Novel : Antara mahligai ego dan cinta 7

10 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

“Larra Adlea?” kedengaran namanya dipanggil seseorang membuatkan Larra terdiam seketika. Suara itu! Aku macam kenal suara tu. Apasal aku boleh dengar suara mama aku ni?

Lantas dia menoleh mencari pemilik suara itu. Bulat matanya tatkala menangkap sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya kini kaku berdiri memandangnya. Dipejam celikkan matanya bagi memastikan dia tidak bermimpi. Mamanya masih berdiri di situ. Perlahan-lahan dia bangun berdiri menghadap mamanya.

“Mama”

Hanya sebaris kata itu yang mampu diucapkan. Dia masih belum percaya sepenuhnya wanita lewat 50-an yang sedang memandangnya itu adalah mamanya.

Puan Zahnita kaku di tempatnya. Masih belum dapat menangkap apa yang sebenar sedang berlaku. Otaknya ligat memikirkan pelbagai persoalan yang datang.

‘Siapa Larra Adlea yang dimaksudkan oleh Datin Marissa? Adlea ke? Kalau betul, maksudnya selama ni, pembantu rumah aku adalah anak kawan aku sendiri. Kalau betul, maksudnya gadis itu adalah tunang Zaf juga.

Datin Marissa menelan air liurnya yang terasa kelat. Matanya tepat memandang wajah bujur sirih milik Larra. Meski gadis itu kelihatan lebih kurus namun dia yakin, itu adalah anaknya.

Cuma yang menghairankannya adalah dari segi cara gadis itu berpakaian. Seumur hidupnya, belum pernah dia melihat Larra berpakai seperti itu. T-Shirt lusuh buruk bersama seluar slek hitam. Baju siapa yang dia pakai ni? Dah rupa maid dah anak aku.

“Ni.. Ni Larra ke?”

Datin Marissa menyoal lagi. Ingin memastikan gadis itu benar-benar Larra anaknya. Dilihatnya gadis itu mengangguk perlahan. Wajahnya seolah-olah hendak menangis. Ah, jangan menangis! Nanti aku sekali nangis, tegahnya di dalam hati apabila melihat Larra seolah-olah hendak menangis.

“Ni, Larra mama” Larra menjawab perlahan sebelum menghampiri mamanya dan memeluk erat tubuh wanita itu. Terasa beban rindu yang ditanggungnya lepas.

“Mama rindu Larra” beritahu Datin Marissa tiba-tiba.

Larra tergamam seketika mendengar keluhan mamanya. Mama rindu aku? Terasa berdosa pula dengan tindakannya melarikan diri dari rumah tanpa berita. Air matanya sudah mengalir. Ah! Teruknya aku. Tinggalkan mama macam tu je. Buat mama risau. Padahal mama tak bersalah pun dalam ni. Dia cuma mangsa keadaan, fikir Larra lagi.

“Maafkan Larra, mama. Larra tak patut tinggalkan mama”

Datin Marissa tersenyum nipis sambil menolak perlahan tubuh Larra. Disekanya air mata Larra sebelum mengangguk perlahan.

“Mama maafkan. Janji dengan mama, Larra tak buat macam ni lagi. Mama risau’ ujarnya lembut. Larra menarik nafas dalam sebelum kembali melepaskannya seraya mengangguk laju.

“Larra janji” ujarnya. Datin Marissa tersenyum memandang segenap wajah milik Larra sebelum menoleh memandang Puan Zahnita yang masih duduk memerhatikan mereka berdua. Jelas kelihatan wanita itu memerlukan penjelasan. Keliru dengan apa yang dilihatnya barangkali.

“terima kasih Nita, sebab jaga anak saya” ujar Datin Marissa.

Bulat matanya mendengar kata-kata Datin Marissa itu. Dia benar-benar terkejut dengan kenyataan yang baru didengarnya. Memang benar jangkaannya. Adlea yang selama ini menjadi pembantu rumahnya itu adalah Larra. Anak kepada Datin Marissa yang dikatakan menghilangkan diri gara-gara menentang pertunangannya.

Serentak dia teringat kembali gadis itu juga pernah mengaku bahawa sebab dia melarikan diri dari rumah adalah gara-gara tidak mahu berkahwin dengan tunangnya. Jadi yang dia maksudkan Zaf.

“ta.. Tapi.,,,,saya langsung tak tahu, yang Adlea ni Larra. Anak Datin” Puan Zahnita berterus terang. Di pandangnya wajah milik Datin Marissa yang turut berubah rupa mendengar jawapannya.

Berkerut dahi Datin Marissa mendengar kata-kata sahabatnya itu sebelum menoleh memandang ke arah Larra di sisi.

“Adlea?” soalnya kepada Larra.

Larra serba salah. Dipandangnya ke arah mamanya dan Datin Marissa. Ah! Aku patut berterus terang je sekarang ni. Tak guna aku nak rahsiakan lagi identiti aku. Dia menghela nafas panjang sebelum memulakan bicara.

“Mama, memang betul. Larra beritahu dekat auntie Zahnita yang nama Larra, Adlea. Bukan Larra. Auntie Nita, tak tahu pun nama awal Larra” jawab Larra tenang. Puan Zahnita sekadar mendengar penerangan Larra itu.

“Ta…tapi kenapa Larra buat macam tu? Kenapa tak nak beritahu je yang Larra ni Larra. Kenapa mesti guna nama Adlea?” soal Datin Marissa.

Larra menelan air liurnya yang terasa pahit.

“sebab Larra tak nak ada sesiapa yang kenal Larra….Larra takut, kalau ada orang yang kenal Larra. Mama tahu kan Larra belum bersedia nak jumpa orang lain” ujar Larra. Dia mengharapkan Datin Marisa faham maksudnya.

Sememangnya kepulangan dia ke Malaysia dalam jangka masa panjang itu bukanlah seperti yang dirancangnya. Rancangannya dahulu, setelah menjenguk mamanya, beberapa hari selepas itu dia mahu pulang semula ke London. Tapi gara-gara pasport dan segala asetnya yang telah dibekukan oleh papa, mustahil baginya melarikan diri ke luar negara.

Dia terpaksa melarikan diri dengan menyembunyikan identiti. Takut-takut ada teman lamanya yang kenal akan dirinya. Contoh macam Doktor Faris yang aku jumpa dekat hospital tu.

“okay, mama faham. Larra tak bersedia lagi nak berhadapan dengan dia orang” ujar Datin Marissa. Dia dapat menangkap maksud Larra. Lalu dia menoleh memandang ke arah Puan Zahnita yang sekadar berdiam diri.

“Nita, saya harap awak tak marah dia. Kenyatannya, dia memang Larra. Tapi dia juga Adlea” ujar Datin Marissa. Dia mengharapkan sahabatnya itu tidak mengambil hati.

“Auntie, Larra bukan sengaja nak tipu auntie, Larra cuma tak nak orang kenal Larra. Larra takut papa dapat jejak dekat mana Larra. Sebab tu Larra sembunyikan identiti Larra. Lagipun, Larra betul-betul tak tahu yang auntie ni kawan mama” beritahu Larra pula bersungguh-sungguh. Dia tahu Puan Zahnita pantang ditipu.

Puan Zahnita menarik nafas perlahan. Dipejamkan matanya sambil bersandar ke sofa. Meski dia masih terkejut mendengar kenyataan bahawa Larra itu adalah Adlea. Kenyataan bahawa gadis itu merahsiakan identitinya kerana tidak mahu dijejak memang bukan mudah untuk diterimanya. Namun memikirkan gadis itu adalah anak sahabatnya juga, tunang kepada Zaf dia merasakan dia perlu bertolak ansur sahaja. Tak guna nak panjangkan cerita.

Perlahan dia membuka matanya kembali sambil memandang ke arah Larra. Dia tersenyum manis. Tidak mahu menjadikan suasana semakin tegang.

“Terus terang, auntie cakap. Auntie memang terkilan bila dapat tahu siapa Larra sebenarnya. Tapi auntie rasa, hal ni bukan salah siapa-siapa. Larra tak salah pun. Auntie faham and auntie tak marah Larra” balas Puan Zahnita. Datin Marissa tersenyum mendengar jawapan sahabatnya itu. Sedikit lega kerana Puan Zahnita tidak marah.

Larra terkedu sejenak. Masih kurang percaya dengan apa yang didengarnya beberapa minit tadi. Wanita itu tidak marah dengannya.

“betul ke ni auntie tak marah? Auntie tak marah Larra?” soal Larra berulangkali meminta kepastian. Dilihatnya Puan Zahnita mengangguk sambil tersenyum.

“betul. auntie tak marah. Bukan salah Larra pun. Auntie faham, niat Larra bukan nak tipu auntie. Larra tak tahu pun kan yang auntie ni kawan mama Larra?” soal Puan Zahnita. Dilihatnya Larra mengangguk laju.

“Larra tak tahu pun kan yang Zaf…..” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Datin Marissa segera mencelah.

“erm Larra. Larra tak tahu pun kan yang Zaf dah balik hari ni?” soalnya sambil sempat memerhati ke arah Puan Zahnita yang masih terkejut dengan soalannya yang jauh menyimpang itu.

Dia tahu, Puan Zahnita ingin mengajukan soalan tentang Zaf sebagai tunang Larra. Namun dia pasti, sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk memberitahu gadis itu.

Larra menoleh ke arah mamanya. Berkerut-kerut dahinya tanda hairan. Dah kenapa tanya aku pasal Zaf ni. Kalau dia ada ke, tak ada ke dekat rumah ni, aku bukan peduli pun. Dia tak ada lagi bagus. Dia perlahan menggeleng.

“Zaf? Larra tak tahu pun dia balik. Kenapa mama?” soal Larra perlahan. Datin Marissa tersenyum.

“oh. Tak ada apa-apa. Erm, macam ni lah. Larra ikut mama balik ya?’ soalnya kembali.

Larra menelan air liurnya. Ah sudah! Termasuk yang kali ni, dah berapa kali aku asyik telan air liur. Balik? Dah bersedia ke aku balik? Kalau aku setuju nak balik, maksudnya aku terpaksa lah jugak kahwin dengan lelaki pilihan papa tu. Tapi, kalau aku nak terus tinggal dekat sini, kesian lah dekat mama. Serba salahnya akuuuu.

“Kalau Mak Munah dah tak ada, Lea pulanglah semula ke pangkuan ibu dan bapa Lea”

Serentak, pesanan terakhir dari Mak Munah itu tak semena-mena bermain-main dalam benak fikirannya. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum kepalanya diarahkan bagi memandang tepat ke arah mamanya yang masih menunggu jawapan. Perlahan dia mengangguk akhirnya.

*****

Fail-fail di atas mejanya disusun kemas. Satu keluhan berat dilepaskannya setelah selesai mengemaskan meja yang tertera ‘Pengurus Besar’ itu. Pintu itu tiba-tiba dikuak membuatkan pandangannya terarah pada Encik Hassan di muka pintu.

“Tengku tak masuk pejabat lagi ea?” soalnya kepada Natasya selaku setiausaha syarikat perhotelan terkemuka itu. Dilihatnya Natasya menggeleng lemah sambil mencebik.

“Macam biasalah” ujar Natasya sambil berjalan menuju ke muka pintu. Berhasrat ingin keluar barangkali. Sempat Hassan memberi laluan kepada wanita muda itu untuk keluar melepasinya.

“susah betul nak jumpa. Ada dokumen yang nak minta sign dia ni” ujar Hassan meluahkan rasa kesalnya. Natasya menoleh ke arahnya.

“Encik Hassasn macam tak tahu pula perangai Tengku tu. Kalau Tan Sri tak ada, memang payah lah nak tengok muka dia dalam pejabat ni” ujar Natasya. Turut menarik muka masam.

“susah la macam ni. Kalau dia selalu sangat ponteng pejabat, macam mana saya nak settlekan urusan pejabat yang melambak ni” keluh Hassan sambil membelek fail-fail yang masih belum bertanda tangan.

“banyak sangat ke Encik Hassan?” soal Natasya sambil cuba melihat fail-fail di tangan Hassan.

“banyak. Fail-fail ni semua patut dia check. Then kalau tak betul, saya kena betulkan lagi. Kalau macam ni, dia asyik tak datang pejabat je. Macam mana kerja saya nak jalan” keluh Encik Hassan.

“payah kan jadi orang bawah ni. Saya ni pun kalau ikutkan memang dah lama dah tak puas hati dekat dia. Yelah, dia ingat dia anak boss, dia boleh sesuka hati datang tak datang. Geram saya. appointment yang dia patut ganti pun saya yang terpaksa susun balik. Ada sekali tu. Dia janji nak datang. Tapi alih-alih batang hidung dia pun tak nampak. Saya yang terpaksa reka alasan tak nak bagi client kita tu marah. Malu tau” bebel Natasya.

“dia tu, memang tak ambil berat langsung. Bukan saya dengan awak je yang pening kepala sekarang. Tu, ramai dah staf-staf kita yang mengadu pasal Tengku Dzafril tu” ujar Hassan lagi. Natasya tersenyum.

“erm, mana tak nya. Dia tu kan popular dekat sini. Tapi, ramai staf-staf prempuan kita yang minat dekat dia. Mentang-mentanglah dia hensem. Dia orang belum rasa duduk satu pejabat dengan dia. Pening kepala dibuatnya” ujar Natasya lgi.

“eh Natasya. Awak tak minat ke dekat bos kita yang kacak tu” usik Hassan.

“eh tak ada maknanya nyelah. Dia tu memang lah ada rupa. Tapi saya taknak lah, Encik Hasssan. Playboy” ujar Natasya sambil tergelak. Terbayang seketika wajah Tengku Dzafril yang sememangnya kacak. Namanya seringkali digosipkan dengan perlbagai wanita. Sikapnya yang tidak pernah serius dalam sebarang perhubungan itu jugalah yang membimbangkan bos besarnya.

“Morning” ujar satu suara membuatkan mereka berdua segera menoleh. Dilihatnya Aqiem sedang tersenyum memandang mereka sebelum minta diberi laluan bagi memasuk ruang kamar pejabat milik Tengku Dzafril Haidhar.

“Morning” jawab mereka serentak.

Aqiem menolak kuat pintu itu sebelum tiba-tiba namanya dipanggil.

“Qiem”

Dia berhenti. tidak jadi dia meneruskan niat. Lalu pintu itu ditutup kembali sebelum pantas menoleh ke arah Natasya yang memandang. Masam.

“Ye Natasya?’ soalnya kembali. Natasya dilihatnya megeluh perlahan.

“Tengku pergi mana? Dah dekat seminggu dia tak masuk pejabat” ujar Natasya.

Aqiem menelan air liurnya yang terasa kelat. Dipandangnya ke arah Natasya dan Hassan silih berganti. Sengal betul lah kau Zaf. Kau yang tak datang pejabat, aku pulak yang kena soal. Siap kena hadap lagi muka masam setiausaha kau ni.

“dia.. Dia.. Tak tahu Sya. Aku pun dah lama tak jumpa dia” ujarnya lemah.

“eh. Kau kan PA dia. Merangkap best friend dia. Takkanlah tak jumpa langsung kot” ujar Natasya lagi.

“Betul. Aku tak jumpa dia minggu ni. Lagipun dia duduk rumah mak dia kot. Kat Cheras. So aku jarang dapat lepak dengan dia. Kenapa Sya?” soalnya kembali.

Memang kerjanya selaku “PA” Zaf perlu memastikan kerja-kerja lelaki itu berjalan lancar. Kadang-kadang dia yang terpaksa menguruskan semuanya. Lelaki itu hanya goyang kaki sahaja.

“Ni, Encik Hassan ada nak minta dia sign. Kalau dia asyik tak datang, macam mana urusan syarikat nak jalan” ujar Natasya meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Tu lah. Ni file ni kau boleh tolong serahkan dekat dia, boleh tak? Suruh dia check apa yang patut and kalau okay, suruh dia sign je lah. Kalau boleh esok kau bagi aku balik. Nak hantar dekat department atas secepat mungkin ni” ujar Hassan pula sambil menyerahkan beberapa biji fail.

“hah yelah. Nanti balik ni aku singgah rumah dia. Minta dia semak and sign” ujar Aqiem sambil mengambil fail yang kini sedang bertukar tangan.

Di pandangnya Natasya di sisinya sementara Hassan sudahpun berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Dahlah Sya. Kau pun macam baru kenal dia. Dia kalau bapak dia tak ada, memang liatlah dia nak datang pejabat. Mesyuarat hari tu pun, aku call dia berpuluh kali baru dia nak datang kau tahu” ujarnya Aqiem kembali.

Meski Tengku Dzafril Haidhar itu adalah sahabat baiknya namun dia sendiri tidak gemar dengan sikap sambil lewa sahabatnya itu yang tidak pernah serius ketika bekerja. Hendak datang, dia muncul. Tak hendak datang, memang tak akan muncul. Namun selalunya sahabatnya itu jarang sekali menampakkan muka di pejabat. Semua kerja dia yang perlu uruskan.

Natasya dilihantnya mengeluh perlahan.

“dia anak Tan Sri, tapi tak maksud dia boleh buat suka hati tau. Aku bukan apa Qiem. Geram, banyak kerja-kerja dekat pejabat ni tertunda sebab dia tak datang pejabat. Nak confirm kan apa-apa pun susah. Lepas tu kalau aku call, bukannya nak jawab. Semua masuk mailbox” marah Natasya. Aqiem mengangguk-angguk tanda faham.

“aku faham. Aku dah banyak kali dah nasihatkan dia, tapi macam. Kau tahu jelah. Dia? nak pulak dengar kan, cakap orang bawah macam aku ni”

“heh. Tak faham aku dengan perangai dia tu” balas Natasya.

“Macam ni lah. Aku kan ada. aku tolong korang yang termampu lah” ujar Aqiem cuba memujuk Natasya.

“nasib baik kau ada. Kalau tak ada. Boleh jadi gila aku nak uruskan semuanya seorang-seorang” ujar Natasya sebelum akhirnya tersenyum nipis. Aqiem sedikit lega melihat senyuman yang muncul di sebalik bibir yang dilapisi lipstick merah jambu Natasya.

******

Puan Zahnita menghela nafas panjang sambil menjeling ke arah Datin Marissa yang sedang menghirup kopi. Otaknya masih memikirkan tentang Larra.

“Jadi betullah dia jadi pembantu rumah dekat sini Nita?” soal Datin Marissa tiba-tiba sebelum meletakkan semula air kopi yang tinggal separuh di cawannya ke atas meja kembali. Sempat dia memandang sekilas ke arah Puan Zahnita di hadapannya yang turut memandangnya.

“Nampaknya macam tu lah. Saya pun tak sangka yang dia tu tak pernah buat kerja-kerja rumah” ujar Puan Zahnita kembali. Kedengaran Datin Marissa pula yang mengeluh. Sejak dari tadi wanita itu seolah terkejut apabila mendapat tahu, selama ini anaknya itu bekerja menjadi orang gaji di rumahnya.

Datin Marissa masih lagi terkejut mendengar berita selama ini Larra bekejra di situ. Aku ingat budak tu tingal je dekat sini. Rupa-rupanya siap bekerja lagi dekat sini. Jadi maid pulak tu.

“saya macam tak percaya la Nita.” Datin Marissa sekali lagi meluahkan rasa hairannya.

“tak percaya?” soal Puan Zahnita kembali.

“Yelah, Larra tu. Kalau ikutkan, dia tak pernah memasak. Buat kerja-kerja rumah lagilah. Tak pernah. Jadi bila Nita cakap yang dia selama duduk sini, kerja jadi orang gaji. Saya..saya terkejut. Pelik” ujar Datin Marissa meluahkan rasa peliknya. Biar betul anak aku ni, soalnya di dalam hati

“entahlah Datin. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi memang betul. Kerja-kerja rumah, dekat rumah saya ni, dia yang buat sejak Mak Munah sakit lagi. Saya sendiri langsung tak expect yang dia tak biasa buat kerja-kerja tu semua. Elok je saya tengok dia buat” terang Puan Zahnita.

Datin Marissa merenung lama wajah sahabatnya itu. Dia menganguk perlahan.

“Larra….Larra…. Takpelah. At least, anak saya ada pengalaman juga. Yelah, at least dia duduk sini, tak adalah manja macam dekat rumah tu. Semua orang sediakan” ujar Datin Marissa sambil tersenyum memandang Puan Zahnita yang sedang memandangnya.

Puan Zahnita turut tersenyum mendengar kata-kata Datin Marissa.

“saya ni, kalau ikutkan lagi terkejut Datin” ujar Puan Zahnita pula. Datin Marissa mengerutkan dahinya. Ingin tahu apa yang dimaksudkan oleh Puan Zahnita.

“erm, kenapa pula Nita cakap macam. Terkejut sebab dapat tahu Larra tu anak saya?” soalnya kembali.

“Pasal saya dapat tahu, yang sebenarnya dia tu anak Datin tu, memanglah saya terkejut. Tapi yang buat saya lagi terkejut…….bila dapat tahu, dia tu tunang Zaf. Datin cakap dengan saya yang dia lari dari rumah sebab tak nak kena tunang dengan Zaf kan?’ soal Puan Zahnita lagi. Datin Marissa tergelak kecil sebelum mengangguk perlahan.

“ha’ah. Zaf! Zaf pun tinggal sini sekali kan?” soalnya kembali. Dilihatnya Puan Zahnita mengangguk. “Maksudnya, dia orang tuuuuu, dah jumpa dan kenal la kan” ujar Datin Marissa. Puan Zahnita menarik nafas dalam.

“Itu yang saya nak tanya dekat Datin sebenarnya. Larra memang tak pernah jumpa atau tengok Zaf langsung ke?” soal Puan Zahnita kembali. Datin Marissa mengerutkan dahinya.

*****

Otaknya sedikit berserabut memikirkan banyak hal. Tidak semena-mena fikirannya kembali tentang masalah tunangnya. Papanya pernah memberitahu, akan membincangkan hal perkahwinanya pula setiba dia pulang semula ke Malaysia. Ah! Serabutnya aku. Dia dah nak balik hari ni. Tak tenang aku. Aku langsung tak bersedia nak kahwin, marahnya di dalam hati.

“Eh tuan muda. Bila balik” tegur satu suara membuatkan Tengku Dzafril Haidhar yang sedang berehat di tepi kolam renang itu menoleh. Hilang terbang lamunannya tentang masalah yang dihadapinya kini.

“Oh Pak Samad. Saya baru je balik pagi tadi” ujarnya sambil tersenyum. Pandangannya kembali dilemparkan ke arah kolam renang yang kelihatan tenang itu.

“Puan Zahnita sihat?” soal Pak Samad sambil menyapu dedaun kering di tepi halaman itu. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar tidak menoleh.

Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya sebelum menjawab. Dia jadi tidak tentu arah setiap kali ditanyakan tentang Puan Zahnita. Sejak kecil lagi, dia tidak suka apabila ada yang menanyakan tentang emaknya.

“dia sihat je” balas lelaki itu dengan nada selamba. Pak Samad sekadar menggelengkan kepalanya. Sememangnya hubungan lelaki itu dengan ibu kandungnya terlalu dingin. Sangat sangat dingin. Tidak seperti hubungan ibu dan anak yang lain.

Apatah lagi, lelaki itu telah biasa ditinggalkan bersendirian sebegitu. Dia tahu, yang sebenarnya. jauh di sudut hati lelaki itu sunyi. Dari luaran kelihatan lelaki itu cukup segala-galanya namun lelaki itu kurang kasih sayang. Sudahlah Tan Sri Tengku Radzi sibuk dengan urusan syarikat. Ibunya pula langsung tidak pedulikan dia.

“Papa ada call tak pukul berapa dia sampai, Pak Samad?” soal Tengku Dzafril Haidhar pula. Pak Samad menoleh kembali ke arah lelaki itu sambil meletakkan penyapunya ke tepi. Langkahnya mula diatur menghampiri lelaki itu.

“Tan Sri balik petang ni. Kenapa tuan muda?” soalnya kembali. Lelaki muda itu mengeluh perlahan.

“tak ada apa-apa. Habis tu Kak Indah, bila nak balik? Bukan patutnya hari ni dia dah kena balik sini ke?” soalnya kembali.

Yang sebenarnya perutnya terasa lapar. Kebiasaannya Kak Indah yang menguruskan segala-galanya di rumah itu. Namun wanita lewat 30-an dari Jakarta Indonesia itu masih lagi dalam perjalanan pulang semula ke rumahnya. Wanita itu dicutikan selama sebulan.

“Pasal Indah tu, saya tak tahu. Memang patutnya hari ni dia balik. Mungkin masih belum sampai agaknya. Atau flight tunda” ujar lelaki itu. Tengku Dzafril Haidhar mengeluh sambil bangun.

“Kalau dia tak ada, terpaksa la saya makan luar” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali sambil bangun berdiri. Dia tersenyum kepada Pak Samad.

“erm, kalau saya tahu tuan tak makan tadi, saya boleh la beli makanan dulu sebelum datang singgah sini” ujarnya pula. Lelaki itu sudah berjalan menghampirinya.

“ni, Pak Samad dah makan tengah hari belum?”

Pak Samad terdiam. Eh, kenapa pulak dia ni tanya aku. Selama ni bukan dia kisah pun pasal aku dah makan ke belum. Dia memandang hairan ke arah lelaki itu tanpa memberi sebarang jawapan. Masih hairan dengan perubahan lelaki itu.

“saya tanya ni, Pak Samad dah makan belum” Tengku Dzafril Haidhar mengulangi soalannya.

“err belum. Habis sapu ni saya pergi makanlah” ujarnya kembali.

“Pak Samad tinggalkan je lah dulu kerja tu. Ni, meh ikut saya keluar. Kita makan tengahari dekat luar jom” ajak Tengku Dzafril Haidhar. Pak Samad mengerutkan keningnya. Seolah tidak percaya.

“be..betul ke ni?” soalnya tidak percaya. Lelaki itu yang telah pun berjalan ke arah keretenya berhenti sebelum menoleh.

“betullah. Jom ikut saya. Kita makan dekat luar. Dekat rumah ni tak ada sapa. Nak tunggu Kak Indah balik, kebulur saya jawabnya” balas lelaki itu lagi seraya menekan punat kekunci alat kawalan jauh keretanya.

*****

Datin Marissa tersenyum nipis. “memang betul Nita. Larra memang tak pernah langsung tengok gambar Zaf sebelum datang sini” ujar Datin Marissa memberi jaminan.

Puan Zahnita turut tersenyum. Dia yakin sahabatnya itu tak mungkin berbohong.

“jadi, tu bermaksud yang Larra dan Zaf tu langsung tak tahu lah kan yang mereka tu bertunang” ujar Puan Zahnita. Kebenaran itulah yang ingin disoalnya kepada Larra sebentar tadi. Namun Datin Marissa mencelah membuatkan dia tidak jadi hendak meneruskan niat untuk bertanya.

Datin Marissa mengangguk. “saya yakin yang sampai sekarang pun, Larra tu tak tahu yang Nita ni mak kepada tunang dia Zaf. Kalaulah dia tahu, yang Zaf tu tunang dia, silap-silap dia lari dari rumah Nita” gurau Datin Marissa membuatkan Puan Zahnita turut ketawa.

“budak-budak sekarang’ ujarnya.

“Jadi saya nak minta tolong Nita sikit boleh?” soal Datin Marissa lagi membuatkan senyuman di bibir Puan Zahnita mati.

“tolong apa?’ soalnya curiga. Kelihatan wajah Datin Marissa sudah bertukar serius.

“Nita tolong jangan beritahu dia apa-apa boleh?”

Puan Zahnita mengerutkan dahinya. Semakin tidak faham dengan permintaan mengejut Datin Marissa.

“Maksud Datin?”

Datin Marissa menghela nafas panjang sambil membetulkan duduknya. Dipandangnya wajah Puan Zahnita yang masih menanti jawapan darinya.

“Pasal Zaf. Kan Larra still tak tahu lagi yang dia dengan Zaf tu sebenarnya tunang. Jadi saya minta Nita tolong jangan kasi tahu dia apa-apa boleh” ujar Datin Marissa. Dilihatnya Puan Zahnita sekadar berdiam diri sambil mengerutkan kening. Sah, dia belum faham motif aku.

“Macam ni, Nita. Kan, dia baru je setuju nak ikut saya balik. Jadi, buat sementara waktu ni, saya tak nak lah bebankan otak dia pasal hal tunang dia. Or pasal kebenaran siapa Zaf tu sebenarnya. Saya nak dia tenang dulu and mungkin bila ada masa yang sesuai baru saya slow talk hal ni dengan dia. Boleh tak Nita?” terang Datin Marissa panjang lebar.

Puan Zahnita menarik nafas lega sebelum mengangguk. Kini fahamlah dia tujuan sebenar sahabatnya itu. Jika itu yang diinginkan, biarlah. Dia juga tak mahu mengusutkan lagi otak Larra. Sudahlah budak tu lari dari rumah sebab Zaf. Kalau dia dapat tahu siapa sebenarnya Zaf tak ke makin terkejut dibuatnya. Dia tersenyum sendiri.

“Yelah. Datin jangan risau. Saya tak akan sebut apa-apa pun pasal Zaf tu dekat dia. Saya pun faham. Tak nak kusutkan otak dia dengan hal ni” setuju Puan Zahnita. Datin Marissa tersenyum lebar mendengar kata-kata Puan Zahnita.

“kalau macam tu eloklah. Lega hati saya, kalau Nita faham” ujar Datin Marissa kembali. Pandangannya dihalakan ke segenap ruang seolah-olah mencari sesuatu.

“eh, Hakimi mana? Selalu kalau saya datang sini, mesti dia menyibuk juga. Hari ni tak ada pula” ujar Datin Marissa. Puan Zahnita tersenyum kelat.

“errrr. Agaknya dia tidur balik kot. Entahlah” ujar Puan Zahnita kembali. Matanya menangkap kelibat seseorang di situ. Larra

“Larra dah siap, mama” ujar Larra membuatkan Datin Marissa turut menoleh ke arahnya. Tersenyum mama melihatnya. Dia mengeluh sambil tersenyum kembali memandang Puan Zahnita.

“auntie, Larra balik dulu” ujarnya. Sempat dia mengerling ke arah dapur tempat di mana dia dan Hakimi berada tadi. Namun kelibat lelaki itu tiada. Aih, kemana la dia ni pergi. Aku dah nak balik ni, getusnya kembali.

“erm, Larra jaga diri baik-baik ya. Kalau ada masa, jangan lupa datang rumah auntie. Auntie tak kisah kalau Larra nak anggap ni macam rumah kedua Larra pun tak apa” ujar Puan Zahnita.

Larra menganguk sambil tersenyum. Eh eh, baik pula dia ni sekarang. Sebelum ni, bukan main garang lagi dengan aku. Sekarang siap nak jadikan rumah dia, rumah kedua aku pulak. Dia ketawa sendiri di dalam hati. Tangannya dihulurkan bagi bersalam dengan Puan Zahnita.

“Okay auntie. Terima kasih sebab sudi tumpangkan Larra. Sudi bagi Larra makan, tidur dekat sini. Larra terhutang budi sangat dengan auntie” ujar Larra sambil tersenyum. Puan Zahnita dilihatnya mengangguk perlahan.

Dia kembali berdiri setelah bersalam. Sempat dia memerhati sekeliling menunggu Hakimi muncul. Namun kelihatannya sia-sia. Lelaki itu langsung tak tunjukkan muka. Hampa.

*****

Hakimi tergamam mendengar kenyataan itu. Badannya yang sasa di sandarkan ke dinding. Sejak 10 minit yang lalu dia berdiri di situ mendengar perbualan antara mummy nya dengan Datin Marissa tentang Adlea. Hajatnya untuk turut serta duduk bersama mereka mati. Dia lebih senang berdiri di sebalik dinding itu dan mendengar sahaja perbincangan tentang Adlea.

Jadi, selama ni, Adlea adalah anak Datin Marissa. Dia juga tunang Zaf. Kenyataan itu sememangnya berat untuk diterimanya. Sukar untuknya menepis kenyataan bahawa gadis yang disukanya dalam diam itu telah pun ditunangkan secara paksa dengan abang tirinya.

Dia mengaku, sememangnya dia sudah mula menyimpan perasaan terhadap gadis itu semenjak mereka mula bertemu lagi. Tetapi kini, dia perlu belajar menerima hakikat bahawa Adlea bukanlah miliknya. Zaf telahpun ditunangkan dengan Larra.

“Larra?” bulat matanya apabila menyebut nama itu. Serentak peristiwa ketika dia dan gadis di hospital menghantar Mak Munah yang batuk darah, kembali mengisi ruang memorinya.

“oh, maafkan saya Cik Adlea. Larra tu kawan sekolah saya. Rupa cik buat saya teringat dekat dia. Sekali lagi maafkan saya” pinta doktor itu. Kini dia yakin, doktor muda itu bukan salah orang. Memang Larra yang dimaksudkannya. Namun kelihatan Larra lebih pandai menyembunyikan identiti dirinya. Berpura-pura. Tidak tahu siapa Larra yang dimaksudkan konon.

“Doktor tu betul. Memang Adlea lah yang dia maksudkan. Larra Adlea” dia bermonolog sendirian sebelum satu keluhan berat dilepaskan saat semua kekusutan tentang diri sebenar Larra terungkai.

Kau tunang Zaf, Larra. Kau tunang Zaf. Zaf lah lelaki yang papa kau pilih untuk kau. Keluhnya perlahan sebelum menutup rapat kedua matanya. Terasa sebal dengan situasinya.

“Hakimi?” kedengaran satu suara menampar lembut telinganya. Dia kembali membuka mata sebelum menoleh. Dilihatnya mummy nya sedang berdiri di situ memandangnya. Sedikit hairan barangkali.

“eh, mummy” ujarnya sambil cuba tersenyum. Ah, pura-pura. Aku dah tak boleh nak senyum dah sekarang, marahnya di dalam hati. Semua gara-gara Larra Adlea dah jadi tunang abangnya.

“Kimi buat apa diri sini? Tadi Datin Marissa balik pun Kimi tak keluar” tegur Puan Zahnita lembut. Dilihatnya air muka anaknya itu tidak ceria. Seolah-olah menyimpan masalah. Gara-gara Larra kah?

“tak ada apa-apa lah mummy” ujarnya sambil mula berjalan ingin beredar.

“Hakimi. Kimi dengar ya perbualan mummy dengan auntie Marissa ya?” tegur mummy nya membuatkan langkah Hakimi terhenti. Dia menelan air liurnya sebelum menoleh kembali memandang mamanya.

“Kimi…Kimi… Tak sengaja terdengar. Maaf mummy” ujarnya kembali.

Puan Zahnita mengeluh perlahan sambl berjalan menghampiri anak lelakinya itu. Dia tahu Hakimi pasti terkejut mendengar kenyataan tentang Larra.

“Jadi Kimi dah tahu lah, pasal Larra tu anak Datin Marissa?’ soalnya. Hakimi mengangguk.

“tu maksudnya…….dia tunang Zaf kan mummy.. Larra tunang Zaf kan?’ soalnya lagi.

Puan Zahnita dapat melihat riak kecewa di wajah Hakimi. Dia sendiri tidak sampai hati melihat hati Hakimi sekali lagi hancur. Baru sahaja anaknya itu mahu membuka kembali hati untuk perempuan. Sekarang jadi macam ni pula. Apalah nasib dia ni agaknya.

“mummy jawab” pinta Hakimi membuatkan Puan Zahnita serba salah.

“yah. Dia tunang Zaf, Kimi”

Hakimi mengetap bibirnya sebelum melepaskan satu keluhan berat. “tak apalah mummy. Tu je yang Kimi nak tanya” ujar Hakimi. Namun tangan Puan Zahnita lebih dahulu memegang lengannya. Dia menoleh.

“sabarlah. Bukan Larra seorang je, perempuan dalam dunia ni. Ramai lagi perempuan lain. Kimi tak kurang apa pun banding dengan Zaf. Kimi boleh cari perempuan lain” pujuk Puan Zahnita.

Hakimi pernah dikecewakan oleh teman wanitanya gara-gara Zaf. Sekarang juga dia tidak mahu Hakimi merasakan Zaf lebih baik atau merasa rendah diri dengan Zaf. Baginya Zaf dan Hakimi sama-sama mempunyai kelebihan tersendiri.

Hakimi dilihatnya tersenyum sumbing mendengar kata-katanya.

“tapi tak mungkin sama macam dia mummy”

“Kimi, mummy faham perasaan Kimi. Mummy tahu yang Kimi memang betul-betul suka dekat Larra. Tapi, ape pun, hakikatnya Zaf tu dah jadi tunang dia” pujuk Puan Zahnita lagi.

“tapi kan dia orang pun belum kahwin lagi mummy. Sedangkan orang yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru tunang. Lagipun, Zaf tak cintakan Larra pun mummy. Kimi ni. Kimi ni yang sukakan dia” ujar Hakimi bersungguh-sungguh.

Puan Zahnita hilang kata. Masih terkejut dengan kata-kata Hakimi. Buat pertama kali dia melihat Hakimi seolah-ola cuba mempertahankan haknya. Selama ini, dia melihat Hakimi lebih gemar mengalah bila tiba soal Zaf. Namun kali ini kelihatannya anaknya itu tidak mahu mengalah. Anaknya itu masih berdegil menginginkan Larra. Dia buntu seketika.

“Bawa mengucap nak. Kimi sedar tak apa yang Kimi cakap ni?’ soalnya kembali. Hakimi meraup wajahnya yang kelihatan kusut.

“tak apalah mummy. Kimi rasa serabut sangat sekarang. Kimi nak naik atas dulu, nak rehat” ujar Hakimi sebelum pantas berjalan meninggalkan Puan Zahnita sendirian.

“Kimi!!” panggil Puan Zahnita namun lelaki itu sudah pun semakin menjauh. Puan Zahnita mengeluh. Serba salah dibuatnya.

*****

Sepanjang perjalanan menuju ke Ampang, Larra sekadar berdiam diri. Fikirannya menerawang jauh memikirkan detik detik perjalanannya sepanjang berada di rumah Puan Zahnita. Serentak dia teringat akan Hakimi. Dia gagal bertemu lelaki itu ketika hendak pulang tadi. Lalu beg ‘Levi’s nya pantas dicapai sebelum dia menyelongkar seketika mencari isi beg itu.

“Larra cari apa?” tegur Datin Marissa yang menyedari Larra seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu.

“Phone Larra” ujar Larra sambil mengeluarkan telefon I-phone nya dari dalam beg. Bercahaya skrin tersebut disentuh Larra.

“ouh. Ermmm.. Larra, seronok tinggal di rumah Puan Zahnita?” soal mamanya tiba-tiba membuatkan Larra terdiam sejenak. Dia menoleh memandang ke arah mamanya. Berkerut dahinya mendengar soalan aneh mamanya.

“kenapa mama tanya macam tu?” soal Larra hairan.

“tak adalah. Larra duduk situ sebulan. So macam mana hidup Larra dekat situ. Mama nak juga tahu” ujar Puan Zahnita. Larra tersenyum.

Puan Zahnita ingin mengetahui sejauh mana perhubungan anaknya dengan tunangnya itu, Zaf.

“oh, best! Family Puan Zahnita memang baik, terutama.. ……..Hakimi” ujar Larra sambil tergelak. Teringat segala kebaikan lelaki itu padanya. Tak mungkin aku jumpa lelaki sebaik dia lagi, tegas hati Larra. Dia akui, Hakimi sememangnya seorang yang sangat baik. Lengkap serba serbi. Bukan seperti Zaf. Menyakitkan hati je.

Jangkaan Datin Marissa meleset. Dia menyangkakan gadis itu ingin menyebut tentang Zaf, namun Hakimi pula yang disebutnya.

“ermmmm. Zaf? Zaf layan Larra macam mana?’ soal Datin Marissa. Serentak dilihatnya wajah Larra bertukar kelat. Wajah bujurnya ditundukkan.

“erm, Zaf.. Bolehlah” ujarnya pendek. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan segala keburukan anak sahabat mamanya itu. Tidak mahu mamanya menyalahkan keluarga Puan Zahnita pula sekiranya mengetahui layanan sebenar Zaf terhadapnya.

“Larra baik dengan Zaf?” soal Puan Zahnita lagi. Larra mengerutkan keningnya.

“Mama? Kenapa asyik tanya pasal Zaf je ni. Anyway, Larra tak rapat pun dengan dia lah” jelas Larra.

“tak adalah. Mama saja je nak tahu. Jadi Larra rapat dengan siapa dekat rumah tu? Mak Munah?” soal Datin Marissa. Larra dilihatnya mengangguk.

“Mak Munah, Hakimi pun baik juga, dia banyak tolong Larra” ujar Larra lagi.

Datin Marissa mengerutkan dahinya memandang wajah ceria Larra setiap kali nama Hakimi disebut. Ish. Lain macam je. Bila sebut pasal Zaf, masam. Tapi kalau sebut pasal Hakimi, mula la buat muka ceria macam tu. Jangan-jangan Larra dengan Hakimi ada apa-apa tak.

Namun dia hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menanyakan soalan lagi pada Larra.

“Mama dekat rumah, okay?” soal Larra pula tiba-tiba setelah suasana bertukar sunyi. Namun pandangannya masih dihalakan ke arah telefonnya. Fokus menaip sesuatu pada skrin telefonnya. Datin Marissa menoleh.

“mama okay. Tapi mama risau dekat Larra. Yelah, hilang tak ada khabar berita. Mama telefon pun tak nak angkat” ujar Datin Marissa meluahkan rasa kesalnya.

Larra diserbu rasa bersalah mendengar jawapan mamanya. Ah! Pasti mama risau gila dengan aku. Cepat-cepat dia menekan ‘send’ sebelum menoleh ke arah mamanya.

“Larra minta maaf mama. Larra janji, Larra tak akan buat lagi. Larra janji Larra tak akan lari dari rumah lagi” ujar Larra seolah-olah membuatkan sumpah janji sambil tangan runcingnya mencapai tangan milik Datin Marissa.

“ya sayang. Mama percaya. Jangan buat mama macam ni lagi ya” ujar Datin Marissa sambil tersenyum. Larra tekad, dia tidak akan sesekali membuat mama dan papanya risau lagi. Kalau dengan perkahwinan aku tu dapat buat mama dengan papa bahagia, aku rela. Azamnya di dalam hati.

******

Hakimi mengeluh perlahan sambil menolak perlahan pintu biliknya sambil kakinya melangkah lemah memasuki ruang kamarnya. Rasa kosong tiba-tiba. Kepulangan Adlea atau Larra secara tiba-tiba masih belum dapat diterimanya. Lalu, pintu biliknya ditutup kembali.

“dah nasib aku agaknya. Larra. Larra” ujarnya perlahan sambil sekali lagi menghembuskan nafasnya perlahan. Tubuhnya dihenyakkan ke atas katil.

“kenapalah kau untung sangat Zaf. Dulu awek aku lari sebab kau. Sekarang perempuan yang aku suka pun dah jadi tunang kau” ujarnya perlahan. Matanya ditutup perlahan. Terasa sedikit iri hati dengan abang tirinya itu. Meski dia tahu, kekasihnya dulu curang bukanlah salah abangnya namun dia masih iri. Baginya Zaf itu sangat beruntung.

“lagi aku tak sangka kau Adlea. Aku tak sangka betul kau pandai sembunyikan identiti kau. Tak ada orang tahu pun yang kau tu sebenarnya anak Datin Marissa” ujarnya perlahan. Sememangnya dia pernah mendengar khabar tentang anak Dato’ Qamal yang masih menetap di London ketika itu. Langsung aku tak tahu yang kau tu Larra.

“kenapalah boleh jadi macam ni” keluhnya perlahan sambil mengurut perlahan kepalanya yang terasa pusing.

Deringan nada telefon bimbitnya secara tiba-tiba menandakan ada mesej yang masuk itu sedikit banyak membuatkan dia terganggu. Lalu, matanya yang terpejam dibuka kembali sebelum pandangnnya dihalakan ke arah telefonnya yang diletakkan di atas meja.

“sapa pulak ni” ngomelnya perlahan sebelum bangun berdiri. Tangannya lantas diarahkan mencapai telefonnya sebelum kotak inbox ditekan.

“Adlea?” ujarnya perlahan. Sedikit teruja melihat ada pesanan dari gadis itu.

Adlea
-salam. Sorry sebab saya balik macam tu je. Saya nak jumpa awak tadi, tapi awak tak keluar.-

Hakimi selesai membaca mesej itu. Dia tersenyum sendiri. Moodnya yang hampir hilang muncul kembali apabila mendapat mesej dari gadis itu. Ingat juga kau dekat aku. Lalu dia menaip kembali beberapa patah perkataan sebelum membalasnya kembali

Hakimi
-tak apa. Its okay. Saya minta maaf juga coz tak keluar tadi. Btw, saya dah tahu dah pasal hal awak dengan mak awak. Selamat pulang. Have a safe journey-

Dia menekan butang send sambil tersenyum lebar. Hilang terbang perasaan resah memikirkan gadis itu adalah tunang abangnya. Dia lupa. Sungguh!

*****

Mak Siah berjalan menuju ke dapur laju. Mencari kelibat Nafisah.

“Fisah, lauk dah siap?’ soalnya membuatkan gadis itu yang sedang leka menyusun pinggan mangkuk di kabinet pantas menoleh.

“Oh, Mak Siah. Terkejut saya. Ingatkan siapa. Erm, makanan tengahari dah siap. Kenapa mak Siah?” soalnya kembali. Dilihatnya wanita itu menuju ke arahnya sebelum menarik kerusi dan duduk. Penat barangkali.

“tak ada apa. Saja tanya. Eh, lambat pulak Mak Datin tu balik hari ni. Selalu kalau keluar ke rumah Puan Nita tu kejap je dia dah balik” ujar Mak Siah sambil mengibaskan kain buruknya. Nafisah segera mengerling ke arah jam dapur.

“a’ah ek. Dia keluar dari pukul 10 tadi. Sampai sekarang tak balik-balik lagi” ujar Nafisah apabila menyedari jam sudah pun mengunjukkan ke angka 2.28 petang.

“tulah. Mak Siah tanya tu, dah siap masak belum. Kang kejap lagi dia balik, tahu-tahu nak terus makan” ujar Mak Siah sambil tertawa menampakkan barisan giginya yang kurang tersusun. Nafisah turut tersenyum sambil menarik kerusi duduk di hadapan wanita separuh abad itu.

“erm, makanan tu dah lama dah saya siapkan. Biasa kalau dia nak makan, dia akan turun ke dapur ni haa suruh saya hidangkan. Hari ni tak ada pulak. Tu yang saya tak perasan tu” balas Nafisah.

“Masak apa hari ni Fisah?” soal Mak Siah pula.

“Masak lauk biasa je. Ayam masak merah. Tahu-tahu jelah. Selalu saya masak banyak pun dia makan sikit je. Tak ada selera lah. Apalah” keluh Nafisah apabila teringat banyak makanan yang masih bersisa gara-gara selera makan majikannya yang turun mendadak.

“tulah kau tak tahu. Mak Datin tu memang sayang sangat dekat budak Larra tu. Bila hilang, mana tak risaunya” ujar Mak Siah pula. Nafisah tersenyum.

“Yelah. Dah namapun anak dia, Mak Siah” balasnya pula.

“betul juga. Apalah Mak Siah ni. Mak mana yang tak sayang anak kan. Erm, untunglah dapat mak macam Datin Marissa tu. Lembut. Sepanjang Mak Siah kerja dekat sini, tak pernah sekali pun nampak Datin tu marah-marah dekat Cik Larra. Budak Larra tu yang marah mak dia adalah” ujar Mak Siah sambil ketawa. Berkerut dahi Nafisah mendengar kenyataannya.

“eh biar betul Mak Siah ni. Cik Larra macam tu ke? Ish, saya tengok dia tu pun baik je. Takkanlah dia nak marah Datin Marissa tu pulak” ujar Nafisah kembali seolah tidak percaya mendengar kenyataan yang diberikan oleh wanita itu.

Terbayang kembali layanan Larra padanya tempohari sewaktu dia bersikap agak biadap kerana menyangkakan gadis itu hanyalah orang luar.

“erm tu lah Nafisah. Kau tak tahu perangai dia dulu macam mana” balas Mak Siah. Nafisah mengangkat keningnya. Sedikit berminat untuk mengetahui cerita lanjut dari Mak Siah.

“perangai dia dulu macam mana? Teruk sangat ke?” soal Nafisah kembali.

“teruk. Teruk sangat. Mak cik ni haaa, dah banyak kali makan cacian dia. Yang bodoh, yang tak pandai tu semua dia bagi mak cik. Dia je yang betul. Ish, kalau mak cik ingat-ingat baliklah perangai dia dulu. Eeee, memang mengucap banyak-banyak. Tak tahan dengan dia” ujar Mak Siah sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya. Sedikit kesal dengan sikap lampau Larra padanya.

“yeke, tapi kenapa sekarang saya tengok dia dah tak macam Mak Siah cakap pun?” soal Nafisah kembali.

“semenjak dia balik London ni lah. Dia berubah perangai macam tu. Jauuuuhhh beza dari perangai dia dulu. Jadi baik, jadi lembut. Cakap dengan mak cik pun dah tak ada tinggi-tinggi suara macam dulu. Mak cik pun pelik juga tengok dia masa mula-mula dia balik hari tu. Tak percaya” luah Mak Siah.

Sememangnya dia agak terkejut melihat perubahan anak majikannya itu. Larra yang pernah dikenalinya bukanlah seorang yang pandai bertoleransi. Lebih-lebih lagi dengan orang gaji sepertinya.

“oh, jadi dia sebelum pergi London dulu tak sebaik sekarang la ea?” soal Nafisah lagi. Dilihatnya Mak Munah mengangguk.

“dia tu dulu memang antara pelajar paling popular la dekat sekoalah. Sebut je Elle. Semua orang kenal dia siapa. Sebab tu lah agaknya dia jadi macam tu. Sombong, bongkak” ujar Mak Siah. Nafisah menarik nafas panjang sambil otaknya ligat memproses maklumat yang disampaikan oleh Mak Siah.

“Entalah Mak Siah. kalau saya tengok dia yang sekarang memang susah nak percaya dia macam tu dulu. Tapi yelah, kalau saya nak cakap lebih pun, mak cik yang lebih dulu kerja dekat sini. Cuma saya tak sangka lah, dia dulu macam tu” beritahu Nafisah lagi.

“Semenjak kejadian tu agaknya dia berubah” ujar Mak Siah tiba-tiba.

“Kejadian? Kejadian apa ni Mak Munah?” soal Nafisah kembali.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 7”
  1. farhana says:

    sian hakimi..

  2. dilza adina says:

    haha. semua kesian dekat hakimmi. tak ada orang kesian dekat zaf pun

  3. fesya says:

    xboleh3…larra tetp ngn zaf jgk..bukan zaf ker hero citer nihh…
    anyway sy tetp nk larra kahwin ngn zaf..

    tp kesian gak kimi…huhhuhuhuh
    xpelah lah kimi,awk xdpt larra,sy ada……
    hehehhehehe(suka suki ati aku aje…)

    terbaikkkkk…i’ll always follow…..

  4. azlien says:

    best la….saya harap awak cepat2 sambung jangan ….hampakan penyokong awak saya rasa awak punyai bakat yang luar biasa..saya mahu awak sambunglah cepat…saya tahu novel awak akan dibukukan………………………………………………………

  5. dilza adina says:

    fesya : haha. yup2.. memang zaf pun hero cerita ni. kalau nak amek je hakimi tu. Larra tak marah rasenyer. hahaha (aku pun sesuke ati)

    thanks sebab follow ceritas ni

    azlien : ahhhh… terharu juga ni dengar. haha. thanks. saya try tak hampakan semua orang. :))

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.