Novel : Antara mahligai ego dan cinta 5

27 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Sudah dua hari Mak Munah dimasukkan ke wad. Keadaaanya masih sama. Dia masih tidak sedarkan diri. Larra menggengam erat tangan Mak Munah. Pintu bilik itu dikuak dari luar membuatkan Larra segera menoleh.

“Puan Zahnita” ujarnya apabila melihat majikannya itu datang. Pantas tangan dihulur untuk bersalam. Wanita itu tersenyum. Larra bangun sebagai tanda memberi laluan untuk wanita itu untuk duduk pula.

“Mak Munah macam mana? Ada apa-apa respons?” soal wanita itu. Larra mengeluh sebelum menggeleng. Sempat tangannya membetulkan selimut Mak Munah.

“Macam tu jugalah Puan. Doktor pun cakap dia….dah tak ada harapan” ujar Larra.

Puan Zahnita mengeluh perlahan sebelum pandangannya dialihkan memandang Adlea di sisinya. Dia sebenarnya, berasa kasihan terhadap gadis itu. Pagi-pagi dia terpaksa menyiapkan tugas rumah. Selesai memasak terpaksa pula gadis itu bergegas ke hospital menjaga Mak Munah.

“bawa bersabar Lea. Erm, tak apalah. Malam ni biar saya yang jaga Mak Munah. Lea baliklah rumah. Berehat” ujar Puan Zahnita. Jelas serba salah wajah gadis tiu.

“tapi puan…” kata-katanya pantas dipotong.

“tak ada tapi-tapi. Saya yang ikhlas nak jaga Mak Munah malam ni. Awak dah beberapa malam dah berjaga dekat hospital. Mata tu tengok. Dah macam burung hantu dah. So, malam ni awak baliklah. Tidur awal. Biar saya yang jaga Mak Munah ya” ujar Puan Zahnita bersungguh-sungguh. Larra menarik nafas panjang sambil mengangguk perlahan. Rambutnya yang panjang dikuak ke belakang.

“terima kasih puan. Saya balik dulu” ujar Larra sambil bersalam. Sesungguhnya badannya sememangnya terasa sakit-sakit semenjak beberapa hari yang lalu kerana tidak dapat posisi tidur yang betul. Mujur malam itu Puan Zahnita menawarkan dirinya pula untuk menjaga Mak Munah.

****

“Kau ada dengar cerita pasal Elle?” soal Joe memulakan bicara. Berkerut dahi Aqiem mendengar. Tengku Dzafril Haidhar mengambil keputusan untuk sekadar mendengar dan melayani perasaannya sendiri sahaja. Malas mahu turut serta dengan cerita yang tidak tahu akar pucuknya. Elle? Entah perempuan mana entah.

“Ada. Aku dengar dia dah balik Malaysia semula kan?” balas Ayie. Kelihatan Joe mengangguk-angguk.

‘Mana kau dapat tahu dia dah balik sini?” soal Fahim pula sambil menoleh ke arah Joe.

“member aku punya member punya member jumpa dia kat airport lebih kurang 3 minggu lepas” ujar Joe. Aqiem mengangkat keningnya seraya tergelak kecil.

“Fuh! gila lah. Member punya member pun still ingat pasal dia. Betul-betul diva dia ni” ujar Ayie sambil tubuhnya di sandarkan ke sofa. Satu kepulan asap dihembuskan ke udara.

“iyelah. Lepas apa yang berlaku dulu tu, kan dia terus hilangkan diri. Dengar cerita tinggal dekat luar negara. Terus hilang khabar berita, tiba-tiba sekarang muncul semula” ujar Fahim pula.

“Wait! Wait! Who is Elle?” soal Aqiem. Soalan Aqiem membuatkan Fahim dan Joe serentak tergelak serentak memandang Aqiem yang jelas kelihatan penuh tanda tanya. Ayie membongkokkan tubuhnya duduk merenung Aqiem.

“Kau tak tahu ke Aqiem? Biar betul? Ke saja pura-pura tak tahu?” soal Joe. Aqiem menjongketkan bahunya sebelum menggelengkan kepalanya.

“serious kau tak tahu. Kau kan duduk Ampang, Takkanlah tak tahu” ujar Fahim pula.

“Kau orang ni pun, aku namanya je duduk Ampang tapi mana kenal sangat budak-budak dekat Ampang ni” ujar Aqiem.

“Oh lupa. Budak sekolah asrama” perli Ayie sambil tergelak.

“Haish Yie. Bunyi macam nak makan kaki aku je” balas Aqiem sambil mengangkat tinggi kakinya. Tergelak Joe dan Fahim mendengar.

“wo. Wo.. Relax brother. Aku gurau je” ujar Ayie sambil memandng ke arah Aqiem.

“Dah-dah. Elle tu diva dekat Victoria Hill highschool” ujar Joe. Bulat mata Tengku Dzafril Haidar mendengar nama sekolah itu disebut.

“eh! Aku tahu sekolah tu. Sekolah tu bukan sekolah anak-anak orang kaya je ke? Swasta kan?” soal Tengku Dzafril Haidhar yang mula menyampuk setelah mendiamkan diri sedari tadi. Dia tahu tentang sekolah itu kerana dia pernah di tawarkan untuk masuk ke sekolah itu oleh bapanya selepas bapanya beriya-iya untuk mengeluarkannya dari sekolah terdahulu. Tambahan pula, ada rakannya yang koma akibat kemalangan turut bersekolah di situ.

Fahim menoleh.

“A’ah. Adik aku sekolah sana. Budak-budak dari golongan elit je boleh masuk sekolah tu” ujar Fahim bersahaja. Tengku Dzafril Haidhar menyandarkan badannya ke sofa.

“So kenapa dengan budak Elle tu. Bunyi macam popular sangat je” ujar Tengku Dzafril Haidhar mula berminat untuk turut serta dalam perbualan antara rakan-rakannya. Botol arak di hadapannya dituang ke dalam gelasnya.

“Memang! Memang dia popular pun dulu. Elle, ketua gang HotVicious. Terkenal kot. Cantik gila” ujar Ayie. Aqiem mengangkat keningnya kurang percaya dengan kenyataan yang diberikan.

“HotVicious? Tu menatang apa pulak tu?” soal Aqiem sebelum meneguk air syaitan di gelasnya.

“HotVicious tu nama gang dia orang. Terdiri daripada 6 orang perempuan paling cantik, kaya dan paling berpengaruh la senang cerita dekat sekolah tu” ujar Joe. Aqiem mengangguk-angguk tanda faham.

“Banyak kot gang gedik macam tu dekat KL ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Sambil mencapai gelas arak di atas meja.

“Kau tak tengok lagi dia orang, Zaf” ujar Ayie sambil memandang ke arah Tengku Dzafril Haidhar.

“Memangla Zaf, tapi tak historic macam apa yang berlaku dekat ketua gang HotVicious ni” balas Fahim. Sempat Tengku Dzafril Haidhar menoleh memandang Fahim.

“Apa yang historic?” soal Aqiem teruja. Keningnya diangkat tinggi memandang ke arah Fahim.

“Dia orang tu semua kaki buli. Kalau buli tu bukan setakat biasa-biasa tapi boleh sampai bawak budak tu… Out terus dari sekolah tu tau” ujar Joe. Jari telunjuk dijentik di udara. Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan kening. Apsal aku macam pernah dengar pasal cerita ni, bisiknya di dalam hati.

“Ada ea group macam tu. So apa yang historic. Kau tak jawab lagi soalan aku Yie” soal Aqiem lagi sambil melepaskan kepulan asap rokoknya.

“Aha okay-okay, yang historicnya, untuk pengetahuan kau orang, lepas satu kejadian hitam, Elle sendiri keluar dari sekolah tu. Tahu sebab apa?” soal Ayie. Tengku Dzafril Haidhar menggeleng. Sedikit berminat untuk mengetahui cerita selanjutnya

“Tahu, sebab dah sebabkan mangsa buli hampir bunuh diri sampai koma” sahut Fahim selamba. Tengku Dzafril Haidhar mula berasa ada kesinambungan dengan cerita yang di dengarnya sebelum ini. Namun dia tidak mahu mencelah. Dia masih mahu mendengar cerita selanjutnya dari mulut rakan-rakannya.

“Kau ni Yim baru aku nak cerita kau dah cerita dulu” marah Ayie. Tergelak Fahim mendengar.

“Haa okay-okay. Kau cerita lah pasal awek kau ni. Cerita-cerita” ujar Fahim.

“Aku pernah tengok dia masa tengah dekat kelab ni. Dia tu tak silap, muda dari kita setahun” ujar Ayie. Fahim terdiam sejenak sambil matanya memandang tepat ke arah Ayie. Duduknya dibetulkan, lebih fokus untuk mendengar cerita.

“kau pernah jumpa dia. Apsal kau tak pernah cerita pun” ujar Joe.

“Dah kau orang tak pernah tanya” balas Ayie sambil tersengih. Rasa sedikit bangga barangkali dengan tumpuan yang diberikan oleh rakan-rakannya terhadapnya.

“Eh betul ke cantik?” soal Aqiem pula. Ayie mengangguk-angguk sambil mengunjukkan ibu jarinya ke atas.

“cerita lah camne kau boleh jumpa” ujar Tengku Dzafril Haidhar tidak sabar. Ayie tersenyum sambil menarik nafas panjang.

“masa tu…….” ujar Ayie cuba mengimbau kembali kenangan masa lampau dia di kelab itu.
—————————————–

“Yie, kau tengok perempuan-perempuan yang dekat hujung sana tu” beritahu rakannya Izzat. Dia menoleh ke arah yang ditunjukkan dan kini dia melihat sekumpulan gadis-gadis muda sedang berdiri dan berbual rancak seolah-olah meraikan sesuatu.

“Nampak, kenapa?” soalnya kembali sambil menoleh memandang sahabatnya.

“Okay, sekarang kau fokus dekat yang tengah-tengah tu. Cun tak?” soal rakannya lagi. Ayie memandang hairan ke arah sahabatnya itu.

“Yang mana?’ soalnya kembali.

“Kau ni rabun ke apa? Yang pakai dress hitam, rambut panjang tu lah” marah Izzat. Ayie kembali menoleh ke arah yang ditunjukkan. “amacam?” soal rakannya lagi tidak sabar.

“Tak nampak pun muka” ujar Ayie lagi sambil duduk bersandar. Yang sebenarnya dia malas untuk melihat gadis yang ditunjukkan oleh rakannya itu. Entah siapa-siapa je yang dia suruh aku tengok. Dahlah perempuan tu membelakangkan aku. Penat la nak tengok, ngomelnya di dalam hati.

“Kau ni, kata nak tengok sangat siapa budak-budak HotVicious yang kita orang dok cerita tu. Aku nak tunjuk kau tak nak pulak tengok” marah Izzat membuatkan Ayie terkejut. Bulat matanya memandang Izzat di sebelahnya.

“Hah HotVicious. Budak Elle tu eh?” soalnya kembali jelas teruja. Izzat mengangguk. Serentak dia kembali menoleh ke arah sekumpulan gadis-gadis muda itu dengan perasan yang berkobar-kobar. Izzat ni. Cakap la awal-awal tu kumpulan HotVicious. Baru lah aku minat nak tengok.

Nasibnya baik kerana kini gadis bergaun hitam itu telah pun pusing menampakkan wajahnya.

“Wow” hanya sebaris kata itu yang mampu di luahkannya. Tergamam melihat gadis bernama Elle itu. Sememangnya cantik.

“Eh kau, dah bagi tengok, kau tengok macam nak telan ek. Tengok je boleh. Nak dekat jangan haraplah” ujar Izzat membuatkan Ayie menoleh ke arah rakannya itu.

“Apasal pulak”

“indah rupa dari khabar. Dia orang semua anti lelaki la Yie” beritahu Izzat. Ayie mengerutkan keningnya sambil sekali lagi matanya tak lepas memandang sorak dan tawa dari kumpulan gadis itu.

“Apasal ea?” soal Ayie. Izzat mengangkat bahu.

“Yang aku tahu, dia orang punye moto, “don’t trust boy. Boy is suck’ lebih kurang macam tu la. So dengan kata lain, dia orang tu single tapi not available” ujar Izzat bersungguh-sungguh.

“Biar betul la seh. Entah-entah dia orang tu. lessssss…” belum sempat Ayie menghabiskan ayatnya kedengaran kekecohan berlaku di hujung sana. Segera mereka berdua menoleh untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Sorry cik, saya tak sengaja” ujar seorang gadis berbaju merah memohon maaf pada gadis yang bernama Elle itu. Kini susuk tubuh dan wajah ketua kumpulan HotVicious itu lebih jelas apabila orang ramai mula beransur-ansur ke tepi.

Pang!

Ayie tergamam melihat dalam sekelip mata sahaja gadis berbaju merah telah jatuh di lantai sambil tangannya menekap mukanya. Masih perit ditampar barangkali.

“Lain kali, kalau nak menari tu, toleh la kiri kanan! Jangan nak main langgar je. Geli la aku tengok muka kau!” ujar Elle lagi sebelum mencapai gelas berisi arak di tangan salah seorang rakan-rakannya sebelum pantas mencurahkan ke atas gadis berbaju merah itu sehingga basah wanita itu akhirnya.

Melihat keadaan wanita itu yang dalam kebasahan, kesemua ahli HotVicious ketawa mengejek wanita itu sebelum meninggalkan kelab.

“what the….”

———————————

“apasal kau tak tolong awek baju merah tu? Kesian doh kena macam tu. Tak masal nak simbah orang” marah Aqiem. Joe turut mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai isyarat bersetuju dengan kata-kata Aqiem.

“Jahat doh, perempuan macam tu” ujar Fahim pula

“sesuka hati nak lempang orang. Tak belajar sivik apa” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“Aku tak buat cerita. Memang tu realiti yang aku nampak masa aku jumpa dia dulu. Perangai dia orang memang teruk” ujar Ayie.

“muka cantik tapi sayang, perangai tak cantik” ujar Joe.

“kalau aku jumpa perempuan ni, memang aku kena kan cukup-cukup. Perangai macam sial” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“Okay bet. Kalau kau jumpa perempuan ni, aku nak kau kotakan apa yang kau cakap tu. Tengok. Bila dah jumpa kau boleh buat ke tak” ujar Fahim sambil jarinya menunjuk ke arah Tengku Dzafril Haidhar yang sudahpun bersandar di sofa hitam itu.

“apa yang tak bolehnya. Aku boleh kenakan dia cukup-cukup. Cuma masalahnya sekarang aku tak tahu nak jumpa dia dekat mana” ujarn Tengku Dzafril Haidhar kembali.

“eleh. Alasan la Zaf. Kau tu pantang tengok perempuan cantik. Mana kau boleh tahan dengan perempuan macam Elle tu” perli Joe.

“kau ingat aku ni gila perempuan sangat ke Joe” balas Tengku Dzafril Haidhar.

“Tapi. Tapi.. Tapi.. Tapi dari yang aku dengar, budak Elle tu kalau ada masalah, dia akan datang lepak tenangkan diri dekat KL Tower. Kau trylah Zaf pergi situ. Kot-kot jumpa ke” saran Ayie.

“pehal gagap pulak dia ni” ngomel Fahim perlahan namun masih mampu didengari oleh Tengku Dzafril Haidhar.

“gila! Dia buat lagi ke sekarang. Tu zaman bila punya cerita tu” ujar Joe. Sempat matanya melirik ke arah Aqiem yang sudahpun terlena di tempatnya. Sudah mabuk barangkali.

“tak adalah. Aku bagi tips je dekat budak Zaf ni. Kata nak jumpa” ujar Ayie.

“fuh! Ni agak-agak kalau aku ayat dia, dia nak tak?” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Segera Joe menoleh ke arah lelaki itu.

“haa, tadi kau cakap nak kenakan dia cukup-cukup. Sekarang nak ayat pula. Mana satu ni Zaf? ” soal Joe sambil tersengih.

“aku nak main-mainkan dia lah ni Joe” ujar Tengku Dzafril Haidhar dengan nada sedikit tinggi.

“Kau lupakan je la niat kau nak mainkan dia Zaf. Dia tu hati batu punya. Dah banyak laki usha dia, dia tak layan” ujar Fahim pula.

“Eh belum cuba belum tahu” ujar Tengku Dzafril Haidhar. Belum pernah lagi dia gagal dalam memikat perempuan. Tiada perempuan yang tidak tunduk dan cair melihatnya.

“Agh kau dah ada tunang. Jangan sibuk lagi dengan Elle. Elle bagi dekat aku yang still belum berpunya ni.” gurau Joe. Mencebik bibir Tengku Dzafril Haidhar mendengar kata-kata Joe.

“masalahnya Elle tu nak ke dekat kau Joe?” ujar Fahim sambil tergelak.

“Apa? Tak cukup handsome ke aku?” soalnya sambil memegang mukanya. Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil melihat reaksi wajah rakannya itu. Sememangnya Joe bukanlah dalam kategori yang kacak, namun begitu, wajah lelaki itu bukanlah hodoh. Sekadar sedap mata memandang.

“Takpe Joe. Aku back up kau la. Biasa kalau perempuan cantik ni memang dapat lelaki tak handsome” ujar Ayie. Terkulat-kulat Joe memandang ke arah Ayie.

“Ai Yie. Kau kang yang makan kaki aku nanti” ujarnya sambil tergelak mengulangi kata-kata Aqiem pada Ayie sebentar tadi. Mereka serentak ketawa berdeka-dekah.

“tapi apa cerita ek dekat gang-gang dia yang lain tu sekarang. Yang aku cuma tahu, adik aku cakap. Lepas Elle, keluar dari sekolah tu. Gang tu terus hilang taring. Senang cerita dia orang dah tak buli-buli lagi dah” ujar Fahim.

“yela, mastermind dia tak ada” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“Aku dengar, ahli dia orang yang nama Diana tu dah kahwin la sekarang” ujar Ayie.

“eh kahwin juga. Bukan moto dia orang, ape kebendanya tadi. Don’t trust boy” ujar Tengku Dzafril Haidhar dengan kerutan di keningnya.

“gila! Tu masa zaman sekolah dia je la. Takkanlah tak nak kahwin sampai ke tua. Rugi lelaki. Dahlah semua cun” ujar Fahim.

“Kalau aku dapat lah salah seorang dari dia orang tu alangkah bertuahnya. Tak payah Elle la. Yang tu susah sangat nak dapat. Ahli gang dia yang lain-lain tu. Boleh tahan apa” ujar Joe pula.

“tapi Elle tu dah kahwin ke belum?” soal Ayie.

“tak tahu pula aku. Dah lah kot. Duduk luar negara lama sangat. Kahwin dengan mat salleh agaknya” ujar Joe.

“Erm, aku ada benda nak tanya dekat kau orang ni” ujar Tengku Dzafril Haidhar tiba-tiba membuatkan masing-masing rakannya terpinga-pinga memandangnya.

“tanya apa? Macam serius sangat je bunyi dia Zaf” soal Fahim. Tengku Dzafril Haidhar tergelak kecil mendengar soalah Fahim.

“yang koma tu, lelaki ke?” soalnya. Fahim mengangguk.

“A’ah. Lelaki. budak tu suka Elle tak silap aku. Tapi Elle buli dan mainkan perasaan dia sampai dia hilang kawalan and try bunuh diri. Kenapa kau tanya?” soal Fahim.

Kini yakinlah Tengku Dzafril Haidhar. Elle adalah nama perempuan yang pernah memainkan perasaan sahabatnya, Syazril sehingga menyebabkan rakannya tertekan lalu mencuba untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan sekolah mereka.

Dia pernah tekad untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada rakannya itu. Masih jelas keadaan rakannya di layar matanya. Terbaring di atas katil, berbulan-bulan lamanya. Dia yakin gadis itulah yang dicarinya selama ini. Elle. Nama itu di simpan kemas dalam kotak ingatannya.

“Apasal kau tanya doh? Muka serius sangat” soal Joe pula membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersedar.

“tak ada apa-apalah. Aku tanya je” ujarnya sambil tersenyum. Lantas arak di tangannya diteguk rakus.

*****

Larra termenung sendirian di dalam bilik itu. Otaknya masih ligat memikirkan tentang Mak Munah. Teringat kembali kata-kata doktor padanya siang tadi. Mujur bukan Faris yang perlu ditemuinya.

“Sel-sel kanser pada paru-paru Puan Maimunah telah meliputi hampir 70 persen dari paru-parunya” ujar doktor tersebut. Larra mengangguk-angguk seolah-olah faham. Tumpuannya diberikan seratus peratus ke atas apa yang diberitahu oleh doktor itu.

“Jadi, apa punca yang menyebabkan kanser tu, doktor?” soalnya kembali. Doktor itu menarik nafas panjang sebelum meletakkan pen yang dipegangnya di atas kertas-kertas di atas mejanya.

“Baiklah, seperti kita tahu, setiap organ dalam tubuh manusia termasuklah paru-paru mengandungi sel-sel yang khusus untuk menjalankan fungsi masing-masing. Untuk organ tersebut berfungsi dengan baik, sel-sel yang telah rosak atau mati perlu diganti dengan sel-sel yang baru. Ada tindak balas dalaman dalam tubuh badan manusia yang akan mengawal sel-sel yang pecah ni dari terus membiak. Maksudnya, tak ada sel berlebihan lah”

Larra mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

“baiklah, tapi karsinogen merupakan agen luaran yang menyebabkan pembentukan kanser.” sambung doktor itu. Berkerut dahi Larra.

“jadi salah satu penyebab kanser adalah karsinogen ni?” soal Larra kembali. Pegh! Aku ni dah macam belajar Biologi pula. Dilihatnya doktor itu mengangguk sambil tersenyum

“Ya, cik Adlea. Karsinogen ni amat berbahaya kerana ia akan masuk ke dalam sel badan kita, dan menyebabkan sel tu menjadi abnormal sampai proses pertumbuhannya menjadi terganggu”

“So kesannya, sel-sel tadi yang sepatutnya berhenti membiak, jadi tak berhenti membiak dan terus berpecah, membiak dengan lebih banyak lah maksudnya. Jadi, jisim sel yang berlebihan inilah yang kita panggil sebagai ketumbuhan” jelas doktor itu panjang lebar. Larra menelan air liurnya. Baru kini dia faham.

Dummm!!

Satu bunyi kuat menerpa gegendang telinganya. Beristighfar dia berulangkali menahan rasa terkejutnya. Hampir saja luruh jantungnya mendengar bunyi itu. Hilang terbang lamunannya tentang doktor itu. Yang hanya kini perasaan bimbangnya. Ish! Bunyi apa pula tu. Dahlah aku seorang-seorang je dekat rumah ni.

Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya dan berjalan perlahan menuju ke ruang tamu. Dia menangkap bayang seseorang sedang terhuyung hayang dalam kegelapan malam. Ruang itu memang sengaja digelapkan ketika dia hendak masuk ke bilik tadi. Cepat-cepat dia bersembunyi di sebalik dinding.

Eh? Siapa pula yang mabuk ni. Takkan Tuan Hakimi kot. Bisiknya di dalam hati. Dia mengamati susuk tubuh lelaki itu.

“Zaf” sepatah nama itu muncul di bibirnya. Mengucap panjang dia melihat lelaki itu dalam keadaan mabuk kini menuju ke arah tangga. Tidak lama kemudian lelaki itu hilang dari pandangannya.

Setelah lama berdiam diri dan akhirnya dia yakin bahawa lelaki itu kini sudahpun masuk ke biliknya, perlahan-lahan dia memberanikan diri untuk keluar di sebalik persembunyiannya menuju ke arah pintu yang masih belum di tutup oleh Zaf sebentar tadi.

Balik dahlah mabuk. Lepas tu pintu pun tak reti tutup. Menyusahkan orang betullah! Marahnya di dalam hati sambil tangannya pantas menutup rapat pintu itu dan menguncinya kembali.

“Eh kau! Diri situ!” arah satu suara garau membuatkan Larra yang baru berpusing ingin menuju ke bilik kini terkejut. Rasa takut mula menjalar. Suara siapa pula tu malam-malam ni. Langkahnya mula diatur laju.

“Kau pekak ke?!!” tengking suara itu lagi. Setelah mengamati suara itu, kini Larra yakini itu adalah suara milik Zaf. Dia menoleh ke arah tangga dan benar tekaannya lelaki itu sedang duduk di salah satu anak tangga di situ sambil merenungnya tajam.

Larra mula berasa tidak sedap hati. Agh sudah, dahla aku berdua-duaan dengan dia dekat dalam rumah ni. Puan Zahnita dekat hospital. Tuan Hakimi pergi Kelantan. Dibuatnya ada benda lain yang berlaku tak ke naya aku, ngomelnya di dalam hati.

Pantas, kakinya diatur laju ingin menuju ke biliknya. Berniat untuk tidak mengendahkan arahan lelaki itu ke atas nya namun tubuh lelaki itu terlebih dahulu menghalangnya.

“Kau nak pergi mana?” soal lelaki itu serius sambil memandangnya. Larra memalingkan wajahnya dari terus memandng lelaki itu.

“saya nak masuk bilik. Nak tidur” ujarnya dingin. Kedengaran lelaki itu tergelak kecil membuatkan Larra segera menoleh. Kau apahal ketawa? Aku ada buat lawak ke?

“a..aku ada benda nak tanya kau” ujar lelaki itu. Larra menjeling. Kelihatan lelaki itu sedikit serabai dengan rambutnya yang kusut masai. Bau mulut lelaki itu yang kurang menyenangkan menyebabkan dia terpaksa menapak ke belakang bagi menjauhi lelaki itu. Rasa loya tekaknya dengan bau masam yang terbit dari lelaki itu. Tak suka betullah aku bau arak ni!

“eleh! Macamlah kau tak pernah sentuk arak” kedengaran satu suara ghaib mengejeknya beserta dengan ketawa besar. Berkerut keningnya sedikit mengiyakan kata-kata itu. Lantas, dia menoleh ke arah lelaki itu yang telah pun berdiri sambil bersandar pada sofa.

“Apa? Cakap cepat!” soalnya endah tak endah. Eh! Tergarang pula aku dekat dia ni. Tapi ah lantaklah! Aku memang tak suka dia. Benci meluat semua ada dekat mamat perasan bagus ni!

“apa pendapat kau tentang…….Hik! Hik!” kata-kata lelaki itu sambil tersedu-sedu sebelum terdiam lama membuatkan Larra sedikit tertunggu-tunggu dengan ayat yang seterusnya. Agh! Bukan sedikit tertunggu-tunggu. Memang aku sangat tertunggu pun apa yang lelaki ni nak cakap. Beberapa detik berlalu namun lelaki itu masih lagi berdiam. Larra mendengus perlahan. Tidur ke apa dia ni?

“….. Kahwin paksa?” akhirnya lelaki itu menghabiskan jua ayatnya. Berderau darah Larra mendengar soalan itu. Apahal tanya aku pulak mamat ni. Takkan dia pun ada masalah yang sama macam aku juga kot!

“erm.. Erm. Bagi saya benda tu tak wajar sebab.. Sebab.. Semua orang ada hak dengan pilihan mereka sendiri” tergagap-gagap dia ingin menjawab soalan itu. Hatinya mula diasak pelbagai soalan tentang tujuan lelaki itu bertanyakan soalan itu padanya. Tahukah lelaki itu, bahawa dia juga merupakan salah seorang mangsa kahwin paksa. Okay, sampai aku terpaksa lari rumah.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah gadis itu sambil tersenyum. Dari cahaya rembulan yang menerobos masuk melalui tingkap-tingkap di atas banglo itu, membuatkan jelas kelihatan betapa mempesonanya wajah gadis itu. Darah lelakinya mula bergelora. Pantas dia menutup matanya rapat-rapat sebelum bangun menghampiri gadis itu.

“kahwin tu tak perlu zaman sekarang. Yang penting…..” lelaki itu menghampirinya sambil berbisik di telinganya. “duit” ujarnya. Larra mencebik. “Aku tak tahulah kenapa bapak aku boleh tunangkan aku dengan perempuan tu” sambungnya lagi. Larra mengerutkan dahinya.

“tunang?” soalnya kembali sedikit hairan. Biar betul dia ni pun kena tunang paksa, soalnya sendiri. Berapa banyak kes dekat KL ni kena macam aku kena? Dilihatnya lelaki itu mengangguk.

“aku tak pernah terfikir pun nak kahwin. Tiba-tiba dia boleh tunangkan aku dengan perempuan sial tu. Dia tak tau yang aku benci perempuan, aku benci tunang aku, benci mak aku, benci….KAU” ujar lelaki itu akhirnya. Larra mendengus perlahan. Eleh kau! Poyo betul. Kau nak benci perempuan sangat, gay ke apa?

“saya tak peduli la pasal hidup awak. Pasal awak kena kahwin ke, tunang ke, cerai ke, apa ke, ingat saya peduli?” soalnya kerek. Lelaki itu menoleh memandangnya.

“And thanks, untuk pengetahuan awak, saya laaaaagi benci dengan awak” sambungnya lagi. Sengaja ditekannya perkataan lagi itu. Biar lelaki itu tahu betapa bencinya terhadap lelaki itu. Fuh! Keluar pun apa yang aku simpan selama ni. Sememangnya sepanjang dia tinggal di situ, dia memang menyampah dengan perangai majikannya yang ini.

Dilihatnya lelaki ketawa besar mendengar jawapannya sebelum berhenti mengelilinginya dan berdiri di hadapannya. Rasa mual pula memandang wajah lelaki itu lama-lama.

“baguslah tu, sama-sama benci. I hate you Elle” ujar lelaki itu sebelum rebah ke arahnya. Larra tergammam sejenak mendengar ayat terakhir lelaki itu. Namun lebih memeranjatkan baginya kini apabila lelaki itu telah pun tidak sedarkan diri menyebabkan dia terpaksa menahan lelaki itu dari terjatuh.

Otaknya masih memikirkan tentang kata-kata lelaki itu. Dia pasti lelaki itu menyebut bahawa lelaki itu bencikan, Elle. Siapa yang Elle yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Takkan aku kot. Mana mungkin lelaki itu tahu tentang kisah silamnya atau mungkin lelaki itu sememangnya tahu rahsia dirinya yang cuba ditutupi selama ini. Perasaannya mula bertukar tidak enak.

“Zaf! Zaf!” panggilnya berulang kali namun masih sepi. Panggilannya masih tidak berjawab. Larra mengeluh keras sebelum tubuh lelaki itu dipapahnya perlahan-lahan menaiki tangga.

“aku janji kalau aku jumpa kau Elle aku akan kenakan kau cukup-cukup. Aku benci kau!!” ulang lelaki itu lagi sambil tangannya cuba menggapai-gapai sesuatu.

Bau masam yang menusuk hidungnya sekali sekala menyebabkan dia hampir sahja muntah di situ. Namun di sedaya upaya menahannya. Ugh! Menyusahkan betul la kau ni. Dahlah mabuk lepas tu aku pula kena papah badan kau yang berat ni naik tangga. Busuk!

“eeeeii! Awak janganlah gerak ke sana sini. Saya nak tolong papah pun susah tahu tak!” marah Larra apabila hampir sahaja dia tergelincir ketika lelaki itu bergerak bertentangan arah dengannya.

“Eh perempuan kampung! Kau kenal tak siapa Elle?” soal lelaki itu tiba-tiba. Larra mengerutkan dahinya. Apahal dengan mamat ni?

“aku tanya kau ni” ngomel lelaki itu lagi. Larra menggeleng-gelengkan kepalanya.

“perempuan kampung macam kau, mestilah tak kenal kan siapa Elle tu. ” terus-terusan Tengku Dzafril Haidhar merengek menyebut-nyebut tentang gadis bernama Elle itu. Larrra menjeling. Tak payah nak tak kenal sangatlah.

“Elle. Elle” rengek lelaki itu.

Larra kian jadi tidak tenteram mendengar namanya diulang-ulang. Kenapa lelaki itu menyebut nama itu. Tahukah lelaki itu betapa runsingnya dia kini mendengar nama itu. Tombol pintu dicapainya sebelum pintu bilik lelaki itu pantas dikuak sebelum tubuh lelaki itu dipapahnya masuk ke dalam bilik.

“Elle” sekali lagi nama itu disebut. Larra benar-benar geram dan kali ini dia menolak lelaki itu sekuat hati menyebabkan Zaf terdorong ke hadapan dan tertonggeng di atas katilnya. Padan muka kau! Melihat keadaan lelaki itu yang langsung tidak sedarkan diri, cepat-cepat dia berlari keluar dari bilik itu.

Jantungnya masih berdegup kencang. Rasa takut. “Kalau dia betul-betul tahu siapa aku, habislah” ujarnya sambil memejam matanya erat. Namun beberapa detik selepas itu dia melepaskan satu keluhan berat. Dia menarik nafas lagi.

“Now relax Larra. Tak ada bukti pun, kalau dia nak cakap aku Elle. Sekarang aku Adlea bukan Elle” tegas Larra. “Aku Adlea. Bukan Elle” ujarnya berulang kali sambil berjalan menuju ke biliknya.

*****

Tengku Dzafril Haidhar masuk ke bilik mesyuarat itu. Dilihatnya semua staf-staf sudah menunggunya di situ.

“Maaf. Saya terlambat sikit” ujarnya sambil duduk di kerusinya. Dilihatnya semua staf-stafnya sudah berbisik sesama sendiri membuatkan dia jadi tidak sedap hati.

“Encik Fauzi. Ada apa-apa yang tak kena?” soalnya sambil memandang ke arah lelaki itu membuatkan lelaki itu berhenti dari berbisik dengan Encik Halim yang duduk di sebelahnya.

“Tengku dah lambat hampir satu jam” ujarnya tegas. Tengku Dzafril Haidhar mengerling ke arah jam tangannya. Benar, mesyuarat sepatutnya bermula dari jam 9 pagi tadi. Namun atas kelewatannya bangun pagi tadi, mereka semua terpaksa menunggunya untuk sampai ke pejabat selama sejam. Itupun setelah Aqiem, yang bertugas sebagai PA nya menelefonnya berpuluh kali demi memastikan dia hadir ke pejabat hari ini.

“Maafkan saya sekali lagi. Saya kurang sihat sebenarnya. Sebab tu saya datang lambat” ujarnya. Memang benar. Pagi tadi ketika dia bangun, dia mula selsema.

Encik Fauzi mengangguk tanda faham. Namun hati kecilnya berkata-kata. Walaupun kau sakit, tak semestinya kau boleh datang pejabat sesuka hati. Mentang-mentanglah syarikat ni bapa kau yang punya. Macam aku tak ada kerja lain, desisnya di dalam hati.

“kalau Tengku tak sihat, eloklah berehat sahaja. Tunda meeting ke” ujar Puan Husna.

“no. Its okay. Erm, sekali lagi maafkan saya semua” ujarnya seolah-olah kesal dengan tindakannya datang lambat ke pejabat itu. Dilihatnya reaksi semua staf-stafnya seolah-olah mulai bosan dengan perangainya. Ini bukan kali pertama dia hadir lewat ke mesyuarat. Pernah juga dia menyebabkan semua staf-stafnya tunggu berjam-jam lamanya di bilik mesyuarat namun akhirnya dia membatalkan sahaja mesyuarat itu.

“Baiklah kalau tak ada apa-apa. Boleh mulakan pembentangan sekarang?” soalnya kembali.

******

Mak Siah sekadar menggeleng kepalanya sahaja melihat gelagat Datin Marissa. Dari pagi tadi, ada sahaja benda yang dibuatnya. Tidak duduk diam. Bila disuruh berehat, dimarahinya pula. Lengan bajunya disingsing tinggi.

“tengok apa tu Mak Siah?” soal suara di sisinya membuatkan dia yang sedang leka memerhatikan gelagat Datin Marissa pantas menoleh. Nafisah sudahpun berdiri di sebelahnya. Dia segera mengunjukkan ke arah Datin Marissa dengan mulutnya.

“dari pagi tadi dia tak duduk diam. Habis satu rumah ni dikemasnya” bisik Mak Siah. Nafisah mengangkat keningnya seraya menoleh memandang ke arah Datin Marissa yang sedang mengeluarkan segala jenis gelas dari dalam almari di sudut itu.

“iye ke? Tak pernah-pernah saya tengok dia rajin macam ni” ujar Nafisah pula.

“tu lah. Mak Siah tengok pun terkejut. Dia tak pernah macam ni” ujar Mak Siah pula. Satu keluhan berat dilepaskan.

“tak payah pelik sangatlah tengok saya rajin hari ni. Dari awak berdua diri situ ngumpat saya, baik awak ke sini. Tolong saya bersihkan habuk-habuk dekat gelas ni” ujar Datin Marissa membuatkan Nafisah tersengih-sengih malu. Sementara Mak Siah pula lekas-lekas bergerak menuju ke arah Datin Marissa diekori oleh Nafisah di belakangnya.

“Datin nak saya tolong apa? Lebih baik saya je yang lap semua gelas ni. Datin, pergilah berehat” pujuk Mak Siah. Datin Marissa mendongak memandangnya.

“biar lah saya nak buat kak. Biar saya kemas. Akak tolong saya pun cukuplah” ujarnya ke arah Mak Siah membuatkan wanita itu terdiam.

Pandangannya beralih ke arah Nafisah. “Bawakan kain lap bersih ke sini, Nafisah” arahnya ke arah Nafisah yang sekadar berdiam diri sedari tadi. Gadis itu mengangguk sambil berjalan masuk semula ke dapur. Mak Siah pula sudah duduk bersila di sampingnya.

“sebenarnya, ada apa-apa majlis ke nak buat Datin. Sibuk benar saya lihat Datin kemaskan rumah” ujar Mak Siah ke arah Datin Marissa. Dilihatnya wanita itu tersenyum nipis.

“saya bukan apa. Dah lama sangat tak rasa mengemas rumah sendiri. Selama ni main serah dekat akak je bersihkan semua” ujarnya sebelum melepaskan satu keluhan berat. Sempat Mak Siah menjeling ke arah majikannya itu. Wajahnya kelihatan kusut. Seperti terkenangkan selalu.

“Datin teringatkan Cik Larra ya?” selanya membuatkan wanita itu pantas menoleh ke arahnya.

“Ini kainnya Datin” ujar Nafisah sambil turut bersila di situ. Datin Marissa mencapai satu gelas sambil dilapnya gelas itu bersih-bersih.

“saya bukan apa kak. Saya buat semua kerja, sengaja sibukkan diri saya ni, sebab tak nak fikir sangat pasal Larra. Saya masih tak boleh terima, anak saya lari dari rumah” luahnya. Nafisah mengerling ke arah Datin Marissa.

“Datin tak ada terima satu pun berita dari dia?” soalnya. Datin Marissa dilihatnya menggeleng. Wajahnya masih kelat.

“saya memang berharap pun yang satu hari, anak saya tu balik semula ke rumah ni, Nafisah” ujarnya perlahan. Namun tidak lama kemudian dia mengukir senyum. Nafisah sekadar memandang. Eh! Apahal pula dia ni senyum seorang-seorang. Entah-entah Datin ni dah tak betul agaknya.

“Mak Siah ingat tak apa permainan kesukaan Larra masa kecil-kecil?”soalnya sambil memandang ke arah Mak Munah. Baru kini Nafisah mengerti maksud di sebalik senyuman itu. Wanita itu tersenyum gara-gara teringatkan kisah silam.

“hem, ingat. Saya ingat lagi dia paling suka main buih sabun” ujar Mak Siah turut tersenyum. Sememangnya dia adalah pengasuh buat Larra sejak kecil.
Datin Marissa tergelak kecil.

“Kadang-kadang, saya selalu terfikir. Jahat sangat ke saya dengan Dato’ ni paksa anak sendiri berkahwin bukan dengan kehendak hati dia?” soal Datin Marissa. Nafisah menggeleng.

“mungkin Cik Larra belum kenal agaknya dengan Tengku Dzafril Haidhar tu. Itu sebab dia tolak” ujar Nafisah.

“tapi kalau lah mereka berdua tu bersatu. Saya suka, Datin. Sebabnya sama padan. Yang Tengku tu kacak tinggi, cik Larra pula cantik, tinggi lampai juga” sokong Mak Siah. Datin Marissa hanya tersenyum. Tidak dinafikan calon bakal menantunya itu sememangnya mempunyai paras rupa yang kacak. Pendek kata, mereka berdua memang sama padan.

“entahlah. Pemikiran orang-orang muda sekarang, susah kita nak teka. Kita kata A, dia orang kata B. Kita kata S dia orang kata U” ujar Datin Marissa. Mak Siah dan Nafisah tergelak melihat muncung Datin Marissa itu.

“zaman sekarang dah tak sama dengan masa kita dulu. Habis tu Datin, keluarga Tan Sri tu dah tahu ke belum pasal Cik Larra hilang?” soal Nafisah. Datin Marissa menggeleng-gelengkan kepalanya.

“saya dengan Dato’ memang nak beritahu pasal hal ni dekat keluarga mereka. Tapi sekarang ni, Tan Sri tu tengah ada dekat Tokyo. Dengar-dengar buka hotel mereka dekat sana. Jadi terpaksa tunggu sampai dia balik seminggu dua lagilah” ujar Datin Marissa.

“kaya betul ya, Tan Sri Tengku Radzi tu. Hotel dia tu, ada hampir dekat semua negara dekat Asia ni kan Datin?” soal Mak Siah. Datin Marissa menganguk. Bulat mata Nafisah mendengar.

“Iye ke Mak Siah. Ingatkan dekat Malaysia je ada” ujar Nafisah.

“yang dekat Malaysia ni. Syarikat induk dia je. Vermillion Hotel tu kan memang hotel antarabangsa. 6 bintang. Dah banyak kali dah keluar dekat TV pun” ujar Datin Marissa. Nafisah sekadar tersengih.

“Manalah saya tahu, Datin. Saya tak tahu sangat pasal hal-hal dunia korporat ni” ujar Nafisah. Datin Marissa tersenyum memandang Nafisah.

“Kamu tu Fisah. Tak ada lagi ke calon lelaki nya. saya ni nak juga merasa makan nasi minyak awak” ujar Datin Marissa sengaja mengusik Nafisah yang kini sudahpun berusia 28 tahun.

“tak ada siapa yang berkenan dekat saya Datin. Saya ni rupa tak ada, harta pun tak. Pandai pun tak. Manalah ada orang nak dekat saya. Lain la kalau Cik Larra tu. Sekali petik, sepuluh yang datang” ujar Nafisah. Teringat pula dia pada seraut wajah lembut milik Larra.

“ada pula cakap macam tu. Awak tu cantik je saya tengok. Pandai memasak” ujar Datin Marissa.

“ermph, Nafisah. Kalau pasal Cik Larra tu jangan cakaplah. Dia dari zaman sekolah lagi memang ramai yang nakkan dia. Dia je yang tak hendak” ujar Mak Siah sambil terkekek ketawa.

*****

Setelah selesai menjemur pakaian, Larra mengemaskan semula pingan mangkuk kotor yang berada di ats meja. Rasa sunyi pula rumah itu setelah pemergian Puan Zahnita dan Tuan Hakimi ke tempat kerja masing-masing pagi tadi. Tuan Zaf pula, jarang sekali nampak batang hidungnya turun bersarapan pagi bersama-sama. Jadualnya masuk ke pejabat ikut suka hatinya. Dah pergi pejabat juga agaknya. Larra membuat tekaan sendiri.

Dia mendongak memandang ke tingkat atas, teringat pula peristiwa dia dibuli untuk mengangkat pasu ke sana sini. Di situlah lelaki itu berdiri, bisiknya di dalam hati.

Eh! Apasal aku teringat dekat lelaki gila tu pula tiba-tiba ni. Pantas dia menggelengkan wajahnya sambil mengelap habuk-habuk di sekitar meja. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, dia berdiri tegak sambil tersenyum bangga memerhati ruang itu yang sudah pun dibersihkannya.

“Ehem!”kedengaran seseorang berdehem membuatkan dia segera berpusing. Terkejut dibuatnya melihat Tengku Dzafril Haidhar dengan baju tidurnya turun dengan membawa selonggok baju yang dipeluk di tangannya. Lelaki itu berhenti berdiri di hadapannya. Larra masih kaku melihat aksi lelaki itu.

“Basuh semua baju ni” ujar lelaki itu serentak melemparkan semua baju-baju kotor itu ke arah Larra membuatkan kini lantai itu bersepah-sepah dengan baju kotor milik lelaki itu.

Larra berisighfar berulangkali melihat kelakuan lelaki itu. Perlahan-lahan dia duduk dan tunduk mengutip sehelai demi sehelai baju-baju kotor itu. Sempat dia menjeling lelaki itu yang masih berdiri di hadapannya sambil masih memerhatikan dirinya yang kini sedang mengutip baju-baju kotor tersebut.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis melihat gadis itu yang kini sedang mengutip baju-baju kotor miliknya yang dicampakkannya tadi. Terasa dirinya menang melihat gadis itu tunduk dengan arahannya.

“Eh kejap!’ ujarnya ketika gadis itu ingin berlalu dengan baju-baju kotornya. Langkah gadis itu terhenti. “Bawakan sarapan pagi aku ke sini. Siap dengan air sekali” arahnya sambil mencapai alat kawalan jauh televisyen dan berbaring di sofa.

Larra mendengus perlahan sambil kakinya pantas diatur menuju ke dapur. Apasal dia boleh ada dekat rumah pula. Tak kerja pula dia hari ni. Biasa dah masuk pejabat. Pukul berapa sekarang ni? Soalnya sendiri sambil matanya segera memandang jam besar di ruang tengah itu. Huh? Dah pukul 11.45 pagi. Dia mengetap bibirnya rapat mencampakkan baju-baju milik lelaki itu masuk ke dalam mesin basuh.

“basuh semua baju ni” ejeknya lagi meniru kata-kata lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhar menjeling Adlea yang sedang meletakkan sarapan spagethi serta air orange ke atas meja di hadapannya.

“sarapan tuan” ujar gadis itu perlahan sebelum cepat-cepat bangun ingin meninggalkannya.

“Ada aku suruh kau blah?” soalnya kasar. Larra menoleh ke arah majikannya itu dengan hairan. Apa lagi mamat ni nak ni?

“duduk” arah lelaki itu tanpa memandang ke arahnya. Larra bergerak ke arah sofa paling jauh dari lelaki itu sebelum bersedia untuk melabuhkan punggungnya untuk duduk di situ.

“duduk sini. Bukan situ! Bodoh ke?” jerit lelaki itu sambil mengunjukkan sofa kosong di sebelahnya. Bulat mata Larra mendengar bahasa kasar lelaki itu. Wah! Macam kau pandai sangat la kan nak panggil orang bodoh!. Namun dia melangkah juga menuju ke tempat lelaki itu sambil duduk di sisinya. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain. Enggan memandang wajah lelaki itu.

“kau masak?” soal Tengku Dzafril Haidhar ke arah Adlea di sisinya. Sedikitpun gadis itu tidak memandangnya. Sekadar mengangguk sahaja. Sikap gadis itulah yang membuatkan dia geram sebenarnya. Sedikit sebanyak mengingatkan dia pada seseorang. Agh! Kau ni spesies sama je dengan perempuan tu. Tak padan orang kampung! Marah Tengku Dzafril Haidhar. Mangkuk berisi spagethi itu dicapainya.

“aku cakap dengan dinding ke? Ingat dengan angguk-angguk macam tu aku faham?” sindir lelaki itu sebelum menyuap spageti itu ke mulutnya.

Menyirap darah Larra mendengar kata-kata pedas dari lelaki itu. Agh! Kau memang sengaja seksa aku kan. “ya, saya yang masak” suaranya kedengaran keras.

“uwek” kedengaran lelaki itu memuntahkan semula spagethi yang baru disuapnya ke pinggan. Larra pantas menoleh. Apa lagi yang tak kena dengan dia ni? Teruk sangat ke aku masak sampai dia muntahkan balik, soalnya di dalam hati.

“Kau masak apa ni? Bagi anjing pun, anjing pun tak nak makan!!” marah lelaki itu. Larra kini sudah hampir hilang kesabarannya dengan sikap kurang ajar lelaki itu.

“memanglah, anjing je yang tak nak makan” ujar Larra kembali sambil mata galaknya tepat memandang mata milik lelaki itu. Kini dia tidak peduli lagi status apa dirinya di dalam rumah itu. Dia tidak peduli lagi siapa lelaki itu. Majikannya atau bukan.

Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar mendengar jawapan yang diberikan oleh gadis itu. Serentak ego lelakinya meronta-ronta minta diletakkan di tempat paling tinggi. Berani betul dia samakan aku dengan anjing. Lantas dia segera bangun berdiri sebelum mangkuk berisi spagethi itu dicurahkan ke atas gadis bernama Adlea itu.

Larra benar-benar terperanjat besar apabila menyedari dirinya kini disimbah dengan spagethi. Ternganga mulutnya dengan tindakan berani lelaki itu. Mee spagethi itu masih terjuntai di kepalanya. Lantas, matanya segera diarahkan memandang lelaki itu yang kini sedang berdiri memandangnya. Jelas kelihatan riak ego lelaki itu melalui cara pandangan matanya kini. Aku tak boleh biarkan ni. Kau ingat kau hebat sangat main curah-curahkan spagethi dekat orang.

“kurang ajar!” ayat itu tanpa sengaja terkeluar dari mulutnya akibat terlampau marah. Lalu dia bangun berdiri sebelum tangannya ringan menampar pipi lelaki itu. Pang!

Tengku Dzafril Haidhar terkedu sejenak apabila menyedari dirinya baru sahaja ditampar oleh perempuan. Belum pernah dalam sejarah hidupnya dia ditampar oleh seorang wanita. Tambahan pula gadis yang menamparnya itu hanyalah orang gajinya sahaja. Terkulat-kulat dirinya sambil tangannya meraba pipinya yang terasa kebas dan bisa.

“don’t you ever think, even if i’m just a maid here, then you could do anything like you want to me. Listen!….. I still own my pride and won’t let you step over it. Everything got their own limit and you are just too much! ” tengking Larra. “just too much” ulangnya lagi. Kemarahannya sudah memuncak.

Tengku Dzafril Haidar tergamam mendengar gadis itu berbicara. Tidak disangkanya gadis itu fasih berbahasa Inggeris. Fikirnya gadis itu hanyalah gadis kampung yang tidak tahu apa-apa. Bagai mimpi apabila gadis yang selalu dipandang rendah itu lancar sahaja memarahinya. Sedikit terpukul dengan kata-kata gadis itu.

“eh kenapa ni?’ soal satu suara membuatkan Larra dan Tengku Dzafril Haidhar pantas menoleh ke arah suara itu. Hakimi muncul dengan briefcasenya.

Terkejut dia melihat kedua-duanya kini berdiri memandangnya. Kedengaran tadi mereka seolah-lah bertengkar tapi apakah puncanya. Lebih terkejut lagi apabila melihat keadaan gadis bernama Adlea itu kini yang lencun dengan sesuatu yang kelihatan seperti …. Spagethi.

“ya allah! Kenapa dengan awak ni Adlea?” soal Hakimi cemas sambil segera berjalan mendapatkan mereka berdua. Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis.

“Aku yang simbah dia dengan spagethi. Kau nak buat apa?” soal Tengku Dzafril Haidar. Dia yakin adiknya itu tidak akan berani untuk bergaduh dengannya.

“abang ni dah hilang akal ke apa? Kenapa abang buat macam ni” tegur Hakimi sambil mengerling ke arah Adlea yang diam membatu.

“aku benci dia. Aku benci gila dengan dia” ujar lelaki itu selamba sambil berjalan ingin keluar dari ruang itu meninggalkan Hakimi dan Larra. Namun baru beberapa langkah sengaja dia berhenti.
.
“by the way, kalau kau nak beritahu dekat mummy. Silakan! Aku tak takut pun” cabar lelaki itu sebelum berjalan menaik tangga. Sejurus abangnya pergi, cepat-cepat Hakimi menghampiri Adlea.

“awak pergi bersihkan diri dulu. Tempat ni biar saya yang tolong kemaskan” ujar Hakimi. Larra tergamam. Apahal dia ni murah hati sangat nak tolong kemaskan. Yang jadi maid kat rumah ni kan aku, jadi patutnya aku yang kemaskan.

“tapi nanti baju Tuan Kimi kotor. Lagipun kan saya memang maid. Saya boleh bersihkan semua ni” ujar Larra srba salah. Lelaki itu tersenyum.

“tak apa. Biar saya yang kemaskan. Anggaplah ni sebagai tanda maaf saya dari pihak abang saya. Awak pergi mandi” ujar Hakimi. Larra melepaskan satu keluhan berat. Memafkan lelaki seperti Zaf itu? Agh mustahil. Namun dia sekadar berdiam diri sahaja. Malas mahu menjawab.

Tengku Dzafril Haidhar menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Bergema biliknya dengan bunyi dentuman pintu itu. Rasa amarahnya meluap-luap. Dahlah free-free je aku kena tampar dengan dia. Lepas tu dia kena marah pula dengan dia. Siap speaking lagi!!

“memang dasar perempuan sial!’ jeritnya sambil membaling buku-buku di atas rak meja itu. Bertaburan buku-buku itu di atas lantai.

Entah mengapa, dia mula berasa benci melihat gadis itu semenjak dari hari pertama mereka bertemu lagi. Sikap dingin dan cara gadis itu memandangnya membuatkan dia teringat pada seseorang. Tapi siapa?

Langkahnya diatur berjalan mengelilingi bilik itu. Otaknya berputar ligat cuba mencari jawapan pada persoalannya tadi.

Tapi siapa? Siapa yang pernah bersikap macam ni dengan aku. Tak semena-mena langkahnya terhenti. Bebola mata hitamnya tepat memandang lantai. Riak wajahnya memberitahu seolah-olah dia telah pun mendapat jawapan pada soalannya tadi.

“Perempuan airport tu?’ tidak semena-mena bayangan tentang perempuan yang pernah dilanggarnya ketika di airport bulan lepas kembali mengisi ruang memorinya. Ya! Pembantu rumah bernama Adlea itu membuatkan dia teringat pada gadis airport yang pernah dilanggarnya dahulu.

Dia berjalan lagi. Tapi! Takkanlah Lea tu perempuan airport yang aku jumpa. Perempuan tu stylo, Adlea ni pula selekeh je. Perempuan kampung. Tak nampak moden langsung. Agh! Beza betul. Tak mungkinlah dia perempuan tu. Fikirnya sambil mula berjalan kembali.

“eh, yang aku pergi teringat dekat budak perempuan airport tu kenapa?” keluhnya.

Alasan yang sebenarnya, setiap kali dia teringat kenyataan bahawa dia telah bertunang, dia menjadi marah. Dan hanya dengan melepaskan kemarahannya pada pembantu rumah mudanya itulah yang membuatkan dia kembali tenang. Dia tahu wanita itu bukanlah tunangnya namun hanya dengan cara itu dia mampu melepaskan rasa marahnya terhadap tunangnya.

“ok Tengku Dzafril Haidhar. Kau ni gila agaknya. Sekejap perempuan airport tu. Sekejap tunang kau agggghhh!!’ jeritnya sekuat hati. Terdengar ketukan di pintu biliknya membuatkan dia terdiam. Ya memang pintu biliknya sedang diketuk.

“Nak apa?!” jeritnya dari dalam bilik. Lantas pintu bilik itu dikuak sedikit dari luar. Tercongol kepala Hakimi di situ.

“abang okay ke tak?” soal Hakimi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar malu sendiri. Mesti dia dengar apa yang aku cakap tadi. Mukanya terasa bahang.

“apahal pulak kau nak sebok ambil tahu. Aku okay ke, tak okay ke, kau peduli apa. Dah. Pergi sana. Jangan ganggu aku!” marahnya. Tidak lama kemudian pintu bilik itu ditutup kembali.

Hakimi membulatkan matanya sambil mengangkat kening. Dia mengeluh perlahan. Ditolehnya pintu bilik itu yang telah pun ditutup rapat sambil tersenyum sumbing. Dah gila agaknya. Cakap seorang-seorang.

*****

Gembira sungguh Larra apabila dia diberitahu oleh pihak hospital, Mak Munah sudah sedarkan diri. Cepat-cepat dia berkemas. Tuan Hakimi yang menghantarnya ke hospital petang itu. Puan Zahnita telah sampai dahulu ke situ, berikutan jarak butiknya dengan hospital tidak jauh.

“Mak cik macam mana?” soal Larra melihat Mak Munah yang sedang terbaring melihatnya. Tuan Hakimi di sisinya pula duduk di birai katil. Dilihatnya Mak Munah sekadar tersenyum sahaja memandangnya. Larra turut tersenyum. Sedikit gembira melihat wanita itu sudah sedar.

“Doktor cakap, Mak Munah boleh balik hari ni” ujar Puan Zahnita pula. Larra menoleh ke arah wanita itu seketika.

“iyeke! Erm, baguslah macam tu. Rumah tu pun sunyi Mak Munah tak ada” ujar Larra. Hakimi bangun berdiri sambil membetulkan baju kemejanya.

“kalau macam tu, Kimi turun bawahlah uruskan proses Mak Munah keluar” ujar Hakimi. Puan Zahnita sekadar mengangguk. Larra memerhati Hakimi yang telah pun hilang di telan pintu. Perhatiannya kembali kepada Mak Munah.

“Puan Nita… Lea….. Ada hal yang Mak Munah nak cakapkan” ujar Mak Munah tiba-tiba. Puan Zahnita menoleh ke arah Mak Munah sebelum kembali memandang Larra.

“Hal apa Mak Munah” soal Larra. Mak Munah dilihatnya tersenyum memandangnya. Puan Zahnita dilihatnya masih dalam keadaan bingung. Dia juga begitu. Tidak faham maksud wanita itu.

“tentang Adlea” ujar Mak Munah. Bulat mata Larra mendengar kata Mak Munah itu. Ah sudah!

“pasal Adlea. Kenapa dengan Adlea, Mak Munah?” soal Puan Zahnita sambil memandang ke arah Adlea yang masih berdiri di hujung katil.

“tentang siapa sebenarnya Adlea” ujar Mak Munah. Gulp! Larra menelan air liurnya yang terasa pahit. Terasa berat kakinya untuk terus berdiri di situ

“maafkan Mak Munah ya, Lea. Tapi Mak Munah rasa, Puan Zahnita patut tahu hal yang sebenar” ujar Mak Munah, memujuk Larra. Hendak tak hendak Larra mengangguk juga.

“siapa sebenarnya Adlea?” soal Puan Zahnita. Satu demi satu persoalan meniti di sebalik bibir milik Puan Zahnita. Tidak sabar untuk tahu apakah yang dimaksudkan oleh Mak Munah yang sebenarnya.

“saya sebenarnya bukan anak saudara Mak Munah” tanpa dipinta Larra sendiri memberitahu hal yang sebenar. Terkedu Puan Zahnita mendengar pengakuan itu. Rasa marah pula kerana ditipu selama ini.

“What? Jadi kenapa tipu saya and menyamar jadi anak saudara Mak Munah. Saya tak sangka awak berdua ni sanggup menipu. Semata-mata nak dapat kerja di rumah saya kan” marah Puan Zahnita.

“Puan. Puan dengar dulu penjelasan saya” pantas Mak Munah pula berbicara. Pantas Puan Zahnita menoleh pula ke arah Mak Munah. “apa semua ni Mak Munah” soal Puan Zahnita pula. Riak wajahnya jelas kelihatan marah kerana ditipu.

“saya tahu saya tak patut tipu Puan. Tapi saya mohon, saya mohon dan merayu pada puan dengar dulu penjelasan saya. Cukuplah sekali pun, tapi saya harap puan dengar” ujar Munah lemah. Puan Zahnita mengerutkan keningnya sambil mengerling sekilas ke arah Adlea yang diam membatu. Satu keluhan berat dilepaskannya.

“cakaplah Mak Munah” ujarnya. Kini suaranya tidak lagi setinggi tadi namun pada wajahnya masih jelas kelihatan marah.

______________________________

P/s: Adakah Puan Zahnita dapat memaafkan Mak Munah dan Larra? nantikan episod seterusnya….


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 5”
  1. dilza adina says:

    hahaha. tak tahan

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.