Novel : Antara mahligai ego dan cinta 6

3 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

“Lea! Lea!” pekik Puan Zahnita. Beberapa minit kemudian kelihatan Adlea berlari-lari anak ke arahnya. Dia mendengus keras sebaik sahaja terpandang seraut wajah itu.

“Ya puan”

“apa awak buat satu pagi ni. Tengok, kain-kain ni semua tak bersidai lagi! Awak nak kerja dekat sini lagi ke tak!” marahnya. Terkulat-kulat Larra mendengar bebelannya. Wajahnya tertunduk, tidak berani dihadapkan memandang Puan Zahnita.

“nak” perlahan dia menjawab

“dah tu. Kalau nak kerja lagi, tak reti-reti nak buat kerja tu cepat sikit?” soal Puan Zahnita. Matanya dijengilkan tanda geram.

“saya memang nak sidai pun kain-kain ni, tapi tadi saya pergi jenguk kejap masakan saya dalam periuk dekat dapur tu” ujar Larra. Wajahnya masih ditundukkan.

“Hei! Pandai menjawab yer!’ tengking wanita itu. Larra terdiam. Eh perempuan ni. Aku dah cakap benda betul salah. Tahu memang nak cari salah aku kan. Mula timbul rasa meluat pula melihat sikap Puan Zahnita itu. Untunglah sekarang aku jadi orang gaji dekat rumah ni.

“maafkan saya puan” hanya itu yang mampu diucapkannya. Kang aku jawab lebih-lebih dia kata aku nak menjawab pulak. Tak paham aku!
“cepat selesaikan! Buat kerja pun lambat. Terhegeh-hegeh” marah Puan Zahnita sambil berlalu ingin menuju ke ruang hadapan. Dia puas dapat memarahi gadis itu. Biar! Biar dia tahu, aku tak mudah untuk ditipu. Itulah balasannya kerana menipu aku, bingkis hati kecilnya

“eh mama” tegur lelaki itu terkejut melihat wajah mencuka Puan Zahnita. Namun panggilannya itu sedikitpun tidak diendahkan. Lelaki mengangkat keningnya sebelum masuk ke dapur memandang Adlea yang masih berdiri kaku di situ memandangnya. Dia tersenyum.

Larra menarik nafas perlahan sebelum melepaskannya kembali. Apalah nasib aku lepas ni. Dia terpaksa menerima hakikat, layanan Puan Zahnita padanya sudah tidak seperti dahulu lagi. Wanita itu benar-benar berubah. Berbeza benar dengan Puan Zahnita yang pernah dikenalinya. Pantang salah sikit, pasti ditengking-tengkingya Larra.

“mummy marah awak ea?’ soal Hakimi. Larra tersenyum kelat sebelum mengangguk perlahan. Tiada apa yang perlu diperkatakan olehnya kepada lelaki itu. Kau ni dah nampak kan aku kena marah tadi dengan dia, lagi nak tanya aku. Memang sengaja la. Marahnya di dalam hati.

Lalu bakul berisi kain-kain yang perlu disidai itu diangkat menuju ke tempat jemuran. Malas mahu melayani pertanyaan-pertanyaan yang bakal dihujani oleh lelaki itu nanti.

“boleh saya tahu, kenapa mummy marah awak?” soal Hakimi.

Larra mengerutkan dahinya. Apahal aku still boleh dengar suara Hakimi lagi ni? Dia mendongak memandang ke atas bumbung dan sekelilingnya. Tak ada pun. Mana datang suara tu.

“saya dekat sini lah. Belakang awak”

Larra pantas menoleh dan jangkaannya benar. Lelaki itu sedang berdiri di sudut memerhatinya. Tersenyum. Larh! Ikut aku ke mamat ni. Ingat duduk dalam dapur tu je tadi. Dia malas mahu melayan lelaki itu. Kain-kain di dalam bakul dikibas-kibaskannya sebelum disidai.

“Kenapa Tuan Kimi follow saya?” soalnya.

“saja. Sebab saya suka tengok muka awak muncung tambah kerut-kerut dahi. Sebab tu saya ikut” ujar lelaki itu. Larra mengerutkan keningnya. Eh lelaki ni. Sedap-sedap je mulut dia tu nak kata aku ada muncung. Mana ada. Dia meraba-raba mulutnya. Senyap.

Memang betul aku tengah muncung. “saya tak ada apa-apalah. Mana ada muncung” ujarnya kembali cuba menegakkan benang yang telah basah. Kedengaran lelaki itu tertawa. Larra mencebik. Apa yang kelakar sangat! Sungguh, moodnya tiada untuk bergurau.
“boleh pulak tak ada apa-apa lepas kena marah dengan mummy saya macam tu. Tapi kenapa mummy marah awak?” soal lelaki itu. Larrra mengeluh peralahn. Dia ni tak nampak ke aku tengah busy ni. Tak ada mood lah nak cerita pasal Puan Nita tuh!

“tak ada apa-apalah Tuan Kimi” ujarnya endah tak endah. Malas hendak memberitahu hal yang sebenar.

“Saya cuma nak tahu sebab je. Mana tahu saya boleh tolong. Sebab saya rasa mak saya tak layan awak macam tu dulu kan. Pelik bila tiba-tiba berubah. So sebab tu lah saya tanya awak kenapa?” beritahu Hakimi. Ya! Sesiapa pun akan perasan perubahan layanan Puan Zahnita yang bertukar secara mendadak itu.

“memang salah saya pun” ujar Larra. Dia malas mahu memanjangkan cerita. Tidak terasa mahu berkongsi atau mengadu apa-apa dengan lelaki itu.

“saya bukan apa Lea, saya tak sampai hati sebenarnya tengok awak kene marah macam tu. Niat saya baik okay. Nak jadi kawan awak je dalam rumah ni. Tapi kalau awak tak sudi nak cerita, its okay. Saya faham” ujar lelaki itu seolah berjauh hati.

Larra mengerutkan dahinya. Marah ke lelaki tu dekat aku? Lalu kepalanya pantas ditolehkan memandang ke arah Hakimi. Dilihatnya lelaki itu sedang tersenyum memandangnya membuatkan dia sedikit lega.

Okay nasib baik dia tak marah.

*****

“eh perempuan kampung! Sini kejap” panggil suara itu. Larra menoleh ke arah Zaf.

“kenapa?” soalnya kembali. Lelaki itu melangkah menghampirinya.

Berderau darah Puan Zahnita melihat kotak itu. Cincin emasnya sudah tiada. Serentak nama Adlea muncul dalam ingatannya. Setahunya, selama ini belum pernah dia kehilangan barang di rumah itu. Ni mesti ada yang curi ni.

Lalu dia menuruni tangga mencari kelibat Adlea. “Adlea! Adlea!”jeritnya. Dia menangkap kelibat Adlea bersama Zaf di ruang itu.

“ya puan?” jawab gadis itu. Mukanya kelihatan takut-takut. Sah! Memang dia yang ambil cincin aku ni, tekanya. Lantas tangannya dihulur ke arah Adlea seperti meminta sesuatu. Terpinga-pinga dibuatnya gadis itu. Ah! Buat-buat muka tak bersalah pula kau ya!

“apa maksud puan?” soal gadis itu kembali. Jelas masih tidak faham dengan isyaratnya. Puan Zahnita jadi geram.

“cincin emas saya! Mana?” jeritnya.

Larra beristighfar panjang mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh wanita tu. Sungguh dia tidak mengerti. Dipandangnya Zaf yang masih berada di situ menyaksikan dia dimarahi oleh Puan Zahnita. Mengharapkan lelaki itu menolongnya, namun lelaki itu hanya tersenyum sinis. Bersorak riang ketawa barangkali di dalam hati melihat dia dimarahi.

“cincin emas apa ni puan?”

“awak jangan pura-pura tak tahu ea. Selama ni, tak pernah barang saya hilang dekat rumah ni. Sejak awak datang, baru ada kehilangan. Mana cincin tu! Bagi saya!’ jeritnya lagi. Adlea dilihatnya sudah pucat lesi. Air matanya sudah bertakung.

“sumpah puan. Saya tak tahu. Saya tak ambil” rayu Larra. Dalam sekelip mata tubuhnya sudah terdorong ke belakang akibat ditolak oleh Puan Zahnita. Wanita itu sudah naik hantu.

“awak jangan main-main dengan sumpah ea. tak payah nak pura-pura baik lagi la Lea. Saya tahu, dah ramai dah kes macam awak ni. Pura-pura datang rumah orang, then menyamar jadi baik. Tapi niat awak nak mencuri kan?”jerit Puan Zahnita.

Larra sudah menangis. Seumur hidupnya, inilah pengalaman pertama kali dia dituduh mencuri. Aku tak pernah mencuri, tegasnya di dalam hati. Lalu wajah singa milik Puan Zahnita dipandangnya kembali.

“saya betul tak ambil puan. Saya tak ambil!” rayu Larra namun rayuannya sedikit pun tidak berjaya apabila wanita itu bertindak lebih berani dengan menarik pula rambut milik Larra.

“sakitttttt!!!!sakit puan!” raung Larra menjerit kesakitan.

Dia benar-benar mengharap Zaf mampu menolongnya ketika itu tapi sia-sia. Lelaki itu sedikit pun tidak mahu menolongnya. Lelaki itu lebih senang menjadi pemerhati dan melihat sahaja. Agh! Aku dah macam masuk rancangan realiti pulak!

“stop mummy!!” jerit satu suara. Dalam raungannya, Larra yakin itu adalah suara Hakimi. Dia membuka mata dan dilihatnya kini lelaki itu menarik Puan Zahnita menjauhinya. Meronta-ronta wanita tu minta dilepaskan. Haa kan aku dah agak. Dia ni mesti jadi hero time aku dalam susah.

“lepaskan mummy Kimi! Dia curi cincin mummy” ujar Puan Zahnita yang sudah hilang kawalan.

“bawa mengucap mummy. Mummy ada bukti ke dia yang curi cincin mummy?” soal Hakimi kembali. Puan Zahnita mendengus keras memandang Adlea yang masih di lantai dengan geram.

“tak payah bukti. Selama ni, mana ada orang pernah hilang barang dekat rumah ni. Lepas dia datang, baru ada hilang barang” Puan Zahnita cuba meyakinkan anak lelakinya itu.

“mummy, tak ada buki boleh tuduh-tuduh orang. Cincin mummy tu, bukan Lea yang curi. Cincin tu Kimi jumpa dalam toilet tingkat atas. Atas sinki. Mummy yang lupa yang mummy letak situ!’ jerit Kimi. Puan Zahnita tergamam. Jarang sekali anaknya itu meninggikan suara ketika bercakap dengannya. Apatah lagi naik marah seperti itu.

“dalam toilet?” soalnya kembali.

Nada suaranya sudah kembali normal. Rasa malu menyerbu mukanya. Adlea dilihatnya sudah bangun sambil berlari meninggalkan ruang itu sebelum hilang entah ke mana. Dipandangnya Hakimi di hadapannya.

“ya mummy. Dalam toilet. Mummy yang lupa mummy letak situ lepas tu tuduh orang lain pulak” ujar Hakimi perlahan. Dari sinar mata lelaki itu, jelas kelihatan seolah-olah kesal dengan kelakuan dirinya yang mengamuk tidak tentu pasal sebentar tadi.

Serentak, Hakimi melepaskan pegangannya pada tangan Puan Zahnita sebelum berlari mengejar Adlea yang hilang. Puan Zahnita terkedu. Anaknya Tengku Dzafril Haidhar itu pula berlalu selamba di hadapannya. Tidak langsung untuk cuba memujuknya.

“show dah habisss!!” kedengaran lelaki itu berteriak setelah berada agak jauh darinya.

Puan Zahntia mengetap bibirnya. Rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukannya. Sedikit rasa malu dengan tindakan melulunya. Tapi aku tak suka budak tu! Dia da tipu aku.

*****

Larra menangis sendirian. Di belakang dapur itulah dia sering menenangkan diri setiap kali terasa sedih. Perasannya kini bercampur baur. Ingin sahaja dia lari dari situ. Tapi dia masih kasihankan pada Mak Munah yang masih memerlukannya.

“Larra rindu mama” ujar nya perlahan sambil menekup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Air matanya mengalir semakin laju setiap kali teringat akan mamanya di rumah. Entah apa khabar agaknya mama di rumah.

Tiba-tiba hidungnya menangkap satu bau lain di situ. Macam bau minyak wangi Tuan Hakimi. Lantas tangannya dilepaskan dari menekup kedua mukanya perlahan-lahan sebelum menoleh ke sisi. Hakimi sedang duduk di sisinya. Menemaninya ketika itu.

“kenapa awak ke sini?” soal Larra hairan. Suaranya sedikit serak akibat menangis barangkali. Lelaki itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“eh ada orang rupanya dekat sini” guraunya dengan membuat riak seolah-olah terkejut melihat Adlea di hadapannya.

Larra tersenyum nipis. Air mata yang masih bersisa pantas dikesatnya. Dalam rumah itu, hanya Hakimi sahajalah yang melayananya dengan baik kini. Suasana bertukar menjadi sunyi kembali.

“Kalau awak nak menangis, menangis je lah. saya tak kisah pun. Saya just nak teman je awak dekat sini je”

Larra mengerutkan dahinya sebelum memandang ke arah Hakimi. Tidak sampai sesaat, air matanya mengalir lagi. Automatik keluar. Tersedu-sedu dibuatnya. Rasa terharu barangkali dengan sikap Hakimi. Sempat dia merasa lelaki itu menepuk-nepuk belakang badannya sebagai isyarat cuba menenangkan. Ah! Dia memang lelaki yang prihatin. Di hospital juga dia yang cuba tenangkan aku.

“Terima kasih” jawab Larra. Hanya itu yang mampu diucapkannya.

“Thanks for?’ soal lelaki itu. Larra pantas mengesat kembali air matanya. Tangisannya sudah semakin reda. Dipandangnya lama Hakimi di sisinya yang masih setia menunggu jawapannya.

“sebab dah tolong saya tadi. Kalau awak tak ada, saya tak tahu lah nak buat apa. Zaf pun…..” dia terdiam. Tidak jadi hendak meneruskan kata-kata. Hakimi mengeluh perlahan.

“saya tolong sebab tak sampai hati tengok mummy pukul awak tak tentu pasal. Lagipun memang cincin tu bukan awak yang ambil pun. Pasal Zaf tu, dia memang macam tu. Jangan peduli sangatlah pasal dia” ujar Hakimi. Larra mengangguk.

Kata-kata Hakimi sememangnya sedikit banyak mampu meredakan rasa sedihnya kini. Apa yang kurang lagi pada lelaki itu. Bagi Larra, Hakimi itu lengkap segala-galanya. Teringat kembali Mak Munah pernah menceritakan bahawa kekasih Hakimi sendiri pernah meninggalkannya dengan cara kejam. Berpaling dari Hakimi semata-mata kerana gilakan Zaf, abang Hakimi sendiri.

Ah! Bodoh punya perempuan. Lelaki macam Kimi ni kau tolak, kau kejar lelaki macam Zaf tu jugak. Entah apa yang kurang lagi pada Hakimi, dia sendiri tidak tahu. Sedangkan baginya Hakimi itu lengkap segala-galanya. Kaya, punya rupa juga tinggi, dan paling penting. Seorang yang gentleman dan bukan seorang pemabuk. Bukan seperti Zaf.

“awak dengar tak apa yang saya cakap ni?’ soal Hakimi apabila melihat Adlea seolah-olah berada di alamnya sendiri. Tidak mempedulikan kata-katanya. Gadis itu menoleh sebelum tersenyum.

“saya dengar” ujarnya.

“err Lea. boleh awak cerita dekat saya, sebab apa mak saya layan awak macam tu? Mana tahu saya boleh tolong awak pujuk mak saya” soal lelaki itu tiba-tiba. Larra terdiam sejenak. Agh! Dia tanya lagi. Tak putus asa betul mamat nih

“itupun, kalau awak anggap saya kawan awak” ujar Hakimi selamba. Nada suaranya mendatar sahaja. Wajahnya sedikitpun tidak dipalingkan memandang Adlea yang sedang melihatnya kini.

Larra jadi serba salah. Lelaki itu telah banyak menolongnya. Tadi pun, dia yang tolong aku masa Puan Zahnita pukul aku. Nak harapkan Zaf, dia jadi penonton je. Bukan nak tolong, ngomelnya di dalam hati.

“baiklah. Saya cerita tapi dengan syarat” akhirnya gadis itu mengalah juga. Hakimi tersenyum lebar. Berkongsi masalah dengan wanita itu adalah apa yang diinginkannya.

“oh ada syarat pula. Okay, apa syaratnya?” soalnya kembali. Larra menarik nafas panjang sebelum kembali memandang ke arah Hakimi.

“be my best friend forever” ujar Larra.

Entah mengapa, lancar sahaja dia mengucapkan ayatnya itu. Selama ini, dia sememangnya bukan gadis yang mudah didekati, apatah bagi lelaki. Hakimi adalah lelaki pertama yang berjaya mendekatinya. Atau dengan kata lain, berjaya membutkan Larra menerima kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Hakimi tergelak kecil mendengar kata-kata Larra.

“kenapa awak gelak?” soal Larra kembali. Sedikit hairan.

“tak ada. Serius awak nak anggap saya kawan baik awak?” soal Hakimi kembali. Larra mengangguk perlahan.

“bukan majikan?”

Larra mendengus perlahan. “majikan pun boleh jadi kawan baik kan. Tapi kalau awak tak nak its okay” ujar Larra. Sedikit malu apabila merasakan permintannya tadi agak kurang masuk akal. Aku ni maid je dekat sini. Bukan lagi diva or what. Selekeh je kot rupa aku dekat sini. Mana dia nak ngaku aku bff dia.

“siapa kata saya tak nak? Saya gembira dengar awak nak anggap saya best friend awak. Baiklah cik Adlea, i’m your best friend forever. So, would you share with me your problem now?” soal Hakimi kembali. Sedikit tenang melihat senyuman gadis itu.

Larra menoleh kembali ke arah lelaki itu. Tidak menyangka lelaki itu bersetuju. Dia mengangguk.

“first, saya nak beritahu dekat awak. Saya datang sini bukan dengan alasan nak tipu semua orang. As my bff, awak percaya saya kan?” soal Larra. Lelaki itu mengerutkan dahinya sambil mengangguk.

“Yeah. Sure” jawab lelaki itu pendek. Bukan itu yang mahu didengarnya dari mulut gadis itu tapi adalah sebab mengapa mummy nya memberi layanan buruk pada gadis itu. Namun dia tetap sabar mendengar.

Larra menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melepaskan kembali perlahan-lahan. Rasa gementar pula ingin memberitahu tentang dirinya kepada Hakimi.

“ok then i’ll tell you”

Larra berpaling memadang Hakimi yang masih setia merenungnya.

“Saya bukan anak saudara Mak Munah. Saya tak ada hubungan darah pun dengan Mak Munah” jawab Larra jujur. Hakimi telah pun membuat muka terkejutnya. Ya! Mungkin lepas ni kau pun akan turut serta join mummy and abang kau benci aku. Pakat-pakatlah satu rumah benci aku. Zaf mesti happy sebab gang dia untuk dia buli aku pun dah bertambah.

Hakimi sememangnya terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari bibir merah milik Adlea. Kalau bukan anak saudara Mak Munah siapa dia? Apa tujuan gadis itu datang ke rumahnya dan mengaku sebagai anak saudara Mak Munah?

Namun, dia cuba berfikir secara profesional. Tugasnya sebagai peguam juga sedikit banyak membuatkan dia tidak terburu-buru untuk membuat tuduhan.

“okay, saya terima. Then?” soal lelaki itu lagi. Dari riak suaranya tidak kedengaaran seperti marah. Larra menyambung kata-katanya.

“but sekali lagi, saya cakap. Niat saya datang sini bukan nak menipu awak sekeluarga” ujar Larra kembali. Hakimi mengangguk.

“ya saya percaya awak, Cik Adlea. Jadi kenapa datang sini and sampai boleh beritahu kami yang awak ni anak saudara dia pula” ujar Hakimi perlahan. Larra menelan air liurnya. Sedikit rasa bersalah. Wajahnya dipalingkan menghadap rerumput di hadapannya. Angin sepoi-sepoi yang menipu sedikitpun tidak mampu meredakan kekusutan di kepalanya kini.

“saya tak berniat pun nak datang sini. Atas satu incident masa Mak Munah kena ragut, saya tolong dia. Tapi saya tolong dia ikhlas. Tak sangka pula bila dia tahu yang saya tak ada tempat tinggal, dia nak bawa saya ke sini.” ujar Larra perlahan-lahan. Berkerut dahi Hakimi mendengar. Ya, mak Munah pernah menceritakan pasal kes dia diragut. Namun tidak pula dia memberitahu Adlea adalah orang yang menolongnya ketika itu.

“tak ada tempat tinggal? Keluarga awak mana? Awak anak yatim?” soalan Hakimi bertubi-tubi membuatkan Larra tergelak sendiri mendengarnya.

Hakimi memandang wajah itu. Eh perempuan ni. Aku tanya, dia boleh ketawa pula. Lantas, dilihatnya gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“saya bukan anak yatim. Saya still ada keluarga. Keluarga saya menetap dekat Ampang. Tapi saya…..lari dari rumah” jelas Larra.

Tergamam Hakimi mendengar. Apa? Lari dari rumah? Namun gadis itu tidak keliahatan seperti gadis yang bermasalah sehingga perlu melarikan diri dari rumah.

“kenapa awak lari dari rumah ? Family problem?” soalnya lagi. Kebiasaannya kes-kes yang ditangani, antara sebab utama, kes lari dari rumah adalah kerana didera oleh ibu bapa, atau masalah pengaruh rakan sebaya. Namun adakah gadis itu salah seorang dari mereka?

“sebab parent saya tunangkan saya dengan lelaki pilihan mereka”

Hakimi menelan air liurnya yang terasa pahit. Okay, jauh dari reason-reason yang aku fikir tadi. Lari dari rumah sebab kena tunang paksa. Dah macam drama TV lah pulak.

“sebab tu awak lari? Sebab awak tak nak kahwin dengan lelaki itu?” soal Hakimi. Larra meraup wajahnya sambil mengangguk. Satu keluhan berat dilepaskan.

“saya tahu apa yang buat ni tak patut. Saya tahu saya bukan anak yang baik. Tapi saya just, nak sikit masa untuk saya fikir balik pasal hal ni” ujar Larra perlahan. Wajah Hakimi di sisinya dipandang.

Cepat-cepat Hakimi memandang tempat lain bila melihat Adlea menoleh ke arahnya. Ada sesuatu di dalam hatinya, membuatkan dia jadi tak tentu hala tiba-tiba.

“erm, kalau awak balik semula ke pangkuan ibu dan bapa awak, maksudnya awak akan kahwin dengan lelaki pilihan dia orang tu lah ea?” soal Hakimi perlahan. Kedua-dua lututnya dipeluk. Sememangnya dia tidak mahu gadis itu menjadi milik orang. Dia benar-benar sukakan gadis itu. Baginya, Adlea adalah jauh berbeza dengan mana-mana gadis yang pernah ditemuinya. Diikerlingnya Adlea sekilas dan dia melihat gadis itu mengangguk. Kecewa.

“Kalau awak tak payah balik boleh? Tinggal je dekat sini” cadang Hakimi.

“i wish that too. Tapi sampai bila saya nak biarkan parent saya macam tu. Saya still ada tanggungjawab lagi dengan mereka” ujar Larra.

Hakimi tersentak. Apa yang aku cakap ni. Sebab pentingkan diri, aku suruh dia jangan balik. Sebab aku takut kehilangan dia, aku cuba pengaruh dia supaya terus tinggal sini. Agh, aku tak patut buat macam tu.

“erm okay. Saya minta maaf. Memang betul lah apa yang awak cakap tu. Ibu and bapa awak lagi penting. So, sebab ni mummy saya marah awak ea? Sebab awak tipu status diri awak dari dia?” soal Hakimi. Adlea mengangguk. Agh mummy. Hal kecil je rupanya.

*****

Puan Zahnita teringat tentang Mak Munah yang masih berada di dalam bilik itu. Setelah dibawa pulang, kesihatan wanita dilihatnya semakin pulih. Semakin berselera untuk makan. Namun dia yang menegah dari wanita itu bekerja. Biar sahaja Adlea yang melakukan tugas-tugas itu.

“Puan” tegur Mak Munah sebaik sahaja menangkap dirinya masuk ke bilik itu. Tiada senyuman di bibirnya. Dia duduk di sisi Mak Munah.

“Dah makan ubat belum?” soalnya. Suaranya kedengaran dingin. Meski tidak meninggi namun jelas wanita itu masih marahkannya. Mak Munah serba salah. Kalau aku tahu, jadi macam ni. Aku tak cerita dekat kau time dekat hospital hari tu, sesalnya di dalam hati.

“Mak Munah dah makan ubat belum?” sekali lagi wanita itu menyoalnya apabila soalannya tadi tidak berjawab. Lemah Mak Munah menggeleng.

“Adlea tak bagi makan ke?” marahnya sambil berdiri untuk mencapai ubat di atas meja. Penutup termos itu dibukanya sebelum menuang air ke dalam cawan.

“tadi saya tidur agaknya” dilihatnya wanita itu masih tidak memandangnya.

“Puan masih marahkan saya dan Lea ya?” soal Mak Munah lembut apabila Puan Zahnita telah duduk kembali di sisinya.

“saya nak marah, ke maafkan ke, tu hak saya. Saya memang tak boleh terima orang tipu saya” ujar Puan Zahnita sambil cuba membantu Mak Munah untuk duduk. Berkerut-kerut dahi Mak Munah. Semakin jelas kedutan-kedutan di wajahnya setiap kali mencuba menahan sakit.

“tapi Puan, Lea tu tak bersalah. Saya yang bawa dia balik sini. Semuanya salah saya” ujarnya.

“agh. Dua-dua sama je lah” ujar Puan Zahnita sambil memberi ubat itu kepada Mak Munah. Selesai minum, Mak munah kembali batuk-batuk.

“jangan cakap macam tu Puan. Saya rasa sedih dengar puan marah-marah dia. Apa pun, saya mohon maaf banyak-banyak dengan puan. Bukan niat saya nak menipu puan tapi percayalah. Lea tak macam yang puan fikirkan” ujar Mak Munah. Batuknya semakin mengganas.

“tu lah Mak Munah. Percaya sangat dengan orang luar. Entah dari mana agaknya datangnya budak tu. Mak Munah layan dia baik. Budak macam tu, tak boleh bagi muka sangat” ujar Puan Zahnita. Menggeleng-geleng Mak Munah menidakkan kata-kata Puan Zahnita.

“Saya anggap dia macam anak sendiri dah. Lea tu baik. Dia yang tolong saya masa beg saya kena ragut hari tu, puan. Kalau tak sebab dia, habis hilang semua barang-barang mak cik” pujuknya perlahan. Benar-benar berharap puannya itu akan faham.

“suka hati Mak Munahlah” ujar Puan Zahnita perlahan sambil berdiri untuk keluar dari bilik itu.

“puan” panggil Mak Munah. Wanita itu berpaling memandangya. Dilihatnya Mak Munah menangis.

“Kalau Mak Munah dah tak ada, puan maafkan Mak Munah ya. Halalkan makan minum Mak Munah selama Mak Munah jadi orang gaji dekat sini ya” rintih Mak Munah menyebabkan Puan Zahnnita jadi tidak sampai hati melihat keadaan wanita itu. Dia melangkah kembali ke katil Mak Munah. Meski dia dari luaran kelihatan dingin, namun dia juga seorang yang cepat tersentuh.

Tangan Mak Munah dicapainya. Digenggam erat.

“kenapa cakap macam tu. Saya tak anggap Mak Munah macam orang gaji saya pun. Saya anggap Mak Munah macam keluarga saya sendiri. Saya tak berkira semua tu dengan Mak Munah” ujarnya lembut. Mak Munah tersenyum nipis.

“jadi saya harap puan boleh maafkan saya dengan Lea” ujar Mak Munah. Puan Zahnita mengeluh. Setiap kali dia masuk ke bilik itu, pasti itu yang akan dicakapkan oleh Mak Munah.

******

Puan Zahnita menoleh ke arah pintu itu. Dilihatnya Hakimi masuk dengan masih berpakaian baju Melayunya. Pasti baru pulang dari masjid.

“Nak apa Hakimi?” soalnya lembut sambil kembali menatap buku ‘The Heart Is The Lonely Hunter’ di tangannya. Jarang sekali anaknya itu masuk ke bilik jika tidak ada urusan penting.

“kimi nak cakap sikit pasal hal Adlea, boleh?” ujar lelaki itu sambil duduk di sisinya. Puan Zahnita menoleh. Ai, lain macam serius je anak aku ni. Serentak dia teringat kembali kekecohan yang dilakukannya siang tadi. Ah! Setiap kali teringat tentang hal itu, dia jadi malu sendiri. Menuduh gadis itu tanpa sebarang bukti.

“erm, cakaplah”

Puan Zahnita pura-pura malas mahu melayan. Tumpuannya diberikan seratus peratus pada buku di tangannya.

“Kimi bukan niat nak bend mummy or what tapi honestly, Kimi rasa apa yang mummy buat dekat dia tu tak patut” ujar Hakimi. Cuba berusaha untuk memujuk mummy nya. Bukankah, kawan patut tolong kawan. Eleh, padahal kau nak tolong ni sebab kau memang dah syok dekat dia kan, Hakimi.

“Kimi pun dah pandai salah-salahkan mummy ya” ujar Puan Zahnita sedikit terkejut mendengar teguran anaknya itu. Buku di tangannya pantas ditutup. Wajah Hakimi di sisinya dipandang lama.

Hakimi menarik nafas perlahan.

“Kimi bukan nak salah-salahkan mummy. Cuma, Kimi tak sampai hati tengok mummy layan dia macam tu. Sebagai anak, Kimi rasa layanan mummy pada Lea tu tak wajar”

Sedaya upaya dia cuba untuk menjaga tutur katanya. Nada suaranya pun lembut sahaja. Mengharapkan hati Puan Zahnita akan terbuka mendengar nasihatnya ini.

“apa yang tak wajarnya Kimi. Mereka berdua tu dah pakat-pakat tipu mummy. Mummy layan Lea tu dengan baik kan sebelum ni. Tapi tak sangka dia boleh tergamak tipu mummy” marah Puan Zahnita. Wajahnya sudah berkerut, tanda marah

“dia orang bukan sengaja nak tipu mummy. Tapi fahamlah mummy keadaan masa tu. Kalau lah Mak Munah beritahu mummy yang dia dan Adlea bukan keluarga. Kenal pun sebab Adlea tu dah tolong Mak Munah masa beg dia kena ragut, agak-agak mesti mummy pun tak bagi kan Adlea tu tinggal dekat sini”

“ya! Mummy memang tak bagi”

“sebab Mak munah nak tolong Lea mummy. Adlea tu lari daripada rumah” ujar Hakimi. Dia buntu. Entah menggunakan cara apa lagi, agar mummy nya itu faham.

“Habis kalau budak tu lari dari rumah, kenapa Mak Munah kena bawa ke sini. Ingat rumah mummy ni rumah kebajikan ke? Sesuka hati nak bawa orang luar masuk rumah ni” soal Puan Zahnita.

“kan Kimi dah cakap, Mak Munah punya beg kena ragut. Lea tu yang tolong Mak Munah semua. Sebab tu lah Mak Munah nak tolong Lea tu balik. Kan bahaya mummy, dia tinggal seorang-seorang dekat luar. Dibuatnya apa-apa berlaku dekat dia” ujar Hakimi. Puan Zahnita mendengus. Wajahnya sudah bertukar cemberut.

“erm, entah-entah tu cerita dia tak. Dia saja je nak menipu. Nak tutup kesalahan dia”

Meski semua yang diberitahu oleh Hakimi itu sama dengan apa yang diberitahu oleh Mak Munah padanya namun dia masih keras kepala. Tidak mahu memaafkan.

“mummy, Kimi tak kisah kalau mummy benci dia. Tapi tolong jangan fitnah. Memfitnah sama hukumnya dengan membunuh. Dosa tu mummy” ujar Hakimi cuba berceramah gaya ustaz. Puan Zahnita mengerutkan keningnya seraya memandang ke arah Hakimi. Buku di pangkuannya dicampakkan ke atas meja sebelum bangun

“dahlah Kimi. Mummy nak tidur. Penat nak fikir pasal hal ni lagi” ujarnya seraya berjalan menuju ke katil sebelum berbaring. Menggeleng-geleng Hakimi melihat sifat mummy nya itu.

“Mummy sebelum tidur jangan lupa baca doa” tegur Hakimi. Puan Zahnita pura-pura menutup mata apabila terdengar suara Hakimi begitu dekat dengannya. Selimut di kakinya terasa di tarik sebelum seluruh badannya kini sudah diselimutkan oleh Hakimi. Ah! Hakimi anak yang baik, bingkis hatinya.

“cincin emas mummy, Kimi letak dalam kotak tu dah. Tapi Kimi betul-betul harap, mummy fikir balik pasal apa yang Kimi cakap tadi tu ea mummy. Love you”

Serentak kedengaran pintu biliknya ditutup perlahan. Okay! Anaknya itu telah keluar. Puan Zahnita membuka kembali matanya. Otaknya ligat memikirkan tentang layanan kasarnya pada Adlea. Satu demi persatu kembali di benak fikirannya

“aku ke yang terlampau berkeras?” soalnya sendiri.

******

“Assalamualaikumwarahmatullah” selesai memberi salam ketika tahyat akhir dia berdoa pula.

“Ya allah ya tuhanku. Aku mohon pada kau ya allah. Ringankanlah beban yang aku tanggung sekarang. Jauhkanlah aku dari dibenci oleh orang, ya allah. Ya rahman ya rahim. Sesungguhnya aku hamba mu yang lemah. Aku mohon untuk kau tunjukkan jalan buatku ke atas masalah yang aku hadapi sekarang. Jauhkan aku dari dosa lama ku. Ya allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku yang telah menjaga ku dari kecil hingga dewasa. Ya allah, kau ampunilah aku hambamu yang tidak berdaya ini. Amin” doanya sambil meraup mukanya. Dia tersenyum.

Rasa tenang hatinya setelah selesai mengerjakan solat subuh. Dipandangnya Mak Munah yang masih di pembaringan. Masih tidur. Kebiasannya dialah yang akan mewudukkan wanita itu bagi membolehkan dia bersembahyang. Bukankah, bagi yang sakit juga masih perlu melakukan solat. Begitu juga Mak Munah.

Lalu perlahan-lahan tubuh tangan runcingnya diarahkan menuju ke bahu Mak Munah. Digoyang-goyangkannya bahu milik wanita itu.

“Mak cik. Mak cik bangun. Dah subuh ni” ujarnya. Namun tiada sebarang reaksi yang diterima. Wanita itu diam kaku. Pelik Larra melihatnya. Kebiasaannya walau dicuit sedikt pun wanita itu mampu tersedar.

“Mak cik. Dah subuh ni. Bangun” panggilnya lagi. “Mak ciiiiiiiiiiik!”

******

Larra memandang kosong kubur yang masih merah di hadapannya. Air matanya terasa hendak mengalir, namun dia sedaya upaya menahannya untuk tidak jatuh. Kata orang, tak baik menangis di kubur. Tangannya ditadah saat talkin di bacakan.

Usai majlis talkin selesai, orang ramai sudah mula beredar ingin pergi. Namun dia masih ingin berada di situ. Menemani Mak Munah. Saat-saat manis bersama Mak Munah mula berputar kembali di kotak ingatannya. Meski wanita itu baru sahaja ditemuinya namun wanita itu sudah dianggapnya ibarat ibunya sendiri. Kelembutannya serta belaiannya membuatkan dia teringat akan mamanya, Datin Marissa.

Air matanya mula bergenang. Bahunya ditepuk perlahan membuatkan dia tersedar . Bukan dia seorang yang masih berada di situ. Lalu dia menoleh. Dilihatnya Puan Zahnita sedang berdiri di situ memandangnya sambil tersenyum. Rasa aneh melihat wanita itu tersenyum padanya. Biar betul dia ni. Time-time macam ni nak senyum dengan aku.

“yang dah pergi, biarkan pergi. Kita yang masih hidup kena tetap teruskan hidup” ujar wanita itu sambil mengambil tempat duduk di sisinya. Larra jadi pelik melihat sikap wanita. Dia sekadar berdiam. Kang aku jawab mahu tiba-tiba dia pelangkung aku lagi. Tarik rambut aku pulak dekat kubur ni.

“Lea masih marahkan auntie lagi ea?” soalnya. Larra tambah pelik. Sejak bila dia ni bahasakan diri jadi auntie. Ish. Janganlah buat pelik-pelik dengan aku.

“tak adalah puan. Saya tak marah pun dengan puan” jawabnya masih selesa memanggil wanita itu dengan puan. Rasa janggal pula untuk memanggil auntie. Auntie? Errrrk.

“mulai hari ni, jangan panggil saya puan boleh. Panggil saya auntie. Saya rasa, apa yang saya buat dekat Lea seminggu ni memang tak masuk akal kan” ujar wanita itu. Meluahkan isi hatinya. Larra menjadi semakin pelik. Okay, first dia cakap baik-baik dah dengan aku. Lepas tu dia gelar diridia auntie pula, and sekarang! Dia mengaku yang apa yang buat tak masuk akal.

“mungkin memang susah untuk puann……errr auntie nak terima orang luar macam Lea ni. Lea tak salahkan auntie pun” ujar Larra. Masih belum biasa memanggil wanita itu dengan nama auntie. Dilihatnya Puan Zahnita tersenyum.

“jangan cakap macam tu. Auntie sebenarnya rasa bersalah bila fikir balik apa yang auntie dah buat dekat Lea. Tuduh Lea, marah-mrah Lea. Auntie bukan macam tu. Tapi mungkin sebab auntie tak boleh terima yang Lea dan Mak Munah dah tipu auntie. Sebab tu auntie jadi marah sangat. Kalau tak sebab Hakimi nasihatkan auntie, auntie tak tahulah apa jadi sekarang. Maafkan auntie, ya Lea” ujar Puan Zahnita. Tangan milik Larra dicapainya.

Larra sekadar membiarkan Puan Zahnita yang kini sedang menggengam erat tangannya. Rasa terharu. Tidak disangkanya Hakimi benar-benar membantunya memujuk Puan Zahnita. Hasilnya kini, wanita itu sendiri sedar dan mengaku perbuatannya melampau.

“saya maafkan puan.. Errrr i mean auntie. Dan saya sendiri minta maaf sebab dah tipu auntie” ujar Larra kembali. Puan Zahnita tersenyum.

“auntie maafkan. Anggap macam tak ada apa-apa yang berlaku. Boleh tak Lea?” soal Puan Zahnita . Larra megangguk sambil tersenyum.

“baiklah. Jom balik. Dah nak masuk Asar dah ni’ ujar Puan Zahnita sambil bangun. Larra turut mengekori langkah wanita itu.

*****

Selesai menyusun pinggan mangkuk ke dalam kabinet, Larra menarik nafas lega sambil duduk di meja dapur bersendirian. Air kopi di mugnya sekadar dipandang kosong.

Fikirannya menerawang teringatkan arwah Mak Munah. Tidak disangkanya begitu cepat wanita itu telah pergi meninggalkannya. Terasa baru sahaja dia mengenali wanita itu. Lantas pesanan terakhir wanita itu turut bermain-main di fikirannya.

“Kalau Mak Munah dah tak ada, Lea pulanglah semula ke pangkuan ibu dan bapa Lea” pesan Mak Munah suatu malam. Larra mengeluh perlahan.

“Kenapa Mak Munah cakap macam tu. Saya….”

“Adlea tolong dengar cakap Mak Munah. Anggaplah ni nasihat Mak Munah pada Lea. Kalau Mak Munah pergi, Lea pulanglah semula ke rumah Lea” ujar Mak Munah seolah-olah memberi arahan. Ucapannya kedengaran tegas. Larra mengalah.

“tapi saya takut. Kalau papa dan mama saya still marahkan saya. Macam mana?” ujar Larra perlahan. Menahan rasa hatinya. Terketar-ketar Mak Munah cuba memegang lengannya. Erat cengkaman wanita itu.

“tak ada mak dan bapa yang tak sayangkan anak-anak. Mak Munah yakin. Lepas Lea dah balik semula. Mereka mesti maafkan Lea. Dah sebulan Lea dekat sini. Ada Lea khabarkan diri pada mereka? Lea sihat ke tak. Lea makan ke tak. Ada tak?” soal Mak Munah. Mak Munah ni tahu-tahu je.

Larra menggeleng sambil tertunduk.

“kalau macam tu, lagilah mereka risau. Entah selamat. Entah tidak. Percayalah cakap Mak Munah. Mereka akan maafkan Lea. Lea pulang ya nak” pujuk Mak Munah.

Terngiang-ngiang di telinganya. ‘Lea pulang ya nak’ . Satu keluhan berat dilepaskan.

“Lea, tak tidur lagi?” soal satu suara serentak menghalau jauh lamunannya. Puan Zahnita sudahpun duduk di sisinya dengan mug di tangannya. Larra menggeleng perlahan.

“Belum mengantuk lagi auntie” ujarnya. Semenjak Mak Munah selamat dikebumikan, Puan Zahnita kembali melayannya dengan baik. Larra bersyukur dengan perubahan itu.

“teringatkan Mak Munah?’ teka wanita itu. Larra terdiam sejenak.

“saya teringatkan pesanan dia dekat saya sebelum dia pergi” ujar Larra kembali. Air milo di dalam mugnya dihirup sedikit. Puan Zahnita mengangkat keningnya.

“apa pesanan Mak Munah?” soal wanita itu. Larra menelan air liurnya yang terasa pahit.

“Mak Munah minta saya balik semula ke pangkuan ibu dan bapa saya kalau dia pergi. Mungkin dah masanya saya balik ke rumah semula” ujar Larra. Dia bersedia dengan segala kemungkinan pun.

“auntie agak berat hati nak lepaskan Lea, tapi kalau itu yang terbaik buat Lea. Aunite faham. Mesti parent Lea sendiri bimbangkan Lea kan sekarang” ujar Puan Zahnita. Dilihatnya Adlea mengeluh perlahan.

“saya pun rasa macam tu. Nak tak nak, saya rasa saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Parent saya lagi penting dari kehendak saya” ujar Larra.

“kalau boleh, boleh auntie tahu apa sebab Lea larikan diri rumah. Sebab tak nak kahwin dengan lelaki pilihan Lea tu ya?” soal Puan Zahnita. Larra mengetap bibirnya. Dari mana pula wanita ni tahu aku kena kahwin paksa. Setahunya, aku tak pernah beritahu apa-apa pasal dia. Dia sekadar mampu mengangguk.

“aih. Saya tak sangka. Still lagi ada kes kahwin paksa. Macam anak saya Zaf tu pun, daddy dia nak kahwinkan dengan anak perempuan kawan dia. Tak tahulah tu macam mana” beritahu Puan Zahnita.

Larra tergamam. Zaf juga seperti dia. Teringat kembali peristiwa beberapa minggu lepas ketika Zaf pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Lelaki itu juga pernah memberitahunya hal yang sama. Dia ditunangkan secara paksa.

“saya tak tahulah auntie. Saya rasa, belah bahagi. Apapun, saya rasa saya kena ikut apa yang arwah pesan dekat saya. Jadi auntie benarkan saya pergi?” soalnya kembali. Takut-takut Puan Zahnita menghalang. Puan Zahnita dilihatnya tersenyum.

“apalah hak auntie nak halang Lea pulang ke pangkuan ibu dan bapa Lea sendiri. Auntie gembira kalau Lea nak pulang semula jumpa mereka. Tapi kalua boleh, aunite nak juga kenal-kenal dengna parent Adlea? Boleh?” soal Puan Zahnita kembali. Ingin sekali dia betemu dan berkenalan dengan kedua-dua ibu bapa gadis cantik ni.

“boleh. Insyaallah nanti saya kenalkan auntie dengan ibu dan bapa saya” ujar Larra smbil tersenyum. Lega hatinya Puan Zahnita memberi kebenaran untuk dia pulang semula ke pangkuan keluarganya.

*****
“Zaf mana, Kimi?. Mummy ketuk-ketuk pintu bilik dia tak berjawab. Dia dah keluar ya?” soal Puan Zahnita sambil mengambil tempat di sebelah Hakimi yang masih berbaring. Lelaki itu menoleh seketika memandangnya sebelum kembali membaca surat khabar di tangannya.

“dia dah balik dah mummy” ujar Hakimi membuatkan Puan Zahnita terkejut.

“Hah? Dah balik? Kimi ni biar betul. Apasal mummy tak tahu pun” ujar Puan Zahnita.

“macam bisalah mummy. Rumah ni kan hotel untuk dia. Lagipun hari ni, uncle Radzi dah balik dari Tokyo. Sebab tu la dia balik rumah dia semula” ujar Hakimi selamba. Sempat dia menjeling ke arah mummy nya kelihatan hampa dengan kepulangan mengejut abangnya.

“Mana Kimi tahu dia dah balik?” soal Puan Zahnita masih tidak percaya. Hakimi dilihatnya tersenyum.

“Kimi jumpa dia masa dia nak turun pagi tadi. Dia yang cakap yang dia balik Damansara. Tak duduk sini lagi” ujarnya lagi. Hakimi menarik nafas panjang melihat Puan Zahnita. Dia segera bangun dan duduk di samping wanita itu.

“dahlah mummy. Tak payah sedih. Hakimi ni kan ada. Kimi tak pergi mana-mana” ujar Hakimi mengingatkan tentang kehadirannya di situ. Dia memeluk mummynya. Tidak mahu mummy nya terus-terusan sedih. Puan Zahnita menguntum senyuman nipis. Pelukan anaknya sudah dilepaskan.

“ehm tak apalah. Kimi, tak ada keluar pergi mana-mana pula hari ni?’ tegur Puan Zahnita sengaja mengusik Hakimi.

Pantas Hakimi menoleh sambil tersenyum. “eh mummy. Kalau Kimi keluar, mummy juga yang bising, kata Kimi tak reti lekat dekat rumah. Sekarang Kimi dah tak keluar, pun mummy tegur lagi. Adoiii!” ujarnya bergurau. Tergelak kecil Puan Zahnita mendengar kata-kata Hakimi itu. Terlupa sejenak tentang rasa sedihnya tentang Zaf.

Memang benar. Anak lelaki keduanya itu dahulu jarang sekali melekat di rumah. Ada sahaja aktivitinya di luar. Maklumlah, anak lelakilah katakan. Namun sejak kebelakangan ini, dia juga pelik melihat perubahan pada Hakimi. Anaknya itu lebih gemar duduk di rumah sahaja jika tidak bekerja.

“iye ke ni. Ke, ada sebab lain tak nak keluar. Hurm?” soal Puan Zahnita sengaja mengusik Hakimi. Dikerlingnya sekilas ke arah Hakimi di sisi. Wajah lelaki itu kelihatan merah.

“apa maksud mummy. Mana ada sebab apa-apa” ujarnya. Agh cover! Cover!

“erm, nampak benar nipunya. Kamu tu, dari kecil memang tak reti menipu. Kalau menipu nampak sangat muka penipu” ujar Puan Zahnita sambil tergelak melihat wajah pucat lesi Hakimi. Tersengih-sengih lelaki itu mendengar kata-katanya.

“eh, mummy ni macam-macam la. Penipu apanya?” soalnya kembali.

“Kimi, ada hati pada Lea kan?” soal Puan Zahnita. Sengaja dia berterus terang dan seperti yang dijangkanya. Soalannya itu membuatkan Hakimi tergamam. Lalu lelaki itu berpura-pura ketawa sebelum berbaring semula di sofa.

“eh apa mummy cakap ni. Mana ada Kimi sukakan Lea. Tak adalah” ujarnya. Agh! Dah jelas terang memang aku tengah syok dekat dia stil nak cover lagi!
“tak payah nak menipu sangatlah dengan mummy. Mummy tahu, Kimi tu memang suka Lea and i got no probs with that” ujar Puan Zahnita. Hakimi menoleh ke arahnya. Bulat mata anak lelalakinya itu memandangnya dengan senyum lebar di bibirnya.

“Ye ke mummy? Maksudnya mummy pun berkenan lah ea dengan Lea tu?” soalnya kembali. Puan Zahnita cuba menahan ketawanya sambil mengangguk-angguk kepalanya. Jelas terlihat Hakimi mengukir senyum lebar.

“tengok dah senyum macam tu pun still tak nak ngaku yang Kimi memang suka kan dia. So? Macam mana?’ soal Puan Zahnita. Sayup-sayup kedengaran loceng rumah mereka berbunyi membuatkan Hakimi tidak jadi untuk menjawab soalan mummy nya itu.

“Mummy dengar tak orang bagi salam?” soalnya. Puan Zahnita turut cuba mengamati dan memang benar, kini kedengaran orang memberi salam.

“Kimi pergi lah jemput tetamu tu masuk. Datin Marissa agaknya” ujar Puan Zahnita. Hakimi sekadar mengangguk sebelum bingkas bangun dan berjalan menuju ke pintu utama yang terletak di tingkat atas.

*******

“Datin nak saya jemput Datin pukul berapa?’ soal Pak Man. Datin Marissa menoleh ke arah Pak Man.

“saya tak lama kot dekat rumah kawan saya ni. Awak jemput saya dekat sini dalam sejam lebih lagi boleh? Awak pergi la mana-mana dulu. Sarapan ke?” ujar Datin Marissa mengangguk perlahan. Pak Man mengangguk perlahan.

“baik Datin” ujarnya. Datin Marisssa segera keluar dari kereta Alphard itu lalu menuju ke rumah milik sahabatnya itu.

Datin Marissa menekan loceng beberapa kali. “Assalamualaikum!” laungnya.

Tidak lama kemudian, kelihatan anak kedua, sahabatnya itu muncul di sebalik pintu dengan masih berpakaian baju tidur. Tersenyum dia melihat Hakimi.

“Walaikumussalam, auntie. Masuklah” ujarnya sambil membuka pintu bagi membolehkan Datin Marissa untuk masuk ke pekarangan rumahnya.

“Mummy kamu ada?” soal Datin Marissa. Menoleh Hakimi memandangnya.

“Ada. Tadi dia ke dapur. Kejap lagi keluar la tu. Auntie duduklah dulu dekat sini. Kimi panggilkan mummy ea” ujar Hakimi. Datin Marissa mengangguk sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggungnya ke sofa di ruang tersebut. Tas tangannya diletakkan di sisi. Selendang yang masih tersangkut di kepalanya diperbetulkan.

“Datin” tegur satu suara membuatkan Datin Marissa pantas menoleh. Dia tersenyum sebaik sahaja terpandang kelibat sahabatnya itu, Puan Zahnita.

“Nita sihat?” soalnya sambil bersalam. Puan Zahnita duduk di hadapannya kemudian.

“alhamdulillah. Saya macam ni juga. Sihat je. Dah lama Datin tak datang ke sini” ujarnya ke arah Datin Marissa.

“saya bukan tak nak datang. saya dah lama nak datang sini dah Nita. Tapi itulah asyik tertangguh-tangguh je. Lagipun, saya datang sini pun ada hal nak dicakapkan pada Nita” ujar Datin Marissa. Puan Zahnita mengangkat keningnya seraya tersenyum.

“ada hal apa?” soalnya kembali.

“untuk mesyuarat esok. Saya minta Nita jadi wakil saya sebab saya tak sihat sangat. Boleh tak?” soalnya. Puan Zahnita termenung seketika memikirkan permintaan rakannya itu.

“kalau tak boleh tak apa” ujar Datin Marissa.

“insyaallah boleh Datin. Lagipun saya memang nak pergi pun esok” ujar Puan Zahnita. Datin Marissa tersenyum sambil mengangguk.

“erm, terima kasihlah ya Nita. Eh. sunyi je rumah ni. Mak Munah mana?” soal Datin Marissa sambil melihat-lihat segenap ruang itu mencari kelibat Mak Munah. Kebiasaan dia datang ke situ, pasti Mak Munah akan datang menemuinya.

Dia kembali menoleh ke arah wajah sahabatnya itu. Serentak wajah milik Puan Zahnita bertukar jadi kelam membuatkan dia jadi hairan. “Nita, kenapa?” soalnya. Puan Zahnita menoleh memandang ke arah Datin Marissa.

“Mak Munah dah tak ada, Datin. Baru tiga hari lepas meninggal. Barah paru-paru” beritahu Puan Zahnita. Ternganga mulut Datin Marissa mendengar. Setahunya baru dalam beberapa bulan lepas dia berjumpa dengan wanita itu.

“Innalillah, tak tahu pula. Maafkan saya, Nita. Mengejut dia pergi. Semoga rohnya dicucuri rahmatlah” ujar Datin marissa. Pantas Puan Zahntia menggeleng sambil tersenyum.

“amin, tak apalah Datin. dah memang sampai masa dia agaknya. Ermmm.. Datin datang seorang je ke hari ni. Mana Larra? Kata hari tu dia dah balik semula ke Malaysia kan? ” soal Puan Zahnita. Puan Marissa terdiam sejenak mendengar nama Larra. Ya, tiba-tiba teringatkan Larra membuatkan hatinya seolah-olah disiat-siat. Pilu mengenangkan anak yang hilang tanpa berita.

“a’ah dia dah balik sini dah” beritahunya. Cuba untuk tersenyum.

“erm, kalau Datin cepat sikit bawak dia ke sini. Boleh dia jumpa sekali dengan Zaf. Zaf tinggal sini sebulan” ujar Puan Zahnita bersungguh-sungguh.

“Zaf tinggal sini?’ soalnya kembali. Sedikit pelik kerana setahunya anak lelaki pertama sahabatnya itu jarang sekali pulang ke rumah ini. Dilihatnya Puan Zahnita mengangguk.

“ya. Dia tinggal sini sementara Radzi pergi outstation di Jepun. Erm, kempunanlah agaknya saya nak tengok sendiri bakal menantu saya tu. Teringin benar saya nak tengok Larra tu sendiri” ujar Puan Zahnita. Sememangnya dia belum pernah berjumpa dengan empunya diri Larra yang ingin dijodohkan dengan anaknya itu. Hanya mendengar khabar tentang kecantikannya sahaja dari mulut bekas suaminya Tan Sri Tengku Radzi.

“Kalau dia ada dekat rumah tu memang saya dah bawak sekali dah Nita”

“Larra pergi mana? Kerja?” soal Puan Zahnita kembali. Dia menangkap riak wajah Datin Marissa tidak seceria tadi. Berubah menjdi murung apabila menyentuh tentang Larra. Apakah masalah yang sebenarnya?

“Dia lari dari rumah”

Bulat mata Puan Zahnita mendengar kenyataan itu. “Mmm…maksud Datin. Larra? Larra lari daripada rumah?” soalnya kembali. Masih kurang percaya dengan apa yang di dengarinya. Biar betul, Larra bakal isteri Zaf larikan dari rumah. Sebab kena tunangkan paksa tu ke?

“Ya. Anak saya Larra dah lari dari rumah Nita” perlahan Datin Marissa mengulangi kata-katanya. Terbit air jernih di hujung matanya.

Puan Zahnita pula kehilangan kata. Masih terkejut yang amat sangat menerima berita itu. Tidak disangkanya gadis itu sanggup lari dari rumah. Zaf tahu ke tak agaknya tunang dia dah lari dari rumah? Dia bermonolog sendirian. Kini dilihatnya Datin Marissa berdiri. Air matanya sudah mengalir.

“Nita. Saya tumpang toilet awak boleh? Mana?”

Dia mendongak. “dekat hujung koridor tu” ujarnya. Lantas Datin Marissa dilihatnya tergesa-gesa berjalan menuju ke toiletnya itu. Menangis barangkali. Satu keluhan berat dilepaskan. Masih memikirkan tentang kehilangan Larra, anak perempuan Datin Marissa yang menghilangkan diri gara-gara tidak mahu dikahwinkan dengan anaknya Tengku Dzafril Haidhar.

“kalau dia larikan diri, ke mana dia pergi sekarang?” soalnya sendiri.

“Mana Datin tu auntie?’ tegur Larra sebaik sahaja sampai di ruang itu. Yang dilihatnya hanya Puan Zahnita bersendirian sahaja di situ.

Puan Zahnita terkejut mendengar teguran itu. Tidak menyangka dia mengelamun jauh sehingga tidak sedar kehadiran Adlea di ruang itu.

“Dia pergi ke toilet kejap” ujar Puan Zahnita. Larra sekadar tersenyum sambil menuangkan air ke dalam cawan-cawan kosong itu.

Bulat mata Datin Marissa melihat seraut wajah itu yang kini sedang leka menuangkan air kopi ke dalam cawan. Dia berjalan perlahan-lahan menghampir gadis itu yang masih lagi belum sedar akan kehadirannya. Aku ni salah tengok ke? Kenapa Larra dalam pakaian yang macam tu. Betul ke tu anak aku? Jantungnya berdegup kencang.

“Larra Adlea?” panggil Datin Marissa.

Serentak Larra menoleh apabila mendengar namanya dipanggil.

_______________________

P/s: apakah kesudahan yang berlaku selepas Datin Marissa telah berjumpa dengan Larra? Adakah Larra akan balik semula ke rumahnya?

Jangan lupa komen :)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 6”
  1. amyra says:

    aah..patotnyer kimi yang kwin dgn larra
    hehe..cmtu bru best..

  2. dilza adina says:

    laaaa. nampaknye hampir semua nak Larra dengan Hakimi. hahaha..

  3. Trisya says:

    Sye jge rse larra ptut kwin ngan kimi. Sbb klu dye kwin ngan zaf. 0rg da dpt agk da..sbbnye novel lain mst bt cite mcm gtue,kn3 ?

  4. eisya says:

    dilza adina ade blog x??

  5. dilza adina says:

    ada blog. tapi x tulis karya ni kt situ.. http://mizza-vermilionstory.blogspot.com/

  6. syafa says:

    besttt ! sambong-2 lahh iyee ~ tak sbo rase nye 😀

  7. yuta says:

    larra dgn zaf kena kawin ….so sweet baru cite best larra anti laki zaf anti pompuan …x sabar nyer

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.