Novel : Biar aku jadi penunggu 12

1 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : arsha wangi

Iffat terasa seperti ada orang duduk disebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Afeef. ‘Apa pulak mamat ni nak buat’ monolognya di dalam hati. Detak jantungnya tak payah cakaplah. Dah macam orang lari seratus meter. Debar tadi tak hilang lagi, tambah pulak dengan kerja gila Afeef. Sepantas itu dia menarik selimut yang menutupi mukanya. Membulat matanya bila wajah Afeef berada dekat dengannya.

“Afeef! Kau buat apa ni?” kata Iffat dengan sedikit terjerit.

“Hahaha..” Afeef sudah gelak sakan. “Tau takut..” kata Afeef dalam gelak.

“Kau dah takda kerja ke? Duduklah sana..” marah Iffat seraya menegakkan diri dan menolak sedikit Afeef supaya jauh darinya. Sungguh dia terkejut dengan perlakuan berani Afeef itu.

“Ala.. aku mana ada buat apa pun..” balas Afeef selamba macam orang tak bersalah.

“Yang kau tu tidur pakai tudung kenapa? Kau tak panas ke?” kata Afeef lagi sambil ingin menyentuh tudung yang tersarung di kepala Iffat.

“Suka hati akulah. Dulu kau tak bising pun aku pakai tudung time tidur.” Balas Iffat seraya menepis kuat tangan Afeef yang cuba menyentuh hujung tudungnya,

“Elehh.. aku cakap sikit aja. Tu pun nak marah..” ejek Afeef yang sudah beralih tempat ke katil sebelah.

“Huh!” Iffat terus menyulubungi badannya seperti tadi. Marah dan malu sebenarnya bila berada dekat dengan Afeef tadi. Afeef pula memang sengaja ingin mengusiknya. ‘Hampeh betul! Saja aja nak buat aku malu.’ Marah Iffat. Maha hebat jantungnya berdegup apabila wajah Afeef begitu hampir dengan wajahnya. Satu yang begitu jelas di matanya, janggut sejemput di dagu Afeef. Setahunya, Afeef tidak gemar untuk membela kumis mahupun janggut sebelum ini. Dia begitu menitik beratkan kebersihan di wajahnya. Tapi dengan penampilan yang baru itu, Afeef kelihatan lebih menarik dari yang dulu.

“Yela yela. Sorry…” balas Afeef bila melihat Iffat menarik kasar selimutnya. ‘Bukan luak pun’ Kutuk Afeef dalam hatinya. Tersenyum sendiri apabila dia melihat wajah Iffat yang masam mencuka tadi. Ada getaran halus yang menyelinap dalam hatinya apabila melihat wajah Iffat dengan dekat. Dia perasan akan bibir comel itu.

…………………………………

“Assalamualaikum.” Sapa Iffat kepada keluarga bahagia yang sedang bersarapan itu. “Morning anak Aunty!” ucap Iffat lagi seraya mencium pipi gebu Farhan yang sedang mengunyah roti di tangannya.

“Waalaikumussalam” balas Luqman dan Hayati hampir serentak.

“Morning Aunty” balas Farhan pula dengan mulut yang penuh.

“Morning guys!” belum sempat Iffat melabuhkan punggung di sebelah Farhan, sapa satu suara dibelakangnya. Memang dia cam suara itu milik siapa.

‘Dah datang dah satu masalah. Kenapalah kau datang sini Rafaal.’ rungut Iffat di dalam hati. Iffat menoleh ke arah suara tersebut. Dia hanya melemparkan senyuman. Sempat dia melirik ke sekitar café yang masing lengang itu. Aktiviti bermula dalam pukul 10 pagi nanti. Ada masa 1 jam lagi sebelum aktiviti bermula.

Iffat hanya mengambil dua keping sandwich dan teh o’panas untuk mengalas perut pada pagi itu. Pelbagai menu yang disediakan ala buffet itu oleh pihak resort. Tetapi satu tidak menarik perhatiannya. Rafaal pula mengambil sepinggan mee goreng dan secawan milo panas. Melihat air milo panas yang masih mengeluarkan asap nipis itu, dia teringatkan Afeef yang sedang lena tidur masa dia keluar tadi. Sengaja dia tidak mengejutkan Afeef untuk bersarapan bersama. Subuh tadi masa sembahyang subuh pun masing-masing tidak bercakap apa. Afeef terlebih dahulu bangun darinya dan terus menyambung tidurnya semula selepas solat. Penat sangat agaknya.

Rafaal mengambil tempat di sebelah Luqman dan berhadapan dengan Iffat. “Iffat, u okey ke?” tegur Rafaal mengejutkan Iffat yang termenung.

“Err.. okey okey..” balas Iffat. Terkejut dia apabila Rafaal menegur. ‘Haish! Boleh pulak aku teringat kat mamat tu’ marah Iffat dengan dirinya sendiri. Terus dia menyuap sandwich yang diambil tadi. Belum pun habis dengan suapan pertama, ada lagi suara yang menyapa.

“Kak Hamani!” jerit satu suara di belakangnya. Iffat menoleh kepada tuan empunya suara.

‘Aik? Macam mana pulak budak ni ada kat sini?’ Tanya Iffat dalam hatinya. “Pia buat kat sini?” balas Iffat dengan muka pelik memandang Afia yang sudah tercegat di belakangnya seraya menghadiahkan ciuman di kiri kanan pipi Iffat.

“Pia datang dengan abanglah malam tadi.” Jawab Afia selamba sambil duduk di sebelah Iffat. Dicapainya sandwich Iffat di dalam piring. Rafaal sudah memandang kedua wanita di hadapannya pelik. Hayati dan Luqman pula hanya berpandangan antara satu sama lain. Mereka hanya mendiamkan diri. Farhan pula leka dengan robot transformers yang dikepitnya dari tadi.

“Laa.. Abang Afeef tak cakap pun Pia ada sekali. Pia tidur mana malam tadi?” Tanya Iffat lagi. Dia mula rasa tidak puas hati dengan Afeef. ‘Maknanya dia sengaja nak tidur kat bilik akulah malam tadi! Ciss..’

“Pia tidur kat bilik la. Depan bilik akak.” Balas Pia sambil mengambil pula cawan Iffat dan diteguknya air teh itu. Memang seleranya hampir sama dengan Iffat. Itu sebab dia boleh rapat dengan kakak iparnya lebih dari dia rapat dengan kakaknya sendiri.

“Wait..wait..Afeef dah balik?” sampuk Rafaal tiba-tiba. Pasangan bahagia itu pula sudah memandang ke arah Iffat menunggu jawapan yang keluar dari mulut Iffat. Bukan mereka tak tahu Afeef ada bersama. Afia sudah bangun ke tempat makanan yang disediakan untuk menambah beberapa keping sandwich dan mengisi semula cawan Iffat yang sudah kosong itu.

“Err.. ha’ah..semalam..” balas Iffat tergagap.

“Dia ada kat sini?” tanya Rafaal lagi tak puas hati dengan jawapan Iffat. Dia nak dapatkan kepastian dari bibir comel itu sendiri selepas dengar dari mulut Afia tadi. Garfu yang dipegang telah diletakkan semula. Berhenti terus dia menyuap mee goreng itu tadi. Mee goreng yang sedap tiba-tiba dirasakan langsung tidak sedap untuk ditelan apabila mendengar berita kepulangan Afeef malah lelaki itu sebilik pula dengan Iffat malam tadi. Maknanya apa? ‘Huh!’ mengeluh sendiri Rafaal di dalam hati apabila melihat Iffat hanya mendiamkan diri.

“Err.. Fat, kenapa tak ajak Afeef sekali sarapan? Dia tidur lagi ke?” Luqman tiba-tiba bersuara untuk menghilangkan suasana bungkam antara Iffat dan Rafaal. Afia sudah kembali semula di tempatnya. Dia yang tidak memahami apa-apa terus menyuap pula nasi goreng yang diambil tadi. Iffat hanya mencapai cawan yang sudah berisi semula sebelum menjawab pertanyaan Luqman.

“Err..dia tadi masa aku keluar dia tidur lagi. Aku malas nak kejut. Penat kot..” balaa Iffat perlahan. Dia nampak mata Rafaal hanya memandangnya dari tadi. Hayati hanya mendiamkan diri.

“Tadi Pia ingat abang dah datang sini dengan akak. Pia ketuk pintu tadi, senyap aja.” Sampuk Afia. Rafaal sudah gelisah di tempat duduknya. Dia rasakan tidak betah lagi untuk berada di resort itu selepas mendapat tahu Afeef turut ada bersama. Dia tahu yang lelaki itu tidak menyenanginya kerana rapat dengan Iffat.

“Fat, dia tak sihat ke?” Hayati pula bersuara. Tiba-tiba Rafaal yang berada di sebelah Luqman berdiri.

“U nak ke mana Raf?” tanya Iffat melihat Rafaal yang sudah berdiri.

“I rasa I balik bilik dululah Fat. U alls makan dulu eh.” Jawab Rafaal yang terus berlalu. ‘Hmm..’ keluhan berat keluar dari mulutnya selepas jauh daripada ruang makan itu.

‘Ahh..sudah mamat ni. Apahal pulak tiba-tiba nak balik. Makan pun tak habis lagi. Takkanlah sebab Afeef..’ kata Iffat sendiri. Iffat hanya memandang Rafaal yang sudah hilang dari pandangan.

“Fat, aku rasa dia terkejut kot tau Afeef dah balik..” tegur Luqman.

“Haah Fat..kau tahu kan dia syok dengan kau dah lama.” Balas Hayati pula mengiyakan kata-kata suaminya.

“Erk? Entahlah..biarlah. Bukan dia tak tahu aku memang isteri Afeef.” Jawab Iffat malas bila menyentuh hal hati dan perasaan antara dia dan Rafaal. Sungguh hatinya dari dulu hanya untuk Afeef walaupun lelaki itu telah menyakitinya.

Afia di sisi hanya diam mendengar. Dia tahu akan satu hal itu. Hanya perkara itu yang tidak diceritakan oleh Afia kepada abangnya semasa dalam perjalan malam tadi. Naya aja kalau Afeef tahu.

“Kak, jom tengok abang” ajak Afia selepas selesai menghabiskan nasi goreng di dalam pinggannya.

“Alah..nanti dia bangunlah. Dia penat sangat kot. Malaslah akak nak balik bilik. Akak nak tunggu kat sini aja. Kejap lagi dah nak mula program.” Balas Iffat. Memang dia malas untuk berjumpa dengan Afeef. Dia yang ringkas berpakaian sukan memang bersedia untuk melakukan aktiviti pada pagi itu. Sengaja dia terus berpakaian itu supaya tidak perlu berulang-alik ke bilik untuk menukar pakaian. Lebih-lebih lagi apabila Afeef ada di biliknya.

“Pergilah tengok Fat..” suruh Hayati pula apabila Iffat tiada tanda-tanda untuk bangun.

“Haah Fat, entah-entah dia tak sihat.” Sokong Luqman pula.

“Alaa..agaknya dia ingat macam kat sana lagi kot. Tu yang bangun lambat.” Iffat beralasan.

“Alah akak ni. Jom ajalah. Kita pergi tengok aja. Kalau dia tidur lagi, akak datanglah sini balik.” Balas Afia geram melihat Iffat yang sengaja untuk tidak menjenguk abangnya itu. Dia perasan yang abangnya dari malam tadi macam orang tak sihat lepas sampai ke resort itu.

“Yela yela..” jawab Iffat malas selepas Afia menarik tangannya supaya bangun. Sempat dia menjeling ke arah Hayati dan Luqman yang tersenyum.

…………………………

“Abang,..bukak pintu ni…abang okey ke?” tanya Iffat berulang kali apabila tidak mendengar sebarang balasan dari abangnya di dalam. Iffat pula hanya bersandar di diding batu sebelah pintu. Malas dia mahu memanggil Afeef. Dibiarkan sahaja Afia yang mengetuk pintu itu. Kunci bilik memang dia tinggalkan untuk senang Afeef bila keluar nanti.

“Pia…” terdengar suara serak Afeef membalas panggilan Afia.

“Abang, okey ke?” tanya Afia lagi yang mula cemas bila mendengar suara serak abangnya. Iffat di sisi hanya mendiamkan diri. Buat-buat tak faham.

“Pia.. kejap..” Afeef membuka pintu itu dan kembali semula ke katil. Dia menarik semula selimut hingga ke paras dada apabila terasa sedikit mengigil di sapa bayu pantai yang menerjah masuk bila daun pintu itu terbuka. Pia terus mendapatkan Afeef di katil.

“Abang demam ke?” tanya Afie seraya meletakkan tangannya di dahi Afeef. Afeef hanya memejamkan mata.

“Kak, jom hantar abang pergi kliniklah.” Ajak Afia apabila melihat Iffat melangkah masuk.

“Hah? Kenapa pulak?” tanya Iffat pelik. Dari tadi dia hanya melayan perasaannya sahaja dan tidak menyedari apa yang berlaku pada Afeef. Dia melihat Afeef yang sudah berbungkus itu. ‘Kenapa pulak mamat ni? Pagi tadi elok je bangun solat.’ Desis hatinya apabila melihat keadaan Afeef.

“Demam ke?” tanya Iffat buat-buat tak tahu.

Afeef yang terpejam mendengar tiap butiran dua wanita di hadapannya itu. Lebih lagi suara Iffat. ‘Eh minah ni, tak nampak ke aku berbungkus macam ni. Takkan pulaklah aku suka-suka hati nak berbungkus macam ni’ kutuk Afeef bila perasan Iffat seakan-akan tidak mengambil berat akan dirinya. Dibuka sedikit matanya untuk melihat wajah itu. Iffat hanya berdiri jauh.

“Abang, jomlah pergi klinik.” Ajak Afia lagi bila melihat abangnya membuka mata. Iffat hanya mendiamkan diri bila melihat Afeef memandangnya.

“Tak payahlah Pia. Abang okey ni. Pening sikit aja. Kejap lagi okey la kot.” Balas Afeef perlahan. Matanya masih memandang Iffat yang masih berdiri tidak jauh darinya. Dia geram bila Iffat buat tak tahu aja dengan dirinya.

“Ala abang ni. Sikit apa macam ni. Panas la bang. Jomlah Pia hantar.” Pujuk Afia lagi bila Afeef menolak untuk dihantar ke klinik.

“Takpa. Tak payah.” Balas Afeef lagi seraya memejamkan semula mata.

“Mengadalah abang ni.” Rungut Afia sambil memukul sedikit badan abangnya.

“Degil!” Kata Iffat perlahan apabila melihat Afeef memejamkan matanya semula. Walaupun perlahan tetapi masih jelas pada pendengaran Afeef. Seraya itu dia membuka matanya semula dan merenung ke wajah Iffat.

“Apa kau kata? Ulang balik. Aku tak dengar.” Balas Afeef yang sudah tegak duduk apabila mendengar sepatah perkataan itu dari mulut Iffat.

“Kau tu degil. Dah tahu sakit, pergi ajalah klinik!” balas Iffat selamba. Dia mengalih pandang dari bertemu dengan mata Afeef apabila melihat mata lelaki itu sedikit merah.

“Suka akulah nak pergi klinik ke tak!” balas Afeef geram apabila Iffat terang-terangan mengatanya.

“Baguslah tu..Dah jom Pia kita keluar. Biar tinggal orang sakit yang degil ni kat sini. Pandai-pandailah nanti dia nak cari ubat.” Jawab Iffat kasar. Sakit hatinya bila Afeef berkata begitu.

“Apa kau orang ni!” jawab Iffat memarahi keduanya yang sudah mula bertengkar. Iffat sudah keluar dari bilik itu.

“Abang ni kenapa nak marah tiba-tiba?” marah Afia kepada abangnya yang mula merah padam menahan marah.

“Tengoklah kakak Pia tu. Bukan main menjawab lagi dia. Semalam macam orang bisu.” Rungut Afeef kepada adiknya dengan perangai Iffat.

“Alaa..abang tu yang tak sabar agaknya.” Balas Afia. “Dah la bang. Siap. Pia hantar pergi klinik. Jangan nak jadi macam budak kecik pulak. Ingat sikit awak tu dah jadi papa budak.” Ayat yang akhir itu Pia perlahankan suaranya takut didengari Iffat yang sedang berdiri di luar. Afeef sudah membuntangkan matanya kepada Afia.

“Pia ni. Kalau Kak Iffat dengar macam mana?” marah Afeef.

“Takdanya dia dengar. Bukan kuat pun Pia cakap. Lainlah abang dengan Kak Iffat tu. Mengalahkan apa kalau bercakap. Satu resort ni boleh dengar.” Ejek Afia yang mula melarikan diri bila Afeef mula turun dari katil.

“Cepat siap bang!” jerit Afia dari luar bilik sambil ketawa. Kalau dia tak lari tadi memang dah kena luku kepalanya dengan Afeef.

Iffat yang sedang duduk di kerusi rehat hadapan bilik itu hanya memerhati. ‘Entah apa yang digelakkan si Pia ni dengan Afeef. Tadi bukan ke tengah sakit. Dah sihat dah ke?’

Selepas beberapa minit menunggu, Afeef sudah tercegat di muka pintu dengan beg pakaian yang dibawa malam tadi.

“Bang, nak buat bawak beg sekali?” tegur Afia apabila melihat abang berdiri melihatnya.

“Jom balik KL teruslah Pia. Malaslah abang duduk sini.” Jawab Afeef selamba sambil memandang Iffat yang duduk di sisi Afia turut membalas pandangnya.

“Hah! Ala..Pia belum lagi jalan-jalan kat sini. Semalam beriya sangat ajak orang. Takkan dah nak balik. Awal lagi kot..” balas Afia geram dengan tindakan abangnya yang suka hati buat keputusan tanpa bertanya pendapat orang lain. ‘Macam manalah abang aku ni boleh jadi peguam! Tak faham betul aku!’ rungut Afia dalam hatinya. Iffat di sisi hanya buat muka selamba.

“Ala.. buat pun kat sini. Abang ada kat sini macam takda aja. Balik rumah lagi bagus.” Kata Afeef dengan tujuan menyindir Iffat yang buat muka selamba itu. ‘Takda hati betul perempuan ni!’ marah Afeef.

“Kau tak payahlah nak sindir-sindir aku.” Balas Iffat geram. Dia tahu yang Afeef sengaja mahu menyindirnya.

“Eh, terasa ke?” giat Afeef menyakitkan hati Iffat. ‘Oo.. semalam kau langsung taknak cakap dengan aku kan..’

Iffat hanya menghadiahkan jelingan maut kepada Afeef.

“Hish! Tak habis-habis lagi ke?” rungut Afia melihat pasangan itu yang mahu bertengkar semula. Iffat dan Afeef hanya berbalas pandang.

“Dah.. jom aku hantar pergi klinik!” kata Iffat akhirnya. Malas mahu memanjangkan pertengkaran itu. Serentak itu dia melangkah masuk ke bilik dan ingin mengambil kunci kereta. Afeef yang berdiri di muka pintu tidak berganjak dan Iffat tidak ada pilihan lain dengan menolak sedikit badan lelaki itu untuk dia berlalu.

‘Ganas betul perempuan ni’ kutuk Afeef dalam hatinya.

“Cepatlah bang. Takkan nak bawak jugak beg tu.” Tegur Afia. Iffat sudah keluar semula dengan membawa beg tangannya. Afeef masih tercegat di tepi pintu melihat Iffat yang berjalan selamba.

“Tutup pintu tu.” Tegur Iffat pula apabila melihat Afeef hanya memandangnya dari tadi. ‘Aku korek jugak mata kau yang cantik tu Afeef’ marah Iffat sendiri kerana tak selesa Afeef memandangnya begitu. Afeef hanya menurut. Tidak pula dia membantah kata-kata Iffat yang ingin menghantarnya ke klinik. Afia sudah melangkah dahulu ke tempat letak kereta.

Baru sahaja Iffat ingin membuka pintu kereta, dia ternampak Rafaal sedang berjalan ke arah keretanya dengan membawa sebuah beg. ‘Aik, mamat ni dah nak balik KL ke? Merajuk ke apa mamat ni?’ kata Iffat sendiri. Afeef dan Afia sudah meloloskan diri di dalam kereta. Iffat pergi mendapatkan Rafaal yang sedang membuka bonet keretanya.

“Raf, u dah nak balik KL ke?” tanya Iffat pendek. Dia tahu, lelaki itu mungkin tidak selesa apabila melihat Afeef ada bersamanya.

“Haah..Sorry la Fat. I kena balik cepat. Ummi I call. Dia kata urgent.” Rafaal beralasan.

“Oh.. ya ke.. Okeylah. U drive carefully. Pesan Iffat sebelum Rafaal masuk ke dalam kereta.

“Thanks..” balas Rafaal melemparkan senyuman. “U nak ke mana pulak?”

“Oh..Afeef demam,. I nak hantar ke klinik.” Balas Iffat seraya membalas senyuman Rafaal. Dia nampak wajah lelaki itu berubah apabila dia menyebut nama Afeef.

“Err.. okeylah. I gerak dulu ya. Kirim salam kat Afeef and Pia eh..” kata Rafaal lantas menghidupkan enjin keretanya. Dia menoleh sedikit ke arah kereta Iffat. Dia perasan yang Afeef memandang dia dan Iffat dari tadi.

“InsyaAllah” balas Iffat pendek seraya melambaikan tangan kepada Rafaal yang mula bergerak. Dia kembali semula ke keretanya. Dia perasan Afeef memandangnya tajam sebelum masuk ke tempat memandu.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Biar aku jadi penunggu 12”
  1. rieda says:

    ha..ha..padan muka afeef…sapa suruh sakitkan hati iffat…cpt2 sambung…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.