Novel : Benci Jadi Cinta 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Dilaysf

PROLOG

Zara Khadeeja. Special mama bagi nama aku sempena satu-satunya anak perempuan tunggal dia. Memang mama nak sangat anak perempuan dalam keluarga kami, at least mama kata taklah sorang sangat mama sahaja yang perempuan. Umur aku pun sudah masuk pertengahan dua puluhan. Biasalah adat orang, perempuan kalau sudah masuk usia dua puluhan tu, memang sesuai benar nak jadi hak milik orang. Masalahnya, aku ada pengalaman buruk yang aku sendiri tak boleh lupa sampai bila-bila. Till foreverlah senang katakan! Pengalaman tentang lelaki. Huh! Rasa nak menyumpah pun ada.

Mama pula, selagi aku belum bertemu dengan mana-mana lelaki pilihan, selagi itulah dia memang sibuk takut-takutkan aku dengan cerita versi andartu dia. Mulalah nak kaitkan cerita kawan lamanya yang sampai sekarang belum berkahwin kerana trauma dengan lelaki yang tinggalkan dia dahulu. Aiseh! Macam sama je version kawan mama dengan aku. Seram pulak aku dengar. Nak katakan mama selalu call aku, bab itulah yang dia ungkitkan. Bukan nak tanya pasal belajar ke, stress tak duduk kat sana. Aku pulak nak atau tak nak memang kena tadah telinga dengar semuanya.

“Mama, Zara rindulah mama. Kat sini selalu tak sihat, asyik demam aje. Sudahlah nak dekat exam ni, time ni jugak dia nak sakit,”

“Itulah. Mama kan dah cakap, bagitau awal-awal suruh kamu tu cepat sikit kahwin. Boleh ada orang jaga dekat sana. Tak payah lagi aju kat mama itu ini. Kamu tu bukan apa, sudah umur dua puluh lebih dah, Master tu bila-bila masa kamu boleh ambil. Kahwin ni, bila masa ke cik adik oi nak jadinya? Takkan bila-bila masa jugak. Nak tunggu biar kulit kamu tu berkedut sikit, lepas itu baru nak terhegeh nak kahwin?” sindir mama. Memang mulut mama tahap berapi kalau nak bebel, sepuas hati aku kena. Aku mengetap gigi sambil ligat mencari alasan untuk lari daripada leteran mama.

“Eh, mama Zara ada class, okeylah mama. Bye!”

“Huh! Tengok tu, kita buka ceramah pasal kahwin sikit mulalah tukar topik. My dear, mama cuma nak yang terbaik untuk kamu.”

“Yes, I know mama but can we talk about it later?” Aku sudah lali dengan bebelan mama. Sengaja aku tukar topik pasal ada class padahal time mama call tu, memang aku free. Tak pun tengah makan ke. Aku cakaplah ada kelas, kelas makan. Ha..ha..ha..

BAB 1

“Assalamualaikum mamaaa…..!!!” Aku teriak bersahaja sambil laju menghayun langkah ke perkarangan rumah. Fuh! Tak sabar gila rasanya setelah berbulan-bulan aku tinggal di bumi Eropah. Rasa tergeliat lidah aku sibuk speaking bagai, sudahlah susah mahu cari makanan Melayu dekat sana. Sempat otak aku pusing fikirkan masakan Mak Yam dengan mama di dapur. Ya Allah, rindunya rumah… Tanganku tak lekang daripada menarik beg bagasi hitam, melangkah masuk ke perkarangan rumah persis seorang model. Sekali-sekala aku bergaya sikit, tak apalah kan. Dipadankan jubah polos berwarna maroon berserta shawl yang berbelit kemas di kepala sudah cukup untuk jadi style aku harini.

Namun, mataku tertacap pada sebuah kereta mewah Audi yang diparkir di halaman rumah. Mewah gila kut. Ini kereta abang agaknya. Tetapi, aku cuba berfikir lagi beberapa kali. Takkanlah abang punya kereta? Bukan main pakai kereta high taste, aku balik ini pun pakai teksi yang ambilkan. Ini tak boleh jadi, kena bagi aku peluang rasa jugak ini. Aku menyambung langkah yang terhenti ke muka pintu sambil mengamati pemandangan di sekeliling yang tak berubah dari dahulu, masih sama dengan ciri landskapnya dan figuranya. Usai sahaja tangan aku mengetuk pintu rumah, tiba-tiba sahaja seorang jejaka menerpa di daun pintu bagaikan menyambut kepulanganku.Terkejut beruk aku. Lelaki ini. Jejaka yang selama ini aku diam untuk berbicara akhirnya berada di hadapan matanya. Jejaka yang membuatkan hidupnya terumbang-ambing, kini menanti di pintu.

“Zara?” Dia ingat lagi? Hah, mampuslah aku. Tangan aku memang tak payah cakap, memang berketarlah. Jantung lagi laju berdegup usai mata aku bertemu dengan sepasang mata bundar berwarna coklat tepat menatap muka aku yang sudah merah padam. Hah! Lelaki ini…. Namun, baru sahaja mulut lelaki itu cuba untuk mengorak ayat untuk berbicara, dari belakang sudah kedengaran suara wanita-wanita menyambut percakapan.

“Eh, Zara bila sampai? Sorry sangat, mama tadi tak sempat nak pergi. Melalut dengan Auntie Ira kamu, dah lupa jadinya,” ditepuk-tepuknya perlahan bahu wanita berusia puluhan tahun itu. Hah! Mujur ada mama tolong tadi, taklah awkward sangat. Boleh tahan mama kalau bab bercakap, dengan Auntie Ira memang ngam je. Mama memang rapat dengan Auntie Ira ini, boleh dikatakan bagai isi dengan kuku. Sedikitpun tak nak berenggang. Kadangkala papa selalu jujur denganku, katanya jealous dengan hubungan mereka berdua. Kemana-mana pun mesti berdua, aku pun sebenarnya cemburu, iyelah boleh dikatakan Auntie Ira ni memang boleh diharap. Mama pernah cerita dekat aku yang Auntie Ira yang banyak tolong dia masa susah-susah dahulu, sebab itulah mama banyak terhutang budi dengannya setelah mama berjaya seperti sekarang.

“Oh, Zara, inilah Asyraf Rayqal. Anak Auntie Ira kamu,” sapa mama tiba-tiba sambil tersenyum mesra. Sudah jelas tergambar keceriaan di wajah mama. Kalaulah mama tahu apa yang aku lalui selama ini, Allahu. Ish, mama tak boleh tahu. Kalau tak, nahas aku. Bukan aku tidak tahu, pantang mama dengar pasal hubungan ni. Mesti dia mati-mati jadikan bahan itu sebagai isu semasa dia. Tujuh hari tujuh malam pun tak habis. Abang tak apa kalau aku beritahu pun, kepala dia spesies masuk air. Tak adanya nak ‘khutbah’ aku sepuluh malam pasal benda ni saje. Yang dia mampu, nasihatkan aku je.

“Oh,” Aku cuba mengawal emosi, takut-takut saraf aku buat gila, boleh aku menjerit tak tentu hala dekat situ jugak. Sabar Zara. Baru aku tahu rupanya dia anak Auntie Ira aku, tak pernah selama ini dia beritahu dia anak Datin Ira. So, kereta tadi mesti milik mamat ini.

“Apa khabar auntie? Sihat?” Aku cuba berpaling dari melihat muka lelaki itu lama-lama sambil menghulurkan tangannya kepada wanita berusia empat puluhan itu.

“Alhamdulillah, Zara. Auntie sihat. Zara macam mana?”

“Alhamdulillah, Zara sihat, auntie.”

“Em Hana, akak balik dulu okay. Esok-esok kita sembang lagi,” terkekek-kekek Auntie Ira ketawa. Mama pun join sekali pulak tu. Okay aku dah agak… Punya terperanjat tak semena-mena kening aku terangkat usai mengamati perilaku mereka berdua. Aku mencongak. Ini pasti cerita pasal aku, sabar Zara Khadeeja. Mama ini ada-ada sahaja, pasti cerita pasal aku dekat mamat ini. Ya Allah, tolonglah aku. Dengan penuh sopan, aku memberi laluan kepada para tetamu untuk keluar namun tidak menjangka jantungku berdegup kencang selepas tiba-tiba aku terlanggar bahu jejaka itu. Takperlulah sampai macam ni, malulah aku.

Burr…

Aku terus terpandang muka bujur lelaki itu, ingatan aku terus merewang semasa saat aku mula-mula menatap wajahnya.Tetapi …Mengapa perlu jantung berdegup laju? Orang tua-tua pesan kalau jantung takleh nak henti tengok seseorang, itu tanda dia jodoh kita. Hui, seram pulak rasanya kalau macam ni.Ehem!Eh! Apa pasal aku termenung kat muka dia? Malunya! Mujurlah bunyi dehem tu aku dengar lagi. Aku cepat-cepat mengelak daripada melihat muka Asyraf Rayqal. Menahan malu. Mesti mama nampak freeshow tadi. Ini kalau abang tahu mesti aku sudah jadi bahan dia. Memangsudah tahu sangat perangai abang, memang suka menyakat.

“Tak apalah, Hana. I gerak dulu. Jom, Asyraf. Ke nak stay dulu? Mummy tak kisah,” sengaja Datin Ira menyakat anaknya sambil tersenyum lebar ke arah Puan Hana.

“Mama pun tak kisah,” tambah Puan Hana, disambung dengan hilaian gelak tawa dua orang wanita itu.

“Ha..ha..ha.., Asyraf pun tak kisah,” tersengih lelaki itu. Ish, mama ni sengaja dia menghuru-hara keadaan. Ini kalau papa dengan abang dengar, habislah aku.Aku menahan geram. Pipi sudah kemerahan menahan malu. Yang mamat ni pula satu, memang tak tahu malu ke nak sakat anak dara orang. Geramnya. Sudahlah perangai talam dua muka. Depan mama baik saja. Mereka berdua meluru ke perkarangan rumah, terus membuka enjin kereta dan berlalu pergi.

“Suka mama.” sampuk mama.

“Apa yang mama suka?”

“Asyraf Rayqal,” Kecut perut mendengar nama keramat itu. Kepala aku sekali gus teringat kejadian memalukan tadi, mana aku nak letak muka ini?

“Zara…..” perlahan mama memanggil namaku tatkala melihat aku mahu beredar.

“Eh mama ni. Nak masuk dalam, penatlah mama,” Aku sengaja menukar topik. Baik aku masuk dalam cepat daripada kena ‘bahan’ dengan mama pula.

“Yelah, elok-elok masuk. Nanti ada yang terlanggar barang ke, berangan kuat sangat tu,” Hah kan sudah kata tadi! Mama memang sengaja menyakat aku, lagi-lagi bab lelaki. Allahu.

PEDIH hati, luluh jiwa. Bagaimana mungkin takdir aku menemukannya di hadapan rumah aku pula tu? Sebaiknya aku sudah semat dalam hati yang aku takkan lagi bertemu dengannya. Mati-mati aku cakap begitu tempoh hari. Sekali tadi, ternganga aku dibuatnya. Inikah rasa kecewa berulamkan dusta? Rasa perih dimamah sembilu? Hatiku membuak diburu rasa sakit.

“Zaraaaaa!!” Terperanjat aku melihat dua orang abang aku sudah berdiri di muka pintu. Lamunanku terhenti. Aku sudah lali dengan kelakuan abang itu, masih sama seperti dahulu.

“Abang nak apa?” Ton suara aku sudah bertukar level tinggi..

“Tengok adik pun salah ke?” Qalef, abang sulungku bertanya semula.

“Tak salah tapi dah tahu niat kamu orang datang sini, mesti nak sakat Zara.”

“Mana ada, Zara kan adik kitorang. Takkanlah nak sakat jugak kut?”

“Macamlah Zara tak tahu perangai abang ni,”

“Untunglah kan, balik dari UK sudah ada calon. Kita ni, sama sahaja,”

“Hish Qalef, kau apa tahu? Senyap-senyap kau dah ada simpan seorang,”

“Eh sekejap, macam kenal saja orang tu. Ni mesti mama kan,” Mereka tersengih.

“Sudah agak, ni mesti Asyraf Rayqal dia tu,” Aku mendengus.. Sudah lama aku kuburkan nama lelaki itu sekali gus ingatan pahit yang tak akan lupa sampai bila-bila. Bagaimana benci aku terhadap lelaki itu tak pernah berkurang dan yang pasti aku masih berpegang dengan janji, tak akan pernah untuk cuba mengingati lelaki itu lagi. Cukuplah hanya itu aku lalui. Sedih. Satu malam menukarnya mendapat identiti baru yakni kehidupan lama lupus semuanya.

******

Pintu bilik persalinan dikuak. Seorang jejaka laju menerpa masuk ke dalam bilik itu.

“Kau jangan ingat aku nak sangat dengan kau? Kau ingat kau pakai lawa ni boleh goda aku? Tolonglah, sedar diri sikit!” tegas lelaki itu membalas. Aku terperanjat. Datang dari mana lelaki ni, tak ada salam tiba-tiba masuk macam tu saja. Tahulah majlis ini dia punya.

“Minta maaf nak bagitahu. Tangan ada kan, boleh ke ketuk pintu dulu ke? Takpun, mulut tu bagilah salam dulu.”

“Hei perempuan, tak payah cakap banyak kat sini!! Aku nak penjelasan pasal hal ni je!”balasnya dengan nada tinggi.

Eleh, dia cakap banyak tak apa pulak. Hei, manusia ni tak lama juga dengan aku ni!

“Kau dengar sini!! Apa motif kau eh sampaikan sanggup kau malukan diri sendiri?” Memang panas telinga aku dengar. Dia ingat aku nak goda sangat dia ni? Agaknya kalau kambing lalu pun, tak nak dia mengembek. Tak berkenan!

“Saya tak pernah cuba untuk lakukan semua tu. Jauh sekali nak goda awak. Sama dengan gosip surat khabar, saya tak pernah cuba nak jatuhkan maruah awak. Saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam tu,” Benar bukan aku bersalah. Fitnah sembarangan di dada-dada akhbar bukan aku yang minta untuk dihidangkan. Malah tak pernah terlintas niatku untuk cuba mendekati lelaki ini kerana aku tahu siapa diriku sebenar. Hanyalah seorang wanita yang dipandang seperti gadis kampung hanya kerana gaya fesyennya yang mengikut arus lama.

“Ah!!! Kau jangan cuba memandai tuduh aku pulak yang buat fitnah semua tu? Yang aku tahu perempuan ni sanggup buat macam-macam untuk dapatkan apa yang dia nak,” sindirnya. Aku tidak tahan mendengar semua ini. Bagiku, cukuplah apa yang aku lalui dengan berhadapan dengan rakan-rakan dan orang sekeliling. Ditambah dengan jejaka kurang ajar ini lagi buatkan aku sakit hati. Aku sudah hilang sabar.

“Hei, awak ingat saya nak sangat jadi macam ni?! Tak perlu sampai sindir untuk tuduh orang macam tu. Ada akal tu gunalah sikit. Kalau saya nak sabotaj awak, sudah lama saya buat semua ini. Kenapa kena tunggu sekarang?” Aku membidas. Tanganku sudah mengurut dada, menahan amarah di hati. Takut melayang iman di dada, bukannya aku tidak tahu perangai buruk aku saat begini. Habis semua orang aku kerjakan..Lelaki itu diam seketika. Ada benarnya perempuan itu berkata. Kenapa perlu sekarang? Baik dia mulakan dari awal dahulu lagi. Namun, ego mengatasi segalanya. Perempuan semuanya sama.

“Eh perempuan, kau ingat siapa lagi yang sanggup buat semua ni? So, kau nak tuduh aku buat?” herdik lelaki itu. Belum pernah aku kena herdik sebegini rupa sedangkan sebesar-besar masalah pun papa sudah berpesan untuk tidak bersuara keras. Cuba cari solusi dengan berbincang secara damai. Dengan lelaki ini, aku sudah tak nampak mana jalan solusinya, semuanya kelam.

“Kan saya dah cakap, ada akal gunalah sikit. Manalah saya tahu, kalau saya tahu pun, tak adanya sekarang saya nak layan lelaki macam awak ni dekat sini. Tak perlu kut, buang masa. Baik saya pergi serang orang yang fitnah ni,” dengan bangganya, dia membalas. Puas hati aku setelah berkata begitu. Terus aku meninggalkan lelaki itu terkontang-kanting dalam kemarahan sendirian dan melangkah terus ke kafeteria. Daripada aku melayan lelaki biadap ini, baik aku carikan sumber untuk bekalan perut. Asyraf bengang. Memang kurang ajar perempuan itu, sanggup membiarkannya dengan senang hati tentang masalah ini. Ini tak boleh jadi, soal maruah baginya bukannya mainan. Siap kau perempuan!

“Hei! Orang tengah bercakap, boleh dia termenung siap berangan lagi. Hai, nasiblah kawan,”Qausar menegur. Zara menjeling.

“Abang, kalau setakat nak cakap pasal dia, baik tak payah,” aku menempelak. Aku sudah tidak tahan lagi menahan aura sakit hati apabila terdengar nama keramat itu. Mereka terdiam.

“Janganlah marah. Kita orang cuma tanya saja,”

“Abang faham, Zara,” Qalef mengerti. Mindaku mencoret kembali saat-saat kejadian tu berlaku.

Aku teringat ketika pulang ke rumah pada malam peristiwa pahit itu. Dengan muka kusut, baju basah kuyup serta linangan air mata yang tak henti-henti mengalir, aku cuba menahan pilu dan sebak di dada sehingga tiba di pintu rumah. Dua orang abangku sudah terpacak di perkarangan rumah, tergamam melihat mata adik perempuan mereka bengkak kemerahan seperti sedang menangis.

“Zara, kenapa ni?” Qalef bertanya.

“Tak ada apa. Cuma tadi mata berpinar. Sakit, tu yang jadi mata berair ni,”

“Zara tak perlu mengelak. Suzi dah beritahu semuanya,” Qausar balas. Makin berjuraian air mata ketika mendengar pernyataan itu. Terus aku berlari anak untuk memeluk abangnya. Belum pernah hatiku sakit sebegini rupa bagaikan disiat-siat perit. Apakah salahku? Dengan hati berat dan air mata tak henti mengalir di pipi, aku cuba menutup mata mengimbau kembali kejadian yang aku lalui. Ah! Aku cuba menutup mata sekali lagi. Rasa perit itu makin bertambah seraya air mata kembali bergenang.

“Lepaskan semuanya, Zara. Abang tahu sakit tu macam mana.” Qalef menyuarakan hasratnya. Dia pun tidak ketinggalan untuk membantu adiknya di saat aku sedang memerlukan orang tersayang. Sudahlah berada di luar negara, abangku tahu hanya mereka yang mampu membantu adik mereka di saat orang yang disayangi sudah hilang kepercayaan. Aku melepaskan geram sehabis mungkin. Jari-jemariku cuba menggumpal baju sejuk abangku sambil meraung kesedihan.

“Zara tak sangka, bang. Hati Zara pedih sampai tahap ni,” lemah bersuara. Qausar tidak menyangka lelaki itu sanggup memalukan adiknya di hadapan orang ramai. Baginya, adiknya bukanlah mainan untuk lelaki itu cuba merperkotak-katikkan.

“Memang cari nahas jantan tak guna tu,” Qausar sudah tidak tahan. Tangannya sudah menunjukkan isyarat penumbuk.

“Qausar, sabar dulu. Jangan bertindak melulu.” Qalef menegur.

“Sampai bila bang nak biarkan Zara macam ni? Kesian dia. Dia tak bersalah,” jeritnya lantang.

“Kalau kau pergi serang dia pun, otak kau sama saja dengan dia. Sekarang, kita tolong Zara dulu,” jawab Qalef dengan nada tegas. Qausar tidak berpuas hati. Dia mengeluh keras.

“Jom Zara, kita masuk dulu.” Qalef cuba memimpin aku masuk ke dalam rumah. Air hujan turun dengan lebatnya malam itu bagaikan menyambut sama air mataku ini.

“Abang, bila sampai?” Baru sahaja lega daripada menangisi ‘peristiwa’ itu. Berat sangat hati aku untuk melepaskan semua ini. Bukan mudah, sakit hati bukan kepalang.

“Are you okay, dear?”

“Yes, even better than before,” senyumku bersemangat. Tak perlu lama-lama aku fikir pasal benda tu. Tak penting, buat sakit hati aje. Menyampah aku! Namun, kenapa sukar perasaan benci ni aku kawal?

“Aaaaaaaaaaarghh!!!!”

Aku sudah menahan sakit di kepala. Rasa berdenyut makin di setiap permukaan kepalaku. Aku mengangkat muka, melihat cermin lebar terletak di ruang tamu. Rambut ikal mayang dibiarkan lepas berjurai menampakkan wajah feminin dari sisi dalam. Mata sepet, kening hitam lebat makin menyerlahkan sisi seorang perempuan yang jelita. Cermin mata sudah diletakkan di atas meja, membiarkan mukaku begitu sahaja. Memang cantik adik aku sebenarnya, sayang kau Asyraf. Kau lepaskan dia mentah-mentah.

“Hoi, dah sampai planet mana? Boleh join sekali?”

“Ish!!” Monyok muka Zara dikenakan abangnya.

“Sibuk saja!!” Lepas amarah Zara melihat abangnya menyakat. Huh! Tak puas-puas nak sakat aku!


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.