Novel : Berani? Percayalah! (Believe If You Dare) 1

27 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Qizu

‘Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan’

Prolog

“Arghhhh!”

Satu laungan yang kuat beserta bunyi besi berlaga kedengaran bergema dalam ruangan bilik kecil yang suram dan samar. Disebalik cahaya samar itu terlihat sesusuk tubuh sedang menahan kesakitan.

Kedua-dua tangan dan kakinya digari menggunakan rantai besi menyebabkan dia terdiri ditengah-tengah ruangan bilik gelap tersebut. Birat-birat luka memenuhi raut wajah dan tubuhnya yang tidak berbaju dan hanya berseluar gelap lusuh. Rambutnya yang hitam keperangan tidak terurus, panjang, dan menutupi sebahagian wajahnya yang cengkung.

Mata jernihnya menampakkan urat-urat yang jelas dan sedang merenung tajam ke hadapan sambil tersenyum sinis. Dia kemudian ketawa kuat menampakkan sebaris gigi yang menggerunkan. Saiz taringnya jauh lebih panjang daripada manusia biasa. Kemudian nafasnya menderu kuat dan dadanya berombak laju. Tak ubah seperti binatang buas di dalam hutan.

Bab 1

Kereta Produa Axia baharu berwarna merah meluncur laju memasuki ruangan hadapan lobi Hospital Kuala Lumpur. Pemandunya tergesa-gesa dan menitipkan kunci keretanya kepada security guard. Dia berlari anak sambil menyarung tali kad pekerjanya. Rambutnya yang ikal panjang dibiarkan lepas terbuai-buai. Sesampai dihadapan lif, dia menekan butang naik. Kakinya terkinja kecil, giginya diketap-ketap dan dia bermain-main dengan jarinya tidak dapat bersabar lagi. Riak wajahnya penuh dengan kebimbangan.

“Ding!”

Mujurlah lif tersebut memberi kerjasama yang baik. Melyssa keluar dari lif dan terus menuju ke satu pintu. Dia kemudian masuk ke pintu dan pintu yang berikutnya. Akhirnya dia sampai dihadapan sebuah pintu kebal. Terpampang tulisan Makmal Forensik. Dia berhenti dan menarik nafas dalam. Selama bekerja dan setiap hari datang bekerja dia sudah merasa penat, ini kan pula ketika dia berlari-lari tadi untuk sampai dihadapan Makmal Forensik tersebut. Peluh mula merenik di dahi. Melyssa menggunakan kad pekerjanya untuk mengakses masuk ke dalam.

“Doktor!” Melyssa menerpa. Dia kemudian tunduk memegang lututnya. Cuba mengembalikan rentak nafas. Cemas tak terhingga sebaik sahaja dia menerima panggilan daripada hospital. Mana tidaknya rekod untuk sampel darah yang telah dianalisa olehnya yang perlu dilaporkan kepada Dr. Maheran telah hilang.

“Mel, macam mana boleh hilang ni?” Dr. Maheran masih tenang walaupun sampel pentingnya telah hilang.

“Saya letak elok dekat sini” Melyssa pantas membuka salah satu laci yang memenuhi bilik simpanan tersebut. Kosong.

“Kejap, saya tak faham. Hanya Dr. dan saya sahaja yang boleh akses bilik ni.” Dr. Maheran mengangguk setuju.

“Tak apa Mel. You keep it secret sebab I tak nak you dipersalahkan atas kehilangan ni.” Dr. Maheran menarik kerusi supaya Melyssa dapat merehatkan diri.

“You jangan risau I still have backup sample.” Dr. Maheran cuba menenangkan Melyssa. Dia tau Melyssa serba salah sebab menggangu kelancaran kerja Dr. Maheran seterusnya.

“Really? Dr., I am so sorry”. Melyssa merapatkan kedua tangannya memohon maaf.

“Tapi kenapa? Dr. tak rasa pelik ke? Tak kan pulak saya yang buat hilang. Kita kena siasat ni.” Melyssa mencadang.

“There’s no need for that. I don’t want to delay the case. Lagipun kita kena kembalikan semula bukti tersebut kepada pihak polis.” Melyssa mengangguk.

“Baiklah, kalau macam tu saya pun kena bergerak cepat. Dr. bagi saya sampelnya ya.” Dr. Maheran tersenyum meminta izin untuk berlalu setelah dia memberikan sampel baharu. Melyssa mengiring Dr. Maheran keluar dengan perasaan hairan. Kerja lebih masa lagi! Melyssa melakukan full body sterilization sebelum bersiap dengan suit makmalnya. Dia kemudian menitikkan sampel darah baharu kedalam ceper petri untuk dianalisa. Tiada perbezaan struktur pada sampel baharu yang diterimanya. Benda pertama yang dia ingin pastikan. Melyssa mengerutkan keningnya. Ternyata sampel yang diberikan adalah sampel yang berbeza. Melyssa kemudian mengeluarkan sampel asal yang sempat diketepikan sebelum kehilangan sampel selebihnya. Ajaibnya sampel darah tersebut masih tahan sehingga sekarang. Ah pedulikan yang penting dia masih menyimpannya. Kini sampel asal diletakkan di bawah mikroscope. Dia mematikan niatnya untuk memaklumkan keajaiban sel darah tersebut kepada Dr. Maheran setelah musykil dengan tindakan pelik Dr. Maheran. Biarlah dia sahaj yang tahu. Sampel tersebut diteliti semula. Sel-sel tersebut terlihat sangat kuat dan tinggi imun sistemnya. Tapi macam mana seseorang boleh bertahan hidup dengan sel yang saling berlawan antara satu sama lain? Kandungan sel darah putih pula tinggi. Adakah pemilik menghidap Leukimia? Fungsi darah putih yang membantu imunisasi badan menunjukkan pemilik mempunyai sistem recovery yang baik.

Melyssa mengangkat muka daripada mikroskop. Dia membanyangkan sekiranya diamempunyai darah seperti itu. Mungkin dia akan kelihatan seperti orang sakit. Hal ini kerana zat yang dibawa dalam darah mungkin turut sama dihapuskan oleh sel-sel yang saling berlawanan. Oleh itu, pemilik menerima zat yang terhad dan berkemungkinan memiliki susuk tubuh yang kurus. Memadangkan sel-sel tersebut bergerak dan berlawan antara satu sama lain, pengaliran darah juga menjadi perlahan dan pemilik juga memiliki suhu badan yang rendah serta akan kelihatan pucat. Melyssa menitiskan sampel darah baharu yang diberikan Dr. Maheran ke dalam sampel asal. Sekali lagi Melyssa menyaksikan keajaiban dan keanehan. Benar telahan Melyssa. Sistem ketahanan badan atau imunisasi pemilik adalah sangat tinggi. Sel-sel berhenti berlawanan antara satu sama lain dan bertindak pantas memakan sel-sel darah yang dititiskan. Sekelip mata sahaja titisan tersebut hilang dan sel-sel kembali berlawanan antara satu sama lain. Sel-sel seolah hidup, menyerap, dan makan untuk hidup.

Dia seterusnya merekod segala maklumat dan data yang telah diperoleh. Jam sudah menunjukkan ke angka satu pagi. Kepenatan mula terasa. Dia keluar daripada bilik uji kajinya sambil menanggalkan sarung tangan dan sarung kepala. Suit khasnya turut ditangalkan dan dia mengemaskan duduk pakaiannya. Tiada apa lagi yang difikirkan melainkan dapat berehat di rumah dan berendam dalam bath tub. Bertugas sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan atau Medical Laboratory Technologist (MLT) kepada Dr. Maheran sangat seronok dan meletihkan. Esok dia bercadang untuk cuti. Alangkah seronoknya dia jika dia mendapatkan terapi seluruh badan. Dia bercadang untuk ke Salon rambut milik rakannya di Wangsa Walk. Rindu untuk berbual sambil boleh cuci dan trim rambut.

DUA minggu telah berlalu dan selama itu jugalah kes bunuh yang dikendalikan ASP Halim telah ditutup. Kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai misteri. Melyssa teringat akan sampel makmal dia yang rupanya ada kaitan dengan kes tersebut. Perasaan kurang enak timbul dari dalam hati. Hati berdoa agar segala perkara buruk dijauhkan. Nauzubillah. Melyssa rajin membantu Zara menguruskan salonnya pada hujung minggu dan hari inipelanggan tidak seramai selalu. Antara pelanggan yang datang hari ini adalah kekasih Zara sendiri iaitu ASP Halim. Zara dan kekasihnya sibuk bercerita tentang kes bunuh yang kebelakangan ini sering terjadi dan membimbangkan. ASP Halim sempat berpesan kepada Zaradan Melyssa supaya berhati-hati kerana setakat ini mangsa yang terkorban adalah gadis lingkungan umur mereka.

“Mel, you ni tak keluar ke hujung minggu macam ni?” ASP Halim menyoal. “Isnin sampai jumaat kerja. Sabtu ahad pun kerja.” Melyssa yang sedang menyapu rambut terhenti berbuat demikian. Dia kemudian tersengih dan kembali menyapu saki baki rambut di atas lantai.

“Tak payah tanya. Dia ni tak reti nak keluar dating pun.” Zara menyampuk. ASP Halim ketawa halus.

“Kalau you nak I, boleh kenalkan dengan abang-abang polis Bukit Aman. Ramai lagi tu yang sedang mencari.” Melyssa buat tak endah. “Tak payah cakaplah dengan orang tak ada perasaan ni.” Zara mencebik.

“Dah rambut you dah siap. Baby handsomeee… sangat.” Zara mengangkat ibu jari. ASP Halim melihat-lihat rambutnya. Puas hati.

“Sama je. Dah polis tu polis la jugak rambutnya.” Akhirnya Melyssa bersuara. Zara dan ASP Halim menahan gelak.

“Mel, kau tidur rumah aku ye malam ni.” Pinta Zara. ASP Halim ketika itu sedang bercakap dalam telefon. “Aku jadi takut pulak nak balik malam ni. Halim punya cerita menakutkan aku.” Kali ni Zara memaparkan muka kasihan.

“Boleh…” Jawab Melyssa.

“Bi, Iave to go… ada kes baru.” ASP Halim menerpa mereka usai sahaja bercakap dalam telefon.

“Pastikan you all tak kemana-mana malam ni. Stay dalam rumah. Dah saya rasa salon boleh tutup awal hari ni.” ASP Halim mengarah tegas. “B-baik, baik… “ Kelam kabut keduanya mengemas.

HARI mula menutupkan tirai. Seperti yang diarahkan Zara dan Melyssa duduk mengunci diri di dalam rumah. Mereka pun tidak bercadang untuk kemana-mana. Zara memicit-micit remote contol menukar siaran TV. Dia memilih untuk membuka berita. Seperti yang dijangka mereka sedang menyaksikan satu lagi pembunuhan misteri yang bersiri sedang dilaporkan secara langsung dari tempat kejadian. Wartawan cuba menemu ramah Pegawai polis yang bertanggungjawab. Beliau mengulas kes akan disiasat dan buat masa sekarang diklasifikasikan sebagai misteri. Mereka berdua diam dan tekun mendegar berita secara langsung itu. Tidak mahu terlepas satu pun. Kes tersebut menjadi bualan ramai dan mendapat liputan meluas dari dalam dan luar Negara.

Di tempat kejadian, wartawan terus menerus menemu ramah beberapa figura penting untuk medapatkan informasi terkini. Kini dia cuba mendapatkan pandangan pakar psikologi forensik yang turut hadir menyaksikan mangsa terbaru itu. Beliau dilihat hadir bersama pembantunya. ASP Halim mendekati kumpulan tersebut.

“Prof… semoga kita dapat bersama-sama merungkai kes ini.” ASP Halim cuba berbasa- basi. Dia dimaklumkan bahawa teamnya akan diketuai oleh pakar forensik muda dihadapannya kini. Cerita mengenai kepakaran beliau sangat mengagumkan kerana beliau telah banyak membantu dalam merungkaikan kes-kes yang rumit. Rasa kagum dan cemburu dengan kejayaan beliau. Professor muda yang disegani ramai. Beliau lebih selesa bekerja sendiri bersama seorang pembantunya. ASP Halim menghulurkan salam untuk bersalaman. Lama dia menanti professor muda itu sibuk menjawab soalan wartawan dan tidak peduli akan kehadirannya. Sombong rupanya! Telah ASP Halim. Salamnya disambut oleh pembantu professor tersebut.

“Kalau benar apa yang dikatakan prof… cuba prof jelaskan bagaimana mangsa dibunuh dengan lebih jelas.” Wartawan masih tidak berpuas hati dengan jawapan pakar psikologi tersebut. Professor muda itu kemudian berkalih menghadap ASP Halim dia memaut leher ASP Halim kemudian membenamkan barisan atas giginya. Sepantas kilat dia meninggalkan bekas gigitan. ASP Halim tergamam.

“Lihat kesan calar tersebut. Seakan sama bukan? Bezanya saya tidak mencederakan ASP Halim.” Professor tersebut kemudian berlalu. ASP Halim memegang lehernya. Tidak cedera? Tetapi dia dapat merasakan ketajaman gigi lelaki itu. Mayat mangsa telah dibawa menaiki ambulance untuk dihantar ke Hospital bagi tujuan autopsi. ASP Halim meminta team fotografi untuk mendapatkan gambar tengkuk dan leher mangsa. Benar luka seperti digigit. Mengikut pada ulasan kes-kes yang lalu mangsa mati kerana kehilangan darah yang banyak. Persoalannya darah mangsa disedut keluar secara paksa melalui lubang gigitan atau mengalir dengan sendirinya? ASP Halim medapatkan rakaman temuramah professor muda sebentar tadi.

“Memandangkan kes ini semakin mendapat perhatian ramai, penjenayah mungkin cuba untuk mengubah motif pembunuhan dan mungkin cuba mengaburi mata kita dengan mencipta bukti palsu. Kematian gadis ini akan membawa kepada tuduhan ke atas kekasihnya. Memandangkan dia telah diperkosa, penjenayah cuba menjatuhkan tuduhan ke atas kekasihnya. Lihatlah pakaian dia. Cantik dan rapi seperti ingin bertemu kekasih. Jangan tertipu. Dia mahukan darah.” ASP Halim menghentikan klip tersebut sebelum professor muda itu menjelaskan bagaimana dia dengan yakin mengatakan mangsa telah dibunuh dengan sebuah gigitan sahaja.

“Ahh… ” ASP Halim masih terasa akan tajamnya taring milik pakar psikologi forensik tersebut. Kekasih gadis ini perlu dijejak!


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.