Novel : Antara mahligai ego dan cinta 22

7 March 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Lewat petang itu dia memandu pulang ke villa. Hakimi awal-awal lagi sudah pulang meninggalkannya setelah selesai memberi kejutan kepada Ajierah dengan kemunculannya secara tiba-tiba di restoren tempat mereka selalu lepak dahulu. Gembira betul dapat jumpa Ajierah. Gadis itu masih tak berubah. Sama seperti dulu. Cuma yang berbeza adalah dari segi gadis itu berpakaian. Kini gadis itu sudah memakai tudung. Gayanya juga lebih sopan.

Berbeza dari Ajierah yang dikenalinya ketika zaman sekolah. Ajierah yang dahulu, gemar memakai skirt pendek. Tapi sekarang memang tak kan nampak punyalah Ajierah pakai baju-baju seksi macam tu. Sikapnya masih macam dulu. Ajierah…Ajierah. Larra tersenyum memikirkan Ajierah sambil memandu keretanya masuk ke pekarangan villa.

Hairan dia melihat kereta milik Tengku Dzafril Haidhar sudah tersadai di halaman rumahnya. Selesai memarkir keretanya, Larra melangkah keluar sambil matanya masih tak lepas memandang kereta milik lelaki itu. Rasa hairan kerana itu merupakan pertama kali dia melihat lelaki itu meletakkan keretanya di situ. Eh Zaf dah balik? Tapi kenapa dia parking kereta dia dekat situ? Tak pernah-pernah dia buat macam ni? Otaknya masih memikirkan sebab lelaki itu meletakkan keretanya di situ.

Larra mendengus perlahan. Pandangannya dialihkan ke arah villa. Dia ni dah buang tebiat agaknya. Macam tak ada tempat parking je? desis Larra sambil kakinya diatur laju menuju ke pintu utama. Dia yakin lelaki itu ada di rumah kerana semua kereta milik lelaki itu ada di garaj kereta tidak berusik kecuali kereta yang diparkir de tengah-tengah halaman villa. Itu adalah kereta yang selalu dibawa oleh Tengku Dzafril Haidhar ke pejabat.

Pintu utama itu pantas dibukanya sebelum kemudian dia tercengang sejenak saat kakinya dijejakkan ke ruang utama itu. Suasana gelap gelita di dalam villanya itu benar-benar membuatkannya bertambah hairan. Tak ada eletrik ke? Apasal gelap semacam je rumah aku ni? Bukan Zaf dah balik ke ? Apasal dia ni tak hidupkan lampu pulak. Dah nak dekat pukul 7 kot, buka lah lampu.

“ish. Kereta parking tengah jalan lepas tu lampu tak nak buka. Apa kena dengan dia ni?” bebel Larra sambil menutup semula pintu utama itu dan melangkah masuk ke dalam. Dia mulai berang. Namun, langkahnya mati apabila seketika kemudian kedengaran suara seseorang menegurnya membuatkan dia terkedu. Pantas dia menoleh mendapatkan suara itu.

“pukul berapa baru kau balik?” soal suara itu.

Larra kaku sejenak melihat sesusuk tubuh yang sedang duduk di sofa memerhatikannya tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia yakin lelaki itu adalah Tengku Dzafril Haidhar. Dia menarik nafas lega sebelum mengurut dadanya yang masih berdebar tanda terkejut. Ish! Dia ni sengaja je nak buat aku terkejut. Ingatkan tak ada, tapi ada rupanya dekat sini. Duduk dalam gelap-gelap ni buat apa? Menakutkan aku betullah.

“Zaf? Awak buat apa duduk dalam gelap-gelap ni? Kan dah nak dekat maghrib ni, bukalah lampu. Lagi satu kereta awak, kenapa awak….” ujar Larra.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama Larra yang masih berdiri di hadapannya itu sebelum pantas bersuara. Soalan Larra itu langsung tidak dipedulikannya. Bergema suaranya di ruang itu, serentak membuatkan Larra terdiam.

“aku tanya kau ni! Kau pergi mana? Maghrib baru nak balik. Ingatkan dah tak reti nak balik rumah!” tengking Tengku Dzafril Haidhar sinis.

Selesai dia melihat adegan Larra dan Hakimi di tempat parkir kereta siang tadi, dia pulang terus ke rumah. Pada awalnya dia merancang untuk pulang ke pejabat semula bagi menyiapkan pembentangan projek di Taiwan sekiranya Larra benar-benar sibuk namun setelah melihat apa yang berlaku tadi membutkan moodnya serta merta mati. Yang pasti, dia terlalu marah.

Larra tergamam sejenak apabila menyedari dirinya ditengking tiba-tiba begitu. Buat seketika dia berdiri di situ tidak menjawab sambil matanya masih terkebil-kebil memandang lelaki itu yang berubah perangai itu. Dia masih belum mampu percaya sepenuhnya dia ditengking kerana pulang lewat petang itu. Apa kena dengan lelaki ni tiba-tiba nak marah? Hantu apa dah masuk dalam badan dia sampai dia tengking-tengking aku macam ni? Yang pasti, dia agak kecut melihat lelaki itu begitu. Mesti ada yang tak kena ni.

“Zaf. S…saya pergi jumpa kawan” ujar Larra.

Otaknya masih cuba memikirkan tentang apa salahnya selain pulang lewat ke villa. Sedangkan selama ni aku balik lewat dia tak pernah kisah. Takkanlah sekarang tiba-tiba dia nak naik angin tiba-tiba? Kenapa eh? Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga ditengking begitu kasar. Rasanya sudah terlalu lama lelaki itu tidak menengkingnya seperti itu.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis mendengar jawapan Larra itu. Masih nak berpura-pura kau ni. Kenapa kau tak nak berterus terang je dengan aku. Yang kau memang pergi jumpa Hakimi tadi. Siap peluk-peluk lagi dengan lelaki tu. Sengaja kan tunjuk muka tak bersalah depan aku and jawab yang kau jumpa kawan. Kali ni aku takkan tertipu lagi dengan kau, Larra!

“Kawan? Jumpa kawan atau jumpa jantan lain?” jerkah Tengku Dzafril Haidhar kasar.

Dia mahu Larra berterus terang dengannya. Aku paling benci kena tipu. Perempuan lain tipu aku, aku boleh consider lagi tapi bukan kau! Rasanya memang cukup sakit bila kena tipu dengan orang yang aku sayang. Tak pernah aku rasa macam ni. Kau tipu aku, cakap kau banyak kerja padahal kau keluar dengan Hakimi belakang aku. Why don’t you tell me this? Terus teranglah dengan aku.

Larra menelan air liurnya. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu? Jantan mana pulak yang dia maksudkan ni? Bila masa pulak aku keluar pergi jumpa jantan lain. Lelaki ni cakap apa ni? Dia masih tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

“Zaf. Awak cakap apa ni? Jantan mana?” soal Larra kembali. Aku keluar dengan Hakimi je tadi kot. Tu pun sebab aku minta dia temankan aku untuk bagi surprise dekat Ajierah yang aku sebenarnya nak jumpa dia. Tapi tu pun kejap je Hakimi ada sebelum pulang kemudiannya. Katanya nak bagi privacy dekat aku dengan Ajierah. Tujuan lelaki itu just nak tolong aku jumpa dengan Ajierah. Takkanlah Hakimi yang Zaf maksudkan?

Tengku Dzafril Haidhar mendengus keras. Dia sudah tidak sabar lagi melihat Larra yang dirasakannya sengaja berpura-pura tidak faham. Sengaja nak sakitkan hati aku ke apa? Tanya aku balik macam lah kau tak ada buat salah. Tak ada perasaan bersalah langsung kan kau nni? Lalu dia pantas bangun dari duduknya sebelum berjalan menghampiri isterinya itu. Kini dia sudahpun berdiri menghadap Larra.

“Jantan mana? Kau fikir sendirilah. Kau keluar dengan siapa tadi? Ingat aku tak tahu! Kau cakap dengan aku, kau banyak kerja kan, Larra? Bila aku ajak kau lunch, kau bagi alasan macam-macam padahal kau boleh je kan keluar dengan lelaki lain. I was stupid for believe in you!!” jeritnya kembali. Melepaskan rasa marahnya.

Larra tergamam. Hakimi ke yang lelaki itu maksudkan. Siapa lagi yang keluar dengan aku tadi. Hakimi jelah. Tapi, macam mana Zaf boleh tahu? Entah-entah dia nampak aku dengan Hakimi. Jarak masa dia keluar dari bilk aku dengan masa aku tinggalkan pejabat pun tak jauh beza tadi.

Larra mula diancam rasa bersalah. Memang salahnya kerana menipu lelaki itu. Memberi alasan dia banyak kerja padahal yang sebenarnya aku dah janji nak jumpa Ajierah. Hakimi just orang tengah je. Tapi macam mana aku nak explain dekat dia? Air liurnya terasa kelat melepasi kerongkongnya. Kepalanya terasa dihempap sesuatu mendengar jerkahan lelaki itu sebentar tadi. Perasannya ketika itu sukar digambarkan.

“Zaf, i’m sorry. I’m really really sorry. Tapi kalau Hakimi yang awak maksudkan. Dia cuma teman saya. Kita orang……”

Tengku Dzafril Haidhar memejam erat matanya. Bukan kata maaf Larra yang dia nak dengar. Tapi penjelasan hubungan sebenar Larra dengan Hakimi. Tengok kau berpeluk dengan dia buat aku curious dengan kau. Entah-entah selama ni kau memang ada hubungan dengan dia. Patutlah bila Hakimi dekat sini, kau lagi lebihkn Hakimi dari aku. Teman konon. Teman apa kalau dah sampai berpeluk macam tu. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya kasar. Memandang tepat wajah Larra.

“Dengar sini baik-baik ea Larra Adlea. Kau mungkin boleh bodohkan semua orang dengan rupa kau yang cantik or muka innocent kau sekarang ni. But..Not me! Kau ingat kau minta maaf boleh redakan apa yang aku rasa sekarang? Kau tipu aku semata-mata nak keluar dengan Hakimi. Tu kenyatannya kan?” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Nada suaranya yang keras sudah mula bertukar agak kendur. Teruk! Loser! Tu yang aku rasa sekarang. Aku nak marah kau, tapi tak boleh. Nak pukul kau, lagilah aku tak sanggup. Aku bukan jenis lelaki yang pukul perempuan.

Larra menelan air liurnya. Tengku Dzafril Haidhar sudah salah faham. Laju sahaja air matanya mengalir mendengar kata-kata lelaki itu. Dia benar-benar sebak. Rasa bersalah sebab dah tipu Zaf. Tapi rasa sedih sebab Zaf tuduh aku tipu dia semata-mata nak keluar dengan Hakimi. Bukan Hakimi penyebabnya. Tapi keinginan di sendiri. Macam mana aku nak cakap dengan dia.

“bukan macam tu Zaf. Saya bukan sengaja tolak pelawaan awak keluar makan sebab dia. Tapi sebab lain. Hakimi tak salah” ujar Larra lembut.

Dia mahu membuat penjelasan tapi dalam suasana tegang seperti itu, otaknya juga macam dah tak mampu nak jalan lancar. Tak tahu nak terangkan macam mana salah faham ni. Yang penting memang aku salah juga sebab aku tipu Zaf.

Tengku Dzafril Haidhar menggeleng lemah. Apa pun penjelasan Larra dia tak mahu dengar lagi. Yang penting semuanya jelas. Larra memang ada hubungan dengan Hakimi. “Apa pun yang kau cakap, aku tak akan percaya lagi. Sekarang kau cakap dekat aku, apa hubungan kau dengn Hakimi? Apa hubungan kau dengan dia, Larra!” jerkah Tengku Dzafril Haidhar. Dia berjalan menghampiri Larra sebelum memegang kedua-dua lengan isterinya itu. Menggoncang kasar meminta gadis itu segera menjawab.

Larra yang terkejut apabila lelaki itu mula bertindak kasar dengannya pantas menepis tangan lelaki itu dari terus mencengkam lengannya. “Zaf apa ni? Lepaskan saya! Saya dengan dia tak ada apa-apa okay” ujar Larra kembali.

Kakinya diundur beberapa tapak ke belakang mencuba untuk menjauhkan diri dari lelaki itu namun kelihatan Tengku Dzafril Haidhar terus mara ke depan. Menghampirinya membuatkan langkah Larra mati juga apabila dinding menjadi penghalangnya. Dia memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar yang kini berdiri cukup dekat dengannya itu. Kedengaran deru nafas lelaki itu yang berombak.

“tak ada apa-apa? Kau ingat aku ni bodoh sangat ke hah? Kalau kau dengan dia tak ada apa-apa takkanlah sampai boleh…..” dia terdiam sambil memandang lama wajah Larra yang kelihatan cukup cantik meski keadaan ketika itu samar-samar. Perlahan, dia menelan air liurnya. Jantungnya berdegup kencang. Jauh dari sudut hatinya dia langsung tak sanggup nak bertindak kasar dengan gadis itu. Dia benar-benar sayangkan Larra. Tapi ego gadis itu terlampau tinggi membuatkan egonya yang sedaya upaya cuba direndahkan turut tercabar.

Tanpa sedar dia mula membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum merapatkan wajahnya ke wajah Larra. Seketika kemudian bibirnya mengucup lembut bibir gadis itu. Matanya dipejam erat. Tubuh Larra dipeluk kemas. I love you, ucapnya di dalam hati. Dia lupa rasa marahnya. Gadis itu pula langsung tidak membantah.

Larra terbuai seketika apabila bibirnya dikucup oleh lelaki itu. Matanya turut dipejam erat menurutkan pelakuan lelaki itu. Dia lupa seketika yang mereka sedang bergaduh. Lelaki itu telah hampir berjaya menggodanya. Meski itu bukan ciuman pertama mereka setelah apa yang berlaku di Korea, namun lelaki itu boleh dilabelkan sebagai ‘a good kisser”.

Gerakannya perlahan namun mengasyikkan membuatkan Larra seolah berada di dalam dunianya sendiri. Dia hampir-hampir tewas dengan lelaki itu namun buat beberapa saat kemudian dia mula tersedar dengan apa yang mereka sedang lakukan kini. Matanya dibuka luas sebelum pantas menolak kuat tubuh Tengku Dzafril Haidhar yang masih leka itu.

“Zaf apa ni?!!” jerit Larra yang marah sambil mengesat kasar bibirnya. Dia memandang tajam lelaki itu yang masih kelihatan terkejut kerana ditolak tiba-tiba.

Tengku Dzafril Haidhar baru tersedar dengan apa yang dilakukannya. Terdiam sejenak dia di situ memandang wajah marah Larra. Tapi, kenapa Larra menolaknya? Dia mula rasa tercabar. Hakimi peluk kau boleh? Aku peluk kau tak boleh? Apa teruk sangat ke aku ni Larra? Dia dapat merasakan ada cecair jernih bergenang di tubir matanya. Cepat-cepat dia memalingkan wajahnya ke tempat lain. Tidak mahu dilihat Larra sambil kedua tangannya diarahkan meraup wajah lesunya. Apa yang penting, dia tak mahu Larra melihatnya dalam keadaan itu. Menangis sebab perempuan. Ni bukan kau Zaf! Jeritnya di dalam hati.

“aku peluk kau, kau tolak. Tapi jantan lain peluk kau. Tak apa” ujarnya dalam nada yang cuba ditahan. Masih terasa hati apabila Larra menolaknya tadi. Langsung dia tidak memandang wajah Larra ketika menuturkan kata-kata itu. Mencuba untuk menenangkan perasaannya kini.

Larra mengetap bibirnya geram. Dari tadi tak habis-habis nak cakap aku ada jantan lain. “Zaf. Awak ni dah kenapa? Jangan try buat kerja gila okay. Dari awal perjanjian lagi kan awak dan saya dah janji yang awak tak akan….”

Tengku Dzafril pantas menoleh semula memandang Larra. “Pergi jahanam dengan perjanjian tu. Sebab perjanjian tu lah kau bodohkan aku. Depan aku kau belagak macam perempuan suci. Langsung tak bagi aku sentuh kau. Kononnya kau tak suka. Tapi belakang aku kau tak kisah pun lelaki lain pegang kau” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Setiap kali dia teringat kembali adegan peluk Larra dan Hakimi dia mula merasakan seperti dirinya tiada nilai pada gadis itu. Juga masih terasa bengang kerana dirinya ditolak oleh Larra tadi.

“awak cakap apa ni? Awak jangan tuduh saya macam-macam Zaf!” ujar Larra.

“aku tak tuduh! Kalau lelaki lain boleh pegang kau, kenapa aku tak boleh? Entah-entah yang lagi teruk dari tu pun kau pernah buat” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Serentak pipinya terasa perit tiba-tiba. Larra telah menamparnya. Dia terdiam sambil memandang Larra.

“jaga kata-kata awak. Awak tak ada hak nak tuduh saya macam tu! ” ujar Larra kembali. Kesabarannya juga turut diuji.

Tengku Dzafril Haidhar ketawa kecil mendengar kata-kata Larra itu. Cakap tak serupa bikin. Kau pandai cakap pasal soal hak dengan aku sedangkan kau sendiri tak pernah tunaikan hak aku. “Hak? Kau cakap pasal hak? So aku ni apa, Larra?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

Larra terdiam. Satu keluhan berat dilepaskannya. “saya tak ada masa nak layan awak. Saya penat” ujar Larra sambil berjalan melepasi lelaki itu berniat ingin meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar sendirian. Aku dah penat nak gaduh dengan dia. Makin lama aku dekat sini, makin teruk kita orang gaduh. Dari apa-apa berlaku, baik aku tinggalkan je dia dulu dekat sini. Namun seketika kemudian dia sedikit terkejut apabila tangannya tiba-tiba ditarik. Pantas dia menoleh kembali. Memandang Tengku Dzafril Haidhar yang masih memegang tangannya.

“i’m your legal husband. Aku nak kau jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri aku malam ni” ujar lelaki itu tegas sambil merenung tepat ke arahnya membuatkan Larra tergamam.

“Zaf! Awak ni dah hilang akal apa?” soal Larra kembali sambil cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Erat. Lelaki itu masih tidak mahu melepaskan tangannya. Larra mengerutkan dahinya sambil memandang seketika tangannya yang masih di dalam genggaman lelaki itu sebelum mendongak. Jantungnya mula berdegup hebat diperlakukan seperti itu.

“Yes i am! Kau yang buat aku hilang akal. Buktikan dekat aku yang kau masih suci. Larra Adlea, sekarang aku tuntut hak aku sebagai suami” ujar Tengku Dzafril Haidhar tegas.

Larra kehilangan kata. Dari kata-kata lelaki itu dia tahu lelaki itu tidak main-main. Suaminya itu sudah bergerak menghampirinya sebelum dirasakannya kini tubuhnya diangkat oleh lelaki itu. Tengku Dzafril Haidhar kini sudahpun mendukungnya menaiki tangga.

*****

Dia melemparkan pandangannya jauh ke luar cermin kaca di bilik pejabatnya itu. Suasana di luar yang tadinya gelap kini sudah beransur-ansur cerah. Hanya dia sendirian di situ. Pekerja yang lain pun kebanyakannya masih belum sampai. Dia menilik jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 7.09 pagi. Ah, dah sejam aku dekat sini. Langsung tak boleh nak buat kerja. Awal-awal pagi lagi dia sudah bertolak ke pejabatnya itu kerana tidak mahu bertembung dengan Larra. Peristiwa malam tadi masih segar dalam ingatannya. Perlahan dia meraup wajahnya. Ada sedikit rasa kesal di dalam hatinya. Aku yang pentingkan diri ke, sebab buat dia macam tu? Mesti dia benci aku. Satu keluhan berat dilepaskan.

“tapi kau cabar kesabaran aku, Larra” ujarnya perlahan.

Kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya sebelum dia kemudiannya menghela nafas panjang. Namun seketika kemudian dia tersenyum sendiri. Kalau kau marah pun kau patut tahu apa sebabnya aku jadi macam ni. Diri kau sendiri punca aku bertindak macam tu. Kalau kau tak tipu aku, aku takkan buat yang tak sepatutnya dekat kau. Apa yang berlaku malam tadi kau tak boleh nak pertikaikan. Sekarang, kau dah jadi hak milik aku sepenuhnya. Tak ada sesiapa yang sentuh kau dulu sebelum aku. Memang benar, Larra masih seorang perawan. Tapi sekarang tak lagi.

Awal-awal pagi, dia sudah tersedar dari tidur. Larra dilihatnya masih nyenyak tidur di dalam pelukannya. Dengan berhati-hati dia meleraikan pelukan sebelum bingkas bangun. Menyedari apa yang telah dilakukannya dia menjadi agak serba salah. Cepat-cepat dia menyarung pakaiannya dan menuju ke kamar mandi. Dia malu dengan dirinya sendiri. Sampai aku pergi kerja pun dia still tidur lagi. Tengku Dzafril Haidhar melepaskan satu keluhan berat.

“Hey! Zaf. Awal gila kau sampai pejabat” tegur satu suara di belakangnya membuatkan dia tersentak lalu pantas menoleh. Dilihatnya Aqiem sudahpun berdiri di stu sambil meletakkan ‘briefcase’ nya ke atas meja. Tersenyum gembira memandanngya.

Tengku Dzafril Haidhar mengalihkan pandangannya dari terus memandang Aqiem. Dia kembali memandang pemandangan di luar tingkap kaca itu. Tiada mood untuk turut tersenyum.

“Eh betul ke apa yang aku nampak ni? Ke bukan Zaf” kedengaran Aqiem mengomel sendirian di belakangnya. Mungkin hairan kerana dia tidak membalas kata-kata lelaki itu sebaliknya bertindak untuk tidak mengendahkan sapaan lelaki itu.

“Morning” ujar Tengku Dzafriel Haidhar malas. Moodnya untuk bekerja juga tiada hari itu. Fikirannya masih melayang memikirkan Larra. Aku datang awal ni pun sebab nak elakkan dari bertembung dengna Larra. Bukan nak siapkan kerja pun. Sebab tu dari pukul 6 aku sampai pejabat tadi sampai sekarang aku duduk melangut macam ni.

“oh betul. Kau rupanya. Seram aku tengok kau pagi ni. Morning” ujar Aqiem kembali. Suaranya sudah kedengaran semakin dekat. Tengku Dzafril Haidhar yakin lelaki itu sudah menghampirinya. Namun dia langsung tidak menoleh. Tetap setia kaku di tempatnya.

“siapa lagi boleh masuk bilik ni sesuka hati. Kau dengan aku je kan” ujar Tengku Dzafril Haidhar dalam nada mendatar.

Aqiem mengangkat keningnya sebelum menoleh ke arah sahabat baiknya itu. Apahal dengan lelaki ni? Lain macam je. Awal-awal pagi lagi muka dah ketat. Semalam bukan main ceria lgi. Tersenyum-senyum. Hari ni dah masam mencuka. Ish, payah kalau orang tengah bercinta ni. Dia mengeluh perlahan sebelum menoleh memandang Tengku Dzafril Haidhar.

“Zaf. Kau okay ke ni? Moody semacam je aku tengok. Kau lapar ea?” soal Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil. Apa kaitan aku moody dengan lapar pulak ni? Menoleh memandang ke arah Aqiem yang turut tergelak. “a’ah aku lapar. Kau aku makan kang, apa pulak tak okay. Aku okay je” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali turut mengusik Aqiem kembali. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan perasaannya kini. Namun hanya seketika. Senyuman mati.

Aqiem memandang lama lelaki itu. Kau cakap je okay. Padahal tengok pun tahu kau memang tengah tak okay sekarang ni. “Larra ada beritahu kau tak pasal ada orang nak kena langgar dekat hotel dia semalam petang?” soal Aqiem lagi. Ketika dia datang ke pejabat tadi, terdengar Kak Jihan memberitahu Kak Fatihah bahawa ada orang yang hampir kena langgar dekat Morraine Hotel. Bukankah itu hotel Larra? Kerana itu dia mengambil keputusan untuk terus bertanya dengan Zaf hal sebenar yang berlaku.

“kena langgar? Petang semalam? Siapa?” soal Tengku Dzafril Haidhr kembli. Eh, semalam aku pun dekat hotel Larra juga tapi tak tak nampak sesiapa kena langgar pun.

Aqiem tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “aku cakap nak kena langgar. Bukan dah kena langgar. Korek sikit telinga kau tu” ujar Aqiem kembali membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tergelak. Malu sendiri.

“oh okay-okay. Siapa pula ni? Aku tak tahu apa-apa pun” ujar Tengku Dzafril Haidhar lagi.

“aku pun tahu sebab makcik-makcik dekat luar tu gosip dulu sebelum buat kerja. Tu yang aku ingat nak tanya kau terus tu. Ingat kau tahu. Dengar cerita kejadian tu dekat tempat parking kereta tingkat bawah. Area waktu lunch. Dari cctv dapat rakam yang kereta tu memang attack orang tu. Nasib baik tak kena” ujar Aqiem kembali sambil berjalan semula ke mejanya. Meninggalkan Tengku Dzafril Haidhar yang masih berdiri di situ memandangnya hairan.

Tengku Dzafril Haidhar mula berasa aneh dengan kenyataan yang diberikan oleh Aqiem itu. Eh? Masa waktu lunch, aku still ada lagi kot dekat tempat parking kereta aras bawah. Tapi tak nampak apa-apa pun. Cukup lama aku duduk situ tapi apasal tak ada nampak sesiapa nak kena langgar pun.

“weh! Kau sure ke ada orang nak langgar ni. Aku dekat sana semalam. Tapi tak nampak apa-apa pun. ” ujar Tengku Dzafri lHaidha kembali. Aqiem mengangkat wajahnya memandang Tengku Dzafril Haidhar.

“mana lah aku tahu. Tu kalau kau nak tahu lebih lanjut, tanya lah makcik-makcik kaki gosip dekat luar tu. Tak pun tanya Larra sendiri’ ujar Aqiem kembali.

Tengku Dzfril Haidhar mengeluh perlahan. Ah! Yang aku nak sibuk sangat pun buat apa. Bukan Larra pun yang nak kena langgar. Lantas dia kembali duduk semula di mejanya. Memandang helaian kertas di hadapannya.

*****

Larra merenung lama wajahnya di cermin. Bayangan tentang malam semalam kembali mengganggunya. Puas dia meminta lelaki itu sedar akan perlakuannya namun semuanya sia-sia. Rayuannya langsung tidak diendahkan. Akhirnya dia tewas. Mahkotanya menjadi milik lelaki egois itu.

Ketika dia bangun tidur pagi tadi, dilihatnya lelaki itu sudah tiada di sisinya. Seingatnya jam ketika itu menunjukkan pukul 9 pagi. Lama gila aku tidur. Badannya benar-benar letih. Melihat keadaan biliknya yang bersepah-sepah itu dia mula jadi sebak. Nak salahkan siapa pun dia tak tahu. Agak lama dia menangis sendirian sebelum nekad keluar dari villa itu meninggalkan lelaki itu. Pantas dia menghubungi Ajierah.

“Kau dah dapat apa yang kau nak, kau tinggalkan aku macam tu je. Langsung tak minta maaf” Larra membebel sendirian sambil matanya tak lepas memandang cermin di hadapannya sebelum melepaskan satu keluhan berat.

Tersenyum tawar cuba menepis rasa sedihnya. Lelaki macam kau mana reti nak minta maaf. Entah-entah kau langsung tak rasa bersalah atas apa yang kau dah buat dekat aku. Dia menelan air liurnya dan kini matanya tiba-tiba terasa panas. Ada air hangat mula bertakung di situ. Perlahan air matanya mengalir deras ke pipi.

“aku benci kau Zaf”

Dia menarik nafas dalam sebelum perlahan-lahan menghembusnya kembali. Mengenangkan nasib dirinya, dia sendiri jadi buntu. Aku dah tak ada apa-apa lagi. Even kau suami aku. Memag berhak pun dekat aku tapi aku tak boleh terima kau paksa aku. Kau tuduh aku tak suci, macam aku ni perempuan murahan.

“Kau memang tak guna. Ingatkan kau dah berubah tapi tak. Kau sama je”

Ketukan di pintu mematikan lamunannya. Cepat-cepat dia menyeka air matanya sebelum menoleh memandang ke arah pintu yang sudah terbuka. Agh, dah terlambat. Ajierah sudah melihatnya dalam keadaan menangis. Aku memang tak kunci pintu pun. Bulat mata Ajierah yang masih berdiri di situ memandangnya. Agak terkejut mungkin kerana melihatnya menangis.

Ajierah memandang gadis itu yang seolah terkejut kerana pintu biliknya itu dibuka secara tiba-tiba. Hidungnya merah, begitu juga matanya. Dia tahu, Larra menangis. Pagi tadi dia dikejutkan dengan panggilan telefon dari gadis itu yang menangis-nangis. Larra meminta pertolongannya untuk tumpang di rumahnya buat seketika dan dia tanpa berat hati membenarkan gadis itu tinggal di situ bersamanya. Selama ni pun aku duduk seorang-seorang dekat kondominium ni. Sebab dekat dengan tempat kerja.

Kedatangan Larra ke rumahnya itu sememangnya dialu-alukan namun yang masih menjadi tanda tanya baginya sebab gadis itu tak berhenti menangis sejak pagi tadi sampai sekarang. Sudah dipujuk-pujuk namun hasilnya masih sama. Yang dia tahu, gadis itu bergaduh dengan suaminya. Namun atas sebab apa langsung tidak diberitahu. Dia menyedari hakikat, suami isteri mana yang tak pernah bergaduh. Namun dia malas mahu bertanya lebih lanjut. Baginya itu hal rumah tangga orang. Dia tidak mahu masuk campur. Niatnya sekarang, hanya mahu menolong Larra. Itu sahaja.

“Elle. Boleh aku masuk?” soalnya meminta izin. Larra dilihatnya tersenyum tawar.

Larra memerhati Ajierah yang kelihatan teragak-agak ingin menegurnya itu. “La, masuk je lah. Lagipun ni kan rumah kau. Aku ni tumpang je” ujar Larra kembali sambil mengesat sisa air matanya di wajahnya. Ajierah turut tersenyum memandangnya setelah mendengar jawapannya itu. Mujur dia bertemu Ajierah. Gadis itulah yang dicarinya pagi tadi ketika dia merasakan tiada tempat lain untuk mengadu. Papa dan mamanya sudah berangkat ke luar negara. Mujur Ajierah langsung tidak keberatan untuk menolongnya. Buat sementara waktu dia tak mahu berjumpa dengan Tengku Dzafril Haidhar. Aku tak tahu nak bersemuka macam mana dengan dia lepas malam tadi.

“eh apa pulak kau ni. Jangan cakap macam tu. Kita kawan, tak ada istilah tumpang-tumpang ni. Kau buat je macam rumah kau. Kau okay tak ni ha?” soal Ajierah sambil berjalan masuk ke bilik itu. Dia melabuhkan punggungnya duduk di atas katil memandang Larra yang masih duduk di hadapan cermin meja solek. Larra tertunduk sejenak mendengar soalannya itu. Diam tidak menjawab.

Dia tersenyum tawar. Cuba mengawal emosinya. Pandangannya tepat memandang cincin perkahwinan yang masih tersarung di jari manisnya. Ikutkan hati aku, nak aje aku buka cincin ni lepas tu buang dalam mana-mana longkang. Tapi tak sampai hati. Tangan kirinya membelek-belek cincin yang masih tersarung itu. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum kembali mendongak memandang Ajierah. Gadis itu masih menunggu jawapannya.

“aku tak nak paksa kau cerita apa yang kau tak nak cerita. Just aku nak kau tahu, kalau kau perlukan telinga…ni ha, telinga aku ni sedia dengar apa-apa yang kau nak cakap” ujar Ajierah sambil memegang kedua-dua telinganya. Serentak dilihatnya Larra tergelak kecil melihat perbuatannya. Dia turut tergelak. Sedikit lega melihat Larra tergelak. Ah, Larra. Tak pernah aku nampak kau menangis sampai macam ni sekali. Ni first time kot aku nampak kau sedih sampai macam ni.

“aku okay je. Just mungkin sebab baru-baru lagi kan. So macam still tak boleh nak bertenang” ujar Larra lembut.

Ajierah mengangguk perlahan. Dia faham apa yang dirasai sahabatnya itu.

“ya aku faham apa yang kau rasa. Tapi suami kau…..” Ajierah cuba untuk menenangkan Larra.

Larra pantas memotong kata-kata Ajierah apabila gadis itu cuba menyebut tentang Tengku Dzafril Haidhar. Meluat betul dengar pasal dia. “Jie please. Jangan mention pasal dia buat masa sekarang. At least for awhile. Aku nak tenangkan fikiran dulu. Cuba tak nak ingat apa-apa pasal dia” ujar Larra kembali. Tujuan dia datang berjumpa Ajierah adalah untuk melupakan Tengku Dzafril Haidhar. Tapi, nak lupakan dia? Bukan senang.

“okay. Okay. I’m sorry. Aku janji aku tak akan sebut apa-apa pasal dia. At least buat masa sekarang. Kau tinggal lah dekat sini selama mana yang kau nak pun. Aku tak kisah” Ajierah menelan air liurnya. Memandang Larra sambil menarik tangan gadis itu. Menggengam erat.

“kita dah bazirkan masa 9 tahun. Kau hilang macam tu je. Kau tahu tak aku happy sangat dapat jumpa kau semalam? Rasa macam aku dah dapat balik kawan aku” ujar Ajierah kembali. Larra turut menggenggam tangannya.

“kita kawan since tadika kan, Ajierah. Masa aku balik sini aku try cari kau tapi kau dah tak duduk rumah lama kau lagi kan. Aku sedih gila kot. Seriously aku rindu dekat kau orang semua” ujar Larra perlahan.

“masa kita orang dapat tahu, kau berhenti sekolah, terkejut gila kot. Sebenarnya satu sekolah terkejut. And one thing that should know. Lepas kau pergi, HV dah tak buli orang” ujar Ajierah sambil ketawa. Larra tergelak.

“oh kau nak cakap selama ni, group tu rajin buli orang sebab aku la ea?” soal Larra kembali sambil mejegilkan matanya yang bulat. Ajierah sudah ketawa besar melihat reaksi Larra. Cepat-cepat dia bangun. Takut diapa-apakan oleh Larra.

“aku tak cakap pun. Tapi betul pulak ek kau teka” ujar Ajierah.

Larra tergelak. Ajierah masih rajin menyakatnya. Agh! Rindu gila zaman sekolah. “Dah berapa lama kau tak makan selipar saiz 6, Jie?” soal Larra kembali dalam nada bergurau. Ajierah tersengih memandangnya.

“ala aku gurau je. Eh, jom kita makan jom. Aku datang bilik kau ni nak ajak kau makan sebenarnya. Kau lah ni. Melalaikan aku dari tujuan sebenar. Dah cepat bangun” ujar Ajierah sambil menarik tangan Larra untuk bangun mengikutnya.

Larra lupa seketika masalahnya bersama Tengku Dzafril Haidhar. Terhibur dia dengan Ajierah. Pantas dia bangun mengikut gerak langkah Ajierah. Gadis itu menariknya keluar dari bilik. “Jie, malam ni kita tengok wayang jom. Nak tak?” soal Larra kembali. Lama gila rasanya aku tak tengok wayang. Sejak aku balik Malaysia, aku tak pergi tengok mana-mana wayang pun. Time-time macam ni tiba-tiba ada mood nak tengok pulak.

Ajierah tersenyum sambil menoleh memandang Larra. “mestilah boleh. Lama gila tak hangout dengan kau. Okay malam ni. Midnight movie” ujar Ajierah sambil ketawa.

“kau belanja” balas Larra.

*****

Sehari suntuk menghabiskan masa di pejabat benar-benar membuatkan dia letih. Makan pun tak lagi ni. Lapar lah pulak. Selesai kerja, dia terus pulang ke rumah. Macam mana aku nak face to face dengan Larra masa aku balik nanti? Mesti kekok habis.

Jiwanya menjadi kacau memikirkan hal itu. Rasa marahnya terhadap Larra sudah semakin reda. Dia menanam niat untuk melupakan apa yang telah berlaku antara mereka berdua. Lupakan apa yang aku nampak semalam masa dekat tempat parking kereta aras bawah. Hajatnya kini, dia hanya ingin berbaik semula dengan Larra tapi semua itu pasti memerlukan masa.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang setibanya dia di villa itu. Hari sudahpun malam. Dia mencuba untuk bertenang apabila kakinya melangkah masuk ke dalam villa itu. Suasana sunyi dan gelap gelita membuatkan dia sedikit hairan. Pantas kot yang masih tersarung di tubuhnya ditanggalkan sebelum dilemparkan ke sofa. Lengan baju kemeja yang dipakainya dilipat perlahan-lahan. Matanya masih mencari-cari bayang Larra.

“Eh? Tak ada orang ke? Mana Larra pergi? Takkan tak balik lagi dah malam” dia mengomel perlahan sambil wajahnya mendongak memandang tingkat atas yang hanya diterangi lampu koridor.

Air liurnya terasa kelat melepasi kerongkong. Sempat dia mengerling sekilas ke arah jam tangan yang dipakainya. Jarum pendek di jam tangan itu sudah bergerak ke angka 11. Tengku Dzafril Haidhar mendengus keras. Dah pukul 11 lebih takkanlah Larra tak balik lagi. Ke dia ada dekat atas tapi sengaja tak nak buka lampu?

“Dia sakit ke?” dia menyoal dirinya sendiri.

Pantas dia melangkah laju menuju ke bilik utamanya mencari Larra. Dia bimbang sekiranya sesuatu telah terjadi terhadap gadis itu. Rasa panik dan cemas yang kini mula menguasai dirinya membuatkan dia hampir sahaja tersadung di tangga tersebut. Namun nasibnya baik. Dia berjaya memaut pada palang besi di tepi tangga tersebut sebelum kembali berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke biliknya. Dia benar-benar takut sesuatu terjadi kepada Larra.

Krik!
Pintu bilik utama itu ditolaknya kasar sebelum membuka lampu. Nafasnya masih termengah-mengah akibat berlari tadi. Termangu dia sejenak di hadapan pintu itu memerhati biliknya yang kosong. Larra tiada di situ. Jadi, kalau dia tak ada dalam bilik ni? Dia dekat mana? Tak mungkin gadis itu sanggup tinggal bergelap di dalam rumah ini sendirian. Dia yakin Larra tiada di villa itu.

Kakinya dilangkah perlahan-lahan masuk ke dalam bilik sebelum kemudian terduduk di atas katil. Otaknya berputar ligat memikirkan tentang isterinya itu. Sempat dia memerhati keadaan biliknya yang masih bersepah-sepah. Keadaan bilik itu masih sama seperti pagi tadi ketika dia meninggalkan Larra untuk pergi bekerja. Serentak membuatkan dia teringat kembali kejadian malam pertama mereka. Satu keluhan berat dilepaskannya. Mula menyesali dirinya. Semua salah aku. Terburu-buru. Pantas telefon bimbitnya segera di seluk di dalam kocek sebelum mula mendail nombor milik Larra.

Sebagai suami, dia risau jika sesuatu berlaku kepada Larra. Walaupun aku marah dia, tapi aku sayang dekat dia. Tak sanggup kalau something berlaku dekat dia. Pukul 11 malam dah ni. Kenapa dia tak sampai rumah lagi? Dahinya berkerut apabila talian disambungkan ke peti suara pula. Dia kembali menjarakkan telefon bimbitnya dari telinga sebelum memandang hairan telefonnya itu. Itu pertama kali taliannya masuk ke peti suara ketika mendail nombor Larra.

“dia off phone? Dah tu macam mana aku nak tanya dia dekat mana sekarang ni? Aih Larra. Kau ni buat aku risau je. Janganlah something berlaku dekat dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil mencuba sekali lagi mendail nombor Larra. Namun hasilnya masih sama. Nombor gadis itu gagal dihubungi. Dia masih tidak berputus asa. Dicubanya lagi.

Kali itu sudah masuk dekat 15 kali dia menelefon Larra. Perasaannya mula bercampur bimbang. Telefonnya dicampak ke atas katil sebelum dia pantas bangun berdiri. Wajahnya diraup berulangkali sebelum kepalanya digosok kasar. Memikirkan tentang keberadaan Larra benar-benar membuatkan dia risau.

“pukul 11 tak balik rumah lagi. Lepas tu call pun tak angkat. Dia pergi mana?” soalnya sendiri sedikit marah sambil berjalan mundar mandir di bilik tersebut.

Dia terpaku sejenak sebelum langkahnya kemudian terhenti. Kini dia berdiri tegak di tengah-tengah bilik itu sambil matanya merenung tepat ke lantai. Bukan lantai itu yang menarik perhatiannya namun apa yang baru terlintas di benak fikirannya tadi. Kalau dia tak ada dekat villa. Aku call pun tak nak angkat, itu kan semua..gulp

“Maksudnya Larra dah tinggalkan villa ni? Dia tinggalkan aku?” soalnya cemas. Pantas dia berjalan masuk ke dalam bilik pakaian sebelum membuka almari putih milik Larra. Jantungnya berdegup hebat ketika itu. Dipandangnya semua baju-baju yang masih tergantung kemas di tempatnya. Satu keluhan berat dilepaskan.

“sia-sia aku nak check baju dia. Pakaian dia banyak sangat. Aku tak boleh nak detect mana yang tak ada” dia berkata perlahan sebelum mendongak memandang ke tempat simpanan bagasi. Dia terpaku sejenak. Apa yang difikirkannya ternyata benar. Bagasi Larra tiada di situ. Kosong.

Tengku Dzafril Haidhar mula merasakan tubuhnya melayang sebelum lututnya terasa lemah tiba-tiba. Tanpa sedar dia terduduk di atas lantai itu sambil pandangannya masih pada rak bagasi tersebut. Antara percaya atau tidak, hakikatnya masih sama. Bagasi Larra tiada di tempatnya menandakan Larra telahpun meninggalkan dia.

“Larra” panggilnya perlahan.

Sesuatu yang ditakutinya kini benar-benar menjadi kenyataan. Ini kali kedua dia ditinggalkan oleh perempuan. Lepas mummy, sekarang kau pula tinggalkan aku. Jiwanya diasak dengan satu perasaan yang sukar digambarkan. Pemergian Larra dari sisinya merupakan satu kehilangan besar baginya.

Takut ditinggalkan merupakan kelemahannya. Sebab takut kena tingalkan dengan perempuan lah aku tak berani nak suka perempuan selama ni. Aku tak pernah serius pun. Tapi memang dah nasib aku agaknya. Kau tinggalkan aku, Larra. Kau tinggalkan aku. Tengku Dzafril Haidhar tertunduk. Dia menangis sendirian di ruang itu melepaskan rasa terbebannya.

“kau tinggalkan aku sebab jantan lain?” ujarnya.

****

Perhatiannya tertumpu pada satu arah sejak beberapa minit yang lalu. Masih memerhati anak kecil yang sedang duduk di sisi ibunya itu. Menikmati minuman yang diberikan kepadanya. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Cukup seronok dia memerhati anak kecil itu. Tiba-tiba tangannya dicuit perlahan membuatkan pandangannya pantas beralih memandang Ajierah yang sedang duduk di hadapannya. Merenung tepat matanya dengan wajah hairannya.

“eh kau pandang apa? Dari tadi aku tengok. Senyum-senyum. Kau ni menakutkan aku betullah” ujar Ajierah sedikit marah sambil menarik muka masam.

Larra dilihatnya tersenyum manis sambil kembali memandang sesuatu. Ajierah menarik nafas panjang melihat tingkah laku sahabatnya itu. Sedikit bersyukur kerana hampir seminggu gadis itu tinggal bersamanya, Larra sudah semakin tenang. Malah kelihatannya gadis itu semakin ceria. Aku pulak yang selalu kena buli dengan dia. Ternyata perangai nakal gadis itu masih belum berubah sepenuhnya.

Larra menarik nafas panjang. “Kau tengok budak tu. Comel gila kan?” soal Larra lagi sambil meminta Ajierah melihat anak kecil itu.

Permintaan Larra itu dituruti oleh Ajierah apabila dia turut menoleh memandang ke arah yang ditunjukkan Larra. Apa benda agaknya yang Elle tengok dari tadi? Matanya dipejam celikkan. Di hadapannya hanya kelihatan kanak-kanak perempuan mungkin berusia dalam lingkungan 4 atau 5 tahun sedang bergurau bersama ibunya. Anak kecil itu bangun sebelum mencium dan memeluk ibunya. Menunjukkan kasih sayangnya. Nampak erat benar hubungan kedua beranak itu.

Ajierah tergelak. Buat penat aku toleh, ni aje yang dia nak tunjuk? Dari tadi dia duduk tengok budak ni rupanya. Perlahan dia kembali memandang Larra yang masih leka memandang kanak-kanak kecil itu dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir kemerahannya. Agh Larra. Memang cantik. Gadis itu memang tak pakai apa-apa make up pun. Dia tahu, jenis gadis ni. Dari sekolah tak reti nak guna barang make up. Tapi cantik je aku tengok. Sampai aku yang perempuan ni, langsung tak jemu tengok muka dia yang lawa tu. Dalam diam Ajierah memuji.

“Comel. Kenapa?” soal Ajierah pula.

Larra memandang wajah Ajierah yang tampak selamba itu. Eh dia ni tak rasa apa yang aku rasa ke? Budak tu punya lah comel dia boleh macam tak ada perasaan tengok aku. Tak boleh pakai lah Ajierah ni. Marah Larra di dalam hati. Dia menarik nafas panjang sebelum kembali tersenyum.

“Kalau aku ada anak, aku harap anak aku comel macam tu” ujar Larra perlahan mula memasang angan-angan. Tanpa sedar dia meluahkan isi hatinya sekiranya dia bergelar seorang ibu nanti. Benar, melihat keakraban kedua ibu dan anak itu membuatkan dia sendiri cemburu. Kalau aku ada anak, aku pun boleh gurau dengan anak aku macam tu.

Ajierah sedikit ternganga mendengar impian sahabatnya itu. Biar betul dia ni? Tak pernah-pernah Larra cakap benda-benda macam ni. Budak pun belum tentu dia pegang. Lagi nak cakap dia teringin nak ada anak.

“Elle! Sejak bila kau suka budak ni?” soal Ajierah sedikit kuat. Menyedari suaranya sedikit kuat membuatkan orang-orang di sekeliling mereka ada yang memandang ke arah mereka. Namun dia tidak ambil peduli.

Larra mengerutkan keningnya sambil memandang Ajierah. “eh aku memang tak ada masalah dengan budak-budak okay. Even aku tak ada adik tapi aku suka je dengan budak-budak ni. Kau tu yang tak suka budak-budak” ujar Larra.

Ajierah tersenyum. Eh bukan tersenyum sebenarnya. Tersengih malu kerana ditegur oleh Larra begitu. Agak benar dia sebenarnya memang kurang suka melayan kanak-kanak. Rimas.

“eh a’ah. Okay-okay. Haha. Aku gurau je. Tapi kalau kau ada anak lah kan Elle. Aku rasa anak kau mesti comel-comel kan. Macam kau. Tak pun macam laki kau. Eh laki kau handsome tak?” soal Ajierah.

Sengaja dia mahu mengubah topik menutup rasa malunya yang masih bersisa. Membicarakan pasal anak comel ni mesti lah ikut ‘gene’ parent dia. Kerana itu dia tiba-tiba terfikir bagaimana agaknya rupa suami sahabat baiknya itu. Kau memang sengal Ajierah. Baru sekarang aku nak tanya.

Larra terdiam. Zaf handsome ke tak? Agh! Ni soalan maut Ajierah ni bagi dekat aku. Tak ada soalan lain ke dia nak tanya. Mana lah aku tahu Zaf tu handsome ke tak. Orang kata dia handsome tapi aku rasa….. Aku nak jawab apa ni?

Bila disebut tentang lelaki itu membuatkan dia kembali teringat tentang keadaan mereka yang kini tegang. Serentak membuatkan senyuman di bibirnya serta merta mati. Harapan untuk mempunyai anak comel juga beransur-ansur kabur sebelum hilang. Anak? Dengan Zaf? Memang tak mungkinlah kot. Kot? Kenapa aku pergi tambah kot dekat belakang tu pulak?

Dia masih berdiam diri tanpa menjawab soalan Ajierah tiu. Merenung lama meja di hadapannya itu. Dia mula terasa bimbang. Lepas kejadian tu kalau aku mengandung macam mana? Eh tak mungkinlah. Just sekali tu je. Tak mungkin! Tak mungkin! Dia cuba menenangkan perasaannya yang sudah bergelodak hebat dengan mengatakan semuanya tiada apa-apa. Tak mungkin aku mengandung. Lantas dia mengeluh perlahan sambil memandang wajah Ajierah yang masih memandnagnya.

Ajierah mula serba salah. Baru dia teringat tentang janjinya bahawa dia tidak akan menyebut tentang suami sahabatnya itu tapi malam ini dia sudah terlepas cakap. Patutlah dia diam je masa aku tanya. Aduh! Mulut kau ni Ajie memang tak boleh nak cover lah. Dia mula terasa bersalah atas keterlanjuran kata-katanya.

“Errr. Weh. Sorry. Aku lupa yang aku dah janji tak nak sebut pasal suami kau. Sorry” Ajierah cuba memujuk Larra.

Matanya memandang tepat wajah Larra yang jelas kelihatan berubah sebaik sahaja disebut tentang Tengku Dzafril Haidhar. Selama ni aku just pernah dengar je cerita pasal lelaki tu dari Hakimi, juga Larra. Tapi tak pernah nampak pun muka dia. Curious aku di buatnya. Agak-agaknya macam manalah rupa suami budak Larra ni. Tapi, tak sanggup pula nak tengok Larra sedih lagi. Ajierah mengeluh.

Larra tersenyum melihat Ajierah yang serba salah itu. Dia terdiam bukan kerana disebut tentang lelaki itu. Tetapi bimbang dan takut sekiranya benih lelaki itu menjadi di dalam rahimnya. Ah okay Larra! Kau lupakan je. Tak mungkin. Kau jangan fikir lagi.

“alah apa kau ni. Relax lah. Aku tak ada apa-apa pun. Erm, kau nak tengok ke gambar dia? Ad a dalam phone aku’ ujar Larra sengaja bemain kata. Automatik dilihatnya wajah Ajierah yang tadinya monyok dan kesal dengan keterlanjuran kata-katanya berubah menjadi teruja. Budak Ajierah ni memang pantang betul. Cepat je.

“eh kau nak bagi aku tengok ke? Nak tengok!” ujar Ajierah gembira jelas teruja dengan kata-kata lampu hijau Larra. Eh aku memang teringin pun nak tengok laki dia. Untunglah dia offer pulak ni.

Larra tersenyum sambil menyedut air dalam gelasnya. “tapi tak payahlah kau tengok. Malas nak bagi kau tengok” ujar Larra sengaja bermain tarik tali. Dia tahu Ajierah teruja tapi sengaja dia mengusik sahabatnya itu. Tunggu dia pujuk-pujuk dulu baru aku bagi tengok. Eh? Dah macam apa dah Zaf ni.

Ajierah mengigit bibirnya apabila Larra berkata begitu. Cis! Sengaja je kan. Kalau tak nak bagi tengok cakap jelah. Tapi tak apa, aku tak nak mengalah. Dia tahu, Larra senang dipujuk. Segera tanganya mencapai lengan Larra. Memegang perlahan.

“alah Larra. Bagilah aku tengok gambar dia. Sekali je. aku teringin lah nak tengok macam mana rupa suami kau” ujar Ajierah dalam nada memujuk. Digoncang-goncangnya tangan Larra yang masih berada di dalam genggamannya itu.

Larra mengeluh perlahan. Gadis itu memang pandai membuat mimik muka kasihan dekat aku. Dia tergelak melihat reaksi Ajierah bagai budak kecil.

“eh dah dah. Kau jangan nak raba-raba aku dekat sini. Kang orang fikir lain tengok kau punye reaction macam ni” marah Larra sambil ketawa. Ajierah cepat-cepat menarik tangannya sambil tergelak.

Lara mengeleng perlahan melihat sikap sahabat baiknya itu. Perlahan dia mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum menunjukkan gambar yang terpapar di skrin tersebut kepada Ajierah. Itu gambar Tengku Dzafril Haidhar bersamanya ketika mereka masih bercuti di Korea tempohari. Tidak dinafikan hubungan mereka agak rapat ketika di sana. Kalau ikutkan, penuh gambar mereka berdua dalam kamera DSLR yang dibawa oleh lelaki itu. Baru dia tahu, hobi lelaki itu adalah fotografi. Lelaki itu sendiri yang memberitahunya. Tapi tak sangka, sekarang hubungan kita orang dah jadi macam ni. Satu keluhan berat dilepaskan.

Bulat mata Ajierah melihat gambar di skrin telefonnya.

“e’eh Elle. Handsome nya laki kau! Sweetnya you all” ujar Ajierah sambil matanya tak berkelip memandang keduanya di dalam gambar trsebut. Seolah kagum. Larra pantas menarik tangannya sebelum menutup kembali telefonnya membuatkan pandangan Ajierah kini beralih pada Larra yang sedang tersenyum memandangnya.

“dah. Kejap je” ujar Larra sambil menjegilkan matanya. Ajierah mengigit bibirnya.

“mana aci. Kejap snagat. Tak puas lagi aku tengok gambar kau orang. Eh, tapi kan Elle. Kau dengan dia nampak sesuai lah. Jujur” ujar Ajierah sambil mengangkat tangannya seperti orang sedang bersumpah. Larra tegelak sambil pantas menggeleng.

“agh tak ada. Dah kau jangan nak merepek. Sekarang jom kita balik. Aku dah ngantuk ni” ujar Larra smbil bangun menggalas beg tangannya. Ajierah mencebik sambil turut bangun.

“Yelah. Yelah” ujar Ajierah kecewa sambil turut bangun mengikut langkah Larra.

*****

Dia mendengus perlahan. Pekerja baru ni memang tak boleh diharap. Benda susah macam ni pun dia tak boleh nak complete kan. Helaian kertas di tangannya itu dibelek-belek sambil lewa sebelum kemudian dia melepaskan satu keluhan berat. Kepalanya kembali didongakkkan memandang gadis yang masih berdiri terpacak di hadapannya itu. Menunggu jawapan darinya. Maria merupakan pekerja yang baru diterima bekerja di syarikatnya itu.

“benda simple macam ni pun tak boleh nak buat?! Are you that stupid?” jerkah Tengku Dzafril Haidhar kepada gadis itu. Siap dengan mimik muka jengkel lagi aku bagi dekat dia. Ambil kau!

Susunan kertas di atas meja itu pantas di capainya sebelum dicampakkan ke arah gadis itu membuatkan helaian kertas itu kini beterbangan seketika di udara sebelum kemudiannya bertaburan di atas lantai. Jelas reaksi gadis itu terkejut dengan tindakannya yang di luar dugaan namun kini dia sudah tak peduli lagi.

Perempuan semua sama sahaja. Sama je macam Larra. Sudah hampir tiga minggu Larra pergi meninggalkannya membuatkan dia kini sudah semacam tiada perasaan belas kasihan terhadap mana-mana peremuan yang diemuinya. Kepercayaan yang dia berikan kepada Larra sudah hancur. Dan itu bermakna aku tak akan percaya dekat mana-mana perempuan lagi.

Maria tergamam saat dilihatnya kertas yang penat-penat disiapkannya sampai dua malam tak cukup tidur itu kini sudah bertaburan di atas lantai. Aik? Dalam sekelip mata je dia boleh main baling je hasil kerja aku macam tu? Biadap punya lelaki. Jantungnya berdegup kencang cuba menahan rasa amarahnya. Kaku dia berdiri di situ sambil matanya tak lepas memerhati satu persatu helaian kertas yang sudah terdampar di kakinya.

Ingat senang ke aku nak siapkan kerja ni? Even aku salah pun, tapi tak payahlah sampai nak baling kertas ni dekat aku. Muka dahlah tak handsome! Perangai kau, double-double tak handsome. Harap je kaya, meluat pulak aku tengok kau ni. Dia menelan air liurnya sebelum kemudian dia memberanikan diri memandang sejenak wajah lelaki berjambang di hadapannya itu. Cuba mengawal emosinya. Ikutkan hati nak je aku maki-maki dia dekat sini tapi semuanya itu sekadar bermain-main di dalam hatinya.

“saya minta maaf” ujarnya perlahan. Akhirnya kata-kata maaf itu pula yang terkeluar dari mulutnya. Walaupun meluat tapi hakikatnya dia masih sedar status dirinya hanya seorang pekerja di syarikat mega itu. Okay, aku minta maaf dengan sangat tak ikhlas.

Tapi nak buat macam mana. Nasib baik kau tu boss aku. CEO syarikat ni. Kalau tak, dah lama dah aku baling kasut tinggi 4 inci aku ni dekat kau. Baru kau tahu stupid tak stupid aku? Geram betul aku dengan mamat bajet bagus ni.

Tengku Dzafril Haidhar memandang lama wajah pucat Maria. Dia pasti gadis itu masih terkejut dengan tindakannya tadi. Mungkin agak keterlaluan namun itu sebagai tanda protesnya terhadap perempuan. Aku benci perempuan. “tak, yang sebenarnya kau benci Larra” kedengaran satu suara berbisik di telinganya. Dia mendengus keras.

“Apa nama awak tadi? Maria?'” soal lelaki itu tanpa memandangnya.

“Ya” ujar Maria pendek. Dia sedaya upaya masih cuba mengawal intonasi suaranya.

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk perlahan mendengar jawapan gadis itu. Dia kemudian menyambung semula kata-katanya. “in a week. Saya akan tukarkan awak dekat cawangan hotel saya yang lain. Maybe dekat Indonesia. Awak belum layak kerja satu bumbung dengan saya. Now get out from my sight!!” jerkahnya kasar sambil pantas memusingkan kerusinya ke belakang. Memberi waktu gadis itu keluar dari biliknya.

Dia tidak mahu terus memandang wajah pekerja baru itu. Salah gadis itu tidak seberapa. Normal lah kalau baru kerja ada silap-silap sikit tapi gadis itu sepatutnya meminta pendapat senior lain sebelum bagi dekat aku hasil kerja dia.

Yang membuatkan dia bertindak kasar kerana gadis itu seorang perempuan. Ya, sekarang aku rasa aku dah jadi anti-perempuan. Satu keluhan berat dilepaskannya. Sehingga saat ini dia masih belum boleh lupakan Larra. Dia memejam erat matanya. Hanya tuhan sahaja yang tahu beban yang ditanggungnya selama hampir tiga minggu ini. Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Maria menarik nafas panjang cuba mengawal kesabarannya. Buat masa sekarang, tak mungkin aku nak lawan balik. Jauh sekali nak berhenti kerja. Kalau aku berhenti kerja macam mana dengan nasib keluarga aku nanti. Nak cari kerja sekarang bukan mudah.

Lagipun aku anak sulung. Dah tu dapat kerja dekat syarikat besar ni memang semua bergantung harap dekat aku. Takkan sebab bos kerek ni aku nak berhenti kerja. Tapi memang tak boleh blah lah perangai boss aku ni. Sikit macam tu salah pun dia terus nak tukarkan aku dekat cawangan hotel dia yang lain. Tak masuk akal betul perangai kau!

Perlahan-lahan dia melutut sebelum mengutip satu persatu helaian kertas yang sudah berterabur itu. Air matanya mula terasa hendak mengalir apabila diperlakukan seperti itu oleh lelaki itu. Maruahnya sebagai perempuan terasa cukup hina. Namun dia sedaya upaya cuba untuk menahannya. Setelah selesai mengutip semua kertas-kertas itu cepat-cepat dia bangun dan keluar. Kata-kata lelaki itu memang agak kasar.

Aqiem memerhati tubuh gadis kecil molek itu yang sudah dibawa keluar dari ruang bilik lelaki itu. Berkerut pandangannya sebelum kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah meja Tengku Dzafril Haidhar. Sejak pulang dari Taiwan beberapa hari lalu, lelaki itu kelihatannya sudah jauh berubah.

Pernah seminggu langsung tak masuk pejabat. Lepas dipujuk-pujuk baru lelaki itu bersetuju pergi ke Taiwan untuk melawat tapak projek. Itupun dia ditemani oleh Syazriel, pekerja baru yang cukup disenangi oleh ramai kakitangan hotel kerana sikapnya yang peramah dan cekap dalam menyelesaikan tugasnya. Kalau tak ada Syazriel, aku pun tak percaya nak lepaskan kau seorang-seorang dekat Taiwan tu. Takut lelaki itu melakukan perkara di luar dugaan. Maklumlah, orang tengah patah hati.

Dia tahu, Tengku Dzafril Haidhar jadi begitu kerana Larra. Sudah hampir tiga minggu gadis itu menghilangkan diri dan selama itu jugalah dia melihat perubahan pada diri lelaki itu menjadi lebih teruk. Jauh berubah dari Tengku Dzafril Haidhar yang penah dikenalinya. Lelaki itu lebih senang marah dan penampilan dirinya juga sudah tidak diberi perhatian.

Lihat sahaja pada jambang yang tumbuh meliar di wajahnya. Kadang-kadang dia perasan baju kemeja lelaki itu tidak bergosok. Agh Zaf! Apasal lah kau berubah jadi teruk macam ni sebab perempuan? Zaf yang dia kenal dahulu cukup menjaga penampilan. Ni sekarang, kalau aku cakap ni Zaf memang orang lain tak percaya. Langsung tak terurus. Dah macam pendatang tanpa izin sekali tengok.

“Kau okay tak ni Zaf? Kesian aku tengok budak baru tu” soalnya perlahan. Soalannya dibiarkan seketika sebelum dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar memusingkan kembali kerusinya memandang ke arahnya.

Tengku Dzafril Haidhar memandang tepat wajah Aqiem yang kini masih menunggu jawapan darinya. Ketika dia hilang semangat selepas Larra pergi meninggalkannya, Aqiem adalah satu-satu rakannya yang setia menasihatkannya. Memujuknya untuk kembali bekerja. Memberinya semangat untuk meneruskan projek pembinaan hotel di Taiwan. Kalau ikutkan aku, nak je aku give up. Tarik diri dari projek ni.

Tapi, Aqiem beriya-iya mensihatkannya. Takkanlah sebab Larra aku nak hancurkan karier aku sendiri. Kerana itu dia kini sedaya upaya menyibukkan diri dengan projek itu. Cuba melupakan Larra. Dia bencikan gadis itu. Tapi yang sebenarnya aku rindu dia. Rindu gila.

“biar je lah pasal budak tu. Menyampah aku tengok perempuan” ujarnya keras.

Aqiem mengeluh perlahan. Ini kali kedua lelaki itu kena tinggalkan dengan perempuan selepas mummynya. Membesar tanpa kasih sayang perempuan, wajar la kot kalau lelaki tu nak anti-perempuan. Kesian juga dia melihat nasib sahabat baiknya itu kadang-kadang. Zaf mesti sunyi. Family dia cerai berai. Bila dia dah mula sayang dekat Larra. Larra pula buat dia macam tu. Apalah nasib kau kan Zaf. Satu keluhan berat dilepaskannya.

Dia tahu sahabatnya itu menanggung rasa seorang diri. Tapi aku tak boleh nak buat apa-apa. Yang aku hanya boleh buat, terus pastikan lelaki itu tetap dengan kerjanya dan tidak berputus asa hanya kerana perempuan. Dia sudah berjanji dengna Tan Sri akan menolong lelaki itu dalam segala hal berkaitan dengan syarikat. Kerana itu dia ditugaskan menjadi PA lelaki itu meski kini kelihatannya semua kerja lelaki itu sendiri yang buat. Bukan macam dulu.

Sebelum dia kahwin dulu, nak jumpa batang hidung dalam pejabat ni pun susah. Semua aku yang kena settlekan kerja dia. Syukur kerana lelaki itu sudah mula komited semula dengan kariernya.

“Dia still tak nak jumpa kau?” soal Aqiem lagi.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningnya mendengar soalan Aqiem itu. “siapa?” soalnya. Sengaja bertanya kembali. Ah! Pura-pura tak tahu pulak. Aku tahu, dia maksudkan Larra. Tapi aku tak suka bercerita tentang perempuan tu.

“Larra” jawab Aqiem. Sejak bila la kawan aku jadi slow macam ni. Biasanya lelaki tu cepat menangkap apa yang dimaksudkannya tapi sekarang kau tanya aku balik? Ke kau pura-pura tak tahu.

Tengku Dzafril Haidhar meraup wajahnya sambil cuba untuk menenangkan perasaannya semula apabila nama Larra disebut.

“dahlah. Aku tak nak fikir apa-apa pasal dia lagi. Dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. Kalau tu yang dia rasa terbaik aku takkan halang dia. Mungkin dia bahagia dengan jantan tu” ujarnya selamba.

Tengku Dzafril meluahkan sesuatu yang bukan dari hatinya. Tak! Yang sebenarnya aku tak ikhlas pun cakap macam tu. Aku still harap Larra balik semula dekat aku. Aku still nak hubungan aku dengan Larra macam dulu. Dia still isteri aku. Sampai sekarang aku tak tahu apa sebab sebenar kau tinggalkan aku

Aqiem mengeluh. Nak nasihatkan orang lebih-lebih tapi aku sendiri pun tak kahwin lagi. Umur dah 26 tahun ni tapi single lagi. Namun dia mencuba untuk memberikan nasihat terbaik untuk sahabatnya itu.

“Zaf, tapi dalam rumah tangga ni, kau sebagai suami kena pandai handle. Kalau Larra tak nak jumpa kau, takkanlah kau nak lepaskan dia macam tu je. Senang ke kau nak lupakan dia? Larra tu still isteri kau. Lagipun kau sure ke, dia tinggalkan kau sebab jantan lain?” soal Aqiem lgi. Sudah berbuih mulutnya menanyakan hal itu tapi lelaki itu kelihatannya cukup yakin dengan tangapannya bahawa Larra meninggalkannya sebab lelaki lain.

Tengku Dzafril Haidhar menggosok kepalanya. Soalan lelaki itu sedikit banyak membuatnya tertekan. Hampir tiga minggu dia memendam rasa seorang diri. Tak seorang pun tahu apa yang sebenarnya dia rasa. Sehari lepas Larra pergi dia benar-benar rasa masa depannya gelap. Rasa macam orang gila pun. Rasa macam dah tak ada semangat hidup. Tapi aku ni tak adalah gila sangat sampai nak terjun bangunan. Kenapa kau buat aku macam ni Larra? Aku sayang kau, tapi kau buat aku macam ni. Apa buruk sangat ke aku ni dekat mata kau ha?

“kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku rasa bodoh sangat sebab boleh suka dia. Mengharap yang perempuan ego macam dia boleh suka aku balik. Aku rendahkan ego aku semata-mata sebab dia. Tapi dia langsung tak nampak, apa yang aku buat semua sia-sia. Dia still anggap aku lelaki yang tak layak untuk dia. She makes me look so stupid!” ujar Tengku Dzafril Haidhar mula beremosi.

Aqiem menelan air liurnya. Begitulah keadaan Tengku Dzafril Haidhar bila disebut tentang Larra. Pasti akhirnya lelaki itu akan kelihatan beremosi. Zaf..Zaf. Kau cakap je kau nak lupakan Larra. Kau bencikan dia. Tapi aku tahu, sebenarnya tak pun. Larra pun satu. Tergamak kau tinggalkan kawan aku macam tu je.

Ego punya perempuan! Kalau tak sebab kau, Zaf takkan jadi macam ni. Kau memang pentingkan diri sendiri. Tak pernah fikir pasal orang lain. Dalam diam, dia juga turut marahkan Larra. Bukan benci dengan gadis itu tapi benci atas apa yang gadis itu telah lakukan terhadap rakannya sampai Zaf jadi macam ni. Semua sebab kau.

Semua tahu, siapa lelaki itu sebelum bertemu Larra. “playboy” itulah kata-kata paling sesuai untuk describe diri lelaki itu. Handsome, tinggi, kaya dan status yang ada pada dirinya memang boleh beli ramai perempuan. Sebab tu setiap minggu kalau lepak dekat Club Zen tu dengan dia macam-macam perempuan aku nampak dia bawa. Model lah, pramugari lah. Eh macam-macam. Memang tak pernah nak serius dengan satu perempun.

Tapi tak sangka, sekarang bila dia dah jumpa perempuan yang dia betul-betul suka, macam ni pula nasib dia. Jauh dari lubuk hatinya, dia benar-benar simpati terhadap nasib lelaki itu. Nampaknya kelebihan yang ada dekat kau, tak berkesan dekat Larra. Nak kata Zaf tak berubah jadi baik, gila! Lelaki tu jauh gila lebih baik dari dulu. Semua rakan-rakanya sedar akan hal tu.

“ya aku faham apa yang kau rasa. But bukan salah kau kalau kau suka dia. Tu normal and fitrah manusia, Zaf. Just sebab apa yang kau buat, kau suka dia? Kau rendahkan ego kau sebab dia? Aku rasa kau dah buat benda yang betul. Cuma Larra tu je yang tak nampak. Mungkin belum nampak. Kau jangan putus asa macam ni. Kau tak cuba pujuk dia? ” ujar Aqiem.

“bukan tak cuba. Lebih dari cuba. Aku call dia tak nak jawab. Aku ingat dekat dua minggu aku dekat Taiwan bila aku balik dia dah boleh bawa bincang. Tapi sama je. Dia stil off phone and bila aku datang dekat hotel dia, setiausaha dia cakap dia meetinglah, dia keluarlah, dia tak datang kerjalah. Aku tahu tu semua alasan dia je Qiem. Aku rasa macam aku yang terhegeh-hegeh nak pujuk dia. Kau pun tahu kan aku tak reti nak pujuk perempuan guna cara romantik ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Bukan dia tidak cuba nak pujuk Larra. Even kau tinggalkan aku macam tu tapi aku still berusaha nak bincang dengan kau elok-elok tapi kau yang tak bagi chance dekat aku. Nak guna cara macam dekat drama tu. Memang bukan aku lah. Aku tak reti nak buat semua tu. Memang aku tak romantik tapi aku betul-betul sayang dekat kau Larra. Kau je yang terlebih ego.

“Kenapa dia buat kau macam tu sekali eh? Sampai tak nak bagi peluang langsung berbincang. Jap, boleh aku tahu apa yang berlaku sebenarnya before dia tinggalkan kau?” soal Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar termenung sejenak. Peristiwa itu kembali semula mengisi memorinya. Sebab tu ke sebenarnya Larra tingalkan aku. Pasal aku tuntut hak aku? Ada logiknya juga kalau Larra marah tapi takkanlah….

“Zaf” panggil Aqiem membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersedar. Menelan air liurnya. Dia menoleh memandang rakannya. Aqiem kawan baiknya. Dia percayakan lelaki itu. Lagipun dalam banyak hal Aqiem banyak menolongnya. Mungkin tak salah kalau aku beitahu hal sebenar dekat dia. Dia mengumpul kekuatan sebelum memberitahu lelaki itu perkara sebenar.

“I raped her” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

Aqiem terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Raped? Dia pasti itu yang didengarnya tadi. Bulat matanya memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar yang kelihatan kesal. “Raped?” soalnya kembali.

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk lemah. “aku tahu aku salah. Aku cemburu. Aku nampak dia dengan Hakimi berpeluk time tu. Kau ingat tak time yang kau cakap ada orang nak kena langgar dekat Morraine. Time tu lah aku nampak dia berpeluk dengan Hakimi. Aku..aku terlampau marah masa tu. Aku buat semua tu sebab aku sayang dekat dia. That’s why. Aku…” kata-katanya terhenti di situ. Sukar untuk dia meneruskan kata-katanya. Pantas wajahnya disembamkan ke atas meja. Satu keluhan berat dilepaskannya.

Aqiem mengerutkan keningnya. Ada sesuatu tidak kena di situ. “kau ada tanya dia tak apa sebab dia peluk Hakimi. Larra, secara logiknya. Yelah, she’s Elle right. Aku rasa tak logik kalau dia tiba-tiba nak peluk Hakimi. There must be a reason behind that” ujar Aqiem.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya. Baru dia perasan kini. Ya! Memang pelik gila kalau Larra nak peluk Hakimi tiba-tiba. Dekat tempat parking pulak tu. Dia kembali duduk. Memandang Aqiem sambil cuba memikirkan kebenaran tentang kata-kata lelaki itu.

“Kalau betul lah Zaf, Larra tu ada something dengan Hakimi dia orang takkan berpeluk dekat tempat public macam tu tau. Larra pun tahu dekat situ ada cctv. So takkanlah dia sengaja nak peluk Hakimi dekat tempat yang ada cctv. Unless ada something berlaku masa tu sampai Larra terpeluk Hakimi” Aqiem menyambung semula kata-katanya.

Kata-kata Aqiem itu mampu diterima akalnya. Sama seperti apa yang mula difikirkannya kini. Dia menelan air liurnya sambil memandang wajah Aqiem.

“Kau tolong dapatkan pita rakaman cctv dari Morraine pasal kes hampir kena langgar dekat ground floor tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar tegas. Memberi arahan. Ada sesuatu yang difikirkannya kini namun dia masih belum pasti.

*****

Maria menghempas kertas-kertas di tangannya ke atas meja. Masih geram dengan sikap kurang ajar majikannya itu. Eeeee. Kalau kau tu bukan boss aku memang aku pijak-pijak kau dengan kasut aku ni. Biar lubang-lubang kepala kau. Marahnya.

“eh kau ni kenapa? Bebel seorang pulak. Marah dekat siapa?” tegur satu suara dari arah tepi membuatkan Maria pantas menoleh. Natasya sudahpun berdiri di situ sambil memandangnya hairan. Maria mengeluh peralahan. Ya, sekarang dia perlukan seseorang untuk berkongsi rasa dengannya. Matanya sudah terasa panas. Dari dalam bilik lelaki itu lagi dia sudah menahan rasa nak menangis.

“aku tak fahamlah kak, kenapa dengan dia tu?” soal Maria. Nada suaranya kedengaran hiba. Perlahan-lahan air matanya mengalir jatuh ke pipi.

Natasya mengigit bibir melihat Maria menangis. Dia? Siapa yang gadis itu maksudkan. Eh ni mesti kes pasal Tengku Dzafril Haidhar ni. Selepas pulang dari Taiwan, dia sendiri terkejut dengan perubahan mendadak lelaki itu. Termasuk Maria ni, dah berapa ramai pekerja kena marah. Majoriti yang kena marah teruk ni perempuan lah. Tak faham aku.

“Kenapa ni? Pasal Tengku ea?” soal Natasya dengan nada memujuk. Dia berjalan ke tempat Maria sebelum duduk di atas meja. Dipandangnya Maria yang mengesat air matanya. Mengangguk lemah. Natasya jadi simpati melihat nasib gadis itu. Sudahlah baru bekerja. Kena marah lagi. Dia agak simpati dengan Maria. Tangan kirinya diletakkan di atas bahu gadis itu sebelum mengurut-urut perlahan bahunya. Cuba untuk menenangkan Maria.

“Maria rasa, salah tak lah besar mana pun. Tapi dia punya marah macamlah Maria ni buat salah yang boleh sebab kan syarikat dia ni bankrupt” ujar Maria lagi melepaskan rasa geramnya.

Natasya menghela nafas panjang. “alah Maria. Biasalah tu. Adat dalam bekerja. Akak pun selalu kena marah jugak dengan dia. Entahlah, tapi sikap panas baran dia tu jadi kronik sejak dia balik dari Taiwan hari tu. Sebelum ni akak rasa, dia tak macam tu pun” ujar Natasya pula.

Memang menjadi tanda tanya bagi semua pekerja yang berada di sini melihat perubahan lelaki itu. Lelaki itu bukanlah seorang yang pemarah. Apatah lagi mengherdik-herdik perempuan sesuka hati. Tapi lain ceritanya kini. Banyak sudah didengarnya bahawa lelaki itu telah berubah. Mengherdik dan melontarkan kata-kata bencinya terhadap perempuan bukan lagi perkara luar biasa baginya.

“ikutkan hati Maria ni kak, nak je tengking balik dia tu. Muka bukannya handsome pun. Selekeh je tapi garang nak mampus. Maria tak boleh terima lah cara dia tu. Kasar sangat” marah Maria lagi.

Dia benar-benar marah. Natasya menepuk-nepuk perlahan bahunya cuba menenangkannya. Dia faham perasaan gadis itu. Bukannya dia tak perasan, lelaki itu memang sudah tidak terurus sekarang. Padahal imej syarikat kan bergantung dekat dia. Tapi soal penampilan diri lelaki itu memang failed dah sekarang. Kalau sebelum ni, nak nampak dia datang pejabat pakai baju selekeh-selekeh memang tak mungkinlah. Penampilan selalu dijaga. Rambut pun rapi je. Tapi sekarang datang pejabat pakai baju renyuk-renyuk pun tak kisah. Rambut tak bersikat. Ish, apa jadi dengan lelaki tu sebenarnya.

“sebelum ni dia tak macam tu pun Maria. Akak pun pelik kenapa dia jadi macam tu. Penampilan dia pun dah berubah. Dia tak selekeh macam tu dulu. Dia tu handsome sebenarnya. Kalau tak, takkanlah sampai ramai pekerja perempuan dekat sini admire dia. Dia tu playboy tau dulu” ujar Natasya cuba memberi bayangan tentang masa lampau lelaki itu.

Ish, tak sangka. Lelaki handsome macam Tengku Dzafril Haidhar tu pun boleh berubah jadi macam ni. Terbayang-bayang di matanya, betapa excitednya pekerja-pekerja dekat floor ni bila nampak dia datang kerja. Sebelum berkahwin dulu, memang sangat jarang lelaki tu nak muncul dekat pejabat ni. Memang susah gila nak nampak batang hidung lelaki tu. Tapi kalau dia datang juga tu, memang bonus lah. Ramai pekerja perempuan jadi excited bila dapat tahu kalau lelaki tu datang kerja. Kecoh. Semua sebab minat tengok muka handsome dia tu. Sampai macam tu sekali. Tapi sekarang? Dia tersenyum sendiri.

“Handsome? Akak, pak cik driver yang dekat bawah tu pun lagi handsome dari dia. Dia tu? Dengan rambut panjang tak terurus. Lepas tu bela jambang-jambang penuh dekat muka. Baju pun renyuk. Handsome apa macam tu kak?” dia cuba untuk menepis kata-kata Natasya tentang lelaki itu. Yang penting aku tak nampak dekat celah mana lelaki tu boleh nampak handsome. Geli adalah dekat mamat tu. Bajet bagus je.

Natasya tersenyum. Maria masih baru di situ. Mungkin dia hanya melihat Tengku Dzafril Haidhar yang sekarang. Kalau dia tengok lelaki itu yang sebelum ni belum tentu gadis itu masih mampu berkata seyakin itu. Tapi biarlah, dia malas mahu bertegang urat.

“biar je lah dia tu. Bulan mengambang kot” ujar Natasya cuba membuat lawak. Ternyata hasilnya Maria ketawa mendengar alasannya itu.

“kalau dia macam tu sampai bila-bila lah tak kahwin” ujar Maria kembali.

“eh dia dah kahwinlah” balas Natasya. Teringat kembali wajah isteri majikannya itu. Memang cantik.

Bulat mata Maria mendengar kata-kata Kak Natasya “Hah? Dah kahwin. Biar betul kak dia tu dah kahwin? Ada orang nak eh?’ soal Maria kembali. Natasya terkekek ketawa mendengar kata-kata Maria itu. Budak ni, dah kalau benci, semua benda pasal lelaki tu dia tak nak percaya.

“Ya, he’s 26. Dia kahwin awal tahun hari tu. Tak baik Maria cakap macam tu. Eh bini dia lawa tau” ujar Natasya.

“serius?” soal Maria kembali. Natasya mengangguk-angguk.

“kan akak cakap dia tu handsome. Bini dia memang lawa. Cik Larra tu tak pernah datang sini tapi akak pernah datang seminar dekat hotel dia. Akak yang perempuan ni pun rasa di tu lawa”

“Lawa sangat ke?” soal Maria kembali.

“bagi akak lawa. Entahlah kalau tanya pekerja-pekerja lain yang pernah nampak dia pun, akak rasa semua akan cakap dia lawa kot” ujar Natasya. Dilihatnya Jihan kini sedang berjalan ke arah mereka. Cepat-cepat dia memanggil Jihan datang menghampiri mereka.

“Ha kau nak apa ni?” soal Jihan.

“Jihan, kau rasa Larra tu lawa tak?’ soal Natasya. Berkerut-kerut dahi wanita lewat 30-an itu sambil memandang Natasya dan Maria silih berganti.

“Larra mana kau tanya aku ni?’ soal Jihan kembali. Confuse aku. Panggil aku tiba-tiba tanya pasal Larra.

“ish Jihan. Kau ni lupa ke pura-pura lupa. Cik Larra isteri Tengku tu lah” ujar Natasya sedikit tinggi suara. Geram kerana Jihan lambat tangkap.

“Oh yang cantik tu eh?” spontan itu yang diucapkan oleh Jihan dengan nada sedikit kuat bila disebut tentang Larra. Natasya mengangguk-anguk sambil menoleh ke arah Maria yang jelas kurang percaya. Natasya tersenyum.

“Kak, Kak Natasya kata Tengku tu dulu handsome. Betul ke?” soal Maria masih kurang percaya.

“eh betullah. Mesti kau pelik kan dik tengok rupa dia sekarang. Serabai habis. Akak pun masa mula-mula hari tu dia masak pejabat ni ingat mamat bangla mana lah datang sini masuk bilik boss. Dengan jambangnya. Sekali rupa-rupanya memang boss” ujar Jihan kembali sambil tergelak.

“ha tu lah Maria. Tak percaya lagi cakap akak. Eh dah waktu lunch ni. Jom makan” ujar Natasya.

****

Ketukan di pintu sedikit banyak mematikan konsentrasinya pada kerja. Dia mengeluh perlahan sambil menoleh ke arah pintu.

“Masuk!” laungnya sebelum kembali memandang skrin laptopnya. Masih ada beberapa idea yang perlu dimasukkan ke dalam kertas kerja itu. Masa dah tak banyak. Minggu depan semuanya kena hantar. Kesibukan pada kerja sedikit banyak mengurangkan rasa rindunya pada Larra. Agh! Kenapa nama perempuan tu tak boleh nak delete dari kepala aku ni?

“aku ingat kau dah balik tadi” ujar satu suara membuatkan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh. Lelaki kurus tinggi itu sudah berdiri di hadapannya.

Syazriel tersenyum padanya sebelum mengambil tempat di kerusi. Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya sejenak sambil turut tersenyum. Dia berterima kasih pada lelaki itu kerana telah banyak membantunya. Mujur ada Syazriel. Kalau lelaki tu tak ada, memang tak tahu lah nak buat apa. Dekat Taiwan pun macam lelaki tu yang banyak kali tolong susun jadual aku. Nak harapkan aku sendiri. Memang tak lah.

“malas lah balik awal-awal. Bukan ada apa dekat rumah tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar bersahaja sengaja memberi alasan sambil merenggangkan sedikit tubuhnya dari laptop.

Mengenangkan villa nya yang kini sunyi semenjak pemergian Larra membuatkan dia seringkali mengelak untuk pulang awal ke rumah. Balik sana pun hanya untuk tidur, tukar baju atau mandi. Dalam kebanyakan waktu dia lebih senang untuk berada di luar. Tambahan pula kini papanya Tan Sri Tengku Radzi tiada di sini menyebabkan dia terpaksa menguruskan semua urusan pejabat dari hal yang terkecil hingga ke besar. Semua itu cukup meletihkan. Dengan masalah Larra lagi. Macam nak meletup kepala otak aku ni fikir semua.

“eh? Isteri kau? Kesian dia seorang-seorang dekat rumah” usik Syazriel sambil ketawa kecil.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum tawar mendengar kata-kata lelaki itu. Larra? Larra apa nya? Tapak kaki Larra je yang tinggal ada dekat dalam vila tu. Bayang Larra pun aku dah lama tak nampak. Entah-entah sekarang ni mesti dia tengah happy. Lagi gembira agaknya bila aku tak ada. Yelah, bila dengan aku, mesti dia cakap menyampahlah, rimaslah, serabutlah. Tapi yang kau menyampah serabut ni jugaklah banyak tolong kau bila kau takut. Dia tersenyum kecil memikirkan Larra. Agh! Pelik! Kalau fikir-fikir macam tak logik je aku boleh tersuka dekat dia sekarang.

“Alah. dia pun biasa balik lewat. Tak apa” ujar Tengku Dzafril Haidhar cuba memberi alasan terbaik. Takkan lah aku nak cerita dekat Syazriel ni yang bini aku tengah lari dari rumah sekarang. Lagipun dia tak tahu lagi yang Larra tu isteri aku. Dia mengeluh perlahan memikirkan keadaan rumah tangganya kini yang bagai retak menanti belah.

“Oh kalau macma tu tak apalah. Sama-sama bekerja. Isteri kau kerja apa?” soal Syazriel lagi.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan keningya sejenak sebelum menoleh memandang Syazriel yang masih merenungnya. Hairan dengan sikap lelaki itu. Eh ? Lain macam soalan dia ni? Semuanya tertumpu dekat isteri aku. Macam ada something je yang dia sembunyikan. Ke, perasaan aku je eh? Dia mula tak senang duduk melihat sikap Syazriel yang mencurigakan.

“Erm..Kerja macam aku juga” ujarnya pendek. Malas mahu menceritakan lebih lanjut tentang Larra. Aku ni dahlah tengah gaduh dengan Larra, lepas tu kau pula buat soal kaji selidik pasal bini aku tu dekat sini. Elak aku jadi emosional je kang. Ish tak boleh. Aku tak boleh emosi. Syazriel tak boleh tahu aku kahwin dengan Larra, tekadnya di dalam hati.

Syazriel mengangguk perlahan. Lelaki itu jelas kelihatan seolah tidak berminat untuk menceritakan lebih lanjut tentang isterinya namun dia masih belum mahu berhenti dari terus bertanya.

“oh, ada syarikat juga ke? Syarikat apa?’ soalnya lagi.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya. Kenapa semua nak tanya pasal Larra ni? Kau dah tak ada soalan lain ke nak tanya aku, Syazriel? Dia ni macam tak faham-faham pulak yang aku malas nak jawab lagi. Nak je aku tumbuk dia ni. Nasib baik lah kau kawan baik aku. Dia rimas diajukan soalan berkaitan Larra secara berterusan.

Bukan aku tak faham Zaf, tapi aku nak tengok sejauh mana kau nak mengelak bila aku tanya kau pasal isteri kau. Syazriel menghela nafas panjang.

“eh kau sebenarnya ada hal apa nak jumpa aku ni? ” soal Tengku Dzafril Haidhar cuba menukar topik perbualan.

Suara dan wajahnya sengaja ditukar serius. Malas mahu menjawab tentang Larra lagi. Dilihatnya garis senyuman di bibir Syazriel bertambah lebar. Dia sendiri tidak tahu makna di sebalik senyuman lelaki itu. Agh suka hati dia lah nak senyum ke apa. Mungkin dia perasan yang aku tengah tukar topik. Dia kembali memandang skrin laptopnya. Berpura-pura tidak perasan Syazriel yang masih memandangnya.

“tak ada. Aku nak tanya kau pasal kertas kerja hotel dekat Taiwan tu. Kau dah siapkan belum? Due date dia next week” soal Syazriel akhirnya. Cuba mengingatkan tentang laporan yang perlu disiapkan oleh lelaki itu.

Sempat dia memerhati keadaan sahabatnya itu yang kini kelihatan sudah tidak terurus lagi. Hairan, hanya dalam beberapa minggu lelaki itu boleh berubah sekelip mata. Punca lelaki itu menjadi begitu masih gagal dikenal pasti namun dia yakin ada kaitan dengan rumahtangga lelaki itu sendiri. Macam tak percaya pula yang duduk depan aku sekarang ni Zaf. Dia tak pernah jadi tak terurus sampai macam ni sekali. Eh tapi suka hati dia lah. Tujuan aku datang sini bukan nak tanya pasal sebab dia jadi selekeh pun. Dia tersenyum sendiri.

Tengku Dzafril Haidhar menolak sedikit kerusinya bagi mencapai sesuatu yang diletakkannya di laci bawah meja kerjanya. Dia tersenyum ketika tangannya tersentuh helaian kertas itu yang diletakkan kemas di dalam laci itu. Pantas ditariknya keluar sebelum diletakkan dia atas meja. Pandangannya tepat dihalakan ke wajah Syazriel yang masih memandangya.

“dah siap dah. Tapi aku belum confirmkan lagi kertas kerja ni yang kita nak hantar mingu depan. Tapi ni lah serba sedikit yang ada dalam tu” terang Tengku Dzafril Haidhar sambil memandang ke arah Syazriel yang tersenyum memandang kertas di hadapannya itu.

“boleh aku tengok?” soal Syazriel lagi. Dia memandang wajah Tengku Dzafril Haidhar. Lelaki itu akhirnya mengangguk.

Tengku Dzafril Haidhar menghela nafas panjang. Meski itu bukan kertas kerja akhir namun itu adalah 70 persen dari hasil ideanya sendiri Dia mahu Syazriel melihat dan menilai sendiri kertas kerjanya itu. Lagipun bukan dia tidak tahu semenjak sahabatnya itu diterima masuk ke dalam syarikat ini, banyak perubahan telah dibuatnya. Mungkin Syazriel ada idea yang lebih baik darinya. Mana lah tau dia boleh tolong aku dalam usaha nak dapatkan tanah untuk projek hotel dekat Taiwan tu nanti, fikirnya.

Syazriel membelek-belek helaian kertas itu. Begitu fokus sekali. Sedikit kagum dengan hasil kerja lelaki itu. Tapi dia masih tidak percaya, dengan semudah itu lelaki itu memberi dia untuk melihat hasil kerja lelaki itu. Dia tersenyum.

Pintu bilik itu ditolak tiba-tiba membuatkan Syazriel sedikit terkejut sebelum pantas menoleh. Dilihatnya, Aqiem masuk dalam keadaan tergesa-gesa membuatkan Syazriel merasa sedikit terganggu dengan kehadiran lelaki itu. Segera dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang masih memandang ke arah Aqiem. Dia kemudiannya bangun.

“Zaf. Aku keluar dulu” ujar Syzriel. Pandangan lelaki itu terarah padanya. Terdiam sejenak sebelum mengangguk. Pantas Syazriel berjalan keluar melintasi Aqiem yang sudahpun sampai ke meja Tengku Dzafril Haidhar. Pandangan lelaki itu tertumpu padanya.

“kau apahal ni?’ soal Tengku Dzafril Haidhar hairan sambil memandang ke arah Aqiem yang masih kelihatan termengah-mengah.

Aqiem masih memandang Syazriel yang terus keluar sebaik sahaja melihatnya masuk. Perlahan dia menoleh ke arah Tengku Dzafril Haidhar. “kenapa dia keluar bila aku masuk?” soal Aqiem hairan.

“Alah. Dia nak check kertas kerja aku kot. Kau ni kenapa?” soalnya buat kali kedua.

Bulat mata Aqiem sambil menoleh ke arahnya. “kau bagi dia tengok? Kau biar betul?” soal Aqiem jelas tidak percaya.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panajng melihat reaksi terkejut Aqiem itu. “alah. Dia tu pekerja syarikat kita juga. Tak apalah kalau dia nak tengok pun. Lagipun aku percaya dia. Kau pun macam tak kenal dia tu macam mana. Dah, sekarang aku nak tahu kenapa kau gegas nak jumpa aku ni?’ soal Tengku Dzafril Haidhar. Otaknya masih memikirkan tentang sebab Aqiem meluru masuk ke biliknya dalam keadaan termengah-mengah. Ingatkan dah balik, rupanya belum.

Aqiem mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya sebelum diserahkan kepada Tengku Dzafril Haidhar. Diletakkanya CD kecil itu ke atas meja.

“apa ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar hairan sambil mencapai CD kecil itu. Dibeleknya seketika sebelum memandang Aqiem yang sudahpun duduk di hadapannya.

“something yang kau patut tahu pasal perkara sebenar yang berlaku antara bini kau dengan Hakimi” ujar Aqiem tegas.

Tengku Dzafril Haidhar tergamam sejenak. Pasal Larra dan Hakimi? Dia memandang lama CD kecil yang masih di atas meja itu. “kau pergi Morraine?” soal Tengku Dzafril Haidhar yang jelas masih terkejut. Aqiem mengangguk.

“lagi cepat kita tahu apa yang sebenarnya berlaku, lebih bagus. Dan aku rsa kau memang patut tahu pun cerita sebenar” ujar Aqiem. Yang sebenarnya dia sudah tidak sampai hati untuk melihat sahabatnya itu terus menderita sebegitu. Kerana itulah tadi dia segera pergi ke Morraine.

******

Tengku Dzafril Haidhar memandu laju kereta Lamborghini Aventador nya keluar dari kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Kini kereta mewahnya itu sudahpun bergerak jauh menuju selatan.

Sejenak terbayang kembali rakaman yang baru ditontonnya bersama Aqiem ketika di pajabat tadi. Rasa bersalah yang membuak-buak mula menguasai dirinya. Aku dah salah faham dekat Larra. Bukan dia ada hubungan sulit dengan Hakimi tapi aku yang cemburu buta. Masih jelas kedengaran kata-kata Aqiem menasihatinya sebelum dia bertindak keluar meninggalkan ruang pejabatnya selesai menonton rakaman.

“nampaknya kau dah salah sangka Zaf. Larra dan Hakimi sama-sama tak salah. Kalau tak sebab adik kau Hakimi berjaya tarik Larra on time, memang teruk Larra kena langgar dengan kereta gila tu” ujar Aqiem. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata lelaki itu di telinganya.

Ya allah. Kau dekat mana sekarang Larra? Aku minta maaf. Kenapa baru sekarang aku tahu cerita sebenar? Menyesalnya aku tuduh kau yang bukan-bukan malam tu. Kalau lah aku tak tuduh kau macam-macam mesti kau tak tinggalkan aku, sesalnya.

Tengku Dzafril Haidhar cukup menyesal atas apa yang telah berlaku. Dia jadi marah tiba-tiba dengan dirinya. Tanpa sedar, rasa marah dan menyesal yang dirasakannya kini mendorongnya untuk memandu semakin laju. Lebih laju dari had yang telah ditetapkan. Dia geram, marah dah kecewa dengan dirinya sendiri yang gagal menjaga Larra.

Telefon bimbitnya disentuh mencari-cari nombor milik Larra. Dia benar-benar ingin berjumpa dengan gadis itu. Meminta maaf padanya. Tolonglah jawab call aku Larra. Namun hampa. Jawapan masih sama diterimanya. Telefon Larra masih tidak aktif. Dia hampa.

Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sebelum melepaskannya kembali. Otaknya betul-betul serabut dengan keadaan yang perlu dihadapninya kini.

“aku memang tak guna” ujarnya sambil matanya tak lepas memerhati skrin telefon yang masih dipegangnya. Masih mengharap talian akan disambungkan. Mengharap dia dapat meminta maaf dengan Larra. Namun sia-sia kerana usahanya langsung tidak mendatangkan hasil. Pandangannya tiba-tiba menjadi kabur. Ada air mata jernih bertakung di matanya.

Aku menangis? Kalau orang tahu? kalau kawan-kawan aku tahu mesti dia orang gelakkan aku. Aku tak pernah menangis sebab perempuan. Even mummy. Satu-satunya perempuan yang buat aku jadi separuh gila cuma Larra. Kerana itu dia tanpa segan silu menangis kerana perempuan yang satu itu. Apasal aku boleh sayang kau sampai macam ni.

Dia menyeka air matanya sebelum tiba-tiba muncul satu lori besar di hadapanya yang keluar dari satu simpang. Gila! Tiba-tiba keluar. Cepat-cepat dia menekan brek keretanya namun semuanya kelihatan tidak berjalan seperti apa yang diharapkannya apabila keretayang dipandunnya sendiri terlalu laju. Jika dia tidak pantas memusingkan stering keratenya itu pasti kini dia sudah terperosok masuk melanggar bahagian belakang lori itu.

Dummmm!

Satu dentuman kuat kedengaran. Dalam sekelip mata kereta yang dipandunya sudah terbabas menghentam sesuatu di tebing jalan. Dia kurang pasti. Namun tubuhnya terasa menggigil dan badannya mulai lemah.

Dia sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada dirinya. Dalam samar-samar sempat lagi dia mencuba untuk mendail nombor milik Larra. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Tengku Dzafril Haidhar merasakan ada cecair pekat mengalir di kepalanya. Bau hanyir darah memenuhi ruang keretanya. Suara-suara orang yang entah datang dari arah mana kedengaran kecoh mengetuk-ngetuk pintu cermin keretanya sebelum perlahan-lahan suara-suara itu semakin jauh. Matanya terpejam dan kini dunianya gelap.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

37 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 22”
  1. intan says:

    bila keluaq nie x sabar la nk bace!!!!….

  2. syazatul dania bte harun says:

    dah lama tunggu cite nie mana p penulis nie…..huhuhu

  3. HaZi says:

    X sbr nak bce yg seterusnye..

  4. Ivoryginger says:

    any update regarding this novel?

  5. JAY9911 says:

    novel ni belum keluar lagi ke? atau dah keluar tapi nama lain?

  6. aiyesa says:

    Bila novel ni nak keluar dipasaran????nak da lama kot….

  7. aiyesa says:

    Bila novel ni nak keluar dipasaran????da lama kot xkeluar lg…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.