangkah masuk ke dalam villa itu.

“Lah, awak bawak lah sikit-sikit dulu. Banyak kot kalau awak nak bawa semua sekali semua” ujar Larra sambil ketawa dan berjalan masuk. Tangan kiri dan kanannya penuh dengan beg plastik. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan kening. Berbelanja sakan ke apa perempuan ni? Tidak lama kemudian Hakimi turut masuk ke villa itu sambil ketawa dan berjalan mengikut langkah Larra. Di tangan lelaki itu lebih banyak beg plastik. Nampaknya memang benar mereka berdua keluar bersama membeli barang dapur.

“tak apalah. Tangan saya cukup nak bawa semua beg plastik ini” kedengaran Hakimi membalas sambil ketawa. Sempat lelaki itu memandang ke arahnya yang masih leka merenung membuatkan Tengku Dzafril Haidhar mendengus perlahan. Cemburu melihat kemesraan Larra dengan adik tirinya. Pantas dia berjalan masuk semula ke bilik. Makin lama dia melihat semua adegan mesra itu, makin buat dia sakit hati. Dahlah semalam seharian dia tak layan aku langsung. Sibuk dengan Hakimi. Hari ni? Dengan Hakimi lagi.

Puan Zahnita memerhati anak lelakinya itu yang sudah berlalu masuk semula ke dalam biliknya setelah melihat Larra dan Hakimi masuk sebentar tadi. Jelas kelihatan lelaki itu seperti tidak senang melihat isterinya rapat dengan Hakimi. Nampak seperti cemburu? Pandai cemburu dekat isteri rupanya. Puan Zahnita tersenyum sebelum mula berjalan menuju ke dapur mendapatkan Larra.

****

“jemput la makan” ujar Larra sambil mengambil tempat di sisi Tengku Dzafril Haidhar. Sempat dia menoleh sekilas ke arah lelaki itu yang kelihatan murung di sisinya.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang. Rasa marah yang dirasakannya kini membuatkan dia berniat untuk tidak turun makan pada awalnya namun mengenangkan semua keluarganya ada bersama membuatkan dia merendahkan semula egonya. Dia turun juga meski dia masih marah. Tengku Dzafril Haidhar memerhati lauk pauk di atas meja itu. Sememangnya perutnya sudah berkeroncong minta di isi kerana sejak pagi tidak makan apa-apa. Sempat dia mejeling sekilas ke arah Hakimi yang duduk di hadapannya. Emosinya agak terganggu melihat kehadiran lelaki itu di situ. Cepat-cepat dia mengalihkan perhatiannya. Setiap kali melihat wajah Hakimi membuatkan dia asyik terbayang senyuman Larra sambil memandang Hakimi. Agh! Benci gila.

“Banyaknya Larra masak hari ni” ujar Tan Sri Tengku Radzi sambil tersenyum memandang Larra. Gadis itu tersenyum manis sambil memandangnya. Bagus, tak sangka menantunya itu rupanya pandai memasak. Ingatkan tak pandai memasak. Kerana itulah dahulu dia agak khuatir ingin membenarkan keduanya tinggal bersama tanpa orang gaji. Namun jangkaannya meleset kerana ternyata gadis itu pandai membut kerja rumah.

“erm bukan Larra seorang je papa. Mama dengan Mummy Nita pun tolong Larra sekali tadi” ujar Larra sambil tersenyum sekilas memandang Puan Zahnita dan mamanya yang tersenyum.

“eh mama tolong buat air je lah” balas Datin Marissa sambil ketawa. Sempat dia menjeling wajah Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan murung di sisi Larra. Ada masalah ke?

“Lah, mummy pun tolong-tolong je. Tapi chef yang betul Larra. Tu lauk kegemaran Zaf pun ada. Larra yang semangat sangat nak masak tadi” ujar Puan Zahnita sambil menunjuk ke satu arah.

Tengku Dzafril Haidhar segera menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh mummy nya itu. Lauk kegemaran aku? Masak lemak cili padi ke? Lama dia mengenal pasti dan memang benar. Itu adalah lauk kegemarannya. Larra semangat nak masak lauk ni ke tadi? Perlahan dia menoleh ke arah Larra di sisi. Tersenyum. Tak sangka Larra tahu lauk kegemarannya. Hilang sedikit rasa marahnya.

“erm, baru nampak Zaf senyum. Kalau tak tadi masam je” usik Datin Marissa setelah melihat lelaki itu tersenyum apabila mendapat tahu Larra memasak lauk kegemarannya.

“oh patutlah beriya-iya nak minta Kimi teman pergi pasar tadi. Rupanya ada udang di sebalik batu” ujar Hakimi pula membuatkan Larra tersengih. Entah mengapa hari itu dia tiba-tiba semangat hendak memasak lauk kegemaran lelaki itu. Kerana itulah, dia sengaja tidak mengejutkan lelaki itu dari tidur pagi itu. Ketika dia bangun lelaki itu masih lena tidur di sisinya.

Nasibnya baik ketika dia hendak keluar ke pasar, Hakimi menawarkan diri untuk mengikutnya sekali ke pasar. Ada lah juga orang yang tolong nak angkut barang. Kalau keluar dengan Zaf, tak surpriselah aku nak masakkan lauk favourite dia hari ni. Bukan apa, dia merasakan lelaki itu telah banyak bertolak ansur dengannya. Sikap lelaki itu banyak berubah. Jadi tak salah kot kalau aku nak masakan lauk favourite dia sekali sekala.

“awak tak nak makan ke?” soal Larra apabila dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar masih tidak bergerak untuk makan. Teguran gadis itu membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersedar

“oh. hah. Nak makan lah ni. Thanks” ujarnya perlahan sambil tersenyum memandang Larra.

Larra tersenyum sambil menggeleng perlahan melihat gelagat lelaki itu yang tak ubah macam budak kecil. Kadang-kadang dia merasakan sikap tidak masuk akal lelaki itu sengaja dan dibuat-buat. Mahu membebankannya namun Hakimi banyak menasihatkannya. Lelaki memang begitu. Itu tandanya dia mahu mendapatkan perhatian. Zaf bertindak macam tu sebab nak dapatkan perhatian? Masih terngiang-ngiang lagi pesanan Hakimi padanya dalam perjalanan pulang tadi.

*****

Ayie melepaskan kepulan asap rokoknya ke udara sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar di sisi. Suasana di kawasan bukit itu memang meriah. Perlumbaan bakal berlangsung sebentar lagi. Dia sendiri terkejut melihat sahabatnya itu muncul malam itu secara tiba-tiba. Sudah lama lelaki itu tidak datang tunjuk muka setiap kali ada perlumbaan. Fikirnya, lelaki itu sudah tidak mahu terlibat dengan perlumbaan lagi.

“Larra tahu tak kau keluar ni?” soal Ayie sedikit kuat. Terpaksa dia menguatkan suaranya kerana suasana yang agak bising. Dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang termenung. Dilihatnya lelaki itu menggeleng perlahan.

“Kau apahal ni? Ada masalah cerita la” ujar Ayie sambil memandang wajah kusut milik Tengku Dzafril Haidhar.

“tak ada apa-apalah Yie. Aku just rasa serabut sikit. Sebab tu aku datang sini jumpa kau orang” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil duduk di atas batu besar di tepi jalan itu. Ayie mengeluh perlahan.

“Habis tu kau nak balik pukul berapa ni? Larra seorang-seorang dekat rumah tak risau ke?’ soal Ayie lagi.

“Family aku dengan family dia ada dekat rumah. Tadi pun aku keluar senyap-senyap” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Selepas makan malam dia terus keluar. Malas nak tengok sketsa mesra Larra dengan Hakimi. Aku ada dekat rumah tu pun bukan dia hairan pun. Mentang-mentang dah ada Hakimi. Dilihatnya kini Fahim sedang berjalan ke arah mereka sambil tersenyum.

“lama tak nampak kau? Apa macam honeymoon dekat Korea dengan Larra?” soal Fahim gembira sambil menepuk bahu Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu sekadar tersenyum tawar tanpa terus menjawab membuatkan kini Fahim menoleh sekilas memandang Ayie di hadapannya.

“kau apahal ni? Ada masalah ke, Zaf? Gaduh dengan Larra ea?” soalnya lagi.

Tengku Dzafril Haidhar pantas menggeleng. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum meraup wajahnya. “aku tak gaduh dengan dia pun. Just aku bengang” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Ayie sudah mengambil tempat di sebelahnya. Menepuk perlahan bahunya.

“kita orang ni member kau. Dari kau kahwin dengan Larra sampai sekarang semua masalah kau kita orang dengar. So sekarang kalau kau ada masalah. Just tell us. Kita orang dengar masalah kau Zaf” ujar Ayie cuba memujuk lelaki itu.

“betul tu Zaf. Cakap lah. Apa masalahnya?” sokong Fahim.

“sekarang kan family aku dengan family dia ada dekat rumah. Include adik tiri aku, Hakimi” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“Hakimi tu adik tiri yang kau kata annoying tu eh?” soal Fahim. Tengku Dzafril Haidhar mengangguk sambil menghela nafas panjang.

“Sejak dia datang, Larra macam bagi perhatian lebih dekat dia. Aku ni dia buat macam ada tak ada je” ujar Tengku Dzafril Haidhar meluahkan isi hatinya. Geram betul dengan Larra.

Ayie mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Fahim di hadapannya yang masih berdiri. Hairan mendengar kata-kata itu. Sejak bila Zaf ni pandai minta perhatian perempuan.

“jap. So kau nak cakap sekarang kau bengang sebab Larra tak bagi perhatian dekat kau? Dia bagi perhatian dekat Hakimi. Macam tu?” soal Fahim. Agak terkejut sebenarnya dia mendengar kata-kata lelaki itu. Last mereka jumpa, lelaki itu menidakkan perasaannya terhadap Larra. Tapi sekarang, seolah-olah lelaki itu sudah mula sukakan Larra.

“aku tak tahu lah macam mana nak cakap wey. Ye kot. masa kita orang dekat Korea okay je. Tapi sejak Hakimi tu datang. Dia asyik luangkan masa dengan Hakimi tu je. Aku rimas kau tahu tak tengok dia orang tu bersama. Gelak-gelak” ujar Tengku Dzafril Haidhar agak marah. Setiap kali dia terbayang Larra ketawa apabila bersama Hakimi dia jadi marah.

“erm. Aku tak tahulah apa yang aku tengah fikir sekarang ni betul ke tak. Tapi Zaf. Is that what we call as jealous? Kau jealous Larra rapat dengan Hakimi?” soal Ayie sambil memandang ke arah Tengku Dzafril Haidahr di sisinya.

“erm. Kau ni tengah cemburu ni” ujar Fahim pula menyokong kata-kata Ayie.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah kedua-dua sahabatnya sebelum meraup wajahnya yang kusut. “Agh, tak kisahlah ni nama dia jealous ke apa. Yang penting aku tak suka dia rapat dengan Hakimi. Meluat!” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Ayie tergamam sejenak. Pertama kali melihat Tengku Dzafril Haidhar berkelakuan begitu. Selama ni lelaki itu tak pernah mempersoalkan tentang hal itu pada mana-mana teman wanitanya. Sebaliknya lebih senang bersikap tidak kisah. Tapi lain halnya bila Larra. Dan sekarang lelaki tu mengaku yang dia jealous. Mana-mana lelaki pun tak akan suka kalau kekasihnya rapat dengan lelaki lain. Itu yang sedang dialami oleh Tengku Dzafril Haidhar.

“haha. I don’t know what to say. Tapi aku agak gembira dengar perubahan kau ni. Kau suka Larra ea Zaf?” soal Fahim. Dilihatnya lelaki terdiam sejenak sebelum akhirnya mengangguk perlahan.

“aku tak suka nak mengaku. Aku try halang tapi tak boleh. Makin aku halang, sakitkan hati dia makin buat aku rasa teruk. Sikit pun aku tak rasa happy. Memang niat aku nak balas dendam dekat Larra macam yang kau orang tahu tapi aku tak boleh teruskan sebab perasaan aku sendiri dekat dia. Rasanya sekarang baru aku rasa macam mana bila kita betul-betul suka dekat orang” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“Bertuahlah Larra dapat kau. Kau ni tak pernah pula aku dengar selama ni cakap benda-benda pasal perasaaan ni sebelum ni. Tapi sekarang kau dah pandai eh Zaf” ujar Ayie. Tengku Dzafril Haidhr dilihatnya tersenyum tawar. Ayie tersenyum memandang Fahim. Tidak menyangka lelaki itu yang suatu masa dahulu begitu ego dengan cinta kini menyerah kalah. Kononnya tidak akan jatuh cinta tapi sekarang lain jadinya. Jatuh cinta dengan isteri sendiri.

“biar. Baru dia tahu sekarang macam mana rasanya bercinta. Tapi jatuh cinta dengn Larra. Tu memang masuk akal lah. Eh Zaf, Dia tahu tak kau suka dia?” soal Ayie. Agak hairan. Sekiranya Larra tahu perasaan Zaf padanya pasti gadis itu lebih berhati-hati. Tidak akan rapat dengan lelaki lain.

Tengku Dzafril Haidhar lama mendiamkan diri dan cuba berfikir. Satu keluhan berat dilepaskannya. “aku try nak beritahu dia tapi dia macam sikit pun tak terkesan dengan apa yang aku cakap. Aku tunjuk yang aku suka dia, tapi dia macam….tak nampak apa yang aku tengah buat. Aku tak faham la kenapa dengan dia. Perempuan ni memang complicated” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dia masih bingung dengan sikap Larra sebenarnya.

“rasanya yang bermasalah sekarang bukan perempuan tu complicated. Larra tu sendiri sekarang. Dari rekod dia dengan lelaki, memang agak masuk akal kalau dia buat kau macam tu, Zaf. Ego dengan lelaki. Itulah Elle” ujar Fahim.

“yup. Aku pun rasa macam tu. Kalau perempuan lain, aku hairan kalau dia still buat-buat tak faham. Tapi kalau Larra, tak hairan. Sebab kita semua tahu dia macam mana. Kau pun tahu kan, dia tak pernah terima mana-mana lelaki ‘as special one’ dalam hidup dia. So yang complicated sekarang Larra tu. Bukan perempuan” ujar Ayie sambil tergelak.

“sebab dia macam tu lah aku makin tercabar kau tahu. Semua aku buat tak jalan. Aku ikhlas nak tunjuk yang aku sayang dia, tapi dia macam tak kisah je” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“kau pikat dia macam kau pikat awek-awek kau dulu lah” ujar Fahim.

“tak sama. Dia ni keras. Apa aku buat semua tak effect dia. Hakimi yang tak ada apa-apa tu juga yang dia pandang. Tak faham aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“apa pun Zaf. Kita orang ni semua support kau. Teruskan berusaha nak dapatkan dia. Kalau kau tak putus asa, aku rasa tak mustahil kalau one day Larra tu boleh sayang kau juga. Siapa tahu kan? Kau pun apa kurangnya. Apa pun dia tu still perempuan. Isteri kau. So, kau jangan serah kalah dengan apa yang kau rasa sekarang. Tu cabaran untuk kau weh” ujar Ayie.

“yap betul tu. Aku harap, kali ni kau serius lah kan suka dia. Walaupun aku ni kawan kau, tapi aku tak suka kau mainkan persaan perempuan. Jangan sampai satu masa nanti bila Larra tu dah mula sayang dekat kau. Kau tinggal dia macam tu. Kau jangan cari nahas Zaf” ujar Fahim.

“tak lah Yim. Aku betul-betul sayang dia.” ujar Tengku Dzafril Haidhar

****

“kan bagus kan kita satu family selalu kumpul-kumpul macam ni” ujar Tan Sri Tengku Radzi sambil ketawa memandang Tengku Dzafril Haidhar yang baru turun.

Larra mengerling sekilas ke arah lelaki itu yang kini sedang berjalan masuk ke ruang itu. Beberapa hari ini dia perasan lelaki itu seolah tidak banyak cakap dengannya. Cakap bila perlu je. Wajahnya pun sentiasa murung. Apa masalah lelaki ni ek? Tak suka ke family kumpul ramai-ramai dekat rumah ni.

“herm hari tu dekat Korea macam mana?” soal Datin Marissa memecahkan lamunan Larra serentak dia yang sedang berbaring di pangku mamanya itu bangun. Menoleh ke arah Datin Marissa sebelum akhirnya memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang duduk tidak jauh darinya. Mereka kini saling berpandangan. Peristiwa tuala terlucut kembali bermain di mindanya. Masing-masing tidak tahu hendak menjawab apa. Terdiam kaku.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama wajah isterinya itu. Cemburunya masih ada. Dia mendengus perlahan. “erm. Okay. Okay kan Zaf?” kedengaran Larra menjawab sebelum namanya dipanggil oleh gadis itu tiba-tiba membuatkan Tengku Dzafril Haidhar sedikit tersentak. Menoleh ke arah Dato’ Qamal dan Tan Sri Tengku Radzi yang sedang memandanngya. Dia membetulkan duduk sebelum tersenyum. Lalu dia mengangguk. “a’ah. Okay” ujarnya sambil memandang Larra.

Datin Marissa mengerutkan keningnya melihat reaksi menantunya itu. Seperti ada yang tidak kena. Dari semalam dia sudah mengesan seperti ada sesuatu yang tak kena pada lelaki itu. Namun sebabnya lelaki itu menjadi begitu masih menjadi tanda tanya. “Zaf okay ke?” soalnya tiba-tiba. Pandangan lelaki itu kini terarah padanya. Tersenyum.

“erm. Okay je mama. Kenapa pula tak okay” ujar lelaki itu berpura-pura ceria. Meski lelaki itu tersenyum namun Datin Marissa dapat merasakan lelaki itu sekadar berpura-pura. Namun dia malas mahu memanjangkan cerita. Turut tersenyum.

“Park Hyatt Hotel tu macam mana Zaf? Service dia okay?” soal Dato’ Qamal pula. Tengku Dzafril Haidhar mengangguk. Bantal kecil di sisinya ditarik sebelum dipeluk. Cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya di hadapan keluarga sememangnya susah. Kalau ikutkan hati nak je dia tarik tangan Larra dan bangun dari situ.

“okay. Service dia pun bagus. Kan Larra?” ujarnya pula sambil memandang Larra. Gadis itu sekadar tersenyum dan mengangguk.

“hidup berumahtangga ni bukan senang. mengajar kita untuk lebih bertanggungjawab. Macam kamu berdua sekarang. Zaf dan Larra. Kamu berdua saling bertanggungjawab terhadap diri masing-masing. Zaf sebagai suami perlu menjaga dan mendidik Larra sebagai isteri. Dan Larra sebagai isteri perlu taat dan setia pada suami” ujar Tan Sri Tengku Radzi. Larra mengangguk perlahan mendengar kata-kata itu. Namun dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada yang merenungnya.

“Dan papa yakin, selama kamu hidup bersama dekat setahun ni, mesti kamu berdua banyak belajar tentang satu sama lain. Betul?” soal Dato’ Qamal. Larra menoleh ke arah papanya sebelum mengangguk perlahan. Dia mula berasa tidak senang apabila menyedari kini Tengku Dzafril Haidhar sedang merenungnya. Dia mula gelisah.

“so Zaf. Apa yang kamu belajar tentang Larra selama kamu berdua kahwin?” soal Dato’ Qamal. Larra terdiam sejenak sebelum menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih memerhatikannya.

Dia tersentak apabila soalan itu diajukan padanya. Dia dapat merasakan jantungnya mula berdegup laju. Perlahan dia menarik nafas panjang. Masih memandang Larra di hadapannya yang turut memerhatikannya. “Larra?” soalnya lagi.

Datin Marissa tersenyum sambil mengangguk. Tengku Dzafril Haidhar tertunduk sejenak cuba berfikir sebelum melepaskan satu keluhan panjang. Tersenyum memandang Larra. “Dia lain dari perempuan lain. I mean, selama Zaf kenal perempuan, tak ada yang sama macam dia. What’s makes her fascinate me is by the way she are. She’s just free to be herself. Dia dingin dan selalu pretend macam kuat but the truth is, dia selalu end up dengan menangis. Nak-nak lagi bila ada dekat tempat tinggi atau jumpa lipas” dia terdiam sejenak sambil tersenyum. Menelan air liurnya sendiri.

“apa yang dia tak suka, dia cakap je. Tapi tu makin buat Zaf tertarik dekat dia. ” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil memandang Larra yang kelihatan merah padam mendengar kata-katanya. Lantaklah, dah kena tanya. Aku jawab je lah.

“Apa yang Zaf cakap tu betul. Kalau nak tahu, Larra ni sebenarnya sangat manja” ujar Datin Marissa sambil mengerling ke arah Larra yang sudah terdiam.

“yeah. Zaf tahu” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi sambil tersenyum memandang Larra.

“Eh erm, papa cakap ada hal penting nak beritahu Larra?” ujar Larra sengaja mengubah topik perbualan. Dia masih segan sebenarnya mendengar luahan Tengku Dzafril Haidhar sebentar tadi. Cuba bertenang. Kalau ditanya tentang apa pendapat dia tentang Zaf. Satu yang mampu dijawab adalah lelaki itu kadangkala bersikap protective. Hidup selama hampir setahun bersama lelaki itu mengubah sedikit tanggapan awalnya yang negatif terhadap lelaki itu. Walaupun belum sepenuhnya namun dia sudah mampu membiasakan diri dengan sikap nakal lelaki itu yang gemar mengusiknya. Berbeza dengan Zaf yang pernah dikenalnya dahulu.

“Oh ya. Pasal hal tu. Sebenarnya. Mama dengan papa dah bincang. Kami berdua bercadang nak pergi umrah” ujar Dato’ Qamal.

Larra sedikit tergamam namun dia gembira mendengar berita yang baru disampaikan oleh papanya itu. Pantas dia mengukir senyuman. “oh baguslah kalau macam tu. Bila bertolak?” soal Larra kembali sambil memandang wajah Datin Marissa yang seolah serba salah.

“14 haribulan ni. At first, mama rasa berat nak tinggalkan Larra seorang dekat sini tapi tengok kamu berdua pun dah tak ada apa-apa, mama rasa lega lah nak tinggalkan kamu berdua. Cuma yang mama bimbang….” Datin Marissa terhenti sejenak di situ. Menoleh ke arah Dato’ Qamal di sisi.

“Kenapa mama?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Datin Marissa dilihatnya serba salah. Mengeluh perlahan sambil mengambil tangan Larra. Dipegangnya erat.

“kami berdua akan tinggal dekat sana sampai raya Aidilfitri nanti” ujar Datin Marissa sambil memandang Tengku Dzafril Haidhar dan Larra silih berganti. Jelas senyuman di bibir gadis itu mati apabila diberitahu dia akan pergi sebegitu lama. Wajah terkejut Larra diamatinya.

“sampai raya?” soal Larra jelas tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Datin Marissa mengangguk.

“sorry ya sayang. Tahun ni mama tak dapat nak beraya dengan Larra. Kami niat nak beraya dekat sana. Makkah” ujar Datin Marissa lagi sambil tersenyum memandang ahli keluarga yang lain.

Larra mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah keluarga mentuanya. Kembali menoleh ke arah Dato’ Qamal. ” Tapi, baru tahun ni Larra nak beraya dekat sini. Ingat tahun ni dapat lah beraya dengan mama dengan papa” ujar Larra dalam nada sedih. Air matanya sudah mula bergenang. Rasa sedih ingin berpisah dengan kedua orang tuanya itu.

“alah. Jangan menangis. Zaf kan ada. Larra beraya dengan Zaf lah. Bukan mama tak nak beraya dengan Larra tapi kami dah lama dah plan nak beraya dekat Makkah. Zaf jaga Larra boleh?” soal Datin Marisa sambil menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang merenung Larra. Pantas lelaki itu menoleh memandangnya.

Tengku Dzafril Haidhar merenung Larra. Tidak sampai hati melihat gadis itu menahan tangis. “boleh. Memang tanggungjawab Zaf pun jaga Larra. Dahlah Larra. Tak payah sedih” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“tapi mama jaga diri elok-elok dekat sana tau. Papa pun. Jaga kesihatan. Nanti dekat sana Larra call tau” ujar Larra mencuba untuk menerima keputusan mama dan papanya itu. Tidak disangkanya itu berita yang diterimanya. Sudahlah selama ni masa aku dekat London pun aku tak dapat beraya sama-sama dengan keluarga dekat Malaysia. Cuma mama dengan papa yang akan datang menyambut Hari Raya dengannya di sana. Itupun cuma untuk beberapa hari sebelum pulang semula ke Malaysia. Dia mengeluh perlahan.

“iya sayang. Dah. Tak mahu sedih-sedih ni” ujar Datin Marissa cuba memujuk Larra. Dia tersenyum sambil menyapu air mata Larra di sekitar pipi.

“erm. Apa kata kalau raya tahun ni kamu bawa Larra balik kampung Tok Wan, Zaf?” saran Tan Sri Tengku Radzi tiba-tiba. Larra menoleh ke arah lelaki itu. Begitu juga mama dan papanya. Larra mengerutkan dahinya. Kampung Tok Wan? Siapa Tok Wan? Kenapa aku tak pernah kenal pun.

“ha’ah. Idea baik juga tu. Dari kamu berdua beraya berdua dekat Kuala Lumpur ni, elok bawa Larra balik beraya dekat kampung. Meriah sikit” ujar Puan Zahnita sambil tersenyum memandang Larra.

“tapi papa macam mana? Takkan papa kat sini?” soal Tengku Dzafril Haidhar cuba bersuara.

“eh Zaf. Selama ni kamu pun beraya seorang-seorang juga. Masa tu papa tak tahu sempat balik beraya dengan kamu berdua ke tidak. Papa tak ada dekat sini rasanya. Baik kamu berdua balik ke kampung je” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Sememangnya benar kata-kata papanya itu. Setiap tahun dia tidak pernah menyambut Hari Raya Aidilifitri sama seperti orang lain. Sudah berbelas tahun rasanya dia tidak rasa kemeriahan Hari Raya. Apa yang dia ingat, setiap tahun ketika takbir dia hanya duduk sendirian di rumah. Bibik pun tak ada. Papa pun tak ada. Dia sudah biasa menyambut hari kebebasan umat Islam itu sendirian. Dan tahun ni, berbeza. Kerana dia bakal menyambutnya bersama Larra. Tersenyum.

“Siapa Tok Wan?” soal Larra hairan. Tengku Dzafril Haidhar yang sedang tertunduk mendongak kembali sambil tersenyum memandangnya.

“kalau awak nak tahu, tu nenek sebelah mummy saya. Saya pernah tinggal kejap dengan dia masa kecil. Tapi masa kita kahwin dia tak datang” ujar Tengku Dzafril Haidhar menerangkan kepada Larra siapa “Tok Wan’ yang disebut-sebut. Dia sendiri sudah terlalu lama tidak berjumpa dengan nenek sebelah mummy nya itu. Entah apa khabar agaknya wanita tua itu. Entah-entah dia tak kenal aku pun lagi.

“oh. Dekat mana kampung dia?’ soal Larra lagi.

“Dekat Perak. Dekat je dari sini. Nanti Zaf bawalah Larra pergi sana. Zaf pun dah berbelas tahun tak pernah jejakkan kaki dekat kampung tu” ujar Puan Zahnita sambil menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu turut memandangnya sebelum kemudian pantas mengalihkan perhatiannya ke tempat lain.

Tengku Dzafril Haidhar mengeluh. Memang benar, sudah terlalu lama dia tidak balik berjumpa “Tok Wan’. Agak janggal untuk dia balik beraya ke situ kerana itu juga bermaksud dia akan menyambut Hari Raya bersama keluarga mummy nya. Okay, termasuk budak Hakimi. Makin menjadi-jadilah kan Larra dengan Hakimi tu nanti kalau aku bawa dia balik beraya dekat sana. Nak bawa Larra balik sana ke tak ek? Dia mula berfikir sendiri.

“Larra macam mana? Okay ke nak ikut balik beraya dekat kampung nanti?” soal Tengku Dzafril Haidhar. Ikutkan hatinya memang dia tak nak bawa Larra balik situ. Tapi memikirkan Larra pasti sedih kalau sambut berdua je dengan aku dekat KL ni. Family dia jauh. Patut ke aku gembirakan dia dengan bawa dia balik kampung mummy? Dilihatnya gadis itu mengangguk sambil memandangnya.

“Dekat mana awak bawa saya, saya ikut je” ujar Larra sambil tersenyum memandang Tengku Dzafril Haidhar. Dah kalau Zaf nak bawa aku balik rumah Tok Wan dia takkanlah aku nak tinggal sini seorang-seorang. Tapi, aku tak kenal pun family sebelah sana. Macam mana? Dia menarik nafas panjang.

“kalau kamu semua nak tahu, budak Larra ni tak pernah merasa beraya dekat kampung. Keluarga saya dengan Dato’ pun dekat sini juga. so rasanya memang elok sangatlah kalau Zaf nak bawa dia balik kampung” ujar Datin Marisa sedikit gembira. Menoleh ke arah Larra.

****

Pintu peti ais dibukanya sebelum meneliti isinya. Banyak juga Larra ni beli semalam. Penuh peti ais dibuatnya. Dia yang tiba-tiba dahaga, terjaga sebelum pantas turun ke dapur. Ketika dia keluar tadi, dilihatnya Larra sudahpun tidur di atas katil. Jam di ruang utama menunjukkan pukul 1 pagi. Pasti mama dan papanya juga sudah tidur. Suasana villa sunyi ketika dia turun tadi. Kata mereka, esok mereka bakal pulang ke rumah masing-masing. Itu bermaksud mulai esok, dia akan hidup berdua semula bersama Larra seperti selalu.

Botol mineral berwarna biru itu dicapainya perlahan sebelum pantas berdiri dan menutup semula peti sejuk itu. Berderau darahnya apabila melihat Hakimi yang kini sedang berdiri di tepi pintu memandangnya tepat. “astaghfirullahalzim” ujarnya sambil mengurut perlahan dadanya. Cuba menenangkan semula dirinya. Hampir sahaja botol di tangannya itu terlepas ke lantai. Dia mendengus kasar sambil mencapai cawan di rak.

Hakimi tersenyum. Masih reti nak beristighfar rupanya abangnya itu. Agak kelakar melihat reaksi Tengku Dzafril Haidhar yang selalu dilihatnya masam dan dingin tiba-tiba terkejut. Dia mencuba untuk mengawal ketawanya.

“Kau ni apahal? Saja nak terkejutkan aku” marah Tengku Dzafril Haidhar sambil menuang air mineral itu ke dalam cawan. Ingat aku seorang je yang still berjaga. Budak ni pun tak tidur juga. Hakimi dilihatnya turut mencapai cawan di rak sebelum menuang air mineral dari botol yang sama diambilnya tadi.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya melihat tingkah laku adik tirinya itu. Selamba je main ambil botol mineral dari aku. Dia ni pekak ke atau pura-pura pekak? Rasanya suara aku dah cukup kuat dah tadi. Tak sedar ke yang aku marah dia? Dia meneguk perlahan-lahan air mineral di cawannya sambil matanya tak lepas dari memandang adiknya itu. Hilang rasa dahaganya.

“Kimi ada hal nak cakap dengan abang ni” ujar Hakimi setelah lama berdiam diri. Dia menoleh ke arah abang tirinya itu yang langsung tidak mempedulikan dengan apa yang diperkatakannya sebentar tadi. Sebaliknya terus meletakkan cawan ke dalam sinki dan beredar. “aku mengantuk” ujar lelaki itu pendek sebelum berjalan melepasinya. Hakimi menarik nafas panjang.

“Kimi nak cakap sikit pasal Larra” ujar Hakimi serentak membuatkan langkah Tengku Dzafril Haidhar terhenti. Dia sememangnya tidak berminat langsung nak berkomunikasi dengan adik tirinya itu. Namun bila disebut tentang Larra dia jadi marah tiba-tiba. Pantas dia menoleh sambil memandang Hakimi yang masih duduk di tepi kerusi kabinet itu. Turut memandangnya dengan wajah yang tidak bersalah.

“Kau siapa nak cakap pasal dia dengan aku?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

“Kimi bukan nak cari gaduh dengan abang. But just nak cakap apa yang patut” ujar Hakimi. Dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu begitu keras dengannya. Sedangkan dia selama ini selalu mengalah dengan lelaki itu. Tetapi masih juga lelaki itu membencinya. Apa salah aku pun tak tahu. Ikutkan hatinya dia juga malas mahu turut sama tinggal di rumah lelaki itu kini. Tapi kerana dipujuk oleh Puan Zahnita dia jadi tidak sampai hati. Kerana itu dia menebalkan mukanya turut tinggal bersama pasangan itu buat minggu ini. Berpura-pura tidak ambil peduli terhadap pandangan benci lelaki itu terhadapnya. Tengku Dzafril Haidhar kini sedang merenungnya tajam.

“Kau tak ada hak nak cakap apa-apa dengan aku. Nak-nak lagi pasal Larra. Kau tak layak” ujar Tengku Dzafril Haidhar penuh ego. Eh menyampah pulak aku tengok kau ni lah. Bajet baik je.

“terserah dekat abang. Tapi abang pun tahu kan yang Kimi suka dia” ujar Hakimi selamba sambil meneguk habis air mineral di cawannya.

Kata-kata lelaki itu benar-benar mencabar kelakiannya. Pantas dia berjalan menghampiri Hakimi sebelum menarik kasar kolar baju lelaki itu membuatkan lelaki itu yang sedang minum tersedak. “Kau ulang balik apa kau cakap tadi!” jerkah Tengku Dzafril Haidhar marah.

Hakimi merenung tajam wajah abang tirinya itu sebelum tersenyum sinis. “Abang nak buat apa? Nak tumbuk Kimi? Tumbuk ah!” jerkah Hakimi semula. Kesabarannya juga sudah semakin tipis dengan sikap tidak wajar abang tirinya itu. Bila dijerkah begitu, dia jug perlu mempertahankan dirinya.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama wajah adiknya itu. Penumbuk kanannya sudah dikepal erat. Bersedia bila-bila masa untuk hinggap ke wajah adiknya itu. Namun ada sesuatu yang menahannya. Perlahan dia melepaskan semula kolar Hakimi sebelum menelan kelat air liurnya.

“apasal tak tumbuk? Kimi memang suka Larra tapi Kimi masih sedar diri. Abang dengar dulu apa yang Kimi nak cakap” ujar Hakimi sambil membetulkan kolar bajunya. Hairan melihat sikap abangnya itu. Fikirnya, lelaki itu akan menumbuknya namun sebaliknya pula berlaku.

“2 minit. Aku bagi kau 2 minit nak cakap apa yang kau nak” ujar Tengku Dzafril Haidhar dingin. Dia masih ingin tahu apa yang lelaki itu ingin bicarakan tentang Larra.

“okay. 2 minit pun cukup. Walaupun Kimi suka Larra, tapi Kimi tak tergamak nak rampas dia dari abang. Jadi abang tak perlu risau dan salah faham. Hubungan Kimi dengan Larra tak lebih dari kawan. Kimi tahu hakikat yang Larra tu isteri abang. Kimi langsung tak ada niat jahat pun dekat abang. Lepas abang nikah dengan dia, tuhan je tahu macam mana hancur hati Kimi” ujar Hakimi cuba berterus terang. Dia dapat merasakan lelaki itu tidak suka melihat dia dekat dengan Larra. Dia tahu lelaki itu cemburu. Setiap kali dia bersama Larra dia perasan air muka lelaki itu berubah. Melalui cara lelaki itu memandangnya juga dia tahu lelaki itu cemburu.

“Jadi apa yang kau cuba nak cakap sekarang?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Dia menelan air liurnya “apa yang Kimi nak cakap sekarang, Kimi takkan berebut pun dengan abang. Dia isteri abang, abang lagi berhak ke atas dia. Sebagai lelaki, cemburu tu wajar. Tapi abang patut tahu macam mana nak control cemburu. Jangan sampai abang dengan dia gaduh pasal cemburu tak bertempat” ujar Hakimi sebelum bangun dan berdiri di hadapan abang tirinya itu.

“Kalau abang suka dia, terus terang dengan dia. Jangan buat dia keliru.” ujar Hakimi sebelum menghela nafas panjang. Langkahnya diatur laju keluar dari ruang dapur itu meninggalkan Tengku Dzafril Haidahr yang masih berdiri kaku di tempatnya.

Dia terdiam mendengar kata-kata Hakimi. Ada benarnya kata-kata adiknya itu. Tapi mana dia tahu aku cemburu? Terngiang-ngiang kata Hakimi padanya sebentar tadi. Kalau suka, terus terang dekat Larra? Aku tak terus terang dekat Larra lagi ke yang aku suka dia? Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum meraup wajahnya perlahan.

*****

Dia merenung lama gambar di skrin laptopnya. Gambar Larra ketika mereka di Korea ditatapnya satu persatu. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri melihat gambar-gambar koleksi mereka berdua. Dia masih belum sempat untuk memuat naik kesemuanya ke ‘facebook’.

“Hah! Hah! Kau senyum-senyum tu tengok apa tu?” tegur satu suara serentak membuatkan Tengku Dzafrl Haidhar tersedar dari lamunannya sebelum menoleh ke arah Aqiem yang kini sedang memerhatikannya. Cepat-cepat dia membetulkan kot bajunya sebelum duduk menghadap lelaki itu. Tenang Zaf! Jangan gelabah!

“tengok apa. Aku mana ada tengok apa-apa’ ujar Tengku Dzafril Haidhar pantas menidakkan kata-kata Aqiem. Dia lalu mencapai buku diari di tepi mejanya sebelum meneliti jadualnya pada hari itu. Menarik nafas lega kerana tiada sebarang mesyuarat yang perlu dihadirinya. Dia tersenyum.

“yelah kau tu. Bukan boleh percaya sangat. Weh! Project nak dapatkan tapak pembinaan Hotel dekat Taiwan tu dah start dah. Bapak kau dah pesan suruh kau siapkan kertas kerja nak bentangkan nanti masa mesyuarat” ujar Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Menoleh ke arah Aqiem. Sedikit terkejut mendengar berita itu. Project apa pula ni?

“Hah? Yeke? Aku tak tahu apa-apa pasal benda ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Hampir dua minggu dia berehat dari kerja membuatkan dia menjadi agak ‘blur” bila diberitahu tentang pekara itu. Aduh! Apasal aku pula yang kena bentangkan ni?

“lah relax lah. Kau bukannya tak pernah bentangkan projek. Info pasal kawasan nak bina hotel tu kau boleh minta Natasya terangkan. Alah! Lambat lagi benda tu nak kena submit. Mesti sempat punya kau nak siapkan” ujar Aqiem bersungguh-sungguh. Cuba menenangkan Tengku Dzafril Haidhar yang dilihatnya agak kaget mendengar projek mega itu diserahkan padanya. Memanglah. Siapa yang tak kaget. Baru naik kerja je dah kena handle benda macam-macam. Nasib kau lah Zaf.

“Tapi belum sure kan kita boleh dapat tapak dekat situ?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

“memanglah tak sure. Tapi project tu under kau. Papa kau kata, dia percaya kebolehan kau. Tu yang dia nak kau handle tu. Ada beberapa syarikat lain yang akan try dapatkan project ni juga. Kira compete lah. Jadi kita kena usaha lebih sikit. Kenapa?” soal Aqiem kembali.

Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan sambil mengurut pangkal hidungnya. “tak ada apa-apa. Just terkejut je. Naik cuti aku dah ada banyak kerja rupanya” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tergelak kecil. Ingatkan naik cuti ni papa bagilah aku kerja yang senang-senang sikit. Ni tak, terus bagi aku projek besar macam tu. Dia menekan punat merah di telefon sebelum seketika kemudian telefon itu disambungkan ke setiausahnya, Natasya.

“erm Natasya. Tolong bawa masuk detail pasal projek pembinaan hotel dekat Taiwan tu. Cepat sikit” ujarnya. Selesai berkata dia menyandarkan badannya ke kerusi. Sempat dia menjeling gambar Larra di skrin komputer ribanya. Melihat wajah lembut gadis itu dia terasa sedikit tenang. Ketukan di muka pintu membuatkan dia tersedar.

“Masuk” ujarnya sambil mencapai kertas dan beberapa plan di atas meja. Menyemak satu persatu. Kang Natasya cakap aku tak buat kerja pula. Dilihatnya fail berwarna kelabu itu kini diletakkan di hadapannya.

“Fail yang tuan minta” ujar suara itu. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Dah sejak bila pula Natasya punya suara macam lelaki ni? Sakit tekak ke apa? Lagi satu sejak bila pula Natasya ni panggil aku tuan? Bukan semua pekerja kat sini panggil aku Tengku ke?

Namun dia malas mahu mengulas panjang. “okay awak boleh keluar” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mengerling sekilas ke arah Natasya di hadapannya. Matanya kaku seketika menangkap sekujur tubuh itu yang masih memandangnya. Tersenyum. Seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya namun memang benar. Lelaki itu kini sedang berdiri di hadapannya.

“syaz…Syazriel!” ujarnya seolah tidak percaya. Bulat matanya memandang lelaki itu tanpa berkelip. Sudah terlalu lama dia tidak bertemu lelaki itu.

“aku ingat kau dah tak kenal aku lagi dah” ujar Syazriel sempat menyindir sambil tersenyum memandang sahabat lamanya itu. Macam tak sangka, lelaki sama yang pernah sama-sama ponteng sekolah bersamanya, langgar undang-undang sekolah dan digelar sebagai pelajar yang tiada masa hadapan kini sudah bergelar seorang ‘bos’.

“ya allah. Lama gila tak jumpa kau. Eh duduk” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mempersilakan Syazriel yang masih berdiri untuk duduk di hadapannya. Dia hampir lupa bahawa papanya ada memberitahu yang Syazriel kini bekerja dengan syarikatnya. Tersenyum dia memandang Syazriel yang kelihatan tenang itu.

“lain dah kan kau sekarang. Gaya bos” ujar Syazriel sambil mengambil tempat duduk di hadapan Tengku Dzafril Haidhar. Setelah hampir seminggu baru hari ini dia berpeluang berjumpa sahabatnya itu. Dia dikhabarkan lelaki itu bercuti ketika dia mula bekerja di syarikat itu tempohari.

“eh mana ada. Aku still macam dulu la” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum.

“yelah kau. Kau dulu macam mana. Nak masuk pejabat pun punya lah susah. Ingat aku tak tahu ke?” ujar Syazriel sambil ketawa. Lelaki itu dahulunya langsung tidak mahu ambil peduli tentang hal syarikat. Namun kini lelaki itu tampak lain. Gayanya juga sudah semakin matang.

“yelah. Tu dulu. Tapi sekarang nak buat macam mana. Nak tak nak. Aku terpaksa lah tolong bapa aku uruskan syarikat ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Dilihatnya Syazriel mengangguk sebaik sahaja mendengar kata-katanya.

“baguslah macam tu. Aku dengar kau dah kahwin” ujar Syazriel tiba-tiba sambil tersenyum.

Tengku Dzafril Haidhar berhenti senyum mendengar kata-kata Syazriel itu. Kahwin? Alamak. Larra! Dia memandang lama wajah lelaki itu. Macam mana dia tahu? Agak-agaknya dia tahu ke yang aku kahwin dengan Larra.

“Rasanya belum terlambat lagi kan kalau aku nak ucapkan selamat pengantin baru dekat kau” kedengaran Syazriel menyambung kata-katanya. Tengku Dzafril Haidhar tersenyum. Agh! Pura-pura senyum sebenarnya. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat.

“thanks” ujarnya .

Syazriel mengeluh perlahan. “tak sangka kan. Kau kahwin juga akhirnya. Aku tumpang gembira lah dekat kau” ujarnya. Sejak zaman sekolah lagi, lelaki itu sememangnya terkenal dalam kalangan perempan kerana wajah kacak yang dimiliki serta status dirinya sebagai “anak Tan Sri”. Siapa tak kenal dengan lelaki itu. Tidak pernah cukup dengan satu perempuan. Sikap kejamnya terhadap perempuan langsung tidak menjejaskan imejnya. Dia mengeluh perlahan.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Mula berasa tidak senang. “kenapa pula kau cakap macam tu?” soalnya hairan.

Syazriel tersenyum. Memandang lama wajah Tengku Dzafril Haidhar itu. “kau lupa ke yang aku ni kawan baik kau? kau sendiri pernah cakap dengan aku, yang kau takkan berkahwin” ujar Syazriel lagi. Dia perasan riak wajah Tengku Dzafril Haidhar berubah bila disebut tentang perkahwinannya.

“Oh. Pasal tu” Tengku Dzafril Haidhar terdiam sejenak. Cuba merangka ayat. Pandangannya jatuh pada fail di hadapannya yang masih tidak berusik. Memang dia pernah menuturkan kata-kata seperti itu. Kerana dulu, dia terlampau ego dengan perasannya sendiri. Dia memang tidak pernah jatuh cinta dengan perempuan. Rasa bencinya terhadap perempuan menghalang dia untuk ada perasaan terhadap perempuan. Kerana itu dia pernah menanam niat untuk tidak berkahwin. Namun takdir Tuhan lebih berkuasa. Dia kahwin juga akhirnya. Satu keluhan berat dilepaskannya.

“tapi takdir. Jodoh. Siapa yang tahu kan?” soalnya kembali sambil kembali memandang Syazriel. Tersenyum.

Syazriel mengangguk sambil tersenyum. “baguslah kalau macam tu. Untung perempuan tu. Rasanya, she must be pretty lady sampai boleh buat kau jatuh cinta dengan dia. Aku tumpang gembira. Okaylah. Aku sambung kerja dulu. Kau semak-semak lah dulu file yang aku bagi tu. Kalau ada apa-apa panggil aku” ujar Syazriel sambil bangun dan berdiri. Membetulkan baju kemejanya.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak mendengar kata-kata lelaki itu. Seperti ada maksud tersurat melalu kata-katanya. Agh, perasaan aku je kot. Dia tak ada maksud lain. Mungkin dia betul-betul ikhlas nak cakap macam tu. Dia mendongak sambil tersenyum dan mengangguk.

“okay okay. Kalau ada masa nanti kita keluar minum” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum memandang sahabatnya itu.

Syazriel tergelak.”No hal. Eh, lagi satu. Tolong sampaikan salam aku dekat isteri kau yang cantik tu sekali” ujar Syazriel sambil tersenyum dan terus berlalu keluar dari biik itu. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya sambil memerhati lelaki itu kini yang sudahpun keluar dari ruang kamar pejabatnya itu. Hairan melihat sikap lelaki itu. Dia tahu ke tak agaknya Larra tu isteri aku? Satu keluhan berat dilepaskannya sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Rasa hairan menyelebungi dirinya.

“weh siapa tu?” soal Aqiem setelah bayang Syazriel hilang. Mesra semacam je. Tapi aku tak pernah kenal pun lelaki tu sepanjang kenal dengan Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu yang kelihatan sedang berfikir kini menoleh ke arahnya.

“kawan lama aku” ujarnya pendek. Malas mahu menerangkan tentang siapa Syazriel. Yang pasti dia ada satu perasaan tidak enak apabila Syazriel menyebut tentang isterinya. Seolah-olah ada sesuatu yang lelaki itu tahu. Agh! Tapi, dia bukan pernah jumpa Larra lagi pun. Macam mana dia tahu aku kahwin dengan Larra. Peraaan aku je kot. Tak baik fikir bukan-bukan. Lagipun dia kan kawan baik aku. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum tangannya mula membuka fail yang diberikan Syazriel sebentar tadi.

*****

Tengku Dzafril Haidhar memandu laju keretanya menuju ke Morraine Hotel milik Larra. Walaupun perjalanan dari hotelnya sendiri menuju ke hotel isterinya itu mengambil masa namun semua itu tidak membatalkan niatnya untuk berjumpa gadis itu. Tidak sabar rasanya dia untuk berjumpa isterinya itu. Kata-kata Hakimi tempohari sedikit sebanyak memberi semangat buatnya untuk berterus terang terhadap gadis itu tentang perasaannya sendiri. Entah apa agaknya reaksi gadis itu melihatnya pertama kali di situ. Memang sepanjang dia berkahwin dengan Larra, dia langsung tidak pernah jejakkan kaki walau sekali ke hotel isterinya itu.

Dia tersenyum sendiri sambil pantas keluar dari keretanya dan berjalan masuk ke dalam hotel itu. Terus menuju ke bilik Larra. Dia merasakan ada beberapa orang staf di situ yang mencuri pandang melihatnya. Janggal agaknya kerana tidak pernah nampak dia berada di situ. Namun semua itu langsung tidak dipedulikan. Apa yang penting sekarang adalah Larra. Dia menguatkan semangatnya walaupun jauh di sudut hatinya masih takut dengan reaksi gadis itu nanti.

Larra cuba menghabiskan kerjanya yang ada secepat yang mungkin. Sudah tinggal sedikit lagi fail yang perlu disemaknya sebelum mesyuarat keesokan hari. Dia tersenyum. Ketukan di muka pintu mematikan senyuman. Pantas dia mendongak. “Masuk” arahnya. Selesai memberi arahan dilihatnya pintu itu ditolak dari luar. Kini kelihatan Tengku Dzafril Haidhar masuk ke biliknya. Dia tergamam seketika melihat kehadiran lelaki itu di situ.

“Zaf!” ujar Larra dalam nada terkejut. Dia langsung tidak menyangka lelaki itu akan muncul hari itu. Hairan! Apa kena dengan lelaki ni tiba-tiba datang sini?

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum melihat reaksi isterinya itu. Sengaja dia tidak memberitahu kedatangannya ke situ pada waktu itu semata-mata ingin mengajak Larra makan bersamanya. “banyak lagi ke kerja kau? kau tak keluar lunch ke?” soalnya sambil duduk di kerusi hadapan Larra. Memandang wajah isterinya itu.

Aku ni mimpi ke apa nampak dia datang sini? Lagipun kan hotel dia jauh dari aku. Takkanlah dia datang sini saja-saja kalau tak ada urusan penting? Dia mula berasa tidak sedap hati. Takut kedatangan Tengku Dzafril Haidhar itu bakal menganggu temujanjinya.

“erm. Ada hal apa awak datang sini?” soal Larra kembali tanpa menjawab soalan Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandangnya itu. Dia merasa tidak selesa sebenarnya apabila ditenung lama oleh lelaki itu. Sejak dari hari tu lagi dia perasan cara lelaki itu memandangnya lain. Tapi dia lebih suka berpura-pura tidak perasan.

Dia menoleh ke sekitar bilik Larra. Meski bilik itu tidak sebesar biliknya namun cukup selesa dan kemas. Dia menarik nafas panjang mendengar soalan Larra itu sebelum kembali memandang gadis itu. “saja nak jumpa kau” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Aduh! Kan time lunch ni. Takkanlah tak boleh nak tangkap aku datang sini sebab nak ajak dia lunch sama?

Larra mengerutkan keningnya mendengar kata-kata lelaki itu. “apa masalah awak ni? Pagi tadi kan kita baru je jumpa. Takkanlah awak datang ke sini semata-mata nak jumpa saya?” soal Larra sedikit kasar. Agak tidak masuk akal alasan yang diberikan oleh Tengku Dzafril Hiadhar itu. Macam tak ada masa lain je nak datang jumpa aku. Time hari ni juga kau datang. Ish! Ganggu betullah.

Dia tersenyum sebelum mengangguk. Meski dia dapat melihat dengan jelas, Larra seolah-olah tidak suka dengan kedatangannya namun dia cuba untuk bersabar. Ada maksud yang lebih besar dia datang bertemu gadis itu ketika itu. Kerana itu datang sejauh itu semata-mata untuk mengajak Larra keluar. Dia sudah fikir masak-masak sebelum datang ke situ tadi. “aku datang sini sebenarnya…” dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya kembali.

Memandang wajah Larra yang seolah langsung tidak berminat untuk mendengar kata-katanya. Gadis itu lebih rela memandang fail-fail di tangannya berbanding memandangnya. Dia marah aku sebab sebelum ni dia cakap aku tak pandang muka dia. Tapi sekarang dia pun sama je. “aku nak ajak kau lunch sama. Kau free tak sekarang?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Larra tergamam sejenak. Ha? Dia datang sini semata-mata nak ajak aku lunch? Biar betul Zaf ni. Perlahan dia mengangkat wajahnya memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar yang sedang memandangnya. “You are joking right? Lunch together?” soal Larra kembali. Apa dia ni? Tebiat ke apa datang jauh-jauh sini semata-mata nak ajak aku lunch.

Tengku Dzafril Haihar merenung wajah Larra. “Nampak macam aku tengah buat lawak ke? No! I’m serious. Aku datang sini nak ajak kau lunch sama” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Larra mula kaget. Ah kacau betul. Kenapa hari ni juga dia nak ajak aku keluar makan. Kalau hari lain aku tak kisah tapi bukan hari ni. Aku dah merancang untuk berjumpa Ajierah. Hari ini mereka akan berjumpa tanpa pengetahun Ajierah sendiri. Hakimi bakal membawanya kepada Ajierah. Kerana itulah dia berusaha menyiapkan kerja-kerjanya secepat yang mungkin semata-mata ingin pergi berjumpa dengan Ajierah. Hakimi juga akan tiba sebentar lagi bagi menemaninya bersama. Tapi time-time ni lah Zaf ni datang ajak aku keluar lunch pulak.

Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya kembali. “erm. Sorry lah Zaf. tapi saya banyak kerja lagi ni. Bukan hari ni okay” ujar Larra kembali berpura-pura fokus menyemak fail di hadapannya itu. Tanpa sedikit pun memandang wajah suaminya.

Tengku Dzafril Haidahr merasa sedikit kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Larra itu. Takkanlah dia ni tak ada sense kesian langsung. Aku drive jauh-jauh dari hotel aku pergi hotel dia, dia boleh jawab macam tu. Dia mengalihkan perhatiannya pada fail di hadapan Larra.

“banyak sangat ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Larra mengangguk. Tangannya laju mencapai fail yang sudah siap di susun ke tepi itu kembali. Dia membukanya sebelum mula menyemak kembali. Yang sebenarnya fail-fail ni semua aku dah semak. And by now semua kerja aku dah siap. Tapi aku tak boleh nak keluar dengan Zaf ni. Kalau dia tahu aku nak keluar dengan Hakimi, habis aku. Sengaja dia berpura-pura seolah-olah dia banyak kerja.

“lain kali lah okay. Saya busy. I’m sorry” ujar Larra tegas.

Tengku Dzafril Haidhar benar-benar kecewa. Tapi dia faham, tugas isterinya juga banyak memandangkan gadis itu kini mengusahakan syarikat itu sendirian tanpa bantuan sesiapa. Tapi tak apalah kalau dah macam tu. Dia mengeluh perlahan sebelum bangun. Tersenyum memandang Larra.

“kau nak aku belikan kau makanan tak? Kau buat kerja jangan sampai tak makan pula” ujarnya cuba menunjukkan ke prihatinannya terhadap Larra. Risau juga sekiranya gadis itu terlalu sibuk dengan kerja sehinga lupa untuk makan.

Larra pantas menggeleng. “no tak payah. Saya tak makan kot. Tak apalah. Kalau awak nak makan, awak makan je lah” ujar Larra sambil mendongak memandang Tengku Dzafril Haidhar yang sudah berdiri. Ketukan di pintu membuatkan mereka berdua pantas menoleh ke arah itu.

“maf cik Larra. Erm, tapi ada tetamu nak jumpa cik” ujar setiausahanya. Larra tersenyum sambil mengangguk.

Tengku Dzafril Haidhar sekadar memerhati Larra sebelum menarik nafas panjang. Nampaknya niatnya harus dilupakan sahaja. Gadis itu kelihatan benar-benar sibuk.

“Cakap dengan dia. Tunggu kejap. Kejap lagi saya datang” ujar Larra kembali. Setiausahanya mengangguk sambil berjalan keluar dari bilik itu.

Larra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sempat dia menoleh kembali ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih berdiri di hadapannya. Dia ni tak faham lagi ke? Dah aku cakap tak nak lunch sama tu faham lah. Lelaki itu dilihatnya sedang memandangnya lama. Pantas dia mengalihkan semula fokusnya pada fail-fail di hadapannya. Menunggu saat Tengku Dzafril Haidhar pergi dari biliknya.

“Aku pergi dulu” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum tawar melihat Larra yang masih menghadap fail di hadapannya tanpa sedikit pun memandangnya. Perlahan dia berundur sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Larra menarik nafas lega selesai Tengku Dzafril Haidhar pergi dari biliknya. Dia memandang jam tangannya sambil tersenyum. Nasib baik dia pergi. Sempat lagi ni. Cepat-cepat dia mengemas fail di mejanya itu sebelum bangun.

*****

Di menolak pintu kaca itu sebelum tersenyum memandang Hakimi yang masih menantinya di ruang menunggu itu. Dia melangkah masuk mendapatkan lelaki itu. “Kimi sorry late. Ada hal kejap tadi” ujar Larra.

Hakimi meletakkan surat khabar di tangannya ke atas meja semula sebelum menoleh memandang Larra yang sudah berdiri di hadapannya. Dia tersenyum sebelum bangun. “its okay lah Larra. Lagipun hari ni saya cuti. Saya tak kisah pun. Awak nak suruh saya tunggu berapa lama pun saya tak kisah” ujar Hakimi.

Larra tersenyum “eh awak sengaja perli eh? Dahlah. Jom kita pergi” ujar Larra sambil berjalan laju menuju ke pintu. Yang sebenarnya dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Ajierah. Sungguh, dia rindu pada gadis itu.

Hakimi turut berjalan mengikut langkah Larra. Selama ini dia langsung tak menyangka Larra yang pernah disebut oleh Ajierah itu adalah seseorang yang dikenalinya. “eh Larra. Tunggu lah saya” ujar Hakimi apabila dilihatnya Larra sudah melangkah laju jauh meningalkannya menuju ke keretanya.

Mereka sudahpun tiba di tempat parkir kereta ‘ground floor”. Namun tak semena-mena dia melihat ada sebuah kereta laju menuju ke arah Larra yang masih berjalan di hadapannya. Langsung tidak sedar kereta itu dipandu laju menuju ke arahnya. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan gadis itu.

Tengku Dzafril Haidhar membelek kotak cincin di tangannya. Niatnya untuk memberitahu Larra tentang perasaannya nampaknya harus dilupakan sahaja buat hari itu. Apa nak buat. Dia busy. Kalau balik nanti nak luahkan dekat rumah aku rasa janggal. Mood tengah nak berani ni pulak lah dia tolak. Dia membelek-belek cincin emas putih bertatah berlian itu. Cincin itu dipilihnya sendiri. Dia mahu menggantikan cincin kahwinnya bersama Larra yang dipilih oleh mummy. Biar cincin ni dia pakai.

Puk!

Tak semena-mena cincin itu terlepas dari genggamannya sebelum jatuh ke lantai kereta. Terpaksa dia membongkokkan tubuhnya mencari-cari cincin itu semula. Ish, time-time macam ni boleh pula kau jatuh. Dah lah gelap. Tak nampak. Bebel Tengku Dzafril Haidhar sendirian sambil terus mencari cincin itu.

“Larra! Hait-hati!” jeritnya sambil menarik Larra ke belakang. Tubuh Larra berjaya ditariknya dan kini kereta laju itu sudah pun melepasi mereka terus menuju ke pintu keluar. “kalau tak reti memandu jangan bawa kereta!” jerit Hakimi yang marah. Nyaris-nyaris tubuh Larra hampir dilanggar tadi. Mujur dia sempat menarik tubuh gadis itu ke belakang. Larra dilihatnya masih tergamam. Tanda terkejut dan wajahnya kelihatan pucat.

“Kimi” panggil Larra perlahan. Nafasnya turun naik. Dia benar-benar kaget. Langsung tidak perasan ada kereta yang laju menuju ke arahnya. Biasanya tidak pernah berlaku hal seperti itu di situ. Itu merupakan pertama kali kejadian seperti itu berlaku dan dirinya hampir dilanggar. Mujur Hakimi sempat menarik tubuhnya ke belakang. Pinggangnya masih dirangkul kemas oleh Hakimi. Dia menelan air liurnya. Jantungnya masih berdegup kencang kerana terkejut.

“its okay Larra. Now, its okay. Tak ada apa-apa. Saya ada” pujuk Hakimi sambil memalingkan tubuh Larra menghadapnya. Perlahan dia memeluk seketika tubuh Larra. Berniat untuk menenangkan gadis itu.

Dia tersenyum apabila tangan kasarnya bertemu juga dengan apa yang dicarinya. Pantas di memungut semula cincin itu sebelum duduk tegak semula. Tersenyum memandang cincin di tangan yang tidak lama bakal disarungkan ke jari Larra. Oh Larra! Kau buat aku gila. Dia menarik nafas panjang sebelum mengalihkan fokusnya ke hadapan kereta.

Dia terdiam sejenak memerhati adegan mesra yang sedang berlaku di depan matanya itu. Seperti tidak percaya tapi kini dia melihat Larra dan Hakimi di situ. Sedang berpelukan. Darah lelakinya mula menyirap. Larra kata tadi dia banyak kerja? Tapi sekarang dia dengan Hakimi? Sukar dia nak percaya tapi itulah yang sedang berlaku. Dua insan di hadapannya itu sedang berpeluk. Larra tipu aku!

“Sial!” jeritnya sambil membaling kotak cincin itu ke tepi. Penat-penat aku tunggu kau dekat sini Larra. Kau kata kau ada banyak kerja tapi rupanya kau ada janji dengan jantan lain. Kau tipu aku Lara! Kau tipu aku. Kau ada hubungan apa dengan Hakimi?

Tengku Dzafril diancam rasa marah melihat adegan itu. Diam dia kaku seketika sebelum memukul kuat stering keretanya. Dia benar-benar kesal. Matanya dipejam erat dan satu keluhan berat dilepaskannya olehnya. “Larra” ucapnya perlahan.

p/s : jangan lupa komen :)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 21”
  1. bosan.... says:

    laa… npe ending dye gtu… hisk3x…

  2. adek7877 says:

    aduhhhhhhhhhh nepa yer lara buat kan zaf mcm tu .eeee geram plak ..
    next n3 pjg3 sikit… punya laa lama nk tunggu n3 ni huhuhu

  3. miss carol says:

    lmbtnya entry ni..writer ada blog??

  4. Beyla says:

    gud job! awesome! like it!
    cpt continue thats story ek!

  5. Ivoryginger says:

    Hi Dilza Addina, when is this novels can be publish??? We really miss this stories and can wait to get this it ASAP. Please update us your manuskrip status. There be so long you never update your blog.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.