Novel : Antara mahligai ego dan cinta 8

18 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

“Assalamualaikum” kedengaran seseorang memberi salam membuatkan Mak Siah dan Nafisah tidak jadi hendak meneruskan bicara. Mak Siah mengerutkan dahinya sambil memandang ke arah Nafisah.

“Dengar tak apa yang Mak Siah dengar ni, Fisah?” soalnya meminta kepastian. Nafisah terdiam sejenak.

“Eh, dengar. Ada orang bagi salamlah Mak Siah. Ada tetamu” ujarnya membuatkan Mak Siah kini pasti dia tidak salah dengar. Lalu, dia bingkas bangun berjalan laju menuju ke pintu utama sementara Nafisah menuruti langkahnya dari belakang. Lengannya disinsing tinggi.

“Assalamualaikumm” sekali lagi kedengaran suara itu memberi salam. Ish. Tak reti sabar betullah. Aku dengarlah salam kau.

“waalaikummussalam” jawab Mak Siah sedikit kasar. Langkahnya sudah hampir dengan pintu utama dan sejenak dia terkesima saat terpandang seraut wajah itu sedang berdiri di muka pintu. Tersenyum padanya. Eh, biar betul apa yang aku nampak ni. Ke aku ni yang mimpi ni. Larra? Eh, takkanlah tu dia. Lain kot. Tapi muka macam dia. Dia bermonolog sendiri.

“Kenapa Mak Siah diri sini, siapa yang datang tu?” kedengaran suara Nafisah menampar gegendang telinganya.

“Cik.. Cik Larra?” soal Mak Siah.

Nafisah terkedu sejenak melihat gadis di muka pintu itu. Ya, anak majikannya yang hilang sebulan yang lalu itu kini tiba-tiba muncul kembali. Aku ni tak salah tengok ke? Gadis bernama Larra itu dilihatnya sudahpun mengorak langkah masuk ke dalam rumah dan berdiri di hadapan mereka.

Datin Marissa mengerutkan dahinya apabila terpandang kedua pekerja itu yang masih kaku berdiri melihat Larra.

“Laa.. Kenapa Mak Siah dengan Nafis tengok anak saya macam tu?” soal Datin Marissa membuatkan Mak Siah dan Nafisah turut tersedar akan kehadiran Datin Marissa di ruang itu.

“Ni… Cik Larra ke?” soal Nafisah pula. Larra tersenyum sambil mengangguk.

“Ya, ni saya. Kenapa nampak macam terkejut je tengok saya. Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Larra kembali sambil cuba membelek bajunya. Ke, ade baju aku koyak. Dikerlingnya mama yang sudah masuk ke ruang itu.

“eh…tak.. tak ada apa-apa. Cuma macam tak percaya. Cik Larra dah balik semula” beritahu Nafisah jujur.

Larra tergelak kecil. “ni memang saya lah Nafisah. Saya dah balik. Erm, saya naik atas dulu lah ea. Rindu dekat bilik saya” ujar Larra sambil tersenyum.

Nafisah mengangguk.

“er cik.. Beg tu….” Mak Siah pula bersuara membuatkan Larra terhenti lalu menoleh.

“beg saya? Kenapa?” soal Larra.

“Nak Mak Siah tolong bawakkan?” soal Mak Siah. Larra pantas menggeleng.

“No. Tak apa. Beg kecik je pun. Saya naik dulu” ujar Larra sambil segera berjalan menaik tangga.

“Larra! Nanti jangan lupa turun makan” jerit Datin Marissa. Sayup-sayup kedengaran Larra menjawab kembali. “okay mama”

Kini pandangan Mak Siah dan Nafisah beralih pula memandang Datin Marissa yang masih di situ.

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Datin Marissa. Ah sudah. Tadi Larra yang kena pandang pelik. Sekarang aku pulak yang kena.

“Datin jumpa Cik Larra dekat mana?” soal Nafisah pula. Datin Marissa menarik nafas panjang sambil tersenyum.

“Panjang cerita dia. Nanti-nanti lah saya cerita. Nafis tolong panaskan lauk-lauk semua. Saya laparlah. Nak naik dulu, sembahyang. Kejap lagi saya turuh eh” ujar Datin Marissa. Nafisah mengangguk tanda faham. Datin Marissa diihatnya sudahpun masuk ke biliknya.

****

Tengku Dzafril Haidhar menguap sambil berjalan menuju ke dapur. Perutnya yang kosong perlu diisi. Ah, time-time macam ni memang sedap tidur. Bangun tidur mesti lapar.

“baru bangun tidur., Zaf?” soal satu suara membuatkan Tengku Dzafril Haidhar terpinga-pinga. Segera dia memandang ke arah ruang tamu yang berdekatan. Memang benar. Suara mirip papanya itu sememangnya milik papanya. Papa dah balik. Alamak! Apasal aku tak perasan. Cepat-cepat dia membelek jam di tangannya. Patutlah papa dah balik. Dah pukul 9 malam. Aku tidur dari petang tadi sampai sekarang.

“erm, penatlah papa” ujarnya sambil berjalan menghampiri lelaki itu sambil duduk bersandar di sofa. Menguap sekali lagi.

“penat kerja ke, penat melepak?” soal papanya lagi.

Terkulat-kulat Tengku Dzafril Haidhar saat diajukan soalan itu padanya. Eh, macam faham-faham pulak kan yang aku memang tersangatlah tak rajin nak masuk pejabat dia tu. Balik-balik kena hadap komputer lepas tu kena check kertas. Tak pun kena sign entah borang apa-apa entah. Tak berkembang otak aku duduk pejabat lama-lama, dia mengomel dalam hati.

“eh kan hari ni cuti papa. Papa lupa ke?” soal nya kembali. Ceh! Pandai kau pergi bagitahu dia yang hari ni cuti. Padahal….padahal.. Kau memang cuti selalu pun. Pejabat tu, hari kerja ke tak kerja memang kau tak masuk pun. Dia ketawa di dalam hati.

“hem…Macam mana dekat rumah mummy? Okay?’ soal papanya

“okay”

Tan Sri Tengku Radzi menarik cermin matanya sebelum mengurut-urut kepalanya yang terasa pening. Pandangannya kembali memandang ke arah anaknya itu.

“eh? Lain macam je jawab. Okay ke tak ni?” soal papanya lagi.

“okay je. Zaf tak ada apa-apa pun. Betul” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali lagi.

Tan Sri Tengku Radzi mengangguk perlahan. “tadi papa ada call mummy kamu. Dia kata Zaf balik pagi tadi, tak cakap dengan dia pun. Betul ke?”

Tengku Dzafril Haidhar mengangguk lemah. “Betul la tu. Zaf malas nak kejut kacau mummy. Dia tengah tidur lagi time tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali. Ah, tu cuma alasan kau je kan Zaf.

Tan Sri Tengku Radzi mengeluh kecil. Dia tahu, hubungan antara anaknya dengan bekas isterinya itu sememangnya sangat dingin. Sejak kecil, anaknya itu telah terbiasa hidup tanpa kasih sayang seorang ibu. Dia lah yang terpaksa memastikan anaknya itu mendapat seluruh perhatian. Apa yang diinginkan oleh Zaf akan sedaya upaya di tunaikan. Namun kadangkala tugasnya sebagai usahawan membuatkan dia terpaksa meninggalkan Zaf sendirian di rumah.

“Zaf. Apa pun dia tu still mak kamu” nasihat Tan Sri Tengku perlahan. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis.

“Mak? Tak tahulah nak cakap macam mana. Dia memang dari luarannya mak.. Mak Zaf. Yang kandungkan dan lahirkan Zaf. But she never treat me like her son” ujar Tengku Dzafril Haidhar kembali.

“Papa faham. Papa faham apa yang Zaf lalui. Tapi try la maafkan dia. Dia pun manusia biasa. Pernah buat silap” pujuknya lagi.

“pasal tu Zaf tahu. Tapi papa. Yang faham situasi ni cuma Zaf je. Lagipun, rasanya. Zaf prefer macam biasa je kot. Rasa weirdlah bila dia layan Zaf elok-elok. Tanya Zaf itu ini. She never did before. So i prefer the usual one” ujar Tengku Dzafril bersungguh-sungguh.

“Zaf. Zaf. Bila la agaknya kamu ni nak berubah” keluh Tan Sri Tengku Radzi perlahan. Dilihatnya anaknya itu telahpun bangun berdiri.

“err papa. Zaf pergi dapur dulu. Lapar” ujarnya. Yang sebenarnya dia tidak mahu berlama-lama di situ. Malas hendak dengar ceramah free dari papa tentang sikapnya. Dari nanti aku yang tiba-tiba bengang, baik aku cepat-cepat pergi dulu.

“Nanti dulu Zaf. Papa nak bincang pasal pertunangan kamu dengan Larra”

Langkahnya mati. Otaknya tiba-tiba bercelaru. Ah. Kenapa time-time ni juga dia nak sebut pasal hal ni. Aku benci betullah dengar nama perempuan tu. Dia menoleh.

“Kenapa dengan pertunangan tu?” soalnya kembali. Sedikit berharap pihak perempuan membatalkan pertunangan. Keluarga dia orang tu, macam tak tahu yang aku ni macam mana.

“papa akan jumpa dengan pihak keluarga Larra hujung minggu ni. Nak tetapkan tarikh perkahwinan pulak” ujar papanya .

Bulat mata Tengku Dzafril haidhar mendengar kata-kata papanya itu. Terasa ada beban batu yang menghempap kepalanya tiba-tiba. Aku tak salah dengar ke ni?

****

Larra berjalan setapak demi setapak menuruni tangga. Dari jauh kelihatan kelibat papanya yang sedang menunggunya di ruang rehat. Tangannya diarahkan ke arah dadanya. Memang jantungnya ketika itu berdegup kencang. Alahai Larra. Jumpa bapak sendiri je pun. Tak payah lah nak takut sangat. Dia memberi kata semangat terhadap dirinya.

“Pa” ujar Larra sebaik sahaja tiba di situ membuatkan lelaki separuh abad itu menoleh memandangnya. Riak wajahnya yang terkejut perlahan-lahan berubah menjadi senyuman.

“Hem, Larra. Duduk” arahnya.

Larra mengngguk sambil duduk di hadapan lelaki itu. Masih menunggu kata-kata seterusnya.

“ada hal yang papa nak cakap dengan Larra” jawab Dato’ Qamal kembali. Dia merenung lama wajah cengkung milik Larra sebelum kembali tertunduk seolah menyesali kekerasannya selama ini. Dia tahu, Larra mungkin masih belum bersedia untuk menerima pertunangannya itu.

“tentang apa?” soal Larra. Ah, aku rasa aku tahu dah nak cakap pasal apa. Ni mesti nak cakap pasal tunang. Tenang Larra. Tenang.

Dato Qamal masih dalam lamunannya. Kebahagian Larra adalah paling penting baginya. Biarlah gadis itu hendak buat apapun lepas ni. Aku tak akan halang dia lagi. Dia nak balik semula hari ni pun, aku dah cukup syukur, dia berbicara di dalam hati.

Dia sanggup membatalkan mesyuaratnya petang tadi, ketika Datin Marissa menelefonnya memberitahu berita kepulangan Larra ke rumah banglo itu semula. Dia benar-benar gembira. Jika benar, gadis itu belum bersedia untuk bekahwin, dia akur. Dia tidak mahu memaksa lagi.

“pa?’ Larra memanggil membautkan kali ini Dato’ Qamal seolah tersedar dari lamunannya. Dia menoleh memandang Larra yang masih setia di hadapannya.

“duit Larra dalam bank, papa dah tak bekukan. Kad bank Larra semua dah boleh guna” ujarnya kembali sambil tersenyum.

Larra merenung lama wajah papanya. Aku ingat dia nak cakap pasal hal pertunangan aku tu, rupanya pasal lain.

“oh, terima kasih papa” ujar Larra sambil tersenyum lebar, benar dia terasa bahagia. Bukan la nak cakap yang aku ni gila duit. Tapi memang susah hidup aku sejak papa bekukan duit aku. Ah! Dasar anak bapak. Eh, tak! Aku bukan anak bapak. Buktinya aku mampu kumpul duit kerja sendiri sebulan. Dia tersenyum bangga tiba-tiba.

“herm suka lah tu” usik papanya pula. Larra tersenyum.

“Mestilah. Erm, kalau tak ada apa-apa lagi, Larra nak naik boleh?” soal Larra kembali.

Dato’ Qamal mengeluh perlahn. Air mukanya berubah suram. Serba salah dibuatnya.

“Papa nak bincang pasal perkahwinan Larra’ ujar Dato’ Qamal.

Larra tersentak seketika. Seperti yang disangkanya, memang benar papanya ingin berbincang tentang hal itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melepaskannya kembali.

“papa. Pasal hal tu. Papa tak payah risau lagi. Larra dah fikir masak-masak pasal hal ni. Larra sanggu dan rela kahwin dengan pilihan papa. Sebab tu Larra balik semula sini” ujarnya lembut. Dilihatnya papanya seolah-olah kurang percaya dengan kata-katanya.

“Larra cakap apa tadi?” soal papanya lagi.

“Larra setuju kahwin” balas Larra kembali. Jika itu impian mama dan papanya, mahu melihat dia berkahwin, dia rela. Dia tidak mahu jadi anak yang pentingkan diri lagi. Cukuplah apa yang aku dah buat dekat dia orang. Aku tak nak susahkan dia orang lagi. Meski berat untuk dia membuat keputusan itu namun dia merasakan kini sudah sampai gilirannya pula untuk berkorban demi kebahagian papa dan mamanya.

“Larra setuju kahwin dengan Tengku Dzafril?” soal papanya lagi. Dilihatnya Larra mengangguk perlahan.

“Larra tak main-main ke ni?” soalnya tidak percaya.

Larra pantas menggeleng. “taaak. Larra ikhlas. Lagipun memang betul lah. Tanggungjawab papa kahwinkan Larra. Larra terima. Papa jangan risau” ujar Larra kembali.

Dato’ Qamal terkesima. Persetujuan Larra itu sememangnya melegakan hatinya. Dia sememangnya mengharapkan Larra berkahwin dengan anak sahabatnya itu supaya ikatan persahabahatan mereka kekal terjalin.

“Alhamdulillah. Kalau macam tu, papa lega. Papa gembira dengan keputusan Larra” ujarnya sambil tersenyum bahagia.

“Larra pun gembira tengok papa gemibira” ujar Larra lembut. Benar, dia terasa berat yang ditanggungnya sedikat ringat. Keputusan itu meski berat diterimanya namun dia harus tabah.

“erm, kalau tak ada apa-apa lagi, Larra nak naik dulu” ujar Larra sambil berdiri. Dato’ Qamal menganguk perlahan sambil tersenyum.

Larra segera bediri dan beredar meninggalkan papanya di ruang itu. Kali ini, keputusan yang dibuatnya adalah yang paling sukar. Dia terasa sebak. Tak semena-mena air matanya tumpah juga. Cepat-cepat dia menolak pintu bilinya sebelum kembali menutupnya. Ah, perempuan memang kuat menangis. Tapi cuma dengan cara ni baru aku boleh tenang.

*****

“Hakimi… Hakimi. Kenapa ni?” soal satu suara membuatkan Hakimi tersentak dari lamunannya. Entah mengapa. Setiap masa terluang dia akan teringatkan Larra. Gadis yang menjadi tunangan abangnya. Dia mendongak memandanng gadis di hadapannya yang lengkap bertudung itu. Ya, Ajierah merupakan rakan sekerjannya di firma guaman terkenal itu.

“oh. Jie. Erm. Tak ada apa-apalah” Hakimi tersenyum sambil menyusun fail-fail di hadapannya. Ajierah masih lagi tetap berdiri di situ tersenyum memandangnya.

Gadis itu agak sukar didekati oleh lelaki lain namun entah bagaimana dia sendiri hairan bagaiman dia boleh berkawan baik dengan gadis itu. Ajierah ni baik je aku tengok, tak faham aku bila orang cakap dia ni sombong.

“Well. Mr Hakimi. Jom lunch” ujar Ajierah. Sememangnya dia dalam diam menyimpan perasaan terhadap Hakimi namun sikap lelaki itu yang tidak pernah menunjukkan minat terhadapnya membuatkan dia jadi tidak berani untuk bertindak lebih jauh. Cukuplah dia menjadi sahabat lelaki itu sahaja.

Hakimi mengerling ke arah jam tangannya. Ya, sememamangnya sudah sampai waktu untuk makan tengahari. Dia tersenyum sambil memandang ke arah Ajierah.

“Kau lapar ea?” soal Hakimi kembali. Ajierah dilihatnya mengangguk. “kau patut diet ar Jie” sambungnya lagi sambil menaip sesuatu pada papan kekunci komputer ribanya. Dikerlingnya Ajierah yang sudah mencebik.

“Aku tahu lah aku ni gemuk. Kau malu ea nak jalan dengan aku” balas Ajierah seolah berjauh hati. Hakimi sudah tergelak.

“kau ni pun. Aku gurau je ar. Mana ada kau gemuk. Kau tu kan hot stuff dekat pejabat ni. Ramai lelaki usha kau. So, aku patut tumpang bangga la kalau dapat jalan dengan kau” balas Hakimi lagi sambil menghamburkan gelaknya yang masih bersisa. Ajierah turut tersenyum. Sedikit berbunga mendengar kata-kata Hakimi.

“geli la aku dengar ayat kau ni” ujar Ajierah sambil berjalan keluar dari pejabat itu dituruti oleh Hakimi.

Hakimi tersenyum melihat gelagat Ajierah. Gadis itu sedikit banyak mengingatkannya tentang Larra. Eh Larra? Apa kaitan Larra dengan Ajierah. Eh lain-lain. Tapi ada something yang sama, bisik hati Hakimi. Tapi apa? Aku pun tak tahu.

“eh, Cik Ajierah. Tunggu! Janganlah jalan cepat sangat!” dia kembali bersuara.
***

Larra mengeluh perlahan. Seminggu di rumah dirasakannya bagai setahun. Terasa masa lambat berlalu. Dia duduk di sofa sebelum mencapai remote control televisyennya.

“kalau dekat rumah Puan Zahnita, masa-masa macam ni. Aku dah siap cuci baju. Tengah masak kot sekarang” dia membebel sendirian sambil tersenyum. Teringat kembali kelincahannya ketika melakukan semua kerja-kerja tersebut. Senyuman di bibirnya mati tiba-tiba.

“Hakimi. Hakimi mesti menyibuk juga duduk dekat dapur kalau dia tak kerja”

Entah mengapa. Dia sering teringatkan lelaki itu semenjak pulang semula ke rumahnya.

“jangan-jangan, dia dah guna-gunakan aku tak. Aku mana pernah asyik dok teringatkan lelaki je. Ni tetibe teringatkan Hakimi ni apahal?”

Larra memarahi dirinya sendiri. Memang benar. Belum pernah dia merasakan sesuatu seperti itu.

“eeeeeeiii. Aku mana boleh rindu-rindu dekat lelaki. Gila betullah kau Larra” dia memarahi dirinya sendiri sambil bangun menuju ke pintu.

Dari aku duduk mati kebosanan seorang-seorang dekat bilik. Baik aku tolong Kak Nafisah masak. Dia tersenyum sendiri setelah merasakan ideanya itu terlalu bernas untuk di realisasikan.

Nafissah menangkap bayang Larra di dapur itu membuatkan dia jadi kelam kabut. Sudah… dia turun nak makan la ni. Lauk apa semua aku tak siap masak lagi. Habis aku. Sempat Nafisah menjeling jam dapur. Ah, dah pukul 12.23 tengahari.

“err, Cik Larra. Saya tak siap masak lagi” ujarnya cemas kepada Larra. Cik mudanya itu sudahpun berjalan menuju ke arahnya.

“eh, siapa cakap saya turun dapur ni nak makan” ujar Larra kembali sambil menjenguk masakan yang dimasak oleh Nafisah. Wanita dari Kedah itu menoleh kembali memandangnya dengn pandangan pelik. Dah kenapa pulak dia ni tengok aku macam tu.

“Jadi, cik nak saya buatkan apa-apa ke?” soal Nafisah kembali sambil menoleh sekilas ke arah Larra yang sudahpun berjalan menuju ke sinki.

“eh, tak pun. Saya nak tolong awak masaklah” ujar Larra sambil tersenyum.

Bulat mata Nafisah mendengar jawapan yang diterimanya itu. Eh, aku ni tak salah dengar ke? Dia nak tolong aku masak. Dah buang tebiat ke apa.

“bawang ni semua nak potong ea?” soal Larra lagi membuatkan Nafisah pantas menoleh. Dilihatnya Larra sudahpun bersedia untuk memotong bawang-bawang merah yang diletakkannya di atas meja.

“eh! Eh Cik Larra. Tak boleh” ujar Nafisah kembali. Suaranya sedikit meninggi gara-gara terkejut membuatkan Larra tergamam seketika. Baru kini Nafisah seolah tersedar. Dia tanpa sengaja memarahi anak majikannya itu.

“err. Cik. Maaf. Tapi memang cik tak boleh tolong saya dekat dapur” ujarnya kembli. Larra mengerutkan keningnya. Wajahnya ditarik masam.

“eh, takkanlah saya tak boleh tolong langsung” ujar Larra kembali.

“tak boleh. Memang tak boleh cik. Kalau Datin nampak, saya yang kena marah” ujar Nafisah kembali. Larra mendengus perlahan.

“eh ada apa ni?” tegur satu suara di pintu dapur membuatkan Larra dan Nafisah serentask menoleh. Datin Marissa sudahpun tercongol di situ. Haa, panjang pun umur. Baru sebut-sebut dah muncul, bisik Nafisah di dalam hati.

“err… Cik Larra nak tolong saya potong bawang. Tapi saya tak bagi sebab Datin kan tak bagi orang lain selain saya masak dekat dapur ni” ujar Nafissah. Dia sedikit gusar sekiranya dirinya pula yang dimarahi oleh Datin Marissa. Ah mestilah dia menang kan anak dia dari aku. Terasa menyesal pula dia mengadu.

“tak ada mama. Larra just nak tolong je” ujar Larra pula sambil bangun berdiri.

“tolong apa lagi ni Larra. Biarlah je lah Kak Nafisah tu buat kerja. Larra janganlah kacau dia masak. Dah dah pergi depan” ujar Datin Marissa mengarahkan Larra untuk keluar dari dapur itu.

Larra mengetap bibirnya sedikit geram mendengar kata-kata mamanya. eh, aku turun dapur ni bukan nak mengacau orang masak. Tapi kan just nak tolong je. Dia mengomel sendirian di dalam hati.

“Larra bukannya nak kacau. Larra nak tolong” ujar Larra. Datin Marissa mengerutkan dahinya tanda hairan mendengar jawapan dari Larra.

“Larra! Kamu ni dah buang tebiat apa. Kita kan dah ada Kak Nafisah. Biar je dia yang masak” ujar mamanya lagi. Larra mengeluh kecil sambil memandang ke arah Nafissah di sisi.

Kakinya diatur menuju ke ruang hadapan sambil Datin Mariss mengikut jejaknya. “Larra bosan sebenarnya mama” balas Larra kembali.

****

“Habis tu kau cakap apa dekat dia, Zaf?”soal Aqiem lagi membuatkan Tengku Dzafril Haidhar mendengus kasar sambil meraup wajahnya berulangkali. Tangannya mencapai pen di atas mejanya sebelum melukis sesuatu pada kertas.

“nak jawab apa. Aku jawab la yang aku tak nak kahwin dengan budak Larra tu. Tapi papa aku tak peduli. Dia paksa aku kahwin juga. Tu yang aku serabut tu sekarang”

“fuhhh. Dia kata sebulan lagi kan korang kena kahwin. Lama tu….eh salah. Tak lama lagi tu” ujar Aqiem sambil ketawa. Namun ketawanya mati apabila Tengku Dzafril Haidhar tidak memberi respons. Malah, menjelingnya tajam.

“Kau ni. Aku cakap betul ni. Aku tak nak doh kahwin dengan Larra tu. Entah siapa-siapa entah. Tiba-tiba nak kahwin dengan aku. Jadi bini aku. Eh, tak nak aku”

Aqiem menggeleng perlahan. Entah-entah perempuan tu lagi tak nak kahwin dengan kau. Apa ke malangnya nasib kau Larra daapt bakal suami gila macam ni. Dah lah gila, pelik, playboy, pemalas. Boros, eh terkutuk kawan sendiri pula. Dia tersengih sendiri.

“yang kau ni aku cakap, kau pergi sengih-sengih ni apahal? Nak kena penumbuk free?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

Serentak ketawa Aqiem bergema di ruang pejabat itu. Tidak tahan dengan reaksi muka ketat rakannya itu.

“tak ada doh. Muka kau tak boleh bla. Mamat bangla yang selalu sapu dekat bawah tu pun lagi macho dari kau. Tolong Zaf, jangan buat muke macam tu” ujar Aqiem.

“Kau ni, memang tak boleh pakai betullah. Aku tengah cuak ni”

“alah. Lek lah. Kau ada masa sebulan lagi. Tapi kan.. Kalau aku jadi kau lah. Kau tahu apa aku buat?” soal A qiem. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar merenung lama wajahnya menunggu jawapan. Fokus fokus! Yaaa, itu dia. Zaf tengah fokus.

“apa dia?” soal Tengku Dzafril Haidhar.

“kau betul ke nak tahu?” soalnya lagi. Bersungguh-sungguh lelaki itu menganguk.

“Kalau aku jadi kau. Senang je, aku kahwin je la dengan budak Larra tu. Bapak dia pun kaya kan. So apa kau susah” ujar Aqiem.

“eh kau. Fikir tu je. Kalau dia tu tak cantik. Okay yang tu aku tak nak fikirlah even aku memang tengah fikir pun. Cuma sekarang ni masalahnya, aku memang tak bersedia lagi nak kahwin. Tu yang paling aku risau” ujar Tengku Dzafril Haidhar .

Aqiem mengeluh perlahan sambil bangun berdiri sebelum membetulkan tie yang dipakainya.

“Nak risau apa, Zaf. Kahwin je pun. Kau tu tak cukup apa lagi. Semua dah complete tinggal isi tempat kosong yang empat tu je” ujar Aqiem kembali.

Tengku Dzafril Haidhar mengerling sekilas ke arah Aqiem yang sudah menapak ke mejanya. Meninggalkannya bersendiran di meja itu. Makin aku cakap, makin kau suruh aku kahwin ea. Ke, kau tu yang aku kahwinkan karang.

*****

Hakimi mengeluh perlahan sambil memandang jam tangannya yang sudah mengunjukkan ke angka 2.27 minit petang. Namun, bayang Larra masih belum ada. Dia menanti penuh sabar sejak pukul 2 petang tadi.

“Mana dia ni? Takkan tak jadi datang kot” keluhnya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.

Bimbang dia sekiranya gadis itu tidak datang. Penat-penat aku tunggu dia sejam dekat sini tiba-tiba dia tak datang. Sejak Larra balik, baru kini dia bercadang untuk bertemu gadis itu. Nasibnya baik, kerana Larra bersetuju untuk berjupa dengannya. Ceh! Padahal aku dah rindu dia tahap gile ni dekat kau. Larra. Larra . Dia ketawa sendiri di dalam hati.

-Hakimi-
Larra? Dekat mana?

Beberapa minit kemudian telefonnya bercahaya.

-Larra-
Maaf lambat. Saya dah sampai dah.

Hakimi mengerutkan dahinya sambil memandang sekeliling mencari bayang Larra. Apa ni, tak ada pun. Dipandangnya lagi telefon bimbitnya bagi memastikan pemesannya memang Larra. Ah, betullah. Aku tak silap. Memang Larra.

“Hi. Sorry lambat” panggil satu suara membuatkan dia mendongak. Gadis muda tinggi lampai dengan pakaian moden itu masih berdiri dengan sun-glassesnya. Hakimi memandang sekilas ke arah gadis itu dengan hairan. Ni minah mana pulak ni tetibe tegur aku. Dilihatnya gadis itu tersenyum lebar sambil duduk di hadapannya.

“Eh?” soalnya pelik. Niatnya untuk menghalang gadis itu dari duduk mati. Cis! Tak sempat aku halang, dia dah duduk. Tumpuannya bukan pada gadis itu, tapi Larra yang masih belum muncul. Dia memandang sekitar restoren tersebut masih lagi mencari-cari kelibat Larra tanpa mengendahkan gadis di hadapannya.

“cari siapa?” soal Larra sambil menanggalkan cermin matanya. Hakimi yang sedang sibuk memerhati orang ramai kini berpaling memandangnya. Larra tersenyum sambil masih menunggu jawapan dari lelaki itu.

Hakimi kaku melihat Larra. Sungguh, dia tidak menduga gadis yang dilihatnya tadi adalah Larra. Ternyata, gadis itu tampak berlainan dalam pakaiannya kini. Ah, Adlea yang aku kenal dulu mana pakai baju-baju macam ni. Tapi yang Larra ni, moden habis..

“Hakimi. Saya tanya awak ni. Awak cari siapa?” soal Larra lagi. Hakimi seolah tersedar. Matanya pantas ditundukkan sejeanak berfikir jawapan terbaik untuk diberikan kepada Larra.

“erm, tak ada apa. Adlea? Errr…..i mean. Larra?” soalnya kurang percaya.

Larra membulatkan matanya sambil tersenyum. Sedikit kelakar melihat sifat gelabah Hakimi ketika itu. Setahunya lelaki itu bukanlah seorang yang cepat gelabah. Gerak gerinya selalu tenang. Namun pada pertemuan kali ini, lelaki itu tampak berbeza.

“Yes. Saya Larra. Awak ni takkanlah tak kenal saya. Baru seminggu saya balik rumah saya” ujar Larra sambil tergelak kecil.

Begitu juga Hakimi. Ah bodohnya aku. Lagi nak tanya dia. Kan terang-terang memang dia ni Larra.

“tak adalah. Takut saya saya salah orang je” ujar Hakimi kembali. Larra tersenyum memandangnya membuatkan hati Hakimi semakin berdegup kencang melihat senyuman manis milik Larra.

“Erm. Awak dah order makanan dah? Saya lapar ni” ujar Larra sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

senyap….

“Hakimi? Saya tanya awak ni? Awak dah order belum?’ soal Larra lagi apabila dilihatnya tiada balasan dari Hakimi. Dia sendiri pelik kerana Hakimi kerap mengelamun. Tidak menjawab soalannya.

“Errr.. oh. Sorry. Saya belum pesan lagi. Memang tunggu awaklah ni tadi. Nak order sama-sama” ujar Hakimi kembali. Ah! Buat apa aku jadi gelabah semacam je ni jumpa dia. Bukan tak biasa jumpa. Larra dengan Adlea kan orang yang sama. Apa yang aku nak gelabah sangat ni! Dia memarahi dirinya sendiri.

*****

Tangannya lincah membelek-belek helaian kertas itu sebelum seketika kemudian Natasya masuk ke biliknya. Dia memandang sekilas setiausahanya itu sebelum pandangannya kembali fokus pada kertas-kertas di atas mejanya.

“Tan Sri panggil saya?” soal Natasya.

Tan Sri Tengku Radzi sekadar mengangguk. Tidak mendongak memandang Natasya.

“tolong bagi saya semua fail-fail tu. Yang dah siap semak bagi saya” ujarnya kembali.

“errrr” Natasya sedikit gusar untuk memberitahu hal yang sebenar.

Tan Sri Tengku Radzi sedikit hairan melihat Natasya yang masih belum berganjak dari pendiriannya. Dia mendongakkan kepalanya memandang Natasya yang kaku di hadapannya. Kelihatan gadis itu seperti dalam keadaan serba salah.

“Awak dengar tak arahan saya, Natasya?” soalnya lagi. Pelik melihat Natasya masih dibiliknya meski selepas di beri arahan.

Natasya mengangguk laju sebelum mengumpul kekuatan untuk memberitahu hal yang sebenar.

. “se..sebe…” kata-katanya mati di situ. Dia jadi serba salah untuk meneruskan ayat. Kalau aku cakap, confirm dia mengamuk. Kalau tak cakap, aku yang nahas. Ish, kacau betullah.

“sebenarnya apa, Natasya?” soal Tan Sri Tengku Radzi lagi.

Natasya menghembus perlahan sebelum kembali memandang lelaki itu. Matanya dipejam erat. Ah. Nak jadi apa, pun jadilah. Aku redha.

“sebenarnya, fail tu tak siap disemak lagi, Tan Sri” jawabnya berterus terang sebelum kembali membuka mata.

Berkerut dahi Tan Sri Tengku Radzi saat terdengar jawapan yang keluar dari mulutnya. Haaa, aku dah agak dah. Alamat memang kejap lagi adalah aku kene mengamuk sakan ni. Dia sudah faham benar dengan sikap lelaki itu yang gemar segalanya dilakukan secara terattur. Tidak suka sekiranya ada kerja yang tertangguh.

“What?!! Tak siap semak lagi? Are you kidding me?” soalnya kembali. Natasya pantas menggeleng.

“betul, fail tu memang tak siap semak lagi. Ada dalam bilik Tengku. yang dah siap yang saya bagi Tan Sri tadi. Yang lain tu belum siap.” ujar Natasya.

“eh, saya pergi sebulan tau dekat Tokyo. Takkanlah dalam tempoh sebulan tu tak siap apa langsung?” tengking Tan Sri Tengku Radzi membuatkan Natasya terdiam sejenak. Kan dah agak. Aku pulak yang kena tengking. Ni semua salah anak dia yang tak guna tu. Menyusahkan aku je.

“pa..patunya memang dah siap, tapi Tengku jarang hadir. Kalau dia tak ada, mana nak dapat sign. Tan Sri pun tak ada” ujar Natasya kembali.

“Zaf tak ada? Dia tak datang pejabat ea?” jerkah Tan Sri Tengku Radzi. Natasya menggeleng lemah. Mati lepas ni aku kena dengan Tengku gila tu. Nasib badan kau lah Natasya.

“tu pun, ada yang dapat sign dia sebab Encik Aqiem cari dia suruh dia sign and semak. Tapi tu pun tak boleh nak proses semua” ujar Natasya lagi.

Tan Sri Tengku Radzi menghela nafas panjang sambil menutup matanya rapat. Kepalanya disandarkan ke kerusinya. Rasa sakit kepalanya bertambah-tambah setelah mendapat tahu kelakuan Zaf sepanjang ketiadaannya di syarikat itu. Apa nak jadi dengan kamu ni Zaf. Tak pernah nak berubah langsung. Ingatkan sepanjang papa pergi ke Tokyo ni tunjuk contoh yang baik. Tapi tak. Sama je.

“awak suruh dia masuk bilik saya. Sekarang” arahnya sambil kembali membuka matanya

‘Tengku Dzafril ke, Tan Sri?” soal Natasya sedikit teragak-agak.

“Yela!! Siapa lagi!! Dia! Suruh dia masuk jumpa saya sekarng! ” tengking Tan Sri Tengku Radzi membuatkan Natasya tersentak sebelum kelam kabut keluar dari bilik itu.

****

Lewat petang itu, Larra pulang seperti biasa di hantar oleh Hakimi. Kereta Hakimi berhenti di hadapan pintu pagar banglo milik Larra.

“dah sampai” ujar Hakimi sambil menoleh memandang ke arah Larra. Entah kenapa, walau seribu kali dia memandang wajah itu, dia masih tidak merasa jemu. Hari ini adalah hari yang cukup gembira buatnya. Meluangkan masa bersama gadis itu membuatkan rasa rindunyas sedikit terubat.

Larra tersenyum kembali ke arah Hakimi. “terima kasih sebab bawa saya keluar. Honestly, sepanjang saya balik Malaysia, ni baru pertama kali saya dapat jalan-jalan dengan kawan sekitar KL. Thanks’ balas Larra sambil menarik lembut rambutnya yang panjang ke belakang telinga.

“tak ada apa pun. Awak nak keluar dengan saya pun, dah cukup baik. Ingat anak Dato’ Qamal ni tak sudi nak keluar dengan lawyer miskin macam saya” balas Hakimi kembali.

Larra mengerutkan dahinya sambil tergelak kecil melihat sikap lelaki itu.

“eh, awak cakap apa ni. Lupa ke, yang kita ni bestfriend. So, of course lah saya nak keluar dengan bestfriend saya’ ujar Larra kembali sambil menanggalkan ‘seatbelt’ nya. Hakimi dilihatnya sekadar tersengih.

Kau cuma anggap aku bestfriend je Larra. Padahal aku, nak kau anggap aku lebih dari tu. Timbul niat jahat di dalam hatinya untuk memikat Larra sebelum abangnya sempat menikahi gadis itu. Ya! Aku akan sedaya upaya pikat dia. Kali ni aku tak akan mengalah macam tu je Zaf.

“saya gurau je lah. Take care’ ujarnya saat dilihat Larra telahpun menolak pintu untuk keluar. Sempat gadis itu menoleh berpaling memandangnya.

“okay. You too. Take care” ujar Larra kembali sambil kembali menutup pintu kereta kembali. Sempat Hakimi melambai tangan ke arahnya. Larra turut melambai tangannya sambil berjalan masuk ke pintu pagar.

Larra tersernyum sendiri saat teringat detik pertemuannya dengan Hakimi tadi. Ah! Perasaaan apa yang aku rasa ni. Larra menelan air liurnya yang terasa kelat. Yang pasti, dia bahagia. Kakinya di atur laju memasuki pekarangan banglo.

“Larra. Sini kejap” panggil satu suara membuatkan Larra terhenti dan menoleh. Mencari pemilik suara itu. Dilihatnya papa dan mamanya sedang duduk di ruang rehat itu. Larra tidak jadi meneruskan niatnya untuk naik ke bilik. Kakinya diatur menghampiri kedua orang tuanya itu.

“Kenapa papa?” soalnya kembali sambil mengambil tempat.

“sebelum tu. Mama nak tanya sesuatu dengan Larra” ujar Datin Marissa membuatkan Larra menoleh k arah mamanya pula.

“Larra memang betul bersedia nak kahwin dengna Tengku Dzafril. Bukan sebab terpaksa?” soal mamanya lagi.

Larra terasa sesak nafasnya setiap kali membincangkan isu hubungannya dengan Tengku Dzafril. Nafasnya ditarik dalam sebelum perlahan-lahan menghembuskannya kembali. Dia mengangguk.

“Ya, mama. Larra setuju. Larra ikut je dengan pilihan mama dengan papa” ujar Larra.

Datin Marissa menarik nafas lega sambil tersenyum memandang suaminya, Dato’ Qamal. “erm kalau macam tu. Cakaplah dekat dia” ujar Datin Marissa.

Dato’ Qamal membetulkan duduknya sambil memandang lama wajah milik Larra. Dia tersenyum.

“perkahwinan Larra dah ditetapkan. Lagi dua minggu” ujar papanya.

Larra terasa sesuatu yang maha berat sedang menghempap kepalanya saat mendengar kenyataan yang keluar dari mulut papanya ketika itu.

“what? Lagi dua minggu?!!” soalnya kembali tidak percaya. Dilihatnya papa dan mama mengangguk laju sambil tesenyum. Larra mencuba untuk bangun namun kepalanya terasa pusing tiba-tiba. Pandangannya dirasakan mula gelap. Semakin lama suara mama dan papanya kedengaran jauh sebelum menjadi senyap. .

Larra pengsan.

P/s : maaf kalau kurang memuaskan sebab this week, saya kurang sihat. :) apa pun, jangan lupa komen.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 8”
  1. dilza adina says:

    fatin : hahaha. nak Larra dengan Hakimi yer.

    intan : haha. boleh jadi jugak ek. hhaha..

    fesya : pandai jugak. tak suspens kan kalau dah tau

    sarah : haha. well, entahlah. lagipun cerita ni belum sampai dia kawen pun. still ada masa lagi. ^^

  2. erica71 says:

    pls writer…Hakimi gan Larra ya!!Hrp2 xsempa kawen la Larra gan Si Zaf perasan bagus tu!!!!

  3. ira says:

    btol ape krg nya hakim..klu sye dah jatuh hati ngn hakim tu. tp peragai zaf sme mcm larra dlu..ikut mmg dowg sesui..

  4. fatin syahira says:

    sya nk hakim ngn larra….hakim thu plk baek…memang padan ngn larra..^_^

  5. fatin syahira says:

    hrp2 zaf akn jadi bertagunggjawab dan penyanyang..slps mereka kawen..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.