Novel : Biar aku jadi penunggu 11

24 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

“Afeef, I rasa, ada baiknya kita berpisah. I tahu, u dah tahu apa yang I buat belakang u selama ni. Maafkan I. U boleh bawak Aqil balik Malaysia. I janji I takkan tuntut dia daripada u.” Itu sahaja mesej yang diterima oleh Afeef daripada Damia selepas seminggu wanita itu tidak pulang ke rumah.

Terasa di siat-siat hatinya apabila Damia meminta Afeef melepaskannya. Tidak tahukah wanita itu betapa aku menyintainya selama ini. Tidak nampakkah pengorbanan yang telah dilakukan demi dirinya. Keluarga yang ditinggalkan demi mengecap bahagia bersama Damia nyata sia-sia apabila cinta dan kasihnya berpenghujung sebelum tiba masanya.

Damia telah banyak berubah selepas dia melahirkan Aqil. Banyak tanggungjawabnya diambil alih oleh Aqil demi kasihkan anak yang masi kecil dahagakan belaian seorang ibu. Seringkali Afeef yang banyak menghabiskan masa bersama Aqil tanpa Damia di sisi. Si ibu itu terlalu sibuk dengan pengajiannya kerana terpaksa mengejar semula pelajaran yang terlepas disebabkan bercuti melahirkan Aqil.

Terlalu banyak pertengkaran antara mereka selepas kelahiran Aqil. Seawal usia sebulan si kecil itu tidak mendapat perhatian daripada ibunya. Belum pun habis berpantang, Damia sudah ligat menghadiri semula kuliah pengajiannya. Afeef yang lebih banyak mengorbankan masanya demi memastikan si kecil itu tidak kurang kasih sayang. Dia yang masih belajar sambil bekerja itu sering terkejar-kejar demi anak yang tersayang. Damia pula semakin leka dengan kebebasan yang Afeef beri kepadanya. Sehinggalah pertengkaran besar yang membawa kepada penceraiannya itu.

“I menyesal kahwin dengan u Afeef. Apa yang I dapat? Apa yang I nak, semua I tak dapat. I memang tak tahan dah hidup macam ni Feef. Dengan anak lagi. Susah I nak ke sana sini. Dengan study I lagi. U pun sibuk dengan study u, kerja u. Siapa nak jaga Aqil ni?” balas Damia apabila Afeef menegur sikapnya yang sambil lewa terhadap keperluan Aqil yang masih bayi. Turun naik nafas Damia menghamburkan rasa tidak puas hatinya.

Afeef yang mendengar menggertap gigi. Sungguh kesabarannya pada hari itu sudah sampai ke kemuncaknya. “U jangan kata u sibuk ya. U jangan ingat I tak tahu apa yang u buat kat luar tu. U ingat u sorang aja yang belajar. Ingat I ni tak pernah belajar ke? I lagi sibuk dari u boleh ada masa untuk Aqil. Kenapa pulak u yang terlebih masa ni takda masa untuk anak sendiri!” jerkah Afeef membalas kata-kata Damia. Merah padam mukanya menahan marah yang semakin memuncak itu.

“Ke u sibuk berkepit dengan jantan lain! U ingat I buta ke!” tambah Afeef lagi. Membuntang mata Damia memandang Afeef yang merah padam itu.

Ikatan pernikahan yang baru berusia 2 tahun itu terkandas di tengah jalan kerana orang ketiga. Damia menjalin hubungan dengan rakan sekuliahnya yang berbangsa asing. Sungguh dia kecewa apabila kepercayaan yang diberi selama ini dikhianati.

Damia dapat rasakan bahang kemarahan Afeef apabila melihat mata itu merah menyala. Tidak pernah Afeef semarah itu. Timbul rasa gerun dihatinya berhadapan dengan Afeef. Dia tahu yang Afeef telah mengetahui semua kegiatannya di luar. Jika tidak, masakan lelaki itu menuduhnya begitu. Dia sedar akan kesalahan yang satu itu tapi hatinya memang tidak dapat menipu apabila dia telah jatuh cinta dengan rakan sekelasnya. Tambahan pula, apa yang diinginkan selalu diturutkan. Itu satu-satunya yang tidak dapat Afeef lakukan untuknya. Memang cara kehidupannya sejak kecil tidak pernah susah. Segalanya mesti diturutkan oleh mama dan papanya. Semenjak dia berkahwin dengan Afeef, mama dan papanya tidak lagi memberi wang perbelanjaan. Cuma, yuran pengajian sahaja yang dibayar oleh papanya. Bukan dia tidak tahu, Afeef juga terpaksa bekerja sambilan untuk menampung hidupnya. Wang simpanan lelaki itu pun bukannya banyak. Hanya cukup untuk membayar yuran pengajian. Ini ditambah pula dengan kehadiran si kecil, segalanya menjadi semakin susah. Dia sudah tidak tahan lagi untuk menghadapi semua itu.

“Kenapa U diam? Betulkan apa yang I cakap!” jerkah Afeef lagi. “I tak sangka U jadi macam ni. I kecewa sangat dengan U.” tambah Afeef perlahan. Terlalu kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Damia. Kalau sebelum ini dia boleh bersabar apabila ternampak Damia berjalan mesra dengan lelaki itu. Tetapi kini, kesabarannya semakin hilang apabila dia sendiri mengekori Damia sehingga ke rumah teman lelakinya. Punah harapan menggunung yang diletak kepada Damia. Ingatnya panas terik hingga ke petang, rupanya hujan disertai kilat sabung-menyabung di tengahari. Terlalu dia kesali dengan apa yang telah berlaku.

Damia yang mendengar keluhan Afeef terus dia masuk ke bilik tidur mereka dan keluar semula selepas beberapa minit dengan sebuah beg baju sederhana besar. Afeef hanya memandang apabila Damia terus melangkah keluar rumah tanpa menjawab sepatah pun katanya. Pada waktu itu juga, si kecil Aqil yang nyenyak tidur tiba-tiba menangis dengan kuat. Barangkali si kecil itu turut merasai apa yang berlaku di antara kedua ibubapanya.

……………………….

“Abang! Kita dah sampailah. Yang termenung lagi tu kenapa?” Afia mengetuk cermin tingkap di tempat duduk Afeef. Sudah lama dia keluar dari tempat memandu dan mengeluarkan beg dari bonet kereta. Afeef tetap macam itu juga. Entah apa yang difikirkan oleh Afeef sampai tidak sedar kereta telah berhenti di destinasi.

“Abang ni kenapa?” tanya Afia seraya Afeef membuka pintu dan keluar daripada kereta.

“Err.. takda apalah. Err..jomlah..” jawab Afeef dan terus melangkah ke pintu utama resort di Teluk Batik itu.

“Abang, Pia nak tidur kat mana malam ni?” tanya Afia lagi yang jalan beriringan dengan Afeef.

“Pia tidur ajalah sebilik dengan abang. Tadi abang dah suruh kawan abang booking bilik untuk kita.” Jawab Afeef.

“Alaa.. satu bilik aja ke?” tanya Afia lagi kurang berpuas hati dengan keputusan Afeef. Dia segan sebenarnya ingin sebilik dengan abangnya itu walaupun mereka adik-beradik. Bukan tidak percaya dengan abangnya itu, tetapi mereka sudah dewasa dan tidak elok juga untuk tidur di bilik yang sama. Lainlah kalau ada Kak Hamani sekali. Desis hatinya.

“Kak Hamani!” Afia tiba-tiba terjerit kecil menyebut nama kakak iparnya. Afeef di sisi menoleh.

“Apsal dengan Kak Hamani pulak tiba-tiba ni?” tanya Afeef pelik apabila melihat Afia sudah tersengeh menayang giginya.

“Apa kata malam ni abang tidur kat bilik Kak Hamani.” Balas Afia sambil tersenyum-senyum.

“Hah?” jawab Afeef sepontan. ‘Apahalnya pulak aku kena tidur kat bilik Iffat’ gerutu hatinya.

“Yela. Abang tidurlah kat bilik dia. Abang nak sangat jumpa dia kan?” sengeh Afia lagi penuh bermakna. Sengaja dia ingin member peluang kepada abang dan kakaknya itu berbincang akan masalah yang mereka hadapi sekaligus, tidak perlulah dia sebilik dengan abangnya itu. Bebas segala pergerakannya nanti.

“Errmm..” Afeef berfikir sejenak. ‘Ada betulnya jugak. Tapi, nak ke Iffat sebilik dengannya nanti. Mahu terkejut tahap apa entah kalau dia nampak aku terpacak depan pintu nanti.’ Afeef berkata kepada dirinya sendiri.

“Errmm.. yela..” Afeef membuat keputusan.

“Yeay!” Afia bersorak riang apabila tektik dia berjaya. ‘Malas aku nak sama bilik dengan kau bang. Malu..hehe..’ bebel Afia dalam hatinya yang riang ria itu.

“Before that, give me the phone, abang nak call Luqman sekejap. Dia pegang kunci bilik.” Pinta Afeef.

“Assalamualaikum. Man, sorry ganggu kau pagi-pagi ni. Aku dah sampai ni. Sekarang kat kaunter depan ni.” Afeef memberitahu Luqman akan kedatangannya di situ. “Okey okey. Aku tunggu sini.” Kata Afeef lagi seraya memutuskan panggilan.

“Tunggu kat sini, kejap lagi member abang tu datang.” Terang Afeef seraya menyerahkan kembali telefon bimbit Afia.

Tak lama kemudian Luqman menghampiri mereka. Berpelukan kedua sahabat itu dan bertanya khabar ringkas. Afia hanya memerhati. Selepas meleraikan pelukan, Luqman terus membawa mereka ke bilik yang dimaksudkan. Memang agak bernasib baik Afeef pada malam itu apabila mendapat bilik chalet yang betul-betul berhadapan dengan bilik chalet miliknya dan Iffat.

“Feef, kau nak tidur bilik ni ke, bilik Iffat?” Tanya Luqman bila melihat Afia sudah melangkah masuk ke bilik yang telah dibooking tadi.

“Err.. aku tidur kat bilik Iffatlah.” Terang Afeef malu-malu.

“Kau tak payahlah nak malu-malu dengan aku Feef. Macamlah tak biasa dengan aku.” Balas Luqman lalu menepuk sedikit bahu sahabatnya itu. Afeef hanya tersenyum. Hampir dia tidak mengenali susuk tubuh itu tadi. Lebih-lebih apabila Afeef kini telah memakai cermin mata. Jelas berkarisma dan kelihatan lebih matang lelaki itu berbanding 3 tahun lalu. Afeef hanya mengekori langkah Luqman ke bilik yang bertentangan dengan bilik Afia duduki tadi. Semakin hampir ke bilik Iffat, semakin berdetak hebat jantungnya. Tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu untuk berhadapan dengan Iffat. Walhal sebelum datang situ tadi, tidak pula getar jantungnya sehebat itu. Terasa sempit pula setiap nafas yang ditarik. ‘Ya Allah Ya tuhanku, tabahilah hatiku Ya Allah untuk berhadapan dengan isteriku ini’ Doanya di dalam hati agar dia diterima baik oleh Iffat.

Afeef melihat sekilas jam di tangannya. Hampir pukul 3 pagi. Mungkin Iffat telah tidur pada waktu itu.

‘Tok tok tok!’ “Assalamualaikum, Iffat…” panggil Luqman sambil mengetuk pintu bilik Iffat. Masuk kali ketiga Luqman memberi salam, salam disambut lembut oleh Iffat yang sedang membuka pintu.

“Man,..kenapa Man? Yat sakit ke?” soal Iffat cemas apabila Luqman mencarinya pagi-pagi macam tu. Kebetulan dia baru selesai melakukan solat tahajud tadi dan terdengar orang memberi salam. Dia yang sedang bertelekung itu terpempan apabila melihat ada susuk tubuh lain di belakang Luqman.

“Fat… Afeef…” Luqman berundur sedikit dan melangkah menjauh untuk memberi ruang kepada pasangan itu. Dia ingin segera balik ke biliknya semula. Sempat dia menepuk sedikit bahu sahabatnya itu tanda memberi semangat agar pasangan itu dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. Afeef hanya mengangguk kepada Luqman. ‘Thanks a lot Man!’ ucapnya dalam hati.

Masing-masing hanya diam membisu dan memandang antara satu sama lain. Satu perkataan pun tidak terluah daripada keduanya. Luqman pula telah menghilang ke bilik chaletnya semula.

‘Kenapalah mulut ni macam kena gam pulak. Takkan nak biar dia tercegat kat situ’ marah Iffat kepada dirinya sendiri. Dia tahu, dari tadi hanya mata mereka sahaja yang berbicara.

‘Afeef, bukan ke tadi kau beriya sangat nak jumpa Iffat. Yang kau diam membisu kenapa!’ marah Afeef kepada dirinya pula.

“Assalamualaikum”

“Masuklah”

Serentak masing-masing memulakan kata. Iffat menjawab salam Afeef perlahan. Sungguh rasa jantungnya seakan tidak berfungsi apabila melihat Afeef berdiri di depan matanya kini.

Afeef hanya menunduk sedikit lantas melangkah masuk bilik itu. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu betapa menyanyi riang dalam dadanya kerana Iffat sudi mempelawanya masuk ke bilik itu. Dia tahu wanita itu kelihatan kurang selesa dengan kehadirannya. Jelas terpancar riak terkejut di wajah mulus itu. Dia perasan akan perubahan pada wajah Iffat. Wajah itu sedikit cengkung dan pipinya dulu yang sedikit berisi telah menampakkan sedikit bentuk tulang pipi menyebabkan wajah itu kelihatan lebih cengkung. Dia tahu, pastinya dia yang menyebabkan Iffat menjadi begitu. ‘Maafkan aku Fat!’ bisik hatinya lagi.

Iffat memberi laluan kepada Afeef yang melangkah masuk. Resah hatinya langsung tidak hilang malah semakin menjadi-jadi. Terutamanya apabila melihat wajah letih Afeef yang telah banyak berubah dengan memakai cermin mata. Dia perasankan juga terdapat kumis dan janggut nipis di wajah itu. ‘Comel’ desis hatinya memuji perubahan itu. Dia beristighfar berkali-kali dalam hatinya untuk mendapatkan sedikit ketenangan kerana terasa keterlanjuran melihat Afeef. ‘Erk, tak salah pun. Kan dia laki aku lagi’ omel hatinya sendiri.

“Err.. Fat..” Afeef memulakan kata selepas melabuhkan punggung di kerusi kayu yang disediakan di dalam bilik itu. Iffat masih bertelekung itu hanya duduk dibirai katil.

“Dah solat? Kalau belum, baik solat dulu then boleh terus tidur. Penat jalan jauhkan.” Cepat Iffat memotong kerana dia malas ingin berbincang akan masalah yang sepatutnya dibincangkan dalam keadaan begitu. Dia juga yang sebenarnya tidak bersedia untuk berjumpa dengan Afeef, apatah lagi untuk berbincang akan masalah mereka. Sungguh dia belum bersedia untuk menghadapi itu semua kerana dia tahu akan keputusan yang bakal diambil nanti meninggalkan kesan kepadanya kelak.

“Err.. belum..”balas Afeef perlahan. Baru dia ingin memulakan kata-kata, Iffat sudah mula tunjuk kurang minat. Semakin sesak dadanya membendung rasa bersalah yang tak tertanggung.

Sementara Afeef ke bilik air membersihkan diri, Iffat lekas-lekas membuka telekung dan memakai tudung yang tersangkut di penyidai. Dia sendiri tidak tahu mengapa perlunya dia memakai tudung di hadapan Afeef walhal tiada istilah aurat antara mereka berdua. Iffat juga membacuh secawan milo panas kebetulan di dalam bilik itu telah disediakan beberapa paket minuman bancuhan segera 3 in 1 dan sebuah pemanas air. Dia tahu juga yang milo panas memang kegemaran Afeef. Segala yang digemari oleh lelaki itu masih terpahat kuat di dalam kepalanya.

Setelah meletakkan mug itu di atas meja kecil, Iffat mencapai alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen. Debar hatinya yang kian menyesakkan nafas itu cuba dibuang jauh. Habis setiap semua channel ditukar-tukar sampai pedih tangannya menekan alat kawalan jauh itu. Nasib baik juga disediakan saluran astro. Boleh juga dia tukar-tukar siaran. Kalau takda, lagi naya sebab siaran televisyen biasa mesti telah menamatkan siaran dalam waktu-waktu seperti itu. Asyik dia menekan alat kawalan jauh, sampai tidak perasan yang Afeef lama memerhati dari muka pintu bilik air.

“Ehem,..Fat..meletup pulak tv tu nanti..” tegur Afeef memeranjatkan Iffat dengan perbuatannya itu. Terlepas alat kawalan jauh itu dari tangan Iffat.

“Ehemm..” Iffat cuba cover rasa terkejut dengan teguran Afeef. ‘Hish! Macam mana boleh tak perasan pulak mamat ni keluar. Haish!’ rungut Iffat dalam hati. Iffat memandang Afeef sekilas sebelum memalingkan semula mukanya ke skrin televisyen apabila melihat Afeef hanya bertuala. Terasa panas mukanya melihat Afeef dalam keadaan sebegitu. Bukan dia tidak pernah lihat sebelum ini, tetapi disebabkan sudah lama tak berjumpa, Iffat berasa kurang selesa dengan keadaan tersebut. ‘Kenapa pulaklah hati ni tak reti nak diam’ rungut Iffat lagi apabila mula merasai perasaan yang kurang enak dalam hatinya. Berdebar lain macam.

Iffat hanya mendiamkan diri dan terus menerus memakukan matanya ke arah skrin yang menyala itu. Mata dan badannya sahaja di situ. Dalam kepalanya ligat fikir macam-macam hal. Sempat juga dia cuba menyusun beberapa ayat untuk bercakap dengan Afeef sekiranya lelaki itu bertanya. Dari ekor matanya dia nampak Afeef sudah lengkap berbaju. Hanya ringkas pakaian lelaki itu. Sekadar memakai t-shirt hitam tanpa koler dan berkain pelekat. Tahu yang lelaki itu ingin bersolat. Syahdu dia mendengar bisikan halus yang keluar dari mulut Afeef mengalun ayat suci. Memang dia sudah lama merindukan suara itu. Selama seminggu dia tinggal bersama Afeef dulu, berasa tenang apabila tiap kali Afeef mengimamkan solat.

Selesai Afeef member salam yang kedua dan berdoa, Iffat semakin tidak keruan. Matanya yang mengantuk tadi terasa segar semula. Ditoleh jam di telefon bimbitnya, 3.30 pagi.

“Errr..minumlah air tu, dekat sejuk dah.” Sapa Iffat tergagap-gagap. ‘Adoi, tenanglah hati. Menggelabah semacam ni kenapa’ Lagi-lagi Iffat merungut dalam hatinya. Dilihat Afeef hanya tersenyum sambil melipat sejadah yang digunakan. Dia melihat setiap gerak-geri lelaki itu dengan ekor matanya sehinggalah dia mendengar Afeef tiba-tiba tergelak.

“Haha.. Iffat..Iffat..kau nak pandang, pandang ajalah.. tak payahlah sampai nak terpusing mata kau tu..” kata Afeef dengan sisa gelaknya. ‘Kau ingat aku tak tahu kau dari tadi pandang aku. Haha..’ Afeef gelak jahat dalam hatinya melihat Iffat yang cuba cover malu.

‘Ciss..macam mana pulak mamat ni perasan. Buat malu aku aja’. Kutuk Iffat pada dirinya sendiri dengan kenakalan matanya yang tidak putus melihat gerak-geri lelaki itu. Rindulah tu!

“Erk..bila pulak aku tengok kau? Perasan..” balas Iffat yang cuba meng‘cover’ kesalahannya. Terasa panas mukanya.

“Thanks Fat!” ucap Afeef selepas menghabiskan minuman kegemarannya walaupun 3 in 1, dia tetap suka lebih-lebih lagi tuan yang buat air itu. Dia terlalu menghargai bila Iffat sudi membuatkan minuman untuknya.

“Hmm..”jawab Iffat pendek. Dia tak tahu nak cakap apa lagi dengan Afeef. Segala-galanya terasa kekok. ‘Kalau dulu, takda pulak macam ni!’ rungut Iffat lagi. Debar hatinya tidak juga reda. Matanya masih menumpu ke skrin televisyen yang terpasang tu. Malu untuk dia melihat wajah yang telah lama tidak bersua itu walaupun dalam hati begitu membuak ingin menatap wajah yang dirindui saban waktu tu.

“Fat..” Panggil Afeef perlahan. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu diucapkan duhulu kepada Iffat. Terlalu banyak perkara yang perlu dibincangkan dengan Iffat. Dilihat Iffat tekun menonton. Tetapi dia tahu yang Iffat sengaja buat begitu dari bercakap dengannya. ‘Fat, kau tak payahlah nak buat-buat khusyuk tengok tv tu. Kau ingat aku tak tahu apa ada dalam kepala kau!’ Desis hati Afeef apabila melihat Iffat menggenggam erat alat kawalan jauh di tangannya. Gelisah wanita itu dilihatnya.

“Fat..” Panggil Afeef lagi apabila melihat Iffat langsung tidak memberi respon.

“Feef, aku dah mengantuklah. Esok ada banyak aktiviti. Aku nak tidur dululah. Kau pun penatkan? Esok ajalah kita berborak okey…” balas Iffat cepat seraya mematikan televisyen. Iffat terus membaringkan diri dan berselimut hingga menutup seluruh mukanya. Dia malas untuk bercakap dengan Afeef. Nasib baik juga bilik itu memang untuk dua orang dan mempunyai dua katil bujang. Kalau tidak, terpaksalah dia berkongsi katil dengan Afeef. Katil yang diduduki Afeef memang langsung tidak disentuhnya sejak melangkah masuk ke bilik itu. Memang telah siap tersusun kemas bantal dan selimut.

“Hmm..” terdengar Afeef mengeluh. Terasa Afeef menjerit sekuat hatinya apabila Iffat sengaja mengelakkan diri dari bercakap dengannya. ‘Sampai hati kau Fat.’ Keluh hatinya. Melihat Iffat yang sudah berselubung, Afeef menghampiri. Sengaja ingin mengusik wanita itu. ‘Oh..kau tak nak cakap, tak nak tengok muka aku kan..’ Afeef tersenyum lebar. Bukan selalu dia mengusik wanita itu.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 11”
  1. impirika_08 says:

    hurm best..
    cpt smbung ye…

  2. amira says:

    best…

  3. dawinah jugok says:

    bestlah….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.