Novel : Awak, Saya Sayang Sangat-Sangat! 3

26 June 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Syauqah

Fikiran aku terganggu! Kenapa lah dia cari aku balik? Kalau ikut hati aku ni, nak saja aku sumpah dia macam-macam! Tapi memandangkan aku, ni baik sikit, ceh! Baik sikit konon. Haha~
Teringat kembali kata-kata Fatin siang tadi.

“Aku baru tahu, Afif dah balik dari Australia! Tapi yang paling aku terkejut, dia nak sambung dengan kau balik!”

“Betul ker?” aku mengamati wajah Fatin mencari kepastian. Namun wajah itu masih serius.
“Tapi kenapa dia nak cari aku balik? Aku sambung kata-kata lagi.

“Mungkin dia dah insaf kot.. Sebab tu Afif cari kau. Kita mana tahu kan?” Fatin mengangkat bahu. Insaf ker? Macam susah jer aku nak percaya semua tu!

“Aku ingat kau gembira dengan berita ni.. Sebab tu aku bagitahu kau..tapi macam kena kejar hantu jer muka kau..pucat semacam! kau masih marah dekat Afif ker?” Soal Fatin kepadaku. Hais, aku tahu lah perangai kau Fatin..suka saja kenankan aku dengan Afif balik kan? Macamlah aku tak tahu, dulu kau juga yang aturkan pertemuan aku dengan Afif kan? Tapi taklah aku cakap dekat dia macam tu! hehe

“Atau…kau dah ada pengganti dia? Berkerut dahi Fatin sambung menyambung soal aku.

“Erk! Kesitu pulak..bukanlah! Aku dah lama maafkan dia..cumaa, nak terima dia balik..mustahil kot!”
yaaa..memang mustahil sangat!

* * *

AKU scan hati. Apa aku masih mengharap sebuah hubungan dengan Afif? Oh tidak mungkinlah!
Badan saja aku labuhkan di atas katil..aku mengamati syiling rumah di dalam samar. Yang aku pasti, debar hati ini sudah hilang untuk Afif! Betul betul betul! Tiba-tiba jadi watak upin ipin..hehe

Mataku sudah mulai kabur. Mulut sudah menguap banyak kali. Memang, sebab banyak sangat kerja aku hari ini..kemas rumah la…sapu luar dan dalam rumah ni. Pulak, rumah ni memang besar giler buat aku. Aku cuci kereta lagi tadi..yalah, kalau cuci dekat car wash nak jugak habis sepuluh kupang! Duit poket sehari aku tu! Lama juga aku imbas balik kerja-kerja aku hari ini..Akhirnya mata ni nak juga pejam. Kalau tak, lambatlah aku bangun subuh esok!
Tapi belum sempat aku dibuai mimpi..satu pesanan ringkas masuk ke inbox Motorolla Atrix aku.
Sebaik mebuka mesej, aku baca..

“Assalamualaikum Ika, dah tdo?”
Aik, siapa pulak ni? Aku garu kepala cuba meneka pun sia-sia juga, sah aku tak tahu langsung pemilik nombor ni!

“Waalaikumsalam, blm lagi. Ni sapa? Fatin ek?”

“Hehehe..secret admirer!”

Amboi! Siapa pulak ni?
Otak aku ligat bekerja mencari penama siapa yang biasa panggil nama panggilan aku pula kali ini.
Tapi banyak weih!

“Haaa ni mesti Kak Fiza kan3 :D?, nmbr baru ker?”
Heheh aku saja teka. Mana tahu tepat kan? Tahulah, Kak Fiza tu kadang-kadang gila-gila juga orangnya!

“Bukan 😛 !”
Apa!? Owhh aku fed up! Siapa ni??

“eh??? Abah ek -_-?”
Menyampah betul aku! Memanglah bukan abah. Tapi sudah geram memang macam tu lah aku!

“Menantu abah! Hehehhe ^_^V”
Grrr..aku sudah tidak sedap hati! Sounds familiar..Mungkinkah dia?
Lama aku berfikir..akhirnya pesanan ringkas itu aku abaikan begitu sahaja..

“Er..sory, sy mengantuk sgt..sy nak tdo ni… -_- zzzzZZ gud nite ya!
Penat pulak aku, tidurlah!

“jap..Ika, ini Shah..”
Oit!? Mahunya aku tak terkejut? Aku terkedu sekejap. Aku hairan jugak, macam mana dia dapatkan nombor aku? Apa lagi budak ni nak? Aku menggeleng kepala.

“Mana dpt no cikgu ni?”

“Dalam dokumen..Ika ada tulis no tel dkt situ kan?..hehe”
Aku tepuk dahi. Ye tak ye jugak..adeh!..membuta agaknya budak ni? Dah jam 11 pun belum tidur?

“Awak, nak apa?”

“Shah nak tulis sesuatu utk Ika”

“Apa dia?” Balas aku ringkas. Lama aku tunggu balasan mesej dari dia..sampailah aku terlelap.
Aku terjaga dengan deringan alarm jam meja. Ada lah dalam lima minit lepas alam berbunyi, barulah aku bangkit dari pembaringan. Aku terus mandi sebab memang lumrah bagi aku untuk mandi subuh ni. Segar badan tahu? Usai mandi, aku solat subuh. Selesai solat subuh..aku melipat balik sejadah dan telekung. Aku simpan di tepi meja solek..agaknya mama sudah bangun kah tidak ni? Sebab nya aku nak tanya khabar mama..kalau ditangguh-tangguh pula, nanti lupa pulak aku! Tahulah aku ni memang pelupa sangat. Huhu
Aku capai handphone yang masih diatas katil aku sejak semalam.
Satu mesej tertera di atas skrin telefon..dari Shah. Baru aku teringat, aku terlelap masa bersms dengan dia semalam. “Err”..Terkedu aku sekejap sebaik membaca mesej itu.. aku baca lagi sekali mesej tu. Dah giler agaknya budak ni hantar sms macam tu dekat aku! Aku abaikan macam tu saja sms tu.
………………. tapi jauh di sudut hati aku, aku agak terharu! Huhuu..

“Apakah ini yang dikata cinta? pabila nama itu meniti di bibir, debar hati kian laju mengiringi jiwa.
Apakah ini yang dikata istkharah cinta? Apabila dirimu peneman disetiap kebaikkan yang hadir. Ya, Allah..jika dia tercipta untuku..satukanlah kami di bawah payung kasihMu. Jika dia cinta yang Allah berikan untukku, aku buka hati ini sepenuhnya pada saat lafaz itu ku ucap kelak!”
Seriously, I miss u!

* * *
“Glup! Betul kah sms yang dia hantar ni? Yelah, budak lagi kan..belum matang lagi..inilah bahana cinta monyet ni! Hati aku tidak sudah-sudah bermonolog apabila membaca balik mesej itu.

Aku masuk ke kelas 5 Mawar seperti biasa. Tiada apa yang menarik..aku mengajar seperti biasa. Cuma kali ini aku beri tiga tugasan kepada pelajar-pelajar aku. Banyaklah keluh kesah dari anak murid aku..tapi aku nak buat macam mana lagi? Memang kena push hard la budak-budak ni. Dah la banyak sangat alasan kalau kerja sekolah belum siap? Aku cuma mampu bersabar dengan setiap gelagat mereka.. aku menggeleng sendirian memikirkan perangai setiap satu anak murid aku. Huhuhu..

Selesai saja kelas aku, aku menuruni tangga sekolah dua tingkat itu. Hati aku rasa teruja nak balik kampung esok! Yeah~

“Cikgu Syafikah!” aku di panggil dari arah belakang sebaik sampai ke tangga terakhir. Aku terus berpaling ke arah orang tersebut.

“Shah?!” Aku terkulat-kulat. Di tangannya meriba beberapa buku. Buku latihan agaknya?

“Hemm?” nada mendatar aku jawab. Dia menghampiri aku lalu menghulurkan buku-buku itu. Aku sambut saja buku-buku itu dari dia.

“Ini buku kerja sejarah tingkatan 5 Amanah”. Kebetulan saya lalu dekat sana tadi..di orang minta tolong saya pass kepada cikgu”. Tutur dia senada. Di sekolah, dia memang serius giler! Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

“Lain kali hantar terus dekat meja cikgu boleh kan?” aku juih bibir menghala ke bilik guru yang agak jauh jugak.
“A’ah..memang nak hantar dekat meja, tapi kali ni tak. Sebab Shah nak cakap sesuatu dekat Ika”. Kecil saja suara dia cakap macam tu dekat aku..cukup hanya kami berdua sahaja yang dengar. Aku pandang kiri dan kanan..kemudian depan belakang. Mengesan kehadiran orang lain! Huhu dah tu pula, senyuman nakal dia buat aku kurang selesa!. Aku hanya mampu mencebik bibir. Haiss! .

“Ika balik dengan Shah hari ini boleh kan? Ada hal nak discuss sikit..” ajaknya kepadaku.
Aku menggeleng laju..aku mengangkat muka memandang dia di hadapan aku.
Berkerut sekejap dahi dia..

“Eh-eh, cikgu tak boleh..sorry!” kata aku mengangkat tangan tanda tidak setuju dengan permintaannya. Serta-merta aku tinggalkan dia. Terpinga-pinga budak tu aku tinggalkan. Yelah, dia minta sesuatu yang tidak masuk akal! Memang wajib ditinggalkan! Patutlah guru dan pelajar ditegah bercinta, ini lah contoh akibatnya! huhuh


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Awak, Saya Sayang Sangat-Sangat! 3”
  1. Syauqah says:

    Erkkk?? kenapa novel suamiku 19 tahun jadi ASSSS??

  2. Syauqah says:

    Patutnya, ini bab 3 dalam suamiku 19 tahun…err..macam kesilapan ini boleh berlaku? hermmm..minta maaflah kalau ia berpunca dari saya..isk huhu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.