Novel : Antara mahligai ego dan cinta 9

25 August 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Dilza Adina

Deringan telefon bimbitnya mematikan mimpi indahnya membuatkan dia terjaga serta merta. Lantas satu keluhan berat dilepaskannya sebelum tangannya diarahkan mengapai telefon bimbitnya yang diletakkan dia meja berhampiran dengan mata yang masih terpejam.

“siapa pulak call aku pagi-pagi buta ni. Kacau betullah” marahnya sambil membuka sedikit matanya melihat nama yang tertera di telefon. Berkerut dahinya sebaik sahaja menyedari pemanggil tersebut dari Faizah. Dia ni nak apa pulak ni, call aku pagi-pagi buta. Tak tahu ke kalau sekarang ni memang time aku tidur. Dia membebel dalam hati.

“Hello” ujarnya

“hey. Sayang. You baru bangun tidur eh?” kedengaran suara gadis itu menjawab.

Tengku Dzafril Haidhar menggosok matanya sebelum menguap. Sungguh, dia masih mengantuk. Malam tadi dia pulang ke rumah cecah ke angka 4 pagi. Dia masih belum puas tidur.

“erm. Hari ni kan Ahad. Kenapa you call i ni?” soalnya kembali. Dia malas mahu berbasa basi dengan gadis itu. Mood nya langsung tiada. Lebih baik terus kepada tujuan sebenar supaya dia boleh segera menyambung tidurnya semula.

“alaaa. You ni macam tak suka je i call. Lagipun, you lupe ke hari ni hari apa. Jomlah keluar dengan i” pujuk suara gadis itu manja.

Tengku Dzafril Haidhar mengerutkan dahinya sebelum telefon bimbitnya dijarakkan dari telinganya sebelum memandang telefon itu penuh jengkel.

Ish, perempuan ni. Nak ajak aku keluar pula. Tak paham ke aku cakap yang aku tengah tidur. Kacau betullah. Dasar perempuan. Memang selalu menyusahkan. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum telefon itu dilekapkan semula ke telinganya berniat untung menyambung kata-katanya.

“i mengantuk lah. Lain kali je lah keluar ea faizah. Okay bye” ujarnya sambil serentak memutuskan talian.

Telefonnya segera dicampak ke tepi. Selimut tebalnya ditarik kasar bagi menyelimuti tubuhnyas yang tidak berbaju, tidak sampai beberapa minit, dia kembali mengantuk. Akhirnya, dia sekali lagi tertidur.

Alunan muzik keras dari nada dering telefon bimbitnya sekali lagi mengejutkannya dari tidur. Dia hampir hilang sabar melihat telefonnya yang masih berbunyi itu. Kali ini dia benar-benar merasa terganggu dan marah.

“aghhh! Siapa lagi yang call niiiiiii!!” jertinya sekuat hati membuatkan bilik itu bergema dengan jeritannya.

Lalu selimut tebalnya pantas ditolak sebelum bangun dan duduk bersila di atas katil sambil matanya tak lepas memerhati telefon bimbitnya. Rasa panas di dalam hatinya masih bersisa. Dalam terpaksa dia mengangkat juga telefon itu.

“Hello faizah. Kan i cakap, i nak tidur” bebelnya tanpa sempat si pemangggil memperkenalkan diri.

Sunyi seketika.

“dear, siapa faizah? ni Syanna la” balas suara itu memperkenalkan dirinya.

Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar sebaik sahaja mendengar nama Syareena. Lantas dia mengerling ke arah skrin telefon bimbintnya dan memang benar. Nama yang tertera di situ adalah Syanna. Gulp! Dia menelan air liurnya. Alamak! Salah orang pula.

“err.errr.. Syanna. Faizah tu cousin i.. Errr. You kenapa call i ni?” soalnya kembali cepat-cepat menukar topik.

Nada suaranya sudah tidak sekasar tadi. Namun begitu, kali ini rasa kantuknya sudah hilang. Semua gara-gara dia tersalah meneka sehingga akhirnya dia malu sendiri. Agh! Memalukan betul. Lain kali nak angkat call tu kau check la dulu. Bukan main angkat je. Ni lah padah bila dan terlampau mengantuk.

Kedengaran suara kekekan ketawa dari Syareena di hujung talian. Eh perempuan ni, entah apa yang lawak pun aku tak tahulah. Tengku Dzafaril Haidar mengutuk dalam diam.

“Laaaaaaa. You ni. I call you ni nak ajak you keluar la. Kita kan dah lama tak keluar. You busy sangat. Takkanlah hari ni cuti pun you tak nak keluar ?” soal Syareena lagi.

“i nak rehatlah”

“alaaa. Hari ni je keluar. Takkan tak boleh kot. Please sayang” rengek Syanna seperti anak kecil lagaknya.

Tengku Dzafril Haidhar diancam rasa serba salah. Eh, macam mana ni. Aku tak nak keluar. Nak bagi alasan apa ni dekat dia. Memang betul pun dah berbulan-bulan aku asyik mengelak dari jumpa dia.

“Syareena, i bukan tak nak keluar dengan you. I nak tapiiiiiii…….” dia berhenti berkata-kta. Otaknya ligat mencipta alasan. Come on, Zaf. You can do it. Please create some good reason.

“tapi apa?!” suara Syareena sudah mula meninggi.

“tapi i sakit kepala ni. I nak tidur je sekarang. Baru lepas makan ubat. You boleh faham kan, sayang?” soalnya lagi.

Kedengaran Syanna mengeluh di hujung talian. Hampa barangkali dengan jawapannya. Ceh. Kalau tak sebab kau cantik, jangan haraplah aku nak cakap kau baik-baik. Menganggu aku betullah.

“err. Teruk sangat ke you punya sakit tu?” soal Syareena lagi.

“a’ahh. I sakit kepala gila gila ni. You, I nak tidur dulu. Bye” ujarnya.

“bye” kedengaran suara Syareena lemah menyambut di hujung talian. Tengku Dzafril mendengus perlahan sebelum memutuskan talian dan bangun menuruni katil. Kakinya diatur menuju ke arah sofa berdekatan sebelum punggungnya dihenyakkan di situ. Telefonnya yang berdering-dering sekadar dibiarkan tidak berjawab.

“apa kena semua perempuan sibuk call aku hari ni?” soalnya kembali. Tubuhnya dibongkokkan sedikit sebelum tangannya berjaya mencapai alat kawalan jauh di atas meja.

“ya. Selamat pagi kepada semua yang menonton. Tak lupa, hari ini saya nak ucapkan selamat Hari Kekasih pada semua dan terima kasih kerana masih setia menonton…….” kedengaran pengacara di televisyen membebel. Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar mendengar ucapan pengacara itu.

“Patutlah semua sibuk call aku. Hari Kekasih rupanya. Aku mana sambut hari-hari macam ni” ujarnya sambil menoleh memandang ke arah telefon bimbitnya yang masih berdering. Lama dipandangnya sebelum akhirnya dia bangun juga dari sofa itu mencapai telefon itu sebelum menjawabnya.

“Hello” ujarnya. Suaranya kedengaran dingin.

“Zaf! Ni i la Dareena. Apasal lambat sangat you nak angkat ? Penat i call dari tadi” kedengaran gadis itu bersuara ceria sambil membebel. Namun Tengku Dzafril Haidhar malas mahu ambil pusing dengan apa yang diperkatakan oleh gadis itu.

“Nak apa call?” soalnya kasar.

Moodnya serta merta hilang. Kakinya dilangkah menuju ke tepi tingkap sebelum pandangannya diarahkan ke kolam renang di tingkat bawah. Kelihatan Pak Samad sedang bertungkus lumus membersihkan kolam itu.

“Zaafff!! You dengar tak i cakap apa ni?” sekali lagi suara Dareena mengejutkannya membuatkan dia tersentak.

Tengku Dzafril Haidhar mendengus kasar. Lalu, telefonnya segera dilontarkan ke luar tingkap sebelum akhirnya jatuh masuk ke dalam kolam renang itu. Perlahan-lahan hilang tenggelam jatuh ke dasar. Baru puas hatinya kini. Tindakannya itu jelas membuatkan tukang kebunnya itu terpinga-pinga dengan tindakannya.

“eh Tengku, kenapa buang telefon tu?” soal lelaki itu hairan.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis. “saya dah bosan dah dengan telefon tu termasuk dengan isi-isi dia sekali. Pak Samad tolong buangkan ea” ujarnya seraya masuk kembali ke dalam biliknya dan berbaring.

Satu keluhan berat dilepaskannya. Entah mengapa otaknya tiba-tiba teringat akan Elle, gadis yang pernah diceritakan oleh rakan-rakannya. Serentak kata-kata Ayie mula bermain-main di kepalanya.

“Tapi. Tapi.. Tapi.. Tapi dari yang aku dengar, budak Elle tu kalau ada masalah, dia akan datang lepak tenangkan diri dekat KL Tower. Kau trylah Zaf pergi situ. Kot-kot jumpa ke” saran Ayie.

Dia kembali duduk sebelum meraup wajahnya. “KL tower?” soalnya sendiri sebelum bingkas bangun dan tersenyum.

****

Larra menatap lama wajahnya di cermin sebelum mengeluh perlahan. Otaknya masih kusut memikirkan tentang perkahwinan yang secara tiba-tiba dipercepatkan oleh pihak keluarga lelaki.

“Kan aku sendiri yang setuju nak kahwin. Ikhlas Larra. Ikhlas” tegasnya di dalam hati sambil berpaling dari cermin dan berjalan menuju ke almari pakainnya. Sehelai baju satin bewarna biru gelap dikeluarkannya.

Entah mengapa, kenangan 9 tahun lepas kembali mengisi memorinya tiba-tiba.

“Elle!! Elle” jerit satu suara itu membuatkan dia menoleh. Pandangannya dialihkan ke arah lelaki. Memandang dengan penuh jelik seolah-oalah lelaki itu adalah binatang paling buruk pernah dijumpanya.

“Kau nak apa?!” soalnya kasar kepada lelaki itu. Tersengih-sengih lelaki itu memandangnya sebelum satu kotak bungkusan hadiah dihulurkan ke arahnya. Berkerut dahi Larra saat terpandang kotak itu.

“wahh. Elle. Syazril kasi kau hadiah sempena Hari Kekasih lah” sindir Natalia kepadanya membuatkan Larra mencebik sebelum kembali memandang lelaki itu yang masih tersenyum memandangnya.

“Apa ni?” soalnya lagi. Lelaki berkaca mata itu tersenyum lebar sambil membetulkan kaca matanya.

“nah. Awak ambillah. Khas untuk awak” ujar lelaki itu malu-malu. Larra mengerutkan dahinya sebelum tersenyum sinis. Rasa geli mendengat kata-kata lelaki itu.

“Kau bagi aku? Hadiah?” soalnya kembali meminta kepastian yang lelaki itu tidak bermain-main.

Dilihatnya lelaki itu mengangguk laju sebelum menghulurkan lagi kotak hadiah itu kepadanya minta disambut. Larra menelan air liurnya sambil memandang kotak dan lelaki itu silih berganti. Akhirnya tangannya digerakkan juga untuk menerima kotak berbalut sampul bewarna ungu itu. Gembira bukan kepalang wajah Syazril saat dia menerima hadiah itu.

Tindakannya itu jelas membuatkan rakan-rakannya terkejut.

“kau terima Elle?” soal Farah. Larra sekadar menjeling sekilas ke arah sahabatnya itu sambil tersenyum sebelum kembali memandang ke arah Syazril semula.

“lain kali, kau tak payah susah-susah bagi aku hadiah” ujar Larra sambil berjalan meninggalkan lelaki itu dituruti oleh ahli-ahli HotVicious yang lain.

Sejurus melewati tong sampah di tepi koridor itu, dia tiba-tiba berhenti sebelum kotak berisi hadiah dari Syazril itu lantas dicampak masuk ke dalam tong sampah itu. Sempat dia menoleh ke arah Syazril yang ternyata terkejut dengan tindakannya membuang hadiah pemberiannya itu.

“Ke..kenapa awak buang?” soal Syazril membuatkan Larra tersenyum sinis. Wajah lelaki itu yang tadi gembira serta merta kini bertukar sayu langsung tidak berjaya membuatkan dia merasa bersalah. Sebaliknya dia puas hati dapat menyakitkan hati lelaki itu. Biar dia tahu, kedudukan dia.

“aku tak perlukan hadiah kau laaa. And kau patut fikir dua tiga kali sebelum berani nak bagi hadiah kau dekat aku” ujar Larra sombong. Tergelak-gelak ahli kumpulan HotVicious mendengar kata-katanya.

“tu la. Syazril. Lain kali cermin dulu muka tu” ujar Ajierah pula membuatkan sekali lagi mereka tergelak.

“ada hati dengan Elle. Pleaselah” ejek Natalia.

“dahla. Jom pergi” ajak Larra sambil berpaling dan berjalan.

Syazril hanya mampu berdiri di situ menelan satu persatu kata-kata pedih yang dilontarkan kepadanya. Sungguh dia tak sangka, gadis itu hanya berpura-pura baik dengannya sedangkan hakikat yang sebenarnya dia sudah tahu, sejauh mana kelicikan ahli kumpulan itu dalam mempermainkan lelaki sepertinya.

Larra menutup kembali pintu biliknya. Peristiwa tentang Syazril itu sedaya upaya cuba diusir dar kotak ingatannya. Aku tak nak ingat lagi pasal dia. Aku tak nak ingat lagi. Lantas kakinya diatur laju menuruni tangga. Sempat dia mengerling memandang jam tangannya.

“ah aku dah lewat. Mesti Pak Man tunggu aku lama” ujarnya sambil bergegas keluar dari rumah. Tekaannya benar apabila Pak Man telah pun menantinya di dalam kereta.

“Maaf lambat, Pak Man” ujar Larra sambil segera memasuki perut kereta itu. Pak Man menoleh sambil tersenyum.

“tak apa cik. Ni nak saya hantar pergi KL tower eh?” soal Pak Man.

Larra mengangguk laju sambil memakai ‘seatbelt’ nya. Memang kebiasaanya sejak sekolah. Setiap kali rasa tak tenteram ataupun sedih dia akan datang ke tempat itu. Kerana itulah, ketika kini dia sedang kusut memikirkan perkahwinannya yang bakal menjelang, dia membuat keputusan untuk pergi ke tempat itu.lagi.

****

“Tengku nak buat apa ni dekat sini?” soal Rahman kepada anak majkannya itu. Sedikit pelik kerana kebiasaaan bagi hari minggu sebegitu, jarang benar lelaki itu hendak keluar pada waktu siang. Tiba-tiba minta aku hantar dia dekat KL Tower ni pulak. Aneh aneh. Nak buat apa entah. Dahlah pakai litup-litup macam ni. Eh tak faham betullah dengan perangai budak ni.

Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sambil membetulkan ‘cap’ di kepalanya. Sempat pandangannya melilau ke luar cermin tingkap kereta memerhati orang ramai.

“saya nak jumpa kawan” ujarnya pendek sambil tersenyum memandang pemandu papanya itu, Encik Rahman.

Dia mengambbil keputusan untuk dihantar oleh lelaki itu memandangkan dia agak malas untuk memandu sendiri pada hari itu. Ah, dekat KL ni dahla jammed je selalu. Nak-nak lagi kalau siang, hari minggu macam ni. Memang tak la aku nak rajin drive sendiri. Apa guna ada driver, dia tersenyum sendiri.

“jadi nak saya jemput pukul berapa” soal lelaki itu lagi. Tengku Dzafril Haidhar menyarungkan sun-glassesnya ke muka.

“er nanti saya call la” ujarnya sambil bergegas keluar dari kereta.

Beberapa detik kemudian kereta Mercedes Benz itu menderu laju meninggalkannya seorang diri di hadapan Menara Kuala Lumpur itu bersendirian. Dia mula melangkah setapak demi setapak berjalan tanpa arah. Namun bebeapa detik kemudian langkahnya mati.

“agh! Bodohnya aku. Dah tentu-tentu pagi tadi aku campak phone aku masuk kolam renang. Sekarang mana aku ada bawa phone lain” dia mendengus perlahan sedikit menyesali sikap cuainya itu. Jam tangannya dikerling sekilas.

“terpaksa balik naik bas lah macam ni” ujarnya sambil mengambil salah satu tempat duduk yang berdekatan sambil mendengus perlahan memikirkan nasibnya ketika itu.

“eh bas? Baik aku naik teksi” ujarnya sambil menoleh sekeliling.

Pandangannya terhenti seketika pada gadis yang duduk bersendirian di bangku tidak jauh darinya. Meski wajah gadis itu tidak begitu kelihatan namun dari cara gadis itu berpakaian sudah cukup menarik perhatiannya. Cukup bergaya.

Gadis itu itu berambut panjang. Keanggunannya jelas terserlah. Perlahan-lahan dia tersenyum sendiri.

Sedang dia leka memandang gadis itu, bahunya ditepuk perlahan secara tiba-tiba membuatkan dia tersedar lalu segera menoleh. Keningnya dikerutkan sedikit melihat lelaki itu yang sedang tersenyum memandangnya.

“eh Joe, kau buat ape dekat sini?” soal Tengku Dzafril Haidhar kepada sahabatnya itu.

Serentak lelaki itu menjeling sekilas ke arah gadis di sisinya membuatkan Tengku Dzafril Haidhar turut menoleh. baru dia tersedar, bahawa lelaki itu tidak datang bersendirian. Sebaliknya ditemani oleh teman wanitanya.

“cuti bro. Bawakla awek jalan sini” ujar Joe. Tengku Dzafril Haidhar mengangguk perlahan sebelum tersenyum tanda hormat ke arah teman wanita Joe itu. Senyumannya dibalas oleh gadis itu. Dia kemudian menoleh semula ke arah Joe yang masih memandangnya.

“eh wait. Macam mana kau boleh cam aku. Aku dah pakai misteri macam ni pun kau kenal lagi ke?” soal Tengku Dzafril Haidhar hairan. Sememangnya dia sengaja memakai pakaian sebegitu bagi mengelakkan dirinya dari di cam orang namun ternyata usahanya gagal apabila Joe berjaya juga mengecamnya.

“Pasal kau lah yang pakai paling pelik dekat sini aku cam” ujar Joe kembali. Gadis di sisI Joe mencuit Joe seketika sebelum memberi isyarat meminta izin untuk pergi ke toilet. Joe sekadar mengangguk.

Tengku Dzafril Haidhar membelek dirinya kini sebelum kembali mendongak memandang Joe. Apa maksud joe ni?

“Pelik? Apa yang peliknya?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali masih tidak faham dengan maksud sebenar Joe.

“Kau tengok orang semua pakai apa. Yang kau pakai cap, jacket ngan rayban bagai ni nak pergi mana? Mr weirdo. Aku cam kau pasal cincin tengkorak dekat jari kau tu” ujar Joe membuatkan Tengku Dzaril Haidhar segera mengerling ke arah cincinnya. Halamak. Lupa nak tanggalkan. Serentak dia tersengih memandang Joe.

“Aku pakai macam ni sebab tak nak ada orang cam” ujar Tengku Dzafril Haidhar menerangkan sebab sebenar dia berpakaian sebegitu.

Joe tergelak kecil mendengar jawapannya. “tak nak orang kenal? Kau ingat kau artis ke Zaf?” perli Joe kembali.

“bukan macam tu Joe. Kau pun tau awek aku keliling pinggang. Hari ni pun semua dok call aku ajak keluar pasal Hari Kekasih an. Macam-macam alasan aku bagi tak nak keluar dengan dia orang. Tup tup aku keluar dekat sini. Tak ke naya aku kalau dia orang jumpa aku” ujar Tengku Dzafril Haidhar cuba menerangkan sebab sebenar dia berpakaian sebegitu.

Joe mengangguk tanda faham. Sememangnya dia tahu lelaki itu adalah makhluk yang paling anti dengan Hari Kekasih. Takut kantoi pasang banyak perempuan katanya. Namun apa yang peliknya, kenapa dia still keluar jugak hari-hari macam ni.

“tahu pun takut kantoi. tapi aku peliklah. Setahu aku, kau kan anti Hari Kekasih. Ni, apa mimpi kau keluar pulak tiba-tiba? Kau date dengan tunang kau apa?” teka Joe membuatkan wajah Tengku Dzafril Haidhar berubah serta merta apabila disebut tentang tunangnya.

“kau tolonglah jangan sebut pasal tunang aku dekat sini. Aku tak ada moodlah nak dengar pasal dia” marah Tengku Dzafril Haidhar.

“dah, marah pulak. Menggelabah betullah. Okay aku tak sebut pasal tunang kau lagi. Tapi, aku nak tanya kau. Tu sape?” soal Joe.

“tu sapa? Tu sapa apa? Kau tanya apa ni?” soal Tengku Dzafril Haidhar hairan. Dia benar tidak faham dengan soalan sahabatnya itu. Ish! Kenapalah aku boleh jumpa monyet ni dekat sini. Dah macam kena soal siasat aku dibuatnya.

Dilihatnya Joe mengunjukkan muncungnya ke satu arah membuatkan Tengku Dzafril Haidhar turut berpaling ke arah itu. Kelihatan seorang gadis sedang duduk bersendiran di bangku tidak jauh darinya. Ya, gadis yang dilihatnya tadi. Gadis yang menarik perhatiannya meski wajahnya terlindung.

“aku tak kenal dia lah” balas Tengku Dzafril Haidhar kembali membuatkan Joe ketawa besar

“orang lain kau boleh tipu tapi aku tak boleh, Zaf. Korang dah datang sini. Pakai baju sedondon, lepas tu kau asyik tengok-tengok je dia dari tadi. Kau ingat aku tak tahu. Come on. Cakapla siapa tu?” soal Joe kembali.

Tengku Dzafrl Haidhar menelan air liurnya yang terasa pahit. Memang benar. Sejak setengah jam yang lalu dia sering mencuri pandang gadis itu namun dia sama sekali tidak menyangka tindakannya itu dapat dibaca oleh Joe. Dan baru kini dia sedar, bajunya dan gadis itu sememangnya sedondon. Patutlah budak Joe ni ingat aku datang sini dengan minah anonymous ni.

“err. Aku takt tipu. betul doh. aku tak kenal dia. Kau tolong lah jangan cakap benda bukan-bukan” nafi Tengku Dzafril Haidhar berulangkali membuatkan Joe tersenyum lebar.

“kau nak aku tolong kau ayat dia tak?” soal Joe sambil tersengih. Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya yang terasa kelat. Ah sudahhhh…

****

Larra melemparkan pandangan kosong ke arah pemandangan di hadapannya kini. Sedikit banyak dia sudah dapat menenangkan diri dengan duduk di situ selama hampir sejam.

“cik” kedengaran satu suara garau menegurnya membuatkan dia menoleh.

Kelihatan seorang lelaki kurus tinggi sedang tersenyum mmandangnya. Eh mamat ni. Dia tanya aku ker? Tapi memang aku je yang dekat sini.

“Yes?” soalnya kembali dengan wajah hairan.

“Cik ni artis ke?:” soal lelaki itu. Larra mengerutkan dahinya tanda tidak faham. Dah kenapa lelaki ni tiba-tiba tanya aku ni artis ke bukan. Gila apa?

“no” ujarnya pendek. Malas mahu melayan.

“jap. Betul la. Saya pernah nampak cik dekat tv” uajr lelaki itu bersungguh-sungguh. Larra mengangkat keningya sebelum menggeleng perlahan.

“saya rasa encik salah orang. Saya tak pernah terlibat dengan mana-mana agensi media hiburan dekat Malaysia ni” balas Larra tegas. Sejujurnya dia malas mahu bercakap banyak ketika itu. Tiada mood. Lebih-lebih lagi dia sama sekali tidak kenal lelak itu. Jadi, jangan haraplah aku nak layan kau ramah.

“okay. Kalau betul bukan artis, cik ni siapa?” soalnya kembali. Larra merenung lama wajah lelaki itu sebelum teragak-agak untuk menjawab.

“Larra” ujar Larra sambil mula berdiri untuk bangun. Bersiap-siap untuk beredar dari situ.

“oh nice name. Tinggal mana?” soal lelaki itu kembali. Larra tersenyum nipis

“i’m sorry. I got to go. Bye” ujar Larra sambil berjalan dan meninggalkan lelaki itu. Agh gila. Tak pasal-pasal tegur aku. Ingat aku tak tahu taktik kau. Larra mengomel dalam hati sambil berjalan.

*****

Joe mengerutkan keningya memandang gadis tinggi lampai itu yang sudah semakin menjauh meninggalkannya sebelum tersenyum sendiri. Dia akhirnya kembali menoleh ke arah bangku yang di duduki Zaf sebentar tadi.

“eh? Dah kosong? Mana budak Zaf ni pergi?” soalnya hairan sambil menoleh ke sekeliling mencari-cari kelibat rakannya itu.

Tidak lama kemudian kelihatan lelaki itu muncul berjalan ke arahnya sambil tersengih.

“amacam? Dapat tak ngurat dia?” soal Zaf kembali. Joe mencebik.

“susah la. Alah, biasalah tu. Perempuan cantik. Pandang aku pun tak nak, bro” ujar Joe dengan nada hampa sambil mengeluh perlahan. Tengku Dzafril Haidhar menepuk perlahan bahunya.

“tu la kau. Aku dah cakap, tak payah tapi kau degil jugak. Nak pergi sana sangat. Tengok. Apa jadi sekarang. Nasib baik aku berjaya buat awek kau pergi beli air untuk kita. Kalau tak memang masak kau kena tadi bila dia nampak kau tengah usha perempuan tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“eh alamak. Aku lupa pasal Jue. Kau suruh dia beli air ea?” soal Joe. Tengku Dzafril Haidhar mengangguk.

“yelah. Sikit lagi kau kantoi. Nasib aku cepat. Tu yang aku blah tu tadi.” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil tersenyum.

“fuh, cayalah kau bro. Nasib baik kau ada. Tapi aku pergi usha awek tu pun, sebab kau” ujar Joe.

“eh aku tak suruh pun kau pergi usha dia derr.”

“yelah. Habis kau asyik pandang-pandang dia je” balas Joe lagi.

“pandang je pun. Bukan buat ape. Kau la, gile tiba-tibe nak tegur dia. Last-last bukan dapat pun nombor dia” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambit tergelak. Joe tersenyum.

“tak apa. Aku tak dapat nombor dia, tapi aku tahu nama dia, Zaf” ujar Joe sebelum kembali tersengih. Tengku Dzafrl Haidhar mengangkat keningnya.

“kau tahu nama dia? siapa nama dia?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali. Joe tersenyum.

“Larra”

Bulat mata Tengku Dzafril Haidhar sebaik sahaja mendengar sebaris nama itu. Gelaknya serta merta mati. Dia terdiam seketika.

“Larra?” soalnya kembali meminta kepastian. Biar betul apa yang aku dengar ni. Takkanlah aku ni pekak sangat kot boleh terdengar nama tunang aku pulak.

Joe mengangguk.

“Ya, Larra. Sedap kan nama. Macam tuan punya badan. Cun gua cakap lu” ujar Joe bersungguh-sungguh.

“oh” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menelan air liurnya. Jantungnya sedikit berdegup kencang ketika itu. Dia jadi tidak tentu arah tiba-tiba.

“dude, kau apasal?” soal Joe sedikit bimbang. Pelik melihat riak wajah lelaki itu yang tiba-tiba sahaja bertukar sebaik sahaja disebut nama Larra

“Larra tu nama tunang aku la” Tengku Dzafril Haidhar berterus terang membuatkan Joe terdiam. Dipandangnya wajah tampan milik Tengku Dzafril Haidhar.

“kau tak main-main kan?” soal Joe. Tengku Dzafril meraup wajahnya sambil merenung lama wajah sahabatnya itu.

“kau ni. Buat apa aku nak main-main doh. Tunang aku tu memang nama Larra” ujarnya bersungguh-sungguh.

“huh, eh ye ke? Aku baru tahu ar bro” ujar Joe. Selama ini dia sekadar tahu bahawa Zaf sudah bertunang namun dia sama sekali tidak tahu nama tunang kepada lelaki itu..

“entahlah. Serabut aku dengar nama perempuan tu” ujarnya.

“alah. Nama je sama kot. Tapi orang lain-lain. Bukan dia sorang je nama Larra dekat KL ni kan” ujar Joe cuba menenangkan sahabatnya itu. Tengku Dzafril Haidhar mengeluh perlahan.

‘”erm mungkin kot. Aku malas nak fikir pasal hal tunang aku tu lagi ar” ujar Tengku Dzafril Haidhar.

“okay. Habis tu, apa sebab kau datang sini ? Boleh aku tahu?” soal Joe kembali. Tengku Dzafril Haidhar menelan air liurnya yang terasa kelat . Wajah Joe dipandangnya lama sebelum sekali lagi dia mengeluh.

“Kalau aku cakap dengan kau pun. Kau mesti gelakkan aku punya”

“apsal pulak. Cakap jelah sebab apa” pujuk Joe.

“Elle. Kau ingat tak, Ayie pernah cakap yang Elle akan pergi sini kalau dia stress or sedih or whatever? Sebab aku teringat pasal benda tu lah, aku tiba-tiba tergerak hati nak datang sini. Memang bodoh kan. Aku sendiri pun tak pernah langsung jumpa dia, then macam mana pula aku nak cam dia. Sampai sini baru aku sedar. Ape punya stupid lah” luah Tengku Dzafril Haidhar panjang lebar.

Penjelasannya itu berjaya membuatkan Joe tergelak besar dengannya.

“serius? Kau datang sini semata-mata sebab nak jumpa Elle tu?” soal Joe menahan gelak. Tengku Dzafril Haidhar mengangguk.

“Doh, Zaf. Kau amek serius ke, apa yang Ayie cakap hari tu? benda tu dah berapa tahun punya Zaf. Silap-silap budak Elle tu pun dah lupa jalan nak datang sini. Kau tahu tak”

Kata-kata Joe itu memang ada benarnya. Tengku Dzafril Haidha turut tergelak kecil memikirkan kebodohannya. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan menahan rasa malunya. Dia ketawa kecil.

“sorry lambat. Nah air” ujar satu suara membuatkan Joe dan Tengku Dzafril Haidhar berhenti ketawa lalu menoleh. Jue sudah sampai dengan beg plastik berisi botol airnya.

“thanks Jue” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menyambut botol air yang dihulurkan oleh Jue. Gadis itu sekadar tersenyum

****

Puan Zahnita mengeluh perlahan sambil menjejakkan kakinya ke tingkat atas itu. Kini, dia sudahpun berdiri di hadapan bilik Hakimi. Ketukannya disambut dengan suara serak dari dalam bilik yang mengizinkannya untuk masuk. Lalu, perlahan dia menolak pintu itu dan kini jelas kelihatan Hakimi yang masih terbaring di atas katil. Puan Zahnita mengeluh perlahan sambil menutup semula pintu.

“Kimi, mummy bawakkan ubat ni” ujar Puan Zahnita pula. Lelaki itu membuka matanya kecil sambil tersenyum. Bibirnya pucat.

“susah-susah je mummy. Kimi boleh turun, ambil sendiri ubat” ujar Hakimi ujar lelaki itu sambil berusaha untuk duduk. Puan Zahnita menahan rasa sebak melihat keadaan lelaki itu.

“takpe lah. Kimi kan demam. Ni makan ubat” ujar Puan Zahnita. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.

“terima kasih mummy” ujar lelaki itu lagi.

“Pasal Larra tu, mummy mintak, Kimi jangan fikir sangat. Kimi kan sekarang sakit, and kena banyak berehat” pujuk Puan Zahnita.

Semenjak semalam, Hakimi mengadu kepalanya sakit dan lebih memburukkan keadaan setelah menerima berita perkahwinan antara Larra dan Zaf yang dipercepatlan secara tiba-tiba lelaki itu menjadi semakin murung. Dan pagi itu, dia jatuh sakit. Demam

“tak ada lah mummy. Kimi okay” ujarnya perlahan sambil berusaha untuk tersenyum.

Puan Zahnita digamit rasa bersalah melihat keadaan anaknya lelakinya itu. Dia tahu, senyuman lelaki itu palsu. Anaknya itu suka berpura-pura bahagia demi menjaga hatinya. Kalaulah aku boleh ubah, perkahwinan Larra dengan Zaf tu kepada Hakimi.

“Mummy?” panggil lelaki itu membuat Puan Zahnita menoleh.

“Zaf tahu tak yang Adlea tu sebenarnya Larra?” soal Hakimi lagi. Puan Zahnita terdiam sejenak sebelum akhirnya menggeleng. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Zaf tak tahu. Adlea pun tak tahu yang Zaf tu adalah tunang dia” ujar Puan Zahnita perlahan

“Kimi dah agak dah. Agak-agak kalau Kimi beritahu Adlea yang sebenarnya…..” kata-kata lelaki itu terhenti di situ.

Matanya dipejam erat. Dia mengucap panjang. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Lantas tubuhnya perlahan-lahan direbahkan semula. Sempat dirasakannya tangan Puan Zahnita memegang dahirnya bagi memeriksa suhu badannya yang masih panas.

“mummy faham perasan Hakimi sekarang. Tapi mummy pun tak boleh buat apa-apa. Semuanya dah ditetapkan. Mummy tak ada kuasa”

“tak apa mummy. Kimi tak salahkan siapa-siapa pun dalam hal ni. Kalau memang bukan Adlea jodoh Kimi, Kimi redha. Kalau jodoh tak ke mana kan,?” balas lelaki itu.

“tapi Kimi…..”

“Takpelah mummy, Kimi tak larat sangat sekarang. Kimi nak rehat dulu” ujar Hakimi sambil tersenyum tawar sebelum menutup matanya rapat. Puan Zahnita menelan air liurnya sambil menarik nafas panjang melihat sikap lelaki itu.

****

Tengku Dzafril Haidhar diancam rasa tidak puas hati dengan keputusan mendadak papanya itu. Lalu dia yang pada awalnya masih duduk di sofa itu segera bangun ingin berjalan meninggalkan papanya sebagai tanda protesnya terhadap keputusan secara tiba-tiba itu.

“hey! Zaf. Nak pergi mana tu? Papa belum habis cakap lagi” jerit papanya. Dia berhenti melangkah sebelum menoleh.

“dari awal, papa tak pernah tanya keputusan Zaf pasal perkara ni. Papa putuskan semua keputusan tanpa pengetahuan Zaf. And now, papa buat keputusan nak kahwinkan Zaf dengan perempuan tu dalam masa dua minggu. Zaf tak boleh terima!!” jerit Tengku Dzafril Haidhar..

“habis tawaran 40 persen saham dalam syarikat tu, kamu tak nak?” soal Tan Sri Tengku Radzi lagi. Dilihatnya Tengku Dzafril Haidhar tersenyum sinis.

“Zaf tak kisah lah pasal harta papa. But satu je yang Zaf mintak. Papa tolong jangan masuk campur dengan keputusan hidup Zaf. Its my life, not yours” balas Tengku Dzafril Haidhar lagi.

Tan Sri Tengku Radzi menghela nafas panjang melihat sikap anak lelakinya itu.

“apa lagi masalah kamu ni Zaf? Yang kamu nak mati-matian tentang perkahwinan ni kenapa? Nak cakap yang selama ni, kamu ada hubungan serius dengan perempuan lain tak jugak. Now tell me, apa sebab kamu tak nak kahwin?” soal Tan Sri Tengku Radzi kembali.

“sebab Zaf tak nak kahwin! Zaf tak nak apa yang berlaku dekat papa dengan mummy, jadi dekat Zaf jugak!” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menumbuk dinding di sisinya sekuat hati. Serentak tangannya mula berdarah.

Baginya memang benar, perkahwinan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Sebaliknya hanya membuatkan dia terseksa. Kerana itu, selama ini dia sedaya upaya mengelak dari ada hubungan serius dengan mana-mana perempuan. Baginya, semua perempuan adalah sama. Sama seperti mamanya. Pilih kasih dan bersikap tidak adil. Perempuan memang tak guna!

“Zaf!!!!” menjerit papanya melihat keadaan tangannya yang berlumuran darah. Tanganya memang terasa perit dan pedih saat itu. Namun baginya, itu hanya perkara kecil berbanding dengan apa yang dirasakannya selama ini. Sungguh, dia masih memendam perasaan. Tak mungkin ada orang boleh faham aku.

****

Aqiem berjalan menghampiri lelaki itu yang masih termenung duduk bersendirian di ruang tamu itu. Sempat dia menjeling ke arah tangan lelaki itu yang masih berbalut gara-gara luka menumbuk dinding kelmarin ketika bergaduh dengan papanya.

“Nah. Hot chocolate” ujar Hakimi sambil menghulurkan mug ke arah sahabatnya itu.

Tengku Dzafril Haidhar menoleh ke arah Aqiem sambil tangannya turut mencapai mug yang dihulurkan oleh lelaki itu dengan tangan kirinya. “thanks” ujarnya lemah.

Aroma coklat tersebut langsung tidak menarik perhatiannya. Sebaliknya dia lebih gemar melayan perasaannya sambil merenung kosong skrin televisyen di hadapannya.

” Woi! Zaf! Kau dengar tak aku tanya apa ni?” jerkah satu suara membuatkan Tengku Dzafril Haidhar tersentak. Lalu menoleh ke arah Aqiem. Berkerut-kerut dahinya.

“apa?” soalnya sedikit marah.

“kau dah fikir masak-masak ke pasal hal ni?” soal Aqiem. Tengku Dzafril Haidhar menarik nafas panjang sebelum meneguk sedikit air di mug nya.

“entahlah Qiem. Aku memang tak nak kahwin dengan budak Larra tu” ujar Tengku Dzafril Haidhar sambil menyandarkan kepalanya ke sofa sambil matanya tepat memandang ke atas.

“tapi ni melibatkan pasal masa depan kau”

“aku tau. Dia kata, dia akan serahkan 40 percent saham syarikat tu dekat aku, kalau aku setuju nak kahwin. Tapi ni pasal diri aku, Qiem. Ingat senang aku nak main kahwin je dengan pilihan dia?” balas Tengku Dzafril Haidhar kembali. Aqiem mengeluh perlahan sambil mencapai remote. Tangannya menukar siaran televisyen.

“tapi kau cuba fikir. Kau tak rugi apa pun kalau kau kahwin dengna Larra tu. Untung berganda-ganda” ujar Aqiem tanpa memalingkan wajahnya ke arah sahabatnya itu.

“Maksud kau?” soal Tengku Dzafril Haidhar kembali.

“sekarang kau tak payah fikir la. Dia tu cantik or tak….sesuai ke tak dengan kau” kata-katanya terhenti di situ sebelum pandangannya dialihkan memandang Tengku Dzafril Haidhar yang masih setia menunggu jawapannya.

“……………..yang penting, yang memang confirm sekarang. Keluarga dia kaya. Kalau kau kahwin dengan dia, automatik, hotel milik keluarga dia jadi milik kau sekali. Kau tak nak ke, Vermilion dengan hotel budak Larra tu sekaligus jadi milik kau.” ujar Aqiem sambil tersenyum.

“harta je kot. Aku tak heran lah”

“yelah. Kalau kau kahwin, kau tu suami. Means bila-bila masa je kau boleh tinggalkan dia kalau kau nak. Kalau aku jadi kau, aku kahwin je dengan dia, the rest. Aku akan fikir nanti sama ada nak pisah atau tau. Come on zaf. Kau lelaki. Kalau kau kahwin pun, kuasa veto dekat tangan kau. Bukan dekat dia” Aqiem cuba mempengaruhi fikiran lelaki itu.

Tengku Dzafril Haidhr menghembuskan nafasnya sebelum menutup matanya rapat. Ada benar dari kata-kata sahabatnya. Kalau lah aku conquer dua-dua hotel tu. Memang bebaslah hidup aku. Papa pun tak boleh nak control aku lagi. Perlahan-lahan dia tersenyum.

****

Tan Sri Tengku Radzi bangun berdiri sebelum mula berjalan mundar mandir di kawasan ruang tetamu itu. Puan Zahnita masih duduk termenung di sisinya. Pening memikirkan tentang Tengku Dzafril Haidhar yang bermati-matian menentang perkahwinan itu.

“Habis kita nak buat macam mana lagi ni sekarang?” soal Puan Zahnita sambil memandang ke arah bekas suaminya itu. Lelaki itu turut memandangnya sambil mendengus keras.

“dia tu degil betullah. Tak faham kenapa dia beriya-iya tolak. Masuk hari ni, dah seminggu dia tak balik rumah. Protes punya pasal” keluh Tan Sri Tengku Radzi.

“habis, pejabat dia masuk tak?” soal Puan Zahnita.

“berani tak nak masuk. Dia masuk kejap lepas tu keluar. Entah apa dibuatnya pun saya tak tahu” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

“Zi, kita kena cepat ambil tindakan. Perkahwinan dia, tinggal lagi dua hari. Dia buat perangai macam ni, dibuatnya kalau tiba hari kahwin dia, dia tak datang, macam mana. Malu keluarga kita Zi” ujar Puan Zahnita lagi.

“sebab tu lah saya panggil awak datang bincang hari ni. Saya pun tak tahu lah nak buat macam mana lagi. Buntu kepala saya fikir. Saya try call dia pun, tak berjawab. Pak Samad kata dia dah buang phone dia” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

“dia buang phone? Eh biar betul Zaf ni?’ soal Puan Zahnita terkejut.

“entahlah. Saya pun tak faham. Sekarang ni saya risau kalau dia buat hal masa hari perkahwinan dia tu je nanti. Tu je yang saya risau sekarang” ujar Tan Sri Tengku Radzi.

Puan Zahnita mengeluh sambil otaknya ligat memikirkan jalan keluar dari masalah yang mereka hadapi kini. Serentak dia teringatkan Hakimi. Ya, kalau Zaf tak nak kahwin dengan Larra, Hakimi kan ada. Dah tentu-tentu Hakimi suka Larra. Tapi, aku takut nak beritahu dekat Radzi.

“erm, Zi” panggil Puan Zahnita sedikit teragak-agak membuatkan bekas suaminya itu menoleh memandangnya. Puan Zahnita sedikit teragak-agak untuk meneruskan kata.

“Kenapa Nita?” soal Tan Sri Tengku Radzi pula. Puan Zahnita menelan air liurnya sebelum menarik nafas panjang.

“Kalau Zaf betul tak nak kahwin dengan Larra, kita tak payahlah paksa dia” ujar Puan Zahnita membuatkan kerutan di dahi lelaki itu semakin jelas kelihatan.

Tan Sri Tengku Radzi memandang lama wajah serba salah Puan Zahnita itu. Apa maksud dia ni? Patutnya di fikir macam mana nak cari jalah bagi Zaf kahwin juga dengan Larra. Bukan makin sokong dia tak payah kahwin.

“Eh, awak cakap apa ni. Sekarang ni kan kita tengah cari jalan macam mana nak bagi dia orang tu bersatu juga. Bukan makin nak menyokong tindakan budak Zaf tu. Awak ni tak membantu langsung la” marah Tan Sri Tengku Radzi. Puan Zahnita bangun dan berjalan merapati lelaki itu.

“maksud saya macam ni. Kalau betul Zaf tak nak kahwin dengan Larra. Tak perlu lah paksa dia. Semua tu makin burukkan keadaan kalau dibuatnya hari perkahwinan tu dia buat hal. Tak datang majlis. Macam mana? Saya rasa lagi elok kalau kita gantikan pengantin lelaki dengan orang lain” Puan Zahnita redha.

Dia sudah berterus terang. Kini terpulanglah pada bekas suaminya itu untuk menerima atau tidak cadangannya itu.

“ganti dengan orang lain? Siapa?” soal Tan Sri Tengku Radzi pula.

“Hakimi?”soal Puan Zahnita kembali.

“ish awak ni. Hal macam ni jangan dibuat main” ujar Tan Sri Tengku Radzi sambil berjalan dan duduk di sofa. Lagaknya seperti tengah berfikir. Puan Zahnita mendengus perlahan sebelum kembali duduk. Masih belum berputus asa memujuk bekas suaminya itu.

“saya tak buat main. Saya cakap hal serius ni. Kalau kita ganti je Zaf dengan Hakimi, apa salahnya. Lagipun Hakimi tu……”

“masalahnya sekarang Nita, saya berjanji dengan Qamal nak kahwinkan Zaf dengan Larra. Bukan Hakimi. Kalau hari perkahwinan, tiba-tiba dia orang tahu pengantin lelaki Hakimi. Apa keluarga dia orang fikir pulak nanti. Saya tak nak keluarga mereka cakap yang kita ni, tak tepati janji” ujar Tan Sri Tengku Radzi lagi.

Puan Zahnita terdiam seketika. Dia masih belum berputus asa.

“itu lagi baik, dari anak kesayangan awak tu, malukan keluarga kita masa hari perkahwinan. Awak macam tak kenal perangai Zaf tu. Semua kena ikut cakap dia. Dari dulu sampai sekarang, memang suka timbulkan masalah kan?”

“Jadi, dari masa hari perkahwinan tu, dia malukan keluarga kita serentak malukan juga keluarga Dato’ Qamal tu secara tak langsung, kan lebih baik kita ambil jalan penyelesaian gantikan dia dengan Hakimi” balas Puan Zahnita panjang lebar.

Tan Sri Tengku Radzi menoleh ke arah bekas isterinya. Kata-kata isterinya ada benar juga. Dia sedikit banyak sudah terpengaruh.

Sejak dahulu lagi, memang anak lelakinya itu sering menimbulkan masalah. Dia tersepit kini. Tersepit antara pilihan bagi mengizinkan Hakimi menjadi pengganti kepada Zaf sebagai pengantin lelaki bagi memastikan kedua-dua buah keluarga tidak menerima malu dari para tetamu atau, maruah dirinya supaya tidak digelar tidak menepati janji kerana menukar pengantin lelaki di saat-saat akhir.

Ah. Apa kata Qamal pulak nanti. Dia mati kutu.

Tengku Dzafril Haidhar kaku sejenak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mamanya sebentar tadi. Sungguh, dia pedih mendengar tohmahan yang keluar dari mulut wanita itu. Sampai hati mummy cakap aku macam tu.

Aku adalah anak yang seringkali menimbulkan masalah. Dan pasti, Hakimi anak yang langsung tak timbulkan masalah. Ah, dia dari dulu memang tak pernah pandang aku sebagia anak kandung dia. Dia memang lagi suka menangkan Hakimi dalam segala hal. Dia kata aku anak kesayangan papa. Dan tentu, Hakimi tu anak kesayangan dia.

Dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Dari mamanya lebih hebat memburukkannya di hadapan papa lebih baik aku munculkan diri. Lalu dia mengambil keputusan untuk berhenti bersembunyi di sebalik dinding itu dan keluar berdiri di ruang itu. Ternyata kemunculannya secara tiba-tiba itu membuatkan mamanya terkejut dan berhenti dari berkata-kata.

“Zaf tak sejahat yang mummy fikir” ujarnya tiba-tiba membuatkan Puan Zahnita terkedu. Serentak Tan Sri Tengku Radzi yang duduk membelakangkannya turut menoleh memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

“Zaf” mamanya cuba bersuara namun Tengku Dzafril Haidhar lebih cepat memotong kata-kata wanita itu. Dia kembali menyambung bicaranya.

“dan bagi buktikan yang Zaf tak seteruk macam yang mummy fikir………. Zaf akan kahwin dengan Larra” tegas Tengku Dzafril Haidhar membuatkan kedua-duanya membeliakkan mata mendengar jawapannya.

Tengku Dzafril Haidhar tekad. Dia gagal menafsirkan pandangan terkejut yang diterimanya itu dari segi apa. Terkejut dengan kepulangannya secara tiba-tiba atau terkejut mendengar dia bersetuju menikahi Larra. Dia tidak peduli. Yang penting, aku sendiri yang akan kahwin dengan Larra. Bukan Hakimi.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

25 ulasan untuk “Novel : Antara mahligai ego dan cinta 9”
  1. ezie says:

    best,..

  2. ika says:

    best citer ni,tp xde smbgnnyer lg ke??xsbr2 nk bc

  3. ryna says:

    best sangat2x cpt sambung ekk

  4. fatin syahira says:

    best!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.